Wednesday, April 20, 2011

Insyaallah esok harinya!

Assalamualaikum w.b.t


hari ni ada bengkel sehari di Jalan Duta.


Pastu dapat panggilan dari Mahkamah Syariah Putrajaya


Mengingatkan yang esok kes sebutan saya


Teru saya tanya defendan dapat dihubungi @ tidak?


Kata yang menelefon tu, lepas hubungi saya baru dia akan hubungi defendan


Petang sikit saya pun sms tanya dia datang tak?


Cepat jawabnya, "insyaalllah datang terus ke mahkamah"


Tak lama (petang dalam perjalanan balik ke Putrajaya) dia sms bagitau


Kalau hani nak ikut, esok dia boleh bawa Hani ke Kota Bahru seminggu


Minggu depan dia akan keluar 40 hari, Jumaat akan hantar ke sini semula


Tapi saya fikir-fikir takut pulak kalau dia ambik hani terus


Bukan boleh percaya


Dipujuk2 Hani masuk madrasah nanti, melepas pulak saya


Bila ambik hani aya tanya dia nak ikut ayah ke Kota Bahru ker?


Teruja betul dia, first impression dia memang nampak riak gembira bile dia dengar ayah nak bawak dia ke Kota bahru


Saya pulak cuak, takut betul nak kehilangan hani


Saya sebenarnya ada bagitau hani pasal kes esok ni


Dan saya tanya dia nak ikut tak....


Punca tercetus ajakan tu sebab saya taknak pak hj citer benda bukan2 kat court


At least bila dia nampak anak dia takdelah nak bukak citer bukan2


kalau dia ada hajat nak citer keburukan2 saya sepanjang 10 tahun ni lah


tapi bila fikir kesan pada emosi hani bila dia berhadapan keadaan macamtu terus saya batalkan


hani kecewa sebab bagi dia pergi mahkamah tu menyeronokkan agaknya


walaupun hani dah banyak kali juga ikut saya ke mahkamah sebelum2 ni, tp tu mahkamah jenayah


tapi masa tu kes rasuah, dia duduk dengan saksi dan pegawai SPRM kat bilik saksi


kali ni saya bagitau dia ajak masuk dalam court dengar sendiri


Then saya fikir balik xjadiklah saya bagitau dia semula.


Dia kecewa tapi lepas saya jelaskan yang saya taknak emosi dia terjejas


Sebab tak tau lagi apa yang berlaku


saya taknak dia nampak yang saya dan ayah dalam keadaan berbeza


Akak anggaplah ammie dan ayah macam dulu jer...


entahlah saya pun keliru tak tau nak terangkan pada hani macamana


Buat masa ni dia saling berbalas sms dengan ayah dia


Ayah dia masih cuba nak ajak dia ikut ke KB


hani plak bagitau dia takut nak bagitau cikgu untuk minta cuti seminggu


Tapi saya percaya hani nak jaga hati saya


Sebab saya bagitau dia yang saya takut sangat kehilangan dia


Saya takut dia terpedaya dengan pujukan ayah dia


Mana tau bila pergi madrasah tu nanti terus terbuka hati dia nak masuk terus


Kan dalam hati dia memang dia nak masuk madarsah


nak2 nanti dia tengok situasi madrasah tu sesuai dengan citarasa dia


Dia suka suasana kekampungan dan dia juga suka suasana madrasah


Pernah dia bagitau saya dia suka tengok budak2 lelaki pakai kopiah dan jubah


Muka bersih2 jer kan ammie? tu kata dia


tambah dia lagi, "tak sama kan muka diaorang dengan budak2 lelaki yang kat shopping complex


kakak suka tengok muka diorang bersih2 jer


Sekolah hani ni dekat dengan asrama anak2 yatim darul Fuqaha, memang budak2 lelaki situ berjubah bagai berkopiah bersih2 muka diorangf, muka2 hafal quran


So hani kalau ke sana sah2 memang dia cair punyalah...


Risau sangat....


hani bila tau saya susah nak lepaskan dia pergi, dia memang terkean


mula2 dia bagitau saya, tak..kakak janji kakak takkan terpengaruh dengan pujukan ayah


kakak akan balik juga, ammie jangan risau...sekejap jer kakak pergi


Tapi bila dia tengok saya sedih...dia pun serba salah


Sudahnya saya bagi dia buat keputusan


saya suruh ikut gerak hati


tapi masa ni hani dah buat keputusan


Dia taknak pergi....


tapi malam ni ayah dia dah sms tak taulah tunggu esok jerlah


Apa pandangan anda?


nak bagi ikut ker tidak????


Serba salah sangat...


esok hari yang sibuk, malam jam 9 saya akan ke kapar kelang


Esok saya kerja juga...


kalau nak bagi pandangan boleh bg thru hp saya


BB pin number 2572F97E, hp num 019 6996901


Wajar @ tak saya lepaskan hani seminggu????


saya hanya ada esok pagi jer utk buat keputusan...


Wassalam

Tuesday, April 19, 2011

21 April tarikh sebutan kes penceraian

Assalamualaikum w.b.t


Khamis ni dah sampai masa untuk sebutan kes!


Kejap jer dah sampai masanya


Tak taulah pak hj akan datang ker tidak kali ni


Harap2 akan datang


Dan takkan ada peristiwa sama berulang lagi


Dalam hati teringin nak sms tanya dia datang ker tidak


Tapi teringat peristiwa lepas terus xjadi


lantaklah





Wassalam

Diari Hani

Assalamualaikum w.b.t


Lama tak cerita hal Hani kan


Anak dara ni memang kesayangan saya (wah tetiba tukar mood kalau citer hal yaya mmg membara)


Tapi kalau cerita hal hani sejuk jer hati...


Tak sia2 saya garang dan tegas dengan dia sejak kecil


Now dah tak payah dah garang atau tegas


Sebab semua benda dia dah tau dan boleh urus diri sendiri


Malah boleh juga menyuarakan perasaan dengan telus dan transparent kalau saya bertanya sesuatu


Cuma sifat oemalu dan enggan mencuba sesuatu yang baru tu sukar sikit nak dibuang


Mungkin cara saya besarkan dia yang sering melarang dia buat itu ini


Menyebabkan dia jadi begitu


Yerl;ah acuan saya untuk dia dulu memang saya berhasrat untuk jadikan dia gadis pemalu


Takdelah tergedik2 nak buat itu ini


Biar dia ada rasa malu dan takut untuk mencuba


Memang sengaja


Sebab saya memikirkan cabaran dan dugaan masa depan


Saya takut kalau dia membesar menjadi anak dara yang suka mencuba dan meneroka benda baru....


Maka segala benda dia berani cuba dan berani teroka


Tu sebab bila dia bersekolah di sekolah Putrajaya, maka dia agak ketinggalan [banding sebelumnya]


Maksud saya dia tak jadi murid yang ke depan walaupun dia pandai (tak berapa dikenali kot)


Tapi kelas KAFA petang memang dia jadi kesukaan ustaz


Sebab mungkin dia paling comel (ustaz yg cakap kat dia)


[selingan; aiyooo..tergendala lah nak buat entry....tetiba hani nampak entry ni dan saya bertekak dengan hani coz dia nak baca entry saya ni, saya lak xsuka sebab kang dia complain itu ini....walhal diari dia langsung dia tak nak bagi saya baca......tu sebab saya cakap dengan dia, yang ni diari ammie, kakak takleh baca sebab diari kakak pun kakak tak bagi ammie baca,kan? dia tanya saya abih tu kenapa diary ammie ada cerita tentang kakak? saya jawab, abih tu diary kakak pun ada cerita hal ammie kan? pastu dia marah saya sebab saya baca diari dia...hahahaaa.. .kesimpulannya...saya janji nak belikan diari berkunci utk dia.ri anak.....eh tak berhak ker kita ibu baca diari anak...baru 8 tahun jer umur dia....nanti kalau ada kesempatan saya tempek catatan dalam diari dia kat sini eh....dia luah perasaan pasal yaya]


Susahlah kan dah ada anak besar ni macam2 isu nak bertekak...dah pandai suarakan pendirian, dah pandai condemn apa tak kena..bla bla bla....


Ok sambung....


Bila saya pindahkan dia ke Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha ni potensi diri dia terserlah.


Ustazah maklumkan tentang kematangan ayat2 ketika dia bercakap, pastu perihal diri dia yang sangat aktif dalam kelas, semua soalan mampu jawab dan menjadi kesukaan ustaz/ustazah...


Cuma satau yang kurang sikit....bab hafalan...sebab malam2 memang saya suh tido cepat...hafalan memang semata2 kat sekolah....satu surah hanya boleh 3 hari jer....so lebih 3 hari kena rotan.....hafalan hani bukan yg pertama, ada yg lg advence dari dia..


Tapi pelajaran dia terkehadapan.....hampir semua subjek


dan ujian pertama kali di sekolah ni dia berjaya mendapat nombor 1.....tapi jangan terkejut, no 1 bukan dari 30 lebih pelajar macam sekolah dulu, sini darjah 2 cuma 6 orang pelajar...2 lelaki dan 4 perempuan


Kedudukan dia 84% dari markah keseluruhan dengan 10A, 3B dan 1C....subjek yang C tauhid....B pulak Bahasa Malaysia Kertas 1 dan Bahasa Inggeris...eh tengok jerlah gambar kat bawah ni....


bagi saya syukur alhamdulillah, tak kisahlah dia dapat no 1 dari 6 org pelajar yang penting Hani rasa dia mendapat pengiktirafan atas usaha dia belajar.


Sungguh memang dia tak belajar sangat macam nak periksa di Sek Putrajaya sebab dia cakap semuanya senang tak perlu baca....cuma bab ibadah dia ada mengafallah macam jenis2 najis, rukun solat dan lain2.....


jenuh juga saya bantu tolong buatkan formula utk menghafal ikut huruf pertama rukun tu tp Hani jenis xjalan...dia nak hafal ayat2 pnuh juga....


Ustaz sekolah dia pun suka sangat dia, sampai hani cerita banyak kali ustaz ambil gambar hani thru hp ustaz...saya pun dah pesan kalau ustaz ambil lagi bagitau ammie tak benarkan...


Bukan apa, Ustaz tu suka tengok lesung pipit hani selalu suh hani senyum semata2 nak tengok lesung pipit hani...macam2 ustaz ni, yerlah ustaz muda2 belaka....


Semalam hani demam....sebenarnya dari malam sebelumnya lagi dah panas.


Hani jarang sakit, tapi kalau sekali kena demam memang dia jenis tak tahan sakit..merengek jer..lembik....pastu asyik muntah memanjang...xnak makan langsung...tu yg payah nak jaga kalau dia demam


tau tak Hani minta hadiah apa untuk kejayaan dia dapat no 1?


saya pun tak sangka tu hadiah dia nak....hahahaaa


Mula2 dia cakap nak bear yang paling besar sekali....


Tapi lepas tu tau tak dia cakap.....


"ammie....kalau ammie hantar yaya balik kuala ketil pun dah ok, anggaplah tu hadiah kakak dapat no 1....hadiah tu pun dah cukup bermakna dah...."


See.....betapa tak sukanya dia dengan Yaya....



dan ada satu berita baik.....Semalam mak si yaya dah called saya dan setuju nak ambik yaya


Bulan 5 katanya, tapi saya macam tak percaya..tapi takper kita tunggu jerlah bulan 5 menjelang


yaya pulak mula2 suka, pastu kami kan suka menyakat


kami cakap kat dia nanti balik rumah ibu .....



Xleh sekolah


xleh jalan2


xdapat makan sedap2


xdapat baju cantik..


xdapat naik keter lagi...


pastu lama2 dia pun sedih....dia taknak balik rumah ibu dia pulak


Yerlah dia kan suka gi sekolah....so bila tau tak dapat gi sekolah dia agak sedih di situ


tapi kadang2 bila tanya dia suka pualk nak balik sana


dan rupanya yaya ni selalu tinggal rumah sorang2 tau


Tu sebab dia tak kisah kalau dia hilang kat shopping complex


Dia kata selalu dia kena tinggal sorang2....main sorang2


Malah ada masa kami gi jalan dia taknak ikut tau...semata2 sebab dia carik tudung dia xjumpa


tulah alkisahnya....kita tggu dan lihat jerlah


Saya ni bukan taknak jaga dia...


Tapi kalau boleh saya nak dia cepat dapat apa saya ajar...tak sabar nak tunggu dia 5@ 6 tahun


Mungkin dah okay sikit kot


Tapi tiba2 dia pulak kena eczema....kronik tau


Saya rasa punca dia kena tu sebab duduk dengan saya ni makan macam2


terutama ayam...memang setiap minggu saya akan beli ayam, daging dan ikan


Diselangseli ketam dan udang....


Dia kan memang pelahap makan, semua yang ada dia telan....


Tu sebab kronik eczema dia


So lepas ni tak kasi dah makan ayam....


Tulah alkisahnya...lepas ni aman bahagialah hidup kami


Tapi tak taulah mungkin akan sedih juga


Sebab hari2 hidup hura hara haru biru dek kerana yaya


Tetiba hidup kami akan tenang dan tak akan ada yg mengacau


Yiiihaaaaaa


Wassalam

Diary Yayah 16 April

Assalamualaikum w.b.t


Sambung citer semalam


Lepas yayah dah pakai baju dan seluar sekolah


Saya panggil masuk bilik suruh ambil beg sekolah


Baju tengahari dan towel dan siap nak masukkan dlm beg jer


Baju KAFA dia hani baru nak iron


Pastu saya solat sebelum tu saya pesan 2 3 kali


Saya kata ambil towel baju dan beg adik bawak keluar


Saya teruskan solat


Dari saya mula solat dia tercegat depan bakul baju dia


Leka termenung sepanjang saya solat tu


Sebelum saya bagi salam


Hani masuk suruh dia bawak baju dan beg keluar


Dia marah hani pulak


hani teru ambik dan bawak keluar baju dan beg sekolah yaya tu


Baju yang hani dah bawak keluar dengan beg sekolah dia tu, menyebabkan dia marah hani


dia ambik baju dan beg dengan marah2


Dia campak balik dalam bilik solat


Masa tu saya tengah solat tu yg dia berani lawan hani tu


Tak cukup lepas campak baju dan beg sekolah ada lagi pemberontakan dia


Dia mematikan diri tarik muka siap dengan muka marah dia


Dia campak pulak towel lepas mandi dia yg sepatutnya kena gi sangkutkan


Dia campak ke lantai, masih marah2


Marah sebab apa?


Marah sebab hani tolong bawak baju dan beg dia ke depan


Lainlah kalau dia nak buat,


Hani suruh buat pun dia tak nak


hani dah buatkan dia campak balik masuk bilik!


Tu satu contoh jer tu...bnyk lain2 hal dia memang tunjuk lagak lawan balik


Apa lagi lepas solat saya terus tampar mulut mungil dia tu


Tampar sebab nak ajar dia supaya jangan cakap tengking2 dan kurang ajar dengan kakak


Bukan sekali dah saya dengar dia tengking dan jerit2kan hani


Dah jadi kebiasaan, belakang saya memang sah2 dia jerit dan tengking hani


Selamba jer dia


kalau boleh saya rakam saya persembahkan kat sini, memang macam tak caya


Tak caya bukan sebab apa, sebab punyalah saya ni dah garang habis dah


Khususnya utk budak seusia dia tapi non ado berkesan nya ke laut emua usaha saya tu,


langsung xde kesan


Sudahnya akhir2 ni saya biar jer...


Tapi sebab kali ni melampau


Siap baling balik baju dan beg, jerit dan tengking hani semula


Pastu protest campak towel sambil jeritkan hani


Memang tak boleh biarkan...


Saya rasa tu suasana dia membesar


Gaduh jerit tengking dan protest adalah budaya dia membesar dan takde sapa yang marah


Dan tegur dia bahawa tu perbuatan yang salah


MUngkin bagi dia gaduh dengan kakak dengan abang sama jer gaduh dengan kawan2


Disebabkan panas hati terus saya panggil dia berdiri depan saya


Saya duduk atas kerusi kanak-kanak


Saya pegang rotan


Saya ulang2 berpuluh2 kali ajaran2 yang sama


jangan lawan ami, jangan tengking kakak


sampai satu tahap dia faham dan boleh ulang


Saya bagi contoh2 peristiwa


lantaklah nak faham ker tidak


Tapi setengah jam saya berleter kat dia


Saya suruh dia ulang apa saya cakap yg pendek2 tu


Saya offer pada dia macam2


Sebab sebelum ni dengan bangga dan berani minta macam2 dengan ammie kalau keluar shopping


tanpa rasa bersalah tanpa fikir bahawa ammie akan marah


tak...dia tetap yaya yg sengal, akan jerit minta itu ini


So, saya tanya dia, nak kaler baru kan, nak baju baru..nak makan sedap2, nak jalan2


Semua ammie boleh buat, ammie boleh manjakan


Ammie boleh belikan adik macam2


Tapi syaratnya adik kena dengar cakap ammie dan kakak


tak mau lawan tak mau tengking berdosa


Saya gertak dia kalau berterusan begitu adik tak boleh pergi sekolah lagi


Saya tau sebab dia suka sekolah so bila dengan berhenti sekolah memang dia keciwa


Agak saya lah tu....


So, pagi tu saya cakap betul2 dengan dia suruh dia fikir nak sekolah ker tidak


Kalau nak sekolah berubah dengar cakap ammie dan akak


Dia angguk2 faham dan ulang balik ayat 2 saya tu...


pastu terus happy...dah nama budak kan


Sudahnya hani tak sekolah hari tu


Sebab nak gertak yaya nak berhentikan dia


so dua2 tak sekolah jumaat lepas


Tak taulah berkesan kem tidak?


banyak citer yaya dan hani pending ni


banyak benda nak habaq tak cukup masa.....


Ni pun baper hari dalam draft daaaaa....


Macam biasa kerja sangat sibuk....






Wassalam

Friday, April 15, 2011

Diary yayah- 15 April

Assalamualaikum w.b.t


Aduh letih tak abis, semangat jer membara ni


Semalm hari ni bertubi2 NGO hantar memorandum menyokong kami


Sokong supaya SPRM teruskan ketegasan dalam membanteras rasuah


Kami ler yang menerima dan menguruskan kedatangan mereka ni


Front liner katanya!


Serentak tadi datang pulalk sec gen PPIM nak bincang isnin ni group mrk nak datg pulak


Datang dengan 5 NGO lain dan 100 orang nak berpiket sekali nyatakan sokongan


Wahhhh...ramai sgt pulak dah!


Saya panggil geng2 media....buat coverage...


Sekarang hubungan dengan hampir emua wartawan kat Putrajaya ni mesra


no2 hp diorang semua saya ada...kalau ada apa2 berita sekitar Putrajaya ni nakkan hebahan dan media coverage bagitaulah


nanti saya bagitau diorang boleh datang.....mana tau ada masalah rakyat @ ada apa2 aduan ker


Eh....semalam satu pengalaman baru


Pergi meeting dengan Tn Sri KSN, dipejabat PM Perdana Putra ....


Dengan semua ketua jabatan dari agensi2 bawah JPM


Saya hanya jemputan khas jer....sebab dlm meeting semalam ada presentation dari Cyberview, pemaju Cyberjaya...jabatan saya diwakili timbalan Ketua Pesuruhjaya


Presentation tu pasal pelan Komunikasi Strategik yg dibuat bagi memperkenalkan dan menjual Cyberjaya


So 5 PRO dari 5 agensi bawah JPM dijemput


Saya mewakili SPRM


Tapi pelan dia kemukakan tu jauh tertinggal dari apa yg kami dah buat


Serius.....kami dah jauh ke hadapan dari segi pelan komunikasi dan apa kami dah buat...


Heheeeee....sikit bangga disitu


balik office urus pasal ada persatuan bekas pegawai BPR/SPRM pulak dtg hantar memorandum sokongan.....layan....


Hari ni boss gi Cameron Highland, so ada pening sikit sebab semua saya kena buat


So pagi2 cari Dato'2 yg boleh terima memorandum, semua dato2 meetinglah pulak


Sudahnya carik Dato pengarah siasatan jer..mujur Dato Mustafar yg sedang meeting sanggup turun ambil memorandum


Sekali terkejut dengar sebab bukan ajer hantar memorandum tapi siap dengan banner dan sepanduk jerit2 kami sokong SPRM


Kami bla bla bla.....macam2 sepanduk...terkejut saya !


Okaylah...dah lepas dan dah lega ni nak sambung hal yaya ni


Pagi2 ni saya betul2 mengamuk dengan si yaya


Saya ni boleh terima perangai budak kecik


Boleh tolak ansur asalkan jenis dengar cakap dan nak berubah


Tapi si yaya ni memang mencabar kesabaran saya


Dan dia memang sengaja carik pasal


Saya tak kisah kalau dia ada usaha nak berubah


Dan dia ada juga ketokohan dan mengubah cara dan tindakbalas dia


Saya dah cakap dengan hani ammie rasa ammie dan cukup garang dah


kalau orang lain dah memang takut dah tapi yaya ni tak taulah jenis perasaan batu ker kayu agaknya?


kan saya dah beli rotan tapi tak pernah bantai lagi gertak2 jer


kalau marah pun suara jer yang tinggi


paling2 saya tibai kat punggung dia


tak pun saya pial telinga dia


Tapi saya perhati semua tu tak jalan, takde perubahan


So seminggu lalu sebelum dia demam rabu lepas saya jalankan perang dingin


Macam orang tak betul dah saya rasa (tak matang maksudnya)


Dia cuba nak cakap dengan saya (dia memang tak boleh bezakan orang marah @ suka)


Saya kata, dah... ammie tak nak cakap dengan adik selagi adik tak nak dengar cakap ammie


saya bukan apa, saya rasa kalau nak kira berapa banyak teguran dan nasihat saya untuk yaya ni saya tak terkira dah


Letih dah...sebab dalam rumah nak tido dalam keter tu jer yg saya ulang2...


Tapi dia tetap sama.


Ada perubahan tapi tak nampak sangat sikit2 jer perubahan tu


Dia ni kuat leka sangat2 leka


So apa2 yg saya suruh dia bukan ajer tak buat


Malah dia akan tunjuk protest tak nak buat


sakit ati tak?


Kalau saya bertindak pada dia



Dia akan matikan diri tunduk xbergerak


saya cakap bangun sekarang, dia diam jer


Saya cakap masuk bilik air sekarang, dia tunduk diam dan matikan diri


walaupun saya ni dah 3 kali jerit ayat yang sama


DAN kalau dengan Hani memang dia takkan dengar langsung arahan hani


Bahkan dia akan tengking2 Hani balik


Biarlah..hang pi lah...tak mau.....


Tu contoh ayat2 dia


Dan dia langsung tak kisah apa respond saya kalau dia cakap macam tu dengan hani


Subuh tadi saya sedang solat subuh


Tugas hani adalah kemaskan beg baju yaya, lipatkan baju tengahri epasang baju KAFA sepasang siap dengan spender dan towel


tapi tetap dia tak berterima kasih


kadang hani dah pilihkan baju semua cuma nak suh masukkan dalam beg


Tetap dia melawan hani cakap tengking2 hani..biarlah..biarlah <--dia jeritkan pada hani ayat tu


mana saya tak geram


hani tu tugas dia pagi2 banyak kadang tu...


Sebab hani sekarang dah pandai iron baju


So, kadang saya basuh baju diorang berdua malam tu


Pagi2 tu saya buat sarapan/air so hani akan bantu iron baju dia dan yaya


hani memang dah boleh harap sangat dah


Lepas ni nak ajar masak nasi dan goreng telur pulak...


Okay balik citer si yaya ni


pagi2 hani akan bangun dulu mandi siap2


Saya kejut dua2 tapi hani jer yg akan bangun yaya mesti bangun pastu curik2 tido semula


Kalau bangun pun dengan mood yang swing ....mesti menangis merengek macam kena marah


macam pagi tadi bangun2 terus duduk menyandar tunduk kat dinding bilik


Curi2 tidur agaknya


Sebab yaya ni pandai tidur sambil duduk


hani tak kalau tido mesti baring kalau dah bangun tu memang consider bangun takde tido2 dah


So saya suruh dia bukak mata baca doa bangun tido


yaya memang suka baca doa malah doa yg dia dah tau pun dia suruh saya baca dan dia akan ikut bacaan tu (habit dia gitu)


So saya baca masuk 3 kali doa tu dia tak apekkan


Dia diam muka masam bangun bukak baju tak apapun tak....


Mana saya tak naik angin...saya jerit sekali lagi


bila pitching saya dah lari dari tune biasa baru dia ikut doa saya baca


tu pun perlahan jer


Tapi ikutlah jugak takperlah kan....lepas tu saya suruh bangun


Dia bangun tp kepala tunduk jugak


saya suruh buka baju masuk bilik air



Tapi dia bangun tangan dah letak kat baju nak bukak tap dia nak tunjuk degil dia dia nak jugak lawan saya penyudhanya dia tak bukak pun


Letak tu jut ekseyn macam nak bukak


saya terus pergi dapur, sidai baju


Sebab baju dia malam tadi basuh tak jemur dah tertidur


So pagi tu hani lah kena iron kan


Lepas selesai sidai baju saya dengar hani bagitau adik diam taknak bukak baju ammie


saya dengar hani nasihat dia


Bukaklah baju ni kang ammie datang tak takut ammie ker


Dia menjawab biar lah..biarlah...


Saya dah membara dah kat dapur ni


kau taknak bukak baju satu hal kau lawan cakap kakak satu hal


Tak pasal2 berdiri tercegat depan bilik air buang masa tak nak bukak baju kenapa?


Ini peristiwa hari2 sesekali jer tak moody kalau bangun tido


mana tak sakit ati....


saya samoai jer depan bilik air, sah saya tengok takde apa yg berubah


Sakit ati tak?


Sudahnya saya jerit dan tibai bontot baru dia masuk bilik air


Tindakan hanya dibuat lepas dah kena marah


peluang dah bagi banyak kali


Masa berjalan, kalau kau tercegat sapa pulak nak datang bukakkan baju mandikan.....sendiri juga kena buat,kan?


Setel hal dia mandi <--hanya jerit dari luar suruh berus gigi dan sabun badan (saya akan cek dia berus gigi ker tak sebab hani awal2 dah letakkan ubat gigi kat berus gigi tu)


keluar bilik air, duduk tercegat kat depan tak masuk bilik ambik baju....


Bila panggil masuk bilik pastu termenung lagi depan baju yg dah siap gantung


Kena marah baru ambik baju bawak depan


pastu kat depan saya perhati dia termenung lagi tak pakai baju


Baju dah iron berkedut dia pinyok jer atas pangku dia


Aduhhhhhhh....sekali jerit baru pakai baju


Seluar tak pakai, sebab nak tunggu kena jerit lagi


pastu hani uru dia pakai seluar


saya solat


Sebelum solat saya panggil dia saya suruh dia ambil baju masukkan dalam beg


okay....nanti sambung tetiba da hal pulak....






















Wassalam

Thursday, April 14, 2011

Diari yayah (tajuk buku citer kanak2)

Assalamualaikum w.b.t


Serius saya cakap


saya dan hani masih GAGAL menerima kehadiran yaya dengan sepenuh hati


Dan un tuk tak memburukkan keadaan emosi dan mental yaya saya dah beberapa kali


Membuat cubaa call dan sms mak dia


Seperti dijangka no repond at all


Jawab sms tak, reply call pun tak


Mak apakah itu?


Dan saya nak buat pengakuan


Bahawa saya tak pelik kalau ada ibu bapa sanggup dera anak sendiri


Sebab memang ada kes ibu bapa boleh sampai ke tahap tak boleh kawal perasaan sendiri


Saya cakap kat Hani, adakalanya saya ni sampai tahap rasa nak dera jer Yaya ni


Apa sebabnya tak yahlah citer, banyak pengulangan jer nanti


Miss sinar selalu jumpa si yaya ni


Kadang saya bawak gi pejabat


kadang kami keluar makan sama


Dan baru-baru ni miss sinar ada buat permintaan nak baca blog saya


Sebab saya rajin juga share dengan dia pandangan2 pembaca blog berkaitan masalah saya


Sebab pada saya nasihat dan pandangan blogger yg baca ni masuk dalam hati dan memainkan peranan utama dalam hidup saya


Tu sebab miss sinar terpanggil nak baca jugak blog ni....


Pada saya, takde masalah, saya invite jer dia


So bila miss sinar baca tajuk2 berkaitan yaya


dia komplen kat sya katanya apa saya tulis tu tak dapat menggambarkan yaya yg sebenar


Tu sebab pembaca blog saya suh says sabar kononnya perangai budka kecik memang begitu


Kat luar yaya jauh lebih 'teruk' keadaan dia berbandung gambaran yg saya tulis tu


Tak reti duduk diam langsung


Kalau makan kat kedai makan dia akan merayau ke meja orang lain


Main langsir kedai (restoran) menyorok belakang langsir tu


Walhal sebelah dia jer ada orang nak makan


Tak ker habuk2 langsur ke makanan orang tu


Pergi chopi (shopping)chopi tu istilah dia


10 kali hilang


xreti ikut saya dna hani


jalan lambat leka sangat2


dengan mulut melopong kadang air liur melelh tak sedar


baper kali hilang sampai xleh kira daaa


beribu kali cakap pun tetap sama


pastu kita jalan ke lain dia jalan ke lain


pergi ikut bontot orang lain


Sebab apa?


sebab dia leka tak fokus kat mana saya dan hani punya pergerakan


saya bila fikir nak ke shopping kompleks


jadi tension, ada yang saya batalkan jer niat awal nak ke shopping complex ni


Sebab memikirkan perihal yaya ni


habit dia yang suka leka dan hilang


Hani dulu hilang juga


Tapi hilang dia bukan sebab leka


Hilang dia sebab dia memang suka main nyorok2


Pastu dia cool mencari kita, dan kita tau yang dia akan cari kita, so sama2 cari


Tapi yaya ni kalau hilang dia selamba


Tetap dengan kelekaan dia


dan boleh duduk relax kat orang tak kenal


cool jer


Siap orang layan dia bagi gula2


Kalau orang tanya dia mak ayah nama apa


sah2 nama saya tak mungkin akan keluar punya


mesti dia jawab, mak nama Nor, ayah nama nasir


No ker alamat ker lagi xtau


kalau tanya rumah kat mana sure dia jawab Kuala Ketil, xpun Kulim


yang paling dia tau sekolah, yg tu dia tau sebut Abing (ABIM)


Serius tau tension saya ni kalau dilayan harus boleh jadi darah tinggi agaknya


Satu jer yg bagus yaya ni tak kencing malam dan bangun malam untuk kencing


Tapi yg tu Hani pun memang tak kencing malam (zubir jer yg selalu kencing malam ni)


Huishhh tension tau kalau keluar dengan yaya ni


semua benda dia nak usik, kalau stall yang ada jual gula2 ker ada permainan2 ker


sah2 dia akan ambik dan pegang


Seingat saya yg saya kebetulan ternampak ada dua kali dia rosakkan barang yang ada dipamerkan


Tapi nak kata apa, saya nampak dari jauh jer


Kenapa saya nampak dari jauh jer?


Sebab saya dengan perangai suka leka dan khayal dia tu


memang saya jalan2 akan toleh,


For sure yaya singgah kat mana2 sahaja tempat yg melekakan dia


berapa kali saya dah naik/turun tangga escalator sekali tengok dia xde kat belakang


patut dia jalan pegang tangan hani


tapi elalu hani pun tak perasan bila dia lepas tangan


hal ni bukan hani jer kena


Iza pun kena jugak, jalan2 dengan iza dengan dia sekali


Baper kali iza komplen kata eh makcik kita pegang tangan dia tadi, caman dia leh lepaskan, kita tak perasanpun


Puaslah saya dengan iza berlakon kata dalam handbag iza ada pistol utk tembak budak2 nakal tapi yaya tetaplah yaya juga


sudahnya saya beli rotan, satu letak kat rumah satu dalam keter


sebagai amaran jer


Pastu dimana2 sangat suka melompat


Melompat setempat macam atas spring


pantang ada kesempatan


Agaknya terlampau suka atau teruja


Tapi serius memang pelik


mana ada budak lain melompat sakan camtu


dalam keter pun dia lompat tau


Tetiba jer bergegar dalam keter


Baik kembara atau sentra ikut suka dia nak lompat


Pastu skrg dengan eczema dia teruk sangat


saya rasa surrender lah


Takleh sebab eczema ni perlu perhatian serius


Saya tak mampu


Eczema tak selesai lagi demam pulak


maa demam ni okaylah sopan sikit


aduh letih, nanti sambung ahhhh


Wassalam

Monday, April 11, 2011

Masalah tiba2, apa kehalnya kau terjun????

Assalamualaikum w.b.t



Sekadar luahan


Tak abis handle crisis


Dan buat damaged control


Kes Teoh Beng Hock


datang satu lagi


manusia pi pilih nak terjun dari bangunan MACC


pada masa ni xtaulah kena tunggu siasatan polis keluar


Tapi dari sumber sah


Dia yg terjun


saya seharian masa hari berkenaan dok di Pejabat SPRM KL


Team kami yang prepare kenyataan media, jemput media dan handle sidang media


Petang jam 5 meeting bergerak ke akademi jalan duta


Meeting dengan KP, Dato Syafee, pengarah siasatan


Pengarah Dasar, ketua unit komunikasi korporat


meeting sampai malam


Dua orang team kami di HUKM, tunggu laporan bedah siasat


KP dengan kami standby tunggu pengarah SPRM KL dari HUKM bagi green light


KP nak jumpa isteri simati


tapi isteri simati xnak jumpa


DIkhabarkan beratus orang dah standby kat HUKM, orang kastam


Masing2 marah dengan SPRM, kata kami bunuh Sarbani


Saya diarahkan prepare satu lagi kenyataan akhbar.


KP ucap takziah kepada keluarga simati


selesai prepare PR, dato' syafee check, tukar2 ayat jadik ayat lawyer


KP lak check tukar lagi


ketua unit komunikasi korporat lak check, tukar lagi


Jam 8 blast ke media


Jam 9 KP janji dengan KP kastam (dari kenyir) akan ke HUKM melawat keluarga si mati yg standby


tapi at last KP dinasihat xpergi sebab bahaya keselamatan xterjamin, huru hara


2 team kami kat sana report thru BBM, akhirnya mereka standby kat coffea house hotel jer, KP xdibenarkan pergi


Perjalanan malam yang panjang


Mendebarkan, boss semua muka ketat


bincang panjang lebar kronology kejadian


yang saya tak boleh reveal kat sini


KP suar tinggi, pengarah siasatan muka kelat


TKP Operasi (Dato Shukri) naik angin dan menjerit bila tau ada yg terjun lagi


Siangnya masa kat SPRM KL, IO case dah down giler....stress tekanan hebat


Malah tak boleh diinterview..terkejut beruk!


Sampai malam tu dato Syafee cadangkan pegawai2 SPRM perlu diberi khidmat kaunseling


Kena ambik kaunselor khas dari JPA sebagai perjawatan tetap selepas ni


Sebab tekanan kerja dah diluar kawalan


Malam tu kami masing2 dengan satu lappy monitor blog twitter, apa sahaja yg online


nak tengok dna analisis sejauh mana laporan media


Kebanyakan semua menyalahkan SPRM......sangat down masing2


letih urus dan buat crisis management kes TBH tak selesai lagi


Esoknya dah jangka huru hara


Esok buat lagi kenyataan media,


Dua pegawai ditahan kerja....


Asalnya on paper jer buat....tapi KP sangat pandang serius


2 pegawai tak bersalah jadi mangsa....


hari khamis jumaat, melayan pannggilan media tak henti2 call


Sebelum tu kami sibuk keluarkan kenyetaan media dan atur sidang media kes operasi kastam 3B


tak habis blast 3B dah satu hal pulak


Facebook kami, saya sebagai admin teruk kena serang dengan staff kastam


sudahnya terpaksa buat akaun dummy saya dengan miss sinar jawab balik


Mujur sekarang dah ada juga pihak2 lain tolong jawab dan sokong SPRM


Jumaat masih haru biru, prepare kenyataan media dari dato shukri yg kami xkan bertolak ansur,


Akan tegas untuk teruskan siasatan ops 3B, dato tak puas hati nak tambah lagi lastly tak blast pun kenyataan media tu


Pada masa sama prepare juga kenyataan media untuk TKP satu lagi bahagian pengurusan dan profesional, dato' Zakaria


Pasala aspek keselamatan dan rekod statement aras bawah


jenuh cari sana sini pekeliling dan arahan tetap ketua pesuruhjaya


Terus buat sidang media jumaat petang tu jua.....


Sabtu seharian pening kepala, letih seminggu


Ahad pagi2 boss dah bbm suh compile story utk 3 hari


Pasal kematian kastam ni


Punya banyak paper yang masuk tebal giler story untuk 3hari


Syukur kami memang bayar sati company utk monitor story MACC


Media Monitors, yang dibayar lebih Rm5k sebulan


Maka senang juga dan jimat masa, just print dari email


kami memang setiap hari pagi dah petang akan terima email


Kami bukan sahaja dibekalkan blackberry sorang satu


Tapi jam 8 sharp semua berita hari berkenaan akan diterima thru email


Semua berita pasal SPRM juga beberapa key word yang dah ditentukan


So pagi2 memang kerja kami baca berita yang ada sebut SPRM, corruption, rasuah, dll


Dan tanggungjawab kami analisis berita dan kalau ada percanggahan fakta on the spot prepare note to editor atau buat kenyataan akhbar jawab isu berkenaan


Tu sebab SPRM sangat cepat bertindakbalas kalau ada certain isu yang timbul


Cuma sesetangah isu dalam siasatan memang tak boleh jelaskan lah terikat dengan undang2


Sampai JPM dan KSN puji sangat SPRM punya korporat comm, dipanggil boss saya preent depan semua jabatan under JPM


kami ada macam2 saluran dan medium bagi sampaikan maklumat dan mesej....


yang jabatan lain takde kdanga2 ada tp xdimanfaatkan sangat


tulah dia tugas saya sekarang, sebagai pegawai perhubungan awam, boss saya sebenarnya pegawai perhubungan awam saya no 2


Tapi apa2 panggilan yg masuk dalam SPRM saya yang entertain...sebab boss saya sangat sibuk


Orang kuat KP dan sentiasa hadir semua mesyuarat besar2


Saya pun dah terdedah dengan mesyuarat2 besar ni


Terasa kerdil sangat bila meeting dengan org2 besar


Macam last week kena meeting dengan Michael Harshman pengasas CPI


Pastu turut hadir, dato2 belaka dari PEMANDU, NKRA dan dato2 dalam SPRM sendiri....


Saya lah yg paling kerdil


terasa lagi kerdil sebab semua perbincangan level tinggi and dalam english


satu english memang tak power pastu dapat lak bincang isu2 international


Macamana nak pastikan CPI malaysia diperbaiki dalam amsa 2 bulan sebelum CPI diumumkan ni


Pemandu dengan ideanya, NKRA pulak dengan idea lain...


Yang SPRM berbuku jer tengok


Pasal pemandu dengan NKRA ni semua political post


yang cakap teori pandai tapi praktikal xkemana


Jenis pandai taichi


Jenis kalau boleh semua nak serah kat SPRM buat


Huishhh panjang citer meeting tu...mmg high level punay discussion lah


Boss saya gi klinik, ni kali ke berapa dah saya kena ganti dia meetig kat bilik KP


kesimpulan saya memang tak sedia lagi handle benda2 ni semua


Berapa kali boss provok suh saya jadi ketua korp comm


Sata kata saya boleh jadi pengikut setia tapi bukan boss yang bagus


takper salwa saya ada untuk bimbing awak...jangan risau


Boss saya nak ditukarkan ke cawangan antarabangsa


takde maknanya dia nak bimbing


kalau dah cawangan antarabangsa sure ke luar negeri jerlah gamaknya


Sebab banyak paper MACC dijemput bentang di negara luar


MACC sangat diiktiraf di luar negara dalam negara jer dikutuk bagai....



Aghhhhh...melalut dah....


Apapun sekadar lepaskan perasaan tension


Sekali pikir nak masuk unit pendidikan masyarakat jer...cam senang jer bunyinya


tapi xtaulah dilepaskan ker tidak?


Hari kerja tak cukup kaki tangan


2 orang dah duduk 8-5 di mahkamah jalan duta


Tweet utk kes RCI Teoh beng Hock, dalam dua versi englih dan malay


SIla follow twitter @SPRMMalaysia


pastu portal pun kami handle semua berita dari satu malaysia


and then kes keputusan, pertuduhan dari satu malaysia


Yang mana ni rutin everyday, setiap keputusan dan pertuduhan kami juga yang sediakan pres release


kalau anda baca berita rasuah dalam paper tu, saya rasa setiap hari ada beritakami


Hah tu semua kami ler yang buat berita tu....


yang mana dekat2, shah alam, jalan duta, seremban...saya hantar satu team buat coverage


Pastu dari court mereka akan terus hantar story kat saya dan saya edit story dan blast pada media, at the same time team tu akan upload ke Youtube


kami buat style pakej, nak dapat berita airtime percuma di media bukan senang


Tu sebab kami susah payah ediakan berita dan visual jugak untuk sayarikat2 TV ni



Selain hantar story, kami hantar gambar statik, hantar video


kalau mereka tak sempat cover boleh guna visual kami yg diupload ke youtube


kerja mau cekap dan pantas...tu sebab berita SPRM selalu (hampir setiap hari) akan masuk berita baik di paper mahupun di berita TV, tu semua kerja team saya lah tu....


Tu yang hari kerja memamg sibuk giler...dah macam bilik berita


Tu tak masuk mewar2kan kes2 yg untuk pertuduhan, keputusan dan kes bicara....


Tu semua kena alert kan media.....jemput media, kerja kami juga


Kadang media banyak sangat kes dia tak cover kes kita, so kami akan hantar jemputan peringatan dan bagitau pasal kes kami akan dengar atau kes akan tuduh @ keputusan


Dah lepas kes, kami hantar kenyataan media pulak, mana tau mereka tak hantar reporter buat coverage


banyak kerja kami ni....tulah yg sibuknya


Alhamdulillah dalam kesibukan tu saya terlupa masalah


tapi kadang duduk2 tu termenangis juga


Dan malam tadi tak boleh blah, siap mimpi bagai...


Mimpi kan pak hj....tak taulah apa tandanya....


Wassalam

Saturday, April 9, 2011

saya dan dunia saya yg xhenti dilanda dilemma

Assalamualaikum w.b.t


Tak boleh ikut nasihat spy jgn bgtau ayah hani


Sebab yg memandang saya


Yg memikul rasa bersalah juga saya


Yg merasai kesedihan dan kerinduan dia juga saya


Maka saya sms juga pak hj spy call anak dia


Selasa lepas hani kat rumah ponteng sekolah


Asalnya saya dah bbm boss minta cuti


Yaya eczema


Teruk sangat dah kudis satu badan


Tambah kronik sebab malam2 hebat sungguh dia garu


Tahap berdarah2 meleleh2 kulit tanggal


Tapi sampai pagi boss xbalas nak call malam dan subuh2 malu pulak


So saya bersiap pagi tu minta izin masuk lewat jer


Eh Hari pertama tu saya gi kerja hani jer yg ponteng (dgn kebenaran ustazah)


Sebab yaya saya xpakaikan baju spender jer pakai


Kudis sapu krim sebelum tu cuci luka


Ubat 3 kali makan tu sebab hani saya pontengkan


Saya monitor thru hp jer


Genap jam 1 call suh bagi makan ubat


Pastu apa perkembangan eczema dia hani mms je gambar


Hari kedua dah ok sikit nampak kering


Tp masih perlu perhatian dan saya cadang nak bawak pakar


Tu yg mohon cuti bbm boss xjawap


Pagi saya terima bbm dia suh setelkan hal anak


Yeyee dpt cuti


Bbm miss sinar yg baru balik kawin majlis kat kelantan


Ajak minum


Kami minum kat larizzz sg merab pastu basuh keter


Tengah2 basuh keter dlm jam 11 geng call bgtau ada OKT mati kat pej KL


Apalagi saya dgn miss sinar dah tau dah mmg isu besar ni


So saya call boss takut dia xtau


Boss dah tau dan minta saya call anak buah yg gi cover pembukaan mah khas rasuah di shah alam


Ahaaa letihlah malam kang sambung lagi citer ni


Pala pening sgy taip dr hp jer ni.


Asal td wat entry nak citer hal yaya tp ke lain plk daaaa

Wassalam

Tuesday, April 5, 2011

Lagi dimanja lagi diingat ayah

Assalamualaikum w.b.t


Saya nak bagitau lago situasi hani


Saya rasa apa mak andeh cakap tentang emosi hani tu betul sesanagt


Selama ni hani jarang cakap rindu kat ayah


Tapi kenapa agaknya lepas semua ni baru dia meluah perasaan dia?


Adakah sebab berjumpa sekejap ayah dia isnin minggu lepas tu?


Sabtu lepas saya bawak dia gi office


Dia sibuk mengaler buku saya pun tanya dia


Betulker kakak rindu ayah?


Nak tau apa dia jawab?


Dia jawab, betullah ammie, memang tiap2 malam nak tido tu kakak mesti ingat ayah


Kakak mesti nangis sekejap sebelum tido bila kakak teringatkan ayah


Saya tak terkata apa saat tu


Saya tak mampu nak jawab apa pun


Yang mampu saya buat adalah menangis


Bila saya menangis dia pun menangis sama


Saya terdiam kelu lidah hani pun diam


Dalam lelehan air mata dia sambung mewarna


Walaupun saya dah berkali2 terangkan pada dia


Hubungan dia dengan ayah takkan putus sampai mati


Dan berkali2 saya suruh call @ sms tetap yg keluar dari mulut dia takut


Berkali saya balas semula tanya kenapa?


Dia tetap jawab entahlah kakak takut tapi kakak rindu ayah


Dalam saya diam menangis dan dia pulak menyapu2 air mata dia


Pantas tangan saya capai hp


Tak tahan lagi saya tanggung semua ni


Saya taip sms pada ayah dia


Saya kata 'tolonglah call anak dia rindu jangan jadikan dia mangsa keadaan walaupun ikut hati saya nak sebut nama ayah pun saya tak hingin! Tapi demia anak bairalah sauya mengalah. Guna nombor ni utk call dia'


Saya send tapi atas kuasa allah tak tau kenapa sms tu xsend pun


Sebab lepas sya send saya tggu dia reply xde pun


Saya cek semula tfk error


Rupanya xdi send pin saya terus padam sms tu


Keadaan hani pun dah lega saya pun syukur juga xsms


Saya bertahan jer ni


Bolehker saya send sms bagi pihak hani secara diam2 suh dia call hani


Saya yakin sangay demi hani dia akan call


Sebab ikut kan dia cepat tersentuh kalau libatkan emosi hani


Sebab dlm bnyk2 anak dia pernah cakap kat saya hanilah yg paling tak bermasalah


Xmenyusahkan dia sihat pandai xberpenyakit matang dan tak manja gedik berlebihan sopan


Apa saya nampak pada dia hani istimewa dari anak2 lain


Istimewa sebab hanilah paling minima yg menerima kasih sayang dia


Iza tido dengan dia setiap mlm sampai umur iza 12 tahun


Angah dan along pun belas tahun umur baru dia bercerai


Anak2 dengan aza pun sebelum2 ni melimpah ruah kasih sayang sampai jadi rebuatn


Sebab cik ayang dan tok melah mak aza manjakan diorang


Sebaliknya hani all the time dengan saya semata2


Tu sebab dia akan terasa cepat sesuatu berkaitan hani


Sebab dia dapat rasa hani langsunh tak menyusahkan dia


Malah dia pun tak pernah marahkan hani


Masa hani dan ayahnya berdua mmg dia dimanjakan


Selain sebab dia jer sorang anak kat sini xde nak berebut dgn sapa2


Hani juga kalau ayah dia tanya soalan secara serius mmg akan sensitif


Cnth: kakak berapa kali ayah nak cakap ni? Tu pun dia blh menangis


So ayah dia mmg dengan dia kalau bercakap automatik ayah dia guna suara manja


Suara keanak-anakan


Cnth: anak ayah nak makan apa sayang?, Kakak kakak, apa kita nak buat hari ni ek?


Intonasi ayat2 di atas tu disebut secara manja dan mesra


Tu sebab saya memang tak heran kalau dia nak rasa rindu dengan ayah dia


Sebab dalam jiwa dia ayah dia memang insan yang paling baik melayan dia


Walaupun jarang bawak jalan xde belikan apa2 pun


Tapi layanan dan percakapan ayah dia tu dah cukup menambat hati dia


Tambah2 nak tido memang ayah dia akan cakap2 dan peluk dia sampai dia tertido


Makan pulak kalau ayah ada memanh makan bersuap. Tulah agaknya dia rindu saat2 tu


Semalam dia tiba2 cakap kat lagi saya ayat power dia


Power sampai saya tak boleh elak dari keluarkan air mata


Dan sekaligus buntu xtau nak. Respond macamana dah


Dia tiba2 cakap 'kakak sayaaaangggg sangat kat ammie'


Saya pun jawab ala kadar jer 'ammie pun sayang kakak'


sebab dia memang suka cakap ayat macamni I love u lah sayanglah


Tapi dia sambung lagi kali ni


Tapi sayang ammie tu tak cukuplah sebab ada sorang lagi yang kena sayang kakak


Iaitu A-Y-A-H, kali ni dia eja huruf tu sebab taknak saya marah @ dpt reaksi boring dari saya kot


Saya diam jer mula2 pastu saya cakap kat dia kakak call lah ayah mesti ayah jawab


Tapi dia marah2 saya pulak kata taknak taknak


'Kakak takut tapi rindu' tu ayat dia


Apa lah lagi saya nak buat?


Sabtu dan ahad baru ni saya sibukkan dia


Dua2 hari pergi joging


Sabtu joging di presint 15 dengan Pnut and family


Ahad pagi2 saya angkut bawak ke Taman Cempaka depan PKNS bangi


Sampai jam 12 pastu terus ke pesta Buku di PKNS


Ahad tu saya tanya dia malam tadi malam tadi sblm tido kakak nangis tak rindu ayah?


Owhh tak ammie tak sempat sebab kakak letih sangat terus tertido jer


Lega saya sebab dah ada cara nak buat dia xnangis sendiri sblm tido sebab rindi ayah


Tapi malam tadi dlm perjalanan bawak yaya ke klinik


Dia kuarkan lg ayat power


Ammie, 9 tahun ni kakak nak masuk madrasah tau


Ahh sudah, sah2 kalau masuk madrasah maksudnya dia nak masuk tempat yg sama dgn syakirah


Maksudnya duduk dengan ayah dialah


Pastu saya diam dan angguk jer xnak rosakkan apa yg ada dlm hati dia


Dia cakap lagi


Tapi ammie datang tiap2 mggu tau tgk kakak


Yerlah saya jawab ringkas jer xnak dia terasa


Bahawa saya sbnrnya mmg nak jauhkan dia terus dr ayah dia!


Ikut hati saya mmg nak seksa pak hj biar dia xblh lgsg tgk hani sampai dia mati!


Tapi berbaloiker sebab nampaknya bukan saya seksa pak hk tp hani plk yg terseksa


Taip dr hp jer dlm samar subuh dr atas tilam. Sambil menyapu lelehan air mata kenang nasib hani dan buntu xtau nak buat apa?


Wassalam

Friday, April 1, 2011

rindu seorang anak

Assalamualaikum w.b.t


Kawan yang dikasihi


Saya nak minta pandangan


Saat ini air mata saya mengalir


Bukan kerana kesal


Jauh sekali nak berpatah balik dgn keputusan yg tlh dibuat


Cuma kesedihan seorang ibu melihat anak yg rindukan ayahnya


Apa saya perlu buat?


Hani jarang bersuara tentang ayah kecuali bila ditanya


Itupun jawapan dia kalau ayah ada kakak sayang


Kalau ayah takde kakak tak rindupun!


Justeru saya positif dan xkisah tentang perasaan dia


Tapi tadi lepas buat homework tiba2 dia bersuara


"Kalau kat PD kan ammie ayah mesti belikan satay kakak suka satay"


Saya tanya dia kakak nak stay ker, kenapa tak cakap dengan ammie?


Berapa banyak satay pun ammie boleh belikan


Pastu saya cakap kalau bgtau awal boleh gi pasar malam


Dlm pada tu, dia terus sedih bergenang air mata


Saya tak sangka dia sedih saya rasa bukan satay yg diingat tp suasana duduk dengan ayah


Saya sedih dan saya terus peluk dia lama-lama


Saya gosok belakang dia sampai dia okay


Hati ibu mana tak terguris?


Saat ni saya menaip dlm gelap guna BB jer


Baru lepas tidokan hani


Lately ni entry saya buat dr atas tilam dari dalam court pun ada


Masa kerja pun ada sebab saya guna BB jer


Saya sangka ingatan pada ayah dah tak berbangkit


Tapi sebelum tido sekejap ni lain pulak dia cakap


Sampai saya terkedu, berpaling dan dlm gelap saya $enitiskan air mata lagi!


Hani cakap sambil menghadap dinding


Ammie kakak rindulah


Saya dah agak dah!


Saya terus tebak soalan pada dia


Rindu ayah ker?


Tak, jawab dia sambil menafikan


Saya jawab balik


Kakak rindu nak tido dengan ayah kan?


Dia jawab, ha'ah


Saya memang dah agak dalam samar cahaya dari air muka dia saya boleh baca


Saya tak salahkan dia langsung


Hani memang lahir dengan jiwa sensitif


Sensitif tu diwarisi dari genetik ayah dia kot


Sebab saya lebih kebal


Saya terus cadangkan suruh dia call


Sebab saya dah topup credit dia RM10 xguna pun lagi


Tapi dia xnak plak mgkin serba salah tu


Sebab lepas isyak tadi saya tunjuk kat dia muka saya yang lebam


Dengan warna biru kehijauan di pipi yg kena tumbuk tu


Saya tak perasan lebam tu kbetulan td tgk cermin


Di bilik miss conquer ternampak lebam tu


Patutlah sakit


Hani plk tanya sakit tak ammie, saya jawablah sakit!


Saya plak tnya perasaan dia pd ayah lepas tau ayah dah tumbuk ami


Dia jawab 'kaka takut lah dekat ayah sekarang'


Saya tak tau nak buat apa


Saya kesian sangat dengan hani


Mesti dia rasa kehilangan


Dahlah dia baru jumpa ayah isnin baru ni


Tak sempat bermanja bergurau masih malu2


Sebab baru jumpa pagi tu sekejap dah berpisah


Tiba2 tau amie kena tumbuk


Bagitaulah saya haruskan saya biarkan ajer sampai masa dan keadaan menentukan


Biar dia lupa semuanya?

Wassalam

Kagum dengan diri sendiri

Assalamualaikum w.b.t



Saya cepat betul dapat buang rasa sedih


Dan sekarang seperti rasa takde apa-apa


Saya rasa saya sangat positif nak meneruskan kehidupan


Dan tak terasa langsung kekurangan dan hidup lebih fokus


Sebelum ni rasa macam sukarnya nak tempuh semua ni


Rasa macam akan kesepian dan kesunyian


Tapi sebaliknya tidak, saya frasa lebih bersemangat


Moga Allah terus memberi kekuatan dan memberikan saya kelebihan dalam mengendalikan hidup saya seterusnya


Saya percaya Allah maha mengetahui dna hanya akan menguji insan yang dipilih


Ujian yang diberi adalah sebagai tanda Allah sayang akan hambanya


Saya tetap sabar menanti apakah hikmah disebalik semua ni


Moga2 kesabaran saya ni akan dapat aya kecapi ditahun-tahun akan datang


Moga2 kesabaran itu akan ada manisnya....ameeen
Wassalam