Friday, January 27, 2012

Pengalaman malam ini

Assalamualaikum w.b.t


Saya sekarang otw ke kota baru

Naik bas transnasional

Nak jadi cerita saya tak tengok time dia

Masa beli ptg smlm bdk kat kaunter tu cakap 9.45

So saya mmg set dlm otak tiket sy 9.45

Saya bertolak dr rmh dlm jam 9.15

Saja nak sampai ngam2

Taknaklah bayar parking berbumbung lama2

Sekali sampai tanya kat kaunter bas dah jalan

Dari jauh mmg sy nmpak xde bas 2 tgkat

Yg ada semua transnasional setingkat

Masa dia cakap bas dah jalan takde lain sy terbayang

Hanya terbayang wajah kesedihan hani jer

Dahlah last week saya xtelefon

Terlupa sebab sibuk sgt jumaat lepas

Saya ke KL ikut KP

Bila ingat bateri hp dah kong

Terus tanya kaunter bas tu pergi mana, ada singgah stesyen lain tak

Dia jawab singgah di hentian putra sampai jam 11

Apa lagi, terus cari teksilah

Mahal pun mahallah

Kena RM53

Takperlah asalkan dapat jumpa hani

So sampai hentian putra terus cari dan tanya

Berderet2 bas transnasional

Mujur jumppa, terus naik,

Xsampai 3 minit bas terus jalan

Syukur alhamdulillah


Wassalam

Thursday, January 26, 2012

Projek 2012

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2012 memang mencabar

Malah tahun pertama terasa berlainan

selepas 11 tahun bergelar isteri

Ini tahun pertama bergelar ibu tunggal

Selepas 8 tahun menjadi ibu

Ini tahun pertama hidup single

Selepas berpuluh tahun berazam buatkan emak rumah

Tahun ini azam ini tercapai

Selepas berhempas pulas bekerja

Hampir menyamai beban tugas pengarah bahagian/negeri

Tahun ini saya mendapat ketua unit baru

Selepas hampir 6 tahun en joe approach saya jd ejen

Tahun ini baru hati terbuka

Selepas melalui tahap gembira duka sedih sayu sunyi

Hidup berumahtangga

Tahun ini saya ingin cari bahagia

Jujur saya ada keinginan utk kahwin

Azam sebelum 40

Hanya doa, lain2 biar allah tentukan

Jujur juga saya ingin kawin dengan karkun juga

Tapi tak tau mana nak cari

Saya rindu dengan suasana keluar dakwah

Saya kepingin dapat suami yg sedia bagi tazkirah

Saya rindukan itu semua...

Moga allah dengar suara hati saya

Bukan hantar org bukan2 yg tiba2 muncul dari mana

Menyampah sungguh

Minggu lepas ada mamat duda entah siapa bagi nombor saya

Katanya saya tak bergeran, lalu dia nak mencuba

Tak putus asa, sms call bertalu2

Menyemakkan otak sajer, moga insan sebegitu

Takkan muncul lagi dalam hidup saya...

Saya cukup geram pada sapa yg berani bagi no saya

Pada lelaki yg desperate nak nikah agaknya

Saya bukan terdesak nak kawin sgt

Geram...

Wassalam

Monday, January 23, 2012

Hati tak tahan...

Assalamualaikum w.b.t


Merindui sehingga tahap menangis lagi dan lagi

adalah sesuatu yang dah lama saya tak lalui

Zaman bermadu dulu, jika pak hj lari dari rumah

Dan jika dia tak balik2

Maka ketika itulah zaman saya menangis lagi dan lagi

Tapi tu semua kenangan lalu

Baru-baru ni saya asyik menangis jer ingat hani

Ingat sangat rindu sangat

Memang tak tahan sangat

Malah dalam perbualan hp pun kami berdua menangis

Saya tau saya dan dia dua2 kuat

Tapi tak tau kenapa kali ni hati tak tahan

Mungkin sampai masanya saya ambil dia semula

Tapi tak semudah berkata-kata

Banyak yg saya fikirkan

Serba salah, saya perlu istikharah

Biar allah tentukan keputusannya

Rindu didunia tak seberapa pun sebenarnya

Bukan saya tak mampu hadapinya

Sedih kalau nak diikutkan dan dilayan mmg akan menjadi-jadi

Saya pun tengah survey madrasah area lembah kelang ni

Memang banyak yang ada

Cuma usia 9 tahun terlalu muda untuk diterima

Di Melaka sendiri pun banyak madrasah ada

Saya masih dalam proses melihatnya dengan iza

Saya berdoa yg terbaik untuk dia.

Insyaallah allah akan beri jalannya




Wassalam

Wednesday, January 11, 2012

Serius

Assalamualaikum w.b.t


Saya sekarang agent prudential takaful BSN

Bukan main-main punya keputusan ni

Ini serius

Panjang kisah huungan saya dengan takaful Prudential BSN ni

Sejak hani kecik2 lagi

Kak salmah neach kenallah manager saya dlama prubsn ni

En johari, lama dah dia approach saya suh ambik takaful

Saya rasa selepas takaful BSN bergabung dengan prudential

Masa baru-baru kot...sebab gabungan tu tahun 2006

Masa hani umur 3 tahun rasanya, dia dah ajak saya ambik pelan pendidikan

En joe asalnya adalah pembaca blog saya nilah

Masa saya open belum private lagi dulu, tahun 2006

Tapi masa tu pak hj mana benarkan saya ambik takaful

Dia kata seolah-olah bersedia nak mati, amal tak cukip lagi

So banyak persediaan lain perlu diutamakan bukan takaful

Idea beli takaful ditentang habis-habisan

So dari 2006 tu saya tak ambik takaful

Semata-mata taat dengan pak haji

Lama-lama en joe pun senyap jerlah, kadang-kadang tegur di YM

Kadang-kadang email

Tapi saya tetap dengan jawapan sama

Sungguhpun en joe jenuh suh saya terangkan pada pak hj kelebihan jika ada takaful

Saya jawab saya malas nak gaduh

Nantila kalau saya ada keberanian, saya ambik sendiri jerlah, dibelakang pak hj

Lama-lama xambik langsung

Sampailah en joe entah macamana jumpa saya kat facebook pulak

Dia aadd saya, macam dah ingat-ingat lupa juga kat en joe ni

Dia masih juga teruskan niat pelawa ambik takaful lagi....

Memang tak putus asa dan serik langsung dengan hajat suh saya ambik takaful

Walhal saya memang tak kenal langsung en joe ni

Sampailah pada 2010dah ada ala-ala krisis dengan pak hj

Lepas dia pindah dan tinggalkan saya disinidan dia ke penang

Barulah saya buat keputusan

Bulan 10 tahun 2010 saya ambik takaful...

Untuk saya dan hani

Ambik medical card untuk saya dan pelan pendidikan dan medical card juga untuk hani

Nak masuk 2 tahun dah saya ada medical card ni....

Lepas saya a,bik pelan tu, en joe terus pujuk ajak jadi ejen pulak

Walaupun saya cakap kat en joe saya takde masa

Sibuk memenjang dengan kerja dia tetap tak putus asa

Berkali-kali tanya time free saya dia nak register kan saya untuk exam

Saya pernah exam jadi ejen ni masa lepas fresh graduate dulu

Under mcis tapi xserius, lepas dapat kerja saya stop

Pelan saya ambik tu saya tak bayar lepas kawin pak hj suh berhenti

So yg dah bayar tu burn jer...

Saya ambik exam jadi ejen kali kedua ni rasanya pertengahan 2011

Sampai en joe datang pejabat hantar buku rujukan untuk saya baca

Punyalah gigih dan tak putus asa dia

Sampai saya rasa termalu dengan dia lah

Hari nak exam kat sekolah st john ker sek cina kat thh2 KL tu pun saya berbelah bagi

Sms en joe cakap tak jadi, sebab yaya dan hani ada

Malas nak kecoh bawak diorg, siap sesat masa pergi tu

Pun en joe bagi kata semangat suh pergi jugak

Datang lewat tapi sempat ambik exam

Base on en joe, keputusan exam saya excellent

Wahhhh....seronok jugak....

Lepas tu saya diaaaammmm lagi

Setiap tabu en joe tak putus asa hantar sms ingatkan ada kelas

Then bbm tanya khabar, kadang just bagi salam

Kadang tanya pasal rasuah

Macam-macamlah cara dan pendekatan dia guna seolah-olah taknak saya putus hubungan dengan dia

Akhirnya saya merasa bersalah dan termalu jugak

Borang dia bagi suh daftar nama sebagai ajen pun mana saya letak langsung tak isi

Lama-lama hilang terus.....terpaksa bagi borang baru agi baru-baru ni

Tapi lepas hani ke kelantan, saya takde buat apa sangat malam2

So setiap rabu kalau takde hal saya akan ke kelas di bangi, dekat2 maybank

Niat saya pergi kelas just isi masa jer

Jumpa orang-orang baru dan lari dari rutin

Just berseronok dan taknak rasa bersalah juga kesian sangat dengan en joe

Lepas dalam 3 kali kelas saya masih juga diam xambik apa2 inisiatif

En joe tak marah tak tanya pun

Sesekali dia bbm tanya khabara bagi salam

Saya ni suka bercerita kadang becerita hala rasuah pada dia

Kadang dia yang suka tanya

Dia layankan ajer cerita saya

Lama-lama rasa malu pun ada

Saya thanya en joe kenaa tak putus asa ajak saya

Saya berhujah dengan dia

Saya kata saya dah selesa, saya tak perlu nak susah payah buat part time

Gaji saya lebih dari cukup untuk saya, hani dan emak saya

Tapi en joe buka mata saya

Cerita potensi sebagai seorang ejen

Bagi contoh-contoh sekeliling dia

Cntoh diri dia sendiri

En joe cadang pada kawan dia en noli untuk add saya sebagai contact dlm bbm

Saya berbbm dengan en noli

Seorang assistant manager private company

Bergaji RM16k sebelum resign oktober lepas

Dan saya berborak2 dengan kawan-kawan baru semasa pergi ke kelas

Saya rasa saya ada sesuatu nak dicari

Saya rasa peluang ada disini

Peluang yang besar

S pada 2 januari saya menguatkan semangat

Dalam keadaan bercuti dari melaka

Saya lari ke shah alam

Menghadiri seminar sehari Perancangan setahun under agensi en joe

Makanya mata saya terbuka, minda teransang

Jumpa orang bersemangat

Jumpa mereka yang punya kebebasan

Kebebasan masa bersama keluarga

Kebebasan kewangan

Mereka yang positif

Selepas mengambil masa yang cukup lama,dengan esabaran en joe

Dari 2006 hingga 2012 cuba memberi peluang ini kepada saya

Saya saya sudah cukup memerhati dan menilai

Saya rasa saya boleh, saya yakin saya mampu

Dan lain-lain biar allah tentukan

Insyaallah langkah saya di tahun bau 2012 ini akan berjaya

Saya akan serius sebagai ejen

Dengan matlamat akhir saya Untuk berjaya

Saya nak bebas buat keputusan untuk diri saya

Saya nak bebas dengan masa saya

Saya nak cabar diri saya sejauh mana saya boleh berjaya

Saya nak masa sendiri untuk bekerja

Bukan bawah telunjuk mereka-mereka yang turut meneima gaji juga

Kalau bekerja disini saya bermati-matian buat yang terbaik

Korbankan anak suami dan masa sendiri untuk manfaat organisasi

Kenapa untuk diri sendiri saya tak boleh?

Saya nak bebas dar hutang piutang dalam masa 3 tahun ini

Anda yakin saya boleh????

SAYA YAKIN

Insyaallah boleh!!!!!!!!!


Wassalam

Tuesday, January 10, 2012

tak tahan

Assalamualaikum w.b.t

terpaksa akui

saya tak tahan

tak tahan rindu pada hani

saya rasa hidup saya kosong

bila kat pejabat sibuk takdelah ingat sangat

tapi kalau ada orang tanya sesuatu atau bangkitkan isu hani sure meleleh air mata

bila kat rumah meman feeling abes

sejak jumaat hari tu tak pernah gagal menangis setiap hari ingat hani

tak pernah berlaku sepanjang hayat hani macamni punya teruk saya ingat dia

walhal punya banyak kali berpisah sejak dia kecik tak terkira

tapi tak pernah kerinduan tahap macamni

banyak faktor berlaku kesedihan ni

penyumbang utamanya sebab saya tak dapat cakap dengan dia jumaat lepas

aza ada balas mesej saya ahad malam

jawapan yang mengusut dan menyedihkan saya

panjang bebelan dia

entah apa2

dia syak saya sangka buruk kat dia seolah2 saya kata dia nak cuba pisahkan hani dari saya

lagi buat

saya bukan saja sedih tp geram

kalau saya nak syak dia camtu takkanlah saya sanggup hantar hani sana?

dahtu dia boleh tanya mana saya tau dia ada ziarah budak2 jumaat tu

dan katanya xingat nak bagitau saya masa dia ziarah tu kononnya sebab dia layan hani sama macam anak dia

dan dia pun jenis xtengok handphone berminggu2....

bagitau dia sibuk bangat xingat perkara2 camtu patut saya yang ingatkan dia, dari khamis tu bagitaulah dia

kenapa sebelum cuti hari tu, ingat pulak dia?

sekarang tiba2 hilang ingatan?

raya cina ni nak pergi sana

nak ambil hani jika tiada aral melintang....

doakan saya tetap dengan keputusan ini....


Wassalam

Saturday, January 7, 2012

Hani Suhaila Sidek

Assalamualaikum w.b.t


Perpisahan ni memang mengajar saya erti kerinduan

Kalau tak selama ni serius saya cakap kadang saya terlupa yg saya ada anak

Mungkin sebab saya tak letak keutamaan dalam fikiran pada dia

Semuanya sebab anak saya ni bukan penimbul masalah

Tak pandai nak memasukkan diri dia sebagai oencetus masalah dalam hidup saya

Takde permintaan bukan2

Pendekata sangta menyenangkan berurusan dengan dia

Masa nak puatuskan hantar dia ke madrasah memang dia nangis

Tak nak tak nakdan tak nak

Sya call kan ayah dia, ayah dia pujuk dalam hp dia nangis terus

Tak dapat cakap apa2

Esoknya ayah dia sms saya bagitau nak datang ambik dia nak pujuk

Suh masuk madrasah

Saya tak paksa pun

Malah saya cadang nak hantar dia ke tahfiz fuqaha sek lama dia tu

Dia pun setuju

Tapisaya tau dia terkilan

Dia suka sangat madrasah tu

Melainkan dia taknak jauh dari saya

Sya tau dia sangat sayang saya

Malah acapkali dia tegaskan sayang dia pada saya lebih dari saya sayang dia

Kadang saya akui

Bukan saya tak sayang

Tapi dia yang lebih tunjuk sayang saya dari saya tunjuk saya sayang dia

Hani ni matang

Semua perkara dia boleh nilai

Dia yg kata, kakak sayang amiie lebih dari ammie sayang kakak

Sebab setiap masa kakak ingat ammie jer, ammie bukan ingat kakak pun

Asyik2 ingat kerja....kejap2 dgn ilad, dengan blackberry, asyik tengok email jer

Kejap2 jawab telefon lah , balas email lah

Tu yg selalu dia komen

Apapun skrg sedang sedih meleleh air mata teringat dia

Sangat sedih

Tapi saya tak mampu lagi nak oatah balik keputusan saya buat dalam masa terdekat ni

Bagilah saya kekuatan

Bukan cemuhan

Saya memang nak sangat hani duduk dengan saya

Tapi ada perkara yang saya tak dapat na jelaskan kat sini

Yang menyebabkan saya tak mampu nak jaga hani

Apapun saya menderita zahir batin bila hani takde ni

Kesedihan yang tak terungkap

Aza ziarah dia semalam to x miss call saya pun

Bengang nya saya



Wassalam