Friday, December 30, 2011

terkini ketika ini

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya ada beberapa entry saya taip yang tergantung-gantung

Tak berkesudahan

Bagaimanapun saya memang tak berniat nak sudahkan pun

Semuanya entry berkaitan kerja dan entry sebelum ini berkaitan dengan rasa rendah diri tu

sebenarnya dan sejujurnya saya bukan kategori yang merendah diri

atau takut berhadapan dengan orang

TIDAK SAMA SEKALI

Saya adalah orang yang berani dan tidak masuk kategori segan silu

Saya bersedia makan seorang diri di kedai makan...lantak waima kedai tu penuh sekalipun

malah sehingga sekarang saya takde masalah turun ke kafe makans endirian tanpa teman

kalau anak2 buah semua sibuk dan jika saya lapar amat, selamber saya turun makan sorang

sekarang bila hani takde pun sama juga, saya akan makan di kedai sorang2

kadang berteman blackberry, macam2 berita saya boleh baca

kalau kedai tu sesuai, saya buka ipad yang mmg ada dlm handbag

tapi lately ni saya bukan rendah diri sebenarnya, lebih kepada saya kurang buatb persiapan

cuma saya lemah dari segi strategi

Dan sekarang ada cerdik sikit

sebelum brief KP saya call sana sini dulu

antara mereka yang saya rasa boleh bagi pandangan bernas dan lain dari orang lain

sebab apa? sebab saya kena datang dengan idea yang orang ain tak terfikir

maka sekarang saya banyakkan perbincangan

mendekatkan diri dengan pengarah2 bahagian

mengumpulkan seberapa banyak info berkaitan isu semasa yang perlu tahu

sentiasa keep in contact dengan pengarah bahagian2 yang penting

saya namakan beberapa nama di sini....juast FYI

Pengarah siasatan, Dato' Musatafar

Pengarah Operasi Khas, Dato' Jamidan

Timbl Pengarah Perisikan, Dato' Azam Baki

Pengarah Pendakwaan Dato' Razak Musa

Tiga Timb Ketua Pesuruhjaya memang ketiga2nya saya dah biasa bercakap, bergurau

Dato' Shukri, Dato' Zakaria dan Dato' Sutinah

Waah dato'2 belaka ek....

iklan: lepas ni kalau sempat sampai 60 ada harapan saya dapat title Dato' ni...hahaaa...

Dan mereka pun sentiasa merujuk kepada saya dalam banyak hal

Baca tak pasal Nasional Feedlot Center, pasal Iskandar investment Berhad (wilayah Iskandar)

Berita2 tu adalah hasil saya mengimplementasikan arahan dari KP

Last week seminggu pengarah2 bahagian dan top management berkampung di Quality Hotel

Saya dijemput juga sebab level ketua Unit Komunikasi ni kena tau semua

so apa2 mesy yg melibatkan pengarah2 maka saya pun adalah menempel

KP arahkan UKK dan pengarah2 lain membuat tipping point

boleh google apa dimaksudkan tipping point ni

ni juga adalah hasil bengkel yang saya ahdir di Hong Kong


selepas mendengar ceramah daripada mereka yang bijak pandai dalam urusan media

maka saya mendapat ilmu baru

semasa bengkel duduk belakang KP pulak tu

dahlah amsuk lambat...sebab saya pergi masuk bengkel 1

sekali KP sms suh masuk bengkel 2

hebat...satu penghargaan bila KP menyedari saya takde di situ etrus panggil masuk

then, last friday juga, saya memecah tradisi sikap diam diri saya selama ni

Pagi2 buta mengadap KP di akademi jalan duta,

dah buang jauh2 rasa dan aura -ve

terus fikir ilmu law of attraction

dengan dua pengarah bahagian lain, serta [egawai khas KP, saya bermesyuarat dengan KP

dan itulah yang KP mahukan rupanya

dan pertama kali saya nampak yang KP memang nak saya mainkan peranan

jauh lebih dari apa yang saya buat

Hari yang sama satu bahagian lain keluarkan advertorial

di 4 akhbar tanpa merujuk KP

tanpa saringan unit saya

dan saya diarah KP membertulkan advertorial berkenaan yang akan dicetak malamnya

bagus....last minute orang buat onar saya kena siapkan

dan malam itu, saya telah stay back di akademi sehingga jam 10 malam, seorang diri

sebab saya membetulkan input, sebagai orang tengah antara KP dan peg bahagian lain yang urus advert tu

dan KP juga menelefon saya terus

KP menelefon pegawai bawahan adalah satu kebanggaan yang amat bermakna

sebagai satu badan penguatkuasaan yang penuh dengan kebanggaan terhadap pangkat dan ranking

bukan semua peg layak berjumpa KP

malah naik ke tingkat 7 ni pun dah satu 'ketakutan' kepada mereka yang takde hubungan dengan top management

maka saya percaya saya berada di track yang betul

nasihat2 MA, kak sal, kak azwa dll sangat berharga

saya sentiasa semat dalam hati....sangat suka dan sangat mendamba kata2 begitu

saya rasa saya dah pacahlan ruyungnya

saya berpuas hati

dengan langkah baru ini iaitu meng email direct pada KP

dan juga meng sms direct pada KP

kini tidak lagi jadi trauma pada saya

Dan KP membalas kedua2nya sms dan email menggambarkan dia happy dengan apa saya maklumkan

Itu sudah memadai.....

dan mulai 3 januari UKK distruktur semula

saya akna dapat boss baru

dari unit perisikan

mengetuai unit kami

di bawah dia akan ada 3 unit dan saya akan lead salah satu unit

satu lagi unit, diketuai oleh Dahlan Maamor (yang selalu jadi host hello malaysia di bernama TV)

dan satu lagi peg kontrak unit media dari NKRA (bahagian pemantauan rasuah NKRA) jg bekas peg khas Dato' seri nazri

harap tahun depan semua okay lepas unit yang ada 4 orang jer ni membesar

dengan pertambahan 11 orang

saya dah ambil dari johor beberapa orang...juga dari bahagian lain yg potential

sebab ukk ni bkn 4 kepala kena fikir

banyak kerja nak buat

ok cow....nak buat press release jap...

kes dato' yang kena tahan reman cuba rasuah IO polis siasat NFC tu nak charge petang ni

hari ni lumpuh sket...dua peg bercuti...

miss sinar nak tunggu hari beranak, sorang lagi ex reporter malaysiakini pergi ke tahiland

so saya dengan zam jer tinggal

zam saya dah arahkan ke mahk jalan duta buat coverage

so saya nak buat story ni....

sapa kata kerja gomen rehat...kami lagi produktif dari swasta tau...ni sy cakap unit saya lah...

masuk bakul sket....:-)

petang sket saya upload citer pasal hani....dan pasal rumah baru mak yang dah siapa...yeyyyyy

Wassalam

Sunday, December 18, 2011

inferiority complex

Assalamualaikum w.b.t



Apa saya nak citer ni a bit boring utk pengikut kisah saya

Pembaca yg xsuka saya citer hal pejabat

Tapi suka saya citer hal kehidupan peribadi saya

Namun, saya nak cerita juga

Sebab kisah ni jadi titik tolak perubahan

Perubahan dalam semangat bekerja saya

Pelbagai rintangan dan ujian saya dah lalui

Namun sekecil mana pun ia tetap membawa kebaikan

Kalau kita ambil sebagai pengajaran

Begini kisahnya

Saya dah beberapa kali dengar

Dato' Sri Abu Kassim complaint pasal unit saya

Performance unit saya tak seperti yang diharapkan

Sebenarnya bukan kami tak buat kerja

Malah kami kerja lagi keras

Masalahnya apa yang kami buat dia tak tau

Sebab saya tak macam ex ketua unit sblum ni

Everything yang dia buat dia lapor

Any news +ve yg masuk dia report

Yang -ve dia minta saya sediakan press release jawab balik

Pendek kata cergas dan asyik tunjuk muka kat KP

Masalahnya saya tak ikut macam dia

Saya low profile

Saya bukan jenis beratur luar bilik untuk ambil giliran jumpa dia

Tambah2 mmg KP takde di pejabat

Asyik ke luar negara

Kesempatan dia yg sekejap tu penuh dgn tetamu lain

Pendek kata saya tak berjumpa dgn kP selain yg dia panggil saya

Dan nampaknya benchmark ex boss saya tak dapat saya follow

Pendekatan dia yg berani, out spoken malah kritik KP secara berdepan

Langsung saya tak mampu buat

Rasa mmg xlayak bagi pandangan apatah lagi kritik cara KP

Terasa gap antara saya dan KP jauh teramat

Ex boss dah service more than 30 years

KP pulak dah lebih 25 tahun

Antara saya dan KP ada beratus2 org yg layak

Layak berada di sisi KP menasihatinya

Bukan saya yang hingusan ni

Makanya bila saya ambil pendirian begitu

Memang saya dapat kritikan

Pengarah saya, ex boss saya malah anak2 buah saya

Semua suruh saya ubah sikap

Saya cuba, tapi mungkin xnampak lagi saya menonjol

Banyaklah cakap2 belakang saya dengar

Terutama dari pegawai khas KP dan ex boss saya

Tapi masa di hong kong yang plg sedih

Masa tu meeting pengarah2 bahagian n negeri

KP sendiri bersuara tentang saya

Saya dikatakan inferiority complex

Bukan calang2 org yg cakap ni

Bercakap pulak dalam meeting pengarah2

Pengarah negeri dan bahagian dari seluruh malaysia

Masa dia cakap tu saya pulak tak hadir dalam meeting tu

Memang rasa tension bila urusetia maklumkan

Tak boleh tidak saya kena juga berubah...

Dan saya telahpun lakukan anjakan

...Nanti sambung, sungguh boring tapi saya perlu cerita utk catitan diri sendiri


Wassalam

Thursday, December 15, 2011

Impian sempurna si janda-Abang cool @ Mejar Hamzah Hasim

Assalamualaikum w.b.t

Mejar Hamzah Hasim namanya,

Boleh di cari di facebOok

Mat cool gelaran kononnya

Sebab terlampau cool maka dia tak kisah dgn perasaan orang agaknya

Walau sijanda nampak kekurangan diri si duda

Namun kerana komitmen si duda diperingkat awalnya

Ditutup sebelah mata seadanya

Apa tidaknya, sampai tarikh nikah telah dipilih,

Borang dan dokumen pernikahan telah dibincang

Berapa hantaranya juga telah dibilang

Pendekata takde pertikaian lah atau lain perhitungan

Tu sebab sejanda yakin setiap tindakan

Bila kecewa, seminggu sijanda lupakan dendam

Cuba melawan geram tak berkesudahan

Hendak duhubungi melepas dendam sayangnya nombor telah dipadam

Konon mesej via FB hendak dihantar sekadar melepas geram

Juga supaya membuat si duda merasa bersalah dalam dia

Namun mesej gagal dihantar kerana si duda tidak dlm senarai fb sijanda

Tapi satu heri entah macamana melalui ipadnya

Boleh pula sijanda menghantar mesej buat si duda

Pedas sungguh kata-katanya

Mengatakan si duda tiada harga diri lagaknya

Suka menganiaya suka memperdaya

Sijanda tak sangka telahan awalnya pada sikap perwira negara

Memang tepat dan terkena batang hidungnya

Dua mesej padat dan mampu melunas perasaan geramnya

Ayat diguna padat dan mampu menusuk kalbu si duda

Selepas disend tiba2 sijanda rasa tak profesional pula

Menerusi blackberry mesej dipadam pula

Lega hatinya kerana berjaya padamkan mesej amarahnya

Seakan berjaya melawan nagsu syaitan bermaharajalela

Rupanya cempedak disangka nangka

Si duda twlah menerima mesej dengan jayanya

Terus dikirim sms suara hatinya

Mengata sijanda tak ikhlas memberinya

Tak menggambarkan pangkat dan darjatnya

Niat berkawan disalah tafsir si janda

Terus ditanya wajarkah dipulangkan sahaja hadiah diterima

Maklumnya dia sendiri tak menyangka

Jodohnya datang dan diatur keluarga secara tiba2

Sijanda balas, soal hati tak berkaitan pangkat dan darjatnya

Ini soal perasaan manusia

Siduda agaknya tercabar rasanya

Lantas bersuara jika tak ikhlas dalam hati sijanda

Siduda tanya kalau hadiah mahu dipulangnya

By hand atau by post minta sijanda pilih caranya

Jawab sijanda, nilai hadiah bukan lagi perhitungannya

Yang dipertikai sikap dan cara si duda

Yang bertindak seolah-olah menganiaya

Perasaan sijanda dipermain tanpa mengira perasaannya

Datang tiba2 dengan cadangan menikahinya

Pergi pula selepas mendapat hajatnya, memang gila

Siduda hanya dia seribu bahasa,

Sijanda gembira puas hatinya

Asalkan dedam kesumatnya dapat dilempias pada siduda

Dijawab juga postkan sahaja ke alamat pejabatnya

Makanya sijanda berdebar juga menerima semula

Hadiah mahu diserah pada anak buah dipejabatnya

Dijangka semasa di hongkong hadiah akan diterima ke pejbatanya

Jika siduda menghantar sehari dua tarikh dia sms si janda

Maka sijanda menunggu sahaja dengan sabarnya

Fikirnya mesejnya si duda terima dengan jayanya

Pasti terkesan dalam hati si duda

Pasti dipulang kedua2 hadiahnya

Langsung dia tak sangka rupanya di duda tebal muka

Lain disangka lain jadinya

Kisah siduda belum berakhir rupanya

Semasa di hong kong si duda sempat mesej di YM nya

"Sedap sungguh kasut yang puan beri, hari2 saya pakai'

Ya allah ini duda datang dari planet mana agaknya?

Nantikan sambungannya,

Apakah lagi ayat-ayat power si janda?

Supaya menikam hati si duda

Nantikan dengan sabar sambungannya

Kerana si janda memang tak sangka

Peluang melepas geram datang kali kedua

Pasti dia takkan melepas peluang melepas dendamnya...



Wassalam

Saturday, December 10, 2011

impian sempurna si janda- tak abis2 lagi

Assalamualaikum w.b.t


Dipendekkan cerita si janda telah terpedaya

Sampin songket berharga 300 dibelinya

Lepas ditawar kurang sikitlah harganya

Pandai betul si duda memilih corak yang dimms si janda

Yang mahal pula jadi pilihannya

Lain cerita pula dengan hadiah kedua

Kerana terlebih teruja dioffer pula sijanda asalnya

Melampau betul kali ni si janda, tak cukup dgn sampin segala

Maka, kasut clarks ditawar pula

Asalnya sandal sahaja dioffer

Tapi si duda pandai ambil kesempatan rupanya

kasut pula dipilihnya

Tak suka memakai sandal katanya

Berlagak sungguh si duda

Malangnya sijanda tak fikir ke tahap itu adanya

Si janda tak berlengah membelinya

Dari mms si duda pilih design dan warnannya

Harga tentulah ratus-ratus juga

Tapi itu tak dikesah sijanda

Kerana dalam hatinya, itu pelaburan juga

Semata2 nak tawan hati si dudu

Mana disangka lain jadi akhirnya

Buah cempedak menjadi nangka

Helah si janda dengan hadiah dapat berjumpa bertentang mata

Namun si duda ada2 sahaja helahnya

Timbul prasangka dalam hati si janda, nungkin sidudapermain perasaannya

Tapi pada masa sama tiba-tiba si duda ubah pendiriannya

Dia pula pelawa ajak berjumpa di seremban katanya

Kebetulan memang si janda nak balik kampung halamannya

Singgah di seremban tak jadi halangan padanya

Tapi sayang pula, seakan memang takdir tidak memihak pdanya

Malam yg sama macam2 pula kerja menerpa

Malam yang sama harus ke wisma Bernama

Meneman boss besarnya rakaman 'hello malaysia'

Maka impian sempurna nya tingal anganannya

Tarikh baru untuk berjumpa direncana pula

Namun tiba2 si duda berubah perilakunya

Mula diam seribu bahasa

Sepatah ditanya sepatah dijawabnya

Bila ditanya mengapa berubah, 'sibuk' ajer jawapannya

Tapi fikir si janda dia yang sibuk pun masih ada masa

Mengapa si duda buat begitu pdanya

Dengan meminta nasihat miss sinar seperti selalunya

Dia memilih berdiam diri pula

Semata-mata menunggu reaksi si duda

Pandai pula si duda ambil hatinya, menjelang jam 2 sms bertanya khabar menjengahnya

Sangka si janda seolah2 dia dipermain meleset belaka

Pandai betul si duda berlakon berpura-pura

Seolah2 main tarik tali gayanya, sekejap tarik sekejap lepas sementara

Maka sangka si janda benarlah si duda sibuk agaknya

Maka hubungan diteruskan juga

Esok harinya si janda berfikir pula, apa kata dia pos sahaja

Namun hati berkata-kata dari pos baik serahan tangan sahaja

Kerana kem artileri segenting sirusa, port dickson dekat sahaja

Maka ditanya pada si duda, dimaklum juga sampain xberjahit rupanya

Si duda seolah kecewa lagaknya, ingatkan sampin boleh disarung terus agaknya

Sijanda 'baik hati' bawa ke kampung untuk jahitan kasih sayang kononnya

Bercadang perjalanan balik singgah di sirusa

Konon buat kejutan untuk si duda

Berjumpa bertentang mata sambil memberi hadiah berharga

Kerana menurut si duda dia baru pulang dari kedah menjaga anak bersunat kaedahnya

Penat si duda memandu mengkin terubat bila hadiah didepan mata

Sebab si duda memang tak sabar menyarung kasut katanya

'Selama ini kasut clarks hanya sanggup dijeling sahaja'

Nak membeli tak mampu katanya

Akhirnya impian dia si janda sempurnakannya

Mana hati tak gembira, si janda pun dapat tempias gembira si duda

Walaupun sijanda hanya membaca bait2 kata siduda via smsnya

Sungguh licik siduda dalam berkata-kata

Dari melaka ke putrajaya, singgah di sirusa seketika

Sampai di kem si duda, PUSARTI namanya

Si janda menelefon si duda

Tak berjawab pula

Ahh rupanya si duda sms katanya sedang bersolat asar bersama anak teruna

Di MRSM terendak pula, ziarah anak sdg SPM pula

Memang saban waktu dihujung minggu

Itulah rutin si duda tanpa jemu

Ulang alik KL melaka, ziarah bergilir dua anak yang terdahulu

Mula2 si janda kagum gila, sebab komited si duda tanpa jemu

Melaka-KL-PD macam dekat sebatu

Ulang alik tengok anak teruna di melaka, anak kedua dengan bkas isteri dan di keda ziarah siibu

Tapi lama-lama terasa kalau begitu jadual hidup siduda memang parah juga nantinya

Jadual hidup si duda padat belaka di hujung minggu

Ok, balik pada cerita hadiah yang menunggu

Untuk diserah pada siduda ulat bulu

Maka sijanda ambil keputusan drop sahaja pada post pengawal

Mungkin xde reezeki berdepan si duda sengal

Lepas letak hadiah memang geram juga rasa tak dapat dikawal

Memikirkan jadual weekend si duda yang dia sendiri tak dimaklum awal

Kalau tidak, baik berjumpa di melaka awal-awal

Ini si janda di melaka sebelah pagi, si duda di PD

Bila sijanda ke PD, siduda pula ke meleka sedari pagi

Maka si janda lepas barang ditinggal sms pengganti diri

Berpesa supaya kasut clarks dipakai terus krn stok lama katanya

Sampin songket telah dijahit walau tak sekemas tailor

Mohon agar si duda gembira bila melihat hadiah ikhlas pembelrian si janda

Si duda balas sms berterima kasih padanya

Juga tak disangka ayat lain dalam sms sama

Sungguh menghiris-hiris hatinya

Macam tombak ditikam2 ke jantungnya

Tak disangka sms dalam keadaan hati berbunga2

Membayangkan kekasih hatinya menyarung kasut baru hadiahnya

Memakai sampin baru jahitan tangannya

Di hari pernikahan mereka

Rupanya takkan kesampaian, malah hatinya pula seolah dirobek2 siduda

Hanya melalui satu sms yang mencerita segala

Langsung si duda tak hirau apa perasaannya

Seolah si duda macam komando lagaknya

Membunuh musuh yang tak bersenjata, sampai simusuh mati segera

Gitulah rasa si janda

Macam dibunuh2 hati dan perasaannya

Seakan mahu gugur juga jantungnya

Menerima perkhabaran si duda via sms yg berterima kasih segala atas pemberiannya

Mau sahaja si janda patah balik ke sirusa ambil hadiah segala

Tapi saat itu kekuatan hatinya dan maruah dirinya masih ada

Sungguh tak pernah berjumpa dia tetap percaya

Bahawa perasaan dibina ikhlas pasti ada ganjaran akhirnya

Namun sangkanya meleset, malah jiwanya jadi korban atas kejujuran

Sms dia maklumkan hadiah dipos pengawal tlh ditinggalkan

Dibalas siduda dengan minta maaf tak dapat jumpa secara berhadapan

Sibuk urusan keluarga di kedah

Urusan pernikahan yang diatur keluarga, katanya sbg alasan

Mohon maaf tak sempat nak maklumkan

Sebab segalanya berlaku tiba2 sebagai alasan

Mohon sijanda yang dianggap 'kawan' (tiba2 bertukar) doakan kebahagian (sialan)

Sedang berulang alik ke kedah uruskan dokumen pernikahan

Apalah jantan tak guna itu fikirkan

Sejurus sijanda meletak hadiah, terus pernikahan dimaklumkan

Memang ada niat jahat aniaya dan perdaya

Seolah-olah menunggu hadia diterima

Baru berterus terang pernikahannya

Fikir si janda hadiah itu agaknya dibuat barang hantaran

Maka cepat sahaja dibalas sijanda katanya anggaplah hadiah itu dr seorng kawan

Inilah namanya jodoh di tangan tuhan

Eh konon2 sijanda berjaya melawan perasaan

Macam sijanda takde apa2 perasaan

Walaupun air mata ketika itu jadi peneman

Sedih sungguh hatinya dipermainkan

Tak pernah disangka yang dia akan sampai ketahap itu boleh dipermainkan

Dengan hanya kenal lebih sebulan

Tapi dia anggap itu takdir tuhan

Belajar ikhlaskan pemberian itu nanti adalah balasan

Bila difikir katanya pasti ada hikmahnya

Allah menguji dia sampai terasa pedih tapi banyk pengajarannya

Seminggu sijanda puas melupakan si duda

Memang berjaya dia melupakannya, terus hilang rasa amarahnuya pada siduda

Hadiah itu pun tak jadi perhitungannya

Kata2 si duda selepas si janda ucap moga bahagia dgn isteri barunya

Dibalas si duda lepas ini jangan telefonnya, cukup sekadar sms sahaja

Sungguh menikam2 hatinya

Langsung tak dibalas si janda

Ketika si janda singgih di rnr nilai untuk menenagkan jiwa

Sambil bersolat dengan berteman air mata

Si duda ada hati lagi menghantar sms padanya

'Terima kasih atas hadiah berharga, tak pernah saya menerima hadiah sebegini berharhga dari seotang kawan'

Otak kau, sumpahan si janda dalam hatinya

Kalau dari awal kau kata kawan kau ingat aku nak belikan

Katanya lagi, kasut itu pun ngan-ngan ajer dengan kakinya'

Sijanda terbayang kasut itu diatas pelamin persandingan

Lagi sakit hatinya memikirkan

Seminggu berlalu si duda dilupa

Namun perbuatan dan cara si duda menganiaya perasaanya tak boleh dilupa

langsung sedetik dia tak terfikir untuk maafkan perbuatan si duda

Namun dia takde cara

Sebab segala contact number telah dipadamnya serta serta

Segala gambar si duda dalam telefonnya juga didelete serta merta

Puas hatinya!

Kononnya biar di hp dipadam, maka putuslah segalanya

Senang dilupa sangkanya, Tapi dendam dia masih membara

Seminggu berlalu langsung tak surut deritanya

Akhirnya si janda jumpa jalan keluarnya

Dendam mesti dibalas, baru adil fikirnya!

Puas hatinya bila jumpa kaedah melepas deritanya

**panjang benor dah lenguh taip guna BB ni'

Nanti sambung dari china pula, pagi ni nak ke china pulak

Semalam petang saya jalan sorang2 di Hong Kong ni sampai malam

Cari masjid wan chai nak makan kat restoran mak andeh bagitau

Tapi xjumpa masjidnya cari dlm map pun xde

Tanya pakistan (kebetulan jumpa) bagi direction salah agaknya

Then beli souvenir di situ, serta baju sejuk dan kasut boot

Saya patah balik ke causeway bay

Keluar jam 4 balik hotel jam 10

Lega dpt beli cenderamata murah2, sbb kedai tu sy dah pergi dulu

Mujur masih ingat jalannya

Dpt juga beli baju sejuk harga 30 dolar ajer

Dan dapat belikan zam dan miss sinar hadiah minyak wangi

Calvin Klein untuk zam dan gucci untuk mai

Besttt jalan sorang2

Then lepas zikir ya haddiy yg hani ajar kalau tersesat

Saya tak dpt jumpa 'warung Malang' kedi indonesai

Tapi jumpa restoran indonesia 'Toko' yg makan lagi best

Syaratnya masa zikir ya haddiy ulang2 kali tu kenalah yakin

Ok saya kini boleh dicampak sorang diri di HK, dah terer dah!
Wassalam

Wednesday, December 7, 2011

Impian sempurna si janda-from Hong Kong with love

Assalamualaikum w.b.t


Kerana terlampau teruja si janda mula meletak harapan tinggi melangit

Tak sedar yang akhirnya dia akan jatuh terhempas ke bumi

Itu kemudian baru disedari

Pada saat dia leka sikitpun lintasan tersebut tidak menerpa dimindanya

Perancangan dibina kian sempurna

Kebetulan si duda memiliki rumah di senawang jaya

Si janda pula di Ampangan

Sungguh indah perancangan mereka berdua.....

Hanya sesekali mereka terperasan antara keduanya jauh berbeza

Si janda tegas dan berterus terang orangnya

Si duda pula bertenang, menjaga budi bahasa

Dari tutur kata si duda tak mustahil si janda tergoda

Memang mereka berdua nampak gayanya seakan lengkap melengkapi

Walaupun sesekali bertelingkah jauga tentang pandangan yang berbeza

Hingga adakala terdeti di minda si janda untuk bertanya

Apalah punca sehingga bercerai segala dengan bekas isterinya

Si bekas isteri pun muda belia

Nak dikata si duda punya angkara tidak pernah pula mengaku 

Maka si janda berlapang dada

Menerima seadanya apa sahaja kata-kata si duda

Beberapa kali juga terlintas di fikrannya si duda ada tanda-tanda

Seolah-olah mempermainkan perasaan si janda

Malah nampak juga tanda-tanda bahawa seakan si janda akan diperguna

Nmun kerana perancangan rapi mereka berdua angkara yang lain seolah di lupa

Antaranya teringat si janda yang beberapa kali si duda cuba menggoda 

Bukan menggoda perasaannya

Tetapi menggoda meminta harta, antaranya seingat sijanda siduda ada meminta 

Meminta menaghadiahkan telefon bimbit Nokia touch screen model terkini katanya

Si janda memang bukan kaki gajet menukar hendphone mengit trend semasa

Maka idea si dudua tidak dipersetujuinya

Tapi si janda berjanji juga

Kalau jadi suami takde salahnya si janda menghadiahkan tandakasih sayangnya

Namun saat ketika itu belum masanya

Si duda cuba juga beberapa kali mengulangi perkara sama

Namun mentah2 berjaya ditingkah si janda

Mujur juga kalau tidak tentu lebih parah kesan kesedihan jiwa si janda

Jiwa si janda entah mengapa terikat benar dengan si duda

Barangkali janji-janji manis si duda yang merancang segala buatkan si janda teruja

Hingga satu ketika, setiap inci perjalanan hidup di janda di lapor pada si duda

Pada satu kesempatan si janda ke kelantan

Terbuka mulutnya bertanya kepada si duda ada apa2 keinginan yg boleh dilunaskanya

Maka si duda mengirim kain sampin songket

Fikir si janda boleh sangat dibeli memandangkan boleh dipakai dihari pernikahan mereka

Itu bukanlah anganan kosong si janda 

Semuanya kerana janji si duda

Makah si duda sudah berkira-kira menghantar rombongan meminang

Juga sudah memaklumkan persiapan wang hantaran telah ada

Maka salahkah si janda merancang majlisnya secara sempurna?

Sehingga rahsia disimpan sempurna si janda yang dia telah bercerai

Akhirnya kerana si duda, dia bongkarkan rahsia itu

Semua kerana arahan si duda

Dimaklumkan kepada emaknya bahawa kini dia menjanda

Lega sungguh perasaannya, kerana semua yang terbuku telah terliah akhirnya

Di situ si janda juga berterima kasih atas kekuatan semangat yang diberi si duda

Selepas genap sebulan perkenalan mereka tiba-tiba sijanda merasa kelainannya

Si duda mula seakan-akan memperlahankan rentaknya

Adakala seolah-olah si duda sibuk sangat lagaknya

Walhal si janda dalam sibuk tak pernah lupakan si duda

Nanti malam sambung, ada majlis cocktail jap lagi.....

Saturday, December 3, 2011

impian sempurna si janda - sambungan

Assalamualaikum w.b.t

Dimana di janda bertemu si duda?

Si janda tu bukanlah orang yang rajin berinternet

Selain facebook, twitter dan blog

Itupun musim-musiman juga

Bukan ketagih melapor segala setiap saat setiap ketika

Apa dimakan? Kemana pergi, apa dibeli

Apatah lagi berkenalan dgn insan lain

Bila rajin si janda update

Tapi melalui blog ini pernah sijanda disapa

Kawan pembaca blognya juga

Tiba2 dipelawa terut serta

Tagged namanya, media sosial juga

Tahun 2007 daftarnya, sijanda pun lupa

Tak pernah sedar pun hal tagged itu

Namun pd Tahun 2011 bila sijanda pakai smart phone kaedahnya

bila internet di hujung jari

Maka tersedarlah dia bahawa dia didaftar di media soaial

Agak teruja juga tapi bila berseorangan sahaja

Mulalah dia gatal tangan mencuba

Tapi tak sangka itu merupakan perangkap bahaya

Sempat juga berkenalan beberapa jejaka

Dalam ramai akhirnya tersangkut satu dua

Dan dopendek cerota alhirnya si janda disapa

Yang selama ini dia memang biarkan berlalu begitu sahaja

Yang dia buat adalah mnedelete setiap pesanan yang singgah di BB nya

Entah kenapa jejaka bernama abang cool itu menarik perhatiannya

Kebetulan malam itu memang dia bersantaian sahaja

Anak ada dihantar ke bapanya pula

Maka sesekali sememangnya dia suka membuat benda yang tak disangka

Maka malam itu bermula lah sejarah baru hidup si janda

Yang tak disangka akan menjadi sejarah hitam hidupnya

Dan..........akan disambung sebab cheq nak solat maghrib dulu yer


Wassalam

Friday, December 2, 2011

Ini ada satu cerita 'impian sempurna si janda'

Assalamualaikum w.b.t


Ada satu kisah tentang seorang wanita, janda pula

Bertemu seorang lelaki secara sengaja di alam maya

Selepas 2 minggu bertukar mesej secara ala kadar

Sekadar menyapa dan melepas perasaan geram

Mesej2 bernada negatif dan saling menuduh

Juga masing2 pertahankan diri

Kerana pada si wanita

Khususnya pada lelaki yg didepaninya itu

Adalah kategori jantan xguna pada firasatnya

Malah kerja si lelaki itu memang dibencinya

Namun dia diyakinkan bahawa persepsi negatifnya berbeza

Setelah dijelaskan si lelaki kepadanya

Masuk minggu ke 3 dan ke 4 lelaki tadi berjaya yakinkan si wanita

Bahawa mereka itu secocok

Mana tidaknya!

Si jejaka 2 tahun menduda

Si wanita pula istimewa

Janda yang dah sedia membina rumahtgga seadanya

Sungguhpun pangkat berbeza

Namun kerjaya dua2nya senada seia sekata

Si lelaki berpangkat mejar perwira negara

Si wanita sgguh 2 takuk atas si mejar

Sedia terima si mejar seadanya

Perbezaan gaji sedikit tak timbul masalah padanya

Tambah2 si lelaki suka amat anak perempuan

Kasih sayang terserlah nyata

Dua anak sedia ada pun tak kurang layanan pd mrk

Maka hari2 berlalu si lelaki dan wanita berhubung sentiasa

Topik bicara tentulah ke arah membina rumahtangga

Segala aspek dirancang semuanya

Sungguh sempurna dan kedua2nya seia sekata

Malah kedua2nya telah punya rumah sendiri

Berdekatan pula

Maka merancanglah mereka satu didiami berdua

Dan satu lagi cadang disewa

Si wanita memberi idea

Rumahnya elok disewa, rumah jejaka didiami berdua

Semuanya krn lokasi rumah wanita mudah dan tggi sewanya

Rumah jejaka dekat dgn lebuhraya

Maka mudahlah si wanita berulang alik ke putrajaya

Merancanglah juga kedua2nya dengan jayanya

Maklumlah kedua2nya dah berpengalaman berumahtangga

Masing2 sudah punya harta

Masing2 juga pnya kereta yang hampir sama tarafnya

Maka si lelaki cadangkan pada wanita

Kereta si lelaki yg baru dibeli bulan feb lalu dikekalkan

Kereta si wanita dibeli okt lalu ditukar kpd MPV

Demi kemudahan keluarga

Kewangan mereka juga dirancang bersama

Mereka pun merancang perbelanjaan keluarga

Berapa nafkah sebulan

Juga berapa simpanan yang dirancang mereka berdua

Malah segala aspek kehidupan rumahtangga

Telah berlegar dalam kepala kedua2nya

Jauh perancangan mereka

Dari tempat bercuti, jadual kehidupan bila berdua

Memandangkan kedua2nya mmg nampak sekata sibuknya

Maka terasalah kedua2nya mmg secocok sepadan

***bersambung di lain hari, ceq nak pi kerja dah!***

Wassalam