Sunday, October 31, 2010

aku nak cerai, tu jer!

Assalamualaikum w.b.t


Sebagaimana yang ditulis dlm entry sebelum ni, biar saya jelaskan sedikit sebanyak. Sangat rumit sebenarnya pengalaman hidup saya.


Dalam hati sentiasa ingin yang terbaik yang boleh membimbing dan dalam hati dari dulu kepingin suami yang jika mampu membawa sya sampai berpurdah pun saya redha.



Itulah tarikan utama pak hj dan itu yg buat saya anggap keputusan terbaik buat saya. Memenag allah hantar ikut kehendak saya semuanya melainkan statusnya sahaja. Apakan daya.



Dah kawin 10 tahun pun. Sungguh ranjau ditempuh tidak sedikit saya anggap itu ujian memanh utk saya. Suami perantara. Jahat dan zalim macamana pun dia hakikat utamanya allah bagi ujian utk saya


Sungguh memang saya sudah bersedia jasad dan nyawa untuk menjanda. Ujian apapun sya rasa telah bersedia.



Cuma dalam hati gusar jika satu ujian yang datang ini. Ujian yang mungkin sukar sya nafikan yang sya akan cair juga.


Saya dah bagitau dulu MO pak hj kalau dia dipujuk pasti dan pasti dia akan cair.
Hendak pujuk @ tidak tu terpulang kepada sya


Senang sangat sejuKkan dia. Dengan satu sms pun dia berpotensi okay semula. Sekarang pun dah ada tanda2.



Dalam hati memang manyampah gila. Kau ingat aku apa? Takde hati dan jiwa sesuka hati mengata. Ikut sedap fitnah asalkan kau bahagia?



Tapi jumaat baru ni balik dr melaka saya singgah seremban selesaikan pindahkan talian telefon dan streamyx ke p.jaya. Sambil tu jumpa iza anak tiri saya.


Sebagai pelajar final sem syariah dan memang ambik paper munakahat dan enakmen undang2 keluarga islam sya tanya pandangan dia



Dia kata dia tidak bias pada saya atau ayahbya tapi sebagai peg syariah katanya tugas dia nasihatkan ke arah kebaikan



Panjang bicara kami di secret resepi. Sudahnya dia akur kehendak saya utk bercerai. Sedih katanya. Tapi sapakan daya. Jalan keluar ini sahaja.



Cuma pak hj ni nampak gaya dah takde apa2. Siol jer dia kalau saya sms hal biasa2 macam saya tanya hal2 rasmi cepat betul dia jawab tapi bila saya suh jatuhkan talak takde pulak jawabnya.


Nak psiko sayalah tu suh pujuk dia. Peerah. Aku dah bahagia dan dah ada hidup sendiri yang tak perlu dah lelaki.



Saya dah beli GPS. Wah best betul senang nak jalan2 lepas ni.

Wassalam

Saturday, October 30, 2010

Persiapkan diri~ mental dan fizikal!

Assalamualaikum w.b.t


*Ini cerita 10 tahun dulu....perjalanan hidup saya penuh liku dan kenangan indah tapi memeritkan juga...., harap beri tunjuk ajar dan nasihat*


Persediaan menjadi ibu tunggal


Kalau ikutkan status janda atau ibu tunggal ni, memang berat nak di pikul


Lagi-lagi kalau ada anak yang ditanggung


Pastinya kita tak boleh berterusan melayan perasaan dan emosi yang tak tentu hala


sebab hidup perlu diteruskan


Kalau boleh hidup yang lebih baik dari sebelumnya


Begitulah saya


Pada masa ini sebolehnya saya cuba meneruskan hidup dengan cara lebih membahagiakan


Setakat ini berjaya dan menuju ke arah yang memberikan sinar baru


Saya cuba untuk mengikut rentak hidup yang berbeza dari dahulu


Dan semua kenangan dan keluh kesah yang ada dalam diri dulu tak pula ada lagi kini


Dan saya juga sedang membersihkan semua memory yang ada dalam diri


Memory yang boleh menganggu hidup saya andainya saya menjanda


antaranya memory dengan MM yang saya cerita entry sebelum ni


10 tahun dulu saya tinggalkan dia bontang macam tu jer


Memang saya ada bertemu dengan dia buat kali terakhir sebelum saya berkahwin dengan pak hj


Kami bertemu di sebuah restoran di Seremban


Masa tu saya dah kerja di Putrajaya dah


Saya turun dari Putrajaya, naik komuter jer


Dan dia dari melaka ke Seremban


Saya ingat lagi, lepas ambik saya dia bawa ke restoran RIMBA berdekatan dengan tol labu/seremban


Restoran tu milik abang MB sekarang (Mohamad Hasan), skrg dah tutup, bankrup


Masa jumpa nilah yang dia merayu2 menangis2 suh saya sabar tunggu dia


Kenapa saya hendak memilih jadi isteri kedua


Pada lelaki tua pulak tu, kerja pun tak seberapa banding janji dia pada saya....


Sedangkan masa tu dia baru 33, dan katanya isteri dia kak enon dah izinkan


Bila saya bangkitkan hal dia yang tak jaga solat, agama letak tepi dalam banyak perkara


Katanya dia boleh berubah...cuma minta saya sabar jer


Malah lebih dari itu, katanya dia akan bagi saya share dalam syarikat sdn bhd dia


Masa tu pemegang saham syarikat dia dengan kak enon jer


So, saya juga akan dapat peratus saham berkenaan. Tapi saya tolak cara elok


Sebab saya tak dapat bayangkan dalam kepala penerimaan mak ayah saya. Sure tak setuju


tapi dalam hati masih berbelah bahagi


Tak tau nak buat keputusan


Saya suka MM sebab sikap dan attitude dia yang membuat sesuatu bersungguh2


Bersungguh2 dalam bekerja


Walaupun hakikatnya tahap pendidikan SPM sahaja


Tapi dia mampu keluar dari lingkungan hidup orang kampung


Walaupun banyak orang mengata dia termasuk ahli keluarga


Dia gigih bangunkan kerjaya, tak pernah putus asa


Dia mampu ada simpanan ratus ribu dalam akaun...saya tau sebab saya juga uruskan akaun syarikat


Dan dia juga panjang akal dan melabur dalam perniagaan lain...seingat saya dia turut memberi modal kepada peniaga lain bangunkan perniagaan, dan ada satu kedai Murtabak Singapura di Taman Cempaka yang dia melabur....


Dia walaupun hanya orang kampung, tapi masih boleh bergaul dengan orang2 NTV7 di HQ..walaupun sesekali janggal juga....tapi usaha dia tu mengkagumkan saya


Dia gigih juga mencari berita pada hari2 yang macam takde berita, saya memang kagum dengan usaha dan semangat dia untuk majukan diri


Andainya saya menjadi isteri dia saya rasa memang nasib saya terbela, sebab apa yang saya tengok Kak Enon ada takde apa kurangnya


Rumahtangga sempurna, anak ada dua, bahagia


Kak enon duk rumah sahaja, tapi penampilan dengan pakaian berjenama, cantik juga orangnya


Saya tau sebab saya yang selalu temankan dia shopping malah saya yang pilihkan barang utk kak Enon


tapi ada sesuatu berlaku yang buat saya pilih tuan haji berbanding MM pada ketika itu


Apapun sebabnya biarlah saya sahaja yang simpan,


Walau macamana sekalipun saya bercerita dalam blog ini tetapi tetap ada rahsia yang saya perlu simpan seorang sahaja


Eh jap eh...tiba2 saya teringat nak google nama dia...manalah tau ada maklumat baru....


***sambung lepas google nama MM* Mengejutkan***


Dan sangat mengejutkan saya ialah kerana nama dia yang saya jumpa alahai..... rupanya dia kini mengetuai persatuan ********* Melaka, sebuah persatuan yang besar juga sesuai dengan bidang dia


Dan selain itu juga tersenarai sebagai penerima pingat pada tahun sama dengan Shah Rukh Khan terima pingat dari TYT melaka....


Saya rasa berbaloi dengan apa yang dia ada hari ni sesuai dengan usaha gigih dia sebagaimana yang saya kenal dia


Tetapi sesuatu yang memeranjatkan saya fizikalnya sungguh kurus tersangat kurus dan nampak jauh lebih tua dari usia sebenar dia dalam blog persatuan dia tu....hmmmm patutlah anak buah saya bagitau dia kurus, memang betul sangatlah kurus rupanya....



Saya berjumpa MM semula selepas 10 tahun


Ada satu malam tu tengah makan kat kedai along tercerita katanya dia ada jumpa MM do Merlimau


Sangat kurus katanya badan sekeping macam orang sakita, jauh beza dengan dia yang dahulu (10 tahun dululah kot)


Saya punmacam tertanya2 kenapalah macam tu sekali, sakitkah?


Pada masa sama juga saya terfikir nak sms dia tanya khabar....


Sebab duluuu saya tinggalkan dia macam tu jer...


Lepas dapat suami saya begitu zalim dia call pun saya tak jawab


Tiba2 saya rasa macam teringat pulak, terus saya sms yang memang no dia tak pernah padam dalam kepala saya ni


01* 6*888*7 (7 tu sebab kami kerja di NTV7) dan nombor kereta rasmi NTV7 melaka pun ada dalam kepala ni MAP 4777, nombor kereta perdana dia pun ada juga dalam kepala saya BFK **7


Macam tu sekali kenangan 10 tahun sukarnya nak diluputkan


Lepas saya sms tu tak berbalas agaknya dalam dua hari kot...


Lepas tu ntah macamana saya terima panggilan dia masa saya di pejabat


MM dapatkan nombor saya melalui orang SPRM melaka


Patutlah hari sama saya terima panggilan (tapi saya tiada di bilik) katanya ada pegawai SPRM Melaka mencari saya urusan segera katanya


Tapi rupanya MM yang cari saya, pegawai Melaka tolong cari nombor hp saya


MM kerana excited sangat nak reply sms saya terus tersalah tekan sampai terpadam mesej tu...dan no hp saya hilang jer


Tujuan dia call saya asalnya nak bertanya khabar


Khususnya tentang suami saya


Yerlah tentu dia nak tau cerita saya lepas 10 tahun kan


Bila tau suami sakit (stroke, dia terkejut)


pastu tau pulak, anak satu jer terkejut lagik, dah tu tau yang suami saya duk Penang terkejut lagi...


Punyalah dia mengucap panjang dengan istighfar sekali bila tau satu demi satu cerita saya


Sampai dia kata, apalah malang nasib kau wa...tulah dulu saya ajak kawin dengan saya taknak


Kenapalah kau dapat suami yang layan teruk macamni?


kau kan pandai berpendidikan, kenapa biar sampai 10 tahun jadik camni?


Dan macam2lah dia cakap, siap ungkit kisah kami 10 tahun dulu, pastu kutuk2 pak hj...malas saya nak ingatkan..sebab bila fikir terasa macam dia pulangkan paku buah keras dan terasa juga ada benda2 yang menjadi salah saya....


Pastu lepas beberapa kali bertukar sms, dia ajak saya jumpa bila tau saya balik setiap minggu


Tujuan saya sms asalnya tidaklah sampai hendak berjumpa semula.


Cuma hendak bertanya khabar...sebab dengar khabar dia yang sangat kurus tu


Saya pula sebagai orang yang pernah rapat dengan dia malah hampir2 terkahwin, memang rasa takde keperluan untuk berjumpa, takde apa tujuan lagi untuk berjumpa


Sesekali kami ada juga bertukar2 sms, dia sms saya sebab sebagai wartawan ada lah isu yang dia nak tanya saya....kebetulan ada kaitan dengan saya


Rabu- jumaat minggu ni kan saya ada kursus di melaka


On the way ke melaka tu saya sms MM


Saya bagitau dia kalau ada kesempatan, bolehlah berjumpa sebagai kawan lama


Kemudian kami setuju jumpa pada hari khamis malam tu


Malam tu saya tak update entry sebab saya keluar ke bandar


Kami jumpa di Banda Hilir, bukan tempat sulit pun


Jumpa sekejap jer depan Dataran Pahlawan


Saya bawak hani sekali


MM datang dengan BMW 525 sport dia


Tu sebagai lambang kejayaan dari segi fizikal dia


Kereta baru lagi....tak salah nombor dia W*M 5250..memang menggiurkan, bukan dia, keter tu!


BMW sport, dalam dia fuhhhh....saya tak masuklah cuma saya tengok dari tingkap jer...


Kami update khabar masing2 dan dia banyak certa hal kak enon yang sakit sekarang ni


Baru menjalani 4 pembedahan, yang latest kanser rahim


Dan yang paling mengejutkan dia tentang saya iaialh betapa gemuknya saya


heheheheee, pastu dia terkejut tengok anak saya dah besar, dan comel pulak


yang katanya langsung tak de rupa saya


Saya opulak terkejut tengok dia yang kurus, itupun katanya dah gemuk sikit


Lepas jumpa dalam 20 minit kot, kami masing2 bawa haluan sendiri


Saya rasa sangat lega


Sebab saya dapat pastikan yang saya takde apa2 perasaan pada dia


Malah saya pelik kenapa 10 tahun dulu saya boleh jatuh hati pada dia


Malah dia pun mungkin lepas tengok saya sebagai seorang ibu dengan anak dah besar langsung hilang daya tarikan..hahahaaa


Malah malam jumpa dia tu saya pakai jubah hitam saya yang saiznya besar....dengan selipar jepun jer....


Sebab saya memang takde niat apa...


Saya ke banda hilir sebab saya nak cari charger lappy sambil bawak Hani makan...kan dia duduk kat bilik seorang diri siangnya....saya lak ke kelas (worksyop)


Charger lappy saya kan baru beli hari tu sebelum ke Colmar tapi tertinggal kat Colmar, so kena beli baru sekali lagi


Lega sangat sebab kalau saya menjanda sekalipun, lepas ni cinta lama saya yang saya tinggalkan bontang macam tu jer untuk kahwin dengan pak hj tak mungkin akan mekar kembali


Apapun, saya pasrah dengan jodoh saya bersama pak hj...kalaupun jodoh saya dengan MM tak tentu juga saya akan bahagia


Tak tau lagi apa kerenah bermadu dengan Kak Enon pulak?


Dan bila saya tanya MM kenapa kurus sangat, rupanya tahun2 kebelakangan ni dia dikesan mempunyai Kencing manis...


Mudanya dia dah kena kencing manis....teringat saya habit dia minum teh tarik setiap kali kami makan di luar


Kekurusan dia tu membuatkan saya melihat dia jauh sangat ebzanya dengan 10 tahun dulu (macamtu juga dia tengok saya agaknya)


Dulu dia di mata saya gagah, perkasa (wah) segak, badan tinggi, dada bidang...


Sekarang, alahai.,.keciknya dia dimata saya, terus rasa pelik kenapa 10 tahun dulu saya boleh jatuh hati pada dia (mungkin dia pun fikir benda sama)


Lepas jumpa tu, saya memandu balik ke pantai Puteri dengan hati yang lega...sangat lega....sebab saya dapat clearkan seluruhnya perasaan saya yang tergantung selama ni....10 tahun dulu...


walaupun sepanjang perkahwinan saya memang boleh terus lupakan dia cuma bila dia sms dan kami bercakap telefon akhir2 ni kenangan dulu segar semula.....sebab saya dan dia sangat-sangat-sangat suka bertekak dan perli-memperli, dan benda2 ni tak berlaku dalam hubungan dengan pak hj....sebab pak hj sensitif...mana boleh bertekak (bertekak sikit pun dah lari) dengan pak hj setakat bergurau ringan2 tu bolehlah....


Oklah...nanti saya ceritakan pulak seorang lagi lelaki yang hadir dalam hidup saya....juga suami orang (yang saya juga pernah sebut dalam entry sebelum2 ni) dan lelaki inilah yang pak hj maksudkan 'jantan' dalam sms dia kepada saya....


Wassalam

Friday, October 29, 2010

Kisah saya dan MM dan sms the series

Assalamualaikum w.b.t


Bercinta dengan MM separuh mati tapi nikah dengan orang lain

Masa saya 'bercinta' dengan MM ni watak pak hj tak wujud lagi. Semuanya berlaku tahun 1999/2000, masa ni umur saya 25/26 tahun dan MM umur 33 tahun.




Saya akui saya sangat naif semasa peristiwa percintaan ini berlangsung, saya yang tak pernah bersosial dengan lelaki malah bolehlah dikategorikan yang saya anti sosial dan tidak bercakap sama sekali dengan lelaki.




Tapi bila kenal MM saya mula diperkenalkan dengan dunia seorang lelaki. Dia melayan saya dengan baik dan saya sangat terasa yang hidup ini sangat bermakna. Ada teman berkongsi rasa...




Walaupun seakan-akan bercinta....tapi saya tak suka dengan keseluruhan pakej MM masa ni sebab walaupun dia ado-ado dan berharta serta bergaya, dalam umur 33 tahun dia dah pakai perdana, ada 2 biji kereta lain, ada syarikat sdn bhd lak tu, dah tu ada income macam2 sumber....tapi amal dia kelaut...




Solat tak jaga, pergaulan lelaki perempuan tak jaga, malah lebih teruk masa ni dia ada perempuan simpanan lain (saya agaklah). Nama kakak tu tak salah saya Rabiatul Adawiyah ker something camtuler bunyi dia...memang cantik gila...




kakak ni pun kadang2 ikut jugak assignment kami, sekali tu kami gi ceramah umum PKR sebelah malam, wan azizah punya ceramah sempena pilihanraya umum 1999....kakak ni memang comel macam artis, taulah orang banjar kan hidung mancung kulit putih dan lemah lembut...




dan kakak ni pun ada MM sewakan rumah berasingan....saya tak pasti betul kakak ni duduk atau tidak...sebab dia ada sewa apartment jugak di banda Hilir....


Ada sesekali MM akan bawa kakak ni bercuti, masa ni saya tanya macam2 kat MM tapi dia tak mengaku bercinta dengan kakak tu...tapi ada gambar saya terjumpa dalam kereta, mesra pulak

MM ni takut jugak dengan Kak Enon, so dengan saya dia suruh saya simpan rahsia





Ntah apa2, ada juga saya dibawa shopping tapi bukan beli belah untuk saya, beli 2 set satu untuk kak enon dan satus et lagi untuk kakak banjar...






MM sangat hormat dengan kak enon dan tengok perangai dia takkan sekali-kali dia menyakitkan hati kak enon..sangat jaga hati kak enon...sikap kak enon yang tak banyak cakap buat saya rasa hormat sekaligus kesian dengan kak enon

Mungkin tu salah satu sebab saya tak nak kawin dengan MM






Tambah2 walaupun MM kata dia takde apa2 hubungan dengan kakak banjar sekadar tolong orang merantau, tapi saya tak percaya...






Sebab kehadiran kakak banjar nilah saya tolak MM....biar dia merayu menangis pun saya tak suka! Yerlah baru sekarang saya terfikir kenapa dulu saya sabar sangat....dan kenapa saya tak jumpa dengan kakak banjar ni tanya terus terang? Entahlah masa tu rasa masih mentah kot..takut nanti MM marah pulak...






Masa saya bagitau MM pasal saya ada kenal dengan pak hj dan dia propose nak akwin dengan saya, memang MM terkejut badak..yerlah masa ni hubungan saya dengan MM dah agak2 sejuk tapi MM lah menaruh hati lagi...





Tujuan asal saya sungguh2 interview nak masuk BPR pun adalah disebabkan MM, disebabkan nak lari dari suami orang, tapi tak sangka akhirnya dengan suami orang juga jodoh saya?






Bukan senang nak masuk BPR, ada ujian kecergasan, ada ujian poligraph dan ada interview lisan....3 bentuk interview..siap kena berkawat bagai...dan saya pulak 2 minggu sebelum ujian kecergasan saya dah training joging setiap pagi petang...






Saya dicabar oleh MM katanya saya takkan berjaya (masa ni dia cakap sebab dia sedih saya nak tinggalkan syarikat dia) dengan harapan saya down dan stop training joging tu...tapi dia tak tau sebab kata2 dia tulah saya sungguh2...





Masa ni MM belikan saya sebijik motor Honda untuk kegunaan saya ulang alik kerja...pada masa sama saya cuba ambik lesen keter tapi bebal sangat terus gaduh dengan instructor dan stop macam tu jer...dengan motor MM tulah saya senang ke padang majlis bandaran di bukit piatu untuk joging every morning dan balik kerja






Masa ni siap bawak persalinan pakaian, dari joging saya masuk pejabat, mandi dan tukar pakaian. Awal pagi saya buat tu sebelum orang lain datang pejabat..masa ni share pejabat dengan Yayasan TEKUN dan Perbadanan kemajuan Negeri Melaka, kami sewa satu ruang pejabat kat situ...

Tak sia2 pengorbanan saya, akhirnya berjaya dipanggil masuk kerja dari beratus2 orang tu. Walaupun sedih MM tetap hantar saya ke rumah kawan saya, Kak Jue.






Malahan awal2 kerja saya di BPR, kami ada kursus lakonan drama (macam pelik jer, tapi betul saya ikuti lakonan drama ni) dan perjalanan nak ke kursus tu masa pergi tu saya ketinggalan bas....masa ni saya dah kenal pak hj, so nak tak nak saya minta tolong dia hantarkan...walaupun masa ni tak mesra sangat tapi saja saya test dan dia sanggup datang dari Kuala Pilah untuk hantarkan....






Jangan terkejut dengar cerita saya ni....ya satu ketika dulu mungkin kerana terdesak saya pernah lakukan ini...dan mereka ni tak tau kenapa ikut jer telunjuk saya....pak hj yang hantar saya naik ke genting...sampailah ke tempat kursus tu..rasanya dekat2 institut Aminudin Baki....






kami berborak sepanjang jalan...masa ni pak hj dah lama buka mulut ajak kawin, saya yang taknak, kan dia mula ajak kawin sebelum kami jumpa lagi....tapi masa ni saya dah mula terima idea dia untuk nikah di Thailand...tu sebab saya nak test dia samaada sanggup tolong saya atau tidak....dan dia sanggup, masa ni saya anggap dia bolehlah berkorban untuk saya....eh..masa dia hantar ni ada sorang kawan lagi yang tertinggal juga, so dia tolong hantarkan kami berdua lah....






Pada masa sama, MM masih cuba meraih perhatian saya. Bila dia tau (saya bagitau) pak hj hantarkan saya ke genting untuk course tu, dia pulak offer nak datang ambik saya masa habis kursus tu...

Saya mulanya taknak, yerlah apahal pulak dari melaka nak datang sampai genting datang ambik saya.....tapi saya tanya kat pak hj, dia kata cuba tengok, kalau dia sanggup datang tu maksudnya dia betul2 sayang saya...





Dan atas nasihat pak hj dia suruh saya bincang betul2 dengan MM samaada betul atau tidak nak kawin dengan saya....so habis kursus pagi tu, MM datang dan dia bawa saya naik ke genting, tulah kali pertama saya naik kereta kabel....dengan MM....entah saya tak ingat sangat masa ni apa perbualan saya...





Tapi macam saya cakap, MM ni sangat sayang dan hormat dengan kak enon...bila dengan saya biasanya kami bersama makan jalan dalam waktu kerja sambil buat assignment, tapi kali ni diluar waktu kerja nampak sangat dia tak selesa takut2 kak enon carik dia mana...





Saya masih ni memang memerhati gelagat dia...dan saya tanya dia betul2 kalau serious nak kawin dengan saya ... katanya ya, memang nak kawin dengan saya tapi bagi dia masa, walaupun katanya yang dia sayang saya tapi dia taknak kak enon terkejut tiba2 jer nak kawin takde angin ribut takde apa tiba2 nak kawin






Pada saya dia pengecut, terang2 kak enon dah bagi izin dan saya tanya dia betulker dia sayang saya, saya kata, mak ayah saya ikutkan memang tak setuju tapi mungkin boleh cuba, dan susah2 saya kata kita nikah jer kat sempadan sebab nak poligami...tambah2 saya kerja kat KL mesti mak ayah saya tak tau..





Rupanya dia tak macam pak hj yang sangat gentleman dan dengan berani ajak saya nikah kat sempadan utk halalkan hubungan, tapi MM macam takut2 dan fikirkan implikasi lain kalau kami bernikah...pada saya terang2 saya cakap dia taknak ada komitmen, taknak ada tanggungjawab tu sebab dia tak berani nak nikah dengan saya....





Perjumpaan saya dengan MM di genting tu dijadikan benchmark oleh saya untuk tengok kesungguhan MM, dan saya simpulkan yang dia sebenarnya hanya sayang pada mulut sahaja, atau mungkin dia sayang sebab saya pernah kerja untuk dia dan banyak korban untuk dia dan mungkin teringin nak berbini dua....untuk korban lebih dari itu saya tak nampak potensi dia...





Tapi pak hj berbeza, mungkin pengalaman mematangkan dia dan mungkin kekosongan yang ada sebab binis edia da asyik balik rumah mak dia buatkan dia rasa takde masalah kalau beristerikan saya....





Makanya rentetan dari perjumpaan di Genting itulah saya akhirnya bersetuju memilih pak hj sebagai suami. walaupun masa tu hati saya berbelah bagi, Masih ada sayang pada MM dan masih ada terkilan dalam hati terhadap sikap MM yang nampaknya takut2 nak ambil tindakan....walaupun dia menangis depan saya tapi tanpa tindakan yang tepat selepas itu ianya masih tak dapat menyelamatkan apa2... kerana pada masa tu yang saya perlu adalah suami bukan kekasih...





Malah, sampai ke sempadan golok hati saya masih berbelah bagi, sebab masih ada sayang pada MM, tapi sikap MM yang tak berani buat keputusan buat hati saya kecewa. Sebelum kami bertolak melintas sempadan imigresen, saya minta izin pak hj untuk call MM

kami bertolak lepas maghrib dan sampai ke Golok awal pagi, so awal2 pagi tu saya call dia dan saya tanya dia, betul tak nak kahwin dengan saya...dia ajwab betul..





Saya kata kalau betul, bagilah persetujuan untuk kahwin, bawak saya ke sempadan pun takper...saya rela asalkan dia berani mabil tindakan untuk memperisterikan saya...dia kata dia tak mampu lagi....dia minta saya sabar dan saya pula cabar dia untuk bawa saya nikah di sempadan asalkan saya boleh jadi isteri dia....berani sungguh saya kan...keadaan memaksa agaknya





Saya cabar dia lagi, kalau dia tak berani nak nikah dengan saya dalam amsa terdekat saya terpaksa memilih pak hj...dan dia minta saya sabar dan sabar..saya kata tengoklah apa cerita selanjutnya...




Rupanya kan...baru ni saya tau lepas saya bercakap2 telefon dengan MM baru2 ni yang dia rupanya ingatkan saya bergurau. Bila saya bangkitkan pada dia yang kita takde jodoh dan saya kata dulu saya pernah offer, saya tanya ingat tak yang saya pernah call tanya sanggup tak nikah dengan saya kat sempadan, awak cakap suruh saya sabar....tau tak masa saya call tu saya dah kat sempadan..saya kat Golok...





Mengucap panjang dia, kenapalah dia tak tau, dia betul2 ingat saya main2...

Masa saya cakap kat telefon dengan MM ni pak hj pandang dan tunggu saya dengan sabar...





Bila saya kata MM tak sanggup dan minta masa dan suruh saya sabar saya cakap kat Pk hj kita on jerlah....so tulah citernya yang kami sampai nikah ke Thailand tu...





* Ada banyak lagi cerita2 kecil sebenarnya, lepas saya berhenti kerja dengan MM, hubungan kami masih ada, tapi agak jauh sampailah satu ketika tu saya bagitau MM yang saya ada pilihan lain (lepas saya masuk BPR), dan MM tanya apa kurangnya dia, saya bagitaulah ciri2 pak hj ada yang dia takde, sedih betul dia masa ni....saya buat dia down giler...dan baru ni saya tau yang dia perang dingin dengan kak enon lepas kak enon tau yang saya dah nikah dengan orang lain yang juga suami orang walhal dia dah bagi kebenaran MM nikah dengan saya...seminggu Kak enon tak bertegur dengan dia...ahh banyak lagi benda baru saya tau baru2 ni, kalau saya cerita nanti anda baca lagi pening..

Ini kisah sms pulak!

Ok balik citer sambung sms tu....

tau tak, bila dia tuduh saya pasal jantan lagi, saya betul2 hilang sabar.




Saya jawab;




"Apa kau cakap ni, jantan mana? Jgn ingt aku macam kau, blh try and error smata2 nak tmbh bini. Xinsaf2, aku dah tua, xde masa nak jumpa jantan. Hidup aku untk anak klau kau fikir aku ada jantan mmg fikiran kau dangkal. Umur jer tua, fkr xmatang, patut ada ati sms janda org. Klau org matang bnyk fikir xkan sanggup sms mazni? Amir apa jadahnya? Ckp je open blh bincang, peerah blum cakap apa2 dah melenting lari, xjumpa lagi laki org lain perangai teruk mcmni. Hutang tu aku xnak bayar spya tanggungjwb kau ringan, aku akan halalkan di pdg mahsyar nanti nafkah anak yg slma ni kau lepas tangan terus . sapa ajar buat hukum sendiri, tggungjwb bapa terhdp anak trlepas jka maknya mampu? Aku mmpu dan xkesah kalau kau iktiraf korban aku, ucap tq ke, ni lgsg xdihargai"




tapi dia balas sms saya dengan sms pertanyaan pasla jantan tu lagi...ayoooyoooo, dah cakap dah jantan mana..balik2 dia tanya lagi...ni dia sms jawapan pada sms saya atas ni;





"Jawab soalan mana kau pergi? padang mahsyar masalah semua!



Bila dia jawab gini, umpama dia perangkap diri sendirilah...ko cakap padang mahsyar eh..meh sini, ni dengar lak ceramah aku ni....sepantas kilat saya balas.....;

Nanti saya sambung lain entry..sebab hp yang ada sms tu tak tau mana pulak...salah letak lah tu....


Wassalam

Thursday, October 28, 2010

Pengakuan

Assalamualaikum w.b.t


Dengan satu balasan sms tidak cukup untuk saya menjawab tuduhan dia berkaitan jantan tu, saya sms satu lagi...yerlah memang panas hati dan menggelegak jiwa saya bila analisis tuduhan dia tu...


Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kelengan, alang2 dah gaduh ni, biar saya lepaskan semua geram, marah, sakit hati dan gelodak jiwa saya selama ni....


Selama ni kalau gaduh macamana teruk pun, saya masih bertapis dan berlapik cakap sebab saya tau status saya yang masih isteri, taknaklah dah berbaik nanti jadi sesalan dan boleh pulak nanti jadi isu bila dah berbaik.....


Tapi kali ni dengan kata2 melampau dan dengan tusuhan bukan2, dalam hati sya memang rasa dia sms macam tu bertujuan untuk melepaskan saya.....so takde sebab lagi untuk sya telan dan simpan apa yang terbuku selama ni....


Tu yang saya jawab tohmahan dia, sekaligus saya hentam dia balik...jangan dia ingat dia maksum, takde salah...jangan dia lupa yang dia tu pemimpin.....kalau saya salah, kena tengok salah dia dulu, patut fikir dulum muhasabah, introspeksi, "salah tang mana aku ni sampai bini aku jadi macamni"


Bukan satu bini yang dia tak puas hati dan dia anggap salah memanjang....sejak zaman kak nani lagi dia masih tak mengaku yang dia ada salah....balik2 modal dia cakap kak nani salah...bila time aza pulak, sama masih salahkan aza..... salahkan campurtangan keluarga aza lah dan bila tang saya pulak balik2 bangkitkan hal sikap taknak berubah, hal jantan......yang salah kau sendiri takde pulak?


So, pendek citer, berturut2 sms tu saya balas.....lepas satu sms xpuas hati saya taip satu lagi terus send...sebenarnya saya nak hantar lagi dan lagi smapai puas hati aku, tapi lepas sms bawah ni dia cepat jer balas sms lain pulak.....so terbantut!


"xpayah nak citer buruk ayahnya, semua dlm kepala diorang. Kluar dakwah beribu kali pun, lgsg xmgubah sikap. Makin teruk. Xde sifat muhasabah diri, nak minta maaf jauh sekali, mana sifat nabi?sndiri punya salah xprnah mngaku, salah bini2 bgtu jaguh tegakkan! pelik? patut lg lama kluar lg bagus, tp sbaliknya, muka dpn bini masan, tarik mka selalu, ada je xkena, ckp sket semua salah. Merajuk lari. Ni trade mark pendakwahker? Cba duduk diam tgk diri, jgn hbungan dgn Allah jer jaga, kalau ckp dgn kawan2 dlm hp gelak gurau dgn bini membentak, apa bini ckp jawab -ve, sfat ikram pndai cakap jer, praktik kelaut?



Saya pasti ada yang tertanya2 kenapa asyik timbul isu 'jantan'....ada cerita sebenarnya....sy dah pernah cerita dlm entry2 lama2 dulu......tapi kali ni saya nak buat pengakuan....


Dan sebelum saya buat apa-apa pengakuan disini berkaitan hal 'jantan' tu, mari kita lihat apa yang bermain dalam pemikiran pak haji sehingga baik-balik dia takde modal lain asyik cakap hal jantan-jantan-jantan...


Ni yang dia balas kepada saya selepas saya sms dia tanya "Demi Allah, fitnah apa ni? dan sms yang kat atas tu.......apapun hakikat sebenarnya memang saya terkejut bila timbul isu 'jantan' pada masa ini! [kalau dulu isu ni timbul saya memahaminya] apatah lagi isu utamanya dia yg nak pindah Penang dan macam2 isu lain yg dia lgsg tak bagi peluang sya bangkitkan....(giliran, nafkah, layanan pada saya dll)



Sms ni masih sekitar isu 'jantan'...fuhhhh letih nak menangkisnya......ada hati jugak saya nak menangkis fitnah dia pada masa ni sebab saya tau duduk perkara diri saya, takkankalau takde jantan lain dlm hidup saya takkan saya nak create kata ada pulak,kan? yang pelik dia pulak lebih tau,kan?



Ni sms jawapan dia;


"Bagi peluang utk baiki diri xjadi juga kalau abang kau boleh ****kan dan ****kan apa ada lagi pada kau lagi! Masa kawin anak mak rose hani ada dikampung aku keluar 2hari kau hilangkan diri mana kau pegi aku sms kau bising ni jumpa jantan? Jgn nak cerita banyak le lepas kawin dgn kau semua simpanan aku habis?"


[yang saya bintangkan tu tak tergamak saya nak tulis, lagipun apa kaitan abang saya masuk dalam ini cerita, malah kredibiliti abang saya takde correlation langsung dgn isu gaduh ni, bangang ker hapa tulis benda ni.....mana dia dapat idea tulis macam tu xtaulah?]



Masa kawin anak mak rose? mak rose ni pengasuh hani dari lepas pantang sampai umur hani 3++ yrs.... punyalah terkejut badak saya pastu siap tergelak sinis saya dok membayangkan betapa lamanya isu ni....anak mak rose yang kawin tu sorang dah anak 3 dan sorang lagi dah anak 2, tu 2 tahun yg lalu skrg dah bertambah kot?....boleh bayangkan tak berapa lamanya isu ni dia peram dalam kepala hotak dia???


masih segar sangat dalam kepala saya ni, anak dia yang pertama kawin, ju....kami laki bini pergi...yang saya ingat sebab masa tu pak hj tak stroke lagi...hani lak masih baby....terbayang lagi saya belikan hani baju warna putih sepasang dengan topi baby comel giler! tapi masa kami makan tu, ada sorang makcik geram tengok hani terus ambil dan dukung dia.....


katalah kalau saya sorang pun pergi..isu nya saya memang pergi, dengan hani lagi! mana pulak timbul isu Hani kat kampung?


Anak yang kedua kawin nama dia Fazli, yang ini pun saya pergi....tapi saya tak ingat saya bawak hani ker tidak....betul2 tak ingat... kalau betul Hani kat kampung lah masa ni, saya pasti sebab saya hantar kampung mesti ada sesuatu yang penting...samaada saya ada kursus atau Aza taknak jaga....


Saya tak ingat langsung......tapi yang dia kata, mana saya pergi dengan jantan? Eh ni bukan tuduhan main2 ni....kalau betul saya ikut jantan, memang peristiwa besar tu....mesti terpahat dalam kepala saya....


Ayat dia tu seolah2 tuduh saya ikut jantan dan saya tak balik rumah? Macam tu ker? Atau dia ada sms saya saya tak jawab sebab saya dengan jantan lain? Macam ni ker?


Eh..memang saya pelik sungguh....sebab takde apa peristiwa penting pun dalam ingatan saya....jauh sekali ikut jantan....dahsyat sungguh tuduhan dia yang satu ni....


TAPI


Saya tau kenapa dalam kepala dia macam ni.....terfikir isu jantan ni..... memang ada relevannya sedikit sebanyak tapi pada masa ni tak relevan dah.....


Apapun, tajuk entry ni kan pengakuan..... sebenanrnya saya nak buat pengakuan berkaitan isu jantan ni bagi yang tak ikuti cerita saya dari dulu, pengulangan jer ni saya dah citer kat dalam entry dulu2 dah pun..sebab takde apa pun yang terjadi antara kami....


Dalam hidup saya, selain pak hj pernah ada dua lelaki yang juga suami orang singgah dalam hati saya....nak kata bercita geli geleman pulak...tapi pernahlah rasa seolah2 perasaan orang bercinta....

Suami orang yg pertama, saya namakan Macho Man (MM)....saya kenal tahun 1999....lebih 10 tahun dulu...boss saya sebenarnya....setahun saya kerja dengan dia, tapi setengah tahun jer kot rapat dengan dia....rapat tu sampai saya boleh ke rumah dia, borak2 dengan isteri dia, kadang2 assignment kami (masa tu saya wartawan) kak Zainon (isteri Macho Man) akan ikut.....masa ni hari2 kami makan sama, yerlah sebab walauoun dia boss saya pekerja, tapi bila kerja dia jadik cameraman saya jadik wartawan..so wartawan bolehlah arah2kan cameraman sebab saya yg akan buat story.....

saya suka (cinta?) dengan MM dan MM pun nampaknya cintakan saya.... malah lebih mengejutkan Kak Zainon suka sangat saya....satu ketika tu dia ada ikut assignment kami ke A famosa World resort....perasmian Mini Zoo (saya masih ingat lagi) A famosa baru2 jer nak naik masa ni.....sementara tunggu perasmian KM, kami borak2....

Dia cakap kat saya, kalau boleh salwa teruslah kerja dengan MM, akak suka, janganlah berhenti sebab masa ni dia ada dengar2 ura2 saya nak berhenti sebab saya ada apply kerja lain (SPA8) tapi saya sengih jer....sebab masa tu dalam hati saya, saya rasa bahawa dia seolah2 bersekongkol dengan MM nak pergunakan saya..yerlah saya masa ni degree holder dengan pengkhususan dalam kewartawanan sedangkan dia bagi saya gaji RM800 jer basic...elaun saya tak ingat pulak...dari RM800 tu saya bagi kat mak RM600..mas ani susah betul hidup....barang kemas abah beli zaman kecik2 habis saya gadaikan....rantai leher & rantai tangan..pastu mana ada duit nak tebus....sedih!

Eh..masa dah kesuntukan ni...tau tak saya sekarang ada di Royal Puteri Resort, Tangga Batu, Melaka. Malam tadi hampir jam 12 saya sampai. Hani pun ada sekali ni. tak tau mana nak letak dia, mujur exam habis semalam, hari ni dan esok pontenglah.....mujur juga bilik ni jenis aparment...ada raung tamu, dapur meja makan semua....

Ada bengkel KIK sampai jumaat ni....



Wassalam

Tuesday, October 26, 2010

Jantan mana yang malang itu?

Assalamualaikum w.b.t


*terlebih dahulu nak bagitau entry ni ada unsur 18sx, harap yg anak dara, (ehem ehem.... *maryam*) angggaplah sessi pembelajaran... takde niat nak dedahkan apa2 cuma saya berkongsi ni sebab saya anggap yang baca blog saya ni kaunselor peribadi saya secara tak langsung...moga dapat menasihati saya mana2 yang tak betul....ada teguran kot saya terlebih@terlampau cerita maklumkanlah mgkin diluar kesedaran saya sebab takde tempat lain utk saya bercerita, benda2 saya cerita ni exclusive di blog ini sahaja, takde manusia lain yg tau se detail ini....hanya pembaca blog ini sahaja....harap bila baca habis disini sahaja jgn disebar2kan pada yang di luar sana....


Ni sambungan siri balas-membalas sms tu.....panjang lagi siri serang menyerang antara satu sama lain...sayalah yang diserang!


So, sms pertama dia tu secepat halilintar saya balas, takde fikir dua kali dah....apa gerak hati dan pemikiran saya yang pertama melintas tu, tulah yg saya balas terus;


"Demi Allah, fitnah apa ni? Dah umur macamni, rupa buruk plk, jantan mana nak? Nmpk sgt dlm kepala tu mmg bersangka buruk, bnda bukan2 fkr pasal bini, mgkin sbb dlm kepala sndiri yg ada cita2 nak cari betina lain jgn ingat org pun sama. Sya xde nafsu jgn salahkan saya, nafsu bkn benda boleh buat2, perlu dbina, diri sndiri xde usaha , nak org jer layan dulu, lama2 bosan jgk. Buat projek pun lpskan diri sendiri je, sama xde perubahan, nak org jer usaha, adilke?"


Sangka saya bila saya balas sms macam tu dia akan senyap sebab memang sensitif isu2 yang saya kemukakan tu...tapi sangkaan saya meleset, cepat betul dibalas sms tu....dan jawapan dia sekali lagi buat saya terkedu sekaligus tertanya2 ......


Intipati sms dia semacam tak relevan dengan isu pergaduahn kami tentang perpindahan dia ke Penang....wtf yang dia balik2 babitkan isu jantan dalam pergaduhan ni, memang betul2 lari tajuk?%&^(*&_)(+++&&^$%@#@ gila!


Ni sms dia;


"Siapa jantan yang kau jumpa masa aku keluar? Aku memang takde nafsu dgn kau sebab perangai kau! Pantang aku bila dipermainkan? Pandai berjanji tapi semuanya hampas."


Ya Allah, saya memang blur se blur2nya....langsung tak tau jantan manakah yang malang yang dimaksudkan...*yang nak mengurat bini orang yang tak lawa perangai buruk pulak ni*


Kan ker sebelum tu bulan puasa, bila masa pulak jumpa jantan, siang kerja malam ke masjid terawikh, ada ker masa jumpa jantan dengan hani 24 jam berkepit dengan saya....kalau jumpa pun jantan mana? Confuse! sangat2


Masa ni saya tak tau lagi apa maksud dia tentang jantan ni....kemudian dalam sms berikut2nya barulah saya tau jantan yan dimaksudkan itu.....


Mercedes 190E dan Along anak tiri


Baru2 ni saya on fb dan ada nampak anak tiri sulung, Along ada online.


Saya tegur dan tanya bila nak ambik merc...


Dia jawab, memang ayah ada suruh dia ambik tapi dia busy, mungkin next week baru free katanya...


saya tanya, ayah turun ker Along ke Penang, dia jawab Along ke Penang...wah rajin nya along...mesti pak hj tak larat dan tak berduit tu nak turun ke sini...


So saya diamkan jer isu ambik merc sebab saya dah deal dengan Along...sebab khamis ahad ni ada bengkel lagi kat Melaka....so janji weekend next week baru dia ambik keter tu


Tapi tadi masa lunch hour pak hj ada sms bagitau


"Thoha akan ambil merc nanti dia beritahu bila dia datang insyaallah"


Lama lepas tu baru saya balas. Mula 2memang malas nak balas...


Tapi dek kerana nak confirmation hal cerai saya sms jugakk...


Tapi kali ni taip2 padam - taip - padam - taip lagi....sebabnya saya malas nak panjangkan cerita tapi dalam hati ada desakan untuk tidak menunggu lama...saya nak tau dan-dan tu jugak duduk perkara sebanar hal cerai ni...


Yang utamanya saya nak tau apa reaksi dia sebenarnya berkaitan cerai ni...


Saya pun sms;


"Dah contact Thoha thru FB, insyaallah next week dia free. Buat masa ni xfilekan penceraian dulu, nak istikharah. Mohon petunjuk Allah. skrg period. R u serious nak divorce? Dah istikharah? Bnyk kali cakap nak cerai tp at the end xserius, xjadi. harap kali ni jgn tuntut apa2 brkaitan anak. Dun worry, cuti sek dia akan ksana. Buat masa ni selagi xcerai izinkan prgerakan sya kemana2"


Tu last draft yg saya taip, kira dah paling berhemah dah tu....sya taknak belit dan rumitkan keadaan. Sya taknak dia tuntut bukan2 nanti tentang hak penjagaan Hani. Cukuplah dia dah ada anak2 dengan Aza.


Saya ingat dia akan balas macamana dia balas minggu lepas waktu sya sms nak failkan penceraian tu...


Kalau begitu gayanya, maksud saya sms saya tak dibalas, dia tak berani nak cakap pendirian dia...dia mula rasa bersalah lah tu...


Persetankan apa dia rasa


Saya akan mandi wajib dalam tiga empat hari ni


Pastu pulun nak baca Yasin dan solat hajat serta istikharah


Dalam sebulan hati tenang insyaallah saya akan dapatlah gerak hati (kotlah dapat)


Masa tu saya akan buat keputusan...


Masa akan tentukan


Buat masa ni mode bertahan dulu....


Apapun berlaku dalam masa terdekat ni, rasanya saya takkan patah balik dah!


Good luck Salwa!


Wassalam

Monday, October 25, 2010

sms balasan aza dan sms 1st dari pak hj (nilaikanlah)

Assalamualaikum w.b.t


Sms balasan Aza yang pura2

Aza balas sms saya dalam nada bercampur baur. Sekali saya baca nampak gaya macam dia terkejut reaksi saya, dari sudut lain pula, nampak macam defensif, dan menegakkan fakta bahawa dialah yang terbaik.


"Kasau bunyinye wa.akak pun xmau kait nama wa tp bkn atas kehndk akak.nama tulis ats ketas je kata diorg. xkan kontek pun.bhgia derita smue dtg dr Allah wa.kau bnyk sbar sblm ni dgn akak smpikan family akak meluat hubgan ni.xslh if akak mta maaf if ada apa2 silap akak tp akak xpnah gngu wapun.apa2 kena slsi ddunia ni.insaAllah."

Dia minta maaf dari saya kalau ada silap dia katanya...


tapi hujung2 ada TAPI.....maksudnya minta maaf tapi sebenanrnya dia nak kata dia tak salah apa2 pun!


Katanya...
"...tapi akak tak pernah ganggu wa pun...."


Tak ganggu ya?



dengan perangai macam2 dia tu tak ganggu yer?



Dengan mengamuk dengan macam2 perkara sepanjang 10 tahun ni tak ganggu yer?


Dengan lari dari rumah 3x cemburukan saya tak ganggu yer?


Dengan call sekejap2 atas alasan hal anak2 tak ganggu yer?



Dengan beri tekanan pada suami sampai suami panas punggung kat rumah saya tak ganggu yer?



Dengan bekalkan makanan dia masak pada awal2 tahun pertama perkahwinan saya supaya suami makan air tangan dia jer tak ganggu yer?



Dengan sms pujuk rayu masa giliran aku tak ganggu yer?



Dengan pengaruh suami dan meracuni suami supaya berfikiran bahawa aku ni perosak harta suami tak ganggu yer....



Kaku marah kala aku pakai wira suami, kau membentak kala aku pakai merc suami, kau bengang kala aku pakai serena suami...kau ingat aku buta, tuli dan pekak???



Kaku ingat aku tak tau????



Dengan create seribu satu masalah supaya suami tumpukan pada kau dan anak2 kau semata2 kau kata tak ganggu yer?



Apa lagi?



Dengan merajuk marah2 dan tak datang ziarah/jaga berhari2 dan tinggalkan aku terkontang kanting sorang diri jaga suami stroke siang malam kat hospital tak ganggu yer?


Ada aku berpeluang gelak ketawa kalau aku call laki aku masa dia kat PD banding kau yg gelak ketawa kalau call laki kau masa dia kat rumah aku?


Sebab apa?


Sebab kau control laki kau! Sebab laki kau kecut telur kalau depan kau!


Sebab apa? Sebab tak nak kau mengamuk, merajuk dan buat bukan2


dengan sikap luar biasa kau yang sanggup letak pisau kat leher anak ancam nak bunuh anak kau selagi suami tak ceraikan aku kata tak ganggu aku yer?


Yang sanggup baling remote aircond pada kepala laki kau


Yang sanggup koyakkan surat nikah bila kehendak kau nak cerai tak dipenuhi


Kau yang sanggyup mengunci pintu tak keluar2 sampai laki penasaran takut anak kau tak menyusu kau kata tak ganggu aku?


JANGAN ingat aku dia aku tak tau sejarah hidup kau!


Kau sanggup lari dari laki duduk bawah jambatan kat temerloh tu jangan kau ingat aku tak tau...


Semua kau buat sebab kau nak laki tunduk pada kau,kan?


Cuma aku malas...aku letih dan aku tak larat nak layan orang gila macam kau!


Kalau tak kerana aku pujuk laki kau, takde pun dalam 3 kali kau lari tu dia akan mengalah pujuk kau.....TIDAK SAMA SEKALI!


dah kalau nak cerita berkajang2 pun tak habis!



Sms pertama saya dan jawapan dia


Taukan permulaan persengketaan saya bermula dari raya pertama tu.


Selepas jumaat hari raya pertama tu pak hj menonong balik...masa tu saya sedang baring dalam bilik...


Saya tak keluar bye bye pun...hati panas dan sakit sebab pujukan saya suruh balik raya kedua tak dilayan langsung


Malah malam sebelumnya saya merajuk pun langsung tak dapat perhatian, apatah lagi pujukan


Malahan dia berpaling ke dinding...macam saya tak bernilai atau tepatnya macam sampah dimata dia!


maka petang raya pertama sakit hati dan sedih hati saya tak berkurang sedikitpun


Saya berkurung dalam bilik dan saya lempiaskan sedih + rajuk saya menerusi sms


Main2 taip jer mulanya sekadar melepas perasaan sedih tapi bila dihasut syaitan, maka terus tekan 'send'


Ni ayat saya dalam sms tu, ayat pertama yang saya taip dan tak edit langsung terus jer saya send...jauh disudut hati sebenarnya mengharap dipujuk setidak2nya diberi kata2 yang boleh sejukkan dan redakan kesedihan saya....


Ayat saya ni sila baca dengan intonasi sedih dan lembut....sebab masa saya taip ni hati saya sayu dibuai rasa sedih...bukan nada ni saya taip dengan rasa marah...ni rasa orang yang jauh hati....


"Salam, macam minta sedekah nak hak, 2x jer projek sjk blk 40 hr. Entah bila nak seimbang. makin lama makin xbalance, makin senget. Buat keputusan besar pun xmesy dengan sya, dlm jemaah pandai mesy ikut sunnah. Klau rsa tinggalkan saya kat sini selesai prob, tinggalkan terus saya dgn anak saya, takdelah sya makan hati kemudian hari dan create prob lagi bsar"


Dia balas dengan segera sms saya, terkejut badak saya bila baca....pada saya nada saya walaupun keras tapi masih berhemah....memang straight to the point tapi dalam nada perli dan sindiran halus...beserta terselit unsur2 merajuk.....tapi balasan dia masyaallah


Macam gunung berapi, macam tsunami, macam puting beliung bila saya baca....langsung apa yg dia tulis tu takde dalam minda saya...tak terjangkau akal fikiran saya yang sebenarnya itu yang bermain dalam otak, jiwa dan hati dia!


Kalau anda baca ada rasa terkejut, biarkan sebab saya tuan punya yg ditujukan sms ni pun terkejut sama....


Ni sms balasan dia, nilaikanlah macamana tak remuk redam dan hancur luluh hati saya bila baca sms ni dipetang raya...


"Siapa yg buat masalah? Setiap kali nak bersama engkau selalu timbulkan masalah! Dah ada jantan lain dlm fikiran!Dah berapa kali kau mainkan aku? Masa sihat engkau main kayu 3 sekarang entah apa yg kau buat dah pandai jumpa jantan tipu laki dah jadi mainan! Mana maruah kau? Utk lepaskan kau bukan masalah besar! Pandai hina laki pd kawan dan anak2 aku siapa yg selesaikan hutang kau? Muhasabah diri apa yg aku ambil dari kau! Aku cuma kesian dng kau faham!"


Saya tak sangka dia balas dengan kasar sekali....sekasar2nya....memang dah tau trade mark dia kalau gaduh memang ayat power sungguh....tapi sebab tu petang raya kesannya sangat terasa


Apatah lagi, pada saya memang ternyata salah dia yg buat keputusan tak bincang langsung dan mesyuaratkan secara mendalam perkara berkenaan dengan saya...semuanya tiba2....


Saya tak diam diri sms tu, tindakan dia sms tu seolah2 membakar bara yang memang dah ada dalam jiwa saya....umpama bara disimbah dengan minyak tanah lagaknya....sepantas halilintar saya balas semula....kali ni takde tapis2 dan takde fikir2 nak jaga hati laki atau nak membantu pulihkan keadaan...yang saya tau saya teraniaya.....dengan prasangka bukan2 dari dia!


Wassalam

Sunday, October 24, 2010

Dah terhantuk baru carik aku?

Assalamualaikum w.b.t


Pgi2 buta tadi Aza sms saya


Aslmkum wa. maaf ganggu ni. kau tau le family akak 69 kan. lepas kmi wt kptsn tgalkn PD kecoh gila. mcm2 cr pjg cita. jd pendek citer depa wt report ARB biaseler makan RM xbagi sek anak ni. ade lagi le kot. poligami dot dot...his jd org ARB dtg siasat cni. ok le xde komen pe2. dr dulu cmni diorg dh tau.cuma abg le sian tbabit. akak diorg mta nama wa. akak bg jer. nama jer xper ek?


Punyalah banyak kali saya baca sms ni yerlah terang2 tanah jer dah dapat sms....dapat2 lak dari Aza dengan bahasa yg macamni dan banyak short form....


Dah dapat masalah baru nak share?


No no...saya tak sudi nak denagr apa2 kaitan dengan awak...


Saya balas ringkas jer;


"W.salam. Harap akak JANGAN kaitkan nama saya dlm apa2 urusan akak & suami & keluarga akak. Saya dah melalui fasa baru kehidupan dan bahagia dengan hidup saya . Saya taknak tau dan taknak ada apa2 kaitan lagi dengan apa2 urusan akak"


Saya tunggu dia balas...lama tak bernalas, dalam setengah jam pastu baru dia balas mungkin lepas berfikir dan berunding atau rujuk pada suami dia baru dia balas sms saya...


Nanti esok saya tulis sms dia tu, hani dah merengek nak ajak tido ni. Esok dia exam....



Wassalam

anugerah allah saya bakal dapatkan adik instant utk hani

Assalamualaikum w.b.t. ada berita baru yang buat saya benar-benar rasa allah perancang yang baik. Pernah kan saya cerita perihal abang sulung saya yg lari dari rumah pada ketika sya darjah 6. Dan dia tak balik2 lepas tu. Tahun 1989 dia balik tu pun sebab sakit. Dipendekkan cerita jumaat pagi tu kakak ipar saya called dan dia minta saya jagakan dua orang anak dia. Sebab dia sakit dan doc suspect dia sakit buah pinggang. Dah lama doc suh admit hospital kaki dah bengkak tak surut2. Dia terpaksa tangguhkan sebab fikirkan hal anak. 2 dari anaknya iaitu no 1 dan 3 mak dia bela nasing2 darjah 4 dan tadika. Yg dua lagi sebaya hani, lelaki dan 3 tahun girl yang dia nak suh saya jaga. Ikutkan anytime gi hospital akan kena tahan wad tapi asbab anak dia tangguh dulu sampai cuit sekolah. Saya bgtahu yg sya anytime blh dtg ambil anak dia. Tengoklah nanti. Saya tggu call dia jer ni. Mak sya nampak tak berapa happy kakak yg kat kampung yg sulung perempuan ni mcm xsetuju lgsg. Tp sy cakap kalau tak kita yg bantu sapa lagi. Abg sya nemang tak blh harap dan xde tanggungjawab pd isteri dan anak2 dia. Ikutkan ramai dah org minta anak dia. Tapi mak dia kata kalu bg org ntah ambik terus tak dpt jmpa tp kalau bg kat mak saudara takdelah putus. Malah mak dia kata eloklah bg siti tu jaga, dr dulu pun mmg sya dah minta anak dia yg no 3 tu. Harap2 bila dapat 2 anak saudara saya tu, hidup saya akan ada anjakan lagi. Tapi dgr citer anak no 2 dia farouq mmg nakal abis so dah bncang dgn mak farouq akan letak kat kg jer. Yg perempuan 3 tahun mgkin duduk dgn saya. Buat kawan dgn hani. Hani apa lagi suka sgt dengar ada adik akan dtg duduk dgn kita. Tak sabar2 dia. Apapun yg akan berlaku sya anggap ada hikmahnya. Ada satu lagi cerita aza sms sya yg macam ala2 nak share perkembangan. Nanti next entry sya citer ek. Ni saya guna simcard broadband. Taip dr blackberry jer ni. Leceh betul tu yg xde paragraph. Sya kat kg ni hntar mak blk. Tp 28 dan 29 ni ada course kat melaka pulak. Aduhai macamana ni? Wassalam

Saturday, October 23, 2010

Sekadar gambar pelengkap cerita

Assalamualaikum w.b.t


Sejak pakai BB ni saya tak teruja nak ambil gambar pun...


Sebab sebelum ni saya pakai sony yang camera dia 8.1 megapixel


Tup tup tukar pakai BB 3.2 megapixel jer...terus ras aahh malas nak ambil gambar


Tapi ada jugak saya ambil, tapi malas sangat nak upload ke blog....kena ambil masa yang banyak


Subuh ni tersalah tengok jam, ingatkan dah nak jam 7 pagi, sekali bangunlah gi bilik air dan on Pc


Mak saya pun dah bangun jugak, so memang saya ingat dah siang sangat dah...


On Pc sambil2 on kan washing machine jugak....basuh baju sekolah dan baju kerja


Sekali terpandang jam baru jam 5 daaaa....


Dari nak baca paper dan berita terkini terus tukar update blog..masa banyak pagi ni


So kita upload gambar....


Pepandailah kaitkan gambar dengan ceriat2 sebelum ni yer...


Gambar Iza di Petrosains dengan Hani, ambil sekadar jer sebab saya dok menenggek, kan tengah pening kepala masa ni...






Ni kat Putrajaya Sentral, on the way nak ke KLCC masa ni




Happy dalam Petrosains...gambar2 dalam Petrosains ni Iza yang ambikkan...




Ni sekadar nak tunjuk wajah hani, ni hari yang subuh dia terkena keracunan makanan tu, saya masuk office lambat dan bawak anak dara ke pejabat..seharian dia duk melangut kat bilik saya...





Siap cuba topi uniform saya...




Dan siap bukak tudung bagai, yerlah dah seharian melepak dalam office saya...tengok dia bersolek tu...saya tak perasan ralit buat kerja, rupanya dia sakan bersolek...





Kan hampir setiap weekend saya balik kampung sekarang, ni gambar salah satu weekend yang saya balik kampung tu...Hani dengan Kak Uda, Kak Ngah dan Adib.....nak tunjuk gambar langsir belakang tu..tula langsir yang saya bagi saya punya langsir raya tahun lepas....






Akhir2 ni banyak program luar, ni program seminar ADB-OECD, di Palace Of Golden Horses, 4 bunga (bunga ker?) yang mewarnai Unit Komunikasi Korporat, miss Conquer, Miss Sinar, saya dan Miss yip (peg kontrak, ex Malaysia Kini & Malaysia Insider journalist)...kesemua unit kami kami 4 lelaki dan 4 perempuan....





Ni gambar terbaru, masa nak ambik nissan, Saleh sedang nak tunjuk dan ajar macam2...saya walaupun tengah sedih dan blur dengan sms cerai tu....terlupa masalah sebab dapat keter baru tuuuu...


Masa dia terangkan hal enjin ni, yang saya faham sikit2...saya kena check no chasis enjin, kat mana nak tuang air dan kat mana nak check minyak hitam...




Gambar enjin....ni nak kena study lepas ni.....susah payah beli, nanti tak pandai jaga jahanam plak....




Miss Sinar terover suka bagi pihak saya...tengoklah dia yang teruja lebih interview si Saleh pasal keter ni...









Miss Sinar suh bergambar dengan keter baru....masa ni baru lepas nangis....tapi demi kereta ku dan kenangan saya abadikan juga gambar saat2 awal bersama kereta ku...





Miss Sinar juga tak lepaskan peluang bergambar...masa ni dia mc...sebab hari sebelumnya dia ke Hospital Serdang ambil sample sel di breast dia....doc suspect cancer



Selitkan citer mami jarun (yg tak berapa nak jarum sangat), ni rantai tangan emas yang dipilih oleh Iza, adamacam style remaja sikitlah saya rasa....kecik comel lote jer rantai tangan ni...sesuai dengan saiz pergelangan tangan saya....cincin lupa plak nak snap...







Wassalam

Friday, October 22, 2010

Dan akhirnya menitis juga...setelah cerai dipersetujui!

Assalamualaikum w.b.t


Failkan Penceraian


Akhirnya kata putus diberi


Walaupun semuanya saya yang pinta


Namun naluri wanita tetap tak boleh dibohongi


Sedih bila pasangan yang kita peluk cium selama 10 tahun ini


Tanpa ragu dan menunggu lama memberi setuju


Selepas saya sms menyatakan yang saya akan memfailkan permohonan penceraian


Pantas dibalas persetujuan....


Saat itu saya harus akui jiwa saya bergelora


Sehingga air mata gugur tanpa dikawal


Semuanya di depan Miss Sinar semalam


Saya pinta bantuan miss sinar hantarkan ke showroom nissan di presint 15


Sebab semalam kereta saya siap dan boleh diambil


Dalam perjalanan itulah saya melepaskan rasa sedih dan mengadu pada miss sinar


Saat hati gembira menerima kehadiran kereta baru


Selepas rentetan semua masalah kembara


Seharusnya semalam saya gembira


tapi semalamlah saat saya terasa sangat2 sayu dan hiba


Korban 10 tahun lenyap sekelip mata


Rumahtangga saya bakal punah begitu sahaja


Saya tak mengharap apa2 sebenarnya


Tapi jawapan sepantas kilat tentang provokasi saya uintuk failkan permohonan cerai


Seolah2 disambut gembira....tuntas memberi restu!


Umpama pecah dan dihiris2 hati saya


Nissan Sentra


Dalam titisan air mata yang masih membasahi pipi


Dengan disaksikan Miss Sinar...yang terkejut


Sebab dalam saya berkata2 melayan kesedihan saya


Tetiba hati saya dirundung sayu gila..terus menangis dan menangis


Miss Sinar mula2 tak sedar.....tiba2 dia menoleh terkejut dia....."puan...puan nangis ker?"


Dah..dah...cuba bayangkan nak dapat keter baru ni.....


Saya gelak tapi air mata meleleh juga....


Sampai depan nissan showroom terus nampak dah parking tepi tu WUM 673


Bibir tersenyum tapi air mata masih turun dipipi


Sambil jalan masuk ke showroom beriringan dengan miss sinar saya menyapu pipi


Masuk2 tu dengan mata merah buat2 lupa apa yg baru berlaku


Terus sign itu ini, keluar check sana sini, ambik gambar sana sini


Terus bawak miss sinar round keter baru


Pergi isi minyak pastu patah balik ke presint 15 sebab Myvi miss sinar tinggal


Saya lupakan seketika masalah dan kami makan semakan2nya di Secret resepi


Terus saya pening kepala sangat.....tak masuk office saya petang tu


Sungguhpun dah dapat keter baru....


Tapi dalam hati hanya tuhan yang tau betapa pecahnya hati saya!


Sampai rumah, tak terasa langsung nak raikan kereta baru


Buka baju terus saya baring dan tertidooooo....perasaan sangat letih!


Ntah jam berapa saya terjaga....


Terus bangun dan mandi dan tak boleh nak melelapkan mata semula


nak berblog, broadband tinggal di pejabat


Saya bermenung dan berfikir sahaja....yang saya boleh buat hanya update di twitter (sila search nama hanisumayyah dan bagi yg ada acc twitter follow lah saya...)


Bangun pagi tadi, cepat2 saya buang rasa sedih dan sayu dan cuba untuk merai seberapa boleh kereta baru...


Pagi ini pejabat sunyi pula, kebetulan kawan baik saya Mr K (yg pernah saya ceritakan dulu yg saya sgt close dgn dia masa di N9- back to 2003-2005) ajak saya minum pagi sebab katanya nak merasa naik kereta baru


Saya on jer...sebab saya pun perlukan bantuan dia


So, dia tolong hantar kereta merc (yg tinggal dipej) ke rumah dan kami ke Putrajaya Sentral ambil kereta dia (yg semalamnya ditinggalkan semasa di ke KL)


Kami breakfast di Presint 9 dan masa makan dia banyak nasihatkan saya


Dari sudut pandangan lelaki pula, dan memang kebetulan dari Hani takde di dunia ini dia tau masalah saya...dialah yg teman saya dengan perut membusung menyiasat ke tempat jauh2 dulu...selain dia ada sorang lagi yg saya rapat sekarang ketua mengetuai unit siasatan di Johor...


Kata dia, seeloknya saya ambil masa bertenang, jangan failkan dahulu....


Dia minta saya bersabar....kalau saya harus menunggu pun tak tau berapa lama....mungkin cepat dalam usia pak hj 56 tahun, berapa tahun ajer lagi yang dia akan ada...


Saya balas dengan katakan yang saya tak mahu kedua2nya berdosa....yg saya mengutuk pak hj yang pak hj pulak tak dapat laksanakan tanggungjawab dia...


Tapi kata Mr K kenapa selama 10 tahun saya boleh sabar?


Paginya, kak Liza pula call saya sengaja nak update tanya macamana saya


Saya kata pada dia yang saya nak failkan segera sebab saya dah ke JAKIM tanya prosedur dan dapatkan info ( sekarang semuanya saya dah tau)


Tapi kak Liza juga suruh saya bersabar...katanya sekurang2nya sabar sehingga saya habis uzur....lepas tu solat istikahrah dan solat hajat minta petunjuk jalan keluar terbaik


Betul cakap dia juga....


Period tak datang 4 bulan


tau tak yg saya tak period sejak 4 bulan lalu....


memang dalam hati takut juga...dah dua kali buat pregnancy test (-ve) pastu cadang nak ke Hamid Arshad sebab kawan saya kata ada dua kemungkinan samaada fibroid atau mengadung luar rahim...


Tapi dalam hati dok fikir nak lepaskan tempoh bertenang 4 bulan takaful tu supaya melayakkan saya claim takaful...


tapi atas cadangan Miss Sinar saya mula makan evening primrose oil dan alhamdulillah masa kat Colmar saya period...rindu betul nak period sebab dah 4 bulan tak cuti solat...puasa pun tahun ni sejarah betul sebab tak cuti langsung....


So saya akna ikut juga cakap kak Liza dan Mr K...saya akan akmbil amsa bertenang


Dan bila saya consult dengan miss sinar (dia gi main futsal dua hari ni) tak masuk office


dia pula minta saya ambil masa bertenang yang lebih panjang iaitu setahun dua...


Saya pun tak tau nak kata apa...


3 yang ada disekeliling saya, semuanya suruh saya bertenang...


Baiklah, saya akan bertenang sementara waktu ini!
















Wassalam

Thursday, October 21, 2010

Peratusan Meningkat

Assalamualaikum w.b.t



Kalau sebelum ni peratusan ni macam turun naik


Tapi majoritinya dalam satu-satu masa ianya lebih kepada statik


Tapi lepas balik bengkel peratusan ini agak meningkat


Peratusan antara nak kekalkan rumahtangga ni dengan nak berpisah


Dalam kebanyakan masa kedudukannya 50-50


Bila bertukar2 sms dengan pak hj akhir2 ni dia jadi 60-40, lebih ke arah nak berbaik


Tapi bila duduk sorang2 dan bila baca komen2 dalam blog ni, peratusan berubah


Tapi tak banyak, dia jadi 40-60, lebih pada nak bercerai


Tapi masa kat bengkel ni peratusan jadi 30-70, rasa berkobar2 nak berpisah berlebihan


Dan-dan tu jugak rasa nak sms tanya berapa talak nak bagi!


Semuanya gara-gara bertukar-tukar pandangan dengan sorang kakak


Dia sebilik dengan saya di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi


Kakak ni sungguhpun sama kerja tapi sungguh saya tak kenal langsung


Pertama kali jumpa masa early september 1st bengkel ni


Tapi masa tu takat kenal sebab berbincang dalam satu group


Nama dia saya macam pernah dengar tapi org memang tak tau langsung


So masa 1st bengkel tu sekali pandang saya memang macam takde chemistry jer sebab dia nampak macam terasing jer


Kat tangan dia sibuk dengan novel inggeris...pantang ada masa memang baca novel jerlah...


Pastu badan balut dengan shawl jer...saya pulak sibuk dengan lappy siapkan teks ucapan KP masa tu


Habis 1st worksyop tu habislah hubungan kami


Macam korporat comm ni kedudukan pejabat unit saya ni di pejabat KP


Maka memang tak bercampur orang, hanya orang tertentu ajer yg datang sini, pengarah2 dan boss jer yg kerap lalu lalang sini


Yang lain2 tak boleh access kawasan ni..strictly utk mereka yang ada access card lah


So, kak Liza ni memang tak tau kewujudan saya di tingkat 7 ni...cuma rasanya dia kata pernahlah dengar nama saya tu.....


Alih2 sebelum nak gi course ni dia call saya dan katanya, dia dah booking dengan urusetia untuk sebilik dengan saya...


Saya on ajer...dengan sapa2 saya boleh...being me, yg dah biasa berdikari dan tak banyak songel memang saya tak pernah ambik port kalau ada course saya akan duduk dgn sapa....


Sapa pun dia saya terima...


So datang tu kak Liza dah check in...dalam pada tu ramai gak pelik dan kagum saya drive sensorang sedangkan yang lelaki pun datang berteman2....share keter


Bila dah duduk sama baru tau sapa kak liza,


Kami sama rank, tapi saya senior dua tahun rank ni...


Dia umur 39, masuk BPR masa umur 21 tahun....maksudnya dah 18 tahun kerja tu...gila lama tu!


Rupanya masih bujanglah kak Liza ni


Tapi ada pakwe suami orang...eceeehhh


Sama pengambilan tahun 1991....bercinta sejak sekian lama, tapi tak sanggup nak kawin


Selagi pakwe dia tu tak ceraikan bini, sebab dia taknak jadi no 2...hahaha gila kental kakak ni!


Lama bercinta tu...dari cerita dia macam kebergantungan antara dia dengan partner tu macam suami isteri cuma tak duduk serumah dan takde hubungan tubuh


So kami banyak frame of reference yang sama


Boleh bercerita


Hari pertama dia bercerita tentang dia jer serta orang2 sekeliling dia


Saya mendengar jer...cuma banyak nasihat dia suh dia kawin jer...


Sekali dia tunjuk pakwe dia (di HQ ni juga) aduuuh saya tak kenal juga.....


Tapi bila malam2 dia lak interrogate saya..tau2 jerlah SPRM ni semua UO..nak menyiasat jer kerjanya


Sekali member terkejut tau saya 2nd wife...and tak nak panjang cerita saya tanya pandangan dia kalau menjanda dalam SPRM ni setelah saya cerita duduk perkara status saya


Luckily dia sangat sokong bahkan siap bagi motivasi lagi


Dia bahagia walaupun tak kawin...


Dah beli rumah di Puchong, pakai Honda CRV lagi....


kenapa katanya saya tak beri peluang diri untuk bahagia?



Wassalam

Tuesday, October 19, 2010

Hani, cerai dan nissan....

Assalamualaikum w.b.t


HANI

Baru jer lepas bergenang air mata ni.


Hani call saya dengan suara tersekat2...


Menangis sayu dan sedih sangat bunyinya


"Ami kakak tak boleh tido ami takde nak peluk"


Alahai siannya dia


Sebelumnya tu saya sms dia


Saya ucap salam dan bagitau saya sayang dia


Tak sangka sms saya menyentuh hati dia sungguh


Sampai tak boleh nak cakap


Suara tangisan jer mendominasi


sebenarnya dari ptg dah mula call dan sms


Nak mengadu katanya


"Along abiskan air lassi kakak"


Pastu macam2lah cerita dia


Tak boleh tido, ingat ami


Pastu bagitau baju busuk ami dah takde bau


Saya memang tinggalkan 2 helai baju xbasuh


Untuk dia peluk sebelum tido


Tapi dah takde bau pulak katanya


Sedih saya..tapi tak boleh cakap apa


bila saya suruh peluk makwe


Terus Hani jawab, taknak!


Kakak nak peluk ami...kakak nak peluk ami...


So sad and don't know what to do...


CERAI, INIKAH JALANNYA?


dua hari di Colmar Tropicale ni buat saya fikir


Adakah cerai jalan keluar terbaik


Kalau cerai yang terbaik, apa asas saya kata begitu?


Saya nak carik 10 alasan sebab nak cerai


Dan saya nak cari juga apa kekuatan saya


Apa kelemahan saya, apa kekuatan saya


Kalau cerai yang saya pilih


Apakah perancangan saya selepas ini?


Untuk pastikan saya dapat melalui proses ini


tanpa ada keluh kesah


Tanpa ada penyesalan


Dan yang paling buat saya rasa belah bagi


Ialah takut saya tak dapat handle keinginan saya


Keinginan apa lagi, keinginan yg satu tulah...


Adakah nanti saya terdesak...dan rasa menyesal pula?



NISSAN SENTRA


Happy...happy, dan tak sabar rasanya nak drive keter baru


Khamis atau jumaat ni dapatlah keter baru saya


No walaupun tak masuk tender, ikut turutan


Tapi okaylah jugak, WUM 673...


Okay jugak kan


Cuma pada tahap ni rasa terkilan pulak


Sebab tak ambik auto, rasa was was nak bawak manual


Tapi mgkin tu permulaan jer kot


Pasni nak beli accesories keter pulak


nak pasang tinted, nak beli GPRS...


tengoklah nanti


Harap2 kereta ni dapat mengubat hati


Dari mengingati seorang lelaki


Untuk apa lelaki kan, kalau hanya 'itu' yang dia tahu!




Wassalam

Monday, October 18, 2010

Gamble

Assalamualaikum w.b.t


Saya dah nak bertolak ke Bukit Tinggi ni


Betul2 gamble


Sebab tak tahu jalan sangat


Secara praktikalnya lah...


Zaman ni kalau tak tau memang hempeh lah


Sebab google jer, dengan google map nya dengan macam2 kaedah adalah


So dah google dah kaedah nak ke Bukit Tinggi ni


dari Putrajaya lalu Serdang yg jalan nak ke mines tu


Sampai simpang amsuk kiri ke arah MRR2


dari MRR2 tersu jer lalu ulu klang segala tu sampailah ke tol gombak


dari tol gombak tu lalu lebuhraya karak


Nanti dalam 45 minit sampailah ke Colmar, Berjaya Hills, Bukit Tinggi


pepandailah kan


dan tua dah


nak harap orang jer bila lagi, yer dak?


Ikutkan boleh jer tumpang


Tapi malas lah...


bebas kalau bergerak sendiri


Semalam tengahari balik melaka ambik mak


Lambat bergerak dari Putrajaya sebab merayau2 sekitar bangi carik kedai komputer


Jumpa satu, terus beli charger lapppy acer saya


Dah lama dah charger rosak...rosak mas akat tangan hani, dia kan selalu conquer lappy saya


main games, tak tau apa kaitan nya dengan kerosakan charger,


mungkin dah sampai ajalnya


saya tak gerak lagi ni masih kat office


pagi ni tak masuk office sebab hani demam dengan batuk anjing dengan badan panas


Dah bagi makan ubat dan dah peluk2


lappy tinggal kat office tu sebab saya datang jugak ni


tapi sampai2 jer tadi xtau apa berlaku


depan pejabat ramai polis beserta dengan kereta peronda


naik tingkat 7....sunyi sepi jer unit komunikasi korporat


Satu umat pun takde


Bilik PA kunci, kunci bilik saya dalam box dalam bilik PA


Saya syak diorang gi farewell Glenn, salah seorang officer UKK ni


Glenn last day sini, sebab dapat offer gred 41 di kastam


Sini dia gred 29....so call diorang rupanya diorang lunch kat luar


Kat equotorial....saya jer sorang takde, sedeyyyy


Apa nak buat, dah saya kena ke bengkel...


Apapun doakan saya selamat pergi seorang diri


tapi tadi, banyak kali hani cakap


Ammie selamat tinggal untuk selama2nya...pastu punyalah peluk dan cium merata sampai ketiak2 saya pun diciumnya....


Ulang2 lak tu cakap diolog tu sampai saya marah dia


Ada apa2 ker, yang budak kecik dapat rasa kita orang tua tak dapat rasa


Kalau ada apa2 berlaku doakanlah okay...


tolong tengokkan hani, apa2 hal jangan bagi kat ayah dia anak saya tu....


Ni saya pesan jer dalam blog, kotler apa2 hal nanti...




Wassalam

Sunday, October 17, 2010

Sudut Pandangan hani

Assalamualaikum w.b.t



Saya kerap juga berbincang dengan Hani tentang perasaan dia....


Tentang rasa dia tentang apa-apa sahaja...kadangkala di luar kemampuan budak 7 tahun


Tapi dengan siapa lagi saya nak berkata-kata....kalau tak dia


Walaupun kadang2 dia balas....."apa ami cakap ni, kakak tak fahamlah"


Saya kata, takper, kakak tak perlu faham sangat, dengar pun cukup...."


Masalah rumahtangga pun saya share dengan dia...


Khususnya terhadap situasi saya sekarang ni


tentang penceraian khususnya


Tapi dia cool ajer...


Dan jawapan dia pun berbeza2 ikut suasana semasa


Mula2 dulu ada tanda2 yang menunjukkan dia berbelah bagi nak jawan pendirian dia


Bila saya tanya, apa pandangan kakak kalau ami-ayah bercerai


Dia kata kakak tak kisah, tapi kalau ami-ayah tak bercerai lagi okay...


Kakak nak dua-dua ada.... ami ada ayah pun ada


Bila saya kata ami bukan nak pisahkan kakak-ayah


Cuma ami-ayah jer yang berpisah....kakak masih anak ayah


Darah yang mengalir dalam badan kakak masih darah ayah


Tapi ami dengan ayah bila2 masa hubungan tu boleh terputus....


Ami boleh kawin dengan orang lain, ayah pun sama....


Tapi akhir-akhir ni, lain pulak pendirian dia


Hari tu, saya bincang dengan dia pasal sms ayahnya tu....


Yang malam rancangan semanis kurma tu....


Saya bagitau dia, rancangan tu tajuk dia, "kenapa suami sukar melafazkan talak"


Macam biasalah, saya semua benda saya bincang dengan dia...faham tak faham kemudian cerita


Dipendekkan cerita, dia minta saya terangkan tentang talak


Saya pun yang memang suka bercerita dan menerangkan sesuatu konsep dengan panjang lebar


Terangkan satu persatu pasal konsep kawin-cerai-talak-rujuk


Dah lepas tu lain cerita plak timbul2...


Isu TALAK jadik bahan gurauan pulak


Hani tanya saya, kalau ami, ami nak berapa talak?


Saya jawab, satu pun cukuplah...


hani plak jawab, kalau kakak biar 3 terus....


Apasal pulak?


Kakak tau kan kalau talak 3 tak boleh rujuk balik...


Yerlah...tau, pastu ami kawinlah dengan orang lain pulak.... tak abis situ....pastu kan ami cakap boleh kawin balik dengan ayah....


Saya geli hati dan gelak jer dengan keletah hani...dia ni kalau kita terangkan satu2 konsep dengan segera dia apply pada situasi semasa


hari tu saya cerita konsep period bagi wanita....dan lepas tu adalah cerita pasal hal nak kawinkan dia cepat...hal kesuburan....(hal kesuburan dah lama dia tau sebab saya terangkan sebab tak dapat anak mungkin ami xsubur)


Pastu siap menyampuk, kebetulan saya tengah cerita dengan sapa ntah, hal nak cepat kawinkan dia lah...


Terus menyampuk, kata dia, ami....macamana kakak nak kawin kan kakak tak period lagi?


tu satu hal..sebelum ni dia pernah tanya, kalau suami yang ayah carikan kakak tu kakak tak cinta macamana?


Ada satu hari tu, dia tanya saya kenapa saya nak kawinkan dia cepat2...


Saya selamba jawab.....sebab ami nak dapat cucu cepat..dah nak dapat anak pun susah


Dia jawab, kalau betul ami nak dapat cucu takperlah..kakak nak beranak jer tau


Cebuk berak, kencing mandikan ami buat tau....sebab ami yang nak sangat dapat cucu....


over betul dia,kan?


Pastu semalam, masa kami makan kat alamanda ada lah anak2 dara gedik2 makan satu donut suap2 mulut kawan2..pastu ambik gambar..nak masuk FB lah kot...


Pastu gelak2..memang over sangat lah kan....yerlah kami duk meja sebelah dia, langsung tak ada rasa malu gedik sungguh anak2 dara bertudung tu...


Pastu hani plak cakap....kalau kakak, kakak malu....makan gelak2 bising2 pulak kan....


Kalau kakak dah besar nanti, kakak taknak keluar dengan kawan2 macam tu...baik kakak keluar dengan suami kakak jer....


Wahhh....jauh misi dia tuuuu......


Apapun alhamdulillah dia usia 7 tahun, dia dah ada imaginasi positif tentang alam perkahwinan dia.....


Ntahlah.....tak tau nak kata benda macam tu bagus ker tak bagus...terlalu awal dedahkan atau dia memang dah boleh terima benda tu semua....


Disebabkan anak seorang maka saya terpaksalah try and error semuanya...betul atau salah didikan saya, tak dapat saya buat kesimpulan sendiri...


kita tengoklah nanti, outputnya macamana.....


Pada masa ni segala contoh yang buruk dan baik semua saya tunjuk kat dia.....


Saya takut betul tengok remaja hari ni...kita mak ayah ni yerlah cita2 nak anak jadik macam2...


Nak anak masuk U, nak anak belajar hidup sendiri, berkawan2....


Tapi macam remaja yang depan mata saya semalam sedih betul, nampak2 gaya macam student...tapi cara mereka memang tak mencerminkan akhlak yang tinggi


semalam singgah maghrib....ada dua anak dara lepak2 kat perhentian sebelah senawang, lelaki adalah dalam 5/6 orang, perempuan 2 orang


Parking betul2 sebelah kereta saya, pastu yang lelaki duduk bersila ramai2 atas ruang parking tu...motor ada, kereta pun ada


yang dalam kereta ada 5 orang, tiga lelaki dua perempuan....yang perempuan mula2 sorang tu bertudung, dah agaknya terasa malu...dia tak bertudung pulak dah...dah bukak! dari berdiri kat luar kereta tepi pintu terus masuk duduk2 (boleh dikatakan baring2)


Yg perempuan dua2 tu baring2 macam patah pinggang kat seat driver (penyendar depan diturunkan) mengadap ke lelaki lak tu....(bersentuhan bagai pastinya) yang lelaki pun baring kerusi sebelah driver dan ada dua lelaki baring kat belakang kaki masing2 terkeluar....dengan asap rokok berkepul2...


Masa saya tunggu mak saya sudah solat saya tengok mula2 yang dua perempuan tu bertukar2 duduk atas motor sambil yang lelaki ambik gambar....


Ya Allah hai.......malu saya tengok!


Agak2 mak ayah mereka tau tak?


Agaknya depan mata ramai orang buat begitu, belakang orang ramai bagaimana pula?


Jujurnya saya tak berani nak lepas hani sama sekali!


Katalah apa sahaja....kalau namanya masuk U (awam/swasta), duduk kampus dan bercampur gaul dengan remaja lain, saya tak mampulah nak letakkan dia dalam suasana tu....


Yang saya tengok gelagat remaja ni sekarang, hani plak masuk 10 tahun akan datang.....lagilah teruk agaknya...


Tak nak ambik risiko....


Tapi mungkin saya berubah di masa depan, siapa tau?


Kalau agaknya Hani masuk tempat2 lain macam Darul Quran mungkin lain situasi agaknya....atau nanti di masa depan saya boleh aturkan dia balik setiap hari itu mungkin akan mengubah fikiran saya ni!


Nak2nya, pergi mana pun kebanyakan (takdelah semua yer) akan toleh dua kali pandang hani, yang lelaki baik tua/muda pun sama paling kurang akan senyum pada hani


Yang ramah mulut pasti akan tanya darjah berapa, nama apa...


itu budak kecik tu..kalau dah anak dara dengan aset yang ada (maksud saya manalah tau body bergetah nanti) ditambah dengan malu2 alahnya...saya rasa ramai akan cuba mengurat....


Owhhhh....harus saya merancang dari sekarang...saya harus tentukan perancangannya bermula sekarang...tapi kalau di masa depan ianya berbeza tak taulah saya.....yang pasti saya takkan ambil risiko..


jangan kata bahawa alah...kalau perangai elok tak layan lelaki takde nya terjerumus benda2 tak elok....ataupun nasihatkanlah dia....kalau iman dia kuat, mesti okay punya...


Tak..tak...saya sebagai ibunya cuma taknak ambik risiko.....biar dia jadi katak bawah tempurung daripada tau semua benda tapi syariat kemana....


Lantaklah orang lain nak jadikan anak dia 'orang' atau 'somebody' bagi saya Hani saya tetap akan bagi didikan agama semata2....harap kalau berubah fikiran masa depan pun (mana tau mesti saya akan fikir macam2 sudut sesuai suasana masa tu) saya masih tetap akak meletakkan akhirat sebagai keutamaan utk dia..takyah jadik doc, lawyer dll kononnya utk fardhu kifayah ker....jadi isteri dan ibu tu pun dah jalan mudah nak ke syurga...amiiinnnnnn


Wassalam

Saturday, October 16, 2010

Tolong beritahu apa saya perlu buat seterusnya!

Assalamualaikum w.b.t


Saya tau


Yang baca blog saya ni dah menyampah kot


Menyampah dengan pengakuan dan pendirian saya


Yang macam ntah hapa-hapa...tak sedar2 diri, tak serik-serik?


Tapi tetap nak tau jugakkan? Apa penghujung cerita dunia bermadu ni


Saya ni pun tak tau, apa penghujungnya,


yang saya tau, dua jer


Terus, berhenti atau buat tak tau!


Tapi nak memilih mana satu...saya buntu!


Saya bukan apa


Saya ni dah terlalu lama berada dalam lingkaran hidup begini


Sebagai analoginya


Kalau ikut teori kemiskinan


Ia dipanggil "lingkaran api kemiskinan"


Maksudnya kalau sesebuah keluarga itu dah berada dalam kemiskinan


Maka mereka akan sukar keluar dari lingkaran api tu


Kalau dah miskin macamana nak hantar anak sekolah


Kalau dapat hantar anak ke sekolah pun anak makan tak berzat tak mampu saingi kawan2 lain


Selalu miskin tu datang dengan otak yang bodoh/lembap sekali.....siap dengan rasa rendah diri lagi


Maka anak2 akan mewarisi kemiskinan mak bapak mereka...dengan mudah sekali


Dan mereka pun akan berterusan dengan kemiskinan itu dan sukar nak keluar dari lingkaran api itu


Dan mereka pula selesa begitu....tak minta dibantu...cukup kais pagi makan pagi


Haha'.....


Macam tulah saya


Saya ni dah macam duduk dalam lingkaran belenggu rumahtangga


Macam dah susah nak keluar


Macam cabaran yang ada tu pula bagi saya tak jadi hal


Macam ujian semua tu tak jadi kudis lagi


Mungkin sedih seketika lepas tu takde datang kesan mendalam dalam jiwa


Macam orang miskin tulah...lepas berdekad2 duduk dalam lingkaran api kemiskinan tu


Kita yang pandang ni kesian sangat dengan diorang


Tapi diorang boleh ajer teruskan hidup macam tu dengan kemiskinan sekeliling mereka


Macam takde usaha nak mengubah hidup..seolah2 selesa biarpun beribu orang pandang mereka menderita


Saya ni pulak orang katalah macam2 ....


Cukuplah berkorban....awak berhak bahagia


Cukuplah menderita, teruskan hidup sendiri


bagi saya pula, sudah itu takdirnya


Menderita atau bahagia sudah tertulis


Kalau itu bahagian saya, saya akui saya memang mampu hadapinya


Mereka yang kenal saya sebelum kahwin pun tak sangka yang saya melalui tempoh perkahwinan 10 tahun ini dengan seribu satu cerita sedih


Walhal mereka tahu saya berhak bahagia


Sebab kata mereka...(kawan2 masa anak dara)


Saya baik, kata mereka


kenapa saya mendapat pasangan lain pula layanannya pada saya walaupun dapat isteri yang baik


Bagi saya, semuanya dah begitu hendakNya


Saya tak mau susuah2 fikir sebab musabab


Yang saya nak tau


Apa jalan keluar yang ada


Mau saya ke pejabat agama failkan ker


Atau remain macam sekarang ni


Atau provok pak hj jatuhkan talak


Mana satu?



Wassalam