Friday, November 20, 2009

Kalau Tuhan Kita Kenali

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat suka lagu ini. Bukan sekadar suka tetapi bila dengar rasa sayu dan rasa sangat kerdil. Banyak sangat kerja dan amal tak buat lagi. Sangat indah kalau kita dapat kenal tuhan dan baru ada motivasi nak buat amal. Sila..sila hayati lirik lagu ini...untuk diri saya...ya saya sangat rasa kerdil dan tambah kerdil....banyak dosa, pahala kurang, tak taulah timbangan amal di sana nanti macamana...nak lalu titian sirat macamana...nak dihitung di Al mizan macamana...ahhh...takutnya!


Saya : Ada sangkut sikit2, tapi kalau replay baru sedap dengar! Lancar dan mersik sangat suara penyanyi kumpulan mawaddah ni...



Ni satu lagi versi nyanyi live...saya suka yang ni sebab nampak muka penyanyinya...sejuk mata memandang...alahai..kalau saya mak budak ni saya tak bagi dia nyanyi...sedap sangat suaranya, takut ramai sangat terpikat....




Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com



Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi



Wassalam

Saya nak minta maaf.... dan ini benar2 yang terakhir...

Assalamualaikum w.b.t


Sebab ni entry terakhir mungkin untuk tahun 1430 hijrah ni, sebelum melangkah ke tahun 1431 hijrah pada 19 disember 2009 ini. Lepas tu dah nak masuk 2010 pula. Mungkin saya tak sempat nak balik sampai ke januari nanti.....saya nak minta maaf pada 42 orang yang baca blog saya ni iaitu;





Lyn

Oren

IV

Adlina

Chuya

Azieans

Iza

hazlina

yus

ANNE

Pnut

kakLuna

KV

eiz

Liza

fazemy

Lynna

creative art studio

inahani

payarumput21

kayawanshop

maryam

masy

happyirfa

mama

sya

makcik azwa

dayang best

siti@nurie

pB

jiji

sabby

mutiara

sunan jati

sebelah sayap nyamuk

tulip purple

ummie batrisyia dan damya

Ina

yew way

amir syafiqah

zareda norman

dalila [wan salizam]



Saya tak tau samaada sesetengah mereka yang tersenarai ni ada baca atau tidak sebab ada yang takde blog, mungkin masuk blog ini baca melalui blog lain saya tak dapat kesan. Yang saya tau baca secara tetap adalah yang memberikan komen. Terima kasih kerana memberikan komen yang memberikan saya semangat terus menulis. Ada jugak permintaan orang tertentu yang nak baca blog saya tetapi saya tak pernah benarkan mereka. Saya tak berapa percaya sebenarnya.





Antara yang minta nak baca blog saya ni adalah beberapa lelaki yang dulunya baca blog lama dan kemudian nak ikut baca blog baru saya ni. tapi saya tetap tak benarkan kecuali baru2 ini saya ada benarkan seorang lelaki baca selepas saya rasa dia ada niat yang ikhlas, nama yang bawah sekali tu..saya pun tak kenal dia tapi taulah rupa dan tempat tinggalnya [assalamualaikum En Wan kalau ada baca :)]....

Dan saya juga ada buang nama orang yang baca yang aya ada undang sebelum ni. Orangnya semua pun yang ada dalam senarai ni tau kot. Kak Izawani, baru juga saya buang namanya sebab saya rasa tak sesuai dah dia baca blog ni sebab bahan2 saya tulis dan rasa yang saya curahkan dalam blog ini sedikit sebanyak dia pernah gunakan ia sebagai bahan dalam entry dia.




Jika gunakan secara positif dan baik saya amat suka dan berbesar hati tapi kalau gunakan ia secara negatif saya amat rasa berkecil hati...saya tak mararh cuma berkecil hati sahaja. Dia bukan buat salah besar cuma cara dna prinsip dia berbeza dengan saya itu sahaja. Cukuplah satu ketika dulu dia pernah quote kan ayat yang mengatakan saya suka berpoligami dan 'berkongsi kote'. Somewhere may 2009 dia ada buat entry tulis begitu. Pun bila saya baca saya rasa tak kecil hati mulanya.




Masa tu baca sekali pandang, dan terkejar2 sebab saya baca dari dalam bilik hotel di Singapore, lepas tu Luna ada bagitau dan saya fikir banyak kali dan saya baca sekali lagi dan saya betul2 rasa sakit hati....dan rasa terhina kenyataan tu. saya suka kongsi kote?




Dalam banyak2 benda saya cerita hal poligami yang bab 'kongsi kote' dia ambil dan fokuskan. Dan saya tak pernah tulis saya suka 'kongsi kote'? Dan takde perempuan waras dan normal yang ada hati dan perasaan suka berkongsi...termasuklah saya...




Dan entry itu dia telah padamkan sebab sekembali saya ke malaysia saya cuba search entry tersebut tapi tidak ada lagi dan selepas itu dia ada minta maaf secara terbuka dalam blog dia...tetapi hati saya tetap rasa terluka dengan kata2 nista dia....




baru2 ni ada lagi entry pasal poligami dia tulis dalam blog. So saya fikir elok saya keluarkan dia sebagai reader blog saya sebelum gaya 'tulis secara lepas tak berfikir panjang' dia tu terkena tempias pada saya lagi.




Dan saya tetap mengunjungi blognya sebab ia terbuka siapa boleh baca, cuma blog saya ini benar2 luahan jiwa dan hati saya dari lubuk paling dalam...dan saya memilih memberi kawan yang faham sahaja membacanya.




Jangan pula terkesan pada apa saya tulis ni. Saya suka ajer kalau ada yang sudi beri komen betulkan kesalahan dan kesilapan saya. takde hal. Cuma jangan menuduh benda yang tidak-tidak. wujudkan prasangka pada orang yang tidak tahu duduk jalan ceritanya.



namun ada juga yang nak baca bila tau saya ada blog....ada classmate saya juga minta baca lepas saya terlepas cerita kata saya ada blog, tapi saya tak benarkan juga dan minta maaf secara mesra dan takut nanti banyak pula kelemahan saya terdedah! sebab lepas ni saya tak rasa hubungan kami akan kekal berpanjangan... dan saya juga bimbang ebab kakak itu sangat close dengan classmate saya yg juga rakan sekerja..ahhh nanti ada pula masalah lain bila kawan pejabat tau kisah saya..




baru2 ni saya mengunjungi blog adik ipar saya www.irisixora.blogdrive.com dan tak perasan terguna email yg digunakan utk blog ni, dan dia klik termasuk pulak ke blog dunia bermadu ni dan dia minta saya invite dia ke blog ni...

Dan saya masih juga enggan jemputnya sebab nanti tersebar pula kisah dalam kalangan keluarga...atau salah2 bahan blog saya jadi bahan dia berkarya dalam novel pulak! boleh jadi juga kan? dan dunia kami sangat berbeza..baru saya tau tentang dia bila baca blognya..memang baik orangnya tapi beza sangat dengan suami saya walaupun mereka dua beradik....dan suami saya pun tak nak baca blog adik dia tu sebab tak suka tengok adiknya yg tak pakai tudung dan tak taulah macamana gaya hidupnya di sana?





Balik ke sini hari tu ada dia call abang dia [pak hj] dan cerita ceriti, katanya balik sini nak carik rumah as a second home, dah beli pun Teratak Ixora namanya [dia sebut dalam blognya tu], kata pak hj rumah 7 bilik, entah berapa ekar tanahnya lupa plak saya, harganya 3 juta lebih.....hmmm boleh dengar jerlah...kata pak hj dalam kawasan padang golf dan ada kelab...eiii dia ajak pak hj datang tapi sah2 rasanya pak hj tak nak datang....nampak gayanya pak hj sekarang dalam 4 beradik seibu sebapa dua lah yang ado ado dan berduit...abangnya yg kapten kapal dengan adiknya yg novelis ni......





Ada juga kawan sesama belajr di u terjumpa dalam face book kebetulan cerita ceriti hal blog dan saya bagitau ada blog ni dan dia minta juga untuk baca saya cuma kata belum masanya...hmmm entahlah tak tau kenapa saya sungguh rasa tak sedia nak dedahkan cerita saya pada orang lain...hanya pada yang tersenarai ini sahaja. Bukan ada yang istimewa pun cerita saya ni tapi saya rasa yang ada dalam senarai pun dah mencukupi....





Baru2 ni saya keluar 3 hari ke jelebu keluar sekali dengan kakak tu dia duduk nilai, kak ita namanya, beza 2 tahun umur dari saya. waaahhh kakak tu sama cam saya gak walaupun tak kerja tapi celik IT, ada facebook, biasa YM, dan pendekata internet adalah kat rumah. Entah macamana terceriat lah pasal2 facebook, pasal blog...so nak taknak saya pun cakaplah saya ada blog juga, huhhh terkejut dia....pastu siap kak Ita ni minta add blog saya...hmmm takkan nak bagi kan?





Saya cakap kat kak ita, tak sesuailah kak....sebab ssaya sedar dalam blog saya ni banyaaaak sangat cerita pasal suami saya..nanti kalau dia baca tercerita kat suami dia buruk pulak nama baik suami saya. FYI dalam tabligh negeri sembilan ni kalau sebut Hj Sidek memang majoriti kenal dia sebab dari umur 33 tahun yang mana masa tu tak ramai orang buat usaha tabligh dan yang ada2 tu pun takde lah bagi komitmen pada kerja agama ni sangat, jadik suami masa tu memang komited dan syura malaysia di seri Petaling melantik dia salah seorang ari 5 orang sebagai syura negeri sembilan. Kira kat sini dalam tabligh ni memang dia antara yg popular lah..tambah2 dah tak kerja ni sepenuh masa pada usaha agama nilah.




tapi macamana pun pak hj jenis tak suka orang kenal dia, low profile jer...saya pun kalau sesiapa tanya saya, dalam mana2 majlis atau saya nusrah mana2 jemaah yg datang, "ni ahlia sapa yer?"...dalam tabligh memang takde yg akan tanya nama kita sebaliknya soalan dia adalah ahlia siapa [isteri siapa kot maknanya] dan saya akan jawab, ahlia sidek...kemudian dia akan tanya, sidek mana...saya tau maksud tanya tu sebab confuse sebab sidek ada dua, dua2 syura [tapi satu dah meninggal tahun lepas, tinggal sidek majid jerlah] diorang confuse sebab tau sidek syura dah tua tapi saya pulak tak setua sidek syura tu.....so saya ringkaskan cakap, sidek seremban bukan sidek PD...[ramai yg tau sidek tu sidek yg dok PD].....so diorang tak taulah saya ni iteri syura...malu weyy nak ngaku isteri syura sebab kita ni amal tak macam iteri karkun lain..hebattt!





Walaupun sidek syura [pak hj] ni dah otai dalam tabligh ni tapi malangnya masturat dia tak pernah keluar 40 hari jadi disitu ada kekurangan. Walaupun pak hj tau yang sebenarnya yg Allah pandang iman dan amal, keluar jalan Allah ni sebagai satu bonus...dah pak hj juga selalu cakap dengan saya yang wanita keutamaan tempatnya ialah di rumah, maksud keluar adalah untuk jadikan rumah umpama madrasah dan didik anak ikut cara sunnah..tu sebenarnya..isteri rasulullah pun tak semua yg pernah ikut rasulullah di medan perang, hanya dua orang jer [lupa lak tapi pak hj rajin cerita kat saya]....dan bila saya bangkitkan kenapa perlu wanita keluar negara jauh2...tinggal anak, berhenti kerja, dia kata itu pilihan Allah...dan jangan terkesan berebut2 nak keluar sebab nak nama... so saya sedikit faham maksud keluar jalan Allah ni...





Jadik, saya rasa macam kesian pulak kat pak hj sebab sebagai otai bila membicarakan hal masturat dia tak berapa boleh nak berikan padangan sebab dia tak pernah keluar 40 hari dengan masturat...kak nani pernah keluar 20 hari jer dulu ke sabah. kak aza pulak pernah keluar 1o hari ke kuantan tu pun masa tu dah sarat sangat mengandungkan Sofiyyah...dan dia dr kawin tak berhenti2 mengandung dan beranak macamana nak keluarkan setakat terima jemaah jerlah....nampaknya saya jerlah yg relevan untuk keluar sementara belum kerja ni...dan nampaknya pak hj suka sangat bila saya setuju nak keluar 40 hari....


dah..panjang sangat dah...sebenarnya aya terpost entry ni sebab pak hj balik tadi, tak abis lagi idea nak tulis so nilah saya sambung, maryam tadi baca sekerat jalan jer kak wa sempat tulis tu...tak repair lagi....ni baru abis da!


Saya : Hani sedang bergembira kata ayahnya yang balik ke sini lepas jumaat tadi. takde masalah langsung. Saya pun tau anak saya tu....dia memang sesuai duduk dengan mak tirinya. Dan mak tirinya juga sayangkan dia sebagaimana anak2nya yang lain dan hani pun seorang yang pandai mengambil hati uminya....senang kalau umi minta tolong senang juga jikalau disuruh solat nda mengaji..pendekata mudah uminya....zubir pun suka sangat kawan dengan hani....itulh kemanisan poligami....cuma saya ni jer keras hati skit...nanti malam ni saya telefon kak aza...




Wassalam

Ini mungkin yang terakhir....

Assalamualaikum w.b.t

Esok jam 9 pagi saya akan berada di Seri Petaling. kami akan dikumpulkan untuk mendengar Bayan Hidayah, iaitu bayan yang lebih kurang akan menjelaskan dan memberi kami makna kenapa keluar jalan Allah ini, apa yang boleh dan perlu dibuat, apa niat yang perlu kita ada dll yang bersangkutan.


Bayan ini akan di adakah di rumah Hj Othman Simpul [ntah katanya orang besar Jakim satu masa dulu dah bersara dah pun, antara syura malaysia katanya], rumahnya di jalan raden 4, seri Petaling. Ada beberapa rumah yang biasa dijadikan tempat untuk bayan masturat. Kaya2 mereka ni dan memang mereka infakkan rumah2 mereka dijadikan tempat berkumpul jemaah masturat [baru dengar bayan ahad lepas dari Ustaz Indonesi katanya masturat maksudnya...'masthur' tu kerja yg tertutup..masturat kerja2 wanita yg tertutup']



Jemaah kami 3 dari Negeri Sembilan, dan 1 dari Penanti, Penang, satu dari KL dan satu dari trengganu. Kalau Allah izinkan maka 40 harilah kami semua akan bersama2. Saya agak gusar juga, tak pernah lagi saya dalam 40 hari duduk dalam rumah tak keluar2...tapi ini 40 hari ini saya akan duduk tertutup dalam rumah hanya keluar 3 hari sekali untuk berpindah rumah, dan keluar pulak dalam keadaan bertutup dan berpurdah seluruh badan.



Saya cakap juga dengan suami..camanalah agaknya duduk dalam rumah jer....memang dia gelakkan saya jerlah..katanya takper belajar tekan nafsu dan belajar buat amal, tempat wanita memang di rumah....lagipun selang 3 hari kan nanti keluar sebab akan bertukar rumah. dan kami akan ke kawasan Sungai Petani, Kota Kuala Muda dan kawasan2 area situlah....


Saya dah biasa sebenarnya kawasan sungai petani. dulu masa belajar asal cuti semester memang kami akan ke sungai petani jer kerjanya. Naik basa, naik motor..dua2 kami pernah buat. Kat taman perpaduan, Bakar Arang rumah nombor 17b, tulah tempat kami kerja, lepak, tido makan hari2....


Saya sangat sukakan sungai petani. Pastu kadang2 kami akan ke Batu hampar, kampung Pondok, untuk ke rumah Cikgu Azmi Abdul Hamid...kat sana kami lepak2 lagi, duduk2 tepi sungai dan sawah....jalan2 kat kampung bagi ceramah kat budak2...kadang kami terlibat dengan macam2 acara kat kampung tu...pernah juga sekali saya tak balik beraya haji sebab nak merasa sangat beraya kat Batu hampar.


Ini kalau jadi, maka raya haji kedua lah yang saya tak balik kampung. Pak haji sungguhpun dah berpuluh tahun keluar dakwah dari muda belia, dan dah banyak tempat baik dalam negeri mahupun luar negeri dia pergi tapi rupanya dia tak pernah keluar kawasan sungai Petani.


Keluar2 dakwah ni semua markas Seri Petaling yang tentukan. Pada hari yang sama esok, akan ada jemaah masturat yang akan keluar 2 bulan negera jauh juga. Mereka akan ke Australia. Adalah beberapa couple dari negeri 9 yang akan ke Australia. Hari ahad masa majlis taklim mingguan [baca kat sini ada penerangan pasal Taklim Mingguan] hari tu ada jumpa, Kak Ummi salah sorangnya...dia datang salam2 dengan saya peluk2 minta maaf sebab nak pergi 2 bulan ke Australia. Dia tak tau saya juga nak keluar 40 hari...hehehehe. Dia suka sangat menyakat saya, suka cubit2 pipi kiri kanan saya, suka juga cakap macam2pasal iman....sebab dia tau saya ni kerja..tak pakai purdah selalu rasa rendah diri dengan isteri karkun lain...sampai saya rasa sedih dan buat saya sebak...kak ummi ni memang baik dan suka sangat bersedekah....



Dalam pada tu jugak, masa pergi taklim ahad hari tu, ada beberapa couple dari negeri 9 yang muda2 juga akan berangkat ke Mekah. Muda2 semuanya awal 30 an...pelik sangat saya ni, diorang tu anak berderet, isteri tak kerja tapi Allah bagi keberkatan agaknya banyak duit boleh pulak kumpul untuk ke Mekah. Moga allah makbulkan niat aya nak ke mekah 2011 nanti...taknak dah boros2 dan beli bukan2 dan nak jaga amal biar rezeki dapat tu berkat...ada beberapa benda saya tak settelekan lagi ni tu pasal tak berkat agaknya rezeki...contoh saya ada ASB, ada personal loan, loan keter...tiga2 ni ada riba' tu pasal rezeki tak berkat jer...ASB tu saya balik ni lepas dapat dividen saya nak stopkan loan Maybank yg saya buat utk beli saham ASB tu[pak hj dah lama suruh dan dia ingat memang saya dah potong kot, tapi tak lagi sebenarnya]...nak jugak dividen tu ahahaaaksss..takde saya nak beli barang kemas jer duit tu....



Saya ada baca artikel pasal rezeki tak berkat ni [nanti saya postkan entrynya kat blog http://www.hijrah1429.blogspot.com/]. Rasanya saya pun dah terkena dah..dengan macam2 riba' yang ada. Beli rumah dengan SPP tu tak taulah ada riba' ker tidak. Tang yang ni saya salute betul dengan pak hj, dia memang tak suka riba' dan dia usaha nak lari dari riba' tu pasal dia cepat2 settelekan beli rumah dia, umur 40 an, zaman dengan kak nani lagi dia dah habis bayar rumah...keter pulak dia beli cash....dulu2 pun katanya pakai keter buruk jer...sebab taknak terlibat riba'....


Balik citer 40 hari ni, program cam biasa, dari sebelum subuh start Qiyamulail sampailah malam, taklim, buat adab tidur dan tido semula. Program akan padat dengan buat amal secara infradi [sendiri2 macam mengaji, solat sunat, zikir, muzakarah tentang iman]....pendeknya masa keluar nilah kita betul2 peruntukkan masa kita untuk hal2 agama. Belajar solat dengan khusyuk, belajar habiskan zikir pagi dan petang..pendekata totally berubahlah dengan apa yang saya buat kat rumah selama ni...


Keluar ni kata pak haji untuk saya belajar dan buat benda yang sama bila balik nanti. Kenapa keluar boleh pulak bangun qiyamullail, mengaji, siap sambung solat israq, solat dhuha, pastu zikir, pagi2 juga ada buat halaqah Quran [ini cek hafalan juz amma kita dan tajwid]...pastu ambung dengah muzakarah pentingnya keluar jalan Allah [ada nisab/kiraan dia utk wanita], muzakarah cakap2 kebesaran Allah, muzakarah hidup sederhana, muzakarah 6 pesanan untuk wanita, 6 perkara.....ada muzakarah adab usul....lepas tu zohor dan lepas zohor rehat dan makan....



Masa keluar ni hari2 suami2 akan mesyuarat menentukan apa yang masturat buat hari tu...siapa yg khidmat[masak/kemas], siapa yang buat karguzari [sampaikan laporan berapa orang awam yg datang, apa masalah yg ada], siapa yang buat istiqbal [sambut tetamu datang], dan sapa yang buat program tertentu dalam hari tu.


Memang pagi2 berdebar jer...nak tunggu kertas program dari suami [ada juga tugas baca program, sapa yg tugas baca tu suaminya akan hantarlah kertas tu selalu lepas breakfast dapatlah program] sebab nak tau hari ni apa yg kita kena buat....saya punyalah teruk selalu saya siap2 pesan dari rumah jangan bagi saya program yg susah2....


Bukan susah sebenarnya. tapi sebab kita tak buat dan amalkan tu yang susah. Eh tapi dulu lagi susah tau..terketar2 nak cakap. Walhal saya ni pandai cakap, takat bagi ceramah dua jam tu kacang jer, tapi cakap hal rasuah bolehler....bila cakap hal iman..hah memang jadik cam tersekat2 jer..walhal cakp semua tu depan suri rumah jer ...diorang ni bukan bekerja dan bergaul dengan masyarakat sangat..cewwaaah...


Tapi rupanya lagi susah, macam muzakarah 6 sifat sahabat. 6 sifat ni bukan keseluruhan agama tapi kalau kita amalkan akan mudahlah untuk kita amalkan agama. Nanti saya buat entry pasal 6 perkara ni.

Okaylah..nak packing barang2 ni, untuk pak haji dan untuk saya. Semalam dah pos kan hani ke PD. pak hj datang hari rabu, semalam balik PD bawak hani ke sana...macam2 pesan dah kat anak dara tu....tak taulah camana..okaylah tu kot...dia tu enang jer sesuaikan diri...saya plak rasa malu nak call kak aza...hmm biar jerlah kan...tak taulah keras jugak hati saya ni..esok lah kot saya call dia...

Thursday, November 19, 2009

Kering kontang VS Basah lencun

Assalamualaikum w.b.t


Semalam kan seharian dari pagi ke petang hujan memanjang. Mujur sekejap lebat sekejap teduh takdelah banjir sangat kat depan ni...tapi mode orang kat dalam rumah asyik nak makan jerlah....



Alamak cakap hal makan teringat lak rendang ayam semalam tak panaskan lagi...jap eh nak ke dapur....





*gi panaskan rendang jap*





Okay dah....saya heat untuk 10 minit....biarkan dalam M.wave tu...





Balik citer hal semalam. Semalam kan beras dah habis, biasalah saya ni selalu jer beras dah habis barulah gi kedai beli. takdelah cam sesetengah orang, tak habis dah siap2 beli baru. Tapi takdelah selalu beras habis baru dibeli. Almaklum lah musim kering kontang ni haruslah bertahan dulu....





Hari yang last habis beras tu saya masak bubur jer, buat sambal sotong, goreng kacang dan goreng ikan bilis.





Makan bubur ni walaupun makan dua mangkuk tapi cepat lapar balik! Dalam zohor mulalah ke dapur carik benda boleh makan. Pastu teringat ada tepung kastard dan ada jugak jagung tin, hah apa lagi buatlah kastard jagung.







Sambil kacau kastard otak jalan fikir nak buat biskut chocolate cips pulak, memang dah lama dah nak buat dari lepas raya lagi. terus panggil Rika siap2kan bahan....bahan buat kuih memang semua disimpan dalam satu bekas besar [dulu buat tempat isi beras] memang banyak lagi bahan buat kuih sebab hari tu buah dah chocolate chips ni sedap gak tapi semua dah bawak balik kampung pastu saya beli bahan lagi konon nak buat untuk kat rumah punya tapi dah malaslah pulak.





Hal2 buat kuih ni Rika cemerlang sebab majikan dulu ambik tempahan buat cup cakes. Resepi segala kuih muih memang ada kat kocek tepi alas peti ais....tinggal rika baca dan susun bahan jer...





selesai masukkan katard lam loyang terus sambung bancuh choclate chips jer, satu bahan jer takde kalau ikut resepi tu iaitu 50 gm nestum...hari tu ada nestum agaknya saya dah makan kot...saya memang makan nestum dan quaker oat...[asalnya belikan hani, tapi dia kan pemilih makan dua2 takmo maknya yg makan plak]





siap2 bancuh cam biasa bagi Rika bakar, tunggu dan susun lam tupperware...saya plak buat kerja lain. Saya kononnya nak jahit kain batiklah pulak. Test mesin jahit sekali buat hal pulak. Tak tau bila bermasalahnya last guna hari tu okay sesangat! Agaknya bawak sana sini pindahkan dia merajuk kot? patut okay jer sebab last saya jahit langsir dua hari sebelum raya prestasi adalah tip top!





Kalau hari hujan saya ni ada kebengangan sikit sebab takleh bertenet takut modem disambar petir lagi. Awal bulan hari tu kan dah keluar kos beli modem baru....tu pasal asal hujan jer cecepat saya off kan dan cabut wayar telefon...





Tu yang buat macam2 kerja, so nak taknak jahit tangan jerlah kain batik tu....siap jahit tepi juga jahit tangan lagi. Dua helai plak tu...nak pakai masa keluar 40 hari nanti....masa saya jahit ni hani pun sibuklah nak jahit gak...memandangkan maknya sekarang seorang mak yang positif dalam mendidik dan memberi peluang pada anak maka hani pun dapat pegang jarum dan menjahit...wah tak sangka boleh pulak dia menjahit sampai jadi satu tempat isi barang2 dia....





Eh...biskut chocolate chips tu sedap tau..macam rasa chipsmore lak...kali ni saya tak guna tepung gandum biasa, saya guna tepung superfine....tu pasal sedap agaknya, pastu isi badam [tumbuk kasar] dan saya tambah sendiri kismis campuran...memang sedaplah..badan dan coklat cips merata2....kamera takde pulak nak ambik gambar...rupa dia pun cantik...macam biskut2 orang putih buat tulah...sedap buat makan sambil bertenet dalam renyai hujan .....







Semalam lak, barulah saya gi kedai...nak beli beras lah kononnya...tapi hani plak tetiba nak sangat makan ketupat dan rendang....tulah pasal gi kedai nak beli ayam buat rendang. Ketupat segera memang dah ada balance buat open house tu...balik kedai terus jer sinsing lengan rebus ketupat segera dan buat rendang ayam...fuuuuh dalam hujan2 makan rendang ayam cili api dengan ketupat memanglah sangaaat sedap! dapat plak makan depan tv sambil tengok citer apa ek semalam....ohhh citer sicantik dan siburuk rupa.....sampailah santak ke petang....malam sambil tengok Nur kasih ulangan kami pun mengulang lagi makan ketupat tu.....nyamaannn...





Eh saya nak citer hal kering kontang ni benarnya kocek saya ni...dah dua minggu ni hidup atas 'belas ihsan' pak haji...tiap kali datang dia kasi saya duit....dah saya nak usaha 'carik duit dari apa2 sumber yang ada' dia tak benarkan. So harapkan dia bagi duit jerlah..kebetulan barang2 dapur hari tu dia sponsor jugak sebab masa ada bayan masturat dia ajak ke Econsave saya pun ambik sama barang2 dapur mana yang takde.





Jadinya hujung2 bulan macamni saya dok umah jerlah. Masak makan apa yang ada....kat rumah ni stok makanan ada cuma takdelah dapat nak makan2 kat Mc d ker pizza ker....masak2 makan kat rumah jerlah. tapi masa pak haji datang saya ajak gak makan luar...cuma pak haji ni malam dia makan simple samaada tosei, roti nan atau roti canai jer..saya pun sama ikut jer menu dia....







Tulah masa2 berjimat cermat ni tekak ni ada jer terasa nak ke secret resepi lah..terasa nak ke Mcd lah, pizza hut lah....tapi takdelah cakap kat pak haji..tempat2 tu kami duaorang kkalau pergi dirahsiakan dari pak haji, dia kan tak suka kami makan kat situ..tapi saya dan hani on jer....selalu pun hani nak makan bubur Mc d jer...





nampaknya sessi kering kontang ni sampai ke rabu depan lah. dah tu rabu depan dah keluar 40 hari, manalah saya boleh keluar dah duk dalam rumah jer masa tu, nampaknya ATM card bagi kat pak hj jerlah untuk settelekan bil2 rumah, bayar keter, api air....





Nak nyesal pun tak guna gak...saya terasa sangat yang saya ni selalu sangat belanja tak berhemah...kadang betul cakap pak haji pendapatan saya lebih sekali ganda dari dia tapi mana duit saya ntah? kata pak haji saya kalau dapat gaji atau ada duit cam hilang akal sekejap [selalu dia perli saya tau!]...main beli apa suka..tak ingat hari belakang....



yerlah sebab masa bila lagi saya nak dapat pow pak haji nya duit kan..masa hujung2 bulan ni lah saya merasa....tapi saya kalau dapat gaji tak lokek belanja dia, dengan isi2 minyak keter dia sekali pun saya bayarkan..makan toksah cakaplah...asal gaji jer mesti bawa makan luar yg anggaran kos RM100 kebawahlah...makan ikan besar sikit....hal belanja kos untuk rumah memang sayalah kan....belanja isi rumah jer bila dapat gaji dah cecah dekat empat lima ratus...tak masuk bil kan...kadang fikir bukan boro sangat saya ni...tapi semua tu sekadar perbelanjaan meneruskan hidup...fuuuuuh...


tak taulah tahun depan camana dengan kos tol dan minyak keter.....gajinya tak bertambah..sekadar tambah elaun yg tak dapat masa cuti belajar ni jer....kalau elaun tambah tu kurang dari kos berulang takper takut elaun yg tambah ni sikit tapi kos yg keluar berulang besar....kita tengok jerlah nanti samaada kering kontang ker tidak?


Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Maid~ akukah yang terlalu mengharap atau diakah yang tidak sempurna?

Assalamualaikum w.b.t



Tadi saya dah hantar Rika ke terminal One seremban, sepupu dia ambik bawa ke KL. Lega dan rasa bebas dalam rumah sendiri. Saya selalu rasa begitu bila ada maid. Walaupun ada rasa lega sebab rumah kemas dan teratur....walaupun kemas dan teratur tu tak capai standard kita harapkan namun okaylah daripada sepah eloklah kemas walaupun bukan semacam kehendak kita...



Sebab dia takde baru selesa nak kutuk dia...bukan nak kutuk sebenarnya tapi sekadar nak luahkan rasa. Berkongsi dengan anda semua mana tau ada idea boleh bagitau saya cara selesaikannya???


Letih dah saya ni cakap, tapi respon sangat mengecewakan. Bukannya apa, macam rasa cakap dengan hani lagi cepat faham dari cakap dengan Rika ni. adakah saya ada masalah kumunikasi atau dia yang tak faham bahasa? mungkin juga bahasa yang berbeza, budaya dan cara fikir yang tak sama buatkan kami selalu rasa canggung juga....


Ginilah pendek cerita...benda2 simple saya cakap kat dia tapi tetap dia tak boleh ingat, faham dan buat! Camna tu?


Macam baju, saya cakap kat dia, baju nak basuh tu kalau terbalik batulkan dulu sebelum rendam, kalau ada kotoran kan lebih bersih bila kita terbalikkan baju tu....tapi sampai sudah sampailah saat saya mandi baru kejap ni saya sarung baju kelawar yang saya sedang pakai ni masih terbalik jugak! dengan kedutnya toksah cakaplah..main lipat2 takde sistem ikut kepala dia jer....


Sudahlah masa basuh terbalik, masa sidai pun dia tak betulkan, masa lipat pun sama, dengan terbalik dengan kedut2 semua tak diregangkan main lipat ajerr...bukan tak pernah cakap dah banyak kali cakap dah! So, lama2 letih nak bercakap sampai rasa nak naik angin jer...so baik diam bebel depan laki jerlah.... baju2 kurung, jubah, baju pak haji semua saya suh sangkut kat hanger, tak payah lipat buat sakit hati tengok cara dia lipat! Orang indon ni tek lipat baju ker ek?



Hal dalam bilik pun sama, saya cakap nak sapu sampah angkat tikar pasal tikar dalam bilik tu jenis kayu ukir2 ada kotak2 lubang memang perangkap sampah lah...tapi sampai ke sudah macam tu jugak dia sapu...sekali angkat tikar tu memang sah2 habuk berkepul bawah tu....dan setiap kali angkat saya akan mengarahkan dia sapu dan mop semula......jadik kerja pulak kan? kalau saya tak angkat memang bawah tikar tu jadik tempat sampahlah...


Hal pokok2 kat depan pulak, saya dah cakap dah siram pokok tu pagi2....banyaaaak kali cakap tak jalan lama2 saya pulak pi angkat pasu2 bawak belakang susun tepi pagar belakang supaya senang kerja dia dah depan mata tak siram tak taulah...tu pun kadang saya ingatkan juga....saya kata masa basuh baju tu siram2kannlah pokok2 tu....barulah dia siram...yang berbaki tinggal kat depan tu sebab pasu besar tak boleh nak angkat memang nasiblah keringlah kalau tak hujan....


hal basuh depan pun sama....takde inisiatif langsung....kalau suruh baru basuh..dalam sebulan takde sekali....walhal patut bila keter takder jer kat porch tu cepatlah bertindak basuh porch tu....ni bila keter saya ada keter pak hj ada takkan nak suruh basuh lak... patut masa saya gi kelas basuh jer ataupun cakap jer suh saya park kat luar bukan susah...takdenya otak dia boleh fikir ke situ!


basuh keter satu hal...langsssuuuuung takde inisiatif nak minta tolong basuhkan keter ker..walhal saya dah bagi hint cakap kat dia....dah lama saya tak basuh keter ni ...sebab saya selalu basuh sendiri jer....bila suruh barulah buat...selama 4 bulan ni sekali jer dia basuh keter saya! patut dah buat kali pertama teruskanlah.... tu pun basuh cincai...dalam2 dashboard tak basuh langsung...cermin2 dari dalma tak lap...bahagian dalam keter tu lagilah rasanya tak sentuh langsung!


dalam 2/3 minggu lepas saya suruh dia vacum serena, memang agak besarlah van tu kan, tapi sebenarnya lagi mudah pada saya kalau nak vakum sebab kita boleh masuk berdiri membongkok sikitlah kalau nak vacum tak macam keter kembara ke merc ker kena vakum dari luar....


lama jugak dia vakum sampai saya pun terpaksa sound dia suh berhenti2 kan vakum tu sebab dia jenis vakum non stop vakum tu sampai termatilah enjin dia sebab panas sangat kot..tambah2 vakum tu jarang sangat digunakan...beli pun brand khind murah punya.... saya fikir lama vakum mesti bersih ni...sekali esoknya saya masuk keter saya tengok alahai pasir pun tak disedutnya....anatar tenpat duduk pemandu dan sebelahanya langsung tak divakum...bahagian tengah tempaty duduk pun sama...so apa yg divakumnya? saya malas nak tanyalah...baik saya vakum sendiri....antara langit dan bumi!


Blender pun camtu, dia boleh blend cili dari mula on tu sampai cili tu lumat dia tak berhenti2kan blender tu...saya cakap kasilah rehat.....jangan sampai panas enjin tu sangat...yerlah blender lama beli masa 2001 lepas kawin dah 9 tahun...kalau dikerah enjinnya sampai lebih 10 minit non stop teruklah member.... yg peliknya sampai sekarang cili dia blender masih ada biji lagi...sedangkan saya kalau blender takde bijik langsung? Tulah takkan blend cili pun saya nak buat sendiri???



pastu hal masak memasak, bila Rika ada ni barulah saya tau yang memasak ni walaupun simple tapi kalau takde skill memang hancusss...macam goreng ikan, pada kita simple kan? Goreng ikan bilis pun sama...tapi kalau bagi kat Rika, boleh jadi ikan tu luar masak garing tengah merah lagi isi ikan tu....terlah mana taknya, keluar2 peti ais terus dia tau nak goreng jer....pastu bukak api sikit punya besar nak kasi cepat garing kononnya...sudahnya luar masak tapi dalam berdarah lagi...


Goreng ikan bilis pun sama tau....kalau bagi kat dia goreng sekali pandang cantik garing kuning macam nak hangit ikan tu tapi sekali makan tak rapuh..ada liat2 tau..sebabnya api dia bukak besar sangat ikan tak garing tapi warna dah kekuningan...hah sapa cakap goreng ikan senang??? Cuba bagi kat orang tak reti ke dapur camtulah jadiknya.....kalau bagi Rika goreng cekodok pun sama....buruk jer rupa cekodok tu tau....macam tak garing tapi dah kuning kulitnya....bila makan isi dalam macam tak garinglah....tak sedap!


Tu sebab goreng ikan bilis [bila buat bubur nasi], goreng ikan, bahkan goreng telur mata kerbau saya rela buat sendiri....malah siang ikan yang dia buat pun sampai hari ni tak sampai standard saya ajar lagi. Walhal bukan susah siang ikan, dah berkali2 ajar dah...tapi kenapalah dia tak boleh buat macam saya ajar? Saya suh dia potong pipi ikan tu cantik...tapi sampai gondol pipinya tak selari dengan potongan badannya..tak cantiklah bila goreng..pipi dia macam takder...


Tu sebab saya rela siang sendiri..puas hati...saya dapat Rika ni macam saya nak ajar anak gadis sunti baru nak belajar ke dapur...semua serba tak tau....kalau ambik kunyit dalam bekas tu sampai nak meleleh2 keluar tepinya sedangkan yang bahagian dalam dah lekuk kena ambik..takkan benda2 tu saya nak ajar suh betulkan jangan sampai kunyit tu melimpah? saya plak kena betul2kan semua tu..kasi nampak kemas dan cantik...tak ker haru tu?



kalau peti ais tu toksah cakaplah....ilmu berkenaan peti ais ni tak taulah bila dia nak pandai..remeh dan banyak kerja sebenarnya...itupun mujur peti ais saya tu kecik satu pintu...tang peti ais tu memang saya letih dah nak cakap....memang tak masuk kepala dia kot? pertama kali jumpa peti ais agaknya...


Pada bahagian pintu tu, kalaulah ada tertumpah sesuatu, jangan haraplah dia nak bersihkan...samaada tak tau atau tak nampak saya tak pasti? tapi kau memang bukak hari2 takkan tak nampak. lama2 saya yang bukak segala bersila depan peti ais dan basuh sendiri ...pastu komponen2 dia saya suh dia basuhkan....so dia pastu tau yang semua komponen tu boleh bukakkan? tapi kemudian terjadi lagi kekotoran kat situ takde pulak dia buat ikut cam saya buat??? Dia biar jer.... Apa maknanya tu?


pastu kalau hal menyimpan benda dalam peti ais memang banyak kali cakap dah.....tak masuk2 kepala....kalau saya beli sayur macamana sayur tu macamtulah disumbat...kalau orang melaka kata 'lagi boleh dia hendal dia hendal' segala mak nenek dalam tempat sayur bawah sekali tu!


Ni baru jap saya cek tempat sayur saya tengok sebungkus roti canai segera [kawan suami buat] dia masukkan tempat sayur...mana boleh...dah tu saya tengok dah berkulat dah.....baru jer saya buang sebungkus 5 keping ni....pastu saya ni pengumpul tupperware..memang banyaklah tupperware kat rumah ni....dia bukan reti nak isi sayur2 dalam tupperware...main sumbat jer...sekali tengok kat bawah2 tu dengan tomato pun terhempap bawah tu...patut tomato masukkanlah dalam tupperware..dah cakap dah!


Cili kalau kita beli dalam plastik kalau tak cek atau tak cakap sampai cili tu busuk dok dalam tu...setiap kali beli saya pulak jadik kerja cek semula pastu basuh salin semula dalam tupperware yang sesuai....mula rajin jugak saya bagitau tapi lama2 letih baik buat sendiri ..kadang saya bagi arahan suh dia buat depan saya juga....tapi tulah bila saya cakap baru buat....dah lepas2 tu macam lupa....ker dia ada penyakit lupa?


SATU benda yang sangat saya pantang dengan dia dan banyak kali dia kena marah dengan saya ialah hal bila kita bertanya tentang sesuatu berkaita benda2 dalma rumah dia akan bantai semua jawapan dia dengan "TAK TAU:" sakit hati tak?


kau yang lipat baju, kemas dapur, kemas bilik, sapu rumah, pendek kata segala dalam rumah ni dengan 4 bulan kerja dia pasti akan tau duduk semua benda dalam rumah ni.... ikut logiklah....tapi sayang semua yang kita tanya majoriti jawapan dia tak tau! memang sakit hati nak tanya dia tapi terpaksa jugak tanya ... dah tu nak tanya sapa lagi?


Contohlah ni...hari tu kakak konvo kan memang dapat tudung baru sehelai untuk pakai dengan jubah....petang ni dapat esok saya tanya dia, dia jawab tak tau...saya kata eh takkan tak tau sah2 benda tu ada tadi..baru jap kakak cuba...lagipun tudung tu baru lain dari tudung sekolah dia..sebab tudung sekolah di dah buruk ...pastu saya suruh dia cari.....jenuhlah dia buka drawer cari sana cari sini! takper kita kasi can dia carik lagi...


agak2 lepas 15 minit saya tanya lagi sebab saya tengok dia dah dok bersantai atas katil..tak jumpa buk...katanya..kakak yang simpan sebab dia main tadi agaknya....amboi! sedapnya..memang kakak ada pakai taapi kekak ni feel dia bukannya reti nak simpan elok2...saha2 dia takkan simpan punya mesti ada kat mana2...


saya pun start carik dalam drawer kakak yang bahagian letak tudung2...saya dah agak dah kalau dia yg simpan mesti dia simpan dalam kakak punya drawer bahagian tudung....hah tengok memang sah2 ada kat situ elok terlipat...dialah yg lipat tu...boleh dia bantai kata tak tau! Ni satu contoh kes, banyaaaak lagi kes yang similar....semua bantai tak tau!


hari tu nak buat kek, nak guna pengacau kek untuk kacau dalam mixer tu..saya baru jer beli bulan puasa hari tu tak rasmikan lagi sebab raya takde buat kek....saya ada nampak benda tu kat rak pinggan hari tu...sah2 dalam hati saya Rika lah simpan ni sebab benda tu dah takde kat situ. pastu tanya dia dia bantai gak tak tau, jenuh nak terangkan baru faham..pastu carik tak jumpa2..saya plak nak cepat buat kek sebab pagi tu ada bayan masturat, nak goreng kuew teow lagi, nak rebus kacang kuda lagi nak kukus kek lagi....sudahnya saya guna senduk kayu jer....


Pastu dah selesai semua saya mulakan carian lah..sah2 dia yang simpan benda tu dalam stor malah dia dah carik tempat yang sama dsaya carik tapi saya jumpa macamana dia boleh tak nampak...saya carik baru jumpa! Apa nak cakap lagi?


Dah tercakap hal stor ni kena lah citer hal stor ni plak. haaaaiii tak taulah nak cakap pasal stor ni, mula2 dulu kemaslah pastu apa segala benda mak nenek dia main campak jer..langsung takde inisiatif nak susun bagi sistematik sikit....sampai kaki nak melangkah pun susah!


dah tu kain buruk semua dia main campak jer... ni kain buruk yang dah basuh saya citer ni....kain buruk pun satu hal gak..sampai hitam dia dok pakai taak basuh2 sampai dah kena sound baru reti nak basuh! dah basuh tu simpanlah elok2..bukannya maijn campak jer belakang pintu stor....namanya jer kain buruk tapi kadang2 kita buat lap periuk, pinggan, dulang, meja...haruslah kain buruk pun kena bersih..janganlah kain buruk alas kaki kau gi campur kain buruk lap mengelap. Ni ni main bantai jer semua dia rendam sekali. hangin tak???


satu hari tu saya panggil dia saya ajar satu satu, saya ajar kain buruk tu apa konsep dia..saya ajar dia lipat satu2 simpan dalam plastik elok2...entah tikus ker lalu pijak kain buruk tu kalau ko main campak jer dalam stor...hishhh masa taip ni geram tak sudah ni! Dah lah kain buruk main campak, pastu apa benda dalam stor pun sama, dengan mesin rumput main letak, dengan saprah makan untuk jemaah pun situ..hari tu disebabkan sikap dia main campak jer sampai saya punya oven butterfly jenis bulat ada cermin kat tengah tiba2 tengok melopong cermin dah takde...sekali tengok cermin tanggal ada kat dalam oven tu..rupanya dia hempap oven tu dengan benda lain...huii geram saya mujur dapat saya betulkan...hal ni saya malsa nak marah dia dah..dapat darah tinggi pulak nanti!


Pastu satu lagi dia tau main ambik jer kain lama dalam plastik hitam baju2 lama...tak reti langsung nak bertanya, sekali saya nampak gown hani yang saya tempah RM 35 dan beli kain cotton pun harga mahal gak, dia buat alas kaki, walhal cantik lagi baju tu....sama gak dengan baju tidur saya yang saya lama tak pakai mana ntah dia dapat dia buat alas kaki bawah sinki jugak...hal tu saya malas nak cakap lah! T shirt pak hj elok lagi pun sekali tu kak aza tegur saya, wa kan abang pakai lagi baju tu napa buat kain buruk? Apa nak cakap, takkan nak ambik basuk balik?




banyak lagi ni, mau bersiri2 kalau nak tulis....hal Tv tak citer lagikan? kerja kat rumah ni sebelah pagi jer...bila siap masak [saya selalu masak pagi2], dia bantai tengok tv mula2 sambil lipat baju pastu dah selesai hah mengadaplah TV dari pagi bawa petang berhenti masa maghrib pastu ke malam....saya dengan hani lepas maghrib dah berkurung dalam bilik dah...lepas baca taklim isyak barulah hani dilepaskan...baru dia join tengok tv....dari petang ke malam memang rika takde kerja melainkan masukkan kucing dalam sangkar dan buat susu hani sebelum tido!


Ni januari ni ambik Rika balik, saya nak buat jadual betul2...taknak bagi dia can rehat2 badan pun makin gemuk tau!











Wassalam

Seputar kisah anak2 tiri dan mak tiri hani....

Assalamualaikum w.b.t



Semalam pak hj telefon saya, ada isu baru sebenarnya. Hari ahad lepas saya pergi ke majlis taklim, ada bayan dari jemaah Indonesia yang keluar dakwah di sini...di surau taman saya sebenarnya.


Masa lepas solat asar dan dah habis bayan tu saya borak2lah dengan anak tuan rumah tu. Kemudian dia tanya saya betulker anak tiri saya Along dah kawin? Eh...saya memamg tak tau....


Dan boleh jadi juga memang sah Along dah kawin sebab dah lama sangat dah dia tak berhubung dengan ayahnya.


Malah hari raya hari tu pun diorang tak datang langsung jumpa ayahnya. yang ada telefon hanya angah saja.


Tapi pak hj takde kata apa, malah tak marah pun sebab dia tau yang anak2nya tu selalunya takde niat taknak datang ziarah ayahnya tapi mungkin maknya dah atur program ataupun tak benarkan anak2 jumpa ayahnya.


Sebab beberapa kali ada hints yang menunjukkan mak diorang tak benarkan anak2 jumpa pak hj. Ada sekali tu masa Along kat rumah pak hj di PD maknya call Along kata dia ke bandar, tak berani dia nak berterus terang kata dia jumpa ayahnya.


Baru2 ni saya tanya pak haji khabar along sebab memang dah lama sangat tak dengar khabarnya. pak hj kata last dia berhubung dengan along ialah dia ada minta Along belikan dari madu pure dari yaman..memang selama ni Along yang belikan dari kawannya, tapi bila ayah dia call last sekali hari tu dia kata masih tak beli lagi.


Tu sebab ayahnya tak nak call sebab taknak along rasa bersalah sebab tak belikan lagi madu tu....saya jawab saya kata apa pulak abang takut dia rasa bersalah, abang call jerlah sekadar tanya khabar...takkan seorang ayah tak boleh nak call anak?


Tapi pak haji kata takperlah....entahlah saya rasa budak2 3 beradik tu rasa diketepikan. Yerlah ayahnya dah dapat 2 isteri baru dan 5 anak baru...tambah2 mak diorang tak berapa suka diorang jumpa ayahnya...


Dan kerenggangan ni lagi ketara lepas kes harta sepencarian tu..memandangkan mak dia tak dapat apa2 yang dituntut sebagaimana kehendaknya dalam tuntutan tu maka hubungan tu lagilah renggang. Nak2nya Angah pulak ada tolong masa setup homestay di PD tu...mesti dalam kepala angah fikir ayahnya banyak duit, dengan beli perabot, repair rumah....dia mana tau kos tu kami keluar secara bersama...dia ingat duit ayahnya kot?


Pada sayalah .... sebagai anak diorang patut fikir yang ayahnya ni bukan ada pendapatan besar, dengan anak berderet, nampak jer ayahnya senang dengan kereta berderet [2 kereta pak hj, 2 lagi kereta bini2, rumah 3 biji [walhal 1 rumah dia, 2 lagi rumah bini2]...takdelah senang mana...


Lagipun semua anak pak haji bukan muda2 lagi....memang tak perlu bantuan ayah dah....bagi mak ayah yg tak bercerai pun dah lama dah patut anak2 berdikari..malah saya umur 19 tahun dah tak menyusahkan mak ayah minta duit....lagipun diorang bukan tak pernah dibantu ayahnya..lepas bercerai sampai umru 21 tahun ayahnya dipotong gaji mula2 RM300 sorang dan kemudian ubah perintah jadik RM200 setiap seorang...tapi masuk akaun maknya...tu yg dulu dengar yang maknya sekat duit tu..tak bagi terus pada anak2...dan anak2 tak tau ingat ayah yg tak bagi sebab diorang masa tu tak ambik tau kisah mak ayah ni...tau dapat duit bulan2..


malah lepas bercerai setiap bulan pak haji berulang tengok anak2 di madrasah, Iza di pahang/trengganu dan Along di Kubang Bujuk trengganu, hantar Angah sampai ke yala....thailand. Saya dan kak aza yang jadik saksi temankan ayahnya gi ziarah anak2....


Saya rasa takde sebab budak2 tu nak buang ayahnya dari kamus hidup diorang. dahlah ayahnya sakit...tak terfikir ker diorang yang ayahnya ingatkan anak2 nya tu. Walaupun dapat anak2 baru ni tapi anak2 tu yang dah dididik dengan agama dan ketiga2nya jadik hafiz dan hafizah...


Memang pak hj terkilan, terkilan sangat2 sebab cara didikan dari awal dah betul dah malah ketiga2nya dah jadi hafiz hafizah....tu pun bagi pak hj dah memadai...tapi takde langsung diorang kenang jasa ayahnya tu...sekurang2nya telefon tanya khabar....jangan harap ayah jer call....kalaulah pak haji mati...entahlah memang diorang rasa nyesal kot...tapi entahlah diorang fikir ker tak pasal ayahnya ni?


Along sekarang dah jadi akauntan..katanya di smart reader kids...angah pulak dok umah jer jaga mak dia kot...Iza pulak dah tahun akhir ambik syariah..jadik lawyer syariah lah kot? Gitulah kisah anak2 pak hj...


Tu sebab pak haji hantar anak2 kecik2 ni ke madrasah awal2 sebab dia nak mengulang semula apa yang dicita2kan dahulu yang tak kesampaian....kalau boleh dia nak bina madrasah di tanah pasir panjang PD tu....Uda dah ke Penang..seawal usia 10 tahun dia dah dihantar ke madrasah, Syakirah pulak tahun depan ...pastu diikuti dengan Suhaila....pastu dah sedia nak hantar Zubir pulak....


Pak hj pun tak taulah samaada dia sempat ker tidak nak tengok anak batch ke 2 ni jadik hafiz/hafizah....kalau budak2 ni cepat hafal quran..let say uda dapat hafal dalam 6 tahun, 16 tahun dia akan jadi hafiz....maksudnya pak haji umur 59 tahun...suhailah dan syakirah kalau hantar awal saya rasa budak berdua tu memang cerdik...tapi 6 tahun lagi dah period dah...akan ambik masa nak hafal...kalau hantar awal mungkin cepat sikit hafalnya kot...


Tulah kisahnya.....


Okay...pasal saya nak keluar 40 hari ni nampaknya saya akan hantar hani ke rumah kak aza jugak sebab pak haji cakap...susah hantar kampung, lagipun kalau hantar nak kena bagi duit siap2 katanya....elok hantar rumah kak aza jerlah...


tapi saya tak cakap dengan pak haji lagi hal kucing dengan Rika ni mana nak letak. Kucing mungkin boleh hantar tempat pelihara kucing tu...Rika pulak kalau ejen dia tak datang...terpaksalah letak rumah kak aza jugak....susah betul nak fikir ni....


Pasal hani pulak, saya cakap kat pak hj dia nak balik kampung jugak....tapi pak hj kata dia akan pujuk..selesia satu kes...hani dengan ayah dia memang dia hormat..apa ayah cakap semua okay sajer....tapi masa saya suh dia cakap dgn ayah nak duk kg dia malu nak cakap sebab dia dah tau yg ayahnya memang suh dia duk dengan ummi....


Rasanya hani okay jer tu...dia tak jumpa zubir, syakirah dan sofiyyah lagi...dah jumpa nanti lupalah kampung tu....cuma sebab uda takde tu yg dia keciwa sikit sebab dia dengan uda memang ngam...sampai termimpi2lah dia kat uda sejak uda dok madrasah kat penang ni....









Wassalam

Monday, November 16, 2009

Gambar sekitar konvo hani

Assalamualaikum wbt


tarikh : 14 Nov 2009
tempat : Klana Resort, Seremban
perkara: Proze giving and graduation day Murni Childcare and education centre
tema : Towards greater parent involvement in ensuring quality children


Last session~ menyanyi lagu ntah apa ntah, khas untuk guru...masa nyanyi lagu ni saya spot beberapa ibu bapa, guru dan budak2 ni nangis sedih...yerlah ada yg hantar anak kat Murni cdc dari anak tu baby lagi....



hani sedang baca doa naik kenderaan

Seuka tengok dia pakai tudung ni kemas jer, tu baju raya kakak saya jahitkan....


6 pelajar yg buat persemabahan bacaan doa, dari kiri Hani, hana, jaja, amirul, zaid dan iliya hananiah....


Ni buat persembahan membaca gaya wawasan...





gambar hani dipamer di luar, ada 59 pelajar 6 tahun, dan 14 orang dapat first class, 28 kelas kedua tinggi, 17 kelas kedua rendah dan 17 kelas ketiga. Kelas pertama bermaksud habis silibus mengaji dan membaca cahayaku...bila tamat cahayaku sambung baca Ladybird, Hani dapat kelas pertama dan sekarang dah baca ladybird buku 5b...




Buat persembahan tarian oh mickey....rancak betul lagu ni, pak hj kalau tau anak dia terkinja2 menari sure bengang dia...tu pasal dia tak datang tu...






Semasa buat persembahan nyanyian Do Re Mi...sound of music, panjang giler lagu ni tapi budak2 ni hafal....lancar jer...







Ni semasa buat mempersembahkan 'santapan jiwa pagi' silibus wajib Murni CDC setiap hari 15 minit, ada bacaan doa, surah, modul keselamatan dll....








Semasa tunggu nak buat persembahan....pack sungguh, ibu bapa kelam kabut jugak nak siap2kan anak, sebab kejap dah kena naik pentas...mujur juga berselang seli dengan cawangan lain....Murni CDC ada juga cawangan di KL di Vista Angkasa....


Ini gambar sekitar konvo hani hari sabtu lepas. Konvo tadika dia ni memang grand. Dari pagi jam 7.30 sampai jam 6.30 petang baru selesai. Tu pun saya tak gi tea break sebab dah terlalu lama rasanya kat hotel tu.






Saya balik jer walaupun dah bayar untuk makan RM 70 sehari tu. Sebab pak hj dok rumah malas nak pergi. Saya bawak Rika jer.



Penat ambik gambar. Letih sebab kamera tu godang sangat. Dah tu lens jarak jauh jer....pakai lak auto fokus....memang lambat lah..dengan gambar gelap lak tu...saya rasa kamera kompak lagi sesuailah.



Dengan pencahayaan yg teruk. Dahlah penat upload gambar ni.. cerita ceriti kemudianlah...
Wassalam

Saturday, November 14, 2009

Hari terakhir persekolah Hani....detik sekali seumur hidupnya...

Assalamualaikum w.b.t



hari ni 13 November, insyaallah hari terakhir hani ke sekolah. Sebenarnya sekolah hani ni takde istilah cuti melainkan cuti umum. Cuti semester pun diorang sekolah juga sebab target sekolah ni adalah juga untuk memudahkan ibubapa bekerja yang bukan guru. Takdelah bila cuti sekolah melilau nak cari tempat letakkan anak....anak tetap sekolan cam biasa dan belajar cam biasa....


Dan hari ini saya yang sengaja bagi hani cuti awal sebab saya malas nak hantar ambik dia ke sekolah....dan salah satu sebab saya nak keluar dah.....o bagilah dia rehat awal....dah dua tahun sekolah penuh....jemu jugak kot....nilah wajah Hani Suhailah pada hari terakhirnya...hari ni datang pun lewat...

Senyum manis berdepan dengan guru, nak mula mengaji dah ni....dan seterusnya baca story book, Ladybird

Ni suasana kawan2 kelas yang sungguh happy tiba2 ada mak yang menempel nak ambik gambar anaknya....sekadar catatan dari kiri, Sharif, Amirul..lain2 tak ingat nanti update tanya hani...
Ni kawan kelas perempuan....jaja, Iman, Batrisya, Dina, hana, Sarah, hanania, Hana dll....atas meja bersusun tu buku pesanan ibu/bapa-guru, datang jer sekolah buku pesanan kena letak atas meja utk cikgu baca dan tandatangan...tulisler apa sahaja benda nak tanya cikgu dan macam2 maklumat anak, pengumuman, hadith, adab dalam tu cikgu tulis utk mak ayah baca kat rumah...bagus sekolah MURNI ni....saya suka sistem ni...kita tau hari2 apa anak belajar dan buat kat sekolah....


Hani dah standby nak mengaji, saya sengaja belikan Quran berkilat memancar2 sebab Quran jenis ni seni khat/tulisan dia sangat senang untuk kanak2 6 tahun baca, takdelah huruf2 berbelit dan bersimpul.....hasilnya hari2 Hani baca lancar sejak naik Quran ni....


Hani lagi...actually dia malu kena ambik gambar ni....tak pun malu kot dengan perangai maknya ni yg sanggup masuk kelas minta izin cikgu nak ambik gambar anak tunggal saya nih...tu yg taknak pandang kamera tu...





Ini cikgu Imah....beliau pun ada anak sorang jer....dah lah sorang special pulak tu....bagus cikgu ni, saya suka....bukan guru kelas hani tapi esekali ajar jugak ngaji...



Dan ini baru guru kelas hani, Cikgu nasreen aka Reen....cikgu paling garang sekali, pernah hani balik cakap nak berhenti sekolah sebab cikgu reen garang sangat....heheee...tapi saya sms cikgu tanya apa citer? Benda kecik jer, cikgu bukan marah dia pun....jiwa sensitif hani ni....menurun ayahnya lah tuuu...



Esok, 13 November sekolah hani Konvo di Allson Klana Resort Seremban...hani masuk tarian Oh Mickey, percussion band, nyanyian DO RE Mi [sound of music], nyanyian lagu membaca gaya wawasan dan persembahan solo membaca doa menaiki kenderaan.




Dia sedih sebab tak terpilih dalam persembahan solo dalam setiap lagu tu..asalnya Teacher Malar suh dia masuk poem, tapi cikgu reen kata tak boleh ebab dia dah masuk 'baca doa' pastu balik hani bebel2 kat saya katanya Amirul boleh pulak masuk banyak acara...




Saya tanyalah kenapa yang suka sangat nak masuk solo tu...alaahaaai katanya sebab dapat pegang dan nyanyi guna mikrofon...tu jer???





pastu saya keluarkan speaker dan mikrofon yang memang ada, speaker dan mic ni guna untuk jemaah datang, masa bayan memang penceramah akan guna mic....so sakan lah hani berjoget berdondang menjerit sana sini pakai mic.....




Bila saya nak cakap dengan cikgu reen suh kasi can mana2 persembahan tambahan kalau solo ataupun gantikan sesapa yg agak2 tak mampu, hani tak benarkan saya call cikgu pulak...so tu jerlah acaranya yg dia masuk...
Pak hj ada sini lagi ni tapi esok tak nak ikut ke konvo....dia tak suka pasal ada dengar nyanyi2 menari apa semua...memang dia menyampah semua tu...so esok pergi dengan si Rika jerlah....

Wassalam

Friday, November 13, 2009

Seputar isu keluarga kecil kami

Assalamualaikum w.b.t



21 hb ni kan saya akan keluar 40 hari masturat bersama suami, tepatnya kami akan keluar di kawasan Sungai Petani.


walaupun saya dah cakap dengan suami mungkin saya tak boleh menggenapkan jumlah 40 hari tapi pak haji suh doa juga moga2 Allah pilih. Itulah saya dah doa dah...Allah pilih atau tidak tak taulah...harap2 Allah pilihlah...


Asalnya saya setuju keluar 40 hari sebab saya ingat mula kerja 7 januari. Elok sangatlah top up dan perbaiki iman dan jaga amal sebelum mula kerja ni. Tapi tiba2 dapat maklumat mula kerja 7 disember. Nak patah balik saya serba salah sebab nama2 couple yang nak keluar ni dah dimajukan ke markas Tabligh [masjid] seri Petaling. dah diluluskan pun sebab masa tu takde apa2 masalah berbangkit!


dan jemaah untuk kami keluar ni pun dah dibentuk, akan join dengan jemaah dari Trengganu sebab dari Negeri Sembilan ni ada 3 couple jer...


Saya dengan suami, pasangan guru dari jelebu dan pasangan pengusaha susu soya dari Senawang. Campur beberapa couple dari Trengganu dan markas dan tetapkan kami ke utara, kawasan sungai petani....


Walaupun jemaah tabligh ni bukan organisasi berdaftar tapi dari pemerhatian saya, kerja2 mereka semua ada sistem, ada laporan, ada kertas cadangan [utk keluar ni] sebab usaha ni bergerak satu dunia...tu yg saya pelik + kagum tu... dalam pada ada segelintir yang selebet2 tu, semua hal sedalam2nya diperhalusi termasuklah menangani masalah kecil, elders di markas akan pastikan anak bini terpelihara masa suami keluar..dan berapa belanja mereka untuk keluar, siapa ahli marhalah yg akan ziarah mereka dan berapa keperluan yang ditinggalkan juga kena diisytiharkan ... sebab nak elak fitnah dalam buat usaha agama ni...


dan say ecara diam dah bincang dengan Rika dan hani yang hani dan Rika akan dihantar balik ke kampung. dah bagitau mak pun. Semua pun okay berjalan lancar...hani suka sesangat nak main2 dengan sepupu dia kat kampung.


Saya pun teruja juga sebab saya nak dia rasa hidup kat kampung lama sikit..biar dia rasa zaman kanak2 yang indah, ada memori dan kenangan manis untuk dia ingat bila dia besar nanti....


Sedangkan di rumah saya ni apalah yg ada sangat, kenanagn main games, kenangan tengok tv, cd....naik basikal pun hani tak pandai lagi. Kalau duk kampung saya percaya yang dia akan merasa semua yang indah2 sahaja...


lagipun tahun depan dah darjah satu, jadual harian dah pack sangat dah. Apa yang saya tau sekolah ABIm ni memang pack ada 18 subjek. pagi petang. Ada bekas pelajar tadika MURNI yang hani sekolah ni menangis taknak sekolah sebab tak tahan, kerja sekolah banyak, masa lama kat sekolah, masa tadika tengahari boleh tido tapi dah darjah satu, petang mengaji, hafalan, sirah, bahasa arab dll....tu yang awal2 saya nak kasi hani rest betul2...


Tapi tiba2 semalam bincang secara detail perancangan masa keluar ni, pak haji cakap suh hantar hani ke PD.....dammm!!


terkejut beruk jugak saya....sebab takde hint apa pun dia bagi...sebab kan dia tau saya dengan kak aza perang dingin....yerlah takdelah cakap perang depan dia tapi dia tau kami takde sms lagi cam dulu2 tu....



Yang lagi buat saya pelik, dia siap dah tanya kak aza dah, eh bukan tanya dah bagitau kak aza dah ypun ang dia nak letak hani kat PD. kak aza dah setuju pun , takde masalah cuma kak aza taknak si Rika pulak. Dia nak hani jer....mesti dia meluat dengan rika yang kerja lembap dan payah nak faham arahan....[tajuk ni nanti saya citerlah..memang dah tak tahan sangat dah ni sabaaaar jer!]


Jadik pak haji dah cakap kat agen, selasa ni rika akan balik rumah agen dia. januari baru ambik balik. Bila saya mula kerja dan dah balik keluar 40 hari...


lagipun disember ni saya akan berulang dari seremban-putrajaya. Mungkin febuari akan dipertimbangkan untuk carik mana2 rumah sewa ataupun mohon duduk kuarter ajer. Buat masa ni bagi hani sekolah kat SRI ABIM Seremban dulu. nanti baru recce kot2 ada SRI ABIM kat area Putrajaya, Serdang, bangi atau mana2...


Dan selepas tu mungkin nilai balik keupayaan saya dari segi tenaga, kos dan masa samaada berbaloi untuk duduk seremban ulang alik atau lebih elok carik rumah sewa jer...


Giliran pun dah diperbincangkan. memandangkan saya kerja dan berulang, pak haji akan balik Jumaat petang sampai isnin pagi dia balik PD semula. Dapat 3 malam pun jadikler kan?...cuma dok fikir ni lagi kecillah kebarangkalian nak dapat anak....masa makin kurang, letih dan stress lagi...eh cakap macam tak redha dan yakin dengan Allah jer...eh tak2, apapun kita usaha, Allah tentukan okay!


tahun 2000 dan 2001 memang saya berulang serdang-jalan duta pastu seremban-Putrajaya, tapi itu dah berlalu 10 tahun dulu. masa tu baru kawin muda belia, emangat nak berulang sebab nak jumpa laki....tapi sekarang umur dah meningkat, larat ker tak larat itu persoalan utama dan saya taknak nanti saya hormon tak stabil pastu marah2 dah penat berulang saya salahkan pak haji plak...


So secara dasarnya idea untuk duduk putrajaya atau kawasan berdekatan mungkin akan dipertimbangakan cuma tindakan akan diambil selepas saya mencuba berulang dahulu dan juga bergantung nanti kepada tempat sekolah Hani jika ada lah, adakah yang sesuai!



Okay, balik citer hani, okay ker kalau saya jadikan ini batu loncatan untuk berhubung semula dengan kak aza. Tadi pagi suami cakap kak aza takde apa, saya jer yang emo lebih....dia buat macam hari tu [kes zubir dan kes homestay] atas dasar dia taknak masuk campur hal pergaduhan kami, takut nanti jadik lagi besar!


Tu suami cakap....saya tak tau betul atau tidak sebab kak aza bukan suka cerita soal hati dan perasaan dia [berdua heart to heart] dengan suami, hanya seputar soal hati dan perasaan sebagai ibu dan sekitar isu yg melibatkan anak2 mak dia dan kakak dia...jarang dia bincang macam saya..yg asyik tanya, abang sayang saya tak? mana anak abang yang abang sayang lebih? Ada tak ketikanya abang rasa menyesal kahwin banyak? kalau kita gaduh tu takkan sikit pun abang takde rindu kat saya? hah saya dengan pak hj memang cam budak2 dan suka merepek tanya bukan2....selalu tanya soalan2 macamtu sajer kasi sesak dada suami nak jawab!



jadik, saya pasti yang kak aza tak ada cakap apa2 kat pak haji, mesti pak haji yang buat andaian. saya kenal sangat dengan kak aza tu....dia lebih boleh cakap soal hati dia dengan pak haji pada saya daripada cakap dengan pak haji....sebab dia pernah cakap camtu kat saya...sampai saya pernah nasihatkan dia baik akak terus terang jer cam saya ni...tapi dia kata dia tak boleh...yerlah masing2 kan lain cara....cara dia tunjuk sayang dengan masak, jaga rumah, jaga anak2...saya pulak tunjuk sayang dengan tanya, borak, belek, pandang, peluk...yerlah bayangkan masa saya dengan pak haji memang solid dok berdua hampir 70% masa...sebab hani kan sekolah..malam jer...pastu siang saya mana ada kerja sangat [kerja rumahtangga semua Rika buat]...so saya dok borak dan belek pak haji jerlah..



Patut ker tidak yer saya letak hani kat PD...??? saya takut aa isu berbangkit nanti....sebab saya kalau letak hani saya akan bagi duit upah jaga sekali. tapi kali ni macam takde keinginan nak bagi upah jaga...saya nak bagi kat mak saya plak...tapi nak engkar cakap suami memang saya takkan mampu...harapa2 allah bagi petunjuklah sehari dua ni....ikhlaskan hati saya dan harap saya dapat berlapang dada dengan kak aza....









Wassalam

Thursday, November 12, 2009

Lepas subuh dah gaduh...

Assalamualaikum w.b.t



Wahhhh....dapat naik kuda emaslah disyurga nanti untuk kami suami isteri sebab saling kejut mengejut buat solat malam [ada hadith yg kata suami isteri yg saling kejut mengejut utk solat malam akan diberi naik kuda emas mengelilingi syurga], sajer jer citer bagi motivasi kat kawan yg baca ni, sampai terkujatlah suami siap jeling2 jer saya pagi2 ni masa bawak sejadah dan telekung solat kat tepi dia...wahhh pertama kali saya bangun bersekali dengan suami sejak akhir2 ni...kalau tak hmmm agak2 dia nak balik surau solat subuh tu barulah saya bangkit...dasar bini payah betul nak didik ni


kalau tak dia jerlah yg gigih dalam terkesot2 jalan tu subuh sapi'e dah ke bilik air buat persiapan tahajud dan terus ke surau...selalu saya memang terbangun awal sebab suami memang set alarm kat hp dia awal sangat selalu gaklah menyumpah dalam hati sakit teling bunyi alarm tu tapi takde plak bangun terus, kadang saya matikan hp tu...pastu mesti lentang lentung dia buat kerja, kalau saya tak siapkan persalinan dr malam siaplah terpisat2 kena bangun jgk gi ambik jubah/seluar dia kat bilik lain....pastu bukan gi ambik wudhu' siap leh tido balik tu!


Kadang geram jgk tak masuk subuh dah bising2 kejut saya...suh tahajud lah tu saya selalu jarang bangun, tapi tak leh tido gak sebab dah bising terutama masa dia buka mangga grill dengan sebelah tangan dia...dengan bunyi kunci lah...


Saya plak punya style kalau dia ada saya tak suka tunjuk2 nak bangun solat tahajud ker hajat ker..entahlah....taknak nanti dalam hati ada perasaan macam nanti buat tu sebab suami ada....[jgn ikut saya sebab sebenarnya kita buat amal mula2 kena paksa w.pun pura2, lama2 baru datang ikhlas] saya plak masa dia takde baru saya selesa nak bangun malam solat ni, lebih khusyuk....tambah2 takdelah subuh sapi'e lagi dah nak kena mandilah apalah...tapi suami gigih tu, sebelum subuh2 dah mandi [tp dgn air panaslah...dia pantang air sejuk sejak stroke ni]


pastu kan....pagi2 ni, lepas dia balik surau dia tengok saya dah mengadap lappy...siap perli.."buat tesis ker tu?" sajalah tu dia nak guna tu..pc takleh pakai, mouse punya USB pc takleh detect...so takde mouse takleh pakailah pc tu....tu yg berebut lappy lak! Mula2 syok2 jer borak dna bincang siap booking online lagi tiket ke Phuket untuk Jun tahun depan...nak gi jalan2 dah lama tak jalan,kan sejak kena stroke ni mana ada gi jalan macam dulu?


Dan pagi ni jugak kami suami isteri dah gaduh. Geram betul, dah lama tak gaduh sya iyerkan ajer kata2 dia selalunya tu...tapi tadi sampai saya give up terus gi dapurlah.


Tapi sama saya nak jalan nak gi dapur tu sempat gak saya bebel kat dia..."kalau bidang abang tu takperlah, ni bidang saya...kasi chan lah saya menang...abang tu tau apa...., teknikal abang taulah...kalau cakap pasal undang-undang tu kalau abang nak cakap abang bacalah akta tu dulu"..


Saya dengan suami memang tak sebulu kalau bincang hal2 politik, hal semasa dan hal2 kerja saya. Memang macam langit dan bumi!


Maalahnya kalau gaduh dia taknak kalah tu yg tak tahan tu! Walhal terang-terangan fakta dia bagi tu banyak auta dari fakta! saya taulah kan...bidang saya...


saya cakap ikut law...dia pulak cakap petik ikut media alternatif, ikut blog....ala kalau media mainstream pun sekarang banyak dah yg buat lapor salah/berat sebelah/ tak ambil dr sumber yg sah dan berautoriti...main cedok jer...


bagi masyarakat yang tak tau memang banyaklah benda dan diorang plak tak usaha dapatkan info dari banyak pihak maka makin banyaklah persepsi negatif...


Sudahnya pagi2 ni kami berdua yang gaduh...selalu saya diam jer iyerkan ajer tapi kadang2 geram tul! Kalau diam makin dikutuknya pulak?


kalau dia tuduh macam2 [...alah sama jerlah cam tuduhan dalam mana2 blog alternatif] pasal kerja kami bidang kuasa kami...memang saya naik angin sikitlah! yerlah tempat kita cari makan...sikit sebanyak sayang jugak w.pun tak cinta sepenuh jiwa,kan?



kenapa tak charge orang tu, kenapa orang ni boleh lepas, alah orang bpr tak buat kerja....pergilan siasat 'R*smah *ans*r...apasal boleh naik kapal mewah tahap jutawan arab?


Apasal tak charge khir toyo, tu azalina sa*d, Khali* Ibrah*m.....macam2lah dia asak saya dengan persoalan2...


Alah kalau buat kerja pun tak betul...sampai orang kena siaat pun mati!!!!



Amboii dah lebeyyy tu...tu yang malas nak gaduh dengan dia, kita cakap ikut law...dia main bedal jer....



Pastu dia lak tengah baca kat malaysiakini Nik aziz kena taja gi haji dia kata takleh siasat...saya kata boleh...kata dia biarlah...dah orang nak bagi..ambik jerlah..bukan ada kepentingan...



Hah tulah cakap ikut sedap mulut lagi....tu tu...abang tengok buku akta depan mata abang tu sikit....abang jangan main cakap jer...baca...baca...pastu baru bincang ek...


Ahh..malas nak layan abanglah....abang bukan tau Akta...main hentam jer...tak nak kasi chan langsung wan menang ek???



Pastu yang geram tu....dah gaduh2 pastu sedap jer cakap...dah..dah..gi buat cekodok ikan bilis....


Amboi lepas besar2 tekak gaduh dan juling2 mata pandang saya boleh plak terus arahkan buat cekodok!



rasa nak cakap jer..."taknak,....abang buatlah sendiri....nak sangat menang,kan?


tapi saya taklah sejahat tu....dengan penuh hemah dan kasih sayang dalam hati bengkak jugak ni mengadun cekodok...pastu siap2 hidang terus hantar hani ke ekolah..hani lak hari ni kena gi cepat, 7.30 kena ada kat sekolah sebab nak rehearsal di hotel untuk konvo sabtu ni...


Seronok bukan main lagi...seronok dapat naik bas....pergi dan balik hotel tu....


Wassalam

Tuesday, November 10, 2009

Hijrah ke tempat lama juga akhirnya....

Assalamualaikum w.b.t


Jauh disudut hati saya mengharap juga yang saya akan dicampak ke tempat baru yang betul2 baru. Macam hantar ke Keningau ker, Tawau ker, takpun cawangan teluk Intan atau raub ker?


Tapi nampak gayanya takdelah terlaksana hajat saya tu. Esok mesyuarat pra pertukaran di hq...nama saya naik untuk ke bahagian komunikasi keparat korporat, ibu pejabat Putrajaya.


Saya 50-50 sebenarnya. satu sudut saya suka, sebelah lagi rasa macam tak suka. Nak rasa tempat baru, yang betil2 baru. kalau boleh nak yang ada suasana kampung2, yang kalau kita dok kat sana takde sapa kacau.


Owww...sungguh saya tak suka di hq... sebab saya tak suka glamour, saya tak suka bersosial, saya tak suka orang kenal saya, saya tak suka menjadi antara orang yang akan dicari!


Saya tau kemampuan saya, saya tau limit saya...saya ni kalau boleh orang tak perasan kewujudan saya pun takper [lagi suka]...dulu muda2 lainler, masa tu ada jugalah pegang prinsip dalam diri supaya jadik macam seolah2 "pemergian diratapi, kehadiran dirasai".


tapi sejak 30 an dan jadi mak-mak ni takde rasa nak gila glamour dan sanggup nak berkorban apa saja untuk kerjaya. tak nak dah rasanya!


Tapi nampak gayanya bahagian yang saya nak kerja ni bahagian komunikasi korporat...macam tak match jer dengan jiwa dan penampilan saya ni! Malas lah nak deal dengan reporter, dengan orang2 luar, dan malas juga nak deal dengan datuk2 dalam sana tu!


Sebab sudah tentu kalau dah kerja kat hq dan pejabatnya sama tingkat dengan datuk2 top manaegement tu...nak taknak tempiasnya kena juga kat kita...


Tadi saya gi jumpa bakal pengarah saya [rasanyalah]...kebetulan jer, saya pun xtau saya akan ditenmpatkan di sana...sebenarnya saya nak jumpa dia untuk dapat bahan buat tesis...saya pun tak mahir lagi carta organisasi di hq ni [memang selama ni tak ambik pot pun] ...sudahnya sebahagian masa dia bercerita macam2 kat saya..mungkin agaknya nak bagitau keadaan dan ruang/bentuk kerja saya nanti...


tadi tengok2 rupanya dibahagian ini sahaja, ada 3 pegawai yang pernah bekerja di negeri sembilan ...dan dah tentu saya dah biasa kerja dengan diorang. Dua darinya dibawah saya masa saya jadi ketua unit siasatan..dan satu lagi, bekas timbalan pengarah saya...kiranya dia akan jadi bos atas saya nantilah...tapi dengarnya dengan kedatangan 3 orang ni [saya dan dua lagi coursemate saya sekarang yang akan dimasukkan ke bahagian kajian dasar-juga di tingkat 7 ini] bekas timbalan pengarah saya ni akan ambik post lama dia di N9 sebab post tu tak diisi lagi sejak dia pergi...[pos saya pun masih kosong juga tau]


Bila kenangkan hani yang akan sekolah darjah 1, saya rasa nak merayu jer balik N9....tapi bila kenangkan balik n9 nanti dengan pengarah baru dan orang bawah pun ramai budak baru dan yang paling penting, saya taknak dah buat kerja siasatan, maka rasanya redha jerlah kerja di HQ...cuma kena berulang tu tak tahan...kalau area seremban 2 atau nilai oklah jugak, saya punya rumah ni jalan nak ke Kuala pilah..dah penghujung seremban....kalau nak mudah dan cepat masuk tol senawang jer... kalau tol seremban lebih 15 km jaraknya...


Orang lain lagi besar korban,kan Azwa? Saya takat ulang alik dari seremban-Putrajaya apalah sangat? Hal kerja tu bila fikir pun ada risaunya jugak...ikutkan saya nak ke bahagian pendidikan masayarakat atau bahagian perundingan dan pencegahan. jiwa rasa lebih sesuai..bagi ceramah, buat seminar dan bekerja dengan masayarakat...tapi dengarnya bila diorang [yg tepatnya orang no 2, Timb Ketua pesuruhjaya] tau saya satu2nya peg yang ada kelulusan kewartawanan tu yg ditarik ke korp kom ni....


Bila dah tau ada orang perlukan kita ni, rasa cam expectation diorang tinggi sangat pulak, sedangkan saya ni bukan berkemampuan sangat..nak ketengah ketepi pun tak pandai...nak bergaya lagilah....saya ni lebih pada pendekatan down to earth jer...takdenya nak memandang ke atas dan wawasan melangit ~tu bukan sayalah tu!


Nak-naknya lepas berumahtangga ni lagilah padangan saya pada kerjaya dan kehidupan sangat berlainan dari dulu....takdenya nak tunjuk pandai, kalau boleh sorok muka ni jangan bagi orang kenal lagi saya sorokkan!


Ikutkan hati, habis kontrak dengan JPA 3 tahun ni dah fikir2 nak berhenti...nak buat projek ternak itik dan ternak kambing! tapi bila dah kerja nanti sure jadik lain pulak? harap2 pengalaman buat kali kedua kerja di Putrajaya ni akan beri saya satu persepsi baru tentang kerja di jabatan ni lepas penstrukturan semula ni...saya nak tinggalkan zaman stress dan tension masa kerja kat N9....

Wassalam

Perang dingin dengan maduku?

Assalamualaikum w.b.t



Entah macamana benda ni bermula sukar saya nak jelaskan. Dan tak taulah bila ia akan berakhir?


Mungkin perang dingin ni bermula dari tarikh saya ke homestay paang penapis air tu. dan mungkin juga sebelum2 tu. Entah?


Saya salahker?


Mungkin saya salah sebab saya tak banyak cakap dengan dia masa saya datang tu.


Tapi kenapa dia pun tak cakap apa2 dengan saya? Musykil!

Baru2 ni saya terbaca pesanan kak aza dalam hp suami dia suruh suami bawa balik alas untuk PU zubir.


Alas getah tu dia bagi masa zubair duduk sini dulu untuk buat alas kalau zubir tekencing masa tido. tapi zubir taknak gunakan pun.


Pastu pak haji ada cerita buku cahayaku 1 zubir dah habis baca [guna suhailah punya buku dulu], dan sepatutnya dia kena sambung buku cahayaku 2 dan buku tu ada kat rumah saya..suhailah punya....dan pak haji nak saya bagi buku tu kat zubair tapi saya cakap suh kak aza sendiri minta kat saya...jahat tak saya?



Dan saya pulak nak minta semula sangkar kucing saya yang pak haji bawak balik sana masa saya beri kak aza rabbit dulu...masa ada kucing siam hari tu saya minta dan guna semula sangkar tu pastu kecoh2 kak aza minta pak haji bawak balik ke PD semula sebab tok [mak dia] nak guna nak baw akucing ke klinik nak di KASI.



So bila saya pesan dengan pak haji bawak balik sini semula sangkar tu, pak haji taknak cakap dengan kak aza, dia siap cakap, kalau berani cakaplah sendiri dengan kak aza.


Tulah saya ingat saya nak sms dia petang ni, supaya esok pak haji balik dia boleh bawa sangkar tu. Kesian kat kucing saya bersesak malam2 tido dalam satu sangkar!


saya pun tak taulah kenapa jadik begini, walhal dulu bukan main baik lagi...tulah betullah orang2 tua cakap, buat baik berpada2...buat jahat jangan sekali.


Ni hah dah terbuat jahat sekali, tak tegur dan borak2 dengan kak aza hari tu..sekarang dah perang dingin pulak?


Dia pun satu, dah tau saya macam marah hari tu..boraklah cam biasa,...ni dia pun buat macam nak gaduh jer masa saya datang homestay tu...kan dia dah tau yang saya bergaduh dengan suami tak jumpa dekat 2 minggu...tanya2lah apa yang patut...ni matikan diri jer...


Entahlah, kalau ikut pengalaman dulu2 semua saya yang beralah dulu....saya akan pergi rumah dia...buat muka tebal...dan perkara tu akan berlalu macam tu ajer..macam takde apa2...


Tapi kali ni saya betul2 takde rasa nmak ergi rumah dia, hari tu ambik suami pun saya tunggu depan pagar jer, langsung takde hati nak masuk salam2 peluk2 dia...dan dalam hati teringin jugak nak tengok perkembangan sofiyyah tapi bila ingatkan perbuatan kak aza pada saya terus tak jadik!


dan akhir2 ni saya perhatikan kak aza langsung tak call dan sm suami masa giliran saya...meliankan betul2 perlu. tak taulah kenapa? saya pun pelik dan pak haji pun sama langsung tak call kak aza....tak macam dulu....


kaau dia 3 hari kat rumah saya betul2 solid untuk saya....dan bertambah pelik lagi kalau dia kat rumah kak aza dia akan call saya pulak! macam terbalik.


Tapi kan....boleh nampak sangat perbezaan yang ketara antara dia call kalau kak aza ada dengan masa kak aza takde.


Saya suka menyakat suami kalau dia call saya, saya kata..."hah..haha..bini takde lah tu berani call saya ni?"


Dan sesuatu yang pasti kalau kak aza ada mesti suara dia serius macam perbahasan kat parlimen...tapi kalau kak aza takde mesti dari cara dia bagi salam pun kita dah tau bini dia takde kat situ...patu ayat2 dia semua bernada bergurau dan menyakat saya...tapi kalau kak aza ada pulak, dia kurang cakap..tanya pendek, pastu kalau saya tanya jawapan dia standardnya ok ajer..walhal soalan saya perlu penerangan panjang tapi dia tetaaaappp jawab okay jer...memanglah saya dah pelik kan dan taulah saya yang kalau jawab ok tu maksudnya bini dia ada kat situ...hehehe senag jer nak trap dia...


Mungkin tu satu cara dia hormat kan kak aza...tapi taulah pulak kalau tu sebab dia takut kak aza....dua2 boleh jadik kot?


saya cuma harap yang kami boleh berbaik tapi kalau berbaik saya nak buat ala kadar jer, malas nak berbaik cam dulu sampai berkorban jiwa raga sedangkan dia bukan bagi apa kat saya pun...dan saya taknak citer apa2 dah berkenaan perasaan ...sebab agaknya sebab dia tau macamana 'hubungan' saya dengan suami tu yg sampai terjadi macam sekarang ni....mungkin dia dapat tengok macamana suami pun sayang saya juga macam sayang dia..suami manjakan saya ...dan suami suka bergurau dengan saya....dan banyak pula masa takmacam dia....yerlah mungkin sepanjang duduk2 kat rumah saya macam2 dia perhatikan....


Saya boleh buat andaian sahaja...tapi apa ada dalam hati kak aza saya sendiri pun tak boleh agak....mungkin dalam hati dia sebaliknya...tapi saya musykil kenapa dia tak berhubung terus dengan saya macam dulu..kenapa tak sms saya suh bagi kat abang alas PU zubir, kenapa tak minta buku cahayaku hani dari saya terus....dan kenapa pulak pak haji juga taknak sampaikan pesan saya pada kak aza supaya bawak sini sangkar kucing saya...adakah apa2 komplot di situ?


Wassalam

Monday, November 9, 2009

cara berbelanja berhemah!

Assalamualaikum w.b.t


Ya...tajuk taknak kalah tu...bagi yang kerja kerajaan merasalah kan, terasa gaji lamaaaa lagi nak masuk.


Mana taknya, gaji sebelum raya hari tu masuknya awal...sah2 duir tu digunakan untuk berhari raya yang memang pakai duit sangat2kan...


Pastu lepas raya pulak gaji awal kan ebab deepavali...8 hb kalau tak salah saya...


Bayangkanlah 8 oktober nak menuju ke 25 November...6 minggu tuuuu...hishhh memang kena ikat perut jerut leher berjimat cermat dan berbelanja berhemah lah jawabnya.


Tapi mana boleh nak berjimat kalau melibatkan perbelanjaan wajibkan? Takkan taknak beli beras, mintak kereta, susu anak, lauk pauk hari2...tu dah semestinya...


Bagi yang ada kad kredit dah sah2 berbelanja pakai kad kredit lah kot...bagi saya...kad kredit ni saya haramkan penggunaannya selagi tak kecemasan..hari tu beli langsir pakai kad kredit..kecemasanlah tu, nak raya kan?...dah terkena dulu dah badi kad kredit ni...sekarang dah insaf tak suka kad kredit, suka guna wang tunai jer...


Dan kalau ada kad kredit pun, dan kita pulak hanya nak beli ikan, garam, belacan pad wanita dll takkan nak beli guna kad kredit sedangkan belanjanya berapa sangat....kalau guna kad kredit dah sah2 kena belanja lebih RM50..kan?


Bulan ni sebab nak berjimat sementara nak mendapat gaji, saya pun mulalah buat muka simpati minta nafkah cik abang bantu beli lauk pauk, belanja makan luar...hehehee nasib baikk dia sedar tanggungjawab suami beri nafkah pada isteri nak bagi duit tunai, tolong bayar beli lauk, belanja makan kat luar...


Tulah padahnya, berbelanja besar sebelum hari raya ....sayalah ni pergi beli benda bukan2 macam pinggan mangkuk lama yang harganya mencecah RM300 pastu beli baju raya ala kadar jubah online sampai 3 helai yang setiap satunya kos RM180 tapi tak pakai untuk raya pastu beli bahan buat kuih raya banyak gila tapi bahannya sampai hari ni masih ada maka lepas raya ni buat kuih raya jerlah yer...


Okay....ini ada artikel dari Utusan Malaysia....sila baca sebagai panduan


Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan


Oleh ROSMAWATI MION dari Utusan Malaysia

PERNAHKAH anda bertanya kepada diri sendiri bagaimana kehidupan yang bakal dilalui di hari tua? Sebaik bersara, adakah diri mampu untuk menyara hidup.
Mungkin juga ramai yang menyimpan wang sebagai bekalan hari tua, namun adakah ia mencukupi bagi menampung hidup seterusnya apatah lagi untuk mengekalkan kehidupan serupa?

Persoalan itu jarang bermain di fikiran masyarakat terutama wanita. Sebabnya, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Namun, ramai pula beranggapan mereka boleh menjalani kehidupan selesa dengan bergantung harap semata-mata kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.

Masalahnya, menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.

Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.

Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.
Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.
Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.

Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.

Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.

Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.

Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.

Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.

Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.

Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.
‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang, ujar Johnson.

Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat bayar diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.
Jelas Johnson lagi, membayar diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.

Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan, katanya.

Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.

Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.

Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka. jelas Johnson.
Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.


Pesanan khidmata masayarakat dari saya~Jom merancang demi masa depan!
Wassalam