Monday, August 31, 2009

Bila dekat bau busuk bila jauh bau wangi

Assalamualaikum w.b.t




Bila zubair takde ni serius saya rasa macam ada sedikit ruang kosong dalam jiwa dan perasaan saya. Masa dia ada pulak meluap-luap marahnya. Kesian kat anak tiri saya tu. Hari tu sebelum ummie dia datang dia ada tanya saya, "meja bir [dia sebut nama dia gituler] boleh bawak balik tak?"....saya jawab.."eh mana boleh, meja tu untuk letak umah ammie jer...." eksyen jer saya jawab...sajer nak menyakat dia.



Tup-tup bila dia takde alahai teringat pulak, kalau tau saya bagi kat dia meja ni suh bawak balik sekali. takdelah sedih pandang meja ni kosong...Memang saya belikan meja ni hadiah sorang satu untuk Hani dan Zubair sebab rajin belajar. Rupanya Zubair 3 bulan jer kat sini. Huwaaaa...saya sedihlah...dah 3 bulan gi mana-mana saya ada dua anak...syok jer rasanya bila orang pandang2 dan tegur, kembar ker ni? atau orang tegur mana satu kaka@ abang @ adik? Yerlah budak duaorang ni becok, gi mana2 pasti kecoh dengan perbualan mereka....mein kejar2lah...rebut2lah...tambah kecoh bila saya masuk campur...cuma yang bagusnya mereka tak gaduh..muhibbah jer...lagi menarik perhatian orang ialah sorang berkopiah dan sorang lagi bertudung dan dua2 pulak berlesung pipit....




Meja Zubair sebelah kanan..kosong daaah, semua buku dia dah ambil...kipas ditinggalkan pulak?
Hani, bila tinggal sorang baru ada kesempatan bergambar...baru ada kesempatan mengadap pc [main games], kalau ada zubair dia leka main dengan zubair tak heran sangat dengan pc nih...

Perhatikan senyuman Zubair...semanis senyuman suhailah jugak...trademark lesung pipit buatkan mereka nampak ada persamaan...


Tulah orang kata masa dekat bau busuk, bila dah jauh baru teringat2....nyesal jugaklah saya lepaskan perasaan kat kak aza, sudahnya serta merta dia ambik balik Zubair. Tok [mak kak aza] siap buat pulut kuning meraikan 'kepulangan' zubair ke Pd semula....sungguh mengejutkan saya jugak....yang saya boleh bergenang air mata bila teringatkan Zubair...patut saya bagi dia masa lagi....tapi tulah saya ni tak sabar nak tunggu Zubair berubah....ikut sangat emosi tu...

Wassalam

Beg buat sendiri

Assalamualaikum w.b.t


Masa dapat kamera DSLR baru-baru ni suami cakap kat saya yang beg kamera belum beli lagi. Disebabkan dia dah nak keluar 40 hari dan tak sempat nak beli dia suh saya tengok kat mudah.com dan kalau elok dia suh saya beli. Ahh malaslah...so saya pun buat jer beg kamera sendiri. Simple jer...talinya diukur sekadar boleh sangkut kat bahu, cuma bahagaian dalamnya saya letakkan span agak tebal sikit supaya keselamatan kamera terpelihara kalau terletak atau terhentak dimana-mana...saiz beg ni cukup2 untuk letak kamera dan dua lens nya...cuma saya terlupa buat kecek untuk letak bateri dan USB....nanti belilah beg yang proper lepas pak haji balik.....buat masa ni okayler pakai beg ni untuk kamera woman yg amatur macam saya....ahaksss...




Material sedia dah ada dalam simpanan, 7 tahun dok tersimpan, lebihan kain langsir. Beli masa tahun 2003 tengah mengandungkan Hani...kenangan tu..siap ajak suami ke Nagoya KL nak beli design terkini tapi bila sampai Nagoya tak larat jalan duduk jer...so pak haji jerlah dok memilih dan dia jugaklah menjahit langsir ni...kononnya kerana menghargai dia saya pakai langsir ni sampai hari ni....tu dia!...walhal saya ni fussy sikit hal langsir2 ni...nak beli yang betul2 cantik punya...dok survey hari tu...yg berkenan utk sliding jer saya agak bujetnya seribu..tu yg bertangguh..genapkanler 10 tahun guna langsir ni dulu...melampau tul!




Yang bawah ni pulak saya buat beg untuk speaker. Material jugak kain langsir, saja saya beli kat Jakel, beli 2 meter jer, buat simpan...saya memang pantang nampak kain corak jalur..berkenan sungguh...baju pun sama, t shirt budak pompuan kalau ada corak jalur...confirm saya beli...banyak dalam drawer hani t shirt corak jalur...napa berkenan ntah...corak bunga pun sama beli jakel jugak..ada banyak lebih lagi kain ni....nanti leh buat beg lagi..wah anak tiri saya, Syakirah dah menempah beg dah bila nampak beg ni..





Beg ni kaedah tutup dia , cerut jer tali kat atas tu...sama cam pouch duit syiling atau pouch hp tu..beg ni saya letak span pada tali dan pada tapak beg sebab saya nak buat letak speaker dan hp...speaker ni guna untuk program bayan [ceramah agama lebih kurang] kalau jemaah masturat datang...sebab speaker ni ulang alik rumah kak aza dan rumah saya, kadang2 kawan suami pinjam tu yang saya buat beg ni..senang hangkut!



Tu jer dua beg buat masa ni....akan membuat lagi beg2 lain fesyen di lain masa pulak....best buat beg ni...dua beg ni satu hari jer saya buat..cuma syaratnya jangan mesin jahit buat hal sudah...

Wassalam

Sunday, August 30, 2009

Suami tiada, saya pun rajin buat biskut raya

Assalamualaikum w.b.t


Boring tau bila suami takde di sisi. Hanya Allah mengetahui betapa terasa kosongnya hati dan perasaan. Sungguhpun kalau dia ada bukan banyak sangat fungsi pun dia dalam hidup saya macam suami orang lain. Tapi kehadiran dia memberi sokongan dari segi perasaan dan memberi kelengkapan pada hidup kami berdua.


Setiap kali ramadhan memang dia takde. Dia takde semasa sambut ramadhan, takde semasa pertengahan ramadhan dan hanya akan ada di penghujung ramadhan. Itulah amalan setiap tahun dan sejak 4 tahun kebelakangan ni amalan keluar dakwah bulan ramadhan ni jadi kewajipan dia. Maka tak merasa berbuka bersama, bersahur bersama dan juga 'bersama' di waktu malam mengambil berkata ramadhan. Fuhhhh....tu yang paling mencabar tu!



Sungguh bila dia takde saya jadi sebaliknya. Banyak aktiviti saya akan buat bagi mengisi masa. Memasak@ tidak memasak langsung, menjahit, melayari internet semuanya saya boleh lakukan secara di luar kawalan. Tapi sekarang spy dah ada tau, setiap malam pak haji call dia mesti akan minta cakap dengan Hani, sebab nak minta report ammie baca taklim tak, ammie mengaji tak...kantoi di situ kadang2!


So hari ni saya buat dua jenis kuih, satu almond london yang memang tiap2 tahun kuih wajib saya, dan kedua chocolate chips rangup. Semalam buat tart nenas. Dah 4 kuih dah termasuk semperit yang buat 2 ramadhan hari tu. Pak haji kalau tau terkejut ni...mesti dia akan kata..."huiiihhh rajinnya isteri abang ni"...walhal tetiap tahun pun rajin buat kuih cuma sebab dia takde, dia tak tauler saya buat kuih...dan saya pun tak tunjuk dan semua kuih2 ni macam biasa bukan untuk saya, semua akan bawak balik kampung sebab ruamh saya bukan ada orang datang pun...kalau kawan pejabat datang saya masak2 hebat, kuih raya tak masuk senarai..heheheee...cuma selalu tambah kekacang dan kerepek/maruku beli kat kedai jer...


Dipersembahkan..almond london...versi orang nak cepat...bukan saya celupkan dalam coklat masakan, saya tuang jer kat dalam mangkuk kertas tu..sangat cepat wooo...hani tukang tabur badam...
Lepas almond londong ebrhenti zohor sambung buat choclote chips plak...patut ada hiasan coklat masakan putih tapi malas nak cairkan coklotnya w.pun gigih gi kedai pagi tadi membelinya....kalau zubir ada ni tentu dia suka kuih ni..sebab macam chipsmore...


dan tart nenas, juga kuih wajib saya buat tetiap tahun...takdelah cantik dan seragam cam orang buat jual, hentam keromo jer....

Deretan kuih...suker tengoknya..empat2 ni akan bawak balik kampung...kalau rajin utk saya buat lain nanti...



Dua pembantu setia..[tu tengah main tu... Rika jadik babysitter anak kucing mainan Hani...rajin betul Rika melayannya] ....tadi Rika tolong jadik tukang duduk bangun ambil barang dan siapkan bahan, Hani plak tukang menyibuk...



Ok tu jer..s.elamat membuat kuih raya...nanti hujung2 boleh buat amal pulak...takde susah2 pikir kuih raya...yerlah tu...

Saturday, August 29, 2009

Gambar lama ke Singapura, tapi nak tayang juga...



Assalamualaikum w.b.t



Punyalah lama dah gi Singapura, baru mood datang nak upload gambar. Gambar dari kamera saya dah tak tau kemana dah, sebab gambar2 saya semua saya upload kat laptop dan laptop dan camera casio dua2 dah hilang...so ni gambar dari kamera kawan2.

Dan memandangkan blog ni private takde hal ler saya letak gambar saya dan kawan2. Ni mana yang rajin jer, kira rajin sesangat dah ni...





Masa nak bertolak, di jalan duta, 9 orang yang mengambil sarjana Pengurusan rasuah, yang baju kuning tengah2 sebelah kanan tu pegawai pengiring dari akademi.






Bila sampai, makan dan kemudian kami terus mesyuarat kat tepi kolam ni, adalah dua tiga orang tengah minum arak kat sini. Sebab travel agency tak tempahkan kami bilik perbincangan. Hari berikutnya baru ada bilik perbincangan.








Hari pertama kami ke Corrupt Practice Investigation Bereau (CPIB)

Deretan kami semasa diberikan taklimat oleh pengarah CPIB, saya bertudung putih dan sebelah kiri saya Prof Rokiah dan sebelahnya wakil Akademi kami dan sebelahnya lagi Prof rahimah...


Bergambar di perkarangan lobby CPIB, Prof Rokiah yg penuh sifat keibuan...dan dia turut belikan saya pakaian masa di sana kerana saya peneman setia dia shopping, bayangkan beli hbeg guess 7/8 bijik, pakaian toksah cakapler, bagi dia duit macam air jer....yerlah semua bayar pakai CC....nak balik beri lagi saya dan kak nor SD 60...upah jinjing beg shopping dia kot?






hari kedua di Singapore Police Force, tengah2 Mr Surjit Singh yang memberi taklimat, Mr Surijit asalnya adalah warga Malaysia, sekarang memilih Singapura sebab katanya 'lebih terjamin di sini"...



Kami lagi, kenapa kepala saya senget, banyak makan leher ayam ni....



Dua pensyarah pengiring, dua2 punya personaliti yang berbeza.....sangat berbeza




Hari ketiga kami ke Capital land, pemaju perumahan dan projek2 mega di seluruh dunia dan antara syarikat yang punya langkah pencegahan rasuah yg berkesan dan sangat titikberatkan integriti, yang memberi taklimat juga asalnya warga Malaysia, tapi tak leh cakap bahasa Melayu dah...seorang Cina dari Johor, sebab memilih Singapura juga kerana dikatakan persaingan di sini lebih adil...


salah satu tempat makan, hari2 makan jer kerjanya...6 hari duk sana, 6 hari x 3 kali makan sehari, 18 tempat makan kami cuba, paling takleh lupa makan kat restoran korea....sedap, rebus dan bakar sendiri....


Bergambar hari nak balik, yg no 2 dari kanan dari travel agency ...kepala saya senget lagik!



Salah satu tempat kami makan, The Hooters....tercabar...tengok 2 perempuan kat belakang yg menari hullahoop....seksi bangat, yg lelaki nak pandang malu2, jeling jer...




Tengok tu, separuh punggung terkeluar, tetek tersembol sebahagian jugak. Dan perempuan ini namanya nama Melayu....nampak sangat jauh terrrr....


Ni kami perempuan 3 orang dalam kursus ni, ASP Lai, Kak Nor, eksekutif penyiasatan dari Tnb dan saya. 3 org dengan 3 watak yang berbeza tapi tetap boleh berbaik....dan yang ni kepala paling senget..ntah2 orangnya pun senget jugak tak?



Wassalam

Test DSLR

Assalamualaikum w.b.t


Test..test...


Lepas sahur ni barulah tergerak hati nak test ambik gambar guna DSLR Canan 400D. Tak berapa pandai ambik sebenarnya walaupun ada zoom. Saya hanya guna auto sepenuhnya. Model saya pagi ni sapa lagi kalau tak cik mek molek ni...


Lepas sahur bagi mengelakkan di tido semula saya dia akan main games online kat pc. Budak ni memang dah lama pandai buka sendiri dan saya memang dan add kat favourite web yang ada games. So pependailan dia on sendiri pc. Kalau dia tido, bangun tu mesti ada meragam, nak susulah, nak minumlah..macam seolah2 terlupa dia berpuasa. So bagi dia berjaga selamatlah sikit.




Jari guna mouse dewasa, banyak kali dah suh beli mouse kecik utk bebudak...tak kuasa nak layan!




Betapa khusyuknya dia...


Menunggu games utk loading...

Meluat ami asyik ambik gambar....

Lagi...terlopong...

Friday, August 28, 2009

Akhirnya ini pengakhiran Zubair

Assalamualaikum w.b.t


Ni kisah sambungan entry sebelum ni...



Subuh2 lagi ni, kak Aza ada sms saya kata pagi ni dia akan ambil Zubair dan ke pejabat MURNI untuk selesaikan bayaran. Terkejut juga saya, tapi apakan daya keputusan dia dah buat.


Dan kak aza dan pun balik, dia datang tadi kejap jer jubah pun tak buka, biasa dia akan buka baju semua dan tinggalkan baju basahan yang bahagian dalam jer tapi kali ni dengan stokin, jubah, sarung tangan pun buka sebelah jer.


Saya pun tak boleh baca samaada dia marah atau tidak. Dari cara bercerita dia okay jer tapi saya tahu kak aza ni sangat bijak dalam menyembunyikan emosi sebenar dia. Tu sebab dia jarang bergaduh dengan suami, tetapi sekali emosi dia meledak gaduh besar pulak.


Tapi saya cuba berlagak biasa jer masa dia datang tadi. Berborak macam biasa seolah-olah takde apa yang berlaku. Dan sebelum balik saya bekalkan buah2an yang ada kat rumah ni macam orange dan epal, juga bekalkan sebungkus karipap segera sardin dan juga bekalkan lagi dua tong air penapis tu.


Yang membuatkan saya rasa tindakan kak aza betul adalah bila Zubair mengamuk taknak bawak balik buku dan fail2 sekolah dia. Nampak sangat dia tak suka belajar. Menghentak2 kaki dan menonong masuk keter. Bila ummie dia ugut kalau tak bawak fail jangan ikut ummie, dia tetap berdegil dan menangis dengan kuat dan terus masuk keter. langsung fail tu tak dihiraukan. Akhirnya fail tu saya yang bawak ke kereta.


Mungkin betullah tindakan ummie dia dari saya makan hati tiap2 malam ajar dia yang payah dapat dan tak tunjuk minat nak belajar lebih baik dia duduk dengan ummie dia.


Masa ummie dia ada tadi pun sempat di mengamuk beberapa set. Sebab ummie dia bnagi syarat yang kalau nak balik dengan ummie mesti sehari sekali belajar mengaji. Tapi dia tak nak. Sempat mengenhatak2 kaki taknak sambil menjerit nangis. Kalau ummie dia ada jadik basahan perkataan babi, gila....terutama kalau ada sesapa yang dia marah dan geram. Dengan saya jangan harap dia berani sebut perkataan tu.


Apapun semuanya dah berlalu, era saya tertekan nak mengajar dia dah berlalu, Cuma saya agak sedih jugaklah sebab dan 3 bulan dia duduk dengan saya, tiba2 pulak dia takde. bagi zubair dia suka sangat dapat balik sebab macam terlepas dari penjara lagaknya.


Tapi apa yang saya nampak, Zubair akan jadik macam dulu, Dia memang jenis degil dan ikut kepala sendiri, tambah2 pulak dia kaki gaduh dan kaki buli kakak dan abang dia. memang jadik medan pergaduhan jerlah kat rumah dia nanti...tapi apapun saya rasa macam terbebas dari memikirkan hal zubair ni. Dan adalah mudah saya nak membentuk Hani tanpa pengaruh Zubair.


Sejak 3 bulan Zubair ada ni, jadual hani agak lari jauh. Solat agak culas sebab dia sangat leka main dengan zubair, dan lagi dia jadik sangat pemalas menolong saya kalau disuruh apa2. Sebab zubair punya kebaikan pulak kalau suruh apapun dia tak berkira kecuali suruh dia belajar.


Maka dengan tiadanya zubair rutin kami anak beranak akan back to normal. Apapaun saya anggap semuanya ada hikmahnya. Agaknya kak aza pun dapat baca sikap sebenar saya rentetan isu zubair ni. Agaknya pada dia dulu saya tak kisah cakap boleh ajer jaga zubair tapi bila tercabar mulalah saya nak serah balik dia. Apapun saya sabar jerlah nak tengok apa perkembangan selepas ni....





Wassalam

Akhirnya terkorban juga duit ku itu!

Assalamualaikum w.b.t


Kan hari tu saya ceritakan yang saya beli penapis air yang berharaga RM 3668 tapi akhirnya dikurangkan menjadi RM 3228. Saya memang taknak beli asalnya kan...sebab memang saya takde cash ditangan untuk benda2 luar perancangan ni.


Naknya harga penapis air tu ribu riban pulak. Tapi dek kerana pengaruh orang2 tertentu dan kelemahan diri sendiri maka terjebak juga membelinya...Sedih ni!


Walaupun hakikatnya pelaburan tu untuk kesihatan, tapi kepuasan lepas memakai [minum sebenarnya] air tapisan tu takdelah rasa hebat macam kita memakai rantai tangan emas berkilau2 yang baru dibeli [agaknyalah kot]


Tu tak jadik hal mula2nya, hanya terjadi hal lepas beberapa hari membeli penapis air tu. Asalnya saya nak bayar cash tapi saya fikir nak raya, takkanlah nak letak selonggok duit kat situ....makanya saya 'merelakan' juga mencemar duli dan memaksa diri membayar dengan kredit card, walhal sekian lama saya melarang diri menggunakan kad kredit ni kecuali isi minyak keter!


Saya bayar RM 288 secara cash dan selebihnya pakai kad. Ala kad tu pun dah lama saya pakai, agak2 dalam 5 tahun lepas, had limit dia dalam RM 9,000 rasanya....banyak lagi tu kalau nak guna...saya fikir gituler...


Rupanya, bank benarkan tolak RM 1,000 jer, kalau nak bayar penuh RM 3,000 owner kad kena call ban baru dia lepaskan bayaran. Cissss, saya bila dah berlaku macam tu mulalah ragu2, rasa cam nak pulangkan penapis air ni. tapi malu jugaklah kan....


Sudahnya, saya terpaksa juga bayar bakinya RM 2,000 secara cash. Nampaknya belanja raya yang agak2 mewah juga kononnyalah....kenalah di tangguhkan sehingga gaji bulan 9 yang dikatakan akan dapat awal..betulker ni?


Tu yang saya agak2 bengang jugak bila kak aza duduk lama sini. Kerana saya dah jangka kos akan meningkat. Kos api [dua aircond yang terpasang sentiasa siang or malam], kos air dek kerana penggunaan 3 bilik air secara maximum dan aktiviti membasuh baju/cadar pagi petang menggunakan mesin auto [tentu beratus2 dua bil ni] termasuk juga kos telefon rumah sebab uda asyiklah call ayah yang ada di kelantan...kak aza pun rajin gak call pakai telefon rumah ni.




ZUBAIR


Semalam, saya ada sms kak aza perihal Zubair yang tak berminat belajar. Adaker malam semalam bila saya nak mengajar dia mengaji dan membaca dia taknak, bila syaa paksa dia menangis. Panas hati saya!


3 bulan saya mencuba mendidik dia untuk tanamkan minat pada belajar dan buku tapi sia-sia. saya tak kisahlah kalau semuanya tak melibatkan kos. Ni yuran bulanan jer RM 270, makan pakai dia kat sini. Zubair ni sangat kuat makan kesan dari steroid. Stok makanan macam biskut Oreo, Chipsmore, rito kena sentiasa ada. Dan susu juga bil habis takkan sampai hati nak biarkan dia tak minum susu?


Saya sms kak aza saya kata saya tak kisah melabur dan jaga zubir kalau dia tunjukkan minat tapi yang ada dalam kepala dia makan dan main ajer. Macam tu saya sms, agak2 kasar sangata ker bunyinya...adalah lagi saya tulis hal Zubir tu...


Pastu kak aza balas, panjang sms nya antara lain katanya, akak terhutang budi banyak pada kau wa, akak dan abang tak mampu membalasnya, juga tak mampu bayar yuran Zubir, kau sabarlah sikit lagi dengan zubir, bila keter ok jer akak akan datang ambil zubir secepat mungkin....


Bila saya baca camtu rasa bersalah pulak. Pastu saya sms balik saya kata, start bulan 9 ni saya akan sekolahkan hani sebelah pagi sampai tengahri jer, apa kata kita kasi peluang pada zubir sebulan lagi... mana tau dia akan minta belajar....



Kadang2 ada sifat budak2 yang buat kita rasa suka dengan dia. Tapi dengan Zubir susah nak carik sifat dia yang boleh buat saya suka dia. Masalahnya saya ni saya tak suka budak gelojoh, budak pelahap, budak degil, budak suka merajuk, budak yang nak cakap dia jer betul , budak yang suka berebut barang orang.


Memanglah perangai budak macamtu, tak matang. Tapi tulah agaknya sebab hani tak macam tu, maka bila berdepan dengan Zubir saya rasa dia sangat tak pandai ambail hati saya....


Kalau ke kedai, hani akan bersopan dan tidak akan meminta sesuatu sebaliknya Zubir dalam kereta lagi dah berderet permintaan makanan dan mainan yang dia nak...kalau nampak apa2 makanan pun dia cepat2 ambil tempat dan cakap dengan penuh ghairah dia suka dan dia nak makanan tu. Saya pulak suka kalau dia sabar dan tunggu saya hidangkan. Macam hani....tapi sikap gelojoh dia tu kadang2 buat saya rasa marah dan geram...


kalau makan pulak, tak reti nak bajet, kalau beri dia udang dan sotong, maka nasik akan makan sikit dia akan makan dengan rakus udang/sotong tu, bila habis udang/sotong cepat2 dia datang minta lagi...memang saya kana beri dia sebab sebagai budak apalah yang dia tau....tapi rentetan sikap dia tu buat saya rasa sukar nak menyukai dan menyayangi dia....banding dengan hani dia banyak mana kita bagi udang/sotong/dll banyak tu jerlah yang dia makan [dia akan gigit sikit2] sampai kita kena tanya dia banyak kali nak lagi tak?


dan satu lagi sifat dia, bila belajar dia akan bertukar watak menjadi ontok, memandang ke bawah dan bersuara perlahan, tunduk jer. Bila main takde pulak, bukan main cergas lagi...kadang sejak ada Rika ni, dia rela duduk dalam bilik Rika nontom tv sedangkan hani boleh pulak duduk bilik baca atau buat latihan...


Saya bukan nak menyamakan dia dengan hani, tapi saya rasa memang dia dan hani takkan sama. Sebab dia tak dilatih begitu rupa. Dia membesar dalam keadaan mak yang suka mengawal, suka berleter dan suka memaksa. Maka dia menjadi immune bila saya memaksa dia belajar.


Tapi malam tadi dia macam tau2 jer, bila saya suh mengaji dan membaca elok pulak dia ikut jer. Tapi tahap kelupaan dia pada sesuatu huruf tu memang menyakitkan hati. Tak sampai satu minit kita ajar huruf tu confir, dia akan lupa....



Apa pengakhiran zubir ni tak taulah....


Wassalam

Wednesday, August 26, 2009

Menu ramadhan hari pertama hingga hari kelima

Assalamualaikum w.b.t


Semua cerita menu ramadhan, saya pun nak war-warkan jugak.

Hari pertama hari tu, kak aza and the gang ada sini, so menunya ala2 ikut tekak kak aza dan anak2 lah. Simple jer, berbuka dengan kuew teow ladna dan sahur masak lemak kuning udang dengan peria serta ikan sepat kering. Air pulak, saya bklend epal hijau. Manisan pulak pengat pisang dengan sagu.


Hari kedua pun sama. Sebab tak puas makan kuew teow ladna disamping kak aza buat ngam-ngam, maka buat sekali lagi tambahan pulak bahan semua dah ada. Sahur pulak masak sotong kembang dengan peria dan telur asin. Air pulak sirap bandung plus ais krim soda. Manisan masih kekal dengan pengat pisang dengan labu jugak. Hari ni pergi jugak bazar ramadhan atas permintaan kak aza, dia pesan beli lai chi kang, popia goreng, ABC dan sup tulang lembu.


Hari ketiga pula berbuka ikan bawal masak kari, sayur kacang botor goreng berlada, dan sambal ketuk. Air pulak saya blend epal hijau tapi saya buat epal susu. Disamping tu buat cekodok udang geragau.


Semalam hari keempat saya masak ikan selar asam pedas, sayur bayam goreng, dan selar goreng. Manisan masih lagi buat pengat pisang dan jugak goreng cekodok udang geragau lebihan semalam cecah asam pedas.


Hari ni saya ada kelas, balik petang, masak pun simple jer tadi, kobis masak lemak putih rencah udang laut, goreng sepat masin kering dan buat sambal ketuk sekali lagi. Perjalanan ambil anak2 balik sekolah singgah beli murtabak daging, air tembikai [permintaan Zubair] , dan buah tembikai [permintaan hani]. Dan belikan juga Hani sup bebola ikan tenggiri...hani suka sup.


Begitulah menu berbuka saya. Simple dan makan pun ala kadar jer, kalau sedap sangat nanti makan sampai mengah pulak! Setakat ni sahur tak miss lagi dan takde pembaziran makanan jugak. Seperti biasa saya tak berapa gemar ke bazar ramadhan sebab bila sampai ke sana saya tak tahu nak beli apa, semuanya tak membangkitkan selera. Satu, sebab makanannya dah sejuk dan bila sejuk mulalah saya mebayangkan benda tu dah lama masak.


Bagi makanan yang panas2 pulak, terhad juga pilihannya, masih jugak tak selera. Air pulak bila nak beli tu terbayang yang dia mungkin guna air tak masak. Saya hanya akan beli jika bertulis menggunakan air masak. Bukan cerewet sangat saya ni tapi kualiti air kat neg sembilan ini memang sangat teruk. Bayangkan kalau air yang sama digunakan untuk kita minum.




Wassalam

Tuesday, August 25, 2009

Banyaknya bill semasa

Assalamualaikum w.b.t


Letih hari ni tau! Hari ni baut pertama kalinya saya membuat bayaran kesemua bill yang ada. Semua. Malas dah nak bertangguh-tangguh. Selama ni kan berapa bulan sekali baru saya bayar. tapi kali ni saya bayar semua lump sum terus.


Bil api, bil air, bil telefon handphone, bil telefon rumah, bil stremyx, bil cukai tanah/pintu. Mujur astro dah potong. paling banyak cukai tanahlah, sejak duduk rumah ni tak pernah bayar! Kopak RM 900 hari ni...bilnya RM 899.00...., bil api pulak 3 bulan RM 274, bil air 3 bulan RM 80, bil streamyx RM 200 [sajer bayar lebih} dan bil telefon rumah pun bayar lebih RM 100...


Nampaknya dapat gaji semata-mata bayar bil jerlah. saya rasa mana-mana orang pun begitu kot? Kecualilah yg berkongsi suami isteri....Keter lak buat hal jugak. Botak kepala camni, semua bil sorang kena settel. Tu pun ada tiga lagi bil nak kena bayar. Yuran hani RM386, keter RM 500 dan kredit card....eh ada satu lagilah, gaji Rika!


Pastu bulan ni nak kena kira kos buat kuih raya....berapa banyak tu? Dan baju raya hani tak beli lagi? Baju moden maksud saya, blouse dan jeans/tshirt, baju kurung dan ada dah...baju saya pun dah beli, dan dah pakai pun. beli dulu hari tu kebetulan nak pakai untuk hadir majlis Khidmat cemerlang hari tu...dan ada dua abaya saya dah order online...cukupler tu...


Cuma siapkan duit untuk mak untuk belanja raya. baju raya mak banyak dah saya belikan, dah siap jahit pun, kakak yang jahit. Dan juga nak belikan baju untuk pak haji, t shirt atau kurta jerlah kot!


Peninglah saya setiap kali raya..sebab banyak ongkosnya saya sorang yg kena keluar. Untuk diri sendiri memadailah barang2 keperluan rumah yg banyak beli dah sebelum ni....cukupler tu puan salwa oiiii!!!!



Wassalam

Penapis air...dan MARAH

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni penapis air saya bocor, melelh jer airnya kalau ditadah penapis airnya tu. So saya panggillah budak yang jual ni. bagusnya syarikat ni [techno water] dia punya service after sale tu. Tak kisahlah penapisnya bukan brand yang ada iklan dalam TV, tapi service lepas jualan tu yang penting.


Macam kak aza penapis air roket yang besar kat luar rumah tu jenama Cosway, masa beli ribu2 siap dengan CD nya semua, tapi lepas pakai berapa tahun tak tahu nak suh sapa service. Maklumlah cosway jual macam2 barang jualan langsung, sudahnya airnya dah agak keruh sekarang ni. Penapis dalam rumah pulak kak aza guna Amway, lagilah susah nak cari spare part...tak tukar2 sejak beli dulu.


Eh...saya nak citer benda lain sebenarnya ni. Gini, lepas budak service tu datang, dia offer suh beli penapis lain yang lebih bagus katanya dan satu lagi produk yang namanya Micro bubble nano oxigen. Fungsi produk pertama tu untuk mengalkalikan air, pada tahap yang peliang sesuai untuk badan dan produk kedua tu untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam air...sesuai untuk semput dan macam2 sakitlah..katanya lah.


Disamping tu katanya lagi boleh meneutralkan kandungan radiasi dalam badan sebab dalam rumah kan banyak radiasi, dari pc. microwave, tv dll....pendek cerita macam2lah kebaikannya. Saya terpengaruh juga asalnya tapi tak beli pun. Sebabnya saya rasa penapis air yang ad atu dah okay pun. tapi borak2 dengan kak aza saya [un terfikir balik macam benda tu perlu jer. Kak aza taulah kan dia taksub dengan benda2 untuk jaga kesihatan ni.


Tu sebab rumah dia sampai ada dua penapis air, luar dan dalam. Saya beli penapis air ni pun sebab terkesan dengan kepirihatinan dia pada tahap kebersihan air dalam rumah. Saya terfikir elok juga saya beli sebab masa tu kan budak2 kat dalam rumah ni semua tak sihat. Dengan Sofiyyah semput, Zubair masalah buah pinggang...Terutama pulak kak aza cakap yang penapis airnya sejak akhir2 ni keruh airnya tu sebab budak2 semput dan batuk serta demam. Ada logiknya jugak di situ...saya terfikir camtuler.


Sudahnya lepas dapat green light pak haji saya pun terbeli jugak. Lepas dah beli rasa bodoh jugak, sebab asalnya harga barang tu campur dua tu katanya, lebih 5K, tapi sebab saya mula2 taknak beli tapi dia pujuk juga dia beri saya harga RM 3668. The best price katanya. Dia bagi diskaun sebab saya customer lama, tambah2 saya trade in penapis lama dia diskaun Rm1,000 pulak.


Tapi bila saya call semula kata jadik beli, dia bagi lak saya harga RM 3228. Diskaun lagi RM 400. Mudahnya dia turunkan harga...berapa dia untung agaknya, saya tertipu ker?....Hmmmmmmm tak taulah camana saya ni. Dek kerana kak aza dan anak2nya duduk sini sampai saya terpengaruh beli penapis air tu. Nak ikram kak aza dan anak2nya jugaklah niat asal saya tu. Cuma saya bersangka baik alat ni mampu membantu menjadikan bekalan air kat dalam rumah ni elok. maklumlah Negeri Sembilan memang sangat teruk kualiti airnya.



Semalam kak aza dah balik. Saya bekalkan dua tong besar air yang siap ditapis untuk dia bawa balik. Nanti abis ambiklah lagi kat sini...kiranya harga yang saya bayar tu untuk kegunaan dua rumahlah...



hati saya panas sungguh subuh2 ni. Hari tu kan tok dan cik ayang datang dan tido rumah saya ni. Habis semua dikemaskannya. Mujur jugak rak buku saya tak sempat dikemas saya dah sihat sikit dari demam hari tu, saya kata, tak usahlah kemas banyak dokumen saya, nanti kalau dikemas saya tak jumpa carik. So diorang stop jer tak jadik kemas. pagi ni saya buka drawer meja ruang tamu, tengok2 clear semua dokumen dalam tu. Yang ada hanya hujah penggulungan kes harta sepencarian pak haji. patut dalam tu macam2 dokumen ada, sklip cukai tanah, cukai pintu, slip saham, slip bil2 api air dan salinan ic pak haji semua ada. Tapi semua dan yilekk!



Saya nak cari salinan ic pak haji sebenanrnya sebab nak daftar Suhailah sekolah Abim. Sudahnya baru saya dapat tahu yang drawer tu dah dikemas Cik ayang dengan Pah {maid dia], semua habis dibuang, menurut Rika, yang ditinggalkan surat beranak saya jer....dengan gambar2. Hishhhh terbakar rasa hati saya, mendidih darah rasanya. terus smsm kak aza tanya betulker semua dah dibuang?


Kak aza jawab katanya, tak dibuang kot, cariklah dulu....surat beranak saya ada disimpan letak kat rak buku katanya....Tapi bila saya cek kat rak buku, takde apa apun yang pelik...memang ada surat beranak saya atas buku2 tapi dokumen lain takde apa pun.


Yang saya geramtu, dokumen dalam drawer tu bukan kacau orang, saya dah benarkan diorang datang dan bermalam pun dah cukup baik. Tapi melampau sangat sampai semua barang2 saya dibuangnya. Mug2 saya dan cawan2 tak pakai pun dikemas buang....bayangkan ler. Barang2 dalam peti ais pun dibuang dengan andaian benda dah lama, buat apa simpan. sukati saya lah. Kira clear peti ais saya lepas diorang balik tu. Bawah2 katil barang2, kain2, baju2 lama [yang saya simpan sebab saya nak buat contoh belajar menjahit] semua dibuat alas kaki. Sebab alas kaki sedia ada yang saya letak kat depan semua bilik air habis disuruh Rika basuh. Selipar dan getah paip pendek pun dibuang jugak....



Melampau betullah diorang ni, ni kak aza dah balik barulah si Rika lapor kat saya macam2 cerita, kan masa diorang datang tu saya sebenarnya balik kampung. Maid tok yang nama Pah tu bercerita dengan Rika betapa dia tak tahan kerja dengan tok, asyik kena panggil 'bodoh' jer. Sedangkan pah tu kat Indon kerja cikgu sebelum ni.



Pah tido sekatil dengan Rika kat bilik tetamu malam tu, tengah2 tido Tok kejut Pah bangun tak dibenarkan tido atas katil dia suh Pah tido bawah jer. Pastu nasi sejuk esoknya dia suh Pah buat nasi goreng untuk Pah makan....kata Rika nasinya dah tak elok lagi...saya memang dah lamaaaaa dah cakap kat pak haji, kalau saya jadik Pah tu saya hantukkan kepala kat dinding jer sebab saya dilayan macam orang takde harga diri, takde maruah...diherdik, dimarah, dipanggil namanya dengan kuat sekali. Seolah2 gaji RM450 tu besar sangat! Bayangkan salah potong halia, pun teruk dimarah. Tu belum kena paksa dengan tok makan kuah kari seperiuk sebab tok ternampak dia kedapur tak pakai sarung tangan....macam pah tu kotor sangat pulak....tok hanya bagi alsan takut pah tengah masak2 terkorek hidung....


Eh banyak cerita pah ni...kak aza yang cerita, dia cerita dengan niat nak bagitau kat saya 'teruknya si Pah ni macam bodoh tak boleh ajar' tapi saya pulak menerima tafsiran cerita ni sebaliknya, "teruknya tok ni layan Pah macam Pah ni tawanan pulak'...sedangkan diakan seagama dengan kita, kita kena layan dia sebagai seorang insan. bagi saya kalau kita layan dia [maid] dengan baik, Allah akan bagi ganjaran baik....Pah kan kalau jumpa saya ada jer benda dia bisik2 kat saya, luahan perasaan yang saya boleh cakap kat dia doalah dan solatlah banyak2..Allah maha penyayang...


Eh...nanti cerita lagi, saya nak ke bengkel kereta ni, semalam masa ambik budak2 balik sekolah, dari pintu sebelah pemadu keluar asap dan bau hangit. Sampai saya berhenti berapa kali ntah, keluar cek bonet depan, tengok enjin ok jer, tapi bila start keter dan jalan keluar asap lagi. Sudahnay bila asap dan terlampau banyak, saya turun tepi jalan letak dua beradik tu jauh2 saya cek sekali lagi. Pastu call pak haji yang ada di kelantan tanya pendapat. Dia nak suruh karkun dekat rumah saya ni datang tolong.


Hishhhh, tak nak saya, saya pun call kawan pejabat tanya pendapat. Lepas tu saya tawakkal saya masuk keter, jalan terus, dua beradik saya letak kat bonet belakang kembara tu, kalau2 meletup ker terbakar ker biar saya sorang yang kena...dahlah semalam hati saya panas jer sebab si Zubair masa saya ambik tu dah terkencing dalam seluar...basah seluarnya...saya suh dia berdiri jer dalam kereta. Pagi ni bangun terkencing atas katil pulak...sabar jer saya dengan ank tiri ni, tak larat nak marah dah....jenuh si Rika basih cadar dek kerana si Zubair ni...

Wassalam

Monday, August 24, 2009

Dah buat kuih raya

Assalamualaikum w.b.t


Ingatkan semalam kak aza nak balik,kan? Tak jadik balik lagi. Hari ni lak cadangnya baru nak balik. Tu pun cam tak jadik lak...semua dok tido tu. Suhaila dan Zubair baru mula ke sekolah selepas cuti seminggu ke sekolah sebab demam. Kak aza, kak chik, Uda dan Syakirah semua sedang tertido dalam bilk menonton tu.


Saya pun tertido sama tadi tetiba tebangun lak ni. Semalam cadangnya nak hantar kak aza and anak2 balik PD, tapi tak jadik. Sebabnya saya dok terfikir kalau hantar semalam, apa cerita lak Zubair, camana nak bawak dia balik sini. Mesti susah punya...lagipun kalau hantar sana saya malas nak tido kat rumah kak aza.


Pagi2 tu saya ada janji dengan kak aza, saya nak ke kedai beli lauk. Sebabnya nak ke kedai tu ada offer 5 barangan dengan harga RM 3.90 sekilo. Sebabnya nak beli untuk dua rumah sekali dapatlah murah sikit. So pepagi saya dengan Syakirah dah ke kedai, Kak Aza bagi duit pulak semalam. bagi RM 40 untuk beli lauk untuk bawak balik ke PD.


Antara lauk yang saya beli semalam, ikan selar, cencaru, tongkol, udang, sotong, sotong kembang, sayur2, Untuk saya pun beli jugak lauk yang sama cuma saya tambah ikan bawal jer. Nak beli ayam jugak dah habis rupanya, berebut orang beli ayam sebab harga offer tu murah...


Balik tu singgah kedai. Syakirah dok bagitau sambil merayu2, "makcik..makcik, buatlah semperit...buatlah semperit, kakak suka makan semperit....". So balik tu singgah mini market carik bahan. Baliknya terus buat semprit. Cakap dengan kak aza pasal nak buat kuih dia pun suka jer tak jadik balik....apalahi..kecoh masing2 semua nak tolong, dahlah oven baru beli hari tu tak reti pulak nak pakai, buku manual entah mana agaknya.


Mujur juga oven butterfly lama ada penyelamat. Akhirnya entah apa saya tekan kat ove tu....baru boleh guna. Tapi masalahnya saya terlupa yang microwave oven tu tak boleh guna loyang biasa, habis berapi2 menyambar2 dalam tu sebab saya guna loyang aloi biasa tu. Mujur tak meletup.


Fikir punya fikir tak tau nak pakai apa, saya guna jer pinggan corelle saya yang tak guna2 tu. Eh..elok pulak masaknya semperit tu. Dapatlah cepat sikit siapnya sebab guna dua oven. Mujur juga Rika setia menolong, budak2 ni semua setia mengacau jer. So pembantu tetap kak chik dengan Rikalah....dapatlah dua tupperware, tapi satu dah buat makan2 malam tadi.


Sejarah betullah hari puasa kedua dah buat kuih raya. Tak sabar nak buat lagi ni, tapi sebab kak aza and the gang ada susah sikitlah. Petang lepas buat kuih pulak, anak2 dara ni nak suh saya buat kek coklat pulak. Buat lagi, tapi kali ni saya guna periuk nasi panasonic yang baru beli tu, Alhamdulillah boleh bakar cake cuma lambatlah banding oven butterfly bulat tu.


HIshhhkkk...ntah jadik balik ke tidak tu. Saya ni banyak assignment nak buat, selagi ada orang kat rumah ni selagi tulah rasanya cam tak boleh mula buat kerja. Ada jer yang mengacau tepi Pc ni...




Semalam pak haji called mati2 dia ingat semua dah balik PD, rupanya semua ada kat rumah saya lagi. Entah saya pun tak tauler apa yang payah benar melekat diorang duduk rumah saya ni. Na datang susah dah datang payah pulak nak balik...


Rasanya kak aza cam tak larat lagi kot...duduk sini semua senangkan, masak2 banyak kerja2 potong memoting dan siapkan bahan Rika bantu, kak aza atau saya menumis jer. Sahur pulak Rika dah siap dan hidang dengan buat air sekali, kami kerjanya bangun jer, tu pun semua si Rika kejutkan masuk bilik...kiranya semua si Rika dah siapkan, tinggal basuh muka duduk makan jer. Bertuahnya lah hai dapat maid bagus. Tapi tu pun kak aza tak puas hati lagi tu...


Sian gak Si Rika asyik ada jer benda kak aza suh buat. Bilik air memang selalu jadi punca dia kena sound. Pastu cara Rika menyapu pun kak aza tak berkenan. Sampai basuh kain buruk dalam mesin pun kak aza tak benarkan. Dia nak Rika basuh kain buruk guna tangan. Saya pulak tak kisah, janji semua kerja beres...tapi depan kak aza saya berlakon jugak..apa2 dia komen Rika tu saya angguk2 setuju jer...dalam hati saya, tak kisahlah...banyak benda dah Rika dah bantu saya...kalau maid lain mau dah merungut..tapi Rika senyum jer....


Oklah ni nak siap2 harap jadiklah balik PD hari ni diorang ni, saya takleh bacalah apa ada dalam hati kak aza ni, Agaknya dia taknak tinggalkan Zubair kat sini ker, atau malas nak balik mengadap Tok [mak} dia ker sebab mesti tok datang rumah dia atau tok suruh dia datang sebab lambat laun tok tentu tahu yang pak haji tak ada rumah....saya sendiri pun kurang pasti napalah kak aza kalau datang susah nak balik sana balik, Kalau anak2 dia memang semua taknak balik tu...dengar nak balik jer semua muncung...


dulu2 kalau suami ada jer kami boleh duduk sama, kalau pak haji takde rasa janggal tapi sekarang tak kisahlah pulak. Boleh ajer dok berlonggok macam ni, cuma satu yang tak tahan tu duit belanjalah. APa lagi kalau tak leluar poket saya sendiri....cam biasa, kak aza ada;ah bekal duit pak haji beri saya pulak, tebalik...buka pak haji beri bekal duit saya plak yang menyumbang duit kat dia...sekarang ni dekat binid dengan anak2 dia pulak....harap2 saya doa Allah bagi keikhlasan dna Allah beri ganjaran dalam bentuk rezeki lain...


Syakirah dah lama dok merengek kat saya nak beli jubah hitam tu....kalau ikutkan memang nak belikan...tapi haru tu ada yang saya berkenan kak aza tak berkenan pulak. Kalaulah orang tengok,kan...cara budak2 ni meminta sesuatu dari saya mesti orang ingat diorang anak saya. Even si Rika pun pelik tau, sebab Hani anak saya sendiri langsung takde permintaan apa2. malah kalau kat rumah, hani lah yang beralah...yang ebrgaduh, yang menejrit anak2 kak aza...yang berebut makanan anak2 kak aza, hani always the best. Syukur anak saya ni jenis baiiiikkk sepanjang masa. Oh ya dia puasa tahun ni...hari2 ammie bagi layanan 5 bintang. Bila dia sebut bak berbuka jer layanan naik jadik 6 bintang pulak. Pagi tadi sahur siap ammie bawak amsuk dalam bilik suap atas katil lagi....tang tu yang tak tahan tu, bila marah jer, asyik dia tuntut mana layanan ammie kata 5 bintang tu??? Sabar jerlah...asalakan dia puasa cukup 30 hari. layanan 5 bintang pun 5 bintanglah!!!!






















Wassalam

Friday, August 21, 2009

Masalah lagi...

Assalamualaikum w.b.t


Rupanya kereta yang lebih sepuluh tahun dah tak boleh renew kat syarikat insurans dah...kena buat kat pejabat pos jer. Tulah yang jadi kat kereta merc, drag dari bulan April nak renew road tax sampais ekarang asyik tak boleh jer...


Jenuhlah saya hari ni, pagi2 tadi sampai ke tengahri ke kelas, balik tu bergegas pulak ke syarikat takaful, rupanya takleh renew. Saya ke pejabata pos, tak boleh jugak, dia suruh saya renew geran kat JPJ pulak. Jauh tu nak pergi. Ingat nak pergi jugak tapi rupanya syarat dia kena owner sendiri yang buat proses tu.


Pastu ingat nak renew insuran jer dulu, pastu baru bayar road tax, tapi rugi pulak nanti sebab 5 hari lagi nak raya pak haji baru balik sini....nanti sebulan kereta ada insurans tapi road tax takde....so sabar jerlah...


Pak haji pulak satu yang saya geram, hp dia vibrate jer, tones dah rosak. Kau telefonlah seribu kali pun kalau hp tu tak melekat kat badan dia takdenya dia dapat tau ada panggilan masuk...macam tu;ah tadi....terkial2 saya sorang mengagau ke sana sini, nak tanya pendapaat dia tak jawab2 panggilan...


Dahlah banyak tugas dan peranan dia kat sini saya yang buat, duit untuk renew ni walhal nya hari tu dah bagi kat dia 500, tapi dia pergi tak renew terpaksalah saya keluar duit lain pulak...mujur juga tak jadik bayar tadi, save duit saya...hihiiii


Bayangkan sejak April sampailah sekarang saya bawak merce tu tanpa cukai jalan dan insuran....kalau kena tahan polis nahas saya! Mujur saya ni jenis yang selalu selamat....siap berulang alik melaka- KL dan Pd dengan kereta tu. Cuma sesekali saya guna kembara bila tiba2 rasa cuak nak pakai merce tu. tapi selalunya saya naik merc lah.....setakat ni Allah masih pelihara saya lagi...harap2 sampai raya saya masih selamatlah....


Tapi saya memang berani dalam hal2 macamni, yakin tu tinggi, sebab pada saya kalau Allah nak selamat atau nak bagi mudharat dalam apa keadaan pun berlaku juga....kan saya pernah bawa kembara yang mati cukai jalan dan kena tahan tapi entah macamana dia suluh road tax tu tapi dia tak perasan...tu sebab pada saya, semuanya Allah belaka....kalau takde masalaha memang dari mei hari tu dah renew dah disebabkan banyak masalah tu yang timbul perkara macam ni....


Tadi sementara nak tunggu pejabaat takaful bukak, saya ronda2 bandara. termasuk pulak kedai elektrik, dan terbeli pulak hadiah untuk diri sendiri. Yerlah dapat seribu masa majlis anugerah khidmat cemerlang tu eloklah separuh duitnya saya beri ganjaran untuk diri sendiri atas susah oayah saya belajar...kalau anda masih ingat masa saya ambik PTK tu kan saya juga ambik final exam semester satu dan pada masa sama saya bergaduh besar dengan pak haji yang dia tak balik sebulan lebih tu....jadi tak salah saya beli sesuatu untuk diri sendiri.


Dan hari ni juga saya terima sijil untuk anugerah dekan, dan rupanya semester ni saya dapat anugerah dekan lagi, sebab dapat 3 A dan satu A-...tersangat okay untuk saya yang bukan jenis rajin belajar dan juga bukan jenis yang rajin sangat beramal...cuma saya rajin ikram [tunaikan hak] suami dan madu saya tanpa saya tuntut hak saya sendiri....saya harap keikhlasan saya bantu suami dan madu serta anak2 tiri saya Allah beri ganjaran yang lebih lagi...dan inilah agaknya salah saty ganjarannya...


Maka dengan dua sijil anugerah Dekan dan anjakan gaji saya hadiahkan diri saya periuk nasi Panasonic yang terkini, boleh juga bakar cake, menjadi slow cooker dan masak nasi...juga saya beli mixer yang bowlnya dari stainless steel, dah lama saya idamkan [konon nak macam kenwood, yg chef pakai tapi terlalu mahal pulak, dapat beli yang ala-ala pun jadiklah] dan satu lagi saya beli dapur gas Khind yang saya nak letak kat rumah sini dan yang sedia ada [juga baru beli] saya nak bawa ke rumah tumpangan PD....asaalnya dapur ni saya beli untuk kak aza tapi bila tanya dia sebelum beli tu katanya terlalu mahal dia tak mampu, saya beli jugak sebab dah berkenan, mungkin saya bagi dia ataupun saya pakai tengoklah nanti...


Ikut hati saya memang nak bagi dia tapi bila saya fikirkan saya taknak terlalu banyak berbudi takut2 nanti saya mengungkit pulak. Baru ni saya order dua Abaya hitam dari Mesir, satu harganya RM 180, bila tunjuk kat kak aza [kebetulan jubah sampai masa kak aza ada]dia berkenan pulak tapi dia pokai, so saya pun bagilah kat dia satu sambil saya cakap akak ambiklah yang ni saya order lain sebab yang saya order tu saiz M [kak aza boleh muat] untuk saya terbesar walhal saya saiz S...sebelum tu lagi masa saya cuba depan kak aza berkali2 dia kata besar sangat un tuk kau ni wa....asya rasa dia cakap macam tu macam dia nak jer...so bagi jerlah...suka dia sambil cakap dah ada dah baju raya....hmmm rasanya lambat lagi bayarnya ataupun dia akan senyap jer dulu...takperlah...


Banyak lagi benda saya bagi sajer macam tu...asalkan dia kata lawa, berkenan sure saya bagi terus jer..macam tudung2 jenis Ariani ni, dia suka pakai dalam rumah, bila dia kerap pakai saya cakap akak ambik jerlah....jubah2 seluar gitu jugak, bila kak chik datang sini tak cukup baju saya bagi dia pakai, lepas tu dia ambik terus, tudung2 selendang hitam begitu jugak, kak chik ambik terus jer dari drawer...saya pun tak tau nakcakap apa..nak tak nak halal kan ajerlah....


Tu tak masuk lagi kalau ke kedai, selalu saya akan bayar dulu masa kat kaunter, walaupun kak aza kata nak bayar, takkan depan2 kaunter tu nak asing2kan barang...selalunya saya bayar terus jer..pastu kak aza diam dan kami pun dua2 lupa...kadang saya dah immune dah....dalam perjalanan balik kalau saya keluar samaada kelas atau ekdai, sah2 kak aza akan kirim sesuatu...dan kalau beli pasti bukan satu, mesti banyak...yerlah kat rumah ni ada 10 perut nak isi...beras 5 kg pun seminggu jer pakai.



Saya ni pulak jenis saya kalau beli beras, orang carik yang paling murah, saya pulak beli beras nak carik yang paling mahal, yerlah makan bertiga jer pun....saya suka beli bird of paradise, 5 kilo dalam 30 lebih...tapi masa kak aza datang ni saya beli beras sun white super, 5 kilo dalam Rm 28 rasanya....jadi kalau beras 5 kilo ramai2 ni seminggu tak sampai dah habis dah...so tadi beli beras saya terpaksa beli yang ala2 bujet jugaklah....sebab nak jimat...yerlah nak beli lauk, buah2, jajan2 biskut untuk kudapan...macam2 lagilah....


Dengar2 dari Rika, kak aza kata nak balik esok, tapi tak taulah....tengok jerlah nanti....tak balik okay balik pun lagi okay....mana2 satulah....



Wassalam

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Sekejap jer dah menjelang Ramadhan. Rasa macam baru jer hari raya yang lepas. Baju raya hari pertama tu pun baru pakai sekali dua jer, masih rasa baru lagi. Tahun ni, semalam dah beli sehelai baju raya kurung siap dah. Lega.


Demam saya pun dah kebah. Kak aza nampak masih tak normal sangat. masih ada semput walaupun tak demam lagi. cakap agak tercungap2 sekali-sekala. tapi malam ni tadi laju dia membaca Quran lancara jer kalau semput rasanya baca putus2 tu. Dah okaylah agaknya tu.


Dua anak perempuan saya bawa ke hospital hari ni. Lega bila ambik darah, disahkan darah mereka okay. Takde yang pelik2.

Semalam bawa kak aza dan sofiyyah ke klinik pakar kanak2, sebab sofoyyah tak mengurang langsung selesema dan batuk, semput pun masih ada. Tapi saya macam boleh menelah apa puncanya. Cuma malas nak bincang panjang lebar dengan kak aza. Hanya lepas satu pagi tu saya tengok 'hebat' meleleh hingus sofiyyah, saya paksa diri jugak cakap kat kak aza, "kak..sofiyah ni kena haramkan tido dalam aircond, budak2 semput mana tahan...." tapi kak aza jawab, "bukan sejuk pun..." saya jawab balik, apa tak sejuknya , saya lalu kat lorong nak ke dapur ni pun dah terasa sejuk aircond depan ni"...dia senyap jer...


Bayangkan tetiap malam bukak aircond, sebelum saya balik kampung hari tu diorang tido bilik master, memang buka aircond sampai saya dua beranak terpaksa lari tumpang tido kat bilik Rika. kebetulan Rika temankan mak saya tido sekatil dengan mak saya dalam bilik satu lagi.


Lepas saya balik dari kampung hantar mak, saya tengok kak aza dan anak2 dah mula tido kat hall pulak, bentang dua tilam kekabu tu. Dan masih on aircond, di hall pulak. Lagi sejuk sebab hall punya 1.5 kuasa kuda. Saya dengan hani sejak demam dan sibuk2 H1N1 ni memang tak buka aircond. Apatah lagi ada anak kak aza yang batuk2, sah2 udara pusing kat situ jer...senang penyakit berjangkit.


Satu lagi, sofiyyah saya tengok kak aza berani sungguh mandikan jam 7.30 pagi. Pelik betul saya tu! Dahlah sejuk, dengan semput pulak, selesema lagi, dia mandikan jugak pagi2. Hishhh nak tegur nanti takut dikata terlebih pandai, sedangkan anak saya satu jer. Tapi Hani dulu sampai dah nak jalan pun saya masih pakaikan barut tutup dada. Sebab dulu pun tido malam saya pasang aircond jugak. Tapi malam2 tido kalau tak berbarut saya pakaikan Hani baju dua lapis. lepas mandi 5 lapisan minyak saya sapukan kat badan dia. Ni saya memang ingat sebab kak aza selalu gelakkan saya saaampai 5 jenis minyak saya sapu pada bahagian2 tertentu badan hani.


Tapi tulah, Sofiyyah malam2 pun kadang2 tangan pendek, perut tersosol sebab baju tak tuck in dan baju pulak jenis tergantung....saya suka pakaikan rompers atau overall, senang tertutup semua malam2....tapi semalam balik klinik saya bawa kak aza gi beli baju overall dan rompers untuk Sofiyyah.


Rumit jaga baby ni. Biar kita jaga betul2 masa kecik bila besar senang dah. Macam Hani jarang ditimpa sakit. Beza sangat dengan nak2 kak aza, lemah betuk antibodi diorang. Yerlah dari kecik macam2 ubat dah disumbat dan pelbagai antibiotik ditelan, sudahnya sistem pertahana badan berganatung pada antibiotik luar....tupun entah dah tak kebal dah antibiotik tu.


Macam hani saya haramkan terus antibiotik sejak dia baby lagi. Saya biarkan tubuh dia melawan sendiri. nampak berkesan jugaklah. Tapi sejak akhir2 ini saya tengok kak aza cuba untuk mempengaruhi saya untuk beri antibiotik tu. Banyak kali dia cakap penting ambik antibiotik ni. Saya diam jerlah. Masa dia jaga Hani rasanay dia ada beri ubat tu....


Hishhh, nak Ramadhan mengumpat lak. Cuma bila duduk sama ni saya rasa makin besar jurang perbezaaan pemikiran dan pendirian kami. sangat jauh berbeza.



Dalam tempoh kak aza duduk di sini, saya cuba menghayati, memahami adn berkorban sedaya upaya saya. Saya berkejar ke sana kesini melayan kehendak dia. Saya yang memasak hari2. Semalam say a ada raptai Anugerah Perkhidmatan cemerlang di Hq, pagi 2saya dah masak nasi lemak dan goreng nasik.


Pastu bawak Sofiyyah ke klinik, balik klinik gi beli baju dia pulak, pastu terus pecut ke ibu pejabat putrajaya tumpang kawan. Balik dekat2 maghrib, tengok2 takde makanan, terpaksa masak. Lepas saya masak jer budak2 berebut makan, rupanya ummi tak kedapur langsung.


Hari ni pun sama, pagi2 saya dah bergegas ke putrajaya, lepas terima surat anjakan gaji disampaikan Nazri Aziz [ FYI saya bukan dapat khidmat cemerlang, saya dapat anjakan gaji melintang sebab PTK dapat aras 4 yg hari tu ....] saya bergegas pulak ke jalan Duta, ada kelas Forensic Computer. Masa break lunch saya call hani yang saya tinggalkan pagi2nya dengan panas yg sangat tinggi dan saya sempat cucuk ubat bontot...malamnya pulak batuk non stop...muntah melambak2....hishhh mencabar malam tadi tu...


Bila call Hani nangis suh saya balik saya mohon izin untuk balik dan tidak sambung kelas, sampai2 jer dekat jam 3, perut lapar pulak. tengok2 apapun makanan takde. Ummi tak masak apa pun. Masing2 makan sebungkus nasi lemak pagi tadi. Terpaksa bersinsing lengan memasak pulak. Siap masak masing2 berebut2 makan. Terus siap bawak Hani syakirah dan Hanis Suhailah ke hospital sebab dua2 tu demam dan batuk teruki dah seminggu tak kebah2.


Apa lagi saya tak buat? dah buat semua dah. hari2 saya blendkan juice buah, if tak sempat saya suh Rika poting suh budak2 ni makan....anak saya sendiri tak makan langsung pun.


Dan saya SUDAH MULA PENING, niat saya hari tu lepas masing2 pulih, baliklah ke PD semula. Tapi nampaknya saya dah hani terjangkit dan kami dah pulih [hani kena demam semula}, kak aza dan anak2nya tak jugak baik2 dari demam.


Macam makan tanggung berak cangkung jugaklah. Cumanya saya rasa terbeban sikit sebab saya on off keluar masuk rumah, gi kedai beli barang, bawak anak2 ulang alik ke klinik, kelas, urusan kerja, jadi badan penat sikitlah. Yang kat rumah kalau tak membantu langsung memang sakit hati jugak kan? Pinggan semua main campak dalam sinki, saya taulah Rika ada, tapi mana disiplin selama ni...kenapa kat rumah sendiri boleh basuh? Kat rumah saya semua tunggu Rika pulak?


Saya tak pernah tengok kak aza semalas ni. Ni memang lain benar. Bila saya mengadu dengan suami, dia kata agaknya sebab kak aza jarang sakikt jadik kalau kena sakit memang melepeklah....mungkin agaknya.


So kalau kak aza lama lagi duduk sini mau saya pulak keluar rumah kot, agaknya saya kena lari ke Tman Seri Pinang rumah tumpangan tu. Yang kak aza taknak balik sebab nanti mak dia datang berkampung kat rumah dia dalam bulan puasa ni pulak....


Tulah....susah lah nak cakap...banyak hal nak luah agi ni....tapi saya kena sabarlah rsanya, macamanapun sabar jugaklah jalan keluar terbaik....
Wassalam

Tuesday, August 18, 2009

Demam...

Assalamualaikum w.b.t



Dah seminggu dah kak aza datang rumah saya ni, dorang datang dengan membawa demam sekali. Masa datang tu Kak aza, sofiyyah dan Uda sajer yang demam. Sebelum tu Zubair dah demam dulu, tapi lepas seminggu ni 9/10 orang dalam rumah ni dah demam. Kecuali maid si Rika.


Kaka aza, Kak Chik [16 tahun], uda, syakirah, zubair, Suhailah, saya, semuanya demam sekarang ni, duit ubat ke klinik jer dah melebihi seratus. Tu opun bukan semua ke klinik, sebab stok ubat masih ada.


Sungguh rasa tak larat badan ni. Suami pulak dari kejauhan boleh ebrdoa jer, asyiklah sms, sakit dari allah, yang menyembuh pun allah, doalah, katanya...hmmm betullah tu. Cuma iman ni lemah. Asyik merungut jer bila dah sakit. Nak bangun solat punn rasa semacam..


Kepala pusing sangat. Sendi lenguh2. Batuk pulak rasa pusing kepala dan dada rasa sempit. Hani 3 hari tak bangun2, kejap2 jer bangun2 susu pun minum sikit sangat, sampai orang pun lupa kewujudan dia sebab tak keluar2 bilik... hari ni baru nampak bertenaga. Bercakap dan bermain2...kalau tak melepek jer...


Kak aza pun sama, melepek jer, dahlah sofiyyah menyusu badan, dia pulak tak selera makan..mujur jugak sofoyyah dah makan bubur dan seleranya tetap baik. Kak aza dengan semput, batuk, kejap2 carik oksigen...mujur saya ni takde semput, kira gagah jugak lagi....


Alhamdulilalh juga Rika sihat tak demam, kira kerja dapur, basuh baju dan kemas semua selesailah. Cuma masak2 jer kak aza bangun jugak masak2 pindang, goreng sayur.


Banyak benda berlaku dalam tempuh demam ni, sempat juga saya hantar mak balik kampung, kakak buat kenduri, pastu mak kak aza pulak datang rumah saya ni, nak ziraha cucu2nya, siap tidor lagi kat sini dan buat operasi macam dia buat kat ruamh kak aza, habis semua dikemaskannya. Dua maid bergabung tenaga membongkar kemas bawah2 katil, almari, rak2 buku. Saya tak terkata apa, senyap dan pandang jer. kak aza dan anak2 dia semua dah senyum2 jeling2 kat saya...semua pening. Tok tido jam 2 pagi, kemas dan cek semua benda....


Dah tu katanya dua minggu sekali nak datang. Nak ziarah zubair, mampus! Selipar2 bilik air saya yang agak buruk semua dibuangnya, getaj2 paip yang katanay pendek turut disuruh tukar. Diberinya kak aza RM50 disuruh beri kat saya suruh beli yang baru...hmm tak terkata apalah. mak saya datang betul2 cam tetamu tapi madu punya mak yang datang kalah tuan rumah pulak. Maid saya siap dapat satu buku senarai tugas2 yang kakak kak aza, cik ayang tulis....hmmm siaplah Rika, dapat boss baru pulak...


Hmm takat tu jerlah, tak larat dah ni, kepala pusing...

Wassalam

Thursday, August 13, 2009

Rupanya saya makin kuat walaupun usia semakin tua

Assalamualaikum w.b.t

Ini cerita 2 minggu lepas...

Sabtu, ahad dan isnin 2 minggu lepas, saya rasa saya melakukan kerahan tenaga tahap maksimum. Bermula dari Selasa dan Khamis berulang alik ke kelas manakala rabu pula ada discussion di UKM. Dan selangmasa itu saya berulang alik dari PD ke Seremban, pagi2 bergegas menyiapkan anak dari PD terus ke Seremban dan tak balik rumah terus drive ke Bangi.

Di PD pula saya paksa mata berjaga menyiapkan jahitan langsir dan alas meja dan memaku dan memasang wayar [tali] langsir [sementara] sebelum pasang railing, memaku dan memasang cermin besar [dengan bantuan yang terhad dari suami yang hanya gunakan sebelah tangan]. juga membuka tangga, menukar lampu kalimantang, dan segala bentuk kerja bagi orang yang baru berpindah rumah!


Di rumah pula, saya angkut mesin jahit daeri PD sebab terpaksa menjahit langsir dan tabir yang baru untuk pemisah ruang tamu dan ruang dapur kerana saya baru memasanga railing baru. Disusuli dengan memesin rumput secara express dari depan rumah sampai ke belakang. Kemudian disambung pula dengan bergegas ke JJ, Seremban 2 dalam hujan lebat untuk collect microwave Oven...dalam perjalanan pula saya monitor orang pasang aircond di rumah melalui telefon. Juga online dengan suami tentang barang keperluan masak untuk jemaah. Fuuuhhhhh....


Sampai di rumah, serentak dengan suami yang sampai dari PD juga serentak dengan siapnya pasang aircond, dan tengok ruang tamu bersepah semula dengan habuk2 simen yang yg di drill....tabir pulak tak dapat kelulusan suami, terpaksa tukar langsir lain, bukan sahaja tabir malah langsir sliding pun suami kata jarang! Macam lipas kudung pasang besi penyangkut tabir dan sliding..mujur saya pakar orangnya..sekejap sahaja siap! Apa2 kerja remeh mujur ada si Rika Putriyani...arahkan ajer...


Saya atur depan, kak aza terus ke dapur dengan dibantu Rika untuk memasak untuk makan 20 orang....kemudian 3 hari itu hari yang penuh, tapi bukan penuh dengan kerja tapi penuh dengan program...banyak pulak program muzakarah kali ni saya kena handle...



Ini cerita minggu lepas

Minggu lepas pun sama sibuknya. Berulang alik KL-Seremban-PD. Tapi malas nak cerita, cuma syukur Allah bagi saya sihat boleh urus semuanya. Minggu lepas suami dah mula keluar, makanya tanggungjawab saya macam berlipat kali ganda. Sebab? Biasanya bila suami keluar macam saya pula berperanan jadi 'suami' kak aza. Kak aza rasanya lebih selesa meminta bantuan dari saya daripada merujuk kepada adik beradiknya.


Mungkin taknak panjang cerita dan mungkin juga taknak timbul tohmahan dan buruk sangka adik beradiknya pada suami. Saya agak macam tulah. Bagus jugak. Tapi kadang rasa nak berdaya juga berkejar sana dan sini.


Hari sabtu lepas saya ke sana, ahad malam baru balik seremban semula. Selesai bantu dia sana sini, lepak2, makan2, kemudian ke farmasi belikan face mask untuk budak2 tu dan cool fever utk zubair, saya pun baliklah. Keadaan agak kritikal minggu lepas sebab mula sabtu tu zubair dah demam. Sampai gigil2. Masa saya hantar dia tu, keadaan dia agak okay. Tapi malamnya jari2 dan kuku mula biru. Malam sebelumnya Sofiyyah di serang semput sampai terpaksa ke hospital ambil oksigen.


Isnin macam biasa hantar hani ke sekolah pagi2 lagi sebab saya ada bicara kat melaka, pastu bicara plak pagi sampai petang, habis jer peranan saya terus saya balik kampung ambik mak. Malam jam 7 baru sampai rumah, hani terpaksalah cikgu jaga sampai jam 7... Selasa pagi tu, kak aza bagitau dia dah call kaunter unit paed, Zubair kena jugak pergi hospital sebab bacaan protin dia berturut2 2 hari 4+ [max]. Kena juga jumpa paed, kebetulan pulak, buku appoinmnet dia kat sini, terpaksa pagi tu saya ke hospital hantar buku appoinment. Tengahari Selasa tu sampai malam tadi saya ke UTM, Skudai. Kelas kat sana pulak minggu ni. Selain ke makmal Ukur bahan, juga kami mengenal komponen2 pembinaan dengan melihat tapak2 projek yang banyak sedang berjalan. Sempat juga menghadiri kelas pensyarah kami untuk pelajar master dan PhD engineering UTM...petang semalam juga balik sini, agak letih juga badan duduk dalam Van...dahlah van Kia Pregio, yang naiknya pulak kami 9 org + driver semua besar2 badannya....


Masa kat UTM, kak aza berapa kali call dan sms, dia pulak diserang semput. Sampai dia kena ke hospital ambil oksigen. Bukan semput jer, batuk dan demam sekali. Haru pulak rasanya. Kebetulan pulak Abustic, alat untuk test protin dalam urine Zubair habis. Stok yang ada kat rumah saya jer. Kat Farmasi PD takde jual pulak tu. Saya balas sms kata malam kalau sempat saya datang. HP pulak semalam jam 4 dah kong. Tak bawak charger. Malam tadi bila charge, tengok bertubi2 missed call no kak aza. Tak taulah apa cerita terbarunya. Tulah ingat nak ke PD jugak malam tadi tapi tak jadi!


Yerlah... kita rancang, allah tentukan. Perjalanan balik lepas dari R&R seremban hujan dah lebat giler. Takleh speed. Makanya sampailah lambat. Saya pulak akal pendek, masa pergi tu patut boleh suruh driver ambik saya kat seremban tapi sebab fikir mana nak tinggal kereta, saya pun ke Jalan Duta, so bila balik pandang jerlah masa lalu seremban, saya terpaksa juga ke jalan Duta dulu ambil kereta patah balik seremban. Buang masa dan tenaga betul. Sampai rumah dah dekat2 jam 10, ikutkan larat nak ke PD tapi Hani dok gesel2 peluk2 rindu sangat tak jumpa sehari. Takkan malam tu nak berangkut pulak kami berempat ke PD?


Dari malam tadi dan pagi ni saya sms kak aza, tak berjawab langsung. pelik jugak! Rasa macam terpaksa juga pergi pagi or tengahari ni jenguk. Malam tadi suami call suh saya ke sana ambil semua bawak ke sini senang di monitor. Susah saya ni...nanti cakap dengan kak aza dia taknak datang sini, suami pulak kata suasana dalam rumah tu yang mendorong penyakit....[tanpa menafikan sakit datang dari Allah] sebab susananya yang bertutup [kalau buka banyak habuk pulak], dengan aircond [tak bukak panas plk, ruam2], jadi sekarang Zubiar dah demam semula, Uda pun demam sama, Sofiyyah dan kak aza semput. Camno tu? serba salah saya ni?


Terfikir jugak ni, kak aza marah saya ker sebab saya tak datang malam tadi. pagi ni kiranya Zubair tak dapatlah buat test urine sebab abustic ada kat sini, saya tak hantar. Ni mengadap pc kejap sebelum ke PD, mak saya pulak baru berapa hari kat sini dah sibuk2 nak balik, hari jumaat kena hantarlah jawabnya...penat badan saya ni kalau diikutkan. Tapi Allah maha kaya, rasa bertenaga jer pulak buat semua ni. Saya ni suka setkan pergerakan saya dalam perbatuan [meter] kereta, dalam seminggu jer saya memandu beribu2 km...ada jer kerja2 yang nak dibuat...


Haaaiiii, entahlah.....buat kerja2 lain walhal kerja hakiki ni tinggal tak bersentuh ni...mujur juga penyelia saya tengah cuti sabatikal, kiranya dapatlah dia bantu kami dan sesuaikan masa dia ikut masa kami sebab dia tak terikat dengan kuliah. Dan mujur juga penyelia yang diberi pada saya ni jenis tak banyak songeh. pelajar lain ada yang jumpa penyelia 4/5 kali tapi proposal tak lulus2 jugak. Asyik kena alter dan kena komen jer. Saya jumpa penyelia dua kali dah selesai dah. Syukur alhamdulillah dapat penyelia yang baik....semua tu atas rahmat Allah juga...Cuma nak kena ke library sebab nak tambah literature review. 18/09 kena present proposal depan semua lecturer...letih buat tesis w.pun mini tesis jer..camno nak buat PhD ni? Assignment pulak 3 yang menunggu ni...


Hani


Hani akhir2 ni asyik cuti dan ponteng sekolah, rasanya 1/3 dari waktu persekolah dia ponteng. dalam bulan 7/8 ni setiap minggu ada jer hari yang hani bercuti....minggu ni selasa dia ponteng. sebab takde sapa nak hantar dan ambil dia bila saya ke UTM. Tapi semalam, baru tau ada cikgu dia baru menyewa taman atas dari taman saya ni, so saya minta dia bantu ambil dan hantar hani...bukannya apa, hani banyak sangat dah ketinggalan. Dahlah masa 5 tahun dulu dia masuk lewat 4 bulan dari pelajar lain. masa 6 tahun pulak asyik ponteng. Bila Zubair dah ada ni, kalau kami ke PD Zubair nangis2 taknak balik sini, saya pun pontengkan hani sebab malas nak balik PD kalau dah melepak kat rumah Batu 4 tu, saya teruskan ajer, lagipun ni jerlah masa yang ada, lepas ni kalau dah mula kerja takde can nak melepak2 lagi...tapi setiap kali ponteng saya sms cikgunya...kadang terfikir juga bazir bayar RM400 sebulan sebab asyik ponteng memanjang.


Bila dia selalu nak ponteng saya pun ugut dia kata nak berhentikan dia sekolah. Saya ingat dia takut, rupanya member suka. Tak sabar2 nak berhenti...asyiklah tanya, "ammie, bila ammmie nak berhentikan kakak sekolah?". Bila cakap yang ammie main2, baru dia berhenti tanya. Saya agak dia dah boring sekolah kot...dan selalu jugak dia merengek nak suh ammie ambik tengahari, wah kalau hari yang ammie takde kelas mulalah dia memujuk nak balik tengahri, kadang saya cair jugak dengan pujukan dia, ambik jugaklah tengahari....entahlah saya pun tak reti nak analisis sikap dia ni...


Ok, sajer nak maklumkan dalam pada selalu ponteng dan balik tengahari, member lagi 3 mukasurat nak naik Quran. Hani menggunakan kaedah mengaji Qiraati. lebih kurang dengan Iara' jugak, cuma Qiraati ada 5 buku, Iqra' pulak 6 buku. Alhamdulillah dia sebenarnya dah lancar sangat dah mengaji, kalau dalam buku doa, atau dalam Quran memang dia daha boleh baca walaupun apa bentuk tulisan [khat] yang digunakan. Kelebihan Qiraati yang saya nampak adalah dia menekankan sungguh pada tajwid. Hukum bagi huruf yang perlu dengung, panjang pendek harkat semua sangat detail. Kalau tak disebabkan huku2 bacaan ni, hani dah lama naik Quran memandangkan walaupun dia lancar baca tapi cikgu tak alihkan mukasurat baru sebab dengung dan tak dengung dia sebut salah, kadang makhraj tak cukup...jadi lambat jugaklah jadinya. Mula2 saya ingat perkembangan mengaji hani ni biasa jer kalau dibandingkan dengan budak2 lain. Rupanya bila tanya cikgu, baru dua orang naik Quran. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Mak budak berdua tu cikgu, sah2 memang bukan kaki ponteng, sebab maknya kena mengajar sekolah. Yang mak si Hani ni tak kerja, tu yg dok umah anak ponteng dok mengulit anak jer....Saya rasa okay jugaklah hani ni, dengan masuk sekolah lewat dari pelajar lain, selalu ponteng, kira dia dapat kejar jugak budak2 lain. Bravo! Syukur alhamdulilah moga anak ammie jadi hafizah dalam usia muda...dan dipertemukan jodoh dengan seorang hafiz..aminnn. Wahhhh tak sabar nak bermenantu nih!


Oh yer...bila hani semakin besar ni saya rasa sayang saya bertambah2, dan musim2 H1Ni ni kalau boleh saya nak sorokkan dia dalam perut saya taknak bagi dia terdedah kat mana2 takut jangkitan...bila membaca yang semua anak Raja Muda pahang kena H1Ni saya menangis baca kenyataan isterinya semalam. Tak boleh bayangkan kalau jadi kat Hani...hari2 hani saya paksa pakai face mask...pesan berkali2 jangan buka masa sekolah, pesan suh basuh tangan 8 langkah tu, pesan kalau batuk tutup mulutm pesan jangan dekat budak2 yang batuk dan selesema, siap cakap apa jadi kalau dia sakit or takde, saya bagitau nanti ammie jadi gila...pendek kata macam2 saya citer kat dia, sampai dia kalau dengar or baca pasal H1N1 mesti report kat saya...sian dia dapat mak yang sangat ekstrim dan taksub!...







Wassalam

Saturday, August 8, 2009

Bila diuji lagi dan lagi

Assalamualaikum w.b.t


bila suami keluar dakwah jer ada masalah, bil ada masalah jer suami mesti sedang keluar dakwah. Macam sinonim pulak dua pembolehubah ni.


Bukan saya yang ada masalah. Tapi kak aza. Masalah anak sakit. Malam tadi bertubi2 kak aza sms saya berkenaan Sofiyyah. Sofiyyah semput, batuk kuat, dada berbunyi, last sms saya suh dia ke klinik sedut kahak atau apa2 yg patut. Dalam jam 2 pagi dia sms saya lagi katanya dah balik hospital, sofiyyah dan ambil oksigen.


Pagi ni saya sms lagi, rupanya pagi ni kena ke farmasi hospotal pulak. Yang kat rumah saya ni pulak anak kak aza, Zubair pulak demam. panas bukan main badan dia. Urin di pagi tadi masa saya test bacaan protinnya, 1+, maksudnya ada kebocoran buah pingang.


Pagi ni dia tido jer, bangun2 tu saya suapkan nasi makan sikit jer, pastu terus bagi makan ubat demam yang memang stand by jer sepanjang masa. Cadangnya petang ni nak ke PD tengok2 cuaca jerebu jer pulak...bahaya juga untuk kanak2 apatah lagi macam zubair yang sedia ada penyakit.


Saya sekarang takut nak bawa anak keluar rumah. 25 jam berkurung jer dalam rumah. Rumah saya ni tepi jalan besar Seremban-Kuala Pilah, setiap hari tak kurang dua kali ambulans lalu, agaknya bawa pesakit dari K.Pilah ke hospital Seremban. Terasa2 pulak macam eks suspect H1N1. Tu yang mula rasa bimbang tu.


Esok ada hari Taska untuk negeri sembilan. Memang tak pergilah ajwabnya, walaupun dah bayar untuk hani masuk pertandingan mewarna. Bila cakap dengan suami kebimbangan ni, dia senang ajer katanya Allah yang beri semua penyakit, so kena yakin dengan Allahlah...memanglah yakin tapi sebagai ibu macamana pun kebimbangan tu tetap ada.


Semalam Zubair dan hani dua2 saya pakaikan mask untuk ke sekolah. Sebab ramai dah mula pakai mask, dan ramai juga ibu pelajar sana yang kerja nurse. Maklumat jumlah pesakit H1N1 kat hospital seremban diperolehi dari merekalah. memang guru galakkan semua pakai mask minggu lalu.


Semalam saya jumpa Kak Isma paya rumput, beserta suaminya, dia menginap di rumah tumpangan saya tu. jam 5 semalam check in, maghrib ni check outnya. So agak2 maghrib saya pergilah ke sana, hantar zubair dan bermalam kat rumah tumpangan tu kot malam ni. Kalau malas mengemas dan memasak saya bermalam rumah kak aza jerlah.


Cakap pasal kak isma ni, mula2 tengok tu serius saya rasa macam dia umur bawah saya jer...sungguh nampak muda dia kalau dilihat secara live. Rasanya dia jenis tak makan gambar atau bahasa modennya tak fotogenik. Tapi hakikatnya dia masih bergetah dan badannya masih solid molid. Macam anak dara...


Nak compare dengan saya jauh sangatlah. Badan saya yang mengembang ni macam orang anak sepuluh dah. Dengan masa makan dan tidur yang tak teratur dan takde exersice memang layaklah...


Esok, kalau jadi saya hantar anak kak aza ke madrasahnya di Melaka, tapi dari cara kak aza nampak gaya macam dia taknak anak gadisnya balik ke madrasah jer...yerlah jumpa sesekali, lagipun dah anak dara buila ada kat rumah tu senanglah banyak benda kat rumah yang dia boleh bantu. Terutama dalam hal menjaga Sofiyyah lah...banyak ringannya kak aza.


Tapi kak aza nak bagitau suami tak nak hantar kak cik dia bimbang sebab mesti suami tak benarkan. Sebab suami segan nak bagitau mudir asyik muka kak chik jer yang masuk lewat lepas cuti. Lagipun kak chik dok kat rumah bukan mengaji sangat takut hafalan dia tu dia lupa semula. Lagipun asyik bergaduh dengan adik2 jer kerjanya.


So kak aza mampu bagitau saya jer kata nak suh kak cik dok umah lagi untuk pandang2 adik2 terutama bila sofiyyah semput pulak malam tadi. kak cik call saya pagi ni, katanya tak nak balik madrasah....saya pun perli lah dia kata, "hai dah dua minggu duduk bawah ketiak ummi tak puas2 lagi?" jawabnya bukan duduk bawah ketiak ummi tapi ketiak sofiyyah.


Satu lagi cerita, mak kak aza dan kakak dia masih tak tau suami keluar 40 hari ni, so kak cik tipu cik ayang {kakak kak aza} kata ayah ada rumah. So bila ayah ada rumah, dia pun tak jadi datangler... kononnya datang tu nak main2 dengan sofiyyah lah...sehari tak jumpa sofiyyah memang penasaran dua beranak tu {mak dan kakak dia}. Tak taulah sampai bila kak aza boleh sembunyikan maklumat suami takde, semata2 taknak bagi mak dan kakak dia berkampung kat rumah dia..masalah betul family kak aza ni...bila mak dia ada kat rumah kak aza maka adik beradik yg lain silih bergantilah datang ziarah. Sudahnya kejap2 sofiyyah melalak sebab banyak sangat uka dia tak kenal!


Diorang pun datang semua terkam Sofiyyah..yerlah sofiyyah kan ker comel, lain dari yang lain dengan wajah gebunya, kulit putihnya, dah tu apa kita cakap semua dah pandai ikut...sapa yang tak tergoda. saya pun kalau datang rumah kak aza tengok sofiyyah dulu, kalau dia tido dalam buai tu sengaja saya cakap kuat2 kasi dia bangun, sebab saya nak main dengan dia.....sebab dia memang comel!!!


Ok nak ke PD dah ni...macam biasa, sapa nak sewa rumah secara harian di PD sila hubungi saya yer. 019 6618157. Punyalah malas nak buat blog khas....gambar semua dah tembak dah...tapi tak pandai lagi pakai DSLR lah...takat ambik gambar biasa2 jer....
Wassalam

Friday, August 7, 2009

Mula membilang hari lagi....

Assalamualaikum w.b.t


Suami dah keluar mula semalam. Maka 40 hari seterusnya kami berempatlah sahaja di rumah. Ada juga wakil lelaki sekarang, sapa lagi kalau bukan Zubair. Cuak juga bila fikir suami takde ni. Bukan cuak sebab takut pada pencuri atau apa ker cuma terasa macam takde sapa nak berkongsi cerita. 5 hari lagi nak raya nanti suami baru balik.



Esok kak aza akan datang sini, saya yang pelawa untuk tukar suasana. Sofiyyah dah mula batuk dan semacam lelah. Tu sebab saya ajak dia duduk rumah saya sebab biasanya budak2 tu okay kalau duduk rumah saya.


Tambahan pulak isnin ni saya kena bicara ke melaka, selasa dan rabu saya akan ke UTM sebab kelas kami di sana untuk minggu ni, kena gi lab dan tengok tapak2 projek, kan semester ni kami belajar forensic kejuruteraan..merasalah balajar baca plan dan kira2 bancuhan simen, concrete dan segala yang berkaitan...bukan mendalam sekadar kalau tengok dokumen tender tu fahamlah dan takdelah boleh kena tipu kalau menyiasat tu...



So saya cadang kak aza datang sini, supaya Zubair dan Hani boleh sekolah...uda dan kakak ponteng tak apa...ahad pulak saya akan ke melaka untuk hantar kak Chik, anak kak aza yang belajar di madrasah, isnin lepas bicara saya ambil mak terus balik ke seremban bawak mak duduk sini...


Biarlah selasa dan rabu tu kak aza duduk dengan mak saya kat rumah saya ni. Kak aza dengan mak saya takde masalah, sebab mak saya ni simple jer orangnya....boleh masuk semua orang....lagipun Rika ada kalau ada apa2 perkara perlu buat...


Rabu petang balik dari UTM, malamnya bolehler hantar kak aza balik PD...


Esok akan ke PD lagi, sebab kak isma yang duduk kat rumah tumpangan tadi akan check out esok...seterusnya akan ambil kak aza sekeluarga datang rumah sayaa...senang biar semua masalah diselesaikan dalam keluarga kami jer....




Wassalam

Hilang hormat

Assalamualaikum w.b.t


Bukan senang nak sampai tahap kita rasa hilang hormat pada seorang kawan. Melainkan dia buat sesuatu perkara yang betul-betul buat kita rasa hilang sudah kepercayaan dan penghormatan yang kita berikan sebagai seorang kawan.


Tapi sekarang itulah yang saya rasa. benar2 hilang rasa hormat pada dia. Susah betul saya nak berlagak biasa depan dia. Memandang dan berborak dengan dia pun terasa semacam saya hipokrit!


Puncanya mudah sahaja. Iaitu dia menceritakan kepada saya yang dia ada affair dengan lelaki lain. walaupun cara ceritanya semacam menafikan yang dia jatuh cinta, tapi dia silap sebab dia bercakap dengan saya yang pernah ada pengalaman "TER affair" dengan rakan sepejabat. Sekilas ikan di air sudah kutahu jantan betinanya.


Dan disebabkan saya pernah bertandang ke rumahnya dan pernah juga berbual mesra dengan suaminya, maka saya menjadi lebih kasihan kepada suaminya. Dan sehingga kini walaupun suaminya telah berjaya "menangkap' hubungan affair tu melalui sms dan mereka suami isteri telah bermuzakarah secara matang namun saya tahu hubungan perasaan secara terlarang itu masih wujud....dan itu yang buat saya rasa hilang hormat.


Dan yang buat saya rasa lebih hilang hormat bila mereka meletakkan solat sebagai perbuatan main-main, buat bila suka, tinggal bila leka....6 malam bermalam bersama kawan ini buat saya kenal siapa dia sebenarnya....sungguh sukar saya ingin mengembalikan rasa hormat ini.


alaupun saya tahu saya tidak wajar membiarkannya, namun belum ada kekuatan menghalang melainkan saya memberi nasihat supaya mencari jalan keluar...samaada 'lari' dari kekasih gelap itu atau berpisah terus dengan suami dan bersedialan menjadi isteri kedua kepada lelaki itu.


Dan itu yang dia tidak bersedia walaupun sebelum2 ini acapkali dia bertanyakan saya tips menjadi isteri kedua. Pada masa itu yang terlintas pada saya ialah suaminya bercadang mencari isteri baru, rupanya sebaliknya dia yang mahu menjadi isteri kedua! Sudah hampir akhir zaman betul!


Berapa banyak pula kes lain?????


Wassalam

Thursday, August 6, 2009

Betapa syoknya menjadi surirumah sepenuh masa

Assalamualaikum w.b.t


3 bulan sahaja lagi saya berpeluang berfoya-foya di rumah. Boleh tido lepas hantar anak2 ke sekolah. Boleh ke pasar membeli ikan di pagi hari. Boleh menjahit sampai mesin pun letih. Boleh menanam sayur-sayuran bila nak masak petik sahaja. Boleh mesin rumput keliling rumah dengan gembiranya. Pendek kata macam2lah yang boleh dilakukan dengan senang hati.


Lepas tempoh tu siaplah, apa yang nak saya lakukan kat rumah. Entahlah...ada peluang lagi ker ataupun tidak....eeeeiiii ngerinya nak membayangkan pagi2 nak rush siapkan anak dengan sibuk nak pergi kerja, memikirkan pagi2 kat office hari2 kena attend mesyuarat..pastu kena follow up kerja yang tak habis2 dan tak berpenghujung....langsung takde kepuasan hidup! Asyik2 nak me jawam kepada boss...


Kalaulah saya boleh berhenti kerja? Sekurang2nya pun 3 tahun dah wajib kerja, lepas tu umur dah 39, setahun lagi 40, agak2nya bolehker umur 40 saya berhenti dengan cara option awal? Tak boleh kot..sebab ada komitmen hutang bayar rumah, masa tu kereta dan selesai dah...cuma hutang rumah ajer...hishhh...bestnya kalau dapat duduk rumah...saya rasa saya takkan boring duduk rumah pun!


Sebab saya jenis pandai create activiti kat rumah. Terutama menjahit. Banyak buku jahitan dan ada ni, masa nak belajar pulak takde. Sekarang ni dua pasang baju saya dah stand by untuk belajar jahit sendiri. Pastu projek buat telekung saya dan hani. Projek cadar dan beg pun dah menunggu, kain semua dan stand by...masalahnya bz lah pulak dengan study ni..pening sesangat rupanya nak membuat tesis. kalaulah tesis boleh tukar kreditnya dengan ambil paper lain 5 paper pun saya sangguplah!


Apapun, saya tetap akan begini juga, maksud saya bekerja ni...rasa cam dah terperangkap dalam dunia pekerjaan ni pulak! Harapan yang ada, hanyalah dengan opsyen awal, 45 tahun, lagi sepuluh tahun tu! entah sempat entah tidak untuk sampai umur tu.


Orang lain ada boring tak rasa dengan kerja masing2. Ataupun happy? Bila baca blog kawan2 blog ni rasa masing2 macam happy jer dengan pekerjaan, [ada juga yang tak suka dengan kerja,kan?] ataupun malas nak meluah benda yang tak gembira, sekadar meneruskan kerja untuk mencari rezeki. Ya itulah agaknya kita wanita bertahan dengan kerja,kan semata2 untuk membantu keluarga. Tapi bila dah kerja ni, memanglah membantu keluarga tapi aspek lain pula terabai...terabai dalam membesarkan sendiri anak2 sepenuh masa, terabai makan pakai anak, dengan emosi anak yang tak dapat dijaga sepenuhnya...macam2 perkara lain luar kawalan yang terpaksa kita korbankan....


Bagitulah nasib wanita, isteri dan ibu di zaman ni....berkorban untuk orang lain...


Wassalam

Wednesday, August 5, 2009

Sesungguhnya hidup ini sementara

Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang keseronokan hidup buat kita terlupa yang kita hidup sementara. Umpama persinggahan. Ahmad Fedtri pengacara MHI hari tu ada cakap, semasa kita dilahirkan kita diazankan dan semasa kita meninggal pula kita disolatkan...maka tempoh hidup ini adalah sesingkat antara azan dan solat!



Banyak keseronokan dunia yang lagi dikejar lagi tak puas. begitulah kehidupan ni, lagi dikejar lagi diberi Allah berbagai nikmat yang begitu ingin kita kecapi. Walhal semua tu tipu dunia semata. Saya bercakap ini untuk diri sendiri juga. Hanyut dan leka semacam menjadi lumrah pula.


Mujur juga saya bersuamikan suami yang ada ni. Adalah juga sesekali titik noktahnya. Ada kesedaran yang mendatang. Dan ada kawan2 yang berlain bidang yang memberi ingatan. Kawan2 yang suami masing2 juga terlibat dalam tabligh kini merupakan senarai kawan2 utama saya. Kalau dalam handphone tu berderet nombor telefon kawan itu. Kawan sekerja pun tak seramai mereka.


Entahlah, sesuai sangat saya berkawan dengan mereka. Rata2nya tak bekerja, kalau yang bekerja tu pun betul2 dibidang yang agak profesional. Ada dua tiga orang bekerja sebagai doktor, ada juga jururawat. Lain2 tak kerja.


Walaupun mereka tak bekerja tetapi kalau bercakap dengan mereka terasa sangat yang saya ni bodoh walaupun kononnya bekerja dan belajar. Sebab bercakap dengan mereka topiknya bukan dunia semata-mata tetapi lebih kepada cakap2 iman dan kebesaran Allah. Kalau biasanya mendengar orang miskin tak mengahantar anak ke sekolah saya akan memandang dengan pandangan serong tapi dengan kakak Maryam bila dia cerita yang ketuga2 anaknya tak dihantar ke sekolah saya menerima sebaliknya pula, tersemat rasa kagum yang amat sangat.


Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Sebab hasil anak yang tidak bersekolah ini jauh lebih 'berkualiti' berbanding dengan anak2 yang bersekolah. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya, biasalah, sebab kita ada pandangan yang tersendiri. Membandingkan anak saya berusia 6 tahun dengan anaknya yang tak bersekolah yang berusia juga 6 tahun sangat berbeza.


Anaknya selain pandai membaca dan juga mengaji hasil asuhan sendiri (Home Schooling)juga sentiasa menjaga solat 5 waktu. Bukan itu sahaja malah mewajibkan diri melakukan solat sunat isyraq, sunat dhuha dan sunat2 yang lain. Malah sudah boleh fikir masalah ummat! Jangan cakap kalau tak sekolah nanti nak kerja apa? Anda hilang yakin ker pada rezeki tu ditangan Allah? Baca sajer fadhilat solat Dhua dan isyraq? baru kita sedar dan insaf...


Pagi tadi perjalanan ke kelas di Jalan duta saya mendengar IKIM>FM...mengatakan ramai remaja Melayu khususnya di IPT meminum arak? Maka bagi saya penyelesaiannya mudah sahaja. kembali pada sunnah dan Al quran....


Ramai sahabat yang menghantar anak mereka sejak kecil ke madrasah menghafal Quran dan ramai pula selepas itu mengambil SPM dan ramai antara mereka berjaya ke menera gading. Dan hasilnya sangat cemerlang bukan sahaja akademik malahan sikap dan auranya yang hebat...terasa sangat yang andai di dada sudah ada Al quran maka kejayaan yang lain akan datang bergolek dengan mudahnya. Andai anda melihat raut wajah mereka pun sudah nampak garis2 ketakwaannya....bersih yang bukan bersih luaran tetapi terserlah dalamannya...dengan sopan dan pekerti yang indah, berbeza dengan anak2 gadis dijalan2 dan dipusat2 membeli belah yang berbangga dengan fesyen baby T dengan tudung yang jarang!...


Maka itu, tidak syak lagi andai diberi pilihan saya tidak mahu menghantar hani ke sekolah aliran biasa pun...kerana saya tak mahu dia menjadi seperti yang lain..biar dia menjadi lain dari yang lain....kerana dia satu2nya permata saya...




Wassalam