Wednesday, December 31, 2008

Orang tabligh

Puisi orang tabligh

Puisi di bawah ni agak popular dan banyak tersebar dalam dunia blog dan ini saya copy dan tak tau sapalah penulis asalnya...kelakar pulak bila baca...sama2 kongsi yer...


ORANG TABLIGH


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

-habis

Terus sabar

Sabar dan terus sabar


Assalamualaikum w.b.t


Ntah kenapa kak aza, dari semalam sampai hari ni dia call saya jer. Pagi ni dia call bagitau sebahagian anak2 ikan tu dah mati pulak.


Terpaksalah menambah kerja dia kena buang pulak anak2 ikan yang dah mati tu...senang ker saya jawab kat dia, Allah dah berkenan dengan permohonan akak lah tu, tu pasal Allah matikan anak ikan tu.


Dia pun mengiyakan. Yerlah dah kak aza tak sedia nak bela anak ikan tu, dan macam nak marah suami sebab letak kanvas tu kat porch, makanya senang cerita allah ambil jer nyawa anak-anak ikan tu.



Saya rasa lebih baik macam tu. Ni ayah nak keluar 40 hari, angah belum tau lagi mampu ker tidak nak menjaga dan ambil berat pasal anak2 ikan tu semua. Ikut kata kak aza rasanya taklah kot...sebab ada beberapa kes yang dia minta tolong angah tapi harapan dia meleset sebab apa dia harap angah tak dapat laksanakan.



Sedangkan harapan ayah pada angah. Semalam masa on the way balik dari serting tu saya ada cakap kat ayah senang2 kahwin kan ajer si angah tu. Masalahnya angah tulah pulak keperluan tak cukup. macamana nak sara anak orang...



Saya kata, dah kawin nanti baru dia ada komitmen nak kerja dan carik rezeki betul2 agaknya. Masa macamni dia banyak ebrgantung pada ayah jer...kak aza kata sikit2 minta duit kat kak aza. ayah terpaksalah bagi duit juga, kalau tak nanti tak taulah apa pulak si angah buat.



Sekarang ni eloklah dia ajar bebudak tu mengaji, mengajar secara percuma, hanya bagi sesiapa yang nak beri atau sedekah duit barulah ada rezeki dia, mana yang kurang tu ayah top uplah.



Lagi satu kak aza merungut jugak kat saya pasla kereta mini minor yang ayah habis beribu betulkan, sekarang angah yang bawa kereta tu, tu yang kak aza tak berkenan. Asalnya kereta tu ayah kak aza yang punya, suami beli dengan harga RM 5k, sekarang angah pulak pakai sebab steringnya keras suami tak sesuai bawak...



banyak pulak masalah yang kak aza cerita, lepas tu petang ni ada pulak siteri karkun [panggilan utk org tabligh] sms katanya nak datang pd esok nak berubat secara homeopathy di PD, mungkin nak datang rumah saya...sukanya....



Amalan ziarah dan menerima tetamu ni sunnah. Allah suka orang yang suka terima tetamu. kak tim nama kakak yang kalau jadik nak datang esok tu. tak taulah saya ni suka dan sesuai benar kawan dengan orang2 berusia. Keluar yang baru ni kawan dengan kakak usia 50 tahun, yang gi nusrah rumah kak aza tu pulak close dengan kak tim umur 46 tahun.



Sesuai bangat dengan mereka ni. Kak tim ni takde anak, sian dah lama kahwin, rupanya suami kata kak nani [bekas isteri petama suami] pernah keluar masturat dengan kak tim kat sabah 15 hari lama dulu.



kak tim bekas guru yang berhenti kerja 24 jam sebab dia nak jaga iman dan amal. sekarang duduk di rumah, baguslah kalau dengar dia cakap2 iman, terus jer masuk dalam hati saya...kalau dia buat muzakarah cakap pasal allah berkuasa makhluk takde kuasa, confirm meleleh air mata keinsafan saya. Bila kita dengar orang yang banyak korban jalan allah ni bercakap nak2nya mereka yang iztiqamah tahajud ni, mesti cair hati kitalah....sebab allah bagi mereka kelebihan lidah hikmah....saya dah ramai jumpa dah..bila dengar dia cakap atau sebut beberapa ayat jer hati kita dah syahdu....





Saya suka keluar jalan allah, sebab dia dapat charge iman kitra kasi up sikit..ghairah nak buat amal lepas balik tu...rasa dunia ni sementara jer...dah nampak depan mata kuasa allah...semua yg kita doa akan dapat...syaratnya doa dengan yakin dan ikhlas...bulan 3 saya azam nak keluar dakwah jalan allah untuk 15 hari pulak....



Hal kak aza ni rasanya saya akan gi rumah dia esok kalau kak tim tak jadik datang, kenan bincang2 balik dengan dia..banyak benda kami tak settel ni khususnya hal2 suami....sabar jerlah kan....saya kalau org cakap kat saya suh sabar sy rsa cam takde nilai dah sebab saya dah buat lebih dari sabar...cuma serah dan redha pada allah jer....itu lebih baik...

Maduku

Maduku

Assalamualaikum w.b.t

Semalam lepas solat zohor kak aza call, ingatkan ada hal penting ker pasal anak. Sebab hani kan masih kat sana. Rupanya kak aza tanya kenapa saya tak datangs ekali ambil anak.

Tu intro jer rupanya. Dia nak mengadu kat saya sambil nangis2 lagi tu. Rupanya dia tak suka suami bawa balik ikan keli tu, tak larat nak jaga, sebab dengan anak lagi, kalau dah pagi petang mengadap ikan keli katanya, bila masa nak tambah amal dan nak tingkatkan iman.

Akak dah tak pandang dunia ni, kalau boleh tahun bari hijrah ni biarlah iman kita meningkat takkan nak tahap tu jer. Saya pun tak tau nak cakap apa. Sebab tu semua minta dan harapan suami.

Kita isteri nak bantah nanti katanya tak taat suami. Penting sungguh taat suami ni dalam islam, selagi benda tu ikut syariat adalah hikmahnya, sebab tu semua mungkin ujian allah agaknya.

Makanya saya cakap kat kak aza, saya ni pun kak terimajerlah apa abang buat kat saya. macam akak cakap dulu suami tu perantara ujian allah untuk kita.

Kalau ikutkan saya dah lama nak cerai ta[i dah allah kata jodoh saya masih panjang, kita terimalah.

Akak sabar jerlah...tu jer yang saya boleh cakap. Dia menangis saya pun menangis. Isunya mungkin angah agaknya.

Sebab suami bela ikan tu nak kasi angah isi masa tapi kanvas tu letak kat belakang rumah kak aza, dah tu airnya kena tukar seminggu sekali. Takkan angah tu tak keluar masuk rumah kak aza epanjang2 membela ikan tu.

Kak aza detail orangnya, nanti tukar2 air dah sepah...dia mesti nak kemas punya, sudahnya amal kemana, ibadat ke mana..itu agakanya dalam fikiran kak aza.

Dia kata dia dah solat hajat dan tahajud mohon allah bagi petunjuk, tapi tak dapat izin agaknya, tak tau dah nak cakap apa, sebab suami katanya ego tak mau dengar pendapat isteri...

Entahlah saya tak reti nak cakap apa dalam isu ikan ni, tapi dalam isu rumhtangga yang saya boleh cakap kat kak aza, kita kena belajar banyak sabar dan taat...

Petang sikit kak aza sms, dia kan selalu guna bahasa berbunga, budi bahasa tinggilah katakan...sudahnya saya tak berapa jelas apa yang nak dia suruh saya buta, "ada mata pandang, ada telinga dengar..bla bla...bla...." saya tak balas lagi, agaknya dia nak kata jangan saya cerita kat suami tak?..entahlah...

kak aza dah gunting rambut hani, dia minta izin dari suami sebab hani ada kutu, so semalam masa call dia ada cakap pasal rambut tu, sebab hari tu saya sms dia bila suami bagitau kak aza nak gunting rambut hani, saya sms suh gunting lepas bahu. Lepas dah gunting dan mandi kak aza kata, rambut dia jadik pendek paras bahu pulak sebab kan rambut hani kerinting..jadi bergulung ternaik ke atas, tu yang dia bagitau saya takut2 saya marah sebab gunting pendek sangat....dia pun puji2 hani baik, tak macam anak2 dia semua nak kena marah2 baru buat...biasalah anak tiri cuba kalau dengan saya hani mesti nak melawan jugak...

hari ni suami balik sini bawa hani dan hari ni dia mula keluar 40 hari....ingat esok nak ke Pd ziarah kak aza dan ikan2 tu, boleh tengok sofiyyah dan terus balik kampung lepas tu. Kakak saya yangcikgu dari johor dapat pindah melaka, buat masa ni duduk dengan mak, meriah sikit ramai kat kg....last week kakak no 2 dah call suh balik, nak masak2 kuih katnya makan ramai2...saya takde tak best, tapi saya cakap saya nak keluat 3 hari..tu yg dalam kepala terbayang2 nak kumpul adik beradik ni...
Nak cepat taip ni, ada hal nak kena ke pejabat...

Tuesday, December 30, 2008

1430 hijrah


Salam maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru balik dari Serting, Felda Raja Alias. Baru sangat2 ni, baring tak sampai 2 minit hp dah bunyi DPP dari HQ call pasal kes. Pastu ni saya terus bangun balik dan terus on PC.

Baru tengah layan perasaan sedih dan meleleh air mata jadik terbantut sebab hp punya gangguanlah ni.

Saya menangis sebab dahlah keluar jalan Allah 3 hari ni sekali jer jumpa suami, pastu sampai rumah suami kata nak balik PD pulak, esok baru balik sini, katanya esok baru ambik anak hantar rumah saya.

Sedihnya, ingatkan dia nak bermalam sini. Rupanya malam ni kat sana pastu baru balik sini. Dahlah malam ni sorang2 hani takde. Mula2 tadi saya tak faham...ingat dia nak balik rumah saya...tapi hampa jer sebab dan beli anak ikan sembilang 500 ekor takkan nak simpan jer dalam plastik tu....

Hantar saya tadi terus tak mati enjin sebab nak balik ke Pd terus. Tak masuk rumah pun. Patutlah masa tarik pagar tadi nak bagi keter masuk dia macam pelik, rupanya tak nak singgah langsung rumah saya.

Perjalanan balik tadi singgah Simpang Pertang beli ikan keli 500 ekor, nak bela kat belakang rumah kak aza, siap beli makanan 2 guni lagi. Kanvas saiz 4 X 10 kaki dah tempah dah...

Kalau nak marah dan nak umpat suami banyak sangat rasanya. Sedihlah nak cerita, buat tambah dosa saya jer.

Kadang2 rasa elok berpisah tapi bila fikir Allah yang merancang dan mengetahui apa hikmah sebaliknya saya fikir lebih baik saya sabar.

Tadi saya tolong jawabkan [pegang hp letak kat telingan suami] sebab dia drive pastu amsa nak letak balik tu terpandang mesej angah tanya bila ayah nak balik, pastu bawah tu ada pulak mesej kak aza yang juga tanya bila ayah nak balik...sebab dia nak bawa anak ke klinik...

Peninglah saya..anak besar tanya bila nak balik, bini tanya bila nak balik...walhal suami masih dengan saya tu...hishh tak habis2 saya ni merungut...tak bersyukur ker lagi saya ni?

Takutnya saya ni kufur dengan nikmat Allah....asbab suami nanti amalan saya tak diterima pulak...harapnya sabar lah lagi dan lagi sampailah saya mati...


Suami tadi nampak saya tak cakap banyak dia taulah saya sedih...atau dia fikir saya marah agaknya, tapi sebab saya pakai purdah dan dia tak nampak riak wajah saya, tak ketara sangatlah wajah saya yang sedih sebenarnya tu...

Mula2 ikut hasutan syaitan saya masuk hantar handbeg lepas tu saya tunggu ker kat dalam, dia tak mati enjin baru saya tersedar yang dia taknak masuk rumah, saya pun tak tanggal purdah keluar semula ambil beg saya ...pastu hantar beg, dia masih tunggu juga!

Saya taulah dia tunggu saya nak salam dia lah tu. Saya pun tekan nafsu marah saya, saya keluar juga, terus salam dan dia tarik tangan saya sebab nak cium pipi...pun saya tak tanggalkan purdah...pastu senyum2 tanya saya pakai minyak wangi apa...

Itulah nasib isteri kedua...sedih jer sepanjang masa...kaadng2 terasa juga kena bercerai juga saya ni..selagi berjodoh ni macam takde jalan keluar jer...tetap saya terketepi dalam apa hal sekalipun...tapi allah juga yang mengetahui. sedang pergerakan sebutir pasir dipantai pun tetap dalam pengetahuan dan arahan Allah apa lagi hati2 manusia ni...mungkin ini ujian untuk saya...

Masa keluar ni, ada 4 couple jer, semuanya 9 couple tapi 5 ke gemas, kami 4 ke serting...kali keluar saya takde sangat nangis2 kerana allah, berbanding nusrah jemaah dari Myanmar hari tu..entahlah banyak ketawa jer sebab yang keluar2 ni ramai yang baru2 joint usaha dakwah ni...ada sorang tu ketua wanita UMNO lagi..kelakar sungguh kakak tu, yang asalnya kaum melanau dari sarawak..anak buah ketua menteri sarawak rupanya [baru suami cerita dalam kereta]...tapi dia ni usahanita ada bela lintahlah, bela ikan kelilah..macam2 bisnesnya...suami bekas komando plak tu...

Tapi saya banyak belajar hidup yang 3 kakak lagi tu, belajar macamana mujahadah mereka, semua tak kerja saya jer yang kerja, macamana mereka hidup sederhana, usaha menjahit baju suami dan anak2 sendiri untuk dapat pahala...belajar dari mereka yang istiqamah tahajud nangis malam2 masa mengadap Allah...macam para sahabat dahulu yang siangnya macam singa lapar memerangi orang kafir dan menyebarkan dakwah tapi malam hari didepan Allah menangis macam bayi kecil di depan allah seperti fakir miskin kelaparan yang meminta sedekah...

Tu jerlah..sedih hati saya masih bermaharajalela ni, tapi tadi suami ada cakap, kalau sempat lepas asar dia akan hantar hani ke sini...saja nak pujuk saya lah tu agaknya...kadang2 rasa tak wajar juga buat macamtu..tapi saya tak reti nak hipokrit...kalau sedih dan marah memang dan-dan tu terpancar...kesian juga kat dia ulang alik PD seremban...keter saya plak road tax mati...petang ni baru nak gi bank...

Ada kakak tu bagi cara nak tambah kasih sayang suami pada kita, amalkan baca surah At tahrim [sebelum surah Al mulk] setiap lepas solat subuh....subuh tadi saya dah baca dah...kita tengok nanti macamana kesannya...

Saturday, December 27, 2008

Redha suami

Assalamualaikum w.b.t


Redha suami



Saya cuba belajar untuk taat dan dengar setiap pandangan dan permintaan suami, walaupun sedikit sukar dan membebankan tapi akhirnya saya dapat mengecap nikmat kemanisan sebab redha suami itu kan redha Allah.

Semalam asbab saya nusrah jemaah suami malam ni balik manis jer muka dia. Malam semalam, siap dia hantar saya sampai simpang nak ke seremban sebab suami dan kak aza nak balik ke PD, saya dan hani balik seremban.

Hari ni saya perlu ke pejabat sebab ada barang kes dalam bilik yang perlu dipulangkan sebab kes diarah ditutup. Dan saya juga perlu menghantar borang SKT ke pejabat. Hari ni dapat lagi mess kit, bertambah2 pakaian kerja saya.

Yerlah kan sekarang kami dah nak jadik suruhanjaya, kena pakai uniform, dengan pakaian istiadat, makanya dah 6 pasang dah baju saya...dengan kasut, tudung, handbag dan macam2 accesories. Serba salah bila kerja nanti sebab pakaian tu sememangnya mengikut bentuk tubuh....lemasnya...

Dahlah badan saya dah naik mendadak sejak cuti belajar ni, sepatutnya 30 hb ni saya kena hadir mess night [makan malam beradat di PWTC] dengan memakai mess kit, tapi sebab saya sorang pegawai kanan perempuan malaslah nak pergi...saya gi pejabata tadi carik pengganti.

Tahun lepas saya ingat lagi, saya pergi satu kereta dengan pegawai kanan lain tapi semuanya lelaki maka kami sewa satu bilik hotel, untuk salin pakaian dan solat. Memang teruk bunyinya....masa tu saya salin dalam bilik mandi.

Masa tu, saya sorang perempuan dengan 6 lelaki dalam satu bilik hotel, lain2 adalah timbalan pengarah [india], ketua cawangan BPR PDickson, seorang ketua unit perisikan, saya sebagai ketua unit siasatan dan 3 orang ketua unit bawah saya...takdelah pelik sebenarnya memang kami selalu duduk bersama sepanjang hari berbincang dalam bilik saya/bilik mesyuarat atau bilik operasi dari pagi sampailah ke subuh semula tapi bila dah dalam bilik hotel dengan ada yang lepak2 tu agak pelik jugak sikit.

kami semua dah biasa sangat dah...diorang pun hormat saya sebagai orang no 3 kat pejabat lepas tim balan saya tu, cumanya saya sebagai isteri rasa bersalah pada suami dan sampai hari ni saya tak pernah cerita hal ni pada suami.

Makan malam beradat ni acara tahunan jabatan kami, memang agak formal majlisnya, sepatutnya pegawai kanan diwajibkan bawa pasangan, tapi macam biasa suami saya takkan mahu. Sebab majlis bermula lepas maghrib maka isyak memang langgarlah, maghrib pun terkocoh-kocoh...sebab nak kena carik seat pastu nak kena masuk awal sebelum KSN masuk...dan dimulakan acara formal dengan pegawai badan bawak masuk bawak pedanglah apalah...dengan nyalakan lilin pastu adalah org paling muda dalam majlis tu bagi command kata "minum untuk yang dipertuan agung".."minum untuk Sultan Selangor....sampailah Minum untuk pegawai badan"...kelakar jer masa mula2 dulu... dan diakhiri acara tak formal dengan tarian poco-poco dan menyanyi2 karaoke.... memang saya tak suka tapi dah kata wajib hadirlah jugak setiap tahun...selalunya kiri kanan saya memang lelakilah...lelaki yg tak bawak psangan jugak, duduk pulak memang ikut rank...tu yg menyampah sebab kena duduk dengan orang negeri lain yg kita tak biasa.... satu lagi yg perempuan dan lelaki yg pegawai badan pakai mess kit yang lelaki luar pulak kena pakai blazer dan bow..manalah suami saya pakai semua tu....dia pakai jubah bolehler...

Oklah...tak taulah apa lagi perubahan lepas ni, saya ni dah macam orang asing dah...sebab perubahan berlaku masa saya takde, cuma lepas ni kalau kerja guna akta baru dan mungkin tatacara kerja dan tanggungjawab takkan sama dengan dasar sedia ada sebelum saya bercuti belajar.

Hari ni road tax mati, baru terperasan, terlupa pulak nak ke bank tadi...takperlah selasa minggu depan baru renew, lagipun saya tak guna kereta weekend ni....

Esok, bersamaan 27 Disember [masa yg disetkan kat blog ni lewat sehari] saya akan keluar di gemenceh, untuk 3 hari maksudnya saya menyambut maal hijrah semasa keluar di jalan Allahlah...alhamdulillah hari pertama bulan hijrah saya melakukan sesuatu yang baik, moga2 sepanjang tahun saya akan ebrada dalam usaha ni...

Saya kan rasa Allah bagi saya sesuatu memang ikut amal yang saya buat. Sekarang saya rasa hidup saya tenang jer tak sama macam masa kerja...asyik terkejar sana terkejar sini. Yerlah asyik carik dunia jer, kan Allah kata lagi cari dunia lagi tulah kita akan susah. MAsa kerja tu, asyiklah terkejar nak solat cecepat. Yerlah masa rehat baru dapat rehatkan otak dan kaki, tapi baru nak solat bos dah panggil mesyuaratlah, perbincanganlah....memang saya rasa masa saya kerja jiwa, roh, masa dan nyawa saya semata-mata untuk kerja. Balik rumah mana baki2 sikit tu barulah bagi kat Hani dan suami.

Sampai suami saya selalu marah + perli saya yang asyiklah cakap pasal kerja, pantang hp berbunyi, berlari menjawab kalau hal kerja tu, dan-dan tu saya bersiap ke pejabat, kata suami saya ni "takut OC [pengarah] saya kalah macam saya takut tuhan'...macam tu sekali analogi suami saya. Sebab saya takut tu bukan apa, kalau tak jawab pagi2 lagi saya kena mengadap dia dan sediakan jawapan kenapa saya tak jawab dia called... masa kerja memang pun hari2 saya kena mengadap dia pagi2 morning prayer...macam jab kami bukan boleh gurau2 lelebih..kami ni enforcement, bagi arahan terus buat takde soal2...yerlah kerja tangkap orang dakwa orang siasat orang takkan nak main2....tambah2 OC saya ni workaholic...

Tapi sekarang, leganya hanya Allah yang tahu, hp pun mana-mana jer saya campakkan, sebab saya tau OC takkan carik saya lagi...lega sesangat...kalau ada tu pun panggilan sesat dari HQ yang tak tau saya sedang bercuit belajar...ataupun panggilan sebab ada sapina sebagai saksi bagi kes-kes yang saya terlibat bagi keterangan.

Yang sebenarnya, sejak 3 tahun lebih saya tak pernah keluar...dan dalam tempoh tulah saya betul2 tumpukan pada kerja, dan ternyata dalam tempoh tu amal saya memang kurang...taunya kerja kerja dan kerja...tu pasal Allah tak pilih saya dikalangan umatnya untuk keluar jalan Allah ni...

Tapi sekarang berkat saya belajar redha dan taat moga2 Allah pandanglah usaha saya ni dan Allah letakkanlah saya di kalangan hambanya yang diredhai...masa kerja nanti tak taulah mampu atau tidak...nak jaga aurat dengan sempurna pun mujahadah..masa cuti ni dapatler..masa kerja nanti aduhaiii macam2 cabaran...

Lepas subuh esok kami akan hantar hani ke PD kak aza akan jaga dia. Wah hani mengongoi2 nanguis bila tau saya dan ayah nak keluar 3 hari. Sedih sebab takde sapa nak peluk dia malam2. tapi bila saya bagi idea dan dia boleh terima barulah tersenyum girang. Malam ni tadi baru jer rakamkan beberapa shoot video dalam camera pesanan2 saya dan kami peluk cium supaya malam esok sebelum tido dapat;ah dia tengok video tu buat melepas rindu. Lepas tu siap bawak baju busuk ammie yang tak basuh buat peluk dan cium masa nak tido, tak cukup lagi tu, tambah pulak bawak gambar2 ammie dan ayah untuk tengok2 kalau teringat. Dah tu siap pulak dia pilih gambar ammie dan ayah atas katil peluk2...amboi nak suh umi makan hati ker bawak gambar tu? so saya tak benarkan...so dia pilih gambar ami dan ayah yang asing2...kelakar hani ni, sib baik dia pun faha,..siap tanya..nanti umi cemburu tengok gambar ayah dengan ammie eh?..hahahaaaa pandaipun!


Friday, December 26, 2008

Masturat

Assalamualaikum w.b.t
Keluar 3 hari

Semalam saya bersama jemaah yang balik dari Myanmar tu lagi, kali ni mereka berpindah ke Rantau. Saya tak biasa kawasan Rantau ni [kawasan MB Mohamad Hasan], tapi sebab pagi tu suami dah telefon tanya tak datangkah nusrah?

Petang tu saya kutakan semangat juga drive ke rantau ni, bila sampai saya telefon suami dan dia jemput saya di jalan besar. Agak pendalaman juga rumah ni, bukanlah dalam tu jauh sangat tapi sebab signboard kurang susah nak carik clue.

Sampai2 tu dah ramai orang juga, kak aza pun ada. Wah lepas rindu tengok dan main dengan sofiyyah, dalam masa 3 hari jer Sofiyyah punya skill gelak bila diagah dah bertambah. Sofiyyah pakai stokin yang saya belikan tu..sukalah tengok..kak aza siap puji kata sesuai9 sangats ebab tak ketat...hari tu banyak stokin sofiyyah yg ketat2 sampai bertanda kat pergelangan kaki dia, tu yg saya belikan 3 stokin baru.

Saya cakap kat suami hari tu, pandang sofiyyah saya teringat kat Hani masa kecik, siap saya keluarkan album hani masa kecik tunjuk kat suami betapa sofiyyah hanpir serupa dengan hani, pastu suami kata..."yerlah kan semua tu anak ayah..."

Saya cakap kat suami, maksudnya genetik abang makin lama makin kuatlah, sebab hani dan sofiyyah ni dua2 nampak ciri2 abang jer...pastu suami cakap bukan genetik dia yang kuta tapi agaknya genetik isteri2 yang makin lemah kot....ha'ah..yer tak ya jugak kot balas saya....ntahlah tak taulah...


Hari tu suami kata, ada jemaah lelaki yang pelik, ramai sangat anak suami ni. Yerlah kat surau taman tu yang tempat jemaah duduk tu kan angah ada jadik imam dan mengajar mengaji, pastu ada Uda dan Zubair dua anak lelaki yang ikram ayah masa kat surau, dan lagi bila datang rumah untuk makan, ada pulak hani syakirah dan hani suhailah yang kerjanya menjenguk balik tabir tengok ayah, yang hani suhailah pulak ayah selalu panggil dia untuk kiss sebab dia duduk2 tu rajin sms ayah "kakak sayang ayah sangat", sebagai balasan tu yang ayah bila datang rumah masa jemaah ada tu ayah panggil dia untuk kiss.


Tulah ada jemaah tempatan yang kata "susahlah hj, yang saya ni nak kahwin lagi tapi iseri rak benarkan, dan saya pulak tak cukup keras dengan isteri....camana tu?"

Suami jawab sambil bergurau, "hah..tulah kalau nak kahwin lagi ni...kena betul2 'keras' dengan isteri baru boleh..." pastu tergelak2 saya dengar suami cerita... dahsyat gak gurauan lelaki ni...


Esok saya akan keluar masturat 3 hari di Gemenceh. Tujuan keluar ni adalah untuk tingkatkan iman dan amal, dan bawa balik amalan2 yang dibuat masa keluar tu ke dalam rumah untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam rumah. Amal yang dimaksudkan ni adalah

-amal2 ibadah macam baca Quran dan zikir [baca taklim yang mengandungi ayat2 quran dan hadis2 tentang fadhilat amal2 yang kita buat dan ganjaran yang kita dapat]

-solat fardhu [awal waktu],


-dakwah [cakap2 iman dengan orang tempatan yang datang nusrah],

-khidmat [masak, kemas rumah tuan rumah yg kita pergi tu,

-ikram/bantu kawan2 yang keluar sekali]


Usaha wanita ni penting sebab 1/3 daripada isi dunia ni adalah wanita dan 1/2 lagi adalah kanak2 yang juga dibawah jagaan wanita, maka 2/3 penduduk dunia ini adalah dalam tangan wanita.

Moga2 asbab fikir wanita dan ibu2 Allah bagi hidayat pada seluruh alam. Zaman sahabat dulu, khadijah duduk di rumah tapi beliau ada fikir macamana nak tingkat syiar islam, macamana nak pastikan yang semua umat dapat ucap kalimah sebelum ajal.

Allah suka sangat dengan doa2 wanita, tu sebab asbab fikir wanita ni tentang iamn dan umat, allah akan datangkan hidayah walaupun wanita tu duduk antara 4 dinding sahaja.

Saya nak cerita sikit, ada cerita2 benar yang saya dapat dari kawan jemaah masa baru2 ikut jemaah masturat masa baru lepas kahwin hari tu.

Cerita 1.

Ada kawan cerita di Indonesia, ada isteri karkun ni suaminya keluar di jalan allah, dia duduk di rumah sahaja. Setiap hari dia jaga amal dia dan yakin dia tetap pada Allah. Isteri2 karkun ni biasanya redha kena tinggal dengan suami sebab iman yakin mereka pada Allah adalah tinggi, bukan suami yang bagi rezeki tapi Allah, dan bukan suami yang boleh tolong kita masa sakit tapi semuanya Allah.


Maka perempuan tadi berdoa pada allah moga2 diberi rezeki, dan tidak semena2 masa berdoa tu Allah jatuhkan seekor ikan betul2 di depan dia....dan dalam ikan tu ada batu permata, dan bila ditanya di kedai batu permata tu cukp mahal....itulah namanya rezeki yang datang betul2 dari Allah untuk umatnya yang yakin dengan kehebatan Allah....manusia baik suami ker baik boss ker semua asbab ajer...

Kita kena yakin semuanya dari Allah, api sifatnya membakar bukan? tapi bukan api yang sebabkan sesuatu terbakar, semuanya dari allah, allah boleh jadikan api berlawan asbab, api bukan untuk membakar tetapi menyejukkan, pernah dengar kisah api yang menyejukkan???

Ingat kisah nabi ibrahim yang cuba dibakar olek kaumnya di dalam api sebesar gunung? tapi dengan kuasa Allah api berkenaan tidak mampu membaka walau sehelai bulu roma nabi ibrahim pun, bahkan menurut nabi ibrahim tempoh pembakaran 40 hari itulah tempoh dia paling nyaman , dan Allah telah memberi rezeki pada nabi ibrahim dengan memberinya anggur sebesar kepala.

Cerita 2...

Ini kisah di London. Seorang isteri yang ditinggalkan suaminya 4 bulan untuk keluar di jalan Allah, dia tidak ada anak, makanya dia tinggal dengan kucingnya sahaja. Tetapi amal dan iman memang dijaga. Hari2 dia baca taklim [hadis2 dan ayat2 quran tentang iman dan amal], dengan kucingnya sahaja. Mula2 kucinnya sahaja, esok2nya pulak datang kucing2 jiran sebelah dan kemudian hari2 jumlah kucing2nya bertambah, akhirnya semua kucing jiran2nya berjumlah 22 ekor datang setiap hari mendengar hadis2 dan ayat quran ini dibacakan .


Setiap hari pada waktu yang sama kucin ini akan datang duduk sama2 wanita tadi mendengar taklim. Ajaibnya kan?

Maka, lama-lama setiap tuan kucing ini tertanya2 kenapa setiap hari pada masa yang sama kucing ini akan ke rumah wanita tadi, maka mereka pun datang bertanya, apakah wanita tadi ada memberi makanan istimewa pada kucing itu?

Wanita tadi hanya berkata saya hanya membacakan taklim sahaja...maka wanita2 jirannya pun tertarik mendengar sama...masyaallah betapi indahnya...lama2 wanaita2 tadi akhirnya memeluk islam kerana Allah telah datangkan hidayah untuk mereka. Asbab fikir wanita berkenaan Allah datangkan hidayah pda seluruh jiran-jirannya...

Eh..banyak lagi cerita2 kisah iman dan amal ni, bukan pada zaman sahabat ajer...zaman ni, hari ini pun banyak kisah2 kebesaran Allah yang ditunjukkan secara cash depan mata....tetapi kisah ini tidaklah masuk dalam paper...hanya cerita dari mulut ke mulut antara kami yang buat usaha ni....

Maka untuk itu, memang saya tak nafikan bahawa semakin lama semakin saya rasa sayang dengan usaha ni dan sangat2 bersyukur yang Allah masih pilih saya berada dalam usaha dakwah ini...biar apa pandangan sekeliling tetapi Allah lebih mengetahui...kita tidak punya masa untuk benda lain sebenarnya....berapa lama lagi kita boleh menongkat dunia....akhirnya kepada Allah juga kita kembali...

Walaupun hakikatnya 3 tahun saya dah senyap dan sejuk sebab saya tak keluar masturat tapi dengan doa dan harapan saya yang sentiasa memohon rahmat Allah diberikan kepada saya, insyaallah saya rasa saya perlu keluar semula, ataupun boleh juga kita panggil untuk recharge/rawatan/kursus/seminar....tapi bukan untuk dapat skill lain tapi semuanya demi iman dan amal......

Thursday, December 25, 2008

Nisbah 3:1

Nisbah 3:1

Assalamualaikum w.b.t


Giliran kali ni kan saya kata rasa macam berbulan madu, lain sangat2 rasanya. Maka asyiklah perli memperli antara saya dengan suami....biasalah gurauan lucah ala-ala formal....buat menambah kasih sayang.


lagipun kan ker ada dua anak yang dah faham...uda dan hani memang ada jer..so takdelah dapat sangat nak manja lelebih..kalau takat Hani boleh kowteam suh gi buka CD ker tengok astro ker...



Sebab Uda ada, saya kenalah jaga kelakuan. Kan budak lelaki nama Uda ni dah nak masuk darjah 3 dah. Bila suami tanya napa yang beriya2 tu, cam biasalah kan saya ni nak sangat2 menambah anak.




Suami saya pun mulalah perli2 saya, katanya dah nisbah 3:1 pun masih tak dapat anak..camana tu? Nisbah tu merujuk pada 'ehem ehem'.... bandingan saya dengan Azalah, bukan bandingan giliran tau! Kalau nisbah giliran saya lama dah kalah!




Tulah saya kata nisbah tu kena besarkan lagi...hahahahhaaaa...mampuslah abang katanya....




Faham tak ni....tulah kan kalau dah subur cam kak aza tu, tersentuh jer dah lekat anak...kalau dah takde rezeki saya nisbah 30:1 pun belum tau lagi dapat anak....

Wednesday, December 24, 2008

Maduku

Assalamualaikum w.b.t

MADUKU


Kak Aza, seorang yang detail dan sangat teliti. Kalau ada jemaah datang ke rumah dia selalunya sayalah yang dia harapkan tengok2 apa yang patut.



Bukannya apa, dia bersistem orangnya, barang2 seperti pinggan mangkuk, gelas dan sebagainya untuk jemaah semua dia dah siapkan dalam satu bakul dan dia tak suka barang2 lain atas rak dia disentuh.



Jadiknya yang tau perkara ni semua selalunya sayalah. Kak aza kalau kain buruk di dapur pun ada kategorinya. kain buruk yang dia basuh dan bentangkan atas dapur tu khas untuk lap2 dapur jer. Kain buruk yang gantung/jemur kat tingkap tu untuk lap lantai kalau ada air tumpah. kain buruk untuk lap pinggan kat kitchen kabinet.



Penyapu pulak memang dia simpan dalam stor. yang dapur punya kat belakang pintu dapur. Yang tu saya tau, sebab saya dah kena tegur jugak sebab salah guna yang hall punya penyapu saya sapu dapur. Rasakan! Dia masukkan balik dalam stor penyapu yang jemaah guna kat dapur tu, dia tanya mana diorang tau penyapu dalam stor, saya acakap saya yang bagitau...sipa pesan ngan saya suh diorang mabik penyapu belakang pintu dapur.....sabar jerlah...



Mop pun sama, untuk depan punya ada lain, yang dalam punya lain. jangan sesekali tersalah guna....dia mop balik nanti...
Peti ais pun camtu jugak, satu untuk barang2 kering dan yang tidak hanyir dan satu lagi khas untuk barang2 basah dan ikan2 dan barang2 yang berbau.



Maka kalau jemaah datang memang kronik sikitlah kak aza ni, dia memang monitor dapur dia pagi2 dan malam2, apa yang tak settel dan tak kena kat mata dia semua dia uruskan sendiri. Maka dia akan jadik penat. Kadang2 lelah dia menyerang. Sebab dia cakap kat saya. akak ni yang paling penting dapurlah..kalau dapur tak settel tak boleh tido akak....



Dan hari tu kan kak aza cerita kat saya pengalaman bersalin hani sofiyyah..susah rupanya dia bersalin siap dengan tumpah darah dan sofiyyah pulak Hypo, kurang gula dan tak menangis masa dilahirkan. Kak aza pulak pengsan, sebab tumpah darah tu, dengan sakit yang lama sebab tali pusat terbelit kat leher walaupun bukaan dan 10 cm, tapi push2 tak mau keluar jugak...lepas bersalin jer dia kena injection....xtau pulak apa namanya injection tu..



Tulah pasal dia cakap kat saya, dia kena gak pergi ke jumpa doktor, saya tanya kenapa [untuk apa jumpa doktor] selamba jer dia jawab, "hishhh tak jumpa doktor nanti keluar pulak sorang lagi sofiyyah tak tahan akak wa...."



Dan sofiyyah budaknya sangat baik, serupa pulak dengan suhailah masa baby. Ramai yang tanya memandangkan kak aza ni ala2 kajol [hitam manis tapi hiudng mancung] ramai jemaah wanita pelik napa sofiyyah cerah...hahahahahaa rupa2nya semua agak ni mesti ikut bapak...yerlah diorang mana kenal suami kami...




Satu lagi cerita kan...kalau ada jemaah datang rumah kak aza atau mana2 rumah yg kebetulan kami ada, msti dia orang pandangs emacam, camana kami boleh baik....tapi kali ni ada kakak sorang tu dari Puchong direct jer cakap mula2 bila dia tau saya ni madu kak aza terus dia pandang serong dan pandang buruk kat saya. Macam perampaslah.




Tapi dalam keadaan tu saya kena juga cerita sebenar, yang kak aza asalnya isteri kedua, barulah diorang takdelah pandang buruk sangat saya ni dan diorang pun tau macamanan kami boleh baik sangat...kiranya tengahari masa program free tu baring2 saya dengan kak aza selalu cerita2lah bukan pasal apapun pasal suami kami, anak2 tiri, pasal kambing...macam2lah...semua yang ada tu pelik jer tengok kami, dengan anak kak aza, syakirah tu yang manja dan asyik merengek dengan saya, nak ikut baliklah, suh belikan jubahlah...



Kadang saya pelik anak2 tiri saya iaitu anak2 kak aza ni, diorang tak boleh langsung bezakan anak betul dengan anak tiri, apa saya belikan suhailah semua diorang nak sama. Terlalu baikkah saya. Macam syakirah, saya bawak buku dan mainan hani ke PD [utk isi masa dia], semua dia tanya kenapa tak belikan kakak satu? Yang si Uda pun ke Giant malam tadi, saya belikan hani colour Faber Castle yang 24 kaler tu dengan harga RM28.90, dia pun nak benda yang sama jugak.




Saya terpaksa cakap kat dia, Uda darjah 4 takkan nak pakai kaler banyak2 macam tadika, sudahnya beli faber castle yang 12 kaler harga Rm 9.90, pastu berebut dengan saya sebab kaler tu dapat percuma beck pack lawalah kalau tengok gambarnya. Geram jer saya bila dia cakap, Uda takde beg sekolah lagi tau makcik....makcik pun nak lah uda makcik gi kelas [un takde beg sandang lagi...



Bila gi kaunter tengok2 beg tu dah habis dia bagi beg sandang lain, sudahnya dua2 kami taknak...pastu Uda beli kasut, pencil box semua mahal2 jer. Mainan hani pun saya sayang nak beli yg mahal, sebab mainnya sekejap jer, tapi sebab uda semalam nak beli Hot Wheels tu kopak gak RM 24.99 untuk 5 bijik hot wheels tu...kang katanya mak tiri kedekut walhal dia dah nampak saya kuarkan duit kat ATM, ayahnya tunggu dalam keter jer...



Pastu suh belikan syakirah punya barang2 sekali, katanya syakirah dah ada, tapi saya tau mesti syakirah marah kalau tau makcik beli untuk uda jer, pasni nampaknya kena belikan syakirah pulakler. Jubah dia suh beli pun saya tak belikan lagi. Semalam kalau ada masa ingat nak belikan Sofiyyah overall tu tapi dah nak tutup pla, belikan sofiyyah stokin baby yang ada kartun2 seketul atas dia tum belim 3 pasang..cutenya...hari tu cakap kat kak aza, napa tak barutkan, asyik sendu jer sofiyyah, takde barut katanya, so saya dah suh mak saya buat 5 barut gantung untuk sofiyyah...



Tengoklah anak2 tiri saya ni, semua ingak makcik kaya sebab makcik kerja..lagipun dengan umi nya garang sungguh, mana ada can nak jalan2 tengok tu tengok ni, uminya kalau shopping ambik2 terus bayar kan ker uminya berpurdah takkan nak berpeleseran kat pusat membeli belah...



Hari tu, masa jemaah ada tu, kak aza terlupa dan dia terlepas satu hari appoinment dengan doktor. Maka dia tinggalkan sofiyyah pada saya, dia abwa hani shakira dan hani suhaila jer, sebelum pergi tu siap pesan2 kat saya, penyapu ni jangan guna..bla..bla..."kau bukan tak tau akak kau ni wa...., kau tengok2kan eh"



Satu lagi bab makan, dah lama dan saya report kat suami supaya tempat makan jemaah tu dipindahkan dari dapur ke ruang depan, dapur tempat jemaah makan tu adalah laluan depan kitchen kabinet, memang taks esuai, kalau nak mabil2 barang apa2 macam air basuh tangan ker, terpaksa sempit2 lalu belakang jemaah. kalau jemaah badan besar memang kesianlah sebab tempat jadik sempit sesangat.



Tapi suami suh makan kat depan tu langsung kak aza taknak ikut sebab katanya tak nak semut. Kalau makan kat depan nanti, semut dah datang susah nak suh semut pergi, lama pulak prosesnya nak hilangkan semut tu. kata kak aza lagi, semuat bukan boleh disembur, berdosa nak membunuh semut2 ni.



Tapi hari tu, sebab yang datang nusrah dah ramai, memang lorong dapur tu tak muat, terpaksalah jugak hidang kat depan, jiran kak aza, kak huda [yg baru resign sebagai pensyarah utk jaga amal~ kagum seyyy] tanya saya, "wa, boleh tak hidang kat depan ni", sebab dia pun tak berani nak hidang nanti takut2 kak aza tak benarkan...



Saya kata, nak buat camana dah ramai tak cukup, hidang jerlah....
Pastu malam2 tu borak2 ngan kak aza tu yang dia cerita kalau dah semuat datang susah, yang nak tido kat situ pun jemaah jugak, nanti malam2 gigit semut....saya senyum jerlah...maduku..maduku..detailnya alahaai...



P/s : kadang saya cakap ngan kak aza, kak laki kita camana...dah makan ubat ker, ada hari tu diorang citer pasal stroke so saya tanya kat kak aza depan semua orang, kak dia punya stroke teruk macam laki kita ker?...dah semua orang pakat2 gelak kat saya...sebab selamber jer cakap 'laki kita'....

Beralih arah

Assalamualaikum w.b.t
BERALIH ARAH



Entah kenapa minat memblog sedikit terjejas. Serasa nak on PC pun tidaklah seghairah dulu. Rasa lebih banyak benda penting lain yang perlu diutamakan.



Pelik juga, tapi mungkin asbab kasih sayang dengan suami bertanbah erat maka bila dia ada sekarang saya memang tak sentuh PC, duduk dengan dia jer macam dulu2...perghhh tak sangka rasa yang dulu Allah beri kembali.



Kalau dulu dia suruh urut barulah sibuk nak urut tu pun asyik cilok2 dan mengulau, urut2 sambil baring sebelah dialah, kalau gitu memang bukan urutlah,kan...macam gosok2 jerlaha...adaker sambil urut sambil baring, tu macam ada motif lain jer...selalu nya urut sambil baring ni memangler sekejap jer serius pastu lain plak kerjanya...



Tapi sekarang, ikhlas jer offer diri mengurut, duduk urut betul2....sampai agak2 dia dah puas hati baru berpindah urut ke tempat lain...dengan motif yang lain pulak....hahahaaa janganlah pandang serong lak yer...benda halal dan wajib nih!



Semalam, tak jadi khidmat masak, tak tau kenapa suami tak benarkan saya masak, taknak susah payah kan saya agaknya, maka seorang karkun lain telah sudi memasakkan nasi beriani gam dan kosnya ditanggung oleh saya. Takper, sama juga ganjarannya, moga2 Allah beri pahala yang sama.




Dari hari gaji 17 hb hari tu saya tak keluarkan duit gaji pun lagi, entah macam takde benda nak beli, malas nak keluar pun yer jugak, tapi hari tu balik malam dari PD tu singgah 7-11 tengok eh dah ada ATM pulak dalam 7-11 ni, check gaji ada bonus penuh rupanya, patut 1/3 bonus saya kena tolak bayaran tunggakan gaji yang kerani saya salah kira, patut pergerakan gaji bulan 10 tapi dia dah bagi mula bulan 1, maksudnya seribu lebihlah kena tolak untuk 9 bulan pergerakan gaji.


Tapi tak tolak pun gaji ni, tahun depan dah tak boleh nak bayar semula, maksudnya saya berhutang dengan kerajaan sekarang ni...



So malam tadi lepas maghrib ajak suami kononnya nak beli Microwave Oven, senang nak bakar kek, tapi bila survey di Giant, suami berkenan yang samsung RM769, saya yang biasa pun okay, tapi suami saya memang suka yang the best....dan katanya akan tanya kawannya yang ekrja samsung mana tau dapat diskaun staff price...



Microwave tak beli pun, yang saya beli benda bukan2, banyak barang2 rumahtangga jerlah, bila balik tengok makanan satu pun tak beli rupanya, banyak beli perkakas sekolah hani dan Uda, anak kak aza yang suami memang ada bawa dari hari isnin hari tu.



Dalam pada benda2 kecik macam storage box felton, kasut hani dan uda, floor mate bilik air, tool box, mainan uda dan hani, dan adalah benda2 kecik leperluan rumahtangga ni tengok2 jumlahnya RM 459, sikit lagi nak RM 500.



Dalam kereta siap kena perli, sebab cadangnya nak beli whistle kettle tu sebab hitter bentuk jug tu orang kata bilnya tinggi, kalau sehari dua kali saya jerang tak taulah berapa bilnya kat situ. Termos dahlah kecik, kalau ayah ada pagi petang buat airm hani pulak sehari 2/3 nak susu, memang kena jerang banyak kali jugaklah. So nampaknya kena shopping sekali lagi carik kettle dan termos besar sikit. Cerek manual ada dulu, pastu lama tak pakai rupanya dah bocor...termos besar pulak sebelum ni bawak balik kampung, bila tengok mak pun guna so bagi jerlah kat dia....



Bulan ni juga, ada kerja penyelenggaraan rumah lagi, bahagian dapur, jenang dan pintu dapur yang dimakan anai-anai nak ditukar, jugak tukar sinki yang dah senget dan berlekuk bahagian tengah sebab sinki tu sinki asal, dah 10 tahun berkhidmat. Pastu saya nak tambah bidai kat bahagian belakang tempat sidai baju sebab payah nak jaga aurat kat belakang ni, kadang takat nak buang sampah jer, atau nak hantar selai dua baju kotor terlupa nak pakai tudung, takut2 walaupun orang takde kat luar, mana tau jiran2 ni nampak dari balik cermin dalam rumah mereka, tu yang nak tutup guna bidai tu...kalau nak buat binaan kekal banyak kosnya, lagipun alang-alang jer buat sebab kalau nak renovate biar besar-besaran sekali, tunggulah kelayakan pinjaman kerajaan lepas 5 tahun pembelian rumah ni, ni pun dah nak masuk 3 tahun...



Pagi ni kan, pak haji dah balik lepas 2 malam bermalam di sini, masa nak balik tu cam biasalah memang saya akan bersalam, dan cium pipi kiri kanan, selalu ciuman ni macam biasa jer. Yerlah sebab amalan biasa dah nak masuk 8 tahun, takdelah beriya-iya nak cium semuakan..tapi pagi ni, bila saya salam terus jer suami yang cium pipi saya dulu kiri kanan kuat sekali....sungguh membuat saya rasa dihargai...



Sempat juga malam tadi cerita-ceriti dengan dia kenapa yang dia sms saya pasal cerai tu dengan kata-kata "lagi cepat lagi bagus'. Katanya dah saya yang nak sangat terpaksalah dia balas macam tu...masa cakap ni siap gelak besar2 lagi tu...so saya kata memang saya nak sangat dan dah putuskan memang nak failkan 25 nov tu, tapi dah abang datang serah diri siap buat adegan subuh hari patung cendana tu, terpaksalah saya fikir dua kali....



Dia plak kata, dah tengok muka saya monyok jer malam tu, [sebenarnya bukan monyok tapi serius], tu yang dia kesian. Saya plak kata, "napalah susah sangat kita ni dah banyak kali cubaan nak bercerai setiap kali itulah ada jer perubahan, kuat betul jodoh kita ni kan bang....agaknya kita ni cerai mati jer kot...." gelak2 lagi kami....macam2 benda baru nak borak semula, sebelum ni malas nak borak sebab semua benda boleh jadik pertengakaran tapi sekarang alhamdulillah nampaknya dua2 hati kami terbuka berbincang....



Entahlah, nikmat Allah datang dalam pelbagai bentuk, nikmat kasih sayang ni pun satu ujian juga, moga2 allah terus merahmati rumahtangga saya...

Monday, December 22, 2008

Bila doa dikabulkan

Assalamualaikum w.b.t


Satu masa dahulu saya pernah berdoa kepada Allah agar didatangkan sedikit perasaan benci pada suami. Benci sehingga boleh membebaskan saya dari rasa derita bila bontang ditinggalkan bila kami bersengketa.

Saya mohon kepada Allah begitu kerana saya merasa sangat derita pada setiap kali kami bergaduh dan acapkali bila kami ditinggalkan, maka setiap kali itulah saya sendiri memendam perasaan, bukan bertambah benci tetapi bertambah sayang pada suami.

Sampai pada suatu ketika saya merasa adakah saya telah di manderem? maka itulah titik mulanya saya mohon sunggu2 kepada Allah agar ada sedikit rasa benci moga-moga tidaklah lagi saya derita sengsara bila ditinggalkan begitu rupa....


Maka Allah yang Maha Adil lagi Maha mendengar rupanya menunaikan permintaan saya. maka itulah dalam pergaduhan kami yang terbaru itu, raas benci itu dijelmakan didalam hati dam perasaan saya sehingga tempoh sebulan lebih tanpa suami saya masih selamba, dan tidak terkesan sebagaimana kes-kes terdahulu.

Namun, kesan sampingannnya selepas berbaik2 saya merasa benci itu masih ada, kalau tidak sepenuhnya tetapi cukup buat saya kadangkala meluat melihat dia. Sungguh saya tidak tipu, sebab itu yang saya rasa akhir-akhir ini.


Walaupun hubungan kami berjalan seperti biasa dan ada 'karan'nya tetapi roh dan jiwa tidak sama seperti dahulu. Saya sudah lupa bagaimana dahulu setiap kali lepas bersama, maka saya tidak pernah lupa ucapkan "terima kasih abang kerana memberi saya kasih sayang"....itu dahulu...kerana kata2 itu meluncur semulajadi dan terbit dari rasa dan jiwa saya mengahrgai dia.

Sejak sekian lama ini, kami menjalani kehiudpan sebagaimana memenuhi tanggungjawab sahaja, roh yang dahulu entah mana hilangnya.

Jujur saya katakan, pada hari ini bila suami saya balik ke sini, saya terasa lain benar gayanya. Terasa malu2 pun ada. Dan sekali lagi, tiba2 meluncur kat2 terima kasih abang atas kasih sayang abang"....


Saya tidak sangka yang Allah masih memberi saya rasa sayang seperti ini. Rasa sayang yang benar2 sayang, kerana Allah, rasa sayang yang terbit dari hati dan jiwa, bukan berlandaskan nafsu.

Saya luahkan semuanya kepada suami, agar dia tahu bahawa kasih ini makin bersemi dan kami sama-sama perlu bajai. Kini...saya boleh declare yang saya saya sayang suami saya seperti masa mula2 dulu kami bersama....

Dan hari ini, saya memanjatkan syukur kepada Ilahi atas kurnia seorang suami, yang berada di landasan ini, landasan yang mencari redha Allah...

Esok saya akan sedikit sibuk sebab saya berazam untuk khidmat masak untuk jemaah dari Myanmar ini...saya ingin belajar khidmat supaya saya dapat redha Allah....

Tadi petang saya ke rumah masturat yang menerima jemaah ini, sebelum tu saya hantar suami ke surau dahulu, wah sekali tengok jemaah ni punya kenderaan punyalah hebat [tapi allah lagi hebat] sebijik toyota Alphard dan sebijik lagi merc 230E....dua biji tu pun harga dah dekat setengah juta, sapa kata tabligh ni pentingkan akhirat jer... dunia pun dalam tangan mereka juga....moga2 harta dunia yang dapat tu asbab jadik asbab untuk mereka mudah keluar di jalan Allah.

Anak-anak




Anak-anak suami saya yang perempuan pada masa ini ada 4 orang, seorang umurnya dan 23 tahun dah, menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor, dah lama sangat tak berjumpa. Tak taulah apa khabarnya, entah2 dia pun tak tahu yang dia dag dapat adik baru sorang lagi.



Suami saya kalau orang dengar dia bercakap dengan anak-anak pun orang boleh tau yang dia sangat penyayang dan fatherly sangat. Itu kata wanita2 yang mendengar suara suami saya dari belakang tabir. Ada juga yang mengatakan suaranya romantik.



Memang suami saya sangat sayang dengan anak-anak perempuannya. Suami saya semacam pecah hati dengan tindakan anak perempuan besar yang memilih ibunya semasa perbicaraan kes hadhanah lepas penceraian dulu, sebenarnya Norhafizah anak tiri saya tu dipaksa ibunya pilih dia, dan kalau pilih ayah maka jangan harap untuk bertemu dia selama-lamanya.




Selepas perpisahan itu, ada 2/3 kes laporan polis dibuat terhadap suami kerana bawa iza balik rumah suami, semua kerana buruk sangak bekas isterinya, dan mungkin juga ada rasa cemburu terhadapa madu dia masa tu [kak aza]. Namun usaha suami untuk menjaga hati iza yang terkesan dengan penceraian itu memang sangat banyak, isteri2nya nilah [saya dan kak aza] yang merasa setiap bulan menziarah iza walau di madrasah mana sekalipun dia belajar.




Dan iza sebagai remaja yang membesar dalam konflik ibu bapa dulu sangat2 manja dengan ayahnya, biar usia dia sebesar mana pun, tak pernah ayahnya lupa mencium pipi dan dahinya setiap kali berjumpa.




Saya rasa sekarang tentu iza terasa kerugian kerana melupakan ayahnya....betapa ruginya dia...dia putuskan hubungan dengan ayah iaitu tidak pernah call dan tak pernah ziarah sejak dia dijadikan saksi oleh maknya bagi kes harta sepencarian, kes ini akan dapat keputusan pada 16 januari ni, saya sendiri pun pelik semasa iza bagi keterangan yang sebeanr2nya sangat2 bias pada pihak ibunya. walhal banyak benda dia cakap itu dia tidak tahu fakta yang sebenar.




Tambah2 di disoal oleh peguam berpengalaman, peguam suami saya adalah peguam bernama Ahmad Nazib, iaitu peguam yang sama yang digunakan oleh Abby Abadi bagi kes penceraiannya. Mungkin sekarang dia masih salahkan ayahnya, apapun satu hari nanti jika nak nikah ayahnya juga yang akan dicari! lainlah kalau ayahnya dah mati.




Apapun 'kehilangan' iza seorang telah digantikan dengan 3 anak perempuan yang comel-comel, sebagai pengubat hati ayah. walaupun tiga2nya masih kecil dan entah sempat entahkan tidak untuk ayah mewalikan pernikahan mereka namun, melihat tumbesaran mereka di depan mata ayah sepenuhnya pun sudah memadai.







Hani Soffiyyah, wajahnya saling tak tumpah wajah Hani Suhailah semasa baby...cuma hidung sofiyyah agak penyek banding hani, lain2 memang irasnya sama...





Tiga anak perempuan;
kiri- Hani Syakirah
tengah- Hani sofiyyah
kanan- Hani Suhailah









Wajah Hani yang dirakam di rumah kak aza, lepas kami solat isyak, saya suka sangat lihat wajah hani dalam keadaan telekung, rasa rindu, syahdu, sedih, terharu dan bangga bercampur baur. Hendak2nya ramai yang puji sebab hani baru 5 tahun kan tapi bacaan dalam solat semua dia dah tau...dan lancar...sekarang saya nak latih dia baca Juz Amma pulak...










Bukan budak dua orang ni jer yang leka main dengan Sofiyyah yang lebih banyak tidur dari jaga, saya ibu tirinya pun asyik mengadap sofiyyah yang comel ni, terhimbau kenangan terhadap Suhailah masa baby...rindunya nak ada baby...Ya Allah kurniakanlah baby Ya Allah...

Sunday, December 21, 2008

Allah masih sayang Pt 2

Allah masih sayang saya Part 2


Assalamualaikum w.b.t

Sungguh sedih yang datang bukan dibuat-buat. Maka selepas solat isyak dan membuai Hani Soffiyyah sambil saya mengalirkan air mata, terus saya buat keputusan yang saya perlu juga balik malam itu.



Saya tak bagitau suami mahupun kak aza, saya buat keputusan sendiri-sendiri. kak Aza pun kenal sangat dengan saya, kalau saya nak balik malam macamana pun saya balik, subuh pun kalau nak saya tetap balik juga. Itulah saya!



Maka terus saya kemas pakaian saya dan hani dan dalam jam 9.15 kami dah berada dalam kereta. Meluncurnya kembara saya meninggalkan rumah kak aza, menambahkan lagi sebak dan saya menangis semahu-mahunya sepanjang perjalanan hingga Hani pun terkesan sama dan menangis sebab alasannya dia sedih tengok saya sedih...anak yang sangat memahami...



Mulanya kesedihan saya kerana rasa malu dan rindu tetapi kemudiannya saya rasa saya tambah sayu sebab mesej saya pada petang tadinya tak berbalas. Sedih sangat sebab rasanya seperti tak dipedulikan, itu andaian saya yang singkat.



Bila masuk lebuhraya jer terus saya call suami sebab saya taknak tangguhkan untuk minta izin dia untuk balik rumah saya. Bila dengar suara dia jer, esak tangis saya bertambah menjadi-jadi. Memandangkan keadaan yang tak sesuai maka suami kata minta call dia semula.



Sebelum balik kami singgah di 7-11 sebab nak beli roti, masuk kereta semula saya tengok ada missed call dari ayah. Agaknya dia pun tak sabar nak tau apa yang menyebabkan saya 'lari' balik ke rumah...


Sampai rumah saya called semula dan dengan esak tangis sungguh-sungguh saya mohon maaf dari suami, atas kesalahan dan sikap acuh tak acuh saya terhadao dia akhir2 ini dan semuanya atas rasa sedar bahawa syurga di bawah tapak kaki suami dan sebagai isteri redha suami yang paling penting.


"Dosa dengan abang takper abang boleh maafkan mohonlah ampun dan taubatlah dengan Allah kalau ada dosa-dosa yang lain" itu kata-kata suami yang saya masih ingat.


Rasa semalam jugak nak peluk2 suami dan nak urut2 kaki dia. betul2 rasa rindu mengalahkan pengantin baru layaknya. Rasa rindu yang bukan ke arah keghairahan tapi yang manisnya rasa rindu kerana ada rasa syukur yang saya masih ada suami yang masih tak putus2 mendidik saya dan sabar dengan bermacam kerenah saya.



Saya kan kalau pergi rumah kak aza dan dengar dia cerita2 tentang 'abang' [suami], memang saya rasa patut sangat suami saya ceraikan saya, jauh sangat beza layanan saya dengan layanan dia. Dan saya masih kelam dan kelabu atas faktor apakah agaknya suami masih ingin menyimpan saya sebagai isteri [selain faktor anak]!


Memang bahagia itu tak boleh dijual beli. Sungguh usaha macamana pun kalau bahagia tidak ada, memang tak boleh direka2.



Macam saya. saya tahu dan saya sedar bahagai suami saya bila saya jaga iman dan amal. Jaga solat di awal waktu, tutp aurat dengan sempurna, kalau mampu dia nak saya duduk antara 4 dinding....didik anak ikut sunah dan hidup sederhana....itu ajer yang dia nak, tak susah mana, bukan dia nak saya kurus, cantik, berpakaian lawa, kulit ceraj ker apa..takde, semua yang sedia ada pada saya tak pernah dia perlekehkan walaupun saya jauh buruk dan tak lawa dari segi rupa banding kak aza...


Tapi sungguhlah payah saya nak buat semua tu....walaupun itulah yang saya nampak keinginan suami saya sedari dulu. Bahagia sungguh wajahnya kalau melihat saya menutup aurat penuh kalau berjalan dengan dia, dan lagi2 kalau saya dengan hani solat sama2 dan kemudian baca hadis2 dan ayat quran tentang fadhilat amal....senang sangat kalau saya nak ambik hati dia...


Tapi itulah saya, sebab hasutan syaitan yang mencucuk saya mengikut nafsu, maka jiwa saya menolak dan memberontak, saya tak suka nak tunjuk depan dia apa yang dia suka saya buat tu, saya taknak buat semata2 sebab suami, biar saya buat betul2 kerana Allah... memang dangkal fikiran saya, agama ini buka boleh pilih suka suka, memang hukum kena paksa, paksa diri buat amal, lama2 baru datang ikhlas....itu ceritanya, yang saya tahu tapi sengaja saya buat2 alpa...


Selalu saya kata saya nak bercerai tapi sungguh hati saya takut nak lepaskan suami sebab apa yang saya nak dari dia selain keperluan batin adalah kerana imannya. duit bila2 boleh carik....Saya sayang nak lepaskan suami yang kalau telefon saya akan tanya saya dah solat ke belum, apa amal hari ni, persoalkan saya yang tidak menutup aurat yang penuh, sentiasa cakap2 pasal kebesaran Allah dengan anak dan saya.


Saya ini bolehlah dianggap sebagai orang yang cintakan agama tetapi asyik terpesona dengan nikmat dunia, dan tenggelam dalam dunia kerja dan alfa dengan kemewahan yang diberi Allah [kemewahan dan nikmat duania dalah ujian dari allah juga, kalau lalai maka gagallah kita], suami saya adalah pemangkin untuk saya meningkatkan iman dan amal....takde jalan singkat lain melainkan melalui suami...iman dan amal saya kadang2 drop dengan teruk, kadang2 meningkat..kalau tiada suami yang charge pada siapa agi nak diharap?


Sungguh kalau kita sendiri mampukah kita untuk collect sebanyak pahala berbanding dengan adanya suami? Memang kenyataan saya ni agak melampau tapi itulah hakikatnya, melainkanlah kita setaraf dengan Rabiatul Adawiyah, wali Allah yang seluruh hidupnya dengan berzikir dan berbuat amal...


Melihat kesabaran dan ketelitian kak aza dalam berkhidmat untuk suami, membekalkan ubat setiap malam, semasa jemaah lelaki datang makan dibalik tabir buat saya rasa jauh sangat khidmat saya dengan suami....melihat dia yang boleh memabaca fikiran suami dan bercerita tentang kegemaran suami yang sungguh saya pun tidak tahu selama ini buat saya rasa tambah sayu. melihat tanggungjawan dia yang banyak dengan anak kecik 4 orang, dan mak yang tak sihat untuk dijaga juga, saya melihat jauh sangat kesabaran da berbanding saya...


Sungguh saya tidak boleh menyatakan dan menyalahkan suami seratus peratus atas masalah rumahtanga kami, rumahtangga yang kurang amal dan iman memang akan kurang berkat dan Allah tak akan turunkan sakinah dalama rumah itu. Itulah yang berlaku dalam rumahtangga saya.


Pagi ini saya call suami, masih dengan perasaan rindu sebab seharusnya dia datang hari ini, tetapi rupanya dia terbaring di surau kerana pening dan muntah2. Terbayang saya simtom yang sama semasa serangan stroke kali pertama. Terus saya call akak aza meklumkan dia, dan dia kata dia akan pergi ke surau menjenguk abang... syukurlah... masih ada saya peluang untuk berkhidmat dengan suami


Saya syukur bahawa masih ada sayang antara saya dan suami. Melihat, mendengar dan bersama dengan suami dengan rasa kasih dan sayang kerana Allah jauh sangat manisnya jika kita melaksanakan semata-mata kerana memenuhi tanggungjawab semata-mata sebagai isteri.

Terasa kehambaran kalau dalam hubungan suami isteri yang iman dan amal tidak diletak sebagai keutamaan. Setakat meneruskan kehidupan, sampai masa kita bercuti, ada duit kita berbelanja besar dan makan besar, bila nafsu gelora kita buat hubungan seks. Jika menjadi dapatlah anak, dan sama2 besarkan anak...meneruskan hidup dengan kehidupan dikelilingi anak2, kerjaya dan persekitaran yang sama...semacam takde pilihanmaka kehidupan diteruskan...banyak rumahtangga yang begini....


Saya merasa kedua-duanya. Saya merasa bezanya. Saya rasa nikmatnya. Tambah2 bila berpoligami, Allah tambahkan nikmat kasih sayang dan tautan hati menjadi tambah erat bilamana kita rasa kita menekan nafsu untuk berjumpa dan berkasih sayang dengan suami demi korban kepada madu kita...juga berpisah kerana membuat usaha dakwah macam nabi buat...


Walaupun sakit kerana terpisah awalnya, tapi bila kita tekan nafsu, maka nikmat kemanisan itu Allah beri bila Allah tambah kasih sayang antara suami isteri. Nikmat itu yang saya rasa, asbab bermadu dan asbab berpisah kerana suami keluar di jalan Allah.


Selepas maghrib tadi, suami call saya dan berbeza sungguh nadanya bertanya kan saya, sungguh memberi kesan mendalam dalam roh dan jiwa saya, semuanya kerana kasih dia bertambah apda saya agaknya bila mendengar dan melihat perubahan saya.


Insyaallah 25 dis ini saya akan keluar di jalan Allah untuk 3 hari, demi membaiki diri dan hubungan dengan allah. Doa saya moga rasa ini kekal, dan semasa menulis ini masih bersisa lagi rasa rindu itu dan perlahan-lahan air mata saya mengalir.


Saya harap rasa ini bukan untuk sementara, biar ia kekal selama-lamanya, sampai hujung nyawa, bukan kerana nafsu semata-mata tetapi kerana redha Allah. Doakan saya. Bukankah syurga itu yang manjadi matlamat kita semua?

Allah masih sayang Pt 1

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak pernah rasa sebagaimana saya rasa dua tiga haria ni sepanjang berada di rumah kak aza. Memang saya rasa sedih dan terharu sangat. Benar2 malu dan benar2 terharu.

Saya sedar saya ni bukanlah orang yang baik dan sentiasa menjaga amal dan iman. banyak sangat lalai dan leka. Ntah apa2 yang saya buat sepanjang hidup 34 tahun ini.

Telah lama Allah memberi nyawa dan peluang saya menghirup nikmat Allah di muka bumi ini. Apa sahaja yang saya nak semua Allah beri dan kadang-kadang lebih dari yang saya jangka.

Saya menangis semahu-mahunya sampai mata saya jadi pedih dan kepala saya jadi bingung. Bukan saya minta untuk menangis sebegitu rupa dan teruk sekali sampai mata saya bengkak dan merah. macam orang sakit.

Saya nusrah penuh [maksudnya saya joint jemaah masturat -wanita- yang baru balik dari Myammar buta usaha dakwah] maksudnya semua program mereka saya sertai, dan jemaah ni berada di rumah kak aza...lagi mudahlah sebab saya memang biasa tido makan kat rumah kak aza kan....

Ada 5 pasangan yang datang dan dari pelbagai latarbelakang. Amir saf bagi gruop ni adalah rakan kongsi Fadzilah kamsah, Dr Hanim nama suaminya tu, ahlia [isterinya] pun baik sangat orangnya...

Keempat2 yang datang ni dari Kuala Lumpur dan yang wanita ni boleh saya katakan semuanya yang educated. Ada yang lulusan luar negeri, yang berhenti dari jadi guru, yang bekas juruaudit..makanya saya sangatlah terkesan dengan suaha mereka mencari redha Allah dan sifat taat suami yang ad apada mereka. Sangat2 terkesan saya...sungguh saya gagal lawan perasaan.

Tiba2 saya rasa sangat malu, sangat-sangat sangat malu dengan suami saya. Saya rasa saya bukan sahaja tidak taat, malah tidak hormat, dan akhir2 ini ada rasa meluat dan menyampah pula dengan dia.

Sungguh berdosa saya rasa. Sepanjang dari selasa saya di sana, sekalipun saya tidak berjumpa dengan suami saya. Saya sangat malu pda dia dan diri saya sendiri. Walaupun tak tertanggung rindu rasanya. Rindu yang tak terkata. Hanya lelehan air mata insaf dan taubat kerana besarnya kesalahan saya.

Redha Allah pada wanita terletak pada redha suami. Itu yang saya sangat merasa gundah gulana, dah tentu memang suami saya selalu dalam keadaan tak redha apa saya buat.

Sampai pada hari semalam sedari pagi, dalam program, seperti kami bermuzakarah beberapa pesanan buat wanita, saya merasa sangat down, sangat-sangat tidak mampu lagi berdepan dengan perasaan sendiri, saya rasa saya perlu buat sesuatu sebelum tingkah laku saya jadi perhatian dan pertanyaan di kalangan yang ada.


Ptang dalam jam 5 saya sms suami;

"SALAM, ABANG WA TAK PERNAH RASA MACAM NI PADA ABANG, WA SANGAT MALU DAN SANGAT RINDU PADA ABANG"

Sungguh, lamaaaa sungguh saya takde rasa malu dan rindu denagn suami sepertimana yang saya rasa sekarang. Bukan malu+rindu yang biasa, tetapi malu dan rindu kerana Allah. Malu pada Allah yang beri rahmat untuk saya dan pilih saya untuk berada di jalannya, kerana sepagi dan sepetang ebrada di jalan allah ini maka Allah bagi ganjaran lebih dari dunia dan seisinya....


Saya rasa sangat malu nak berhadapan dengan suami, tambah2 malam tadi, selepas solat isyak saya membuai soffiyah dan suami datang di balik tabir, untuk hantar makan malam [steamboat- disponsor oleh karkun PD] saya mendengar suara suami pun saya dah rasa bermacam perasaan, tak sanggup saya nak menjengah...sambil menghayun buaian sambil itulah air mata tidak mahu berhenti mengalir...


Mendengar suaranya sahaja sudah mendatangkan rindu padanya....saya rasa lebih gelisah dan rasanya tak mampu berdepan dengan kak Aza dan menanti esok sebab jemaah akan bergerak ke seremban pula ke rumah yang lain untuk menggenapkan 40 hari nisab mereka. Saya bimbang jika hanya kami sekeluarga ketika itu maka saya akan menangis didepan suami dengan kehadiran kak aza sekali...sebelum itu berlaku baik saya mengundur diri...

Nanti saya sambung part 2

Wednesday, December 17, 2008

Masturat

Hari ni saya akan ke Port Dickson, sebab ada jemaah dari Kuala Lumpur yang baru balik dari kemboja yang akan transit 3 hari kat rumah kak aza. Mereka cuma nak genapkan 40 hari sebelum balik ke rumah masing-masing.




Saya suka juga pergi nusrah [joint] kemaah2 yang datang ni, dapat tengok pelbagai rupa dan perangai manusia. Kalau dari KL lain gayanya kalau dari India atau Bangladesh dah tentu bezanya...



Memang seronok kalau keluar ni, dahlah kita dapat lari dari rutin harian, hidup pun dalam suasana amal dan iman jer...



Kalau kat rumah, nak buat solat sunat, alahai teringat itu ini...kalau keluar ni bolehlah latih diri buat amal dan lepas tu boleh bawa balik ke rumah...



Dah tu kita kena jaga adab usul tak boleh nak mengata orang, tak perlu nak bercakap banyak, kira masa ni ala-ala sopan santun jer lah...ikutkan seronoklah macam gi camping tapi duk dalam umah jerlah...



Boleh jugak kenal2 orang...bertukar2 cerita usaha mereka mendidik anak2 ikut sunnah, cerita kekuatan dan kesabaran mereka apabila suami keluar di jalan Allah...



Maka, bila balik ke umah tu semangat nak buat amal memang tinggilah...semangat najk korban ke jalan Allah tu toksah cakaplah...kira-kira jasbah tu tahap maximum tuuu...



Tu yang isteri2 orang tabligh ni banyak sabar jer kalau betul caranya lah...kalau yang salah bawak tu mesti bininya meroyan ..alah macam saya nilah..asyik tu tak betul, ni tak betul...sebab iman kat dada senipis kulit bawang katanya....aduuuhhh....kena lagi sebijik...

Tuesday, December 16, 2008

Insaf

Assalamualaikum w.b.t

Menyelusuri dan menyelongkar blog-blog lain di alam maya ini membuatkan saya insaf seketika. Insaf kerana saya masih di sini. Sedih melihat pelbagai perkara mungkar dan bertentangan dengan syariat berleluasa.

Kadang-kdang terfikir, alangkah banyaknya tugas dakwa yang perlu kita lakukan. masih ramai yang tidak mengamal ajaran islam sebagaimana syariat. masih ramai yang teraba-raba dan mencari-cari sinar dalam kehidupan mereka.

Ada yang berjumpa sinar kegembiraan dipusat membeli-belah, membeli barang yang bukan keperluan....tak kurang juga mengisi masa lapang di panggung-panggung wayang. Malahan ada yang bosan terus ke kelab2 mendengar live band, keluar makan-makan ditempat yang diragui kebersihan dan kehahalannya.

Ada yang dengan bangga menjaja minyak wangi yang dibeli dengan harga ratusan ringgit, sungguhpun ternyata kandungan dan pembuatan minyak wangi berkenaan dalam keraguan, menjaja apa yang dimakan mereka sungguhpun tempat dan makanan itu ternyata bukan islam yang sediakan malah tuan punya ternyata kafirr!!!



Tapi hari ini itulah hakikatnya. Rata-rata tidak lagi malu menjaja pakaian mereka yang sebenarnya untuk saiz budak2, seolah2 tidak cukup kain lagaknya. Dengan pusat yang terjojol dan alur bontot yang terserlah jika terangkat seidkit bajunya. Ada yang dengan bangga mempamerkan rahsia yang seharusnya disorokkan dengan alur tetek yang menggiurkan dan dengan bangga berkompang agar seluruh dunia melihat apa yang ad apada mereka.



Apakah? Apakah benda2 ini harus dipandang sahaja? Kita pun yang tau ini akan dipersoalkan adakah kita telah mencuba menentang perkara yang mungkar ini? Adakah kita sama-sama berdoa untuk mereka agar mereka diberikah hidayah?

Marilah sama-sama kita doakan mereka ini. Keluar dari kepompong nikmat dunia yang sementara. Menghayati erti hidup sebenarnya...kembali ke asall kejadian, mensyukuri nikmat yang diberi pencipta dengan patuh dan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Monday, December 15, 2008

Bawa diri

Assalamualaikum w.b.t






Dah tau pak haji tak balik umah semalam....maka pepandailah gi jenjalan okay! Memang hani pun dah macam meroyan asyik dok umah jer dari hari selasa tau!...saya tak pergi hantar hani ke sekolah sebab nilah jer pun masa kami nak berdua-dua...bermesra. So finally hani ngan saya dua2 cotiiii panjang!











So kami teruskan plan tertangguuh. nak ke Ulu Bendul...happy jer hani, saya pun happy gak walaupun saya bukan suka sangat pergi tempat2 macam ni, maksud saya sesak semacam jer...lepas tu nak kena tukar2 baju basah2 semua..lecehlah... kalau tak ramai orang akay gak lagi...



Tapi overall kami sangat happy walauapun kami macam dilihat pelik sebab ambik gambar letak kamera atas batu pakai self timer..malas nak minta bantuan orang...basah2 kan susah...lagipun sangatlah kurang gambar saya dan hani sebab takde sapa nak ambikkan gambar...kan kami selalu berdua jer...maka gambar hani jerlah yang banyak...



Tapi kali ni terfikir plak pakai self timer...letak jer atas batu, setkan 10 second pastu berlari2lah kami dua beranak posing..eii memang kelakar, ada lah mata2 tak berbayar doki perati kami tak sudah2...diorang yang parati ni kat atas tebing nun...







Hani suka .... gelak2 dia...







Tengok...gembira jer kan wajah si Hani...

















Lepas mandi kami ke taman.,






tengok hani mata pun ke atas...kira terlampau sukalah tu....

Giliran

Giliran saya sekarang :

Rabu :

malam lepas malam mesyuarat di markaz tabligh dia baru sampai, selalunya khamis tengahari atau petang dia baliklah ke PD, kalau mood okay atau nasib baik pagi jumaat baru balik ke PD.


Sabtu :

Sama jugak akan datang lebih kurang jam 10.30 malam sabtu tu lepas balik dari malam markaz, sebelum subuh akan pergi semula ke markaza sambung mesyuarat, samaada balik lepas zohor ataupun balik sebelum zohor..selalu balik lepas zohor....pastu isnin pagi baru balik PD, Kalau nasih kurang okay hari ahad tu lepas habis mesyuarat terus balik ke PD...

Tengoklah! Betapa sikitnya masa saya....sekarang. dulu takdelah macamni punya teruk gilirannya. Tapi sebab ada angah ni jadik macamni pulak. Kalau saya persoalkan masa kat sana banyak, senang ejr jawapannya, kat sana abang bukan duduk rumah, abang duduk surau jer...subuh gi surau, balik tu abnga tido, jam 12 abang dah ke surau semula sampai lepas asar baru balik rumah semula.

Bukan selalu ada kat rumah jer...kalau kat rumah pun abang tido jer...sama jer macam kat sini...

Boleh terima ker jawapan tu???

Sunday, December 14, 2008

Hotel

Assalamualaikmum w.b.t

Dan lagi kalau anda ingin tahu pasal poligami ni, anda juga harus bersedia menerima untuk menyesuaipadankan rumah anda sepertimana hotel. Cuma ia tidka berbayar...tetapi adakalanya perlu check in jugak...secara tak rasmi! Bila2 masa kadang terkejut nak balik umah kita..kenalah jugak layan...

Bukan sahaja persediaannya tetapi gayanya. maklumlah ada persaingankan...Sebabnya, suami anda akan datang dan pergi pada bila-bila masa. Memandangkan berpoligami ini masanya bukanlah terlalu banyak dan juga tidaklah selalu sedikit [namun adakalanya menjadi sedikit juga atas faktor luar] maka bersedialah...

Sayakan dah malas nak peningkan kepala hal2 giliran, tukar giliran dan tuntut hak giliran. Dah letih dan penat dah...dulu2 yer jugak, sikit2 nak marah sikit2 nak tuntut hak, mulalah tarik muka 14 kalau giliran saya sekejap sangat...pastu jadiklah perbalahan dan pertengakaran, masing2 menegakkan pendirian dan seolah2 jugak masing menegakkan benang basah lagi lencun!


Kadang dulukan, baru datang, tengok2 ada hal, hal anaklah, hal kerjalah... terpaksalah redha jer kadang membengkak jugak hati tu, tapi paling malang masa pregnant lah, lagi mengandung lagi macam ujian yang datang, allah jer mengetahui...dahlah tinggal sorang, sampai cakap dengan dindinglah dah tak larat dah nak mengadu dengan Allah rasa macam teraniaya sangat...dahlah malam2 selalu kena ular2 ker simpul biawak tu...sorang2 jer manangis urut2 kaki sendiri...sedih woooo...

Bila tengok hani dah membesar ni rasa berbaloi sangat pengorbanan membesarkan hampir setiap masa seorang diri jer...teringat2 memboyot bawak dia dalam perut ke klinik sensorang, pastu dah lahir bawak ke klinik pun sensorang jer...sakit demam dia gi klinik sorang2 jugak, dah tu sakit saya pun baik demam atau sakit kepala [setiap kali period pening maaaaa], gagahkan jugak jaga dia sensorang jer...sian lak hani masa tu selalu kena tengking dengan ibu...[masa tu panggil ibu...:)]


Ntahlah..semua dah berlalu dah cuma masalah tetap sama....hehehehee! redha jerlah

Saturday, December 13, 2008

Kesunyian

Assalamualaikum w.b.t

Satu perkara yang paling penting kalau anda berpoligami adalah anda boleh berperang dan melawan rasa kesunyian yang amat sangat. kalau mampu bolehlah dianggap anda layak bermadu.

Bermadu selain perlukan kesabaran diperingkat yang paling maha tinggi, ia juga datang dengan pakej kesunyian. tak boleh lari kemana-mana.

Sebab? sebab anda perlu berdepan dengan masa-masa tanpa suami. Ini bukan sebab suami tiada kerana kerja atau buat benda lain, tapi ini semua kerana suami anda akan berada di rumah madu anda bersama isterinya yang lain dan anak-anaknya yang lain.

Lebih malang kalau anda tahu bahwa mereka bukan berada di rumah sebaliknya mereka berfoya-foya berjalan-jalan atau membeli belah dan sebagainya.

Malah lebih mengharukan kalau kesunyian itu merentap kegembiraan hidup anda kalau ia datang menjengah ditengah malam dan kdan kala dan etika itulah sialnya anda terbayang yang suami anda sedang memeluk seorang perempuan yang pastinya bukan anda!

Maka, hal-hal sebegitulah yang menyebabkan perempuan rat-ratanya menolak untuk bermadu. Kerana engan berkongsi 'batang' yang satu, di situ memang ada kebenaran! Kerana saya pun begitu juga, yang bermadu sukar menerima apatah lagi yang tidak bermadu,kan?

Friday, December 12, 2008

Adil

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang tak puas hati lagi?

Apa yang kau nak, cuba bagitau abang?

Kau ingat kat sana abang beli dan belanja macam2?

Sana pun sama jer macam kat sini?

Kat sana lagi pulak, dengan anak berderet, dengan anak tiri lagi, dengan angah lagi? kau tak fikir ker?

Kau kat sini setakat belanja untuk hani jer?

Ada abang tanya gaji kau beribu2 kau beli apa?

Ada abang mintak kau belikan abang apa2?

Berapa kau belanja untuk abang dan hani, besar sangat ker?

Itu soalan-soalan yang ditimbulkan semasa kami bertengkar dua hari lepas. Saya persoalkan pada awalnya tak bolehkah dia menyumbang nafkah untuk Hani. Saya hanya nak kontta kan hutang saya dengan dia sebanyak RM 11k supaya kununnya wang tu lebur jerlah sebagai kontra atas perbelanjaan saya dan hani sejak kami kawin 2001 dulu.



Kalau setahun 100 untuk hani dan seratus untuk saya, kali dengan 5 tahun pun RM10 k, tapi lain pulak jadiknya, gaji bulanan saya pulak dipersoalkan. Pak hj mula tanya berapa gaji bulanan saya yang sebenar.



Yang dia tahu basic gaji saya telah menjangkau 3 ribu lebih dan dia tahu elaun bulanan saya seribu enam ratus, jadik dia boleh anggarkan pendapatan bulanan saya cuma dia tak pernah tengok slip gaji saya.


Gaji saya pulak jadik isu, sebab katanya hak saya terhadap gaji saya adalah bergantung kepada keizinan dia untuk saya bekerja. Maka dengan gaji yang ada, bolehlah saya menangggung anak dan dia. What???



Saya memang rasa macam dah terbalik dah...macam sekarang ni, semua saya tanggung, termasuk dengan dia-dia sekali. Sebab dia bagi saya izin kerja maka saya kena tanggung dia dan anak sepenuhnya ker?



Maka, saya sudah faham sekarang. Itulah yang ada dalam pemikiran dia. Maka tak perlulah saya berdolak dalik dengan dia. Makanya saya perlu redha dan akhirnya saya doakan moga Allah datangkan ikhlas dalam hati saya.



Dulu-dulu saya memang tak kisah dan kurang ambil tahu ini semua. Tapi disebabkan perhatian pun makin kurang, maka isu nafkah mula membebani diri dan perasaan saya. Apakah itu salah saya?

Sejujurnya

Asslamualaikum w.b.t

Sejujurnya saya ni seorang yang suka berterus terang, kalau dalam bahasa buruknya saya ni bermulut tempayan. Kalau boleh semua benda saya nak cerita, taknak sorok2. Dipanggil transperent ataupun telus pun boleh jugak,kan? Tu yang bahaya tu!

Tapi buat masa ni sesambil sambung master ni bolehlah agaknya saya bermulut tempayan. Itu pun bukan bersangkut orang lainlah, hanya seputar diri saya dan keluarga saya ajerlah. kalau tak dilepaskan, memang berat jugak penangggungannya, tapi apakan daya inilah pilihan saya.



Tapi nak lepaskan pada semua orang pun kena berkira-kira jugak,kan? Takdelah teruk sangat sampai satu dunia saya nak kompangkan, "hai tengoklah amsalah rumahtangga aku ni?" <--buruk benarlah perangainya kalau gitu,kan?



Sebab perkiraan tentang halal haram dan dosa pahala ni jugaklah saya fikir2 semula, memang tak patut saya nak war-warkan keburukan rumahtangga saya, tapi niat saya macam saya cakaplah tadi, sekadar melepas perasaan.



Sebenarnya diri saya ni banyak buruknya, itu kata pak haji. Tapi kalau meneliti pasal keburukan sendiri memang saya tak nafikan saya banyak buruk dan perangai negatif. Kalau takat pak hj cakap, "kau kena tengok perangai sendiri, kau tengok family kau pun tak suka kau" <-- tu memang biasalah, sapa tak sedih kalau suami sendiri cakap macam tu?



Mak saya yang besarkan saya takkan dia tak tau perangai saya, ni dia yang kawin ngan saya tak sampai 10 tahun pepandai nilai saya...entahlah susah saya nak cerita kat sini. Kalau nak pulangkan paku buah keras nak bagitau kelemahan suami memanglah banyak tapi takkanlah sampai hati saya nak bagitau dalam keadaan dia tengah marah, kang dilafazkan talak serta merta susah pulak,kan?



Bukan saya tak nak bercerai tapi saya tak taulah kenapa nak sampai ke tahap bercerai tu payah bebenor. berapa kali dah kami mencuba tapi tuha maha kasih dan penyayang dipanjangkan lagi jodoh kami berdua. Hani hanyalah sebagai alasan semata-mata. Bukan saya sahaja gunakan 'anak' sebagai alasan menidakkan langkan bercerai ini tapi bila ditanya pada pak haji itu juga alasannya menangguhkan atau lebih tepat enggan bercerai.



Mungkin ramai yang menganggap ohh betapa kami bermain-main dengan 'cerai', sebenarnya itulah senario perkahwinan kami. Perkahwinan 'try & error', tidak pernah kami menjangka yang perkahwinan ini akan kekal begitu lama. Saya pada peringkat memutuskan hendak berkahwin memang bersedia sungguh-sungguh untuk bergelar janda. takde masalah pun pada peringkat itu...

Bermula sekali lagi

Assalamualaikum w.b.t

Saya berhenti memblog menggunakan blog, www.hanisumayyah.blogspot.com dengan tajuk 'dunia pentas sandiwara' pada September 2007, bukan kerana keinginan saya tetapi kerana ada kalangan orang sepejabat yang mengadu sehingga ke pihak atasan, malangnya kerana saya terlalu banyak bercerita hal pejabat yang dikatakan sulit dan rahsia, maka saya gagal pertahankan blog saya untuk dikekalkan.





Maka atas dasar simpati juga pengarah saya ketika itu mengarahkan saya menutup blog itu, itupun setelah dia mendengar cerita saya, sambil menangis saya mengatakan yang saya bukannya berniat utnuk mendedahkan apa-apa, sebaliknya hanyalah untuk melepaskan perasaan saya.





Katanya pihak atasan telah dimaklumkan kewujudan blog itu. Kononnya ada benda yang rahsia telah saya dedahkan, puas juga saya meneliti isi kandungan blog saya, dan saya dapati tidaklah ada benda yang rahsia sangat yang saya dedahkan, cuma hal bekerja sehari-hari.



Bila saya tanya boss saya apa yang rahsia, dia cuma kata saya ada cerita pasal pistol. Hah Pistol??? Yanga da gambar postol sempena latihan menembak. Kalau kerana gambar pistol saya ada baca blog budak satu jabatan dengan saya lagi selalu letak gambar pistol, siap gambar2 budak2 pejabat di ibu pejabat lagi. Dia lagilah update di pejabat pulak tu.


Tapi apakan daya, biarlah berlalu tu semua. Beban tugas saya masa tu mengkin menyebabkan saya tertekan kot dan saya terlebih luah di blog. Maka saya pun berhentilah serta merta berblog dan akhirnya atas gelodak jiwa yang meronta-ronta ingin berblog maka saya buatlah satu blog yang baru atas nama 'melangkah ke hadapan' url nya http://www.hijrah1429.blogspot.com/ yang mana blog itu saya mulakan tepat pada 1 Muharam 1429 Hijriah.



Dengan kata lain hanya 3 bulan lebeh sahaja saya tidak berblog. dan kini say merasa berblog di Hijrah 1429 tidak lagi memberi kepuasan, saya tidak dapat meluah apa yang saya rasa. Cukuplah saya rasa saya kadang-kala menjadi lain pulak, saya rasa gaya penulisan saya bukan yang sebenar. Saya lebih emngikut gaya orang lain berblog.



Maka saya pun fikirkan untuk membuka sebuah lagi blog. Blog khas untuk saya sepertimana blog pertama yang saya buka dulu. Bagi saya blog yang pertama itulah gaya penulisan saya yang sebenarnya. Tudak hipokrit dan tidak juga mengikut rentak orang lain.

Nov 08

Ahad, November 30, 2008
Bahasa Orang Melaka
Assalamualaikum w.b.t

Di Blog kopi suam saya ada terbaca pasal loghat orang2 melaka, terasa seronok pulak baca dan terkenang2 yang kami adik-beradik kalau berkumpul kat umah bercerita maka automatik istilah2 melaka ni keluarlah. Walhal kadang tu dah lama tak sebut istilah tu tapi bila borak2 jer ntah dari mana dapat ilham terkeluar jugak, pastu gelak2lah sebab tak sangka ingat lagi istilah tu...

Ni saya senaraikan istilah2 tu yang saya ingatlah..anda pernah dengar tak atau tahu tak apa maknanya, kalau tak tau, agak2 boleh teka ker? Pelik bunyinya kan? Kak Paya rumput tau tak agaknya...

Kanting = teramat kering = "angkatlah baju kat ampai tu dah kanting dah!
jeran = serik = "dia dah jeran nak naik bas tuah, sebab panasnnya dalam bas tu, ya allah"
manggil = cuma tinggal yang tu = "beras tu jerlah manggil yang tinggalnya"
kancil = sesuatu yang nampak pelik dan tak sesuai = "eh kancil sangat nampaknya kalau letak kat situ"
egel = sesuatu yang nampak tak kukuh dan macam nak jatuh = "Eh, betulkanlah pasu bunga atas meja tu, nampak egel lah"
semenggah =senonoh = "ko ni tak semenggahlah"
terkucil = kecik hati / merajuk = "dia tu mana nak datang rumah kita, kan dia dah terkucil dengan abah kau"
cupul = tak cukup = "eh...cupul sangat beras ni, memang tak cukup nak masak ni"
cokin = towel = "napa yang kau bercokin jer dari tadi. pergilah mandi"

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni jer yang saya ingat dalam masa sekejap ni...
Posted by Hijrah1429 at 11/30/2008 11:00:00 AM 7 cetusan rasa
Labels: bahasa
Tag Ummi Batrisyia & Damya
Assalamualaikum w.b.t


Kawan2 masa sekolah menengah, semua dah kawin...tapi ntah, dua org jer dlm gambar yg saya masih berhubung...yg lain2 kat facebook pun takde...diorang duduk dunia yg lain ker??? Ni majoriti cikgu, yg saya tau 5 cikgu, sorang ADK, Jururawat, lain2 xtau!


1. What is the relationship of you and them ?
berkawan untuk selamanya

2. Your 5 impressions towards them
kawan yang boleh bagitau keburukan kita tanpa segan silu
kawan yang boleh puji kita dengan ikhlas bila kita buat baik
kawan yang tak perlu cantik sangat dan terlalu baik sangat [rimas]
kawan yang boleh berkongsi luar dan dalam [apa harta dia harta kita & sebaliknya]
kawan yang kenal dan tahu seluruh keluarga kita





3. The most memorable things they had done for you.
Sedia berkongsi masalah dan beri pendapat dan berkongsi 'rahsia' perkahwinan rahsia saya



4. The most memorable things they have said to you?
Hidup mesti terus... <--itupun dah cukup bermakna dah
5. If they become your lover, you will... rasa berbaloi sebab dah kenal hati budi [kalau diorang lelakilah]

6. If they become your enemy, you will... bagus gak sebab dah tau buruk baik dia, senang nak pujuk dia jadik kawan semula


7. If they become your lover, they has to improve on sensitiviti kena tambahkan...


8. If they become your enemy, saya takkan putus asa sambungkan silaturrahim tu semula, sayangkan dari kawan jadik musuh...mana boleh biarkan jadik musuh lama2...


9. The most desirable thing to do on them? nak kembali macam dulu...enjoy sama2, takdelah asyik kena control dengan laki masing2 mcm sekarang...sedeyyy jer...dahlah memasing jauh2

10. The overall impression of them is... Mereka tempat saya mencurah perasaan dulu tapi skrg mereka berubah ikut peredaran, saya tak salahkan mereka, kalau semua macam dulu kan bagus?

11. How do you think the people around you will feel about you? Sama macam saya rasa, mesti diorang doakan yang terbaik buat saya dan mereka sentiasa sedia mendengar masalah saya, cuma saya taknak susahkan hati diorang dengan masalah saya yang tak sudah2


Saya dan zah




12. The character of you for yourself is?
sabar, berani dan 'just do it...', terus terang, talkative...selalu risiko saya tolak tepi, kawan2 saya semua tau...sabar jerlah kan, sapa2 yang kena laser dengan saya...

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
kadang2 suka memaksa kawan dengar cakap saya, kuat merajuk dengan kawan2, dan sangat marah dengan kawan2 kalau buat keputusan tak musyuwwarah....tak sukerrr

14. The most ideal person that you wanna be is?
Ada satu kawan di kelang, yang melalui hidup yang sangat lancar, habis degree terus kahwin mak ayah carikan jodoh, dapat suami yg baik, bekerjaya, dapat anak tak putus2, keluarga bahagia, dapat jadik cikgu kat kampung sendiri...banyak lagilah...dalam group kami dia yang tak pernah diuji dengan masalah besar...tak taulah nanti2 apa ujian untuknya....kalaulah saya juga melalui hidup yang lancar sebegitu, sikit pun jadikler...[bunyik macam tak bersyukur...tapi dah soalan tanya gini...saya jawab ler]



15. For the people who likes you, say something about them.


tak nak jawab...kalau nak jawab panjang berjela, tak cukup ruangan nanti...



16. Ten people to tag:

Yang ni takperlah, silakan buat yer bagi yang nak buat, bagi yang taknak takde paksaan...












Zaman belajar yang indah, setiap kali cuti semester, ke Kampung Pondok Batu Hamparlah destinasi kami, ke rumah cikgu mie



Luna, yang berdiri dua dari kanan tu Cikgu Mie, sebelah tu isteri dia, Kak Mun...yang lain2 tu kami pelajar USM + UUM yang buat attachment dengan cikgu mie, jadi pejuang masyarakat kununnya...abis belajar ntah kemana2 masing2

Posted by Hijrah1429 at 11/30/2008 08:00:00 AM 4 cetusan rasa
Labels: kawan2, tag
Sabtu, November 29, 2008
Dataran MBMB
Asslamualaikum w.b.t



Lepas makan Laksa Shack di Melaka Mall, kami pun berandur nak balik ke s'ban, kena buat U turn nak ke lebuhraya, tengok2 depan MBMB, bangunan MBMB yang ada dataran tu tengok2 ramainya orang melepak, sebab kat situ banyak air pancut...ada yang madi lak tu. Hani dah teruja tengok orang ramai, sayapun park keter kat tepi jalan tu, terus kami turun konon nak tengok apa yang menarik sangat...



Rupa2nya diorang ni sesajer melepak ajer, banyak gak saya ambik gambar tapi kamera casio ni dah ketinggalan atau saya yang tak pandai guna, rasanya ada night mode tapi tak pernah gunakan, tak reti plak nak carik...
Takat ambik gambar Hani, sebab pemandangan semua gelap! Ngambek gambar hani pun mencabar sebab dek kerana terlalu happy, tak suker nak bergambar sibuk berlari ke sana ke sini, bila nak ambik gambarnya, mulalah buat aksi macam2....




Ntah tak tau apa punya aksi nih...








Ni pun sama...kan elok kalau pandang kamera,kan, sesajer nak bagi menyakat ammie




Sudahnya dia bagi gak satu pose dengan harapan ammie tak kacau dia lagi...


Posted by Hijrah1429 at 11/29/2008 12:00:00 PM 3 cetusan rasa
Labels: hani
Singgah di Melaka
Assalamualaikum w.b.t




Semalam petang kan saya balik kampung. Nak ambil angah, anak saudara saya yang baru ajer abis SPM. Saya sampai jam 6, jam 8 gitu saya balik semula ke rumah. Malas nak tido kat kampung sebab mak pun dah pergi Langkawi jugak. Perjalanan balik tu, memang dalam hati dah fikir dah nak ke JJ, tapi bila dah sampai area tu, depan JJ kan ada Parkson [Melaka Mall], hani pulak sibuk nak ke Melaka Mall.



Ikutkan ajerlah sebab bukan ada beza sangat pun dua2nya. Lagipun tekak ni teringat2 laksa shack yang saya makan dulu masa pergi court case, so layankan ajer permintaan si Hani. Lagipun angah ada untuk tengok2 Hani takdelah asyik terkejar2 mencarik hani yang gemar menyorok...



Saya sebenarnya nak survey handbag jenis sandang belakang tu, hari tu tengok beg sembonia tapi warnanya tak berkenan sungguh, warna coklat macam warna kulit tu tapi coklat macam murah jer nampaknya...nanti beli mahal tapi nampak murah, tak bestlahkan...semalam saya nak beli beg brand pierre cardin, takdelah pulak, tengok sacha ada yang menarik sesangat di mata saya, tapi diskaun 10% ajer, dan harganya RM219, ohh bajet saya bawah 200, so cancel. Teruk,kan...saya kalau boleh nak yang mahal tapi diskaun mesti 50%, baru untung sket,kan...hari pergi dengan zah ke parkson hari tu, jenuh zah tunjuk barand yg macam2 tu, F timber lah, jacques lafleur lah, degil takmo, nak yang brand hilly...harganya memangler takde bawah 200,kan? Rasa kalau kat KL ni mesti banayk pilihan...tapi malasnya nak ke KL...sogo mesti banyak,kan?



Bukan apa, beg sandang ni utk ke kuliah, semester lepas terasa sarat-marat sangat, yerlah perempuan kan macam2 barang, alat make up, telekung, ntah apa2 lagilah...pastu dengan beg komputer, tu tak masuk lagi, buku nota dengan pencil case....kira masa tu kiri kanan saya bawak beg, sebelah beg dokumen, sebelah beg komputer. Saya ni kan masalah sakit pinggang....memang kaedah bawak beg kiri kanan ni beri kesan pada pinggang saya!



Sudahnya kan, lain plak yang saya beli, hari tu terbeli sandle kat parkson, dari setia dengan sandle scholl, tertukar 'terbeli' sandal pierre cardin, walhal kalau tambah sikit jer dapat dah beg sandang ikut bajet saya yang kat Melaka Mall tu. tapi kan sandle scholl tetap selesa, saya rasa sia-sia juga beli sandle brand lain sebab lepas ni saya kena beli jugak scholl ni utk ke kelas, brand lain yg selesa rasanya clarks tapi seremban ni macam cikai sikitlah, tak banyak pilihan...rasa2nya di Dataran melaka [bandar hilir], ada kot sebab anak saudara saya kata banyak pilihan di sana. Nama jer orang melaka, tak pernah pun sampai....yerlah selama ni lalu dengan pak haji, mana orang tu nak menyinggah situ...



Nilah saya beli semalam, casserole tu saja tambah koleksi sedia ada, tak taulah napa akhir2 ni minta sangat buat koleksi perkakas dapur ni. Bekas bertutup merah tu rasanya bekas kuih raya kan, tapi saya beli untuk isi teh, kopi, milo, horlicks, sajer nak kasi bekas yang seragam...2 jug tu nak isi keropok untuk kunyah2, sajer nampak cantik, sebab botol tu plain kan...senduk tu nak ganti senduk kayu yang saya guna sebelum ni, senduk kayu ni setahun dua pakai dia macam mereput,kan...guna plastik mungkin lebih tahan...

Okay yer...jangan tak percaya, 3 casserole yang boleh tahan panas, sejuk sama macam casserole correlle ni hanya berharga RM 20.00 selepas di diskaun dari harganya RM 40.00. Harga tu pun adik yang jaga tu main letak jer sebab dia sendiri tak tau harga sebenar, siap pesan, akak kalau budak kaunter tu tanya akak cakap ni memang harga dia, yer... ok dik, no hal! So, dapatler saya, kalau bandingkan dengan correlle saya tu, rasanya sama jer kualitinya, suker sangat dapat ni....terubat hati sebab tak dapat beli beg...



p/s : Kalau tak cerita rumahtangga, mulalah cerita merepek2 ni, kalau nak cerita rumahtangga memang ada ceritanya, tapi kita alihkan perhatian pada aktiviti seharian lain plak yer...[selama ni ada gak aktiviti membeli belah ni, cuma masalah rtangga tu yang di highlightkan...gituler jadiknya...
Posted by Hijrah1429 at 11/29/2008 08:49:00 AM 0 cetusan rasa
Labels: rumah
Jumaat, November 28, 2008
Barang dapur
Assalamualaikum w.b.t



Menyediakan makanana untuk kanak2 5 tahun bukanler sesuatu yang sukar dan mencabar. Apatah lagi tinggal berdua hampor sepanjang masa, maka masak cincai jerlah. Tapi nak masak kena tanya anak gadis tu dulu. kalau tak ikut selera dia tak hendak nya dia makan. Membazir.



Hari ni, saya cadang nak masak sup ayam, tapi anak gadis takmo, nak udang masak pedas, lagi senang saya, takpayah nak susah payah menumis sup bagai...tu yang terus potong bawang, tomata tumis dan masukkan sos tiram dan sos, masuk udang terus dah jadik.

















Ayam 4 ketul digoreng tepung, tu pun hani tak makan, ammie lah kena makan. Sejak cuti ni kenalah memasak, takkan semata-mata nak makan, kami dua beranak kena keluar ke kedai pulak. Dua hari lepas, keluar dengan hani beli stok makanan sket, yerlah duduk rumah ni, kebulur ajer, itupun beli ala kadar jer, sebab saya pergi kedai dekat rumah jer, malas nak ke tesco ker, Giant ker...kalau ke sana lagi besarlah belanja nya...










Beli yang paling murah, susu dairy champ RM 1.95, yang lain2 pun ambik yang sederhana jer, mujur hani bukan kaki pow ammie ambik makanan bukan2, setakat cadburry Bytes yg kecik dan chips more yang kecik jugak. Tepung goreng cekodok 3 bungkus, biskut tiger 2 bungkus, satu hani dah simpan dalam tupperware [anak gadis yg rajin] dan tepung 2 bungkus. Turut dalam gambar ikan bilis, telur omega dan tepung kek coklat segera cap d'ros yang hani sangat suka...[campur mentega dan telur sahaja], kek yang saya buat sendiri hani tak suka plak...



Yang ni sabun, langkah berjimat jugak, biasa Dynamo 3 kg RM 20.00 tapi semalam RM 22.90 [pelik plak cepat sangat naiknya], beli attack serbuk RM 7.90 utk rendaman dan basuhan selain pakaian...minyak masak kena beli dua, utk kami minyak cap buruh, RM 9.00 jer, untuk pak hj minyak Naturel [bunga matahari] RM 25.90..ntahlah dari dulu sejak dia stroke memang saya belikan dia minyak sayuran dan garam bukit...tak tauler sejauh mana menyumbang pada kesihatan dia....
Oh yer, belanja semua2 ni RM104 sahaja, siap dapat cabutan bertuah sebab belanja lebih seratus, dapatler sebungkus keropok [awatler tak dapat hadiah lain --->TV 29" ataupun peti ais samsung???]...maklumler kami berdua sahaja sesuailer, agak2 kalau yang ramai anak2 tu mesti banyak yer....jumlah itu termasuk juga ayam seekor dan udang Rm 4.50....yang saya masak tadi tu....
P/s: tiba2 kerajinan membuat entry menjadik2, layankan ajer....
Posted by Hijrah1429 at 11/28/2008 06:00:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: rumah
Madu dan ginseng


Tajuk tak boleh blah, mencabar sungguh....kat rumah ni macam2 supplement ada, ubata moden ni toksah cakapler, memang semedang ada jer kat mana2. Tapi dua supplement ni kira terkinilah, terkini tu maksudnya dalam 6 bulan digunapakailah kot!




Madu tu memang dijual oleh pak haji, dengan harga RM 80 sebotol kecik tu, kecik jer botolnya, cuba bandingkan dengan mug belakang dia tu, sebab mahal katanya datang terus dari Yaman, madu asli terbaik di dunia. Sebenarnya bekalan madu ni dari along, anak pak hj yang sulung tu, dari kawan2 dialah kot, asalnya untuk pak haji, tapi sebab ada permintaan kerana melihat keberkesanannya, pak haji jadik supplier lah pulak!







Yang ni ginseng dari Korea, kawan2 pak haji kan selalu keluar negara [buat usaha dakwah] dan yang ni dibelikan kawan2nya lah [utk stroke], memang pure ginseng, pahitlah...perempuan pun boleh minum kena campur dengan madu....saya dipelawa jugak untuk minum ginseng ni utk kesuburan, tapi ahhh, pahitlah, nggak mau tekak saya menerimanya...



P/s : macam2 supplement dah, tapi pemulihan dari stroke tu sangat slow...
Posted by Hijrah1429 at 11/28/2008 04:00:00 PM 3 cetusan rasa
Alkisahnya Hani
Assalamualaikum w.b.t


Alkisahnya rambut hani ni memang selalu jadik isu, saya nak potong, pak haji tak benarkan. Particular betul dia hal rambut anak2 perempuan ni. baik yang besar atau yang kecik semua dia minta berambut panjang. Ikut sunnah. Hani pun dah tau benar, kalau nak potong cepat jawabnya, ammie tau tak, rambut ni yang akan digunakan umat nabi untuk menutup aurat di padang mahsyar nanti. Jadik sapa yang berambut pendek nanti terdedahlah aurat depan dan bawah....takde benda nak digunakannak tutup aurat. Kalau ayahnya dah tanamkan dari kecik, bebudakkan memang dia dengarlah, benda yang baik, bagus diikut, begitu jugak tudung, sampai sekarang, jangan harap nak keluar tak bertudung, takut kepala terbakar! yang heran kalau tengah jalan atau dalam kereta tu tak heran pulak dia tak bertudung! Itulah namanya kanak2!







Sekarang lagi panjang dah paras pinggang dah, kalau basah ke punggung panjangnya! Kalau tak berdandan lemas saya menengoknya!





Baru2 ni seminggu hani duduk rumah kak aza, keluar dari mulut ayah suruh saya potong sikit rambutnya, potong sebelah hujung...kata ayahnya, jangan potong pendek terus...alkisahnya hani ni kan on off kutunya, sekarang ni takdelah, baru2 ni kan saya sibuk study tak sempat menjengah kepala dia, kalau seminggu tak tengok memanglah membiak [eii meremang tengkuk bayangkan] jadik kat rumah kak aza kak aza dah kerjakan dengan sikat kutu, dan kak aza minta dipotongkan sikit, tu yang pak haji baru tau masalah sebenar rambut anaknya ni. Tambah2 plak tengok tangan hani asyik naik atas kepala jer...yang pelik kutunya tak mau berjangkit atas kepala saya dan ayah...kepala hani ni best sangat kot....banyak tempat bersembunyi....






Saya pun teringin gak nak potongkan, tapi hani takmo ke kedai...takut dengan gunting, dia nak ammie jugak yang potongkan...kalau saya nak potong kasi pendek terus, kemas jer...suka saya tengok bebudak rambut pendek ni...senang dijaga...kalau si hani ni 10 minit tetiap pagi nak sikat, minyak, dan ikat tocang keling ni...bazir masa jer...tapi tulah kalau rambut panjang bila didandan akan jadik kemas bila pakai tudung, anak2 rambut takdelah terkeluar,kan?







Kemas,kan...takdelah panas bila di dandan begini...






Bagi dia pun kalau diikat, selesa jer






Kalau malas dirumah, sanggul ajer...






Bila tengok2 arkib gambar, masa 3 tahun dulu saya dah pernah potongkan pendek terus rambut dia ni, jadik kerinting pulak!



Tapi masih kena ikat jugak..takpun rambut tu asyiklah tutup muka dia...









Tapi comel gak hani kalau rambut pendek,kan?



P/s : Dah takde citer, citer rambut pun jadik...rasanya sehari dua ni saya putuskanlah nak potong ker idak? Tag ummie yang satu lagi tu lewat sikit saya buat yer...
Posted by Hijrah1429 at 11/28/2008 11:35:00 AM 7 cetusan rasa
Labels: hani
Menyambut tetamu
Asslamualaikum w.b.t




Sebelum Azizah datang rumah saya, saya siap-siap pesan kat dia belikan saya 10 helai kain batik 3 serangkai. Kan saya sekarang ni kununnya nak menolong kakak saya kat kampung nun meniaga kecil-kecilan, kain batik ni nak bawa balik kg petang nilah...Zah beli kat Labuan RM11 jer untuk sehelai, kat sini saya tak tau dengan tepat harganya tetapi hari tu rasanya masa pergi survey di senawang, dia jual RM 15 sehelai...tapi rasanya kualiti yang Zah beli ni lagi elok, made in indonesia, coraknya pun sangat meriah.



Rasanya mesti ramai pelanggan kakak saya yang suka. Oh yer, kakak saya ni ramai kawan2 sebabnya dia sejak lebih 10 tahun kot menjadi kepala kutu [main undi] sampai 30 orang kadang tu, tak pernah putus, kadang saya gelak kat kakak saya ni, ada yang main kutu 50 sen sehari...khas untuk budak2 sekolah [mak2 pun ada jugak] baru ni saya pun main kutu sama..[bayar atas nama saya, bila dapat suh kakak bagi mak jer...] yang saya main ni dapat RM2,000 rasanya kot, bulan lepas mak saya cabut katanya dapat no 20...ntah bila dapatnya...kalau tak main kutu pun habih gak duitnya...main suka2 jer...









Orang-orang sekarang [wanita dan gadis] adaker pakai kain batik ni lagi kalau duduk di rumah? Rasanya lebih ramai yang selesa berseluar panjang ataupun seluar 3/4 tu kan...kalau pakai kain batik ni katanya macam orang kampung! Ada plak kata nanti asyik terlurut jer [tak pandai ikat], tapi kan macamana moden pun kain batik tetap penting. Masa berpantang, masa nak berurut, masa nak mandi [berkemban], dan masa2 lain. Saya masih berkain batik di rumah walaupun takdelah sekerap mana, tapi setakat 7/8 helai kain batik tu memang sentiasa ada jer...



okay...ni masa azizah datang tu, buat kuih koci dan lepat pisang lagi...Rajin tak? Sedap pulak tu kuih ni...azizah siap puji berkali-kali tu...rasa betul2 macam orang dulu2 buatlah katanya. Wah saya pun kembang kempis gitu bila kena puji..tapi nak tipu lama-lama tak sedap pulak...kenalah berterus terang dengan azizah...bukak peti ais tunjukkan dia bungkusan kuih ni....zaman sekarang, apa yang takder? Carik ajer, semua ada dijual,kan? Nak senanglah katakan...pak hj pun puji sedap....nak tau sapa buat?





.............................


.........................................


..............................................................



..............



hahaaaaa..



Beli segera jer weyyy.....


Sumer ada, pilih ajer...



Saya beli kuih koci, lepat pisang, donut, perencah nasi tomato, dan pes rendang. Pes rendang pun sangat sedap, tak perlu nak susah payah nak gi kedai beli lengkuas, serai apa semua tu...masak yang ini ajer...tambah santan dan daun kunyit. Semalam saya masak rendang ayam kampung. Sesuailah kalau terdesak2 ni, kalau ada masa saya pun suker masak sendiri...cuma sebab azizah datang seorang ni, tak berapa nak berbaloi masak beriya-iya, lain ler kalau hubby dia pun datang sama dengan anak2 ker...



Kat [alstik dia tulis kukus 5 minit




Oh yer, karipap pun beli segera jugak, inti ayam kentang, santapan kami berempat pagi semalam. Kalau karipap yang di pasaraya tu saya tak gemarm tapi yang saya beli ni memang khas untuk industri orang2 kampung, semua makanan tradisional dan kuih2 yang dibuat orang kampung ada di sini, untuk pasaran tempatan ajer, takde label2 bagai....


Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk kuih2 nih...nanti bila perlu boleh pergi beli, dekat jer kedainya, hari2 lalu, cuma kelmarin baru teringin nak masuk ke kedai ni...







Posted by Hijrah1429 at 11/28/2008 09:27:00 AM 2 cetusan rasa
Labels: kawan2
Award
Assalamualaikum w.b.t

Award 1





Award dari Puan Payarumput21
[Apalah agaknya yg 21 tu yer?]

Award...kelakarlah, award-award ni, sapalah gamaknya yang mulakan budaya mengawardkan ni, saya dari dulu memangler kalau terpandangkan macam2 jenis award kat mana-mana blog memangler ssengih sensorang. tambah2 dapat award yang begini rupanya, apalah yang disengih2kan oleh monkey tu yer?
Peraturan dan syarat2nya maleh nak tempek sini...award ni saya nak jugak serahkan pada semua pembaca tetap blog ni....camana monkey tu sengih bayangkan ajerlah gituler saya menyengih sambil menyerahkan award ni yer!



Award ke 2

Hari tu, lama dulu ummi batrisyia ada bagi saya award, walaupun dah lebih dua bulan saya ingat lagi yang saya belum ambik award tu, so sekarang sampailah masa yang sesuai untuk saya mengambik award ni, jenuh saya selongkar entry ummi batrisyia baru jumpa [ummi sy cadangkan ummi buat 'label' ni baru senang sket nak carik] ehh .. saya suka jugak award ni cuma kekarlah gitu, brillante tu maksudnya brilliant ker? Eh mana ade, ni blog takde briliant ni blog sesuka hati melepas perasaan ajer...wakakaaaa
Award dari Puan Ummie

Apapun, saya sangat berterima kasih sebab dapat award ni, maksudnya takdelah macam terasing di dunia blog ni...heheee...ada jugak orang yg ingat, yer dak? eh nampaknya kena reka award2 barulah, tapi camana nak buat award ni? bagi banyak sket kategori, contohnya macam payarumput21 cakap tu, blog cerita panassss...hehehehe
Posted by Hijrah1429 at 11/28/2008 08:14:00 AM 3 cetusan rasa
Labels: tag
Khamis, November 27, 2008
Destinasi bercuti?
Assalamualaikum w.b.t



Saya teringin nak bercuti. Pak haji pun dah lama bangkitkan isu bercuti ni. Memandangkan sebelum ini agak kesibukan dan hani yang bersekolah, dan juga saya pun kerap berjalan atas urusan kerja maka isu bercuti tenggelamlah.



Lepas 'perang' ni, isu bercuti timbul lagi, cadangan awal nak ke Trengganu, tapi saya ingatkan pak haji, yang di sana musim hujan, agak tidak mengujakan kalau berjalan di waktu musim hujan,kan?



Malahan destinasi Trengganu bukan destinasi asing bagi kami, di tahun2 awal kahwin 2001-2003, hampir setiap bulan kami ke trengganu menziarah anak pak hj yang belajar di madrasah Kubang Bujuk. Tapi keasyikan Trengganu membuatkan kami tak pernah jemu ke sana lagi dan lagi. Pulau Redang dan Kapas jugak telah dilawati. Itu semasa 2003, ketika menyambut ulangtahun kahwin yang ke 2...



Makanya bercuti kali ni kami kebuntuan, tak tau nak ke mana. Tanah tinggi, memang reject sebab keadaan fizikal pak hj yang tak tahan sejuk, malah saya pun tak teringin ke sana, 3 kali dah ke Cameron Highland, 2 kali dengan pak hj dan sekali bawa Hani masa umur 2 tahun. Kemudian ke Genting Higland dan Bukit Larut pun dah pergi, ni semua pergi zaman Hani takde lagi, berdua jer...



Untuk ke pantai pun rasanya takde yang menarik dah....tu bagi pak hj yang tinggal dekat pantailah, macam saya, oklah jugak, cumanya tak taulah pantai mana. Dalam kepala ada jugak teringin nak ke Mersing, setahun dulu destinasi ni ada masuk senarai kami, kononnya nak ke Tioman, tapi sebab musim angin ketika tu, tak jadiklah, sekarang pun musim angin jugak di situ.



Terfikir jugak nak ke Cherating walaupun dah pernah bercuti di situ, tapi tanya pak hj dia pulak senyap jer. Nak ke Langkawi, 2006 kami dah pergi, nak ke Pangkor, 2002 kami dah pergi. Cumanya kalau ikut rancangan dulu2 [sebelum stroke] nak ke K.Kinabalu. Cuma masa tu sempat rancang tapi tak sempat pergilah, yang sempat tahun 2005 tu bawa hani ke Kuching. Sajer merasakan dia naik aeroplane.



Tiba-tibakan baru-baru ni masa malam saya stay up di de palma tu, ada siaran ulangan Majalah 3, zaman Norzie belum bertudung lagi. Abdullah Sidek Majin yang buat cover story bagi siaran hari tu. Dia pergi ke Kelong Aceh di Johor. Buat aktiviti memancing dan dia tunjukkan mereka yang datang dan pelancong luar kat situ. Macam popular sangat tempat tu...


Sejak tu asyiklah terbayang-bayang nak bercuti ke Kelong Aceh tu, pagi tadi bincang dengan pak hj, dia setuju jugak cadangan saya tu, terus saya carik dalam internet berkaitan Kelong Aceh ni. Kelong Aceh ni tempat memancing, bukan tempat jalan-jalan, tapi seronoknya tengok ikan2 yang ditangkap dahtu terus dimasak pulak tu...



Ada 30 bilik kat Kelong ni, satu bilik RM 150 semalam, makanan dan umpan semua disediakan. Pak hj ni minat memancing, dulu2 khabarnya ada speed boat, ada jugak joran mahal [katanya] yang diletak di rumah saya dulu, tapi dah dikebas oleh drug addict masa proses kami nak pindah rumah yang dulu...dulu2 sebab hani baby lagik, kalau dia takde, rasanya saya pun dah ikut pak hj memancing. tapi sayang, sebab stroke semua tu habis camtu jerk...



Jadik gituler, rancangan nak bercuti ni minggu depan, tapi destinasi takde lagi. Agak2 kalau ke Trengganu jugak ok tak? Kami ni bukan jenis jalan2 beli belah, kami jenis jalan2 memang betul utk jalan semata2, masa gi Sarawak, gi Thailand, gi Langkawi, kami sewa kereta dan kami masuk ceruk kampung semua, makan kat kedai ceruk2 kampung, bukan pergi pusat membeli-belah ke, tempat sejarah ker...tapi tu yang seronoknya....



Semalam sampai petang ni kawan saya Azizah dari Labuan ada di rumah sementara nak tunggu hubby dia sampai hari ni dari Langkawi berkursus, sebab pak hj dah biasa dengan za, malam tadi dia balik jugak, terbatas lah sikit aktiviti kami nak berborak2, saya tak kisah mengadap jer si za ni citer2 dulu punya hal lah, tapi dia plak yang terlebih asyik suh layan pak hj....petang ni dia dah ke KLIA dah ambik hubby nya, dan saya pulak jap lagi nak ke sekolah hani ambil rekod prestasi dia....tak taulah camana perkembangan dia, ok ker ko ker....


P/s : pak hj nak ke Terengganu sebab nak carik jala2 ikan 2nd hand nak buat kepung bela ayam kampung kat rumah yang baru buat tu...tulah pasal dia nak ke sana jugak kot...
Posted by Hijrah1429 at 11/27/2008 04:14:00 PM 7 cetusan rasa
Labels: bercuti, pak hj
Survey barang sekolah...
Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi, saya kata, "za, jom gi Jaya Jusco"...."jommm!" za jawab!
"Eiiii..bestnya ammie..jommmm!" hani menyampuk...sukerlah tuuu...
Wah, serta merta bersiap si hani...siap suh za siapkan lagi tu...kesian za kena buli dengan hani



Ok..tengok...tengok....takper..pilih jangan yer...






Hani gigit jari jerklah, sekadar menengok...membeli idakler lagi...lambat lagi nak naik sekolah, kalau beli ni, tak sempat bawak ke sekolah, habissss!






Marahlah tu...tak dapat beli...!!!



Tengok tu, buat muka...sajer menyakat ammie
...dia buat muka kat ammie...




Pastu, ammie plak menyakat dia....
...
........
......................
Takdelah....
Dia yang lari2 sampai ammie carik tak jumpa!
Saya dan za nak makan pizza, hani nak makan McD,
So za cadang kita makan McD, u gi bungkus pizza!
Saya pun pergiler pizza tu sebab pak haji dah lama menyebut nak makan pizza
Saya tau dia nak suh saya buat sebenarnya....
....[bukan dia tak tau bini ni bukan kreatif nak masak2ni, malas pun yer jugak!]
..patut cakap arr dengan kak aza, yer dak?
Ni mesti dia tak cakap tu, dia cakap ngan saya jerk!
[pssssttt....sebab dia tau, saya tak tau masak tu takde hal,
sebab resepi melambak dlm internet!]
Hani tinggal dengan za di McD, saya ke Pizza....[sebelah jer]
dah order saya patah balik ke mcD, za tengah beratur,
ehh ehh... hani takdak!
Za pun tak tau...
Pucat muka saya, jenuh saya carik dia...
masuk guardian, masuk kedai cd...
pusing2 keliling mcd takde jugak!
Pastu eh....gelak2 dia datang balik ke McD...dari dalam pizza..
so.....
kena 'kuti manja' dengan ammie!
Ps: kuti = kutil = cubit
Kami tak jadik gi JJ, hujan sangat lebat, takut parking atas takde! Kami gi parkson ajer, makan2...oh yer, saya 'terbeli sandal' nak gi kelas......takdelah cantik mana bila dah balik umah tu, tapi bolehlarr...
Posted by Hijrah1429 at 11/27/2008 07:33:00 AM 6 cetusan rasa
Labels: hani
Rabu, November 26, 2008
Tiga benda nak cerita
Assalamualaikum w.b.t



Tiga benda ni buat saya rasa macam menyampah tengok...lepas ni tengoklah apa saya nak buat...


1) TV dan tv cabinet (side table)



Skang orang sumer dah pakai tv plasma siap dengan letak kat dinding lagik kan? Kalau diorang tengokler tv kat umah saya ni nangis diorang, bukan apa, kesian....dahler TV lama saiz 14" jenama Zapporo, letak pulak atas side table...ada hati pasang astro plak tu... tu yang pandang sakit hati jerk..masa exam tu lantakler...ni dah takde menda, terpikir2 nak kena ubah ni....takde mood tengok tv kok gini gayanya......




2) Kerusi urut

Ni pun satu hal jugak ni, tertonggok depan mata, ikut hati nak let go ajer...sebab penggunaan yg teramat min...baru2 ni saya pun pi lah kedai BUY&SALE dia nak ambik 300/400 ajer...kalau buat agreement dengan dia, bolehla pi sampai 1000 syaratnya dia tolong jualkan, tak laku ambik balik...sudahnya dok lagu tu jerlah...kulit bahagian sandar kepala tertanggal agaknya rambut @ peluh kepala pak haji tajam!!! lain2 elok lagi...<--ada sesapa nak ker?







3) Jam dinding

Ni semalam pi beli, jam orient ni, cakap kat tokey tu nak jam yang boleh nampak dalam gelap nak tengok bila terbangun tido, dia bagi yg ni, balik2 test dalam gelap hancusss, gelap gelita, langsung tak nampak, petang ni mau gi kedai tu tukar semula...



Posted by Hijrah1429 at 11/26/2008 10:56:00 AM 10 cetusan rasa
Labels: rumah
Selasa, November 25, 2008
Buah hati


Mata stim



Muka sedih



Bear kesayangan aka adik dia




Sejak lepas raya hari tu, hani takmo dah pakai tudung kanak2 dia tu, nak tudung macam 'orang dewasa', selalu sangat dah merengek2 dekat ammie nak tudung gitu, tulah lepas raya tu imej baru gitu, hani sekarang dah pakai tudung mortada saiz kecik ni...mengalahkan ammie harganya, tak tau mana nak carik yg murah2...yg ni reganya RM28 per piece, siap nak brooch sendiri tuh! demi anak ku belikan jugak 3 helai...ammie pun pakai selendang 10 hengget jer...



Ok...video ni hani bebel, banyak rasanya ada 10 shoot, satu shoot jer masuk kat sini, semua shoot tu skrip dia merepak termasuklah yg ini, ammie dok sebok study, dia nak kacau, layankan ajer dia yg nak rakam muka sendiri... ntah apa2 dia bebel, kalau nak dengar suara dia tryler nengok ek... eh suara ammie pun ada...semua shoot ada suara ammielah pulokkk...terpaksalah masuk suara ammie jugak yek!








Malam semasa menunggu ayah nak jumpa Hani, anak ini sekarang gemar beraksi di depan kamera, layan kan ajer... sampai 10 shoot dia ambil lepas tu dia bebel...ni salah satu shoot, jenuh tunggu nak import video ni,kan?




Ok, ni gambar hani terbarulah ni...sajer buat hiasan kat blog ni, asyik cerita jer boring lak saya tengok...






rak2
Posted by Hijrah1429 at 11/25/2008 10:07:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: hani
De Palma
Assalamualaikum w.b.t





Masa di De Palma Sepang ni hari tu, pak hj suh ambik gambar2 rumah dua bilik kat hotel ni, nak buat contoh katanya, idakler saya tau nak buat apa..so saya pun ngambikler gambarnya...sesambil jalan gi dewan makan -balik ke bilik tu...









Pintu masuk



Penat mendaki hari2 weyy...





Ni dewan, almost setiap hari 9 orang jer makan kat sini, kami 6, urusetia 3 orang...makanan punya banyak, tapi idakler rajin mengambik gambar, sebab sambil makan pun saya membaca nota2 kecik...serius nak berjaya nih!




Pemandangan dari dewan makan, syok tengaok hijauuuu jer....



Dari dewan makan menapak naik bukit nak ke bilik saya ni


Ada 15 biji rumah, ada 2 pintu [bilik] kira ada 30 biliklah...kat atas ada design untuk family...





Hah...nilah bilik saya 202



Meja study yg simple tp panjang




Katil yang sederhana jer, aka tempat study jgk...







Posted by Hijrah1429 at 11/25/2008 09:34:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: Kursus
Buhsan!
Assalamualaikum w.b.t

Selepas seminggu dua terkejar dan mengejar masa!

Hari ini...

Tidur yang selesa...

Poket yang penuh [hari gaji sedunia]

Anak manja ada di sisi...

Takde apa nak di nanti...

Aku bosan...
Posted by Hijrah1429 at 11/25/2008 06:07:00 PM 2 cetusan rasa
Labels: Luahkan
Menjawab TAG Ummi
Assalamualaikum w.b.t

Ni saya nak jawab TAG ummi, tentang 10 weird pasal diri kita, punya malas nak fikir dan takde idea saya selongkar entry lama blog dulu sebab teringat Luna dengan Kak Long Syikin pernah gak tag benda ni dulu..tapi masa tu 6 jer..hah ni dia, 23/2/2007 punya entry, hehee, masih relevan lagi kot...


1. Tak kisah duduk dalam sepah/serabut kerana pada saya dalam kesepahan dan keserabutan itu ada keindahan dan kekreatifannya.

Kalau meja pejabat kemas atau rumah kemas sangat2 saya tak boleh nak buat kerja, rasa nak duduk rehat jer..malas nak usik apa-apa...katil pun camtu, kalau dah kemas (master bedroom)...jangan harap ada orang boleh bergolek2..."abang...silakan baring di bilik tetamu yer..., katil yang ini untuk tidur sebelah malam jer yer bang.." sound lembut kat pak hj, tapi kalau dah memang sepah ngan mainan Hani/bantal2 tu lantak jerlah tunggang terbalik pun saya tak marah...time dah nak tido betul2 yg peliknya saya mesti clearkan balik siap tukar cadarnya/comforternya sekali. di u dulu saya siap wakafkan katil saya utk sapa2 baring & rehat sementara tggu class (bilik saya markaz tmpat rakan sejemaah PKPIM, berkumpul)...dan pasal dah wakaf sepah camana pun saya tak kesah...suker jer...siap tetamu tido atas katil saya plak tido bawa kat lantai...

Rentetan dari kepelikan pertama itu, saya ada satu sifat kontranya (utk cover sifat kat atas tu). memandangkan saya bukan kaki kemas maka suami sangat2lah faham...kalau sepah tu dia malas nak tegur dah...jadi dia selalu jugak surprisekan saya kata ada tetamu nak datang.


2.Yang peliknya sepah sebulan dalam sejam saya boleh clearkan...siap mop lantai lagi...terkejut member mula2 dulu...

Sekarang dia (pak haji) tak pelik dah tapi jadik kagum pulak kerana kecekapan pada tahap "maksima" mengclearkan apa sahaja sehingga terbeliak bijik matanya...(skill tersembunyi: biasanya satu bilik akan menjadi mangsa menyumbat apa sahaja, tetamu balik baru clearkan part nih!) buruk tul perangai....tapi suami kata camni kena suh tetamu selalu datang rumahlah...


3. Saya berkemampuan untuk memaki dengan kata2 (si*l, sun*al, ba*i, celak*, tak g*na, Bul*shit, bask*t, dan seangkatannya)

Ini kalau dah geram sgt pada orang/keadaan tertentu/frust/sedih/ menyampah / stress/depress tapi kata-kata ini saya tak pernah ucap masa kejadian berlaku malah depan suami/hani pun tak pernah, kata2 ini hanyalah diucapkan secara perlahan dan berhemah serta lemah lembut sambil memutar-mutar stereng kereta masa drive sensorang selalunya, kalau orang kenal saya mesti tak caya, pasal saya bukan jenis cakap macam ni, dan tak pernah cakap kata2 negatif ni..tapi nilah cara saya releasekan prob sekeliling...(doa/solat/zikir..memang rutin cuma yg ni jadik automatik bila tension)... sebenarnya ni mula dari 2002 terpengaruh dengan seseorang susah plak nak buang sekarang...jadik habit. Trylah...dalam kes ni takde sesapa jadik mangsa..hanya stereng keter jer..


4. Saya suka menyorokkan/menyembunyikan diri kalau saya rasa saya tak boleh/malas/tak sesuai emosi utk jumpa orang.

Kes ni kalau kat pejabat, saya duduk dlm bilik saya akan kunci pintu, padam lampu, ketuklah macamana pun saya buat tak tahu, telefon pej saya angkat gagangnya letak atas meja. Tapi hanya saya buat waktu lunch hour dan after office hour. Biasa sangat orang carik saya kat bilik waktu camni...nak discusslah apalah... pasal tengok keter saya ada lagik kat parking, diaorang tau saya tak balik lagi...tapi kalau diorang call hp saya jawablah...tanya pentingke tak? Kalau kat rumah plak nasib tak baiklah jawabnya kalau sapa datang umah saya tengah mood teruk, bagilah salam kat pagar tu...call handphone sure saya akan buat tak tau jugak...sebab kalau bgtau sy ada rumah tapi taknak terima tetamu nanti kecik ati plak, kalau angkat telefon kena cakap tipu2 sikit...malaslah. Saya ignore jerk...anda boleh buat tak camtu? Pengalaman mengajar saya...baik takyah jumpa kalau rasa banyak datangkan keburukan dr kebaikan...duduk diam2 dalam rumah time mood down adalah terapi terbaik buat saya....tapi kes camni kena pada tenpat jugak, asalkan tetamu tu jangan tau yg kita sengaja buat begitu udahlerr...diam2 jer...


5. Saya mampu/boleh tak tidor lebih 24 jam (rekod 3 hari 3 malam tak tido pun pernah) ...

Biasanya adalah dalam sebulan sekali (malam tadi pun saya berjaga), macam dah jadik habit pulak...bukan buat apa pun, tengok TV, menjahit ke, surf internet ke...kemas rumah ker atau basuh baju sampai masa solat subuh terus gi office dan buat kerja macam biasa. Cubalah bagi yang tak biasa..lain rasanya berjaga seorang diri di malam hari...relax dan aman sambil berfikir2 tentang hidup dan muhasabah apa yang patut...tanpa gangguan bunyi kereta dijalan dll...enjoy your time, naknya macam saya basuh baju kat laman belakang nampak bulan/bintang semua dengan tiupan angin..syahdu jer...tapi nih kena kuat semangat orang penakut takyahlah cuba. Suami saya pun tak tau habit saya nih..malas citer kat dia..saya buat masa dia takder jer...bagi yg ada suami setiap malam tu tak sesuailah kot...


6. Rentetan dari itu juga, saya berani duduk di office sensorang buat kerja sampai 2,3,4 pagi kalau ada mood dan keadaan memaksa dengan hanya ditemani seorang jaga di pondok pengawal

Sampai kena tegur dengan adik pengawal tu, "eh...akak tak takutker sorang2...akak sorang jer yang buat camni kat office ni... tak pernah orang lain balik lambat camni"...Hah, Saya jawab selamba "kau diam..nilah namanya 'hantu syok buat kerja' dah datang, ko jangan cakap kat oghang lain...akak balik lambat..nih rahsia kita". Kadang bukan apa, malu jugak orang tau buat kerja sampai pagi macam banyak sangat kerja walhal bukan boleh claim OT pun tapi tulah yang peliknya saya ni...suka buat kerja sensorang kat off time ni senyap dan aman dan kerja pun lancar... dan masa nih saya tak akan ambik Hani...suka2 jer suh Mak ros jaga mentang2lah Mak Ros tak penah complaint!...hahaaa...sapa2 yg ada laki&anak2 kat rumah tak sesuailah kot...

Hah...ni tambahan idea baru!


7. Saya selalu makan bila perut dah gigil...

Ni selalnya masa kerja, eh kat rumah pun selalu gak...bukan sengaja ni, tapi saya selalu terlupa nak makan sebab aktiviti makan tak masuk dalam jadual tu sebab saya main makan jer kat mana-mana...bila lapar baru carik makan, kiranya hal2 makan ni kalau orang cerita breakfast situ sedap, sini best, tak terkesan langsung kat saya, saya mana2 tempat jer saya okay...malah kat rumah saya ni, stok makanan memang jarang ada, yang selalu ada adalah keropk ( yg belum digoreng) dengan maggi [yg tak habis2], lain2 makanan payahler...eh tu pasal kalau kawan2 nak datang rumah kena bagitau awal...walaupun begitu, badanku masih jugak 'Gemuk'! <-- betul tak Luna?
Kesimpulan: Banyak lagi pelik saya nih...yang lain dari lain...tapi banyak sikap buruk yang tak patut dicontohi...banyak kelemahan lagi saya nih...sendiri simpan udahlerrr...



8. Saya suka ke mana-mana seorang diri tanpa berteman...

Saya ni memang dilahirkan untuk berdikari kot...saya selesa berseorangan, baik dalam aktiviti gembira atau sedih, saya suka pergi minum/lunch sensorang, saya suka shopping sensorang, saya suka travel sensorang...saya jugak suka duduk rumah sensorang [kalau hani ke PD lah ni], saya rasa bebas dan enjoy, boleh berfikir dan bertindak dengan mudah, takde halangan. Kalau keluar minum dengan kawan2 pejabat kan, selalu sayalah yg bawak keter & bayar, tapi dalam keter lagi saya dah sibuk tanya, nak makan kat mana...nak makan apa...benci tau, mesti diorang kata, takperlah puan jer pilih..ni yang saya menyampah sebab saya punya prinsip kalau bawak dan belanja diorang makan saya nak puaskan hati diorang, nak kasi apa diorang suka, sebab kalau saya, saya jenis main sapu jer, asalkan kedai tu dekat, dan saya kenyang saya makan jer, tak memilih..diorang pulak, hari ni makan roti, esok mee kari lusa nasik lemak...saya kalau kedai tu dekat, jimat masa saya, hari2 ke situ pun takper..



9. Saya sangat low profile, peramah dan suka bergurau...<--org kat pejabat cakapler ni

Saya ni kan jarang keluar minum pg/makan tengahari, so saya selalu lepak sambil2 buat air, sambil minum, sambil baca majalah kat bilik cleaner...saya dengan 4 kakak cleaner tu macam best friend tau! Diorang mula dulu, malu2 alah bila saya lepak sama, lama2 diorang suka plak kalau saya datang lepak, time minum pagi dan lunch...sedih sangat diorang saya tak kerja ni, dah tu kan, masalah2 diorang semua diorang citer kat saya tau! Saya ni plak selalu menyakat2 diorang yg hari2 dtg kerja bersolek, pakai barang kemas w.pun hidup susah... ...heheee...kadang2 bila mengetahui masalah kesusahan hidup diorang buat saya bersyukur..<--hubungan rapat saya ni kata diorang ramai kat office yang tak percaya, haihh, nak ker Pn salwa lepak sini? Satu lagi saya suka sangat lepak dengan pengawal, borak2 dengan tukang kebun...tapi ni masa nak balik kerja atau weekend saya datang [sampai sekarang sikap ni masih jugak begitu] bukan apa, mendengar keluhan dan pandangan di peringkat bottom ni penting, banyak gak info diorang tau tau, nak2nya sekarang dah ada diluar pejabat, so sukerlah saya borak2, gelak2 dengan diorang...esok2 kalau balik sini semula...senang kerja, takdelah kena2 kutuk dengan peringkat bawah ni...



10. Saya setia, dan sangat sayang dengan rumahtangga saya <---cewwaahh..

Walau macam2 badai saya tempuh, cabaran dan gelombang, yang peliknya, bila saya tengok wajah suami malam2 nak tido tu [macam ada makna jer yer dak?]... yg pelik...sayang saya tetap ada, kalau tak banyak macam dulu pun, sekelumit sayang tu tetap masih ada, selagi 'rasa' tu masih ada, saya anggap jodoh saya masih panjang. Bukan orang jer pelik, saya pun pelik maaa!!! Adakah dia telah manderemmm saya??? Takde, saya tau, suami saya pun mungkin ada rasa yang sama, sebab niat dia ikhlas nak didik bini dia yg degil ni [ni satu lagi pelik], sebab saya tak berubah2 kot tu yg dia rasa macam nak pelempang jer agaknya...tapi rasa kasihan dia dan setia saya tu, buat dia fikir2 balik kot...dah gayanya begitu rumahtangga ni sejak dulu...saya kena sesuaikan diri ketidaknormalan ini...saya jugak setia dengan barang2 yg saya guna, selagi tak rosak, sandal scholl saya dari 2005 saya guna sandal yg sama, bila koyak pun saya beli lagi corak dan warna yg sama jugak, dokumen bag, handbag , beg duit brand HILLY pun begitu jugak, dah 3 tahun beli, masih guna beb...camana keluar fesyen baru + harga murah pun, 3 benda tu jugak saya pakai, sandal tu baik majlis formal, kuliah, kursus, exam atau gi pasar, balik kampung kira semua tempatlah itulah yg saya guna...tapi macam hari tu ada public speaking, saya siap2 jinjing kasut tinggi bawak masuk dalam dewan tu, semata2 masa present jer pakai u, lepas tu sarung balik scholl saya jinjing balik kasut tinggi bawak masuk keter <--semua pandang jer, napa tak pakai terus...tak suker, saya kata...tapi masa jumpa Luna hari tu, sandal tu kat pintu belakang rumah, tak sempat nak mengambiknya, sarung jer sandal 10 hengget yg hani suh beli [nak raya beli kat bazar sama fesyen dengan dia]


Woookay, settled!...saya tak tag sapa2 pun pasal tak ramai yang kenal (rapat) saya pun...tapi kalau sudi yang baca blog ni buatler yer dak..sebab melalui tag ni kita dapat tau personaliti seseorang tu walaupun tak kenal di luar... mana tau ada rezeki jumpa nanti takderlah pelik dah dengan kepelikan kawan2 kita tu...
Posted by Hijrah1429 at 11/25/2008 04:56:00 AM 2 cetusan rasa
Labels: tag
Isnin, November 24, 2008
Izinkan saya...
Assalamualaikum w.b.t

Izinkan saya nak melepas lagi apa yang terbuku di hati...dada saya sesaklah...sempit rasanya, air mata pun rasa macam kalau dilayan boleh tertumpah kot......tentu tertanya2 lagi, larr apa pulaknya hal kali ni?


Saya kesian sangat-sangat-sangat dengan diri saya. Kalau saya berdiri di satu sudut dan melihat diri saya dari kejauahan saya pun akan kata, alahai napalah budak ni, tak sedar2 diri...

Saya selesai exam jam 12.30 tadi, 3.30 jam menulis tanpa henti...entah kenapa saya rasa takanan untuk buat yang terbaik dalam PTK ni begitu tinggi sekali. Bukan ada sesapa pun yang saya nak bertanding, kalau tak dapat baik pun bukan kena buang kerja, tapi dari semalam siangnya, saya berkurung di hotel lepas ayah balik, sampailah ke pagi tadi, saya dok study-blog-tv-study. Pendek kata saya tido sekejap2 jer, berhenti solat, makan pun saya keluar untuk makan malam ajer, minum dan makan tengahari semua saya skip jer.

Tambah2 sebab empat kelas saya 'tuang' sebab saya exam, maka saya terpaksa baca notes jer, walaupun ada 12 soalan dan kena jawab 5, tapi saya takut ambik risiko utk baca 5 topik, mana tau sampai kat dewan otak stuck pulak, maka saya baca jugak kesemua notes, dan cuba hafal sebanyak mana yang boleh. Tambah2 otak pun dah letih 2 minggu ni asyiklah study non stop. Tiso memang dah jatuh nombor ke berapa dah...muka semua naik jerawat kecik2.

Tapi tu saya tak kisahlah, utk berjaya kenalah usaha. Saya hantar jer kertas jawapan tadi, terus ayah call dah tunggu kat bawah, maka saya terus pergi jumpa dia dan ambik hani bawak ke bilik utk kemas2 beg dan check out. Takde rest langsung di situ [dahlah bilik dan kaunter semua melibatkan tangga dan berbukit, kena turun naik]. Sarapan pagi saya tadi sungguh tak selera, macam saya kata tekanan exam tu terasa jugak...

Jadik, bila tanya ayah boleh makan jap tak, dia benarkan saya bawaklah hani suapkan dia makan, saya makan sikit jer sebab saya nak kejar masa takut2 ayah nak solat zohor tak sempat. Tapi alhamdulillah sebab saya makan sikit cuma layankan hani jer, betul2 kami sam[ai masjid azan berbunyi.

Masa kat dalam kereta ni pun dah letih teramat, sebab dari jam 2 am saya berjaga, cuma tido lepas balik dinner [ 9 malam] pastu takde tido2 lagi, maka wajarlah saya mengantuk dan lepas 2 minggu study-assignment-ulangalik ukm-de palma-seremban, memang patut seoarng bernama salwa itu penat!

Ayah pulak tanya nak solat kat rumah ker kat sini, saya cepat jawab kat rumah sebab baju saya kan saya kata 'persiapan pakaian saya tak cukup', memang ada benda di badan yg kesuciannya diragui, malah saya kalau berseluar saya agak was-was sikit, najis sebab asyik ke toilet masa exam, tambah2 ada sembahyang jenazah dan ramai sungguh orang di masjid tu, hishhh memang leceh perempuan ni, ...ini jarang berlaku sebab saya selalu kalau jalan dengan pak hj pakai jubah, dalamnya ada baju lain, nak solat tanggal jubah di luar ajer...

Sudahnya, pak haji risaukan saya sebab saya tak solat, semua dia taknak singgah, cadangan nak tengok kereta mini dia di bengkel tak jadik, dengan dia2 nak makan pun dia senyap jer, sebenarnya saya lapar sebab kan saya hanya suap hani, saya makan sikit sesangat....tapi pak haji terus balik lalu jalan dalam tu, jauh jugak rupanya.


Yang jadik saya kesian sangat dengan diri saya bukannya apa, dalam kepala dah terbayang dah balik ni, lepas solat, saya nak ajak dia keluar makan, saya nak belanja, lepas tu bolehlah ke bengkel tengok kereta mini dia, sambil tu kiranya bolehleah saya happy-happy sikit dah habis exam,kan?

So, saya cakaplah kat dia camtu, wahhhh tau apa jawapnya? Huiiihhh ikut hati saya memang saya nak marah depan2 dia jugak, dia jawab dia nak balik pd terus lepas ni!!!lepas gaduh sebulan lebih, dia hanya balik rumah saya sekali [malam yg mula2 tu yg saya jadik patung cendana tu], lepas tu ada balik sekali sekejap antara maghrib-isyak dan sekali lagi hari sabtu baru ni yang saya bawak dia ke KL hantar assignment tu dan kami terus bermalam di De Palma....hanya tulah kiranya bermalam sekali jer di hotel tu, tu pun kan saya banyak berjaga untuk study untuk PTK ni....[malah bilik saya ni katil single 2, beb...takkan nak bersesak2 plak]

Maka patut tak saya mengharapkan malam ni suami ada? Bukan untuk saya jer, tapi macam saya cakap, dah lama sangat kami tak berkumpul sekeluarga [w.pun keluarga kecik] tapi lain lah pulak versi dia...

Yang saya dapat jawab dalam keter saya tadi hanyalah.."takperlah kakak, lepas gaduh ni langsung dah takde prinsip keadilan..,kalau cakap banyak nanti lain jadinya, baik ammie diam2 jer,kan kakak?" katanya, ada jemaah masturat [wanita] yang keluar kat surau taman dia, dalam hati saya bukan jemaah datang rumah dia, rumah belakang rumah kak aza, tambah2 bukan di sorang jer karkun kat situ...tapi malas nak tanya/cakap sebab nanti saya gak yang salah...lepas tu dia kata, susah sekarang nak tinggalkan angah, kalau dia takde sebab angah 'tak sanggup'[malu kot] nak bermalam rumah kak aza kalau ayah takde...

Pastu dia kata, malam yang bermalam kat hotel tu, angah bermalam kat pantai... heyyy dalam hati saya kata....budak tu dah 27 tahun, dah besar apa kejadahnya membontot ayah jer...balik ajerlah rumah kak aza...lepas tu dia cakap nak tunggu AJK surau siapkan renovate bilik utk dia kan dia mengajar ngaji kat surau tu, tapi sebab tak siap menumpanglah rumah kak aza dulu...abis saya cakap selagi angah ada, tak boleh datang sinilah...[masa ni tahap sabar saya macam teruji sesangat], dia kata hari rabu baru dia datang sini semula [alah standardlah hari tu kan hari mesyuarat kat sini...]


Tu yang dia kata susah sikit...sudahnya senang jer saya simpulkan, takperlah, abang balik hari sabtu depan jerlah, esok saya hantar hani sekolah, saya nak siapkan assignment PTK, rabu azizah [kawan labuan] nak datang tiod semalam, lepas tu saya nak balik kampung, sebab mak dengan kakak saya ada rombongan ke langkawi, angah dengan dila takde sapa nak jaga...[dua2 anak dara, kan bahaya tinggal kat rumah sendiri2, angah, 17 tahun, Dila, 13 tahun]..so dia senyap jer...saya anggap dia setujulah...sebenarnya statement tu seolah2 saya menyindir dialah tu...tu pun kalau dia faham....


So balik tadi, lepas solat saya lepak atas sofa, tido, memang letih fizikal dan mental/rohani/emosi dan jasmani. Betul Kak nor course mate saya cakap, once u settled u punya exam PTK mesti u akan tak larat, jalan huyang-hayang dan u akan letih yang teramat... rupanya betullah, dia dah alami lepas abis exam hari jumaat lepas, bagi saya hari nilah baru rasa lega, cuma assignment PTK tulah...


Yg tu pun satu hal jugak... kak azwa, diberinya saya tajuk, syarat-syarat pembuktian seksyen 15 APR 1997...sek ni pasal salah guna kuasa / gunakan kedudukan dan jawatan untuk dapatkan suapan[rasuah], kalau cerita 4/5 ms tu okaylah ni 20 ms...sedangkan akta ni ada kelemahan, kebanyakan kes salahguna kuasa lebih mudah beban pembuktian guna ordinan 22 kuasa2 dharurat...macam kes Anwar Ibrahim, Harun Idris, Datok Waad...tu yg pecah kepal jugak tu, tak boleh buat dalam sekali duduk jer...dalam internet pun takder...nampak gaya assignment ni bukan kerja mudah..kena cari authoriti kes kena ke libarary pendakwaan HQ...sebab tak banyak sangat kes seksyen 15 ni yg saya tau, banding sek2 yg tuduh hari2 masuk Tv tu, sek 10, 11 yg paling popular!...wahhh merepek lagi..sajer share dengan anda...nilah hidup saya...

Tadi, pak haji tak balik terus, dia relax kat kerusi urut, dalam hati saya kata agaknya dia balik malam2 sikit kot...takdenya! jam 4 terus dia blahhhh...lepas tu saya hantar ke pagar, sempat cakap, dia lapar, 'bukan diberinya abang makan'...saya cakap saya pun lapar jugak...dalam peti ais memang takde lauk...saya kata abis tu sombong sangat taknak gi makan terus nak balik, kenapa? Dia diam jer, nampak macam marah....lantaklah, takde pun hon saya masa keter nak berlalu tu, biasa mesti hon atau angkat tangan!

Sedih dan sungguh kasihan dengan diri saya...isunya sekarang angah pulak...abis selagi angah ada susah lah nak balik ke sini? Geram dalam hati saya kat anak tiri saya ni, agaknya kak aza lagilah geram kot, bayangkan anak tiri besar ada kat rumah, mesti dia kena jaga2 sikit tak boleh nak seksi2 [maksud saya nak menyusu badan] pakai pun taklehler pakai baby t [wahhh ayat!!!...kak aza memang pakai gini masa zaman2 menyusukan anak sebab senang nak singkap!

Takper...sabar..sabar..sabar...settelkan dulu kerja2 saya ni, lepas tu baru boleh kalau nak gaduh balik!
Posted by Hijrah1429 at 11/24/2008 04:33:00 PM 5 cetusan rasa
Labels: anak tiri, pak hj
Ahad, November 23, 2008
Isu Taat suami lagi
Assalamualaikum w.b.t

Ni sajer boring nak study ni, so belek blog plak...oh yer...esok jam 9.00 hingga 12.30 tengahari saya exam PTK, kalau kawan2 datang tengok blog tak update esok, tengah examlah tu...tolong2lah doakan saya esok, moga2 boleh jawab...tak sabar nak tunggu abis exam tu...nak tunggu pak haji dan hani dan zubair datang dari PD ambik saya. Dah terasa-rasa rindu dengan anak gadis saya tu, Hani Suhaila... dari Ahad lepas 16.11.08 ikut ayah balik PD esok baru jumpa semula. Sengaja saya tak call dia lagi sebab taknak emosi dia terganggu dan saya plak nanti teringat2 kat dia...dua kali jer call, mula2 tu tak suka nak cakap sebab tengah syik main. Kali kedua menangis2 suh datang ambik dan-dan tu jugak...macam kena dera jer...


Rupanya esok tu call sekali lagi tapi cakap dengan kak aza, rupanya kak aza rasa macam bersalah sebab dia takut saya susah hati dengar hani menangis, masa saya call hani nangis2 tu kak aza ada kat tingkat atas mesin baju, saya cuma cakap dengan hani syakirah tanya napa adiknya nangis, syakirah jawab sebab dah gelap, saya ingat takde letrik..rupanya kak aza cakap dia dah padamkan lampu sebab siang tu semua tak tido, kak aza kata lepas abis basuh baju turun2 tu jer dua2 hani tu dah tergolek tido...


Saya tau hani sedih sebab dia takde nak peluk sesiapa lah tu. Kalau tido tergolek sensorang dia memang sensitif, w.pun kiri kanan adik beradik dia ada, dia mesti nak ada body contact. Masalahnya yang dia nak peluk samaada saya atau ayahnya jer, orang lain dia taknak langsung. Kalau kt rumah, masa ayah ada, memang ayah tidokan dia dulu, kalau kat rumah umi dia mesti nak tido dengan ayah jugak. Hani cerita kalau hari ayah balik lambat dari surau tu, dia akan nangis perlahan2 di sebalik bantal sebab tak kasi orang dengar sebab malu + sedih takde sapa nak peluk...<--ni kalau dia cerita saya sedih dengar ni mesti pesan kat ayah balik cepat2 tidokan hani dulu...


Mujur juga, kat rumah tu adik dia zubair jenis taknak ada body contact langsung, so tak timbullah isu berebutkan ayah...hani conquer ayah sorang...

Kawan2...., malam tadi kan saya borak2 dengan pak haji & dia cadangkan hani sekolah tadika swasta di PD..[again sama macam awal tahun ni punya problem], saya pulak dia suh menyewa apartment di PD, kalau di sana melambak aparment around 200++ sebulan ni, takat ada hall dan bilik jer, setakat duduk masa hari takde kelas....

Fikir buat kali pertama macam tak setuju 100% idea pak hj ni but again timbul isu 'tak taat' pulak nanti...serba salah. Tapi fikir dalam2 rasanya ada logik dan rasional idea dia tu. cuma sem depan ada 5 paper, harap2 jadualnya takdelah pack sangat...cuma terfikir nanti menyusahkan kak aza uruskan persekolahan hani plak, tapi kata pak haji, sebab nak suh hani sekolah PD adalah kerana nak bagi motivasi zubair utk ke sekolah, aza kan dah sibuk dengan hani sofiyyah, elok jugak zubair ke sekolah...

Dan lagi, kalau benar pak hj nak sekolahkan hani ke PD saya kira elok jugak, masa nilah kalau benar dia kata kalau saya ikut kata dia pindah ke sana, dia akan tanggung, bolehlah saya tunggu dan lihat...adakah hani punya kos dia biayai, ntahlah macam2 pulak pak hj ni...

Buat masa ni, cuti nanti kami akan survey apartment kat sana, dia ada sebutkan beberapa apartment, nanti2ler, susah jugak nak buat keputusan....adakah kalau saya ikut cakap dia kali ni akan dapat mengurangkan faktor2 yang mendorong pergaduhan kami, sebab dia takde alasan kata saya tak taat, sebab selama ni banyak benda dia cadang saya tolak, tu sebab pagi2 tadi masa hantar dia ke kereta utk balik PD say tanya lagi banyak benda ssys ikut cakap abang, tak cukup 8 tahun ni saya ikut cakap abang, dia kata mana ada saya ikut, semua saya buat ada unsur kepentingan diri...WHAT??????? tapi sebab keter dia dah nak gerak tak dapat saya nak bahaskan tuduhan [tohmahan] dia tu!!!!



P/s :Tadi bukak customize, baru terperasan ada kemudahan poll... so saya buat poll kat sebelah kanan atas sekali, kalau rajin kelik2 lah kat poll tu, boleh jawab lebih dari satu jawapan dan boleh juga poll banyak2 kali, kalau malas pun takper, dah namanya pun suka2..kan...
Posted by Hijrah1429 at 11/23/2008 11:42:00 AM 6 cetusan rasa
Labels: hani, taat suami
'~Bilik No 202~'
Assalamualaikum w.b.t



Tajuk macam drama jer..bilik no13...tapi ni lain sikit, bilik no 202. Jemu lak rasanya duk sensorang kat bilik ni 202 ni dari isnin lepas, so malam semalam lepas public speaking saya baliklah, lepak sungguh rasanya, mengantuk yang amat, balik tu ada risalah dalam letter box tu, so masuk rumah jer lepas kunci pintu, saya baring kat sofa sambi belek2 newsletter jualan2 barang ni, rasanya tak sampai dua muka surat saya dah tertido....tudung pun tak tanggal sebab kalau tanggal nanti harus saya campakkan kat situ jugak, sebab malas nak sepahkan saya biar jer kat kepala...sudahnya setengah jam tertido...



Rasanya bila jam bunyi 12 kali baru saya tersedar...cadangan nak sambung buat tugasan, hancussss, sebab katil dah memanggil2...sudahnya jam 5 bangun semula sebab susah hati kerana 12 jam lagi nak kena hanar tugasan yang baru siap 40% rasanya.... solat isyak pun jam 5....pastu terus duduk depan pc tu sambil2 mesin baju, sampailah jam 12 tu dengar macam alarm keter ayah...dah..dah balik pulak dah orang tua ni....dengan kerja saya tak siap, kang dia plak suh ambik tu ini..saat2 ni memang rasanya tak boleh org kacau..saat2 kritikal...




Saya ni dahlah jenis kalut2, menyesal sungguh rasanya tangguhkan buat assignment ni, yang teruknya, kami berempat dari minggu lepas berbincang kononnya kami berempat nak minta tangguh hantar assingment yg ni, tapi kami bincang berempat jer dan tak tanya pensyarah... tak siap tu kononnya sebab bz dengan persiapan nak exam lah..



Asignment yg ni sebenarnya proposal utk tesis masing2 next semester nanti... sbnarnya ini perubahan diakhir2 minggu kuliah tu, asalnya ni bukan assignment tapi ada satu assignment tu dibatalkan, sedangkan kami dah present tapi ada group yang macam tak ok, pensyarah batalkan assigment tu ganti yg ni.... yg buat jadik lambat sesangat sebab saya sebenarnya nak buat tajuk lain, tanya kat pensyarah tu, dia kata why not u buat tajuk ni...bla...bla...., lagi bagus...sebab ni benda baru kan, mesti kajian tu nanti dapat menyumbang pada jabatan....semua orang nak tengok apa beza, apa lebih dan apa kurangnya SPRM (suruhanjaya bebas tulah...) banding yg sedia ada ni...tengok expectation masyarakat, tengok bidang kuasanya, panjang lah dia cakap....sudahnya saya pun berubah hati konon nak buat tajuk tulah...sudahnya makan diri, sebab akta tu pun tak bentang lagi kat parlimen, kami pun tetanya2 apa perubahannya...jadik mencari bahan tu memang cabaran besar...next semester nanti barulah jelas sebab parlimen pun dah bahaskan dan mungkin akta baru pun dah diwartakan...




Agaknya tadi dalam jam 3.30 barulah saya dapat siapkan tapi dengan perasaan tak puas hati sangat sebab ada banyak fakta dan statistik tak dapat buat dalam bentuk chart dan table, ada beberapa bibliograpy tak masuk sebab tak sempat sangat nak belek2 buku...yang pak haji pulak sibuk duk tanya2 dah siap ker, jam berapa nak pergi...eiiii semak otak saya! kang nak marah merajuk lagi plak, sudahnya, cakap kat dia, bang senyap kejap bang wa tengah tension ni....sudahnya dia buka astro jer...dia datang tu pasal dia nak guna internetlah tu....walhal lappy ada, tapi dia nak betul2kan wayar modem tu semua, ambik lappy semua leceh utk dia, semua nak saya yang sediakan....tp bininya sibuk tak hengat!





Tiba2....ahhh sudah!!! A4 paper lak abisss...tak perasan sungguh...laghap (cepat habis) benar A4 ni, sejak2 musim assignment dan exam ni, so sy cadang on the way nanti gi office jerlah boleh binding sekali...tapi alamak sempat ker ni??? janji jam 5 berkumpul dan pergi sama2 ke Mc D i ikea tu, ni dah jam 3.45...tapi klau lambat rasanya kena pergi sendiri terus ke IKea lah...tapi camana saya tak tau jalan...alhamdulillah sib baik pak hj ada kan....cepat2 ajak dia ikut gi KL, mujur dia tak kisah....pelan kecemasan sebab pertama dia pandai jalan ke ikea tu dan sebab kedua bawak bintang dia, boleh pecut dan cepat sampai...hal kertas A4 pak hj cakap baik gi kedai cepat lebih jimat masa, terus dicampak kunci keternya, masa ni saya dah siap nak bergrk cuma pk2 nak gi office ker nak gi kedai beli A4...memang teruk betul kali ni, jangan contohi part ni, last minit yang betul2 last minit ni, sebab isnin lectr dah kena submit markahnya....so nak taknak semalam dia cakap senyum2 dia talleh tolong kami kena hantar hari ni jugak, sebab umah dia dekat ikea tu makanya kenalah kami ke ikea...




So gi kedai sib baik kedai kat umah ni ada jual kertas yang siap dah lubang2 tu, so dalam perjalanan tadi bila berhenti jammed saya pun masukkan lah ring dia secara manual jer...fizikal tugasan tu takdelah teruk..cantik cuma dalamannya tak taula...



Asyik citer buruk jer,kan...so hari ni saya nak rakamkan terima kasih sebab pak hj sanggup temankan saya gi hantar assignment, takde tunjuk moody dia walaupun sya bawak keter tadi cilok2 potong sana sini dan kejap2 keluar bahasa #%$^*& bila keter/bus masuk jln sy, dan dia izinkan saya bawa bintang dia sebab saya kata kalau abang bawak mesti tak sempat sampai jam 5 kat jalan duta, macam saya memang dah biasa memecut 140/150 per hour, so dalam jam 4 dari rumah, 5.05 minit dah sampai jalan duta. hujan lebat sangat, terima kasih juga sebab dia rela tangguhkan solat jemaah utk asar tu sebab saya cakap takut tak cukup masa dan sesampai jer off jalan duta, alhamdulillah suraunya dekat dan tmpat wudhu'nya pun selesa dan sesuai utk pak hj dan dia terus ke surau...nasib baik juga, ASP polis yg sama course tu tolong hantarkan ke pensyrh, memang dah janji kami ber4 nak kumpul kat office j.duta pastu baru ke McD, yg dua org lagi tu [sorang asp polis jgk, yg sorang lagi TNB] sebab dah kelewatan siapkan tgsan diorang terpaksa hantar terus ke McD tu...hahahaa...padan muka kami....kenangan betullah hari ni...sampai kena sound dengan pak hj apasal teruk sangat yang assignment kena hantar kat Ikea tu...kan ker jauh sangat tu...saya senyum jer malas nak citer panjang kat dia...banyak hal pulak nanti..sebab dah ada tanda2 dah dia tanya saya sebulan lebih dia takde tu kenapa tak buat bagi siap, kan dia takde tak payah layan dia, banyak masa...heheheee, layan blog lerrr...[tapi takcakapler dengan dia]




Balik dari Kl terus saya ajak pak hj gi de palma sepang dan dia setuju..yeyyy...asalnya cadang balik rumah sajork...singgah makan kat kedai di salak, pastu maghib sampai ke de palma, lepas maghrib layan tido dulu [tk abis2 ngantuknya..] sudahnya group discussion malam ni terlepas sebab 10.30 baru saya terbangun...pak hj layan internet [sib baik sini ada wifi, tak dia melangut jerlah], ntah pasal ternak ketamlah, ikan kelilah mcm2 bisnes dia minat....



Lepas tu layan Tv, makan2 yg ringan [memang dr sampai sy beli mcm2 makanan stok msa stay up utk study], pastu borak2 ngan pak hj, dia ada ajak balik rumah jugak, sy kata malas, balik umah mesti mood nak tido bila tengok katil sendiri....so kami putuskan dok sini jerlah walhal persiapan pakaian tak cukup ni, tadi sempat capai baju kurung jer 2 helai, persiapan lain habukk tarak...esok gi kedai kat nilai jap...so pak hj balik PD esok, isnin lepas sy abis exam dia dengan hani datang ambik sy...sekarang sy mulakan buat entry sebelum saya mula study semula utk PTK pulookkkk....cissss tak abis2 gue study...seksa...




p/s : baru kejap ni kak aza call tanya napa tak balik2 lagi, 'terketar2' jugak pak hj nak menjawabnya, dia kata kan dah cakap malam ni tido seremban...., malam tadi masa saya cakap dgn pak hj jangan balik rumah sy sebab saya ada tugasan nak disiapkan, memang dia ada cakap nak balik seremban sebelah petang hari ni, nak relax katanya, saya kata takperlah, apa saya kesah sebab saya pun dah takde kat rumah, memang sy cadang nak ke Kl sensorang pastu terus ke sepang, tapi dah dia 'serah diri' angkutlah sekali ke hotel ni...saya tanya, hai takut juga nak bagitau ada kat hotel yer...dia kata, yerlah dah kat sana ada dua anak pak hj merangkap anak tiri kak aza jaga, takkan dia nak senang2 tinggalkan pulak...2 anak tiri tu Hani dan angah lah...sian kak aza, semua anak2 tiri berkumpul kat umah dia...angah, 27 tahun pun duduk sana dah sebulan, jadik imam dan ajar budak2 ngaji kat surau .... takper isnin nanti pak hj akan bawak hani dan zubir dan saya akan jaga zubir plak...pastu kan saya akan siapkan assignment PTK ni dan lepas tu pak haji ajak cuti2 malaysia, destinasi nanti ikut gerak hati [kami memang begitu, klau rancang tak jadik], kami akan bawak hani dan zubir, senang perjalanan tu nanti takde hani merengek2 mengacau sebabzubir ada dan dia boleh main sama2....
Posted by Hijrah1429 at 11/23/2008 01:21:00 AM 2 cetusan rasa
Labels: anak tiri, madu, master, pak hj
Sabtu, November 22, 2008
Rindunya...
Assalamualaikum w.b.t




Malam tadi public speaking berjalan dengan lancar walaupun masa nak mulakan public speaking tu rasa macam nak ketar jugak, public speaking [perucapan awam] tu secara fitrahnya takdelah susah mana cuma artikel 25 mukasurat yang diberi pada saya tu tu sangat mencabar minda sayalah sebab, ia dipetik dari sebuah buku terbitan Yale Univercity berdasarkan kajian mereka, tajuknya pun ntah apa2, Interest Group Activity and Legislature : Corruption, Campaign Contribution and Lobbying... hapal lagi tu, dahlah kami berempat jer, maksudnya ketiga2 panel tu sentiasa bertenaga, tak sempat diorang nak boring sebab baru nak panas enjin jer selesai dah empat2 nya. Tapi semua panel sibuk setiap sorang nak tanya 2/3 soalan. mampusss nak menjawabnya.




Haha...kooo kalau bagi jawab in BM mau tak cukup pulak 10 minit tu...sebab baru abis exam ni kan banyak membaca dan banyak idea...tapi sebab nak menjawab in english dapat pulak dia tanya macam2 soalan, antaranya opinion kita berhubung konsep lobbying dan campaign contribution yang dibuat dalam pemilihan presiden di US tu elok tak kalau dilaksanakan di Malaysia, what is your opinion, pn Salwa...heheheeeee mula tu senyum jerlah...pastu pepandailah goreng...macamana agaknya kurang tak rasuah di malaysia kalau rasuah tajaan mereka yg beri rasuah ni jadi legal..tak jadik kesalahan bagi legislature utk terima fund during election season.... ntah gituler, sengsara jugaklah, dan tambah sengsara sebab, saya hanya mula baca artikel tu bermula jam 2.00 [balik dari exam semalam] sampai jam 6 jer....dah tu menyelit buat entry blog plak tu..., ntah apa2 lah, pastu kan masa minum lepas sessi tu, panel2 tu cakap takper semua okay [legaaaa lah saya yg memang krg sedia, tp macam confident jer], diorang pun cakap artikel kami tu memang susah nak faham...selain dari kajian tu dibuat dengan senario di US, bahasanya juga sangat berbelit, bahasa level PhD...kalau bagi artikel Dr Mahathir ker, Tuanku Abd Aziz [naib presiden DAP] ataupun artikel tulisan ahli akademik universiti tempatan tentu lebih senangkan...ntah panel2 kat HQ ni tinggi sangat expectation diorang ni...




Petang ni nak ke KL hantar tugasan, pastu ke de palma semula....sebab malam ni ada discussion dengan 5 jejaka sekursus tu..hah camana nak elak bergaul dengan lelaki, senario kerja ni memanglah gitu..tengah2 malam dengan lelaki ni normal sangat...kalau tak pergi kang, dahlah saya 3 sessi ceramah saya absent [exam], tak tau soalan apa masuk, nak taknak kena jugak joint bapak2 orang ni, kita ni pun bukan kuat iman, tulah pasal kalau ada suami tu adalah banyak kebaikannya, diorang pun malu nak ajak keluar makan malam2 ker...[masa kerja pun macamni gak suasananya], habis kerja lepas tangkap orang tu, tak kisahlah samaada 2/3 pagi pun, sebelum/selepas arahan utk siasat selanjutnya, isi perut dulu...fund saya yg kontrol, anak2 buah dah penat2 kerja lapangan [tgkp org] bg semangatlah sikit, saya pun kena turun sama bagi diorang rasa dihargai..apapun pokok pangkalnya dilemma saya banyak...sampai satu tahapkan, peliklah nak cakap tapi hakikatnya malam2 kan kalau ada kerja, dan kalau pak haji keluar 40 hari, saya tersangatlah perlu ada suami....saya dah fikir dah tak boleh saya ni kalau tak bersuami...mudarat nanti...lainler saya ni duduk diantara 4 dinding....jaga pandangan jer..


Nantilah sambung lagi....


p/s : tajuk rindu tu sebenarnya dah ada rasa rindu utk berkumpul sekeluarga, dah lama sangat dah kami bertiga tak kumpul bersama, tadi pak hj call nak balik sini pagi ni, saya 'paksa' diri cakap jangan balik, sebab nak siapkan tugasan ni dulu, pastu nak study utk mlm ni pulak, w.pun dalam hati tak sabarnya, dari 9 Nov, dah berapa hari tu tido malam sensorang jer, waahhh kagum tu dah lebih 40 hari tu...eh eh..takdelah berdua tapi cuma dengan hani jerlah... de palma ni kan atas bukit, jenis challet, nakmsuruh pak hj datang pun tak sesuai dengan keadaan di, w.pun diorang sediakan buggy boleh angkut tapi pak hj ni kejap kang nak ke masjid, menyusahkan dia dan menyusahkan saya plak kang nak melayan mood dia yg tak elok kalau tak dapat solat jemaah kat masjid, tapi nampak swimming pool mesti hani seronok..tapi sapa mau jaga dia, kelas dah habis tapi masa discuss tu sapa mau jaga dia, baiklah dia duduk dengan ummie sajork....selamat...mak dia pun boleh enjoyyyy...enjoy studylah beb!!! Nak dapat aras 4 lah katakan...
Posted by Hijrah1429 at 11/22/2008 09:37:00 AM 2 cetusan rasa
Jumaat, November 21, 2008
aduhhh letihnya...
Assalamualaikum w.b.t


Tak taulah apa nasib saya utk paper hari ni, dari keseluruhan markah 50, ntah berapalah dapat agaknya. Hishhh, sembilan2 orang menyerbu pensyarah komen kenapa keluar soalan yg kami tak jangka langsung. Yang kami baca sampai tak tido malam tak keluar pulak...

Dia kata, last kuliah dia ada cakap, tapi tulah kami tak jangka langsung soalan dia begitu rupa...dahlah hari ni saya duduk belakang. Biasa saya mesti duduk depan sebab saya tak suka ada terganggu bila tengok orang ada kiri kanan, kalau duk depan nampak dinding dengan jam ajer...

Kami 3 orang kat belakang siap boleh pssttt...psstt...lagi, tapi masing2 semua tak baca topic tu, macamana tak haru....agaknya geleng kepala pensyarah baca jawapan kot...dahlah paper ni takleh nak goreng langsung...semua fakta... takde markah kesian ker?

Perjuangan tak tamat lagi, masih tak boleh balik seremban, sebab malam ni ada presentation public speaking, dari 6 peserta, 2 repeat sebab nak reapir keputusan, so kami ber 4 jer present malam ni.

Pagi tadi, cikgu hani called sebab rupanya hani tak habis exam lagi, dia tak seat utk ujian lisan, hari tu tanya dia katanya dah habis exam, saya pun percayalah sebab sampai dah dua minggu examnya mengalahkan budak spm.

So, saya call rumah PD, nak suruh ayah hantar hani ke Murni CDC, dia banyak program lah pulak. nampak gayanya selasa minggu depan lah hani baru ke sekolah semula. Rugi dua minggu tak sekolah, bayar percuma sahaja.

Dua hari lepas called hani tanya khabar, tak tau kenapa menangis teresak2 suh ammie 'datang sekarang jugak' kakak nak balik rumah. Malam tadi called rumah PD nak cakap dengan hani, kak aza yang jawab, katanya hani menangis sebab dah mengantuk, kalau kat sana semedang tido awal sebab penat sangat bermain...lepas tu cakap dengan hani happy jer tengah makan sedulang dengan anak2 kak aza...

Esok, ada satu lagi assignment, proposal tesis yang kena hantar, sebab kami 4 orang minta lambat hantar, pensyarah suh kami hantar dan jumpa dia kat McD sebelah IKEA...aaaahh sudah bukannya reti nak ke sana, nak redah pun bazir masa juga tu, tegoklah nanti camana..nampaknya malam ni masih di sini jugak kot, lepas public speaking tu stay up siapkan proposal tesis pulak...

Sabtu ahad tak taulah nak balik seremban ke tidak, yg peserta lelaki 5 org tu ajak buat group discussion bincang soalan dan jawapan, tapi rasanya malas lah..diorang takpelah baru nak exam, saya ni dah tepu dah..seminggu lebih dah tak cukup tido...bergelumang dengn nota dan buku jer...

lagipun penceamah PTK ni cakap dia akan bagi markah asalkan ada point yg dia bagi tutu, penerangan dan contoh ikut suka sendiri...senanglah...tak banyak nak hafal. Saya tak tau PTK 3 ni soalan dia tak berkaiatn secara langsung dengan organisasi kita, rupanya tajuk dia semua lain, benda baru...nampaknya baca + hafal tetap kena jugak...

PTK 3 ni rupanya tajuk dia semua pasal cara nak urus organisasi, urus sumber manusia, urus konflik, kepimpinan berkesan, motivasi, effective job delegation, pemikiran kreatif dll...nampaknya banyak ilmu baru, teori2 pun bnyk jugak, malam tadi ceramah pasal pengurusan konfik, terasa sangat yg saya ni asiklah berkonflik...asyk kena kat batang hidung jer...dah tu saya jadik mc asyik tersasul jer, sebab risau paper hari nilah punya pasal, tu yg kejap2 dia perli, macam puan kita tadi, gelabah jer, katanya...cissss...dia tak tau sy nak cepat abiskan sessi tu...

Dah tu penceramah2 semua macam kesian kat kami ber 6 sebab kami ni kan batch yg tertinggal yang sepatutnya naik 48 november ni tapi tak ke PTK so tinggallah... apalah nasib...tu yg kejap2 dia cakap "ok, tajuk yg ni sangat penting, kalau nak tukar kereta baru sila buat catatan yer..." kira kebanyakan topik kami dah tau soalan apa masuk, cuma nak baca dan hafal jer....tkper tu hari ahad punya kerja tu...

Isnin periksa PTK, selasa hani pulak peksa lisan, rabu/khamis/jumaat buat tugasan PTK ni pulak yg kena hantar before 5 disember...nmpk gayanya lepas tu barulah boleh tarik nafas...zah kawan saya kat labuan tu akan datng tido rumah saya 26/27 ni sebab suami dia ada kursus di langkawi, takperlah lama tak borak2 berdepan dengan dia..nanti2 bolehler ajak dia jenjalan..

Wah penuh gak jadual..ntah bila nak suruh pak haji balik sini...kalau dia ada nanti tak boleh buat kerja pulak...mlm tadi boring2 dengar ceramah saya sms dia saya tanya betuler dia nak cerai sangat, kenapa yg cakap lagi cepat lagi bagus....dia jawab, kalau dah taknak belajar taat dengan suami, macamna nak dapat redha allah... hmmmmmmmppppp isu dulu jugak..taat..taat...taat...hati saya masih pedih sebenarnya, tu yg saya rela duduk sensorang kat hotel ni, sampailah emosi ok, apapun , air mata saya menitis juga bila baca sms tu, bukan sebab apa, sebab nasihat tu masih sama macam dulu, saya ni takkanler tak berubah2 di mata dia...letih dan pelik arrr....


Oh ya, kalau ada yang nak di add, sila minta diorang email kepada saya di;

salwamuharam@gmail.com atau hanisumayyah@hotmail.com
Posted by Hijrah1429 at 11/21/2008 02:32:00 PM 0 cetusan rasa
Teknologi
Assalamualaikum w.b.t


Kalau saya tanya andalah untuk senaraikan 3 teknologi (produk @ ciptaan manusia) hari ini yang paling anda rasakan anda kagum dan banyak membantu melancarkan kehidupam anda, apa agak2nya yang akan anda senaraikan?

Kalau sayalah kan, tak cukup 3 tu, sebab terlampau banyak benda yang ada hari ni yang nenek2 moyang2 kita dulu kalau dia hidup baliklah dan tengok mau terkejut beruk dan melopong gamaknya.

Kalau kat rumah tu kan, yang pasti teknologi yang saya rasa beri manfaat besar pada surirumah tangga ialah peti ais, tv, dapur gas, mesin basuh...eh banyaklah kalau nak senaraikan. Cuba bayangkan kalau salah satu benda tu rosak kat rumah, meggelabah kan...dapur gas jerlah senang citer, kalau rosak, manalah nak carik minyak tanah, kotler kalau ada jual lagi dapur minyak tanah tu, nak masak dapur kayu takyah harapler, mana hutan plak nak carik kayu, kan? Tu kalau peti ais tk wujud pulak, mau hari2 kena pergi beli ikan takpun adaler yang tukar kerjaya jadik penternak ikan kolam, sebab nak simpan ikan hidup2 dalam kolam, sudahnya hidup kita takdelah kemana...masak makan jerlah, masak lambat kang ikan plak busuk, takpun kalau hujan kan dah susah nak nyalakan kayu api sebab lembab2 gitu,kan?


Eh takleh bayangkan camana nak survive, tapi mak2 kita dululah macam tulah,kan...macam mak saya, nak tanak nsik tu kena ambik padi dalam sekam dulu, pastu jemur, tumbuk, kalau rajin tumbuklah lebh2 sikit buat simpanan 2/3 hari, lepas tu tumbuk lagi...yerlah sekali masak banyak sebab yang nak makannya semua jenis makan banyak sebab penat balik dari ke sawah...mak saya sorang perempuan nak layan 3 abang lelaki dan 1 adik lelaki, teruk dia masa umur 10 tahun dah berhenti sekolah duk dapur jer, siap kerja anyam tikar mengkuang, ke sawah, buat kuih jual...hishhh kesian dia masa kecik2 tau, tengah syok2 main 'ting-ting', kena berhenti main sebab nak kena masak, sebab matahari naik jer, abang2 dia balik dari ke sawah nak makan, kadang mak saya cerita masak sambal jer tu pun habisss...yerlah dulu2 kan hidup susah. Kadang2 mak saya cerita, dah kumpul ramai2 main tu ada pulak yang lapar curik2 masuk dapur mak saya [yerlah rumah dulu2 kan rumah papan kecik jer]pastu ambik nasik secekut [macam segenggamlah] pergi cicah dalam periuk sambal tu...tak hangin tu, orang balik ke sawah lapar2 tengok2 dalam sambal ada ketul2 nasik... jahat tau bebudak dulu2..Kalau nak sedap sikit atuk saya ke laut, kan rumah nenek saya tu sepelaung jer dari medan ikan bakar umbai tuuu...dah runtuh pun rumah tu sekarang...

Ok abis citer mak saya, pasal teknologi ni, yang saya kagum lagi ialah kenderaan pengangkutan ni, bagi kita keretalah kan, hisshh tak leh lah bayangkan kalau takde kereta, mau nak ke satu2 tempat berbulan lamanya, nak kena jalan kaki, mau bawak bekal sekarung makanan, kalau ada keldai ker unta ker takper jugak, takkan nak tunggang lembu atau kerbau kot? Takyah lah nak bayang2kan nak melancong ker apa ker...toksah harap! Nak pergi kampung seberang pun berpeluh2 berjalan...apa lagi nak ke Paris macam irfa tu..heheeee

Heh...kalau nak cakap pasal teknologi ni tak habih nak citer, cuba anda bayangkan ajer kalau hilang hp atau tertinggal hp [bayangkan fix lain pun takde]dah susah kan, camana orang dulu2 berhubung,kan...mulalah masing2 beli burung dan latih burung jadik penghantar utusan, surat er apa2 ker, takpun wujudlah kerjaya sebagai penghantar mesej2 ni, entahlah takleh bayangkan ler...tapi dulu2 macam tuler cara hidupnya, baru2 ni masa mak saya datang dia tercerita pasal nenek saa rupanya ada adik beradik lain, yang saya tak pernah tau pun [walhal saya ni jenis rajin korek2 cerita mak saya] katanya duduk di KL, terputusa hubungan jer sebab dia ikut suami dia [mualaf cina masuk islam] ke kuala lumpur lepas darurat dulu. Abah saya dulu masa darurat [1968/69] ada di KL sempatlah dapat kesan, lepas tu putus jer, dengarnya abah kata, anak2 nenek sedara saya tu semua educated, jadik pensyarah dengan buat bisnes, ada 3 orang anak...tulah baru ni saya tau, ntah2 ada pembaca blog ni sedara mara saya kot...

Lepas raya hari tu pun sama,mak saya pesan kat kakak kat Kg Melayu keluang suh carik adik beradik nenek sebelah mak pulak, yg tadi nenek sebelah ayah, yang mak lain bapa sama, kakak saya jenis berat mulut beza dengan saya, dah lama mak suh tanya, baru majlis hari raya sekolah dia dia buka mulut, rupanya memang sah, anak kepada nenek saudara tu pun cikgu yang mengajar situ tapi dah bersara 2/3 tahun lepas...kiranya lepas2 ni bolehler jejak kasih balik...zaman sekarang takde berlaku gitukan, sebab perhubungan dah mudah, senang nak calling2, melainkan dia memang lari dari rumah.... macam abang saya yg duduk kulim yg tak balik2 rumah sejk 1987 [sy form 1 lagi] sampailer sekarang, tu sajer dia carik pasal, anak pun 4 org....bukan takleh balik...hah melalut plak

Pendek kata kalau nak citer pasal teknologi ni, waaahhh banyak sungguhlah, yerlah Allah bagi akal pd manusia yg sungguh2 ajaib sehingga mampu cipta macam2 benda... yang kalau org zaman batu hidup balik, mati semula dan hidup sekali lagi pun belum tentu diorang bleh percaya kot...



Hishh...sebenarnya saya nak cakap ni pointnya adalah, sebagai pelajar pada hari ini saya rasa bertuah sangat dengan adanya teknologi internet ni, syukur pada Allah sangat memudahkan, cakap jer nota ni takde, tak sampai seminit email dah sampai, kalau tak cukup bahan pasal teori2 apa, browse jer adalah nota mana2 pensyarah kat dlam ni buat bantu2...tu jer point saya....lepas tension stdy buat entry jap...
Posted by Hijrah1429 at 11/21/2008 04:03:00 AM 3 cetusan rasa
Khamis, November 20, 2008
Kisah benar saya di sebaik duka ini...
Assalamualaikum w.b.t


Saya pernah terbaca tilikan sapa ntah, ker berkaitan dengan ramalan bintang2 ni, saya baca masa awal perkahwinan dulu, rasanya ikut kelahiran bulan cina kot...pak hj lahir bulan september sama dengan kak aza, mksudnya diorang sama bintang dan sama zodiak binatang ikt kalenda cina (kera) saya pulak bulan mei, berlainanlah bintangnya sebab saya taurus yg binatangnya ti takdelah ingat pulak...



Masa baca tu takdelah percaya pun, suka2 jer, tapi kebetulan ada kebenaran walaupun saya tak ambik pot pun. Berdasarkan realiti masalah rumahtanga kami ni, sebijik2 apa tulis kat majalah tu, katanya saya dengan pak haji ni akan melaui hubungan yang panas, akan sentiasa ada pertengakaran2 kecil dan besar, ad pertentangan pendapat, bergaduh selalu dan bagi kak za pulak dia dengan pak haji sesuai sangatlah, aman sentosa, bersefaham dalam segala hal dan sama citarasa.



Tapi, dia ada juga kata yang tautan kasih sayang antara pasangan yang lahir macam saya dengan pak haji ni kuat, sukar dipisahkan, bagi kak aza pulak katanya jarang gaduh tapi kalau gaduh macam gunung berapi meletup.



Bila gaduh2 selalu saya selalu terfikir adakah pergaduhan ini saat berakhirnya jodoh kami. Dan saya percaya kerapuhan jodoh saya ni semua atas kehendak Allah tapi memandangkan ringannya mulut pak haji sebut2 cerai maka saya pun takdelah rasa berat sangat otak saya fikir bila dengar dia nak cerai berai ni, dah immune dah...hanya nak tunggu dan melaluinya tu seolah saya hilang kesabaran apatah lagi sat yang sama saya ada cabaran hidup yang lain.



Bagi kak aza dia pun sama, malah dia lagi nekad 'melayan' pak haji masa gaduh. Dia pernah 2 kali lari dari rumah bawak anak dengan kain baju sampai ke pahang larinya. Sekali tu pulak, bukan setakat lari, tapi siap bawak pindah barang2 dan bontang tinggalkan rumah. Hampir gugur jantun pak haji.



tapi sekarang kak aza dah letih, lagipun anak berderet dan lagi rumah yg diduduki tu atas nama kak aza, mana lagi dia nak lari? Kak aza juga nasihat saya masa gaduh2 dulu, selalu dia kata, kau bukan tak kenal abang tu, cara dia pun kau tau,kan? Asakan ada kasih dan kasihan kau sabarlah, sikit jer lagi kena sabar, kita ni dah okay dah, takde masalah bermadu ni, asalkan kau sabar...tengok muka si Hani tu, tak kesian ker?



Saya tak tau tu ikhlas ker tidak, tapi saya ikhlas terima nasihat dia...mana nak carik suami yang marah2 kita tak tutup aurat betul2, setiap kali balik/call soalan pertama dia tanya dah solat ker... semua tu buat saya rasa kehilangan kalau dia takde...tak pernah marah kalau tak masak, apabila dengan saya dia akan memikirkan kehendak saya dahulu lebih dari kehendak dia, tak pernah merungut masak tak sedap, baju berkedut seribu pun dia tak kisah asalkan bersih, tak pernah tinggal solat berjemaah dan sentiasa solat awal waktu, tak pernah marah anak, boleh bergurau dengan cemerlang [w.pun ramai kata dia serius] tapi bila dengan saya dia boleh ikut rentak saya dan saya selalu saya terasa macam saya ni budak2 kalau saya bergurau dengan dia...bayangkan beza kami 18 tahun....dia dah masuk UPM saya baru nak lahir...dia dah nak dapat anak sorang saya baru umur 5 tahun...



Dia suka perli2 saya masa untuk tujuan bergurau, saat2 tu saya rasa kehilangan sangat dan saya tau dia pun sama sebab dengan kak aza, dia takde masa buat tu semua, dengan anak kak aza 4 kecil, dua besar dan sekarang anak pak haji, Angah duduk sekali kat sana...takde masa buat tu semua, terutama dengan kesibukan kerja agama...tapi kelemahan dia tu saya tak nafikan, dia memang kuat lari dri rumah..agaknya kalau anda semua ada suami yg poligami itu jugak kot?



sebab diorang ada pilihan dan saya pulak selama ni sabar jer,kan? cuba sekali saya pulak buat ari...tak ker nanti dia terkejut, tapi saya takdelah macam bebudak...nak lari2 buang masa dan tenaga jer....



Saya pun tau, pak hj ni bukan kaki membazir, cuma sesekali dia teringin sangat nak sesuatu t barulah dia melabur...macam camera tu, rupanya dah lama dah dia letak laman web Canon EOS400 tu kat favourite laptop ni, sy perasan cuma saya tak taulah dia mengidam nak beli camera tu...bila dah beli ni barulah sy sedar....kalau tengok baju dia, yang tu...tulah dia pakai, kalau baju pagoda tu sampai koyak2 pun dia nak pakai lagi, kain pelikat pun sama.



Jubah pun yang kuning2 dan kalau tarik kuat ada kemunkinan rabak pun dia tak kisah, pakai jugak, kalau t shirt tu majoriti t shirt percuma saya dapat kat pej...tu jerlah yang dia pakai...tak besar perbelanjaan utk dia, makan pun bukan susah benar nak layan, korang kan kalau hidangkan suami nsi putih dengan ikan goreng apa agaknya respond en suami tu? marah tak?



Kalau pak hj tak pernah marah, malah selalu kalau saya kata malas nak masak, dia suruh gorengkan ikan sekor, pastu dengan senang hati dia makan dengan kicap...tapi punya teruk bini dia ni malas nak tunggu ikan tu lembut ajak jugak makan kat luar....pun dia tak kisah....



Pak haji kan kalau lepas isya', dia suruh saya baca taklim, hadith2 terpilih tentang fadhilat2 amal, solat, ikhlas niat dll....kalau saya buat kerja tak ambik pot pastu dia ambik dengan susah payah tu dia ajak hani baca, sudahnya saya pun terkesan kena duduk sekali...saya ni jenis suka berleka2an, sebab saya ni kat rumah bukannya ramai, berdua jer dgn hani, dah sytle kami relax dan santai jer... bila tinggal berdua dengan hani rasa miss sangat saat2 macam tu...kan masa dia ada saya ni kalau tak sibuk dengan tugasan saya bukan ada kerja lain, kerja saya duduk/baring borak2/ gurau2 dengan dia, sebab dia mana sesuai nak jalan2..kami duk rumah pun dah happy...tapi bila dia takde, tu pasal hani dengan saya boring jer...kalau pak hj ada, kalau dia lepak dlm bilik kami dua2 beranak lepak sama, kalau dia di ruang tamu, dia lepak atas sofa 3 seat, saya atas sofa 2 seat hani plak yg 1 seat tu....macam tulah kami sekeluarga....



So, sangat mengesankanlah kalau saya bercerai, kalau anak 2/3 bolehler bizi2kan diri...ni saya berdua jer, nak baik kampung? Saya pun bukan ada aktiviti kat kg, sy boring balik kg, sebabs selesa rumah sendiri...baik saya bawak mak saya dtg bila dia nak...cuma saya selalu call jer...
Tulah ceritanya, saya dah privatekan blog...pada yang baca ni boleh bagi komen lagi panas sebab dah tak open dah....
Posted by Hijrah1429 at 11/20/2008 02:20:00 PM 9 cetusan rasa
Rabu, November 19, 2008
Saya seadanya begini...
Assalamualaikum w.b.t





Saya baru abis exam, pagi tadi masa pergi ke U, saya lalulah jalan dalam w.pun tak pernah lalu dengan memandu sendiri, sebab keluar jer penginapan saya ni, sy tengok signboard ke kiri menghala bangi so ikut jerlah, drpd ikut lebuhraya, kena keluar duit. 17 minit jer dah sampai. Fuuhhh senangnya!




Wah balik pun, saya ikut jugaklah jalan sama, boleh released tension lepas perah otak jawab peksa, tambah2 pulak minyak dah hampir habis tapi agaknya saya terlepas satu signboard kot ataupun tak persan simpang yang betul, sampai sesat barat saya, tak sampai2 ke sepang ni, sampai ke Salak Tinggi pulak dah, dah tu saya termasuk pulak ke lebuhraya nak ke KLIA tu...buang masa betul...




Perut saya pulak ntah apa kenanya menggigil2 lapar, kaki plk rasa lenguh semacam...walhal pagi tadi breakfast dah kat hotel ni, agaknya jawab peksa boleh buat perut lapar kot sebab banyak sangat otak guna O2, ni baru selesai ta'am ni, sebelum kelas mula ni surf lah kejap kat dewan makan ni.




Terkejut jugak saya bila baca komen2 tapi saya memang dah jangka. Vaa vaa vaaaa... panasssss..... apapun 'I'm open', saya berbesar hati sebenarnya ada kawan menegur. Maksudnya ramai yang ikhlas dan kasihan (ntah simpati ker empathy ni?), saya pun tak dapat agak respond sebegini yang akan diterima....bermacam rencam...






Terasa-rasa pulak saya yang audien yang membaca ni macam terlebih emosional plak dari saya [ramai lak kang terasa nih]. Niat asal saya cerita semata-mata nak released tension, lepas tulis blog saya rasa lega, lega sesangat...baru boleh study, dah lepaskan geram, tapi yang membaca agaknya terlalu terbawa2 dengan permasalahan saya ni [ada yang termimpi2 atau kongsi dengan kawan2 lain ker?]. Dah jadik lain plak kan nampak gayanya, at this stage dah jadik polemik plak kat sini, ada pro and cons nya.



Walhal saya okay2 aja dong..boleh makan dengan kenyang, boleh study sampai tak tido malam, boleh drive sana-sini, sepanjang sebulan tu macam2 saya beli tau....selama ni saya tak suka pakai barang kemas, masa pak haji takde siap beli rantai tangan emas dan 2 cincin lagi...siap boleh berkebun tanam ubi kayu [mak bawa dari kampung], siap petang-petang boleh tebang dahan2 pokok mangga, mesin rumput kasi keluar peluh...masa Hani ke sekolah siap ke parkson, jaya jusco window shopping kejap, gi kedai langsir kat Senawang, survey kedai belajar menjahit....beli kain2 batik dan kain ela serta cadar untuk berniaga di kampung..eh macam2 saya buat tau...



Apapun hidup kena terus...saya dah immune dah masalah ni, masalah saya adalah saya takde medium untuk communication, maksud saya komunikasi berkesan, takde sapa saya nak sampaikan, kalau cadangan kak wani tu, tulis diari, ohh tu saya dah biasa dah, pernah saya buat entry dulu siap dengan gambar saya ambil tulisan saya macam2 kaler ikut emosi pada 2/3 tahun awal perkahwinan. Memanglah tak manis tulis kat blog...dan sebenarnya saya pun tak reti nak kata berapa persen sebenarnya masalah yang kat blog ni menggambarkan masalah sebenar.



Orang kan kalau tengah marah...mesti keluar apa2 yang negatif, keluar benda2 yang dia nak marah serupa macam membebel lah, sudahnya audien yang terima tu takkan dapat makna tersirat daripada mesej tu sebab yang dia ingat benda2 buruk yang saya bebel tulah...silap saya lah tu...memang keseluruhan cerita saya tulis ni cerita ammarah dan bebelan saya semata-mata. Memang ia menggambarkan realiti 'sengketa' kami tapi bukanlah semuanya saya bebelkan, tentulah saya pilih2, yg mana ada dalam hati [bukan pakai otak sangat bila marah ni] yang rasa geram, nyampah tu saya luahkanlah...



Ini maknanya komunikasi sehala, mesej yang sampai adalah dari saya sahaja, semata-mata! Oh ya, statement ni bukan untuk digunakan sebagai pembelaan, takde sapa suruh saya bela diri pun kan Pn Azwa, bukan ada hakim kan....tapi saya tak salahkan komen2 tu, semua betul sebab anda hanya baca dan mesej yang sampai pada anda adalah berdasarkan info dari saya...walhal saya tentulah masa marah tu takdelah nak cerita hal selain dari kebaikan, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan SAYA...dan semua cerita lain dalam masalah ni dan persengketaan ini dan sebelum ini tak timbul sebab saya memang tak fikir nak cerita sebab kita marah dan kita nak release tension diri kita sendiri....





Untuk saya, as i said early, NO BIG DEAL! Anda semua berhak tulis apa sahaja, saya terima seadanya, semua tu atas kelemahan saya, samaada betul atau tidak pandangan tu, pembaca lain boleh menilai, kan yang membaca ni pandai2 belaka, yer dak? Boleh apply jadik kaunselor rumahtangga semua2 ni...






Saya ni tengah perang dengan exam, tau? Saya ni duduk sensorang, tau dak? kehulu kehilir sorang, solo jer, kalau bercakap pun, dengan kawan saya yang kat labuan tu ler, selain Hani...tu pun mesti banyak bil bulan ni..., saya sedar sangat berdosa tulis ni, tapi saya anggap yg baca ni kawan2 belaka, yang kenal saya, saya anggap tak ada silent reader yg berniat jahat, ada mens rea terhadap saya, pastu blame saya... sebab saya takde niat lain, just share my problem dari pandangan saya dengan semua sahabat saya kat sini. Sapa bukan kawan saya, sila jangan ikut campur ya....







kalau ikut sejarah dulu2 takde orang pelik2 baca blog ni, lelaki yang baca ada dua orang jer, satu en wan kat mekah dan satu lagi en joe kat shah alam. Dua2 tu dah perkenalkan diri kat saya dan ada no hp saya pun, yg lain2 en zino lah, lain dr tu tak tauler pulak....yang perempuan, yang ada bag komen2 tu ler dan adalah beberapa pelajar IPT yang ada email saya dulu minta saya invite.







Yang kutuk2 takat ni takdelah pulak email ke saya, kalau mintak nasihat camana nak poligami tu adalah yg email. Jadik, kita sesama kita jer kat sini, dan ramai yg baca dan exposed diri ni semua dari kalangan kumpulan pengurusan dan profesional, semua berpendidikan dan berfikiran terbuka saya rasa...harapnya kita bincang dengan hati terbuka dan berlapang dada...







Hidup anda mungkin bahagia kerana anda mendapat apa yang dkehendaki dengan sempurna dan menepati piawaian anda. Macam saya, saya ada yang dapat ada yang tidak, ada yang dapat tapi tak sempurna, tapi mungkin sebab saya nak jugak walaupun tak sempurna dan tak memenuhi spesifikasi, daripada saya buang semua dan membazirkan keseluruhan pakej tu, baiklah saya gunakan kemudahan sedikit yang ada tu...life is short...



Saya beli barang emas, saya beli pakaian, saya beli itu ini, tapi tu tak bawa bahagialah...tak suka pun! sudahnya rantai tangan dan cincin simpan jer, lemas bila pakai, terganggu bila nak menulis, so cakap dengan hani tunggu dia besar kasi kat dia, kalau ke majlis2 bolehlah kot pakai tekdelah kosong ajer...



Eh kemana saya ni? Macamni, camana kalau saya terpaksa kata [masa saya marah hal ni saya simpan ajerlah,yer dak tak teringat pun nk citer] tahun ni dan tahun lepas pak haji kasi saya [pinjam sebenarnya, dia minta ganti jugak tapi tak bayar takdelah dia marah sehari dua ni] sebanyak RM 11 K, dia sebenarnya ada bagi saya kamera CASIO 4.1 megapixel, pastu baru beli kamera canon tu, pintu dan tiles depan rumah yang baru tu katanya semua kos ditanggung Aza dan dibuat masa dia keluar 40 hari...da tak beli baju saya dan anak begitu juga baju Aza dan anak2 dia kat sana sebab aza ada kakak yang banyak duit tak kahwin2 yang sangat sayang dengan anak2 aza, so majoriti kakak dia sponsor...baju raya pertama jer tu pun kengkawan buatkan...point saya dia memang teruk hal2 macam ni, aza pun ada cerita jugak...kalau dia belikan baju pun adalah dua helai jubah kaler hitam dengan purdahnya kat saya dan Aza, tu pun masa sihat dulu...



Tak guna saya cakap benda2 ni, sebab nanti adalah yg kata saya ni hipokrit, cerita buruk suami buruk sendiri sembunyi, yerlah...buruk saya kenalah tanya hani dan pak haji, panjang lebar nanti dia senaraikan, cumanya saya nak kata ni catatan di alam maya, komunikasi sehala jer ni, tu sebab komunikasi ni tak berkesan tetapi ia hanyalah sebagai medium komunikasi interpersonal sehala....kalau anda duduk sebelah saya, mesti saya boleh cerita macam2, macam apa yang saya cerita dekat kawan saya yang kat labuan tu...so janganlah terima bulat2 dengan penuh emosinal terhadap permasalahan saya ni, tapi kalau anda dekat pun tak larat nak borak dengan saya, hah...baca jerlah sebagai kawan, kan...macam2 ada gaya penulisan dalam blog ni, tapi sytle saya nak buat genre begini.



Nanti2lah...terasa2 nak stop ajer blog ni ataupun private buat bacaan diri sendiri, sebab saya aya pun dah teremosional [bukan marah yer, tapi terkesan pada perasaan saya jer] sama dengan pengkomen2... sudahnya dari tujuan tulis blog nak release tension jadik sebaliknya plak. Apapun nanti saya putuskan, tentang pandangan kata tak sesuai tulis macamni kat blog tu saya terima dengan lapang dada, cuma saya ni jenis terbuka, takde tertutup2...open, tapi open saya ikut apa ada dalam hati dan fikiran saya masa tulis entry tulah....bukan kata2 tu ajer tau, kat office dan dengan coursemate sekarang ni pun kalau ada masalah saya sentiasa gagal sembunyikan air muka susah hati saya...LOL...



Terakhir dari saya, maaf atas kesilapan saya 'memasukkan' anda dalam permasalahan ini, takde niat asalnya, sajer nak lepaskan tekanan sebab nak periksa dengan anak demam dan masalah lain [mcm org lain takde masalahkan?], tapi saya terbawa2 jugak akhirnya untuk ikut rentak audien kat sini, patutnya saya tak perlulah balas komen2 macam saya buat dulu2...yang terbaik abaikan ajer [berdiam2 lebih baik,kan] dan terus tulis entry macam takde apa-apa....waaahhh macam marah jer, benarnya berterus terang...



p/s: saya tanya pak hj pagi tu pasal cerai tu, saya tanya semasa saya menumbuk cili padi dengan sekuat2 hati saya [senada dengan emosi marah] masa nak buat nasik goreng, pak haji jawab dalam nada perlahan [terkejut dan ego dia tercabar] dan macam terpaksa [dr air muka dia] , "kalau dah rasa tak boleh nak bertolak ansur dengan abang, failkan ajerlah cerai tu", kemudian saya jawab, sambil bangun dari duduk menumbuk cili dan terus berdiri cekak pinggang, "saya tak bertolak ansur ker abang yang tak berterus terang", dia jawab, "abis tu kenapa malam tu abang tunggu lama, abang call berkali2 tak jawab?", "abis kenapa abang tak mesej?", dia senyap dan senyum...bagi orang yang pernah bercerai, macam tanpa nama, me moi, paya rumput mungkin cerai tu takde makna yang besar sebab mereka dah tempuh semua tu, dah melepasi tempuh2 getir berperang dengan perasaan [pak hj selalu guna istilah 'pecah hati'] macam tulah nilai cerai kt pada pak haji sebab dia dah melalui tempuh cerai tu, melalui perbicaraan tuntuhan hadhanah [gagal], dan sekarang tunggu keputusan harta sepencarian, satu pengalaman getir dan dia dah immune dengan cerai...cerai bagi dia sesuatu yg biasa, aza pun kena macam saya jugak, dan aza lagi berani, kalau gaduh dia minta cerai dulu...even pak hj klau gaduh dengan aza dia pun kata, sebab anak2 perkahwinan ni diteruskan [dia jenis suka guna cerai sebab dah sakit, malas nak fikir dan sebab utama dia dah phobia dengan perkahwinan yang panjang tetapi akhirnya gagal dan masalahnya panjang samai ke hari ni, dengan masalah anak2, bagi dia masalah hani dengan saya ni ciput jer...]


Tambah2 pulak bagi orang yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kahwin empat, ada 28 adik beradik, dia dibesarkan oleh mak no 3,sedanga dik2 lain terpisah2, membesar dengan adik2 tiri dan dibiayai oleh bapa tiri, kejap pergi duduk rumah anak2 mak no 2...semua ni adalah biasa..biasa sangat..sbab mak dia cerai dan kahwin dengan bapak tiri dan ayahnya kahwin pula isteri no 4 [masih hidup lagi]...tapi tu semua saya tak ceritalah...macam kak wani cakap tu sama dengan kak aza cakap...tapi macam cliche jer,kan...eh..malas nak teruskan buat masa ni sebab saya dah nampak yang juih2 bibir bila baca ni, meluat...tapi apapun saya masih di sini [hotel] sebab ikut saya, bukannya saya nak bagi seluruh kehidupan saya pd perkahwinan ni...



Kalau bolehlah saya nak hidup macam ibu tunggal, nak bebas buat keputusan, buat apa sesuka hati, tapi saya nak ada suami bila saya perlu [macam ajaran sesat jer ni], tapi tak boleh, sebab pak hj kata apa2 dosa saya perbuatan saya dia yang tanggung....tulah masalahnya, rasa macam nak buat MoU dengan syarat2nya tapi realitinya mana boleh...kalau boleh bila saya ada masalah anak bila kena kerja, anytime saya boleh bagi jer kat kak aza dan pak haji dengan senang hati [kalau cerai mesti lain perasaannya], kalau ada masalah kerja dan masalah yg perlukan buah fikiran dia saya cerita dan boleh minta pandangan, tanpa ada gap..ada halangan [bercerita sebagai suami isteri, bukan sebagai bekas suami], takkan dah cerai saya nak suruh dia tolong bantu saya pulak...yang penting saya taknak gaduh ... sebab bila gaduh tu dia lari lepas tu terus nak cerai2....tu sebab saya taknak ada komitmen sebagai isteri sepanjang masa, saya nak dia wujud sebagai suami bila saya rasa saya mampu, ada masa, takde tekanan.... so takdelah jadik gaduh kerap sangat...sebab saya tau kemampuan saya, saya tak boleh nak jadik macamana aza layan dia, yg pada sy tip top...bg sy part yang sy mampu pun dah cukup dah...tp bila cuti ker oklah, tapi tulah nak buat begini pun ada risikonya...ntahlah zaman dah berbeza saya pun tak tau nak kategorikan macamana saya ni, t.jawab suami isteri dah ada dlm islam tp sebab dah ada kepincangan di situ, semuanya kena diubahsuai, kalau peranan suami tip top maka balance kalau saya pun bagi tip top, tapi sebab dah pincang, maka tak adillah utk saya bg tip top malah sy pun tak mampu nak bagi..kat situlah jadik pertembungan yang menimbulkan krisis, hal tak bg t.jwb tu macam sy dah immune, tp hal nak menangani emosi gila tu sy hilang sabar...lepas tu bercambahlah masalah2 lain...timbul hal poligami, madu, anak tiri, nafkah, kebajikan, dll.

Macam gaduh hari tu semua sebab sy nak siapkan assignment saya, nak kena gi CC sebab ada email penting, sebab saya tak masak petang tu sibuk buat tugasan jugak [dia pun ckp nak makan cucur udang jer lps isyak], dah tu giliran dia kat rumah saya masa saya takde kuliah, tapi masa tulah saya nak kena buat tugasan sebab masa dia takde saya pulak dah pergi kelas...memang 1st semester ni saya sangat2 penat dan terasa bila dia ada saya tak boleh nak bahagikan masa dan saya rasa dia menganggu...tapi saya tak berani nak suruh dia jangan datang...cuma saya ajak dia makan luar dan saya tak masak kecuali hari ahad sahaja. tapi perkahwinan mana boleh macam tu, saya ni nak half-half, ada part saya nak jadi ibu tunggal, ada part saya nak ada suami, macamana tu...Akhirnya saya nak cakap ni, kalau menurut teori maslow dalam kajiannya, manusia ada 5 tingkat keperluan, dan tingkat keperluan yang paling asas dalam teori ini adalah keperluan manusia untuk makan, minum dan seks, lepas tu tingkat 2 keperluan jaminan/keselamatan, tingkat 3 keperluan penerimaan/penggabungan, tingkat 4 keperluan penghargaan dan keperluan tahap 5 keperluan terhadap pencapaian hasrat diri.....so tulah keperluan manusia ikut kajian maslow ni, penghargaan jatuh no 4, keperluan mencapai hasrat diri dah jatuh no 5, jaminan keselamatan pun saya takdelah perlu sangat sebab tu jatuh no 2 jer...tu jerlah kesimpulannya, boleh klau nak percaya, tak nak percaya pun takaper, sekadar share....


Saya cadang nak privatekan blog sebab payah gak saya nak kontrol/tapis emosi masa menulis blog ni...so yang dah sedia ada dalam senarai ada 19 orang, kalau ada sesiapa yang sudi diinvite sila tinggalkan email ya...


Sekian dulu, terima kasih daun keladi atas komen sebelum ini.
Posted by Hijrah1429 at 11/19/2008 01:50:00 PM 17 cetusan rasa
Selasa, November 18, 2008
Patung cendana dipersimpangan ini
Assalamualaikum w.b.t

Saya ada terlebih rajin sikit petang ni lepas abis dua kelas dan berperang dengan rasa mengantuk, sampai saya jerlah yang rajin menjawab soalan penceramah tu, sajer buat lawak, sebab yang lain lagilah senyap jer, agaknya semua tak dapat merokok tu pasal mandom jer...oh ya, saya sorang jer peserta perempuan, asalnya 14 tapi hanya kami berenam yang tinggal sebab selebihnya tu ulangan dan pagi2 tadi dtg cabut undi untuk tugasan sahaja. bayangkan 6 orang jer..kelakar...saya dok belakang sekali sebab sibuk buat kerja lain, baca nota utk esok...






Sebab terlebih rajin, saya buat entry content analysis ni, saya sangat hargai komen2 yang diberikan waaupun ada berbagai nada dalam komen tu. Isu samaada saya ikut atau tidak cadangan, harapan dan gesaan dalam komen tu saya ketepikan dulu sebab itu perlu satu lagi penganalisaan.






Kat bawah ni, antra komen2 yang sempat saya sedut dan letak disini, mari kita baca sama2, saya letak kat sini supaya senang saya buat perbandingan. Apapun lepas exam kita sama-sama tunggu kesudahannya.



Kategori ni saya namakan, "Salwa, fikir masak2, buruk baiknya, ni keputusan besar"



****************

AZWA berkata...
suka tengok entry salwa dah berbeza nadanya.Miss pulak kat citer telenovela dulu tu. anyway, semoga selepas ini bertambah ceria hidup salwa. aminnn.

**************

zareda berkata...
Kak zar sempat habiskan baca dari episod patung cendana tu.. hehhhee

salwa, hidup berumahtangga memang banyak dugaan suka dukanya. Apa yang kak zar baca kak zar rasa salwa masih lagi menimbang nimbang untuk teruskan keputusan tu.

hati perempuan ni memang banyak berbolak balik.. sebab kita ni banyak pikir, itu ini begitu begini..

Bila kak zar kata berbaik baik tu bukan maknanya suruh lupakan apa yang berlaku dan terima pak haji semula tapi kak zar harap kalau betul nak proceed cerai tu, janganlah sampai bermasam muka dan jadi musuh. Pak haji masih ayah hani walaupun hubungan mak ayahnya dia dah putus.

Kalau betul dah nekad, memang banyak anjakan paradigma yang salwa kena lakukan.. cara hidup, pergaulan, hubungan dengan family, hubungan dengan hani dan cara nak handle emosi kita sendiri..

aniway, teruskan berjuangan dalam exam tu dengan cemerlang. Jangan jadikan masalah hidup kita menghalang kita untuk ke hadapan. Now is new era, wanita yang menggoncang dunia kini juga boleh memegang dunia..

***************

Ummibatrisya berkata...
salam,

salwa, ummi setuju dengan pandangan kak zar.

salwa, ummi nasihatkan seboleh-bolehnya salwa mohon petunjuk dari Allah. hanya Allah!

bukannya salah untuk mendengar nasihat orang lain tapi salwa yang melaluinya bukan orang lain yang melaluinya, salwa yang tahu apa yang terjadi dalam rumahtangga salwa

dan ingat ada manusia lain yang lebih hebat lagi dugaannya yang tak mampu ummi ceritakan di sini kerana tidak mahu membuka aib orang

dugaan salwa ini hanya 1% dari dugaan yang saudara ummi lalui, saudara ummi itu tidak pernah cepat melatah dan hanya berserah kepada Allah sahaja

jalan terbaik yang dia ambil adalah memohon petunjuk, ingat Allah tidak akan sekali sekali menganiaya umatNya.

maaf jika terasa hati dengan nasihat ummi

tapi fikrlah, ini hal rumahtangga kita, tidak elok untuk diceritakan kepada orang

jika inginkan nasihat sekalipun, pilih orang yang betul-betul boleh menasihatkan kita

jangan terburu-buru membuat keputusan, ajal, maut, jodoh semua Allah yang tentukan

mungkin kawan salwa adalah kawan yang terbaik untuk memberikan nasihat kerana dia sungguh kenal siapa salwa :)

semoga berjaya dalam peperiksaan!

*****************

payarumput21 berkata...
Salam..

Hmmm.. kiranya ramai yang sependapat.. Hanya kita.. dan diri kita saja yang tau.. hati kita..:-)

Tepuk dada.. tanya selera.. tapi.. tu lah.. selera kita.. kadang2 kita sendiri pun tak tau..

Memandang dari luar dan memberi pendapat dan kesimpulan.. tak sama dengan mengalami dan merasa sendiri.. :-(

But then again.. Kalaulah segalanya semudah pengucapan.. At the end of the day.. and the best to always remember is...

...."kalau Allah bawa kita ke sini.. Allah juga yang akan bawa kita keluar dari sini"...

Insya Allah

******************

zareda berkata...
Kak zar pun setuju dengan ummi.. mohonlah pada Allah.. hanya Allah!

Semoga dilorongkan petunjuk dan hidayat jalan yang sebaik baiknyanya buat salwa dan hani.. kita kat luar ni hanya memandang dan memberi pandangan.

Bercerai pun kena sabar tak bercerai pun kena sabar.. kan sabar itu separuh dari iman.. wallahualam

****************

payarumput21 berkata...
Salam...

Hmmm.. berat... memang berat.. Percayalah.. datang dari seorang yang bergelar JANDA.. banyak yang tak baik dari baiknya..

Dugaan sebelum.. dan sesudah.. pandangan masyarakat.. pandangan sinis kaum sejenis.. pandangan serong dari kaum adam..

Kita baik.. katanya nak amek laki orang.. kita buat tak tau.. katanya kita sombong.. kita senyum.. kata kita menggoda.. kita masam.. kata kita ni perasan bagus.. and on.. and on.. and on..

Apa2 pun myself pun tak sempurna.. cuma kita saja yang tau diri kita sendiri.. and at the end of the day.. whatever others said.. will not matter.. how we feel is the most important..

Mudah2an diberi petunjuk oleh Allah.. berdosa besar bagi mereka yang menyuruh dan menggalakkan.. Still, apa pun keputusan yang bakal dibuat.. Insya Allah.. saya akan menyokong kamu 100% without question.. :-(

Take care and selamat berkenalan jugak :-)

******************

izawani berkata...
Wah.... macam marah sangat tu... Sabar salwa...

Kelakar plak... ingat waktu akak dah nekad sangat nak bercerai... Dan bila hubby dah sedar diri dia mungkin tak diperlukan... Waktu tu baru dia betul betul nak berubah...

Tapi salwa... Akak tak pulak buat patung cendana.... hahahaha... Akak melawan... cuma tak bley la menjerit jerit, nanti orang kampung kata apa plak... kan ? Hahahaha...

By the way... agaknya Tuhan nak bagi rezeki, lepas sebulan tu, sah plak akak mengandung... sebelum tu... tunggu sampai 7 tahun tak dapat dapat....

Ok la... tak kesah la kena paksa ker... patung cendana ker... kan ? Kalau dapat baby... kita lupakan semuaaaaaaaaa yang berlalu....

Hehehehe....


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Ini kategorinya saya namakan..."Salwa, sila bercerai, jangan pandang belakang lagi...


************

Tanpa Nama berkata...
Salwa salam and good morning. berapa banyak peluang lol. Flip flop ni maca your trade mark jer. I know you have more brain than that.

*************

Tanpa Nama berkata...
salam salwa,

ni akak yg tulis salwa tak ada pendirian kembali semula:)

kami pembaca menilai salwa dari cerita2 yg kami baca tapi keputusan ditangan salwa sendiri untuk mencari apakah makna KEBAHAGIAN

selagi AKAL yang diatas boleh mengawal yg kat BAWAH,selamat lah semuanya

kalau dulu salwa sanggup meredah segala cara nak kawin ngan pak aji,masa tu salwa tak fikirkan apa owg akan kata kenapa baru sekarang salwa fikir kalau jadik janda,macam2 owg akan kata eh

minta maaf kalau kata2 akak menjadik kudis di hati salwa

***************

Tanpa Nama berkata...
salam salwa,

dari gaya cerita yg lepas2 akak rasa salwa tak ada pendirian,kalau salwa masih nak kasi peluang pada pak aji tak payah lah meroyan mencerita keburukan,salwa telan jer lah walau pahit pun

lepas sebulan pak aji balik,salwa cair,hani di jadikan alasan

nanti jadik lagi mcam ni salwa meroyan semula tak tentu arah,fikir la salwa,kita dikasi akal di ATAS bukan akal di BAWAH

harap maaf kalau ini menyinggung salwa

******************

Tanpa Nama berkata...
Salam,

You can't be a good boss because you can't make a wise decision,setinggi mana pun belajar,kalau tak boleh buat keputusan,ini lah jadik nya

Cerita you ni ibarat dah meludah tapi dijilat semula

***************

Tanpa Nama berkata...
Good. keep it that way

*****************

Tanpa Nama berkata...
Salwa,

Akak pernah lalui perceraian sendiri jer,tak ada sapa back up,sebab keputusan kita yg nak,tak perlu moral support dari sesapa,kuatkan hati,go for it,utk masa depan diri sendiri,susah senang,kita tanggung sendiri,bukan owg lain,ini lah masa utk mengubah hidup salwa dari kekalutan.

Walaupun salwa tak berkerja tapi gaji masih ada kan,akak dulu masa minta cerai tak berkerja tak ada pendapatan,akak cekalkan hati,alhamdullilah semua nya,lepas cerai boleh cari keja,selagi akal menguasi diri selagi itu kita boleh berfikiran waras

Hani dengan ayah dia and adik beradik dia tak akan putus,dont worry,selagi ayah nya tau tanggungjawap pada anak,kalau dia tunggeng jwap jer nak,haa tu lain jadik nya salwa:)

***************

Mutiara berkata...
Assalamualaikum Salwa

Saya mengikuti blog Salwa dari mula dulu dan memang pun ramai orang yang amat mangambil berat kebajikan Salwa, termasuk saya. Saya pernah memberi komen yg keras suatu masa dulu.

Pada saya hanya Salwa sahaja yang dapat keluar dari lubuk sengsara yang Salwa alami.
Nasihat-nasihat yang diberi oleh meraka yang masih menyuruh bersabar itu bagi saya tak ada guna nya. Nasihat2 begitu hanya memanjangkan lagi kesengsaraan Wa. Mereka boleh kata begitu sebab meraka tidak di dalam situasi Wa.
Jangan takut dengan masa depan. Cut all the loses and begin again. Dunia masih luas. Wa masih muda, masih ada peluang untuk bahagia.

*******************

Tanpa Nama berkata...
kenapa menjadi isteri kedua mesti takut orang kata? Begitu juga menjanda? Saya pun pelik fikir? kedua-dua ini salwa lalui dan plan nak hadapi. Bukankah semasa nak tempuh perkahwinan selalunya kita di alam percintaan yang membahagiakan. Ini persoalan yang timbul sebab jiran saya sanggup ajar anak-anak berbohong untuk tidak mendedahkan bahawa dia isteri kedua. Saya pula lihat kehidupannya OK saja, yang penting sah dan tak huru hara keluarga. Begitu juga menjanda, kenapa bimbang sangat orang mengata sedangkan yang mengata itu anak-anak bertaburan, suami entah ke mana-mana. Bahagia atau sengsara di mana-mana dan tidak mengira siapa, hanya kita yang mampu mengubahnya.

*******************

Maryam Abu Ahmad berkata...
hopefully, this is the best for kak wa.. susah juga terikat tapi tak dipedulikan. moga kak wa tabah!

********************

Jiji berkata...
haih. Insyallah ini yang terbaik. harap di permudahkan segalanya....

******************

zareda berkata...
salwa

kalau itulah pengakhirannya, tak usahlah nak berhiba hiba.. pandang ke hadapan.. Salwa ada hani jadi salwa kena double lebih tabah.

Utamakan nak exam tu.. good luck..

tapi sms pak haji tu, kalau kak zar sendiri.. emm tak ada lagi yang nak diharapkan dari sebelah sana..

*******************

Pnut berkata...
Wa-moga lebih aman selepas ini..
mmg la sedih dan perit...
tapi dari pengalaman adik sy sendiri, katanya lebih perit bila ada suami, bila berpisah, peritnya sekejap, tapi bahagia lebih lama

********************

Me. Moi. berkata...
dia tak worth nak dirayu lah salwa kalau dah macam tu sms dia, sebijik macam suami saya tu... tapi ketakutan nak di tinggalkan.. kesunyian tu saya amat faham. title janda tu sangat susahhhh nak di terima.. but really, lelaki2 macam ni, tak perlu nak di rayu. I stop merayu already. sebab bahagia tu sekejap je lepas tu jadik balik. at our own expense kan..



*********************

Tanpa Nama berkata...
Puan Salwa
pertama kali baca luahan hati isteri kedua, rupanya susah juga ye walaupun daripada cerita, suami puan ni kategori beragama. Yang saya puji, puan ni baik dengan madu dan kelakar bila baca puan dan madu senang bila suami tak ada, bila bergilir.

Puan saya nak beri pendapat je harap jangan ambil hati, suami puan, kalau betul-betul faham dan baik amalan agama, berdakwah, apa kes lari tinggalkan anak isteri, lepas tu main cabar mencabar nak cerai.Tak tahan tu ayat "lagi cepat lagi bagus". Lepas sebulan balik rumah nak kan #$%^&*, mengendeng pulak. Maaf Puan,kalau husband saya buat macam ni, saya rasa saya tak de value langsung pada dia. Nampak sangat nak seks je, ingat haiwan ke, kejar masa nak mengawan je. Jika nak kahwin, nak bercerai atau apa saja, kita perlu fikirkan apa yang baik untuk diri kita, bukan orang sekeliling kita, siapa kisah diri kita atau kalau kisah sehingga tahap mana kisahnya mereka? Anak takkan berpisah dari ibu dan bapa, tanggungjawab kita padanya tak akan berubah, walau apa pun berlaku, itu janganlah dimasukkan dalam keputusan yang akan kita buat.

Janda atau andartu satu taboo untuk perempuan sejak dulu, mungkin persekitaran dan tradisi yang membuatkan manusia pandang buruk atau prejudis pada mereka. Puan tinggal di mana? Kalau di keliling manusia tak ada kerja melainkan jaga tepi kain orang, memanglah sengsara. Tinggal di KL, pandai membawa diri, jaga batas susila, saya percaya tiada siapa pedulikan status puan. Sedangkan gay, pengkid atau lesbian boleh hidup aman damai, atas alasan apa andartu atau janda mesti hidup sengsara? Penting di sini nawaitu, cara manusia itu hidup dan penerimaan tentang apa itu hidup. Orang yang bersuami pun hidupnya belum tentu bahagiakan, lihat saja Puan, bahagiakah? Macam yo-yo saja. Ini hanyalah pendapat saya ya, berkeluarga, berpisah segalanya di tangan Puan. Sebaik-baiknya jangan bercerai tapi jangan juga menjadi perempuan tempat untuk dilampiaskan nafsu semata-mata.

*********************

Tanpa Nama berkata...
HS


Hendak seribu daya, tak nak serbu dalih.

********************

Tanpa Nama berkata...
jika itu semua alasan puan, puan kena lupakanlah kekurangan suami puan seperti OKU, selalu lari dari rumah, dll lagi. Kenapa mesti sebut suami puan "orang tua" tu. Tak baik tau merungut kekurangan yang kita tempuh kerana di sana sini ramai wanita yang serba serbi kekurangan, berhempas pulas membantu suami walaupun tidak bermadu. Sebelum kahwin dulu,Puan tentu sudah maklum akan ketidakadilan seorang lelaki bila beristeri lebih satu, jadi puan haruslah terima apa saja yang diperlakukan suami puan jika merujuk alasan -alasan puan tidak mahu jadi janda. Pada saya, andartu atau janda itu lebih mulia jika pandai membawa diri, berdikari, kawal diri. Ramai janda yang bekerja dikelilngi kaum lelaki, tapi disegani, kerana mereka tidak membenarkan diri mereka dipermainkan dan dipersendakan. Itu pandangan sayalah kepada beberapa contoh yang saya lihat. Malah ramai juga yang menjadi isteri tidak bersyukur malah terlalu mesra dengan rakan lelaki di pejabat. Tak kurang yang ramai pasang tyre spare menduakan suami.

Wallahualam.

*******************

Tanpa Nama berkata...
maaf salwa, tanpa nama di atas bukan orang sepang tetapi masuk rumah salwa melalui rumah beliau. Tak fasal-fasal nanti orang sepang pulak terkejut. Saya di Subang.
Harap salwa buat keputusan terbaik, jangan jadikan keluarga, rakan karib, anak sebagai alasan. Yang penting dalam diri kita, apa kita nak dan bagaimana kita akan hidup, diri kita sendiri yang tentukan, bukan orang lain.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kategori ni saya namakan, :Salwa, apapun salwa tau apa yang terbaik buat salwa"


***************
zino berkata...

blog ni memberi sumbangan pelbagai.. terpulang bagaimana kita mengendalikan nya.. dan apa yg kita maukan.. ada yg guna utk meluahkan segala perasaan yg terbuku dihati.. ada yg menulis utk mendapat feedback atau komen dari penulis lain..ada juga yg bercerita pengalaman masing dan sebagainya..

pendek kata apa saja boleh di lakukan.. blog kita ikut suka kita..dan apabila kita buka utk komen.. bermacam komen yg kita terima.. kena lah terima dengan hati terbuka.. walaupun mungkin ada komen yg tak berapa kita suka..

akhirkata..zino harap hijrah dapat mencari jalan keluar segala permasaalah yg sedang di hadapi.. baik utk hijrah baik utk hani.. baik utk semua..

inshaallah..

******************

AZWA berkata...
kalau mcm norman hakim, meleleh airmata bila abby minta diceraikan, mgkn tersentuh juga dihati...tapi klu baca sms cm sms asben salwa tu...alahaiii...begitu mudah sekali bagi dia.

Bersabar la salwa menghadapi segala dugaan. fikirkan diri dan hani..good luck

*******************

AZWA berkata...
salwa...hehehe..sorry..dalam sedey2, dan geram ngan sikap pak haji terhadap u, still kelakar pulak part adegan last tu hehehe..it's not an easy decision to make rite?

********************

AZWA berkata...
salwa,

huhuhu...memangla geram..maksud akak cara u bercerita tu, dalam geram2 tu ada kelakarnya. kelakar kat sini tak merujuk pada masalah yang salwa hadapi...tapi pada gaya dan bahasa yg u gunakan.

bagi akak membuat keputusan dalam hal seperti ini bukan sesuatu yang mudah...klu akak berada ditempat u pun mesti serba salah juga.


***********************

Begitulah sedikit sebanyak, ada buruk dan ada baiknya, mari kita bincangkan...saya kini berada di dua persimpangan, tapi saya dah mula melangkahkan sebelah kaki saya memasuki jalan ke persimpangan yang satu, dan sebelah kaki masih tegak dan masih teragak2 untuk mengikut sebelah kaki lagi. Samaada saya terus bertahan berdiri begini atau perlu saya tarik semula kaki itu, nantilah sama-sama kita lihat. Saya berhentikan langkah kerana pabila saya mula melangkah itu tiba-tiba saya nampak sedikit sinar di situ memuatkan saya menoleh ke belakang dan berhenti seketika...biar saya berdiri sehingga lenguh kaki asalakan akhirnya saya tau tujuan saya itu adalah yang terbaik. Macam payarumpt kata, Allah yang bawa ke sini dan biarlah Allah yang meleraikannya...kadang sya pun pelik kenapa jodoh say sangat kuat dan payah sungguh nek terlerai walau badai umpama tsunami telah melanda ...


Bagi sesiapa yang merasa ada pandangan boleh kita share dalam melihat masalah ni saya seperti biasa alu2kan, takde..memang tak marah sikit pun...dari apa yang tertulis ni rasanya pandangan yang paling banyak adalah ke arah 'perpisahan' dan pandangan2 ni siap dengan dalil2nya dan sejarah2 silam saya...ada banyak kebenarannya apa yang TANPA NAMA tuliskan, saya sokong, dan bagi yang meminta saya memikirkan semasak-masaknya pun terselit rasional harapan agar rumahtangga ini diteruskan, saya nampak ada kebaikan dan ada keburukan pada kedua2 keputusan yang saya nak ambil.

Dan saya ada jawapan mengapa nada saya berubah, saya dah ambil 'supplement' lepas sebulan lebih....:) ...:p dan pada masa sama tidak saya lupakan pelan asal itu...yang juga turut sama saya bincangkan dengan pihak sana...ok...ok... jangan pandang serong ya...saya kan mengikut sunnah...aminnn moga dapat ganjaran pahala...dah dah..buat lawak plak...
Posted by Hijrah1429 at 11/18/2008 05:45:00 PM 15 cetusan rasa
Wah..bestnya...
Assalamualaikum w.b.t

Benarnya semalam ptg sy ambik kunci utk check in tp tak jadi check in sebab mlm takde apa2 program, so balik somban jer, buat program sendiri kat rumah....langsung sy tak tengok hotel ni mcmana rupanya, sy ingat tu jerlah satu blok (dulu2 dtg malam)

Tengahari ni lepas lunch sy barulah tanya urusetia bilik saya. Waaah mula2 tu rasa alamak jauhnya nak naik...bawak beg segala macam, dahlah sy ni sensitif bab2 pinggang dan mudah sakit kaki (urat) tapi lepas mendaki sikit rasanya sesuai sngatlah hotel ni utk study.

De Palma, Sepang ni sunyi jer, jenis chalet satu blok 2 biliknya. Dan bilik ni ada dua katil single, kamera tak bawak plak, hotelnya biasa ajer...tapi suasana tu yg kondusif nak study...bolehlah berjaga malam ni...
Posted by Hijrah1429 at 11/18/2008 02:17:00 PM 3 cetusan rasa
Berbaloi ker?
Assalamualaikum w.b.t



Disember ni saya akan bercuti sampailah awal Januari, maknanya sebulanlah. Hani pulak tetap ke sekolah, sekolah dia mana ada cuti-cuti, kan untuk ibu-ibu bekerja. Masa saya masukkan dia ke sekolah April lepas, masa tu kan saya kerja lagi, jadi saya ambillah pakej dari 7 am-6 pm, termasuk cuti sekolah.



Masa tu saya tak nampak kesannya, sekarang baru terasa, rupanya, pakej tu sekolah cuti pun kena bayar jugak, walaupun tak hantar anak. Jadinya kena fikir banyak kali jugak kalau nak cutikan hani, RM 380 basic bulanan tu tetap kena bayar yer puan-puan, cuma bulan nov/dis ni takdelah saya kena bayar OT cikgu jaga Hani luar dari masa pakej tu...jimat banyak ni...



Disebabkan nov dan dis pun kena bayar, dalam rela paksa saya hantar jugaklah hani, tapi dah terasa lah pulak kebosanan kalau tinggal sensorang kat rumah, penting kehadiran anak dara tu mengisi kekosongan. Cadangan asal hari tu kan saya bawa mak saya duduk sekali, dan saya nak belajar menjahit, duit yuran hani tu jer saya transfer untuk yuran belajar menjahit ni. Siap dah survey gitu, RM 500 satu pakej, kelasnya dari 8 am- 5.00 am...sesuailah dengan waktu sekolah hani, takde had masa kelas ni, belajar sampai pandai, RM 500 tu ada macam2 pakej, saya nak ambil pakej 5 jenis pakaian, bolehlah pilih nak jenis apa, saya akan ambil kurung tradisional, baju kanak-kanak, kebaya moden, ntah apa lagi, nantilah saya tengok...semester depan boleh ambil pakej lain plak-langsir, comforter, patch work pulak...waaaahh berangannya nya saya...



Tapikan, bila memikirkan semester depan nak ke luar negeri [waah macam best jer bunyinya, walhal tak tau ke mana pun lagi, jangan2 negara seberang jer, :p] terpaksalah macam rasa nak tangguhkan ajer, sebab nak jugak simpan2 duit sesikit kotler ada yang tengok2 berkenan nanti, takdelah melopong ajer...makan tido dah ditanggung, takkan taknak gunakan peluang bershopping kenang-kenangan...peluang datang sekali seumur hidup haruslah direbut bersungguh-sungguh,kan...



Apapun, nanti2 saya fikirkan sebaik-baiknya, sebab next semester ada lagi sekali cuti semester kan...tiba2 rasa macam kejapnya belajar, dah habis satu semester dah, ada 12 bulan jer lagi nak bermalas-malasan pagi2 yang takde kelas tu...pehhhh nikmatnya, bila lepas hantar Hani sek landing atas sofa bukak kipas on TV tengok Malaysia Hari ini....[saya suka sangat kalau Abby jadik hostnya] rasa lega tu berbaloi betul terutama bila bayangkan betapa terkejarnya saya masa bekerja dulu, tak sampai pej lagi, PA boss dah call hp suh masuk bilik boss. Eiiii phobia bila fikir kalau maklumat perkembangan kerja tak hujung jari, tak update dgn budak2 tu, mau rasa nak hantuk kepala kat dinding...sekarang??? Tenang dan takde gangguan, hp pun ntah kemana-mana sy campakkan....bila perlu baru tercarik2...tapi kalau gi off nampak muka boss phobia tu ada lagi tau....rasa macam ada benda jer dia nak tanya...terbayang2...



Oh ya, cakap pasal Hani ni, saya belum buat keputusan akhir lagi samaada nak kekalkan dia kat sekolah tu atau cari sekolah lain. Secara dasarnya saya sangat selesa dengan sekolah ni, saya suka dan selesa juga dengan guru-guru Hani, dan saya rasa banyak perkembangan yang baik berlaku kepada Hani sejak dia sekolah ni. Saya bukan memerlukan dia menjadi begtu sempurna tetapi sesuailah dengan kemampuan dia.



Walaupun saya tau, ada juga cikgu cerita-cerita, yang kelas English hani pemalu, dalam pergaulan hani selalu mengalah dan hani juga ada cerita versi2 yang macam dia dibuli oleh kawan-kawan, tapi saya rasa kalau saya pindahkan hani, saya bimbang nanti dia perlukan masa untuk sesuaikan diri lagi, kalau kekal di sini, kawan-kawan dan guru semua dia dah biasa dan dia boleh terus belajar.



Namun di aspek lain, saya teringin juga nak menghantar Hani ke Smart Reader, cuma lokasinya agak jauh sikit, ada satu pusat di bandar, dan ada yag lain pun jalannya agak lari dar laluan saya nak ke kelas nanti dan saya pun sudah membuka laman webnya, terasa macam Hani agak susah nak bergaul nanti...sebab kebanyakan guru dan pelajar berbangsa lain, yang hani tak terdedah sebelum ni. Ada satu Smart Reader yang Hani sesuai kot tapi di Nilai pulak. Itu memang mustahillah jugak.



Bila fikir secara mendalam lagi, Hani bercita-cita nak jadi doktor sejak 3 thn lg, ayah sakit hari tu kan selalu tengok doktor [tak tauler dah perlu ker sekarang ni saya tekankan dan sediakan kemudahan ke arah cita2 dia tu dan patutker kita percaya dengan cita2 kanak seusia 5 tahun ni] tulah kalau boleh dan kalau benarlah dia betul-betul nak jadik doktor saya pun seharusnya menyokong dan membantu dia sedari kecil lagi [dan inilah juga mendorong saya beli buku grolier w.pun gigil tangan keluar cash 3k] cuma saya teringin jadik macam anak kawan saya bekas pensyarah poli [bersara awal] yang masukkan anak ke madrasah sehingga jadik hafizah dan kemudian masuk darul Quran kemudian ambil medic di UIA sekarang, insyaallah bakal jadi seorang doktor yang hafaz Quran, dan berpurdah jugak [di luar kampus]...suka saya dengan kak long ni...lembut & tertib orangnya...



Saya pun kalau boleh nak Hani ke arah agama dan pada masa sama jadi profesional, ada ilmu walaupun nanti kalau kahwin [kalau boleh nak jugak Hani kahwin awal biar selamat, ramai sangat puji muka Hani lawa ada lesung pipit takut ramai ngurat bahaya tu [jauh dah fikir saya ni] takper kalau dia nak jadi surirumah jer, tapi belajar mesti sampai tahap yang tinggi...untuk didik anak-anaknya, wah cucu-cucu saya nanti...ceeeh berangan lagi...so tak taulah nanti2 saya bincang dengan hani nak sekolah mana, buat masa ni biar dia habiskan belajar di murni ni...
Posted by Hijrah1429 at 11/18/2008 03:10:00 AM 4 cetusan rasa
Isnin, November 17, 2008
JOM
Assalamualaikum w.b.t



Cerita saya sudah tamat. Saya sudah buat keputusan. Saya dah siapkan kekuda dan sesiku, serta bunga2 silat dan tarinya, mungkin ini pengakhirannya bagi telenovela sebulan lebih ini. Hanya tunggu masa sahaja saya nak berpencak. Pentasnya juga telah ada. Pemain pentas juga telah bersedia.



Justeru, saya cadangkan mari kita tutup buku lama, kita buka cerita baru. Mari kita dengar yang gembira-gembira sahaja, lupakan apa yang duka. Tutup rapat-rapat cerita tak senonoh saya. Saya memang begitu, mulut tempayan. Lepas ini kita belajar dari kesilapan. Dan anda juga sila bersabar dengan saya ini... tapi saya syoklah baca komen2 yang ada....bagi semangat gitu...tiba2 rasa macam ada orang ambil berat plak...terharu..terharu, sungguh saya terharu....



Saya dah check in di Sepang petang tadi, lepas exam saya ke library, jam 3.30 baru berkejar ke Sepang, walaupun rasa macam dah pernah pergi hotel tu tapi macam blur kejap...eh kat mana hotel ni, langsung takleh ingat.... almaklumler hotel kecik jer, kalau yg glamour tu mesti ingat punya! Alhamdulillah jugak saya ni banyak map bergerak, call ajer...anytime dorang bagi kerjasama...biasalah dlm kerja kampung/daerah/bandar mana yg IO saya tak pergi, semua ceruk diorang pergi menyiasat, mesti tau, SIO dia jer ni buta jalan sikit, cuma lebihnya berani redah!!!~



Esok saya baru mula kursus. Sehingga 24 Nov tamat iaitu hari tulah exam PTK nya. Lepas tu, berperang buat tugasan pula, tarikh ajalnya 5 Disember. Lepas 5 Disember barulah boleh beriang-ria, tak tauler nak holiday ker sebelum semester bermula...nanti saya putuskan kemudian. Tapi rasanya dah ada perancangan besar, kalau jadi, dan Allah izinkan terlaksanalah rancangan tu.



Syukur juga, urusetia dan panel setuju presentation public speaking hari Jumaat tu dianjakkan ke sebelah malam. Sekurang2nya dapatlah saya siapkan latihan saat2 akhir sebelah petang tu lepas exam dan yang penting tak perlu tangguhkan PTK ni yang saya ni dah terlampau lewat sebenarnya, ada 2 lagi geng yg lewat jugak, so hanya kami bertiga jer yang 1st time nak PTK, selebihnya 12 orang repeat nak dapat result lagi baik, nak score ARAS 4 ler tu .



Paper exam jumaat ni saya paling tak 'happy' nak jawab dan takut nak seat sebab masa kuliah dia saya boleh fahamlah tapi lepas tu lesap, dapat kiri kanan lesap...ataupun saya agak saya yang tak suka paper ni tu pasal tu asyik 'kebingungan' jer..kejap2 lupa bila dah baca...ada yang gemar subjek research methodology? Ataupun belajar di usia begini memory dah tak power lagi.....



Tadi saya berkejar dari Sepang ke Sban sebab nak ambil lappy yang tukar keyboard tu, mahal jugak yer tukar keyboard ni w.pun hanya sekeping board yg ada huruf2, terbang RM190...ni kena claim dengan tuan lappy ni...hari tu install anti virus dekat RM100...assignment punya pasal pulak kena beli ink printer kena RM 140... pokai sungguhlah bulan ni...kos berulang-alik takde, lain punya hal pulak kena keluar duit.... oh ya, lappy ni penting nak kena guna dalam kursus ni dan saya pun ada satu lagi assignment kena buat, last assignment...kena hantar hari exam tu, jumaat, lagi belum tiba tarikh hantar tu, lagi tulah asyik ubah jer, tu pasal tak siap2...[teringat kata TANPA NAMA yg saya takde pendirian...heheee camana taknak ubah, bila gi library tengok contoh2 tesis, mesti nampak jer betapa selebetnya dan betapa banyak kekurangan kita punya...]




Kita tukar topik kita cakap pasal minyak plak. Minyak dah turun harga sebanyak RM 0.15 sen lagi dan menjadikan minyak RON 97 RM 2.00 seliter, tapi barang tak turun2 jugak lagi, camno nak bagi kesedaran pada peniaga2 ni, saya fikir satu kesilapan apbl kerajaan naikkan harga minyak terlalu tergesa2 lepas p.raya hari tu tanpa memikirkan nasib pengguna, sekarang nasik dah jadik bubur... yg lemas kitalah....



Saya called hani tadi, bertuah betul budak tu, dia taknak cakap lama dengan saya, tak taulah apa yang syok sangat dan sibuk sangat sampai dengan ammie pun cakap kejap jer...bila tanya bila nak balik, siap jawab, "ammie kata suruh kakak tinggal kat sini 5 hari, belum 5 hari lagi,kan?" Dia sukalah tu, ada baby boleh gentel2...tengok2...takper kasi can...
Oh ya...lupakan kisah saya yang merepek2 tu, saya pun dah simpan kemas dalam memory... buruk benar perangai mak si Hani ni, cerita bukan2, jom, jom..meh sama2 doakan saya mulakan 'hidup baru'...dengan semangat baru. Itu ajer, ingat pendek..terrrrrpanjang plak...tq untuk semua yang beri buah fikiran yang sangattttt bagus dan bagi saya terharu, sungguh terharu beb...
Posted by Hijrah1429 at 11/17/2008 08:37:00 PM 4 cetusan rasa
Moga-moga diperkenankan
Assalamualaikum w.b.t


Hari ni ada exam sebelah pagi, kalau ada rezeki, lepas tu terus check in di hotel, itupun kalau dibenarkan, sebab hari jumaat sebelah pagi ada ujian untuk public speaking yang penting tu sebab ia salah satu aspek penilaian.


Sebenarnya ada 3 paper lagi, hari ni, hari rabu dan jumaat, 21 nov tu last exam. yang clash dengan ptk adalah hari rabu dan jumaat tu. Malah rabu tu dan jumaat tu pun ada clash dengan dua court case tapi yg tu mgkin boleh utk tidak hadir kerana belum panggil saya sebagai saksi lagi.


Masalahnya yang hari jumaatlah, hari rabu tu, hanya kelas jadi lepas exam saya boleh terus pecut ke hotel. Lagipun ada notakan, boleh ajer baca. PTK kami 7 hari, lepas saya exam 21 Nov tu kalau dibenarkan PTK ni saya terus exam PTK pulak sampilah 24 Nov.


PTK boleh baca sebab benda hari2 kita buat, cuma yg bahagian bukan kita punya kepakaran dan takde pengalaman tu kena study lebihlah, cuma lepas exam tu ada assignment yang kita kena buat dengan tajuk diundi rasanya. Maksudnya lepas ni ada lagi assignment ingat dah boleh rehat dah, tapi takperlah dah syaratnya. Kalau tak dapat tahun ni saya redha jerlah masuk PTK bulan Febuari 2009. Asalkan abis belajar ni, sempat saya PTK, kalau keluar nanti, mesti dah ada perubahan banyak dah, sebab dah distruktur semula..eh entahlah sy pun tak tau dah macamana nanti.




Hani duduk PD dari semalam, tak taulah. langsung tak call, handphone dia tertinggal kat sini pulak...saya pun malas nak call ke sana, biarlah. 25 hb nanti kami jumpalah....biar dia abiskan amsa dengan ayah dan adik beradiknya. Kan saya dah cakap dia cakap jer tak mau dah sampai sana langsung tak ingat ammie...anak..anak...macam2...


Moga-moga diperkenanlah apa2 yang saya inginkan...amiin. rasa macam kurang prepare lah utk paper hari ni..tulunggggg...sebab tak diberi hint apa2 soalan2, so kena baca semua...termasuk paper, laman web bla bla...
Posted by Hijrah1429 at 11/17/2008 08:06:00 AM 6 cetusan rasa
Ahad, November 16, 2008
Senangnya...
Assalamualaikum w.b.t


"wa, senangnya kalau kita jadi robot, takde perasaan, ikut jer apa nak jadi.."


tu sms my best friend kat Labuan pada saya. Katanya kalau jadi robot ikut jer, takpayah fikir2.


Kenapalah kita perempuan selalu nak mengalah, i pun tak boleh nak baca apa ada dalam fikiran lelaki. Itu katanya yang dah 2 tahun kawin tapi belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.


Itulah kawan saya yang paling boleh saya kongsi segala2nya dan dia bukan saja kenal saya lebih 10 tahun (1994 kami mula kawan 1st year di u), malah dia kenal rapat juga orang tua tu, biasa bermalam rumah saya dan ada juga keluar makan sesekali dengan ayah si hani, pernah juga bermalam di rumah kampung saya. Saya pun biasa bermalam rumah mak dia di Penanti, BM.


Pendek kata luar dalam saya dia tau, buruk baik saya lagilah...walaupun lepas keluar u 1998, kami tak pernah bekerja dalam satu daerah/negeri yang sama, tapi tak pernah putus berhubungan dalam tel. Dia lah yang asyik tukar kerja walaupun ada master sebaik shj tamat degree dalam lanskap, tp ntah apa2 kerja jer dia buat...sudahnya atas nasihat kami kawan2 dia jadik cikgu... kahwin pulak dengan cikgu satu sekolah....



Saya rasa orang yang paling adil dan sesuai beri nasihat pada saya ialah dia, tulah sebab saya tak pernah perlekehkan dan abaikan dia dalam sebarang keputusan yang saya nak ambil.

Lagi sms dia...



"i tak faham perangai lelaki, susah nak komen, kita selalu kena mengalah, susah nak bertegas"



"Kalau i, penat main tarik tali ni...cuba u tanya hani apa perasaan dia, dan usulkan pd haji plan asal u "





Ok...tu jer...letih memerah otak, bukan study yang letih, nak handle hidup ni yang letihnya...kalau dapat ke JJ jalan2 tengok itu ini, bestnya...melabur 100, 200 pun cukuplah, senangkan hati kejap...tapi jalan sorang2 ni sedih gak kan...dah tua2 cenggini...lainlah budak remaja muda belia, ni sensorang pelik arr orang tengok, masa beginilah perlunya hani...w.pun dia suka mengacau....


Blog kadang2 membosankan dan kadang2 menjadi tempat melempiaskan perasaan, masing2 ada caranya, tapi kadang saya rasa saya ni melampau2 meluahkan, lega sesangat rasanya, tapi tulah, kalau privatekan kepuasan tu tak seberapa, sebab takde sapa nak komen...kalau citer ala kadar pulak, lagi tak real, tapi hal2 r.tangga ni kena privatekan kot..tu sebab entry sebelum2 lepas tersiar sebulan dua, semua saya save dalam draft jer, dah lama dah kalau sesapa perasan, sebab entry tu tak relevan dah dgn perasaan semasa sy...dan bila sy baca sy rasa mcm itu org lain...tapi ada yg rajin baca tu, bolehler buat kesimpulan saya macamana, macam tanpa nama tu kata, takde pendirian....dan jugak akal letak kat ATAS bukan kat BAWAH...


Saya faham tu...masalahnya kalau dah cerai yg kat bawah tu nak jaga yg susah. Datangkan fitnah, jadi tohmahan, umpatan, syak wasangka orang. Sejujurnya, sebab nak jaga dirilah saya ni pegang status isteri. Macam dulu2 saya cakap, susah nak jaga diri sebagai perempuan ni terutama sekeliling lelaki yg berpandangan pesimis pada wanita tak bersuami....


Ramai sangat dah saya tengok yg merasa tertekan hidup sebagai ibu tunggal dan tak kurang juga yang ada berusaha semula cari pasangan untuk bersuami semula...kadang tu terpksa kahwin dengan suami orang [cnth bekas isteri pertama pak hj, sudahnya cerai semula] kan saya banyak deal dengan saksi2...macam2 orang...agak menyedihkan juga cerita mereka2 ini....


Saya rasa macam nak rangka satu plan.,...blue print...apa yg saya nak....tapi kang ada lak yg komen..w.pun saya suka komen2 begitu...tapi bila komen tu meresap dalam jiwa ia jadi kudis plak...macam nak kecik ati pun ada, tapi tulah manusia...apapun sy tak buat keputusan lagi..


En..wan pembaca setia blog ni dari dulu lagi dan banyak nasihat melalui YM, siap kirim buku2 dan email macam2 nasihat ada di Mekah sekarang, kalau jumpa CC tu dan terbaca ni, [xdapat baca melalui hp katanya] tolonglah doa yg terbaik untuk saya...w.pun dia suami org tp ikhlas bagi nasihat... doakan ajerlah yer...moga makbul, w.pun sya tau dia mesti doa suh saya ikut sunnah, patuh dengan suami...tapi takper Allah mengetahui...


terima kasih juga paya rumput...kampung cemerlang peringkat kebangsaan tu...senegeri kita ni...
Posted by Hijrah1429 at 11/16/2008 03:24:00 PM 6 cetusan rasa
Tak sama rupanya...
Assalamualaikum wbt

Sekali pandang sofiyyah ni macam serupa dengan suhaila masa baby, bila saya bandingkan semula 2 hani ni beza rupanya...





Sofiyyah umur 48 hari [lahir 3.56 kg]



Suhaila umur 3 hari [lahir 3.1 kg]

Nampak gayanya sofiyyah lagi lawalah masa baby dari suhailah, dah besar lawa kot anak dara ni...
Oh ya, bagi yang tak tau...Hani Sofiyyah ni anak tiri terbaru saya, anak tiri ke 7...lahir 25 ramadhan hari tu...hani dah dapat adik pompuan ni, saya serahkan semua baju2 hani masa baby yang elok2 lagi tu kat sofiyyah, dua bungkus plastik besar...ntah2 dah ada yg tak muat kot...selambak jer mukanya tembam sesangat!!
Posted by Hijrah1429 at 11/16/2008 06:59:00 AM 0 cetusan rasa
Sabtu, November 15, 2008
Demi Hani tercinta
Assalamualaikum w.b.t





Pagi-pagi tadi, ayah hantar sms;







"Malam ni ambil hani bolih"- No AYAH to no saya







Saya terus tunjuk hani sms tu, biar dia tengok sendiri, teris dia jawab tak nak, saya kata kalau taknak, call ayah, cakap terus terang taknak, nanti ayah ingat ammie yang larang...tu pun hani taknak, saya suh sms...barulah dia nak;








"kakak taknak" - No HANI to AYAH






Lepas solat Zohor agaknya, dia call no Hani, wah hani berlari2 kat saya, sukanya dia hp dia bunyi, yerlah sejak ada hp sendiri ni hanya saya jer lah pernah call dia, masa ambil lambat sebab ada kelas. Ni kali pertamalah orang lain call dia, guna nombor rumah PD, kalau no ayah saya ada savekan. w.pun sejak hari pertama ada nombor ni saya dah sms kepada ayah no Hani ni tapi ntah apa ada dalam fikiran orang tua tu, tak pernah call....








Saya pun cakaplah kat Hani, ayah yang call, serta merta dia berlari ke depan sambil jerit, "kakak taknak cakap dengan ayah", sungguh2 dia tak nak, sampai menangis2...siap ada adegan berlari2 anak sebab saya serah hp kat dia, dia lari2 nyorok2 taknak...saya pun malas nak layan, saya letak jer hp tu..biar ayah dia dengar apa yang berlaku....







Saya terus gi dapur sambung study, kejap jer tu Hani datang, saya buat tak layan jer, "ammie taknak kawan kakak, sebab kakak taknak cakap dengan ayah..." saya cakap gitu sebab saya taknak dalam hati dia ada dendam pada ayah, saya yang gaduh dia pulak yang terlebih2nya... memang kuat kesan pada emosi Hani, saya tauler sebab saya kenal sangat, Hani ni very sensitive...terutama dengan ayah, alangkan tinggi suara sikit ayahnya dia merajuk sakan, ni ayah tak jenguk dan call dia langsung lebih sebulan...dengan demam 10 hari hari tu....dan dia tau sebab ayah 'lari' malam tu....even dia pun pelik dan anggap ayah dia tak patut...







"ok, sekarang kakak call ayah atau sms cakap kakak taknak ayah ambik malam ni, ammie taknak ayah cakap ammie yang pengaruh kakak jangan ikut ayah"







"okay...okaylah..."








Lepas tu dia ke depan dan saya dengar dia bercakap...ntah apa2lah saya malas nak campur. Tapi adalah dia cakap, "taknak....kakak taknak...sekarang jugak..sekarang jugak kakak nak letak handphone ni"...gituler lebih kurang bunyinya...macam orang gaduh jer....panjang jugak ayahnya pujuk kot...dalam hati saya, padan muka tu, biar sedar sikit yang anak pun dah tak hingin!








Saya biar jer hani layan emosi lepas cakap2 dengan ayah, dah lama tu baru saya ke depan tanya dia, apa ayah cakap dengan dia...dia boleh jawab...








"kakak malas lah nak cakap dengan ammie, ayah tu bukan sayang dengan kakak"








Kan saya dah cakap, Hani ni mau tapi malu bercampur baur dengan dendam agaknya, dia jauh hati pada ayah dan dia buat kesimpulan ayah tak sayang dia..tu sebab dia taknak ikut ayah dia....yerlah kat sana malam2 dia tak dapat peluk ayah sebab dia malu, ayah pun tak tido sekali dengan dia...adik beradik sana kan ramai...dan dia pulak dah jadik kakak pada dua adik..kat sini takde hal nak peluk2 ayah....








Tengah2 study tu, risau pulak saya fikir hal Hani taknak ke PD ni, saya pun sms ayah...takut2 buat nanti melalak-lalak Hani depan rumah taknak ikut ayah dia, pelik pulak jiran sebelah ni. Saya pun sms panjang bangat, sebab saya nak mesej tu sampai pada dia, begini;








"Sebenarnya dia nak prg PD tapi dia "bls dendam"& sja ckp xnak. Lps ckp Hp sy tanya ckp apa dgn ayah, dia jwb mls nak ckp dgn ami, ayah tu bkn syang dgn kakak, smbil sedih mcm nak nangis. Dia sensitif, dah besar & fham apa berlaku. Pndai2lah mainkn peranan sbg ayah bukan"ada bagaikan tiada". Sy dah cakap mcm2 provok dia gi PD sbb sy nak study dia kacau, tetp menangis2 xnak. Rajin2 pujuk call dia hp tu mmg pd dia je. Jgn ingt sy gnakan dia sbg umpan, klau dia nak dah lama sy hntr ksana. Cerai ni jgn bangkit hal tuntutan hak anak, sy xkan halang jmpa dia bla2 masa."








Agak2 sejam lepas tu dia balas;








"NANTI MALAM LEPAS BAYAN JUMPA DIA KEJAP DAN AMBIL UBAT DAN GINSENG" - No AYAH to SAYA.







Tulah tengok jerlah malam nanti, tapi dah cakap dengan Hani, dia tetap taknak jumpa, macam2 cadangan dia pada saya, ajak larilah, ajak nyoroklah, jangan buka pintulah...ehhh budak ni memacam pulak. Saya kata kat dia, "apahal kakak ni, ammie yang gaduh dengan ayah kakak yang terlebih2 pulak..bukan kakak yang gaduh, ayah langsung tak marah kakak" sudahnya dia tergelak2 pulak..malas nak layan. Tunggu jerlah malam ni, saya malas nak ke depan kalau orang tua tu datang, duk kat meja study kat dapur ni jerlah...pepandailah nak jumpa anak carik dia sendiri, saya takkan hantar Hani ke depan kalau dia takmo keluar malam nanti...




Tak banyak kenangan Hani bergambar dengan ayah, di usia 3 tahun ayah dah stroke...






Hani dengan ayah naik kuda di Zoo Melaka, masa ni umurnya 2 tahun






Hani dan Uda, masa ni saya bawa anak2 kak Aza ke Zoo Melaka, kak Aza taknak ikut sebab ada anak kecik, Zubair masa tu setahun umurnya...bengang jugak masa ni, sebab ingat budak2 tu bawak raound dekat2 jer sebab memasing nak ikut ayah jugak sedang maknya degil taknak ikut, rupanya terus bawak balik Melaka, sudahnya saya tak dapat balik kampung sebab hari tu jugak kena balik ke PD semula disebabkan bebudak ni....

Nampak tak, baju bebudak ni lekeh jer, sebab memang tak prepare nak jalan sampai ke zoo melaka, cadang nak pusing kejap sekitar rumah pastu hantar balik....



Setiap gambar ada kenangan....

Update : 11.40 malam (15/11/2008)


Lebih kurang jam 10 malam gitu ayah bunyikan hon. Macam saya cakap Hani taknak jumpa ayah, dari jam 8 malam dia dah bersiap sendiri nak ajak saya keluar makan kat luar. Saya tangguh2kan sampailah ke jam 9 malam, baru saya mandi dan bersiap2. Gitu gini dah jam 9.30, serba salah saya nak ajak dia keluar sebab nanti tak sempat balik dalam setengah jam, mengamuk lagi orang tua tu...


Dari petang jugak saya dah siapkan ubat2, ginseng, madu, green tea/spirulina ntah apa2 ubat dia yang bontang dia tinggalkan dan jugak sebakul besar baju2 dia semua saya dah letak tepi pintu. Ubat2 dan siap masuk dalam sebungkus plastik. Cadang nak suh Hani jer yang menghantar ke kereta. tapi yang Hani entah apa yang ditakutnya dan sedih melampau bila saya kata;


" kita tunggulah ayah datang dulu, bukannya lama, kakak hantar ubat, salam2 lepas tu kita keluarlah berdua"


Tapi Hani mengamuk2, sampai rasa macam nak naik angin pulak [dah naik angain pun], sebab dia nak sms ayah nak cakap jangan datang jumpa kakak, kakak taknak jumpa ayah, tapi sebab ayat tu kronik sangat separuh jalan dia mengamuk sebab tak reti nak eja secara terus [biasalah membaca pandai usia2 mcm ni tp mengeja tanpa kertas merangkak] dia taknak tu sampai menangis2 bukan nangis biasa, nangis sungguh2 sampai bengkak2 mata dan hidung dia, sudahnya kena pujuk jugak, bila dalam menangis tu dia keluarkan perlahan jer tapi saya sebagai ibu yang dengar memang ayat tu memilukan...


"takde sapa pun yang sayang dengan kakak"
Saya pun cakap perlahan2, apa yang nak takut dengan ayah...tapi tulah saya rasa dia ni dah jiwa kacau, dia perasan agaknya style ayah dia kan suka lari kalau gaduh, jadik dia cakap dengan saya dia takut bila ayah datang tu, ayah dia paksa dia masuk keter bawak lari gi PD...sampai macam tu dia takut...kalau nak jumpa ayah kejap tu dia suh saya ikut sekali. Yang saya pulak dah tak hingin nak tengok muka orang tua tu...ntah meluat semacam pulak sejak2 dah nekad dengan keputusan ni ... syukur sangat2 sebab dulu saya berdoa agar ada perasaan macam ni bila bergaduh...sekarang dah cool jer...


Sebelum tu saya dah siap buka mangga pagar tapi saya tak ngangakan pagar tu, saya terus suruh hani hantar bungkus ubat tu, saya terus ke dapur. Kejap tu Hani datang menangis sayu menahan air mata dan cakap dengan suara bergetar;


"ammie...ayah nak ajak akak keluar jalan2, kakak tak nak"
"kakak cakaplah dengan ayah, kakak tak nak"


Dia terus ke depan dan jerit dari pintu, cakap;
"ayah, kakak tak nak jalan2..." masa ni suara dia maintain jer, takde pulak bergetar...


"Jomlah ayah bawak pergi makan, kita pusing2"
"kakak taknak" ni dah mula sedih jer...


Masa ni ayah dia dalam kereta lagi, dia pulak kat muka pintu....saya dengar dari dapur jer...


Lepas tu, Hani masuk balik, tanya saya,;


"ammie kata ammie nak bagi ayah punya baju, mana dia?"


Saya pun terpaksalah ke depan, berat bakul tu, saya tolak2 jer dengan kaki sampailah bakul tu terkeluar dari pintu, tapi dok fikir pulak macamana org tua ni nak ambik dengan tangan sebelah...


Nak taknak saya keluar jugak, tolak dengan kaki [jauh gak tu] sampai ke kereta, pada masa sama ayah masih pujuk kakak dan dia pulak tunduk2 tolak2 kaki kat lantai porch tu tetap taknak ikut...saya sampai kat kereta terus buka pintu belakang saya angkat bakul tu letak seat belakang. Masa ni saya sempat terjeling muka org tua tu, memang berubah air muka dia....RASAKAN!


Dia ingat saya adalah saya yang dulu2, yang sanggup menebal muka memujuk rayu, merintih, menangis, mengaku salah. NO WAY and NO MORE. Sorry yer ummie, kak zar, kak azwa, saya dah tak boleh dah nak ikut nasihat suh berbaik2 tu....sebab saya ni tak pandai nak bermuka2...kalau tipu air muka saya tak dapat disembunyikan ciri2 penipuan tu...


Dekat 3 minit adegan ayah pujuk Hani, sudahnya ayah cakap;


"masukle keter temankan dia..."


"kakak nak makan apa, mana jer kakak nak ayah bawak...McD, Pizza, Kfc..."


Saya yang tak nak sebab memang nak keluar dgn hani pun lepas tu, terus kunci rumah dan masuk keter, kali ni tak tau kenapa, saya menyampah tindakan saya yang ikut cadangan ikut sekali keluar makan tu, nanti dia ingat saya dah okay...sampai kedai makan, saya senyap jer, saya tak order pun, masa ayah tanya nak makan apa saya senyap jer...ayah pun order air jer, hani jer yang makan...


Langsung saya tak pandang muka ayah, bercakap dengan hani jer...tapi dah lama2 tu terpaksa jugak cakap pasal PTK saya tu [ada kemungkinan saya dibenarkan masuk exam tu] dan hani kena duduk PD jugak...lepas tu ayah bagi duit RM 50 suruh bayar, terus saya gi kaunter sebab tempat makan dia kat luar, lepas tu saya terus gi kedai CD dekat kedai tu dan ayah dan Hani tak nampak, saya perati dari jauh jer dua beranak tu berbual...


Masa saya ada tu, hani tak nak langsung berbual dengan ayah, apa ayah tanya dia tunduk jer peluk bear dan kalau jawab pun pakai isyarat tangan dan jari tunjuk sana tunjuk sini..memang pelik Hani ni! Tapi masa saya ke kedai CD tu, dari jauh saya nampak dua2 rancak berbual mgkn sebab dah habis makan...


Dalam 10 minit saya terus ke kereta dan kami terus balik, masa nak turun tu saya tanya Hani sekali lagi, nak ikut ayah tak? dia tetap jawab taknak, so saya tanya orang tua tu, nak masuk keter ke tidak, dia kata tak payahlah, saya kata kat hani;


"okay, salam ayah"


"lepas tu ayah tanya dia, pagi2 esok ayah jemput kakak eh?"
"tak nak, kakak nak duduk dengan ammie jer"


Masa ni saya dah mangga pintu pagar dah, ayahnya dok cakap pujuk2 Hani dari tingkap kereta. Lepas tu saya cakap;


"kalau macam tu, masuk jerlah, pujuk dia malam ni tido dengan dia, esok pujuk dia bawak ke sana"


Masa ni macam gaya tersenyum jer orang tua tu, dia ingat tu strategi saya nak ajak dia bermalam dan bersenggamalah kot? Tak hingin!!!!


Saya yang dah mangga pun bukak pagar semula, dan Hani macam bengang, saya kata;
"kakak tido dulu malam ni dengan ayah, esok kakak buat keputusan...takpun esok keluar sarapan dengan ayah dulu...tak semestinya ikut ayah balik PD"


Lepas tu ayah pun masuk, duduk kat kerusi betawi, lama gak, saya pulak pot pet suh hani ambik beg baju nak kemaskan baju untuk bawak sana, orang tua tu macam termenung, terkejut kot sebab saya dah masuk astro dan dia ingat betul2 saya serius kali ni...kan saya dah kata dia memang dah lembut hati tu, ataupun air dah naik kepala kot! Anytime kalau saya mengalah dia terus cair..tapi macam saya kata NO WAY!!!!


Teringat2 sms dia yg kata,
"ABANG TAKKAN MENYESAL KALAU BERPISAH DENGAN ENGKAU"


dan juga sms yang saya tanya pasal hal cerai ni, dia jawab;
"BAGUS CADANGAN TU, LAGI CEPAT LAGI BAGUS"


Lepas tu saya ke dapur, hantar baju kotor kat belakang, tiba2 hani datang dan cakap kat saya;


"ammie kakak nak bawak gambar ammie kalau kakak gi sana, eh?"


"Okay, gi pilih gambar mana dalam album tu'


dan-dan tu dia pilih dan suh saya keluarkan...dan masuik bilik dia terus buka baju nak salin baju. Saya tanya dia nak pergi malam ni jugak ker? dia jawab yer...ni mesti ayah yang ajak ni...Mula2 tu saya kata okay jugak, malam ni takde sapa kacau saya....agaknya ayah duk termenung tu sebab dia takde apa dah kat dalam rumah ni, semua baju2 dia saya dah masukkan dalam keter...so saya pun pergilah kat keter ambik selai kain kemban, seluar tido dan baju pagoda...


Lepas tu baru ayah masuk bilik air, saya kemas baju hani dan saya tanya, kenapa nak balik malam ni, nanti susahkan umi dengan baby malam2 kakak baru sampai...esok pagi2 jerlah eh? Saya agak ayah yang ajak malam ni, sebab masa makan Hani nak ke toilet, balik toilet tu dia tengah cakap hp dan ayat dia yang saya sempat dengar;


"malam ni abang tido rumah engkau, engkau kat mana tu, dah balik ker?"
Mungkin asalnya dia cakap kat kak aza dia tido sini, tapi dah saya tak terima, tu yang kena call cakap tido sana sebab mungkin kak aza nak tido rumah mak dia...mesti sejak ayah tak balik2 sini, kak aza terhad masa ke rumah mak dia, sebab laki ada 24 jam, kenalah duduk rumah jer, mesti dia tension sebab masa pantang dahler duk trperap jer kat rumah....dengan anak2 yang lasak...tengok laki tak balik2 seremban...bagi yg biasa bergilir ni, taulah kelegaan bila laki takde tambah macam orang tua OKU tu yg serba serbi kita kena tolong....


Bila yah keluar toilet, terus hani cakap;
"kita pergi PD esok jer lah ayah"


"okay, malam ni tido dengan ayah kat bilik ayah, eh...ammie belajar kat mana?
"takper, saya belajar kat dapur"


dia mana tau saya dah set meja makan jadik meja belajar...a'alah dia ingat saya nak belajar bilik dia tu ker?


So, dua beranak tu dah tido dah, saya langsung tak pergi tengok, TAK HINGIN! Saya dengar macam2 hani cerita dan macam2 ayah tanya, beza betul masa mula2 jumpa tadi...dah mesra dah, kan saya cakap dia ni style, BENCI TAPI RINDU...cuma dia tak pandai nak luahkan, kalau saya biarkan ayah balik tadi, kesian emosi dia dan mesti dia sangka yang ayah dia betul2 tak sayangkan dia...


Biarlah saya korban, asalkan hani bahgia, tak bukan saya kata saya nak berbaik, cuma saya bagi dia tido sini demi Hani ikutkan hati, nak kata jer..."jangan masuk rumah saya ni...saya tak suka"


Tuler, panjang lebar cerita ni, sebab ni akan jadi sejarah buat saya, saya tulis untuk saya kenang saat2 ni yang sangat bermakna kerana lepas tujuh tahun kahwin barulah saya berani bertindak dan saya ada kekuatan menyampaikan mesej yang "JANGAN PERKOTAK-KATIKKAN SAYA LAGI, SAYA PUN ADA HARGA DIRI, KALAU TAK INGIN DENGAN SAYA, SAYA LAGI TAK HERAN" dan saya cukup puas hati melihat hasilnya, sebab saya nampak perubahan air muka dan ksedihan di wajah dia...tak kisahlah samaada kesian kat anak pun, tapi memang nampak sangat dia tak sangka yang saya akan gunakan MO yang berbeza dari sebelum2 ni..YES! TQ Luna, jiji, maryam,..akak ingat kata2 luna dalam komen tu dan bagi semangat kat akak...

Esok tak tau lagi apa yang akan berlaku..jeng ..jeng ...jeng....


Updated : 6.15 pagi (16/11/2008)


Kawan2. perlukah saya beri peluang sekali ini???


Saya tido lambat malam tadi, masih duduk di meja belajar...tanpa sedikitpun terganggu atau tergugat dengan kehadiran ayah di biliknya...
Rasanya jam 2 macamtu saya pun masuk bilik saya [master], bawak nota2 sambung belajar sambil melingkar atas katil pulak, lama2 ntah jam berapa tertido. Tidur mampus pulak tu.


Ntah jam berapa saya pun tak tau, jam kat bilik dah sebulan abis bateri tak tukar2, tiba2 ada makhluik asing baring sebelah. Hishhhh....yang ni memang saya geram + menyampah + rasa nak tolak jer....sungguh, saya tak sangkalah yang saya boleh ada perasaan macam tu!


Kalau dulu, waaahhhh, macam terkena kejutan letriklah kalau dia buat macam tu time2 lepas baik dari gaduh. Tapi kali ni...sydah! NO MORE.
Saya buat aksi patung cendana jer....keras, kamatu, memalingkan muka ke arah bertentangan. Lantak kolah, kang kalau tolak, tergolek pulak jatuh dahlah OKU!


Lama2 [setengah jam weyyyy] walaupun aksi patung cendana, perasaan saya tidaklah keras, hati saya geram sesangat, tapi saya tak mampu nak cakap, dalam keadaan berpaling arah bertentangan tu....sms2 dia selama ni yg kutuk dan kata macam2 dalam gaduh sebelum2 ni, bermain satu2 dalam kotak fikiran saya...sehinggalah peperangan dengan perasaan sendiri tu menumpahkan air mata saya....


Haruskah saya beri peluang sekali ni....NO NO NO....saya terus matikan diri tanda protes, w.pun dikatakan belakang unta sekalipun WAJIB dilaksanakan tugas itu. SEBAB ini bukan soal WAJIB, ini soal, kami nak bercerai...takde cerita lain yg timbul ceritanya kami nak failkan 25 nov ni...


Usaha orang tu tetap diteruskan dan saya pulak tetap mempatungcendanakan diri. Dalam esak tangis dan sedu perlahan tu, saya tetap sembunyikan suara saya hanya getar tubuh menahan sedih diperlakukan serupa itu....sedih memang sedih...siapa saya di mata dia, hanya untuk itu???? NO NO NO...saya memang sedih sangat...


Lama2 dengar orang mengaji kat surau, dan orang tua tu kata, dah nak sembahyang ni, tak sembahyang ker? Soalan cepu mas keluar....saya terus geleng kepala...dan saya berpaling semula, dan kali ini saya betul2 menangis...betul2 sedih...saya nak cakap yang saya dah bulatkan tekad nak bercerai, memang saya nak cakap! Tapi kali ni saya takde kekuatan sebab di mata saya terbayangkan Hani...dan jauh dilubuk hati juga saya terbayangkan manalah tau ada rezeki untuk dapat adik-adik hani pulak...berkat kesabaran saya Allah beri rahmat sekali lagi...


Orang tua tu, hanya pandang jer saya menangis daam gelap tu, hanya sedu sedan saya yang kedengaran, orang tua tu tak mampu berbuat apa2 hanya memberikan ciuman di pipi tanda mohon maaf kot? bagi saya ciuman seratus bahkan seribu kali pun takde makna selepas apa dia dah buat pada saya selama ni???


Berikutnya, macam biasa dia ke surau dan saya terus ke port saya meja dapur sambung buat nota kecik [atas katil saya pun sebenarnya penuh nota2...hehehe] dan sehingga saat ini, [dia telah balik dari surau dan berbaring sebelah hani di bilik nya]....sepatah perkataan saya belum keluarkan pada orang tua tu dan saya langsung belum pandang muka dia secara terus.... bahkan sepanjang bercakap dari malam tadi, langsung saya takde panggil abang..saya cakap cukup formal dan serius...


Jadi, kawan2 bantulah saya...tolonglah saya buat keputusan...saya bingung dan rasa sangat bodoh kalau saya mengalah...haruskah saya beri peluang...haruskah??? Dalam hati dan ikut perasaan memang saya sudah cukup bersedia menjadi janda...
Updated : 17/11/2008
Keputusan telah saya buat cuma belum laksanakan ajer...buat tuan-tuan dan puan2, janganlah risau dan tertanya2 kerana apapun keputusan saya, saya telah bersedia secukupnya, siap dengan kekuda dan siap dengan bunga2 silat dan tarinya. Cuma untuk direalisasikan ajer...
Dan cerita ini akan tamat di sini, kita mulakan buku baru ya...dan saya telahpun check in di hotel di Sepang ni, esok mula kursus, alhamdulillah urusetia dan panel setuju untuk anjakkan sessi penilaian public speaking tu ke Jumaat sebelah malam...syukran...dan lepas tu, saya akan pulun untuk exam PTK pulak 24 Nov dan assignment kena dihantar sebelum 5 Disember....nampaknya lepas 5 disember barulah dapat bernafas..
Hani bahagia di sana dan tak ingat saya langsung...sungguh sedih :(...dengar2 ummi nak potong sikit rambutnya...ada makhluk asing atas kepala sebab maknya sibuk study tak sempat teroka kepalanya...semua tu penangan budak2 kat sekolahlah...tak pasal2 sy dapat tugas tambahan.
Posted by Hijrah1429 at 11/15/2008 06:43:00 PM 18 cetusan rasa
Jumaat, November 14, 2008
Rahmat Allah swt
Assalamualaikum w.b.t


Di sebalik kedukaan selalu terselit kegembiraan. Bagitulah agaknya indahnya setiap perancangan Allah pada setiap makhluknya.


Dalam kedukaan sekalipun, life must go on....sejak 9 syawal (9 oktober) ayah meninggalkan kami dua beranak banyak sungguh benda berlaku dalam hidup saya.


Macam2 kaedah 'pelarian' yang saya buat bagi memeriahkan kehidupan kami dua beranak. Sejak duduk rumah kami ni (Julai 2006) kami dua beranak (ayah tak tengok TV) bersabar menonton TV3 sahaja kerana saya dah cuba beli 2 indoor aerial tu tapi tetap hanya dapat TV3 sahaja.


Maka sejak itulah kami hanya setia menonton TV3 walau apapun berlaku dan best macamana siaran TV lain sekalipun. Usaha untuk memasang aerial dibumbung juga tak pernah mendapat sokongan ayah. TV melalaikan....ada jugak betulnya dan sesuailah dengan kesibukan kerja saya suatu waktu dulu, maka TV tidaklah membawa apa-apa makna sangat...


Tapi baru-baru ni masa mak saya ada, saya tengok dia macam boring jer tak dapat tengok rancangan2 agama TV9, terutama rancangan mengaji bertarannum jam 6 tu, dia pun pelik sebab dapat TV3 jer dahlah TV pattern lama beli di Makro 4 tahun lepas bersaiz 14"...ketinggalan sungguhlah....


Maka satu hari dalam 2 minggu lepas demi mak saya, saya ke kedai hardware nak beli aerial luar dan nak suruh dia pasangkan sekali. malangnya aerial kedai tu hanya utk dijual takde servis pemasangan. Tapi tokey tu bagi nama Ah Peng tukang pasang aerial. Balik tu terus call ah peng dan dan-dan tu dia datang, apek tua jugaklah pakai seluar pendek bawak cucu kecik sorang naik motor buruk jer....kelakar dan peramah orangnya....


Lagipun ah peng ni duduk sebelah taman ni ajer, di kg baru paroi....rupa2nya ah peng kata, tempat kami ni memang susah dapat channel sebab dekat gunung angsi dan bukit putus...kalau dapat pun tak berapa terang. Dia kata pasang astrolah, dapat terang siap tunjuk rumah situ majoriti ada astro...oh patutlah...saya ni jer tak sedar benda2 ni....


Tapi saya tetap nak pasang aerial jer, tapi ah peng cakap pasang aerial RM 170...weyyy mahalnya...aerial jual kat kedai tadi tak lebih RM 50....upah pasang seratus lebih pulak....so astro berapa u charge? RM 50 jer...hah..murah jer...yerlah saya ni takde ikuti benda2 ni, dah terkejut tergempar camni barulah tau kos pasang astro murah jer....[pastu baru dapat tau ada gak yg pasang free, yer ker?]


Dipendekkan cerita, saya pun kata pasang jerlah, since ayah pun dah takde dan Hani pun terpancar kegembiraan bila dengar nak pasang astro maka saya pun melaburlah untuk kegembiraan si anak. Sebenarnya saya pasang astro ni supaya hani tak kacau saya study dan hasilnya memang benar...leka sungguh dia tengok Playhouse disney dan animal planet, setakat ni tu yg dia minat sangat, dia belum tengok saluran lain lagi menarik kot...cuma malam tadi saya barulah terbuka astro ceria ada rancangan tomtom bak..dan hani suka jugak....lega saya takde kacau ammie study sangat...tapi sekejap2 datang menempel tu biasalah...


Saya pun takde sempat nak belek saluran yang ada w.pun dah lebih seminggu ada astro ni, hani jer yg saya bagi tengok dari jam 8 - 10 malam sebelum tido tu...macam best jer...takpe cuti sebulan ni bolehler relax tengok tv...habis belajar nanti saya potonglah astro ni....


Saya transfer kos bil handphone dari minutes plan pakej RM 83 tukar ke RM 50 sebulan sejak belajar ni sebab dah kurang buat panggilan dan tambah RM 20 utk bil bulanan astro ni...ditambah pulak Hani tinggal berdua dengan saya, kesian kat dia balik2 dengan saya, kasi life dia berwarna sikit dah 3 tahun tengok TV3 jer, sampai balik kg bila tengok rumah makwe banyak channel dia bisik2 tanya saya, rumah makwe ada astro ker? walhal tu semua saluran biasa sebab dia tak pernah tengok dia ingat tu astro...dulu dia nak sangat tengok astro (kawan2 sek dia ramai citer pasal astro ni..bebudak sekarangkan) sampai keluar dialog , "ammie...kalau ayah mati bolehlah kita masuk astro,kan.." sebab ayah kan tak bagi masuk2 astro ni...


Dan perkembangan positif jugak, Hani sejak baik demam tu, telah bertukar susu kepada susu Nugrow ...berhasil jugak saya tukarkan susu lepas berusaha 2 tahun dan macam2 susu saya dah beli...Hani sejak baby minum lactogen sampailah umur 3 tahun tak mau tukar, sampai umur 5 tahun minum lactogen 3 tahun, dan alhamdulillah allah mudahkan kali ni dia nak susu tu lepas berjaya melawan rasa nak muntah dekat sejam, lepas ammie psycho dia berjaya jugak akhirnya....


Dan satu lagi rahmat Allah ialah dalam saya tak boleh fokus untuk belajar rupanya sikit yang saya belajar tu saya dapat curahkan semula, dan assignment keseluruhannya ada 3, 2 individu dan 1 kumpulan, yang presentation indv dapat 16/20, group 16/20 dan tugasan individu yang saya buat macam nak gila meroyan sebab guna laptop yang keyboardnya biul saya dapat 19/20..yg ni sungguh tak sangka..kiranya dari 60% dah ada 51 %, cuma tunggu result 40% yang exam pagi tadi dan dua soalan saya yakin boleh score cuma satu tu macam otak tak berapa jalan ditambah masa tak cukup...kalau dapat 25% pun alhamdulillah dah...


Saya cerita ni bukan sebab saya ni pandai sangat tapi saya nak cakap pasal rahmat Allah pada hambaNya seperti saya ni yang tak pernah putus walaupun pada msa sama tak putus diuji... dan saya tau dikalangan 3 wanita dalam kursus saya ni usaha 2 lagi wanita tu mungkin 300% lebih dari saya [sebab saya lagi banyak termenung + bersedih dr study] tapi allah beri saya lebih 4 markah dari kedua2 mereka...cukuplah 4 markah tu...usaha saya pun bukan apa sangat...cuma malam tadi saya tido sejam jer...tu pun sebab temankan Hani merengek...power tak...saya ni memang tahan mata kalau tak tido...lagipun paper law ni saya minat, dan lagi saya ni kan bekas wartawan kalau dapat soalan yang suh 'bincangkan' pro and cons saya menang suka...hehehee......
Posted by Hijrah1429 at 11/14/2008 07:54:00 PM 2 cetusan rasa
Khamis, November 13, 2008
Lesung pipit dan sessi mengutuk











Assalamualaikum w.b.t...



















Hani Sofiyyah pun ada lesung pipit...saya jumpa gambar ni dalam pc yang saya baru ambil dari pd ni... ni sebagai jawapan pada pertanyaan kak azwa pasal lesung pipit sofiyyah....







Gambar Zubair hari raya lepas, ada lesung pipit jugak....

Ni lagi gambar saya jumpa dan saya tau ini rumah pak hj buat utk kak aza di tanahnya di pasir panjang, rumah depan bawah, belakang rumah atas, tapi ada satu bilik jer, nampak sangat saya takkan diundang ke sini....nampaknya secara fizikal pun saya dah tersingkir...





Nampak tak meja jepun tu, saya yang pergi survey dengan pak haji dan saya nak beli tapi bolak-balik, sudahnya ni semalam saya nampak dia beli untuk letak rumah kak aza...walhal saya yang nak meja ni sebagai meja belajar hani dan saya sebab dia ada kerusi kecik 4 unit, cuma yang saya survey dulu kerusi dia besar sikit tapi yg ni bulat kecik jer....kecewa saya tengok meja ni....meja belajar sebelah tu pun baru beli, bukan saya ker yang lebih perlu meja belajar ni? w.pun nilainya kecik dan saya tak heran pun dan bukan nak sangat... tapi kalaulah pak hj hadiahkan saya satu benda ni pun dah cukup sgt.....berbesar hati sungguhlah saya....











Nampak tak jam digital kat dinding utk masuk waktu solat, baru beli tu salahker kalau beli dua, satu letak kat rumah saya? Tapi non ado...apa lagi saya nak tunggu? Komputer pun dah ada kat rumah kak aza ni tapi PC saya nak jugak ambik.....kenapa dengan saya berkira sangat bila saya pinjam laptop walhal saya beli laptop tu untuk dia pakai duit saya???? Sabar sangat saya ni!!!

Jam dinding ni dah lama dah, tapi dia beli jam ni masa dah kawin dengan saya, siap cerita lagi jam ni harga dua ratus lebih beli kat Bahau, setiap sejam boleh keluar muzik, dia cerita sebab dia dapat beli murah kononnya masa jual Cina tu mabuk kot [katanyalah], tapi bila saya suruh beli untuk rumah saya, tau apa jam dia belikan? Kalau nak tengok, skroll entri kat bawah, jam dinding yang dekat dapur tempat saya belajar tu, tulah jam yg dia belikan saya, saya letak dapur jer, sebab saya sendiri beli jam dinding harga RM 200, jugak ada bunyi setiap sejam, cuma tak sanggup nak beli yg macam ni sebab harganya mahal sangat.... saya punya simple jer...


Benda2 kecik ni memang nampak kecik dan remeh bagi yang tak duduk ditempat saya, tapi saya pelik kenapa dengan saya berkira sangat macam susah sgt, tapi kat sana sakan....sekurang2nya beli sehelai baju raya Hani atau saya pun dah cukup, betul tak? Ni...haprak...pasal gaji saya dah cukup tak perlu ker nak bagi semua2 tu...saya sebenarnya tak heran sangat pun tapi bila dah gaduh ni...benda kecik pun masuk perut saya!!! memang macam budak2 pemikiran saya tapi secara fizikal pun tak adil dah..agaknya dari segi perasaan sayang pada saya, saya dah jauh ketinggalan banding dengan kak aza kot? Nampak sangat dah " saya tak nampak dah dalam hati dia ada sayang pada saya...." macam abby cakap tu ler...





Dulu2 saya pernah cakap saya nak beli camera2 canggih2 sikit sebab saya minat mengambil gambar, tak kisahlah pemandangan ker potrait ker...tapi jawabnya gambar ni tak berapa elok sebab dalam islam sendiri bergambar2 ni tak digalakkan, amsih menjadi pertikaian...sedap jer jawabnya,kan? walhal saya nak ambik gambar suka2 jer...TAPI ni hah....saya jumpa gambar ni dalam pc ni....bulan september dah beli camera ni dah....mahal ke idak ni, dengan zoom apa semua? Rasanya seribu lebih kot? Semuanya dirahsiakan dari saya....apa motifnya? gambar2 banyak kat dalam pc ni...semua ambik pakai kamera ni lah kot...




Haaiii...nampaknya saya ni dah lama dah takde nilai...biaq pi lah, saya nekad jugaklah kot...langsung takde apa2 nilai..NIL, ZERO, memang bodoh sebab buat muka tak malu...dah orang buang kita, masih dok terhegeh2...lepas ni sudahlah weyyy....


Tapi hani ni selalu kacau emosi saya, semalam duk termenung lepas sampai rumah dari PD, bila tanya jawabnya, kakak nampak macam kereta ayah jer...buat sedih saya jer tau, semalam jumpa adik beradik dia bukan main happy lagi, yang 3 beradik tu Uda, kakak syakirah dan zubair bukan main lagi babai kat pagar, sedih sangat dia hani datang sekejap sangat...kalau tak fikir hani agaknya 4/5 tahun lepas dah menjanda kot!


Untuk Ummi, pantun tu kononnya dari hati Hani lah saya takde maknanya....saya tak rindu pada tuan haji, cuma saya rindu pada seorang 'suami'.....


Pohon cempaka buat berteduh


Sambil melangu bersedih hati


Jika suratan tiada jodoh,


Usah diragu, bulatkan hati...



Beli barang2 utk kat sana, dan tak beli utk saya sebenarnya isu lama, sebab selama ni saya memang tak kisah, tapi kalau lama2 hapa benda pun takde yang dibelinya...sedang kat sana tak berhenti2 membeli, apa citer....melampau lah tu, utk hani pun sama tau, hari tu hani menangis mengadu adik beradik sana tak bagi dia main Play Station 2 masa dia duk sana, Zubair jer dapat main...kesian hani. Saya datang saya pun nengoklah PS2 tu berapa harganya kalau nak belikan hani, mak oii RM 500 lebih rupanya harga tulis kat kotak dia tu, utk hani apa yang dibelinya? Dah berapa kali cakap nak belikan budak tu laptop bebudak punya tapi non ado....saya memang tak nak belikan sebab dah ayahnya janjikan? Takat ni adalah rabbit harga RM 10.00 masa hari jadi setahun...tulah satu2nya mainan yang pernah dibelikan...kalau kat sana....siap install segala mala CD education kat dalam pc tu....kat sini utk hani takde apa...takat main games online jer budak tu....saya bukan takleh buat, tapi nak nunggu bapak nya sebab bapaknya ada kepakaran kan...tapi gitulah dari setahun ke setahun dah nak masuk 6 tahun dah..apa2hal semua mak eh jer....terlalu berdikarai sangat gitulah jadiknya....tu saya tak citer lagi, depan porch semua ganti tiles baru dan pagar automatic baru, kat umah saya, flush rosak dan paip bocor pun buat tak tau...tak, saya bukan materaialistic...cuma saya melihat ketidakseimbangan....langsung tak balance.....itu luaran ajer..dalaman lagilah!!!!


Sorry eh..merepek, lega saya...esok exam paper LAW....doa teman2 katanya berkat...sila doakan saya....


Posted by Hijrah1429 at 11/13/2008 04:12:00 PM 8 cetusan rasa
Rabu, November 12, 2008
Hari ini dan saya dan hani
Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kata2 sokongan dan komen membina. Saya okay, masih okay, dah lebih sebulan hidup tanpa suami saya dah boleh sesuaikan diri sebenarnya cuma hormon hari ni menggila sikit maklumlah PMS...


Saya tension dengan laptop pak haji tu sebenarnya...sambil menaip tu dah tak tahan sangat saya menyumpah2 laptop tu w.pun banyak jasanya sebelum ni. Dah lama sebenarnya dia ada buat hal tapi saya boleh control lagi. Tapi dah 2/3 hari ni buat hal sampai terjejas saya tak boleh nak buat proposal tesis. Mangkuk ayun betul!


Minggu lepas dia buat hal saya dah bawak repair dan ingatkan sebab virus, saya beli ori anti virus, lepas tu buat hal lagi, saya bawak jumpa technician tu, depan tech tu dia tak buat hal, balik rumah dia buat hal. Masalah laptop tu...bila saya taip ....pakai dua jari jerlah kan, tapi respon dari keyboard tu macam ada 10 jari pulak menaip, sana berclick, sini menyala, sudahnya macam2 arahan dia dapat, saya yang pening, banyak kali jugak apa saya taip hilang, kalau word tu bolehlah undo, tapi kalau dah tertutup terus program tu, memang sakit jiwa! Nak update blog lagilah sengal...langsung takleh...melainkan dengan kesabaran tahap paling tinggi, tu pun cepat2 taip dan macam saya, yang dah boleh baca ragam dia saya taulah nak handle...tapi mana tahankan...dalam hati memang saya geram kat pak haji sebab masalah laptop dia ni dari dulu dah problem....tapi dia tak repair, dapat kat saya...tambah kronik....


So tadi saya bawak terus ke Acer service centre, saya suh check keyboard sebab budak kedai komp senawang cakap takde virus. Punyalah bengap budak acer tu dia check dia boleh cakap bukan sebab keyboard tapi sebab virus, dia suh reformat. Saya terus ke TESCO cari kedai komp dan hantar untuk format. Lepas hantar, saya ke McD makan bubur...tak habis bubur dia dah call kata masalah keyboard, sudahnya pi mai pi mai tang tu, ke Acer semula, dan terus order keyboard baru, jumaat atau isnin baru leh siap.


Kerja banyak, macamana ni? Pejabat tak sesuai dah nak guna komputer, rasa macam dah terasing pulak...lagipun komputer saya budak baru dah guna. Nak tak nak terpikir PC saya yang kat PD tu...saya pun sms pak hj just cakap saya nak pc tu, laptop rosak hantar servis, dia kata dia di serting, so saya dan-dan tu gi sekolah hani [jam 4] terus ambil dia terus pecut ke PD. Tulah citer saya hari ni, lepas ambik PC kami dua beranak jalan-jalan ke Teluk kemang, turun dari taman rumah kak aza jer terus masuk dataran kemang tu, hani yang beria nak ke pantai...



Boring jugak duduk kat pejabat baru saya ni sorang2, jadi pekerja dan jadi boss...hahahaa nilah pejabat saya merangkap tempat belajar saya, dapur saya ubahsuai lepas pak haji takde ni, kami dua beranak bukan ada aktiviti makan2 sangat, makan pun meja kecik hani kat depan tv jer...kalau ayah ada dulu takde can makan kat depan.....so dapur ni dah jadik pejabat saya lah...





Ni pejabat hani, saya letak kat depan supaya tak kacau ami, buku2 dia semua saya pindahkan dari bilik dia ke ruang tamu, jangan tengok tv jer, time belajar kena belajar...buku2 ni banyak dari set grolier ditambah buku2 sendiri...harga buku2 ni kalah harga buku ami...



Dan diperkenalkan anak kak aza yang terbaru, hani Sofiyyah, melepak putihnya pulak, pipi masyaallah tembam...jeles saya tengok kak aza dapat baby ni....ada macam rupa hani sikit masa kecik, bila cakap dengan kak aza dia jawab...mestilah, kan kakak dia...




Hani teruja nak membuai hani sofiyyah, saya boleh ambil gambar sebab kak aza kat dapur menggoreng sesuatu untuk hani...

Ummie yang baik [dah 48 hari] sempat menggorengkan nugget buat bekal anak tirinya, panas2 lagi tu...



Ammie dan hani, ambil gambar sendiri pakai self timer, sebab kurang sangat gambar kami berdua dan gambar saya lagilah kurang sebab takde sapa nak ambilkan, hani boleh ambil tapi masalahnya dia taknak tak sporting langsung...

Senja yang menenangkan, dah nak maghrib baru kami balik ke seremban....lega dapat bawak kereta jauh2 laju2 sambil buka cd anuar zain .....



Kak aza tadi macam nak tau dan nak korek apa yang terjadi antara saya dan pak hj [sy gerenti pak hj takkan cerita apapun kat dia], tapi saya tegas jer jawab, takde apa2 dah...bila nak datang lagi ni, dia tanya, takkan datang2 lagi kot...saya jawab macam tu jer....ego betul jawapan saya, tapi untuk meninggalkan sesuatu buat dia berfikir2 saya cerita hal hani demam rindu ayah....biar dia tertanya2 sendiri....dan boleh citer kat pak haji....


Semalu melata ditaman singgahsana
Pohon cemara berbalam cahaya
Rindu saya ciuman ayahanda
Gelora rasa dipendam saja

Posted by Hijrah1429 at 11/12/2008 08:53:00 PM 4 cetusan rasa
Luahkan...lontarkan..
Assalamualaikum w.b.t

Seksa melalui saat ini sangat mempengaruhi saya, PTK pulak mungkin tak dapat prgi sebab clash satu paper dengan presentation public speaking english. Kena buat surat pelepasan pada orang atas, takkan nak ubah jadual kursus tu utk saya sorang?

Urusetia kata ok tapi panel penilai tak tau lagi. Mungkin takde rezeki, cuma sedihlah nanti junior naik 48 saya kekal 44, tahun depan bulan 2 kena pergi, tak best jugak sebab sekali dengan junior....ntah2 clash dengan apa pulak nanti?

Saya benci melalui saat2 ni benci...kalaulah pak haji depan mata, saya nak kata, kalau saya fail exam...abanglah puncanya!!!

Tak boleh...saya tak boleh nak tukar situasi ni utk jadk motivasi utk saya belajar. Saya gagal dan lemas dlm emosi sendri. Masa kerja dulu lg ok emosi sy...hani pun kadang2 jadik mangsa luahan emosi nih!

Saya rasa nak jerit jer...eiii bodoh, napa kau buat aku macam ni?takde otak dan perasaan langsungkan....pentingkan diri sungguh...rasa macam dah tak sabar nak gi pejab agama...cepatlah abis exam...seksa...seksa...kdang rasa hilang kewarasan dan nak menjerit jer....kena carik org utk cakap ni..
Posted by Hijrah1429 at 11/12/2008 11:19:00 AM 8 cetusan rasa
Akhirnya
Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas saya pergi kedai hardware sebab nak beli aerial, dia jual tapi takmo pasang tapi dia ada bagi no ah peng yang sediakan pakej aerial. balik tu saya terus call dan dia pun datang hanya dengan seluar pendek siap bawak cucu kecik lagi dalam setahun kot, lar rupanya duduk dekat rumah jer, kat kg baru paroi, tapi pulak katayna kalau pasang aerial tetap susah dapat channel sebab kawasan rmah saya ni kan dekat dengan bukit putus/gunung angsi yang nak ke kuala pilah tu..patutlah semua bumbung ada astro, dan ada juga aerial yang tinggi, rupanya susah dapat channel.

Dari jun 2006 sampailah hari ni dapat tv3 jer, jadi masa makwe ada tu kesian kat dia, sebab ada beberapa rancangan tu, macam mengaji kat tv9 dia mmg tengok, kebetulan makan kat samuri sate di senawang tertengok rancangan tu, pandai dan sedap diorang ngaji. hani dan saya pun suka..

Ah peng cadangkan pasang astro sebab piring astro tu dah ada, hanya pasang decoder jer. So dah pasanglah astro, yerlah ayah takde, senang buat keputusan. Hani pun saya ambilkan channel mini, learning dan fun, saya pulak news, bayar bulan2 RM54. Banyak jugak tu, internet pun baru RM45.

So setakat ni hani tengok playhouse disney, oklah tu, tambahkan vocab english dia. Baru ni saya ada belikan ia set buku, masa dia konvo kat hotel hari tu banyak pameran dan jualan buku, saya memang dah lama cari set buku Grolier ni, sebab hani kan dah pandai tanya dan baca, banyak soalan dia yang saya rasa saya tak dapat jawab sebaik mngkin, jadi buku2 ni sesuai sangat dengan dia. Dengan permainan Fun Thinkers y
Posted by Hijrah1429 at 11/12/2008 06:29:00 AM 0 cetusan rasa
Selasa, November 11, 2008
Assalamualaikum w.b.t

Suatu masa dulu saya ada bergurau dengan pak haji yang mengatakan saya ada menyimpan semua resit dan perbelanjaan yang saya buat sepanjang perkahwinan ini. Dia senyum kelat jer, dan dia tahu bahawa saya ada 3 fail yang dalamnya semua perbelanjaan dan resit-resit saya simpan sejak kahwin 2001. Satu fail berkaitan dokumen rumah dan segalan berkaitan dengan rumah- dokumen pinjaman perumahan, bil api, air, internet, telefon, cukai tanah/pintu, indah water, resit pembelian dll. Satu lagi fail semua statement kredit card saya, dari 2000 saya guna dah ada 5 kad, tapi sekarang saya kekalkan satu jer, tu pun rasanya dah 2 tahun saya tak pernah pakai pun, dulu satu kad pak haji guna dan semua statement dia saya simpan dan saya dah tandakan pun di setiap statement tu yang pak haji guna. Sejak setahun lepas semua kad kredit saya pak haji pegang sebab saya yang suruh untuk elak saya belanja guna kad kredit. Sampai sekarang ada 3 kad kat dia lepas dia bagi saya pinjam 4k utk saya selesaikan hutang kad tu. Satu lagi fail lain-lain perkara seperti surat-menyurat berkaitan kereta, ASB, loan, statement bank lain-lain, slip gaji dari mula masuk kerja,

Saya yakin dia sendiri pun dah lupa kad tu ada pada dia. Dia pun kemana-mana bukan bawa beg duit, setakat bawa uncang yang isi kad penting2 [ic, ATM dan kad OKU utk kemudahan parking]dan duit belanja dia.
Posted by Hijrah1429 at 11/11/2008 03:13:00 AM 0 cetusan rasa
Isnin, November 10, 2008
haaaaiiii....ntahlah....
Assalamualaikum w.b.t

Sukar juga henda menipu perasaan sendiri. Walaupun setitik airmata saya gagal ditumpahkan namun dalam hati umpama bah melanda. Kerisauan dan kerunsingan saya tak dapat saya telah apa punca sebenarnya. Bukan sesungguhnya saya bersedih, bukan juga kecewa, tidaklah begitu hampa! Kalau sedih tentu saya menitskan air mata, kalau kecewa, tentu saya berdendam. Tidak semua perasaan itu saya gagal simpulkan apa sebenarnya yang saya rasa.

Cuma saya rasa kerunsingan dan tidak keruan yang tak tahu hujung pangkalnya. Susah betul ada perasaan macam ni. Semacam ada gemuruh dalam dada yang terasa nak diluahkan tapi tak tau pada siapa. Ada, saya memang ada kawan rapat yang tau cerita rumahtangga saya. Tapi saya tak rasa sms sebagai medium yang puas untuk meluah kesedihan saya.

Malam tadi jam 10.15, saya bawa Hani keluar. Kebetulan dia tidur jam 6 dan bangunnya 8.30 malam, dan kebetulan juga bubur kosong yang saya masak untuk makan malam kami berdua terhangit, maka saya ajak hani ke McD. Cadangnya hendak bungkus ajer, tapi bila sampai terus ikut kata hati, parking dan terus masuk. Habis makan, terus pandu dan cadangnya untuk terus pulang.

Tapi hati saya enggan pulang sebab kerunsingan. Saya pun terus memandu ke arah bandar. Entah kenapa kalau memandu saya rasa masalah saya macam hilang, macam dibawa angin pulak rasanya. Saya boleh lupa seketika, dan perasaan semasa memandu itu menyebabkan saya selesa. Kalau seorang malam tadi, saya rasa saya akan memandu masuk lebuhraya, biar lama-lma saya di atas jalanraya, biar beratus minyak kereta, asalkan perasaan saya selesa, pasti saya akan buat. Tapi memikirkan Hani yang bersekolah esok, saya pusing bandar, masuk ke lake garden dan ikut jer jalan yang saya suka, sudahnya dekat jam 12 baru kami balik.

Hani berkali2 cakap, ammie ikut jalan mana ni, kakak rasa kita tak pernah lalu jalan ni, kan ammie? hani memang pengingat jalan, kalau kemana2 untuk kali kedua, dia mesti akan ingat jalan tu, lagipun dia kan selalu mengekor saya, ke Kl, ke Johor, ke Melaka. Jalan2 dan tol2 memang dia dah boleh cam. jalan dalam seremban ni lagilah kacang pada dia. Cuma dia takdelah reti nak cakap nama tempat. Tapi bila saya masuk selekoh tertentu jer dia dah tau dah..ni nak ke situ, jalan ni nak ke sini....

Dia asyik tanya kenapa ammie ikut jalan ni, nanti kita tersesat...tapi takpe kalau kita tersesat ame boleh baca YA HADIY...nanti Allah bagi petunjuk jalan yang benar...hani memang belajar nama2 allah dan maknanya, hari tu dia baca YA SALAM, nak bagi selamat katanya, selamat untuk kedua ibu bapa [hani ni selalu buat saya sedih dan bangga, juga kata2nya bagi kekuatan]saya diam jer...tapi bila dah banyak kali saya cakaplah ...ammie runsinglah...runsing tu apa ammie..kakak tak fahamlah....ammie runsing sebab hal ammie dengan ayah nilah...kakak ingat senang ke ammie nak lalui benda ni...tengah runsing tu, dia bagi pandangan yang buat saya rasa dia ni faham ker tak faham! Hani boleh cakap, ammie janganlah risau, mana tau nanti ayah mesej ami ayah cakap minta maaf ker, tak jadi berpisah ker...barulah ami tak risau....KAKAK!...ayah memang dah nak berpisah dengan ammie lah..takde mesej2 dah!

Tak taulah saya dalam hati hani masih menaruh harapan untuk kami bersama lagi. Tapi saya hari2 pagi petang siang malam cakap dengan dia yang dia tetap anak ami dan ayah, dia kena sayang dua2, walaupun setiap kali saya cakap dia mesti bagi reaksi negatif, kadang2 dia jawab, kakak taknak dengar hal ayah lagi, ammi ni asyik cakap hal ayah jer...kadang2 dia kata, kakak nak duduk dengan ammie jer, taknak pergi rumah ummie, kan kakak boleh mesej dengan ayah jer....

Saya tak taulah kenapa dia kasihan benar dengan saya...taknak langsung tinggalkan saya, taknak ikut ayah nanti...walaupun saya tau dalam hati dia takdelah kisah sangat sebenarnya kalau duduk rumah ummie pun nanti, mulut jer dia cakap macam tu, tapi kalau dah ke sana tak ingat nak balik. Akhir2 ni, mulut dia asyiklah cakap, kakak rasakan macam kat rumah ummielah pulak...tu bila saya buka CD lagu2 nasyid atau buka IKIM.FM dalam kereta, yerlah kat rumah umikan selalu bukak IKIM.FM, dan ada jalan tertentu dalam seremban ni, dia akan cakap kakak rasa jalan ni macam jalan nak gi rumah ummie jer...[maksud dia jalan dari labuhraya s'ban-PD-Teluk Kemang]. Itu menunjukkan rumah ummie memang dekat dengan hati dia. malam tadi masa pusing2 tu lagilah, adalah minyak angin kat dalam kereta tu, dia siap tanya, ni ammie punyaker? Saya kata yerlah, dan tanya kenapa, bau dia ni macam bau yang ummie selalu pakai jer...yerlah saya tau kak aza memang ada jer minyak geliga kat rumah dia, apa2 mesti dia sapu minyak geliga...hani pun dah faham sangat...

Masa makwe ada kat sini, hani pun berlakon sama, buat2 takde apa2 berlaku antara saya dengan ayah, sayalah yang warning dia beberapa kali, janagn cerita apapun, dengan alasan nanti makwe risau...dia pun faham, tapi dah kata budak,kan...bila ada 'sengketa' antara saya dengan dia, siap diugutnya saya..nanti kakak cakap dengan makwe....eiii geram betul saya....tu yang saya rasa makwe kena balik kampung dalam tempoh ni, takut pecah lubang sebab mulut hani! Ada sekali tu.saya dengar makwe tanya dia, kenapa ayah lama sangat tak balik [saya tau makwe dapat baca situasi saya sebab dalam tempoh makwe ada, dua kali kawan saya datang rumah, adalah sikit kami borak2 hal saya dengan pak hj kat dapur perlahan2, ntah2 dalam borak2 tu, makwe dapat tangkap jugak...hani siap macam terkejut bila makwe tanya, terus berlari2 ke dapur carik saya, tanya..ammie makwe tanya pasal ayahlah...apa kakak nak jawab ni??? kan dah ketara tu...tersengih2 dia berlari ke dapur...issshhhhkkk budak ni...nampak sangat di mata makwe macam ada tak kena,kan? Lagipun mungkin makwe tak nampak langsung ayah call saya atau hani, sbab biasanya mesti dia akan call...

Memang pelik pada mata umum kenapa saya tak share dengan mak saya masalah saya, tapi sebab saya tak mulakan dari mula, adalah juga sangat pelik kalau saya nak cerita pada tahap ni. Dari 2000 saya kenal pak hj, dan 2001 saya nikah, memang sekelumit pun mak saya tak pernah dengar saya ada masalah, sikitpun pergolakan saya mak saya tak pernah tau, takkan dah nak masuk 8 tahun ni baru saya nak cerita, nanti saya tak tercerita pulak...mesti dia akan tanya macam2...tu baru mak, nanti2 heboh ke kakak, abang ipar dan segala macam nanti....lagi berat saya nak tanggung. Biarlah saya jer yang tanggung buat masa ni...tak taulah kalau ada yang kenal saya dan baca cerita dalam blog ni cerita kat keluarga saya pulak...ada yang kenal saya di luar alam maya ker? Setakat ni, saya tak nampak masalah pun kalau saya rahsiakan penceraian ni...semuanya sama...pak hj pun jarang balik kampung...

Saya ingat kan, lepas saya selelsaikan isu pak hj tinggalkan saya dan hani macam tu jer, dan sekarang persetujuan untuk bercerai dicapai, hati saya akan senang dan bolehlah tumpukan pada study, rupanya susah yang amat...lagilah hati saya gelisah otak saya beku, badan saya lemah, runsing yang amat...baca Quran pun macam tu jugak...asyiklah nak termenung..macam best jer dapat termenung.... atas sejadahlah, depan laptoplah...kadang sama tengok tv pun otak melayang jer...masa ni hani mesti marah sebab klau dia cakap, saya buat tak tau jer...kesian dia, mesti merajuk lepas tu...kadang saya buat tak layan jer...dah dua hari makwe takde, penat pulak saya nak layan dia cakap dan main...

Buat masa ni tak boleh nak jalan2lah sebab nak peksa kan, tu yang tambah meroyan tu...macam abby abadi tu, ok jer kan..yerlah sibuk dengan anak 3 orang baby lagi pulak tu, job pun melambak2 dapat kot sebab orang kesian kat dia...macam saya ni terkurung dua beranak dalam rumah, sapa yang tau..yang baca2 blog ni jerlah yang faham agaknya...apapun saya sangat berterima kasih pada komen2 yang seikhlasnya beri saya kekuatan, sebab apa yang dikomen tu sebenarnya tulah yang saya nak dengar sebab otak saya ni tak boleh nak fikir ke depan...macam dah beku, statik jer...ntah kenapa saya masih juga rasa yang saya tak patut berpisah, perasaan yang dulu2 tu masih terbawa2, masih ada bisikan yang suruh saya minta maaf, merayu2, mengaku salah dan berbaik balik...saya rasa saya yang tak baik, tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna, dan paling haru saya rasa kalau berpisah ni, sampai ke tua lah saya dan hani akan kesunyian dan kemana2 berdua jer...takde ruang dah untuk kami macam dulu...saya takper sebab dah tua, untuk hani saya kesian sangat kat dia...takkanlah kemana-mana saya jer..tak berkembang hidup dia..saya tak tau nak buat apa...mungkin kak zar kata, rapat dengan keluarga...saya rasa tu pun mungkin jalan terbaik...cuma lepas2 ni, saya tak tau diposting kemana pulak bila dah habis belajar ni...
Posted by Hijrah1429 at 11/10/2008 05:31:00 AM 9 cetusan rasa
Ahad, November 09, 2008
REALITI INI
Assalamualaikum w.b.t


SUKARNYA MELUPAKAN KENANGAN DAN BETAPA PERASAAN SEDIH INI PERLU DIBAWA KEMANA-MANA. KENAPA DALAM HATI SAYA MASIH ADA RASA YANG SAYA BERSALAH DAN SAYA TAK PATUT TERUS MENGALAH. SAYA TERPAKSA MEMINTA ANAK SAUDARA, BAWA KERETA SAYA BAWA BALIK KE KG DAN BAWA MAK SAYA SEKALI KERANA SAYA DAH TAK PANDAI NAK SOROK PERASAAN DAN EMOSI SAYA TERUTAMA BILA MAK SAYA MULA BERTANYA PADA HANI, MANA AYAH? MAK SAYA MACAM TAK PERCAYA YANG SAYA KATA SUAMI SAYA 'KELUAR'.

SEJAK PAGI SEMALAM KAMI TINGGAL BERDUA DAN SAYA BETUL-BETUL RASA BOSAN DAN TAK KERUAN. SEMUA PERKARA YANG NAK DILAKUKAN JADI SERBA TAK KENA. MALAM TADI SAYA TANYA HANI ADA TAK DIA RASA KESUNYIAN KE, RASA BOSAN KE SEBAB DAH SEBULAN TINGGAL BERDUA JER. DIA TERMENUNG SEKEJAP DAN EPAS TU JAWAB...'HA'AH LAH AMMIE ADA RASA MACAM BORING SIKIT...', LEPAS TU SAYA CAKAPLAH DENGAN DIA, YANG LEPAS NI BOLEHLA PERGI RUMAH UMI DUDUK DENGAN AYAH...DIA TAKMO...PASTU DIA BOLEH CAKAP PULAK, KALAU KITA BORING, KITA AJAKLAH LELAKI LAIN DUDUK DENGAN KTA...SAYA KATA EH..MANA BOLEH, DIA BOLEH AJWAB..AMMIE KAWINLAH DENGAN LELAKI LAIN, NANTI BOLEH DAPA BABY...SAYA JAWAB KAT DIA...HA'AH EK....BETUL JUGAK TU..PASTU KAMI DA2 GELAK...

JAUH BETUL FIKIR HANI, SAMPAI SUH KAWIN LAIN SEBAB NAK DAPAT BABY....SAYA PLAK DUK FIKIR NAK BUAT APA LEPAS NI SUPAYA HIDUP TAK KEKOSONGAN. SAYA BANYAK JUGAK PERANCANGAN, DAH MULA SESIKIT PUN, SAYA KELUAR MODAL BELI BARANG2 MACAM KAIN BATIK,CADAR KAIN ELA DAN SURUH KAKAK KAT KAMPUNG JUALKAN SECARA HUTANG. UNTUNG SAYA SURUH DIA AMBIL DULU BUAT PERMULAAN NI. SAYA DAH SURUH ANAK SADARA BAWA BALIK SEMALAM, TU YANG DIA BAWA KERETA SAYA TU.

LEPAS NI BOLEHLAH MULA AKTIF, SETAKAT NI SAYA BELI AREA SINI JER, LEPAS2 NI BOLELLAH KE NILAI 3 DAN KL, CARI2 BARANG, BELI CARA ONLINE PUN BOLEH JUGA MACAM TUDUNGKE...BANYAK BENDA BOLEH JUAL KAT KAMPUNG TU, KALAU TAK TAKKAN PENIAGA DARI KEMBOJA DAN PAKISTAN BOLEH JUAL HUTANG MACAM2 DENGAN HARGA YANG BERGANDA2 MAHALNYA DAN ORANG KAMPUNG BOLEH PULAK BELI...BAIK SAYA SURUH KAKAK SAYA BERNIAGA, DIA PUN TAK KERJA.

TUKAR TEMPLATE, SAJA CUBA, SEMENTARA JER...
Posted by Hijrah1429 at 11/09/2008 08:39:00 AM 7 cetusan rasa
Jumaat, November 07, 2008
Segalanya hampir pasti
Assalamualaikum w.b.t


Hari ni, Jumaat...segalanya hampir mencapai kata putus. Telah ada consensus antara kami, iaitu kami akan bercerai juga akhirnya dan tarikhnya 25 November ini. Sebab tu tarikh terawal yang saya free. Dari 17-20 saya exam. Dalam pada tu, 18-24 saya kena hadir ke kursus PTK pulak di Sepang, tak taulah macamana boleh clash dua exam tu. Saya pun pening nak fikir, harap saya dapat pelepasan. tadi pulak baru dapat sapina kena hadir bicara 21 nov tu, di mahkamah melaka pulak tu...



Hani pun saya dah beritahu keputusan mak ayahnya. Tak habis cakap lagi, dia dah kata...kakak tau, kakak faham...baguslah..faham sangat dah anak gadis ni. Tadi jugak terbuka pintu hati dia nak sms auah, dia taip sendiri, KAKAK SAYANG AYAH...dan ayah balas, NANTI AYAH DATANG AMBIL KAKAK...



Saya juga dah sms ayah petang tadi dan saya katakan, kalau berpisah ni, janganlah harapnya bermusuh2 macam dengan 1st wife nya sebab saya takmau hani putus kasih sayang dengan ayahnya walaupun saya putus kasih dengan suami...walaupun tak berbalas mesej itu, saya tau hasrat saya sampai ke sasarannya.



Itulah pengakhiran hubungan ini dan kalaulah semuanya menjadi realiti maka saya sendiri tak pasti samaada saya perlu bersedih atau neutral atau ntah apa-apa...



walaupun saya cuba berlagak neutral, tapi jauh disudut hati saya sedih yang amat....tadi saya belek album lama...banyaknya kenangan indah...yerlah kenangan pahit mana ada kita rakamkan, yang indah2 ajer dalam album tu...



Semasa menaip entry ini bukan perasaan sebenar saya sebab saya tak sempat duduk hayati lagi sejak ayah sms saya petang tadi..."bagus cadangan tu (nak cerai maksud dia) lagi cepat lagi baik" mak dan anak saudara dari uitm s.alam ada di rumah...kena sorokkan emosi dan tak sempat fikir dalam2 apa yang berlaku sekarang...
Posted by Hijrah1429 at 11/07/2008 09:13:00 PM 7 cetusan rasa
Khamis, November 06, 2008
Graduation Day part 2














Posted by Hijrah1429 at 11/06/2008 03:57:00 PM 3 cetusan rasa
Graduation Day part 1
Assalamualaikum w.b.t




Tadika Hani punya graduation Day pada 1 November, kira minggu terakhir tu sepanjang minggu hani demam, 3 hari dia cuti minggu yang nak konvo tu. Saya ingat demam dia tak kebah dan tak dapatlah dia hadirkan diri ke konvo tu, tapi khamis tu nampak dah macam ok dan sah bukan demam denggi lepas hari rabu saya bawak ke klnik kesihatan untuk ambil darah, saya pun ke office tadika Hani booking untuk tea break 3 kepala saya, Hani dan mak saya. Utk tea break bayarnya Rm 29/per head, utk lunch tengahari bayar RM 50. Tapi sebab Hani tak terima skroll tamat sekolah, dia terlibat dalam persembahan dan terima anugerah tamat bacaan jer saya pergi sebelah pagi jer. Meriahnya sepajanjang saya hadir dari jam 8 sampai 1 tengahari tu. Betul2 kanak2 ni diraikan. Seronoknya tengok anak2 ni dapat macam2 anugerah- Anugeraj akhlak baik, anugerah cemerlang berpuasa, anugerah kebersihan, kerajinan, cemerlang terawikh, hafalan doa,Quran, ishhh macam2 lagilah....sebab sekolah ni, mula dari 0-3 tahun, 4/5 tahun, 6 tahun dan after school...ramailah yang terlibat dan ada jugak cawangan di KL...




Wah panjang beritanya kan...so tengok gambar jerlah ...




Hani, syirah, Sabrina, Nurul Iman



















>

Posted by Hijrah1429 at 11/06/2008 09:32:00 AM 4 cetusan rasa
Rabu, November 05, 2008
Demam
Ni masa hujung2 demam tu, hari ke 8 rasanya...Hani tu bukan tutup dengan selimut tu tapi dengan baju pagoda ayah yang belum basuh, saya terjumpa tepi katil....mujur ada juga sehelai...kalau perasan muka hani dan keliling mata dia lebam dan cengkung masa demam ni....

Masa ni mana dia pergi mesti dia lepak, ni tengah tonton Tv dia tertidur atas sofa....








Posted by Hijrah1429 at 11/05/2008 12:50:00 PM 4 cetusan rasa
Aksi Hani Hari Raya



Dari kiri, kak uda, Along, Hani, Abang Amir dan

kak Ngah



Hani bersama kak ngah dan kak Uda



Pagi raya pertama



Macam biasa, sebab malas ambik gambar dan sibuk memanjang, ni jerlah yang ada....lain2 gambar dalam camera anak saudara di Johor....raya kali ni hani dah boleh masuk geng kak ngah dan kak Uda, siap dari raya pertama hingga ketiga, jalan dari rumah ke rumah, yang lawaknya kak uda dan kak ngah cerita tipa rumah yang hani pergi dia akan makan sejenis kuih jer, lepas tu mesti minta air masak putih....yerlah hani tak minum ir2 lain melainkan milo ais dan 100 pls ajer...dan setiap rumah yang ada buka TV tu, hani akan duduk depan tv, tak hirau benda lain... tu kalau citer dia minatlah...ntah raya ke berapa agaknya masa dia beraya tu, ada cerita CONAN...hani siap taknak bangun2 dan taknak balik nak tunggu citer CONAN habis....kelakr betullah.....
Posted by Hijrah1429 at 11/05/2008 12:32:00 PM 3 cetusan rasa
Sabtu, November 01, 2008
Graduation Day Tadika Hani
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tadika Hani prize giving & Garaduation Day. Hani tak garduate lagi, tapi Hani masuk persembahan. Saya pun sama-samalah meraikan hari gembira dia. Saya tak ambil tahu sangat peristiwa graduation day ni sebab masalah sendiri tak abis. Ada cadangan tak nak pergi tapi cikgu Hani suruh pergi jugak, saya pun pergilah...kesian Hani kalau tak pergi. Saya bawa mak sekali, so takdelah keseorangan dalam dewan tu...dikelilingi pasangan ibu bapa lain dan anak masing2....sedihkan kalau duduk sensorang sebab memasing yg lain sibuk uruskan anak2 yg lain/baby memasing....


Hani masuk dikir barat dan percussion band. Tapi saya tak dapat ambil gambar dari dekatlah sebab ramai sangat yg ke depan, kesian plak yang kat belakang2 tu kalau ramai block....lagipun katanya ada profesional photographer...tunggu jerlah...

Saya tak membaca buku programnya, dan saya tak sangka pula hani pun ada dapat anugerah. Tup2 naik ke pentas ambil piala. Lagipun saya tau hani pun jenis pemalu dan sopan sikit, rupanya dalam banyak2 anugerah ada terselit nama dia untuk dapat anugerah cemerlang tamat bacaan cahayaku (boleh membaca). Dari 20 (saya agak2) pelajar kelas di cawangan dia tu, 13 jer yang tamat cahayaku ni, ada yang tak dapat tamat, alhamdulillah walaupun hani masuk lewat dan ketinggalan 3 bulan dari pelajar lain dapat jugak dia tamatkan bacaan dan dapat membaca dengan cemerlangnya sekarang. Bangga jugaklah....heheee....yerlah kalau banding maknya yang tak tadika langsung ni...7 tahun baru kenal huruf!

Apa jadahnya streamyx susah bebenor nak upload gambar ni...penat menunggu nih!

Posted by Hijrah1429 at 11/01/2008 08:54:00 PM 0 cetusan rasa
Labels: hani, tadika
Siri-siri kesabaran saya
Assalamualaikum w.b.t

Siri-siri kesabaran saya dalam entry sebelum ini;




Gaduh 1: 26 Julai 2007
Nota : Monolog untuk diri

Melangkau 10 hari tak ada jawapan pasti sudah buatkan hati saya resah. Jangkaan saya bahawa masalah ini akan berlarutan lebih lama nampaknya berasas. Selagi saya tidak mengambil langkah pro aktif selagi itulah keadaan ini akan membelenggu diri.

Apa lagi yang mampu dan daya saya buat? Semua saya telah serah dan korban hingga tiada apa lagi dalam hati ini....

Ada isteri yang sanggup buat seperti apa saya buat? Katakan pada saya apa yang saya tidak buat lagi, katakanlah abang...biar saya lunaskan apa kemahuan abang!

Ada saya meminta dan merayu bantuan abang menjaga saya ketika saya mengandung sepanjang 9 bulan? Ada saya ditemani tatkala saya merintih keseorangan di malam hari menjaga anak demam dan menangis tak henti? Pernah abang menemani saya ke klinik di kala masing2 ibu lain yang membawa baby ditemani suami? Tidak sekalipun bang. Hanya saya susah payah kemana-mana berdua dari kecil hinggalah sekarang...

Abang tau berapa banyak saya menitiskan air mata ini hanya kerana sengketa kita?

Adakah saya bebani abang kemahuan bukan-bukan, rantai dan gelang atau emas keliling badan? Malah yang asas walaupun setin susu anak tidak pernah saya minta abang penuhi kiranya kehabisan. Apatah lagi sehelai baju Hani! Untuk saya jauh sekali...

Tidak, saya tidak pernah minta abang apa-apa sebagaimana sepatutnya isteri2 yang lain minta selayaknya pada suami...malah keperluan makan dan pakai abang tidak juga gagal saya sempurnakan...

Saya tidak pernah membebani abang keperluan asas saya, tempat berteduh dari dulu hingga kini tak pernah saya gagal sediakan untuk kita bertiga. Beras dan lauk juga sehingga ini tidaklah pernah terputus walaupun tidaklah sehebat mana...

Hanya diri abang, diri dan perasaan dan kasih sayang dan perhatian abang sekelumit sahaja yang saya pinta... bukan yang lain-lain...tidak pernah saya harapkan lebih dari apa yang abang mampu berikan...

Tidak berhakkah saya bersuara walaupun mungkin itu sedikit menyakitkan perasaan abang. Tidak bolehkah abang bersabar sedikit dengan isteri yang telah buat segala-galanya untuk keluarga ini?

Bukan niat saya mengecilkan hati atau menafikan hak abang sebagai suami, jauh sekali tidak hormat... cuma barangkali sesekali saya perlu luahkan isi hati...berkongsi perasaan saya, penat dan benci, marah dan sakit hati, risau dan jauh hati....kadang2 saya ingin berkongsi rasa, bukan bermakna saya menyalahkan abang untuk segalanya, adakah itu pun diharamkan di sisi abang?

Bukankah suami isteri itu memberi dan menerima? Saling lengkap melengkapi? Saling sabar dan bertolak ansur. Saling dengar dan menasihati. Bukan semberono marah dan merajuk hati...

Betul pesan emak saya semasa zaman saya anak dara, memang mak halang pada awalnya berkawin dengan abang, walaupun alasannya tidaklah sekuat mana, tapi alasannya itulah yang membuat saya makan hati dari dulu sampailah sekarang.

Emak pesan, kalau khwin suami orang ni, kalau kita bergaduh, dia ada pilihan, pasti dia akan pergi ke rumah isteri yang satu lagi...berbeza orang yang hanya beristeri satu, bergaduh macamana pun dia takkan ada pilihan....ke rumah isteri itulah yang dia akan balik"

Kenapa itu pemikiran yang mak saya ada? Abang, adakah kata2 mak itu berupa doa? Nyata telahan mak saya berasas bang...itulah natijahnya yang saya rasa sekarang...dan mak tak pernah tahu bahawa anak bongsunya ini melalui tempoh masa 6 tahun ini dengan keadaan ini...
. Suara hati dan pemikiran siti detik 7/26/2007 01:44:00 AM



Tarikh : 3 April 2008

Entah kali ini, tak tau apa bezanya...dulu lembut benar hati saya untuk memujuk dan mengaku salah. Kali ni ego saya bukan main tinggi lagi... dan saya rasa macam betuo2 saya dipihak teraniaya kali ni.

bagaimanapun jam 11 malamnya saya sms tanya "betulke taknak balik sini lagi" (sebab ini yg hani bagitau saya lepas dia cakap dengan ayah dia). Lama juga saya baru terima balasan dengan jawapan "tak minat nak layan orang yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri"...(ada lagi sebaris ayat yg saya tak tergamak nak tulis dan bagitau kat sini)

Tergamam mula2 baca dan terus bergenang air mata buat pertama kali lepas 3 minggu ni. memang saya dah agak ini respond yg saya akan terima. Kata2 pedas dan tajam...itu normal. Tak pernah dan jangan mimpi yang dia akan minta maaf dan mengaku salah. nak membayangkan yang dia bagi reaksi neutral (tak menyalahkan dan tak mengungkit salah saya) pun tak usah haraplah.

yang saya benci setiap kali gaduh, patutnya hanya isu yg digaduhkan ajer dibangkitkan tapi dia setiap kali gaduh isu dari awal kahwin dibangkitkan. Saya malas nak layan sebab kalau dua2 pihak bangkitkan isu yg dikumpul dari 2 Jun 2001 sampai 2008 ni...setahun gaduh pun tak habis!

Nikmat apa yg saya tak syukur?

isunya dia bersyukur tak dapat saya ni?

saya tak pernah tergedi2 nak kawin dulu....(ikhlas sebenarnya...malah sentiasa terfikir takmo kawin langsung) tapi 'sebab dia' yg nak sangat kawin dan yakinkan saya kawin jalan keluar terbaik saya terpaksa dan memaksa diri....disamping ada sebab2 lain yg Allah jer mengatahui...

Maka saya kahwin juga....dan tempoh ni (kahwin) adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya, terutama kehidupan suami dan kehidupan kerja saya adalah dua benda yang kontra! Saya tempuh dan cuba temukan dua garisan selari ni.

cabaran, kritikan, kutukan, syarahan dan tohmahan pelbagai yang diberi suami pada saya. Kadang2 saya balas (tu yg jadi gaduh), kadang2 saya telan. penghujungnya saya tak nak cerita dan buat tak tau pasal kerja depan dia...tapi bila dia takde, saya buat kerja macamana yg sepatutnya.

Bila dia sakit, saya masih di sisi. Walau apapun dalam hati dia kata dan fikir, saya tetap pertahan rumahtangga. Kadang2 dia kata saya tak hormat dia, sebab saya ada pangkat (dunia jer) dah banyak gaji (kalau banding dgn pencen dia agaknya), dia tempelak saya katanya kat pejabat marah orang kat rumah pun nak marah suami... macam2lah...

Dia suruh saya berhenti (memang saya nakpun) tapi kalau cakap kosong dan kalau ikut cara dia sekarang...mampu ker? (dalam hati saya tetap yakin Allah yg beri rezeki bukan kerja yg menghidupkan saya) tapi at least ada sesuatu menunggu jika saya berhenti.

~Dengan hidup saya dan Hani yang dari lahir bergantung pencarian hidup dengan gaji saya semata-mata, tak bersyukur lagi ker saya?

~Dengan makan pakai saya dan Hani dan dia juga saya yang tanggung, dan saya tak pernah minta duit nafkah (nafkah batin jer saya harapkan) tak bersyukurker saya?

~dengan bayar rumah, sakit pening, kereta rosak, bil segala-galanya dipundak saya, dan tak pernah minta duit dan titik peluh dia membantu, tak bersyukur ker saya?

~sejak dua tahun ni dia hanya datang untuk tengok anak dan saya rabu tu pun dan 11 malam, sabtu pun lepas 10 malam dan ahad jer yg penuh....saya sabar dan okay jer...tu pun saya dikata
tak bersyukur juga...




Tarikh : 27 November 2006




Kerap saya disalahkan apa-apa sahaja... malas mahu bercerita, hanya memburukkan apa yang sedia buruk. Salah saya sememenagnya ada, namun bukan saya pinta untuk mendapat layanan sempurna tetapi saya tak pernah mendapat yang seadilnya. Tak pernah dapat bersuara, sekiranya "berani mati" bersuara ancaman cerai sahaja modalnya. Cuma saya sahaja belum berani menyahut cabaran itu. Terbaru, "kalau kau nak cerai balik ni pun aku boleh ceraikan"!. "Apa abang cakap ni?" Itu sahaja soalan yang mampu sya keluarkan. Sudah biasa sebenarnya sudah terlalu biasa dengan ancaman itu. "Kau tau tak aku korbankan perasaan dia, pecahkan hati dia semata-mata nak kawin dengan engkau", itulah alasannya lagi dan lagi... perasaan isterinya yang satau itulah yang dipentingkannya. Korban perasaan saya, ibu bapa saya dan korban perasaan hani yang jarang dapat bersamanya tidak pernah difikirkannya. Kali ini nekad, sekiranya diizinkan Allah, biarlah saya hidup berdua sahaja dengan Hani, tidak ada apa-apa yang rugi, melainkan Hani akan kurang masa dengan ayahnya, itu saya akan uruskan. Kiranya ada masa yang sesuai dia akan saya titipkan pad ayahnya.




Posted by Hijrah1429 at 11/01/2008 02:58:00 PM 0 cetusan rasa
Disember 2008 Oktober 2008 Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)