Saturday, August 31, 2013

Perkembangan terkini saya

Assalamualaikum w.b.t


Status saya

Syukur alhamdulillah

Tak semua orang dalam hidupnya diberi Allah peluang kedua

Apatah lagi peluang kedua tu jauh amat lebih baik dari peluang pertama

Maksud saya peluang berumahtangga

Syukur alhamdulillah sahaja yang mampu saya panjatkan ke hadra Alla swt

Walaupun tidak sempurna tetapi kekurangan disana sini itu adatlah 

Dan kekurangan itu tidaklah menjadi kudis bagi saya

Perjalanan hidup saya kini sudah mengahmpiri sempurna sebenarnya

Tiada ujian minda, emosi dan gangguan luar lain yang menerjah hidup saya

Walaupun baru2 ini diuji dengan slip disc dan menjalani pembedahan

Namin, kehadiran suami saya membuatkan semua ujian dan kesakitan dilalui terasa ringan

Apa lagi yang saya ingin kan...

Dengan suami yang hampir sempurna mengikut piawaian saya impikan

Dan anak yang sihat, cerdik, ceria dan sanggup bermujahadah

Ibu mertua yang sentiasa mengambil berat dan menganggap saya umpama anak perempuannya sendiri

Sementelah dia pula tiada anak perempuan

Apa yang saya tak dapat rasa dari ibu saya sendiri  kini dihantar Allah ibu mertua yang memberi seluruh perhatian pada saya

Menelefon saban waktu hanya bertanya khabar saya

Membekalkan macam2 bila saya balik ke rumahnya

Allah maha mendengar 

Semua bisikan dan keluhan  hati saya kerana merasa kurang sangat diberi perhatian oleh mak saya kini allah makbulkan melalui ibu mertua

Nikmat mana lagi yang ingin saya dustakan

Ya allah terlampau banyak nikmatNya

Kadang2 saya berfikir apa pula ujian selepas ini kerana merasa segalanya kini bahagia....


Suami

Suami saya kini bermula 1 Ogos bertuka kerja kepada syarikat baru

Sepatutnya dia melapor diri ke Petronas semula pada  1 Ogos

Bertugas di pelantar di Trengganu

Selepas dua bulan on off darat laut bertugas di pelantar Gumusut Kakap di Sabah/sempadan Brunei

Tapi memandangkan dapat offer lagi bagus di syarikat lain, tawaran Petronas diketepikan

Faktor asal kerana gaji, Petronas sebagai GLC tak berani offer tinggi

Sedangkan syarikat lain memberikan tawaran lebih tinggi

Banyak atau sikit gajinya tidak memberikan kesan langsung kepada saya

Sebab suami saya ni seorang yang rasional

Dia berbelanja ikut keperluan bukan ikut kehendak

Mula2 hari tu masa baru kawin saya macam terkabur atau tersalah tafsir

Sebab masa tu nampak macam nak apa terus dapat, macam petik jari jer

Sebab masa tu apa keperluan yg takde semua on the spot dia akan belikan

Rupanya bukan semua keadaan dia akan pertimbangkan begitu

Selepas semua keperluan yang perlu untuk saya dia penuhkan

Maka, dia akan pertimbangkan secara rasional untuk belikan sesuatu

Macam kereta kembara saya, rasanya berbelas ribu dah dia guna untuk repair

Dua kali tukar gear box

Beberapa kali repair

Tak salah saya dia ada kira dalam RM12k dia keluarkan utk kembara

Sebab pada dia itu keperluan

Kalau ikut kehendak saya, saya nak tukar jer kereta baru

Tolak nissan dan kembara, ambil satu kereta lain

Tapi suami saya tau tu kehendak saya bukan keperluan

Pada dia kembara tu dah fit the purpose

Kecil, auto sesuai untuk saya

Tak perlu tambah beban ambil kereta baru

Nak jalan jauh estima dia ada...hmmmm sabar jerlah

Kalau ada duit cukup nanti saya usahakanlah sendiri

Cuma sesekali dapatlah juga merasa duit dia belikan apa kehendak saya

Selalunya takkan dapat dengan mudah

Macam mesin jahit, dia tetap tak mahu belikan

Sebab nampak macam katanya tu bukan keperluan

Ada pengalaman dengan isteri pertama yang mana mesn jahit dibelikan membazir

Takde satu hasil jahitan yang nampak pada akhirnya

Justeru saya menjadi mangsa

Justeru, saya beli sendiri mesin jahit menggunakan wang hasil sewaan rumah di Seremban

Begitulah suami saya, sekarang gajinya basic RM35k tapi saya macamtu jugaklah....

Tak dapat menempel nak itu ini dari dia secara langsung

Tapi duit belanja makan minum dan groceries tu memang dia belikan

Kalau nak masa ke shopping complex tu sapu sekali lah

Tu pun kena ikut piawaian dia

Kalau saya dapat terangkan keperluan sesuatu benda tu dengan baik

Dan dia puas hati barulah dapat

Selalunya saya pun takdelah nak ambik benda tak tentu arah dan tak perlu

Sebab rumah apartment ni kecik jer dah takde space nak sumbat

Rimas sangat kalau barang banyak dalam rumah

Ok nak bebel sikit

Cuma kalau ada yang  saya masih tak dapat terima yerlah

Sifat suka bebel

Ya allah kalau dapat peluang bebel mmg rasa macam nak pecah dada

Tak tahan dengar dia bebel

Sekarang saya fahamlah kenapa suami tak suka isteri membebel

Memang sakit jiwa kalau dia dah mula bebel

Ada jer isu yang nak dibebel

Ekonomi, kewangan, kesihatan, kebersihan

Bagi jerlah isu apa, kalau dah mula bebel memang tak tahanlah

Yang lagi tak tahan bebel tu isu yang diulang dan diungkit

Heheheee....adoi meleleh taik telinga tak tahan kena bebel

Yang mampu saya buat diam jerlah

Sebab apa dia bebel....sebab dia ni jenis suka buat sesuatu sempurna dan teratur

Saya fahamlah kalau orang jenis perfectionist ni

Kalau ada org yang perfectionist ni saya minta maaflah

Sebab saa sangat tak sesuai dengan pemikiran dan pegangan orang yang sentiasa mencari kesempurnaan ni

Memang dalam keadaan tertentu kita mahukan kesempurnaan

Mahupun semua ikut perancangan

Tapi kadang2 kesempurnaan itu isu kedua

Proses mencapai kesempurnaan tu yang lebih penting

Proses pembelajaran itu yang mematangkan kita

Tapi suami saya jenis nak kesempurnaan, tanpa kesilapan

Tak mahu ambil sedikit risiko pun

Macam contoh last week

Kami duduk di Renaissance JB

Dia habis kerja sabtu 

Tapi saya pelik kenapa tak nak balik sabtu petang

Tetap nak balik ahad pagi

Rupanya hari perjalanan dia hari ahad

Jadi tak nak balik sabtu sebab takut apa2 berlaku dalam perjalanan susah nak bersoal jawab

Hidup dia juga ikut jadual

Kalau dah plan akan sempurnakan 4 kerja yang dirancang sebelum keluar dia akan laksanakan juga

Kalau tak dapat dia akan kecewa

Masa duduk di JB dengan dia memang semua dia dah plan

Tak payahlah nak susah hati or sibuk nak rancang

Melainkan kita boleh nyatakan kat mana nak makan

Maka dia akan pertimbangkan kalau sesuai boleh masukndalam plan dia

Kalau tak sesuai dia akan anjakkan masuk dalam plan esok

Kadang bila dia dah latih saya macamni buat saya lagi malas nak masuk campur

Ikut jerlah plan dia

Walaupun kadang saya rasa tak praktikal bagi dia ikut plan tetap ikut plan

Eh entahlah....susah jugak saya nak adaptasi cara suami saya ni

Mujur juga takdelah kerap sangat masa bersama

Jadi masa dia takde tu dapatlah saya uruskan diri sendiri tanpa dikawal oleh jadual ditetapkan suami


Hani Suhaila Sidek

Hari raya baru ni kesian pada hani

Saya tak dapat bawa dia jalan2

Memang dia sedikit frust

Tapi apakan daya saya 

Saya tak dapat nak membantu banyak pun

Hani semakin matang

Namun satu perkembangan dia yang saya lihat ialah dia semakin perlukan perhatian

Mungkin kehadiran abi dia membuatkan dia rasa sedikit tergugat

Walaupun dia tidak berkata apa2

Tapi saya tau dia kalau boleh ingin bersama sama saya

Namun satu yang menggembirakan saya ialah dia menerima kehadiran abi dengan baik sekali

Bahkan saya rasa detik ini adalah detik paling sempurna dalam dia mendapat kasih sayang kedua ibubapanya

Sesuatu yang dia tak pernah rasa seblum ini

Tidak merasa kehadiran seorang ayah walaupun ayahnya wujud depan mata

Tidak nampak cara seorang ayah menzahirkan kasih sayang kepadanya

Kali ini dia nampak ayah depan mata

Dapat merasa disayangi, diberi perhatian dan dapat dipenuhkan apa yang diimpikan

Dua minggu lepas, sehabis cuti raya, kami suami Isyeri hantar semula dia ke madrasah

Dia minta dibelikan almari berkunci atas arahan pihak madrasah

Dia minta yang kecil dan simple sahaja, hani ni tau2 jerlah

Nak beli apapun akan tanya ammie, "ammie ada cukup duit tak nak beli ni?"

Itulah hani

Anak yang sentiasa berlapang dada (kecuali ada anasir luar pengrah dia atau melibatkan sesuatu yg dia amat minati) tapi jarang2 sekali berlaku.

Anak yang dah biasa hidup mujahadah dan susah payah

Anak yang berdikari dan tau meletakkan dirinya sesuainpada keadaan

Adakalanya amat bangga dengan dia

Membayangkan usia saya 10 tahun dengan dia seusia itu sekarang adalah umpama langit dan bumi

Amat jauh sekali kematangan kami

Cuma susah payah tu ada sedikit persamaan

Dan hani ada kelonggaran dari segi kemewahan makan minum

Cakap nak makan apa sahaja, pasti ditunaikan saya

Cuma dia jenis tak suka makan sangat yang pelik2

Makanan asasi sahaja jadi idaman dan kesukaan dia-makan nasi lah

Dan ironi nya sebenarnya saya semakin kurang berkongsi perasaan dengan dia

Lebih banyak masa dihabiskan dengan kawan2nya

Jumpa saya pun 80% cerita tentang kawan2

Dan rasanya dia sedang melalui peralihan ke alam remaja

Cerita2 tentang isu2 orang dewasa selalunya

Tetek pun dah mula macam nak tumbuh

Kalau palai t shirt dah mula nampak kesan puting (ahaks)

Kena cerita sebab nanti2 senang rujuk

Saya nak cerita pada raya baru ni aza ada sms saya 

Asalnya lepas dia tau saya operate dia ajak hani raya terus dengan dia di PD

Saya bincang dengan abi nya rasanya dia tak setuju

Hani pun tak setuju

So hani beraya di kampung dengan saya

Kemudian raya kedua dia nak datang ambil hani sampai raya keenam 

Nak bawak hani balik PD 

Aza kata macam biasa dia akan bawa hani duduk rumah tok melah (mak dia)

Malam balik tido rumah taman bayu (rumah aza)

So bila tanya hani dia kata xnak sebab boring duduk rumah tok melah

Lagipun dah besar kan, mesti dia malu raya duduk rumah atok org lain

So saya kata hani tak nak ikut ke PD

Then raya ke 4 katanya akan datang ambil hani di rumah saya

Nak bawa hani ke rumah terbuka adik Hj Sidek di semabok ker telok mas entah

Tapi hani tunggu dari pagi sampai ke tengahari tak sampai2

Saya sms aza katanya dah nak sampai tapi tunggu tak sampai jugak

Hani pun kononnya nak hilangkan bosan menunggu pergilah ikut sepupu dia beraya

Raya kat rumah jiran2 jer pun

Balik beraya satu rumah dia balik jengah ayah dah sampai ke belum

Tapi tak sampai2 jugak

Akhirnya zohor baru hj sidek dan aza serta semua anak2nya sampai

Semua anaknya -elyas, hani syakirah, zubair manakala hani sofiyyah tak datang

Aza bawak jugak anak dengan suami dulu, khairin nazurah

Dah besar2 anak aza

Sempat jugak hidangkan air dan makan kuih raya

Semua anak perempuan aza pakai jubah dan purdah

Mengerlip2 jubah anak2 nya

Termasuk jugak purdah aza mengerlip ada batu2 ker manik ntah

Anak perempuan (shakirah) siap pakai rantai tangan (besarlah jugak)

Penting tu sebab semua yang dia pakaikan anak dia sepatutnya hani juga berhak 

tiba2 perkara ni terlintas masa malamnya bila ber whatsap dengan iza kakak hani

Tapi nampaknya satu hak hani pun tak ditunaikan

Hanya bayar zakat fitrah sahaj, baru tahun ni pulak aza sms bagitau tak payah bayarkan zakat, walhal tahun2 sebelum ni takde pulak

Ya allah sebenarnya saya tak kisah sangat tapi bila anak2 aza datang semua berpakaian baru dan jubah2 cantik mengelip

Saya bayangkan apa lah salahnya campak sehelai jubah hitam pada anak yang ni, sambil2 belikan anak2 aza tu

Takpun aza takkanlah tak teringat yang hj sidek ada sorang lagi ana kat sini

Belikanlah sehelai takde mahal mana pun

Tak payahlah harapkan nak belikan barang emas, sehelai jubah pun dah berbesar hati dah saya dan hani

Bukan saya tak mampu, tapi saya dapat rasakan kalau ayah dia belikan hani jubah tentu hani akan terharu dan menghargai

Bila bincang dengan iza, dan kami flash back memang kami sedar akhirnya

Aza dari dulu memang takkan support hj sidek untuk melaksanakan tanggungjawabnya pada anak2 lain selain anak dia

Itu memang terserlah dari dulu lagi

Semasa zaman saya menjadi madu dia

Cuma pada masa itu hani tak terlibat

Hanya melibatkan anak hj sidek dengan arwah kak nani

Banyaklah peristiwa yang mana saya dapat simpulkan aza memang takkan support hj sidek untuk bantu anak2 dia 

Masa tu saya memang mainkan peranan menasihati hj sidek bahawa tiga anak terdahulu juga adalah tanggungjawab dia yang akan dipersoalkan di akhirat  nanti

Ada juga lah tindakan2 Hj sidek masa tu dalam menjaga kebajikan anaknya

Tapi sekarang takde sapa nak nasihat kot, memang dia lupa teruslah hani ni

Macam lepaskan betul tanggungjawab dia terhadap hani

Hanya sekali dia bank in RM150, itupun saya yang minta dia bank in nafkah utk hani

Itu masa awal penceraian dulu, selepas tu memang tak pernahlah

Masa bulan april lepas saya hantar hani ke kelantan, nak balik dia beri hani RM5 jer

Lepas ni wajarkah saya sendiri sms hj sidek minta nafkah hani

Bukan saya nak sangat tapi saya kesiankan dia di sana nanti

Apa dia nak jawab nanti???

Adakala terfikir juga nak bagi nombor akaun tabung haji hani

Bila dia rasa nak dia bole bank in kan ke TH jer

Sekurang2nya dia lepas tanggungjawab dan tak disoal nanti

Entahlah....sesekali terfikir perkara ni, rasa sedih pun ada, sakit ati pun ada

Mujurlah juga iza ada, banyak perkara share dengan dia

Ok lah sambung kisah hani gi raya tadi....

Hani pulak tak tau kemana

Agaknya dah habis round jiran dekat ke rumah jiran jauh pulak kot

kemana entah di beraya sampai tak dapat dikesan

Mak saya cuba cari rumah terdekat tak jumpa

Masa tunggu tu aza dan anak2 nya masuk ke rumah saya

Hj sidek tunggu dalam serena dia

Saya minta suami pergi jumpa dan bersalam

Masa suami bersalam tu suami kata air muka hj sidek macam terkejut

Tak taulah apa yang dia terkejut, tak sangka kot dapat berdepan suami saya

Mungkin juga dia tak sangka saya bersuami lagi, selama ni dengar2 cerita jer

Akhirnya nampak betul depan mata

Kebetulan suami saya sibuk juga masa tu

Sebab kepala paip sinki dapur rumah tercabut

Ahirnya lepas tunggu dekat sejam hani tak balik2 juga

Rasanya dah jauh langkah dia beraya

Azan zohor pun dia tak balik solat

Sudahnya hj sidek  dan gerombolan balik dan teruske rumah terbuka tu

Agaknya lepas sejam barulah hani balik

Dia solat kat masjid rupanya

Lepas tu pergi rumah terbuka kawan sepupu dia

Memang ingat nak balik katanya tapi macam tak sampai hati 

Dah kawan kak uda (sepupu dia) ajak maka dia pun ikut jerlah

Kesimpulannya pada Hani ayahnya memang dah tak wujud dalam kepala dia kot

Bagi dia langsung tak terkilan tak dapat ikut ayah

Bagilah pandangan apa sahaja yer....saya dah letih nak sambung menaip

Berapa banyak kali berhenti pun tak taulah....

Wassalam