Tuesday, November 30, 2010

Suami tapi serupa macam alien!

Assalamualaikum w.b.t



saya tak dapat ambil hani


sebab esok sampai jumaat saya kena hadir mesyuarat di PD


jumaat lepas abis meeting tu baru boleh pergi agaknya


Pak hj keluar 40 hari area sini


Kat putra Height rupanya


Tapi saya takde hati nak suruh dia balik


dia pun tak sms dan call saya melainkan bagitau dia keluar sana pagi tadi


So antara saya dan pak hj macam dah takde apa2 jer nampak gayanya


Maksud saya takde ikatan perasaan dah


saya takde hati nak tanya apa2 perkembangan dia


Dia pun langsung takde ambik pot hal saya


pendekata apa dia buat saya tak minat nak ambik tau


Saya rasa dia pun begitu, langsung tak de call tanya khabar macam dulu2


tapi tadi balik dari KL saya ada call dia sebab saya nak lepas geram


Saya tanya kenapa dah tau nak keluar seminggu pastu sambung terus keluar 40 hari tapi ambik hani


Dia jawab macam jawapan orang pendek akal


Dia kata dah cukuplah satu hari dia dah layan hani masa hari pertama hani sampai tu


Hishkkkk tak reti nak komen lah jawapan dia tu


saya cakap kalau saya tau satu hari jer dia ada rumah baik saya hantar hani kat kampung jer


tak pasal2 hani nak duduk dengan aza sampai ke penang apa jadahnya?


Buang masa saya kerja dua kali nak kena ambik dia pulak


Naik menyampah dan meluat pulak saya


terutama bila fikirkan apa motif dia buat macam tu


Terasa2 dalam hati nak menyumpah2 jer


tengoklah lepas ni saya akan terus buat tak tau walau dia ada dekat2 sini jer pun


Dah dia pun buat tak tau tak sms tak call


Eh pendek kata macam orang asing pulak dah rasanya


langsung dah tak macam suami isteri


Bila sms @ cakap telefon saya nak sebut panggilan dia abang pun rasa janggal dan rasa geli pulak


So, nampak gayanya ni fasa2 permulaan nak berpisah dah


Mujur juga ada fasa ni, sungguhpun dalam mode bertahan ni tapi peranan tempoh masa ni penting pada emosi saya


Sebab ianya akan tentukan keputusan saya


Biar nanti takde sesalan dalam hati


kalau kau sanggup buat aku begini, seribu kali aku sanggup buat kau jugak!


tak rasa rugi lah kalau ada laki baik tapi layan bini teruk!


Cakap ikut sunnah, nabi tu sebaik2 akhlak dengan isteri, tapi apa yang kau ikut?


Macamana nak kata tak mampu buat baik, untuk jemaah sanggup kau korbans egala2nya?


sanggup kau ulang alik, korban harta masa dan nyawa....


tapi tanggungjawab kau ni, kau abaikan seabai2nya


fizikal, mental, rohani jasmani


emosi lebih2 lagi


tak heranlah kalau perempuan sanggup curang kalau diberi pilihan


Agaknya sebab nak sakitkan hati laki!


nak buktikan pada laki kalau kau tak mau aku, ramai lelaki lain sangguplah!


Tapi tu bukanlah kes saya, setakat ni takde der sapa2 nakkan saya ni


kalau dah ada depan mata harus lagi nekad saya nak cerai agaknya....


So, saya masih tak boleh nak fokus fikir benda2 ni sebab masa sangat mencemburui


Kerja pejabat tahap tak reti2 nak stop..geraf menaik jer...perlu sentiasa fokus...so masalah rumahtangga takde ruang lagi untuk benar2 saya fikir dan putuskan


whatever happen....hani tetap jadi sandaran keutamaan saya dalam buat keputusan...



Wassalam

Sunday, November 28, 2010

rethinking

Assalamualaikum w.b.t



Dah namanya blog sya maka sayalah yang ada kuasa menulis di sini

Bagi yang nak baca silakanlah

Bagi yang nak kutuk juga dipersilakan

Kan saya ada bagitau keputusan saya tak muktamad

Saya masih terawang2

Pagi tadi saya ada suruh hani sendkan gambar sofiyyah sebab sofiyyah asyik nak cakap hp hani jer so saya pun teringin nak tengok rupa dia sekarang

Bila tengok gambar belakang background saya nampak langsir saya yang rumah homestay tu

Mulalah saya suruh hano siasat lain2 barang

Hani malas nak taip sms ambil gambar terus

Rupanya semua barang dan perabot dari homestay dipindahkan ke penang

Saya agak perancangan nak pindah tu memang dibuat dgn rapi dan sempurna

Saya jer yg xtau dan tak diberitahu

Malah aza pun bawak satria dia

Pinggan mangkuk saya pun hani kata ada kat sana

Saya syak rumah PD disewakan

Jauh sudut hati saya sedih sangat

Rasa diketepikan sama sekali dan hak saya juga dirampas secara langsung

Bak kata hani, ringkas dalam sms dia 'tulah ami'

Hal harta benda tu tak buat saya sedih sangat

Tapi tadi berbalas sms dengan pak hj

Hal hani nak masuk madrasah

Rupanya dia dah dalam perjalanan ke markas seri petaling nak keluar

Keluar 40 hari

Hani pulak malam tadi merengek sms saya

Nak balik tak tahan duduk sana tension

Umi mengamuk zubair melalak

Hani pulak kata dia lapar

Walhal masa tu dah dekat jam 9 setengah malam

Dia sms berkali2 kata esok juga ami ambik kakak

Lepas tu katanya dah makan tapi tak boleh tambah

Tapi tengahri ni bila tau pak hj ke sini sya pelik kenapa tak bawak hani

Kenapa tak bawak hani sma

Saya pelik betul dia letak dan tinggalkan anak dengan aza bontang

Dari hani datang dia keluar seminggu dan terus sambung keluar 40 hari

Hilang kepercayaan saya nak masukkan madrasah hani kalau ayahnya selalu takde

Saya bgtau dia saya taknak ada apa2 hubungan dgn aza dlm apa cara pun

Kalau abang xde macamana saya nak ziarah hani terutama kalau naik bas

Dia kata dia akan keluar dengan aturkan masa ikut cuti madrasah

Tapi saya tak percaya dia akan letakkan keutamman anak2 lebih dari keluar0dakwah

Mesti dia akan keluar dan saya yg akan pening kepala fikir macaman nal ziarah hani jika saya ke penang naik bas

Sangat dilemma sya ni

Tadi saya sms dia balik rumah tak sebab dah ada kat sini kan?

Dia jawab 'penat'

Apalah ertinya isteri pada dia?

Saya takde nilai apa2

Saya harus rethinking keputusan saya ini

Bercerai mmg bkn trbaik tapi

Pengajaran utk suami macam ni yang terbaik

Adalah kita tinggalkan dia dalam keadaan bermaruah

Patutkah saat ini sya failkan?

Saya tau jawapannya patut tapi

Nanti saya istikharah sebab selama ni saya belum istikharah lgsg

Sedih sngat sedih sangat dan sangat sedih hati saya

Baru hati saya nak redha dan memaafkan

Tapi inilah balasan

Balasan yang saya dapat bila saya memaafkan dan buat taktau

Sampai bila bila lah saya akan tertindas dan ianya akan berulang lagi dan lagi

Saya taip guna BB maafkan slah eja dan ayat pendek2 kekangan BB ni letih na taip kecik sgt



Wassalam

Friday, November 26, 2010

Update perkembangan semasa jer

Assalamualaikum w.b.t





Dua program besar dah berlalu





Lega sangat2





Dua2 berjaya, well done! (ini sms boss, dato' K bagi lepas selesai program dialog bersama blogger)





malam penghargaan media, lebih 100 pengamal media hadir w.pun asalnya kuota unit kami panggil 77 orang jer





bagi Dialog bersama blogger pula lebih 25 orang yang hadir





KP kami sangat happy





Antara yang hadir,





Dato' Rockybru-http://www.rockybru.com/



Nuraina Samad - http://www.nursamad.blogspot.com/



Datin Halimah said - http://www.ninitalk.wordpress.com/



Dato' Ruhanie Ahmad - http://http://kuda-kepang.blogspot.com/



Zakir Mohamed - http://https://bigdogdotcom.wordpress.com


Syed Akbar Ali- Outsyedthebox- http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/11/macc-meets-bloggers.html


Salahuddin - http://anotherbrickinwall.blogspot.com/


Eric Woon - I am malaysian http://http://iamamalaysian.wordpress.com/


Shamsul Yunus - http://marahku.blogspot.com/


http://ctchoolaw.blogspot.com/ de minimis


Komen dan gambar saya ada petik dari blog lain disini




Ada hampir 30 blogger yang hadir dan saya bersyukur sangat yang perbincangan berlangsung dengan baik dan dala suasana terkawal.

Yang penting KP dapat menjawab dengan tenang dan memuaskan hati pihak yang hadir

Dan kemudian mesej berkenaan dapat disampaikan pula kepada khalayak pembaca masing-masing.

Dan 10 blogger kami panggil khas daripada Jabatan hal Ehwal Khas, ni kira penyokong tegar kerajaan (bagi menyeimbangkan perbincangan berkenaan)

Cuma saya keciwa sebab saya tak dapat panggil beberapa blogger yang benar-benar top dan sering menulis berkaitan rasuah.

Sebab boss takut panggil politician nanti jadik platform politik pulak ada unsur2 hentam menghentam

Kalau ada macam wakil dari pas, pkr, mic, umno, dan tambah lak dengan NGO macam Bar council, ex leaders saya rasa perbincangan akan berlangsung dengan hasil yang lebih bravo

tapi takper ini kali pertama, semua benda yang nak berjaya kena ada kali pertama

Lepas ni saya dapat arahan untuk aturkan pertemuan antara blogger dengan semua 42 ahli panel yang ada dalam mekanisme baru SPRM ni

Dan saya nak compile semua hasil perbincangan, entry yang blogger buat dan pastinya kena hantar ke KP dan nak buta kertas cadangan bagi perjumpaan blogger secara berkala...dua bulan sekali kot...

Saya punya broadband telah tersalah letak. tak dapat dikesan. keli terakhir saya gunakan semasa di the legend....rasa cam tertinggal tapi hotel kata takder....siol jer...bergegeas2 check out tapi saya dah recheck tak jumpa pun.....

Aduh takleh nak update blog dah...

HANI

Besar kemungkinan hani akan masuk madrasah terus.

Itu keputusan dia sendiri. Dia dah lihat dan dah tanya hani syakirah so dia putuskan nak masuk madrasah cepat.

Insyaallah saya akan berulang dua minggu sekali buat masa ni ke madrasah berkenaan melawat dia. Sebulan sekali boleh balik rumah katanya.

So, insyaallah 3 tahun kalau otal dia cerdik dan cepat hafal saya doa dia akan jadi hafizah...so 8-11 tahun dia akan dudul madrasah.

kalau saya tak mampu menempuh saat perpisahan ni saya pula akan mohon tukar ke penang.

Tu nanti saya fikir2kan.

Cara nak berulang alik ke penang tu mungkin saya naik kereta atau naik ekspress atau naik flight jer..kalau ada duitlah ni.

Kat sana kalau takde keter takper...

Ikut kata hani, perabot kebanyakan aza bawak pindah. Rumah yang diduduki adalah rumah kembar dua macam rumah sewa biasa tu kot..

Sofa, tv peti ais semua bawak dari PD..

Seminggu 3 kali aza gi madrasah...hani kata dah dua kali dia pergi tengok syakirah

malah, tadi umi bawak syakirah balik, sempat dia update dengan saya via hp katanya umi bawak syakirah balik pastu petang hantar semula

Wassalam

Thursday, November 25, 2010

Mencari Bahagia

Assalamualaikum w.b.t



bahagia subjektif


Menderita pun subjektif


Situasi saya sekarang...dalam rumahtangga


bahagia tidak, menderita pun tidak


Situasi dalam hidup pula


Bahagia dengan beberapa benda baru yang berlaku dalam hidup


Beli benda2 baru~kereta, baju2, BB, barang kemas, dll


Kesimpulan:


Saya bahagia dengan hidup saya sekarang, walaupun dalam rumahtangga saya tak rasa apa2


So, perlu ker saya menjanda kalau kehidupan 'rumahtangga' saya sedia ada sekarang ni bertukar dari takde apa-apa menjadi kepada sesuatu yang berkecenderungan ke arah 'menderita'


Saya rasa saya nak remain dalam mode bertahan ni sampai saya rasa hubungan dan situasi rumahtangga ni bergolak sekali lagi


Amacam? nampak cam dangkal sangat ker keputusan ni?


Okay....


Saya bukan tak sedia menjanda


Tapi saya rasa saya sendiri belum nak bersedia dan menyediakan diri ke arah itu


Saya rasa sebelum saya nak menjanda saya nak kena sediakan sistem sokongan dulu


Supaya saya betul2 bersedia dan takkan menyesal


Lagi satu


Saya ni bukannya kategori gatal


Yang sampai suka menempel kat jantan


Tapi saya pun tak tau


Kadang2 ada lelaki dia jenis suka mendekati kita dengan cara berbeza


Sebab saya cepat mesra, banyak cakap, dan sebagai anak bongsu sedikit manja (sungguhpun usia dah meningkat ni)


Ciri-ciri yang ni sukar saya nak kikis dalam hidup saya


Ciri yang sama nilah yang saya bimbang dan takut akan menjerumuskan pada fitnah orang


Saya cakap bukan semberono


Tapi situasi dalam SPRM ni agak berbeza


Sebab majoriti di sini lelaki, kerja ni bnyk didominasi lelaki


Sebagai pegawai penyiasat telah dididik dan dilatih untuk kepochi


Suka ambik tau hal orang, pantang nampak pelik dan lain adalah mulut yang bercakap nanti


Saya tak cakap kosong


Saya perhatikan perempuan yang tahap boss yang janda pun kena kutuk


bila dia bercakap gaya2 mesra pun orang dah pandang lain...


Dan ciri2 semulajadi saya ni susah nak buang


Dari jenis cepat mesra dan suka bertanya tiba2 nak jadik kera sumbang....pelik juga


Eh tak de sebenanya saya nak bagitau yang saya taknak nanti ciri2 semulajadi ni


Dikaitkan pula dengan status saya yang menjanda tu pasal perangai camtu


Saya takdelah berurusan dengan ramai orang.....dan mesra dengan semua orang


Tapi orang yang kenal saya dan berurusan dengan saya dalam kadar kerap dan jangkamasa panjang pasti tau yang saya akan cepat mesra


Saya taknak bila saya janda, saya mesra orang mengata saya bermesra tu sebab saya gedik yerlah janda....


Walhal saya memang mesra (bukan bertepuk tampar) dengan mereka yang selalu berurusan


Tu sebab saya diletakkan di korporat comm sebab aya pandai cakap, cepat mesra


Eh ni mungkin hanya ilusi dan imaginasi saya jer yang phobia sangat dengan gelaran janda tu


Yerlah saya tak cuba lagi kan...


Tapi saya dah dapat baca dah, kalau sya menjanda mesti akan ada suara2 nakal


Tu yang malas nak layan....


Ataupun mgkin takde apa2 pun saya jer yang melampau2 bayangkan negatif


nanti saya sambung,


Malam ni saya di The legend....bermalam di sini


Hotel ni 5 bintang, bayar jer mahal tapi bilik biaa takde apa2 yang menarik


saya rasa baik pulak di Puteri pacific....


Kami awal2 dah bookinh triple tapi lepas majlis penghargaan wartwan tu


Dalam jam 11 lebih baru kami check in


masuk2 ada 2 single jer'


Bila follow up nak tunggu dia ambik action sampai 4 orang follo up baru kaitil tambahan datang


Yerlah tido sini sebab pagi2 esok dah start kan dialog tu


Mujur juga esok memang tertutup so takde sidang media xde wartawan senang kerja



eh dahlah....nanti bebel lagi


Pnut, maryam...nak datang dialog ni boleh...saya rasa masih ada kuota lagi sebab ada yang dah cancel pulak....dari 9 pagi to 1 petang.....tapi sempatkah?


Buat blogger, kalau ada nak komen yang over sensitif dan nak personal advise kat saya, xnak komen kat blog sms @ call nombor saya ni 019 6996901....saya berlapang dada....

Wednesday, November 24, 2010

Sex kah sebabnya?

Assalamualaikum w.b.t


Asalnya saya fikir begitulah...


Saya rasa yang saya nak berbaik sebab sex


Rupanya hakikatnya tidak


Saya rupanya beru sedar bahawa kali ni rasanya berbeza


Rupanya ia tidak boleh dipaksa kalau dalam hati tiada rasa


Jangan tuduh dan kata saya berbaik sebab sex lagi


Sebab saya dah takde rasa hendak sex lagi pada masa ini...


Sebab dah nak masuk 3 bulan dah pun


Dengan tambahan 2 bulan sebelumnya iaitu tempoh pak hj gaduh dengan Aza yang saya pun tak bernafsu sebab geram tengok kelaku mereka suami-isteri


Jadi saya nak cakap saya dah cukup kuat!


Apapun saya sakit ati baca komen2 ni


Geram pun ada


Bukan dengan yang komen


Tapi dengan diri saya


Terbit rasa menyesal


Sebab kongsi semua apa saya rasa secara transparent


yang baca dan tafsir tak salah


Saya tak kata saya berbaik semula yang keputusan untuk tak bercerai itu muktamad


Boleh jadi juga bercerai


Boleh juga jadi tak


Wait and see


Macam saya cakap, saya takde nafsu dan takde rasa apa pada masa ni


tak taulah kalau dia nak berbaik dengan saya sepenuh hati


Tapi jujurnya saya rasa dia pun sama dengan saya takde rasa sayang dah pun


Cuma mungkin sebab anak


Saya pun sukar nak baca pak hj ni punya tindakan dan keputusan


dan saya pun malas nak berkomunikasi dan berhubung via hp


Macam saya cakap, lepas dia datang sekejap iaitu antara jam 1200 tengah malam - 5 pagi antara kami takde komunikasi yang panjang....


Jumpa sekejap jam 10.30 tu cakap sikit2


Malah sejak isnin dan mungkin sampai ambil hani saya takkan ber sms dengan dia


Sebab takde apa nak dikongsi


Tambah2 hani saya dah bekalkan hp dan kami berhubung secara terus ajer...xperlu melalui ayahnya lagi


Kalau kak azwa cadangkan yang saya boleh ajer proceed cerai, dan berdiam diri


Saya bukan dilahirkan begitu, dan saya tidak boleh hidup pura2 begitu


Walaupun dengan mak saya sekian lama saya boleh menyimpan apa yang berlaku dalam rumahtangga tapi tidak dengan kawan2 yang baik


kawan lelaki yang saya cerita itu pun menasihatkan saya berbaik semula


apa sebabnya, biar saya sendri yang simpan


dan saya nak tanya,


Seronokkah menjanda?


Seronokkah hidup sebagai ibu tunggal


Kalau hidup sebagai ibu tunggal sama sahaja dengan hidup sebagai isteri orang saya rasa baik saya jadi isteri orang


Saya tak taulah kenapa saya boleh saja berlapang dada dalam hal macam ni


Dan saya juga tak rasa sakit hati dah bila fikir apa dia buat pada saya


Sebab?


Sebab apa yang ada dalam kepala saya hari ni dah tak menyemakkan jiwa saya lagi


Dia ada sama takde sama


yang menjadi perhitungan saya, status saya sebagai isteri


Saya rasa terpelihara, saya rasa selamat dan saya rasa status tu meninggikan harga diri saya


Kalau saya menjanda, apakah yangs aya dapat?


kepuasan, kebahagian, keseronokan, kebebasan?


ya...bebas buat keputusan bebas berbelanja....senang kemana2....


saya tak perlukan itu rasanya...


Sebab pada masa ni saya dah okay jer...asalkan dia tak ganggu saya pun saya dah rasa okay...


Bila sampai masa anytime saya jumpa


Sesuai sangatlah rasanya....saya rasa takde apa yang saya nak marah dan cemburukan dia


Full stop!


saya tulis ni dalam keadaan marah geram dan rasa menyesal....


Sila komen lagi...


saya memang begini...


katalah apa sahaja, saya memang degil tapi dalam degil saya sabar saya yakin ada ganjarannya


Eh tulis ni berjam2 lamanya sebab diselitkan sambil uat kerja yang maha sibuk hari ni


So, malam ni tido di the legend ada malam penghargaan media


Esok pagi ada dialog bersama bloggers


Tu kehidupan saya sekarang..sibuk dengan kerja, takde masa nak fikir nak cerai2 ni...


Sex pun takde dalam kepala dah.....dah stabil dah! bukans ebab pak hj balik tapi sebab yang saya sendiri pun tak tau dan tak sedar...


Nak ucap tahniah pada anda sebab anda dapat suami anda yang baik2 belaka tu


yang sanggup jaga anak berderet


yang cakap jer dalam blog nak itu ini kemudian dapat terus


yang cakap jer nak apa serta merta ditunaikan


yang saban tahun keluar negara bercuti


yang sanggup keluar duit makan pakai anak bini


yang berupaya buat apa sahaja


yang bawak jalan2 tiap2 hujung minggu


bersyukurlah


jangan letak diri saya pada tempat anda


saya dari hari pertama kahwin saya tak pernah rasa memiliki dalam erti kata sebenar


kalau anda rasa hidup rumahtangga saya mencabar itu sikit sahaja dimata saya


pada saya mendapat suami sudah seribu rahmat dan kesyukuran


Apatah lagi suami yang marah lewat solat (jangan kaitkan dgn dia tak laksanakan t.jawab)


yang mencari masjid dan surau sebelum azan diazankan


yang hari 2 tahajud dan hajat


yang dalam tempang tunaikan jemaah di mana azan diazankan


yang tak beli baju seluar baru melainkan isteri2 yg belikan


yang sebelah tangan tapi gagah memasak di dapur


yang memberi syarahan agama saat sebelum tidur


dah saya cakap pun xguna macam meludah kelangit kena muka sendri


Adalah benda yang saya tak pandai nak cerita kebaikan suami


tapi pasti banyak kebaikan dia...kang saya puji lebih anda kata tak guna sebab tanggungjawab tak jalankan juga


dahlah...saya nak ruang berehat...nak fikir dan tumpu hal kerja dulu later sya ulas lagi isu ni pastu anda komen banyak2 kutuk saya pun takper ni saya tak stabil sebab kerja bertimbun2....


bagi, bagi lagi komen panjang2 yer....dialu-alukan....tak saya tak marah...saya suka...cuma emo sikit..tapi saya tau semua niat baik kan? anggap saya sahabat...nak yang terbaik untuk saya...


Wassalam

Jodoh, rezeki dan ajal ditangan Allah....kita hamba yang lemah, tiada kuasa, Allah penentu segala2nya

Assalamualaikum w.b.t



Baca tajuk pun dah menerangkan maksud cerita yang nak disampaikan


Begitulah kita manusia ni


Memang boleh berdoa tapi at the end semuanya terserah kepada ALlah


merancang berdoa dan berdoa mungkin boleh tetapi akhirnya allah yang berkuasa menentukan pengakhirannya


Begitulah kisahnya dengan jodoh saya


Saya ni kalau depan mata puan2 berceriats ecara lisan tanpa menulis agaknya dah berbuih2 dah bercakap nak cerai...nak berpisah


Bukan sehari dua ni jer rasanya dari 2006 permulaan blog ni dah saya lafazkan secara tulisan hal nak berpisah


Tapi dah jodoh saya sangat kuat bertaut kembali akhirnya


Kali ni takde usaha apa yang saya buat untuk berbaik selepas mesej saya di Kuala Trengganu tu dibalas negatif


Saya pun bukan taknak bercerai, nak sebenanrnya


Cuma saya menunggu genap 4 bulan untuk mohon fasakh


Dan saya masih menghitung2 kebarangkalian dan kecenderungan apa yang akan terjadi selepas penceraian tu


Kesimpulan yang saya buat, saya rasa kalau benar saya bercerai saya rasa saya masih belum bersedia mental


Saya takde kekuatan rohani, emosi


Saya hanya ada kekuatan yang pura2, hipokrit


Bergantung pada kseronokan dunia, behagia dengan ntah apa2


Malah emosi dan kekuatan rohani saya menyimpang jauh


Banyak benda saya nak cerita ni


Saya rasa menjanda bukan pilihan yang baik untuk situasi saya


Bukan sesuatu yang sesuai dan sesuatu yang membahagiakan secara total


Apa yang saya kesan leaps saya 'berpisah' ni saya mula berbaik dengan lelaki lain


Saya tak mau, dan saya tau itu semua tak elok untuk saya, kalau benar saya nak keredhaan Allah


Entah kenapa lepas berpisah ni ada sahaja ruang untuk sya menggunakan khidmat mereka dan berhubung dengan mereka


Sungguh saya tak rasa selesa walau saya gembira kerana peranan seorang lelaki ada dalam hidup saya walaupun dia bukan suami saya


Saya ada orang boleh harap bantu hantar dan ambil kereta di pusat servis


Saya ada teman bicara bila saya rasa sunyi, at least menerusi sms, walaupun sesekali antara kami bergurau menyakat tentang psangan masing2....


Itu tidak bagus, tapi sebab dia bekas pakwe maka banyak benda boleh dikongsi sama


Saya juga ada kawan lelaki di sini yang boleh ajak pergi lunch, dan boleh saya bercerita pada dia tentang masalah saya


Itu nampak sahaja gembira tapi dalam hati saya sangat memberontak


Tertanya2 kenapa aku sanggup buat begini....aku kan masih iteri orang


Terfikir kalau aku janda kemakah hala tuju hidup aku?


Adakah aku berpotensi hanyut, sungguhpun saya percaya dan yakin yang kedua2 kawan2 lelaki tu adalah suami yang setia dan tidak sekali2 sanggup menduakan isteri amsing2


Tapi saya tetap terfikir dan meletakkan diri saya pada tempat sewajarnya....


Saya tak yakin yang selamanya keadaan akan selamat dan trkawal andai saya menjanda


MAKA


Saya merasa yang saya tak sedia menjadi janda


Walaupun pada hakikatnya saya juga tak sedia kembali men jadi isteri


Tapi bandingan dua keadaan itu.


Saya nenikih untuk tidak menjanda


Dan saya juga tidak memlih menjadi isteri sepenuhnya


Saya hanya mahu statu isteri supaya saya selamat


Supaya saya ada benteng pelindung



Supaya status ini menjadi batu loncatan saya mendapat pahala


Menjadi motivasi saya beribadah kepadanya


JUSTERU


Bila pak hj sms kata nak datang ambik hani weekend lepas


Saya balas sms dia saya tanya


"kalau datang putrajaya bermalam satu malam boleh tak?"


Saya macam biasa test market jer


Masa ni memang takde keinginan takde ras aapa, betul2 untuk test sahaja


Dia balas, "nanti bincang'


tapi hari yang datang ambik hani tu, malam jam 12 baru sampai sebab ke markas Sri Petaling dulu



Saya memang tak kunci pintu, bila dia sampai msuk saya buat2 tidur


lama sikit saya terima panggilan telefon dari dia di luar bilik tanya nak suruh balik malam ni ker, anak dah siap?'


Saya jawab anak tidur, abang masuk jerlah bilik ni...


Dia tak jawab....pastu saya tengok senyap jer....takde respond ta masuk bilik juga


Sekali saya peliklah saya keluar bilik


saya tengok dia berdiri depan bilik master, bilik yang Along tidur tu


Rupanya dia cuba buka pintu tapi berkunci sebab along dah tido memang along kunci pintu.....


Dia memang tak tau along ada duduk dengan saya


so dia ingat saya tak bagi dia masuk



Sebab sebelum ni master bedroom bilik kami


Tapi lepas along datang, saya tukar bilik sebab masalah bilik air...


Saya tak suka bilik air master bedroom saya guna bilik air tetamu, jadi untuk memaudahkan dan jaga aurat saya tkar bilik yang dekat dengan bilik tetamu tu...so along pun segala urusan nak basuh sidai spender buat dalam bilik air master tu....



tak sangka dia dah standby tunggu depan bilik, mesti pelik agaknya fikir kenapa saya kunci tapi saya call suh masuk bilik


Terkejut dia tengok saya keluar dari bilik lain, so teru masuk biliklah jawabnya


No heavy conversations malam tu, tambah2 dah larut mlam


dan terus terang saya takde rasa apa2


Puas saya nak tanamkan rasa rindu kasih dendam kesumat ghairah segala yang bolehlah malam tu


Tapi jauh panggang dari api....memang kehambaran jer rasa



Tapi demi fikirkan hani dan tiada pilihan yang terbaik saya tautkan semula dua hati walaupun tidak sepenuhnya


Maka, secara rasminya kami dah berbaik, walau dalam hati sya hambar dan ksosong


Rupanya memang tak boleh tipu hati tak boleh nak paksa cinta


Saya tak tau dalam hati pak hj adakah rasa yang sama macam saya


Cuma malam tu dalam diam kami saling menggenggam erat tangan masing2


Moga2 dengan tautan jari antara kami akan mengalirkan kasih sayang semula


Tapi pihak saya masih tiada rasa apa2 jauh seali rasa seumpama elektrik mengalir keseluruh urat tubuh ini


Isnin jam 5 pagi saya ada tersedar dia bangun mandi dan tersu berlalu pergi...ke markas saya rasa...lansung xde perbualan antara kami


sampailah jam 10 pagi, saya dah ke pejabat dia call kata dalam perjalanan ambil hani di rumah


Beg pakaian saya dah kemaskan awal....


Jam 1030 saya balik rumah bye bye hani dan bagi pada dia handphone dia yang teringgal di pejabat


Pada masa ini saya tau yang dia dari penang berteman, bawa seorang kawan....


dari tepi tingkap pemandu pak hj duduk saya update cerita2 baru sedikit sebanyak


Saya bagitau yang along dah duduk sini, kerja mana


Saya cakap yang lepas ni ada 2 anak biah dari Kuala Ketil anak abang saya yang turut saya haga


Saya bagitau juga yang saya dah beli kereta baru tapi dah kena hentam


Dan ada lagi beberapa berita


Dia hanya senyum entah sinis ker senyaum sumbing@ kambing saya tak taulah


Lepas tu saya takde call takde sms jauh sekali bertanya khabar


hanya malam tadi hani call dan sms saya gunakann telefon dia


Katanya dalam sms pertama;


"ammie kakak ingat best sangat kat sini kalau kakak dah tau kat sini tak best dah lama dah kakak taknak pergi sini tau"


Sian anak saya, dia suh saya bagitau ayah dia nak duduk 2 minggu jer....dah suh saya datang ambik...


Saya masih dalam mode tak de nafsu nak call nak cakap dan nak jumpa pak hj...takde rasa nak marah cembru atau apa sahaja rasa....


Maka, janganlah marah saya bila saya bagitau yang kami dah berbaik kerana nama jer berbaik tapi hati dan perasaan saya sama jer macam berpisah...mungkin bersama semula hanya kerana hani dan faktor sokongan lain saya sanggup bertahan dalam situasi begini.....

Tuesday, November 23, 2010

hai lah kerja bilalah kau nak surut.....

Assalamualaikum w.b.t



Banyak cerita nak dikongsi namun takde kelaratan


Makin hujung tahun makin sarat dan berat pula tugas digalas


Macam2 mendatang


Dulu rasa ada juga masa bernafas tapi akhir2 ni aduh...


Lepas satu sedia menanti tugas baru....


sakit jiwa, sakit kepala


Ingat duduk siasatan tu dah cukup sibuklah tu...


Rupanya duduk corporate comm ni lagi sibuk rupanya


Manambah kekusutan 4 pegawai pulak takde dlm pejabat...


Bukan patah kaki lagi tapi rasa sakit jantung buat kerja


Dari pagi kesibukan saya;


-morning prayer dengan Dato' K update event terdekat iaitu-malam pengharagaan media dan pelancaran jingle SPRM (24.11),dialog bersama bloggers (25.11) taklimat perancangan media strategik untuk pengarah negeri/bahagian (29/30.11), sidang akhabr konsert SPRM (1.12) sidang akhbar tandatangan deklarasi (3.12),penandatanganan deklarasi anti rasuah oleh swasta (9.12), malam sentuhan perasaan rohani manusia di Fillharmonik (10.12)......semua berderet tu tugasnya kalau nak dipecahkan hmmmm sakit kepala....


-edit teks ucapan dato' Seri Nazri yang telah disunting oleh bos 2 dan 3


-find out status kes pegawai SPRM kena tangkap masuk paper BH dan NST hari ni memandu BMW cukai jalan dan nombor plat palsu, dapat status kes


-Meeting jawatankuasa portal


-tengah meeting, banyak kali keluar, updated kes Yayasan Selangor dari IO lapor pada boss 3 (bos 1 dan boss 3 urgent ke perak handle sidang media kes penyelewengan diesel subsidi)


- tengah meeting pegawai khas Dato' TKP3 minta report status kes BMW tadi


- Sambil balik pejabat brief dua pegawai cina dan updated follow up kehadiran editor/wartawan utk malam penghargaan media esok 8 malam di legend hotel


- habis meeting taip teks ucapan sampai siap email pada pengarah dasar last editing sebelum hantar ke PA Dato' Nazri


-Sambil tu dicelah2 call blogger/terima panggilan blogger regarding dialong bersama blogger 25November dan sms/email editor utk malam penghargaan media


- Turun ke bahagian pendidikan masyarakat ambil mug yg dah siap ambil risalah utk masuk dlm goodies bag malam penghargaan wartawan dan lat kopek bincang dgn MC malam pghargaan media


- Dicelah2 tu sempat menaip talking point KP untuk dialog bersama bloggers


- Tengahari keluar makan sambil hantar kembara balik rumahm semalam dah ambik nissan


- On off terima panggilan Dato' tanya dan updated pasal jemputan


- terima deraf kenyataan akhabr dari boss 3 dari ipoh untuk buat kenyataan akhbar


- sediakan kenyataan akhbar jemput media utk malam penghargaan media
berhubung operasi SPRM dan KDNKK tangkap 19 yg terlibat seleweng diesel subsidi


- Blast dalam fomacc kenyataan media dan upate dalam Fb



- sediakan kenyataan akhbar operasi diesel subsidi dan hantar pada semua media


-check email bahagian dan email rasmi buat housekeeping clearkan email asyik full jer 2/3 hari ni sungguhpu 500 mb kapasiti email saya...hari2 berderet2 email...segala mala berita yang ada kaitan akan dapat di email kami dan segala mala berkaitan dasar, polii dalaman makluman semua akan salur kepada kami juga mana tak email berderet2....



hari ni gaji saya sangat berkat takde masa main2 langsung....eh hari lain pun sama jugak...saya tak taulah orang lain, tapi saya punya kerja memang ikutkan takde masa nak korek hodung nak buang taik mata dan cungkil gigi.....sebelum abis satu ekrja kerja lain dah sedia menunggu....


Sarapan pun sambil buat kerja....unit kami ni sebulan sekali beli makanan tapi cepat betul abis sebab kami selalu takde masa nak turun mkan jadik bskut kacang maruku tu memang makanan kami semua....



kat unit saya ada 3 budak cina yang masuk, satu sedia ada sejak bulan mei dan dua lagi baru masuk bulan ni


Ketiga2nya dari swasta dan masing2 semua mengeluh dan sangat2 tak sangka yang beban kerja kerajaan sangat berat dan jauh lebih sibuk dari swasta....


yang bekas wartawan malaysian kini tu baru2 hari tu asyik datang bilik saya mengeluh puan tension lah kerja wartawan pun tak macam ni.... dia pun dah pandai hari cuti tak angkat hp


Yang dua cina tu sorang tu dah mula cakap dah yang dia rasa kurang oksigen lah pulak,.....kejap2 cakap pening2...tension2...


yang sorang lagi agak cool tapi dah nampak tanda2 yang kepeningan melanda sebab asyik buat lawak bodoh jer....


yang buat lagi rasa macam sibuk tu ialah, hp asyik masuk sms perkembangan kes bicara, tuduh, tangkap pastu pantang da isu besar sikit mulalah reporter call...hari2 layan reporter siang malam memang kacau daun nak buat kerja...


Tu tak masuk panggilan dari dalam sendiri, yang tanya itu ini...malah pasal keselamatan saksi pun nak mengadu kat korporat komm....


Dalam pada sibuk siang tadi, ada kerja pending kena buat ni,


1. press kit untuk malam penghargaan esok
2. tadi dato' call suh saya sediakan laporan unit kami untuk masuk dalam laporan tahunan....aduhaiii semau salwa..salwa ...salwa...macam dalam kepala dato' tu takde muka lain...yerlah dah masing2 asyik cuti salwa jer yg tak cuti2....


Ni stay up nak buat report pulak.....sekali2 termenung memikirkan nasib jadik kuli ni...mujur hani takde...senang banyak....


tapi mujur jugak masih kuli yang boleh tai chi, kalau dato' K dia kejap2 KP call, ada jer isu KP nak tanya....dalam kepala mesti update segala mala isu, dari risikan tangkapan sampailah kepada apa sahaja isu yg masuk dalam paper...dato' K acapkali kalau KP call dari duduk mesti berdiri dari berdiri mesti berjalan dari berjalan mesti pusing sana sini......


tapi alhamdulillah lah sampai setakat ni, saya masih ada kelaratan buat kerja kat sini....takde masalah besar lagi.....cuma masalahnya kerja ni berurusan dengan manusia, kalau berurusan dengan jentera, buku, file takper kita boleh atur dan uruskan tapi dengan manusia ni macam2 hal, macam2 kerenah..letihlah....

Wassalam

Friday, November 19, 2010

Hani, sayangku tak terucap padanya.....

Assalamualaikum w.b.t


Hani ni makin besar makinlah boleh menjadi kawan baik yang sangat memahami saya


Dan dialah juga yang tau buruk baik saya


Yang selalu menjadi pengkritik paling jujur pada saya


Sungguhpun kadang-kadang kata2 dia tu dek kerana terlalu jujur menghiris hati saya


Dan sesungguhnya sampai hari ni pandangan ujur dia tentang penceraian saya dengan ayahnya menyebabkan hati saya begitu bungkam


Dia tak paksa saya berbaik


Dan dia juga tak paksa saya bercerai


Dia relax dan cool sahaja bila saya tanya pendapat dia


Dia kata okay kalau ammie nak cerai


Tapi kakak lagi suka kalau kakak ada ammie dan ayah..ada dua2


Jawapan standard dia dari mula saya berpisah sampailah hari ni....



Ni gambar terbaru sebelum balik kampung raya korban, suka sangat dia bila mula cuti sekolah ni semata-mata sebab cuti kali ni dia akan ke Penang...maklumlah tempat baru, bagi kanak-kanak apalah yang nak dirisaukan....lagi dia suka bila dia akan dapat jumpa sofiyyah dan zubair agaknya


malam sebelum balik kampung kami dua orang buat projek menampal batu2 berkilat ni pada tudung, nilah hasilnya. Tudung syria ni dah lama beli, rasanya dah 3 tahun kot...so kasi nampak baru, tampal sekuntum bunga ros di anak tudung....wahhh berseri2...


Anak dara ni makin lama makin kurus lah saya rasa...dulu lesung pipit dia biasa jer tak dalam sangat tapi lately ni agaknya maknya makin malas masak (ayah takde dah) badan anak pun makin kurus....makan kat luar pulak asyik makan beehun sup, keow teow sup...mana nak tambah berat....

Satu lagi tudung yang ditampal kilat2 ni....bertambah menarikkan?


pagi ni bangun awal, hani takde, saya dengan Along jer... so bolehlah kemaskan mainan dan buku2 dia sebab hani saya dah tinggalkan kat kampung hari raya haji ni...yerlah sebab rupanya cuti sekolah kat putrajaya ni dah mula dah..khamis jumaat dah tak perlu ke sekolah....so nak tak nak kenalah juga tinggalkan hani kat kg...ikut dia dia taknak....dan sanggup tu duduk kat rumah sensorang..saya paksa dia tinggal juga...dah besar kan, kena paksa tak de masalah...




Sebelum balik dah start enjin keter dan dah jalan tetiba teringat kot2lah nanti timbul pertanyaan pelik2 pasal hubungan saya-ayah dia, terpaksalah saya panggil dia kat tingkap keter....




saya cakap...kalau ada sesapa tanya pasal ammie ayah jangan bagitau perkara sebenar okay....pastu dia ajwab...."ye...ye..jangan risau....kakak tau nanti kakak rekalah apa2 citer"...


Subuh ni saya bangun mengemas dulu, kemas buku2 dia, sapu sampah pastu terjumpa catitan dia atas kertas....tergelak saya baca..ikutkan banyak catatan dia saya jumpa atas kertas2 kecil ni, macam2 ada yang dialog perbualan antara kartun binatang, orang lidi dsbg...




Tapi catitan kali ni macam ada persoalan dalam benak saya...apahal lak anak saya citer hal kawin dengan orang tua ni? Dah tu orang tu cikgu pulaka tu...takkan dia ada cikgu kat sekolahn yang dia minat????







"kamu tu memanglah boleh kawin dengan cikgu tapi kamu tu baru umur 7 tahun cikgu 53 tahun tak bolehla macam tu"




Cukup2lah mak kamu kawin orang tua...jangan kamu kut nak oiii....
Wassalam

Sunday, November 14, 2010

Gambar terpilih, sementara sedang mood rajin...

Asslamualaikum w.b.t



Sementara mood rajin datang ni dan kebetulan bersiaran dari lappy


Sebab hari ahad yang sangat indah ni pagi2 dah dapat sms boss no 3 suh buat press release


maka bersidanglah saya depan lappy buat 3 PR


Pastu dapat panggilan wartwan dok sibuk tanya cerita JPJ kena tangkap semalam


Jumaat baru ni saya cuti kecemasan hani muntah2 lagi


Dengan baju sekolah saya bawak ke klinik


Meeting kat jalan duta terpaksa tak hadir


Pastu awal pagi dah sms dato' ckp masuk lewat sudahnya register jam 7.30 pagi, dalam 9.30 pagi baru selesai dan dapat ubat


Alang2 pastu terus breakfast sebab nak kasi ubat kat hani


Lepas rehat jumaat rasa cam tak aci lak kerja half day....sms mohon cuti terus


Petang tu, kami ronda2 Bangi dengan tujuan nak carik sekolah swasta untuk hani


sampai Seri Ayesha tanya2 rupanya dah penuhlah utnuk sessi tahun depan


Buntu, tak tahu nak sekolahkan hani kat mana


Saya masih gigih nak sekolahkan swasta, sebab macam saya cakap sekolah ni banyak beza dengan swasta


dididik dua tahun di tadika swasta yang fee nya RM386 sebulan pastu masuk ABIM, dan sekarang sek keb saya dapat lihat perbezaannya....


Bagi saya saya tetap nak dia sekolah swasta....yang islamik....


Malangnya kebuntuan dah, nak hantar Seri Abim kat Sg Ramal dalam bolehker lagi?


Sepupu saya ada hantar anak sek keb Sek 1 Bangi, dua yg besar masing2 lelaki masuk Sains Muar dan perempuan masuk Tunku Kursiah kolej.....walaupun sek keb tapi berjaya juga...


Cuma bagi Hani saya masih berazam nak memilih sekolah swasta yang islamik, nak jadikan dia hafizah...


kalau ada idea bagitaulah yer...kalau tak rasanya kekal sekolah itu atau saya pindahkan dia presint 16 @ 18 jerlah kot....

Ni gambar masa malam yang saya rasa down gila tu....malam depavali yang kami ke Dataran merdeka tengah2 malam buta, jam 3 baru balik rumah.....dari pagi saya ambik hani sebab cikgu telefon katanya jari hani luka, terus bawak masuk office....petang terus bawak dia dan along ke bangi, maklu ebab pakai baju sekolah saya belikan sepersalinan baju anak indon ni siap dengan tudung sekali....kain tshirt jer...selesa baju ni, epang dgn tudung RM40 jer...




Gambar masa balik dari kursus di melaka dan singgah di JJ Seremban 2 jumpa Iza belanja dia makan Secret Resepi....hani sekarang dah tak malu langsung dengan kak Iza...sikit2 kak Iza, dah tu apa kak Iza cakap patuh lak tu....kak Iza suh makan habis, dia makan habis kalau amie suruh tak layan pun...


Ni gambar ni depan dataran pahlawan...malam saya ke Banda hilir nak jumpa pakwe lama tu...sementara tunggu dia sampai hani sakan berposing kat patung anak gajah ni....lepas Mr macho man sampai dia pelik2 tanya saya sapa ni, saya kata ni boss lama ammie...pastu dia komen tak handsomelah dia, muka dia tu macam pelik lah...ha'ah memang tak handsome pun, dan muka dia memang pelik sikit...tapi dulu saya suka dia bukan sebab wajah tapi kegigihan dan semangat dalam diri dia tu...




hani dan Miss Sinar, miss sinar ni kaki gelak....saya bagi hp kat miss sinar, masa ni saya kemaskan keter o macam2 gambar diorang ambik......ni kata hani cubaan diorang nak melompat dan tangkap gambar tapi tak jadi sebab BB tu kan ker auto focis dulu ...agak kelewatan dia snap...






Ni salah satu suasana kerja saya....sidang media, tapi ni selepas sidang media, ni baru2 ni masa pengambilan 22 orang pegawai boleh berbahasa Cina....tu miss sinar baju purple dan mr smart sebelah dia merangkap jurugambar kami....






yang dua oarng ni pun pegawai boleh berbahasa cina, yang kiri berbelang tu mak cina ayah melayu, yang kanan tu mak cina ayah India....betul2 satu malaysia....memang cantik kan dalam kombinasi dua kaum.....tapi diorang ni berkomunikasi dalam bahasa cina....so impressive....



yang pegang buku diary tu my boss, Dato' Ahmad Khusairi dato' yahaya, 43 tahun merangkap pegawai perhubungan awam SPRM....dia pun maknya orang Cina dan isteri dia pun cina convert islam....sedang borak2/temubual dengan wartawan...







Dan last...gambar ombak besar belakang hani tu menakutkan sungguh..sesekali dia datang besar punya saiz takut saya....hani nak jejak kaki ke air pun kena jerit dengan saya.....ada sekali ombak agak besar datang menghempas pastu dengan sebelah selipar hani dia tarik ke tengah...takutnya...phobia.....
nak2nya kawan saya punya suami dan dua anak pernah lemas kat pantai sini dulu.....so saya sentiasa terbayang hani kena hanyut ombak.....setelah beberapa kali ombak surut datang, akhirnya selipar hani yg sebelah tu datang agak dekat sikit cepat2 saya kejar....eiii terbayang kalaulah selipar tu adalah hani....menangis tak berlagu saya.....
Wassalam

Cerita bergambar ke Trengganu

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya, sya nak tunjuk gambar percutian merangkap ke rumah kawan pejabat kawin last week.


Macam biasalah gambar selalu terlewat dari cerita.


Memang dah dasar malas nak upload gambar.


Bukan apa, pc lama tahun 2005 ni dah berapa kali hantar format...tapi hujung ada virus gak...


lagipun dulu hantar ke senawang, kali ni tak buat hal, takat guna nak bertenet dan berblog takde gangguan dr virus tu


So dah lama last format, skrg ada virus pulak, memang tak boleh nak baca USB atau CD/DVD, satu USB jer blh guna


Tu saya dah cucuk broadband


So, kaedahnya nak transfer gambar kenalah guna laptop


Nak jadik cerita, dah dua kali charger laptop saya buat hal


Pertama rosak, dah lama rosak masa bulan puasa kat PD


Sebab tak guna lappy tu saya pun xbeli charger


Kemudian beli baru2 ni di Bangi RM150, sebab nak guna di Colmar Bukit tinggi


ntah macamana hilang juga, saya syak tertinggal di Colmar Tropicale bukit tinggi


Saya called pihak berjaya hotel, kata jer nak tolong carikan


Tapi sampai kesudah hampeh....cadangnya kalau tertinggal saya nak gi ambik sendiri


Adalah sebab saya nak bawak hani jalan2 hujung minggu ke sana ajak miss sinar sekali


Tapi non ado response sampai kesudah


Sudahnya saya beli charger baru di Seremban, masa beli GPS tu.....beli yang universal punya


Kasi tahan lama tak mudah rosak


Bila dah ada charger masih jugak tak transfer gambar.....dah dasar malas nak buka lappy, cakap jerlah...panjang lak bebel saya ni....



So, perjalanan kami dimulakan selepas Zohor w.pun asalnya plan jam 11 pagi, tapi anak dara dua orang tak siap minta tangguh....


Sudahnya sampai lewat malam, terus gi check in hotel di De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan....


Bilik deluxe, dua katil super single....so saya sekatil dengan hani, Miss Sinar dengan As....pengantin, Miss Conquer yang booking semua....bagus miss conquer ni dia kalau buat kerja sempurna, perfectionist


Panjang list nama kawan2 sedara mara dia yang dia booking kat hotel ni, macam gi kursus pulak


Check in jer, nama dah siap2 dah ada dalam senarai......semua miss conquer yang buat


Sarapan disediakan untuk dua orang, so anak dara dua orang tu biasalah bangun lewat, hani dah merengek kelaparan...so rezeki kami dua beranak sarapan....yang dua dara tu memang dari semalamnya suh saya dua beranak turun sarapan, saya lak tak sampai ati konon biar empat2 tak makan, kita keluar jer carik sarapan esoknya tu, kan best gi tempat orang tengok dan rasa budaya mereka...tapi dua anak dara tak bangun2 camana nak keluar sarap...yer dak?


Tapi sayang, bawak hani adalah rugi, semua tak makan, yang dia makan adalah semangkuk bubur sahaja! serta sedikit coco crunch (tanpa susu) rugi2....mak dia cam biasa buruk lantak...sungguhpun begitu tak makan banyak juga sebab takde pilihan yang banyak...dalaa kepala dah terbayang nak makan nasik lemak, sekali takde daaaa....


Almaklumlah 3 minggu berderet ke kursus, dah tengok macam2 hidangan buffet yang mewah sekali dapat yang biasa2 jer...so adalah sedikit keciwa.....sebab sarapan yg ada bubur, beehun dan pan cake...


So, sampai kuantan pun dah malam, cadangan asal nak jumpa kawan blogger, yang baca blog saya ni....cik dayang tapi sayang takde rezeki lah dayang nak jumpa awak....akak dah lalu dah area UMP tu, ingatkan balok tak jauh mana, nak check in dulu kononnya tapi sekali jauhlah pulak, naka patah balik Kuantan jumpa awak dah malam sangat dah...so malam tu takde rezeki nak makan belanja Dayang, kami makan kat Tanjung Lumpur jer...lain kali ada rezeki kita jumpa lah ek....dayang ni sekarang dah ada kat Jepun tengah seronok tu...


Okay inilah gambar pengantin yang juga saya gelarkan miss conquer....eh dia dah okay dah sekarang takde conquer2 dah...tapi dah sedap lak nama tu lekat kat dia...lawa kan? Dah dia memang lawa macam pakistani, so bila dah solek ni dah macam muka Ziela Jalil pun ada....kalau body dapat kurus sikit lagi terangkat tuuu....


Inipun gigih dia makan ubat segala beberapa bulan lagi nak kawin tapi memang nampaklah kesusutan sikit...ada perubahan walaupun tak dapat nak kurus terus...dan tiap2 minggi juga facial, alhamdulillah katanya lopak2 kesan jerawat kat muka ada berkurang...tapi memang lawalah miss conquer masa jadik pengantin tu..terpesona kami...gambar dengan pengantin kat dalam hp miss sinar, saya lak BB tertinggal lam keter, malas nak pusing ambik parked jauh kemain....gambar ni cilok dari fb budak pejabat yg juga datang sama...

Dalam perjalanan ke trengganu tu dalam hati memang dah ingat kat Ina Paka, pembaca blog saya ni juga....dah lama dah baca blog saya bahkan saya pernah juga berurusan jual beli kain dengan dia...pernah jumpa adik ipar dia di Bangi ni ambil kain, tapi Ina sendiri saya tak pernah jumpa lagi....

Sampai paka saya sms, tapi punyalah lama nak taip, macam2 gangguan, sambil driving lah katakan... maklumlah dahlah kater manual....dah siap taip pastu boleh terlupa nak send...dah agak2 jauh dari paka baru terperasan tak send lagi...bila send Ina terus call, tapi sayang dah lepas Paka...maaflah Ina, sian awak harap dapat jumpa saya, nanti ada rezeki dan kesempatan kita jumpalah ek...balik tu memang tak sempat dah...maklumlah dah petang sangat, saya bimbang saya tak larat nak drive kalau dah jauh malam sangat....tu pun tak singgah Paka jam 2 pagi baru sampai rumah saya, Ina....


Dah tutup kisah kuantan....nilah chalet yang kami duduk tu, chalet che'wer tepi2 jalan jer dari marang nak ke kuala trengganu tu, lepas pantai kelulut...kami main redah jer...ada nombor kat signboard saya call terus. Pastu adalah sorang kakak datang bawak kunci kami masuk dan tengok okay...ada tc, aircond, ada katil queen dan ada juga tilam tambahan, cukuolah tu...oh yer bilik air pun bersih dah tersangat cukup bagi kami berempat....kami dua beranak tido atas katil , miss sinar dan As tido atas tilam tambahan size queen....


Takat nak buat tido RM 70 tu berbaloi sangat....esok pagi2nya dah nak check out kan....lepas solat subuh, saya dah hani terus turun pantai.....ada renyai2 sikit pun kami redah jer....dua2 beranak tak mandi dan masa ni kami dua beranak jer kat pantai ni....syok, sunyi, privacy...sesuai sangat dengan emosi saya yang ala2 ibu mati anak...




Anak dara khusyuk tengok ombak....dia memang pencinta pantai....lama dia termenung tengok ombak, sampai saya tegur....ntah saya macam pernah dengar kalau tengok ombak lama2 jadi pelupa....mana ntah sy dengar? Oh yer, tu rambut baru dia, saya kasi potong kat saloon masa kat kampung hari tu...tapi taklah pendek sangat kasi layered jer...sayang memang sayang tapi dia malas sikat rambut, so selalu kusut...dah pendek senanglah kan...sebab tudung tak bawak lebih, so hani togel jer pagi tu sebab takde orang....lagipun dekat sangat chalet ni dengan pantai....



dan ini dua anak dara yang menjadi peneman setia sepanjang jalan....Miss sinar (kiri) dan As yang bertudung tu...actually As adalah rakan serumah miss sinar tapi dah jadi macam kawan saya jugak sebab kadang2 kami gi breakfast sama....tambah2 saya ni macam kaunselor diorang berdua ni sebab miss sinar kan dah bertunang ada jer masalah dengan tunang dia yang As pulak ada pakwe tapi pakwe jenis taknak bagi komitmen ni yang As ni punay parent pulak dah desak2 suh kawin...


Dan yang paling buat saya teruja rupanya As ni pun senasib dengan hani.....tapi dia lebih bertuah kot....rupanya ayah dia pun kawin 3 daaaaa....dan dia pula anak dari ibu pertama, ibu kedua dan cerai sekarang hanya ada satu mak tiri jerlah....dan bila cerita hal poligami dia lebih memahamis ebab dari umur 8 tahun dia dah ada mak tiri....sampailah sekarang ayahnya bergilir malam.....kecil jer dunia, banyak benda personal saya dapat share dengan As....banding miss sinar As lebih memahami....sebab frame of reference kami sama....



Ni di pantai kelulut tu, kami singgah sebab saya nak rest penat memandu....pastu tiga2 orang ke pantai, saya bersihkan kereta, lap2 kereta...yerlah sayang kereta katakan....



Pagi tu dipantai kat chalet kami dua beranak buat gua pasir....guna size kaki saya....seronok pulak sebelah gua hani sebalah saya punya...best maklumlah takde gangguan langsung....



Sebab takde sapa ambik gambar tambah2 tangan hani kotor, adalah sekeping dua gambar kami berdua.....saya sempat beremosi pagi2 di pantai..mata merah....hani happy takde masalah, asala dapat jalan2 dengan ammie dah cukup happy lah tu...





Jangan tak tau...sebab pakaian kurang tambah2 plan ke trengganu ni dibuat secara adhoc so berkain batik jerlah kita ke pantai....takut seluar basah, takdelak seluar nak pakai....suasana mendung belakang tu sebab memang dah renyai2 dah pun, tu yg bawak payung tu....



hani dok belakang dengan As, sanggup tido duduk tu, kalau nak baring pun muat tapi dah bear besar tu ambil ruang satu seat....pungung lebar bukan main bear tu...harga RM30 ringgit ajer di pasar payang.....As pun sebab tak bawak baju lebih beli t shirt trengganu RM 14....yang dia pakai tu....



Sarapan pagi di trengganu ni sangat best, sesuai tekak dan citarasa saya...macam2 ada..paling teruja makan keropok leko panas2 cicah sos....pastu makan pulak nasi minyak yang dah siap bungkus2 dengan kuah sekali...bestnya...nasi pulak macam2 nasi, mee ada semua dah siap bungkus....eiii suka sangatlah suasana macam tu....







Pulut bakar, cucur badak pun ada....makan jer semua dah siap depan mata...indahnya...best kan? Saya dah lama dah ada cita2 nak bertugas di pantai timur ni, tak kisahlah kelantan ker pahang ker tapi takde rezeki pulak ditukarkan ke sana..tapi takper SPRM ni 5 tahun sekali kalau nama naik bertukarlah kita....harap2 adalah peluang saya ke sana....




Masa sampai Kuala Trengganu ni teringat kat kak azwa, tapi malulah pulak nak sms bagitau saya ada disini, kang penat lak dia nak masak prepare bagai....alangkan rumah kat Putrajaya ni pun saya tak sampai lagi, tup2 nak ke KT plak?




Tapi sedikit kesal sebab sekejap sangat kat pasar payang....pastu terus balik, jam 2 kami gerak dari KT tapi miss sinar lak nak sangat ke kg losong beli kepok lekor adik beradik, so kesanalah kita, menunggu lebih sejam barisan panjang baru dapat 5 bungkus kepok lekor nya....




Malam sebelumnya tu kami ada ke masjid kristal nak tengok dan miss sinar nak ambil gambar, tapi masa sampai tu kat round about tu ada kemalangan baru berlaku....budak remaja naik motor terbaring dengan kepala atas borser tepi jalan lidah terjelir....darah meleleh lagi....ada 5/6 orang keliling perhati takleh nak buat apa agaknya kalau digerakkan mau lagi parah ker...




Being me, yang memang curious nya orang, harus berhenti tunggu dan lihat apa yang berlaku....anak dara dua orang nasiblah kamu, dah stering kat saya....tapi miss sinar okay jer sebab dia kan bekas wartwan sinar dah biasa amat buat liputan kes gitu....so kami tunggu sampai ambulance datang dan polis datang..kebetulan pulak dah memang jalan kena block...xtaylah apa nasib budak tu..hiduplah kot kalau mati dah kena bungkus plastik hitam dah!

Wassalam

Saturday, November 13, 2010

Seks itu nikmat dari syurga

Assalamualaikum w.b.t


Seks bak kata Mak Andeh umpama rasa macam nak berak


Tak boleh ditahan2


Sekali dah lepas maka memang lega yang teramat lega...macam lepas beban


Tapi macam saya ia bukan sahaja membawa kelegaan


Bahkan membawa kepuasan tahap *tak boleh nak cakap* **pengsan***


Bak kata suami saya, seks inilah antara nikmat syurga yang dicampak ke dunia untuk umat manusia merasa...


Nikmat syurga beb...


Macamanalah boleh nak kita terangkan nikmatnya....memang nikmat yang diluar jangkauan pemikiran manusia biasa


Fuhhhhh..panjang muqadimah saya...


Okay...sapa kat sini suami dia bagi dia sampai dia rasa yang dia tak boleh nak cakap apa rasa *nikmat* tu...


Dan yer...suami sapa yang pernah ada 3 isteri macam suami saya.....


Kalau ada, bagitau saya


Saya tak salahkan sesiapa dalam urusan saya


Cuma saya mungkin bernasib baik, dan mungkin tidak bagi sesetengah wanita (isteri) lain


Kerana apa yang saya rasa sebagai seorang isteri....yang menerima nafkah dari seorang suami...


Boleh buat saya lupa semua masalah


Boleh buat saya maafkan segala salah


Boleh buatkan saya sanggup korbankan apa sahaja


Boleh bikin saya penasaran.....


Katalah apa sahaja....tapi saya anggap itu nikmat Allah beri pada saya....


Itulah sebabnya payah benar saya nak tamatkan riwayat rumahtangga ini...


Dan itulah jawapannya mengapa pergaduhan sebelum2 ini berakhir dengan perdamaian


Dan kali ini pun kalaulah dia dekat saya tak fikir ia akan berlalu dalam tempoh 2 bulan


Mujurlah dia jauh di utara


Dan alhamdulillah walaupun dalam hati bergelora juga sekali sekala.....itu tak boleh dinafikan


Yang kadangkala membawa kepada rindu membara terhadap seorang suami


Sehingga air mata menjadi teman setia...rindu yg tak boleh diucap dengan kata2


Namun itupun berjaya saya tempuhi juga


Jangan bimbang jangan risau...sahabat


Nampak sahaja diluar bergelora, namun dalam hati masih gagah perkasa


Masih mampu dan berdaya teruskan hidup seperti biasa....


Sungguhpun saya kini berhubungan secara biasa dengan bekas pakwe tapi....


Percayalah yang ia hanyalah hubungan biasa


Yang tidak ada bersulam rasa cinta


Yang hanyalah sms semata


Bercerita tentang perkara biasa, tentang kerjaya dia dan saya


Cerita2 yang terlepas dalam tempoh 10 tahun ini


Belum ada disulami unsur2 emosi dan perasaan


Bila dia bertanya tentang kahwin pun ianya sekadar atas dasar kesian pada saya


Bukan lagi atas nama cita yang bersemi 10 tahun dulu


Malah sejarah cinta 10 tahun dulu kami berdua sedaya upaya tak mengungkitnya semula


Dan saya pun tiada rasa pun hendak menikahnya


Bahkan dia hari ini bukan lagi citarasa saya....


Cuma saya berhubung dengan dia kerana memang benar ada cerita...


Tapi cerita kerja


Sebab dia ada banyak maklumat...ada banyak cerita


Yang perlu dibongkar....kepada saya sebagai pegawai penguatkuasa


Kami bercerita tentang sepak terajang politik


Tentang siapa benar siapa salah siapa rasuah


Itu sebab saya dengan dia berhubung, kerana dia menyalurkan maklumat kepada saya....


Itu sahaja hubungan kami pada masa ini....


Dan kan saya dah cerita yang dia kaki kerja, tak reti duduk diam....


Dia juga kontraktor....sentiasa bersemangat bekerja....


Malah kalau saya tidak berjodoh dengan dia pun selepas menjanda ini tidak ada sedikit terkilanpun dihati saya


Sebab saya dan dia masing2 sudah ada kehidupan sendiri....antara kami dah jauh bebeza...


untuk itu, saya teruskan sahaja kehidupan saya.....seadanya, walau sebagai janda nantinya pun


Semuanya tetap sama. Ada jodoh saya terima, kalau beginis eterusnya, pun saya pasarah sahaja


Untuk itu, saya cuba mengikis semua kenangan2 lama,


Kalau ada depan mata lagi sakit hati dan jiwa


Antaranya adalah jam tangan yang saya pakai hari2


Jam itu, saya beli bersama pak haji


Jauh di Bahau


Beli dua, satu untuk saya dan satu saya belikan untuk pak haji


Untuk saya, brand Roscani


Untuk pak haji Seiko ker Orient tak pasti


Lagi saya pandang jam itu lagi sakit hati saya....sebab teringatkan dia


Maka satu hari tu (bulan lepas) saya beli jam lain


Bukan satu, tapi dua jam saya beli dalam satu hari


Dua2 saya beli di Seremban


Satu di kedai jam dan satu lagi di Jaya Jusco


Pada hari saya jumpa dengan Iza balik dari kursus di melaka



Ini jam Polo saya beli di jaya Jusco, murah bangat, jenis bangle, saya suka sebab ada 5 biji batu permata yang boleh bergerak berpusing sekeliling jam ni....



Jam kedua saya beli jenis Casio, 50% diskaun.....bertali kulit dan menyala di waktu malam, senang nak tengok.....hani pulak jam QnQ, dah dia berkenan sangat dengan jam ni. Sekarang anak dara ni takmo pakai jam kanak2 yanga da macam2 grafik/animasi tu, nak jam macam orang besar....jam ni pun murah jer tak melebihi RM30....



So, jam Roscani dah jarang muncul depan mata bila rasa nak tukar pakai baru keluar roscani tu.....lagi pandang roscani tu ada jer kenangan bermain diminda.....

Wasssalam

Cerita hal kereta semata-mata, kalau rajin bacalah!


Assalamualaikum w.b.t



Saat-saat macam ni....


Melihat insan lain dalam kereta suami isteri pun boleh datangkan kesedihan tau...sayu jer


Apatah lagi kalau pasangan tu suami isteri yang menampakkan kemesraan, macam semalam


Dengan suami yang siap berjanggut, cakap2 dan gelak dengan isteri dahlah kereta kancil so kedudukan memang rapat...


Macam berborak gelak2


Tapi mujurlah juga saya perhatikan kat area Putrajaya ni


Kebanyakan (tak semualah ni) suami isteri dalam kereta tak pulak menampakkan kemesraan


Rata2nya masing-masing buat hal sendiri


Kalau belah pagi, selalunya ada anak sama2 samaada anak yg baby atau hantar anak sekolah


Dalam kereta saya tengok semua diam dan masing2 memandang ke arah berlainan


Jadi masing2 memang termenung dan semacam memandang kosong


Jadi saya tak terasa apa sangatlah....


Pada saya, macam boring jer life diorang ada suami/isteri sebelah pun buat hal masing2


Sebab saya biasanya kalau ada suami kat sebelah jarang sangat kami buat hal masing2...


Mesti ada komunikasi, mesti ada cerita dan mesti ada gelak2, gurau senda


Yerlah bukan selalu pun kami dapat naik kereta sama


Tapi dalam keadaan sekarang ni


Mujurlah ada hani di sebelah


Dia akan kata, dahlah ammie tak payahlah sedih2


Walhal dalam ketika lain, bila saya sebut tentang ayah


Dia pulak yang sedih dan berkata, bila ammie sebut ayah jer sedih kakak tau


Rasa macam dah lamaaaa sangat tak jumpa ayah, rasa macam orang takde ayah


So, saya pulak tenangkan dua


Hani ada bercakap dengan ayahnya via hp baru2 ni yang mengatakan dia nak ke Penang


Dah bincang dua beranak dah....ayahnya kata 20 Nov akan datang ambil hani, hari pertama cuti sekolah tu


Tapi saya tak tau apa kaedahnya dia nak datang ambik hani...


Tapi terpulanglah, saya dah tanya hani berkali2 nak ke kampung dulu atau ke Penang


Hani pilih Penang, pastu baru nak ke kampung


Tapi saya dah cakap dgn Hani kalau ke penang ada risikonya


Samaada dia akan dimasukkan terus ke madrasah atau nak naik sekolah baru dia balik sini


Itu kebarangkalian yang ada....dan hani tak kisah atas dua2 risiko dia tetap nak ke Penang


Saya rasa dia rindu dengan adik2 dia tu....selalu sangat dah sebut nama sofiyyah dan Zubair


Yerlah dah selalu jumpa tiba2 lama tak jumpa mesti dia terasa...



Gambar2 Sentra Kena Langgar


Mula2 tunjuk yang melanggar kereta saya ni....nama wanita ni Nor Maini, 31 thn orang Kelantan. Ibu beranak 4, suami indian convert islam. Masa ni dia dalam perjalanan balik dari JPA hantar kuih letak kat kantin JPA nak ke rumah kakak ipar di presint 9. Saya ambik gambar muka takut terlupa wajah dia, mana tau dia lari ker....dengan lesen2 dia saya ambik gambar sekali...sebagai bukti...dia senyum sebab malu dan terkejut saya ambik gambar dia...






Sebelum tu, ni saya ambik juga gambar merc 190E, yang telahpun selamat sampai ke Penang weekend last week masa saya ke Pahang, Along datang ambil di kuarters. Sebagai kenangan sebelum serahkan saya ambil gambar ni, tu bumper baru saya pasang RM850, saya tak cat sebab warna dia pun grey dan sikit lebih kurang dengan body...halal jerlah





Sangat sedap bawak keter ni, sungguhpun ada bunyi sikit sana sini tapi untuk pecut okay.... untuk berat masa bawak okay, untuk potong pun okay....dan sound system keter ni pun dah upgrade oleh doctor first owner keter ni, so bunyi memang sedap, dan kalau parking tempat panas, keter ni ada sun roof boleh buka so kepanasan cepat keluar....overall banding dengan sentra, untuk jarak jauh keter ni lagi best sebab dia 1.9 cc auto sedangkan sentra 1.6 manual...seat dia pun memang duduk jer kita dah rasa selesa, begitu juga tempat penumpang belakang, selesa dan luas banding sentra....so nissan takleh lawan lagilah R&D merc....yerlah merc dah lama di persada permotoran....





Dan ni lah punca menyebabkan bumper nissan saya belah belakang ni kena tukar seluruhnya. Sebab yang kaler putih klip penyangkut bumper ni dah patah. Kalau pasang semula dikhuatiri tak tahan lama. Kalau ketuk dan repair semula serta cat dia takkan sampai seribu kosnya. Tapi sebab bumper ni one set kena tukar maka dia jadik RM1,700++




Ni gambar keseluruhan kemek tu, masa ni mekanik Nissan Service Centre Balakong buat checking nak keluarkan quotation. Normaini ni langgar sipi dia nak masuk lane kanan dari lane kiri sekali jadi muncung iswara dia tak lepas so hentak bumper saya ni...tu sebab ada kaler biru serpihan cat iswara dia...bayangkan kalau dia hentak direct lagi kuat dan banyak kemek dia...ni lalu tepi sikit jer pun dah kemek macam ni....rapuh jugak nissan ni yer...





Tulah dah takde rezeki..ingatkan nak kekalkan body asal ni selama mungkin...yerlah saya memandu dah lebih 10 tahun, motorsikal, keter macam2 jenis dengan merc, kembara, satria, wira, MPV serena, kancil, keter pejabat everest tapi takde lagi pengalaman hentak kereta orang....Sungguhpun bawak macam2 keter belum ada lagi pulak keter yg saya bawak kena hentam kemek macam ni, sekadar scrath sana sini tu biasalah....kena hentam tak pernah lagi, menghentam pun tak pernah. Masa naik motor tu pernahlah....




Dengan kemek2 macam ni lah keter ni saya bawak ke Pahang-Trengganu. Dah takde pilihan, asalnya nak bawak waja pejabat tapi Dato' pulak nak pakai sebab mula2 dulu kami cakap nak naik kereta sendiri jer.... so dia nak balik cambodia dia suh officer kami tinggalkan kunci kat pengawal..malas lah nak contact dia kat cambodia nak bgtau kami ubah plan nak naik WAJA...tu yg redah sampai trengganu dgn sentra ni...




Sudahnya, saya terlepas first service dan second service, patut sampai seribu kena first service dan 2000 kena second service....tapi hari mula2 datang ambik quotation tu, service centre suh pergi balai polis buat report, dah sampai office malas pulak nak ke balakong semula sebab IO habis rekod statement kat balai dah petang, hani lak tertido2 kat balai, pastu nak suh miss sinar hantar, kerja kat office melambak2...esoknya nak hantar pun sama, tak lepas keluar pejabat meeting tak abis2...




Sudahnya dah hari jumaat hari yang nak bertolak tu, redah jerlah. Sampai kuantan nampak service centre nissan tapi kalau dah letak situ kami lak nak naik apa....tambah2 hati dah berkobar2 nak ke trengganu...so dengan perasaan sedikit kesal saya perhati jer meter tu bergerak samoailah ke putrajaya meternya dah menunjukkan perbatuan mencecah 2500++




Isnin pagi2 saya dah call Sjn Zamanhuri IO kes saya tu. Hai xde pulak, ambik no hp sekali tak jawablah pulak. Tunggu selasa, called dia baru ada, alhamdulillah semua dah siap. nak claim insuran kena sediakan beberapa dokumen, tu ygt kena tunggu hasil siasatan tu, so saya gi balai ambik salinan report yg disahkan, salinan report third party, scatch/scetch (?) plan tempat kejadian, gambar kereta yang kena langgar, hasil penyiasatan. DOkumen2 ni kena bayar RM16.00.




Lepas dapat semua dokumen terus ajak miss sinar ke balakong sebab balik nanti nak naik keter dia nissan saya tinggal, hantar kereta ke nissan service center dan tinggalklan keter situ. Kata diorang mungkin lepas raya haji baru siap. Lama gila. Yerlah sebab katanya, mula2 dia akan hantar tuntutan insuran ke RHB (insuran keter saya dr RHB) pastu dioarng akan datang siasat dan tengok kereta. Lepas keluar laporan baru nissan service centre akan order bumper baru, pasang dan cat pastu baru siap....




Dan sesuatu yang saya tak tau, yang sepanjang tempoh sentra tu tinggal, kerugian yang saya tanggung sebab takde kereta akan dituntut juga dari insuran third party. so tengoklah berapa lama sentra tu tinggal kat service centre, semua tu akan dikira...dan saya pun tak tau berap pula nilaian kerugian saya yang akan dibayar....kalau dapat seribu pun dah okay sangat..bolehler tampung kos saya nak pasang body kit...



Tinted dan Bodykit sentra
eh...dah berjangkit citer hal keter lak ni...lepas dapat sentra hari tu saya dapat juga baucer untuk pasang tinted. RM300 baucer tu...saya memang tak pernah ambik port hal2 tinted ni ingat baucer tu dapat tampung semua kos tinted saya gi pasang jerlah. Tu pun saya takde cadangan nak pasang pun...tapi syarikat tinted tu berkali2 call tanya bila nak datang...




Satu petang tu saya pergilah (hari yang sama dengan kembara saya rosak tengah jalan masa along bawak kat presint 16) sekali lepas dia terangkan jenis2 tinted ni baru tau ada macam2 jenis...terkejut beruk juga saya sebab yang harga2 dia tunjuk tu semua saya kena tambah cash..paling kurang pun dalam 400-500....gila ahhh....




Dalam hati malaslah nak pasang tinted...tapi lepas dia demo kan satu2 jenis tinted dan suruh saya rasa kesan daripada setiap satu tinted tu baru saya rasa perbezaannya dan taulah apa fungsinya tinted berkenaan.




Rupanya tinted ni bukan utk halang cahaya masuk jer tapi nak sejukkan kereta, nak bagi cermin tak pecah, nak bagi selamat kalau ada perompak ketuk atau cuba pecahkan cermin tingkap kereta...dan dengan kesejukan yang terhasil daripada tinted yang berkualiti ni akan memberi ketahanan kepada barang2 dalam kereta, dashboard akan tahan lama, masuk kereta aircond tak perlu banyak guna tenaga untuk sejukkan kereta, fabric kerusi tahan lama....pendek kata barulah saya tau macam2 kegunaan tinted....sungguh lah saya ni blur asalnya...




Tapi sekali lepas sessi penerangan tu barulah saya tanya harga...mak datuk...harga yang paling okay sekali dan sangat sejuk walaupun bawah cahaya panas (dia demo siap dengan lampu panas dan tangan kita dia letak bawah lapisan tinted) mencecah RM2,600, kalau tolak baucer saya RM300 masih kena bayar RM2,300.....tak tak memang tak mungkin saya gila nak bayar sebanyak tu...




kalau saya naik merc S class ker C class ker atau BMW 5 series ker, mungkinlah saya akan labur sebanyak tu, tapi saya naik sentra jer maaa....tu saya cakap kat cina tu....tapi dia kata ni pelaburan jangka panjang, kalau lepas ni u rasa nak tolak kereta ni, kalau u pasang tinted barang2 dalam kereta masih elok nampak baru...sumore u boleh jimat minyak tak perlu nak pakai banyak minyak nak panaskan aircond....jalan tengahari panas pun dalam kereta banyak sejuk......pelaburan jangka panjang tau....




Dalam handbag memang baru beluar RM1,500 cadangannya nak pasang skirting dan spoiler duit tu...dah minta SA nissan survey katanhya RM1700...so standby dulu RM1,500....




Tapi lepas dengar penerangan dia, rasa cam berbaloi jugaklah....sebab selama ni terbayang2 akan kepanasan selepas masuk keter yang berjemur di parking dan terbayang juga masa memandu panas2 terasa betapa panasnya tangan masa pegang stering....mana tau bawak sentra ni dengan tinted selesa gila....




Lepas membuat pelbagai sudut perkiraan, saya pilih yang kualiti no 2 baik....tak mampu nak bayar dua ribu lebih, kalau mampu pun tak sanggup lah setakat tinted jer....benda yang kita tak berapa nampak perbezaan dia...lainler ada perubahan apa2 pada fizikal keter macam skirting ker....




Tapi cina ni pujuk2 upkan sikit harga dia akan bagi cermin depan yang kualiti no 1 (memang tak panas sungguhpun tengahari terik, katanya) dan cermin kiri kanan yang kualiti no 2....total up semua RM1, 800....setelah ditolak baucer RM1,500....ngam2 betul dengan duit yg ada dalam purse, pandai sungguh Cina ni....




So end up saya 'terpaksa rela' bayar juga RM1,500 untuk tinted.....dan saya pilih kaler grey sama dengan kaler keter (kemudian baru sikit nyesal sebab kaler hitam lagi cantik, kaler grey cam tak banyak perubahan pun) tapi hasilnya walla.....




Memang kereta sangat sejuk....aircond buka pada tahap satu jer....kalau buka 2 akan sejuk gila, walaupun duduk dibelakang...perjalanan putrajaya-pahang-trengganu hanya buka aircond 1 tambah2 hujan pulak....pada tengahri panas pun keadaan dalam kereta tetap nyaman....




Miss sinar yang mula2 kutuk2 kata puan kena tipu ni....lainler brand aircool....mesti dia pow puan ni tengok puan sorang jer...mana ada orang pasang tinted sampai RM1,500....tapi sekali dia naik keter saya masa pergi trengganu baru dia tau kenapa sampai harga RM1,500 (RM1,800 lah kot kalau + baucer) memang nyamanlah...so mula2 menyesal banyak tapi lepas dah rasa nikmat bawak keter nyaman terasa menyesal sedikit jer...nyesal tu sebab dengan duit tu patut saya boleh pasang bodykit....tapi takper along ada hutang saya RM1,600 dah kalau dia bayar saya pasanglah bodykit..ataupun tengok berapa insuran bayar untuk kerugian sepanjang tempoh sentra kat nissan service centre ni mana tau cukup utk tampung sikit2..jadikler...





Sentra spoert macam saya ni ni kalau tak pasang bodykit, memanglah dah lawa....tapi kalau pasang bodykit dengan skirting dan spoiler memang terangkatlah lawa dia....majoriti sentra semua pasang bodykit nismo....memang kalau saya nampak toleh dua kalilah....kebanyakan saya tengok sentra ni cina yang pakai.....agaknya diorang suka sebab enjin nissan ni tahan lama....body pun banyak ciri2 keselamatan...pelaburan bijak jugaklah untuk org yg nak pakai lama...tapi minyak so far mmg save lah banding dgn merc dan kembara yg mentekedarah minyak tu (dah tentulah auto 1.9 kan..dan kembara 1.3 auto)




So, tak sabar nak tunggu sentra siap....sementara ni saya pakai semula kembara, masih taks edap pakai walaupun last week dah rentung RM1,000 sebab bayar lepas along bawak dan enjin mati tu..ikut hati nak bom jer bengkel si nasir tu....mulut manis cakap dah tip top...tapi hampas.....




Wassalam