Thursday, December 11, 2008

Nov '06

Wednesday, November 29, 2006
Anakku


Ini gambar semasa Hani baru pandai berjalan. Nampak tak lesung pipit kiri dan kanan, sampai sekarang kalau jalan mesti ada yang tegur lesung pipit dia cantilah, nak pinjamlah, macam anak cinalah, kata anak angkatlah...sebab saya ni hitam manis dan tak lawa orangnya, beza betul dengan anak ni.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 11:02:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Anakku1


Ni gambar Hani tahun lepas, masa kami gi Cameron Highland. Sekarang ni dah besar sikit, nanti saya upload gambar dia hari raya. Saja suka-suka nak test posting gambar.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:50:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

****************************************

Gambar Hani


Ni gambar hani, lagi pandang wajah dia lagi tambah sayang...
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:26:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Ni gambar anak tiri saya, Hani Shakirah, ada tak rupa anak saya, Hani Suhailah yang posting atas tu?

Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:21:00 PM 0 cetusan hati

****************************

Senario semasa

Bismillahhirrahmanirrahim

HAL KERJA

Minggu ini dari Isnin sehingga hari ini jadual kerjanya penuh, tak dapat nak mengulau langsung. Hari isnin, sepagi-pagi tu mesyuarat ketua unit, pengarah kami naik pangkat dan akan bertukar menjadi pengarah dinegeri Kelantan mulai 1/1/2007 tapi tangguh 1/2/2007 kerana pengarah di kelantan tu gi Mekah, jadi tak dpat nak serah menyerah tugas, jadi sekarang ni dah hujung2 lah dia, makin banyak pesanan dan makin galak mengadakan mesyuarat nak settlekan Kertas siasatan2 yang ada dan urusan nak rasmikan pejabat pulak pada Januari ni, jadi banyaklah benda yang nak dibincangkan dengan ketua2 unit. Petangnya pulak, saya dah sibuk buat persiapan untuk bicara esoknya, Selasa. Bicara di mahkamah Sesyen KP ni saya sebagai pegawai siasatan nya dan kes ni dibawa oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam negara. BIla call DPP katanya esok nak panggil saksi utama dan nak mainkan tape rakaman dan dia dah bagitau plan saksi2 mana nak panggil. saya pun call saksi terbabit walaupun sebelum ni sapina semua dah di serve. Bila settle call saksi semua saya pun prepare barang2 kes pulak dan memandangkan DPP kata nak mainkan tape saya pun bukalah beg barang2 kes saya, punyalah kalut saya cari tape asal, cari punya cari tak jumpa. Bicara yang lepas 26/6/2006 saya tak dapat hadir sebab saya emergency leave sebab suami baru kena serang stroke, so saya serah untuk jaga kes pada pegawai lain yang dah pindak ke Perak, jadi saya call dia tanya pasal tape asal, dia pulak tak ingat. Punyalah kecut perut, kalau barang kes hilang memang kena tatatertiblah jawabnya. Saya pun call balik DPP, rupa-rupanya dia dah tender ke mahkamah tape dan transkripsi sekali. leganya hati lah hai...

Hari Selasa pulak pagi2 terus ke Mahkamah KP yang makan masa lebih setengah jam, nasib baik kali ni DPP pergi sendiri kalau tak setiap kali saya nak ambil dia di hotel dulu dan bawa ke KP. Masa tu pulak saya tak bawa duit langsung, ingat pagi tu sempat nak tekan duit, tapi sebab malas nak drive dan tumpang kereta jabatan yang officer lain yang terlibat sebagai saksi maka tak sempatlah nak tekan duit. Nasib baiklah masa minum pagi di gerai sebelah mahkamah- En R, pegawai yang sama rank dengan saya, dia ni Ketua Cawangan jabatan kami di PD keluarkan duit untuk bayar minum untuk semua. Apa nak buat kenalah tebal muka minta dia bayar dulu. Biasanya kalau ada bicara memang IO kena bayar dulu untuk saksi dan DPP lepas tu boleh claim dalam elaun keraian 5% dari gaji.

Hari tu sepatutnya panggil 4 saksi, tapi sebelah pagi lepas DPP panggil saksi utama bagi keterangan, lawyer OKT cross tapi sampai jam 1.00 tengahari selepas labih kurang sejam cross dia minta tangguh dengan hakim, hakim sound jugak dia kata bila kes nak habis kalau asyik tangguh je, tapi nak buat macamana dah lawyer dia minta tangguh. Sambung bicara 4 Januari, saya pulak sebagai IO akan kena panggil untuk bagi keterangan. Itulah yang PM komen hari ni dalam page depan paper nasihat peguam jangan tangguh kes. Kami pun sebenarnya menjadi mangsa sebab lawyer selalu minta tangguh sedangkan dipihak pendakwaan semuanya telah bersiap sedia. Kes banyak tangguh bukan kerana kita yang lemah dalam siasatan/pendakwaan semata-mata tapi banyak kerana faktor luaran. Dalam paper semalam dan hari ni ada juga kata nak tambah/tak perlu tambah kuasa B*R dalam pendakwaan, sebenarnya apa yang perlu ditambah adalah jumlah DPP yang ditempatkan di B*R, kerana banyak kes yang perlu dicharge tapi DPP tak cukup kita sebagai pegawai badan yang sepatutnya buat siasatan dan dapatkan maklumat pulak terpaksa jalankan pendakwaan. Macam saya ni,dahlah lead unit siasatan negeri nak cover satu negeri nak buat operasi, nak memantau KS, kena pulak bagi ceramah dan jalankan kerja2 pendidikan masyarakat, buat kerja2 pentadbiran, buat siasatan (ada KS sendiri), baca dan minit kertas siasatan pegawai di unit siasatan, buat pendakwaan pulak, dahtu kursus2 pun kena hadir jugak. Kadang-kadang rasa hidup ni takde masa nak buat benda lain, fikir pasal kerja je tak abis2, tension rasanya, dapat pulak pengarah gila kerja, hari Isnin tu dia ada mesyuarat dengan timbalan pengarah Kelantan yang dipanggil datang ke pejabat saya untuk mesyuarat perancangan pelan bangunan pejabat yang akan dibuat pada April depan, mereka start mesyuarat lepas kami abis mesyuarat ketua unit Isnin pagi tu, dan mesyuarat tu dengarnya berlanjutan sampai 1.30 pagi selasa tu, bayangkanlah, tadi mesyuarat Jawatan kuasa menilai Maklumat (JMM) dia citer dia sampai rumah 4.00 pagi Selasa tu siap kena saman polis speed trap lagi.

Nasiblah dapat pengarah yang terlalu rajin kerja, kami kalau mesyuarat bulanan dari 8.30 pagi Jumaat, dimulakan dengan baca Yasin dan tazkirah sikit, tapi sebelum tu kami akan nyanyi lagu jabatan, negaraku dan ikrar integriti dan ikrar penjawat awam. Pagi kami akan mesyuarat berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan hal-hal lain. Tengahari berhenti makan dan buat sambutan hari jadi untuk pegawai yang sambut bulan tu. Petang sambung pulak mesyuarat unit pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, dan yang paling penting prestasi unit siasatan dan perisikan, ketua unit semua kena present prestasi unit masing-masing dan perancangan. Lepas tu siaplah masing-masing kena bantai, mesti ada yang tak kena... yang pasti selalunya mesyuarat tu hanya akan berakhir jam 6.00 petang. Macamtulah bulan-bulan, tapi banyak bagusnya, kami semua bersedia setiap masa. Kadang-kadang kena main politik jugak.

Hari ni saya rekod stetement sorang timbalan pengarah satu jabatan di sini, gred M48 dan dari statementnya saya dapat tau dia ibu tunggal sejak 8 tahun lalu, dan ada juga risik2 dari dia macaman kehidupannya dulu dan sekarang, katanya lebih tenang hidup sendiri banding hidup masa berumahtangga. Ah... banyak pro dan kontra nya.

Tengah rekod statement dapat pulak Ks yang baru diminit oleh pengarah, Ks baru turun dari DPP, baca sekejap tengok satu lagi kes dapat CTP (consent to prosecute)dan saya dapat arahan untuk atur panggil OKT untuk buat tangkapan esok dan rekod percakapan beramaran, Jumaat pengarah arahkan saya tuduh di mahkamah. Petangnya selepas mesyuarat JMM saya call hp OKT, pendek saja saya cakap dan maklumkan minta datang esok ke pejabat saya, tapi reaksi nya (prempuan,37 tahun) macam dah tau kes dia nak kena tuduh, dan dia tanya apa jadi dengan OKT yang lain (kami buka 6 KS di jabatan tempatnya bekerja) kerana kesalahan yang lebih kurang sama.Tapi KS yang lain tak turun lagi. Saya cuma dapat kata, "datanglah ke pejabat esok, kita boleh cerita panjang". Dari nada suaranya saya dapat agak suaranya bergetar seperti mahu menangis. Bila dia tanya, "saya akan kena hukum ke?". Saya jawab,"puan, tu mahkamah akan putuskan". lagi dia terkejut, kes ni akan kena bicara ke? Puan banyak2kanlah doa dan solat hajat. Tu je yang saya boleh cakap. dan saya terus letak telefon. kesian memanglah kesian, dahlah dia baru habis pantang, masa siasat dulu dia tengah mengandung. Tapi apa nak buat, masa buat kesalahan tak ingat dan sedar, dapat duit rasu*h ni memang seronok sebab tak keluar setitik peluhpun.

HAL RUMAHTANGGA

Minggu depan dari Isnin hingga Khamis saya kena ke seminar Siasatan berkaitan Anti Money Laundering Act (AMLA) di JB, Mak ROs pulak sabtu ni nak ke Kedah bawa pengantin sebelah pihak lelaki pulak, anak buah suami dia, dengarnya hari Isnin pagi tu baru sampai sini semula. Mak Ros pulak sejak buat rumah terbuka besar-besaran sehingga sate pun 1400 cucuk, badannya demam macam bentan urat, tak baik2 lagi sampai hari ni masuk 2 minggu dah, mukapun cengkung. Dengarnya dia taknak pergi ke kedah tapi dah semua orang dalam rumah tu pergi, dia terpaksalah pergi. Saya pulak nak ke JB Isnin tu, MAk Ros kata takpelah Hani boleh tinggalkan kat rumah dia tapi saya pulak kesian, nak bagi dia rest rasanya, walaupun Juli naka dia 15 tahun ada untuk perhatikan dan buat susu, mandikan hani tapi rasanya saya nak bagi hani kat ayah dia. tapi sebab dah gaduh ni, malas pulak nak call ayah dia. Tak salah saya pulak ayah dia ada cakap Isnin, 4/11 ni dia kena gi medical board di hospital sebelum perkeso luluskan permohonan pencen Ilat (hilang upaya)dia jadi malas nak bagi dia kat ayah dia. Nak hantar balik kg pulak hani tak biasa dengan nenek kat kg dia tak nak tinggal sana. Serba salah pulak rasanya. Petang tadi saya call ayah dia, nasib baik dia jawab terus saya cakap nak tinggalkan Hani dan dia kata ok. Selesai satu masalah...

Sebenarnya sejak gaduh Jumaat malam hari tu, hp saya tertinggal dalam serena suami, dan saya terus buat tak tau je, takde hp lagi senang cuma orang pejabat je bising call hari ahad nak suruh bagi ceramah hari tu hp saya tak jawab, saksi2 dan DPP pun tertanya2 kenapa call tak dapat tapi saya senang ati sebab kalau hp ada mesti ada je benda saya akan mesej kat best friend saya mengadu masalah rumahtangga tapi kali ni saya cool dan diam serta simpan sorang je ... tenang hati dan perasaan. kalau tak bila gaduh saya cenderung send sms pada suami dan masa tulah selalunya saya akan untuk pujuk dia "maafkan" saya. Kali ni takde hp saya pun okay je. Tunggulah sikit masa lagi saya akan beli hp baru, dan bagitau simcard lama tu hilang dan minta pegawai teknik pejabat dapatkan simcard baru dari CELCOM. Kami pegawai kumpl A dapat hp dan talian dibawah pendaftaran jabatan dan kami diberi kadar panggilan rasmi RM200 sebulan, nak taknak kena on hp 24 hours. Tapi saya tak pernah salahguna hp tu, panggilan personal saya tandakan pada bill dan bayar sendiri.

banyaknya pulak saya menulis kali ni, penatlah pulak...
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 09:00:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

****************************

Tuesday, November 28, 2006

"Entah kenapa?"
Bismillahhirrahmanirrahim

Entah kenapa kali ini saya tidak sedih!
Entah kenapa juga kali ini saya langsung tidak terharu!
Dan entah kenapa kerna itulah kali ini tiada setitis air mata pun yang tumpah!

Adakah itu tanda tiada lagi kasih antara saya dan suami?
Adakah itu petanda saya sudah sampai tahap berputus asa?
Adakah itu petunjuk sampainya masa untuk saya terima cabarannya?

Entahlah...
Biarlah masa tentukannya...
Apapun Hani tetap anaknya juga...
Tiap malam saya akan hubungi ayahnya dan terus serahkan gagang kepada Hani
Saya tiada nafsu dengar suaranya!
Saya juga tidak mahu dikata apa-apa olehnya!
Biarlah ia berlalu sendiri sehingga dia putuskannya sendiri...
Lagi cepat lagi bagus...
sebelum saya berubah hati...untuk kembali seperti sebelum-sebelum ini!
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/28/2006 08:54:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


*********************************

Monday, November 27, 2006

Saya bukan siapa-siapa
Bismillahhirrahmanirrahim

Andai saya tdak punya kerjaya seperti hari ini, tidak kahwin dengan manusia ini, dan tidak punya zuriat secantik ini, saya pasti bukan siapa-siapa...

Tapi 1 September 2000 saya memilih kerjaya ini, bertukar dari seorang wartawan penyiaran menjadi pegawai siasatan, pada 6 Jun 2001 dari rancak bercinta dengan suami orang tiba-tiba saya memilih menjadi isteri kedua suami orang yang lain.

Natijahnya, pada 5 Jun 2003 saya melahirkan seorang puteri yang saling tak tumpah seperti ayahnya. malangnya panas ditengahari yang disangka hingga ke petang rupa-rupanya bukan sahaja mendung yang datang dipetang hari bahkan ditengahari lagi mendung telah menjengah sesekali petir dan guruh juga singgah dan bah besar juga telah melanda. Dari sebelum mengandung, mengandung melahirkan dan tempoh membesarkan anak saya tetap sendiri-sendiri walaupun adakalanya suami ada disisi. jarang benar ada rasa dalam hati bahawa hidup ini dikongsi.

Kerap saya disalahkan apa-apa sahaja... malas mahu bercerita, hanya memburukkan apa yang sedia buruk. Salah saya sememenagnya ada, namun bukan saya pinta untuk mendapat layanan sempurna tetapi saya tak pernah mendapat yang seadilnya. Tak pernah dapat bersuara, sekiranya "berani mati" bersuara ancaman cerai sahaja modalnya. Cuma saya sahaja belum berani menyahut cabaran itu. Terbaru, "kalau kau nak cerai balik ni pun aku boleh ceraikan"!. "Apa abang cakap ni?" Itu sahaja soalan yang mampu sya keluarkan. Sudah biasa sebenarnya sudah terlalu biasa dengan ancaman itu.

"Kau tau tak aku korbankan perasaan dia, pecahkan hati dia semata-mata nak kawin dengan engkau", itulah alasannya lagi dan lagi... perasaan isterinya yang satau itulah yang dipentingkannya. Korban perasaan saya, ibu bapa saya dan korban perasaan hani yang jarang dapat bersamanya tidak pernah difikirkannya. Kali ini nekad, sekiranya diizinkan Allah, biarlah saya hidup berdua sahaja dengan Hani, tidak ada apa-apa yang rugi, melainkan Hani akan kurang masa dengan ayahnya, itu saya akan uruskan. Kiranya ada masa yang sesuai dia akan saya titipkan pad ayahnya.

HAL KERJA

Balik ke pejabat hari ini, telah tertulis di white board saya perlu hadir seminar siasatan di JB pada 4-7 Dis ini, walaupun penat tapi dalam tempoh berkrisis ini ada baiknya sya menjauhkan diri dari dia. hani juga akan saya terus hantar ke rumah Mak Ros. Andai dalam hati dia tiada saya, saya juga malas ingin maklumkan dia saya akan ke JB minggu depan. Saya tahu dia takkan mencari saya selagi saya tidak mencari/memujuk/marayu dia. Sekali ini saya tawar benar-benar tawar hati untuk memujuk. BUkan selamanya salah saya. saya bukan boneka, tidak boleh bersuara kalau ada yang tidak kena, sya ada hati dan perasaan, bukan barang mainan seks yang boleh disuruh datang dan pergi sesuka hati.

Biar..biar..biar segalanya Allah tentukan.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/27/2006 10:27:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

************************************************

Sunday, November 26, 2006

Perasaan
Bismillahhirrahmanirrahim

HAL KERJA

Lebuhraya Utara Selatan,menuju JB, 22/11/2006

Saya bersama suami bertolak jam lebih kurang 2.00 petang tanpa membawa Hani. Hotel Puteri Pacific JB telah pun saya booking semalamnya. Paginya jam 9.00 hingga 11.00 pagi saya memberikan ceramah di Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar, PD dihadapan engineer, manager dan lebihkurang 30-40 kakitangan TNB di situ. Kali kedua memberi ceramah membuatkan saya biasa-biasa saja, tanpa rasa gusar. Namun, sangkaan saya meleset, 30 minit pertama sahaja saya dihujani seribu satu pertanyaan yang membuatkan saya mula berasa saya perlu kawal keadaan sebelum mereka mencari kelemahan saya. Semua soalan sebenarnya dapat saya jawab dengan jawapan berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan cuma audien ini semacam tidak puas hati. Mungkin kerana kurang faham atau kerana sengaja mahu melihat reaksi saya. yang bertanya itu bukannya manager, engineer sebaliknya saya melihat mereka yang duduk di belakang dan berumur sekitar 40 an. Ceramah saya yang sepatutnya habis 10.45 pagi dan 15 minit diperuntukkan bertanya soalan menjadi meleret2 kerana bukan sahaja mereka sering mengangkat tangan bertanya soalan semasa saya berceramah malahan sessi soal jawab juga hampir 5-6 orang dibarisan belakang berdiri sekaligus ingin bertanya soalan. Apapun saya mengambil pengajaran bahawa sekiranya begini situasinya saya akan menyediakan slide power point yang lebih banyak beserta contoh kes yang lebih. Selepas habis ceramah semasa sessi minum pagi bersama urusetia barulah saya difahamkan bahawa yang bertanya soalan itu adalah ahli kesatuan sekerja (union) TNB. Mereka memang suka menimbulkan isu, kata urusetia itu. memangnya benar kerana soalan yang dikemukakan itu bukan level saya yang patut menjawab, banyak yang menyentuh dasar/polisi negara.

23/11/2006, Mahkamah Sesyen 3, JB, 9.00 pagi-5.00 petang

Sebelah pagi, debaran saya yang sepatutnya peringkat maksimum untuk membawa kes yang julung2 kali saya bawa menjadi biasa-biasa sahaja kerana malamnya IO memaklumkan bahawa peguam OKT (Orang Kena Tuduh)telah memohon tangguh kes untuk hari ni sebaliknya meminta kes jalan hari Jumaat sahaja. Bagaimanapun apabil sya bertanya soalan kepada jurubahasa mahkamah, mereka tidak ada menerima apa-apa suratpun dari peguam OKT. Maknanya kes akan jalan seperti biasa, bagaimanapun debaran saya yang meningkat awalnya menurun kembali apabila peguam OKT memaklumkan kepada hakim bahwa dia terpaksa meminta tangguh kerana ada kes di Mahkamah tinggi dan bicara jalan sebelah petang sahaja. Petangnya jam 2.00 ptg debaran saya yang memuncak menemui titik klimaksnya apabila saya berjaya memulakan perbicaraan tanpa sebarang masalah dan untuk hari pertama saya telah memanggil 3 saksi untuk memberi keterangan dan dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dengan kasut tinggi saya berdiri bertanya saksi solan demi soalan. Pinggang yang sakit bertambah lah sakit. nampaknya hari pertama peguam OKT tidak banyak mengemukakan bantahan dan juga semasa cross examination. Bagaimanapun Saksi Pendakwaan (SP)ke 3, hanya sempat membuat pemeriksaan utama, bagi pemeriksaan balas akan disambung hari Jumaat.

Pada hari Jumaat pula, saya mohon izin dengan tuan hakim untuk menambah beberapa soalan kepada SP3 dan juga ada 2 dokumen yang sepatutnya saya tender semalam tidak ditender kerana semasa saya mohon izin penangguhan sebentar nak ambil dokumen asal dari IO hakim tidak benarkan penangguhan dan akhirnya saya terpaksa tender dokumen tu pada pagi Jumaat. Hari Jumaat tu rupanya tidak menjanjikan langit selalunya cerah. Selepas saya menyoal beberapa soalan kepada SP 3 dan tender dokumen, peguam OKT, En R yang sebelumnya dalam perbualan dengan lawyer2 lain yang ada dalam mahkamah tu dikatakan lawyer gila, telah menunjukkan kegilaannya semasa menyoal balas saksi sehingga saksi saya dah hilang pertimbangan dan menjeling2 ke arah saya minta bantuan tapi saya hanya jari telunjuk dan bagi sokongan pada dia untuk terus jawab dengan jujur. nasib baik juga saksi saya wanita 40 an tu pandai jawab dan apa yang dia tak faham terus dia kata tak tau. Ada juga ketika dimana hakim sendiri tak faham soalan dari defence council. Nampak gayanya lawyer dia ni macam pelakon, dengan memek muka dan intonasi suaranya yang begitu bernada sesekali begitu keras dan sesekali seperti memujuk dan memaksa. patutlah pun dikatakan gila dan lawyer sebelah saya kata kalau dia terpaksa lawan dengan En R dia pasti tarik diri, tak sanggup katanya. maklumlah En R ni tebal muka dan sanggup berlakun dan kelihatan macam over acting pulak saya tengok ala-ala pelakon Jalaludin Hasan pun ada. Dia pula bekas Timbalan Pendakwaraya Negeri tentu pengalamannya luas.Apapun nampaknya saya telah memulakan langkah pertama sebagai pegawai pendakwa dan selepas ini saya perlu belajar banyak lagi seni kepeguaman apatah lagi selepas ini saya perlu pula membuat submission bagi membuktikan kes ini ada prima facie. Bicara akan disambung pada 19 dan 20 Mac 2007.

HAL RUMAHTANGGA

Saya sebenarnya sudah tidak meletakkan apa-apa harapan pada masa depan rumahtangga saya. Sudah tidak ada persefahaman dan antara kami saling bertengkar dan setiap apa yang saya buat ada saja yang tidak kena pada mata suami. Saya sering berasa serba salah untuk membuat sesuatu malahan untuk berkata sesuatu jga amat memerlukan ketelitian. Sensitivitunya sudah tidak ada batas lagi, luahan kata-katanya langsung tidak memikirkan kedudukan dan perasaan saya, kata-katanya banyak bersifat tohmahan tanpa ada asas dan berbaur syak wasangka yang tinggi. Saya puas meletakkan dan membina rasa hormat padanya walaupun tiada apa tanggungjawabnya sebagai suami yang ditunaikan terhadap saya dan anaknya, Hani. Hanya tanggungjawab yang satu (batin)itulah yanga ada. Memang dari suami sihat dulu dia tak rasa bahawa Hani dan saya ini tanggungjawabnya, makan atau tidak, sihat atau sakit, suka atau duka saya semasa dia tiada disisi pandai-pandailah urus sendiri.

Rupa-rupanya membawa di ke JB satu kesilapan. Perjalanan balik menjadi medan pertengkaran sehingga membuatkan dia hilang pertimbangan dan berkata, "Balik ni pun aku boleh ceraikan kau kalau kau nak". Saya tiada jawapan kerana sebagai isteri saya bimbang tidak mencium bau syurga jika saya yang meminta cerai. Sampai di rumah dari JB jam lebih kurang hampir 9.00 malam dia terus pulang tanpa dapat dihalang. Banyak dialog dan tohmahan pada saya dimalam itu seperti drama semasa di tempat letak kereta. Saya malas mahu mengingati kata-katanya pada malam itu. Dua memang tidak rugi apa-apa meninggalkan saya dan Hani, kerana memang dia tak pernah ada apa-apa komitmen pada kami melainkan datang apabila gilirannya yang sebenarnya utamanya adalah dia datang untuk mesyuarat tabligh yang disekalikan dengan giliran saya iaitu hari rabu (malam mesyuarat) dan hari Sabtu (malam markaz). selain itu, untungnya dia selepas ini ialah saya dan Hani tidak akan menuntut apa-apa kerana memang saya tidak pernah diberi wang belanja untuk diri dan anak, seleaps bercerai (sekiranya pasti) saya telah maklumkan dia bahawa saya tidak akan menuntut apa-apa. Cukuplah rumahtangga yang saya bina selama ini, saya seakan serik untuk menjadi isteri kedua lagi, biarlah saya membujang terus tambahan pula hani ada buat menjadi teman suka dan duka.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/26/2006 07:53:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

**********************************

Tuesday, November 21, 2006

pening...

Bismillahhirrahmanirrahim

Dalam keadaan sakit pinggang masih terasa minggu ni, banyak pula kerja semasa nak disettlekan. Cuma semalam, Isnin je ada rehat sikit. Selain OC (pengarah) takde, AOC (Timbalan) pun cuti, so semalam sayalah, boss kecik jadik boss. Pagi saya buat mesyuarat ringkas unit sisatan tengok balik IP2(Investigation paper) kat tangan IO semua. Bincang operasi minggu lepas, apa tindakan yang dah diambil dan perancangan IO dan jugak merancang operasi untuk minggu depan. Minggu ni tarik hand break, sebab banyak sangat kes kat tangan IO tak selesai lagi, OC pulak dari KL 2 hari terus gi KK pulak sampai weekend minggu ni, next week baru dia ada. Minggu ni dah maklum IO semua masing-masing settlekan IP kat tangan sebab 1.1.07 dapat OC baru, kalau boleh IP buat sehabis dapat. OC baru biar kes dan IP baru. Tapi ada jugak amsalah, satu IO ada 2 kes aktif kat tangan, cuti tanpa rekod sambung belajar di USM, sian pulak nak push suruh siap cepat, yelah nak exam kan, sorang lagi pulak dah 16 hari bersalin, balik ke Raub, ada 2 IP kat tangan, tercepat bersalin 3 minggu tak sempat serah tugas. Saya call kata tak balik sini sampai abis pantang pulak... nampaknya bawa IP ke pengarah barulah...

Hari ni pulak ganti OC ceramah di PD, audien dari Perbadanan Putrajaya. Ikutkan malas nak beri ceramah hujung tahun ni. Tapi sebab dah takde orang sangat dah, penceramah tegar sorang gi exam di USM (2 org peg sini sambung belajar di USM) dan sorang lagi 1.12.2006 ni kena tukar ke Melaka, hari ni pun dia ceramah di Kolej Jururawat KP, yang Ketua Cawangan PD pulak mesyuarat di KL 2 hari. Tak bleh nak taichi dah, kena jugak pi bagi ceramah, asalnya 4 jam, 2 tajuk pulak tu tapi semalam call jugak AOC (Timbalan pengarah yang tengah cuti tu) minta jasa baik dia ambil satu slot sib baik dia setuju. Sedangkan petang tu, ada pulak 2 jam lagi ceramah di Felda S yang AOC akan bagi jugak, nun jauh perjalanan je makan 2 jam. lagi saya awal2 cakap tak larat walaupun tau kalau bagi ceramah sana pengurusan/peneroka tak bagi duit tapi akan bagi cadar/comforter hand made yang lawa, tapi kenang sakit pinggang nak drive jauh, sorry jelah.

Nilah bangun subuh2 saja masuk laman web perbadanan Putrajaya tengok2 apa maklumat yang ada... kang nak bagi ceramah blurr pulak dengan kerja diorang. Mesti buat extra homework jugak walaupun slide semua dah siap. Esok punya hal pun pening jugak ni, esok pagi satu ceramah lagi untuk TNB, lepas tu dari PD nak terus ke JB sebab Khamis&Jumaat ada bicara di mahkamah Sesyen JB. Kali ni gi bawa kereta je, malas nak naik flight, sama je masanya.. lagi leceh naik flight sebab susah nak suruh orang datang ambil/hantar, dan nak bergerak kat sana pun terhad takde transport. IO kes yang sya akan bawa ni pulak lelaki, baru dapat anak dan kerja pulak di cawangan Kluang. Malas nak susah2kan dia. Last2 pujuk husband temankan, bukan apa takut nak drive jauh sorang2 apa2 hal bukan ada sapa2 yang saya kenal baik kat sana nak minta tolong. walaupun hubby dalam keadaan tak sihat dan bertongkat, tapi boleh bagi kuat semangat kalau dia ada, Katanya kakak dia lain ibu pun ada di JB, bolehlah ziarah. saya pun ada pak sedara dan sepupu kat sana tapi takle biasa sangat dengan diorang. Lagipun hari bekerja kan, takkan nak menumpang rumah diorang. Tapi kali ni sebab suami masih tak sihat lagi, tak dapatlah bawa Hani, kenalah dia tinggal rumah Mak Ros 3 hari tu, mungkin Sabtu baru balik sebab on the way balik tu nak singgah Melaka rumah mak dan nak ke Jasin bawa berurut sekali lagi. Banyak tugas ni, kalau bawa Hani kesian kat dia, yelah kanak2 kan nak minta dilayan sentiasa, dahlah saya sakit pinggang nak drive jauh pulak tu, sian pulak ayah kena layan dia nanti mana nak susu, nak mandi pakai baju semua, dua hari suntuk duduk kat hotel mesti dia jemu...

Kali ni bicara mesti tak semangat sangat, dahlah kali pertama bawa fresh case, mesti teringatkan suami duduk kat hotel sorang2, pastu datanglah rasa bersalah. tapi kalau tak bawa dia, terkilan jugak... sebab last pergi hari tu ada driver teksi yang bawa ke senai tu cakap kat Pontian ada tukang urut bagus, teksi ni standby je kat depan Puteri Pacific tu tunggu passenger, kalau ada rezeki kali ni nak cari dia buat tunjuk jalan. Harap kes jalan hari Khamis je, Jumaat tu biarlah tangguh... lagipun defence Council nak gi haji.. takpun harap dia minta tangguh sebab tak prepare, ataupun jalan panggil satu saksi pun cukuplah. Lagipun Jumaat tu saya dah fikir dah macamana hubby nak gi sembahyang Jumaat, dia memang kalau boleh nak gi masjid jugak walaupun sakit. Di sana dia dah tau dah masjid mana nak pergi sembahyang JUmaat, yang user friendly untuk orang-orang istimewa (kurang upaya?) macam dia. Di JB ni mana pulak saya nak bawa dia ke masjid... harap kes abis awal lah.

Satu lagi problem, RM cukup2 je. Hari khamis baru gaji, tak taulah dalam poket ni stand by RM 400 je untuk belanja dan makan, hotel dan minyak jawabnya kad kreditlah. Duit tu pun keluarkan T. Haji, bukan tak cuba save kan duit bonus ari tu, tapi rupa2nya insurans/road tax mampuih 29 Okt, dah tu raya tengok kat rumah mak takde persiapan apa-apa, anak-anak sedara semua nak aksi duit, mak abah pun nak jugak kasi angpau, pas tu bermalam kat hotel PD 2 malam kopak RM 200, tak masuk belanja makan lagi, beli keperluan rumah kg last minit, lepas tu belanja hari2 leps raya ni, dengan belanja dapur, susu anak lagi (malas nak ke shopping centre pakai kad mesti kena belanja lebih RM50) so gi Family store je bayar pakai cash... tulah yang duit kat susut tu. tapi kalau tak gi JB ni kira bujet cukup.

Malam tadi call Zah, my best friend yang buat kuih raya sama2 tu, konon nak ajak dia lah ke JB, rupa2nya husband dia balik dari Labuan Khamis malam, saya pulak abis court case jumaat siang, camno. Dia nak ikut tapi tentulah suami kena utamakan yelah bukan selalu jumpa suami, kan. tak daya dah nak fikir, ikut jelah... semoga Allah beri kelapangan dan kelaratan pada saya handle benda2 ni. makan suami 2 hari tu pening saya nak fikir, takkan nak suruh dia turun cari makan dalam keadaan bertongkat tu pulak, kan... sian kat dia, tengoklah macamana nanti saya minta tolong sapa-sapa pegawai sini belikan makan untuk dia.

Dah nak siap gi kerjalah....
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/21/2006 06:05:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

**********************************

Sunday, November 19, 2006

Penat...
Bismillahhirrahmanirrahim

Bagaimana agaknya rasa menjadi surirumah sepenuh masa? Saya yang duduk dua hari penuh di rumah pun rasa sungguh letih dan penat. Pagi-pagi dah ke dapur siapkan sarapan, sambil-sambil tu basuh/sidai baju. Sekejap-sekejap keluar siram pokok bungalah, sidai baju tu, basuh pulak baju ni, siap yang tu basuh comforter lah, selimutlah... macam-macam. Memandangkan hujan sebelah petang, maka kenalah settlekan baju-baju tu semua, yang kering kena cepat-cepat angkat untuk sidai yang lain. Sedar-sedar dah tengahari, nak kena masak makan tengahari pulak. Walaupun ikan semua dah dibeli tapi menunya yang pening kepala. Bukan boleh masak sebarang, yelah orang stroke kan , garam dan minyak kena kurangkan.

Hari jumaat lepas saya MC pinggang ni teramat sakit, tak boleh nak drive, membongkok malahan berjalan pun sakitnya terasa. Duduk depan komputer ni pun sakit. Minggu lepas minggu yang sibuk. Dari mula kerja selepas cuti hari raya, team siasatan tak pernah rest, dari satu operasi ke satu operasi sehinggalah isnin lepas. Hari selasa jabatan kami buat sambutan hari raya dan deepavali serta majlis perpisahan bagi 2 pegawai yanh akan berpindah Disember ni, jadi saya kena handle dua benda, satu menyambut tetamu yang datang dan pada masa sama kena handle team siasatan jugak, sebab pada hari berkenaan kami memanggil lebih 5 saksi untuk diambil keterangan.

Menyambut tetamu ni, terpaksalah juga sebab saya je pegawai perempuan yang ada (senior) yang lain bantu di dapur, ada di office rekod stetement yang lain-lain tu muda sangat (awal 20 an) dan mereka ni kerani-kerani... tak boleh diharap, ada yang tidur di surau masa hari tu (dah kemudian baru saya tau). Memandangkan ramai juga tetamu perempuan maka sayalah yang kena ke depan, maklumlah ramai juga tetamu VIP yang hadir, ADUN2, Datuk Setiausaha kerajaan Negeri, ketua-ketua Jabatan... last-last saya yang menanggung sakit pinggang. dalam pasa tu kenalah pulak berulang alik dari blok pejabat ke blok sokongan tempat kami buat majlis ni.

Hal rumahtangga (gaduh) saya anggap selesai, bilamana saya call suami dia jawab seperti biasa dan memandangkan Jumaat saya MC, suami balik Jumaat petang tu sampailah ke hari ni, esok pagi baru balik ke PD semula. Dari Jumaat sampai hari ni tulah yang rasa penat tu, selain layan keperluan suami, kerenah Hani juga buat pinggang saya bertambah sakit. Dari pagi dia tak tidur lagi ni dah hampir jam 5 petang dan lebih satu jam cuba tidurkan dia tak juga tidur2, akhirnya baik saya update blog. Sementara suami ke surau solat Asar, saya nak melipat baju yang bertimbun ni, maklumlah seminggu tak berlipat, baju kerja je saya gantungkan.

Semalam ada salesman apartmen di PD SMS saya bagitau ada apartment 3 bedrooms nak dijual pada harga RM 90K, suami ajak tengok pulak petang ni, nanti tak pergi dia kecil ati pulak, sya bukan apa takut naik kereta tu lagi sakit pinggang dibuatnya. Tak taulah katanya lepas asar nak pergi. Oklah.....
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/19/2006 04:28:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

************************************

Tuesday, November 14, 2006

Yang ini agaknya kifarah Allah...
Bismillahhirrahmanirrahim

Saya baru sahaja kembali ke rumah dari pejabat sedari jam 7.30 pagi keluar rumah. Walaupun menjangkau 11.30 malam tapi mood tengah baik untuk tulis entry maka saya sempatkanlah diri meng'on'kan komputer ni. Anak sibuk tengok CD, ntah-ntah dah tidur agaknya. TV untuk dia saya letak di dining hall dan komputer ni di Master bedroom. Dalam kereta tadi dia dah minta kebenaran untuk tengok cd, "Ammie, kakak nak tengok cd kejaaaaaap je, boleh tak?". "Boleh, tapi kejap je tau, kan kakak kata kakak dah menguap, nak tido'. MAsuk rumah terus dia ke dapur dan on kan TV, dia buka CD Mr Bean, ingatkan dah setengah jam menonton dia dah tido, baru sekejap ni dengar suara pingu pulak, dah tukar CD lah tu.

Hari ni, malang bagi saya sebab dalam lebih kurang 9.45 malam setelah kerja-kerja rasmi selesai, saya cuba burnkan gambar-gambar dalam laptop pejabat (dulu saya diberi laptop ni untuk kegunaan saya sendiri, tapi sejak dah ramai pegawai baru dibawah saya dalam unit siasatan ni, saya wakafkan aje untuk diguna ramai, jadi banyaklah gambar-gambar personal saya masih dalam tu, tak sempat burn lagi. Jadi sementara burnkan gambar, saya ke rumah Mak Ros ambil Hani, terlama lah pulak kat rumah Mak Ros sebab cadangnya nak tungu tengok NAsir Bilal Khan, Sapura, Jasmin Hamid yang khabarnya ada berlakun dirumah sebelah rumah Mak ros. Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar pelakon tu, hanya lampu je yang baru siap stand by dipasang, jadi saya pun bergegas balik ke Off dengan hani, dalam keadaan hujan renyai-renyai tu saya terus membelok masuk ke pintu pejabat. Pintu yang automatik tu dibuka muat-muat kereta masuk je, rupanya ruang yang pengawal buka agak kecil, saya pulak tak berapa nampak sebab dalam hujan renyai-renyai tu saya tak berapa jelas sebab dahlah agak gelap lepas tu side mirror kabur sebab ada titisan air hujan dan wiper depan saya tak buka sebab sejak 2-3 hari ni ada bunyi yang menyakitkan telinga, ada yang tak kenalah tu. Jadinya bumper belakang tak lepas pagar tu, makanya jatuhlah dan tanggallah sikit komponen besi di atas bahagian tayar. habis... keluar duit lagi...dahlah hujung hulan lambat lagi.

Sejurus lepas kenan kemalangan tu, saya terus terfikir apalah agaknya dosa saya hari ni yang Allah nak kifarah agaknya. Yang pertama terlintas adalah peristiwa semalam. Apa lagi... saya bergaduh lagi dengan suamilah. Bukan gaduh isu besar pun. Isu kecil, isu yang ranting bukan pokok. Tapi bagi suami isu tu sangat penting agaknya. Entahlah makin sakit ni makin sensitif tak bertempat dia ni.

Sejak Sabtu lagi, selepas balik dari mesyaurat di markas jam lebih kurang 10 malam dia bertanya saya samada esok ni ada program tak. Saya senyap je, tanya kenapa? Dia nak minta saya tolong ambil dia di PD. Kenapa, saya tanya? Jawabnya, dia nak ikut lori angkut barang di KP bawa ke PD, lepas tu nak tinggalkan keta kat sini dan minta petang saya datang ambil dia. Tak ke kerja yang berulang-ulang? Saya kata, ikut jelah lori tu dengan kereta dari belakang, abang balik PD je terus tak payah datang sini pun takpe. Dia terus marah, tak nak tolong cakaplah tak nak, janganlah menjawab macam-macam, kata dia. Saya yang agak geram masa tu sebab dia dahlah sakit, sibuk pulak nak pergi tengok orang angkat barang bukannya dekat KP dengan PD tu. Saya cakap dengan dia, saya pindah dulu sorang je, macam nak patah pinggang, semua saya urus sorang, ni pun tak hilang lagi penat dia, takde orang tolongpun...ni bagilah Kak A uruskan, abang ada duit bayar jelah upah orang, tak payah susah-susah nak ikut sekali orang angkat. Agaknya dia berang masa tu, terus dia tengking saya. Lepas tu terus ambil kunci kereta nak balik PD, tulah yang dia tau kalau gaduh sikit lari balik rumah isteri tua...saya terus ambil kunci rumah dan saya kunci grill. Dia duduk senyap je. Bayangkanlah dalam keadaan sakit jalan bertongkat dengan tangan kiri tak boleh nak gerak dia masih nak merajuk jugak. tengah-tengah malam tu nak balik. Nasi saya dah isi pun tak dijamah. Saya bagi ubat pun tak nak ambil, last-last saya letak kat tapak tangan dia. Saya tak faham orang laki-laki dalam keadaan macam tu pun nak ego?

Pagi tu subuh-subuh dah nak keluar siap dengan terkial-kial dia nak bawa beg ubat dia, dengan tongkat lagi... mana nak buka grill lagi, tupun semua saya tolong, lepas tu saya kata biarlah saya hantar dia ke markas dan petang nanti saya ambil di PD, dia tak nak langsung pandang muka saya. Tak payah, dia warning saya, lain kali janganlah buat suami marah, lepas ni kalau nak jumpa datang PD, tak payahlah balik sini kalau orang tak suka, nak minta tolong sikit pun tak boleh.

Sebenarnya saya kalau boleh malas nak jejak kaki rumah Kak A lagi...lagipun senangnya dia semuanya suami yang sakit uruskan, sedang saya semua buat sendiri. Dahlah dia sekarang 5 hari penuh suami ada depan mata, dengan giliran malam 4 malam, sedang saya 3 malam sahaja, dan dua malam tu suami ada program mesyuarat di markas. Ahad siang pula suami balik lambat dari markas. Macam minggu ni, ada jorr sabtu lepas di PD, jam 6.30 petang baru datang ke rumah saya, ke bilik air lepas tu terus ke markas lagi. malam balik dah gaduh.

Lepas raya ni terlalu banyak benda saya kecil hati dengan dia. Pada raya ke 3, saya, suami dan anak balik ke PD sebab saya dah booking 2 malam hotel sebab semata-mata nak spend masa dengan suami, bukan senang dapat cuti, tapi rupanya perjalanan balik lagi kami dah gaduh. Semasa perjalanan dia ada minta saya tolong tekankan duit di ATM, saya pula macam dah habit kalau nak tekan duit mesti check balance dulu, jadi akaun dia pun saya ter check dan rupanya ada baki lebih RM 5 ribu, saya pun terus agak, mesti ni duit KWSP yang dia layak keluarkan sebab dah menjangkau 50 tahun. Saya langsung tak tau, tak diberitahu dan sedikit pun dia tak ada beri saya duit, saya pun tak ambil kisah. Walhal tentulah dia tahu bahawa saya perlu keluarkan duit untuk persiapan raya anak, rumah dan nak beri emak di kampung lagi. Bahkan minyak Serena hampir RM 200 saya yang isikan bagi perjalanan ulang alik balik ke Malaka masa hari raya tu. Langsung tidak ada menghulur kepada saya sedikit belanja. Zakat saya dan anak pun dibayar sendiri.

Bila masuk kereta semula, saya cakaplah dalam nada bergurau perli dia dan kata dengan anak, rupanya ayah dah jadi OKB (org kaya baru) patutlah dia gaduh nak tinggalkan ibu" Tak sangka rupa-rupanya itu satu kemarahan besar dia pada saya, dia kata saya tak jujur sebab check baki akaun saya tanpa kebenaran dia, sedang selama ni, ked kredit dan kad gaji saya semuanya dia yang pegang. Tak sampai setahun ni sahaja baru saya control sendiri kewangan saya, ketika saya dapat duit RM 15 ribu KWSP dia juga yang putuskan untuk beli itu ini, dan ketika saya buat personal loan untuk deposit beli rumah, semua perbelnjaan saya dimaklumkan terlebih dahulu pada dia. Sekarang saya takde hak langsung bukan untuk dapat duit itupun tapi saya langsung tak berhak untuk tau bahawa dia sebenarnya ada duit. Siapa saya. Sedang Kak A yang kawal semua kewangan dia sekarang, saya langsung tak dibenarkan ambil tau. Yang dia tau, bila dia datang, lauk mesti tersaji, beras, minyak, susu anak, pampers anak, bil apai/air settle. makan pakai semua dah siap. Bahkan raya ni, saya belikan dia 3 seluar dan 2 helai baju yang branded. Sedang dia tidak pernah belikan saya dan anak sehelai bajupun semasa raya atau pada bila-bila masa. Hanya tahun lepas sahaja saya tak belikan dia, hanya belikan abah saya dan suami mak ros, itupun dia ungkit sepanjang tahun...sedang saya yang tanggung segala-galanya tak ada ruang langsung nak luah perasaan, sedikit saya terluah pun boleh jadi gaduh besar pada dia.

Kalau difikirkan dari dulu, saya sendiri gagal mencari sebab kukuh kenapa saya perlu bertahan sejauh ini. Dari dia sihat sehingga sakit, saya tak pernah diberi wang belanja, makan pakai, sewa rumah, duit poket. Tapi yang saya tau sayalah yang belikan pakaian dia dan anak, bayar bil api/air/telefon/sewa rumah, sayalah juga keluar duit lauk, minyak kereta, beri dia duit sekali sekala, sementelah dialah juga yang control semua kewangan saya, dua kad kredit juga satu diguna dia, satu diguna saya tapi kedua-duanya saya yang bayar. Kalau dulu sebelum kahwin setiap bulan saya berikan emak RM500 dan boleh balik setiap dua minggu tapi selepas kahwin saya hanya buat tolakan gaji RM 100 ke T.haji dan kalau balik barulah beri Rm 200-Rm 300. Tapi kerapnya saya hanya dapat balik sekali dalam dua bulan. BIla ditanya dahulu adakah saya tidak perlu diberi nafkah, katanya dengan izin dialah yang membenarkan saya kerja, katanya kalau ikutkan jika dia tak benarkan/izinkan saya beri duit pada emak saya pun saya tak boleh beri. Boleh jadika macam tu kata dia?

Tapi sekali lagi mampukah saya hidup sendiri... walaupun kini sudah ada kekuatan mental, tapi dari segi emosi saya masih lemah...apatah lagi kini Hani sudah pandai ungkap dialog, kakak rindu ayahlah dan bila kena marah sikit mulalah memanggil-manggil ayah... ayah...ayah...

Pada masa ini pun kerja sangat sibuk, hari-hari balik malam lepas satu operasi, satu lagi pula, tak berhenti-henti, nampaknya terisilah jugak masa saya dengan kerja. takdelah asyik pikir masalah rumahtangga. Agaknya apalah hikmah Allah uji saya dengan rumahtangga seperti ini? Agaknya kalaulah saya boleh tau adakah akan ada sinar bahagia di depan sana, tentu saya boleh bersabar dan bertenang dengan semua ujian ini. Dari segi kerja walaupun sibuk, tapi saya bleh buat dengan tenang, maklumlah dulu kalau hari bekerja dan hari giliran saya ada kerja sebelah malam, sya pasti bersalah yang amat sanagt tinggalkan suami di rumah, tapi kini saya tenang jalankan kerja pada sebalah malam kerana tidak ada hati yang saya sakiti kalau balik lambat. Lagipun kini ada 13 pegawai bawah saya dan kami ada team work yang sangat bagus sekarang. Hari-hari balik malam pun hati girang. Tapi masih ada orang lama yang saya masih gagal kontrol sikap mereka. 1.1.2007 kami akan dapat pengarah baru yang postnya sekarang adalah ketua cawangan tatatertib. Tak taulah nanti orangnya macamana.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/14/2006 01:30:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

**********************************
Saturday, November 11, 2006

Yang terindah hanya sementara

Bismillahhirrahmanirrahim

Sakit pinggang yang amat sangat... itulah akibatnya mengangkat benda berat tanpa mengira kesihatan diri. Sejak darjah enam iaitu selepas peristiwa jatuh tangga dan juga kerana kekerapan pada usia sekolah menengah melakukan kerja-kerja mengapak kayu yang besar sekarang baru terasa kesannya. Kisahnya selepas menziarah jiran sebelah rumah ahad lepas yang membuat rumah terbuka, selepas melihat susunan perabut ruang tamunya, berhajat pulalah saya nak menukar gaya susunan perabut ruang tamu saya. Akibat mengalih-alihkan sofa dan ruang tamu sekarang satu kerja pun tak boleh nak buat. Pinggang dah sakit. duduk pun tak selesa.

Malasnya nak masak hari ni, tekak ni teringin pulak nak makan nasi himpit dengan rendang dan kari ayam. Sekejap lagi cadang nak pergi ke Family store dekat dengan rumah ni beli ayam sekor, separuh masaka rendang dan malam atau esok masak kari pulak. Kalau dapat ikan terubuk pun okay jugak boleh bakar untuk abang balik petang ni. Goreng dengan kangkung goreng berlada. Beli buah mempelam 3/4 biji buat jus buah. Untuk abang epal hijau buat jus. Malam ni pulak cadang nak buat kek ringkas. Hari tu ada kawan, Kak Hajar kata nak datang ziarah suami. Kalu datang adalah sesuatu boleh dihidangkan.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/11/2006 10:24:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

***************************************
Thursday, November 09, 2006

Yang?

Bismillahhirrahmanirrahim

Salam Eid Al Mubarak. Terasa berat sungguh nak update blog. Begitu tebal kemalasan dan sementelah pula keletihan yang amat sejak balik dari bercuti raya. Kerja terus-terusan sibuk sehingga ada hari dimana saya terpaksa balik ke rumah jam 11 malam malahan ada juga sehari tu saya hanya dapat sampai ke rumah jam 5 pagi... keesokannya pula keluar seperti biasa.

PERKEMBANGAN SEMASA

Hujung minggu pula seperti biasa suami akan ada dan sepenuh masa khidmat untuk suami dan anak yang mana seminggu penuh masa diguna untuk bekerja semata-mata. Hari raya lalu seperti tahun-tahun sebelumnya, sederhana dan tiada apa yang menceriakan. Memang dari dulu sambutan hari raya saya bukanlah sesuatu yang menjadi agenda penting dalam hidup saya. Pernah tidak membeli walau sehelai baju sekalipun dan pernah juga tidak membuat sejenis kuihpun. Tidak ada apa yang perlu dibesar-besarkan sambutannya kalau tahap iman dan malan di bulan ramadhan tidaklah semeningkat mana. Itu pandangan saya...

Hari ini tadi saya ke PICC Putrajaya sebagai wakil jabatan ada sambutan Hari Integriti nasional. Dari pagi ke petang. Balik pejabat, solat dan terus ambil anak dan kebetulan anak tiri saya (female, 20 yrs) ada menumpang seminggu di rumah saya mengambilnya balik dari kerja di stesyen bas dan lepas tu kami ronda-ronda ke pusat beli belah. Tenangnya je suasana lepas-lepas raya ni tak ramai orang bershopping.

HAL KELUARGA

Banyak nak dicatat di sini tapi bak belajar cerita yang baik-baik walaupun kadang-kadang terasa nak pecah kepala dan dada bila fikir masalah hidup ni. Semalam ada kawan masturat yang dah duduk di doha Qatar send mesej. Antaranya katanya dia kagum dengan ketabahan dan kecekalan saya sejak saya berumahtangga. Dia yang kebetulan pernah berjiran dengan suami semasa masih dengan isteri pertama dulu banyak tahu kisah saya dan suami serta isteri pertama dan madu saya sekarang. Tadi juga kawan baik saya, Zah yang confirm akan pindah ke Labuan Awal tahun depan call dan citer sikit perkembangan sekarang turut kata betapa dia kagum dengan ujian yang saya lalui sedang saya masih mampu berdiri gagah.


HAL RUMAH

Kelulusan pinjaman perumahan saya sebanyak RM160,000 telah diperolehi pada masa ini cuma perlu melalui proses cagaran pmilik lama kepada kerajaan. Namun ada masalah di mana orang yang duduk di sini dahulu tanpa sewa dan dengan janji untuk bayar cukai pintu/rumah dsbg gagal melunaskannnya. Masalah timbul bila keseluruhan jumlahnya mencecah 4K. Owner lama mahu saya tolong membayarnya dengan alasan dia membenarkan saya duduk di rumah ini tanpa sewa. Apabila saya tak mahu bayar, dia mula meminta sewa dengan kadar RM400 sebulan. mana saya nak cari duit, saya masuk dari bulan JUlai lagi, maksudnya RM2,000 saya kena bayar. Sedang bayaran peguam ada lagi masih berbaki dan perlui dibayar RM1,800 awal disember ni. Saya pula yang memang sedia dengan masalah sendiri mula mengugut untuk keluar dari rumah ni daripada saya membayar sewa sebanyak itu, lepas tu lawyer pun takde call2 saya, tak taulah apa ceritanya. Macam-macam masalahlah...

Sebenarnya saya tak kisah untuk bayar kalau dari awal saya tandatangan S&P dulu dia beritahu yang dia nak sewakan rumah tu, tapi dia yang minta saya duduk rumah tu dulu, dengan alasan untuk jaga rumah tu. Yang peliknya, semua potogan yang dia buat untuk bayar rumah ni sehingga semua proses selesai akan dibayar semula oleh kerajaan kepada dia. Maksudnya dia tak rugi apa-apa dengan tolakan dari gaji untuk bayaran rumah ni malahan dia akan dapat duit tambahan bila proses menukar kepada potongan saya bermula. Sekiranya dia membuat perjanjian dengan saya untuk sewa beli pasti saya akan kenakan syarat sebagai tunaikan hak penyewa. Pada masa saya masuk rumah ni dulu, semua tandas flush tak berfungsi, 4-5 lampu terbakar, dinding penuh contengan dan macam-macam lagi. Semua tu saya sorang yang selsaikan. Udahlah penat menyusun barang, bayar upah mengecat rumah, segala macam dengan suami amsih dibosptal lagi pada masa tu. Bila ingat2 kan yang dia nak minta sewa, saya cadang nak duduk balik kuarters je. Lagipun tiada sebab kuat saya beli rumah dan duduk di sini memandangkan suami dah tak bekerja lagi. Saya telah buat kesilapan beli rumah ni.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/09/2006 11:28:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

Okt '06

Monday, October 16, 2006



Yang mutakhir


Bismillahhirrahmanirrahim

Suami keluar pertama kali sejak diserang stroke. Walaupun masih rutin makan ubat dan anggota badannya belum boleh terkena air sejuk namun dia tetap ingin keluar untuk iktikaf di masjid 10 akhir ramadhan ini. Insyaallah allah bantu suami dan insyaalah juga ramai sedia ikram suami yang kini hanya boleh menggerakkan sebelah tangan sahaja. Hari pertama berbuka, via hand phone dia memaklumkan ada ahli jemaah memasakkannya ikan, alhamdulillah. moga-moga suami bertemu lailatul qadr.Hari kedua {ahad} suami tidak dapat dihubungi, hanya mesej setiap kali di telefon. Imsyaalah selamat agaknya. Saya pula menerima kedatangan tetamu,Zah kawan baik saya pada hari sabtu, selepas ke rumah karkun sebelah taman mendengar bayan hidayah jemaah masturat yang keluar 3 hari, terus tetamu saya telefon kata sudah ada di depan rumah. Petangnya terus kami projek buat almond london. Project last minit ini menghasilkan lebih 400 biji almond london yang kami bahagikan lebih2 kurang untuk kami berdua. Yelah... kalau membelinya sahaja kosnya mencecah RM38 100 biji. Semalam, ahad kami berdua membuat samperit. Hai... suami sibuk buat amal di masjid, isteri pulak sibuk buat kuih di rumah. Semalam juga, cadangan kami nak ke bazar ramadhan tak kesampaian, kerana petangnya hujan dan anak pulak tidur. Jadinya kawan saya menekan/membakar samperit, saya pula memasak, menunya sambal ketuk, telur asin, telur masak kicap dan sayur sawi masak bening.

pokok mangga pauh didepan rumah memang lebat buahnya, jadi buah-buah yang jatuh saya pungut terus dibuat jus. Alhamdulillah, jimat duit dan kami berbuka penuh selera.Hari ini {isnin} saya kena handle satu operasi, Jumaat lalu saya dah buat taklimat pada semua pegawai jadi hari ni, buat briefing ringkas , semua team akan terus bergerak ke lokasi yang terbabit. Memandangkan pengarah takde sepanjang minggu ni kenalah saya terima tanggungjawab penuh handle operasi ni. walaupun timbalan pengarah ada, tetapi awal-awal tahun dulu pengarah dah warning dia tak boleh campur urusan siasatan dan perisikan, dia hanya bertangungjawab atas pentadbiran/pencegahan/pendidikan masyarakat sahaja.

Sementara diaorang jalankan tugas dan bawa balik dokumen dan saksi (mungkin sampai petang), dan saya monitor dari office, bolehlah saya meronda-ronda ke bandar settlekan bayaran bil apa yang patut hari ni....kan hari ni hari gaji sedunia.
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/16/2006 02:37:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

**********************************

Tuesday, October 10, 2006



Yang indah-indah Ramadhan ini...


BismillahhirrahmanirrahimKerja.....

Saya bukan perasan sibuk sehingga entry yang terkini ini rata-ratanya dicopy paste dari fail-fail simpanan saya. Tetapi saya cuba belajar untuk sampaikan sedikit ilmu apa yang ada, moga-moga dapat kita manfaat dari tulisan itu daripada saya bercerita yang bukan-bukan tentang rumahtangga, kan?. Bagaimanapun, sepanjang isnin dan selasa hari ini, masa bekerja saya dipenuhi dengan merekod beberapa percakapan (statement)beberapa saksi, Isnin statement Juruteknik paginya dan tengahari membawa ke petang sehingga hampir maghrib merekod statement jurutera. Mencabar sungguh rekod sttm bulan Ramadhan, mana tidaknya saya dan saksi macam berlumba-lumba menguap. Tak ke kelakar? hari ni 8.30 pagi sambung lagi saksi yang semalam. Hampir jam 2.00 petang baru tamat. Jadinya, semalam sehari suntuk di bilik bersma saksi dan berhadapan komputer dan hari ni separuh lagi masa habis begitu.

Dengan merujuk timbunan fail yang mengandungi angka-angka kepada saksi, cukup meletihkan fikiran. memandangkan siasatan dijalankan bentuk operasi maka pegawai perakam percakapan terpaksa create soalan on the spot darpada penemuan-penemuan daripada keterangan saksi dan melihat pada dokumen. Ahhh... cukuplah cerita hal kerja, saya sendiri bosan memikirkannya.Hari raya dan RumahtanggaHari ini Rabu, suami akan balik ke rumah saya sebelah malam selepas habis mesyuarat. Saya pula seharian mengalami pening kepala yang amat sangat dan puncanya saya sendiri tidak pasti. Seharian ini minyak angin cap Ka*ak jadi teman.

Kalau ini symptom nak dapat orang baru alangkah bahagianya.Hari ini juga saya menguruskan membuat tempahan bilik/apartment untuk hari raya pertama dan kedua, memandangkan suami tidak mahu balik ke kampung kerana "tak sesuai katanya" maka saya lah yang terpaksa datang ke suami di PD. Untuk duduk sekali di rumah kak A..tidak, tidak saya tidak mahu ada sengketa baru antara kami. Cukuplah selama ini. Saya mampu aturkan rumahtangga saya dan saya akan usahakan apa-apa aje asalkan saya dapat bersama suami dan anak dengan tenang tanpa gangguan walaupun saya terpaksa keluarkan kos yang tinggi. Hari raya pertama suami akan ke Kuala Selangor kampungnya, bersama-sama Kak A dan anak-anak, itu katanya dan ia tidak ada mengundang saya bersama.


kalau diundang sama pun tidak sesuai rasanya. Kak A dengan 5 anak dan saya dengan Hani pastinya serena tidak memadai. dan saya tidak mahu jadi seperti malukut di tepi gantang, siapalah saya dicelah-celah kesibukan anak-anaknya. Biarlah kalau ada masa yang lain, saya pula pergi bersama suami dan anak-anak dari isteri pertama suami dan tidak ada gangguan dari anak-anak Kak A yang sememangnya lasak dan memeningkan.Apapun, raya pertama biarlah saya bersama ibu bapa di kampung dan anak2 saudara pastinya menanti-nanti sepupunya, Hani kerana hanya setahun sekali sahaja mereka berjumpa. Raya pertama dan kedua seluruh masa saya akan dihabiskan bersama suami kerana selepas itu, saya akan kembali bekerja.

Sudahlah ramadhan ini hanya 2 hari bersama suami, harap Kak A faham dan tidak membuat "hal". Dari dulu sebenarnya saya suka hari raya tapi selepas kahwin entah kenapa hari raya selalu jadi masalah bagi saya kerana aturan masa suami selalu tidak menyebelahi saya. Namun anak sedikit menyelamatkan gelora perasaan dan kesediahn. Selalu dikala orang lain bermaafan dengan suami, saya merenung kosong ditingkap bilik terkenangkan suami yang sibuk dikelilingi isteri dan anak-anaknya di PD. Apalah nasib saya...

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/10/2006 09:49:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


**********************************
Yang anda perlu tahu & amalkan
Bismillahhirrahmanirrahim

sihat mengikut cara islam

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dgn membuat amalan spt:-
1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang- kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-).Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu kepadanya.

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/10/2006 06:18:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

************************************

Sunday, October 08, 2006

Wajah-wajah Hani





Wajah-wajah hani
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/08/2006 04:16:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


**********************************

Yang berlalu jadi pedoman


Saja nak test masukkan gambar. Yang baju merah belakang sebelah kanan mata terpejam tu Hani, yang lain tu semua anak kakak di Johor.BismillahhirrahmanirrahimLokasi : Dalam BilikWatak : Saya dan Abangsenario : Saya sedang mengurut kaki suamiSaya : Abang, saya dah siapkan dan akujanji yang abang nak tuu...Abang : Tersenyum simpul (mata terpejam)...Saya : Abang nak baca tak?Abang : Simpan jerla... baca sendiriSaya : lahh... abang kata nak?Abang : Buat akujanji dengan diri sendiri jelah...Saya : Abang bacalah jugak, akujanji saya buat tu bukan untuk saya je, untuk abang jugak!Abang : Tersenyum-senyum lagi..Saya : Abang, tak naklah gaduh macam ni berulang... saya rasa saya dipihak yang teraniaya...Abang : Mata pejam tapi telinga dengar...Saya sambung lagi...Saya : tapi sebab abang sakit saya fahamlah... mungkin tabiat orang sakit agaknya.Abang : Diam... diam... tidur..Saya pun teruslah bebelan dan tanya isu semasa perkembangan diri dia sejak 3 minggu lalu. Belum berhenti kerja lagi katanya, hanya cuti tanpa gaji sampai Disember. 13/14.10 ni nak keluar 3 hari. Alhamdulillah, agaknya ramai sahabat akan ikram dia tulah agaknya kuat semangat dan berani dia nak keluar. Apapun saya doakan agar dia cepat sembuh dan everything back to normal. Bila saya tanya macamana urusan "toilet" sebab banyak jugak surau/masjid yang tidak ada toilet duduk. katanya, dia akan beli kerusi yang ada bowl tu.. sya pun nak ikram suami terus offer nak belikan dan dia hanya mengangguk aje...Apa agakya hidangan nak berbuka petang ni? tanya pandangan suami, katanya pergi bazaar Ramadhan jelah...Abang nak apa? senyap jer.."Abang nak tak ikan bakar? Senyap lagi... "Ada macam-macam kat situ, abang nak ikan bakar terubuk, cencaru ke pari?" Baru bersuara, "Pari..". "Ok, saya pergi lepas asar,lah.., tapi hari ni kat TV cakap ada artislah kat situ, mesti ramai orang hari ni, malaslah nak bersesak-sesak. Sumai kata, "pergilah pukul 4...". Giliran saya pulak senyap...Nak test masuk gambar
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/08/2006 03:54:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

*********************************
Saturday, October 07, 2006


Yang perlu diUTAMAkan...

Bismillahhirrahmanirrahim

TANGGUNGJAWAB SESEORANG ISTERI.Susunan Semula Oleh:Lokman el-Hakim Mahkamah Syariah MuarDi samping perkara hak, isteri juga mempunyai berbagai tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. Di mana tanggungjawab ini wajib dilaksanakan, bagi mengelakkan kepincangan hubungan. Kerana jika seseorang itu tidak mengetahui apakah tanggungjawabnya di dalam perkahwinan, maka disini adalah pintu utama kenapa berlakunya perceraian. Apatah lagi jika berlaku pengabaian.i. Menuruti kehendak suami.Patut disedari di dalam sesebuah perkongsian rumahtangga, siapakah sebenarnya 'boss'! Suami atau isteri? Jika setiap isteri menyedari bahawa dirinya adalah dibawah kawalan suami maka sudah pastinya setiap isteri mengambil berat terhadap setiap keperluan para suami. Dan begitu juga sebenarnya yang perlu dihayati oleh setiap suami bahawa dia adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Maka hal ini jika disedari kehidupan menjadi terancang dan kedamaian dapat diadaptasikan.Suami diibaratkan sebagai seorang raja dan permaisurinya adalah para isteri. Ini bermakna negeri yang diperintah itu memerlukan kebijaksanaan seorang raja disamping sokongan dari permaisuri yang rupawan. Dengan itu kerukunan dapat dicapai. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan isteri untuk mentaati dan mengikut kemahuan dan kehendak seorang raja, kerana kedudukan isteri hanyalah sebagai permaisuri. Ini dirujuk kepada hadis Rasulullah: عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم): "لو كنت آمرا أحدا ان يسجد لأحد لامرت المرأة أن تسجد لزوجها"Daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah bersabda sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya.”Di sini juga termasuklah kewajipan isteri mentaati suami. Kerana hak untuk ditaat itu kepada suaminya adalah terutama.
Perlulah isteri menjaga perasaan dan emosi suami dalam perkara ini, kerana ancaman yang disebutkan dari hadis Rasulullah amat jelas menunjukkan kesan akibat ketidaktaatan isteri terhadap suaminya, sebagaimana sabdanya:عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل امرأتهالى فراشه فأبت فبات غضبان عليه لعنتها الملائكة حتى تصبحDaripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu ia menolak sedangkan suaminya tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya nescaya ia akan dikutuk oleh malaikat (daripada malam) sehinggalah sampai ke waktu pagi.” (al-Bukhari & Muslim)عن زيد بن أرقم
قال قال رسول الله (صلهم):" اذا دعا الرجل امرأته الى فراشه فلتجب وان كانت على ظهر قتبDaripada Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah bersabda: “apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka hendaklah ia menerimanya sekalipun di atas kenderaan.” (al-Bazaar). عن طلق بن على قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل زوجته لحاجته وان كانت على التنورDaripada Talq bin Ali berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya untuk memenuhi hajatnya maka hendaklah ia datang menemuinya sekalipun ia sedang berada di dapur.” (al-Nasai & Turmizi)Turut ditinjau, sejauhmana perlunya isteri itu mentaati suaminya? Apakah kepada semua perkara? Di dalam hal yang sama perlulah isteri ini sentiasa berhemah dalam melayan kerenah para suami, gunakanlah kebijaksanaan dan daya pengoda dalam menyenangkan hati suami sepanjang masa. Selaku seorang insan yang turut dianugerahkan perasaan dan naluri, dengan layanan dan cara yang baik isteri mungkin apa yang dihajati itu boleh dilupakan. Ianya terpulanglah di atas kebijaksanaan para isteri.Tetapi sebaliknya, bagaimana jika suami pula yang menuruti kehendak isteri sepenuhnya, apakah natijahnya? ii. Dari sudut layanan.Isteri perlu memberi layanan kepada suami, di mana di dalam satu buku diceritakan bahawa layanan terhadap suami diumpamakan layanan terhadap anak kecil. Dia memerlukan layanan, belaian dan juga kemesraan. Oleh itu perlu dianggap sensitif oleh isteri dalam hal ini. Kerana ianya adalah skill isteri di dalam merapatkan hubungan berdua. Selain itu, faktor untuk bermesra dan berkasih sayang sesama suami isteri turut menjadi satu objektif perkahwinan, oleh itu tepatlah sebagaimana seruan Rasulullah agar dilihat kepada faktor penyayang isteri disamping beragamanya dalam memilih isteri, sabdanya:عن معقل بن يسار قال قال رسول الله تزوجوا الودود الولود فانى مكاثر بكمDaripada Ma’qal bin Yasar katanya, Rasulullah bersabda: “kahwinilah perempuan yang bersifat penyayang lagi berketurunan kerana banyak anak kerana aku akan mempunyai ramai umat (hari kiamat). (Abu Daud)iii. Menghadirkan perasaan hormat (respect).Wajib isteri memandang hormat terhadap suaminya. Ini bermakna tidak boleh pada hal tertentu isteri memandang dan memperlekehkan suaminya, apatah lagi di khalayak ramai. Sewajarnya suami yang juga ketua rumah dihormati. Di samping ianya mampu menjaga perasaan suami, kerana di sini timbulnya perasaan megah suami dengan hadirnya kehormatannya oleh isterinya. Walaupun adat berkongsi, segala kebaikan kita lihat, begitu juga dengan keburukannya, tetapi jangan diperbesar-besarkan keburukan dirinya hinggakan dirinya merasakan tidak dihormati lagi. Begitu juga jika ini yang dilakukan oleh isteri, bagaimana dengan kelakuan anak-anak terhadap bapanya? Sabda Rasulullah:عن عبد الله بن سلام قال قال رسول الله: "خير النساء من تسرك اذاأبصرت وتطيعك اذا أمرت وتحفظ غيبتك فى نفسها ومالكDaripada Abdullah bin Salam katanya, sabda Rasulullah: “sebaik-baik isteri ialah apabila engkau memandangnya dia akan mengembirakan hati engkau, apabila engkau menyuruhnya ia akan patuh dan ia sentiasa memelihara nama baikmu samada yang berhubungan dengan kehormatan dirinya dan harta benda engkau apabila engkau tiada di hadapannya.” (al-Tabrani)Selain itu di dalam kaedah kaunseling, gunakanlah taktik mengorat (tackle) suami, kerana diusia sebegini dan perkahwinan yang telah lama berpanjangan bagi mengelakkan kebosanan dan jemu, adalah wajar isteri membantu sama dalam usaha suami untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang sedia ada itu. Apalah sangat kiranya isteri menambat kembali hati suami?iv. Menjaga maruah suami (keluarga).Selaku orang yang berkongsi luar dan dalam, wajib isteri menjaga maruah suaminya. Apakah sanggup seorang isteri menjaja-jaja kesalahan suaminya? Ianya mungkin berlaku dalam keadaan tanpa disedari. Kerana jika ianya berlaku ini bermakna isteri tersebut isteri yang tidak berakhlak dan mempunyai pekerti yang buruk.v. Kerahsiaan.Perhubungan suami isteri adalah hubungan yang diberkati. Kerana di dalam Islam pengharaman zina atau perbuatan yang berkaitan dengan kemaluan sangat-sangat ditentang. Oleh itu penyaluran yang terbaik adalah melalui perkahwinan ini. Segala rahsia berkaitan dengan hubungan suami isteri wajiblah dirahsiakan. Tidak boleh didedahkan atau disebarkan (dijaja) walaupun kepada sesiapa sahaja. Kecuali dalam hal tertentu yang diharuskan oleh syarak, seperti dalam pembuktian dan sebagainya.vi. Menjaga keluarga.Di samping itu isteri turut berkewajipan membantu suami dalam menguruskan keluarga, menjaga dan mengawal keluarga. Sebagaimana Rasulullah bersabda:عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم): "..... والمرأة راعية فى بيت زوجها"Daripada Ibn Umar katanya: “Rasulullah bersabda.. isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Bukhari & Muslim)قال رسول الله: "عن عمرو بن الأوص قال قال رسول الله (صلهم) فأما حقكم علىنسائكم فلا يوطئن فرشكم من تكرهون ولا يأذن فى بيوتكم من تكرهون"Dari Amru bin Ahwash berkata: “telah bersabda Rasulullah, adapun hak kamu di atas isterimu ialah mereka tidak membiarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam tempat tidurnya malah juga tidak mengizinkan berada di dalam rumah kamu.” (Tirmizi)Firman Allah: يآيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا “wahai orang yang beriman, peliharlah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (al-Tahrim :6)vii. Membantu keluarga dalam apa jua sekalipun.Selain itu isteri turut berperanan untuk membantu suami dalam apa jua hak dan keadaan. Terutamanya dalam perihal pendidikan anak-anak. Memandangkan suami berkewajipan keluar mencari nafkah, maka bebanan ini tertanggung kepada isteri dalam pendidikan anak-anak. Maka secara langsung dalam soal pendidikan yang turut penting si isteri perlulah berakhlak mulia di dalam menjamin anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Sabda Rasulullah:عن علىقال قال رسول الله: "أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب نبيكموحب أهل بيته وقراءة القرآن فان حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوملا ظل الا ظله مع أنبيائه وأصفيائهDaripada Ali berkata: “didiklah anak-anak kamu mengenali tiga perkara iaitu kasihkan nabi kamu, kasihkan keluarganya dan membaca al-Qur’an kerana sesungguhnya orang yang menghafal al-Qur’an sentiasa dalam lindungan Allah pada hari qiamat, iaitu hari yang tiada perlindungan kecuali para nabi-nabi dan ahli sufi.” (al-Dailami)عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم):"... والمرأة راعية فى بيت زوجها وهى مسئولة عن رعيتها"Daripada Ibn Umar berkata, Rasulullah bersabda: “… isteri adalah pengurus dalam rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dibawah jagaannya.” (al-bukhari & Muslim) Kesimpulannya, terdapat banyak tugasan yang dinamakan tanggungjawab isteri. Jika mampu disenaraikan mungkin ada jua yang tertinggal. Dari itu satu perkara perlu diingatkan bahawa isteri mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap suami dan rumahtangganya. Tidak wajar ianya diabaikan atau tidak dipedulikan. Kerana ianya adalah fitrah berkewajipan, yang tidak boleh dihindarkan.WassalamNota : Moga-moga tulisan ini menjadi pedoman masa depan. Ada juga hadith (tak pasti sahih atau dhaif) mengatakan "seandainya meleleh darah dan nanah daripada hidung suami dan isteri menyapu dengan pipinya, itupun belum terpenuh tanggungjawab seorang isteri"Alangkah besarnya tanggungjawab isteri, kan Rasullullah pun kata, "Andainya dibenarkan makhluk menyembah makhluk yang lain, nescaya kuperintahkan isteri menyembah suami".Saya berdoa agar saya menjadi isteri yang sabar sesabar-sabarnya dan percaya bukan tugas isteri membentuk suami yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya Allah yang pegang hati mereka.Saya perlu banyak berdoa lagi dan lagi...
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 08:13:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


***********************************

Yang sudah-sudah dalam kenangan

Bismillahhirrahmanirrahim

Sekarang ni tengah tunggu waktu berbuka. Suami dari 6.15 tadi dah keluar ke masjid (markaz) kan malam ni malam mesyuarat. Sepatah ditanya sepatah pula dijawab. Saya minta Hani tanyakan, "ayah berbuka di mana?" Ringkas jawabnya, "masjid". Menjelang 3.00 petang sekali lagi kutanya,Saya : "abang berbuka di masjid, bawa bekal ke makan makanan kat sana", Abang :"Makan sana". Aiiik, tanya lagi,Saya : "Abang boleh makan ke makanan tu?" Abang : "Apa-apa je..."Saya : Abih tu abang nak bawak bekal tak?Abang : takpelah...Saya : Saya rebuskan ketupat segera eh...?Abang : Boleh jugak...Saya : Abang nak air apa?abang Milo 'O' ada?Saya : Baru sahur tadi milo abis...Abang : Buat sirap je...Saya : sirap bandung nak tak?Abang : Boleh jugak...jangan sejuk-sejuk sangatSaya : Abang nak sambal ikan ke sambal sardin?Abang : Ikan...Terus bangun masak ketupat segera. Jam 5.30 angkat, sejukkan. Masa : Jam 5.40 petang Lokasi : Ruang tamu, abang menghadap komputer, saya duduk di sofa, anak main motor kanak-kanakSaya : Abang gi masjid pukul berapa?Abang : 6Saya : ye, kena buat sambal ni..Terus bangun ke dapur dan memotong ikan parang dan terus goreng, dan buat sambal ikan. Bila sipa terus potong ketupat segera, masukkan semua dalam bekas, buat air bandung dan terus masukkan dalam beg plastik. kebetulan ada 3 ulas kurma dari Mekah pemberian MB untuk kakitangan pejabat terus masukkan sekali. Bila ke depan abang dah masuk ke dalam bilik air, untuk mandi agaknya. Sekarang semua urusan diri dia dah boleh buat sendiri. Alhamdulillah. kalau dulu semua kena dibantu khususnya untuk basuh "berak kencing", bukan apa takut tak bersih... najis nak bawa sembahyang tak sah pulak nanti. Sementara tu, saya terus gosok baju jubah dan seluar kotak-kotak panjang (sebagai ganti kain pelikat) yang saya banyak saya belikan khusus untuk berjalan keluar rumah dan letakkan atas katil. Sekejap sahaja suami keluar dan sekali lagi semua dia urus sendiri tanpa bantuan saya. Bungkusan makanan untuk berbuka saya letakkan atas meja dan dia ambil sendiri terus bawa ke kereta.Ikutkan hati nak juga bagi hidangan special tapi nak keluar ke kedai kembara dah kena blok. Nak minta kunci serena nak alih ataupun pinjam sekejap malu pulak. jadi, apa yang ada jelah. saya pun berbuka dengan ketupat cicah sambal. Cukuplah tu. Cuma esok sahur rasanya kena keluar malam ani, buat bihoon je ataupun masak asam pedas ikan terubuk. tak taulah lagi...Seram nak menunggu malam ni, rasa-rasanya suami macam nak tidur bilik tetamu yang katil single je... nampaknya tak dapatlah nak kenen-kenen malam ni. Hani pulak tenti nak tidur dengan ibu sebab dah dua malam tak dapat peluk ibu. Nak dekat-dekat dengan suami malau masih menebal pulak.tapi tadi, masa suami nak keluar Lokasi : Muka pintu depanWatak : Hani dan ayahHani : Ayah nak gi mana?Ayah : masjid....Hani: Ibu, amna tudung kakak?Ayah : Tak boleh ikut sayang, ayah gi masjid jauh...Hani : Ayah kawan kakak tak ?Ayah : Kawaaan..Hani : Ayah kawan ibu tak ?Ayah : Kawan (perlahan dan tersenyum-senyum)Yeeeessss!Ayah dah kawan ibu... cerah masa depan...

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 07:01:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


***************************

yang ditunggu telah tiba

Bismillahhirrahmanirrahim

Jam 11.30 lebih kurang h/p berbunyi, saya yang baru menukar nada dering ingatkan bunyi telefon dalam TV membiarkannya kerana ketika itu sedang mop satu rumah dan pada masa itu ada di dapur. Bila ke ruang tamu, baru nampak h/p saya bernyala. Call back, suami jawab terus cakap suruh buka pintu pagar... larrr dah sampai rupanya.Saya buka kunci pagar dan suami rupanya drive sendiri serena tu, anak di sebelah dah tidur dalam perjalanan. Ah, malunya nak bersalam... sya terus dukung anak hantar ke dalam rumah. Keluar semula dan tanya husband boleh keluar, ke? maksud saya muat ke, sebab saya tengok macam sempit je ruang dia nak keluar. Ruang porch rumah saya ni boleh muat dua kereta tapi since sejak pindah ni suami tak pernah bawa kereta so hanya kereta saya je yang parking sini jadi saya letakkan kerusi 2 dengan meja betawi di kawasan porch ni. Jadi, dengan kembara dan Serena tak muatlah pulak, tertonjol keluar bontoy serena tu.. Jadi saya parking kembara santak sampai ke meja betawi tu, serena pulak rapat ke bontot kembara, so suami tak muat nak lalu dengan tongkat dia. Kena pusing ke belakang serena pulak, kena ambil jalan jauh. kebetulan hari ni ada pekerja SWM membersihkan longkang dan tadi betul-betul depan rumah saya, dengan motornya dan pasir yang dilonggok (korek dari dasar longkang) kesian pula tengok suami dengan tongkat ena pulah puising jauh nak masuk rumah.Jadi, saya hanya tolong pegangkan pintu pagar agar ruangnya besar sikit dan mudah suami lalu. Lepas dah masuk rumah, amsing-masing diam dan buat hal masing-masing. Suami baring di sofa dan saya melipat baju, anak menyusu. SAmpailah azan zohor suami ke surau bawa anak, saya solat di rumah dan mengaji, pas tu suami terus masuk bilik anak dan tidur. Saya pulak di bilik tetamu tidur. Anak main-main asyik kacau ibu, last-last bangun jugak masakkan mee goreng untuk dia. Senyap kejap, pas tu bising nak mandi pulak. Ayah masih tidur, berdengkur lagi jap lagi suruh anak kejut solat asar. Malam nilah agaknya baru dia bukak cerita, kor pasal gaduh hari tu... tapi sebelum dia buka cerita saya nak buka cerita dulu. Dah lama simpan dendam ni...

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 03:47:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati
Friday, October 06, 2006


****************************

Yang kurancang



*************************************

Rumahtangga lagi...

Malam ini malam kedua saya bersendirian tanpa anak dan suami. Kedua-duanya di rumah Kak A di PD sedari semalam. Entah apa khabarnya? Pastinya dia gembira kerana dikelilingi adik, abang dan kakaknya dan ada ayahnya dan umminya yang melayan keperluannya sedangkan di sini hanya saya seorang sahaja untuk temani dia dan penuhkan semua kehendaknya.Selepas berbuka saya sms bertanya samaada "saya yang ambil atau abang pulang dengan anak?" Ringkas jawabnya, "abang balik dengan hani besok". Noktah!Oklah alhamdulillah ... akhirnya dia pulang... akhirnya hampir 3 minggu akhirnya suamiku pulang. Setelah serangan sms bertubi-tubi saya hantar untuk membela diri akhirnya saya diberi "kemaafan dendam yang terindah", itupun bersyarat dengan "akujanji". Cuma menjadi tanda tanya bagaimana cara dia pulang esok, belum pernah lagi selama diserang stroke ini dia memandu kecuali memandu kembara auto saya apatah lagi jarak PD ke sini melebihi 40 km dengan membawa anak 3 tahun pula tu. Adakah dia sudah boleh berjalan tanpa tongkat, setelah 3 minggu saya tidak melihatnya, atau adakah tangn kirinya yang kaku itu sudah boleh digerakkan?Takpelah saya akan menunggu dengan sabar esok kepulangan mereka berdua, dua buah hati saya... macam teringat-ingat lagu raya aishah yang dia duduk bertenggek di tingkap rumah menunggu kepulangan orang tersayang. Tapi kali ini semacam ada rasa malu yang menebal untuk berhadapan dengan suami. Harap Hani pandai memainkan peranan esok, saya rasa kekok untuk memulakan perbualan dengannya setelah 3 minggu berhubung via sms saja. Pastinya dia mengharapkan perubahan besar saya...apa ye yang saya nak masak esok untuk berbuka dan bersahur? Esok kalau abang ada akan merupakan kali pertama saya berbuka berteman, itupun kalau dia tidak ke surau. Tapi tak tahu selepas stroke ni apa kaedah dia masa berbuka adakah di rumah @ surau sebab suami tidak boleh makan sebarang sekarang , mesti kurang minyak, garam, gula, kolestrol dan tanpa MSG. Kalau difikirkan berdebar-debar pulak rasanya, apa agaknya respon dia bila tengok saya... sebab kalau pandu pada sms dia peringkat awal gaduh tu ayat-ayatnya kronik betul. Insyaallah bulan Ramadhan yang berkat ni, hatinya lebih lembut dari biasa, doa-doalah Allah bagi keampunan pada saya dan suami. Kan pertengahan Ramadhan ni merupakan bulan Maghfirah

(keampunan).

****************************************

Kerja-kerja dan kerja

Semalam Ketua unit Pendakwaan HQ call saya dan bertanya berapa kes semasa saya untuk perbicaraan. Memandangkan hanya dua kes sahaja ditangan dan terdekat bulan November di JB dan Febuari 2007 di Seremban maka saya akan diberi satu lagi kes di Melaka. Yes, boleh balik kampung..."Bagi kes-kes simplelah, tuan". "Kau ni, mana ada kes pendakwaan yang simple"Hari ini dari 8.30 hingga 10.30 kami mendengar ceramah agama, bagus jugak ustaz tu, banyaklah yang dia ceramahkan, kepentingan solat, puasa dan lain-lain, tapi... biasalah dah biasa dengar bayan yang bayak bersulam ayat quran, sesekali dengar ceramah yang banyak bersulam gelak ketawa sedikit terasing rasanya apatah lagi bercampur staff lelaki dan wanita kerana ceramah diadakan dalam bilik mesyuarat. Biasalah bila sessi soal jawab, pegawai ranking atas ni asyik kena pandang dengan OC jelah, nak tak nak kena jugaklah tanya soalan tak nak bagi malu kompeni. Mujur bekas wartawan,kan! bila sergah terus boleh terpacul je soalan saya...Jam 3.00 hingga 4.30 pula ada mesyuarat berkaitan ops yang akan diadakan isnin ini. Isnin pula kena rekod statement Jurutera daerah. Semalam pun saya rekod statement Jurutera, tak pernah lagi jumpa jurutera talkative, tapi semalam panjang betul masa rekod statement sebab dia terlalu banyak tanya saya soalan. agaknya dia kurang faham dia sebagai witness je, dia ingat dia juga boleh disabitkan sebagai accused. Jenuh jugak nak explain, dah tu OC pulak datang ganggu, introgate pulak saksi saya, kacau daun betullah. Petang semalam bersama ketua cawangan saya bincang dengan OC pasal satu lagi OPs yang nak dibuat seminggu sebelum raya. Semua tu saya nak kena sediakan perintah operasi, 13/10 nak kena bagi taklimat sebelah pagi tu, tengahari dan petang pulak kena masak untuk majlis berbuka puasa malam tu. Majlis tu nanti saya akan sponsor makanan kegemaran saya di bulan puasa, Bubur Lambuk untuk 100 kepala, sebab saya baik dengan caterer tu, En A dia bagi harga RM 1.00 je sekepala dengan 20 bahan. Rasa macam murah je tu. Cadangnya juga kalau ada masa saya nak buat dadih ataupun caramel sendiri sebab dulu2 buat untuk suami bulan puasa, tapi sekarang dia tak boleh nak makan tu semua elok saya bersedekah je untuk anak-anak orang pejabat.

*****************************************

Persiapan raya

Saya tak beli sehelai baju rayapun lagi untuk diri saya, untuk anak dah beli dua helai baju kurung ready made. Baju untuk hari raya ke 2, 3,4 tak beli lagi. tak tahulah bila nak pergi, takde mood langsung tahun ni tak macam tahun 2 lalu. Tapi, rantai tangan dan rantai lehernya saya dah beli. Sebenarnya tukar dari yang dulu dan tambah duit sikit, sebab yang dulu tu rantainya dah teruk kena gigit dek Hani, tak cantik langsung dan rantai tangannya pulak dah ketat tak cantik dipandang mata dan kesian jugak tengok dia pakai. Untuk suami tak tahu lagi nak beli apa, nantilah nak tanya dia, cadang hari tu nak belikan baju Melayu dengan sandal Scholl. untuk saya baju pejabat banyak lagi yang elok, kalau tak beli pun takpe, tahun lalu pun saya tak beli juga baju baru, sebab saya fikir orang kat kampung bukan pernah tengok pun baju-baju kerja saya. kalau nak beli pun sehelai pun dah cukup, itupun untuk hadir Majlis Hari Raya pejabat nanti, sebab macam orang tak menghargai hari raya pulak sebab masa tu semua akan keluarkan koleksi baju raya baru. pernah satu tahun dulu saya buat selamba tak pakai baju baru (yang baru pertama kali pakai)saya pakai baju hari-hari biasa je...tengok2 semua kakitangan wanita pakai baju baru, nak kata malu tak jugak cuma rasa macam tak sporting, gitu... orang raya kita macam hari bekerja biasa je.Kebetulan tahun 2006 ni saya ada beli banyak sikit baju yang agak cantik sebab kan mula tahun ni saya dah control duit saya sendiri, jadi jolly kataklah. Lagipun tahun ni banyak kena beri ceramah, so kenalah pakai lawa sikit supaya orang minat dengar ceramah kita. Dahlah orang ceramahnya tak lawa, baju kenalah lawa sikitkan. Bukan mahal sangatpun ,cuma warna cerah sikit, je. Biasa warna baju pejabat saya gelap, suram dan longgar je, maklumlah suami tak minat saya pakai kaler cerah-cerah ni, menarik minat lelaki katanya. Memang betullah tu... jadi kesimpulannya tahun ni mungkin saya teruskan tradisi tahun lalu tak beli baju raya.... bukan nak kemana pun, suami pun sakit tak boleh nak ziarah kemanapun... sesuailah saya pun berdukacita raya ni...Apapun, untuk anak saya cadang akan belikan dalam 5 pasang baju lagi, biasalah anak seorang, kan. Lagipun tahun ni dah boleh ikut sepupu dia beraya pusing kampung. Lagipun budak-budak ni satu hari dua helai baju, cukuplah untuk 3 hari. Lagipun kesian kat anak sebab sejak awal bulan 6 hari tu gi Langkawi je last belikan baju. Tumbesaran dia cepat banyak baju dah singkat dan tak elok lagi...Lagipun anak saya ni fesyen baju untuk jalan dia terhad pada baju-baju t shirt lengan panjang dan seluar panjang, gown pula mesti paras buku lali (dress) sebab dia berjalan pakai tudung. Kalau nak lengan pendek @ gowm pakai di rumah sahaja. Dari usia 3/4 bulan saya dah mula pakaikan tudung sebagai ganti topi (ayahnya suruh) sampailah hari ni, kalau nak keluar rumah siram pokok bunga pun dia pandai cari tudung dia... tudung dia pun rasanya dari kecil sampai hari ni dekat 10 helai ada agaknya, macam-macam warna.Tahun-tahun lalu saya akan belikan adik beradik perempuan masing-msing sehelai dan ank-anak buah perempuan saya akan sponsor beli kain ela dan kakak di Johor akan jahitkan biar semua mereka sepasang pakaian di pagi raya. Untuk mak pastinya kain ela, kalau tak sempat baju kurung siap je saya belikan dan untuk abah dulu-dulu saya belikan kain ela jugak (yang mahal sedikit) dan juga kain pelekat (juga yang agak mahal). Aanak-anak buah besar (belasan tahun) pulak saya tak belikan apa-apa sebab citarasa pakaian mereka bukan sama macam saya dulu, kecil2 dulu saya bawa mereka bershopping selai dua baju raya (masa saya tak kawin lagi)tapi sekarang bagi duit je sorang RM 50-RM 100, bukan apa buat yuran sekolah, kesian kat kakak saya kat kampung tu. TAPI tahun ni satupun saya tak beli, tak rancang dan tak tahu bila nak buat tu semua....

Panjangnya cerita... yelah malam ni kan jadi orang bujang...

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/06/2006 09:26:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


********************************



yang menyusutkan fikiran


Bismillahhirrahmanirrahim

Semalam jam 2.00 petang lebih kurang Hani telah dibawa pergi oleh ayahnya ke PD. Sekeluarga datang ke rumah Mak ros, yang memandu Serena adalah Kak A dan anak-anaknya yang kecil semua ada. Sedang aku yang derita mereka pula bergembira. Sekarang Hani juga masuk ke kelompok gembra itu. Akan lupakah dia pada ibunya? Lantas ulayangkan SMS selepas berbuka bertanya, " Anak telah dapat berjumpa ayahnya, bila pula saya dapat mengambil suami saya?Senyap! Itulah kebiasaannya, asalkan suara hatiku sampai kepadanya, cukuplah. Kebiasaan bersolat bersama Hani, mengajar dia mengaji, bermain dengannya, berguring (bergolek), bergurau dan bergelak berdua bersamanya setiap malam sejak lebih 3 tahun dahulu buatkan saya merasa begitu kosong- sekosong-kosongnya tanpa mendengar keletahnya bertanya itu dan ini, berbincang hal sana dan sini. Sekali lagi saya melayangkan hasrat hati via sms, "Saya tak boleh anak takde di sisi, dialah pengubat suka&duka, saya tak mahu dia berlama-lama disana nanti taknak balik saya yang sedih&susahati. Esok petang saya ambil anak&abang sekali?Dibalas, "x payah ambil, abang balik sabtu". Diam... kutanya semula, "mcamana nak balik,dengan nak bawa anak sekali, sapa hantar, tumpang isham ke markaz ke? Tak peyah susah2 biar wa ambil je."Satu yang kunilai, perkataan "AKU" daam mesej sebelum ni, sudah bertukar "ABANG", yang mana perkataan ini muncul dalam pergaduhan sahaja khususnya menerusi sms, di alam nyata kalau bergadu face to face masih gunakan 'abang'. Deraf akujanji yang dipinta sebagai syarat untuk memaafkan saya sudah pun dirangka. Menerusi perbulan bersama Zah, kaunselor tak bertauliah merangkap best friend sejak dari belum kahwin lagi dia cadangkan buat ala-ala MoU dan masukkan bukan sahaja apa yang dia nak terhadap saya bahkan apa yang saya nak dia buat terhadap saya. Cerdik jugak si Zah i, rupa-rupanya. Baru say terfikir sebab selama ini saya sahaja yang perlu mengikut kehendak dia tanpa boleh bersoal jawab dan membantah. Sedankan saya juga ada kehendak-kehendak saya yang saya tidak punya saluran unuk suarakan pandaga padanya. Seseali merajuk untuk dapat perhatian kerana saya jua ada keinginan maka dikatakan pula saya tidak hormat dan taat kepada suami. Zah ini juga adalah salah seorang dari 2 kawan yang saya minta pandangan sebelum berkahwin lagi. Memang dia ikuti masalah saya dari hari perama kahwin lagi sehinggalan nak masuk 6 tahun ni.


Dia sentiasa mengikti perkembangan dari saya dan dia mengahayati keseluruhan cerita saya, tetapi masih ada part-part rahsia yang tidak diberitahu.Kata zah ni dari dulu lagi, masa awal perkahwinan kebetulan ketika itu dia bekerja sebagai eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia yang menjaga kawasan selatan berhubung memberi pinjaman kepada ibu tunggal, wanita yang berkahwin jangan terus meninggalkan sahabat2 baik maksudnya putus hubungan, terus berhubung dengan satu atau 2 kawan, biar mereka iktuti perjalanan hidup kita, kerana ramai ibu tuggal yang ditemuinya seperti sebaang kara dari segi emosi kerana selepas kahwin terus tumpukan semata-mata pada keluarga dan suami.Apabila berlaku penceraian setelah sekian lama berkahwin, tiada sesiapa tempat mengadu kerana takde sesiapa tahu masalahnya... nak cerita dari awal terlalu panjang.

akhirnya masalah memakan diri. Itulah akhirnya saya terus 'melantik" zah menjadi kawan tempat mengadu. Satu yang saya betul-betul suka berhubung pandangannya ialah ia tidak menyebelahi saya semata-mata sebagai kawannya, maksudnya pandangannya bersifat adil dan dia melihat dari kedua-dua belah pihak. Selalu selepas call dia, baru saya akan lega. Banyak kawa-kawan sekeliling (pejabat) yang tahu masalah saya ini, memberi nasihat yang membawa kesimpulan "tinggalkan suami ni, puan boleh hidup sendiri dengan gaji yang ada sebab namapak puan dah korban segala-gala, tak payahlah nak susah-susah hati lagi". Ataupun kerja puan dah steady, kereta, rumah dan ada, hiduplah sendiri, pilihlah jalan bahagia sendiri..."Saya kalau boleh tak nak robohkan masjid dibina ini dalam usia Hani terlalu muda, biarlah dia menginjak sedikit dewasa yang mana dia boleh faham dan terima perpisahan kami.

Sejak bulan Jun lalu Zah dah berkahwin dan suaminya mengajar di Labuan, tapi pada masa ini dia masih belum bertukar ke sana, petang ini insyaallah kalau diizinkan Zah akan datang ke sini berbuka bersma, kalau jadi inilah hari pertama saya berbuka berteman...setelah 12 Ramadhan berbuka dan bersahur seorang diri. Agaknya kalau mak saya yahu sedih dia dengar masalah saya. Alhamdulillah dia tak pernah tahu sedikitpun tentang gelora rumahtangga saya dari dulu lagi. Yang dia nampak anaknya cukup bahagia dan rumahtangganya cukup sempurna. Biarlah kekal begitu...
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/06/2006 05:53:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

****************************
Thursday, October 05, 2006


yang bakal berakhir

Bismillahhirrahmanirrahim

Semalam jam lebih 10 malam, masuk sms dari suami "Ayah ambil esok dia", itu petanda hatinya telah sedikit sejuk. Semasa perbualan dua beranak ini selepas terima mesej itu, kata ayah, "beritahu ibu, esok ayah ambil Hani di rumah Mak Ros". Ceria wajah si anak. Sebelumnya jam 8.30 malam bersama Hani menjenguk ke markaz dan ada kereta teman yang biasa menumpangkan suami, pasti memang suami turun ke sini. Jam 10 malam selepas membeli keperluan sedikit di pusat membeli belah terus menuju ke Markaz dengan hasrat menemukan ayah dan anak yang masuk 3 minggu terpisah. terus panggilan kepada ayah dibuat dan seperti biasa hanya sianak berkata-kata tapi hp di 'loud speaker'kan.Malangnya kereta yang itu telah tiada, hampa terus pulang dan itulah mesej yang ada kerana hp di charge dan tinggal di rumah. Rasanya suami terkesan kerana selepas maghrib semalam saya ada sms ceritakan yang anak mengamuk teruk semalam.Enggan balik dari rumah Mak Ros, kupaksa, jemu ke bazar Ramadhan, singgah ke deretan gerai tepi jalan.


Sementelah setelah puas dipujuk enggan juga turun bahkan lagi meraung-raung marahkan ibu terus ditinggal dalam kereta kerana dia biasa begitu. Tidak disangka ibu diseberang jalan sini menunggu roti canai, anak telah turun kereta dan mujur juga penebar roti canai yang menghala pandangannya ke seberang nampak anak berdiri di tepi jalan menangis (meraung?)memanggil ibu dan mujur sekali lagi dia hanya berdiri menghentak2 kaki tetapi tidak berani melintas jalan kerana kereta ketika itu masyaallah banyak dan laju2 belaka masing-masing berkejar balik ke rumah untuk berbuka. Senario itulah yang disms kepada suami dan dihujungnya ditambah "Mujur masih panjang nyawa anak", agaknya dia terkesan dan itulah serta merta disms katanya aesok ayah ambil. Ibunya bila pula? Semalam juga, sms dari suami, "Kerana Allah aku maafkan kau.....tapi dengan syarat buat akujanji bertulis".

Ini apa namanya ni, taklik ke? Hai semacam Dato' K dengan bekas isterinya pula! Ku sms semula, apa yang nak ditulis, adakah perlu ditulis saya berjanji akan mentaati, menghormati dan berpegang pada janji terhadap suami dan sekiranya tidak mematuhi maka jatuhlah talak ke atas saya?Hai adakah adil begitu? Tidak adakah cara yag lain, seumpama saya ini seperti perempuan jahat/sundal yang perlu 'diikat' agar tidak lari dari genggaman? Entahlah... suami tahu saya akan berbuat apa sahaja untk selamatkan rumahtangga ini, jadi itu;ah agakya dia suka brmain-main dengan kata-kata cerai sebab saya tak pernah menyahut cabarannya selama ini, saya sentiasa memujuknya semula. Mungkin kalau saya juga bertindak memfailkan permohonan cerai agaknya baru dia menyesal. Iyakah?? Tapi perempuan yang memohon cerai itukan tak mencium bau syurga?

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/05/2006 06:14:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

***********************

Wednesday, October 04, 2006


kehidupan yang rencam
Bismillahhirrahmanirrahim

Berdepan dengan masalah sesekali membantutkan produktiviti tetapi adakalanya meningkatkan motivasi. Kita boleh memilih mana-mana satu... pilihan di tangan kita. Bagi saya kedua-dua situasi saya berhadapan. sekiranya masalah terlalu kronik maka produktiviti saya down terus tetapi boleh juga berlaku sebaliknya dimana saya melepas geram masalah dengan membuat kerja tanpa henti. Pelikkan?Tapi itulah satu terapi buat diri saya. Adakalanya kalau ada masalah saya akan stay di pejabat dan tidak balik ke rumah sehinggalah tengah malam. Hal anak senang saja saya uruskan... hanya dengan satu panggilan ke rumah Mak Ros, saya bersenang hati kerana dia akan menjaga anak saya dengan baik. Jika bermasalah kadang-kadang anak menjadi mangsa, terutama kalau dia memanggil-manggil ayahnya. Seolah-olah semasa memarahinya saya seperti hilang kewarasan! Apatah lagi, anak saya ini rupanya mengikut benar wajah ayahnya... dengan mewarisi dua lesung pipit di kiri kanan wajahnya yang saling tak tumpah dengan ayahnya. Bagi Ramadhan ini begitu juga, sedang diri dilanda konflik dengan suami, harii bekerja saya hanya berada di rumah sebelah malam sahaja. Saya akan cuba "menyampaikan" diri saya ke rumah ngam-ngam azan maghrib. Dari maghrib sampai isya' solat, ajar anak mengaji, membaca Quran, membaca Taklim dan menjelang 10/11 saya terus masuk ke bilik. Subuh pun begitu juga, selepas bersahur seadanya, terus solat, mengaji dan menyiapkan diri dan anak, jam 7/7.15 saya bergerak menghantar anak.


Tepat jam 7.20 am saya pastikan saya menukar saluran radio dari IKIM ke Era sebab nak dengar gitu-gitu era. Saya boleh ketawa besar kalau dengar apek cakap... sampai Hani pun pandai bertanya kalau dia lihat sya tak gelak2, "ibu... gelaklah kenapa ibu tak gelak?". Bagus juga peranan apek ni, boleh kurangkan tension orang seperti saya ni. Di bulan Ramadhan ini saya akan pastikan saya keluar dari pejabat jam 5.30 selepas solat asar dan ambil anak sambil berbasi basa dengan mak Ros lebih kurang 6.00 ptg terus ke Bazar Ramadhan pusing 2-3 kali lebih kurang 6.30 saya balik. Sampai rumah saya menyiram pokok-pokok bunga dan belek-belek apa yang patut. Jam 7.00 baru saya masuk, tukar baju dan hidangkan makanan terus azan dan makanlah saya sekaligus. Lepas tu takdelah kedapur-dapur lagi. Biasanya nak tidur atau sebelum sahur saya akan kemaskan pinggan. Baju-baju kerja/ basahan saya tak usik langsung weekday, weekend baru saya basuh. Kadang-kadang bukan tak nak basuh tapi jiran belakang rumah (Cina) rajin sangat duduk dapur dia ramai-ramai sambil makan-makan (bisingnya tak boleh nak cakap)buat saya rasa tak selesa.

Dapur dia dan saya bertentangan dan dia telah menambah bahagian dapurnya sehingga sampai ke pagar yang memisahkan rumah sya dan dia. Tambahan pula aras rumah saya lebih tinggi dari dia dan aktiviti membasuh disinki begitu aktif yang mana sinkinya bertentangan dengan ampaian baju saya dan paras rumah saya menyamai paras sinkinya... .Tentulah rasa macam dia sentiasa memandang ke arah saya. Dah tu ramai sungguh anggota keluarganya samapai tak terbilang saya.

Masing-masing basuh baju sendiri (basuh tangan) sidai dan basuh pinggan masing-masing dan hampir kebanyakan waktu malam ada sahaja anggota keluarga di dapur...makan-makan dan menonton TV langsung saya takde privasi duduk dapur saya dan kadang-kadang dalam dapur saya pun saya kena pakai tudung kalau saya buka pintu biar angin masuk, kan...kalau sidai/basuh baju dah sah-sahlah kena pakai tudung...tudung labuh lagi, almaklumlah duduk di rumah pakaian kita bukan kira sangat...(lengan pendek/t shirt singkat/kain batik/seluar. yang mereka tu dah sahlah pakai t-shirt ketat sleeveless dengan seluar pendek, yang lelaki pun seluar pendek je... hai mencabar sungguh...kesabaran saya. Rasa kadang-kadang nak angkut semua family yang duduk kat kampung mai sini seminggu buat bising macam depa buat tu... lepas geram...Tapi kalau pagi minggu sampai jam 10 pun tak nampak batang hidung langsung diorang ni, ntah tido ke ntah apa. Masa tulah baru saya aman sikit nak buat kerja-kerja membasuh baju ke apa2 ke. Oklah... baik dulu.. sian anak pagi tadi ntah apa mimpinya dia menangis masa saya hantar dia rumah mak ros, nak ikut saya.
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/04/2006 05:14:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah

*************************************************

Monday, October 02, 2006
4 perkara sebelum tidur
BismillahhirrahmanirrahimRasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meredhai kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...."Bertanya Aisyah:"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda:1. Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tigakali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an.2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah& nbsp; haji dan umrah"Insyaallah semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada sahabat yang lain...

Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:12:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


****************************

Hikmah sujud
Bismillahhirrahmanirrahim


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

SUJUDLAH LAMA-LAMA...sambil berdoa... Allah paling dekat dengan hambaNya semasa HambaNYa bersujud.


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:08:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


******************************
Panduan pemakanan Dlm islam


Bismillahhirrahmanirrahim


Beberapa panduan pemakanan mengikut sainsFood as MedicineHEADACHE? EAT FISH!Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.So does ginger, which reduces inflammation and pain.HAY FEVER? EAT YOGURT!Eat lots of yogurt before pollen season.Also-eat honey from your area (local region) daily.TO PREVENT STROKE DRINK TEA!Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading....Green tea is great for our immune system)!INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY!Use honey as a tranquilizer and sedative.ASTHMA? EAT ONIONS!!!!Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system)UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!!Bananas will settle an upset stomach.Ginger will cure morning sickness and nausea.BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!!High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!!Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!!!!Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS!Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.COLDS? EAT GARLIC!Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)COUGHING? USE RED PEPPERS!!A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbageHelps to maintain estrogen at healthy levels.LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!!A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!!Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.DIARRHEA? EAT APPLES!Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO!Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!!Olive oil has been shown to lower blood pressure.Celery contains a chemical that lowers pressure too.BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!! The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young.........blueberries are the best and very versatile in the health field........they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)Orange: Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays)Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)Tomatoes are very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 04:42:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


******************************


Surat terbuka untuk Hj. S....bin Abd Majid



Bismillahhirrahmanirrahim

Abang, boleh tak abang bayangkan Kak A sakit teruk, masuk hospital, abang kena jaga dia siang malam, uruskan berak kencing dia, makan pakai dia sampai abang tak hiraukan makan minum abang sendiri, rehat tidur abang, anak, ibu dan ayah abang, seluruh hidup abang tertumpukan pada menjaga dia, abang ambil cuti rehat 3 minggu walaupun boss pandang serong je kat abang pasal cuti lama semata-mata nak jaga dia... sampai berat abang turun 8 kilo. abng tak tidur langsung sepanjang menjaga dia dihospital kalau tidur pun hanyalah tidur-tidur ayam.... penatkan bang. Segala permintaan dia abang cuba tunaikan, yang tak diminta pun abang cuba berikan asalkan niat abang dia sihat cepat.. itu aje. segala duit simpan abang ada abang gunakan untuk membeli apa sahaja yang dipinta tanpa abang berkira. Keluar hospital abang pindah rumah untuk sediakan rumah yang dia selesa walaupun abang penat dan terkejar-kejar dengan tak tidur, isteri sakit, pindah rumah..tapi abang sabar sebab sayang isteri, kan. Start kerja semula kerja abang melambak, report nak buat, segala mak nenek nak kena tengok balik, tup-tup En Rozaimi (exec abang) bantai abang sebab banyak kerja tak siap. Tension kan bang? Lepas tu tiap-tiap Jumaat petang abang berkejar nak gi tengok/jaga Kak A, hari-hari kat office abang call tanya kabar kak A, mana-mana hari kerja ada kesempatan abang balik waktu kerja ziarah Kak A yang sakit tuuu, nak ambil hatilah kan! TIBA-TIBA bang ada satu weekend tu abang betul2 stress/depress/ penat abang tak jadi tengok/ambil dia nak bawa balik kampung... abang dah tak tahan dah... Kak A pulak jauh hati terus minta cerai dari abang kata abang tak setia, tak guna , tak bertanggungjawab, pandai buat janji manis dan segalalah semua salah abang dulu-dulu diungkitkannya sampaikan hantaran belanja kahwin yang abang tak abis bayar pun diungkitkannya ...walaupun abang dah beranak pinak. Dikatakan pulak abang jaga dia pasal abang nak duit simpanan dia selama ni...walhal selama ni abang tanggung dia segala termasuklah belanja anak-anak semua , kan? Dah tu, berak kencing dia masa sakit abang yang basuhkan, kan? sampai termuntah2 abang, kan pasal tahik orang tua tersimpan lama pulak tuuu... tapi abang buat semua tu kan...bila lagi nak khidmat dan ikram isteri kan, mak abang sendiri abang tak pernah rasa basuh berak,kan? abang fikirlah moga-moga dia tambah kasih kat abang atas apa yang abang dah buat tuuu...rupa-rupanya Kak a tak ingatkan jasa abang tuuu, sebab hal kecik dia minta cerai pulak... apalah kan. tak kenang jasa betullah...apa abang rasa, korban abang tu sia-sia tak? Ke abang rasa tambah sayaaang kat Kak A pasal pandai appreciate apa abang dah korban....abang nak sambut tak permintaan cerai dia... ke abang rasa otak dia sewel pasal dia sakit tak boleh fikr rasional? Pandai-pandailah ye bang.... nak bina masjid tu susah nak runthkan sekelip mata je...syaitan bersorak kalau ada pasangan suami isteri cerai niii.. abang fikirlah mana yang baik ya... wa wentiasa sokong abang kat belakang... wa memang sentiasa kat belakang abang je... duduk barisan kedua (2nd class) tak pernah dapat pindah ke 1st class! Jazakallah ye bang... Isteri kedua mu...Wa bt MSatu analogy sebagai melepas geram yang terbuku... SABAR..SABAR!!!
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 12:42:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


*********************************
Hujung minggu yang kosong

Bismillahhirrahmanirrahim

Dalam sejarah bulan ramadhan sepanjang hidup, inilah Ramadhan paling sunyi kurasa. Justeru dikesempatan kesunyian ini sungguhlah sesuai untuk beramal ibadah dan mengingati Allah s.w.t. Air mata begitu mudah kerana dalam ksunyian itu barulah kita tahu bahawa Allah lah yang ada dimana-mana dan sentiasa mendengar keluhan HambaNya. Janganlah berharap pada manusia yang tak punya apa-apa, mohonlah. rayulah, pintalah Allah sedia "Mendengar", haraplah pada Allah untuk segala-galanya sekali lagi..bukan pada manusia yang lemah!Sepanjang hari ini saya melayan kesunyian jauh dilubuk hati walaupun sibuk dalam melayan kepetahan dan keriuhan Hani bertanya itu dan ini, meminta ntah apa-apa. Dalam kesibukan bercakap dengan hani air mata engalir tanpa sedar. "Ibu, janganlah sedih...kenapa ibu sedih"Itu soalan rutinnya kalau melihat ibunya nangis. Macam biasa dia juga akan jawab sendiri, "Ayah tak sayang ibu, tak kawan ibu ye... kawan kakak sorang je?" Pandai dia jawab, itu agaknya jawapan ayahnya bila Hani bertanya kenapa ayah tak balik rumah ibu...walaupun baru 3 tahun 3 bulan dia sudah pandai berkomunikasi dalam telefon... dan membuat kesimpulan sendiri. Petang ini, saya yang memang tak gemar bergaduh lama-lama dari dulu lagi sms pada suami tanpa putus asa untuk tahu samaada saya dicerai atau tidak, senyap tiada balasan. Apa dalam fikirannya?

Ah... elok saya keluar cukup buntu rasanya. Quran sudah dibaca, satu kek sudah disiapkan, baju sudah dibasuh, Hani telah diberi makan , rumah telah dikemas...elok saya berpeleseran seketika. SMS sekali lagi meminta izin untuk keluar membeli baju kurung untuk Hani kerana 12/10 pejabat saya mengadakan majlis berbuka puasa. Baju tahun lalu semua tak muat lagi, baju raya kami dua beranak satu pun tak dibeli lagi, untuk ditempah seperti tahun lalu sudah terlewat. Maklumlah suami sakit semacam tiada makna beraya tahun ini (dulu2 pun bukan setiap raya suami ada....).


Apabila keluar bukan sahaja baju kurung, pelbagai barang2 kecil keperluan rumah dapat saya beli, jam untuk bilik solat, jam untuk dapur, pengikat langsir, pelekat dinding, muqaddam serta telekung hani dan tuala mandi Hani. Pergi jam 12.30 dan jam 2.30 selesai.. itupun dapat pergi 4 tempat.. mulanya ke butik anakku yang sms semalam katanya ada jualan murah untuk ahli dan membeli untuk Hani 4 helai baju raya kemudian ke UOB dan Bank Islam bayar kredit Card dan terus ke Mydin bercadang membeli stokin wanita tetapi barang-barang lain pula yang tersangkut sebab stokin warna coklat pulak dah habis stok. Sampai di rumah trserempak pemotong rumput, terus minta potong rumput di rumah yang agak panjang dan buruk sungguh rupanya sebab banyak rumput liar yang tumbuh. Harganya katanya RM30.00 tapi tawar menawar sebab orang yang potong dulu RM 15.00 sahaja jadi warga nepal tu bagilah RM 20.00 setelah menawar bersungguh-sungguh (saja test jer) tak sangka senang rupanya menawar ni. Saya kalau beli apa-apa suka di supermarket tak payah tawar2, senang kesian tengok muka peniaga penat2 tapi orang tawar gila2.

Saya mengendap dari tingkap (tinted) nampak macam penat je muka dia, dahlah bulan Ramadhan,kan. rasa bersalah pula menawar dengan dia. jadi saya pun potongkan semangkuk kek yang dibuat tadi cadang nak sedekah pada dia untuk berbuka. Selepas selesai potong saya tengok dia tolong sapu rumput/sampah lagilah saya kasihan. yelah dulu RM 15.00 tak sapu saya yang sapu/kemas sendiri. Jadi saya tambahlah pulak lagi RM 5.00 upah dia. Bila selesai dia bagi salam saya keluar dan saya interview lah sikit2 tanya dia puasa tak, masyaallah selamba je dia cakap tak puasa... kerja potong rumput penat dan panas.

Saya kata cubalah puasa, dia kata tak boleh... tekpelah dah cuba dakwahkan. Apapun saya ikramlah jugak bagi kat dia tambah RM 5.00 dan bagi semangkuk kek dan semapt juga cakap, "Saya bagi kek ni sebenarnya untuk U berbuka". Dalam pada tu, SMS saya dibalas suami , "sedarpun selama ni ada laki tapi tak pernah bagitau kalau nak pergi mana-mana". Saya memang akui saya kadangkala keluar masa kerja tapi tak bagitau kadang-kadang lupa tapi dia memang pantang kalau keluar mana-mana tak minta izin dia . macam dia rasa diketepikan, madu saya kalau kerumah maknya yang sepelaung tupun kena bagitau. saya sedar sangat2 pasal tu tapi sebab dah lama tak kena tegur dengan dia macam rasa dah biasa pulak ke mana-mana senyap2 je. tapi kadang2 mulut tempayan ni tercerita jugak tu yang kantoi tu tapi dia tak marah dan-dan dia simpan masa gaduh baru dia ungkit. masalah lelaki jenis penyimpan ni....Apapun, saya dah ada strategi baru nak halang dari masjid ni runtuh.

Saya nak buat pendekatan "perang psikologi", Saya kenal suami saya nii.. suara dan ugutannya keras tapi hatinya lembut. Pada ketika marah iaitu awal-awal gaduh dia memang keras/degil sangat2 tapi lepas beberapa ketika dia akan okay sendiri. tengoklah macamana nanti... doa doa doa....Pada masa sama saya cuba didik diri membiasakan diri tanpa dia, biarlah Kak A jaga dia masa sakit ni moga2 dia cepat sembuh... kalau ulang alik selalu kesian kat dia. Biarlah sampai dia mampu bawa sendiri kereta dan balik ke rumah saya. Saya letih berhadapan rungutan dia ... biarlah dia buat apa dia paling selesa asalkan dia bahagia. Takde apa nak direbutkan... hanya satu je yang saya dapatpun...yang paling saya cita-citakan... biarlah saya dapat tambah zuriat dan meriah hidup saya ni tanpa perlukan kehadiran suami saja....harap niat untuk tambah zuriat tu diizinkan Allah. Amiiin...
Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 12:17:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati
November 2006 September 2006 Home