Monday, September 16, 2013

Hani lagi....

Assalamualaikum w.b.t



Ada cerita yang negatif juga pasal hani

Biasalah kanak kanak 10 tahun yang terpaksa mengurus hidup

Tanpa bantuan dan tanpa pedoman

Di kelompok yang besar

Yang berbeza usia

Juga berbeza suasana dengan rumah sendiri

Tentu ada banyak pelajaran hidup yang dia tak teroka lagi

Paling bakar darah masalah penjagaan barang

Masalah hani yang paling ketara;

1. Tak basuh baju
2. locker sepah
3. Barang hilang
4. Bagi orang pinjam barang
5. Tak mandi
6. Dan macam macam lagi

Pasal bagi kawan pinjam barang tu, beberapa kali dah saya nampak masa saya ziarah dia, ada kawan pakai tudung dia.

Bukan kisah sangat tapi peraturan madrasah memang tak boleh pinjam meminjam

Bayangkanlah bukan selalu saya datang ziarah

Yang datang tak selalu tu pun boleh terserempak pulak dengan kawan yang pakai tudung dia

Yang geram tu tudung murah tak lawa tak pinjam pulak

Yang branded pulak diorang berkenan

Macam ahad lepas, saya datang saya standby tunggu hani di tempat menunggu

Dari jauh saya nampak ada satu pelajar ni pakai tudung shocking pink

Memang saya kenal sangat lah

Sebab kaler shocking pink jenis kain denim tu jarang ada 

Sebab cutting tudung macam dewasa, brand pearl haya

Saya dekati budak tu saya tanya terus, ni tudung Hani kan...

Terkejut budak tu,,...

Saya kata kat dia, makcik tak marah tapi makcik harap awak tak pinjam tudung kawan

Mak awak kalau tau anak dia pinjam tudung orang tentu dia marah

Dulu pun ada sorang budak besar pinjam juga

Masa tu pakai tudung hani yang mahal jugak

Brand al Barakah

Saya bukan apa, saya kalau beli tudung hani

Saya nakkan tudung yang selesa, yang dia boleh sarung terus tapa scarf dalamnya

Taulah budak...scarf xpakai, yang bagi pun hilang entah kemana

So memang tudung dia jenis tak perlu scarf, ada awaning tp yang bukan awning keras tu

Tudung labuh dari 5 tinggal 1... Bayangkanlah

Masa saya datang hari tu, kebetulan saya bantu kesan tudung labuh dia

Saya tengok ada satu tudung tu macam tudung dia

Masa tu tudung tu berlonggok, baru lepas angkat

Saya check tengok penanda yang saya jahit dah takde

Dia dah gunting jahitan tu, tapi mujur ada kesan lubang2 jarum huruf H

Saya tandakan huruf H saya jahit berulang2....

Jubah labuh hitam dua tinggal 1

Tak dapat dikesan lagi kat mana jubahnya...xtau sapa yang dah ambil

Bukan senang nak cari jubah yang kaler hitam semata2

Madrasahnya pulak xboleh ada apa2 sulam, renda atau jahitan warna lain

Sebelum raya hari tu memang saya ada standby beli satu dress hitam tapi ada lace putih dan manik di leher dan dada

Takperlah tu dah xnampak sebab dalam tudung

Benag putih jahitan smocking di hujung lengan saya buang

Tu jerlah saya bawak baru ni bagi dia buat sementara sebab seminggu jubah pakai untuk ke kelas dia tak basuh

Bila saya bebel kenapa tak basuh pandai jawab katanya tak berbau 

Sebab dalam jubah dia pakai baju lain...

bila ahad datang tanya ada baju kotor or rendam tak

Tak pernah jawapannya takde

Sure ada jer yg berendam

Tanya kenapa xbasuh

Takde masa lah ammie....jadual padat

Hmmm....ada jer alasan dia...

Pastu saya jawab, kalau takde masa kenapa di ampaian tu banyak baju basah bersidai?

Budak lain kenapa ada masa, semua diberi 24 jam

Selalu jer nak kena ingatkan dia jangan leka, gunakan kesempatan yang ada untuk basuh baju

Tak tau macamana nak ajar dia dah

Memang susahlah kan pasal basuh baju dengan tangan

Air paip pulak bercatu

Nak mandi tu kena angkat air masuk bilik air...

Biasanya mereka mandi di luar sahaja

Mandi dengan baju-baju sekali

Tapi dah suasana begitu dia kena sesuaikanlah diri







 Wassalam

Monday, September 2, 2013

Entry ini khusus cerita Hani

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang meluat saya selalu cerita yang positif tentang hani

Kata kata tu doa

Maka cerita dan kata kata yang baik tentang hani itu adalah satu doa dari saya ibunya

Bukanlah doa ibu adalah yang paling afdhal dan masin mulutnya

Moga moga allah makbulkan

Semalam sesampainya saya ke madrasah saya menjenguk melalui satu lubang seperti tingkap

Lubang hantar makanan sebenarnya tu

saya jenguk kerana saya tak mampu menolak pintu pagarnya

Berat sungguh, tak mampu ditampung tulang belakang saya yang masih rapuh ini

Ketika itu Hani sedang khidmat di dapur

Bercahaya dan tersenyum manis wajah hani tatkala melihat wajah saya muncul tiba tiba

Mungkintak menyangka

Dan mungkin terlalu bahagia dan gembira

Sehingga saya sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata kata bahagianya dia apabila nampak wajah ibunya

Berkali kali dia mengungkapkan perkataan ammie.....ammie...ammie

Macam seolah nak mengatakan sesuatu tetapi tidak terungkap

Kerana kegembiraannya yang tak terluah itulah agaknya sukar untuk dia mengungkapkan kata kata

Saya amat memahami perasaannya itu

Kerana saya lebih lagi merinduinya

Cuma saya ini jenis tidak betah meluah perasaan selain kepada suami

Kalau kepada suami hamboi bukan main lain

Kejap kejap berkecil hati

Tak saya terasa hati dia yang akan jauh hati

Semuanya kerana kedua dua kami punya sifat berterus terang

Transparent sangat

Saya telus bila suarakan perasaan saya

Ayat saya direct, sharp dan memang saya bagitau semuanya...

Selalunya perselisihan menerusi medium komunikasi mesej

Ok ipad problem....sambung.... Wassalam