Monday, July 21, 2014

kisah madu dan bekas madu

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak menulis. Saya beri fokus pasal kisah madu dan bekas madu saya untuk entry kali ni.

1. Bekas madu- aza

Aza, baru beberapa hari lepas operation. Saya dimaklumkan iza yang ayahnya ada bagitau ummi akan di operate atas sakit yg sama macam sakit makcik kau dulu, kata ayahnya. Jadi iza dan saya anggap aza kena slip disc macam saya kenalah tu kot.

Semalam iza maklumkan aza dah tiga hari operate tapi tak sedar lagi. Masih di icu. Hishhh pelik sangat kenapa operation slip disc sampai 3 Hari tak sedar2 Kan.

Saya difahamkan hj sidek juga minta along abang iza untuk postkan kerusi roda. Ambil dari rumah tok melah mak aza di port dickson

Katanya aza juga tak boleh jalan kena guna kerusi roda. Wah parah tu. Lumbar berapalah agaknya yg terkesan sampai aza tak mampu berjalan.

Rupanya hasil pertanyaan iza pd khairin anak aza, aza operation pada tulang di tengkuk. saya memang tau aza ada problem dengan tangan kanan dia yang dari dulu tak kuat. Agaknya ia berkaitan saraf di tengkuknya.

Tak sangka ia berkaitan slip disc jugak. Sakit dan sihat semua dari Allah. Tak boleh jangka bila akan datang dam bila akan pergi.

Tahun lalu apabila saya operation slip disc saya terdengar bahawa aza dan hj sidek menafikan bahawa sakit saya antara asbabnya adalah khidmat hj sidek yang stroke. Semacam saya dianggap mereka2ka  Cerita.

Tapi tahun ini aza pula diuji. Alhamdulillah dia ada anak yang dah besar yang ma.pu jaga aza masa tak sihat. Tak dapat bayangkan hj sidek yg oku dengan jalan seret kaki guna tongkat jika bersendirian kena uruskan aza yang tak sihat tak boleh bangun.


2. Madu- muni

Kan saya ada tulis entry lepas muni jatih longkang tapak tangan patah kan, masa kami  uat kenduri jan lepas sebelum ke umrah...katanya sampai sekarang tangan masih bengkok. Ok saya bukan nak cerita pasal tangan dia bengkok tu.

Saya ni dalam keadaan serba salah. Sangat sangat serba salah. Diluah mati mak ditelan mati bapa dan disimpan lama pun makan jiwa.

Suami saya kahwin dengan saya selepas beberapa bulan dia hidup sendiri. Dia ulang alik rumah apartment di selayang (kenanga apartment) dan di plaza indah, apartment di kajang yang saya tinggal sekarang.

Dia hidup sendiri selepas tiada persefahaman dengan isterinya. Pergaduhan yang kerap dan perselisihan pe dapat dan cara yang sangat berbeza...perkara ini bukan sehari dua tetapi sejak mula kahwin. walaupun anak sudah 4 Orang tapi chemistry tu tetap tak wujud.

Ok nampak macam pelik kan..yer memang pelik pun...berkali2 Saya tanya suami betulker dia jalani rumahtangga macamtu...dia kata betul..

Saya pun tak percaya macamana situasi ini boleh jadi dalam sebuah rumahtangga. Tapi selepas mendapat keterangan adik ipar iaitu adik suami dan mertua saya yang melihat secara dekat perjalanan rumahtangga lebih 25 tahun itu dan hasil pemerhatian dan perbualan dengan muni akhirnya saya bersetuju...mereka memamg tiada chemisry sejak mula kahwin.

Yang menyebabkan ikatan perkahwinan bertahan ialah sebab anak pastinya dan sebab suami selalu out station dalam setahun maybe 6 Bulan jer di rumah...dan ketika time off dia pun bulan duduk di rumah, keliar memancing, berburu, menembak, hobi dengan parangnya dll.

Saya secara dekat memerhati peribadi suami dan madu saya pun boleh nampak dua watak, dua character dan dua corak pemikiran yang sangat bertentangan. Saya sendiri tak dapat bayangkan bagaiaman suami saya bertahan sejauh ini dalam berhadapan dengan situasi itu.

Dikhabarkan, dia memang kurang komunikasi, bercakap hanya perlu dan berhubung banyak secara tulisan, muni yang banyak sms dia...dan dia juga mengelak dari perbalahan dgn belajar dr pengalaman, dia akan turutkan apa jer kemahuan muni supaya tak jadi gaduh dan timbul masalah.

Suami saya orangnya serius, berpengatahuan, cekap berfikir dan huat keputusan, bukan jenis merenyeh...sharp and komited serat very high dicipline.

Muni pula seorang suri rumah sejak kawin, anak sulung yang dimanjalan ayah ibu atok nenek. Malah sering mewar2Kan dia me jadi rebutan ramai baik semasa baby bhkan maklumkan sepatutnya dia kahwin dengan doktor yg masuk meminang.

Dan muni ni dia macam dalam dunia dia sendiri. Dia banyak jigak bergaul macam ada kakak angkat adik angkat. Tapi dia bulan jenis minat mengambil tahu isu semasa. Dia dwngan dunia dia. Sekolah setakat ting 5. Umurnya beza beberapa bulan dengan suami.

Dia pun bukan jenis ke masjid dengar majlis ilmu....tapi muni jenis pandai cakap. Dan kalau kita bercakap beberapa ketika dengan dia pun kita akan tahu cara dia berfikir. Mudah jer nak analisis.

Terutama kalau kita dalam mode mendengar sahaja....eloklah iyerkan apa dia kata...dengan pergaulan terbatas dan pengetahuan terhad biasanya orang sebwgini rasa dia cukup tahi segalanya dan bercakap dengannya kita akan dapat rasakan dia dominon dan dia yang betul. Dapat tak agak karakter muni?

Jadi suami banyak diam dan tak layan. Benda itu berterusan dari semasa ke semasa. Sampai mencecah 20 tahun lebih. Dia terus dominon dengan sikap dia dan suami pula mertua kata macam kerbau kena cucuk hidung. Sampai tahap suami tak berhak tegur anak kalau tegur akan jadi gaduh sebab muni akan pertahankan anak-anak.

Sad to say anak2 mereka belum nampak yang menjadi. Menyedihkan. Tapi sebab suami beralah dan tak nak jadi gaduh besar maka suami pandang dan tengok jerlah. Sayang sangat hidup mewah selesa tapi anak2 tak ambil peluang balas jasa ayahnya.

Nanti sambung

 Wassalam