Assalamualaikum w.b.t
tetiba rasa nak update blog lepas baca status mak andeh di fb
heheheeee
juga nak update apa berlaku persekitaran saya
sebenarnya allah sentiasa menguji saya
dari pelbagai sudut
kadang memang tak sangka ujian bentuk tu akan datang
tapi saya anggap ia sebagai ujian untuk mematangkan saya
dan mengajar saya bagaimana hendak mengurus persekitaran
urus dengan cara paling terbaik
didatangkan kala saya ada yang membimbing
kalau dulu saya tak tau lah apa saya nak buat
MASALAH PEJABAT
bagi sesetengah orang menguruskan orang bawah sangat mudah
tapi bagi saya, saya mengambil tanggungjawab ini dengan serius
sebab ia adalah amanah
bukan sahaja amanah pada organisasi saya
tapi amanah yang saya akan jawab di sana nanti
tapi masalahnya saya bukan boss no 1
saya kumpulan pertengahan
ada boss atas saya
saya jadi orang tengah antara boss dan orang bawah
tapi masalahnya antara saya dan boss punya dua cara dua karakter dan dua prinsip yang berbeza
dan mengharukan lagi boss sedia ada ini sangat berbeza dengan boss sebelum ini
dan saya telah sebati dengan boss sebelum ini punya cara
boss baru ni pula lain dan jauh sangat beza pendekatannya
dan dia mohon saya mengikut rentak dia
berkali2 saya katakan saya bukan macam dia, dan berkali2 saya katakan saya takde kepuasan kerja
berbeza dengan dulu, saya rasa setiap kerja saya akan mendapat kepuasan dan kebahagian
sekarang saya buat kerja kerana tanggungjawab semata2
hanya untuk pastikan gaji saya berkat
bagi orang yang mengenali saya dari jauh, mereka sering menganggap saya seorang yang serius
pegawai yang tgas, tak boleh main2
ramai yang tak pernah tegur saya dengan anggapan saya serius, tak mesra dan eksyen
dan saya anggap pengenalan saya begitu adalah sesuatu yang sedikit sebanyak menggambarkan saya
sebagai oegawai di agensi yang mempromosikan integriti kita tak boleh bertolak ansur dengan perkara yang bertentangan dengan integriti
disitulah saya bertentangan dengan boss saya
dia jenis tersangat menjaga PR
jenis suka memilih tindakan yang popular
jenis tak suka timbulkan masalah dengan orang
jenis mulut manis
jenis suka lupakan apa kesalahan anak buah asalkan mereka akan buat kerja selesai
biarkan pegawai datang lambat atas alasan ada anak kecik, rumah jauh (KL)
jenis biarkan pegawai datang sejam dua pastu ada urusan boleh balik seharian tak payah datang pejabat
jenis nak mudah buat kerja, maka terus bagi pada saya kononnya bagi saya kerja tak payah cakap banyak saya dah faham dan boleh terjemahkan kerja ikut apa yang dia mahu''
ya allah terlalu banyak benda saya tak puas hati
sampai saya terpaksa berdepan dengan boss lebih dari sekali
semata2 nak bagitau saya tak betah dengan cara dia
tapi saya dinasihatakan untuk bersabar
cool down, lupakan apa yang berlaku
jangan terlalu keras, dengan orang bawah kena tarik tali
tapi prinsip saya bukan begitu
tapi asalnya saya diam sahaja
ambil pendekatan buat kerja saya, biarkan boss handle
pada masa sama saya doa pada Allah
tunjukkan jalan keluar
sebab saya kebuntuan
sampai satu tahap allah tunjukkan pada saya
rupanya selama ni saya dikutuk, dikritik dalam twitter dan fb
sesedap mulut jer mengutuk
ya allah luluh hati, tanpa saya menggunakan kekerasan kerana boss dah backing diorg dan suruh saya bersabar
saya take it easy jer...buat se rational boleh, tanpa melibatkan emosional
bagi kerja seperti biasa
cuma komunikasi luar kerja memang tak lah
eh banyak lagi lah pendek cerita
saya jumpa boss untuk meluahkan apa pandangan saya, untuk menambahbaik perjalanan bahagian kami
dia enggan mendengar dan kata "saya tau apa yang berlaku, u lupakan semua yang dah berlaku"
sedangkan hari sebelumnya saya 'ditengking' dan enggan melaksanakannya kerja sebagaimana diarahkan, pegawai bawahan ni sungguh kurang ajar bila saya arahkan satu kerja
tapi memandangkan saya amat sibuk saya tak layan kemarahan pegawai bawahannya
dan bila saya ingin berbincang dengan boss saya dia minta saya bersabar....maka kesabaran saya hilang...
esoknya (sabtu minggu lalu) saya terus email kepada pengarah bahagian kecemerlangan dan profesional (tatatertib)
hah
ini sahaja tindakan yang saya mampu lakukan
lepas saya email, boss bukan sahaja terkejut, bahkan terus naik tekanan darah dia
pegawai berkenaan terus kecut perut....
sekarang jangan main2 dengan saya
kalau boss saya panggil saya berbincang banyak lagi kelemahan yang saya dah senaraikan
jika dia benar ingin baiki cara pengurusannya
dia dalam keadaan selamat sebab dapat saya sebagai tangan kanannya
saya mampu cover apa sahaja yang dia kurang
tapi kalau dia backing budak2 bawah dan minta saya yang niat suci hati nak baiki keadaan ikut peraturan dan buat yang terbaik maka cukuplah sampai disitu
PELUANG NAIK PANGKAT UNTUK JAWATAN TERBUKA GRED P52
Allah tunjukkan jalan untuk saya
tiba2 jabatan offer jawatan untuk post terbuka
saya memohon atas nasihat ex boss saya
mohon dua jawatan
P52 untuk bahagian saya sendiri, bahagian komunikasi strategik dan
post P52 untuk strategic human capital unit (HR department)
masa tu fikir kalau tak dapat yg HR tu tentu dapat yg bahagian saya tu sebab dah mmg saya kerja sini 4 tahun takkan nak bagi kat peg lain kan?
so masa saya apply post ni, saya serah dua borang pada boss untuk tandatangan dan dia tandatangan tanpa mempersoalkan apa2
minggu lepas tiba2 boss saya panggil sebab dia terkejut
dia dapat tau dalam satu meeting saya dipilih utk ke human capital unit tu
dia tanya saya bila yang kau mohon? aku tandatangan ker? (boss dengan saya mmg cakap gaya gini)
saya kata, lah...kan tuan tandatangan...(rupanya dia xsedar)
dia terkejut amat katanya tak dapat bayangkan kalau saya takde macamana
sebab yg run kan bahagian saya tu banyak bawah saya
sebab saya perintis unit ni, sampailah jadi bahagian ni
emosi dia betul2 terjejas
dalam hati saya, hah baru tau betapa bernilainya saya...
selama ni saya mengadu taknak dengar, sebaliknya suruh saya low profile, kena humble
main tarik tali dengan orang bawah (tarik tali mendanya kalau terang2 mereka langgar peraturan?)
saya tak suka kalau orang bawah tanggungjawab saya buat perkara mungkar dalam pekerjaan
waima kononnya asal kerja mereka siap
kalau nak pergi kerja balik kerja ikut time mak bapak buatlah pejabat sendiri
tak payahlah kerajaan keluarkan peraturan dan pekeliling
bahkan saya cakap kat dia, zaman saya buat siasatan dulu, takde sorang pun anak buah saya malam balik lewat, siang tak dapatng pejabat
lagi teruk buat operasi, tak balik rumah 24 jam, tapi waktu kerja macam biasa
budak2 ni kalau buat siasatan saya tak dapat bayangkan
dah macam2 saya cakap
sebenarnya saya citer ni on surface jer
banyak lagi serangan pada saya tanpa boss backing
dalam bbm group sesuka hati perli saya
dalam meeting menyuarakan sesuatu dengan niat menyerang saya secara halus
dan mereka melancarkan 'perang dingin' secara berkumpulan
bila mereka post something di BBM group mereka bertubi2 sokong, good job, good, bagus dll
tapi bila saya update somethng dalam group adalah sorang yg sokong
tapi saya sabar
tu tak masuk mereka perli2 saya
hishh macam2 lagilah....termasuklah diorang sanggup lalu jalan lain semata2 taknak lalu depan bilik saya
merasa dbenci memang sangat pedih
asalnya saya tau puncanya kerana personal
saya ada cerita sebelum ni
semuanya berlaku kerana saya berkahwin
miss sinar macam tak boleh terima
kemudian dapat pulak watak pegawai yang jenis talam dua muka ni, depan manis belakang mengata
dan masuk pulak sorang pegawai kontrak perempuan yang satu rank dengan saya
walaupun ramai kata dia tak layak sebab umur baru 33, masuk2 terus dapat gred 48
tapi dah rezeki dia, saya tak kisahlah....dan mereka bergabung
ditambah dengan kemasukan budak praktikal, maka 'berempat' mereka memerangi saya
out of 7 orang bawah, 4 seolah2 menentang saya, 2 berkecuali, sorang menyokong saya
saya sedar semua tu, bagi saya selagi tugas rasmi berjalan lancar
mereka tak tegur, mereka tak ajak saya minum
mereka kutuk kaw2 di twitter, di fb saya boleh pandang sebelah mata
dan saya masih boleh 'hidup'
tapi bila saya bagi arahan mereka menolak, itu masa saya perlu bertindak
tambah memburukkan keadaan boss backing mereka
tapi lepas hantar email kepada tataertertub boss terus sakit kepala, darah naik
sebab dia kena jawab bila engarah tataertib email minta dia jawab balik
dan alhamdulillah saya akan bertukar pada masa sama naik 52 dalam amsa terdekat
semua perancangan allah
mengeluarkan saya dari suasana yang sangat saya tak selesa
out of 7 muslim hanya saya, boss sahaja yang solat dan hanya baru2 ini sorang pegawai balik umrah dia bersolat
selain itu, semuanya membiarkan waktu solat berlalu macam tu sahaja
sedih...sedih....sangat sedih...tapi sya hanya mampu berdoa sahaja
kalau saya jadi boss satu hari nanti
dalam setiap meeting pasti saya akan masukkan dalam meeting tajuk integriti
dan akan sentuh pada amalan kita sebagai muslim, apa kewajipan kita
oklah...bebel mengata memang best, tapi alhamdulillah hampir selesai penderitaan saya dari tahun lepas
walaupun berkali2 boss merayu2 sampai nak jumpa KP nak kinta saya tak perlu tukar
tapi saya dah jelaskan pada dia pendirian saya
saya tetap bertegas hendak rebut peluang dan hijrah dalam buat tgas baru- human capital
malah saya dah dilantik menjadi JK to change macc's officer mindset for transformation....
macam2 idea dah dalam kepala ni....mmg banyak yg perlu diubah
MASA DEPAN DALAM KERJAYA
Boss saya bagitau dia pelik
kenapa KP lepaskan saya keluar dari bahagian saya ni
sebab saya sahaja yang agak pakar di bahagian ini
saya yg berpengalaman dalam operasi, pendakwaan dan prnah service di negeri
dia bayangkana kalau saya takde macamana baagian saya nak jalankan tugas2 utama
tapi saya tau apa dalam kepala KP, dia benarkan saya tukar sebab nak groom saya (agaknya)
demi career path saya
dalam sprm ni bukan ramai sangat pegawai perempuan
tambah2 yang ada ni ramai akan bersara dalam amsa 5-10 tahun ni
kalau tak cepat groom pegawai bawahan memang takde sapa nak ambik alih lah
dan kelihatan berbeza dari mereka yang lain adalah sesuatu yang saya tak minta
tetapi keadaan memaksa kerana saya ada prinsip dan saya takkan betah berada dalam situasi yang mana saya tau ada sesuatu tak kena yang berlaku dalam persekitaran kerja saya
saya tak mampu nak pejam mata sahaja
kalau saya gagal, baik saya lari dari suasana itu
biarlah si luncai terjun dengan labu2nya
walaupun saya tau bahawa ia akan menjahanamkan organisasi
tak taulah
tapi kecintaan saya pada organisasi sangat tebal, saya tak suka nampak sesuatu yg tak kena
apatah lagi saya berada dalam area yang mana saya boleh access banya perkara yang dibincang dan diputuskan oleh top management
bukan saya nak tapi sebab saya perlu berurusan dengan all the top management termasuk pengarah2 bahagian, memandangkan saya perlu deraf kebanyak PR yanga kan di release
bahan lebih banyak deraf yang hanya tinggal deraf berbanding dengan yang release
hampir 99% isu yang timbul berkaitan SPRM di media saya bertanggungjawab untuk handle crisis (media angle) dengan menyediakan jawapan/maklumbalas
tetapi apabila deraf berkenaan naik ke atas, selalunya ia hanya tinggal deaf sahaja ataupun hanya blast kepada dalaman sahaja utk maklman
walaupun kadangkala kecewa kerana saya perjuangkan ketelusan, dalam era segala gadget dan masing2 perjuangkan ketelusan
tapi consensus top management untuk berdiam diri dan tidak bersuara buat konflik dalam diri saya
pendirian boss saya sekarang yang berkelulusan diploma pertanian memang lah berbeza dengan saya sebagai seorang emegang ijazah kewartawanan dan sarjana pengajian rasuah
totally different!
masalahnya yang bersuara ke atas adalah boss saya, saya penyedia sahaja, mengumpul input bagi penyediaan deraf
saya selalu berpeluang berdepan dengan dato sri abu kassim
tapi dalam konteks yang berbeza
saya berdepan lebih kepada mendapatkan input penyediaan tek ucapan
brief dia jika ada lawatan atau kunjungan hormat NGO
penyediaan talking point dia dari segi isu semasa jika ada meeting or event penting yanga da sidang akhbar
tapi dari segi perjumapaan setap pagi, boss dan pengarah2 bahagian penting yg mengadap dia
dan prinsip boss saya adalah silent lebih baik
kalau boleh mana2 sidang akhb ar tak perlu hadir
mana2 pihak yang panggil jadi panel angan prgi
oh...saya pula sebaliknya
bagi saya kalau kita betul, kia benar kita kena beritahu
jangan mengelak, kalau kita tak beri fakta memang kita akan terbelit jika media spin semula
tapi mereka suka memilih berdiam dan kalau bersuara enggan berikan fakta sebenar
bagi saya yag jujur itu akan terserlah kejujurannya
bahkan saya pernah suarakan pada dato Abu mengapa kita tak pilih brcakap benar
biar kita bercakap benar, dihentam seketika
kemudian kita tak pening kepala nak taichi
tapi sayangnya idea saya habs di bilik KP sahaja
mereka terlalu takut dengan media
takut bayang2 sendiri agaknya?
jadi demi tidak terus berada dalam konflik dalaman dalam diri sendiri eloklah saya turun ke aras yang kurang tense
tak perlu terlibat dalam keputusan dan mengetahui tindakan top management
saya nak cuba bidang baru
buat HR dan mencuba mencabar diri mencba sesuatu yang baru
dan yang bagusnya rakan sejawat saya tiga daripadanya adalah pegawai khazanah nasional
yang bekerja secara kontrak untuk 2 tahun
maka saya akan sama sekali dapat keluar dari suasana biasa
akan bekrja dengan gaya kerja mereka daripada latarbelakang sektor swasta
akan dapat belajar cara mereka buat keputusan
cara mereka merangka kerja
cara mereka bertindak
syukur ya allah
maka selepas dua tahun ini insyaallah cara dan corak kerja saya akan berbeza hendaknya
dan selepas dua tahun harapnya sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup saya
doakanlah
pada masa sama saya plan akan sambun belajar
diploma eksekutif di UM
telah mendapat keizinan suami
moga semuanya berjalan dengan baik
mulanya terfikir sambung belajar untuk hilangkan kebosanan
tapi bila fikir mendalam takde salahnya
mencuba bidang baru, sambil buat human capital saya belajr tentang human rezource
kan sangat berkait rapat tu....
dua2 berjalan serentak
suami dah izinkan maksudnya tentu dia sedia untuk bantu kos yuran yg kesemuanya RM13,600 utk dua tahun
RUMAHTANGGA
Ya allah nikmat yang Allah beri saya sekarang terasa cukup sempurna
bimbang juga saya kerana terasa apa di sekliling sudah begitu sempurna
yerlah selama ini ujian merata2 keliling saya
sekarang apa yang menjadi ujian adalah suasana pejabat jer
lain2 berjalan lancar
sedikit sebanyak ujian sudah juga nampak sebenarnya
bila baru2 ini Allah uji saya melalui Hani
Hani lari dari madrasah
bila sya kaji banyak juga puncanya
asalnya saya post mortem lain dapatan saya
tapi selepas muzakarah panjang disertao perbahasan
dan lelehan air mata
kami suami isteri dapat buat kesimpulan
yang hani sebenarnya ada satu perasaan melanda diri dia
selepas saya berkahwin baru
aslnya ia positive tetapi akhirnya menjadi negative
sebenarnya hani ada perasaan cemburu
melihat ammienya kini bahagia
dan dia 'terkeluar' dari kebahagian tu
so....
she want to be part of the happinest
saya pun terasa begitu
dia anak kecil yang dahaga kan kasih sayang seorang ayah
mulanya saya ingat dia suka bla saya tak kesunyian
mulanya memang dia bahagia
tetapi bila lama2 dia melihat saya bahagia
dia terasa yang dia kesunyian agaknya
dan dia terasa yang dia sepatutnya ada bersama saya
membayangkan betapa bahagia saya dan abi nya
perkara ini disedari suami saya
sebab kondisi suami dan hani hampir sama sebenarnya
itu sebab apa hani rasa suami saya boleh rasa
ayah suami saya pun kahwin tiga
mak mertua isteri kedua
isteri pertama ada 3 anak (sama keadaan dengan isteri pertama hj sidek, 3 anak)
ketiga2 anak ini tidak dihirau dari kecil, membesar sendiri
suami saya dalam buaian lagi mak dan ayahnya bercerai
kemudian ayahnya kahwin lain dan mak tiri conquer suaminya tak dibenarkan jumpa anak2 isteri terdahulu
dengan mak ketiga ada 5 anak tapi tinggal 4 seorang meninggal (sama dengan aza yang ada 4 anak dengan hj sidek)
so hani hanya seorang adik beradik, begitu juga suami saya hanya seorang adik beradiknya
kemudian mertua saya kahwin dua kali lagi dan dapat seorang anak
anak yang ada tu sangat dikasihi dan dimanjakan oleh mertua
tapi yang suami nak fokus adalah nasib dan layanan dia terima dari ayah sendiri dan ayah tirinya
katanya mengendap2 nak jumpa ayah sendiri
sebab kampungnya berdekatan
malangnya mak tirinya tak benarkan
sembnyi2 nak jumpa ayah bila usianya dah remaja
dan ayah tiri pun dia cuba menagih kasih tapi tak dapat
suami dihantar untuk duduk dengan neneknya
masa suami ulas kembali sejarah hidup dia ni
bergenang air mata dia, saya sangat memahami kesedihannya
sebab sejarah dia membesar turut diceritakan oleh adiknya yg mak no 3
juga abangnya yang mak no 1
Harom dan Zainal dari dua mak yang berbeza, kesemuanya membesar dengan cara yang berbeza
itu panjang lagi ceritanya
balik pada hani
lepas suami buat andaian begitu barulah saya dapat merasakan apa hani rasa
dia ingin berada bersama saya dan abi nya
dia nak rasa kegembiraan sebuah keluarga
oklah panjang ceritanya....nanti sambung
Wassalam