Wednesday, September 30, 2009

Tidak ada cerita raya dari saya

Assalamualaikum w.b.t


Lama saya berdiam diri, bukan merajuk bukan takde cerita. Tapi terlalau banyak cerita. Sesak dada!





Saya dipersimpangan lagi. Apa hukumnya kat-kata ini?





sms saya : 'Jangan ditinggal anak bini, kalau taknak lepaskan ajer.

sms suami: OK





Itulah ceritanya, rentetan sms itu, isninnya saya diminta suami ke pejabat agama seremban untuk failkan penceraian, mudahnya,kan?



Tapi sebab kata-kata Hani "kakak taknak kalau takde ayah" dan juga "kakak tak suka ammie berpisah dengan ayah, kakak nak malam2 ammie tido sebelah kanan kakak dan ayah sebelah kiri"...buat saya berfikir lagi, saya gunakan alasan tak sihat dan malas berdepan prosedur untuk kaunseling, bicara sebagai dalihan menangguh failkan ke mahkamah. So isnin tak jadi ke pejabat agama.





Apa isu hendak bercerai kali ini?





Sejujurnya takde isu apa2....takde pergaduhan dan takde pertengkaran.


















Wassalam

Friday, September 18, 2009

Masih tercongok di rumah sendiri, bila nak balik kampung ni?

Assalamualaikum w.b.t


Dalam sibuk orang balik kampung, saya masih tercongok kat rumah. Bukan tak nak balik, alkisahnya semalam dengan hari ni patutnya ada court case, tapi semalam pagi baru IO call bagitau kes tangguh. Boleh balik lepas tu kan tapi masalahnya Hani merengek nak ikut ayah balik rumah ummi di PD. kalau dia dah ikut ayahnya macamana saya nak balik kampung pulka, kan?


Tu lah pasal semalam saya merayau ke bandar, sajer jer merayau, takde tujuan semata2 nak tengok orang ramai sakan membeli belah. Cuma yang saya teringat nak beli kalaulah ada kasut yang sesuai untuk saya bolehlah tangkap satu. Untuk hani tak beli lagi jugak, tapi dah dia ikut ayahnya, camana nak ukur kakinya pulak?


Dalam pada merayau tu teringat pulak nak carik pingga-pinggan lama ni. Semalam kan saya ada beli almari perhiasan dengan meja telefon..ingat lagi. Hah dah ada almari tapi kosong jer buat apa? Tulah pasal saya memang dah berangan dah nak letak pinggan mangkuk lama yang ada kat rumah mak tu untuk letak hiasan dalam almari tulah. Ni sambung citer bergambar.....


Nilah almarinya...kata tokey kedai, solid wood, bukan particle board, begitu juga meja phone tu, dua2 harga nya RM 25o sahaja, meja RM60 dan almari ni RM 190....pada saya murahlah kalau banding dengan perabot orang2 kaya yang ribu riban tu...bagi saya yang orangnya pun biasa-biasa jer sesuai bangatlah dengan barang2 perhiasan yang biasa2....tambah2 saya memang suka dengan perabot kaler hitam ni [yang murahlah kalau kaler hitam yg mahal boleh blahlah..]...sebab nampak simple dan sesuai dengan saiz rumah saya yang comel ni....saya tak berkenan perabot kerawang atau ukir2 [ker duit yg tak berkenan???]...coz nampak semak [yerlah tu]!

Pandangan sisi, nak tunjuk jugak yang tepi, pintu dan tingkat dalam almari tu semua kaca..so memang takleh letak buku2 saya..kena yang ringan2 jer...sebab niat asal masa beli nak buat rak buku..supaya buku2 tak berhabuk...tapi silap percaturan...elok sangatlah tu, sesuao bonar letak pinggan mangkuk lama nih!

Ok, sambung balik citer tadi....tapi sebab tak sabar semalam saya redah juga kedai cina lama yang ada jual pinggan mangkuk ni. Hasil kerajinan saya merayau dalam blog peminat pinggan mangkuk lama ni saya dapat tau kedai cina yang lama2 memang ada stok lagi pinggan mangkuk lama ni....


Punyalah heran, orang dok shopping raya saya plak dok carik pinggan mangkuk lama, tapi takper demi minat yang mendalam akhirnya saya dapat gaklah beberapa set cawan dan pinggan lama ni. Dah beratur pun dalam almari tu. Sukanya macam orang mengidam dapat makanan yang dia naklah gayanya saya semalam.


Lepas dah dpat set cawan dan pinggan lama ni, saya sengaja ke Terminal One, nak tengok-tengok. Waaahhh teteiba datangs eruan suh tukar langsir baru lak..melampau tullah saya ni...so terus ke Nagoya. Sampai nagoya pilih-punya pilih terus beli, saya hanya beli langsir untuk ruang tamu jer, satu sliding door dan satu tingkap 2 panel. Beli langsir 15 meter dan sheer 15 meter, tape, besi penyangkut semua dah ada.


So, hari ni balik kampung lambat sikitlah, kena jahit langsir dulu, kalau tak sempat sangat nanti saya potong jerlah, balik sini baru jahit semula....wahhh macam nak raya sangat. Yerlah langsir last beli masa mengandungkan Hani..punyalah lama...wajar jugak saya beli baru kan? Memang hajat dihati lamaaaa sangat dah nak gantung langsir warna coklat sebab nampak exclusive. Langsir yang ada ni kan corak jalur2, so jemu dah, kali ni carik corak abstrak....ikutkan hati nak cari harga mahal tapi sedar jugak tu diri yang tak berkemampuan ambik yang ala kadar jer asalkan warna coklat...nanti siap saya tempek lah gambar kay...


Tengahari kot saya balik, terpaksa ke PD dulu pulak, anak dara tu ada kat PD, nangis pulak nanti if tak dapat balik kampung, semalam dengarnya diorang shopping sakan yerlah anak2 kak aza satu apapun tak beli lagi...tak taulah hani ayahnya ada belikan apa2 ker, tapi semalam dah pesan kalau nak beli, belikan Hani kasut..yang lain2 semua saya dah belikan....oklah....balik kali ni kena jugak bawak Manja dan Lara...cage besar pulak tu..camana nak sumbat dalam kembara...dengan beg baju dan kuih raya lagi...hishhh macam2 lah...


p/s: Eh tak sangka, dalam takde mood raya...macam2 plak dah terbeli! mampus pak haji bebel ni...

Wassalam

Wednesday, September 16, 2009

PERHATIAN: Rumah tumpangan untuk disewa bila-bila masa

Assalamualaikum w.b.t



Macam pernah saya war-warkan, bagi mengisi masa dan menafaatkan ruang dan peluang yang ada, sebuah rumah pak haji yang sebelum ini menjadi barang kes bagi tuntutan harta sepencarian telah selesai...maka kami suami isteri memanfaatkannya dengan menjadikannya rumah tumpangan/sewa harian. baru lah ini saya da masa mengambil gambar rumah berkenaan. Sila tatapi gambar2 ini dan kalau ada dikalangan akwan2 atau saudara atau kenala atau sesiapa yang dikenalai yang berkeinginan samaada dalam masa terdekat atau bila-bila masa untuk menginap disini nanti, boleh hubungi saya Salwa 019 6618157.




Ini signboard Taman Seri Pinang, lebih kurang 200 meter dari Simpang Petronas Port dickson di batu 4.





Rumah bercat kuning adalah rumah yang dimaksudkan. Bukan corner lot tetapi end lot. Kawasan tanah lapang adalah bebas untuk meletak kereta.







Ini pintu masuk [sliding door] dan ruang tamu.




Pandangan dari sisi





masih ruang tamu, kerusi single 4 ketul dan Tv kecil satu [buat masa ini]






Ruang tamu juga, dari sudut yang lain.






Settee dari pandangan depan, sebelh kiri menghala ke dapur.







Ini bilik 1, menempatkan katil queen, beraircond









Sudut pandangan lain. Bilik agak sempit....






Masih bilik 1.






Ini bilik 2, ditingkat atas, menempatkan dua katil single, juga ada balkoni di luar.




Pintu masuk bilik 2, itu besi tangga, sebelah kiri ada bilik air.




Juga ada dressing table, cermin dan towel rack...




Ini bilik 3, master bedroom agaknya. menempatkan katil queen, sebelah bilik no 2.





Cadar khas untuk tetamu. dijamin keselesaan sebab 100% cotton








Pintu masuk bilik 3, sekali lagi nampak tangga








Juga menempatkan dressing table dan cermin serta towel rack









Ini tingkap di bilik 3





Ini dapur, pemandangan diambil semasa saya, ada barang2 saya disitu...









Ini pinggan mangkuk yang saya sediakan untuk tetamu, setengah dozen dinner set pinggan Luminarc dan setengah dozen dinner set Melamine. Ada juga sudu dan kuali vision, periuk Vision 2 bijik dan Corelle sebijik. Tupperware biskut saya menumpang sekaki disitu.




Pandangan dari jauh....


Buat masa ini kami dapat letak sebuah peti ais mini sahaja, setakat sejukkan air bolehlah...



Juga sebiji rice cooker [agak buruk tapi masih elok sangat] dan satu juga kettel yang juga masih elok



Kadar sewa: sehari RM 250 dan kalau menginap dua hari, percuma sehari, kadar sewaan bilik pula, setiap bilik RM 100 sahaja. Check in dan check out adalah fleksible....boleh buat apa sahaja dan dialu-alukan untuk buat macam rumah sendiri. Pantai Batu 4 adalah dekat sekadar 200 meter sahaja dari rumah....sangat sesuai menginap secara berkumpulan dan kadar sewa boleh dikongsi. Boleh juga membuat perbincangan berkumpulan dan membuat gathering....
tempat barbeque secara tradisonal juga ada....hehehehe



Wassalam

Mood raya belum mariiiii....tapi pak haji dah mariii...

Assalamualaikum w.b.t



Saya hari ni baru perasan yang kita nak raya 3 hari lagi...tu pun sahur tadi duk tanya Rika yang sebenarnya kita ni puasa hari keberapa? Rasa cam ingat2 lupa, saja nak sahkan. Tup2 Rika kata kita raya lagi 3 hari buk...


Terasa benar cepatnya masa berlalu. yang saya ingat dalam kepala pak haji balik 25 Ramadhan, tu yang tak sangka rupanya dah 27 Ramadhan...dok fikir hari nilah 25 ramadhannya..sebab pak haji balik hari ni kan...rupanya pak haji balik lewat daaaa....


Sebenar2nya memang tak marii lagi mood raya ni. Kalau bekerja mungkin terasa suasananya. dahlah minggu pertama saya dah buat kuih raya, kira minggu2 berikutnya dah tutup dah part buat kueh ni. dahlah saya anak beranak duk rumah jer, memang tak kemana-mana so tak nampaklah orang bersesak2 beli belah. Cuma hari tu hantar hani interview saya keluar shopping...tu jerlah sekali...pun takdelah nampak sangat mood shopping tu...


Mengenangkan pak haji nak balik hari ni, sos emalam saya ke rumah tumpangan PD tu, niatnya nak potong rumput, berkemas dan nak shooting gambar2 rumah tu nak iklankan kat blog dan facebook. dari tengahri nak bertolak, tak bergerak2 jugak...melekat kat Tv....sipa tido dulu pulak tu...


dalam jam 3 barulah bergerak. Tu pun mula2 ke klinik haiwan, bawa manja dan lara [kucing nama comel dah tukar nama, biasalah hani tu] Manja kena suntik ubat kurap dan dua minggu lagi kena datang, Lara pulak kena inject vaksin, sebulan lagi vaksin kedua. Mujur hari ni cergas jer dua2 tu takde pulak demam ker apa ker...


Balik klinik ke Bank rakyat, Rika nak kirim duit guna western Union. Selesai tu terus kami gerak ke PD, sampai batu 4 ada bazar ramadhan beli kuih dan air untuk berbuka. Lepas tu terus balik dan solat....terus masak, simple jer masak asam pedas ikan pari dan sayur kobis goreng.


Malamnya kononnya nak menaip tesis, sebab take gangguna internet mungkin boleh khusyuk buat kerja sekolah..tapi harammm tak buat pub! Iyerlah letih yang amat, nak shooting pun takde mood. Tido semuanya...

Bangun sahur tu awal... lepas sahur mula pulun tukar bed sheet, sarung bantal untuk guest terus shooting sampai terang tanah. terang tanah jer terus start nesin rumput. Bukan rumput lagi, kira dah jadik belukar..punyalah lama tak potong dari bulan april bayangkanlah lalang pon dah jadik anak pokok...jenuh saya..lenguh tangan2 ni...


Siap mesin saya turun kat tapak pasar tani bawah tu, konon nak beli pengais sampah rupanya lain yang saya beli, dari pengais sampah yang harga tak sampai RM10, saya boleh lak terbeli rak perhiasan dan meja telefon. Punah RM250. Teruk betul saya ni...tetiba lak mood raya datang dan nak tambah pekakas rumah. Bukan nak sangat tapi bila nampak kata2 azimat "clearance stock' mulalah hilang akal sekejap. Tetus beli, walhal kat seremban melambak kedai, boleh ke PD plak saya beli..mujur jugak duit minyak dia charge RM10 jer...


Bila dah beli tu kena lak bergegas balik ke Seremban, sebab dia nak hantar ke rumah. Ehhh...saya boleh lupa lak lepas tu... khusyuk dua beranak ronda2 pulak kat Pasar tani, sebab nampak banyak gerai jual kain baju dan tudung. teringat nak belikan Hani selendang sebab dua sepupu perempuan dia kat kampung berselendang tahun ni...dia mana nak kalah dengan sepupu dia..tiap2 tahun dia nak ikut tema diorang...sudahnya terbeli jugak jubah pak haji....sebab teringat last year dia solat raya pakai jubah lama jer...sian pulak...


balik rumah terus tukar2 semula bedsheet dan kemas rumah terus pecut balik seremban. Tiba2 teringat pulak nak beli pasir tambahan utk Manjalara punya keperluan 'nature call' dan nak beli makanan dan cage budak dua tu. kat pet shop BOBO tu orang perabot dah called. Bergegas lagi pecut balik ke rumah pulak. Mujur sempat gak...


Lepas siap2 kemas semua, azan zohor pun berkumandang. Pak haji pulak tak lama lagi sampai...so gituler terkejar2nya. Bila pak haji sampai jer apa lagi, mulalah berborak tak habis2....Hani dok menempel dia pun sama nak dengar jugak apa cerita mak ayahnya ni...awal2 dah warning kami malam ni kakak nak tido dengan amie dan ayah...hmmmm..sabar jerlah...harus tidokan dia cepat malam ni...


pak haji rupanya dah beli baju raya untuk dia,, pink kaler lagi..macam biasa jubahler...untuk hani dia belikan telekung solat. Untuk saya? yillek!!!! Yang dibelinya beras siam 10 kg...mujur sya ni tak kisah..saya tanya gak untuk orang PD belikan apa? Takder jawabnya..hmm kalau takde takperlah...jangan sana ada, sini takde..harus saya sebut2 sampai ke sudah...


Lepas borak2 dalam sejam lebih, dah bersiap pulak ke markas, sebab malam ni ada mesyuarat...so baruler dapat mengadap Pc ni....

Kadang2 pelik, mana datang tenaga dia, semalam bertolak dari rantau panjang [dia drive], pastu tido semalam
di masjid Seri petaling, lepas zohor bayan tangguh pastu sampai seremban kena pulak dia hantar 3/4 orang yang tumpang van dia..pastu baru balik rumah, tak sempat rehat pun sebab bini sibuk bagi laporan 40 hari dia takde ni disamping ambik laporan dari laki apa dia buat 40 hari ni....pastu dah ke masjid lagi...


Saya tanya kat dia...abang ni takde sedetik ker rasa letih...rasa macam nak rehat kat rumah...nak baring2 ker...tak rasa penat pangsung ker bang....saya tengok pun penat....dia ajwab mudah jer..."penat memang lah penat tambah2 abang macamni...tapi dunia ni bukan tempat berehat, nak berehat kat syurga nanti..." pastu sempat perli lagi..katanya lainler saya ni..ikut sangat kata hati..nak rehat jer....



rupanya keluar kali ni, darah tinggi dia naik sampai yang bacaan bawah jadik 190, dan dia kena ke pusat kesihatan sebab bermasalah keluar dengan jemaah yang banyak fe'el ni, sampai terpaksa hantar 3 orang balik rumahlah, sebab tak sesuai untuk keluar dakwah..memang ramai juga yang bermasalah tapi sebelum ianya mendatangkan kesan pada usaha dakwah tabligh selalunya mereka ni akan dihantar pulang...


Jemaah kali ni pertama kali pak haji kena hantar baju ke dobi, takde yang nak betul2 khidmat dia...kesian dia, orang yang nak jerangkan air pun takder...kadang seminggu sekali baru dia mandi, mana tahan nak mandi air sejuk...tu yang tekanan sampai darah naik tu....


Sebab takut bini2 marah tu yang dia ke klinik ambil ubat jugak tu,,sebenarnya dia dah lama stop makan ubat darah tinggi kerajaan tu. Sebab tak makan pun sama jer kesannya dengan makan..katanya Allah yang bagi sakit dan Allah yang bagi sembuh...tapi bukan berdiam diri...makan jugak, tapi lebih pada tradisional....buah tunjuk langit, misai kucing, madu, habbatussawda..dll...


Ok tu jerlah....

Monday, September 14, 2009

Little cat & hani Suhaila [tajuk diberi oleh hani]

Assalamualaikum w.b.t




My little princess, Hani dan kucing memang macam tak boleh dipisahkan. Hati yang susah, perut yang lapar, badan yang penat semua boleh hilang kalau dia nampak kucing. Sifat suka kucing ni bukan menurun dari saya, tapi ayahnya. Ingat lagi dulu lepas kawin dia nak buat saya tak rasa boring masa bukan giliran, dia beri kucing farsi nama Mimi pada saya buat teman. Sudahnya kucing tu dicuri orang sebab saya lepaskan dia bebas...kawasan rumah pun luas masa tu...pastu kecewa tapi sebab dan mula jatuh cinta, saya beli sekor lagi sebagai ganti, beli melalui kawan, dia nak pindah ke langkawi, sekor anak RM200, masih murah zaman tahun 2001 masa tu...pun hilang jugak...masih isu dicuri orang jugak...atau pun sesat agaknya...tak habis citer kucing lagi, pastu saya dapat kawan office bagi sekor anak kucing fasrsi + kucing tempatan...yang ni saya lupa, rasanya saya dah nak beranak saya bagi kat kak aza suh bela rasanya. tak tau apa citer lepas tu...






Ni kucing terbaru....nama sementara yg diberi manja....badan kaler perang/brown dan muka kaler black...suka betul meleseh....kalau dapat dok celah kelengkang hani suka....




Bila Hani dah ada [lahir] stop citer kucing. Bila dia dah besar dia sendiri pujuk ayahnya banyak kali nak anak kucing. Mulanya bela kucing bila ada anak kucing sesat, kucing kampung jer...fifi nama hani beri, Fifi ni selalu kena marah dengan hani sebab dia ganas tapi cekap tangkap segala mak nenek serangga, tapi hani cukup sayang Fifi ni, balik rumah lepas bagi salam mesti panggil fifi dan emsti dia datang...cicak pun tak berani tunjuk muka masa fifi ada.....lepas Fifi kami bela Gegirls, anak kucing kampung yang saya jumpa di pasar Port Dickson. tapi gegirls tak panjang jodoh, saya letak sementara kat porch sebab dia terkencing kat hall, sebab ambik mop kat dapur...pastu dia hilang. Teruk saya kena bebel dengan hani...



Siap ada bear tu, pastu tutup dengan bantal kecik.. si Malu pun syok jer....terus lelap sampai ke pagi...



Pastu, sekali lagi, Allah hantar ganti, kami jalan2 kat depan kedai kek Gharizah Ampangan, tup2 ada kakak tengah kemaskan kotak ada anak kucing dalam tu...hani dah terpaku + suka...terus kakak tu offer nak bagi...penuh kutu anak kucing tu....sampai kena spray baygon....hani beri nama sentosa...





9 mei saya ke Singapore, takde pilihan, nak letak rumah kak aza .... fifi dan sentosa tak boleh sebab ada baby sofiyyah...so saya letak sementaralah kononnya kat pasar ampangan...tempat banyak makanan dan ikan takkanlah dua kucing tu nak pergi tempat lain pulak, kan? Rupa2nya sangkaan meleset, dua2 takde bila saya ke pasar dengan hani balik Singapura kononnya nak ambik baliklah.....lebih sejam hani pusing satu pasar carik Fifi...sedih jer dia...lebih2 bila ingat Sentosa tu kecik lagi, masih minum susu tau...so berakhirlah zaman membela kucing....


Tu diaaaa.....layanan first class tu...terkejut tengok dia bawak atas katil tapi sebab nak ikram dia, saya biarkan jerlah.... tambah2 ruang pun cukup utk letak si malu tido sini...




dalam bulan jun hari tu, masa makan dengan pak haji, hani dan zubair kat kedai makan batu 4, PD...dekat area rumah tumpangan kami tu, hani dan Zubair leka mengejar anak kucing...rupa2nya bukan kucing biasa anak kucing siam, cantik sangat...satu warna grey dan satu hitam pekat. Hani as usual memang tak kisah rupa bentuk kucing, kucing kurap pun dia sayang...dia tangkap dan peluk kucing tu....pujuk ayah nak bawak balik...saya kata tak boleh, sebab bukan kat Seremban, kat PD..mana nak letak...makanan pun takder...sudahnya member nangis2, saya benarkanlah jugak, jenuh carik kotak...dan kebetulan ada makanan Fifi dan sentosa dulu dalam keter bagi jerlah....Hani bagi nama Adam dan Siti pada dua nak kucing Siam tu...manja pulak dua anak kucing tu....tambah2 Hani lepas dapat anak kucing..siaplah dia ikut jer mana anak kucing tu pergi....pantang dapat peluang memang dia gomol anak kucing tu... kucing pun suka kat dia



manja....kejap manja kejap bawak diri..tapi da okay dah dia ni...ada 3 warna jiji offer nak beri hani pilih kaler yang ni....ikut saya nak kaler putih...hani ni manalah kisah, kucing kurap pun dia suka....





Dalam bulan julai macam tu, saya ke PD, tido semalaman...sebab pernah tinggalkan Adam dan Siti dan mereka masih ada esoknya sebab makanan saya memang letak kat belakang...tapi kali ni bila balik saya tengok dua2 takde dan tak balik2..almaklumlah dua2nya asal dari tepi jalan dok kutip lebihan makanan kat kedai makan...so memang agak liar lah dua2nya....cuma Rika ada nampak dua2nya kat rumah Cina depan sikit rumah kami ni...tapi cepat2 lepas tu anak Cina tu bawak masuk...yerlah kucing cantik sapa tak suka...




hani macam biasa sedihlah....bagitau ayah....suh ayah beli anak kucing farsi kat mudah.com, ayahnya setuju dan memang rajin layan anak dara ni tengok macam2 binatang yang nak jual kat situ...tapi nak kuar duit maknya....so toksah haraplah nak melabur...hehehee...tapi hari tu sikit lagi nak terbeli kat pet shop anak kucing farsi RM 500...tapi sebab masa tu takde maid memang fikir banyak kalilah....


malu.....suka yer dapat mak baru




tapi doa seorang budak Allah makbulkan dengan cepat kan...dengan kehilangan fifi, gegirls, sentosa, adam dan hawa, allah hantar dua kucing yang comel untuk Hani. Dia sangat teruja sampai sekolah pun nak balik tengahari taknak tunggu petang..nak main anak kucing....


Allah hantar seorang blogger sebagai perantara untuk berikan kucing ni pada hani....dan terima kasih Jiji menunaikan impian anak dara akak untuk memelihara kucing, Hani suka sangat sampai tak buat kerja lain, balik sekolah pun campak beg kat dapur, bukan hantar ke bilik sebab nak carik kucing dulu....dan kedua-dua kucing ni betina....


Kalau Jiji tengok, malam pertama dengan anak kucing ni, seekor diberi nama Manja, dan seekor lagi hani bagi nama Malu sebab malu sangat....sangat kasihan dan kelakar jugak...disebabkan kedua2 kucing tu ala-ala 'tension' dia bagi tazkirah kat kucing tu sambil gosok2 badan diorang..panjang tazkirahnya....yang akak dengar..."kita mesti bersyukur dengan Allah yer..kita kena bertenang ..awak janganlah tension kan dah ada mak baru ni....banyak2 doa dengan allah nanti Allah bagi awak bertenang"...kelakar jugak mengekek2 Rika gelakkan dia...


Malam kedua ni dia zikirkan pulak kucing tu macam tidokan baby....sanggup bawak anak kucing ni tido sama sebelah dia atas katil...[fyi gambar adalah bilik tido kami berdua...ammie dan Hani] tilam/toto baby dia masa kecik dah sedekah kat kucing ni buat alas tido....yang si malu tu pandai senyap jer sampai ke pagi tido kat situ tak turun2....
nanti update lagi banyak gambar2 cantik dia disisi dua anak angkatnya...

Wassalam

Sunday, September 13, 2009

Sejauhmana ketahanan anda pada pasangan?

Assalamualaikum w.b.t


Bila kita hidup berpasangan ni terasa sangat sunyinya kalau pasangan kita takde,kan? Walaupun hakikatnya sebelum berpasangan kita adalah individu yang merancang, berfikir dsan bertindak berseorangan. Tanpa ada partner yang close dengan kita...lainler kalau ada pakwe yang berlagak dah macam suami isterikan...



Tapi tulah Allah dah cipta kita sebagai manusia yang normal perlukan pasangan dan cepat sahaja kita dapat menyesuaikan diri dengan pasangan. Tambah2 ada faktor pengikatnya pulak....iaitu anak. Bertambahlah bergantungnya kita kepada pasangan. Sanggup kita berkorban segalanya, walaupun diri kita menderita.



Susah sebenarnya nak diputuskan ikatan yang telah terbina tu...macam saya sepanjang berpasangan ni ada percubaan beberapa kali untuk berpisah baik di pihak suami asya mahupun di pihak saya. Tapi kita merancang Allah yang menentukan. Ikatan tetap kekal...



Apa saya nak cerita ni ialah berhubung kakak saya, kakak yang lahir dua tahun awal dari saya dan berpasangan 8 tahun lebih awal dari saya...berkahwin pada usia yang muda iaitu bertunang 19 tahun, ikat dua tahun kahwin 21 tahun, tarikh kahwinnya serentak dengan tarikh saya ambil STPM...pada 1993. Dan dia bersalin anak pertama pada 1995, semasa sedang belajar di Maktab Perempuan Melayu Melaka.


Entah apa nasibnya, dapat tawaran tingkatan 1 ke MRSM dan juga dapat tawaran ke Sekolah Agama Sharifah Rodziah tapi atas masalah teknikal dua2 pun tak pergi. tambah2 masa semua ini abah bekerja di Arab Saudi, mak seoarng diri urusakan segalanya. Kemudian dia dapat kelulusan SPM gred 1 dengan agregat 18 tapi entah kejahilan atau mak bapa yang tak ambil pot sangat, dia terus kerja mengajar sekolah agama lepas habis SPM. Dengan watak pemalu, berkulit cerah dan gelaran ustazahnya, ramailer datang merisik...sudahnya risikan ke 3 terpaksa juga diterima, walaupun mak ayah tak kenal bakal menantu dan besannya. Semua orang jalankan, cikgu mengaji saya yang jadik orang tengahnya.


Kakak saya minat belajar dan otaknya juga lebih baik dari saya, ini cerita dululah...sebagai contoh masa kami membesar, dia sangat mudah memahami jalan cerita yang berat2 khususnya cerita omputih dan minat membacanya juga melebih saya, berilah buku atau movie apa sahaja, dari agama, sains, fiksyen, kartun semua dia boleh masuk...ini cerita masa kecik dan remaja.


Memang kakak saya jahil yang amat tentang kehidupan berumahtangga masa lepas bertunang tu. Dia bukan kaki membantah dan bukan kaki memberontak macam saya. Dia pendiam dan patuh sahaja. Tidak luas pergaulan juga. Akhirnya berkahwinlah dia dengan abang ipar yang kerja askar, yang pada malam pertamanya barulah tau abang ipar tu SPM pun gred 3 [dari sini boleh tau level pemikirannya] dan pada malam pertama juga barulah mereka berkenal-kenalan...barulah tau umur sebenarnya..yerlah mereka bukan berdating..mampus kena sesah dengan bapa saya yang terkenal dalam kampung garangnya! Jumpa pun dengan kehadiran mak ayah. Garangnya [dan marah] dia sampai sanggup halau anak lelaki sulung pada malam raya! Ayah lain belum tentu sanggup, kan?


Sehari sebelum berkahwin [petang jumaatnya] ditakdirkan allah dia mendapat tawaran mengambil kursus perguruan. Memang dah mohon awal, tapi mak ayah memang tak jangka dapat tu sebab kahwinkan dia awal. Rupanya dapat pulak, maka seminggu lepas tu bermulalah era dia sebagai pengantin baru yang terpisah dari suaminya yang ketika itu di kem Seberang Takir.


Saya pada masa semua peristiwa ini [kakak saya bernikah dan masuk maktab] sangat2 sibuk dengan belajar sebab saya sedang ambil STPM. Dan saya juga tak berkesempatan beramah mesra dengan abang ipar.... lepas STPM saya bekerja, dan beberapa bulan lepas tu saya sambung belajar di U...memang hubungan saya dengan abang ipar saya ni agak renggang. tambah2 saya mempunyai instinc yang kuat terhadap dia, rasa macam dia ni terlampau bertuah dapat kakak saya yang sangat innocent....sebab saya pernah membelek gambar2 lama dia dengan macam2 perempuan....memang ini ujian buat kakak saya....saya fikir teruklah dia nak didik suami dia ni...


Saya juga rasa sangat2 tergugat dengan kehadiran abang ipar ni. Selama ni sayalah yang baik dan rapat dengan kakak. Tido sekatil, baju dalam seluar dalam semua kongsi. Dia masak saya kemas rumah. Saya merajuk dia yang pujuk. Apa2 semua kami kongsi bersama. takde beza. Apa mak saya belikan dia, belikan juga saya. Takde lebih takde kurang. yang lebih adalah wajah dia kategori boleh tahan, saya kategori sangat tak boleh tahan...


Dibawah ni adalah gambar kami berdua dari kecil sampai sekolah rendah...tak payahlah saya bagitau mana satu saya..dah boleh agakkan...tak taulah kami ni ada seiras ker rupa lain-lain. Ada yang kata kami ada rupa dan ada juga yang kata sangat berbeza. Dan dengan perbezaan isu dan persoalan inilah saya membesar...saudara2 semua akan chop kami dengan trade mark masing2, antara ayat yang saya muak dengar satu waktu dulu ialah..."eh dak siti yang gelap sikit tu mana" atau.."oh tu dak sal yang cerah tu..." tu tak masuk lagi kata2 ulasan kat mak saya...eh anak bongsu ikut kulit abah dia eh...kakak ikut kulit mak... tapi saya sekarang tak kisah dah walaupun dulu selalu merajuk rasa direndah2kan...






Apa saya nak cakap tentang kakak saya adalah rupanya dia mendapat pasangan yang indah khabar dari rupa. Sekian lama dia menanggung derita, tapi dimata kami tak nampak deritanya. Sejak keluar maktab dia akan ikut kemana sahaja abang ipar ditugaskan. Tidak pernah berdekatan dengan keluarga. Sehinggalah dia mendapat anak empat orang dalam usia 37 sekarang, anak sulung 14 tahun dan yang akhir 5 tahun.







Kakak saya ini melalui pelbagai fasa dalam hidup dia rupanya....Semuanya baru terbongkar setahun lalu. Namanya lamaaaa di balck list, walau seorang guru dia tidak berkereta [dahulu], pernah melangsaikan hutang kepada Ahlong sehingga berbtahun2, meyewa dari sebuah rumah ke sebuah rumah lain [asyik berpindah ajer], pernah tak balik raya dan banyak kali juga cara dia balik menjadi misteri kepada kami....pendek cerita usah tunggu dia balik kampung masa raya atau masa lainkerana ia memang tidak pasti








Apapun cabaran dia lalui memang banyak. Dipendekkan cerita tahun lalu suaminya tertangkap untuk kali yang keberapa tak taulah. Masuk lokup, kerana menagih dadah. Khabarnya sejak lama dulu....tapi kakak saya tak pernah war2kan itu puncanya. Yang kami tahu hidup dia bermasalah....apa masalah dia semuanya dikunci rahsia...




Punyalah banyak masalah yang saya tak sanggup dah nak tulis. Akhirnya pada awal tahun ini atas paksaan keluarga saya kakak saya sekeluarga berpindak duduk dengan emak di kampung. tapi dalam sebulan lepas kerana terlampau dan teramat menganggu jiwa mak saya ambil keputusan 'nyahkan' abang ipar tu dari rumah...dan ini pun panjang ceritanya...





masalahnya, kakak saya tetap taknak berpisah dari suami dia, bak kata mak saya dia nikah tu umpama dah sign mati. tak boleh cerai2...bagi saya sebagai pemerhati kakak saya dah lebih dari sabar dan saya anggap macam dah diperbodohkan suami sendiri. Terbaru dengan kereta2 dia pun dia beri pada suami dia tu yang kini tak tinggal di rumah mak lagi. Pagi dan petang berjemput berhantar untuk kakak saya ke sekolah. tapi tak berani sampai ke rumah, hanya guna jalan belakang rumah selang sebuah rumah jiran.





Menagih dadah ni bukan main2...duit puluh ribu boleh habis. Gaji tak tau kemana. Duit pencen askar yang dapat awal tahun ni tak tau kemana pergi. Orang dapat buat rumah besar dia pondok buruk pun tak dapat buat. Berani datang rumah kakak satu lagi pinjam duit..bila kakak saya mula bengang dia hantar anak dia pulak, sampai satu tahap dia boleh kirim surat melalui anaknya semata2 untuk pinjam duit dari kakak saya yang duduk di kampung tu...semua ni berlaku masa isteri dia ke sekolah....





Dengan macam2 masalah yang pelik kakak saya sanggup bertahan, tak nak bercerai. Tetap pertahankan suami dia, masih sanggup susah payah...dalam hujan berpayung2 mendapatkan suami yang tunggu dia di tepi jalan..sedangkan itu kereta dia.




mak saya telah beri kata dua, kalau kau nak kekal dengan suami, kau keluar dari rumah ni....kalau nak duduk sini kau cerai dengan dia. Terlampau ker mak saya ni atau kakak saya yang bebal dan sabar dan apa2 lagi yang seangkatan .... ntahlah....saya menjadi pendengar dan penenang dan segala2nya sehingga saya terbawa2 berfikir dan akhirnya say pun buntu...bila saya balik inilah cerita yang saya kena tadah telinga dengar...dan telinga ini juga yang lali dengar luahan hati kakak di kampung yang menelefon dan luahkan dia tak tahan tengok mak yang susah hati melihat kakak yang dibuli suami....






"kalau kau tak sayang diri kau dan tak nak bela nasib sendiri biar aku mak yang lahir dan besarkan kau yang buat keputusan" <-- sampai tahap tu mak saya cakap kat kakak saya....sebab dia tak sanggup lihat anak dia diseksa, katanya lagi dah 15 tahun aku lepaskan kau hidup dengan dia, tak sangka macamni dia buat anak aku dan kau sanggup biarkan semua tu...sekarang aku tal boleh diam diri lagi...





Panjang lagi cerita kakak saya ni....sesak dada fikirkannya. Bagi dia pula, macam orang dah hilang akal dan takde pegangan dia masih menyalahkan jodoh yang dicarik mak ayah..bukan dia yang gatal carik...sudahnya kami malas nak layan....raya ini penentuan, saya kata kat mak saya bagi dia masa fikir, kalau dia sayang sangat laki dia tu ikutler....lepas raya ni mak bagi lagi kata dua...dan mak saya telah sedia fizikal dan mental untuk kehilangan seorang anak lagi ...bukan hilang kerana diambil nyawa tetapi kerana dihalau pergi....macam abng saya yang sulung yang pergi sejak 1986 sehingga kini..macam pergi tak kembali...





Patut tak dia bercerai, dan wajarkah tindakan mak saya menghalau abang ipar tu...nasihat saya pada mak saya...dahlah mak jangan susah hati fikir tu semua...dia dah tua utk menilai buruk baik dan kita semua [merujuk mak saya, kakak yang sulung dan saya] ada suami dan kita pun dah macam2 korban untuk suami kita...macam tuler dia agaknya...kalau dia rasa yang terbaik pilih suami dia..biarkanlah, suatu hari dia akan tau nasib dia tu...dia akan carik keluarga jugak!


Wassalam

Saturday, September 12, 2009

Cabaran pertama melangkah alam persekolahan buat Hani

Assalamualaikum w.b.t



Saya tak sangka yang saya terpaksa melalui saat-saat debaran ni terlalu awal. Debaran apa tu? Debaran menghantar hani interview masuk darjah satu. Rasa macam nak hantar anak interview kerja pulak....



hani yang tak berdebar langsung...cool jer..mak di plak yang lelebih...lepas mandi dan berbedak macam tepong gomak...dia siap tengok tv lagi walhal alat tulis semua tak siapkan lagi tu....


Eh..takdelah camtu sekalikan.....interview kerja tu jauh sangat plak imaginasinya...setakat rasa macam interview peksa2 penting dalam hidup dia..gituler. Hari ni, macam saya dah war-warkan sebelum ni, ujian kelayakan Hani untuk masuk darjah 1 di Sekolah Seri Abim Seremban. Kata yang bagi taklimat tu dalam bergurau, takde ibubapa yang hendak beralah..semua nak masukkan anak darjah satu ke situ...


Maka terpaksalah diadakan ujian kelayakan. Pelik jugak saya..tak sangka begitu ramai orang...rasanya lebih 180 anak2 6 tahun hadir ujian tu tadi. Ada 8 bilik ujian dan purata satu bilik dalam 20-25 orang...Hani dibilik nombor 7. Mujur juga sama bilik dengan dia tu ada kawans kelas di di tadika MURNI.


Ujian pulak ada ujian bertulis, mewarna [kreativiti] dan ujian lisan. Semasa ujian berlangsung pintu kelas ditutup dan semua ibu bapa kena berkumpul ditempat dikhaskan untuk diberi taklimat. Pasal sejarah dan kejayaan sekolah ABIM rendah dan menengah. Boleh tahan jugak..pada saya pencapaiannya cemerlang jugak. Dah tu seimbang akademik dan agama.


Antaranya 51% pelajar darjah 2 khatam Quran dan 83 % darjah 3 khatam quran. dah tu siap wajibkan Dhuha pada pelajar dan sebelum balik mereka kena solat Asar dahulu...juga menjadi kebiasaan solat hajat pulak tu...kagum seyyyy...


Bilik Darjah 1-3 kelas semua beraircond. Yuran pula dengarnya 235 sebulan, tapi bakal dinaikkan [rumors] pada 300 sebulan. Kalau anak cemerlang pada saya berbaloi jugak tu..banding murni 386, boleh save lagi 86 hengget!


Muka sedeh lepas kena marah dengan ammie pasal carik ruler takde, carik eraser pun semua patah2 jer yg ada, mana tak mengamuk tiap2 kali gaji benda tu jugak dirayu2nya kita suh beli tapi bila masa nak pakai semua takder...baran sungguhlah budak sorang ni....tak gheti sayang harta sungguh....

hani lepas exam tuntut nak gi taman...sukerlah tu....so terpaksalah bawah jugak, walhal dia lapar ni sebab tak bersahur...maknya kenyangler pasal dah beli McD dan dah hentam makan dalam keter pasal dapat park cantik punya bawah pokok, takde orang...taman permainan tengahari sapa ada...kami dua beranak jer...


Dalam taklimat tadi, cuma tak sedap dengar, daripada keseluruhan yang hadir 80 orang akan di reject. Dengarnya tahun lepas mereka select yang markah 95% ke atas baru boleh masuk darjah 1. Tadi Pra sekolah pun temuduga jugak...ramai ibu bapa hantar anak pra sekolah situ sebab darjah satu boleh terus masuk....tapi itu dulu...tahun ni pra sekolah kat situ pun nak masuk darjah satu kena duduki ujian jugak sama2 dengan pelajar luar....tu yang ramai agaknya tu...


Secara fizikalnya sekolah ni biasa jer..tak mewah dan takdelah grand...tapi saya kan dulu 3 tahun hari2 lalu depan sekolah ni hantar hani ke rumah mak ros...keter2 yang hantar anak tu yang grand nya! yang duduk sebelah saya tadi dah ada 2 anak di situ, tahun ni sorang lagi masuk darjah 1...mungkin sebulan kosnya nanti kena bayar hampir 700 sebulan...hmmmm banyak kosnya jugak....






Tapi dalam debar2 tadi, saya lagi debar kalaulah Hani tak pass, camana saya nak buat? Sekolah mana saya nak hantar? Ikut kata ibu2 tadi katanya kalau tak daftar sekolah kebangsaan hantar jer sekolah terdekat...kalau terdekat tu sekolah Paroi jerlah...dekat dengan rumah saya ni..boleh jalan kaki jer...tapi rasa saya takkan hantar ke situlah...sebab sekolah tu dekat dengan rumah flat, ada kampung belakang tu....nanti susah nak kawal dan jaga pergaulan Hani...bergaul dengan budak2 yang datang dari keluarga yang saya rasa tak sama dengan kita....yerlah duduk kampung dan mereka yang duduk flat....bukan merendahkan mereka tapi kita sendiri dapat bayangkan suasana membesar dalam kawasan padat begitu....


Ada dua sekolah swasta yang ada dalam senarai saya, satu assaidiyah juga pendidikan agama dan melibatkan hafalan Quran...dan satu lagi agak sekular iaitu sekolah Bersepadu di Rasah Kemayan. Sekolah Assaidiyah ni saya agak familir jugak...ada kawan2 tabligh yang hantar anak ke situ...tapi sekolah bersepadu rasah kemayan ni baru jer saya dengar...orang Cina punya...english medium...yurannya 400 lebih sebulan, cuma masalahnya habis sekolah jam 3.30 petang...tak ikut waktu bekerja kita...tapi dengarnya produk dari sekolah ni memang sangat bagus englishnya...


Masalahnya nak bincang dengan pak haji tu yang malas tu...sure dia tentang habis2an punya...dia kan dah tetapkan anak dia ni jadi hafizah dan masuk madrasah...nak masuk sekolah Abim ni pun sementara cukup umur nak ke madrasah hafal Quran....ni pulak saya nak hantar sekolah yang english medium dah tu Cina pulak yang mengasaskannya...setakat nak bagi didikan ilmu dunia ni pada dia tak payahlah...


Sebab katanya ilmu tu adalah sesuatu yang dapat bantu kita jawab soalan dalam kubur....yang lain2 tu semua maklumat dan pengetahuan jer....nanti kang ditanyanya saya apa matlamat dan tujuan saya hantar hani sekolah macamtu? Dapat jaga solat ker...makan minum gerenti halal ker? Adab dan akhlak dapat jaga ker? banyak soalannya nanti...


Saya kalau ikut kata hati dan nafsu serakah fikir dunia ni, paling2 koman saya nak hantar hani STF atau TKC...kalau tak dua sekolah tu....mesti MRSM... kononnyalah...tapi bila buat keputusan sekolah SERI ABIM ni saya tukar aim saya nak hantar hani ke Maahad Gemenceh [hanya akan berlaku if pak haji meninggal sebelum hani ke sekolah menengah, dan saya boleh buat keputusan sendiri, kalau dia panjang umur saya sebagai isteri yg taat akan menurut kata dia ler hantar madrasah sama dengan kakak dia hani Syakirah, 9 tahun skrg ni.... :-(]...ok balik maahad gemenceh tadi...sekolah ni kira sekolah yang cemerlang akademik dan juga ada hafalan Quran...sebab kalau sekolah ABIM lepas UPSR memang sukar nak masuk SBP...tu sebab ramai ibubapa berhentikan anak darjah 4 dan darjah 5 tukar sekolah kerajaan supaya boleh masuk SBP...ni berasaskan statistik CEO yang bagi taklimat tadilah....




Buai laju2, biar sampai awan, moga hani terus maju, dunia akhirat dalam genggaman






Jiji, kawan blog...




Petang ni sungguh tak sangka dan memang saya pun tak pernah menjangka yang akan ada blogger yang akan datang ke rumah saya. saya fikir saya hanya ajak2 ayam jer sebelum ni...takdelah sampai terfikir kawan2 maya akan menjelma di alam nyata. Sungguh tak mahu saat tu datang...biarlah maya kekal di alam maya dan alam nyata saya kekal begini....berapa kali sebenarnya saya cuba elak bertemu kawan2 blogger yang pernah ajak saya jumpa...hanya yang pernah saya jumpa adalah Luna...ntah kenapa agaknya hati saya terbuka..mungkin antara kami ada rahsia tu yang saya rasa selesa dengannya....dan sampai saat ini hati saya masih juga belum 'suka' merancang untuk bertemu blogger lain..dan itu juga sebabnya saya privatekan blog..supaya tak ramai yg tahu cerita sebenar2nya saya...





Tapi untuk Jiji kak wa takdelah tak suka jiji datang...suka sangat...eratkan silaturrahim...kak wa suka terima tetamu dan kak wa pun selesa dengan Jiji. Kita pun tak rancang nak jumpa kan asbab buah mangga jer yang dapat mempertemukan kita. Walhal dulu Jiji dah ajak datang rumah dia masa dia kawin, pastu masa beranak pun sama beberapa kali kak wa dipelawa..tapi tulah hati saya 'menolak' untuk memperpanjangkan perkenalan alam maya membawa ke alam nyata! dan kak wa pun pernah recce kawasan rumah Jiji dan dahpun lalu depan rumah, tapi tetap jugak tak terbuka nak jumpa! teruk betul saya ni!





Jiji orangnya sama macam dalam blog....kak wa pandang tinggi sebenarnya cara Jiji berfikir dan bertindak...sangat sempoi! dan rasa bertuah juga sebab ada kawan yang 'berbeza' dengan kak wa...bukan beza apa...beza cara berfikir beza cara hidup...harap tak serik datang lagi rumah kak wa yang tak seberapa ni...bila dah jumpa kali pertama ni langsung takde masalah nak jumpa kali2 yang seterusnyakan?





Cuma terlintas dalam kepala apalah yg orang fikir tentang saya....??? Bila memikirnya jadik segan sendiri dan rasa juga inferior complex...patutker? Rasa diri banyak kekurangan dengan kehidupaan yang ala-ala apa ntah....






Apapun....saya suka sangat ada orang datang rumah....untuk blogger yang nak datang rumah raya ni..silakanlah yer...Irfa ker, kak sya ker, tak kisahlah sapa yang dekat tu nanti datanglah yer....sangat dialu2kan...perasaan bukan2 tu saya akan cuba ketepikan dan semoga silaturrahim ni berpanjangan...meriah jugak hidup saya ni!




Wassalam


Friday, September 11, 2009

geram yang tak terluah...

Assalamualaikum w.b.t


Aci tak kalau saya nak citer hal pembantu saya ni...yerlah, masuk 2 bulan kerja dengan saya, wajarlah saya menilai dia dan eknal dia sikit sebanyak...


Sebelum apa-apa saya cakap baik dia dulu...mula2 dulu saya perasan kalau sya panggil nama dia jer cepat2 dia nyahut dan datang pada saya dengan siap2 tunggu arahan jer. Bagus!


Pastu, kalau saya masuk bilik yang dia tido tu, if dia tengah baring atas katil, dia akan bangun dan duduk bawah, if dia tido atau baring kat bawah dia akan bangun dan duduk juga sebagai menghormati saya....tu pun bagus jugak tu...


Pastu dia takkan tido masa saya ada, sebab saya bukan kaki tido, saya akan ada di one stop center saya ni [meja kat dapur], tapi kalau saya masuk bilik depan dia berani pulak tido kat bilik dia tu....sebab saya tak nampak kot...dan kalau saya ada kelas, saya pasti dia akan tido jugak sebab dia tinggal kat rumah sorang2...sebab bila dia bukak pintu mata dia merah2 muka sembab2..oklah takde kerja tido pun takper...i tak kesah!


Lagi satu baik dia, bila dia tengok saya buat kerja dia akan rasa bersalah..katalah saya dok kat luar belek pokok, dan-dan dia akan keluar bawak gunting pokok dan buat apa yang patut...tu pun bagus jugak tu proaktif..tapi apa kes, saya plak kena bertindak dulu...


TAPI saya tak puas hati jugak...susah gak nak capai standard saya nih...sebab saya dah ada 4 pengalaman sebelum ni...


Masa dia mula2 datang dulu saya dah bagitau, sila pakai bilik air belakang...sebab bilik air tengah untuk tetamu, kang mana tau selekeh siap ada bau2 tiba2 orang datang..lagipun pak haji kalau ada sesekali dia akan gunakan bilik air ni dan Hani juga adalah pengguna tetap bilik air tengah....kan ker sengal jer tuuu...tapi tetap dia degil jugak...masih pakai bilik air tengah... bilik air belakang takde pengguna langsung dulu masa Zubair ada dia guna bilik air tu sebab dia nak test urine kencing mudah guna tandas cangkung...


Sesekali saya check bilik air tengah, memang ada bau, sampai saya terpaksa beli pewangilah...baru ni saya suruh dia cuci tiles pada dinding bilik air tengah tu, balik kelas saya check memang jubin dinding jer dia basuh, belakang 2 pintu tak diusiknya..ko sental ler sekali...lemah betullah...


Pastu minggu ni masa gi kelas saya suh dia cuci sofa gunakan pencuci leather tu, siap saya demo kat dinding gunakan span cara macamana nak gosok..mula2 letak cecair pencuci tu atas span kasar pastu buat pusingan sampai lesther bersih hilang daki. Tapi malam tu balik kelas bila teringat saya tengok atas sofa tompok2 putih kesan macam pencuci tu di percik2kan macam kain kaler terpercik dengan clorox..macam tuler rupa sofa saya...bengang giler! malam tu gak saya cuci sendiri..putih semula sofa tu...dia masa ni saya panggil tengok boleh dia tercegat belakang saya pandang jer....hempeh tul!



Tu takper lagi, cadar/ comfotrer katil dia asyiklah keromot...saya memang kalau katil kemas saya nak kalau boleh lagi tegang...ni asyik saya sakit mata tolong betulkan...pastu petang sikit tengok meleser ke lantai lagi comforter tu...sakit mata weyyyy....


Pastu dah agak2 bengang saya panggil lah dia satu malam tu bagi syarahan, saya kata bukan susah kerja pembantu ni, kena pakai otak sikit jer...lain2 pakai common sense jer...kalau Rika rasa sedap mata Rika pandang, Rika buatler ikut logik, kemasa jer apa yang ada dalam rumah ni.... saya tak marah kalau rika buat kerja atau alih2 barang dalam rumah ni...kreatiflah sikit...ni macamana benda tu kat situ..macam tuler Rika tinggalkan...baik saya buat sendiri semua...


satu hari tu saya balik kelas saya tengok suis komputer saya kat extension tak di off kan, 4 suis termasuk utk modem dan printer....yerlah saya lah tu terlupa off masa terkejar nak ke kelas, pastu saya tanya napa tak off suis ni katanya nanti ibuk marah...heyyy benda baik ko buat takkan saya nak marah pulak? pakailah logik...


Saya ada tanam pokok2 tepi pagar pokok jenis2 sepit ketam tapi yang bunga dia kecik sikit tu....sajer supaya orang lalu lalang tak nampak sangat ke dalam rumah kalau buka sliding door, kat hujung deretan pokok2 tu saya tanam ros...pastu masa mesin rumput hari tu saya suruh trim pokok ros tu, sekali sya pandang lepas abis mesin saya tengok abis deretan sepit ketam tu dia gunting......haiiii nak cakap apa?


Sekarang pandai gak menjawab, saya kata gitu dia kata gini...dan kalau saya tanya apa2 contohnya, rika nampak tak mangkuk tupperware yang kaler oren tu...mesti cepat2 dia jawab tak tau...bukan ada usaha nak carik...dia bantai tak tau jer..selamat agaknya...


pastu, bagusnya dia rajin plak buat air utk berbuka...saya selalu blend buah2an, tapi dia sejak saya mula2 dulu buat bandung dia pun suka kot hari2 nak buat bandung...tapi selalu dia buat saya tak nampak dia buat awal2 lagi sejug dan masuk dalam fridge. Dah 2/3 kali jugaklah yang dia buat sejug sepenuh2nya....walhal yg nak minum saya dengan dia jer...


Buat air tu takde masalah lah...masalahnya bila saya carik susu cair saya beli2 asyik habis...asyik tu jer kerjanya...saya suka sekali beli 3/4 tin..kot2 teringat nak buat kuih ker apa ker, kadang kalau santan abis saya guna susu cair jugak...tapi bila nak msaak tengok2 takde dah, Habis....tanya bila guna..rupanya dia buat bandung sejug tu habis setin susu cairnya....yang minum bandung tu dia jugak...kes gini dah banyak kali dah..puas cakap buat sikit jer..guna susu setengah tin pun cukup..tu pun dah banyak...tak paham2 jugak...




Citer bilik air lagi, ntah kenapalah agaknya semua maid saya yang ada dari indon ni cukup2 prihatin hal rambut, hari2 nak syampoo rambut...tak kisahlah kalau dia tak guna syampoo botol besar tu nak harap hani habis pakai berbulan2 tak habisnya... masalahnya rambut gugur yang banyak tu...saya plak pakai floor mat dalam bilik air..hah ko sekali angkat bukan main banyak rambut tersangkut...saya taulah tu rambut dia sebab hani takde gugur rambutnya...sudahnya saya suh buang floor mat tu..supaya takde rambut tersangkut dan dia pun boleh nampak rambut gugur tu dan sapu....


Masuk bulan ke 3 ni nak buat jadual kerja dia...sebab banyak rehat dari kerja nampak gayanya..dapat pulak jenis yang takde inisiatif nak create kerja sendiri....apapun kredit kat Dewi lah...senang hati saya masa dia kerja dulu....walhal dia 20 tahun jer umurnya yang Rika ni baru ni jer sambut harijadi ke 23 tahun...rasanya badan dia lagi gemuklah dok dengan saya ni....

Wassalam

Bayaran bantuan RM 500 utk kumpulan sokongan

Assalamualaikum w.b.t


Wah kumpulan sokongan jer dapat RM 500 yer..apa citer kumpulan yang lain? Saya tak kisah sangat tak dapat bonus ni [tapi kalau dapat lagi suka yiihaaa], masalahnya napa kumpulan sokongan jer dapat...bagilah gak kumpulan P&P..tak banyak sikit pun jadiklah..double standard lah gomen ni!


Bonus pun tak taulah dapat ker idak yer...tunggu bajet lah kot..tapi ada gak ura-ura kata memang tak dapat bonus dah sebab kerajaan dan bagi bantuan kewangan RM500 ni...hisshhh sedih jugak tak dapat bonus ni sebab saya memang setiap tahun guna bonus tu untuk renew road tax dan insurans...tahun ni tak dapekler jawabnya...


Kat Malaysia ni golongan susah bukan main bertuah lagi dapat macam2 bantuan...sampai nak carik orang susah pun payah sekarang. Sorang pensyarah ekonomi kursus kami hari tu cakap kat Malaysia ni punyalah banyak duit bantuan yang diberi kepada golongan susah ni sehinggakan kalau diagihkan kepada keseluruan orang2 miskin maka pasti pendapatan keseluruhan golongan miskin ni melebihi garis kemiskinan....


Tapi hakikatnya orang yang benar2 miskin tegar tak sampai pun bantuan pada mereka. Mereka tetap kekal dalam kemiskinan. Sebab apa? Sebab mereka ni tak dapat access pun maklumat bahwa adanya bantuan yang kerajaan sediakan. Berapa ramai orang asli yang jauh dipedalaman yang tak mengikuti berita dan perkembangan semasa. Goolongan ni lah yang patutnya diberi bantuan. Di sarawak, ramai lagi kaum2 bumiptra yang hidup dibawah paras kemiskinan tapi sapa yang nak masuk bagi bantuan...ikut kata prof saya tu, yang rajin datang masuk adalah kumpulan yang buat kajian kemiskinan tegar ni...citer hal kemiskinan ni tak cukup kuliah 3 jam...seronok dengar citer pensyarah iban ni yang pakar cakap topik kemiskinan sebab dia ronda satu dunia semata2 atas dasar buat kajian kemiskinan....


Ni saya nak citer hal jiran sebelah rumah saya, yang sebaya saya bahkan sama sekolah dengan saya..bezanya kelas berbeza, setiap tingkatan kan ada 8 kelas masa tu, saya sentiasa kelas no. 1 dan dia pulak selalu kelas akhir. Tapi kami gi sekolah sama2, mengaji sama2, main pondok2 sama2 dari kecik lagi...sampailah besar dan tua ni, kalau balik kampung tak sah tak duduk bercerita dengan dia, selalunya topik anak2 ler, topik rumahtangga...tak lebih dari tu...kadang dia datang rumah mak saya, kadang saya pergi buat lawatan ke rumah dia...


nak jadikan cerita, dia ni tak putus terima bantuan sejak dari kawin hari tu. Dia kawin dengan budak kampung sebelah, macam tertipu gitu, rupanya budak lelakai tu kelulusn darjah 3 jer sekolah..sudahnya kerja mesin rumput jerlah...disebabkan bapa saudara kawan saya ni, Ida nama dia orang penting parti politik yang memerintah dan aktif di kampung, maka segala bantuan memangler dia banyak tau...dan anak sedara dia Ida niler yang jadik pemohon tetap apa2 bantuan...


baru ni saya balik terkejut beruk saya, dia dapat bantuan lagi..dapat buat rumah baru sebijik dalam harga RM30 K...kira besarlah rumahnya tu...3 bilik, walhal sebelum ni dia sedia ada memang dapat bantuan makanan setiap bulan [ni dia mohon masa dia cadang nak cerai dulu tapi tak jadik, lama suami dia tak balik rumah] bila suami dia balik dia tetap sambung permohonan bantuan makan ni..bayangkan setiap bulan ambik free jer beras, gula, cili segala mak neneklah tak pasti had kosnya dalam 200 kot?


Tak habis kat situ..bapak saudara dia ni melalui ketua kampung [semua AMNO punya orangler ni] bagi pulak kerja kat perpustakaan. Bukan kerja apa pun, kerja sapu2 sampah dan perpustakaan kecik yo..belakang rumah kakak saya pun...pergi jam 9, jam 11 dah boleh balik rumah...bulan2 dapat dekat RM400....hmmm tak habis2 bantuan dia dapats ebab dia tak putus dapat maklumat dan dapat borang yang berkaitan...ssebelum ni rumah dia memang dapat bantuan untuk dibaiki dengan kos RM3,000....baru jugak lagi dans ekarang lepas raya ni pindah rumah baru sebelahnya lah tu...


Hari tu, saya ni kan mulut jahat...saya borak2 dengan dia...tanya direct jer...eh camana kau boleh tau ada bantuan kerajaan beri ni...dia jawabler pak cu dia yang uruskan...ohhh, saya jawab..pastu mulut jahat ni cakap lagi, eh..senang betul sekarang ek...kiranya tak payahlah belajar susah2, pastu kerja teruk2, pastu susah payah beli rumah bayar bulan2 sampai pencen tak habis,..baik jadik orang susah, tak payah belajar tinggi2 kan..sebab senang dapat bantuan....dapat rumah, dapat bantuan makan..senang hidup ek? Pastu saya senyum jer...dia faham ker tidak tak tauler...


Sebenarnya saya ni cakap ikut keadaan, dengan dia boleh cakap macam tu sebab style dia pun eksyen jer...selalu mak dan kakak saya 'kena' bahasa dengan dia..diorang mana berani balas...tau2 jerlah orang melaka punya bahasa...tu yang bila saya ada saya jer yang berani sound direct kat dia..balas dendam lah kononnya...


Dulu masa suami dia tak balik2 rumah dia kata..."ko tau ti [siti~nama saya], macam ko lainler memang dah hidup bermadu ko yang pilih ko kenalah tahan...macam oghang ni, ko tau lebih terseksa dari bermadu, ko bermadu dengan bini dia satu lagi oghang ni bermadu dengan mak mertua..mana tahan asyik balik rumah mak dia jer, dapat gaji bagi kat mak dia, bagi oghang 300 sebulan jer lebih tak tau mana bagi kat mak dia ler tu..ko tak geram?" ...ada pulak dia nak citer hal laki dia sentuh2 hal saya bermadu plak?~ geram2...dapat 300 sebulan bersih pun tak cukup??? dahler laki ko tu basuh baju, sidai baju, sapu rumah...tak cukup lagi ka? Susah nak cakap dengan orang tak sama level...tapi saya adalah kelu lidah nak cakap sebab dia dah cop saya pilih hidup bermadu..aduh sakit jantung saya dengar point dia tu...tak sempat bela diri dowww~!

Eh...intro coter lain, pertengahan berapi2 cakap hal orang miskin, kesudahan cerita bermadu lak! Sorry ek...jiwa kacau!


Wassalam

Thursday, September 10, 2009

Pertama kali berbuka diluar ramadhan ini

Assalamualaikum w.b.t


Orang lain berbuka diluar, berbuka di hotel atau di restoran terpilih tapi saya berbuka di luar hanya di cafe Pusanika UKM. Mujur juga saya tak puasa takdelah rasa keciwa sangat berbuka kat tempat begini. Makan pun sempoi jer, udang sambal 3 ekor dan kuah asam pedas serta terung goreng berlada.

Eh..bukan buka sorang tau, buka berdua. Berbuka dengan kawan kelas. Saya ada group discussion hari ni, dah petang macam tu ingat nak balik, pastu tuan haji, kawan kelas saya ni kata tunggulah sikit lagi, pastu anak dia pulak called tanya ayahnya nak ikut berbuka di MARDI ker? Dan tuan haji ni takmo, dia kata discussion tak abis lagi, pastu saya plak kesian, so saya putuskan takperlah saya temankan tuan haji berbuka.

Orang kat rumah saya dah called beberapa kali, lauk memang dah ada. lauk malam tadi yang saya masak lebih masih ada dua ekor ikan kuah pindang tu. hanya hangatkan ajer. hani dahlah tak bersahur hari ni, kesian kat dia, tu yang hari ni saya pontengkan sekolah. tambah2 saya kononnya balik dicussion nak singgah JJ Seremban 2 nak window shopping dulu sebelum bawak anak dara tu, so kena cancel jawabnya.

Ni saya dah belikan dia beehun sup, mesti dia suka. Semalam saya belikan dia dua hadiah. dua2 permainan melibatkan minda dan sesuai dengan umur dia. suka bukan main lagi. Satu hadiah sebab tak ponteng puasa lagi dan satu hadiah sebab dah naik Quran.

Rabu minggu depan pak haji balik dah, kejap jer 40 hari dah berlalu. Tak sempat nak rindu kaw2 dah balik sini. Semalam agak panas juga perbincangan dalam telefon dengan pak haji. isu balik rayalah...macam biasa saya akan balik kampung walaupun banyak kali raya pak haji ajak berkumpul anak beranak kat Port Dickson.

tapi saya yang agak degil tetap juga nak balik kampung. Dan pak haji dan kak aza anak beranak akan ke Kuala Selangor, kampung Kuantan tepatnya untuk beraya dengan kakak2 pak haji. Adik beradik dia pun ramai yang akan ke sana. Dan saya sekalipun tak pernah ikut berhari raya.

tahun ni dia ajak sekali lagi, raya pertama ke kuala selangor. saya mula2 tu terbuka juga hati ni nak ikut, cadangnya nak tinggalkan Rika kat kampung. tapi bila ingatkan kesedihan mak saya nanti kalau anak bongsu dia ni takde, saya terpaksa juga membelakangi hajat murni suami saya tu.

Bila saya cadang balik raya kedua, dia pulak taknak katanya orang dah mula puasa 6. tak nak kacau. Serba salah saya ni. satu hal lagi yang saya tak suka adalah hiruk pikuk dalam MPV tu nanti. Ramai sangat budak kecik lemas saya...dahlah perjalananya agak jauhlah jugak....

tengoklah nanti...kalau rasa nak ikut suami dan kak aza terpaksalah saya korbankan perasaan kesiankan mak saya tu...yang sedih masa malam raya dan pagi rayalah...kalau saya takde, sapalah nak kemas2 dapur dan depan...saya jer yang pakar dan ambik kontrak tu..kakak atas saya tu hal masak2....dan kalau sedara datang sejak abah saya meninggal ni kira sayalah yang jadik macam tuan rumah..yang memeriahkan perbualan....kakak saya pendiam, mak pulak macam takde modal nak bercerita....gituler ....

pak haji pulak suka sangat nak kumpulkan bini2 dan anak2 dia...bila saya bangkitkan kata keter padat sangat dengan ada baby sofiyyah lagi dan anak kak aza dengan suami dulu lagi yang umur 16 tahun tu...suami cakap bawaklah dua kereta...ha! ha!...tu sayalah yang kena bawak keter satu lagi tu...hmmm tak ingin saya...nanti kak aza dan suami serta anak2 dia dok suka ria borak2 dalam MPV tu saya plak anak beranak derita kena drive keter lain.....

sejak saya rasa macam kak aza merajuk hati dengan saya ni, perasaan cemburu pad dia mula timbul. tulah saya rasa untuk elakkan rasa cemburu ni saya kena jugak berbaik2 dengan kak aza...tapi rasa cam bersalah dan malu pun ada....tunggulah weekend ni saya nak ke PD rumah kak aza tapi saya tido kat rumah tumpangan tulah.......

Bila nak raya jer mulalah terasa menyesal bermadu! datanglah hasutan nafsu tu .... terfikir macam2... sedih tau sedara mara datang raya rumah tak pernah nya dapat tengok pak haji...bila tanya asyik jawapannya kat rumah PD. yang dia ada kat rumah saya malam raya sampailah lepas sembahyang raya....sekejap sangat...semata2 atas alasan susah nak ke toilet sebab toilet lelaki kat luar ..jauh nak jalan dan jugak leceh ebab ramai orang walhal yang ada hanya kak saya dan 4 orang anaknya..tu pun kalau pak haji ada kakak saya bertudung sentiasa....ntah apa2lah...

Sudahnyan perbincangan semalam pak haji bagi alternatif suh saya raya kat rumah kak aza kalau tak nak balik Kuala Selangor, tu pun saya tak nak, lepas tu dia suh duduk kat rumah tumpangan batu 4, lagilah saya taknak, akhir sekali dia kata tak pun kita raya kat rumah ampangan rumah saya ni...eh tu lagilah saya taknak, orang lain semua balik kampung kita lak macam takde kampung...apa ertinya beraya kalau bukan dikampung?

Ok bye


Wassalam

Menerima tetamu dan cerita lama timbul kembali

Assalamualaikum w.b.t


Saya kalau diikutkan tak berapa suka menerima tetamu terutama dalam keadaan kita tak bersedia. Selalu tetamu ni datang, masa tulah juga kita takde laukklah, badan kita tengah penatlah, ataupun kita ada perancangan lainlah....


Tapi semalam dalam perjalanan balik dari UKM ada tetamu lah pulak called bagitau nak datang rumah saya. Asalnya saya abis kelas awallah jugak, lepas tu dok lepak dengan classmate saya sambil2 saya edit dia punya proposal tesis [ejaan, ayat dan sebagainya]. Dahlah masa tu dah dekat pukul 2, tapi asya minta diri jugak kat kawan tu sebab perut saya lapar sangat, rasa nak menggigil..semalam saya dah mula tak berpuasa, tu sebab masa berbuka saya tak makan nasi, masa sahur pun sama, pastu terus gi kelas, maksudnya dua hari tak makan tuuu..eksyenlah kononnya tak puasa tak makan apa, sebab anytime boleh makan kan...tup2 lapar giler!


Terus jer saya balik, singgah kat petronas roundabout bangi tu, beli makanan, perut tengah lapar giler tapi satu makanana pun takde selera...susah tu...sebab masa ni dalam fikiran saya dok terfikir Mcdonald punya burger...ingat nak beli kat R&R Seremban tapi kjauh lagi tu..tak sanggup tahan lapar rasanya. So beli air, roti dan coklat buat penahan dulu.


Masuk jer lebuhraya, sopan jer memandu hari ni, dok lane tepi sekali...slow jer bawak...rupa2nya sambil bawak sambil mengunyah, asal keter takde sebelah jer sya pun mulalah makan....habis coklat satu bar [saya bukan peminta coklat] dan air sebotol serta roti cheese sebungkus.


Hmmmmm bila dah ada tenaga lain pulak citernya...mulalah pasang niat bukan2....dah taknak balik rumah pulak, saya terfikir nak ronda2 bandar kononnya nak surver baju raya hani, bila datang sekali lagi [lepas gaji] nanti bolehler beli terus bajunya.


Tapi tarikan baju tak dapat melawan tarikan rasa ingin meninjau ke kedai2 Cina lama semata2 nak tengok pinggan2 lama nih. Memanggil2 rasanya. So semalam 3 kedai cina yang saya agak2 dah sekian lama bukak, saya dok telek belek satu2 design pinggan lama yang diorang jual. satu kedai jer yang ada, tu pun tersorok semua pinggan lamanya bawah rak2 pinggan yang penuh terisi dengan pinggan moden corak2 Vintage [jepun]. Sebab ramai sangat orang saya takdelah membeli dan tak dapatlah nak menelek sepuas hati...nanti2 saya datang lagi. Hishhh macam orang takde kerja pulak sayanih!


Sengaja sebenarnya saya lewat2kan masa sebab saya cadang nak ambil Hani terus pastu gi kedai beli bahan2 buat mee jer, malas nak masak beriya2. Belum sampai sekolah hani tetamu saya call tanya boleh tak nak datang rumah, dia kata dia dah nak sampai Bukit Putus...masa tu dah dekat pukul 6 tuu...


Dalam peti ais saya hanya ada sayur2 dan seekor ikan cencaru. Telur adalah...nak taknak cancel program buat mee, terpaksa ke kedai beli ikan. Lepas tu called pak haji [amalan saya tetamu datang saya wajibkan diri minta izin dengan suami] tanya ok tak kalau masak gitu gini. Tengah online dengan pak haji sambil siang ikan kawan saya pun sampai.


Maka sambil masak sambil borak dengan tetamu, masa ni dah jam 6.30 pulak...alhamdulillah sempatlah saya goreng kangkung berlada, sambal tumis udang kering, ikan selar masak pindang dan pengat pisang...dan juga blender carrot buat carrot susu. Untuk tetamu dia minta Kopi O sahaja.


Serba salah juga tak nak terima tetamu ni, sebab kakak syam ni [umur 52 tahun] datang dari Felda raja Alias, Serting yang perjalanan nak ke seremban ni dekat2 dua jam...jauh Serting tu...sian pulak...biasa dia akan ke rumah kawan saya juga, Adibah yang duduk Taman dekat saya ni, tapi Adibah sekarang dalam pantang dan balik kampung. Rumah madu Adibah ni selang 3 rumah saya ni jer, yang pelik taknak pulak kak Syam ke rumah kak Zie tuu...dia pun baik dengan kak Zie...apa2lah jer...elok jugak tetamu datang, masuk bawa rahmat keluar bawa dosa...


Cuma dengan kak Syam ni saya kadang bila jumpa dia akan ada emosi yang berbeza lepas dia balik. Sebab dia ni banyak kenangan dengan kak Aza. Dulu Kak aza selalu bertandang ke rumah kak Syam berkongsi rasa dan dendam bila suami kahwin lagi...iaitu dengan saya. Selalu dia bercerita menangis2 dengan kak Syam dimasa2 awal dia bermadu dengan saya. Jadi kak Syam kalau jumpa saya sikit-sikit cerita kak aza ni dibongkarnya...sebab masa tu dia tak kenal saya lagi...bila dah kenal ni terhimbaulah cerita2 lama tu...


Banyak jugak ceritanya, tak sesuai nak dicerita di bulan ramadhan ini...cerita2 ni buat sesak dada saya juga. Sebab apa? Sebab rupanya buruk benar tanggapan dia pada suami dan saya masa kami baru bernikah dulu...yerlah bisalah mana2 isteri pasti marah bila suami kahwin lagi...tapi kesimpulan borak2 semalam kak syam sendiri buat kesimpulan, kesimpulan yang dia sendiri perhatikan, sebab kak syam juga tau cerita kak aza semasa dia bermadu dengan kak Nani dulu....ini kata kak syam....dia pernah kenbal Aza sebelum suami kahwin dengan saya iaitu masa kak aza bermadu dengan kak Nani dan pada satu ketika Kak Syam berada di rumah kak aza, tindakan kak aza pada kak Nani [masa itulah, walaupun hanya melalui perbualan telefon] kak aza telah menyebabkan terdetik dalam perasaan dan fikiran kak syam sehingga dia menitiskan air mata [mungkin sedih sebab dia dapat rasa apa kak nani rasa]dan dia terdetik dalam hati kecil rentetan sikak kak aza..."kau rasalah macamana nanti kalau suami kau kalau kena ambil orang....suatu hari Allah akan balas" dan kak syam tak sangka akhirnya Allah bagi juga kak aza rasa dimadukan macam dia buat kak nani dulu....


Panjang lagi citer kak syam ni...dan banyak jugak benda2 lama yang berlaku masa tu baru semalam saya tahu....yerlah kak aza mana pernah luah perasaan dan citer benda2 lama dia pada saya, dia cuma bercerita dengan kawan2 dialah masa tu..kak Syam nilah salah sorangnya yang dia berkongsi rasa...sehingga dulu kata kak syam dia asyik dok terbayang macamana lah rupanya si Salwa ni sebab asyik dengar citer dari Kak Aza jer...


Pertama kali saya kenal kak syam adalah pada sekitar tarikh tsunami tu...25 Disember 2004 kan? Masa tu saya keluar 3 hari ke rumahnya...tapi masa tu dia takder citer apa2 pun...mungkin sebab baru kenal agaknya. Pastu kali kedua pun saya ada keluar 3 hari ke rumah dia juga pada 25 Disember 2008...4 tahun baru jumpa semula...masa ni banyak juga dia citer hal kak aza dan semalam bila jumpa semula, lagilah banyaaakk citernya...jarang2 jumpa...



Eh..cukuplah tu...




Wassalam

Tuesday, September 8, 2009

Jubah untuk hari raya dan hari2 seterusnya

Assalamualaikum w.b.t


Tahun ni pecah rekod tau. Sebab apa? Sebab tak pernah2 sejak dewasa [ker tua lebih tepat?] saya ada baju raya lebih dari 3 helai..tapi tahun ni dah pecah tradisi. Selain jubah ada lagi 2 baju kurung, satu kakak saya jahitkan dan satu lagi beli asbab nak ke AKC hari tu...




Tahun ni saya beli 3 helai jubah baru. Lama jugak dah tak beli jubah, pakai yang lama2 jer...sampai cikgu Hani dah kenal sangat dah uniform saya tu. Mana taknya, hari2 pakai jubah hitam hantar dan ambil hani, walaupun jubah berbeza tapi sebab semua kaler hitam cikgu ingat sama jer kot.




So kali ni saya beli jubah ada corak2....ni saya beli secara online dari http://www.missabaya.com/ . Sekali beli sampai 3 ...tu hah...kononnya biar 10 tahun takyah beli2 jubah dah..yerlah tu! Disebab kan pembelian ni nak dekat raya maka penggunaannya dijamakkan jerlah jadik jubah raya dan jubah harian...senang citer!



yang ni saya paling suka, sebab coraknya simple dan tangannya pun sesuai jer, tak berjuntaian...semak jer rasanya....





Yang ni sarat bebenar kalau tengok secara live...dengan kilat2 kat tangan dan bahagian bawah kakinya. Tangan pulak jenis lebar dan berbelah dan bucunya menyerong panjang macam kebaya2 moden tu....tak suka sangat yang ni...terlampau bergaya pulak!







Yang ni saya suka cuma tangannya sama cam tadi, berbelah jugak dan berbucu labuh..mungkin untuk mudahkan mengambil wudhu' agaknya....rasanya dua jubah ni saya kena alter bahagian tangannya....cuma masalahnya sulaman ditangannya membataskan saya nak memotong..sayang plak..tengoklah camana nanti...


Semua jubah ni berbutang dari atas sampai ke bawah, jenis longgar dan kainnya lembut. Puas hatilah...harganya tak taulah mahal ke tidak...semua jubah ni dari mesir rasanya...harga jubah ni antara RM 170 dan RM 180, siap syaila [macam shawl] tapi selendangnya lagi panjang dan lembut kainnya dan tidak terlalu jarang....


Wassalam

Meneruskan kehidupan dengan beban atau anggap sahaja ia ruang mendapat pahala...dilemma saya

Assalamualaikum w.b.t





Selalunya saya akan berbelanja ikut sesedap hati dan semahunya. Kerana menghargai diri sendiri, saya akan membeli ikut kemahuan dan bukan kehendak. Walaupun saya tau ada beban yang perlu digalas sepanjang kehidupan ini. Beban yang tak boleh lari kemana-mana pun. Saya pasrah jer...sebab saya pilih jalan ni...dan saya tau orang lain lagi banyak beban dari saya ini...bezanya mungkin beban tu digalas bersama dan ada juga yang terang-terangan menggalas seorang diri..ibu tunggal misalnya...



Namun bagi saya, inilah yang saya galas walau saya bukan ibu tunggal. Samaada saya memilih untuk menganggapnya sebagai ruang saya untuk mengumpul dan mendapat pahala sebanyaknya atau ruang menambah dosa pada pihak satu lagi. Terpulang kepada saya.

Ini perbelanjaan tetap bulanan saya...buat masa ni sehingga awal tahun depan ...


Kereta RM450
Gaji Rika RM250
Bayar rumah RM 890
Belanja Dapur RM 400
Yuran Hani RM 386
Credit Card RM 300
Bil Api RM 60
Bil Air RM 20
Bil Streamyx RM 50
Bagi mak RM 300
Tol RM 200
telefon rmh & hp] RM 100


Jumlah semua......RM 3406


Saya tidaklah banyak menyimpan sebenarnya, yang ada hanyalah ASB secara pinjaman Maybank, bayar RM160 sebulan [tu pun pak haji dah lama suh potong, saya diamkan diri jer] dan simpan Tabung Haji untuk mak, hani & saya lump sum sebulan RM 400, juga ditolak gaji. kalau kuat semangat tidaklah saya keluarkan, kalau terdesak bocor jugak TH tu. Kalau campur jumlah semua tu dengan simpanan ni, jadiklah jumlah semua duit keluar saya sebulan RM 3866. Banyakkan? Pada sayalah...kalau org gaji besar ciput jer tu...







Tak abis lagi kat situ, saya juga ada tolak personal loan dan cukai pendapatan. Besar jugak jumlah dua ni. Personal loan saya buat masa gaduh ngan pak haji, kalau masa baik jangan harap saya lepas buat personal loan ni...buat tu pun sebab saya nak cover bayar balik kredit card yang terhutang...tu sebab semua tak cukup sara hiduplah sebelum2 ni, jalan keluar pakai kad lah...now saya dah bebas hutang2 lain...hanya hutang personal loan ni jerlah...tapi tu tolak gaji takperlah...susah orang kerja gomen ni nak dipisahkan dari personal loan...








Hmmm...sebahagian besar gaji dah peruntukkan untuk kos sara hidup... macamanalah saya hidup,kan? Bagi sayalah nampak besar sangat jumlahnya bila dah dikira. Tapi Allah maha kaya, didatangkan rezeki dari jurusan yang tidak disangka. Entah mana-manalah ada jer duit untuk kami dua beranak hidup. Tipulah kalau saya kata saya mewah...tak..tak mewah langsung. Tambah2 bulan 12 ni, gaji Rika akan jadik RM 450 sebab 4 bulan jer gaji dia RM 250 [perjanjian dengan agen] dan syukur jugak, bulan 1 hani naik darjah 1 kos yuran dia dah kurang RM250 jer dengarnya. Dan bulan 12 saya akan kerja semula dan elaun sisatan akan dapat semula insyaallah bertambah RM 650 sebulan.... pi mai pi mai ada jugak rezeki Allah bagikan?




Apa yang saya beli2 selama ni, saya dapat duit lain-lain, duit gaji memang takleh harap sangatlah nak belanja sakan. Kalau dapat duit2 terpijak tu barulah saya beli benda2 yang saya nak. Macam duit khidmat cemerlang hari tu, saya beli periuk, microwave oven dan dapur. Baru2 ni nampak cam saya mewah sebab saya dapat elaun belajar. Duit gaji saya memang semata-mata kos sara hidup kami jer...lebihan tu ada2 jerlah keperluannya...nak menyimpan memang susahlah.







Adakah cukup duit gaji saya menampung kos perbelanjaan kami? Tipulah kalau saya kata cukup..kadang2 memang tak cukup, tapi selalunya ngam-ngamlah...macam esok atau sehari dua lagi nak gaji, dalam beg duit adalah sekeping RM50...kadang tak sampai pun 50...terbayang jugak kalau hani atau saya sakit pening, nak pakai duit ke klinik, mana nak cekau duit..takkan nak pergi THaji malam2...tapi tulah Allah tak uji saya benda2 macam tu...eh THaji boleh kuarkan pakai ATM,kan? B.Rakyat dan B.Islam..tapi saya tak buat...takut habis duit tu nanti...








Dan ada juga masanya seminggu lagi nak gaji duit dah pokai...sebab kadang2 ada kos yang terpaksa saya keluarkan dipertengahan bulan, dan akdang2 saya terbelanja lebih2 sebab nak sangat satu2 barang tu, masa macam nilah rasa malu sangat dan rasa menyesal berbelanja lebih. Masa macam nilah saya akan tebal muka minta 'pinjam' kat pak haji.




saya tak sampai hati nak minta duit kat suami.... yang mampu saya cakap adalah pinjam...tapi dia faham pinjam saya tu maksudnya tak bayarlah...sebab apa saya malu? Sebab saya kononnya gaji besar sedangkan dia pencen 1,600 jer...tapi saya tak cukup belanja...dia pulak boleh ada duit sampai hujung bulan....pelik juga kadang tu...nak cerita semua2 belanja saya keluar tu malaslah kang jadik gaduh...redha jerlah...tulah kadang pak haji bagi RM100, kadang RM50..gitu2 jerlah dia bagi...tu pun saya dah rasa seribu rahmat dah...








Macamana saya boleh hidup agak selesalah jugak walaupun besar jugak tanggungan saya tu...hah ceritanya begini...saya tak beli baju2 baru melainkan dapat duit2 terpijak...baju Hani lak saya belikan di bundle, raya jer beli baru..beli bundle ni murah2 jer tapi saya selalu beli yang branded lah, takdelah org pandang cikai sangat dahlah anak seorang...kedai saya beli ni dekat dengan rumah jer...BABY BUNDLE...kat sini walaupun bundle tapi dia ada asing2kan baju dan seluar yang elok dan yang agak lusuh..kalau yang elok tu dalam harga berbelas2 ringgitlah...puluh2 pun ada...baju2 saya pulak, memang saya jarang sangat beli...sebab saya pakai jubah jer sepanjang masa...baju2 kurung saya memang elok tak berpakai, utk gi kerja jer...baju2 jalan yg kasual pulak saya pakai kalau melibatkan trip formal...dengan kawan2 kerja atau kawan belajar..pastu simpanler...sebab jalan2 biasa dengan hani/balik kg/gi kedai/ shopping...semua saya bantai pakai jubah jer malah jubah masa sebelum hani ada pun masih elok lagi....sangat2 jimat...takde nak beli jeans ker blouse ker tshirt ker....







Hal mekap, alat solek..lagilah takde langsung...yang ada lip gloss jer dengan krim temulawak dan celak mekah...bedak compact plak kejap ada kejap takde...tu pun beli kat watson yang murah2 tu..alhamdulillah muka saya jenis takde masalah...agaknya sebab jenis hitam manis, takdelah naik jerawat ker hapa ker...tulah agaknya kos tak habis kat situ...tambah2 pak haji langsung tak ambik pot pasal muka cantik ker, licin ker...so bantai jerlah...




Hari tu saya terfikir tau, saya ni kalau ditakdirkan menjanda dalam masa terdekat ni, dari segi fizikalnya dah takde masalah dah..dah memang bersedia. Cuma dari segi mental tu kena ambik masa sikit...tu pun saya rasa tak lama, sebab pak haji dah sediakan saya jasmani dan rohani ke arah 'ketiadaan' suami....eh apa pulak kesimpulan macam ni nih? Macam nak sangat menjanda pulak...hissshhhh...belum lagi lah!


Wassalam

Monday, September 7, 2009

Berikan aku ruang bernafas, dalam memikirkan masalah ini



Assalamualaikum w.b.t



Balik kampung bagi ramai orang adalah sesuatu yang menggembirakan dan menceritakan kisah balik kampung adalah sesuatu yang mengghairahkan bagi sesetengah yang lain. Tapi bagi saya tiada yang indah bila balik ke kempung. Segalanya menyesakkan dada, hidung, perasaan dan pemikiran. Itu sebab saya tak suka balik kampung. Bagi saya keindahan dan kegembiraan hanyalah di rumah sendiri.




Tapi itu tidaklah bermakna saya tak balik kampung langsung. balik juga, tapi kadang-kadang, tidaklah sekerap mana dan kalau balikpun segera sajer saya balik ke rumah saya sendiri semula. Selalunya saya akan balik sehari semalam sahaja dan paling lama pun dua malam. Saya balik pun semata-mata kerana mak dan anak saya. Kalau bukan kerana memikirkan mak dan hani mungkin saya tak balik langsung.







Pelikkan? Saya ada sebab yang banyak untuk tidak 'suka' balik kampung. Bukan saya tak suka suasana kampung itu, suka sebenarnya, mana mungkin saya tak suka dengan tempat saya dilahirkan dan dibesarkan.... tapi saya tak suka dengan sesuatu...yang saya belum sedia dedahkan di sini....








Saya tak tau ni bunga apa, pelik jugak...ada biji ditengah2 bunga ni yang berbentuk bintang 5 penjuru....





Balik kali ini saya pusing keliling rumah, ditemani kak Uda, 9 tahun, mencari bunga-bunga yang ditanam emak dan bunga2 liar. saja saya suka untuk abadikan disini...sampai jiran kiri kanan menjadi penonton saya menembak gambar2 bunga ini...."ti.... [siti nama saya dikampung], hai jadik paparazzi ker?" kawan seusia saya bertanya..."ha'ah" tu jer saya jawab...



Tangan kak Uda membantu menegakkan bunga yang terkulai memandang bumi ini...warna purple pekat ni...





Bunga senduduk, cantik sangat warna purple, sesungutnya warna pink dan tempat debunga tu warna kuning...cantik juga kombinasi warna ni kalau dibuat baju,kan?




Hani dan Adib [sebaya Zubair anak buah saya ni] Itu kak uda, 9 bersama Hani di bawah pokok cempedak...



Bertiga....daun ubi pun jadik mainan bagi Hani, seronoknya dia balik kampung membuatkan saya 'terpaksa' balik kampung demi dia dan juga mak saya....

Nama saya Adib Najmi, umur saya 5 tahun, nama mak saya salmah...Pemerhatian dibuat ke atas Adib ini semasa saya dikampung semalaman, bukan memerhati saja, tetapi membuat perbandingan dengan Zubair, kedua mereka berbeza, dan Adib minat belajar dan mengaji, mungkin kerana yang mengajar dia adalah emaknya yang juga seorang cikgu? Dan Zubair pula diajar oleh saya yang tiada pedagogi mengajar...menyebabkan Zubair takde minat nak belajar? Kalaulah saya dapat bawak balik Adib ini ke rumah saya, saya pasti saya boleh menyayangi dia seperti anak sendiri...sebab Adib ni baik dan sopan orangnya, bila tanya nak ikut makcu balik seremban tak? Dia senyum meleret jer...pemalu orangnya...maklumlah maknya Ustazah...


Nama saya Muhammad Arshad, umur saya 6 tahun, nama mak saya salmi...yer..untuk lebih seimbang saya paparkan juga gambar seorang lagi anak saudara saya dari kakak yang lain, yang juga seorang surirumahtangga...ohhh.. bercakap tentang Arshad ni dia adalah seperti anak yang digambarkan oleh Pnut...sangat sangat sangat sangat nakal, bahasanya juga sangat pure Melaka [kasar dan agak kurang ajar] dan saya tak boleh langsung berhadapan dengan kenakalan dia dulu [sekarang saya dah terima hakikat dah!, dulu saya pernah tampar mulut dia depan kakak saya] dia juga enggan mengaji dan enggan belajar langsung di rumah [saya siap bagi pinjam buku2 hani]...



Tapi di sekolah laporan guru mengatakan dia sangat sangat baik dan sangat sangat cepat dapat, apa pelajaran yang diajar guru hari sebelumnya, dia satu2nya pelajar tadika KEMAS tu yang boleh ingat...kagum saya disitu...tengok rambut dia tercacak pun dah tau dia DEGIL kan? Kakak saya mengandung tanpa dipinta dan dijangka dan melahirkan dia dalam usia kakak saya 37 tahun dan sekarang umur Arshad 6 tahun kakak saya 43 tahun dan dia tak larat nak marah2 anak lagi...tu sebab Arshad sangat 'naik kepala'...dan kakak saya selalu berasa macam nak angkat rumah bawak pindah sebab suasana pembesaran dikampung sangat mencabar...takde disiplin, takde kesopanan dalam berbicara dan lepas bebas tanpa kawalan...membandingkan Arshad dan hani w.pun sama usia adalah jauh jauh berbeza sebab Arshad satu kampung naik basikal sorang2 sedangkan Hani keluar pagar/pintu rumah sorang2 pun tak pernah!


Sajer, geram tengok bulu mata kak Uda yang hitam dan panjang....saya masih belajar ambil shoot yang menarik, focus saya lari ni...tunggu mentor [pak haji] balik nanti kena belajar lagi mendalam ni...

Wassalam