Friday, July 31, 2009

Ahh..apa nak tulis ni?

Assalamualaikum w.b.t


Semalam jam 6 saya ke PD semula, rumah tumpangan tulah, tujuannya untuk ambil kain langsir yang lebihan untuk jahit buat tabir kat rumah saya ni. Sebabnya esok akan ada jemaah masturat 3 hari akan bertamu dirumah saya ni. Sabtu sampai isnin.


KIPAS

Kebetulan kipas berdiri dalam bilik saya hampir sebulan rosak dan sebulan saya dah membeli kipas syiling untuk dipasang dah panggil orang untuk pasang tapi asyik tak jadi, saya takde rumah lah.... dan hari saya free dia pulak sibuk.


Tapi semalam, suami dah panggil orang, so dah pasang dah kipasnya tu, barulah nyaman berbaring2 dalam bilik tu. Kipas tu saya beli lama juga, simpan jer, entah kenapa masa tu kedai lampu dah nak tutup saya tiba2 teringin nak masuk tengok lampu tapi bila masuk beli kipas pulak. rasa macam tertipu pun ada, sebab harga kipas tu macam mahal pada saya, RM250 utk kipas mahal juga,kan?. Tapi semalam bila dah berpasang rasa okay pulak sejuk jer ada 5 blades, bagi yang malas cam saya ni kipas guna remote sesuai sangatler. tak serik jugak saya ni, walhal kipas ruang tamu guna remote sampai terbakar saya guna....sudahnya pusingan kipas tu max jer punyalah laju, terbang segala benda kalau letak....so semalam dah pasang manual untuk kontrol kelajuan dia, dah tak boleh guna remote dah....dah tau tu pun saya beli kipas remote jugak....


Baru saya puas hati, sejak duduk rumah ni, lampu belakang tak menyala, lampu pagar pun tak menyala, baru semalam saya suh tukar baru. Takdelah malam2 gelap pagar saya dan malam2 menyidai baju bolehler menyidai dalam keadaan terang benderang....ntahlah selama ni malas nak ambik pot benda2 rosak sebab tak rasa menyusahkan pun tapi sejak rumah masuk perompak barulah rasa perlu betulkan dan pasanga lampu2 tu...


MAID

Dah dua hari dapat maid baru gantikan si Suli yang dulu tu. Pertama kali tengok budaknya terus saya teringat dengan anak tiri perempuan saya, Iza, sebijik pulak muka si Iza...nama maid baru ni Rika Putriyani, baru umur 22 tahun. Kira dengan suami pangkat anak2 jer. Okaylah budaknya, cuma sebab umurnya muda, semua benda kena diarahkan. Yang bagus dia bertudung sepanjang masa, dan solat tak tinggal juga.

Yang susahnya saya nilah, ada maid pun, basuh baju saya buat sendiri jugak, sidai pun sama, cuma suruh dia lipat jer. Tugas utama dia senang jer, sapu rumah dan mop rumah. Masak tak payah. Hal hani dan Zubair pun dia tak campur sebab budak berdua tu dah pandai urus diri. Lain2 kerja asal ada benda sepah tu simpan tempat asalnya. Tu jer. Harap dia senang kerja dengan saya. Dan yang saya suka, bila saya panggil dia jer bergegas dia datang...tak payan jerit2...


Kak Aza dan tok

Malam tadi, kami tidur rumah tumpangan tu, kak aza datang dengan anak2 sebab saya suh suami call dia, sebab saya taknak suami tidur rumah kak aza maka saya suh kak aza yang datang. kami dapat idea kata saya nak belanja makan sate. So malam tu suami dengan uda ke Sate Samuri kat bawah tu jer, kami semua mengahadap lah sate tu...syok ajer.


Lepas makan, kak aza dan sofiyyah suami suh dia tidur bilik bawah dengan suami {geram dan sedih jer rasa} walaupun sebanarnya suami dah 5 malam dengan saya....tetap juga rasa sedih dan cemburu. Punca suami tak tidur rumah kak aza adalah sebab mak kak aza, kakak dia dan maid mak dia ada kat rumah kak aza. So suami memang tak bebas nak bergeraklah, nak tido pun tak selesa. Sebab tok {panggilan kami semua utk mak kak aza} tidur di bilik master tingkat atas, so suami yang biasa tidur kat bawah nak tido tak boleh juga sebab maid dan kakak dia yg bujang tu ada berlegar situ. Nak keluar masuk bilik air, memang suami akan salin kain skirt kembang dia kat luar dulu...so kalau ada orang luar memang susah.


Kak aza dah bengang gila dengan mak dia. Dia rasa rutin dia lari sebab ada orang luar kat dalam rumah. Mak dia pulak jenis semua benda dalam rumah tu dia nak kawal, cucu2 pun selalu kena marah, Sofiyyah merengek atau menangis pun dia dah bising. Kalau boleh sofoyyah merangkak atas lantai pun jangan....kotor katanya. kak aza terpaksa pegang sofiyyah jer sebab taknak mak dia bising. Masa mak dia datang tu, hari sabtu saya ada kat rumah kak aza, tok ni dia ngam dengan saya sebab saya rajin layan dia berbual....dalam berborak tu dia cakap macam2 pasal kak aza dan anak2...tu yang kak aza geram jer tu. sebab mak dia suka sangat campur tangan dalam urusan rumahtangga dia, kalau datang macam tetamu takde hal, ni datang sampai melangkau border yang sepatutnya. Suami memang bengang lah sebab tok tidur kat bilik master, yang tok dia tidur situ sebab nak aircond dan dekat dengan bilik air.... kan mak kak aza ni dah buang hempedu so memang kejap2 ke bilik air...kalau turun bawah tu dia akan pakai pampers. Tapi nampak macam tu mulutnya memang sangat2 aktif....maid mak dia tu kejap2 kana marah...sian betul saya tengok...


So semalam kak aza dan mak dia dah ala2 perang dingin, kak aza tak bercakap dengan mak dia, cakap yg perlu jer. Tak tahan sangat dah. dahlah suami takleh balik bermalam kat rumah, mak dia masuk campur macam2 hal yang kak aza buat tak kena. baju tak bersangkut pun masalah pada mak dia. Siap bagi duit suh buat tempat penyangkut baju. Dah tu suruh letak dekat ruang tamu asalkan mudah untuk budak2 menggantung baju. Kak aza dah beli penyangkut bajunya tapi tak pasang2 lagi sebab banyak kerja nak kena drill dinding, tu yang dia bising tu, dengan saya pun tok cakap berkali2....hanya hal penyangkut baju.



Tu tak masuk dia suh masuk astro sebab banyak rancangan agama, pastu tak benarkan kak aza hantar Uda ke madrasah. Tak dapat cakap dengan kak aza dia cakap kat saya plak, bukan sekali banyaaaak kali. Dengan suami takde pulak berani tok nak membantah...dia dok bebel2 dengan saya jerlah. Sepanjang tok ada tu, banyak kali saya berulang rumah kak aza sebab saya hantar repair kembara saya kat PD tapi stuck sampai 5 hari tak siap2 tu yang asyik duduk rumah kak aza menempel borak2 dan tumpang makan tu....merasalah kena siapkan telinga dengar bebelan tok dan kak aza pulak meluah perasaan kat saya.


Malam tadi sementara menunggu sate kak aza dok citer hal tok lah....agaknya tok dah tak tahan sebab dia mengadu dengan anak kak aza katanya ummi kau dah tak boleh ditegur, tu yang semalam dia balik semula kat rumah dia....punyalah kak aza lega....tu yang saya fikir banyak kali tu. Tadi terbaca kategori orang2 tua dalam blog kak sya, kalau mak saya dia masuk kategori kedua tapi kalau mak kak aza ni tak masuk kategori pertama, tapi ni kategori ketiga. Mak yang suka masuk campur urusan anak2 suka buat keputusan dan nak kawal anak2. Agaknya dia terlupa yang kak aza ni dah bersuami.



Bukan setahun dua ni dia 'menganggu' kak aza rasa saya masalah tok ni saya dah berdepan sejak saya kawin dengan suami lagi. Tak habis2 dia masuk campur...kalau boleh amna kak aza pergi dia nak tau....jangan gerak jauh dari dia...masa datang rumah saya masa cuti dua minggu hari tu, siap perang besar...melalui telefonlah....kak aza gaduh jerit2 dengan kakak dia yg bujang tuler yg duduk dengan mak dia tu...sebab kakak dia kata tok dah tak tahan rindu dengan cucu2 dia terutama sofiyyah so kakak dia suh balik PD...walhal masa tu kan suami baru balik 40 hari...dan 38 hari juga diorang berkampung kat rumah kak aza....dua minggu kak aza takde semua dah buat hal...anak2 yg lain pun tak boleh nak ganti ubat kesunyian tok tu..kalau kak aza takde memang tok mulalah meragam...susha melayan orang tua tu...


Terbalik pulak dengan saya, mak saya tak ambik pot langsung, datang rumah saya pun sekejap2 jer...tu yang suami cakap dua mak mertua memang cukup berbeza.
Wassalam

Wednesday, July 29, 2009

Bila saya berpeluang bercerita panjang

Assalamualaikum w.b.t

INTRO

Dah 2 bulan Zubair duduk dengan saya, barulah saya mula rasa ala bisa tegal biasa. Bila dia takde mula rasa peliklah pulak! Hani pun lain macam jer, mulalah cepat merajuk dan nampak pendiam, kesian pulak kamilaki bini tengok hani. Zubair pulak kat rumah dia lain citernya, kalau hani saya tengok dia macam ayam berak kapur, termangu2 jer takde kawan, yang si Zubair pulak lain cerita, asyik gaduh dan akhirnya melalak bergaduh dengan kakak dan abangnya, dengan ummienya pun dia tunjuk kerenah. Walhal kat rumah saya takde setitik air mata tumpah. Rutin sejak bulan Jun dulu kak aza berulang ke rumah saya untuk menjenguk zubair. tapi mula Julai saya kirimkan Zubair melalui ayahnya bila balik ke PD. isnin lepas subuh ayahnya datang ke sini bawa Zubair sama. Mula bulan ogos ni kena ubah rutin ni sebab ayah akan keluar 40 hari, tak bincang lagi macamana.... tapi pak haji citer kat saya dia dah cakap kat kak aza suh zubair berhenti sekolah, katanya "tak payah suh orang jaga zubair, awak jagalah sendiri", kemudia kak aza citer sekali lagi kat saya, tanya pendapat saya, saya kata takper biar zubair duduk dengan saya....saya pun dah redha dah...tu saya fikir dlm ati jer...


REST HOUSE SS & KULIAH

Sejak dua minggu ni saya berulang ke PD. Saya kan tengah mengemas dan set up rumah tumpangan kami di Batu 4 tu. Oh ya, namanya rumah tumpangan SS (waaahhh....siap nama lagi tuuu) dalam gurau suami kata kita letak nama rumah tumpangan Sidek&Salwa....harus kak aza terasa plak nanti...setakat ni, saya nak siap jahit semua langsir dan buat alas meja secara simple dan sempoi, langsung tak berhalus kerja saya, main hentam jer...asalkan siap cepat sebab banyak kerja dah menunggu dan assignment jer dah 3 dalam senarai. Pulak tu semester ni belajar tajuk lari dari isu pokok rasuah tu sendiri. Kami belajar forensic computer, forensic engineering dan forensic accounting dan satu lagi paper belajar kaedah pengurusan dan penyiasatan rasuah. kalau ikut semua tu kami dah buat praktikalnya massa kerja tapi takdelah secara ilmiah, kali ni pengurusannya semua secara santifik dan sistematik.....siap ada kira2 bagai...yerlah nak keputusan yg paling rational dan optimum...pening saya!


Rumah dah siap dah...minggu depan bolehlah mula disewa secara harian. Kak Isma (payarumput) pelanggan pertama, maaflah kak isma saya tulis kat sini. kalau jadik kira first client lah tu. tapi Jumaat ni ada kawan polis saya punya source nak masuk tapi duduk harian tumpang solat dan salin2 baju2 jer...wah susah juga nak kira berapa nak letak bayarannya. nanti lah difikirkan...nak kira jam jer atau nak kasi harga kawan2...


kawan2 lain bolehlah war2kan, kalau ada sesapa nak bercuti kat PD atau nak buat gathering, ramai2 bolehlah sesuai juga suasananya....setakat ni saya masukkan dua aircond jer dulu, satu bilik dan ruang tamu takde aircond lagi....kalau ada yang berminat sms saya yer...019 6618157 atau suami saya 019 3822041.....


LAPTOP SECOND HAND BARU BELI

Dan saya buat entry ni kat library ni, guna laptop baru beli. Tapi kali ni macam urusniaga kami yang biasa dibuat, beli secara online melalui Mudah.com. Banyak dah pembelian melalui mudah dot com ni. kalau tulis kat sini panjang berjela pulak. tapi antaranya yang telah dibeli melalui iklan dan deal melalui mudah.com dan lain laman wen adalah beli camera digital Casio [owner pekerja kilang casio yg dapat free), menjual sebuah motorsikal NSR suami (org KL beli), beli rumah semi-D yang saya duduk sekarang (pemilik tinggal di Labuan), beli boat (suami yg beli dari siapa ntah), beli benih anak2 itik...beli kambing boer, beli kamera DSLR dan juga accesoriesnya, dan beli keter merc...dan macam2 jugaklah...saya pun pernah beli handbag guess melalui mudah dot com ni...


Setakat ni rekod urusniaga kami oklah, tak pernah rasa tertipu sebab suami ni ada kepakaran juga dalam tawar menawar dan meneliti kualitinya. Laptop yang saya beli ni berusia 5 bulan, dijual kerana pemiliknya nak pakai duit cepat {bekerja di TV3) nak beli kereta persona, dan berdasarkan resit pembeliannya, kami membeli dengan susutnilai RM900 dari harga asalnya. Dengan window 7 (version selepas window Vista) saya rasa agak berbaloi jugaklah dengan penjimatan ni. beberapa jam lepas dia letak iklan kami terus hubungi dia dan malamnya terus jumpa....


Coursemate saya ada jugak 'kutuk' napa saya ambil second hand, walhal banyak kali dah dia ajak gi low yat, tapi saya bukan kisah sangat asalkan kualitinya ok dan saya dapat jimat duit saya! Apatah lagi kalau body laptop ni tiptop lagi, takde scratch dan semua program dah diinstall. Okay Luna, lepas ni kalau berYM boleh tengok mukalah sebab dah ada webcam....


MAID BARU LAGI

Dan hari ni jugak, sebelah petang ni maid baru saya akan datang. dan sebetulnya takdelah rasa perlu sangat maid ni, kelas pun dua hari jer seminggu tapi inagt tak dulu saya ada ambil maid yang ada cita2 nak mengandung tu, kan saya d. ah bayar RM1,700 tapi saya ambil setakat dua minggu jer, so nak taknak takkan nak burn jer 1,700 tu so kenalah teruskan ambil maid yang baru.


Disebabkan kos gaji dan kos lain akan bertambah, maka saya akan tukarkan pakej sekolah hani half day jer, sebab nanti kalau hani sekolah sampai jam6, memang maid duk rumah dengan saya berdua jer takde kerja, kira nanti petang2 bolehlah dia jaga hani dan zubair. Maid ni umur 22 tahun, memang muda tapi kalau ok tak salah ambil yang muda kan.


Pak haji senyum jer dengar maid ni muda, siap cakap kat agen tu, bini saya ni kalau boleh nak muda mana tau boleh buat madu dia ker.....hishhhh suka2 jer bergurau cakap gitu kalau jadik nanti ntahlah..mau kena belasah dengan kak aza....


KAMERA DSLR EOS

sebelum ni saya kan ada cakap kat suami nak beli kemera digital sebab kan kamera dengan laptop dah kena curik hari tu. Kecewa sangat banyak gambar punah macam tu jer yg ada dalam lappy tu....tu yang cadang nak beli camera digital yg harga bawah RM500tapi suami saya suh saya beli kamera DSLR EOS dia tu. Dia bagi saya harga seribu siap accessoriesnya. Tu pun nak jual kan? Dia kata sebab dia beli dekat Rm3,000....second handlah tapi masih baru lagi nampak kamera tu. Ok tak kalau saya beli?


Saya ni memang kaki mengambil gambar. maklumlah anak sorang kalau boleh setiap saat dan ketika penting tu sya nak rakamkan aksinya. Lagipun boringlah entry ksong takde gambar.....saya ni kan kaki bercerita...tu suami saya tau sangat tu....dia tau yang saya memang ada cita2 nak beli kamera DSLR....sekarang dia offer seribu ...nak kena fikir banyak kali ni....


PERGI HAJI


Kan duit untuk masa gi haji saya dah siapkan, tapi untuk saya tak cukup lagi. Masalahnya mak saya takde muhrim. So bila saya cakap saya nak gi sama dengan dia, dia sukalah. Tapi bila cakap kat pak haji, dia pun nak pergi sebab katanya kalau saya pergi sapa muhrim saya pulak? Betul jugak saya fikir tu....tapi isu nya mana nak cekau duit untuk dia, untuk saya insyaallah saya boleh gagahkan simpan seribu sebulan. Untuk dia?


Tapi fikir punya fikir saya bersangka baik nanti allah bagilah rezeki kalau kita niat baik. So mula bulan depan saya akan simpan secara wajib seribu sebulan, lima ratus untuk suami dan lima ratus untuk saya. saya dah cakap dekat mak saya dah, yang kami bertiga hanya akan buat rayuan ke Mekah pada 2011. Sempat lagi tu...lagipun antara masa tu nanti ebelum sampai 2011 saya top up lah kalau dapat apa2 duit...


Minggu lepas saya dah daftar untuk tiga2 kami, 1,300 seorang, jadik dekat RM4,000 juga saya keluarkan. So nampak jugaklah duit elaun belajar ni untuk tujuan lain selain spend untuk rumah tumpangan ss [beserta barangannya] dan lain2 hal diri saya dan tujuan untuk tesis dan belajar ni. Saya berdoa semoga apa yang dirancang dimakbulkan Allah. Ke mekah dalam usia 30 an memang jadik cita2 saya dari dulu. Waktu usia macam ni badan masih sihat untuk saya khidmat mak dan yang penting juga serentak tu saya dapat khidmat suami jugak. walaupun suami dah banyak kali ke mekah, iaitu kerjakan haji dan umrah tapi dia pergi masa tu bawa mak dia dan dia khidmat mak dia juga..kali ni biarlah saya khidmat dia pulak.


Wah....panjang lebar Nak sambung buat literiture review untuk tesis ni....petang ni nak kena rush balik sebab nak tengok maid pulak....








Wassalam

Friday, July 24, 2009

Seperti telah ditakdirkan begitu

Assalamualaikum w.b.t


Selepas pelbagai usaha mempengaruhi emosi Zubair agar memujuk ummienya untuk tinggal di PD gagal. Saya kini berserah jerlah kepada takdir. Selasa lepas satu malam tu bila zubair teringatkan ummienya saya pun suruh dia call, sebelum tu saya pesan kat dia suh nangis2 sungguh 2supaya umminya terkesan dan ambil dia semula. Tapi bila saya bagi signak amcam org nangis masa dia cakap dengan ummienya dia bantai gelakkab saya pulak. Gagal!


Dua malam lepas supper kat kedai dengan ayah dan zubair, ayah kata :agaknya engkau ni dah memang ditakdirkan untuk bela zubair ni..." Kenapa? saya tanya. Dia kata, kau tengok rupa pun dah sama, tengok, hani rupa abangm zubair rupa engkau...


Yer tak ya jugka, minggu lepas masa keluar masturat tu kak aza ada datang nusrah dan kakak yang kle;uar sama tu terpegun tengok hani rupa kak aza dan kata mereka tak musatahil kalau kata zubair tu anak saya sebab ada rupa dengan saya. LOL!


Baru saya sedar yang saya dan Zubair banyak persamaa, masa makan roti canai keluar malam tadi, kami semua cuba menggulung lidah, rupanya ayah dan hani dua2 tak boleh gulung lidah. Dan telinga saya pula jenis telingan capangan [mak saya panggil jenis telinga tadah embun] dan zubair punya sebijiki telinga macam telinga saya. Kak aza yang mula 2perasan hal telinga ni.


Okaylah, cam biasa ju, Jumaat petang jer saya akan berkampung kat PD kat rumah tumpangan ayah. Sebab saya akan kemaskan untuk dan weekend ni last touch up sebab semua dah siap dah. Patutnya nak buat bahagian depan siap betulkan tembok dan pasang tiles tapi sebab kosnya RM6,500 saya cancel jer dulu...sebab pasang tiles dalam rumah jer dah dekat rm4k.

Ok salam...

Wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Masa berehat sudah tamat

Assalamualaikum w.b.t


Kelas dah mula semalam. Semester ni agak menyampah sikit sebab dua hari kena ulang alik ke Jalan Duta, semester lepas dah ke Bangi yang ambil masa setengah jam je dari Seremban, jadinya berulang ke Jalan Duta dua kali seminggu ni rasa jauh sangat pulak!


Dahlah keter merc masih tak renew road tax atas masalah teknikal, saya terpaksa bawa MPV gedabak tu ke kelas, suami plak nak bawak kembara saya sebab senang nak parking takkan nak suh dia bawa MPV plak setakat 5 kali sehari ulang alik masjid sehari...hishhh menyampah betul rasanya...


Bulan Syaaban ni suami akan kelura 40 hari lagi. Pertengahan ramadhan baru balik semula. Tak taulah camana suami takde ni Zubair pulak ada? Selama ni kami dua beranak buka puasa makan simple2 jer...pastu rehat lebih selang seli dengan ke masjid solat terawikh..bila ZUbair ada ni tak pasti lagi jadualnya camana nanti...


Malam tadi kan, Zubair asyik cakap kat saya, yang dia rasa nak balik rumah umminya, rindu dengan ummie, pastu saya suh suhailah call rumah ummie, tapi apa yang dipujuk ummie dia okay semula. Pastu sekejap lagi suh suhailah call kan lagi...lamaaa dia cakap dengan umminya...dalam hati saya doa biarlah ummienya terfikir ataupun terasa kesedihan anaknya dan ambil balik zubair ni...rasanya itu yang terbaik....



Saya sendiri nak cakap suh ambil zubair semula tak berkemampuan. Sebab selama ni mesti kak aza fikir yang saya suka Zubair ada di sini temankan suhailah....walhal saya takdelah suka mana, biasa jer. Sebab selama ni dah terbiasa duk berdua dan selang dua hari ayah ada, bila ada tambahan sorang ni rasa banyak benda berubah.


Saya dah kurang berkomunikasi dan bergurau juga bergaduh dengan suhailah, sebab masa dia banyak dengan zubair jer....tu yang saya rasa agak renggang sikit dengan anak sendiri.


Eh...hari ni nak ke UKM jumpa supervisor lah...nak bincang proposal tesis. Kena cepat ni....


Oh ya, rumah tumpangan dah siap dah....weekend ni touch up, pastu bolehlah mula minggu depan kalau ada yang nak menumpang bolehler....


Wassalam

Friday, July 17, 2009

Anak tiri anak sendiri

Assalamualaikum w.b.t


Wah sejak ada dua anak ni, sibuk benar rasanya. Sekarang ni semua benda dibuat secara berganda. Kalau dulu masak nasi setakat makan berdua jer, tapi sekarang kena bertambahlah sebab zubair dah ada ni. Basuh baju pun kena hari2, sebab satu hari jer masing2 gunakan 4 pasang pakaian menjadikan 8 pasang pakaian hani dan zubair yang dok dalam bakul baju kotor. Kalau tangguh dua hari jadi 16 pasang, haru kalau ditangguh! Sabun pun bertambah2lah cepat habisnya.


Semalam dapat bil elektrik, masa kak aza duduk dua minggu tu iaitu masa cuti sekolah dan kemudian berulang-alik ke rumah saya setiap jumaat dan balik ke PD setiap isnin pagi, bilnya RM 192, tak pernah bil sebanyak tu. Yerlah masa dia ada walaupun tak sebulan penuh, aircond terpasang 24 jam, sebab buaian Sofiyyah kat bilik saya tu, malas nak buka dan kemudian pasang memang terbiar jer 24 jam ter ON. Bulan ni pulak bil RM82, pun tinggi jugak, takkan sebab Zubair ada jadi tinggi pulak,kan? Malah bil telefon saya yang biasanya tak sampai RM10 sebulan, bulan lepas jadik RM 82, sebab kak aza selamba badak jer kalau cakap berlama2....call sana call sini, huiii kalah saya yang bekerja ni rangkaian kawan2 dia, sms pun hari2 dapat....sedangkan saya sejak cuti ni, bukan setakat cuti kerja dengan sms dan call masuk pun macam bercuti jugak! Nampak sangat saya takde sosial life....


Memang agak pelik hal bil ni sebab bulan ni kira komputer takde on pun sebab cuti semester dan streamyx buat hal! Agaknya sebab aircond jugaklah, sejak zubair ada ni saya kesian pulak, kat rumah dia tido beraircond, kang sini panas pulak [tambah2 sekarang kan panas], dan jugak agaknya sebab sejak kejadian rompakan tu saya on kan sepanjang malam lampu di porch kereta.


Oh ya, ni saya nak cerita hal Zubair pulak. Uiiii mencabar sungguh membela anak lelaki rupanya yer. Rasanya cam tak sanggup nak dapat anak lelaki kalaulah spesis perangainya sama cam Zubair. Bukan saya nak kata dia tu teruk sangat tapi cuma saya rasa senang bangat jaga dan didik suhailah banding dengan Zubair. Tapi kalau saya ada anak lelaki yang saya lahir dan didik sendiri dari kecil tentu lain ceritanya. Hani kalau saya kata TIDAK pada sesuatu dia akan cepat faham kecualilah benda2 tu dia rasa saya boleh tolak ansur. kalau hal beli CD, beli mainan, atau sesuatu yang tak beri manfaat bila saya kata NO dia tau batas tindakan yang dia perlu buat. TAPI Zubair masih belum mahu memahami sistem saya tu. Bila saya kata NO, dia tetap nak jugak, siap dia bebel2kan saya dan menangis macam kena dera.


Saya lagi pantang kalau orang tak faham bahasa pastu bila kita terangkan dia bagi tindakbalas yang tak berapa bagus. Bila saya kata tak boleh beli CD Ultraman lagi [melambak2 dah CD ultraman kat rumah ummi dia] dia boleh menangis dan bebel2 cakap "Ummi bagi beli CD, ummi tak marah", "ummi bagi beli mainan, tak marah pun".


Zubair ni akan bertambah banyak songel kalau ayahnya ada kat sini. Malam2 sure dia nak tido dengan ayah. Yang geram tu mesti nak tido kat bilik ayah. Kira kalau dia dah tido sebelah ayahnya, saya kena tarik dirilah, takdelah peluang nak menempel sepanjang malam tu. Burned jer malam tu. Geram jugak kadang tu. Pastu bila ayah ada mula tunjuk perangai, susah nak suruh mandi, susah nak suruh PU [past urine], semua kena guna kaedah kekerasan, jerit kuat2 pastu tarik jer tangan dia bawak bilik air....baru jalan...kadang tak tau apa kaedah sesuai dengan dia, dahlah tak makan pujuk, kalau dengan ummi dia pun dia selalu ke cubit dan kena marah sebab taknak masuk bilik air. Rasanya dekat rumah saya dia lagi mudah dengar arahan banding dengan ummi dia...mesti menangis tiap kali kena paksa PU. Saya terfikir jugak takut2 kaedah saya tu akan merosakkan emosi dia tapi setakat ni nampak okay.



Tulah dia ni lasak bukan main. Kata ayahnya sebab steroid tu. Cikgu pun dah komen tau, kata guru kelas dia, Zubair dah mula tunjuk belang sebenar dia kat sekolah. Banyak main, dan ada juga kes gaduh dengan budak2 lelaki lain. Hebat Zubair ni. Tapi dengan saya, dia ada takut sikit, kalau dulu saya tanya dia akan matikan diri, sekarang kalau saya tanya dalam takut tu dia jawab jugak bila saya kata. "cakap sekarang, nak buat lagi tak, cakap kuat2 ammie nak dengar!" Kadang tu dia terbawa2 perangai dia kat rumah ummi dia, kat sana dia selalu buli Syakirah [8 tahun] sebab kakak dia tu tak melawan tambah2 ummi dia selalu protec Zubair...dulu sebab disangka Zubair ni anak bongsu, pastu sejak awal tahun ni kan Zubair disahkan Nephotic Syndrom, tu yang semua kena 'bagi muka' kat dia. Dengan Uda pun, Zubaitr selalu dimenangkan, Uda kena mengalah...tu yang Zubair banyak lemak tu! Kat sini kadang dengan Suhailah pun dia mula nak mian kasar, tumbuk2, kuti kakak dia tu..sampai menangis2 Suhailah datang mengadu kat saya. Dah pandai gaduh2 secara fizikal sekarang ni.


Tapi yang kelakar Zubair ni pemalu jugak orangnya. Saya dengan Suhailah dan biasa bercakap dialog2 curahan perasaan ni. Kami telus jer, kalau suka cakap suka, kalau menyampah cakap menyampah. Kalau dengan suhailah, setiap kali saya belikan apa2 tak kisahlah buku ker mainan ker memang dia akan cakap "terima kasih ammie", atau anytime saya rasa nak peluk hani saya akan tepuk tangan {macam cerita pingu tu] on the spot dia akan datang pada saya sebab dari dulu tu signal saya untuk dia dan kami berdua akan berpelukan dan berciuman. dan kami akan spend masa setiap hari untuk bergurau sebelum tidor, tak kisahlah geletek2 ker citer2 binatang ker, apa sahaja lawaklah. DAN setiap kali saya buat macam tu kat suhailah, Zubair akan tersipu malu, agaknya sebab tak terdidik cara macam tu kot? So sekarang ni Zubair dah okay sikit, susah betul nak budayakan amalan ucapkan terima kasih, bila tanya kenapa taknak cakap terima kasih kat ammie katanya "Zubair malu"....


Tapi Zubair dalam malu2 tu, malam2 tak sah kalau tak peluk saya, tu kalau ayah takdelah. Peluk pulak peluk yang erat tu, kaki atas peha saya, tangan atas dada saya dan kepala atas lengan. Hani pulak kalau peluk tak suka peluk erat2, lemas katanya, kepala pulak bawah ketiak taknak dia tido atas lengan. Hani ni jenis tido kepala taknak berbantal, setakat ada sentuhan dengan saya jer. Dulu mula2 zubair pelik jugak saya bila nak tido cium dahi dia, dia tanya kenapa cium dahi zubair, tapi sekarang dah biasa kot. Saya akan kata sebab ammie sayang Zubair. Pastu dia akan jawab, Zubair bukan anak ammie, zubair kan anak ayah dengan ummi, saya plak bagitau dia memanglah tapi Zubair tu kan anak tiri ammie, anak jugaklah tu. Masa ni hani kat sebelah mesti menyampuk katanya, "La sorang jer anak sebenar ammie"


Hal belajar pulak, untuk makluman zubair ni dah kenal dah semua huruf A-Z, nombor pun kenal, siap boleh sebut dalam malay dan english! Cuma masalahnya, bila tukar sekolah hani ni, sistem kat sekolah MURNI ni berbeza, dia tak ajar murid kenal A-Z macam biasa tu, dia guna kaedah CAHAYAKU iaitu kaeadah berdasarkan fonetic, zubir memang boleh sebut vocal a-e-i-o-u mengikut sebutan huruf tu tapi kalau kaedah CAHAYAKU dia sebut berdasarkan fonetic huruf vokal tu. jadi memang lain sebutan dia. Bila melibatkan konsonan pulak lagilah berbeza cara sebutan dia....disebabkan zubair dah tahu semua huruf tu jadi untuk dia convert dari sebuatn biasa ke cara sebutan berdasarkan fonetic tu yang dia keliru kot?


Masa saya ajar hani dulu, saya sendiri pun kena belajar dengan cikgu dia dan selalu juga keliru malam2 siap call cikgu dia, tapi bila dah tau konsep senang jer. Dan alhamdulillah hani senang faham sebab agaknya dia tak pernah terdedah dengan A-Z sebelum tu. tapi Zubiar sebagai budak lelaki apa yang saya tengok, budak lelaki ni tak boleh fokus, perlukan bantuan sepanjang masa maksudnya buat homework pun kena kita ada depan mata 24 jam. Suka sangat leka, dalam kita depan mata dia boleh fikir benda lain, mata ke lain....kejap2 korek hidung kejap2 menguap, buat kerja sikit senget sikit nak padam jer taunya....bilalah nak siap? Kalau hani dulu, saya tak perlu monitor sangat sepanjang masa, bagi dia arahan, dia buat sendiri pastu saya check, senang jer. Memang dulu saya akan duduk dekat Hani tapi saya boleh rehat jer...baca buku, baca majalah ker tapi dengan zubair ni LETIH sebab saya betul2 kena duduk sebelah dia dan kadang2 terpaksa pegang tangan bantu buat homework dia, kalau tak yg kat atas okay tapi makin lama makin senget dia tulis....teknik menulis pulak selaaaaaalu salah, walaupun at the end bentuk huruf sama tapi sebab teknik salah saya tetap anggap salah jugak! Sebab tulisan dan cara menulis ni penting dalam membentuk anak2 biloa masuk sekolah rendah nanti. saya tak suka tulisan caca merba!



Dua hari lepas gi JJ, Zubair boleh melalak nak CD Ultraman, yang Suhailah nak CD Barbie tapi bila saya kata NO suhialah terus okay tapi Zubair tak mau dia tetap berlari masuk dalam kedai CD tu. saya dengan Suhailah tengok jer gelagat dia kami tunggu kat luar jer, sebab sebelum tu dah masuk dah. Masalahnya Zubair ni kalau dia dah kata dia nak tu dia nak jugak, dan selalunya apa CD yang dipilih tu memang yang tinggi harganya, mesti paling kurang RM 29.90...sebab yang murah2 tu kebanyakan ceritanya ummi dia dah belikan. kalau dah beli zubair mahal takkan anak dipangkuan taknak disusukan? so berapa dah kosnya kat situ? Tu sebab saya taknak belikan. Tambah2 balik jer sure zubair nak buka DVD tu, bergaduh lagi nanti berebut dengan hani DVD sapa nak tengok dulu....dan keputusannya mesti hani kena beralah....


Semalam gi family store, dua2 saya suh tunggu dalam keter tapi taknak nak turun nak beli Bakugan, pastu hani pilih yang satu jer harga RM 3.90, zubair pulak dah peluk yang sekali tiga ekor bakaugannya, harga RM 14.90....kalau kes macam tu sanggup tak belikan anak tiri yang mahal anak sendiri yang murah? kalau saya terus terang saya tak sanggup. So saya kata NO, suh dia ambik yang kecil dan single tu dia pulak kata NO, dia taknak yg kecik so dia sanggup cari mainan lain dengan harga RM 4.90, so bolehlah maka belilah hani bakugan sekor dan zubair patung apa ntah. rasanya sejak dia ada sini dah 5 ekor Ultaraman kecik dan besar saya beli, bakugan pun dah berapa bijik dah, tu tak masuk patung watak kartun kecik2 tu....tak belikan kesian plak muka monyok dia tu, tapi kalau beli kena beli dua semuanya....meningkat kos sejak ada dua anak ni....yg geram tu kalau dqah beli mainan malam2 suh buat homework dia boleh main gaduh2 patung kecik2 dia tu atas meja siap dengan sound effect bagai...beza sungguh budak lelaki ni!!!



Minggu lepas masa gi Nilai 3, saya belikan sorang satu meja belajar, sebelum ni hani memang takde meja belajar yg proper hanya meja kecik yang boleh lipat kaki beli kat Giant RM 22.00. Kalau buat kerja bersilalah kat lantai....so beli meja tu dua satu RM110 [bila tengok kat kedai sebelah rupanya RM100 jer..sakit hati]so buang RM 20 hari tu. Meja ni kena pasang sendiri, agak tegap jugak boleh adjust tinggi rendah. Balik tu pasanglah, dari maghrib sampai jam 11 hanya siap pasang kerusi dan meja Hani jer, tau2 jerlah skru driver dengan skru tak match memang sakit tangan, sebab tool box semua kat rumah Batu 4 tu, tu yang saya guna jer skru driver apa yang ada. Malam tu suami balik dia gelak kat saya katanya kenapa tak gi kedai cari skru driver yang sesuai. Lepas beli skru driver baru, saya cakap kat Zubair ammie dah letih, Zubair punya meja dan kerusi ammie buat esok jerlah, dia sedih pulak, sian jugak saya. So malam tu saya berjaga terus pasangkan dia punya pulak. Disebabkan panduan yg diberi simple sangat ada banyak skru saya salah pasang masa buat hani punya tu yang jadik lambat. So bila buat zubair punya jadi cepatlah. Tu pun jam 2 baru siap, sampai bengkak2 tangan saya putar skru, nak tido siap kena rendam tangan dan jari2 dalam mangkuk isi ais...semata2 nak anak tiri bangun tido happy tengok meja belajar dah siap pasang. bangun subuh tu suami pun terkejut tengok saya siap pasang....yerlah agak susah juga sebab meja made in China ni buat pun macam tak berapa nak tepat, pepandailah adjust sendiri....


Semalam ada bicara, kebetulan ada kawan dari Putrajaya jual kipas kecik, sesuai sangat letak atas meja belajar budak berdua tu, saya teringin benar nak belikan hani tapi dalam hal macam tu kena jugaklah beli dua, so semalam dah beli bateri sukalah budak duorang tu buat homework sambil ada kipas kecik atas meja...tapi tulah nak ambil gambar kamera dah kena curik pulak. Minggu lepas jugak selipar hani putus, so kebetulan ada baucer LENO masa jadik ahli hari tu, dah dekat 3 bulan dah...so bila belikan hani zubair pun sedih jer, walhal selipar dia tak putus lagi, kena jugaklah beli dua, walhal masing2 saya dah belikan sandal masa pertengahan bulan jun hari tu. kira ni dah sandal kedua saya belikan....baju pulak rasanya dah 3 pasang saya belikan sebab bila saya belikan hani nak taknak kena belikan dia jugak...susah jugak yer, ingatkan setakat jaga dan tengokkan zubair jer tapi ni dah terjangkit kos lain pulak. Tulah susah juga nak belajar ikhlas ni, tapi kena paksa diri jugak ni....mak saya pulak masa datang rumah hari tu kata bagus jugak saya jaga Zubair ni, katanya "kau pun takde anak lelaki, eloklah apa2 hal nanti susah ada jugak Zubiar ni". Mulut saya jahat jugak masa tu saya jawab kat mak saya, "alah mak, Zubair tu sakit, anak yang sakit pulak dibaginya saya, entah2 saya plak yang kena jaga dia...lainlah kalau sihat"


Saya buat masa ni dalam mode bertahan, menunggu saat jer dimana Zubair atau kak aza kata "biarlah Zubair balik PD semula" tapi tulah nampaknya kak aza macam selesa dengan suasana sekarang, kurang sikit tekanan dia nak layan kerenah Zubair yang selalu menguji kesabaran tu dan boleh tumpukan pada Sofiyyah. Zubair plak dah kena marah dan dera macam2 [ramas dan tampar mulut jer] pun tetap suka nak duduk rumah saya jugak ...pelik2...tambah2 isnin baru ni dia balik sini dengan kesan kat belakang tapak tangan dia kena kuti [cubit] dengan Uda sampai terkopek kulitnya, sebab bergaduh atau berebutlah tu...Uda dan Syakira bila saya tanya tak sedih ker Zubair duduk rumah ammie, jawab diorang "nak sedih apa, sukaaaa sangat, kalau tak balik sini pun takper..." hmmmm tak taulah nak cakap apakan?

Wassalam

Thursday, July 16, 2009

Modem pinjam dan kisah kami lagi

Assalamualaikum w.b.t


POLIGAMI

Ni saya dapat online sebab modem ni kawan jemaah surau suami yang punya. Dia baru jer beli modem streamyx ni, tapi tak reti pasang kat rumah nak suruh suami tolong pasangkan. Suami pun kata dia nak test dulu, sajer sebab nak pastikan yang streamyx kami tak boleh pakai disebabkan oleh modem. Rupanya betullah sebabnya modem...bila pasang modem kawan tu terus boleh online. Lepas asar kena pulangkan dah modem ni...ni kira ambil kesempatanlah ni.


Rasanya dah 3 kali tukar modem sejak masuk streamyx 2005. Petang ni nak terus ke pejabat TM tukar modem jer. technician datang hari sabtu, memanglah saya takde rumah, pastu court case berderet2 tu yg malas nak call suh dia datang. Lagipun siang saya sorang kat rumah, tak syok pulak ada lelaki masuk sampai dapur...nak tunggu hari suami ada, tapi hari yg suami ada mesti ada hal kat luar rumah....


hal komen kat etry bawah ni.....saya berterima kasih pada komen membina tu. Hal poligami ni bagi saya mudah jer, kalau kita letakkan diri kita fikirkan sangat semua tu maka jadik kroniklah. Tapi kalau kita fikir mudah maka Allah akan bagi mudah. Hal kami ni berdikari rasanya tak menjadi hal lagi. Sebab suami sebagai OKU dengan sebelah anggota badan yang sentiasa berat dan kebas, apalah seorang isteri boleh harapkan? Nanti kalau dipaksa suruh itu ini, kesian pulak dia...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apapun, kak aza selalu ingatkan saya katanya, "bagi kita ni wa, nilah peluang untuk kita tambah pahala khidmat pada suami, abang dah tentu Allah bagi pahala banyak sebab dah tarik nikmat sihat, kita pun rebutlah peluang ni nak dapat pahala banyak"...


Ada benarnya apa yang dia cakap tu, saya setuju. Bagi sesetengah pasangan kebahagian mereka mungkin bila ditemani suami membeli belah, keluar makan dan jalan2 dengan suami dimana suami mendukung anak, membawa barang, membayar apa yang dibeli, tapi bagi kami iaitu saya dan kak aza benda tu semua tak usahlah mimpi nak dapat dan nak lalui. Sebab suami kami bukan itu kepakarannya. Bagi kami apa yang menjadikan kami bahagia adalah bilamana kami dapat khidmat dan korban untuk suami. Sebab klhidmat dan korban pada suami tu yang buat dia gembira terhadap kami. Dan kalau dia suka dengan kami maka Allah pun akan suka dengan kami. begitulah agaknya. Saya tulis macam ni amsa saya rasional tapi kalau gaduh tu biasalah kutuk2 suami kat sini, tapi anggaplah saya dan kak aza pun manusia biasa yang ada nafsu dan kelemahan apatah lagi iman kami pun lemah juga.


Kadang2 saya rasa pelik juga dengan kehidupan rumahtangga kami ni. Terutama kalau saya berborak dengan kawan2 sepejabat bila sesekali saya kepejabat. Memang akan terasa yang berbeza sangat kehidupan kami dengan cara hidup mereka. Mereka patut bersyukur sebab tak lalui apa yang kami lalui, tapi itupun mereka tak sedar2 juga. Berbeza maksud saya ni dalam ertikata yang luaslah....kalau ikut tafsiran keduniaan dengan kehidupan hari ni, memang nampak macam kehidupan kami ni berat sebelah....semua isteri kena buat, tak merasa sangat nak jalan2 dan makan2 kat luar. Malah isteri2 kena korban duduk serumah dan asyik berulang alik. Tapi bagi kami yang melaluinya, takde apa yang nak diberatkan, takde apa yang nak dicemburukan, takkan kerana nak rebutkan batang yang sebatang tu yang nikmatnya hanya sementara sanggup kita buang masa menyimpan rasa marah, sakit hati benci dan cemburu.


Saya mengakui walaupun saya sebenarnya ada rasa cemburu tapi rasa cemburu saya boleh dikawal. Itupun datang dalam masa2 tertentu jer. Sedangkan selebihnya terasa nikmat dan kebahagiaan ada seorang suami disisi. Cukuplah anak saya memiliki ayah yang sangat dia sayang. Apa yang saya lihat sekarang memang Hani sangat manja dengan ayah. Apatah lagi Zubair bukan kaki melesh dan memeluk ayah, memang hanilah yang asyik duduk dekat ayah kalau ayah ada rumah saya. Itu pun dah seribu rahmat,kan?


Saya hendak mendaftar mengerjakan haji tahun depan, itupun kalau Tabung Haji benarkan {buat rayuan asbab teman dan khidmat suami yg OKU dan mak yang berusia} dan kalau saya mampu. Buat masa ni hanya tambang dan perbelanjaan mak saya, saya dah siapkan. Buat saya dan suami, kami akan cuba kumpul...doakanlah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau tak jadi pun takperlah, yang penting saya dah pasang niat betul2, sebab mak saya takde muhrim nak pergi, tu yang saya terpanggil tambah2 suami pun sangat2 galakkan, moga2 terpilihlah....


RUMAH TUMPANGAN

Rumah tumpangan akan siap minggu depan. Langsir semua saya dah siap jahit dan gantungpun. Sangat cepat saya jahit sampai tak tido malam. Agak cantiklah juga, mungkin sebab english style, walhal semuanya pun saya hanya jahit lurus jer takde apa2 ropol atau fesyen pun. Lagipun dah sarat bunga macam taksesuai nak ditambah apa2...kalau buat scallop pun nampak macam crowded kot? Selama ni tak minat english style tau saya ni, tapi dah suami pilih asya ikutkan jerlah...rupanya cantiklah jugak....heheheheee. Pastu kan, hari tu kami gi nilai3, suami lah kononnya nak cari tempat gantung baju, tapi selain tenpat gantung baju terjebak beli benda2 lain. Kami beli cermin simple untuk 3 bilik tu, beli tenpat gantung baju jenis tree tu 3 jugak dan beli dua set pinggan, setengah dozen satu set. Satu set tu suami nak beli yang corak englis style macam Vantage tu, made in Japan....coraknya budak jual tu kata baru sampai 3 hari, memang ngamlah kalau beli sebab agak2 sama dengan corak langsir, memang dah nak beli dah cawan, pinggan, mangkuk serba 6....hanya disebabkan coraknya...


Tapi saya tak puas hati, sebab saya nak beli jenis Luminarc made in France, sebab coraknya lawalah jugak, pinggan putih macam corelle ada bunga2 biru dan peach...sudahnya suami ambik jugak pilihan hati saya sebab saya lebih pakar hal pinggan mangkuk kan, setengah dozen lagi kami beli pinggan melamin jer...dan kos pingan made in Japan dengan pinggan Luminarc tu lebih kurang jer...semua barang2 beli ni untuk rumah tumpangan tulah...


Ni dah dua hari dah kawan suami pasang tiles kat tangga dan dua bilik atas tu, cuma bila siap jer akan masuk dua aircond pulak. banyak jugak kos yang keluar untuk rumah ni, kalau tak pulang modal [pun pasrah jerlah, buat tempat persinggahan saya. Lagipun buat macam ni bukan untuk jangka masa pendek. Saya agak susah hati juga s ebab PD ni banyak lambakan hotel dan apartment. Tapi kelebihan rumah macam ni adalah, kalau bercuti melibatkan ramai ahli keluarga, takkan nak sewa sampai 3 bilik hotel, pastu dengan kos makan pun besar jugak. Tapi kalau sewa macam ni, sesuailah untuk bercuti dengan bajet rendah. Boleh bbque dan park kereta pun depan rumah jer. Kalau kawan2 nak berkumpul ramai2 pun sesuai jugak sebab banyak aktiviti di PD yang boleh dilakukan. Dan kalau ada sesapa yng kawin denmgan orang PD nak buat rumah bertandang pun okay jugak. Kos pun rendah jer, sebilik RM 100, dan kalau sewa satu rumah RM250 jer, kalau kawan2 saya saya bagitau suami satu rumah dua ratus jer, tak perlu risau nak check out jam berapa, duduklah sampai malam pun....masak2 pun boleh kalau nak lah....


eh....banyak benda nak cerita ni tapi saya kena duk mengadap TV ni sebab cerita Lalola dah startlah....kalau suami tak pulangkan modem ni bolehler saya sambung lagi


eh....saya tak sempat lagi nak buat blog untuk rumah persinggahan ni, sebab rumahnya tak ready lagi. tapi kalau ada kawan2 yang rasa ada keperluan untuk cari tempat tido bermula dalam sekitar minggu depan di PD bolehlah hubungi saya di email saya, salwamuharam@gmail.com....

Wassalam

Friday, July 3, 2009

Broadband dan streamyx dan keluarga

Assalamualaikum w.b.t


Dua hari lepas saya cuba untuk register broadband, rupanya nama saya kena blacklistlah!!!! Ada hutang RM700 dengan TMTouch. Bila ingat baliik rupanya memang saya pernah daftar line TMtouch ni masa lebih kurang tahun 1999 masa tu tengah zaman baru-baru sangat keluar U, baru kerja sementara dan excited nak guna hp walhal takdelah mampu mana, pastu taknak pakai hp lagi [sebab tak mapu bayar kot?] saya pun dok senyap jer, ni barulah tau ada tertunggak 700 rupanya. kenalah settel juga jawabnya....tapi bila ada beban hutang tiba2 ni takbolehlah nak terus bayar sebab bajetnya dah lari dah bulan ni...nak buat camana,kan?


Pastu suami ada cadangkan saya guna nama angah untuk register, tapi entahlah nantilah saya fikirkan sebab laptop pun takde lagi ni, sejak laptop saya dirompak, terasa patah kaki lappy takde, nak beli baru kena jugalah tunggu elaun belajar ni, haaaaiiiii dah genap setahun dah ni, buat malu jer elaun belajar tak dapat2 lagi...proposal tesis pun dah nak hantar rabu ni....


Apapun takperlah saya sabar dalam mode menunggu jerlah ni. Tunggu technician TM datang betulkan semula line streamyx ni...sementara tu saya masih ke cc lagi ni, sebab hari ni last register subjek untuk semester ni, ni gi daftar lah ni. Terkontang kanting saya sorang jer kat cc ni dengan sorang remaja yang jaga cc ni...dahlah tempat ni sunyi jauh dari orang lalu lalang. Depan cc ni hutan plak tu. Tempat yg biasa pergi tu belum bukak pulak, so saya ronda2 kat bangunan kedai taman ni belah2 belakang rengok2 ada plak satu cc baru buka sebelah pintunya, redah jerlah, adik tu pun dok menyapu lagi belum on pun pc nya lagi...awal betul!


Semalam kan, kak aza dengan suami bergaduh tau....dalam telefon. hahahaaaa saya sebagai saksi jer....sebelum kes gaduh tu, kak aza ada called saya....lepas zohor, dia tanya hal abang....paginya dia minta izin ke kedai, beli sabun, suami masa tu tengah tido atas sofa, suami kata dalam jam 9 pagi masa tu, kak aza kata plak lewat sikit, abang yg salah tengok jam. pastu suami kata dalam jam 12 dia tunggu kak aza tak balik2 lagi, dia called kak aza kat rumah maknya tengah buat kuih cucur badak!


Suamimpun panas hati, sebab kak aza kata nak ke kedai jer, tapi bila called ada kat ruamh mak dia. Suami tunggu kak aza kat rumah sebab nak suh cari surat beranak Zubair yg saya minta utk beri cikgu sebab nak beli insurans. yang kak aza plak tak sangka suami marah, dia sempat lagi gi kedai sekali lagi belikan maknya kari dagung. pastu baru balik pulak.


Suami sebenarnya banyak kerja, nak renew roadtax dia, yg dah mati lama, tapi dua kali cuba renew tak dapat sebab pej pos taknak sebab ruangan utk cetak dah penuh kat geran tu. Bila saya dengan suami ke JPJ syarikat insuran taknak urus sebab katanya keter lama dia hanya urus kereta selepas 1994 jer dan insurans third party dia tak mau urus. So masih hanging lagi ni, [semalam pulak katanya kena renew bulan 8 baru boleh sebab insuransnya mati bulan 8 ada lebihan bayaran pulak]...saya ni kan nak belajar bersedekah dan nak lembutkan hati ni dengan banyak bersedekah, sejak gaji hari tu dah bagi suami 500 suh dia renew roadtax sebab merc tu kan saya yg guna...tapi rupanya takleh renew lak???? pastu serena plak rosak, pum minyak taknaik so tak boleh start, tu yg suami berkejar nak balik seremban nak beli spare part mpv tu...


Yg kak aza pulak, bila smapai rumah tengok suami dah takde, dia terus ke masjid tengok suami takde jugak kat masjid, balik rumah dia called Ah Tiong electric man sebab dia ingat suami jumpa Ah Tiong utk pasang aircond rumah tumpangan batu 4 tu...usaha2 dia tu membuatkan dia kecewa sangat sebab rupanya suami dah balik seremban....dahlah kak aza puasa semalam kan 10 rejab dengan menyusu anak lagi...sian jugak bila dengar dia cerita tu...penat betul dia.


Masa dia called saya tu suami tak sampai lagi, tapi sebelum tu suami ada called saya bagitau nak balik ruamh saya, dia called dulu takut2 saya takde kat rumah. tapi masa tu saya takde tanya dia kat mana, buat apa....so bila kak aza tanya pasal abang saya kata jer saya tak tau..."takde pulak sampai sini kak...." saya kata gitu jer taknak panjang cerita....tapi dia ada cakap manalah agaknya abang ni ada projek besar lagilah tu, tengah2 cakap kat telefon suami pun sampai, kak aza kata "kau panggilkan abang wa, amboi cepatnya sampai berkejar dia nak balik sana eh....", suami amsuk rumah jer, terus cakap dengan kak aza, masa tu tak taulah apa yg kak aza cakap mula2 suami relax jer, tapi lama2 suami mula tinggi suara, adalah diolognya, last dia latak telefon kuat, rasanya ams atu kak aza tengah cakap...saay pun mula cuak.


Saya tanya suami, apa yg abang marah sangat tu, dia kata dia tak suka cara kak aza tanya tu, macam kak aza pulak suami, macam cara kurang ajar tanya suami macam2, walhal kata suami, masa dia keluar tadi dia kata nak ke kedai jer, kenapa pu;lak pergi kedai jauh sedangkan kedai dekat ada, pastu ke rumah maknya siap masa suami called tengah buat kuih pulak?


Kak aza pulak lepas dua jam gaduh tu dia called saya dan cakap dengan saya, dia bukan ada niat apa2 dia hanya nak kirimkan coklat yg dia beli untuk zubair sebab zubair kan makan steriod yg pahit so selepas makan ubat jer memang upah dia cklat bagi hilang rasa pahit tu dan kebetulan mak dia ada beri kuih cucur badak yg belum goreng tu untuk bekal suami berbuka, dan ada juga yg dah bergoreng untuk bekal kat saya. Saya tak puasa kak aza tau sebab saya period...tun yg dia terkilan sangat bila balik rumah suami dah takde, terus dia berkejar tinggalkan sofia tengah nangis suh Syakirah jaga semata2 nak kirimkan kuih dan coklat untuk zubair....


Entahlah dua2 salah dalam kes ni, yg kak aza dah tau suami tu sensitif, kalau dah minta izin nak ke kedai, ke kedai jerlah buat apa berlama2 sampai ke rumah mak dia berkampung plak suami saya memang tak suka duduk rumah sorang. Hal tak minta izin tu satu hal, suami kata kalau nak gi rumah mak bagitaulah sepuluh hari pergi pun dia tak marah. Ni macam dah rancang nak ke ruamh mak dia sebab gi kedai yg dekat taman rumah mak dia, sedangkan suami kata sehari sebelumnya diaorang keluar ke Pasir panjang bawa anak2 ke klinik dan Nusrah jemaah dari Aceh di Tanjung Agas, Pasir Pnjuang, PD. Boleh ajer singgah kedai setakat beli sabun tu....apa yg urgent sangat beli sabun sampai berjam2 suami tanya kat saya macam tu pulak???


Masa petang kak aza called tu berset2 dia menangis....akak ni wa takde masalah langsung bermadu dengan kau wa...tapi tulah masalah laki yg taknak faham ni...hahahah sama jer diolog dengan saya tu...dua minggu lepas saya dengan suami pun ada perang dingin juga, seminggu dia taknak bercakap dengan saya, saya macam cakap sorang2, pastu taknak makan, saya hidangkan nasi dia biarkan ajer...yg jadi masalah syaa tak tau apa puncanya.


Dalam perang dingin tu, dua kali kak aza ada datang tido rumah saya, saya bagitau kak aza yang abang macam marah dan ada tak kena dengan saya, kak aza pelik sebab katanya apa puncanya? Sampai dia offer diri nak tanyakan apa masalah abang...saya kata takperlah kak kita tunggu dan lihat ajer. masa tu dengan kak aza dia okay jer, kak aza layan makan, nak tido kak aza urut dia, dengan saya langsung diua tak tegur. Saya pun buat tak tau jerlah....


Baru dua hari lepas saya tanya dia, rupanya ada satu hari masa tu kak aza baru jer sampai kat rumah saya, diorang sampai dalam jam 6 petang, sampai2jer terus makan sebab kak aza memang bawa nasi dan lauk ikan masak kari. Suami pun makan, sempat saya jeling banyak jugaklah sampai saya nak makan saya tengok kuah kari dah habis, sebab anak2 pun makan sekali termasuklah si suhailah. Memang lepas tu saya ada masak. Sebelum maghrib suami ke markaz mesyuarat, jam 10 dia balik dia kata nak makan, saya yang suka bergurau pun tanyalah dia, eh abang laparker, kan tadi petang dah makan, selalu balik markaz abang taknak....dia kata kan tadi dia makan jam 4...saya jawab balik, jam 4 apa jam 6 abang makan tu, takkan dah lapar?


Rupanya member marah, tersentuh hati dia, terus dia kata, tak payahlah, dia taknak makan...masa ni kak aza ada, tapi kak aza dalam bilik, suami kat ruang tamu, saya pulak berdiri diambang pintu separuh badan dalam bilik, separuh kat ruang tamu, Bila abang merajuk tu saya toleh muka masuk bilik, pandang kak aza, pastu kak aza kata hidang jer wa, saya ni memang ada lambat tangkap sikit, saya tanya balik kat suami. Dia kata tak payah dengan tegas. Saya terus diam dan masuk bilik terus... rupanya tarikh tulah dia marah dan merajuk dengan saya sampailah seminggu lebih dia tak bertegur dengan saya.


Yg buat saya sedih, adalah satu malam tu kira giliran saya lah, kak aza ada rumah saya masa tu, saya masuk bilik dengan 'niat' tertentu langsung dia tak palingkan badan pada saya, sampai saya teresak2 menangis sedih pun dia tak peduli sejak tulah saya tak layan merajuk dia...sampai kak aza kata macamana kau boleh kesan yg abang marah kau...akak tengok okay jer....sebab kak aza tak tau cerita dalam bilik tu dan saya pun takkanlah nak bagitau....lagipun kalau suami okay, dalam ramai2 orang dengan kak aza dan anak2 dalam rumah kami duorang masih boleh bergurau dalam bilik suami, kalau kak aza tengah masak, bukan gurau apapun....setakat sentuh2 gelak2 perlahan konon2 kalaulah 'tertangkap' dan tiba2 kak aza nampak, biar padan muka kami dua orang....selalu gurau gituler....kak aza pun bebas keluar masuk bilik suami kalau2 dia rasa nak bergurau berborak ker [kami gelar bilik tu office suami]...sebab balik solat jer mesti kami duaorang perli dia "hah tu kejap lagi masuk office lah tu" sebab dia mesti masuk bilik nak tido punya....


Okay..banyak yg kak aza luah dan suami pun lepas geram gak kat saya....esok saya nak pujuk kak aza datang rumah batu 4 tu, dialah kena mengalah dengan suami, esok saya pun ada kat sana, sebab ada projek lagi ke rumah tumpangan tu, sebab tiga hari lepas saya dah beli langsir kat Jakel Seremban 2 dan dah beli comforter untuk semua bilik, banyak gak kosnya, walaupun kami beli langsir yg sederhana jer, tapi bila kira2 untuk satu rumah hampir 500 juga kosnya. Tu pun beli yg offer, setakat mampu beli yg Rm 13.90 semeter. Ikut saya saya nak beli yg RM5.00 jer tapi suami nak yg okay sikit biar tahan lama katanya. Bercitarasa juga pak haji ni, ambil yg english style pulak...sian dia dengan bertongkat tu naik tangga sampai tingkat 2, sebab saya nak dia yg pilih coraknya, sebab rumah dia, saya ni tukang jahit jer...


Tapi tulah kak aza ni contras dengan saya, saya suka mencuba benda baru, cari suasana baru, bagi dia duduk rumah tu tak selesa sebab ada habuklah takde orang duduk, dengan barang2 dapur takde...bagi saya biasalah tu...mula2 jer penat mop satu rumah pastu okay jer...buat irfa yg berhasrat nak buat gathering keluarga disitu, sabar dulu yer, ada benda nak setup lagi, nak pasang aircond dulu, kalau irfa nak masuk mungkin pertengahan bulan 7 baru boleh, untuk irfa akak boleh bagi diskaun, nanti kita bincanglah yer...ada lagi benda2 kena betulkan..yerlah rumah yg sepenuhnya bagi sewa kat orang teruklah sikit keadaannya.


Hal Zubair dan Suhailah, saya semakin boleh menyesuaikan diri menjaga dua anak. tapi ada penat sikit sebab Zubair sangat-sangat-sangat kuat makan. Balik sekolah dan sebelum sekolah WAJIB makan roti sapu peanut butter dengan coklat tu dua keping. Lepas tu baru mandi siap jer dia nak makan nasi pulak. Tu tak masuk selang seli dengan biskut tiger dan chipsmore dan makanan2 sampingan lain. Suhailah pulak tatap maintain dengan seleranya yg tak seberapa tu. Semua coklat dan gula2 serta biskut hanyalahlah zubair yg habiskan...kos makanan memang meningkat sejak zubair ada ni... kata ayahnya kesan steroid menyebabkan seleranya bertambah. Pastu zubair ni andai bergaduh kat sekolah pulak....


Pasal prestasi belajar, kalau suhailah saya bagi 5 bintang pada tahap yg sama dengan zubair sekarang, zubair setakat ni hanya bagi 2 sahaja...jauh tersangatlah jauhnya nak buat perbandingan. Dari segi tutur kata dan kematangan berfikir pun dah jauh dah. Zubair dah 3 minggu sekolah ni, saya check buku prestasi hafalan Al fatihah dan doa makan semuanya BL [belum lancar], hari2 dalam kereta saya paksa dia baca, namun keadaan tak banyak berubah, untuk sebut "alhamdulillah" pun tak betul lagi....satu2nya penjelasan yg saya simpulkan yg dia BL adalah asbab dia pelat, cikgu taknak terima sebutan pelat, dan cikgu tanya saya kenapa Zubair pelat...apa yg saya boleh katakan adalah kak aza suka cakap ala2 pelat dengan anak2nya semasa babay termasuklah Syakiran dan Elyas pun sampai hari ni kalau mengagah sofiyyah masih dengan bahasa pelatnya....penat saya tegur diorang....baru2 ni saya ramas mulut si Zubair sebab tak boleh ingat apa yg saya ajar, macam dapat pangkal hujung lesap, walhal baru jer kejap dia ingat lepas satu minit tanya lagi dia lupa plak dah? Dah masuk minggu 3 baru dia mampu kenal VOkal a. e, i, o, u dan konsonan m dan l sahaja....[dia kenal a-z tapi dari segi fonetic mengikut kaedah pembacaan cahayaku yg dia belum mampu] bermula minggu ni saya kena terima hakikat pendekatan mengajar anak saya dan anak kak aza tidak boleh sama...dengan zubair kena banyak latih tubi...sampai benda tu masuk kepala, kalau tak sia2 suami bayar RM 276 sebulan....tu pun kak aza pujuk suami suh ambil pakej English dan maths [aritmetik mental] tapi sejujurnya saya bagitau suami membazir sebab zubair takkan sama penerimaan dsengan suhailah....bagi dia belajar yg asas dulu...utk suhailah, saya kena akui dia agak cerdik sebab itu laporan guru cuma semalam ada komen dari cikgu kelas yg dia banyak main2 dalam kelas sejak Zubair ada duduk sekali dengan kami ni....ntahlah...takkan nak suh zubair balik PD semula?

Panjangnya cerita...tapi takper sesekali cerita berlonggok ni tentu banyak...

Wassalam