Monday, October 16, 2006

Yang mutakhir

Assalamualaikum w.b.t

Monday, October 16, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim


Suami keluar pertama kali sejak diserang stroke. Walaupun masih rutin makan ubat dan anggota badannya belum boleh terkena air sejuk namun dia tetap ingin keluar untuk iktikaf di masjid 10 akhir ramadhan ini. Insyaallah allah bantu suami dan insyaalah juga ramai sedia ikram suami yang kini hanya boleh menggerakkan sebelah tangan sahaja. Hari pertama berbuka, via hand phone dia memaklumkan ada ahli jemaah memasakkannya ikan, alhamdulillah. moga-moga suami bertemu lailatul qadr.


Hari kedua {ahad} suami tidak dapat dihubungi, hanya mesej setiap kali di telefon. Insyaalah selamat agaknya.


Saya pula menerima kedatangan tetamu,Zah kawan baik saya pada hari sabtu, selepas ke rumah karkun sebelah taman mendengar bayan hidayah jemaah masturat yang keluar 3 hari, terus tetamu saya telefon kata sudah ada di depan rumah. Petangnya terus kami projek buat almond london. Project last minit ini menghasilkan lebih 400 biji almond london yang kami bahagikan lebih2 kurang untuk kami berdua. Yelah... kalau membelinya sahaja kosnya mencecah RM38 100 biji. Semalam, ahad kami berdua membuat samperit. Hai... suami sibuk buat amal di masjid, isteri pulak sibuk buat kuih di rumah.


Semalam juga, cadangan kami nak ke bazar ramadhan tak kesampaian, kerana petangnya hujan dan anak pulak tidur. Jadinya kawan saya menekan/membakar samperit, saya pula memasak, menunya sambal ketuk, telur asin, telur masak kicap dan sayur sawi masak bening. pokok mangga pauh didepan rumah memang lebat buahnya, jadi buah-buah yang jatuh saya pungut terus dibuat jus. Alhamdulillah, jimat duit dan kami berbuka penuh selera.


Hari ini {isnin} saya kena handle satu operasi, Jumaat lalu saya dah buat taklimat pada semua pegawai jadi hari ni, buat briefing ringkas , semua team akan terus bergerak ke lokasi yang terbabit. Memandangkan pengarah takde sepanjang minggu ni kenalah saya terima tanggungjawab penuh handle operasi ni. walaupun timbalan pengarah ada, tetapi awal-awal tahun dulu pengarah dah warning dia tak boleh campur urusan siasatan dan perisikan, dia hanya bertangungjawab atas pentadbiran/pencegahan/pendidikan masyarakat sahaja. Sementara diaorang jalankan tugas dan bawa balik dokumen dan saksi (mungkin sampai petang), dan saya monitor dari office, bolehlah saya meronda-ronda ke bandar settlekan bayaran bil apa yang patut hari ni....kan hari ni hari gaji sedunia.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/16/2006 02:37:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Tuesday, October 10, 2006

Yang indah-indah ramadhan ini

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, October 10, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Kerja.....

Saya bukan perasan sibuk sehingga entry yang terkini ini rata-ratanya dicopy paste dari fail-fail simpanan saya. Tetapi saya cuba belajar untuk sampaikan sedikit ilmu apa yang ada, moga-moga dapat kita manfaat dari tulisan itu daripada saya bercerita yang bukan-bukan tentang rumahtangga, kan?. Bagaimanapun, sepanjang isnin dan selasa hari ini, masa bekerja saya dipenuhi dengan merekod beberapa percakapan (statement)beberapa saksi, Isnin statement Juruteknik paginya dan tengahari membawa ke petang sehingga hampir maghrib merekod statement jurutera.


Mencabar sungguh rekod sttm bulan Ramadhan, mana tidaknya saya dan saksi macam berlumba-lumba menguap. Tak ke kelakar? hari ni 8.30 pagi sambung lagi saksi yang semalam. Hampir jam 2.00 petang baru tamat. Jadinya, semalam sehari suntuk di bilik bersma saksi dan berhadapan komputer dan hari ni separuh lagi masa habis begitu. Dengan merujuk timbunan fail yang mengandungi angka-angka kepada saksi, cukup meletihkan fikiran. memandangkan siasatan dijalankan bentuk operasi maka pegawai perakam percakapan terpaksa create soalan on the spot darpada penemuan-penemuan daripada keterangan saksi dan melihat pada dokumen.


Ahhh... cukuplah cerita hal kerja, saya sendiri bosan memikirkannya.



Hari raya dan Rumahtangga

Hari ini Rabu, suami akan balik ke rumah saya sebelah malam selepas habis mesyuarat. Saya pula seharian mengalami pening kepala yang amat sangat dan puncanya saya sendiri tidak pasti. Seharian ini minyak angin cap Ka*ak jadi teman.Kalau ini symptom nak dapat orang baru alangkah bahagianya.



Hari ini juga saya menguruskan membuat tempahan bilik/apartment untuk hari raya pertama dan kedua, memandangkan suami tidak mahu balik ke kampung kerana "tak sesuai katanya" maka saya lah yang terpaksa datang ke suami di PD. Untuk duduk sekali di rumah kak A..tidak, tidak saya tidak mahu ada sengketa baru antara kami. Cukuplah selama ini. Saya mampu aturkan rumahtangga saya dan saya akan usahakan apa-apa aje asalkan saya dapat bersama suami dan anak dengan tenang tanpa gangguan walaupun saya terpaksa keluarkan kos yang tinggi.



Hari raya pertama suami akan ke Kuala Selangor kampungnya, bersama-sama Kak A dan anak-anak, itu katanya dan ia tidak ada mengundang saya bersama. kalau diundang sama pun tidak sesuai rasanya. Kak A dengan 5 anak dan saya dengan Hani pastinya serena tidak memadai. dan saya tidak mahu jadi seperti malukut di tepi gantang, siapalah saya dicelah-celah kesibukan anak-anaknya. Biarlah kalau ada masa yang lain, saya pula pergi bersama suami dan anak-anak dari isteri pertama suami dan tidak ada gangguan dari anak-anak Kak A yang sememangnya lasak dan memeningkan.



Apapun, raya pertama biarlah saya bersama ibu bapa di kampung dan anak2 saudara pastinya menanti-nanti sepupunya, Hani kerana hanya setahun sekali sahaja mereka berjumpa. Raya pertama dan kedua seluruh masa saya akan dihabiskan bersama suami kerana selepas itu, saya akan kembali bekerja. Sudahlah ramadhan ini hanya 2 hari bersama suami, harap Kak A faham dan tidak membuat "hal".



Dari dulu sebenarnya saya suka hari raya tapi selepas kahwin entah kenapa hari raya selalu jadi masalah bagi saya kerana aturan masa suami selalu tidak menyebelahi saya. Namun anak sedikit menyelamatkan gelora perasaan dan kesediahn. Selalu dikala orang lain bermaafan dengan suami, saya merenung kosong ditingkap bilik terkenangkan suami yang sibuk dikelilingi isteri dan anak-anaknya di PD. Apalah nasib saya...



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/10/2006 09:49:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Yang anda perlu tahu dan amalkan

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

sihat mengikut cara islam
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama.
Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan,
maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.
Tahukah anda mengamal minum secawan air
teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan
anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya,
berat badan anda akan berkurangan (memang
terbukti keberkesanannya).


Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan dgn membuat amalan spt:-

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang-
kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh
saksikan org mengamal mandi awal pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air
sejuk setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah
nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit
selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini
terbukti oleh para saintis yg membuat kajian
kenapa dalam sehari
kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah
akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama
susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
dalam ikan mengandungi ion (-).
Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil
yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan
dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa
enzime banyak terkandung di celah jari-jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime
sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak
hadam)


Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikan,
insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu
kepadanya.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/10/2006 06:18:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam

Sunday, October 8, 2006

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahhirrahmanirrahim

Lokasi : Dalam Bilik
Watak : Saya dan Abang
senario : Saya sedang mengurut kaki suami

Saya : Abang, saya dah siapkan dan akujanji yang abang nak tuu...
Abang : Tersenyum simpul (mata terpejam)...

Saya : Abang nak baca tak?
Abang : Simpan jerla... baca sendiri

Saya : lahh... abang kata nak?
Abang : Buat akujanji dengan diri sendiri jelah...

Saya : Abang bacalah jugak, akujanji saya buat tu bukan untuk saya je, untuk abang jugak!
Abang : Tersenyum-senyum lagi..

Saya : Abang, tak naklah gaduh macam ni berulang... saya rasa saya dipihak yang teraniaya...
Abang : Mata pejam tapi telinga dengar...

Saya sambung lagi...

Saya : tapi sebab abang sakit saya fahamlah... mungkin tabiat orang sakit agaknya.
Abang : Diam... diam... tidur..

Saya pun teruslah bebelan dan tanya isu semasa perkembangan diri dia sejak 3 minggu lalu. Belum berhenti kerja lagi katanya, hanya cuti tanpa gaji sampai Disember. 13/14.10 ni nak keluar 3 hari. Alhamdulillah, agaknya ramai sahabat akan ikram dia tulah agaknya kuat semangat dan berani dia nak keluar. Apapun saya doakan agar dia cepat sembuh dan everything back to normal. Bila saya tanya macamana urusan "toilet" sebab banyak jugak surau/masjid yang tidak ada toilet duduk. katanya, dia akan beli kerusi yang ada bowl tu.. sya pun nak ikram suami terus offer nak belikan dan dia hanya mengangguk aje...


Apa agakya hidangan nak berbuka petang ni? tanya pandangan suami, katanya pergi bazaar Ramadhan jelah...Abang nak apa? senyap jer.."Abang nak tak ikan bakar? Senyap lagi... "Ada macam-macam kat situ, abang nak ikan bakar terubuk, cencaru ke pari?" Baru bersuara, "Pari..". "Ok, saya pergi lepas asar,lah.., tapi hari ni kat TV cakap ada artislah kat situ, mesti ramai orang hari ni, malaslah nak bersesak-sesak. Sumai kata, "pergilah pukul 4...". Giliran saya pulak senyap...


Nak test masuk gambar

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/08/2006 03:54:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

Saturday, October 7, 2006

Yang perlu diutamakan

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, October 07, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

TANGGUNGJAWAB SESEORANG ISTERI.
Susunan Semula Oleh:
Lokman el-Hakim
Mahkamah Syariah Muar

Di samping perkara hak, isteri juga mempunyai berbagai tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. Di mana tanggungjawab ini wajib dilaksanakan, bagi mengelakkan kepincangan hubungan. Kerana jika seseorang itu tidak mengetahui apakah tanggungjawabnya di dalam perkahwinan, maka disini adalah pintu utama kenapa berlakunya perceraian. Apatah lagi jika berlaku pengabaian.

i. Menuruti kehendak suami.
Patut disedari di dalam sesebuah perkongsian rumahtangga, siapakah sebenarnya 'boss'! Suami atau isteri? Jika setiap isteri menyedari bahawa dirinya adalah dibawah kawalan suami maka sudah pastinya setiap isteri mengambil berat terhadap setiap keperluan para suami. Dan begitu juga sebenarnya yang perlu dihayati oleh setiap suami bahawa dia adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Maka hal ini jika disedari kehidupan menjadi terancang dan kedamaian dapat diadaptasikan.
Suami diibaratkan sebagai seorang raja dan permaisurinya adalah para isteri. Ini bermakna negeri yang diperintah itu memerlukan kebijaksanaan seorang raja disamping sokongan dari permaisuri yang rupawan. Dengan itu kerukunan dapat dicapai. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan isteri untuk mentaati dan mengikut kemahuan dan kehendak seorang raja, kerana kedudukan isteri hanyalah sebagai permaisuri. Ini dirujuk kepada hadis Rasulullah:
عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم): "لو كنت آمرا أحدا ان يسجد لأحد لامرت المرأة أن تسجد لزوجها"

Daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah bersabda sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Di sini juga termasuklah kewajipan isteri mentaati suami. Kerana hak untuk ditaat itu kepada suaminya adalah terutama. Perlulah isteri menjaga perasaan dan emosi suami dalam perkara ini, kerana ancaman yang disebutkan dari hadis Rasulullah amat jelas menunjukkan kesan akibat ketidaktaatan isteri terhadap suaminya, sebagaimana sabdanya:
عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل امرأته
الى فراشه فأبت فبات غضبان عليه لعنتها الملائكة حتى تصبح

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu ia menolak sedangkan suaminya tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya nescaya ia akan dikutuk oleh malaikat (daripada malam) sehinggalah sampai ke waktu pagi.” (al-Bukhari & Muslim)
عن زيد بن أرقم قال قال رسول الله (صلهم):
" اذا دعا الرجل امرأته الى فراشه فلتجب وان كانت على ظهر قتب
Daripada Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah bersabda: “apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka hendaklah ia menerimanya sekalipun di atas kenderaan.” (al-Bazaar).
عن طلق بن على قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل زوجته لحاجته وان كانت على التنور

Daripada Talq bin Ali berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya untuk memenuhi hajatnya maka hendaklah ia datang menemuinya sekalipun ia sedang berada di dapur.” (al-Nasai & Turmizi)
Turut ditinjau, sejauhmana perlunya isteri itu mentaati suaminya? Apakah kepada semua perkara? Di dalam hal yang sama perlulah isteri ini sentiasa berhemah dalam melayan kerenah para suami, gunakanlah kebijaksanaan dan daya pengoda dalam menyenangkan hati suami sepanjang masa. Selaku seorang insan yang turut dianugerahkan perasaan dan naluri, dengan layanan dan cara yang baik isteri mungkin apa yang dihajati itu boleh dilupakan. Ianya terpulanglah di atas kebijaksanaan para isteri.
Tetapi sebaliknya, bagaimana jika suami pula yang menuruti kehendak isteri sepenuhnya, apakah natijahnya?
ii. Dari sudut layanan.
Isteri perlu memberi layanan kepada suami, di mana di dalam satu buku diceritakan bahawa layanan terhadap suami diumpamakan layanan terhadap anak kecil. Dia memerlukan layanan, belaian dan juga kemesraan. Oleh itu perlu dianggap sensitif oleh isteri dalam hal ini. Kerana ianya adalah skill isteri di dalam merapatkan hubungan berdua.


Selain itu, faktor untuk bermesra dan berkasih sayang sesama suami isteri turut menjadi satu objektif perkahwinan, oleh itu tepatlah sebagaimana seruan Rasulullah agar dilihat kepada faktor penyayang isteri disamping beragamanya dalam memilih isteri, sabdanya:
عن معقل بن يسار قال قال رسول الله تزوجوا الودود الولود فانى مكاثر بكم

Daripada Ma’qal bin Yasar katanya, Rasulullah bersabda: “kahwinilah perempuan yang bersifat penyayang lagi berketurunan kerana banyak anak kerana aku akan mempunyai ramai umat (hari kiamat). (Abu Daud)


iii. Menghadirkan perasaan hormat (respect).
Wajib isteri memandang hormat terhadap suaminya. Ini bermakna tidak boleh pada hal tertentu isteri memandang dan memperlekehkan suaminya, apatah lagi di khalayak ramai. Sewajarnya suami yang juga ketua rumah dihormati. Di samping ianya mampu menjaga perasaan suami, kerana di sini timbulnya perasaan megah suami dengan hadirnya kehormatannya oleh isterinya. Walaupun adat berkongsi, segala kebaikan kita lihat, begitu juga dengan keburukannya, tetapi jangan diperbesar-besarkan keburukan dirinya hinggakan dirinya merasakan tidak dihormati lagi. Begitu juga jika ini yang dilakukan oleh isteri, bagaimana dengan kelakuan anak-anak terhadap bapanya? Sabda Rasulullah:
عن عبد الله بن سلام قال قال رسول الله: "خير النساء من تسرك اذا
أبصرت وتطيعك اذا أمرت وتحفظ غيبتك فى نفسها ومالك

Daripada Abdullah bin Salam katanya, sabda Rasulullah: “sebaik-baik isteri ialah apabila engkau memandangnya dia akan mengembirakan hati engkau, apabila engkau menyuruhnya ia akan patuh dan ia sentiasa memelihara nama baikmu samada yang berhubungan dengan kehormatan dirinya dan harta benda engkau apabila engkau tiada di hadapannya.” (al-Tabrani)


Selain itu di dalam kaedah kaunseling, gunakanlah taktik mengorat (tackle) suami, kerana diusia sebegini dan perkahwinan yang telah lama berpanjangan bagi mengelakkan kebosanan dan jemu, adalah wajar isteri membantu sama dalam usaha suami untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang sedia ada itu. Apalah sangat kiranya isteri menambat kembali hati suami?


iv. Menjaga maruah suami (keluarga).
Selaku orang yang berkongsi luar dan dalam, wajib isteri menjaga maruah suaminya. Apakah sanggup seorang isteri menjaja-jaja kesalahan suaminya? Ianya mungkin berlaku dalam keadaan tanpa disedari. Kerana jika ianya berlaku ini bermakna isteri tersebut isteri yang tidak berakhlak dan mempunyai pekerti yang buruk.


v. Kerahsiaan.

Perhubungan suami isteri adalah hubungan yang diberkati. Kerana di dalam Islam pengharaman zina atau perbuatan yang berkaitan dengan kemaluan sangat-sangat ditentang. Oleh itu penyaluran yang terbaik adalah melalui perkahwinan ini.
Segala rahsia berkaitan dengan hubungan suami isteri wajiblah dirahsiakan. Tidak boleh didedahkan atau disebarkan (dijaja) walaupun kepada sesiapa sahaja. Kecuali dalam hal tertentu yang diharuskan oleh syarak, seperti dalam pembuktian dan sebagainya.


vi. Menjaga keluarga.
Di samping itu isteri turut berkewajipan membantu suami dalam menguruskan keluarga, menjaga dan mengawal keluarga. Sebagaimana Rasulullah bersabda:
عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم): "..... والمرأة راعية فى بيت زوجها"

Daripada Ibn Umar katanya: “Rasulullah bersabda.. isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Bukhari & Muslim)

قال رسول الله: "عن عمرو بن الأوص قال قال رسول الله (صلهم) فأما حقكم على
نسائكم فلا يوطئن فرشكم من تكرهون ولا يأذن فى بيوتكم من تكرهون"

Dari Amru bin Ahwash berkata: “telah bersabda Rasulullah, adapun hak kamu di atas isterimu ialah mereka tidak membiarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam tempat tidurnya malah juga tidak mengizinkan berada di dalam rumah kamu.” (Tirmizi)
Firman Allah: يآيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا

“wahai orang yang beriman, peliharlah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (al-Tahrim :6)


vii. Membantu keluarga dalam apa jua sekalipun.
Selain itu isteri turut berperanan untuk membantu suami dalam apa jua hak dan keadaan. Terutamanya dalam perihal pendidikan anak-anak. Memandangkan suami berkewajipan keluar mencari nafkah, maka bebanan ini tertanggung kepada isteri dalam pendidikan anak-anak. Maka secara langsung dalam soal pendidikan yang turut penting si isteri perlulah berakhlak mulia di dalam menjamin anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Sabda Rasulullah:
عن علىقال قال رسول الله: "أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب نبيكم
وحب أهل بيته وقراءة القرآن فان حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوم
لا ظل الا ظله مع أنبيائه وأصفيائه
Daripada Ali berkata: “didiklah anak-anak kamu mengenali tiga perkara iaitu kasihkan nabi kamu, kasihkan keluarganya dan membaca al-Qur’an kerana sesungguhnya orang yang menghafal al-Qur’an sentiasa dalam lindungan Allah pada hari qiamat, iaitu hari yang tiada perlindungan kecuali para nabi-nabi dan ahli sufi.” (al-Dailami)

عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم):
"... والمرأة راعية فى بيت زوجها وهى مسئولة عن رعيتها"

Daripada Ibn Umar berkata, Rasulullah bersabda: “… isteri adalah pengurus dalam rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dibawah jagaannya.” (al-bukhari & Muslim)


Kesimpulannya, terdapat banyak tugasan yang dinamakan tanggungjawab isteri. Jika mampu disenaraikan mungkin ada jua yang tertinggal. Dari itu satu perkara perlu diingatkan bahawa isteri mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap suami dan rumahtangganya. Tidak wajar ianya diabaikan atau tidak dipedulikan. Kerana ianya adalah fitrah berkewajipan, yang tidak boleh dihindarkan.

Wassalam

Nota : Moga-moga tulisan ini menjadi pedoman masa depan. Ada juga hadith (tak pasti sahih atau dhaif) mengatakan "seandainya meleleh darah dan nanah daripada hidung suami dan isteri menyapu dengan pipinya, itupun belum terpenuh tanggungjawab seorang isteri"

Alangkah besarnya tanggungjawab isteri, kan Rasullullah pun kata, "Andainya dibenarkan makhluk menyembah makhluk yang lain, nescaya kuperintahkan isteri menyembah suami".

Saya berdoa agar saya menjadi isteri yang sabar sesabar-sabarnya dan percaya bukan tugas isteri membentuk suami yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya Allah yang pegang hati mereka.Saya perlu banyak berdoa lagi dan lagi...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 08:13:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam

Yang sudah-sudah dalam kenangan

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

Sekarang ni tengah tunggu waktu berbuka. Suami dari 6.15 tadi dah keluar ke masjid (markaz) kan malam ni malam mesyuarat. Sepatah ditanya sepatah pula dijawab. Saya minta Hani tanyakan, "ayah berbuka di mana?" Ringkas jawabnya, "masjid".

Menjelang 3.00 petang sekali lagi kutanya,

Saya : "abang berbuka di masjid, bawa bekal ke makan makanan kat sana",
Abang :"Makan sana".
Aiiik, tanya lagi,
Saya : "Abang boleh makan ke makanan tu?"
Abang : "Apa-apa je..."
Saya : Abih tu abang nak bawak bekal tak?
Abang : takpelah...
Saya : Saya rebuskan ketupat segera eh...?
Abang : Boleh jugak...
Saya : Abang nak air apa?
abang Milo 'O' ada?
Saya : Baru sahur tadi milo abis...
Abang : Buat sirap je...
Saya : sirap bandung nak tak?
Abang : Boleh jugak...jangan sejuk-sejuk sangat
Saya : Abang nak sambal ikan ke sambal sardin?
Abang : Ikan...

Terus bangun masak ketupat segera. Jam 5.30 angkat, sejukkan. Masa : Jam 5.40 petang

Lokasi : Ruang tamu, abang menghadap komputer, saya duduk di sofa, anak main motor kanak-kanak

Saya : Abang gi masjid pukul berapa?
Abang : 6
Saya : ye, kena buat sambal ni..

Terus bangun ke dapur dan memotong ikan parang dan terus goreng, dan buat sambal ikan. Bila sipa terus potong ketupat segera, masukkan semua dalam bekas, buat air bandung dan terus masukkan dalam beg plastik. kebetulan ada 3 ulas kurma dari Mekah pemberian MB untuk kakitangan pejabat terus masukkan sekali. Bila ke depan abang dah masuk ke dalam bilik air, untuk mandi agaknya. Sekarang semua urusan diri dia dah boleh buat sendiri. Alhamdulillah. kalau dulu semua kena dibantu khususnya untuk basuh "berak kencing", bukan apa takut tak bersih... najis nak bawa sembahyang tak sah pulak nanti.

Sementara tu, saya terus gosok baju jubah dan seluar kotak-kotak panjang (sebagai ganti kain pelikat) yang saya banyak saya belikan khusus untuk berjalan keluar rumah dan letakkan atas katil. Sekejap sahaja suami keluar dan sekali lagi semua dia urus sendiri tanpa bantuan saya. Bungkusan makanan untuk berbuka saya letakkan atas meja dan dia ambil sendiri terus bawa ke kereta.

Ikutkan hati nak juga bagi hidangan special tapi nak keluar ke kedai kembara dah kena blok. Nak minta kunci serena nak alih ataupun pinjam sekejap malu pulak. jadi, apa yang ada jelah. saya pun berbuka dengan ketupat cicah sambal. Cukuplah tu. Cuma esok sahur rasanya kena keluar malam ani, buat bihoon je ataupun masak asam pedas ikan terubuk. tak taulah lagi...

Seram nak menunggu malam ni, rasa-rasanya suami macam nak tidur bilik tetamu yang katil single je... nampaknya tak dapatlah nak kenen-kenen malam ni. Hani pulak tenti nak tidur dengan ibu sebab dah dua malam tak dapat peluk ibu. Nak dekat-dekat dengan suami malau masih menebal pulak.

tapi tadi, masa suami nak keluar

Lokasi : Muka pintu depan
Watak : Hani dan ayah

Hani : Ayah nak gi mana?
Ayah : masjid....
Hani: Ibu, amna tudung kakak?
Ayah : Tak boleh ikut sayang, ayah gi masjid jauh...
Hani : Ayah kawan kakak tak ?
Ayah : Kawaaan..
Hani : Ayah kawan ibu tak ?
Ayah : Kawan (perlahan dan tersenyum-senyum)

Yeeeessss!Ayah dah kawan ibu... cerah masa depan...



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 07:01:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

Yang ditunggu telah tiba

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahhirrahmanirrahim

Jam 11.30 lebih kurang h/p berbunyi, saya yang baru menukar nada dering ingatkan bunyi telefon dalam TV membiarkannya kerana ketika itu sedang mop satu rumah dan pada masa itu ada di dapur. Bila ke ruang tamu, baru nampak h/p saya bernyala. Call back, suami jawab terus cakap suruh buka pintu pagar... larrr dah sampai rupanya.

Saya buka kunci pagar dan suami rupanya drive sendiri serena tu, anak di sebelah dah tidur dalam perjalanan. Ah, malunya nak bersalam... sya terus dukung anak hantar ke dalam rumah. Keluar semula dan tanya husband boleh keluar, ke? maksud saya muat ke, sebab saya tengok macam sempit je ruang dia nak keluar. Ruang porch rumah saya ni boleh muat dua kereta tapi since sejak pindah ni suami tak pernah bawa kereta so hanya kereta saya je yang parking sini jadi saya letakkan kerusi 2 dengan meja betawi di kawasan porch ni. Jadi, dengan kembara dan Serena tak muatlah pulak, tertonjol keluar bontoy serena tu.. Jadi saya parking kembara santak sampai ke meja betawi tu, serena pulak rapat ke bontot kembara, so suami tak muat nak lalu dengan tongkat dia. Kena pusing ke belakang serena pulak, kena ambil jalan jauh. kebetulan hari ni ada pekerja SWM membersihkan longkang dan tadi betul-betul depan rumah saya, dengan motornya dan pasir yang dilonggok (korek dari dasar longkang) kesian pula tengok suami dengan tongkat ena pulah puising jauh nak masuk rumah.

Jadi, saya hanya tolong pegangkan pintu pagar agar ruangnya besar sikit dan mudah suami lalu. Lepas dah masuk rumah, amsing-masing diam dan buat hal masing-masing. Suami baring di sofa dan saya melipat baju, anak menyusu. SAmpailah azan zohor suami ke surau bawa anak, saya solat di rumah dan mengaji, pas tu suami terus masuk bilik anak dan tidur. Saya pulak di bilik tetamu tidur. Anak main-main asyik kacau ibu, last-last bangun jugak masakkan mee goreng untuk dia. Senyap kejap, pas tu bising nak mandi pulak. Ayah masih tidur, berdengkur lagi jap lagi suruh anak kejut solat asar.

Malam nilah agaknya baru dia bukak cerita, kor pasal gaduh hari tu... tapi sebelum dia buka cerita saya nak buka cerita dulu. Dah lama simpan dendam ni...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 03:47:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

Friday, October 6, 2006

Yang ku rancang

Assalamualaikum w.b.t


Friday, October 06, 2006

Bismillahhirrahmanirrahim

*************************************

Rumahtangga lagi...

Malam ini malam kedua saya bersendirian tanpa anak dan suami. Kedua-duanya di rumah Kak A di PD sedari semalam. Entah apa khabarnya? Pastinya dia gembira kerana dikelilingi adik, abang dan kakaknya dan ada ayahnya dan umminya yang melayan keperluannya sedangkan di sini hanya saya seorang sahaja untuk temani dia dan penuhkan semua kehendaknya.

Selepas berbuka saya sms bertanya samaada "saya yang ambil atau abang pulang dengan anak?" Ringkas jawabnya, "abang balik dengan hani besok". Noktah!

Oklah alhamdulillah ... akhirnya dia pulang... akhirnya hampir 3 minggu akhirnya suamiku pulang. Setelah serangan sms bertubi-tubi saya hantar untuk membela diri akhirnya saya diberi "kemaafan dendam yang terindah", itupun bersyarat dengan "akujanji". Cuma menjadi tanda tanya bagaimana cara dia pulang esok, belum pernah lagi selama diserang stroke ini dia memandu kecuali memandu kembara auto saya apatah lagi jarak PD ke sini melebihi 40 km dengan membawa anak 3 tahun pula tu. Adakah dia sudah boleh berjalan tanpa tongkat, setelah 3 minggu saya tidak melihatnya, atau adakah tangn kirinya yang kaku itu sudah boleh digerakkan?

Takpelah saya akan menunggu dengan sabar esok kepulangan mereka berdua, dua buah hati saya... macam teringat-ingat lagu raya aishah yang dia duduk bertenggek di tingkap rumah menunggu kepulangan orang tersayang. Tapi kali ini semacam ada rasa malu yang menebal untuk berhadapan dengan suami. Harap Hani pandai memainkan peranan esok, saya rasa kekok untuk memulakan perbualan dengannya setelah 3 minggu berhubung via sms saja.

Pastinya dia mengharapkan perubahan besar saya...apa ye yang saya nak masak esok untuk berbuka dan bersahur? Esok kalau abang ada akan merupakan kali pertama saya berbuka berteman, itupun kalau dia tidak ke surau. Tapi tak tahu selepas stroke ni apa kaedah dia masa berbuka adakah di rumah @ surau sebab suami tidak boleh makan sebarang sekarang , mesti kurang minyak, garam, gula, kolestrol dan tanpa MSG.

Kalau difikirkan berdebar-debar pulak rasanya, apa agaknya respon dia bila tengok saya... sebab kalau pandu pada sms dia peringkat awal gaduh tu ayat-ayatnya kronik betul. Insyaallah bulan Ramadhan yang berkat ni, hatinya lebih lembut dari biasa, doa-doalah Allah bagi keampunan pada saya dan suami. Kan pertengahan Ramadhan ni merupakan bulan Maghfirah (keampunan).

****************************************
Kerja-kerja dan kerja

Semalam Ketua unit Pendakwaan HQ call saya dan bertanya berapa kes semasa saya untuk perbicaraan. Memandangkan hanya dua kes sahaja ditangan dan terdekat bulan November di JB dan Febuari 2007 di Seremban maka saya akan diberi satu lagi kes di Melaka. Yes, boleh balik kampung..."Bagi kes-kes simplelah, tuan". "Kau ni, mana ada kes pendakwaan yang simple"

Hari ini dari 8.30 hingga 10.30 kami mendengar ceramah agama, bagus jugak ustaz tu, banyaklah yang dia ceramahkan, kepentingan solat, puasa dan lain-lain, tapi... biasalah dah biasa dengar bayan yang bayak bersulam ayat quran, sesekali dengar ceramah yang banyak bersulam gelak ketawa sedikit terasing rasanya apatah lagi bercampur staff lelaki dan wanita kerana ceramah diadakan dalam bilik mesyuarat. Biasalah bila sessi soal jawab, pegawai ranking atas ni asyik kena pandang dengan OC jelah, nak tak nak kena jugaklah tanya soalan tak nak bagi malu kompeni. Mujur bekas wartawan,kan! bila sergah terus boleh terpacul je soalan saya...

Jam 3.00 hingga 4.30 pula ada mesyuarat berkaitan ops yang akan diadakan isnin ini. Isnin pula kena rekod statement Jurutera daerah. Semalam pun saya rekod statement Jurutera, tak pernah lagi jumpa jurutera talkative, tapi semalam panjang betul masa rekod statement sebab dia terlalu banyak tanya saya soalan. agaknya dia kurang faham dia sebagai witness je, dia ingat dia juga boleh disabitkan sebagai accused. Jenuh jugak nak explain, dah tu OC pulak datang ganggu, introgate pulak saksi saya, kacau daun betullah.

Petang semalam bersama ketua cawangan saya bincang dengan OC pasal satu lagi OPs yang nak dibuat seminggu sebelum raya. Semua tu saya nak kena sediakan perintah operasi, 13/10 nak kena bagi taklimat sebelah pagi tu, tengahari dan petang pulak kena masak untuk majlis berbuka puasa malam tu. Majlis tu nanti saya akan sponsor makanan kegemaran saya di bulan puasa, Bubur Lambuk untuk 100 kepala, sebab saya baik dengan caterer tu, En A dia bagi harga RM 1.00 je sekepala dengan 20 bahan. Rasa macam murah je tu. Cadangnya juga kalau ada masa saya nak buat dadih ataupun caramel sendiri sebab dulu2 buat untuk suami bulan puasa, tapi sekarang dia tak boleh nak makan tu semua elok saya bersedekah je untuk anak-anak orang pejabat.


*****************************************

Persiapan raya

Saya tak beli sehelai baju rayapun lagi untuk diri saya, untuk anak dah beli dua helai baju kurung ready made. Baju untuk hari raya ke 2, 3,4 tak beli lagi. tak tahulah bila nak pergi, takde mood langsung tahun ni tak macam tahun 2 lalu. Tapi, rantai tangan dan rantai lehernya saya dah beli. Sebenarnya tukar dari yang dulu dan tambah duit sikit, sebab yang dulu tu rantainya dah teruk kena gigit dek Hani, tak cantik langsung dan rantai tangannya pulak dah ketat tak cantik dipandang mata dan kesian jugak tengok dia pakai.

Untuk suami tak tahu lagi nak beli apa, nantilah nak tanya dia, cadang hari tu nak belikan baju Melayu dengan sandal Scholl. untuk saya baju pejabat banyak lagi yang elok, kalau tak beli pun takpe, tahun lalu pun saya tak beli juga baju baru, sebab saya fikir orang kat kampung bukan pernah tengok pun baju-baju kerja saya. kalau nak beli pun sehelai pun dah cukup, itupun untuk hadir Majlis Hari Raya pejabat nanti, sebab macam orang tak menghargai hari raya pulak sebab masa tu semua akan keluarkan koleksi baju raya baru. pernah satu tahun dulu saya buat selamba tak pakai baju baru (yang baru pertama kali pakai)saya pakai baju hari-hari biasa je...tengok2 semua kakitangan wanita pakai baju baru, nak kata malu tak jugak cuma rasa macam tak sporting, gitu... orang raya kita macam hari bekerja biasa je.

Kebetulan tahun 2006 ni saya ada beli banyak sikit baju yang agak cantik sebab kan mula tahun ni saya dah control duit saya sendiri, jadi jolly kataklah. Lagipun tahun ni banyak kena beri ceramah, so kenalah pakai lawa sikit supaya orang minat dengar ceramah kita. Dahlah orang ceramahnya tak lawa, baju kenalah lawa sikitkan. Bukan mahal sangatpun ,cuma warna cerah sikit, je. Biasa warna baju pejabat saya gelap, suram dan longgar je, maklumlah suami tak minat saya pakai kaler cerah-cerah ni, menarik minat lelaki katanya. Memang betullah tu... jadi kesimpulannya tahun ni mungkin saya teruskan tradisi tahun lalu tak beli baju raya.... bukan nak kemana pun, suami pun sakit tak boleh nak ziarah kemanapun... sesuailah saya pun berdukacita raya ni...

Apapun, untuk anak saya cadang akan belikan dalam 5 pasang baju lagi, biasalah anak seorang, kan. Lagipun tahun ni dah boleh ikut sepupu dia beraya pusing kampung. Lagipun budak-budak ni satu hari dua helai baju, cukuplah untuk 3 hari. Lagipun kesian kat anak sebab sejak awal bulan 6 hari tu gi Langkawi je last belikan baju. Tumbesaran dia cepat banyak baju dah singkat dan tak elok lagi...Lagipun anak saya ni fesyen baju untuk jalan dia terhad pada baju-baju t shirt lengan panjang dan seluar panjang, gown pula mesti paras buku lali (dress) sebab dia berjalan pakai tudung. Kalau nak lengan pendek @ gowm pakai di rumah sahaja. Dari usia 3/4 bulan saya dah mula pakaikan tudung sebagai ganti topi (ayahnya suruh) sampailah hari ni, kalau nak keluar rumah siram pokok bunga pun dia pandai cari tudung dia... tudung dia pun rasanya dari kecil sampai hari ni dekat 10 helai ada agaknya, macam-macam warna.

Tahun-tahun lalu saya akan belikan adik beradik perempuan masing-msing sehelai dan ank-anak buah perempuan saya akan sponsor beli kain ela dan kakak di Johor akan jahitkan biar semua mereka sepasang pakaian di pagi raya. Untuk mak pastinya kain ela, kalau tak sempat baju kurung siap je saya belikan dan untuk abah dulu-dulu saya belikan kain ela jugak (yang mahal sedikit) dan juga kain pelekat (juga yang agak mahal). Aanak-anak buah besar (belasan tahun) pulak saya tak belikan apa-apa sebab citarasa pakaian mereka bukan sama macam saya dulu, kecil2 dulu saya bawa mereka bershopping selai dua baju raya (masa saya tak kawin lagi)tapi sekarang bagi duit je sorang RM 50-RM 100, bukan apa buat yuran sekolah, kesian kat kakak saya kat kampung tu. TAPI tahun ni satupun saya tak beli, tak rancang dan tak tahu bila nak buat tu semua....

**************************
Panjangnya cerita... yelah malam ni kan jadi orang bujang...



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/06/2006 09:26:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati




Wassalam

Yang menyusutkan fikiran

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahhirrahmanirrahim

Semalam jam 2.00 petang lebih kurang Hani telah dibawa pergi oleh ayahnya ke PD. Sekeluarga datang ke rumah Mak ros, yang memandu Serena adalah Kak A dan anak-anaknya yang kecil semua ada. Sedang aku yang derita mereka pula bergembira. Sekarang Hani juga masuk ke kelompok gembra itu. Akan lupakah dia pada ibunya? Lantas ulayangkan SMS selepas berbuka bertanya, " Anak telah dapat berjumpa ayahnya, bila pula saya dapat mengambil suami saya?

Senyap! Itulah kebiasaannya, asalkan suara hatiku sampai kepadanya, cukuplah. Kebiasaan bersolat bersama Hani, mengajar dia mengaji, bermain dengannya, berguring (bergolek), bergurau dan bergelak berdua bersamanya setiap malam sejak lebih 3 tahun dahulu buatkan saya merasa begitu kosong- sekosong-kosongnya tanpa mendengar keletahnya bertanya itu dan ini, berbincang hal sana dan sini.

Sekali lagi saya melayangkan hasrat hati via sms, "Saya tak boleh anak takde di sisi, dialah pengubat suka&duka, saya tak mahu dia berlama-lama disana nanti taknak balik saya yang sedih&susahati. Esok petang saya ambil anak&abang sekali?

Dibalas, "x payah ambil, abang balik sabtu". Diam... kutanya semula, "mcamana nak balik,dengan nak bawa anak sekali, sapa hantar, tumpang isham ke markaz ke? Tak peyah susah2 biar wa ambil je."

Satu yang kunilai, perkataan "AKU" daam mesej sebelum ni, sudah bertukar "ABANG", yang mana perkataan ini muncul dalam pergaduhan sahaja khususnya menerusi sms, di alam nyata kalau bergadu face to face masih gunakan 'abang'.

Deraf akujanji yang dipinta sebagai syarat untuk memaafkan saya sudah pun dirangka. Menerusi perbulan bersama Zah, kaunselor tak bertauliah merangkap best friend sejak dari belum kahwin lagi dia cadangkan buat ala-ala MoU dan masukkan bukan sahaja apa yang dia nak terhadap saya bahkan apa yang saya nak dia buat terhadap saya. Cerdik jugak si Zah i, rupa-rupanya. Baru say terfikir sebab selama ini saya sahaja yang perlu mengikut kehendak dia tanpa boleh bersoal jawab dan membantah. Sedankan saya juga ada kehendak-kehendak saya yang saya tidak punya saluran unuk suarakan pandaga padanya. Seseali merajuk untuk dapat perhatian kerana saya jua ada keinginan maka dikatakan pula saya tidak hormat dan taat kepada suami.

Zah ini juga adalah salah seorang dari 2 kawan yang saya minta pandangan sebelum berkahwin lagi. Memang dia ikuti masalah saya dari hari perama kahwin lagi sehinggalan nak masuk 6 tahun ni. Dia sentiasa mengikti perkembangan dari saya dan dia mengahayati keseluruhan cerita saya, tetapi masih ada part-part rahsia yang tidak diberitahu.Kata zah ni dari dulu lagi, masa awal perkahwinan kebetulan ketika itu dia bekerja sebagai eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia yang menjaga kawasan selatan berhubung memberi pinjaman kepada ibu tunggal, wanita yang berkahwin jangan terus meninggalkan sahabat2 baik maksudnya putus hubungan, terus berhubung dengan satu atau 2 kawan, biar mereka iktuti perjalanan hidup kita, kerana ramai ibu tuggal yang ditemuinya seperti sebaang kara dari segi emosi kerana selepas kahwin terus tumpukan semata-mata pada keluarga dan suami.

Apabila berlaku penceraian setelah sekian lama berkahwin, tiada sesiapa tempat mengadu kerana takde sesiapa tahu masalahnya... nak cerita dari awal terlalu panjang. akhirnya masalah memakan diri. Itulah akhirnya saya terus 'melantik" zah menjadi kawan tempat mengadu. Satu yang saya betul-betul suka berhubung pandangannya ialah ia tidak menyebelahi saya semata-mata sebagai kawannya, maksudnya pandangannya bersifat adil dan dia melihat dari kedua-dua belah pihak. Selalu selepas call dia, baru saya akan lega. Banyak kawa-kawan sekeliling (pejabat) yang tahu masalah saya ini, memberi nasihat yang membawa kesimpulan "tinggalkan suami ni, puan boleh hidup sendiri dengan gaji yang ada sebab namapak puan dah korban segala-gala, tak payahlah nak susah-susah hati lagi". Ataupun kerja puan dah steady, kereta, rumah dan ada, hiduplah sendiri, pilihlah jalan bahagia sendiri..."

Saya kalau boleh tak nak robohkan masjid dibina ini dalam usia Hani terlalu muda, biarlah dia menginjak sedikit dewasa yang mana dia boleh faham dan terima perpisahan kami.

Sejak bulan Jun lalu Zah dah berkahwin dan suaminya mengajar di Labuan, tapi pada masa ini dia masih belum bertukar ke sana, petang ini insyaallah kalau diizinkan Zah akan datang ke sini berbuka bersma, kalau jadi inilah hari pertama saya berbuka berteman...setelah 12 Ramadhan berbuka dan bersahur seorang diri. Agaknya kalau mak saya yahu sedih dia dengar masalah saya. Alhamdulillah dia tak pernah tahu sedikitpun tentang gelora rumahtangga saya dari dulu lagi. Yang dia nampak anaknya cukup bahagia dan rumahtangganya cukup sempurna. Biarlah kekal begitu...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/06/2006 05:53:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

Thursday, October 5, 2006

Yang bakal berakhir

Assalamualaikum w.b.t


Thursday, October 05, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Semalam jam lebih 10 malam, masuk sms dari suami "Ayah ambil esok dia", itu petanda hatinya telah sedikit sejuk. Semasa perbualan dua beranak ini selepas terima mesej itu, kata ayah, "beritahu ibu, esok ayah ambil Hani di rumah Mak Ros". Ceria wajah si anak. Sebelumnya jam 8.30 malam bersama Hani menjenguk ke markaz dan ada kereta teman yang biasa menumpangkan suami, pasti memang suami turun ke sini. Jam 10 malam selepas membeli keperluan sedikit di pusat membeli belah terus menuju ke Markaz dengan hasrat menemukan ayah dan anak yang masuk 3 minggu terpisah. terus panggilan kepada ayah dibuat dan seperti biasa hanya sianak berkata-kata tapi hp di 'loud speaker'kan.


Malangnya kereta yang itu telah tiada, hampa terus pulang dan itulah mesej yang ada kerana hp di charge dan tinggal di rumah. Rasanya suami terkesan kerana selepas maghrib semalam saya ada sms ceritakan yang anak mengamuk teruk semalam.Enggan balik dari rumah Mak Ros, kupaksa, jemu ke bazar Ramadhan, singgah ke deretan gerai tepi jalan. Sementelah setelah puas dipujuk enggan juga turun bahkan lagi meraung-raung marahkan ibu terus ditinggal dalam kereta kerana dia biasa begitu.



Tidak disangka ibu diseberang jalan sini menunggu roti canai, anak telah turun kereta dan mujur juga penebar roti canai yang menghala pandangannya ke seberang nampak anak berdiri di tepi jalan menangis (meraung?)memanggil ibu dan mujur sekali lagi dia hanya berdiri menghentak2 kaki tetapi tidak berani melintas jalan kerana kereta ketika itu masyaallah banyak dan laju2 belaka masing-masing berkejar balik ke rumah untuk berbuka.



Senario itulah yang disms kepada suami dan dihujungnya ditambah "Mujur masih panjang nyawa anak", agaknya dia terkesan dan itulah serta merta disms katanya aesok ayah ambil. Ibunya bila pula? Semalam juga, sms dari suami, "Kerana Allah aku maafkan kau.....tapi dengan syarat buat akujanji bertulis". Ini apa namanya ni, taklik ke? Hai semacam Dato' K dengan bekas isterinya pula! Ku sms semula, apa yang nak ditulis, adakah perlu ditulis saya berjanji akan mentaati, menghormati dan berpegang pada janji terhadap suami dan sekiranya tidak mematuhi maka jatuhlah talak ke atas saya?



Hai adakah adil begitu? Tidak adakah cara yag lain, seumpama saya ini seperti perempuan jahat/sundal yang perlu 'diikat' agar tidak lari dari genggaman? Entahlah... suami tahu saya akan berbuat apa sahaja untk selamatkan rumahtangga ini, jadi itu;ah agakya dia suka brmain-main dengan kata-kata cerai sebab saya tak pernah menyahut cabarannya selama ini, saya sentiasa memujuknya semula. Mungkin kalau saya juga bertindak memfailkan permohonan cerai agaknya baru dia menyesal. Iyakah?? Tapi perempuan yang memohon cerai itukan tak mencium bau syurga?



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/05/2006 06:14:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

Wednesday, October 4, 2006

Kehidupan yang rencam

Assalamualaikum w.b.t



Wednesday, October 04, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Berdepan dengan masalah sesekali membantutkan produktiviti tetapi adakalanya meningkatkan motivasi. Kita boleh memilih mana-mana satu... pilihan di tangan kita. Bagi saya kedua-dua situasi saya berhadapan. sekiranya masalah terlalu kronik maka produktiviti saya down terus tetapi boleh juga berlaku sebaliknya dimana saya melepas geram masalah dengan membuat kerja tanpa henti. Pelikkan?

Tapi itulah satu terapi buat diri saya. Adakalanya kalau ada masalah saya akan stay di pejabat dan tidak balik ke rumah sehinggalah tengah malam. Hal anak senang saja saya uruskan... hanya dengan satu panggilan ke rumah Mak Ros, saya bersenang hati kerana dia akan menjaga anak saya dengan baik. Jika bermasalah kadang-kadang anak menjadi mangsa, terutama kalau dia memanggil-manggil ayahnya. Seolah-olah semasa memarahinya saya seperti hilang kewarasan! Apatah lagi, anak saya ini rupanya mengikut benar wajah ayahnya... dengan mewarisi dua lesung pipit di kiri kanan wajahnya yang saling tak tumpah dengan ayahnya.

Bagi Ramadhan ini begitu juga, sedang diri dilanda konflik dengan suami, harii bekerja saya hanya berada di rumah sebelah malam sahaja. Saya akan cuba "menyampaikan" diri saya ke rumah ngam-ngam azan maghrib. Dari maghrib sampai isya' solat, ajar anak mengaji, membaca Quran, membaca Taklim dan menjelang 10/11 saya terus masuk ke bilik. Subuh pun begitu juga, selepas bersahur seadanya, terus solat, mengaji dan menyiapkan diri dan anak, jam 7/7.15 saya bergerak menghantar anak.

Tepat jam 7.20 am saya pastikan saya menukar saluran radio dari IKIM ke Era sebab nak dengar gitu-gitu era. Saya boleh ketawa besar kalau dengar apek cakap... sampai Hani pun pandai bertanya kalau dia lihat sya tak gelak2, "ibu... gelaklah kenapa ibu tak gelak?". Bagus juga peranan apek ni, boleh kurangkan tension orang seperti saya ni.

Di bulan Ramadhan ini saya akan pastikan saya keluar dari pejabat jam 5.30 selepas solat asar dan ambil anak sambil berbasi basa dengan mak Ros lebih kurang 6.00 ptg terus ke Bazar Ramadhan pusing 2-3 kali lebih kurang 6.30 saya balik. Sampai rumah saya menyiram pokok-pokok bunga dan belek-belek apa yang patut. Jam 7.00 baru saya masuk, tukar baju dan hidangkan makanan terus azan dan makanlah saya sekaligus. Lepas tu takdelah kedapur-dapur lagi. Biasanya nak tidur atau sebelum sahur saya akan kemaskan pinggan. Baju-baju kerja/ basahan saya tak usik langsung weekday, weekend baru saya basuh. Kadang-kadang bukan tak nak basuh tapi jiran belakang rumah (Cina) rajin sangat duduk dapur dia ramai-ramai sambil makan-makan (bisingnya tak boleh nak cakap)buat saya rasa tak selesa.

Dapur dia dan saya bertentangan dan dia telah menambah bahagian dapurnya sehingga sampai ke pagar yang memisahkan rumah sya dan dia. Tambahan pula aras rumah saya lebih tinggi dari dia dan aktiviti membasuh disinki begitu aktif yang mana sinkinya bertentangan dengan ampaian baju saya dan paras rumah saya menyamai paras sinkinya... .Tentulah rasa macam dia sentiasa memandang ke arah saya. Dah tu ramai sungguh anggota keluarganya samapai tak terbilang saya. Masing-masing basuh baju sendiri (basuh tangan) sidai dan basuh pinggan masing-masing dan hampir kebanyakan waktu malam ada sahaja anggota keluarga di dapur...makan-makan dan menonton TV langsung saya takde privasi duduk dapur saya dan kadang-kadang dalam dapur saya pun saya kena pakai tudung kalau saya buka pintu biar angin masuk, kan...kalau sidai/basuh baju dah sah-sahlah kena pakai tudung...tudung labuh lagi, almaklumlah duduk di rumah pakaian kita bukan kira sangat...(lengan pendek/t shirt singkat/kain batik/seluar. yang mereka tu dah sahlah pakai t-shirt ketat sleeveless dengan seluar pendek, yang lelaki pun seluar pendek je... hai mencabar sungguh...kesabaran saya. Rasa kadang-kadang nak angkut semua family yang duduk kat kampung mai sini seminggu buat bising macam depa buat tu... lepas geram...

Tapi kalau pagi minggu sampai jam 10 pun tak nampak batang hidung langsung diorang ni, ntah tido ke ntah apa. Masa tulah baru saya aman sikit nak buat kerja-kerja membasuh baju ke apa2 ke.

Oklah... baik dulu.. sian anak pagi tadi ntah apa mimpinya dia menangis masa saya hantar dia rumah mak ros, nak ikut saya.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/04/2006 05:14:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah

Wassalam

Monday, October 2, 2006

4 perkara sebelum tidur

Assalamualaikum w.b.t


Monday, October 02, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

1. Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu.
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah& nbsp; haji dan umrah"

Insyaallah semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada sahabat yang lain...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:12:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

Wassalam

Hikmah sujud

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

SUJUDLAH LAMA-LAMA...sambil berdoa... Allah paling dekat dengan hambaNya semasa HambaNYa bersujud.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:08:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah
Wassalam

Panduan pemakanan dalam islam

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

Beberapa panduan pemakanan mengikut sains
Food as Medicine

HEADACHE? EAT FISH!
Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAY FEVER? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.

TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading....Green tea is great for our immune system)!

INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA? EAT ONIONS!!!!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system)

UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!!
Bananas will settle an upset stomach.
Ginger will cure morning sickness and nausea.

BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!!
High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.

BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!!
Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!!!!
Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.

MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS!
Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.

COLDS? EAT GARLIC!
Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)

COUGHING? USE RED PEPPERS!!
A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.

BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbage
Helps to maintain estrogen at healthy levels.

LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!!
A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!!
Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.

DIARRHEA? EAT APPLES!
Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)

CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO!
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.

HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!!
Olive oil has been shown to lower blood pressure.
Celery contains a chemical that lowers pressure too.

BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!!
The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.

Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.

Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young.........blueberries are the best and very versatile in the health field........they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)

Orange: Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.

Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients
found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays)

Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.

Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)

Tomatoes are very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 04:42:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam

Surat terbuka untuk abang

Assalamualaikum w.b.t



Bismillahhirrahmanirrahim

Abang, boleh tak abang bayangkan Kak A sakit teruk, masuk hospital, abang kena jaga dia siang malam, uruskan berak kencing dia, makan pakai dia sampai abang tak hiraukan makan minum abang sendiri, rehat tidur abang, anak, ibu dan ayah abang, seluruh hidup abang tertumpukan pada menjaga dia, abang ambil cuti rehat 3 minggu walaupun boss pandang serong je kat abang pasal cuti lama semata-mata nak jaga dia... sampai berat abang turun 8 kilo. abng tak tidur langsung sepanjang menjaga dia dihospital kalau tidur pun hanyalah tidur-tidur ayam.... penatkan bang. Segala permintaan dia abang cuba tunaikan, yang tak diminta pun abang cuba berikan asalkan niat abang dia sihat cepat.. itu aje. segala duit simpan abang ada abang gunakan untuk membeli apa sahaja yang dipinta tanpa abang berkira.


Keluar hospital abang pindah rumah untuk sediakan rumah yang dia selesa walaupun abang penat dan terkejar-kejar dengan tak tidur, isteri sakit, pindah rumah..tapi abang sabar sebab sayang isteri, kan. Start kerja semula kerja abang melambak, report nak buat, segala mak nenek nak kena tengok balik, tup-tup En Rozaimi (exec abang) bantai abang sebab banyak kerja tak siap. Tension kan bang? Lepas tu tiap-tiap Jumaat petang abang berkejar nak gi tengok/jaga Kak A, hari-hari kat office abang call tanya kabar kak A, mana-mana hari kerja ada kesempatan abang balik waktu kerja ziarah Kak A yang sakit tuuu, nak ambil hatilah kan!


TIBA-TIBA bang ada satu weekend tu abang betul2 stress/depress/ penat abang tak jadi tengok/ambil dia nak bawa balik kampung... abang dah tak tahan dah... Kak A pulak jauh hati terus minta cerai dari abang kata abang tak setia, tak guna , tak bertanggungjawab, pandai buat janji manis dan segalalah semua salah abang dulu-dulu diungkitkannya sampaikan hantaran belanja kahwin yang abang tak abis bayar pun diungkitkannya ...walaupun abang dah beranak pinak.


Dikatakan pulak abang jaga dia pasal abang nak duit simpanan dia selama ni...walhal selama ni abang tanggung dia segala termasuklah belanja anak-anak semua , kan? Dah tu, berak kencing dia masa sakit abang yang basuhkan, kan? sampai termuntah2 abang, kan pasal tahik orang tua tersimpan lama pulak tuuu... tapi abang buat semua tu kan...bila lagi nak khidmat dan ikram isteri kan, mak abang sendiri abang tak pernah rasa basuh berak,kan? abang fikirlah moga-moga dia tambah kasih kat abang atas apa yang abang dah buat tuuu...rupa-rupanya Kak a tak ingatkan jasa abang tuuu, sebab hal kecik dia minta cerai pulak... apalah kan. tak kenang jasa betullah...

apa abang rasa, korban abang tu sia-sia tak? Ke abang rasa tambah sayaaang kat Kak A pasal pandai appreciate apa abang dah korban....abang nak sambut tak permintaan cerai dia... ke abang rasa otak dia sewel pasal dia sakit tak boleh fikr rasional? Pandai-pandailah ye bang.... nak bina masjid tu susah nak runthkan sekelip mata je...syaitan bersorak kalau ada pasangan suami isteri cerai niii.. abang fikirlah mana yang baik ya... wa wentiasa sokong abang kat belakang... wa memang sentiasa kat belakang abang je... duduk barisan kedua (2nd class) tak pernah dapat pindah ke 1st class! Jazakallah ye bang...

Isteri kedua mu...
Wa bt M

Satu analogy sebagai melepas geram yang terbuku... SABAR..SABAR!!!



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 12:42:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam
Assalamualaikum w.b.t


Hujung minggu yang kosong
Bismillahhirrahmanirrahim

Dalam sejarah bulan ramadhan sepanjang hidup, inilah Ramadhan paling sunyi kurasa. Justeru dikesempatan kesunyian ini sungguhlah sesuai untuk beramal ibadah dan mengingati Allah s.w.t. Air mata begitu mudah kerana dalam ksunyian itu barulah kita tahu bahawa Allah lah yang ada dimana-mana dan sentiasa mendengar keluhan HambaNya. Janganlah berharap pada manusia yang tak punya apa-apa, mohonlah. rayulah, pintalah Allah sedia "Mendengar", haraplah pada Allah untuk segala-galanya sekali lagi..bukan pada manusia yang lemah!

Sepanjang hari ini saya melayan kesunyian jauh dilubuk hati walaupun sibuk dalam melayan kepetahan dan keriuhan Hani bertanya itu dan ini, meminta ntah apa-apa. Dalam kesibukan bercakap dengan hani air mata engalir tanpa sedar.


"Ibu, janganlah sedih...kenapa ibu sedih"

Itu soalan rutinnya kalau melihat ibunya nangis. Macam biasa dia juga akan jawab sendiri, "Ayah tak sayang ibu, tak kawan ibu ye... kawan kakak sorang je?" Pandai dia jawab, itu agaknya jawapan ayahnya bila Hani bertanya kenapa ayah tak balik rumah ibu...walaupun baru 3 tahun 3 bulan dia sudah pandai berkomunikasi dalam telefon... dan membuat kesimpulan sendiri.

Petang ini, saya yang memang tak gemar bergaduh lama-lama dari dulu lagi sms pada suami tanpa putus asa untuk tahu samaada saya dicerai atau tidak, senyap tiada balasan. Apa dalam fikirannya? Ah... elok saya keluar cukup buntu rasanya. Quran sudah dibaca, satu kek sudah disiapkan, baju sudah dibasuh, Hani telah diberi makan , rumah telah dikemas...elok saya berpeleseran seketika.

SMS sekali lagi meminta izin untuk keluar membeli baju kurung untuk Hani kerana 12/10 pejabat saya mengadakan majlis berbuka puasa. Baju tahun lalu semua tak muat lagi, baju raya kami dua beranak satu pun tak dibeli lagi, untuk ditempah seperti tahun lalu sudah terlewat. Maklumlah suami sakit semacam tiada makna beraya tahun ini (dulu2 pun bukan setiap raya suami ada....).

Apabila keluar bukan sahaja baju kurung, pelbagai barang2 kecil keperluan rumah dapat saya beli, jam untuk bilik solat, jam untuk dapur, pengikat langsir, pelekat dinding, muqaddam serta telekung hani dan tuala mandi Hani. Pergi jam 12.30 dan jam 2.30 selesai.. itupun dapat pergi 4 tempat.. mulanya ke butik anakku yang sms semalam katanya ada jualan murah untuk ahli dan membeli untuk Hani 4 helai baju raya kemudian ke UOB dan Bank Islam bayar kredit Card dan terus ke Mydin bercadang membeli stokin wanita tetapi barang-barang lain pula yang tersangkut sebab stokin warna coklat pulak dah habis stok.

Sampai di rumah trserempak pemotong rumput, terus minta potong rumput di rumah yang agak panjang dan buruk sungguh rupanya sebab banyak rumput liar yang tumbuh. Harganya katanya RM30.00 tapi tawar menawar sebab orang yang potong dulu RM 15.00 sahaja jadi warga nepal tu bagilah RM 20.00 setelah menawar bersungguh-sungguh (saja test jer) tak sangka senang rupanya menawar ni. Saya kalau beli apa-apa suka di supermarket tak payah tawar2, senang kesian tengok muka peniaga penat2 tapi orang tawar gila2. Sya mengendap dari tingkap (tinted) nampak macam penat je muka dia, dahlah bulan Ramadhan,kan. rasa bersalah pula menawar dengan dia. jadi saya pun potongkan semangkuk kek yang dibuat tadi cadang nak sedekah pada dia untuk berbuka.

Selepas selesai potong saya tengok dia tolong sapu rumput/sampah lagilah saya kasihan. yelah dulu RM 15.00 tak sapu saya yang sapu/kemas sendiri. Jadi saya tambahlah pulak lagi RM 5.00 upah dia. Bila selesai dia bagi salam saya keluar dan saya interview lah sikit2 tanya dia puasa tak, masyaallah selamba je dia cakap tak puasa... kerja potong rumput penat dan panas. Saya kata cubalah puasa, dia kata tak boleh... tekpelah dah cuba dakwahkan. Apapun saya ikramlah jugak bagi kat dia tambah RM 5.00 dan bagi semangkuk kek dan semapt juga cakap, "Saya bagi kek ni sebenarnya untuk U berbuka".

Dalam pada tu, SMS saya dibalas suami , "sedarpun selama ni ada laki tapi tak pernah bagitau kalau nak pergi mana-mana". Saya memang akui saya kadangkala keluar masa kerja tapi tak bagitau kadang-kadang lupa tapi dia memang pantang kalau keluar mana-mana tak minta izin dia . macam dia rasa diketepikan, madu saya kalau kerumah maknya yang sepelaung tupun kena bagitau. saya sedar sangat2 pasal tu tapi sebab dah lama tak kena tegur dengan dia macam rasa dah biasa pulak ke mana-mana senyap2 je. tapi kadang2 mulut tempayan ni tercerita jugak tu yang kantoi tu tapi dia tak marah dan-dan dia simpan masa gaduh baru dia ungkit. masalah lelaki jenis penyimpan ni....


Apapun, saya dah ada strategi baru nak halang dari masjid ni runtuh. Saya nak buat pendekatan "perang psikologi", Saya kenal suami saya nii.. suara dan ugutannya keras tapi hatinya lembut. Pada ketika marah iaitu awal-awal gaduh dia memang keras/degil sangat2 tapi lepas beberapa ketika dia akan okay sendiri. tengoklah macamana nanti... doa doa doa....


Pada masa sama saya cuba didik diri membiasakan diri tanpa dia, biarlah Kak A jaga dia masa sakit ni moga2 dia cepat sembuh... kalau ulang alik selalu kesian kat dia. Biarlah sampai dia mampu bawa sendiri kereta dan balik ke rumah saya. Saya letih berhadapan rungutan dia ... biarlah dia buat apa dia paling selesa asalkan dia bahagia. Takde apa nak direbutkan... hanya satu je yang saya dapatpun...yang paling saya cita-citakan... biarlah saya dapat tambah zuriat dan meriah hidup saya ni tanpa perlukan kehadiran suami saja....harap niat untuk tambah zuriat tu diizinkan Allah. Amiiin...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 12:17:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam