Wednesday, February 29, 2012

Anna the queen

Assalamualaikum wbt


Kan saya cakap start tahun 2012 ni unit saya distruktur semula

Maka dapatlah saya sepatutnya 5 orang baru

Tapi sorang taknak naik (tingkat 7) jadik 4 jerlah

Dari 4 ni 3 perempuan

Yang sorang lelaki itu telah dikenalpasti sebagai kaki bodek

Nak bezakan kaki bodek dengan yang tak ni senang jer

Okay, ni hipotesis saya base on pengalaman kerja 12 tahun ni

Kaki bodek ni, dia akan tunjukkan prestasi kerja dan produktiviti base on utk siapa atau arahan siapa sesuatu kerja tu

Kalau arahan pegawai atasan yang ada kepentingan dan keperluan untuk dia lebih maju dalam kerjaya

Maka dia akan buat dan berusaha bersungguh-sungguh buat kerja

Menunjukkan yang dia sangat sibuk dan akan mewar-warkan kepada rakan lain betapa pentingnya sesuatu kerja tersebut, dan juga betapa pentingnya dia

Tapi kalau kerja tu arahan atau permintaan dari rakan yang sama rank, dia akan buat kerja oada paras biasa

Melewat-lewatkan, dan kalau boleh buat tak tau jer

Orang ini juga akan cuba grab kerja yang dijangka paling 'hebat'

Yang mana impaknya bolehlah jadi 'bahan' dia utk jangka masa panjang

Kalau boleh citer 'kejayaan' kerja dia tu dalat disebarluaskan pada skala lebih besar

Contoh kalau ada urusan nak interview beberapa tokoh, dia akan pilih tokoh paling hebat

Kalau ada menteri, dia akan pilih menterilah...

Camtulah......cara2 kerja kaki bodek ni

Ni hanya pengalaman depan mata saya

Dan satu lagi point, apa sahaja kerja dia akan melapor.... Pada boss, akan pastikan dia dapat credit....

Dan pegawai lelaki ini adalah spesis kaki bodek yang saya gunakan sebagai subjek kes ini

Tapi nampaknya sekarang dia ada berubah sikit,

Ruang pembodekan tak berapa nak jalan kat unit saya ni

Sebab unit ni, kau kena fikir, kalau kau pandai cakap sahaja adalah tak guna satu sen pun

Contoh soalan dalam meeting dengan KP pagi2....

Okay, apa analisis awak dalam blog malam tadi, macamana respond dari bloggers dan media2 online..?

kalau kau bodek sekalipun, tapi knowledge takde tak guna

Sebab KP dah analisis dulu, apa kau cakap kalau contradict memang terserlah kebodohan kau

Maka bila soalan tu dilontar oleh KP, memang dia akan sebut nama saya dan pandang saya dulu

Sebab i bukan kaki bodek, i akan cakap aoa yang i rasa...

So kaki bodek susah nak carik makan sikit...

Tapi anna ni bukan kaki bodek

Dia tak kisah pun nak bodek-bodek ni

Anna (bukan nama sebenar) tak tau nak kata kaki apa...

Dia datang dari satu bahagian lain dalam agensi saya ni

Sebelum dia datang, nama dia telah disebut2 oleh boss lama

Saya dah buat homework siapa dia ni, dan feedback saya dapat dia memang jenis xblh terima arahan

Cara dia xmacam gred 29, tapi macam gred 54

Giler lah....selamba boleh marah gred 48

Dia buat surat pertukaran untuk masuk siasatan, senab dia rasa dia suka buat kerja luar

Suka tangkap orang, suka interrogate orang, gamaknyalah

Walhal dia tak tau cabaran kat siasatan lagi hebat

Kau sanggup baca dokumen melambak2

Kau sanggup rekod statement berjam-jam

Kau sanggup compile KS, sediakan fakta kes, derafkan pertuduhan

Saya rasa memang tak bolehlah, kertas siasatan (ks) sprm bukan nipis, bukan saksi satu dua

Jenis saksi melambak, dokumen melambak, memang jadi io kena fikir banyak

Dia datang dengan otak zero, knowledge takde, law blur

Memang akan fail juga di siasatan

Entahlah, susah nak bentuk orang yang berlagak pandai

Tak mau terima arahan, taknak masuk pejabat sebab stress kononnya

Sedangkanbuat kerja, buat satu oress release pun dari pagi ke petang xsiap2

Camana saya nak suruh dia buat sesuatu yang heavy

Tapi entah macamana dia dimasukkan ke unit komunikasi korporat

Betul2 keparat

Terkejut saya mula2 dapat tau dia masuk unit saya

Tapi fikir positif, setiap orang boleh berubah, so no hal saya nak ajar dia

Tapi dia taknak berubah, dia jadikan macam2 alasan tak nak buat kerja

Kelur suka hati mak ayah dia

Kemudian boss bagi dia buat admin

Dia claim kata dia pegawai khas boss saya

Hamboi!

Pastu pegawai lain suruh buat tugas, dia kata tak boleh

'saya buat tugas2 untuk tuan azmi jer, untuk orang lain buatlah sendiri'

Kau gaji gred 29, tapi nak buat kerja2 setiausaha jer, elaun siasatan kau hambik

Pulak tu untuk boss gred 52 yang lead satu unit ada 7 pegawai

Apa kelassssss?

Bila saya mula nampak ketidakelokan sikap dia, dia mula tak masuk pejabat

Pergi ke doktor kata kemurungan

Perlu ambik ubat

Mc pulak

Anna ni memang pengalaman hidup dia tragis

Bulan jun last year dia kawin, umur dia dah 33 tahun

Terlewat kawin lah

Peg bahagian dia juga yang jalankan

Dengan peg bank rakyat

Sebeluma kawin dia naik keter honda civic baru

RM 138k, duduk kondominium sewa RM1,200 k

Dia baru masuk kerja jer setahun

Memang musykik kenapa boleh duduk kondo, keter civic

tapi kalau kau family kaya no hal, terpulanglah

Malas nak campur personal

Bulan november, lepas 5 bulan kawin suami dia kena stroke

Koma 2 minggu, meninggal

Lepas dua minggu suami dia meninggal, anak dalam kandungan 2 bulan keguguran

Memang kesian sangat

Sangat kesian

Itu sepatutnya kita rasa pada dia kan?

Tapi kami semua terpaksa rasa sebaliknya....

Rasa kesian asalnya tenggelam,

Rasa lain pula yang muncul...

Wajarkah dia dikashani??

Nanti saya sambung ek...

Nak siap2 gi kerja..


Wassalam

Tuesday, February 28, 2012

Menyampah

Assalamualaikum w.b.t


Dulu saya baca apa kak sya tulis pasal staff dia yg dia gelar si Gem tu

Rasa macam tak percaya wujud manusia perangai yang annoying macam tu

Tapi sekarang bila dah berhadapan staff macamtu ...

Ya allah stress nya

Menganggu sungguh

Dengan saya-saya stress sama

Sangat-sangat annoying

Saya tak kisah dato' sri kp panggil saya tiap-tiap pagi

Bila boss baru ni asyik cuti jer

Saya tak kisah dato' pengarah bahagian marah saya tunjuk muka

Oh boss saya sengal and blur

Tak reti buat decision

Semua saya boleh uruskan

Sngguhpun buatbdalam keadan stress and merungut jugak sekali sekala

But i can handle that

Tapi bila melibatkan perangai pegawai bawahan yang annoying saya mmg xboleh blah

Mmg nak mengamuk jer rasanya

Dan saya mmg xboleh nak pandang muka dia

Rasa nak bagi penampar

Tapi macamana nak bagi penampar kalau pandang muka dia pun saya xlalu

Aduhaiiii, saya ni mmg keras hatilah

Kalau org baik dgn saya i'm okay

Tapi kalau anak buah melawan tunjuk pandai mmg sakit ati aku sungguhlah!

Nanti saya citer pasal si anna ni.....

Janda hot....


Wassalam

Sunday, February 26, 2012

Maklumat tambahan pasal zam steamboat....just to share

Assalamualaikum w.b.t


Sepanjang saya berborak tu, saya kumpul maklumat pasal diri dia juga

Tapi saya citer secara berterabur jer sini

Anizam, nama penuh dia, orang Selangor

Degree holder dari USM juga

Sebaya saya, dia major dalam interior design

School of house, building and planning

Ada master tapi tak dapat disahkan

Saya bertanya juga, mana sijil-sijil dia

Dah tenggelam dalam banjir di Shah Alam

Gituler yg dia bagitau

Memulakan kerjaya sejak zaman belajar

Jadi agent insuran under IAA, tak sure sangat company dia

Berkahwin pada umur 28 dengan sorg pharmacist

Dapat anak 2, sepasang

Telah bercerai 6 tahun

Lama dia berkecimpung dalam insurans

Sampai dari cerita dia katanya anak-anak banyak dibesarkan oleh dia

Sebab waktu kerja yang fleksible

Kemas rumah dan masak juga dia

Dari cara cerita dia juga katanya ada belajar madrasah seketika

Waktu cuti semester

Bila saya tanya, awak ni nampak macam lembut orangnya

Tetiba plak dia jawab dia bekas model dan penari

Tu sebab dia lembut (agaknya)

Tapi lembut dia bukan dari bentuk badan atau gayab diri dia

Cuma cara dia bercakap tu lah

Tetiba dapat rasa adakah dia 'gay'

Sebab dia juga ada sebut yang dia ada adik angkat dan kawan-kawan baik

Musykil....tapi dengar jerlah apa dia nak cerita...

Tapi sejujurnya saya bukan sahaja simpati, tapi empathy juga

Tapi empathy saya tak sampai tahap saya nak membantu

Apatah lagi nak berkorban

Saya jumpa dia hanya sebab nak dengar cerita dia...

kisah di celah-celah kehidupan

Tapi satu kelebihan dia yang saya tak boleh nafikan adalah yakin dia

Yakin dia pada Allah, tinggi betul yakin dia

Pada masa ni dia takde credit handphone pun

Malah takde transport

Duduk tolong kawan dia di kedai dobi

Membasuh dan melipat baju

Dia ni kemas orangnya, tengok cara memang pembersih

Dan saya tanya juga berapa lama dia berniaga steamboat

Dah lebih dua tahun katanya

Saya tanya berapa dapat sehari?

Dalam RM500 sehari katanya

Dan saya sangat pelik kenapa dia takde buat saving

Bukankah 500 tu banyak

Tapi saya takdelah tanya dia soalan tu

Apa agaknya jenis orang macamni yer

Bila saya tengok dia saya mula teringat abang saya yang baru kawin tu

Abang saya tu pun kenal ambil masa 10 tahun

Lepas 9 tahun baru salwa berkorban

Buatkan loan 20k untuk abang saya bua modal bukak bisnes cyber cafe dia tu

Itupun selepas salwa mengenal hati budi abang saya agaknya

Dan bulan 6 ni habislah bayar 900 sebulan untuk loan tu

Khabarnya lepas ni salwa nak suruh abang saya ambil lesen memandu pulak

Nak beli kereta khabarnya

Alhamdulillah

Dan salwa dan abang saya juga ambil medical card dari saya untuk mereka berdua

Salwa yang bayar menerusi auto debit dari akaun dia sendiri

Hebat betul pengorbaman salwa tu

Memang saya tak boleh ikut

Kagum juga dengan dia sebenarnya

Di samping bersyukur sebab abang saya dapat berjodoh dengan dia

Balik kepada cerita zam ini...

Sebenarnya payah juga cari lelaki zaman ni yang ada pendirian macam zam ni

Ada semangat untuk berjaya dalam bisnes, semangat yang berkobar-kobar

Dan ada yakin yang tinggi kepada Allah dalam susah dan dalam senang

Saya nampak yakin dia tu dari penceritaan dia

Tapi dengar jer, bukan 100% percaya dan tertarik dengan segala fakta dia tu

Keinginan untuk berkorban tu ada sebab empathy

Sebab saya dapat rasa yang dia benar-benar dalam kesusahan

Tapi keinginan jerlah, takkan diterjemah dalam bentuk perbuatana

Saya bukan sesiapa untuk tlong dia....dan dia pun takde ruang langsung dalam hati saya

Dan keberanian dia bercerita masalah dengan saya membuatkan saya tanya direct dengan dia

Saya tanya, berapa ramai customer awak yang lain awak minta tolong?

Terus terang dia cakap, dia pun malu nak minta tolong

Hanya saya jer yang dia bagitau

Itupun selepas dia solat hajat minta allah tunjukkan jalan

Terus dia tergerak hati untuk telefon saya

Itupun katanya dia takde credit nak call, dia pinjam gunakan hp kawan

Dan hanya saya seorangyan dia bercerita

Saya tanya kenapa?

Dia bagitau saya sebab saya nampak berbeza dari customer dia yang lain

(adakah sebab saya janda?) <--- sayaterfikir begitu

Saya tanya apa yang saya berbeza

Saya bagitau kita pun baru jer kenal....

Dia kata saya nampak tak sosial, jenis baik, nampak jujur, low rofile

Alhamdulillah lah kalau saya kelihatan begitu

Dan dia kata, dengan saya dia boleh berterus terang

Sebab dia kata dia sendiri tak sedia untuk bercerita hal hidup dia

Apatah lagi pada orang luar yang dia tak kenal rapat

Kawan-kawan baik dia pun tak tau dia duda, mereka ingat dia bujang terlajak

Malah usia dia sendiri pun kawan-kawan dia tak tau

Tapi dia kata dengan saya dia yakin untuk bercerita

Ohhhhh...kenapakah saya yang dipilih? Pelik sungguh rasanya....

Saya hargai dia pilih saya

Tapi dalam hati saya geram juga

Saya pun sikit sebanyak bercerita juga hal diri saya

Jangan dia ingat saya ni low profile sangat

Saya bagitau dia, saya dah biasa terkena

Saya dah puasa berkorban sebagai isteri kedua

Pada suami yang sakit dan tak bekerja

Juga saya baru jer terkena

Sampai membelikan kasut clark dan sampin songket pada mejar tak guna tulah

Dan saya takkan nak terkena sekali lagi

So, saya taknak involve lagi dengan orang yang saya tak kenal hati budinya

Entahlah....bila saya duduk fikir balik pelik pulak

Kenapa Allah temukan saya dengan macam-macam orang

Yang pelik-pelik....


Wassalam

Saturday, February 25, 2012

Zam steamboat lagi...

Assalamualaikum w.b.t


Selepas tulis blog pasal zam tu dalam hati memang cuak

Teringat pesanan-pesanan kawan-kawan blog

Semua pesanan tu ada betulnya

So sangat berhati-hati

Kejadian mejar tak guna segar dalam ingatan

Gila apakah nak ulang perkara sama?

Oh noooooooo!

Belum genap setahun pun saya 'menjanda'

Takkan nak pasang jantan ramai2 dlm hidup

Tapi lepas sms nak jumpa tu saya ada sms juga tanya kenapa nak jumpa beriya2

Tapi dia beriya-iya juga nak jumpa face to face

So fine

Saya ingat xde masalah anytime boleh ke steamboat dia makan2

Tapi dia dah xjual steamboat lagi katanya, xleh cover

Kos sewa naik jadi RM100, sedangkan sehari dapat 300-400

Beli barang dalam 200

Dia kata ada benda urgent dia nak jumpa, tak boleh bincang dlm hp

So semalam saya balik seremban

Saya kata okaylah saya boleh jumpa masa saya otw balik seremban after office hour

Before that saya call dia tanya betul-betul apa dia nak why nak jumpa saya

Pasal bisnes katanya

Agak2 dah puas hati saya pun bincang dengan laila anak buah di pejabat saya tu

Dia kata takperlah pergi tegok jer puan,

Malah dia nak temankan tapi xdaya sebab ada urusan lain

Saya memang suka cabar diri buat sesuatu yang saya xpernah buat

Over.....gelodak jiwa begitu kuat nak tau sejauh mana dia nak heret saya dalam masalah dia

Itupun jika ada, dan saya jangka dia memang dalam masalah

So semalam otw balik seremban, saya singgah di jalan semenyih

Area apartment Damai mewah, Kajang

Jumpa dia dan dia pun cerita apa kehendak dia...

Nak pinjam seribu katanya...

Dan saya borak panjang dengan dia

Akhir kata saya,

Jangan minta dengan makhluk, minta dengan Allah

Solat hajat dan mohon allah dorong sapa2 untuk bagi awak pinjam duit itu

Hati saya pun allah yang pegang

Keputusan saya taknak tolong awak pun atas kehendak allah

Dia terima kata-kata saya dan tidak pun rasa kecewa

Okay biar masa menyelesaikan masalah dia....

Kesian.....tapi tidak akan terjebak lagi



Wassalam

Thursday, February 23, 2012

Zam Steamboat

Assalamualaikum w.b.t


Wah dah macam blog janda gatal pulak

Tapi ni citer ada kelakar sket

Sajer saya nak share kat sini

Citer ni ada ala-ala desperado

Saya yang desperado ker dia yang desperado, tak taulah

Nilaikanlah sendiri

Citer ni start dari awal tahun ni rasanya

Serentak dengan penglibatan aktif saya dalam Prudential

Macamni citernya...

Kelas prudential saya memang dibuat setiap rabu malam di Bangi

Dekat dengan Maybank Bangi

So setiap Rabu malam memang saya macam berusaha hadirkan diri

Selalu bekejar jugakah hadir sebab selalu habis kerja lewat

Kadang macam tak nak hadir tapi en joe selalu sms/bbm minta hadir

Bagitau soeaker baguslah, ada benda baru nak ajar pasal produklah

So kadang terkesan dengan usaha baik en joe maka penat pun saya datang juga

Kadang datang dengan perut kosong, kat kelas termenguap2

Asyik saya kena baca apa dia tulis sebab dah saya menguap jer sekejap2 menguap

Oksigen dalam otak dah kurang, mana tak menguap kan?

Makan pun kadang tak sempat

Saya memang tak makan nasi malam

so, dekat depan maybank Bangi ada van jual steamboat

So saya kadang beli steamboat jer situ

Selepas beberapa kali beli, kira macam dah biasa lah saya ke situ

Penjual tu pun macam dah cam muka saya

Lagipun kalau saya terbalik awal dari pejabat

Agak2 dah nak azan maghrib macamtu

Memang saya takkan balik rumah terus,

Saya akan terus ke masjid bangi, sebab masjid bangi tiap2 malam ada kuliah lepas maghrib

Tenang sangat dapat maghrib jemaah, dengar kuliah terus isyak, pastu beli steamboat, makan dalam keter then balik boleh tido

Selalu lah rutin saya macam tu sejak hani tak de ni

Dalam seminggu tu selalunya ada sekali saya akan singgah beli steamboat/ yong tau fu kat van tu

Kadang ada urusan ke bangi, tekan duit atau beli barang saya singgah juga beli bungkus

Ada sekali masa saya uzur saya tersinggah waktu maghrib

Alang2 nak balik, saya singgah keja nak beli bungkus, tengok van tu takde sapa, kosong

Van dah ready dengan barang2, tokey steamboat nya takde

Ada kerusi dia sedia situ so saya pun duduk tunggu

Sebab saya syak mesti dia oergi jemaah maghrib kat masjid bangi sebelahnya tu

Memang sah bila saya nampak lepas maghrib dia jalan kaluar dari masjid

Dalam hati saya, bagus yakin dia ni pada allah

Sanggup dia biar bontang van dia tinggal macam tu jer

Semata-mata menyeru panggilan azan

Alhamdulilah, saya terdetik dlm ati sebab payah juga nak cari orang macam dia ni sekarang

So bila dah biasa tu, dia selalu nampak saya datang, macam regular customer dia lah

Dia pun tanya saya bila satu hari tu saya abis kelas dalam jam 9.30 saya singgah beli

Dia tanya saya dari mana bla bla

Saya pun citerlah pasal kelas...prudential..bla...bla....

Orang baru abes kelas belajar camana nak jual produk

Sure,ah saya approach dia dengan hajat untuk jual produk, betul tak?

Orang berniaga camtu, mesti ada cash money yang banyak....Hari2 masuk kan?

Last sekali saya tanya dah ada polisi ker?

Rupanya member dah ada....bekas agent lagi, ada dua polisi...so abes kat situ jerlah

Tak baler minga dah nak tanya banyak2 sangat...

Next jumpa saya borak lagi ringan2 dengan dia...

Saya tanya baper untung, sapa siapkan barang2 berniaga, jam berapa abes jual

Tanya punya tanya baru tau dia tu bujang lagi, semua pun buat sorang diri...

Saya pun sukar nak agak umur dia, tapi dalam hati rasa cam dia muda lagi...

Then bila saya singgah beli, dia selalu citer pasal macam2

Adalah dalam dua kali yang saya borak agak lama, dalam sejam lah kot....

Sebab dia citer pasal insurans/takaful, citer pengalaman dia

So relevan jugaklah untuk saya dengar, dalam keadaan saya yang motivasi turun naik ni

Saya melihat dia memang tak tertariklah, walaupun dia bujang

Sebab di a kurus, for sure nampak muda dari saya, dan dia jenis lembut jugaklah

Merokok pulak....so dalam hati dok asyik fikir dia ni mesti something wrong somewhere

Kenapa masih tak kawin lagi, kan....

Saya membuat tafsiran sendiri, maybe dia ni memilih kerja, tak boleh jadi kuli, nak jadi boss jer agaknya

Saya dok bandingkan dia dengan abang saya yang baru kawin last year tu, camtulah agaknya

Tambah pulak dia citer dia ada degree, ada master, pernah dalat offer jadi lecturer UKM

Malah sebelum ni kerja as a manager, gaji RM14k

Giler apakah gaji besar kau berhenti?

Lagi saya curious....so dalam hati lambat laun aku nak siasat juga budak ni apasal jadi camni

Sanggup dok tepi jalan jual steamboat dalam van, lepaskan jawatan manager

Tapi saya kagum jugak, semangat dia nak berniaga tu menebal...

Dalam hati rasa kala dia betul, kena cara ni boleh maju dalam perniagaan ni...

So ada satu kali tu, saya borak dengan dia pasal saya takde client lagi

Macam susah nak approach orang untuk ambik polisi dengan saya

Sebab saya tak pandai pasal produk, malu nak bagitau kawan pejabat saya agent

Dia bagi cadangan pada saya, dia bleh tolong bagitau customer dia

Sebab ramai customer dia yang bukan regular, yang regular

Tapi saya takde bawak pamplet lagi....tertinggal di pejabat

So, saya bagi dia call card saya dulu, sebab ada number ho saya situ

In case ada kawan- kawan dia nak ambik polisi kat saya, hubungilah saya

Tu tujuan saya bagi call card tu....

Then ada satu hari, tiba2 ada satu perempuan call saya bagitau dia ada di lobby pej saya

Nak jumpa saya, katanya dapat number dari budakva jual steamboat tu

Wah kemain sukaer saya ingat nak ambik polisi ker...

Sekali turun2 rupanya citer2 dia plk nak jual bi young Zhulian kat saya

Hishhh geram plk saya, ingat pasal prudential

So saya pun dalam hati memang nak cakap kat budak steamboat tu jangan bagi nmber kat orang sebarangan

Baper hari lepas tu saya balik kelas saya singgah van dia, ada kawan dia sorang borak kat situ

Budak steamboat tu banyak kali borak tapi saya tak pernah tanya nama dia, memang terlupa langsung nak tanya

Kawan dia tu kerja RHB KL cawangan mana ntah

Dok melepak jugak situ, then saya pun budak steamboat tu cakap duduk jerlah makan, xpayah bngkus

So first time saya duduk makan kat van dia tu, memang ada meja situ

Mengenali saya, memang saya jenis selamber tak kisah makan mana-mana, kemana-mana sorang diri

So saya dok situ borak dengan kawan dia, sebab dia sibuk layan customer

Sessi motivasi juga, sebab kawan dia tu jual produk loan RHB

Untuk pensioner, ramai org pencen nama black list, banyak hutang

So RHB offer buat loan setelkan hutang, bersihkan nama

Dan encek tu jugak pernah jadi agent, malah bila tanya pasal polisi, macam2 polisi dia dah ada

So takdelah potential customer..

Abeh citer tang tu...

Last week saya abes kelas dan phone clinic session di prudential shah alam, saya singgah situ

Dah nak maghrib jugaklah, sebab saya memang nak ke maybank

Sekali tengok van steamboat ada tapi van lain, orang yang lain

Niat nak beli tetap beli sebab memang suka

So saya pun basi basa kat penjual tu tanya mana orang yang biasa sini, apasal awak ganti?

So dia citerlah bla bla bla..adalah citernya, nanti kemudian saya citer, tak relevan fakta tu skrg

Saya tanya ada tak nombor telefon mamat tu, dia takde katanya....so habis kat situ...

So lepas tu saya pun luperkanlah mamat tu, walaupun hari tu saya memang nak jumpa

Sebab nak bagi pamplet, dia janji boleh tolong edarkan

Sebab ramai customer dia pekerja annur dan azzahrah

So maybe boleh sebar-sebarkan....niat camtulah

Tapi yang memeranjatkan saya pasal dua hari lepas ni....

Dia ada sms saya, nama dia zam rupanya...

Dia nak ajak jumpa, ada hal penting katanya

Wahhh....tetiba, apakah niatnya? Apakah perkara penting tu?

Dia tau saya ibu tunggal, ada anak belajar madrasah....

Dan dari cara saya dia tau saya dah stabil

Dia nampak keter saya, dan dia nampak pangkat saya ( dalam call card)

Saya adalah bmbang memikirkan apakah tujuan dia nak jumpa saya

Apakah hajat dia...



Wassalam

Tuesday, February 21, 2012

Kenapalah asyik berkenan kat suami orang?

Assalamualaikum w.b.t


saya rasa saya tau jawapannya

Sebab saya suka lelaki matang

Saya suka lelaki yg knowledgable

Saya tak suka lelaki suka main-main, gurau2 tak kena tempat

Saya suka lelaki yang pandai calap, yg berisi percalapannya

Telah kucuba menyukai lelaki yang seusia dan xjauh beza

Maksud saya bukan saya cuba mengurat,

Tapi saya cuba mencari x factor dalam diri orang tu

Tapi memang tak boleh masuk

Tak boleh masuk dalam erti kata memang tak boleh

Setakat mencuba berborak pun saya rasa tak mencapai standard saya

Bukan tinggi mana pun saya punya keperluan

Dulu zaman muda-muda saya boleh masuk dengan orang 40 an

Sekarang bila saya dah 30 an automatik saya hanya boleh masuk dengan org 50 an

Saya cuba juga berinteraksi dengan pelbagai lapisan pegawai di pejabat saya

Alah, kan majoritinya lelaki

Memang sah kalau pegawai tu 40 an saya rasa macam ada gap

Takdelah rasa sampai tahap nak berborak secara serius, atau nak bertukar pendapat

Tapi kalau yg 50 an majoriti saya boleh masuk, melainkan orang tu jenis sengal

Ataupun memang tak ikut arus langsung

Tapi kalau umur 40 an saya tengok jugak, kalau jenis level dah tinggi saya boleh masuk

Kadang saya pelik, saya ker yang advance sangat?

Atau saya menuakan diri sebelum waktunya?

Tapi bila saya fikir maybe sebab environment kerjaya saya sekarang

Membuatkan perkara begini berterusan

Mana taknya, perbualan, pemikiran saya sehari2 seputar boss besar, rata2 50 an

Interaksi pun dengan orang2 50 an

Jadi jangan salahkan saya kalau saya tersuka dengan pakcik singapore yg umur 50 an

Sangat selesa bertukar pendapat dan sangat selesa meluah masalah kerja

Dia boleh beri motivasi dan boleh juga kongsi jalan penyelesaian

Dan saya cabar diri berkawan juga dengan seorang duda umur 43 tahun

Tak memeranjatkan langsung, umur 43 tahun adalah tidak memenuhi cara berfikir saya

Sekadar boleh berkawan, tetapi bercerita dan berkongsi masalah adalah tidak boleh

Dan saya lupa ada seorang lagi kawan lama saya di Kelantan

Saya rasa harus sebaya @ lebih tua dari pak hj kot

Juga sering mengirim sms kepada saya

Asalnya pembaca blog saya ini juga

Pernah mengirim buku agama untuk bacaan

Juga saya boleh bertukar pandangan dan berkongsi cerita

Sebenarnya, saya memang sunyi hidup sekarang

Tanpa hani

Tapi ada kawan2 jenis ini yang menemani, bertanya khabar

Sedia memberi nasihat dan juga tau batas perbualan dan pergaulan dengan saya

Yang buat hidup saya sedikit bermakna,

Alhamdulillah....allah mengutus orang yang baik2 untuk temankan saya dari jauh

Pakcik singapore sungguh jauh, tapi peranan dia besar juga dalam hidup saya sekarang

Biarkanlah hajat dia nak beristerikan saya tu Allah uruskan

Pihak saya, serah pada Allah

Peranan dia bersolat hajat...untuk lembutkan hati saya dan isterinya

Terpulanglah pada dia

Hati saya pun dah lembut sejak akhir-akhir ini

Tapi hati jer lembut, dan emosionally pun terkesan juga

Tapi mental fizikal sangat tak bersedia dan menolak buat masa ini, itu saya jelaskan

Apa-apa sahaja berkaitan poligami, serik teramat

Maka saya katakan doa sahajalah kepada Allah, jangan minta dengan makhluk

Malahan dia mengoffer untuk support belanja hani (yuran) madrasah

Supaya saya cepat ambil hani bawa sini sebab mendengar saya yang asyik sunyi dan sedih

Menitiskan air mata kerana hani

Sekadar sedekah, amal jariah katanya....

Saya menolak dengan baik....saya masih mampu dan saya enggan terhutang budi

Kelima-lima anaknya juga dihantar bersekolah madrasah di Singapore

So, dialah penyokong kuat supaya saya teruskan persekolahan hani di madrasah

Sekadar perkongsian perasaan saya dengan kawan2 yang saya anggap paling rapat

Dan paling tau tentang sejaran hidup saya lebih dari emak dan adik beradik....

Itu sebab saya coretkan di sini, tanpa prejudis, sekadar salah satu dari lipatan hidup saya...


Wassalam

Monday, February 20, 2012

Rawatan periodontic ke 2

Assalamualaikum w.b.t


Ada tiga cerita;

1. Rawatan Periodontic
2. Rumah seremban
3. Kerja lagi...

Hari ni jam 2.30 ptg tadi appoinment saya untuk rawatan periodontic

Masa rawatan minggu pertama hari tu, selain cabut sebatang gigi

juga buat scaling dan check soket gigi base on xray yang dah dibuat tu

So doc nak tengok berapa kuat ligamen gigi tu, most of ligamen terjejas

Kerana tulang gusi menolak....ntah camtu ler lebih lurang penerangan dia

So last week buat scaling

Saya dirawat oleh doc surendran

Sambil diberi penerangan oleh pakar periodontic

Yg macam saya citer last week tulah

Doc surendarn ni baik, muda lagi, masa nak rawat tu pun lemah lembut

Kita tak rasa pun yang kita ni macam sedang dirawat dentist

Kira macam rawatan swasta

Saya dah bebarap klinik swasta saya pergi

Selain untuk cgeck masalah gigi saya juga bawa hani cabut gigi

Dan buat scaling untuk gigi hani

So di klinik pergigian kajang tu level rawatan dan approach dia mmg macam swasta

Minggu sebelum doc surendran saya dirawat seorang doc wanita very senior jugak

Pun okay jer doc tu....

Sambil rawat sambil cakap dan beri penerangan

Sangat selesa

Tapi hari ni memang rasa macam antara langit dan bumi lah

Doc wanita ni muda sangat-sangat orangnya

Kurus, bercermin mata, putih....

Saya tak tau mulanya dia doc pelatih, lepas rawatan baru saya tanya kat kaunter

Mula2 dia bagi penerangan sekali lagi masalah gusi saya

Dia tunjuk xray gigi saya

Dia jelaskan rekod gigi atas bawah yg doc surendran dah buat last week

Tahap kronik setiap soket pada gigi disebabkan masalah gusi tu

Okaylah kan....then dia ajar kaedah berus gigi untuk jaga gusi....ok jugak

Memang cara penerangan dia bagus, lembut dan satu persatu

Tapi bila start rawatan jer saya dah rasa dia tak pro

Sebab apa?

Sebab cara dia adjust kerusi pun menampakkan dia tak baper mahir

Ada ker kepala saya lagi rendah dari badan....memang tak selesa lah

Ok lepas dibetulkan...xde masalah

Tapi once dia start rawatan, ya allah, memang sakit giler....

Tak kisahlah memang dah agak sakit, sebab kali ni bukan scaling biasa

Ni scaling dalam gusi

Dalammmmm punya tepi depan belakang gusi......mmg meleleh air mata lah

Itupun saya masih sabar jugak..

Yang saya peliknya, dia tak rerti nak stop

Berterusan dari sebatang gigi ke sebatang gigi....

Saya ni nak jugaklah berkuur kan

Kan ker masa scaling dia sembur air, walaupun penyedut tu kita pegang

Tapi still rasa xselesa, ada tempat kita tak sedut sbb xnampak

Lagipun scaling bahagian dalam gusi melibatkan darah yg banyak

So kita leh rasa darah sebab masin2 sikit

Sampai saya angkat tangan baru dia stop and benarkan saya berkuur

Walhal doc surendran bila tengok saya tak selesa terus suruh saya berkumur

Dan ada selang masa pulak antara rawatan, dia beri saya duduk sekejap sebelum sambung

Sempat gak borak2 dengan pembantu dia, dua2 pembantu dia lelaki

Baik orangnya, tau saya kerja SPRM ( pada rekod) macam2 dia tanya

Yang kali ni doc buat kerja sorang, pembantu datang keluar masuk kejap2

Dia plak jenis buat terus

Janis takde belas ikhsan, gerudi lagi boleh

Mana katang2 lama dalam gusi semua dia kasi korek

Masin scaling dia tu merata2 terkena gusi memang toksah cakaplah...

Kejap2 kena....pastu kena bibir, kena lidah...

Memang kasar lah cara dia, macam nak cepat dan terlalu nak sempurna

Sampai saya dapat rasa air mata saya meleleh

Then kaki dan tangan pun keras kejung jer menahan sakit

Sakit pada gusi sebenanrnya, bukan ngilu tau, ni sakit

Pastu dia kan sebelah tangan pegang cermin bulat kecik

Yang guna untuk tengok sisi yg sukar dalam mulut tu

Yang celah2 tu kan, cermin tu pun boleh kejap2 terlepas dari tepi bibir

Macam tak profesional tau!

Main tarik2 jer masa letak cermin tu

Doc ni orangnya lembut...gaya cakap sopan

Tapi cara kerja dia yang kasar

Yang saya tak puas hati lagi, cara rawatan dia tu

Doc surendran sebelum ni masa dia buat scaling dan check soket

Dia buat satu-satu-satu sampai selesai

Siap satu batang gigi dia pindah gigi sebelahnya

So kita boleh andaikan (timing) bila siap

So semangat lah sikit menahan sakit sebab nak cepat siap

Tapi ni doktor perempuan ni, dia buat berbolak-balik tau

Katakan dia buat geraham, pastu dia pindah kat geraham sebelahnya kita andaikan dah siap geraham yang mula2 dia buat tu

Sekali dia patah balik kat geraham yg mula2 tu

Camtulah jugak gigi lain.....macam sekali buat tu dia buat 3 sekali, pastu patah balik

Jangkaan kita yg dianakan move ke gigi lain meleset....

Mana tak sakit hati, gusi dan gigi memang dah sakit

Sekali rawatan tak selesai-selesai

Bila dia patah balik kat gigi pertama tu, for sure dia gerudi lagi dalam gusi tu

Sebab dah kira second thought...maybe 1st thougt dia rasa okaylah buat sikit jer

Bila kali kedua sure nak kasi bersih terus yg dalam sekali

Memang hazabbb, paling hazab lah rasanya....macam rasa nak tendang tangan dia

Dah tu air dia sembur kemain lagia, sampai nak masuk ke hidung....

Rasa nak tersedak pun ada..

Sampai satu tahap tadi, saya minta nak bangun kumur

Saya cakap kat dia, saya kata doc surendran bagi saya rest sekejap2 kumur...

Then dia tanya saya, 'sakit ker?'

Meh sini doc saya gerudi gusi doctor nak tau sakit ker tidak!

Tapi idakler saya cakap gitu,

Pastu baru dia cakap, kalau tak tahan bagitau yer, angkat tangan

Takdenya saya nak angkat tangan

Sakit macamana pun saya bertahan jer...

Saya pun ego jugak tadi....xnak tunjuk lemah

Tapi at the end saya angkat tangan kumur dan cakap ' boleh sambung tak rawatan next appoinment?

Terus dia cakap, ' dah siap dah ni...nak cucuk ubat jer'

So terpaksa menahan lagi....

Masih siri sakit, tapi takdelah sakit macam tadi digerudi sampai dalam gusi

Kali ni dia guna jarum halus jugak macam picagari

Untuk masukkan ubat ke dalam gusi

Juga cucuk pada setiap soket pada gigi,

Bayangkan satu gigi dicucuk ke empat-empat sudut dengan ubat tu

Cucuk masuk dalam gusi bukan cucuk tepi gigi tuuu

Tapi tahan jerlah, dah alang-alang kan...

Dalam hati memang tak hingin dirawat doc ni lagi...

Minggu ni doc surendran ambil emergency leaventu sebab dia takde

Kalau dia ada sure dia yang rawat saya

Keluar2 dari bilik rawatan terus gi kaunter

Tanya nurse kat situ, doc tu sapa nama

Doc pelatih ker? Rupaanya memang doc pelatih

Tu sebab dia buat bersungguh2

Macam siang ikan gayanya...

Saya ngadi kat nurse saya kata dia buat ganas sangat

Tak kasi chan akak nak berkumur kerap

Rawatan berterusan, kalau tak pasal kumur pun still kena rehat sebab mulut lenguh menganga

Dia pulak sekejap2 toleh kira sekejap kak....toleh kanan sekejap

Nak bagi angle dia nak menggerudi tu senang

Adik lelaki yang bantu doc surendran tupun ada sama, siap dia cakap...

"memanglah sakit rawatan gusi kak....biasalah tu"

Saya jawab, memanglah akak tau sakit, tapi janganlah non stop....berkumur pun xboleh'

Pastu adik2 situ senyum jer....sebab dah kenal, dah 4 kali datang dah....

Adoi, 4 tahun rawatan, tak taulah larat ker tidak, sakitnya ya rabbi

Minggu depan syukur xde rawatan, selamat tapi minggu berikutnya start balik

15 mac kena datang lagi....

Now, masih sakit, masih berdarah dah berapa bungkus tisu dah habis ni

Nak makan tak boleh

Nak menggigit pun gusi sakit

Dahlah saya tak makan apa-apa pagi ni

Otw tadi makan chewing gum jer ( bersihkan mulut)

So malam ni tadi gi beli bubur pasar malam jer...

Gusi adalah bengkak pada masa ini, doc bagi paracetamol

Juga ubat kumur untuk gusi....

So dah telah dua biji paracetamol dan dah kumur

Masih berdenyut2 gusi saya, nak makan makanan keras pun xboleh ni...

Pakcik cakap 'kifarah dosa' (pakcik adalah kawan di spore)

Yerlah banyak sangat dosa masa lalu agaknya...

Kalau benar kifarah dosa, yaallah saya redha...


RUMAH SEREMBAN


Saya cadang nak pindah ke rumah seremban semula, sapa setuju?

Saya merasa perasaan berlainan di sini

Rasa kepunyaan menebal sungguh

Rasa bebas, jiran pun boleh borak2 dah kenal

Dan terasa banyak projek bleh buat kat rumah sendiri

Mula2 nak cat tembok belakang, nak wat lukisan corak2 kreatif

Nak tunggu hani sebab nak buat dengan dia

Then nak start buat lanskap

Tanam, pokok orkid....

Kalau ada duit lebih nak buat pergola, gazebo...

Wah mesti best

Lantaklah takde orang duduk, walaupun saya seorang diri

Saya tetap nak gembirakan hati


KERJA

Saya rasa ada perubahan dalam hidup saya sejak masuk prudential ni lah

Saya tak rasa saya macam hamba kerja

Dah mula rasa bebas, rasa nak maju jaya dalam hidup untuk jangka panjang

Saya mohon cuti seminggu pada boss

Dia sungguh berata nak lepaskan saya

Tadi dia cakap kat saya, sebenarnya dia tak nak benarkan saya bercuti

Sampai saya cakap kat dia, 'kalau saya takde pun bukannya tutup UKK tu tuan'

Being me sapa kenal rapat memang tau saya jenis giler kerja

Jenis buat kerja cepat...dapat kerja terus bagi arahan

Kalau tak siap, lagi tu saya follow up

Dan saya juga jenis multi tasking, boleh buat dan fikir banyak benda satu masa

Jangan pelik kalau tengah cakap satu isu saya akan melompat isu baru

Anak-anak buah kat pej tau dah, kalau diorg lambat pick up memang kena lah

So dengan saya diorang memang patuh, dengar arahan dan akan laksanakan

Pada saya takde alasan utk tak buat kerja

Sebab blacberry ada di tangan,

Check story, balas email, buat macam2 kerja boleh guna blackberry tu

Ada masalah anytime bbm, tengah malam pun saya boleh baca dan balas bbm

Kalau tak cukup masa di pej, kenapa saya boleh balik malam

Sedangkan saya takde OT?

Kamu boleh OT kenapa taknak balik lewat dan claim?

Bawah saya memang takde alasan

Baru2 masuk 2 anak buah start jan tu masuk minggu ke 3 saya sound diorang

Hari2 jam 8 pagi keluar minum?

Belum jam 1 ada urusan personal keluar selamba

Saya panggil, saya sound, kenapa minum waktu pejabat?

Kamu sedar tak kita bawa imej pejabat ketua pesuruhjaya?

Kalau lapar, datang awal pagi, pergi beli bungkus

Takpun kamu pergi singgah stesyen minyak beli roti ker apa ker

Saya cakap direct jer....pastu diorg kutuk saya belakang....

Lantak saya cakap kat diorang saya ni dibayar gaji untuk beri arahan

Pangkat saya pen pesuruh jaya, kalau suruh mesti kena berjaya!

Hahahahaaa

Tapi time makan saya gelak2 jer dengan diorg

Time citer sedih, air mata saya bergenang juga...

So setel....

My boss baru ni pulak, banyak bagi muka

Semua perKara jenis nak bertoleransi

Kaedah kepimpinan bertolak ansur namanya

Saya pulak kaedah kekerasan, pastu guna pendekatan interpersonal...

Saya dekati sorang2, saya bagi arahan dalam bbm then saya bagi kata2 semangat

Memang semuakerja bermula dengan tak tau, kalau xbelajar selamanya xtau

Tapi boss ni, dia jenis bagi pada sapa yang tau, yang dia yakin mesti kerja tu jalan dan siap

Orangnya tak lain sayalah....

Sebab dia tau saya boleh bagi arahan pada anak buah....

So dia taknak bagi direct arahan tu....

Lama2 memang saya peninglah..hari2 saya balik lewat

Saya akan siapkan semua kerja

Sebab final kerja2 tu semua saya kena check semula

Suh buat mertas kerja, saya kena edit.

Suh buat memo saya kena edit

Suh buat story lagilah..

So saya punya hidup memang24 jam kerja kerja kerja

Miss sinar dah lama gera kat saya

Katanya saya teramat boleh buat kerja, tapi KP xnampak sebab maybe sy xpandai promote

Tuan salim ex boss pun cakap camtu

Sekarang ada peg baru nama laila pun kata dah lah puan, kerja remeh puna xpayah buatlah

Masalahnya kalau saya tak buat, boss baru memang xpandang puanya

Yg dia tau mengadap KP report apa isu baru, apa ukk dah buat, apa view dia

Selain itu, semua benda dia mcm xnak ambik tau

Nak salahkan dia pun xboleh

Bak kata tuan salim, idea dia jangan pakai sgt, dia level diploma jer.....kata tuan salim

Hahahahaaa..kesian gak kat dia...bab pengalaman mmg tggi, more than 20 years service

Entahlah, dah boss no 1 nak dia, kita akur jerlah

Tulah kelebihan orang pandai cakap....xpandai kerja xper....asalkan pandai cakap

Dah style saya macamni xtaulah apa nak buat.

Nak bodek memang tak reti, tapi saya percaya maybe KP xnampak sangat peranan saya sbnrnya

Tapi ketua unit, pengarah bahagian memang tau sgt keupayaan saya

Potong jarilah kalau saya mintak tukar state diorang akan benarkan

Confirm diorang gelabah punya

Tn salim hari tu saya ngadu kat dia sambil bergenang air mata

Saya cakap, saya takleh kerja under boss baru, tension

Dia kata, gi lah mintak tukar state...

Dia suh saya pergi sabah @ sarawak,skrg dia timbalan pengarah bhgn pengurusan, ada power lah

Masalahnya boss di sabah tu ex boss di negeri sembilan

Memang dia xberapa suka style saya....

Boss sarawak pulak macam saya takleh ngam cara dia dia

Saya cakap kat tuan salim, tunggulah dua boss tu tukar semenanjung....

So kesimpulannya, lepas masuk prudential ni saya tak rasa kerja di sprm keutamaan yang mendominasi segala hodup saya. Saya rasa saya boleh berjaya jauh ke hadapan dengan potensi diri saya. Saya yakin, sayajenis macam bapak saya, abang saya kalau buat kerja tu memang bermati-matian. Bukan nak untung gila2 en joe banyak kali ingatkan kalau orang taknak ambik polisi kita jangan peningkan kepala, just coninue, ramai yg lain nak. Kita hanya nak share kebaikan dengan orang , lain2 biar allah tentukan. Miss sinar pun perasan gaya berfikir saya dah berubah. Jadilebih positif....bersemangat....bila dia dengar say cuti, dia macam tak percaya.


Ya, saya pun macam xpercaya saya boleh larikan hidup dari rutin kerja yang macam hamba kerja ni....sungguh hebat hidup saya sekarang....at least saya suka dan saya positif menerima perubahan ni


Kalau ada kawan2 yang nak mencari polisi takaful, war2kanlah nama saya yer....insyaallah kita bantu mereka yg perlu bila mereka ditimpa kesusahan....sangat kurang orang melayu ada perlindungan, saving, tu sebab bila susah terpaksa minta bantuan di akhbar, di tv....sedangkan kalau dari awal buat persediaan, kita pasti dapat rawatan yang terbaik saat2 diperlukan....


Memang kalau kerja di syarikat swasta ada cover, selalunya rawatan yg dia cover tak melebih 10k setahun, tapi medical card tawarkan 50,000 setahun dengan seluruh polisi sebanyak 500k. Masuk wad secara harian, pun dapat ganjaran masuk wad sebanyak 250 (t&c).



Wassalam

Sunday, February 19, 2012

Prudential

Assalamualaikum w.b.t

Semangat nak berjaya jer tak cukup

Semangat tu kena diiringi sama oleh unsur lain

Emosi, jasmani, rohani dan spiritual

Saya joint prudential asalnya bukan sebab satu unsur di atas pun

Tapi semata-mata rasa kasihan dengan en joe

Agensi manager saya tulah, yg saya kenal dr 2006, blog reader saya nilah, sama macam anda semua juga...

Kasihan sebab dia tak putus asa ajak itu ini dari 2006 lagi

Sampailah saya ambil exam, lulus dan akhirnya ada kod number agent sekarang ni

Sampailah sekarang saya dah ada semangat

Semangat yang didorong bila melihat kejayaan orang lain

Semangat bila melihat ramai orang dapat dibantu saat2 mereka perlukan bantuan

Berdasarkan kes-kes sakit/kemalangan yang di claim oleh client ejen lain bwh en joe

Saya tau dan dapat lihat pentingnya persediaan sebelum malang menimpa kita

Sementelah orang kita memang sangat kurang saving nya utk kecemasan

Dari kelas-kelas yang saya hadiri setiap rabu malam di bangi dan sabtu pagi di shah alam

Banyak cerita dan ilmu baru, yg saya rasa perlu share dengan anda semua

Balik citer pasal semangat tadi

Semangat boleh datang dan boleh pergi

Macam-macam faktor penentu semangat untuk turun dan naik

Itulah yang jadi pada saya, mula2 semangat sangat, pastu semangat hilang....

Saya jenis kalau buat sesuatu tu (yang saya minat) memang saya sungguh-sungguh

Kalau saya rasa saya tak mampu buat sungguh-sungguh automatik semangat saya akan jadi lemah

Macam tu lah jadinya dengan prudential ni, tiba2 hilang semangat

Saya berusaha dan bersemangat mula2 nya sebab saya rasa saya boleh maju

Terutama lepas dapat boss baru di unit saya ni

Untuk tahun 2012 ni, saya jangkakan beban tugas saya akan menyusut pastinya

Rupanya tak...langsung tak menyusut, brtambah2 lagi

Makanya, bila mencuba dan mencuba pastu rasa masa takde maka semangat mula terbang

Keinginan mula menyusut

Dan saya rasa saya tak berupaya, takde daya

paling buat saya gusar adalah harapan en joe

Memang dia yang kuat bagi semangat

Memang dia yang banyak bagi dorongan

Makasaya rasa bersalah kalau saya hampakan harapan dia

Sebelum itu berlaku, saya fikir baik saya undur diri

Kadang saya rasa macam saya beri harapan palsu

Maka sya pun bbm dia ( en jo)

Saya kata, "en joe salah pilih orang ni, saya takmampu sebenarnya...

Saya dah takde daya, letih saya taknak bagi en joe harapan palsu

Saya hanya tunjuk yang saya boleh, sebenarnya saya memang tak mampu

Saya rasa amat letih dan saya memang tak berdaya nak kejar semua benda satu masa

Saya kata lagi, isnin- jumaat memang saya tak boleh nak selitkan langsung pasal prudential

Saya ada customer dah tu nak urus diorang saya tak mampu

Sebab saya takde masa yang cukup

Bayangkan hampir setiap hari bekerja saya pulang selepas maghrib

Balik tu badan memang amat letih yg teramat

Otak rasa tak boleh nak dijana dah, hanya nak rehat jer

Jam 9 pun mulut saya dah menguap-nguap

Malahan ke kelas rabu malam tu, kejap2 saya menguap, asyik kena tegur dgn penceramah

Maka saya cakap kat en joe, cukuplah, saya tak nak hampakan dia..

Tapi en joe seperti yang dkenali bukan seorang yang mudah berputus asa

Saya cuba tarik diri, lagi dia tarik saya hampiri dia

Tarik serapat mungkin untuk ikut jejak dia yang berjaya

Saya serba salah, saya sekarang tak boleh bergantung pd semangat semata- mata dah

Saya kena masukkan faktor keinginan, kesungguhan, tak kenal erti kalah

Tak perlu menoleh ke belakang langsung

Walau pun hidup saya sangat packed sekarang ni, saya kena tempuh juga untuk berjaya

Saya dah ada beberapa customer ni, nak submit kes jer tak sempat, ni senarainya

Yang nak ambil medical card - yazid, azizi

Yang nak ambil pru bsn ummah -salwa ( kakak ipar ), saya, hani, anna, laila, norwandi, hasimah

Yang nak ambik investment - azmi

Allah mudahkan saya sebenarnya, saya cuma kena kerja Kuat lagi

Saya kena korbankan sabtu ahad saya, kalau orang berehat sabtu ahad, saya kena kerja

Itu jer, takkan nak berjaya tak buat apa-apa kan?

Dikesempatan ni saya nak bagitau satu produk namanya PruBsn ummah

Polisi ni adalah berbentuk saving + protection

Satu polisi yang memberi jaminan untuk anda megerjakan haji

Konsep asas simpanannya sama dengan tabung haji tetapi bezanya ia beri perli dungan dan saving pada masa sama

Katalah kita simpan di tabung haji, bila duit kita cukup sahaja baru kita boleh ke mekah kan?

Dan kalau apa- apa berlaku pada kita bila duit kita dah cukup atau semasa proses mencukupkan duit tu, takde jaminan yang kita akan dapat mengerjakan haji kan?

Tetapi dengan prubsnummah, jika berlaku apa-apa pada kita, samaada dalam tempoh simpanan atau selepas simpanan cukup

Contohnya kita sakit, hilang upaya kekal,atau kematian(minta dijauhkan sebelum ke mekah lah ) maka pru bsn akan mengupah badal haji untuk kita

Malah pru bsn akan memberi wang khairat kematian, manfaat hilang upaya

Juga jika simpanan kita telah cukup, dan kita hendak mengerjakan haji, pru bsn akan memberi tambahan RM2,000 bagi perbelanjaan tambahan kita di mekah

Selan itu, simpanan kita di pru bsn ini juga tidak boleh dikeluarkan sewenwng-wenangnya

Ia hanya boleh dikeluarkan atas dua sebab sahaja, iaitu umrah dan haji

Itupun dengan bukti surat samaada dari tabung haji atau agent yang membawa kita mengerjakan umrah

Jadi, bila kita ambil polisi ni, jaminan haji pasti ada, samaada kita hidup atau mati, sihat atau sakit

Dan pastinga semua kelebihan yang ada ini tidak ditawarkan oleh Tabung haji

Malahan bila seseorang dah meninggal dunia, ia mengambil proses yang lama pula untuk keluarkan wang berkenaan untuk dicairkan

Adakalanya kena melalui amanah raya pula

Melalui pru bsn ia mudah dicairkan hanya dengan menggunakan nama waris yang dinamakan dalam polisi berkenaan

Tu sebab saya dan hani walaupun kami berdua dah tolak secara bulanan gaji saya, saya ambil juga polisi ni bulan ni

Untuk mak saya pun rasa nak ambil, tapi mak saya dah lebih 60, tak bolehlah ambil

Paling tidak saya boleh kerjakan umrah berdua dengan hani bila cukup duit tu, saya dah beh buat kiraan dah,, sebab duit tu macamanapun tak boleh dikeluarkan.....so senang nak buat kira2

Saya rasa sapa tak ambil polisi ni rugi, sebab takkan sebagai orang islam kita takde keinginan nak kerjakan hami kan?

Dan simpanan melalui pru bsn ini untuk saving+ protection boleh dibuat serendah RM50

Dan jika anda rasa saving dah cukup, anda nak surrender, bolehlah keluarkan semula wang tersebut sebanyak mana simpanan yang dah dibuat tu

Kardah simpanan prubsn ummah ni boleh dibuat secara auto debit ( dari bank anda) atau melalui potongan kad kredit sahaja)

Itu ajer

Jika berminat (cewaaah), nak close presentation dah ni.....hubungilah puan salwa muharam,
019 6996901, saya akan ke tempat anda dengan bersemangatnya untuk terangkan lebih lanjut lagi polisi ni

Dengan hanya RM50 ( apalah sangat ) anda dijamin mengerjakan haji, kalau dalam familiy tu ada 4 orang baru RM200, kalau tak mengerjakan haji pun, umrah pastiya....

Macam saya dan hani, saya simpan setiap sorang 100, jika apa2 berlaku pada kami berdua dalam masa terdekat selepas ambil polisi ni insyaallah pahala haji dapat juga sebab prubsn akan mengupah badal haji untuk kami walaupun simpanan tak cukup atau tak cukup...

So, saya rasa kalau tak ambil polisi ni, macam sengaja menolak kebaikan, saya dengar banyak kali dah nama produk ni tapi baru jer minggu lepas saya faham dengan sebenarnya pasal produk ni, dan rasa nak sangat kongsi kebaikan polisi ni kat pembaca blog ni....

Dan kalau nak share kan dengan kawan-kawan dialu-alukan, kalau ada kawan-kawan anda berminat nak gau lebih lanjut, saya sedia setkan appoinment dengan mereka tapi weekend atau malam sahajalah...

Setakat shah alam, kelang, kl, nilai, selangor saya sedia redah jer....insyaallah

Wassalam

Tuesday, February 14, 2012

Penganiayaan?

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk 1 : kerja, takyah baca kalau xsuka, penuh aura negatif tu
Tajuk 2 : pasal rawatan sakit saya


KERJA

Saya rasa saya telah ditimpa kes penganiayaan

Dalam kerja

Ada istilah lain tak?

Maksud saya, saya teraniaya kerana saya pandai kerja

Bukan pandai sangat tapi saya yang biasa dan tau

Jadi kerana saya telah menunjukkan kepandaian

Maka bila ada keperluan terhadap kerja tersebut maka sayalah yg dituding jari

Kerja rutin sehari yg hakiki saya memang abuat berita, sunting berita

Buat press release, buat tipping point dengan media

Jawab and layan reporter, editor

Yg ni mmg saban hari dapat panggilan

Tipping point tu macam satu kes tu macam kecik tapi kita jadikan dia besar

Macam kes charge rasuah di wilayah iskandar

Charge sime darby, kes doc veterinar tipu naik pangkat

Kes tabung haji baru2 ni

Sayalah perancang kepada memasukkan berita tu awa sebelum di charge

Katalah seminggu @ 3 hari sebelum charge

Saya akan buat story dengan rahsiakan nama tertuduh

Hnya dedahkan modus operandi dan sedikit fakta kes

Saya akan feed beberapa reporter yg boleh dipercayai utk carry issue tu

Esoknya beberapa reporter lain akan follow up dan saya akan feed lagi input

So lepas 2,3 hari kes tu terdedah di akhbar, tv baru....barulah sprm akan charge

So impak dia lebih besar dari tanpa angin tanpa ribut tiba2 sprm charge

Kita nak tunjukkan sedikit kecekapan

Timbulkan gelombang dalam masyarakat membicarakan rasuah berkenaan

Baik kes wilayah iskandar, tabung haji dan bbrapa kes

Agak berjaya timbulkan gelombang tu

Bagi sapa2 yg ikuti kes tu lah

So saya memang dah ada rangkaian editor, reporter yAng dalam tangan saya

At any time mereka memang dahaga input

Tapi memang pening sikitlah kerja ni

Saya kena liase dengan pengarah siasatan, pengarah operasinkhas dan pengarah perundangan, pendakwaan

Dapatkan fakta kes, olah, tapism dapatkan green light dr dato SFC

Baru saya boleh feed reporter

Sabtu ahad pun buat kerja ni kalau nak keluar hari isnin

Memang perit lah sikit

Banyak peringkat tapisan, sebab lepas edit, saya email balik pada top management

So setakat ni saya yg lead dan buat semua ni

Saya juga yg deal dengan negeri, cawangan tentang seluruh berit, pertuduhan, keputusan satu malaysia

Dapatkan fakta daai dpp, IO, PO,....

Pendekata semua tau saya buat, Semua bermula dengan O asalnya

Saya dateam saya bina rangkaian ni

Kami belajar dari kesilapan

Kmi yg bina hubungan dengan media

Kmi yg susah payah dari mula

Maka kami rasa jerih payah

Dn kami banyak belajar

Bukan datag2 lead UKK kami terus pandai

Memang tough sangat2 kerjaunit saya

Tapi kami 4 org sangat cekap, buat semua

Masing2 dah tau peranan dia

Saya, miss sinar, miss yip dan multazam saling melengkapi

Sya boleh jer lead dengan hanya 3 org di bawah

Pada masa sama semua meeting penting saya perlu hadir

Portal SPRM undder kami, youtube, twitter, facebook

Semua kami yang uruskan

Takde bising, takde eryikaian, okay jer

Tapi lepas KP agak kecewa kerana saya takde kemahiran melapor pada dia

Masuk orang baru 5 orang

1 gred 52

2 gred 48

2 gred 29

Tapi masalahnya masing-masing ztetap anggap saya yang perlu buat semua

Sebab saya dah tau

Sebab saya pandai buat semua

Sebab saya yg tau hujung jai camana nak buat

Macamana nak mulakan proses menyediakan press release

Kerana saya kenal orang2 di state

Kerana sayabiasa deal dengan dato2

Oh yer boss?

Boss memang main peranan

Main peranan melapor, apa dia buat apa kami buat semua dia lapor

Bodek eh?

Bila tiba tag kerja....balik2 saya

Balik2 saya

Tak bolehlah saya takde kat pejabat

Kecoh

Pergi klinik dua kali, balik yengahato pun dia suruh saya masuk pej juga

Tak yah cuti babe....tu dia balas sms bila saya nak EL

Pandai kau ambik ati aku eh....

Hari ni mc, call jugak suh datang pejabat

tak hingin haku

Kerana saya jer yg boleh buat teks PM, KSN kononnya

Waha aku terkial2 juga carik input

Aku tak tau juga apa ada dalam kepala PM, kepala KSN

Tapi aku buatlah research apa event tu

Apa benda baru idea baru dia suppose tu cakap

Bukan aku pentik jari idea datang

Bilacakap denganboss bagi.ah kat tuan xxx tu

Dia kan 48 jugak, lebih senior, gaji lebih banyak dari saya

Tu kira tahap geram sangat dah tu..

Boss boleh cakap, 'ala dia tak mampu'

You jer yang saya yakin ble buat ni....

Mangkuk hayu betullah

Ingat aku robot ker hapa

Memang rasa teraniayalah

Miss sinar memang dah sakit ati dah dengan ada lertambahan 5 orang

Tapi masing2 taichi kerja

Semua nak senang

Yg sorang gred 29 baru masuk start januari dah surrender

Nak balik unit lama dia

Tak tahan banyak kerja katanya

Walha, saya baru suruh dia buat kerja2 admin jer

Suruh buat press release hancus

Press reelase pertudhan/ keputusan jer

Bukan suh buat story cover event lagi tu

Da give up dah?

Bguslah saya tak suka ada aura negative sekeliling saya

Kau tak minta kerja baik kau blah

Kalau kekal tapi xdapat ikut aus memang kau akan tertinggal

Style saya sapa na kerja saya ajar sunguh2

Tapi mulut saya memang siap lah

Apa saya suruh buattali dia tak buat

Direct saya sound, kalau u simpan buat pekasam baik tak payah buat...

Sya cakap memang pedas, tapi time makan/minum kami gelak2

Profesionallah

Ni simpan dalam hati......ahhh malas nak layan


PERIODONTIC

Start next week saya akan dapatkan rawatan sehari dalam seminggu

Rawatan periodontik - rawatan theraphy gusi

Tadi saya jmpa pakar di klinik kesihatan kajang

Appoinment dari last year lagi

Tapi macam2 masalah so tahun ni barulah dapat appoinment tu

Saya ni dirujuk dari klinik pergigian swasta

Saya ada ke beberapa klinik pergigian sejak tahuan lalu

Sebelum ni ke klinik kerajaan tampal

Klinik swasta pertama saya pergi memberi nasihat yang salah

Dan mencadangkan rawatan pergigian untk saya termasukla memakai braces

Ini kerana struktur gigi saya dalam setahun kebelakangan ni telah lari dari struktur asal

Selepas tak berapa berpuas hati atas cadangan dia, saya ke klinik yang lan pula

Klinik terakhir yang saya pergi tu barulah memberikan khidmat nasihat perundingan yang meyakinkan

Dan serta merta mencadangkan untu merujuk saya ke pakar gusi

Kerana saya bukan bermasalah gigi katanya, sebaliknya masalah gusi

DN di malaysia hanya ada beberaa orang pakar sahaja

Antaranya di hospital selayang @ HKL, xingat

Dn ada seorang di klinik kesihatan jalan semenyih, kajang

Baru 2 tanun established di kajang tu

Katanya kiranya awak bertuahlah sebab ada pakar yg dekat

Maka tahun lalu saya dirujuk kepada pakar tersebut

Pada tarikh appoinment yang terawal tu, klinik sendiri batalkan

Doc pakar bersedia nak ke mekah

Balik mekah pulak, doc ambil cuti panjang

Bila dapat tarikh pulak, saya datang tarikh tersebut,

Nama pulak takde dalam senarai

Punyalah payah...sabar jerlah

Akhirnya dapat tarikh, buat pemeriksaan pertama

Terus di refer ke HKL untuk buat xray mulut

Panjang ceritanya ni

Last week saya dah ke HKL dan xray

Minggu ni lah mula rawatan secara rasmi dengan doc pakar periodontic tu

Doc yang sangat ramah, baik, sopan, berpengetahuan luas dan memberi kefahaman pada saya

Sangat menghargai

Tapi baru saya tau kroniknya masalah saya

Inilah kali pertama saya diuji dengan penyakit

Yang menurut doktor tahap serius

Mengejutkan saya sebetulnya

sampai darah saya naik, 3 kali ambil pun tetap 103 bacaan yg bawah

Doktor menjelaskan pada saya, adalah disebut nama sakit ni

Macam salah satu penyakit tulang

Saya ta google lagi, takut pulak...

Pemegang gigi saya ( macam tulang/ ligamen/ rawan- tulang lebut)

Mengalami kerosakan secara agresive

Sebab dalam amsa setahun ni lah beberapa gigi saya mula goyang

Doktor tanya samaada saya ada keturunan sakit tulang

Adakah saya ada megalami simtom seperti sakit- sakit sendi atau lemah badan

Yang berpunca dari tulang

Apa penyakit keturunan saya yang ada dari mak dan ayah

Memang bunyi2 soalan tu sangat menakutkan saya

Walaupun doktor tu terangkan satu persatu dan secara berhemah

tapi tiap point yang keluar dari mulut dia sangat menggetarkan hati saya

Saya hanya dapat jelaskan yang saya tak alami sakit sendi, takde lenguh2

Hnya sesekali cramp kaki sebab driving tempoh panjang

Sesekali simpul biawak, tu biasalah

Doktor cakap kat malaysia ni hanya 10% yang kena sakit ni

Di luar negara kadar lebih tinggi dalam 26%

punca doktor sendiri tak pasti

Bukan sebab tajap penjagaan gigi

Dn bukan juga sebab kekurangan kalsium

Tapi kemungkinan mewarisi keturunan

Dalam kes saya katanya mungkin sebab abah saya ada kencing manis

Dalam kajian pakar pasal sakit ni di luar negara

Ada individu tertentu yg sakit ni,5-10 tahun kemudian mendapat kencing manis

Menyebabkan pakar membuat hipotesis bahawa sakit ini adalah sindrom awa sebelum kencing manis

Aduhai menakutkan sungguh

Pastu doktor pulak tau yang saya ada diebetic masa mengandung

Lagilah correlation tu ada...

Tu yang sangat merisaukan ni

Dok fikirsorang2 ni

Bentuk rawatan dia adalah berbentuk theraphy seminggu sekali

Doktor akan cuba selamatkan gigi-gigi yang boeh diselamatkan

Yang masih tak goyang

Setakat ni beberapa batang juga dah goyang

Tadi doktor terpaksa cabut satu batang

Yang mana ligamennya memang tak kuat sangat dah....

Apa nak buat..pasrah jerlah

Rawatan ni akan berterusan paling minima 4 tahun

Lamaaaaa giler....

Bentuk rawatan adalah melibatkan rawatan laser

Surgery dan beberapa rawatan lain yang doktor sebutkan terminlogy dia tadi

Beberapa bulan ni saya perlu ke klinik sehari seminggU

Tadi rawatan melibatkan cabut sebaang gigi dan scaling

Apa saya nak cakap, sakit ini adalah ujian allah

Syukur juga saya dapat sakit, berhenti sekejap berfkir, muhasabah diri

Merasa bahawa ini ada hikmahnya

Sakit yang tak nampak sakit

Tapi kalau dibiarkan boleh menjadi bahaya

Ia akan berjangkit kepada tulang-tulang yang lain

Bukan sahaja tulang di bahgian gusi

Itulah bahayanya doktor cakap tadi....

Tulang dan sendi saya akan menjadi lemah....

Dan sykur saya ada medical card

Setiap kali mc boleh claim

Jika buat surgery pun boleh claim

Dan syukur juga sebab kerja gomen

Apa2 rawatan walaupun kosnya mahal kami orang gomen free ajer

Ok, sapa nak buat medical card meh carik saya

Penyakit boleh datang tiba2 tanpa kita jangka

Apa lagi? Moh buat medical card.....



Wassalam

Friday, February 10, 2012

Macamana nak upload gambar dari Ipad?

Assalamualaikum w.b.t


Dah lah bengang dengan touch screen yg saya rasa melewatkan kadar taipan saya

Pastu nak masukkan gambar tak reti, eh tak boleh pulak

Dalam ipad ni banyak gambar rumah, progress rumah sebenarnya

Saya nak lah ambil dan letak ikut kronologi

Best jugak kalau dapat letak

At least sapa yg baca senang gambarkan

Abeh tu xaktif dekat icon image tu

Camno nak import gambarnya....

Kena plak buka lappy...tapi gambar rumah takdelah pulak

Camana nak transfer gambar dari ipad ke lappy?

Sudah..masalah negara...

Diorang cakap kalau samsung galaxy tab boleh cucuk pen drive

Tak,an dah ada ipad nak beli samsung plak

Tapi tula kan ipad ni memang betul2 untuk baca dan applikasi lain jerlah

Nak buat kerja2 macam saya ni editing, grafik apa semua tu memang susahlah

Kalau nak baca sana sini senanglah

Tapi pun masih susah jugak sebab ipad 2 ni macam ta baoer user friendly

Ni pandangan orang ukan IT lah macam saya ni

Macam saya ni baca paper secara online, bukan yg online biasa tu

Saya baca yg sebijik macam paper biasa tu

Guna e browse

So agak susah juga

So nampaknya nak kena patan balik guna lappy jugaklah nampaknya....

Bukan ta bersyukur ada ipad, syukur sangat

Sekarang sambil makan, sambil tggu traffic light merah sempat gak baca2 email

Tapi selalu baca thru blackberry jer

Rasanya blackberry lagi user friendly

Cuma display dia kecik

Saya setakat masuk meeting, ambik nota apa2 yg jenis short tu

Memang blackberry sahaja

Budak2 saya kat court or event mana2 memang saya suruh buat story gna BB jer

Then saya edit dalam email ipad atau bb hatta saya ka maa pun

Memang sangat2 krg guna pen utk menulis dah sekarang

Masuk meeting saya jus bawak ipad takpun dengan bb pun jadik

Malas nak bawak buku2 dah...

Boss baru ni mula2 hari tu dia pelik tengok saya asyik belek bb jer

Dia ingat kot saya ber sms ker apa ker

Pastu dia tanya, apa kau buat tu salwa

Bila saya tunjuk baru dia terkejt...lah senangnya korang ni,

Then sapa2 yg catit tu terus email @ copy paste kat group bbm

Senang sangat zaman ni

Kau nak dengan tanak buat kerja jer...

Eh, balik2 citer hal kerja jer....

Oy yer...Modd berblog dah datang so bersedia dengan sau entry sehari

Bila mood sudah kelaut tercampak, maka saya memang lupa pd blog

Sekarang sampai takde cerita nak diceritakan

Oh yer, semalam dah booking tiket air asia untuk ke kb

Pergi 8 mac balik 10 mac

Tiket promo, RM53 on way, all in RM 169 dengan tax, pick a seat...bolehlah....

Dari naik bas sampai bengkak kaki saya hari tu

Saya ni takdelah pakar sangat naik flight sorang2 ni

Tapi tulah first time booking online secara sendiri

Pernah tengok pak hj booking, so semalam tetiba teringat terus buka AA

Sapa yg tau saya, kan tau saya ni jenis nak buat pastu redah jer

Semalam macam tulah, bukan laman web AA ta dirancang terus booking jer

Dari try and error jadi real

Suker sangat

Rasanya ni kali ke berapa naik flight dah tak terbilang dah...

Naik kali pertama secara berseorangan kali ketiga kot

Pertama dulu ke penang, kursus bina negara

Pastu ke JB, bawak kes di mah sesyen JB

Kali ni ke KB

Beza kali ni sebab. Aik kat LCCT

Tapi dah dua kali ke LCCT masa ke hong kong so takde masalah dah...

Saya suka cabaran, so no hal....

Tinggalkan kereta kat putrajaya sentral, pastu transit kat nilai, naik bas ke lcct

Sampai sana nanti cariklah teksi terus ke hotel di KB

Esoknya tengok hani

Nanti april kot baru ambik hani, na bawak dia nak flight jugak

Dia dah terlupa rasa naik flight, sebab naik dulu gi kuching dia umur 3 tahun

Tak ingat dah...

Lepas ni saya nak bawa dia jalan2 ke indonesia dulu....

Nak jalan berdua jer....

Mesti best...

Saya jalan bukan jenis shopping sana sini

Saya tak suka jalan ke sau tempat ntuk kali pertama tu khusus untuk shopping

Saya jalan betul2 untuk jalan, menikmai alam dan keadaan masyarakat di sana

Tu sebab saya tak sesuai jalan dengan orang atau group

Sebab nanti kehendak berbeza, saya menderita

Hani lagilah memang anti shopping ni....

So kita pergi berdua sahaja tu langkah terbaik

Lepas tu next trip nak ke hong kong, disneyland

Kalau dia berjaya hafal quran ( nanti saya tetapkanlah juz nya)

Saya akan hadiahkan dia jalan2 ke disney,and hong kong

Ada masa lagi nak kumpul dana.....

Heheeee...sungguh best berangan2.....

Lagi best kalau berangan ada suami yg menemank sessi jalan2 ni

Bab jalan, sangat best jalan dengan pak hj..serius..

Semua dia buat, saya enjoy sahaja....

Tapi tu semua kenangan..

Kalau dapat suami lagi, saya berdoa ciri tertentu pak hj tu mesti ada dalam diri orang tu

Wah...berangan lagi.....free katanya...

Wassalam

Thursday, February 9, 2012

Kita merancang, allah menentukan

Assalamualaikum w.b.t

Aza call saya hampir dua jam ahad lepas

Pelik jugak, sampai saya cakap kat dia nanti abes credit akak

Yerlah call saya lama- lama dari kota bharu

Dia jawab, murah wa....bayar 2.80 jer

Nak kata apa kan? Baper kali bagi hint seolah- olah tak minat nak cakap

Dia cakap gak, so saya dengar jerlah.....

Cara dia cakap- cakaptu seolah-olah saya ni memang madu dia lagi

Macam dia lupa yang kami tak berkongsi suami lagi...

Macam-macam ceritalah, dari hal pak hj, anak2, hal mak dia, adik beradik aza

Sampailah pada ayat2 yg mengejutkan saya juga

Ayat yang macam seolah-olah dia pun nak ikut jejak saya

Ahh, saya tak pelik pun

Aza kata dia hanya nak tunggu anak2 cerdik jer

Saya pun tak komen banyak

terpulanglah panjang jodoh dia, kekallah

Kalau takde jodoh terserahlah

Urusan jodoh ni semua kerja allah

Sapalah kita nak halang atau nak aturkan benda yang allah dah tentukan dr alam roh lagi

Saya ni pun berdoa bila berkesempatan agar dipertemukan jodoh yang baik

Sukar sekali hidup sendirian

Bukan sukar fizikal, sukar perasaan (agaknya)

Macam bagitau dulu, saya memang perlukan lelaki dalam hidup

Buat kesekian kali, sangat kagum dengan wanita pernah berkahwin yang boleh Hidup sendiri

Dengan bahagia dan enjoy sekali

Saya TAK BOLEH

Sekarang projek rumah dah siap, dah mula macama bengong tak tau nak projek apa plak

Walaupun cuba sibukkan diri buat prudential takaful tapi masih rasa kosong

Maybe sebab hani takde

Tapi saya kena terima hakikat dalam masa 3-4 tahun ini kehidupan saya tetap akan begini

Hani akan duduk di madrasah untuk jadi hafizah

Cuma jarak jerlah, akan dipindahkan ke melaka maybe selewat2nya april

Oh rindu saya pada hani sangat tebal

Anytime bleh nangis bila kenangkan

Tapi menangis2 dahulu krn berpisah atas sebab agama, tak kisahlah

Daripada menangis kemudian nanti bila sedih tengok dia tak jadi apa

Iza banyak bagi semangat pada saya teruskan hajat jadikan hani hafizah

Ramai kawan2 dia jadi bukti yang mereka boleh berjaya didunia

Pegang agama sungguh2 insyaallah kejayaan dunia datang ke pangkuan

Ramai kawan dia ajdi doktor, akantan, dll selepas tamat belajar hafizah

Berkali2 saya anya dia, mrk dulu belajar dimana?

Jawapannya tetap sama, belajar madrasah biasa, tabligh punya

Saya yakin janji allah, pilih atau buat apa allah suka, allah akan sediakan jalan yg mudah didepan

Harap hani boleh jadi doktor atau ustazah terpulang pada apa pilihan dia nanti

Kalau usia 12 tahun ( 3 tahun lagi) dia jadi hafizah, sempat ambik upsr

Kalau tak sempat, bleh ajer masuk sek men swasta

Aliran agama atau sains takde masalah

Sekarang ni pun saraf otak dia mesti dah berkembang sehebat2nya tu

Dengan hafal doa, hadith, ayat quran.....

Takde masalah nak hafal dan faham subjek yang dibelajar nanti, insyaallah

Doakanlah.....saya yakin hani boleh

Pada masa ini pun banyak sangat dah dipermudahkan alllah dengan asikap hani

Oh yer, pernah saya cerita saya ada kawan lelaki di singhapore kan?

Untuk pengetahuan hubungan saya dan dia makin serius

Sebab hajat dia nak kawin dengan saya

Dan saya sangat tak bersedia bermadu lagi

Telah dijelaskan banyak kali

Telah juga difahami

Cuma, dia masih berusaha doa, solat hajat dan puasa

Tak taulah nak kata apa

Tak juga jatuh cinta, cuma lebih pada pengisian masa lapang

Dan untuk beri saya semangat, dia jadi client pertama saya untuk prudential

Syukur

Bagi kawan2 kalau ada kawan2 nak ambil medical card, atau nak buat saving untuk education anak bila genap umur 21 atau 18

Carilah saya atau perkenalkanlah saya pada mereka

Serius bangat ni nak resign kalau prudential dah okay

Okay nak citer pasal kerja

Tau tak hampir dua bulan ni saya dapat boss baru

Tapi sngat tak seperti diharapkan

Stress dan rasa macam kena bully

Tak pandai tapi tunjuk pandai

Pergunakan kepandaian saya untuk dapat credit pada dia

Kan kelemahan sya tak pandai matket hasil kerja saya snagat

So, dia seolah2 macam jadi perantara hasil ( idea) saya diplagiat present pd KP

Tak kisah sangat pun, tapi kdg2 geram sebab macam otak dia taknak dipergunakan

Play safe sangat pun yer

Sekarang saya banyak diam dlm meeting

Atas nasihat miss sinar yg dalam pantang saya perlu ada strategi

Supaya boss baru ceoat belajar, maka saya kena banyak observe

Sekarang ada 3 gred 48 unit saya ni, tapi seolah2 macam saya buat kerja semua

Termasuk masih macam boss yg bg arahan

Pastu boss baru tu nak tau hasil jer

Bengang tak

Dah lah tak kira sabtu ahad siang malam bagi arahan

Amaklumlah bila dia tau saya bujang anak takde

S sesuka hati pergunakan

Maka ada saty weekend saya matikan diri

Xjawab bbm dia call saya tak angakat

Kena buat press release

Sudahna dia call misssinar kat tapah

Giler ahhhh, dia boleh suh miss sinar wat PR

Ahhh malasla nak mengumpat lagi

Sekarang dia dah okay skit.....

Saya pun dah minta anaj2 buah bawah lapor kat dia, tak yah rujuk saya

Keputusan kasi sama dia buat

Berkerut2 kening member tak sangaka korp comm ni banyak kerja

Rasakan dia..

Dia diambil kerja sebab pandai sngt calap PR power now buktikan dengan oandai buat kerja plk

Hahahaaaaa,sesekali ajar boss ni bagus gak kan

Ingat tamiss conquer?

Kn dia dah kena tukar

Tapi sebab dia tukar bulan ogos maka saya masihlah penilai SKT dia

Rasakan, pembalasan dendam

Saya tak niat pun nak bagi rendah

Tapi tuan salim boss lama arahkan

Memang pun layak diberi sedikit rendah dari org lain

Makanya dia saya beri paling rendah...

Ok chow, nak balik..


Wassalam

Tuesday, February 7, 2012

Untuk makluman sahaja

Assalamualaikum w.b.t



Rumah mak saya dah siap sepenuhnya.

Hanya proses menghiasnya shj skrg

Saya berasa bangga kerana saya mampu menguruskannya

Walau saya seorang ibu tunggal

Bekerja jauh dari rumah yg sedang dibuat tu

Tapi takdelah banyak sangat masalah yang timbul

Tipu lah kalau takde masalah

Dengan saya takde pengalaman buat rumah langsung

Banyak cerita, kerenah dan masalah yang tidak dijangka

Harus sentiasa bersedia, bersedia dengan duit sebenarnya

Keseluruhannya saya masih perlukan anggaran 10k

Sebab ada beberapa benda yang saya tak dapat buat

Sebab kekangan bajet

Tiles, longkang keliling rumah, kitchen kabinet, unit gantung

Kabinet unit dasar sekadar basic sahaja, belum berpintu pun

Ruang belakang saya cadang nak tambah tempat lepak2

Juga ditangguhkan

Saya hanya dapat buat beranda depan sahaja

Tu pun tanpa tiles dan tanpa tembok

Perancangan kemudian, jadi bajet terpaksa ditambah

Serius, saya bajet rumah mak saya dalam anggaran 45 k sahaja

Yerlah setakat untuk mak saya duduk seorang

Sesekalimsaya dan hani balik

Memang takde niat nak buat beriya-iya

Tapi tukang nasihatkan gitu gini

Mula2 cadang batu pasir putih tu jer

Tapi tukang nasihat, nanti rumah retak, panas

Better guna batu bata merah, rumah sejuk, tegap dan ta retak jangka panjang

So ikutkan jerlah mana yang baik

Then rasa kecik sangat, tambah lebar dua kaki tepi

Sekaki dia charge 2k, dah tambah baper situ

Asalnya saya buat 20x40 kaki

Memang kecik jer

Tapi lepas tengok contoh2 compact house dlm plan di internet

Rasa ruang tamu kecik sangat

Sebab saya dah bayangkan sofa leather saya 1+2+3 tu

Memang sempitlah kalau bukak ruang tamu sempit

So jadi 22x40, masih jauh sangat banding rumah semi d saya,

35x75, rumah dulu2 kan, memang lebar dan panjang

Tapi syukur jerlah....dari cadang buat kecik, sebagaimana ilisi saya

Akhirnya jadi rumah yang agak besar dari bayangan

Tegap pulak tu nampak dari liar rumah tu

Masih ada space kat belakang untuk buat satu bilik lagi, utk saya

Jika hani kahwin nanti dan ambil bilik master depan tu

Kena fikirkan juga, bagilah hani laluankan, bilik depan tu ada attach bath room

Hani tak tengok lagi rumah yang dah siap sepenuhnya tu

Percayalah dalam pejam celik baca blog saya dari hani baby

Sekelip mata jer nanti saya bakal terima menantu.....

Untuk seluruh rumah saya oasang tikar getah jer sekarang

Tu pun mak saya dah cukup suka dah

Yerlah dah berapa tahun idam2kan

Hidup dia pun nampak ceria sekarang, sejak Amna ada

Kan budak kecik baila lahir akan bawa kegembiraan

Saya pun tumpang sama, suka sangat tengok amna

Dah berapahelai baju dah saya belikan

Insyaallah ada rezeki nanti saya akan belikan macam2 untuk dia

Sebab anak sedara yang lain, semua membesar jauh, kan diorg duduk di johor dulu

Amna lah yang pertama lahir di kampung

Teruja sangat, walhal dalam ramai2 amna lain rupa dia, krg comel, kulit gelap

Minggu. I saya terpaksa balik lagi, nakbawa dapur dll

Nak jahit langsir juga

Setakat ni langsirmemang dah pasang

Saya ambil rumah seremban punya

Eh sorry yer saya cerita lompat2

Cakap pasal rumah seremban

Dah 2 bulan kosong

Jiran sebelah yang bercantum rumah dengan saya tu berapa kali tanya,

Tak cukup dengan tanya, sms pulak

Dia nak sangat beli rumah tu, anak dia 6org

So kalau beli jadik banglo 8 bilik lah

Memang sesuai sangat

Dia plk renovate rumah tak tinggalkan tanah, semua dah pasang tiles

Saya pulak tanah lias lagi

So memang dia berhajat sangat2 nak rumah saya tu

Apa pandangan anda? Wajarker saya jual?

Jiran sebelah lagi pulak kata jangan jual

Dia suruh buat homestay

Katanya mesti ramai nak, sebab rumah saya tu area taman2 org melayu semua

Jenis anak dah besar2, masing2sedang proses kahwinkan anak

Better buat homestay katanya, ada jugak benaranya

Sementelah saya memang ada pengalaman kan?

Tu yg sedang saya fikirkan ni

Asalnya mak ambik perabot seremban transfer melaka

Tapi saya fikir2 tak jadiklah

Barangbseremban agak besar, sofa besar, katil super king

Almai pakaian pun agak besar utk bilik kat rumah melaka yg kecik

Better saya beli lain di melaka, yang size sedang2 sesuai utk mak saya dan saya

Sebab saya bukan nak duduk tempoh lama, sekejap2 jer

So better ruang tamu saya beli L shape jer

Bilk emak super sngle dan bilik saya queen

Save ruang

So homesta seremban saya dah bincang dengan iza di asetuju jadi runner

Kalau saya tak sempat turun dari putrajaya

In case ada keperluan segera

So gituler citernya....



















Sebenarnya akhir-akhir ni mmg Wassalam

Thursday, February 2, 2012

Takde perkara lebih mengembirakan bila tau anak kita dalam rahmat Allah swt

Assalamualaikum w.b.t

Saya berjaya mengejutkan hani dengan kedatangan saya ke madrasahnya

Sampai wajah dia takde ekspressi apa-apa kerana terkejut sangat kot

Memang dia tak sangka sungguh

Sedari bulan oktober tahun lalu dia masuk ke marasah

Mana saya pernah ziarahnya

Ini kali pertama, manalah anak itu tidak terkejut

Saya ada menelefon ustazah madrasanya

Khamis petang sebelum bertolak malamnya baru saya call

Yerlah sebelum ni berkali2 saya minta nombor madrasah aza xberi

Malaslah nak sms banyak2 kali

Pagi2 jam 8 lebih saya dah sampai

Saya ambik taksi dari stesyen bas KB

Lepas cek in hotel area situ, saya subuh dan mandi siap2

Terus turun, tak sarapan pun

Sebab tak sabar sangat nak jumpa hani

RINDU GILER

Eh benci ah menaip dgn ipad ni

Bagi org yg taip laju giler macam saya. Ni, ipad tlh berjaya memperlahankan kelajuan taipan saya

Menyempah! Selingan!

Salah satu sebab malas update entry adalah kerana ipad nilah

Taip tiga empa baris pastusaya stop sebab asyik errorjer typo error

I tak pandai sgt touch2 ni....slow jadinya

Ok balik citer hani

Sampai madrasah saya jumpa ustazah dulu, chit chat jap

Eh lupa nak citer khamis ptg masa saya cal ustazah tu, saya tanya perihal hani

Yerlah first time kan dapat cakap dgn ustazah madarsah dia

Walhal anak dari last year dah masuk belajar situ

Seolah hani macam xde mak pulak gayanya

Jawapan pertama ustazah lepas saya tanya, 'hani macamana ustazah'

'hani ok, budak cerdik, takde masalah langsung'

Terus bergenang air mata saya, sayu sedih syahdu bangga semua ada bercampur baur

Kan dah cakap.....hani cerdik budaknya

Mak dia jer tak berapa nak cerdik

Soalan kedua saya, 'dia ada masalah tak ustazah, ada menangis'

'takde langsung masalah, ok jer, tak pernah menangis, ok sangat dia'

Belajar pun okay....."

Apa lagi jawapan yang dapat menyedapkan hati seorang ibu?

Hanya lelehan air mata jer dpt saya luahkan

Habis cakap dengan ustazah, terus call iza

Dia jer layak untuk saya kongsi kesedihan berbaur kegembiraan ni

Sambil menangis saya bagitau dia perihal hani, dia pun suka

Saya kata, makcik tak dapat share dengan suami, share dengan anak suami pun jadikler

Gelak dia

Masa saya beri salam di pintu madrasah tu, kawan2 dia terus bagitau dan berlari2 carik hani

Tapi bukan hani yang keluar

Yg berlari keluar pintu tu hani syakirah dengan khairin nazurah

Dua2 dah siap pakai jubah dan purdah dah ada kat dagu, cuma tak pasang jer

Sah2 diorang ingat umie yang datang kot

Rupanya ustazah bagitau umi yang nak datang

Saya pun tak pasti macamana miss comunication tu boleh terjadi

Yang pasti anak aza dah bersiap

Hani dalam bilik air tengah mandi

So syakirah lah yang berlari ketuk pintu bilik air bagitau hani ammie datang agaknya

Sekejap lepas tu lintang pukang agaknya hani mandi

Dengan baju kurung, seluar track dan tudung yg pakai xbetul dia keluar

Saya pulak berpurdah, so dia macam xcam saya lah

Lagipun saya pakaia jubah baru beli yg dia tak lernah tengok, lagi tak cam

Muka macam takde ekspresi langsung

Terkejut sangat2 agaknya

Bila saya panggil..kakak, kenapa mandi lambat sangat

Baru dia cam, lah ammie rupanya

Tu pun nampak macam riak wajah dia tak percaya sangat2 ammie depan mata

Terus syakirah dan kak chik suh dia cepat2 siap pakai jubah ikut ammie

Sekejap jer dah siap, sarung jubah pakai purdah siaplah dia

Kawan dia yg ambikkan kasut dia

Terus dia ikut saya

Dalam teksi masih tak percaya agaknya

Bertubi2 soalan dia tanya

Bila ammie sampai

Kenapa tak bagitau ammie nak datang

Ammie duduk kat mana

Sian dia...innocent jer soalan2 dia

Muka pun nampak macam pucat jer

Macam terkejut tak abis lagi

Seronok sangat lah dia tu agaknya

Dapat keluar dengan ammie buat pertama kali

Kami terus pergi pasar siti khadijah

Atas pemintaan hani

Tau tak dia nak beli apa?

Smple sangat2 permintaan dia

Sayu hati saya

Dia hanya nak beli sagun jer

Yang bungkus panjang2 dalam kertas belang2 tu

Gambar2 hani ada dalam BB

Lupa sungguh nak ambil guna ipad

Kalau tak boleh upload terus

Ipad dgn bb ni bukan boleh connect

Pastu dah jumpa terus beli, tu pun ambik sebngkus jer, rm1

Saya suruh ambil 2,bau dia ambil satu lagi

Then saya suruh dia ambil kacang tumbuk, dia ambil sebungkus, pun saya suruh ambil 2

Pastu saya bawak dia ke parkson

Dia nak bantal peluk katanya

Semua org ada bantal utk peluk

Kakak jer takde, kakak peluk selimut jer...

Alahai kesiannya anak saya

toto pun katanya toto yg ummie bagi tu nipis sangat

Saya offer beli baru xnak jugak

Yg ada tu boleh pakai lagi ammie

Bantal peluk bila takde yang kecik terus kata takperlah takyah beli pun xper

Saya tak taulah kenapa hani ni zuhud sangat

Kalau keadaan biasa pun memang dia tak meminta2 melainkan saya yg gedik sgt nak belikan

Apatah lagi bila dah masuk madrasah ni

Lagilah langsung tak buat permintaan

Sampai saya paksa2 beli baru setuju

Sangat2 tak menyusahkan, malah saya plak yg berlebih2

So saya belikan bantal peluk dan tilan size bujang yg beh lipat2

Siap dua2 tu dalam beg dia, supaya senang kemas, bangun tido masukkan dlm beg

Kat hotel saya suh dia praktis lipas sendiri dan kemas tilam tu

Sungguh2 dia buat tak benarkan langsung saya tolong

Alhamdulillah berjaya

Berdikati sungguh dah anak dara saya tu

Sejuk perut saya mengandung, kalau ikut kata orang tua2

Takde apa saya harapkan lebih2 dari dia, apa perlakuan dia depan mata saya dah cukup buat saya terharu sgt2

Sepanjang jalan dalam parkson takde satu barang pun yang dia minta

Walaupun saya sengaja lalukan dia area stationary dan alat2 untuk kanak2

Section utk kids and children yg ada brg2 barbie, mcm2 lagi tu

Maybe sebab dia tau, madrasah takleh bawak apapun brg2 bersifat watak kartun agaknya

So sarung bantal peluk dan tilam bujang lipat dua2 corak kosong warna hijau pilihan dia

Dua benda saya belikan tu pun cukup berbesar hati dan gembira sangat dia

Sampai dia kata, malam ni dapatlah kakak tido selesa skit

Aduhai anak....ammie tiap2 malam tido tilam empuk

Rupanya dia tido atas toto nipis sambil memeluk selimut jer selama ni

Menitis air mata saya ni mengenangkan mujahadahnya dia...ya allah ....:(

Tak pernah bersungut, tak mengeluh, bila telefon bagitau semua okay

Sepanjang dengan dia kami berbual sakan

Saya minta dia luahkan semua cerita pada saya

Insyaallah lepas ni dua minggu sekali saya ziarah, jika allah izinkan

Dia pun cakap dah matang sangat dari sebelum ni

Beli majalah pun dah tak baca serga merta

Cakap2 dia pun sejuk jer hati saya dengar

Bagitau yang ada sheikh dari mesir datang madrasah beri ceramah

Then bagitau doa yang dia belajar dan amalkan,

'ammmie, kakak ada satu doa, bagus sangat makna doa ni kalau ammie amalkan....

Ammie nak dengar tak....

Cuba ammie dengar makna dia pulak....(dia baca makna), baguskan?

Baik ammie amalkan doa ni....

Sedih kan...kecik2 dia dah ajar mak dia ni

Pastu saya jawab..yerlah nanti kakak tuliskan, ammie boleh hafalkan

(hishhh xsukerla buat entry ni, kejap2 kena lap air mata, sedih sgt sebab teringat kat hani)

Saya teringat tahun lepas sebelum dia masuk madrasah

Dia ada tuliskan pada sehelai kertas a4 nama2 doa dan mukasurat doa tu

Dia tulis untuk saya bacakan pada masa lapang bila dia dah masuk madrasah nanti

Dia sendiri pilihkan doa2 yang bagus....untuk mak dia ni

Sedihnya saya....pastu siap dia tandakan (dia lipat sudut mukasurat tu)

Supaya saya senang buka :( :( :(

Satu perubahan dia, sepanjang saya jalan dengan dia, langsung dia tak bersungut

Taulah saya ni, jarang dpr shopping, asyik sibuk kerja

So masuk parkson tentu belek sana belek sini

Dia ikutkan jer, barang2 dia semua dia tak benarkan saya bawak

Dia kata, 'takperlah ammie, biar kakak sendiri yg bawak kan barang2 kakak'

Walhal bantal dan tilam bujang tu besar and panjang, susahdia nak pegang

Tapi dia tak kisah langsung

Saya tau sebabnya

Sebab di madrasah walaupun kecil dia dilatih untuk khidmat, ada jadual khidmat

Kena menyapu, mengemop dan kerja2 lain

Somemang automatik dia dah jadi rajin

Tak kisah menolong dan tak berat tulang

Itu manfaat secara tak langsung

Terharu kan?

Tapi saya tetap xsuruh dia bawak, kesian kan

Gaya cakap pun positif jer...

Suasana membentuk dia....hari2 dengan quran, doa, hadith

Mana mungkin tak jadi baik....kalau nak jadi jahat pun xsempat agaknya

Malaikat hari2 bersama orang yang dalam majlis ilmu

Apatah lagi ilmu yang secara langsung dengan ayat2 quran ni

Ilmu membesarkan allah, memang malaikat berbondong2 turun mendoakan kesejahteraan ahli majlis ilmu ni

Lama2 bila mereka sering bergesel dengan malaikat, mereka juga akan dapat sifat malaikat

Sami'na wa'atho'na ( dengar dan taat)

Itulah kelebihannya mengapa hani berubah..semuanya kerana suasana

Apatah lagi langsung takde unsur lagha dan melalaikan

Hari2 wajib bangun tahajud jam 5 pagi

Hani masih pelajar termuda madrasah tu dari lebih 40 pelajar

Ini bukan kes dera, ini sunnah nabi....bg kita mungkin anggap tak wajar

Sebenarnya, inlan yang diamalkan zamapara sahabat dan tabi'in

Saya sikitpun tak kesal, tak keciwa, jauh sekali rasa tak patut

Malah hani punsangat positif, tak mengeluh langsung perihal bangun 5 pagi tu

Malah saya rasa tercabar pulak dengar dia cerita hari2 bangun jam 5 pagi

Lagi terkejut pulak saya bila dengat dia cakap yg dia bukan tahajud 2 rakaat dah

Tau berapa rakaat dia solat bangun jam 5 lagi tu?

Aduh takleh taip rasanya....meleleh2 air mata saya ni

Rasa macam, ya allah baiknya anak ni

Rasa macam ta layak sungguh dia jadi anak saya

Mak dia ni seolah2 macam jauh sangat dah dengan dia bezanya

Dah lama tak tahajud...

iman turun naik....rasa macam baru nak belajar buat amal ibadah

Tapi anak saya sekecil 8 tahun setiap 3/4 malam bangun solat malam

12 rakaat puan-puan....bukan sikit tu bagi kanak-kanak macam dia

Mujur hani dah biasa solat lebih 20 rakaat

Masa terawih kan kita solat 20 rakaat, tu tak masuk isyak, solat iring waktu isyak
then witir

Dan saya pun 10 akhir ramadhan kan bawak dia qiyamulail di masjid mizan

Memang dia tak asing lagi solat banyak rakaat ni

Tapi jika hari2 buat mcm sktg ni agaknya mungkin dah biasa....

Diaverita dengan sayatu selamba jer

Katanya uztazah kata, mula2 blehlah solat 2 rakaat, sekarang kenalah solat 12 rakaat

(dalam hati syahdu + bangga sangat, juga syukur)

Anak saya berpeluang terdedah dengan perkara begini diawal usianya

Dan lebih membanggakan dia dapat menerima semuaya dengan lancar, takde pemberontakan

Takde keluh kesah, takde rungutan

Bayangkan kalau saya hantar dia umur 13tahun, atau umur 10 tahun pun

Adakah reaksinya begini jg? Mungkin tidak

Usia dia skrg nilah paling molek, paling segar dan paling sesuai

Hani sendiri langsung tak tunjukkan tanda yang dia nak keluar dai belajar sistem madrasah

Memang dia dah lama menyebut2 nak masuk madrasah

Tambah2 ayah dia memangdah berulang kali dari baby, masa kecik malah bila masuk tadika

Dah maklumkan dia yang dia akan masuk madrasah

Dan dia puna dah kerap melawat kakak2 dan abang dia dr usia hani baby lagi di madrasah

*nanti sambung*

ngantuk!


Wassalam