Tuesday, January 29, 2013

ALHAMDULILLAH....kembali menulis...

Assalamualaikum w.b.t



Rumahtangga

Lama sungguh saya abaikan blog saya ini. Bukan apa, selalunya saya tulis blog melalui ipad. Tapi tak tau kenapa melalui ipad dah takde icon new post bila buka blog. So takdelah dapat saya post kan new entry.

Dalam kepala banyak perkara yang nak dicatat. Jika dulu, jika ada benda tak puas hati, marah, geram saya tak bercerita kepada orang. Bloglah sasaran saya bercerita kesemua perasaan negatif tu.

Tapi sekarang perasaan negatif tu sudah sangat berkurang. Sangat2. Banyak saat dah perkara positif berlaku dalam hidup saya. Syukur alhamdulillah. Saya tak pernah sanggup untuk memimpikan nasib/hidup saya akan menjadi sesempurna ini. Jauh sekali membayangkannya.

Apapun saya bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Memanglah ada kecatatan sana sini. Manusiakan mana pernah berpuas hati dengan apa yang dia dapat, ada jer yang dia nak lagi dan lagi....saya pun macam tu.

Tapi pada tahap ini saya rasa saya wajib bersyukur pada Allah dan juga atas doa keluarga dan rakan-rakan. Apa yang saya idamkan satu masa dahulu semuanya saya kecapi sekarang.


Ada satu perkara sahaja yang saya masih terus berdoa dan minta sangat-sangat dari Allah swt. Saya percaya walaupun nanti doa saya tak dikabulkan pasti ada hikmahnya. Tetap bersyukur juga.

Pada saat ini apa saya mahukan adalah dikurniakan lagi cahayamata. Dalam doa saya, saya minta pada Allah dikurniakan anak, saya doa minta anak kembar seorang lelaki dan seorang perempuan. Kita memintakan.... Kan Allah kata mintalah apa sahaja, nescaya aku makbulkan. Hani pun berdoa sama.

Kenapa saya inginkan anak kembar? Pertamanya saya ingin mendidik anak dengan acuan yang lebih baik, sempurna dan mematuhi syariah, mengikut sunnah. Saya akan berumur 40 tahun pada tahun hadapan. Andainya tahun i ini atau tahun depan mendapat anak maka pada usia saya bersara, anak saya akan berumur 20 tahun dan hani pun dah 30 tahun.

Saya bimbang sangat jika hani satu2nya jer anak saya, saya nanti pastinya akan mengharap kasih sayang dia semata2. Bimbang kehadiran dan kebergantungan perasaan saya pada dia menjejaskan rumahtangganya nanti.

Saya inginkan anak lelaki juga kerana saya ingin anak lelaki saya menjadi daei, pendakwah. Saya kepingin sangat nak keluar berdakwah macam dahulu. Saya rasa amat2 perlu, besar kesan dan natijahnya pada diri saya. Ia disedari dengan tebal bila saya tak berpeluang keluar lagi sekarang ini. jika ada anak lelaki, bolehlah menjadi mahram saya....

Dan sekurang2nya bila saya meninggal ada juga salah seorang anak saya memegang dan mengangkat keranda ibunya. Syukurlah pada yang dah ada anak lekaki (tak menafikan anak perempuan pun ada kelebihan tersendiri).

Selain tu, saya ingin suami saya merasa peluang membesarkan anak-anak sekali lagi. Saya tau dia tak berpeluang untuk besarkan anak sedia ada tu depan mata dan natijahnya sehingga kini apapun keputusan melibatkan anak-anak dia seolah-olah dinafikan haknya untuk campurtangan dan buat keputusan. Malah menegur anak pun akan menjadi bahan pergaduhan.


Saya tak salahkan suami atau isterinya seratus peratus. Suasana yang membentuk keadaan jadi begitu. Suami lebih banyak menghabiskan masa di luar dan kerja yang berjauhan dan anak isteri. Dia tak suka idea membawa isteri bersama. Kemana dia bekerja pun, isterinya tetap tinggal di Selayang.

Harap Allah makbulkan doa ini. semuanya saya anggap bukan musyahil kerana dari rahum yang sama ini juga pernah menempatkan janin....tentulah saya ini mampu mengandung lagi kan...hanya mungkin faktor usia sedikit berisiko.


Walaupun sedikit sukar kerana suami bekerja di JB dalam aturan 2 minggu kerja dan dua minggu off, tapi selagi boleh saya usahakan untuk 'bersama' seoptima boleh. Keadaan sedikit berbeza waktu dengan pak hj dulu, suami saya ini sangat strict dengan giliran dan tegas orangnya, tak boleh mudah2 tukar giliran sesuka hati.


Jika saya ingin tukar giliran pun, giliran saya akn terjejas sebab saya yang pilih untuk bertukar. Tambah2 madu saya telah bangkitkan seolah2 giliran saya yang lebih dari dia. Walhal sebenarnya suami saya ni kaki rajuk orangnya (selepas melalui tempoh panjang seolah2 hak sebagai suami dan bapa dinafikan) maka dia akan merajuk dan tinggal di apartment dia satu lagi, Kenanga Apartment di selayang juga.

So bila giliran madu saya dia akan ke rumah "rajuk" tu lah. Madu saya pula ingat dia di Kajang. Jadi salahfaham timbul. Dan antara mereka pula tidak telus, suami keluar tak beritahu isteri dia, kadang2 masa off dia keluar urusan hobi dia (senjata) tapi madu saya ingat dia balik Kajang. Itulah senarionya.


Bagi diri saya, soal giliran tak jadi kudis sangat. Sebab saya rasa saya dapat giliran lebih kerana saya datang ke JB. Saya ada bincang dengan suami kewajaran saya datang ke Jb ini. Tapi suami berpandangan kalau Madu saya nak datang JB pun dia tak halang....tapi setakat ni belum pernah dia datang.


Dari satu sudut saya datang JB takdelah berkepit jer dengan suami. Subuh2 member dah ke pejabat di pasir gudang. Masuk jam 6 ptg balik jam 6 ptg. 12 jam sehari. So malam jerlah dapat jumpa. Itu pun dah sangat bagus. Saya datang hanya dapat bantu basuh baju dan iron baju serta teman dia makan.


Saya kadang lepak di hotel jer. Tonton TV, banyak saluran menarik. Suka. Walaupun lama2 bosan jugak. Bosan2 saya pergi shopping, the zon, citi square, jusco, mcm2 ada. Yerlah menghabiskan duit...kalau kat Kajang saya mana ada shopping sangat pun.


Duduk di grand Blue Wave ni dekatlah juga dengan bandar, tapi kalau takde kereta jenuh juga jalan turun tunggu teksi. kalau rajin saya bawa kereta kalau malas datang naik bas. Kalau bawak kereta panjang sikit langkah saya. Di Jb ni saya dah familiar sebab masa di negeri masa jadi pegawai pendakwa bawak kes setiap bulan turun JB, malah saya lagi pandai jalan JB dari suami saya sebab dia kaki memerap dalam bilik jer. Takut nak meneroka jalan...heheheee satu kelamahan dia paling ketara. Kesian!


Hani



Hani sekarang masuk juz 20. Maksudnya dia dah hafal 10 juz. Hani mula hafal dari belakang. Memang susah sikit sebab juz yg belakang ni ayat2 banyak yang berulang dan ada persamaan (hani yg cakap macamni). Dari segi hafalan setiap kali saya tanya hani susah tak hafal Quran ni? Kakak ada rasa tension tak? Kakak stress tak duduk madrasah? Ada tak kawan2 yang kakak tak selesa atau bergaduh dgn diorang?

Macam2 saya tanya sebenarnya. Sebab saya taknak saya syok sendiri suka2 hati letak dia di madrasah tapi dia susah hati, tertekan, tak syok, menderita atau apa2 perasaan yang tak best di madrasah tu. macam kat wakaf baru kelantan dulu, setiap kali tanya soalan2 macam tu dia akan menangis atau diam. Saya ingat lagi. Kalau dia diam tu maksudnya samaada ayah dia atau aza atau adik beradik dia ada dekat dengan dia.


Alhamdulillah dia tak pernah bagi jawapan yang menyebabkan saya rasa bersalah hantar dia ke madrasah. satu nikmat yang sangat besar sebenarnya. Cuma kecuali baru2 ni nampak macam dia rindu sangat dekat saya. Rasanya tu disebabkan faktor masa hujung bulan Disember hari tu dia cuti 2 minggu dan selama tu dia duduk dengan saya. Enjoy sangat agaknya.


Tapi bila saya selam dalam2 hati dia, rasanya tu semua faktor sementara jer menjengah perasaan dia sebagai anak kecil. Tersentak juga naluri keibuan saya bila dia luahkan seolah2 dia sedia nak berhenti madrasah. Tapi lepas seketika setelah normal perasaan dan fikir rasional dia sendiri menyedari bahawa adalah satu kerugian dan sayang kiranya berhenti separuh jalan.


Mungkin melihat dari jauh saya dan Hani nampak mudah ajer, tapi hakikatnya sukar untuk dutempuh. Saya berdepan masalah kesunyian. Hani plak hidup meriah kat sana, tapi berdepan dengan masalah kerinduan kasih sayang seorang ibu.

Saya rasa kedua-dua kami kekurangan pasangan untuk berbual. Hani ada banyak benda nak bertanya dan dia rasa dengan saya jer dia takde halangan nak bertanya tentang apa2pun. kadang2 ada kawan2nya yang tidak matang dan dia tak suka nak bertanya dengan diorang. kadang sama jer tak faham...


saya melihat hani bukan sebagai kanak-kanak lagi, cara pemikirannya dah semacam remaja, sangat hungry dengan pengetahuan, nak tahu banyak perkara baru, nak tahu makna banyak perkataan dan segala benda yang dia curious dia mencari2 jawapannya. Nampaknya pada saat ini, dia perlukan saya dan dia rasa saya jer orang yang dia percaya untuk jadi tempat rujukan.

Tu sebab sehabis daya saya akan menziarahnya pada setiap minggu. Cuba menghabiskan sebanyak amsa dengan dia. Cuba mengorek apa sahaja yang dia nak tau dalam tempoh singkat itu, antara 9 pagi ke jam 5 petang. Tapi selalunya masuk2 keter jer soalan diam "Kita keluar outing tak ammie?'

kalau saya jawab yer.....ayat seterusnya , "kita gi kedai buku yer ammie?"

So kalau dah ke kedai buku jawabnya, masing2 buat hal sendiri lah...dia akan ke rak2 yang dia suka dan saya pula ke rak2 yang saya suka....lepas tu bila perlu kami jumpa, dia akan bawa buku dia minat tu jumpa saya siap2 bagitau harga buku yang dia berhajat dengan harapan saya bersetuju dengan pilihan dia tu.

Kadang saya setuju, kadang bincang dulu apa sinopsisnya dan kenapa dia pilih buku tu? Syukur sangat pemilihan buku2 Hani takdelah yang over, dia dah tau benchmark yang saya letak dalam memilih bukuan dia sendiri tau buku mana yang abwa kebaikan dan buku mana yang takde manfaat.

Saya takdelah strict mana, tapi kenalah juga bataskan bahan pembacaan yang dia boleh baca dan mana yang tidak. Akhir-akhir ni pemilihan bacaan dia terarah kepada novel. paling kirang seminggu dua buku dia akan beli. kadang sebuah novel, sebuah lagi buku agama.

Novel yang dia minat selain novel sejarah islam adalah novel sains fiksyen. Dia minta sangat citer2 fiksyen macam harry potter, Narnia, Lord of the ring, dan minat dia ni sangat jauh dari minat saya, tak tau macamana dan apa sebab dia jatuh minta dengan cerita fiksyen macamni. Saya sendiri tak pernah didik atau terapkan apa2 yg berunsur begini dalam membesarkan dia. Inilah dikatakan minat dari dalam diri sendiri kot...

Satu lagi perkara yang dia nak sangat tau adalah bahasa inggeris, dia selalu belek buku inggeris, terbaru buku hobbit, dan katanya, 'kalau kakak pandai english kan bagus, kakak boleh baca buku ni" saya sedar yang ini kesilapan saya sendiri. Setakat ini saya hanya dapat bagi makna perkataan2 yang secara kebetulan muncul dan dia terbaca. Dalam perjumpaan singkat berapa banyaklah yang saya boleh dedahkan. DI madrasah ada ustazah yang ajar english, tapi seminggu sekali jer. Usatazah tu belajar di Afrika selatan


Banyak sangat benda yang saya nak buat kat Hani lepas dia khatam ni. Moga2 cepatlah dia khatam. walaupun saya sedar lepas dia khatam tu lagi besar tanggungjawab saya untuk pastikan dia dapat istiqamah hafalan 30 juz dia. Nak masukkan kelas renang (keinginan dia), kelas memanah, nak bawak dia ikut abi dia menembak, nak memancing (permintaan hani), nak masukkan kelas english, nak amsukkan kelas pertahanan diri, kelas tarannum....hishhh macam2 lagi hajat hati saya ni....


Akhir-akhir ni saya tengok hani ni kalaui bercakap suara makin perlahan, tingkahlaku makin sopan, kalau orang tanya jawab dalam keadaan tertunduk malu. aduhai. makanya saya agak risau daris egi kemahiran sosialisasi dia. Mungkin pergaulan yang terhad dan duduk dalam rumah sepanjang masa (semingu sekali keluar dengan saya) berborak dengan orang yang sama, di bawah ruang lingkup yang sama maka dia semakin tak berapoa dapat sesuaikan diri dengan bersosialisasi.

Kalau keluar dengan saya pun, dia akan bawa beberapa buku, ada masa jer mulalah dia mengadap buku, tak de pun nak borak sangat. perhatian terhadap buku nampaknya menang dari perhatian terhadap saya. Nak borak selalu masa kereta bergerak jer sebab dia tak dapat membaca, pening katanya.


Tentang masa depan hani, saya dah banyak kali bincang dengan dia, target dia nak belajar ke luar negeri. Awal sangat nak tentukan. Biarlah dia berangan2 dulu. jauh sangat nak difikirkan. Cuma akhir2 ini saya terfikir, andainya saya dipanggil mengadap dia dulu, kemanakah halatuju dia. Sapa yang akan take care dia. pada masa ni ayah dia memang tak ambik pot langsung tentang anak dara dia ni.

Saya tanya suami,  dia kata sebolehnya dia akan bela hani. dia nak ambik tanggungjawab bela hani. saya bimbang pula takut didera mak tiri. Tapi katanya tak perlu hani tinggal di selayang, dah cukup besar tinggal di Kajang sahaja. melihat kepada suami yang ada ni, saya percaya dia bukan jenis lelaki bukan2. sangat bertanggungjawab. ada kepercayaan pada kata2nya.

Bagaimanapun jika pak haji masih hidup saya pasti dia takkan benarkan suami saya bela hani, pasti dia akan rebut hani. dan saya percaya pada aza sebagai mak tirinya untuk membela dia walapaun tahap kepercayaan saya belum 100%. namun pada masa ini saya serahkan pada keadaan andainya saya dipanggil ilahi. meletakkan dia di kampung bersama makwe dia memang tak terlintas langsung dalam fikiran saya pada masa ini, saya rasa mereka tidak akan dapat memahami bentuk dan corak berfikir saya.


Nota: masih ramai ker yang berminat membaca tulisan saya? sebenarnya dah takde citer menarik sangat nak cerita, kalau bercerita apun banyak sangat unsur2 pujian terhadap manusia sekeliling saya (yg ada pun hani buah hati dan suami yang saya sayang tu jer). Kalau cerita puji-pujian bimbang ada yang meluat pula nanti. kalau berminat untuk terus membaca, boleh saya mula mencatat kenangan-kenangan itu ke dalam blog. rasanya takde dah cerita-cerita air mata lagi dalam hidup saya....


Wassalam