Wednesday, May 13, 2009

Saya di Singapura

Assalamualaikum w.b.t


Dari ahad lepas saya dan 8 coursemate lain serta dua pensyarah kami dan seorang penyelaras dari Akademi latihan kami berada di sini. Bermula isnin jadual kami penuh. Hari isnin sepanjang hari kami di CPIB, Corrupt Practice Investigation Bureau, selasa pula seharian di Singapore Police Force dan hari ni kami ke Pulau Sentosa, mendengar taklimat dari Capital Land, developer terbesar disini yang turut memiliki pusat membeli belah d Malaysia iaitu Sg wang, mines dan ntah apa satu lagi.


Apa yang saya perhatikan singapura sangat maju, bukan sahaja maju dari segi pembangunan tapi dari segi pembangunan insan, setiap lapisan masyarakat dibangunkan bukan dengan menekankan kepentingan individu tetapi mengutamakan kepentingan society. Setiap kali pembentangan dan sessi soal jawab kita dapat melihat ada semacam pegangan nilai yang sama pada semua mereka, begitu juga bla kami menemubual secara tak rasmi penduduk singapura...semuanya mengatakan dasar kerajaan yang /zero tolerance' menjadikan apa yang singapura ada pada hari ini....


Mereka zero tolerance dalam semua hal, kalau suka duduk di sini, kalau tak suka boleh pergi, undang2 sangat ketat, sapa yang langgar denda dan hukuman menanti...kaedah kawalan sosial disini dbantu dengan alat tekonologi terkini, camera cctv dimana2....eh macam2 benda dalam kepala ni....saya rsa semua tau tentang singapura bila mereka datang ke sini....tapi kami berbeza kami ke sini kami jumpa mereka yang berada di front liner...kmi buat bechmarking tentang meraka...segala2nya...tentang kenapa singapura berjaya selepas keluar dari m'sia?


Dalam 4 hari ni macam2 kami makan kat sini...tapi kat sini pilihan makanan halal bagi saya agak meragukan. hari isnin hari tu saya turun makan kat hotel, tengok lepas makan roti dua keping, second round tengok ada 'pork bacon' sebaris dengan bekas kuew tiow...terus mati selera...dan saya tak turun2 sarapan lagi sampai hari ni...


Makan kami hari2 kat tenpat yang dipilih travel agent jer....dua hari makan di Takasyimaya, restoran Korea dan jepun, pastu makan di restoran india di Toko Mustafa, makan sup tulang di jalan sultan, juga makan fish and chips di Clark Quay...pastu kami juga ke pulau sentosa....


Hari ni saya ambil peluang ronda dengan roomate sepanjang Orchad Road, kami jalan dari Takasyimaya sampai ke John Little, masuk ke Robinson pastu jalan2 kedepan lagi, nak membeli ongkosnya terhad, saya hanya belikan buku2 kanak2 buat hani....


Kak aza ada called saya dan kami bertukar2 sms, Sofiyyah masuk hospital rupanya, demam panas...pagi tadi kak aza kata doc cakap macam nampak kuning...dia suh saya doa kan ajer...hani happy kat sana....lagipun mak kak aza duk umah kak aza sepanjang suami takde ni, so maid mak dia adalah bantu2 kak aza perhtikan anak2..termasuklah hani...


Saya pun dah belikan kak aza souvenior, anak2 punya pun dah beli....untuk saya jer takde...kalau saya ada kat sana, boleh juga bantu jaga budak2 kat rumah tu..tapi tok ada pun okaylah jugak....


Buat masa ni saya kurang komunikasi dengan suami. malas nak sms sgt sebab nanti bila sms terasa rindu pulak, saya memang macam ni bila masuk 2/3 tempoh masa dia keluar 40 hari saya mulalah teringat2....tu yg malas nak sms...tapi suami ada sms, biasalah kalau keluar sms dia panjang sikit...


"apa khabar orang singapura, iman macamana, turun ker naik?" ni dia tanya saya sebab saya bagitau dia hal2 kawan kat sini yang tak jaga sangat pasal makanan halal@tidak ni....


Hal dunia jangan dirisau, hal padang mahsyar, neraka dan pembalasan disana nanti yang perlu sangat2 dirisaukan"...ni bila saya kaya yang saya risau hal di isngapura yg memerlukan kami bersola jawab hal2 benchmarking dengan pihak disini...



So, itu jerlah cerita saya disingapura...penat menaip dari atas katil sebab line ni free, bila bawak lappy atas meja line putus lak....





Wassalam

Wednesday, May 6, 2009

Mari belajar doa

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni Ustazah nak ajar baca doa yer....jom baca sama-sama....





Dah duduk dua beranak sampai muak, apa lagi kerja kami,kan? Exam pun dah habih...maka bergurau sendalah seadanya. Main ambik gambar, video, gelak2...bila lapar pepandailah masak ker kuar makan ker...hahahaaa...kalau anak dara ni takde memang bosanlah jawabnya!


Ok, ni ustazah nak ajar baca doa masuk tandas pulak....jom baca....ikut ustazah...





Harap-harap jadik Doktor yang boleh merangkap ustazahlah anak dara saya ni....amiiinnn

Tuesday, May 5, 2009

Tua dan jauh di mata jauh dihati

Assalamualaikum w.b.t


10 may ni genap umur saya 35 tahun yer.....tua sangat-sangat-sangat dah rasanya. Baru ni ada beli beg sandang belakang brand HILLY, tak tau napa beli, mungkin sebab jenamanya Hilly iaitu jenama kegemaran saya.....so bila nampa yg ala-ala berkenan terus grab jer....walaupun sebenarnya dah lama nak beli dari umur muda2 tapi dah tua camni baru terbeli pulak.....pastu bila nak bawa terasa pulak macam dah lari tema, rasa beg tu sesuai tuk muda2 remaja jer....tapi tak kesahlah kan sebab kononnya masih belajar, just untuk ke kelas...so sapa ada kesah?



Beli beg tu sebab senang nak bawa dua beg~satu beg lappy, sebelah bahu, pastu beg tu isi charger, pencil case dan purse..serta lain2 benda2 kecik ni....sandang belakang....disebabkan harganya leh tahan jugalah walaupun rupanya idakler lawa tapi sebab dah termelabur pakai jugaklah....pak haji masa nampak tag harga JJ tertulis RM263 tu dia tanya beli apa ni? Pastu saya tak jawab, saya angkat jer beg tu, dia geleng2 kepala jer....sambil senyum, pastu saya kata dah lama mengidam bang dari muda2 teringin nak beli....saja tak bolehker hadiahkan diri sendiri?



Hari tu masa nak mula belajar ni ada beli beg backpack sembonia kononnya nak isi lappy, tapi dah kena kebas dengan pak haji buat dia isi barang2 peribadi sepanjang berulang alik sban-PD ni, macam2 khazanah dalam tu dengan alat ukur tekanan darah tinggi, uncang duit, kayu sugi ..pendekata segala macamlah dalam tu....so sedekah jerlah kat dia.....



So moralnya, buatlah apa anda suka asalkan tak menyusahkan orang...bila mula kerja nanti maka beg ni simpan jerlah....selagi tak umur 40 ni saya nak buat apa sahaja ikut kepala sendiri....orang nak cakap apa suka atikler....tapi pagi tadi anak dara saya kuarkan statement, dia kata, "kenapa ammie ni asyik pakai baju tu jer macam takde baju lain...." pastu baru saya perasan yerlah asyik baju yang sama jer saya pakai untuk ke kelas....baju tanah hitam bunga pink, kalau tak baju tanah hitam bunga/corak absrak kaler putih..tu jerlah 2/3 baju saya dok ulang2 pakai....



Walhal baju lain dalam lemari tu banyak... langsung saya tak usik, yang dok basuh, gantung tu [tak sempat masuk lemari semula] saya ulang2 pakai....ada satu hari tu saya pakai kaler cerah sikit, sampai kata kawan yang Cina tu, amboi lawa u hari ni, turn u present ker? Saya kata takdelah..u ni nampak i lawa sikit pun tak boleh...so moralnya orang tak kisah kita pakai baju sama berulang2 tapi once kita pakai baju baru semua mata mula memandang. Moralnya....untuk next semester saya akan buat benda sama, sepanjang semester 3 helai baju jer saya akan ulang2.... jimat masa dan tenaga....



Baju 3 helai semester ni adalah baju yang sangat user friendly kerana tak perlu digosok, terus sarung ajer...takde yg perasan kedutannya sebab kalernya gelap...tu rahsia orang yg berkira tenaga nak menggosok pakaian....jangan ikutlah yer....kalau kerja ni mampus kena kutuk...puan salwa pemalas tak iron baju! dahlah baju 3 helai dok ulang2..heheheee...



Oh ya..tajuk atas tu saya nak bagitau, saya ni jenis jauh dimata jauh dihati, if dekat dimata tu kalau boleh nak bagi cik abang tu masuk terus dalam hati saya ni pastu kunci! So moralnya, lagi lama suami saya berpergian, lagi saya lupa kat dia...senang hidup kan..tak payah rindu-rinduan dendam segala....hidup diteruskan seperti biasa seolah2 saya hanya ada anak dara sorang tu ajer....dan confirm pak haji takkan ingat punya harijadi saya ahad ni, ntah2 saya pergi s'pore pastu balik sini semula pun dia tak call saya agaknya....ker dia tak ingat saya nak ke singapore ni?



Wassalam

Monday, May 4, 2009

Tak sabar menanti esok

Assalamualaikum w.b.t


Sungguh tak syok perasaan di belenggu ini. tak kiralah dibelenggu apapun. Minggu lepas dari 27 April sampailah pagi ni sebenanrnya dah rasa terbelenggu. Sebab ada persoalan dalam kepala yang takde jawapan.


Tapi pagi ni dah terungkai dah. Punya lama dari 27/04 sampailah 4/5. Persoalan samaada suami saya merajuk atau marah saya. Itu yang bermain-main dalam kepala. Sebab last dia sms saya 27 tu ada berbaur macam nak marah. Kemudian saya sms tak berjawab dan kemudian saya call pun dimatikan. Sekali jer tu saya sms dan called. Malas nak bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!


Sebab saya rasa masing-masing dah matang sangat dah. Dah tua pun :P. Beberapa malam lepas adalah hani called ayah dia, elok jer berborak dengan ayahnya minta hadiah hari jadi. Tapi ayahnya tak minta pass kan hp tu pada saya, saya anggap dia taknak cakap dengan sayalah...


Sepanjang terbelenggu tu saya siap called kak aza tanya dia, "abang ada called akak tak?" Saya kata lagi, rasanya abang marah sya isu road tax tulah kak, dah berapa hari dia takde call pun. Kak aza kata, dia pun takde call, cuma budak mata besar [zubair] jer yang rajin called ayahnya. Pasala merajuk katanya tak taulah pulak akak sebab akak pun takde benda nak cakap...bebudak jer cakap...


So pagi ni tetiba hp berbunyi, tengok2 ayahnya yang called. Elok saya tengah ikatkan rambut hani, so dia jerlah yang cakap. Bila siap barulah saya ambil....elok jer borak orang tua ni...macam takde apa2 pun...ker saya yang terlebih emo...rupanya kata dia dah dua tempat yang dia pindah line tak okay..padanler takde rancak sms dan call.


So hilang keterbelengguan saya hal ini. Cuma tinggal belenggu yang satu lagi. EXAM!!!


Esok last paper. Entah kenapa sem ni rasa jawab macam tak okay. Sem lepas pun gitu juga. Semua paper rasa macam nak kantoi jer...rasa jawab tak memenuhi skema jawapan. Yerlah kalau dah soalah umum kita pun tak tau nak jangka sejauh mana kupasan kita tu matang. Macam this sem soalannya [salah satu] Rasuah, etika, integriti, good governance apakah hubungkaitnya....pepandailah goreng...jangan hangus sudah...nak hubungkan secara langsung ker tak langsung ker, nak hubungkan ianya macam garis selari ke, garis bersilangker....hah kat situler seni berhujahnya....


Saya pun tak reti nak cakap susah ker senang, tapi setiap satu perenggan nak jawab saya kene telek belek molek2 soalannya...yang baru ni soalannya [wah ingat lagi] sejauhmana langkah2 pembanterasan rasuah berkesan dengan mengambil kira faktor-faktor penyebab kepada perlakuan rasuah....berbelit tak tajuknya...lepas satu paragraph...saya telek balik soalan..sudahnya tulis besar2 soalannya pastu baru buat rangka pelan2....poning achik menjawabnya! tu baru satu soalan...kakakakaaa...nampak gayanya idokler dapat anugerah dekan sem ni...mimpi ajerler....



Huisshh tak sabar nak lepaskan esok ni...pastu nak rehat+tido puas2...... juga nak menjahit dan memasak untuk anakku yang sorang tu..sian dia asyik makan simple dan makan kedai jer musim2 peksa ni [bukan persediaan peksa jer assignment pun tarikh ajalnya sama ngan exam]...tu yg haru tul!




Wassalam

Sunday, May 3, 2009

Rutin kami dua beranak

Assalamualaikum w.b.t


Wah hari ni terlebih rajin. Dah lama gak camera saya jadik hiasan jer.... sebab malas nak mengambil gambar, yang diambil pun tersimpan tak transfer ke pc...lagipun terasa yang buat masa ni ambil gambar tu bukan keutamaan...kengkonon sibuk menelaah pun yer jugak...kang kalau mengadap blog memacam kerja sampingan pulak 'ter'buat....disiplin diri lemah gak nih!


So petang ni rutin biasa mengemas baju-baju Hani untuk seminggu. Walapun saya ni anak seorang, tak macam Azwa, macam IV anak 3, macam Ummibatrisyia, Irfa dan KV yang anak 2, tapi persiapan kena jugak dibuat awal sebab kalau buat pagi2 masa nak ke sekolah tu, cepat jer angin saya naik kat anak dara tu.


Sebab pagi-pagi nak urus dia jer makan masa, mula2 nak kena kejut [ikut waktu tido kalau lewat memang susah kejutnya, mood dia pun kureng sikit], buatkan susu, pastu pujuk2 sebab nak suh mandi pulak takut lewat solat subuh...bunyi macam kejap tapi dari lepas menyusu tu nak sampai ke sejadah punyalah menaun [lama]...anak dara saya ni kuat meleka...bentang sejadah jer punyalah lemah lembut, dah pakai telekung tu boleh pulak main2 atas katil berckap2 dengan Fifi....kalau tak kena jerit dgn ammienya pagi2 tak sah...


Tu sebab perkakas sekolah dia saya kena siap awal sebab pagi2 tu nak kena perhati dia lebih....mana nak siapkan bekal dia, nak pastikan homework & buku qiraati semua dan masuk file, nak pastikan buku pesanan dah baca, kalau ada apa2 pesanan saya kena pastikan dah tulis balasannya utk cikgu baca pulak....


So, yang mana boleh siapkan awal saya siapkan dari hari ahad lagi, kadang sebelah malamnya...minggu ni saya siapkan awal sebab esok seharian kena membaca buku secara ekstreme sebab selasa dah exam...Law & corruption...serious subject tu...banyak nak kena hafal...balik hantar hani sekolah saya harus terus mengadap pc...dan mengadap nota2...dan mengadap blog2 yang berkenaan...khususnya kritikan terhadap undang2 rasuah sedia ada dan perlaksanannya....tengok pro and cons...cuma nak kena baca lagi.... setakat ni hari2 memang dah baca gak isu2 rasuah dan blog2 kutuk undang2 dan kutuk SPRM ni...nak berhujah masa jawab kena lah tengok dua2 pandangan ni....


Okay..hani ni seminggu pakaian bsahan ke sek dia saya kena siapkan 10 helai, 5 helai untuk dipakai tengahari dan 5 helai untuk dipakai petang selepas mandi di sek, sepetot [panties] pulak seminggu 15 helai sebab sehari 3 helai, tudung pun sama tapi tak kisah memang banyak tudung dia, pastu beg, baju hujan kena standy gak, dengan towel 5 helai untuk 5 hari...


Sebab terlebih rajin minggu ni saya snap picture set baju minggu ni...kekadang bertukar juga bajunya, minggu depan set lain lak...anak saya ni macam model dah kalau ke sekolah, sebab w.pun saya jenis memang selebet, hantar/ambik anak tulah jubah hitam, dengan tudung sarung jer sampai kena tegir dengan cikgulah, katanya uniform saya hantar anak dah macam orang berkabung!...dalam jubah tu kadang tshirt ngan kain batik jer....tapi tang anak memang saya siapkan penuh bergaya. Suka sangat kalau dengar balik ambik dia Hani bagitau cikgu puji baju dia cantik...rasa berbaloi saya mengemaskan pakaian dia hari2...


Kekadang sedih tengok kawan2 hani ke sekolah, ada yang bergulung bajunya tak pernah gosok kot, dengan anak2 rambut terkeluar semua, tudung kuning macam tak bertukar, petang pulak baju dah kentol2...kadang hitam kaki seluarnya tu...hishh mengumpat lak..yerlah saya cuba gak bersangka baik mungkin maknya bz kerja dan takde masa, si anak pilih baju sendiri, ataupun maknya tak belikan baju...harapkan baju2 raya jer kot?


Baju hani bukan saya belikan yang mahal2 pun, yang murah2 jer, sampai cikgu hari tu terkejut saya bagitau baju hani saya beli RM 10 - RM15 jer, tapi lawalah coraknya cikgu ingatkan saya beli mahal2....saya fikir asalkan bertukar baju jer sudahlah sebab setakat basahan harian ke sekolah, bukan yang branded...lagipun budak kan cepat membesar... kena tukar selalu




Yang ni pakaian tengahari, kena tukar lepas makan tengahari, ohhh, ada model di situ menggayakan punggungnya! aww seksilah pose gituk! ok...baju semua lengan panjang seluar panjang sebab model takmo yg lengan pendek...tapi semua jenis t shirt simple yang menyerap peluh saya belikan...kawan2 dia macam2 fesyenlah...skirt ada gown pun ada...tapi hani standard fesyen camni jer....sangat sopan anak saya ni....


Ni pulak pakaian sebelah petang lepas bangun tido dalam jam 3.30, sekali lagi model tak melepaskan peluang bergambaran disitu! Baju ni mula pakai jam 3.30 sampailah balik jam 6...sebelah petang saya suka pakaikan dia blouse, kalau t shirt pun fesyen2 sikit saya match dengan jean dan slack....bila tengok di pakai gaya ni terasa yang anak dara saya ni dah besar panjang...

Tudung pun bermacam jenis, pilih jer ikut kaler baju...berpuluh dah tudung dia ni, yang ni yang sesuai jer, banyak yang dah kecik dan yang labuh pun ado, kalau ke sekolah saya suka yang fesyen yang kemas, samaada ada tali kat leher atau bercerut, takdelah terbang atau beralih2 tudung tu terkeluar anak2 rambut semua, tapi yang jenis ada awning/keras tu saya tak suka pulak budak2 pakai nampak muka diorang jadik kecik, setakat ada span okler...budak2 bukan tau nak masukkan atau betulkan rambut2 terkeluar..saya memang pantang tengok bebudak selebet ni, kalau budak yg comel sebab selebet hilang comelnya! Kadang rasa masa ambil hani petang tu nak jer tolong betulkan tudung budak2 yg senget...melampau saya ni kadang2...hehehee


Ni uniform sekolah 2 helai [merah+kuning], baju sukan 2 helai untuk isnin dan rabu, juga tudung2 sekolah, saya belikan lain tudungnya, yg beli sekolah punya tudung memang tak kemas kalau budak pakai, tak user friendly katanya...asyik nak terkedepan jer....saya beli yang siap ikat tali kat belakang..baruler tak menganggu anak saya nak belajar...teliti jugak saya ni hal anak ni...konon nak perfect...yerlah masa saya sekolah dulu tak mersa ke tadika ni...lagipun anak seorang harus belek telek solek lelebihkan?




Yang ni bebarang lain yg berkaitan, masa beli ni semua model ni nak tema minnie mouse, tak timbul lagi isu boikot sekarang hani takmo dah barang disney sebab boikot...tapi yg ni semua lama punya....sama tema miniie mouse~ baju hujan [yg hani pakai tu], dua beg minnie mouse satu kecik satu besar, yg kecik untuk gi lawatan atau kalau balik tengahari...baju sejuk dua [yg mickey mouse tu kawan saya kait sendiri hadiahkan dia], yg kaler pink tu kalau gi lawatan naik bas, kadang pakai juga hari2 yg pakai baju sukan tu sebab sesekali model ni akan rasa malu memakai baju sukan lengan pendek.... dan sebelah beg itu wajib 5 helai towel untuk 5 hari....







Kena siap2 gantung kat bilik dia, lepas mandi pagi2 harus terus gi ke sini dan dia pilih baju sendiri, ambil sendiri dan pakai sendiri...sepetot ada dalam bakul gantung di situ pilih ajer....yang ammie tau mesti dia dah siap pakai telekung lepas pakai baju...sesambil tu ammie siap masukkan pakaian 2 pasang, tudung, spentot, telekung, towel dalam beg, dan palstik baju kotor....menyapu sampah sambil bukak TV dengar MHI seterusnya buletin pagi jam 7.30 .... pastu terus gerak ke sekolah hantar dia selalunya singgah kat gerai tepi jalan belikan dia karipap dan kuih apam mekar....buat bekal....sesambil ammie pun beli untuk ammie...kadang dengan sarapan tu jer alas perut ammie sampailah ambik dia jam 6 petang, kalau malas masak balik terus makan kat luar kalau rajin sebelum maghrib atau lepas maghrib masak simple utk kami asalkan tido tak lapar udahler...




Kalau ayah ada, balik hantar hani ammie ke pasar basah beli lauk untuk seminggu, balik tu terus masak dan kemudian mengadap PC....bila ayah takde ammie boleh jimat duit dapur, tapi terbelanja lebih sebab makan luar lak dan kadang beli lauk pasar malam yang pastinya berganda harganya!




Kalau ayah ada jugak, selalunya kami meraikan hani dengan dua-dua kami hantar dia ke sekolah, sebelum sampai kami akan layan dia sarapan kat kedai, balik tu kami suami isteri apa lagi golek2 jerlah~cerita2, gelak2, gurau2, sampailah jemu ...kadang2 dua mengadap pc...suami hadap lappy saya hadap pc.....tulah apalagi nak di keluh kesahkan..banyak nikmat hidup Allah dah beri....asalkan kami dua beranak sihat itu sudah banyak hikmahnya.....



Entry ni saya cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada walaupun hakikatnya kami hanya berdua hampir sebahagian besar masa kami...apatah lagi bila saya cuti belajar ni, memang tak berwarna-warni langsung kehidupan kami. Memang boringlah kalau difikirkan, tambah2 pulak saya ni bukan kaki jalan2....suka duk rumah jer.... shopping memang suker, mana ada pompuan tak suka shopping, kan? Cuma saya tak suka terpedaya dengan nafsu beli benda bukan2 tu sebab saya takkan ke shopping compleks kalau takde keperluan! Alhamdulillah hani pun bukan demand yang bukan2...minggu ni masuk rumah dari jumaat petang dan keluar rumah isnin pagi esok...selalu gitu dah jadi rutin bagi dia, tiada lagi rengekan dan tangisan ajak berjalan2..... bukan tak keluar rumah langsung, tapi setakat keluar kat belakang dan tepi rumah main2 dengan fifi dan sentosa....

Rasa sanubari

Asslamualaikum w.b.t


Saya ada membaca blog Ummibatrisyia dan blog Mas kastam, dua-dua ada bercerita hal suami. Yang satu bicara hal cemburu dan seorang lagi bicara soal suami yang kurang masa di rumah, asyik out station ajer. Dan saya juga ada baca blog kak Zar yang dulu berkaitan dengan penghargaan dia terhadap suami yang jaga dia masa sakit. Dan saya juga baca komen-komen yang ada dalam entry tu, masing-masing ada yang sama-sama macam kak Zar yang bersyukur dapat suami yang baik, dan ada yang komen kata harap suami tak sakit sebab rasa entah mampu jaga suami ataupun tidak. Dan ada juga yang rsau kalau mereka sakit adakah mampu suami menjaga mereka seperti suami kak zar jaga beliau.



Bila baca dan fikir itu, saya bersyukur sebab saya msih berdiri di sini dengan hati yang tenang [susah juga kalau difikirkan tetapi mungkin sudah immune] dan dada yang lapang, masih boleh makan dengan kenyang dan tidur dengan lena. walaupun sebenarnya kalau difikir, saya menghadapi segala-galanya, ujian depan dan belakang, kiri dan kanan. Pertama dari segi masa, secara logiknya, dalam setahun 1/3 sahaja peruntukan masa untuk saya dan anak. Dalam dua belas bulan, suami terpaksa bahagi 3, 1/3 untuk isteri pertama dan anak-anak, 1/3 untuk saya dan nak dan 1/3 lagi untuk kerja-kerja dakwah.



Walaupun sesekali saya rasa marah juga sebab setiap tahun 4 bulan suami akan keluar jalan Allah tapi jauh di sudut hati saya bersyukur sebab suami saya bukan keluar untuk kerja dunia, bukan keluar pergi mesyuarat hal kerja, hal politik, hal ekonomi tetapi dia keluar untuk berdakwah mengajak orang solat 5 waktu dimasjid, menghidupkan amalan masjid, mengajak orang mengamalkan apa diajar Al Quran dan memghidupkan sunnah.... pendekata suami keluar untuk buat kerja Nabi. Sangat-sangat bersyukur disitu. Tambah2 syukur bila saya tahu apa ganjaran Allah beri untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Memikirkan ganjaran Allah pun kadang-kadang buat saya rasa biarlah suami keluar terus atau mati sahaja semasa keluar jalan Allah....besar ganjaran pahalanya...



Sepanjang keluar pun, saya belajar untuk tidak berharap apa-apa dari suami. Juga tidak meminta apa-apa dari suami. Semua permintaan dan pengharapan diletakkan pada Allah semata-mata.....dan saya juga masih proses belajar meletakkan keutamaan begini..sesekali tergelincir juga. Suami ini hanya pinjaman dunia..itu yang saya pegang setiap masa...apa kekurangan dia saya cuba berlapang dada disamping meletakkan pula kuburukan dan kekurangan saya dimata dia..mungkin akan ada kesiembangan disitu nanti....ada give and take...yang dia kurang saya belajar redha...



Sebab saya tau, kalau diharap pada suami, maka kita hilang harapan pada Allah. maka mintalah pada Allah sebab hati suami pun Allah yang pegang. Setiap apa pergerakan dan cetusan hati dia Allah yang gerakkan. Begitu juga kita. Dan ingatlah Allah akan beri ikut apa yang kita mampu dan minta. Kalau rasa suami banyak betul perlakuan dia menguji kita maka kita fikirlah bahawa itu ujian Allah untuk kita dan suami hanya perantaraan sahaja. Kita kena check balik amalan dan perbuatan kita, ada yang tak kena ker?




Bercakap hal korban pula, saya rasa mungkin Allah beri saya ujian untuk berkorban demi suami....sebab di dah sakit dulu dari saya. Saya dah menempuh menjaga suami yang sakit, sakit yang tak membolehkan dia bangun sendiri, mandi sendiri, cebok sendiri. Saya dah merasa membuat semua itu, membersihkan suami sampai tahap yang saya sendiri pun tak pernah terfikir akan membuatnya sebab dengan mak ayah sendiri pun saya rasa saya tak mampu buat. Tapi dah suami depan mata saya buatkan juga. Tapi dia berkorban untuk saya..belum lagi malah menjaga saya dalam pantang pun tidak....




Dan saya pun sebenarnya bukanah sihat sejahtera selalu. Dan saya menempuh kesakitan sendirian hanya berteman hani anak gadis saya. Walaupun sakit saya tidaklah kronik tetapi setiap bulan saya akan pening kepala amat sangat bila bulan mengambang. Sehingga rasa bergoyang dunia, terasa nak tercabut mata, terasa nak muntah sentiasa. Dari remaja saya begitu....tidak ada segggugut tetapi lain pula cerita. Dan saat-saat ini selalunya suami tiada di sisi. Kalau Hani yang ada maka dia akan tahu, bahawa malam itu, makanlah apa sahaja yang ada. Dia boleh bakar roti sendiri, buat air sirap sendiri, bahkan susu pun dia buat sendiri....saya akan minta dia angkut satu persatu ke dalam bilik, air dalam botol, termos dan botol susu. Saya hanya akan tuangkan air pans sahaja, lain2 pepandailah dia uruskan.




Kalau dulu, semasa Hani baby saya hanya akan masukkan dia dalam buaian sahaja, tetapi dah besar ni banyak pilihan sedikit, kadang2 saya bukakan dia DVD di atau main games di PC, kadang suh dia masuk bilik dia menonton Cd atau TV, kadang suh dia baca buku. Mujur dia bukan jenis yang banyak kerenah, kalau ammie sakit kepala, dia dah tahu apa tugas dia, semua dia akan buat sendiri, mandi, pilih baju dan pakai sendiri. Cuma solat dia liat kalau ammie tak solat sama.




Saat2 begini kalau suami ada pun, dia pun takleh tolong apa, yang boleh hanya bantu beli sarapan jer...kadang masih juga minta saya siapkan baju. Ya...saya masih bertugas menyiapkan baju suami setiap kali lepas mandi. Kalau sehari 3 kali mandi maka 3 kalilah saya kena siapkan pakaian dia atas katil....sebab lepas mandi jer dia keluar bilik air, pakaian harus ada....memudahkan dia sebab selalunya dia perlu mengambil masa lama bersiap untuk ke surau/masjid...sebab sangat perlahan gerak kerja dia.



Bukan lepas mandi jer kena siapkan, sebelum mandi pun sama, setiap kali saya kena siapkan kain basahan [saya dan kak aza panggil skirt kembang] iaitu kain pelikat yang telah dijahit getah dipinggangnya. Kain kembang ini satu keperluan wajib walau kemana-mana. Dengan sebelah tangan kain ini adalah kain transit bagi suami semasa proses persalinan....sebab dia kan sebelah tangan jadi semasa bersalin kain ini harus ada untuk cover apa-apa.....seba setiap kali solat dia akan tukar seluar/kain utk jamin kebersihan....lepas OKU ni kebersihan jadi isu sebab dia sangat bimbang kalau seluar dia terkena najis..yerlah, sangat susah sebelah tangan kalau masuk masjid/surau di malaysia yang terkenal dengan 'tidak berjaga' kebersihannya.



Saya fikir mungkin ini ujian untuk saya. Atas kifarah dosa-dosa lalu. Dan mungkin juga ruang ini untuk mengumpul pahala...dan saya syukur juga dalam pada ujian rumahtangga saya tiada ujian berat lain, segalanya yang lain berjalan lancar. Saya masih ada emak yang sihat. Saya masih ada madu yang tak pernah menyerang dan bersangka buruk dengan saya. Saya ada rumah sendiri dan kereta sendiri walaupun tak sebesar dan seselesa mana, sedang orang lain mungkin ada yang berkongsi beli dengan suami, dan saya ada anak sendiri yang juga saya tak perlu risau sangat suami nak rebut sebab suami ada banyak anak lain dengan isteri lain.... dan saya bangga dengan apa yang ada pada saya semuanya atas titik peluh saya, walaupun tak seberapa sudah sangat memadai dan saya tak sakit hati dengan kekayaan orang lain yang beli itu ini, sebab saya tau walaupun saya mampu tapi saya yang tak mau kerana saya tau semuanya akak dihisab nanti...




Soal kerja sungguhpun banyak juga ujiannya [ujian mencari dan menyelesaikan masalah orang] tetapi itu semua menjadi ringan dengan adanya pengalaman hidup penuh ranjau ini...menjadikan saya tabah menempuh kerjaya itu, menjadi kebal dengan cabaran semasa. Dan syukur Allah bagi rehat setahun setengah ini...menjadikan saya merasa duduk lebih lama dengan suami di rumah, bersama dengan anak kesayangan saya...dan apa yang paling sayas syukuri dalam banyak-banyak benda yang hadir dalam hidup saya adalah kehadiran Hani Suhaila....dan setiap kali saya pandang dia dan senyum dia sudah tau apa ada dalam hati saya...dan dia akan kata..."ammie tu mesti nak cakap satu benda tu.." dia dah tau sangat dialog saya yang satu ni~ iaitu syukur ada anak satu!




Atau kalau saya meluah pada dia, "ammie syukur sangat dapat anak walaupun seorang sebab anak ammie adalah kakak" dan dia akan balas..ammie ni asyik cakap benda tu jer tau...boringlah kakak"....dan semalam, saya cakap dengan dia, "ammie ada benda nak cakap dengan kakak tapi mesti kakak taknak dengar....."ammie cakaplah...mesti kakak dengar..." kemudian saya cakap, "ammie tak boleh bayangkan kalau amamie kawin dengan ayah tak dapat anak...macamanalah keadaan ammie...syukur sangat ammie dapat anak ...boleh temankan ammie, berbual dengan ammie, tolong ammie..." dia jawab..ohhh patutlah ammie pandang jer kakak pastu senyum-senyum...rupa-rupanya ammie nak cakap ni eh....kakak pun syukur dapat ammie macam ammie....




Tapi pastu dia komen saya...tapi ammie tu garang sangatlah, dahlah cikgu kat sekolah pun garang....kalau kakak cakap sesuatu ammie jangan marah eh..ammie nak dengar tak...pastu saya kata cakaplah....pastu dia kata "takpelah nanti ammie dengar mesti ammie sedih....wah sesuatu di situ...takper cakap jer..pastu dia cakaplah..., "kakak rasa macam kakak nak mati waktu tu juga kalau ammie marah kakak yang kakak sampai nangis-nangis tu tau...tu sebab kalau kakak nangis, ayah pujuk panggil kakak pun kakak taknak pergi sebab kakak rasa macam nak mati jer tak payah jumpa ammie dan ayah lagi...biar kakak duduk dalam kubur"




Wah sangat tinggi dan jauh pemikirannya....berbahaya juga dia berfikir sampai ke 'mati' kemudian kami berbahas panjang pasal isu ni...hani ni sangat pemikir juga orangnya..so bercakap dengan dia bukanlah seperti kita bercakap dengan kanak-kanak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan seperti membazir sebab dia akan simpan dan keluarkan pada masa yang tepat sehingga kita rasa sangat teruja dengan cara dia berfikir.....apapun bila berbincang begitu akhirnya dia tau kenapa saya garang...dan saya pun akan cuba juga ikut nasihat dia bagaimana nak jadik ibu yang lebih baik....dan sekarang kalau malas solat tak perlu cakap banyak, hanya nyanyikan lagu "sepohon kayu" jer....senang cerita...



Dan Ya Allah....kau sejahterakanlah kami dua beranak dan berikanlah kami kesihatan yang baik dan jadikanlah kami insan-insan yang bersyukur atas nikmatMu....walaupun kami diuji dengan pelbagai ujian..kau tetapkanlah iman kami dan kau jadikanlah kami antara hamba-hamabmu yang dipilih masuk ke syurgamu ya Allah.