Wednesday, November 29, 2006

Senario semasa

Assalamualaikum w.b.t



Bismillahhirrahmanirrahim

HAL KERJA

Minggu ini dari Isnin sehingga hari ini jadual kerjanya penuh, tak dapat nak mengulau langsung. Hari isnin, sepagi-pagi tu mesyuarat ketua unit, pengarah kami naik pangkat dan akan bertukar menjadi pengarah dinegeri Kelantan mulai 1/1/2007 tapi tangguh 1/2/2007 kerana pengarah di kelantan tu gi Mekah, jadi tak dpat nak serah menyerah tugas, jadi sekarang ni dah hujung2 lah dia, makin banyak pesanan dan makin galak mengadakan mesyuarat nak settlekan Kertas siasatan2 yang ada dan urusan nak rasmikan pejabat pulak pada Januari ni, jadi banyaklah benda yang nak dibincangkan dengan ketua2 unit. Petangnya pulak, saya dah sibuk buat persiapan untuk bicara esoknya, Selasa. Bicara di mahkamah Sesyen KP ni saya sebagai pegawai siasatan nya dan kes ni dibawa oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam negara.


Bila call DPP katanya esok nak panggil saksi utama dan nak mainkan tape rakaman dan dia dah bagitau plan saksi2 mana nak panggil. saya pun call saksi terbabit walaupun sebelum ni sapina semua dah di serve. Bila settle call saksi semua saya pun prepare barang2 kes pulak dan memandangkan DPP kata nak mainkan tape saya pun bukalah beg barang2 kes saya, punyalah kalut saya cari tape asal, cari punya cari tak jumpa. Bicara yang lepas 26/6/2006 saya tak dapat hadir sebab saya emergency leave sebab suami baru kena serang stroke, so saya serah untuk jaga kes pada pegawai lain yang dah pindak ke Perak, jadi saya call dia tanya pasal tape asal, dia pulak tak ingat. Punyalah kecut perut, kalau barang kes hilang memang kena tatatertiblah jawabnya. Saya pun call balik DPP, rupa-rupanya dia dah tender ke mahkamah tape dan transkripsi sekali. leganya hati lah hai...


Hari Selasa pulak pagi2 terus ke Mahkamah KP yang makan masa lebih setengah jam, nasib baik kali ni DPP pergi sendiri kalau tak setiap kali saya nak ambil dia di hotel dulu dan bawa ke KP. Masa tu pulak saya tak bawa duit langsung, ingat pagi tu sempat nak tekan duit, tapi sebab malas nak drive dan tumpang kereta jabatan yang officer lain yang terlibat sebagai saksi maka tak sempatlah nak tekan duit. Nasib baiklah masa minum pagi di gerai sebelah mahkamah- En R, pegawai yang sama rank dengan saya, dia ni Ketua Cawangan jabatan kami di PD keluarkan duit untuk bayar minum untuk semua. Apa nak buat kenalah tebal muka minta dia bayar dulu. Biasanya kalau ada bicara memang IO kena bayar dulu untuk saksi dan DPP lepas tu boleh claim dalam elaun keraian 5% dari gaji.


Hari tu sepatutnya panggil 4 saksi, tapi sebelah pagi lepas DPP panggil saksi utama bagi keterangan, lawyer OKT cross tapi sampai jam 1.00 tengahari selepas labih kurang sejam cross dia minta tangguh dengan hakim, hakim sound jugak dia kata bila kes nak habis kalau asyik tangguh je, tapi nak buat macamana dah lawyer dia minta tangguh. Sambung bicara 4 Januari, saya pulak sebagai IO akan kena panggil untuk bagi keterangan. Itulah yang PM komen hari ni dalam page depan paper nasihat peguam jangan tangguh kes. Kami pun sebenarnya menjadi mangsa sebab lawyer selalu minta tangguh sedangkan dipihak pendakwaan semuanya telah bersiap sedia. Kes banyak tangguh bukan kerana kita yang lemah dalam siasatan/pendakwaan semata-mata tapi banyak kerana faktor luaran. Dalam paper semalam dan hari ni ada juga kata nak tambah/tak perlu tambah kuasa B*R dalam pendakwaan, sebenarnya apa yang perlu ditambah adalah jumlah DPP yang ditempatkan di B*R, kerana banyak kes yang perlu dicharge tapi DPP tak cukup kita sebagai pegawai badan yang sepatutnya buat siasatan dan dapatkan maklumat pulak terpaksa jalankan pendakwaan.



Macam saya ni,dahlah lead unit siasatan negeri nak cover satu negeri nak buat operasi, nak memantau KS, kena pulak bagi ceramah dan jalankan kerja2 pendidikan masyarakat, buat kerja2 pentadbiran, buat siasatan (ada KS sendiri), baca dan minit kertas siasatan pegawai di unit siasatan, buat pendakwaan pulak, dahtu kursus2 pun kena hadir jugak. Kadang-kadang rasa hidup ni takde masa nak buat benda lain, fikir pasal kerja je tak abis2, tension rasanya, dapat pulak pengarah gila kerja, hari Isnin tu dia ada mesyuarat dengan timbalan pengarah Kelantan yang dipanggil datang ke pejabat saya untuk mesyuarat perancangan pelan bangunan pejabat yang akan dibuat pada April depan, mereka start mesyuarat lepas kami abis mesyuarat ketua unit Isnin pagi tu, dan mesyuarat tu dengarnya berlanjutan sampai 1.30 pagi selasa tu, bayangkanlah, tadi mesyuarat Jawatan kuasa menilai Maklumat (JMM) dia citer dia sampai rumah 4.00 pagi Selasa tu siap kena saman polis speed trap lagi.



Nasiblah dapat pengarah yang terlalu rajin kerja, kami kalau mesyuarat bulanan dari 8.30 pagi Jumaat, dimulakan dengan baca Yasin dan tazkirah sikit, tapi sebelum tu kami akan nyanyi lagu jabatan, negaraku dan ikrar integriti dan ikrar penjawat awam. Pagi kami akan mesyuarat berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan hal-hal lain. Tengahari berhenti makan dan buat sambutan hari jadi untuk pegawai yang sambut bulan tu. Petang sambung pulak mesyuarat unit pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, dan yang paling penting prestasi unit siasatan dan perisikan, ketua unit semua kena present prestasi unit masing-masing dan perancangan. Lepas tu siaplah masing-masing kena bantai, mesti ada yang tak kena... yang pasti selalunya mesyuarat tu hanya akan berakhir jam 6.00 petang. Macamtulah bulan-bulan, tapi banyak bagusnya, kami semua bersedia setiap masa. Kadang-kadang kena main politik jugak.


Hari ni saya rekod stetement sorang timbalan pengarah satu jabatan di sini, gred M48 dan dari statementnya saya dapat tau dia ibu tunggal sejak 8 tahun lalu, dan ada juga risik2 dari dia macaman kehidupannya dulu dan sekarang, katanya lebih tenang hidup sendiri banding hidup masa berumahtangga. Ah... banyak pro dan kontra nya.


Tengah rekod statement dapat pulak Ks yang baru diminit oleh pengarah, Ks baru turun dari DPP, baca sekejap tengok satu lagi kes dapat CTP (consent to prosecute)dan saya dapat arahan untuk atur panggil OKT untuk buat tangkapan esok dan rekod percakapan beramaran, Jumaat pengarah arahkan saya tuduh di mahkamah. Petangnya selepas mesyuarat JMM saya call hp OKT, pendek saja saya cakap dan maklumkan minta datang esok ke pejabat saya, tapi reaksi nya (prempuan,37 tahun) macam dah tau kes dia nak kena tuduh, dan dia tanya apa jadi dengan OKT yang lain (kami buka 6 KS di jabatan tempatnya bekerja) kerana kesalahan yang lebih kurang sama.Tapi KS yang lain tak turun lagi. Saya cuma dapat kata, "datanglah ke pejabat esok, kita boleh cerita panjang". Dari nada suaranya saya dapat agak suaranya bergetar seperti mahu menangis. Bila dia tanya, "saya akan kena hukum ke?".


Saya jawab,"puan, tu mahkamah akan putuskan". lagi dia terkejut, kes ni akan kena bicara ke? Puan banyak2kanlah doa dan solat hajat. Tu je yang saya boleh cakap. dan saya terus letak telefon. kesian memanglah kesian, dahlah dia baru habis pantang, masa siasat dulu dia tengah mengandung. Tapi apa nak buat, masa buat kesalahan tak ingat dan sedar, dapat duit rasu*h ni memang seronok sebab tak keluar setitik peluhpun.


HAL RUMAHTANGGA

Minggu depan dari Isnin hingga Khamis saya kena ke seminar Siasatan berkaitan Anti Money Laundering Act (AMLA) di JB, Mak ROs pulak sabtu ni nak ke Kedah bawa pengantin sebelah pihak lelaki pulak, anak buah suami dia, dengarnya hari Isnin pagi tu baru sampai sini semula. Mak Ros pulak sejak buat rumah terbuka besar-besaran sehingga sate pun 1400 cucuk, badannya demam macam bentan urat, tak baik2 lagi sampai hari ni masuk 2 minggu dah, mukapun cengkung. Dengarnya dia taknak pergi ke kedah tapi dah semua orang dalam rumah tu pergi, dia terpaksalah pergi.



Saya pulak nak ke JB Isnin tu, MAk Ros kata takpelah Hani boleh tinggalkan kat rumah dia tapi saya pulak kesian, nak bagi dia rest rasanya, walaupun Juli naka dia 15 tahun ada untuk perhatikan dan buat susu, mandikan hani tapi rasanya saya nak bagi hani kat ayah dia. tapi sebab dah gaduh ni, malas pulak nak call ayah dia. Tak salah saya pulak ayah dia ada cakap Isnin, 4/11 ni dia kena gi medical board di hospital sebelum perkeso luluskan permohonan pencen Ilat (hilang upaya)dia jadi malas nak bagi dia kat ayah dia. Nak hantar balik kg pulak hani tak biasa dengan nenek kat kg dia tak nak tinggal sana. Serba salah pulak rasanya. Petang tadi saya call ayah dia, nasib baik dia jawab terus saya cakap nak tinggalkan Hani dan dia kata ok. Selesai satu masalah...



Sebenarnya sejak gaduh Jumaat malam hari tu, hp saya tertinggal dalam serena suami, dan saya terus buat tak tau je, takde hp lagi senang cuma orang pejabat je bising call hari ahad nak suruh bagi ceramah hari tu hp saya tak jawab, saksi2 dan DPP pun tertanya2 kenapa call tak dapat tapi saya senang ati sebab kalau hp ada mesti ada je benda saya akan mesej kat best friend saya mengadu masalah rumahtangga tapi kali ni saya cool dan diam serta simpan sorang je ... tenang hati dan perasaan. kalau tak bila gaduh saya cenderung send sms pada suami dan masa tulah selalunya saya akan untuk pujuk dia "maafkan" saya. Kali ni takde hp saya pun okay je. Tunggulah sikit masa lagi saya akan beli hp baru, dan bagitau simcard lama tu hilang dan minta pegawai teknik pejabat dapatkan simcard baru dari CELCOM. Kami pegawai kumpl A dapat hp dan talian dibawah pendaftaran jabatan dan kami diberi kadar panggilan rasmi RM200 sebulan, nak taknak kena on hp 24 hours. Tapi saya tak pernah salahguna hp tu, panggilan personal saya tandakan pada bill dan bayar sendiri.


banyaknya pulak saya menulis kali ni, penatlah pulak...


Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 09:00:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

Wassalam

Tuesday, November 28, 2006

Entah kenapa?

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, November 28, 2006

Bismillahhirrahmanirrahim

Entah kenapa kali ini saya tidak sedih!
Entah kenapa juga kali ini saya langsung tidak terharu!
Dan entah kenapa kerna itulah kali ini tiada setitis air mata pun yang tumpah!

Adakah itu tanda tiada lagi kasih antara saya dan suami?
Adakah itu petanda saya sudah sampai tahap berputus asa?
Adakah itu petunjuk sampainya masa untuk saya terima cabarannya?

Entahlah...
Biarlah masa tentukannya...
Apapun Hani tetap anaknya juga...
Tiap malam saya akan hubungi ayahnya dan terus serahkan gagang kepada Hani
Saya tiada nafsu dengar suaranya!
Saya juga tidak mahu dikata apa-apa olehnya!
Biarlah ia berlalu sendiri sehingga dia putuskannya sendiri...
Lagi cepat lagi bagus...
sebelum saya berubah hati...untuk kembali seperti sebelum-sebelum ini!



Suara hati dan pemikiran siti detik 11/28/2006 08:54:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam