Friday, May 27, 2011

Hani, apa lagi ammie mampu buat?

Assalamualaikum w.b.t


Lepas bercerai ni memang saya ada hajat untuk buat sesuatu


Sesuatu yg boleh buat saya gembira


Buat saya boleh mulakan hidup baru dengan ceria


Dan lupakan semua kenangan sedih pahit yg sedia ada


Saya sentiasa cuba dan cuba sesuatu yang baru


Apa yang mampu saya lakukan utk lupakan semua ni saya akan cuba sebaik mungkin


Dan perkara paling mampu buat saya lupa semuanya .....


adalah dgn menyibukkan diri dengan kerja...kerja...kerja


Kebetulan kerja saya pun sibuk dulu kini dan akan dtg


Lagilah dengan RCI Teog Beng Hock, pastu kematian Sarbani dan kerja semasa ni....


Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya asyik berfikir dan rasa terganggu


Bila saya pandang hani..... rasa sayu dan empathy sangat dengan dia


ada saatnya saya mampu menitis air mata


Banyak peristiwa berlaku antara kami berdua akhir-akhir ini yg buat saya rasa sgt bersalah


Bukan maksudnya merasa bersalah kerana ambil keputusan untuk bercerai


bahkan saya rasa hani pun dah dapat terima hakikat perpisahan ini


Tapi apa yang membuatkan saya rasa bersalah ....


cuma kerana saya tak dapat nak bahagiakan dia sepenuhnya lepas bercerai ini


Saya akui yang saya boleh penuhi segala aspek kebendaan (ikut kesesuaian)


Kalau itulah yg kurang bagi dia


Saya boleh penuhi masa2 lapang dia dgn menyogok pebagai aktiviti


Tapi ada sesuatu yg saya xmampu buat...hingga buat saya rasa sedih


Saya masih tak mampu menggantikan tempat ayahnya,


tak mampu mainkan peranan yg pernah dimainkan ayahnya


Jika anak2 lain perlukan ayah mungkin atas sebab ayah mereka ada, mereka boleh dapat macam2 benda yg diinginkan


Ayah bawak jalan, ayah belikan permainan, ayah bantu buat itu, bantu buat ini


Ayah belikan barang2 yg dikehendaki


Ayah tunaikan semua permintaan yg anak2 hendakkan


Saya perhatikan pendekatan anak2 lain banyak bergantung pada ayah atas faktor kebendaan


Dan mungkin atas faktor tempoh masa yg ayah habiskan dgn anak trsbut menyebabkan situasi jadi begitu


Kalau itulah keadaannya saya sbg ibu kepada hani takde masalah utk buat benda sama pada dia.....


Saya mampu  ambilalih peranan itu seadanya


semua kebergantungan seseorg anak pd ayah saya sbg ibu boleh cuba mainkan peranan tersebut


Tapi dlm kes hani dia tak bergantung langsung pada faktor kebendaan


Dia tak harapkan ayahnya datang boleh bawak dia jalan2


Dia tak pernah minta ayah belikan dia apa2 barang yg dia hendakkan


Atau tunaikan apa yang ayah2 lain biasa buat, bawa ke taman, bawa ke kedai


Semua tu sejak umur 3 tahun ayah dia tak mampu nak buat semua benda tu sebab ayah dah stroke


sangat kesian dengan Hani, kecik2 lagi ayah dah jadi OKU...tp tu tak jadi masalah pd peringkat ini


bahkan sebelum umur 3 tahun pulak, memang takde aktiviti begitu sebab ayah sibuk kerja, sibuk dgn bini, anak2 sana, sibuk keluar dakwah....


Bila fikir sekarang, saya sedar apa yang ayah dia tawarkan dan mainkan peranan dalam hidup dia selama ni sangatlah minima (kalau banding dgn ayah2 lain)


Yg boleh dan mampu ayah dia buat adalah bawa ke surau solat jemaah


Itupun hani akan duduk solat diruangan wanita sebalik tabir


Paling2 dia hanya mampu bawak hani makan di mamak...atau kedai2 yg ada pelayan atas faktor OKU


Itupun jarang sangat sebab selalunya saya akan ada sama


Tapi ada beberapa perkara yg walaupun peristiwa itu kecil bagi saya besar kesannya pada jiwa Hani


Dan pada saya apa yang paling terkesan dalam hati hani saya rasa adalah waktu2 nak tido


Ayah akan peluk dia


Ayah dia akan borak dengan dia, gurau dengan dia dan saya


Minta laporan2 tertentu dari hani....dan bagi nasihat juga


dan saat makan, Hani selalu akan disuap oleh ayah sebab kami selalu makan dalam dulang bertiga....


Saya selalu perhati yang ayah dia akan offer untuk suap dia....entah tak tau kenapa tp selalu begitulah keadaannya


Dan saya yakin saat2 itulah hani punya ikatan perasaan yg sgt kuat dgn ayahnya


Dan ikatan inilah yg masih mengikat hani...mengikat kuat perasaan, kenangan dan tautan itu tak mampu saya leraikan


Dan saya masih gagal buka ikatan ini....


Saya amat sedih...saat menaip ni pun saya menitiskan air mata...sayu sangat bila kenang semua tu...


Apatah lagi hani ada tergolek tido depan saya ni....


baru saya sedar yang kebergantungan hani pada ayah adalah 100% atas dasar perasaan


yang saya yakin saya tidak akan mampu selama2nya menggantikan peranan tu


saya yakin kebergantungan perasaan ini tidak diganti dengan apa2 pun yg bersifat kebendaan


Walaupun tidak semua keadaan dia teringat ayahnya


Tetapi bila saat dan ketika ingatan tu sampai....


samaada bila saya marah dia (atas faktor yg saya rasa wajar marahkan dia)


Atau bila saat dia rasa teraniaya dan terpinggir atas sebab kehadiran yaya


Adakalanya ada situasi kehadiran yaya mengancam hani....(yg ini sukar saya jelaskan, nanti saya buat entry khas)


Juga saat2 biasa yang saya tak jangka selalunya masa nak tidur


Dia akan mengangis secara sembunyi


Kalau kena marah pulak lain keadaannya, mula2 nangis biasa tp makin lama makin kuat sayu dan tersedu2


Saya boleh kesan dari intonasi dan cara tangisan dia...kalau ingat ayah dia akan menangis lama, peluk bantal peluk kesayangan dia dan dia akan tutup muka dengan bantal dan menghadap dinding


Itu keadaanya yang saya dapat kesan....


Tangisan mendayu2 dia tu boleh buat saya 'gila' memikirkannya


Boleh bikin saya menangis sama


Boleh buat emosi saya terbawa2 berhari2 dan akan menitis airmata


Bila terkenang nasib hani


Tanpa bertanya khabar berita takde call hani malah takde sms pun


Saya rasa sebagai ayah dia sangat kejam pada Hani


Ikutkan saya nak top upkan ajer, kalau alasan takde credit


Atau saya sms 'bahasa'kan dia dengan bahasa yang boleh buat dia pun rasa bersalah dan jadi sedih macam saya


Tapi isunya saya sangat malas nak berhubung semula, saya malas nak ada hubungan lagi walaupun sekadar saya ber sms


Saya hendak maju terus, tak nak menoleh kebelakang langsung


Saya hendak cari bahagia dengan cara saya....bersama Hani dan Yaya


Tapi bila hani sampai mood ingat ayah dia


Memang saya xmampu kata apa!!!


Wassalam

Wednesday, May 25, 2011

Mencari bahagia .....

Assalamualaikum w.b.t
 

Saya tak pasti samaada saya telah mendapat bahagia yang dicari selama ini?


Mungkin belum jumpa bahagian yang total, tap insyaallah ke arah itu satu hari nanti, insyaallah....


bagaimana cara nak  Mencari Bahagia?


Cuma kita yang tahu apa yang boleh buat kita bahagia, tapi harap2nya saya tidak salah dalam mencarinya....


sangat subjektif definisi bahagia ini...


Apa yang terbayang di minda saya sekarang, bahagia yang kita boleh nampak secara visual adalah:


# berkumpul satu keluarga yang ada ibu ayahnya serta anak2 (yang ini sudah pasti saya tidak mampu pada masa ini)

# Membuat aktiviti secara bersama anak beranak (saya boleh mencapainya walaupun sesekali terasa hidup pincang tanpa suami)

#Hidup yang senang, nak apa semuanya ada di depan mata (adakah ini jamninan bahagia?)

# kerjaya yang menyeronokkan dengan pendapatan yang berbaloi


TAPI, bahagia bukan terletak pada itu semua, dan mereka yang ada senarai perkara di atas juga belum tentu bahagia...


yang penting bahagia biarlah semuanya secara sederhana....jangan berlebih sangat dan jangan terlampau terkurang....

 
Janganlah kita fikir bahwa kita akan bahagia kalau kita mampu makan di restoran yang standard, dihotel2, dan kita bebas membelanjakan wang atau membuat rawatan di spa setiap hari, melancong ke luar negara, membeli belah sesuka hati<-- itu akan membawa bahagia.?

Sebenarnya tidak semestinya keadaan itu akan menyenangkan dan membuatkan kita bahagia. Sekali-sekala mungkin itu boleh buat kita bahagia: dengan memanjakan diri, membeli tetapi apapun kita tetap ingat punya tugas dalam hidup yang seterusnya.


Maka, teruskanlah hidup seadanya, kan?


Dan sabar dan syukurlah atas apa sahaja nikmat yang Allah beri walaupun ia hanya sekecil-kecil perkara...


Bahagia juga bukan mudah untuk dibeli?


Okay, disini jika saya tanya siapa yang benar2 bahagia? Adakah dengan melancong anda bahagia? Adakah dengan punya wang yang cukup anda bahagia? adakah dengan punya suami setia anda bahagia?


Sekadar lontaran pertanyaan?

Sekaya atau secantik apapun kita, namanya juga manusia, tidak akan pernah merasa puas. Jadi tak perlu lah bermati-matian mnngejar harta ataupun berusaha untuk mencantikkan diri. Kebahagiaan akan datang kalau kita menikmati apa yang kita punya saat ini.

syukur dan sabar


Dan betapa pun teruknya pengalaman masa lalu kita, tak ada gunanya untuk kita terus-menerus menyesalinya.


Masih ada masa yang akan datang, jadi lebih baik kita fikirkan untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan....



Wassalam

Tuesday, May 24, 2011

ntah apa2

Assalamualaikum w.b.t


Jenuh menyeru semangat menulis blog, tak juga datang2.


Saya terfikir2 kenapalah saya malas sangat nak tulis bahkan masuk blog pun tak teringin


Dan saya dapat buat kesimpulan


Rupanya saya tulis blog ni terdorong atas beberapa faktor,


iaitu ketika saya tertekan, ada masalah, kemurungan, ingin sangat meluahkan sesuatu yg menekan jiwa, jiwa kacau kononnya


Tapi saat gembira saya takkan memilih blog sebagai medium berkongsi perasaan gembira tu


ini bukan hanya berlaku selepas penceraian, malahan cara ni saya dah mula gunakan sejak buat blog


cubalah cari berita2 gembira yang saya tuliskan


saya percaya tak sebanyak berita sedih, jiwa lara, murung, tertekan.....


Cerita sedih dan negatif yang mendominasi blog ini


Dan saya akui saya tak pandai mengolah ayat2 menyatakan kegembiraan saya sebagaimana pandainya saya mengolah ayat2 sedih dan derita


Maka sejak dulu sampailah hari ni saya tak banyak kongsi berita gembira sangat


maka bila waktu2 berita gembira dan saat2 gembira ia akan berlalu begitu sahaja


tak dicatitkan pun disini


Dan sekarang saya takde masalah


Saya tak terbeban langsung dengan tekanan perasaan


Dan saya tak reti nak cerita apa2 yang saya lalui sekarang di blog


eh bukan tak reti, tapi tak tau nak mulakan


So, kita citer benda lain jerlah...


Saya teringin nak berjalan2 jauh melancong


bukan dengan maksud membeli belah tapi lebih kepada menikmati pemandangan


tapi saya takde kawan


Sebab masing2 ada pasangan, ada keluarga


Dan saya kalau nak pergi berdua dengan hani pun saya tak yakin


Ada sapa2 nak pergi mana2 nak jalan2 takde kawan?


Maka bolehlah kita plan sama2 utk jalan2


Tak kishalah luar  negara ker dalam negara ker


Terasa yang hidup saya asyik kerja2 jer


Dan saya pun sangat menikm ati kerja....happy dengan bekerja


Saya takde masalah kena paksa kerja, dan saya takde masalah urus pegawai bawah2


Saya boleh berbaik dengan mereka, gelak ketawa


walaupun sejam sebelum tu saya marahkan diorang

Kadang2 kagum jugak, mungkin selepas 10-tahun saya dah ada keberanian


yerlah unit kami bukannya ramai, boss gred 52, saya 48, bawah saya ada 2 gred 41 dan 3 orang gred 29 (2 dr 3 tu ada degree)


Pegawai perempuan 4 org lelaki 3 orang dan unit kami ada seorang pegawai Cina kontrak iaitu bekas peg gred 54 yg dah bersara dilantik secara kontrak....


yang kelakarnya Tuan Chuah Chang Man ni sebelum bersara dulu dia adalah pengarah negeri, banyak gak negeri yang dia dah jadi pengarah


Lebih 10 tahun lepas dia adalah pengarah BPR Melaka, tahun 2000


Masa tu saya adalah wartawan NTV7 Melaka....dan saya telah paksa dia untuk ditemubual atas isu pencemaran pantai Pengkalan balak....tak salah kami nak tanya samaada enternak babi situ boleh teruskan ternakan sebab mereka merasuah...bla bla....


Saya ingat lagi dia mati2 menolak taknak ditemubual, bahkan macam2 alasan dia beri, tapi saya paksa2 jugak....


Sudahnya dapat gak interview dia....and sampai sekarang dia masih ingat saya lagi...


Walaupun saya tak pernah kerja bawah dia after 10 years dia jumpa saya dia masih ingat nama saya dan masih ingat juga peristiwa lebih 10 tahun dulu


And now, dia di unit kami, tugas dia hanya menyediakan ucapan, paper work, talking point Ketua Pesuruhjaya....


Berat tugas tu, sebab Dato' Sri Abu Kassim jadual dia sangat2 padat sana sini di panggil memberi talk, dalam dan luar negeri....


Sebelum ni saya sediakan kalau is melibatakan presentation dalam negara dan dalam BM tapi kalau english boss saya sediakan, tapi sejak Tuan chuah datang dialah pecah kepala fikir


buat reseach sana sini, sampai pergi library  UiTM, google toksah cakaplah.....


Saya kan suka orang2 tua ni, suka kongsi idea maksud saya....


Ada sikit2 waktu senggang saya suka berborak dengan dia.....sangat bagus berborak dengan org bnyk pengalaman ni, umur dia dah 60 tahun tau...


kadang2 saya ajak dia minum sama.....kerap juga dia datang bilik saya bincang angle mana nak fokus


saya ni takde lah pandai mana tapi bila bincang dengan dia memang terbuka minda....


saya suka bekerjalah...dulu masa pak hj ada saya suka kerja tapi macam ada batasan kadang2


macam takleh fokus utk kerja tapi skrg macam rasa fikiran lapang dan  keseronokan bekerja berganda2


saya tak faham kenapa ada manusia yg datang kerja tak seronok pastu kutuk sana sini....


Saya ni rasa bangga kalau boss bagi kerja, rasa macam eiii bagusnya dia percaya kat saya


tahun ni permulaan yang baik, bukan sahaja dapat APC, dapat naik 48 tapi unit saya juga dapat anugerah khas ketua pesuruhjaya untuk projek media baru kami......dapatlah seribu ringgit dan duit tu masih ada saya tak belanja lagi


Nak ajak diorang ramai2 minum esok....


Start jun ni saya akan mula melaksanakan secara rasminya tugas sebagai gred 48 maka dalam kepala ni dah rancang macam2 strtaegi nak buat


Sebab saya kekal dan tak dipindahkan maka agak sukar sikit sebab saya akan pegang post sama dengan anak2 buah sama cuma pangkat naik maka saya kena rancang strategi lah


Nak kena tunjukkan perbezaan cara pentadbiran jugakkan?


ehhhh apa merepek ni...


tulah dah cakap saya memang tak pandai nak cerita benda2 gembira


kalau sedih2 pandai jer atur ayat


Esok saya akan citer hal yaya.....


Sebelum tu nak tanya kat area bangi or putrajaya ni tailor mana yang jahitannya bagus dan kemas serta harganya berpatutan......untuk raya nak tempah baju....kainnya tak beli lagi ni...


Tahun ni kalau boleh nak raya sungguh2 (ah puasa tak lagi) sebab selama ni asal raya jer pendam hati berendam air mata....kali ni nak lupakan semua tu..so nak prepare awallah kononnya....








Wassalam

Sunday, May 15, 2011

Video yaya, layan.....

Assalamualaikum w.b.t

Sejak saya putuskan yaya duduk dengan kami, saya takde citer hal Yaya kan?


Bukan apa, malas nak cerita hal yaya


Dia tetap macam dulu, tak banyak yang berubah...


Cuma saya sedikit berubah


Saya mula berlembut sikit dengan dia


Tapi sampai masa berkeras, tibai jugak dia


Apapun, tak tahulah nak cakap apa,


Nasiblah dapat yaya yang jenis aktif dan tak reti dok diam


Adalah jugak video saya rakamkan aksi dia


Selalunya tak sempat rakam lama sebab kalau dia perasan saya rakamkan


Mulalah gedik


So, kat bawah ni saya rakamkan aksi yaya tanpa pengetahuan dia


Saya rasa dia tak perasan, tapi tak tahulah kot2 dia perasan


So tengoklah, dan bolehlah gambarkan yaya ni macamana....


Video pertama adalah video semasa berada di Alamanda


Saya nak tunjukkan betapa dia tak reti duduk diam,


Melompat berlari adalah rutin dia


Hani yang nak tangkap dia akhirnya jadi adegan kejar mengejar


Video kedua pula adalah video hari terakhir (kononnya) yang dia nak balik kedah


Si sebagai kenang-kenangan saya rakamkanlah


Rerupanya tak jadik, so video tu saya rakam dia tak bertudung


Sebab kononnya nak serah terus kat mak dia....tak yahlah bertudung bagai....


So saksikanlah....







Saturday, May 14, 2011

Naik pangkat & Khidmat Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t



Kita perlu yakin, setiap ujian tu ada hikmahnya


Cuma kita tak sabar,kan?


Macamtulah saya....


Saya masih ingat setiap cabaran yang berlaku dalam hidup saya


Mula2 kawin dengan suami orang walaupun tak pernah minta begitu


Lepas tu dapat pulak madu yang sangat2 perlu skill yang tajam untuk menandinginya


Tentu faham apa maksudnya kan?


Melawan secara psikologi


Then dapat pulak suami yang takut dengan isteri pertama


Yang beriya2 jaga hati Aza sedangkan saya macam hapa2 dibuatnya


Malangnya saya pulak terlampau biarkan diri dianiaya


Sampailah satu tahap saya pasrah jer....


Tapi dalam hati mencari2 apa hikmahnya saya diuji


Tak putus2 ujian datang dalam hidup saya


Bukan sahaja hidup saya pada masa itu, malah hidup sebelum2nya


Zaman remaja juga banyak cabarannya


Dan tahun lalu, kedatangan Yaya menguji lagi


Kehadiran yang tiba2 itu benar2 menguji tahap kesabaran


Tapi kini saya mengerti


Saya faham bahawa dalam setiap ujian itu


Allah hendak meningkatkan darjah kesabaran kita


Sebelum Allah beri ganjaran selepas kita berjaya mengatasinya


Akhirnya saya sujud syukur


Hari ini saya boleh mengatakan bahawa hikmahnya ada


Mungkin ini baru permulaan


Dan mungkin ini hanyalah sebagai tanda kebesaran Allah


Pada hari jadi saya itu saya menerima surat kenaikan pangkat


dari penguasa kanan, dinaikkan ke Penolong pesuruhjaya


Sykur alhamdulillah


Walau naik pangkat lewat sedikit atas kecuaian tidak ke PTK akhirnya naik juga


Seminggu sebelumnya saya mendapat surat terpilih untuk anugerah khidmat cemerlang


Makanya saya sangat bersyukur di saat ini Allah memberikan sesuatu yang boleh buat saya tersenyum


Dan mungkin ini rezeki sempena korban saya sudi menjaga dan membela yaya


Sedikit yang saya beri tapi berganda saya dapat ganjarannya


Makanya bersyukurlah Salwa....



Wassalam

Tuesday, May 10, 2011

entry sebenar ada dibawah yer, pi baca kat situ dulu....

Assalamualaikum w.b.t


Ya Allah, punyalah tersangatlah tak sensitifnya


Hari ni harijadi saya lah weyyy...


lepas posting entry yang saya taip sebelum entry ni


tengok view post baru terperasan 10 mei daaaa...


harijadi saya lah beb


wah....dah tua dah


tahun ni diumumkan sekali lagi saya dah masuk umur yg sangat2 tua (itu pd persepsi saya 10 tahun dlu lah)


tapi bila lalui sekarang takdelah rasa tua sangat, tapi dah bergaul dgn orng muda2 yg umur 20 an nak taknak terasa juga ketuannya...


tak terbayang saya yang saya masih ada ruang untuk bernafas di bumi Allah


sedangkan ramai seusia ini telah pergi meninggalkan alam fana ini


malah ada juga seusia ni masih merasa diri muda, masih terleka dengan dunia


Seingat saya umur saya sebaya dengan Rozita Cik wan, ning baizura, Erra Fazira...(wah bandingkan dengan artis jer yer...walhal nak banding tumit kaki artis dengan tumit kaki saya pun jauh sangat bezanya...haih!)


Apapun, syukur, diusia ini saya masih sihat, belum didiagnos dengan apa2 penyakit


Sudah punya anak yg comel, cerdik dan matang


walau tak punya suami (sedangkan kalau bercerita masih saya tak dapat nak biasakan diri bekas suami saya, asyik tersasul suami saya..suami saya)


Almaklumlah miss conquer and miss sianr kan dua2 masih di alam bulan2 awal perkahwinan, so cerita rumahtangga masih hot topic, nak taknak si janda ni tersasul jugak cerita tentang suaminya tu, walhal ex husband dah...ahaksss


wah...apapun keburukan pak hj masih ada juga sisa2 kebaikan dia yg tersemat dimemory saya ni yg begitu sukar dipadam


Dan dalam usia ini juga, saya telah menjanda (ibu tunggal istilah yg sopannya), satu keputusan yang sangat sukar dibuat dalam perjalanan hidup saya tapi berjaya juga saya laksanakan hasil suntikan semangat pembaca blog ini (sejujurnya saya akui tanpa 'anda semua' yg beri komen2 pedas, pembakar semangat, penyentuh jiwa dan perangsang utama.... saya pasti bukan ini keputusan yang saya akan buat, dan saya percaya anda turut merasakannya)


Jauh dalam lubuk hati saya serik untuk berumahtangga lagi, sangat serik sampai saya rasa takde lelaki yang mampu jadi suami yang baik...


Berita robohnya rumahtangga saya rasanya mula diketahui oleh pegawai2 di bahagian saya....mungkin bergerak dari mulut ke mulut....dan saya pun tak berniat nak sorokkannya


Sapa yang tanya saya jawab dengan jujur kalau tak tanya saya tak bercerita


Timbalan pengarah bahagian saya tuan zainal yang memang suka menyakat saya dari dulu (masa saya masih seorang isteri) pun dah tau


nampaknya asyik cuba mengusha saya persoalan untuk berumahtangga lagi


Geram rasanya sampai berbalah2 saya dengan dia...sungguhpun dia boss tapi saya lepas cakap jer dengan dia, saya kutuk lelaki2 yg ada hari ni yg rata2 tak sama seperti yg diharap oleh isteri


saya syak dia nak provok saya....so saya malas nak layan....untuk pengetahuan, ada seorang duda di bahagian saya ini...


baru kematian isteri 2,3 bulan lepas rasanya....saya takut benar bila diorang tau diaorang akan cuba nak kenenkan saya dengan pegawai anak 3 tu...pada saya sakit hati, pecah hati di alam rumahtangga yg sebelum ni sangat susah utk ubat


walaupun di sudut hati yang satu lagi saya merasakan yang saya juga tak boleh nafikan yang saya ada keinginan utk ada teman berkongsi masalah, berkongsi hidupberkongsi katil (~_^), tapi hakikatnya saya rasa snagat selesa buat keputusan untuk diri sendiri, dan saya bahagia sangat hari ini (kecuali sex yg aya akui hakikatnya derita menahannnya.....DERITA beb!~ MA, kak Salmah dll sila jangan kutuk coz saya tetap SALWA yg dulu jugak.....sukar nak buang sesuatu yg kita suka tiba2..bagi masa sket lagi)



Sempena penambahan usia ni saya ada beberapa perancangan besar dalam hidup aya, taknak selamanya macam ni, nak ada peningkatan dalam hidup dan jauh dalam hati saya ada keinginan untuk menukar kerjaya jika ada kemampuan...harap2 menjelang umur 40 saya tidak di dalam SPRM lagi....ada 3 tahun lagi utk saya bina azam tersebut....wish me luck!


Sebenarnya saya ada azam utk balik ke melaka, bertukar ke SPRM melaka yang jaraknya dengan rumah tak sampai 10 km...saya nak duduk dengan emak dan nak buatkan emak rumah di tanah yang mak saya bagi saya tu (nak jual rumah seremban) tapi baru bukak mulut dengan pegawai khas KP, sekali kena sembur daaaa..siap kena leter panjang...sakit telinga kena motivasi...) diorang pandai cakap jer...malas nak citer yg saya baru cerai...tak pasal2 jadi berita hangat plak...so bersabar jerlah dok kat Unit Komunikasi korporat ni.....


Apapun, syukur banyak perubahan berlaku akhir2 ni, harap saya akan terus sabar dan kuat dan juga sihat untuk besarkan hani dan yaya (aiyoo tetiba teringat citer yaya banyak pending, nanti2 senang saya citer kay)


so, tu jer entry hari jadi, no more sad story....be happy salwa! :) :) :)



Wassalam

Belasah jerlah!

Assalamualaikum w.b.t



Nak menulis ni kena ada feel


Kena ada pencetusnya


kena ada mood


Dan paling perlu kena ada keghairahan


dan kaghairahan tulah yang saya tak miliki sekarang


Sebab apa keghairahan tu timbul?


Macam sex jugak, kita ghairah sebab kita ada keinginan


keinginan yang nak dilampiaskan


Iaitu keinginan nakkan kepuasan dari hubungan tubuh (eh tetiba, macam mona gersang lak???)


takde bukan apa, saya nak bagitau yang saya dah takde keghairahan nak menulis


Cerita ada, tapi cerita yang ada ni tak mendorong pada keghairahan


Sebab?


Sebab kalau saya cerita ia tidak membawa kepada sebarang kepuasan pun!!!


Serius!


Kalau dulu saya bercerita tercetus dari rasa ghairah nak bercerita


Sebab nak dapatkan kepuasan


kepuasan setelah dapat melepaskan perasaan (macam sex jugak, terbebas dari rasa gersang~ wah tetiba lagi!)


Takdelah bukan apa...analogy tu supaya puan2 dapat bayangkan situasi saya jer, takde maknanya nak gersang2 der...


Sekarang ni takde apa perasaan yang nak dilepaskan pada blog ini, sebab semua perasaan adalah dalam kawalan


Dan takde apa nak share dengan puan2 sebab semua saya boleh handle sendiri


Bravo!


yess....itulah hakikatnya...


Tapi pasal hari2 ada yang menjenguk, so kita teruskan ajerlah blog ini


dengan harapan keghairahan tu akan datang perlahan2...harus dipupuk kembali


banyak cerita tertunggak


Saya tak cerita lagi yang pak hj ada datang Putrajaya ambik hani bawak keluar,kan?


Dan saya juga tak cerita yang saya berbalas2 sms panjang lebar giler dengan kak Aza 'kesayangan' ku itu, kan?


Saya juga tak cerita yang lepas cerai tu, iaitu hari khamis, pada 3 hari berturut2 bermula Jumaat saya gi facial dan saya gi gunting rambut dan cuci rambut di kedai2 yang berlainan!


Masa tu memang sedih giler, so masa di facial dan di cuci rambut tu saya relax dan tenangkan perasaan....lantaklah 3 hari berturut2 pun..asalkan saya puas!!!


Ahhhh...macam2 saya buat dan saya jugak tidak langsung jenguk blog....malah hampir terlupa saya ada blog, dan kalau boleh memang nak padamkan jer memory pasal blog duniabermadu ni....rasa2 nak delete semua memory ni masuk dustbin jer...


aling menyibukkan saya adalah kerja...kerja...kerja...


kebetulan pula Sarbani mati, plus minggu2 berikutnya lepas cerai hari2 ada event...ada jer kerja maka saya pun terlupa hal cerai...


Tapi dalam masa seminggu dua tu kawan2 office macam miss sinar, miss conquer, hakimah (PA pengarah) sentiasa hubungi saya dalam bilik tanya khabar....


pasal diorang tau saya kalau keseorangan saya akan menangis


Miss sinar yang bertugas di mahkamah jalan duta juga ada masa terluang jer BBm saya tanya saya buat apa....pastu siap pesan miss conwuer kat sebelah ...


mis sinar suh miss conquer jenguk2 saya kat dalam bilik saya....


Miss sinar takut saya buat benda bukan2...terutama menangis lah..


Saya pulak kalau menangis bukan tau sekejap, melarat2 sampai saya boleh pening kepala


Boss saya Mr salim pulak seolah2 memahami walaupun dia tak pernah tanya apa yg berlaku


Masa hari cerai di court tu, saya datang pejabat, dan dia pun tak tau hari tu kes saya


Siap saya print out teks ucapan KP (standardlah saya penyedia teks ucapan/talking point) saya serah kat dia, saya cakap; "tuan, saya nak keluar jap, ada urusan'


Dia jawab, "okay...."


Sharp jam 9 am saya keluar ke parking, sebab dah tau prosedur mahkamah, akan sebut kes dulu so saya agak dalam 9.30 baru kes saya disebut kot


Tapi jangkaan saya meleset, saya sampai dalam 9.15, 5 minit lepas tu kes saya disebut....by 9.45 saya dah masuk keter semula dan sharp jam 10 saya dah balik pejabat pun...


masuk2 bilik, hakimah call saya bagitau salah seorang office mate baru kematian anak yg baru lahir (tak cukup bulan) dia ajak gi ziarah....saya on jer


tak sempat buat apa2, terus dipanggil Mr salim dan saya buat kerja sekejap kat bilik pastu tuan salim ajak saya turun ke bilik tetamu sebab ada reporter nak bincang pasal nak i nterview KP, sebagai assistant PRO jabatan saya kena joint discussion tu...


Terlupa terus yang saya baru jer disahkan sebagai janda tak sampai sejam...memang mencabar hari berkenaan...


baru berbincang dengan tn salim 5 minit....dato pengarah bahagian call hp tanya saya kat mana....


Kejap jer terjengul dato' K ajak gi hospital putrajaya, dia nak tumpang keter saya...kelakar dato' K ni...


Dia punya keter camry baru, tapi tetiba nak naik sentra saya...ah belasah jer....so gi dengan kimah sekali...


petang baru balik pejabat, dan saya balik pejabat tu, tetiba mr salim suruh saya pergi juga ke kelang untuk program malam tu


Asalnya saya taknak pergi sebab kelang jauh, pastu hani dengan yaya nak letak mana


Tapi mr salim sanggup tunggu saya ambik anak dari bangi dan diorang dah siap tggu saya di presint 17 utk saya bersiap


malam petang tu jugak kami atu naza 6 pegawai dan yaya n hani bergerak ke kelang adan program Gelombang rakyat : 1rakyat 1 integriti, NGO anjurkan


tapi panjang ceritanya sebab saya ni sangat rapat dengan YDP NGO tu sebab saya dah kenal dato' Shahrul tu dari negeri 9 lagi...


So apa2 hal dato shahrul carik saya jer...tu yg Mr Salim nak jugak saya ada...


Gitu gini habis program tu jam 11 malam.....pastu kami singgah makan tomyam pulak sebab kat majlis tu saya dan pegawia lain tak dapat makan, tetamu melimpah2 makanan xcukup


Sampai rumah dekat jam 1 pagi....


So hari penceraian tu adalah hari yang tersangat sibuk bagi saya...sampai langsung tak sempat nak rasa sedih pada hari berkenaan....


Hari berikutnya jumaat tu baru tersedar dari lamunan, tu yg during lunch hour ke salon jawabnya...


Tapi overall saya rasa hidup lebih baik, beban perasaan yg selama ni seperti gunug menghempap terlepas begitu sahaja


lega...


Dan lepas cerai ni tiba2 macam rezeki datang dengan izin Allah


Saya dapat APC untuk tahun 2010, 19 mei majlisnya


Walhal sepanjang 8 tahun di Negeri sembilan sebagai ketua unit siasatan, pada masa sama pegawia pendakwa, bagi keterangan sebagai saksi lagi, buat kerja2 pentadbiran sbg pagawai pelulus (baucer2 bayaran yg thru sistem online tu), penceramah kursus induksi dana apa2 sahaja kursus kat PD tu dr [elbagai jabatan dan jawatan...serta J/K sebutharga....dan 4 tahun terakhir pulak bertindak jugak sebagai timbalan pengarah operasi, tapi non hado dihargai der...


Now baru setahun beb....tulah namanya rezeki, dah duduk bawah dagu KP, KP pun kenal, senang jer....tp apapun semua dari Allah juga syukur....dapat seribu pun seribu lah asalkan duit...


walaupun kalau dapat anjakan lagi hebat tapi dah 2008 saya dapat anjakan nak tunggu anjakan 48 takdelah pasal dah takde PTK :-(


Dengan bekerja di bawah 4 orang pengarah di N9 saya tak pernah dapat APC


Walau kerja macam nak mampus (sapa yg pernah baca blog ni dulu taulah)


sampai terpkasa berhenti menyusukan anak


Gaduh laki bini


hilang giliran bermalam memang tak terkira dah


Tapi baru setahun kat HQ terus dapat APC


nampak sangat sesuatu kan? eh....tak dinafikan kerja keras juga di sini, cuma...


Kat negeri politik nya kuat...sapa pun tak nampak susah payah kita


nak2 kalau kita tak rapat dengan boss, jangan haraplah nak dapat


Dah saya pompuan tentu2 boss takkan nak keluar minum dengan saya lak


pastu kan, Mr salim bagitau saya dapat 48, suraty jer tak keluar lagi


dari segi seniority, nama saya ranking no 3 in the list!!! yeehaaaaa!


Sungguhpun selepas dikira kenaikan gaji pokok idaklah banyak RM225 jer sebab saya memang dah dapat anjakan asbab PTK aras 4-4, tapi syukur jugak


Rezeki...rezeki....so starting gaji akan sama balik dengan senior2 saya yang saya dah jauh tinggalkan diorang....tak aci tak aci, but back to basic, syukur no complaint!


namun ada berita malang juga, Mr salim akan tukar bermula 1 jun ke Cawangan antarabangsa


wah saya akan rindukan dia sangat2


Rindukan suara dia bagi arahan, dia yang kejap2 masuk bilik saya bawak air satu mug, minum and cerita hal kerja, bagi motivasi dan bagi keyakinan pada saya


Dia yang faham dan buat tak tau bila nampak mata dan muka saya bengkak


Dan dia yg tak pernah tanya saya kenapa saya nangis....


Sungguhpun ebrbangsa India, yang masuk islam tapi saya rasa dia dah jadi sebahagian dari orang melayu


dan malngnya yang masuk gantikan dia adalah juga orang India


iaitu Dr. G manimaran, editor malaysian insider, online alternative media


yes, my boss adalah orang luar, post tu memang open post


but, saya akan bekerja bersama2 dia bukan saya bawah dia sebab sama2 gred 48


entah saya ni boleh ajer jadi pengikut yg setia, malah labih menghayati watak pengikut dari watak pemimpin berkaliber....entahlah kdg2 self confident agak kureng


Apapun, think positive, walaupun dari siasatan dan maklumat yg dipwrolehi takde satupun kebaikan dr M ni yang timbul


Semua cerita tentang dia dari reporter yg pernah kerja bawah dia sangat2lah negative


but, i have to accept apapun kelebihan/kekurangan dia


katanya dia sangat bossy, insomnia, workaholick xkena tempat, cerewet tak tentu pasal dan gila kuasa!!!


pasrah jerlah....


wah...takde keghairahan katanya sekali jari dah menaip kemain panjanglah pulak!




Wassalam

Tuesday, May 3, 2011

ini entry terakhir kisah bermadu di blog www.duniabermadu.blogspot.com Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Ini adalah entry terakhir yang menceritakan kisah dunia bermadu


Seperti yang dah bertahun2 saya ceritakan, bebel dan lepaskan perasaan di sini


Pengalaman hidup saya bermadu


Iaitu sejak tahun 2006


Maka pada 21 April 2011 bersamaan khamis lepas


Di Dewan 1, Mahkamah Syariah, di Palace Of Justice Putrajaya


Berakhirlah ikatan yang dijalin pada 2 Jun 2001


Pernikahan yang diakad di Pejabat Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand


Tatkala lafaz penceraian disebut oleh Hj Sidek Abdul Majid, bekas suami saya


Sangat2 tersentuh hati ini


Sehingga air mata saya gagal ditahan


Mengalir dengan laju membasahi pipi


Namun segalanya tidak boleh dielak lagi



Keputusan telah dibuat dan berpaling ke belakang mustahil sgt



Maka saya pasrah disaat itu


Walaupun hakim mengingatkan pasangan sebelumnya bahawa,


Selepas ini apa yg dihalalkan semuanya menjadi haram


Mungkin pasangan itu duduk serumah sebelumnya


Berbeza dengan saya yang telah duduk berasingan sejak september tahun lalu


Maka pertanyaan hakim pada kami hanyalah mengapa ingin bercerai


Saya jawab tiada persefahaman


Hj sidek pulak jawab 'tidak sekufu dan tiada persefahaman


Bila ditanya apa maksudnya tidak sekufu


Hj sidek jawab saya sorang pesara jer dia pulak pegawai kanan SPRM


Saya tak mampu nak kawal dia!


Dalam hati saya fikir, apalah punya jawapan!


Sebelum nombor kes kami dipanggil saya ada nyatakan melalui sms


Saya sampai masa tu dia dah ada dalam mahkamah


Saya duduk barisan depan sekali sebaris dengan dia


Tapi kerusi yang berbeza


Bila saya tengok pasangan yg sebelumnya disoal macam2


Terutama tentang nafkah edah, mutaah, hak penjagaan anak


Maka saya pun sms dia suruh dia bagitau yang kita akan setel luar mahkamah


Bila dah sms saya pun pandang dia dengan hasrat supaya dia pun pandang saya


Tapi hj sidek tak pandang


Saya melambai perlahan dan saya tunjuk suruh tengok hp


Hj sidek ambik hp dlm poket kurta dia


Dan terus dia pun jawab ok


Sepanjang hakim tanya soalan dan kedua2 kami memberi jawapan


Air mata saya tak berhenti meleleh


Hakim ada tanya berapa tahun kahwin beserta tarikh nikah


Tergagap2 juga saya nak jawab

semuanya sebab dalam kepala kami tarikh yang diingat adalah tarikh 2 Jun 2001


***Nanti saya sambung part 2, ni pun deraf ni berzaman dah ni...mood berblog sudah ke laut....


Hisup saya happy sangat (bukan happy gelak tawa, atau gembira ker hapa cuma happy rasa macam beban saya pikul selama ni tiba2 hilang)


Tak sangak, perasaan sebagai ibu tunggal ni jauh lebih baik dari perasaan ada suami dalam keadaan bermadu....serius, kalau tau dah lama saya menjanda.....

Wassalam

Sunday, May 1, 2011

Dilemma sungguh

Assalamualaikum w.b.t


Saya ni kalau takde masalah yang mendesak takde bercerita kat blog


Saya tengah kat kampung ni


Tengahari tadi saya balik sini


Asalnya dilemma tak pasti nak balik kampung


Tapi pagi2 mak si yaya dah called kata nak ambik yaya


Saya pun terus buat keputusan nak balik kg


Rupanya dalam perjalanan nor call saya katanya dah sampai Alor Gajah


Kebetulan pulak saya baru nak masuk tol Alor Gajah


Sekali dalam perjalanan kat lebuh AMJ berhenti kat satu traffic light


Yaya tiba2 menjerit2 panggil ibu ibu


Panjang jodoh dia dgn ibu dia


Kereta saya betul2 bersebelahan dgn tempat duduk ibu dia dlm ekspress


Bila saya bukak tingkap suh yaya lambai


Mak dia pun terpandang kan yaya


Yaya apa lagi melompat2lah dia


Gembira bukan kepalang


Saya called nor suh dia bgtau driver bus stop dan turun



Saya malas nak ambik dimelaka central


So dapatlah awal sikit yaya jumpa mak dia


Terus eksyen dpt jumpa ibu


Saya pun tanya punya tanya rupanya dah ada org yg nakkan yaya


Satu pasangan dah 6 tahun kahwin


Takde anak dan tak sabar2 nak bela yaya


Dapat ni terus dia nak bagi yaya pada org tu dan diorg dah standby


Nak buat hitam putih supaya yaya diambil terus


Bila saya dengar macamtu


Terus rasa kesian pada yaya


Macamanalah dia nak membesar dicampak sana sini


Dan saya pun terfikir macamanalah emosi dia nanti


Dapat pulak mak ayah angkat dia bekerja


Tak salah saya kerja JPJ


Mesti yaya sukar mengawal emosi


Dan mungkin dia dihantar ke pengasuh agaknya


Dan pastinya yaya akan terus hilang dari salasilah keluarga


Haruskah saya halang penyerahan yaya???


Kalau saya halang maksudnya sayalah yg kena bela yaya terus


Dan mampukah saya cabar diri saya untuk terus bersabar?


Jika saya sahut cabaran ini sayalah yg kena berubah


Sediakah saya berubah sepenuhnya-bersabar dan hadapi segalnya?


Jawapannya hanya saya yg boleh beri!


Sejujurnya gerak hati saya memang saya sayang nak lepaskan yaya


Sayang sebagai seorang ibu saudara dia


Sayang kerana saya rasa allah memang hantar yaya utk saya


Dan yaya dtg disaat saya betul2 bermasalah dlm rumahtangga


Saat masalah berada pada tahap paling crucial


Tapi kerana kehadiran yaya yg dtg dgn pakej masalah dia yg sungguh mencabar


Saya terlupa dengan semua masalah saya


Baru saya sedar kehadiran yaya tepat pada masanya dan besar hikmahnya


Hidup kami penuh warna warni


Walaupun kadang-kadang warnanya kelam dan pekat


Dan adakalanya warna merah dan ceria


Tapi ternyata warna warni itu memberi makna dan nilai tambah dalam hidup saya


Sehingga warna ini berjaya menutup warna hidup saya yang paling kelam


Dan sesungguhnya saya terpaksa akui


Bahawa kehadiran yaya memberi suntikan kebaranian utk saya buta keputusan


Keputusan utk saya menjadi ibu tunggal <-- kputusan yg selama ini saya xberani lgsg ambil!!!


Dgn adanya yaya saya bertambah yakin bahawa hidup saya xakan sunyi


Saya harus berterima kasih kepada yaya (hanya skrg bila terdetik nak lepaskan dia saya memikirkan secara serius hal ini)


Haruskah saya terus jaga yaya


Sebenarnya tulus ikhlas dari hati saya tak mampu nak buat keputusan ini


Saya nak pulangkan pada pembaca blog saya untuk bantu saya buat keputusan


Tapi saya boleh bagi senario


bayangkan lagi 20 tahun dr sekarang


Saya dapat bayangkan bahawa yaya akan jadi somebody


Paling minima saya agak bila2 yaya ni boleg jadi cikgu


Kalau lebih sikit usaha saya tak nafikan entah2 dia akan jadi doktor


Yerlah dalam ramai2 murid 4 tahun


Yang mak ayahnya background kerja elok2


Tapi yaya yang datang dari keluarga susah


Mak bapak berantakan dan latarbelakang hidup yang huru hara


Namun dikalangan semua dia yg paling menonjol


Itu menunjukkan dia memang bijak, cuba kalau dia dtg dr ltrbelakang yg ok


Pasti dia akan jadi jauh lebih baik


So kawan2 bagilah pandangan anda sejujurnya


Saya menunggu pandangan anda!


Terima kasih.













L










Wassalam