!~hidup memang penuh ujian, tapi percayalah Allah maha adil, maha pengasih lagi penyayang, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, sabar, minta dan harap hanyalah pada Allah, setiap yang diberi itulah yang terbaik sesuai pada masanya, tidak lewat dan tidak cepat barang sesaat pun ~!
Wednesday, May 5, 2010
Malam jumaat yang dinanti
Pejam celik pejam celik kejap jer dah nak cukup 40 hari pak haji keluar dakwah. Sekejap sangat rasanya kali ni.
Wah cakap macam tak suka jer suami nak balik.
Bukannya apa, bila dia dah balik ni tentunya hidup saya makin harulah...
Haru dalam ertikata, kena masak setiap hari yg dia ada...
Kena basuh baju dia segera...
Pak hj ni bukannya banyak baju, kalau tak basuh baju dia cepat2 nanti dah takde baju nak pakai...
Percaya tak, kat rumah saya ni yang dia hanya ada baju pagoda dalam 3 ker 4 lai jer, tu pun kekadang tak tau mana menyelit selai...kalau basuh selai, kat badan selai, menyelit selai tinggal selai....dah tu ada plak antaranya yang lehernya dah koyak..kan ker pak hj sebelah tangan jer berfungsi, memang ganas kadang cara dia pakai baju dan buka baju tu sebab pagoda mudah koyak tang leher dia tu...
Jubah pun ada lah lam 3 helai tu jer pun yang diulang-ulangnya...sejak kahwin ni rasanya dah berapa banyak jubah dia saya belikan, tapi at the end tetap jugak kat rumah saya tak banyak jubah dia...
Ada jubah yg hilang masa keluar, lagipun masa keluar ada org khidmat basuhkan tu yg tak teratur kalau pak hj urus sendri mungkin tak hilang kot...
Ada plak jubah dia yg kat rumah kak aza, tak taulah camana asyik2 banyak baju kat sana....dah letih dah saya ni nak suruh2 bawak baju dtg sini, stok baju dia dah habis...tapi dia jawab, macamana boleh takde baju kat sini sedangkan dia kata dia datang dan balik sehelai sepinggang.
Tapi dia lupa yang kalau dia keluar 3 hari dan keluar 40 hari atau 10 hari ker dia akan selalu bergerak dari rumah saya...dan masa tu selalunya dia akan tanya saya ada tak seluar abang, ada tak jubah abang....masukkan dalam bag tuuu....
Yerlah sengaja bawak baju lebaih sebab pak hj kan tak basuh baju sendiri akdang dia malas nak suruh org basuh, biar dia bawak lebih...
Bila dia balik pulak, selalunya memang dia akan balik rumah saya dulu, tapi saya siap2 cakap kat dia, dan dia pun faham sangat dah dari dulu....beg baju tak yah turunkan...
Sebab saya malas nak basuh baju dia yang banyak dan 'busuk'...hahahahaa, yerlah kadang org lelaki yg basuhkan tu bukan basuh betul2, kan basuh tangan....ntah2 masa keluar baru belajar basuh baju sendiri kot...
Dan kak aza plak kalau basuh baju memang tip top, dengan pewangi, baju2 pak hj yg kat sana semua wangi2 dan bersih...yerlah dia sentiasa pakai dynamo dan vanish...saya tak mampu, pakai top jer....heheheee
Tulah sebab lama2 baju pak hj banyak berkumpul kat sana....pastu saya lak malas dah nak cakap suh bawak sini...
Lagipun kan sebab pak hj tak kasi saya bawak turun beg dia sebab taknak ada bukti yg ketara sangat yg dia balik rumah saya dulu, biar nampak cam kononnya balik rumah kak aza dulu, dengan beg baju2 kotor semua...yerlah kang member ngamuk asyik balik 40 hari turun rumah si salwa dulu...dahlah masa pergi pun gi rumah si salwa dulu...tu dia tak tau masa 20 hari pak hj ada singah tido semalam rumah saya sebab kebetulan hr tu diorang pindah dr Jelebu dan ke Rantau, bermalam semalam di Markas, so pak hj baliklah ruamh sebab senang mandi & buang air, dah dekat ngan rumah pun...takkan nak balik PD plak?
So, kali ni lagilah kan...sebab kalau keluar 40 hari, markas tempat tangguh di Sri Petaling,Kl...kalau keluar 3 hari tangguh di markas seremban jer....dah memang rezeki saya dua2 markas pun dekat dengan rumah saya banding rumah kak aza....dengan keadaan pak hj yang OKU, memang dia nak cepat sampai rumah...pertama sebab nak mandi, nak urus diri...tau2 jerlah dia kan OKU..
Selalunya kalau dah nak balik tu, memang dalam 3 hari tu dia dah tak mandi dah (sejak OKU ni)...dulu2 rasa geram dan nak marah jugak, bila sampai rumah masam sangat....tapi bila faham saya biar kan ajer...sebab saya dapat bayangkan yang dia nak mandi tu satu kerja yang sukar amat bagi dia....dengan nak salin/tukar baju/ ambik baju dalam beg/nak bawak perkakas mandi lagi, dah tu pulak bayangkan ajerlah keadaan bilik air masjid kat Malaysia ni....jarang yg cantik dan sempurna terutama yg ceruk2 kampung ni.....pak hj memang susah hati bila toilet bilik air tak berjaga sebab katanya takut terkena najis...solat tak sempurna pulak.
Dahlah nak kena jerang air nak minta bantuan orang angkatkan air, bancuhkan air...kalau tak jerang air panas dia pulak mujahadah nak kena mandi air sejuk...kebas satu badan nanti...so taknak susahkan orang, dia tak mandilah kalau dah nak balik tu....
Katanya cuma mandi minyak wangi jer...saya dok komen camana nak dakwah org dengan badan busuk, jawabnya katanya pakai minyak wangi, dan dia memang selalu cakap kat budak2 lain kalau dia bau busuk tegur...hahahaaa...tak taulah ada yg tegur ker tidak...
tulah dia, malam jumaat ni pak haji dah nak balik dah....sekejap jer....lauk2 dah ada dah dalam peti ais...jumaat malam ni kenalah masak....
eh dahlah panjang dah takde masa dah ni....
Wassalam
Tuesday, May 4, 2010
Melawan mata
Adakah usia bila meningkat pertengahan 30 an ni stamina adalah sangat mengharukan?
Wah....sungguh rasa semacam lah, mata ni asyiklah mengantuk. Nak buat kerja kat rumah tu rasa alahai....asyik terbayang natiod-tido-tido dan tido...
Tak pernah rasa tido dapat puas-puas.
Sejak kerja ni rasa macam terkejar2 jer...
Cam biasalah kan...kerja mana nak abis...
Tu yang kerja-kerja saya terbawak jugak balik ke rumah...
Cam hari ni, petang semalam bawak balik dua kerja...
1. Buat talking point utk KP untuk acara esok (Rabu) dengan ACCim (Dewan perniagaan Cina....) dah buat separuh...tapi takde bahan, kena carik lagi...
2. Buat jawapan utk KP temubual dengan Utusan, patut buat semalam, tapi pg petang entertain reporter dtg mengejut ke office, pagi reporter semua berkumpul sebab PERKASA dengan UMNO datang nak report rasuah dalam PRK Hulu Selangor petang lak reporter datang berkampung lagi nak buat story pasal Kickdefella dtg sambung statement....
Semalam lak saya jadi duty officer entertain diorang, bukanlah entertain sangat tp make sure story yg keluar tu x jejaskan kes ker apa ker...dan bagi diorang info2 apa yg perlu dan xperlu keluarkan....
SO camana kerja kita sendiri nak settle? Ada jer kerja lain yg datang...
Jenuh gaklah nak atur masa, bila kerja2 mendatang ni yg sungguh jiwa kacau..terutama wartawan yg asyiklah call, tak masuk call dr luar yg ntah apa2, yg pelik operator ni kalau apa2 semua sambung kat saya....orang carik kerja kat SPRM pun nak sambung kat Korporat Comm.....alah kan SPRM banyak lantik orang secara kontrak sekarang....so ada jerlah yg dok tanya nak carik kerja...ntahlah...
Oh ya, Nurul Syuhada Nurul Ain confirm datang kerja sini, tapi lebih cam duta lah, separuh masih di TV3 katanya, separuh sini...camtuler dengar citernya. Tapi yg tak tahan tu gaji gred 48...dekat2/lebih RM8K tu...dan katanya hasil risikan kami gajinya di TV3 RM2K lebih jer yerlah dia kan junior baru 2 tahun, baru habis degree jer...cuma elaun di TV3 mungkin besarlah sikit sebab banyak kerja luar boleh claim macam2....apapun, kami tetap rasa macam tak worth it ambik dia...setakat voice over atau jadik mc ramaaaaai lagi yg berkaliber kat sini...
eh citer lawan mata tu tergantung lak..ni hah...gigih bangun lawan mata, nak buat kerja ni..memblog pulak melencongnya....dah dah...
Wassalam
Sunday, May 2, 2010
Anak-anak sidek....
Saya bila saat berkahwin dengan suami tak pernah membayangkan yang keluarga suami (anak2, adik beradik dan ahli keluarganya) besar.
Dan saya dari sebuah keluarga yang kecil dan ikatan kekeluargaan pun takdelah kuat sangat bila mengetahui suami punya keluarga besar teringin juga nak rasa bekerluarga besar.
Tak perlu untuk kumpulkan adik beradiknya yang katanya ada 28 beradik sebab ayahnya berkahwin 4, cukup dengan saya mengharapkan yang keluarga suami dapat berkumpul dengan hanya anak2 dan isteri2 sahaja. Itu pun dah cukup besar.
Anak2 dari isteri pertama dan 3 orang, dengan kak aza dan 4 orang + anak tiri dengan kak aza 2 orang, dan dengan anak saya dan saya...tu pun dah ramai dah...cukup meriah agaknya kalau dapat berkumpul.
Pernah saya cakap dengan pak hj utk kumpulkan semuanya dan dia setuju dengan cadangan untuk buat BBQ di rumah PD tu. Untuk bagi adil, tak buat kat rumah saya, dan tak buat kat rumah kak aza tapi buat kat rumah pak hj sendiri.
Harap sangat cita-cita saya dalam berumahtangga dan berkeluarga untuk mengumpulkan anak2 sidek (nama suami), dan tentunya isteri2nya ii tercapai. Kalau boleh semasa ada hayat suami ni.
Manalah tau kan, hayat kita ni bukan boleh dijangka. Teringin sangat saya nak tengok gelagat adik2 yang kecik ni bila berkumpul dengan abang2 dan kakak mereka.
Okay, sementara nak dapat kumpul secara fizikal, saya kumpul jerlah dalam blog saya ni gambar2 mereka. Kebetulan zaman ni dah ada facebook kan, saya cilok gambar2 anak2 pak hj yang besar dalam FB mereka. Lagipun gambar diorang tak pernah letak lagi, cuma yg takde gambar angah jer, dia pun takde akaun FB kot...

Hani shakirah dan Hani Suhailah

Lagi gambar diorang, tahun depan dua2 ni akan masuk Madrasah Sri Petaling, insyaallah... borak2 dengan Iza, katanya ustazah yg ajar di Sri Petaling tu kawan dia, elok sangatlah tu...
Tambah dua lagi, Muhammad Elyas dan Muhammad Zubair...
Gambar 3 beradik ni diambil pada hari raya tahun lepas...
Dan bawah ni anak sulung Pak Hj, Muhammad Thoha, lahir tahun berapa yer..rasa2nya tahun 82, maksudnya umurnya 28 tahun kot.....gambar ni Hari raya tahun lepas juga....berdasarkan FB nya...


Dan ini pula gambar saya cilok dari FB Iza, anak tiri perempuan saya ni namanya Nur Hafizah memang dr kecik bagi nama supaya jadi hafizah kot..dan alhamdulillah dua2 ni dah hafiza dan hafizah dah...

Cuma gambar angah, Ahmad zaid jer takde, kesian kat angah tu, tak taulah apa ceritanya, patutnya Iza nak datang rumah semalam, tapi bincang2 dengan dia eloklah datang khamis depan sebab ayahnya dah balik 40 hari masa tu elok sangat jumpa ayah lepas 3 tahun tak berjumpa dan tak berhubung.....
Harap2 silaturrahim antara anak2 pak hj ni bertaut...yerlah kalau pak hj dah takde, kan ker abang2nya ni akan jadi wali....eh..ker bapa saudaranya? kalau bapak saudara memanglah saya tak rapat....yang saya tau sorang abang pak hj kapten kapal, belayar satu dunia...adik beradik lain yg satu ayah, sorang lagi kat Tioman.....
Hmmm...susah gak kan kawin ramai2 ni pastu terpisah2 ikut mak masing2....ramai adik beradiknya bertebaran di Kg Kuantan, Kuala Selangor dan Jalan Kebun, kelang.....yerlah asal pak hj kan org kuala selangor so memang semua duk kat Selangor....
Saturday, May 1, 2010
Kau saja yang sibuk ya?
kan saya ada citer miss conquer kan.....ingat dah okay dah....
Dan kami (saya dan Miss sinar) boleh ebrlapang dada dan nak buat tak tau jer....
Tapi perangai dia masih sama dan masih buat kita rasa sungguh nak muntah!
Pleaseeee lah dah lah jangan lah nak tunjuk yang dia.....
Bagusssss
pandai kerja
Dia jer yg sibuk!!!!
Dan buat boss rasa yang .....
Orang lain tak sibuk
Orang lain tak pandai buat kerja
Orang lain tak pandai macam dia bila buat kerja
Miss sinar dah malas nak layan....
Sampai miss sinar ajak saya breakfast tampa ajak Miss conquer...
"Jom puan, kita gi minum..."
"miss conquer tak ajak sekali ker?"
"tak payah...dia bz..biarkan ajer..."
Kat canteen....
telefon miss sinar berdering...
bla bla bla.....miss sinar cakap dengan miss conquer
"puan, kita dok lama sikit arr, malas nak naik, biar miss conquer kat atas tu...."
"apsal?"
"ada ker dia kata kita, 'hampehnya korang gi minum pulak yer'..."
Semalam lak, sibuk dato' bagi arahan kat saya, sibuk dia pun nak cakap gak benda sama...
Pastu ada boss no 3 bagi email kat saya, dia plak sibuk call saya tolong bacakan arahan tu...
Hello, saya pun buka email dan pandai baca sendiri ok!
Tak cukup dengan tu, siap buat email cc kat semua orang cehck list kerja masing2....
baguslah, tapi cara dia tu buat semua orang fikir, heyyy....ko pun ada kerja jugak tak pasal2 ko buat check list kerja semua org apa hal? Siap cc kat dato' bagai...
Konon ko jer yg concern biar sesuatu tu berjalan lanacar?
Dah..dah...sakit jiwa lah ada orang camni...
Tak cukup tu, kalau dia tau kita ke depan sikit, mulalah macam tertanya2...
tau2 jerlah, budak baru kerja setahun...
Gila aglamer gamaknya!
Kita saja jer malas nak ke depan...
Tapi kalau sesekali saya ke depan macam saya join mesyuarat kat bilik KP dengan big boss semue dia rasa lain macam ler....
hah padan muka...
Oh yer, semalam saya bagi ceramah kat budak2 intake baru...
Sibuk kita bagi ceramah sibuk dia call...puan..dato' nak tu, dato' nak ni.....heyyy..aku bagi ceramah, ko jerlah buat....ko nak sangat dapat nama, pastu semua dapat dari orang lain...
Miss sinar dah bosan dah, mis sinar malas nak layan dia, akibatnya apa2 hal kami berdua jer, saya dengan miss sinar....semalam kami gi minum lagi berdua....
masa minum tu saya join dua officer lelaki yg saya kenal sementara miss sinar beli makanan dia...
saya nampak miss conquer pun turun beli makanan, saya ajak join, dia tak nak pulak....
Entah biarlah...
Semalam petang, kickdefella nak dtg buat report kat off, so semua standby kat bawah, miss conquer lah yg kecoh2 suh semua stand by, saya biar jer..lantaklah.....
Masa nak balik, saya turun dengan back pack jer bawak lappy saya tu...nak baliklah kononnya...tapi atas rasa hormat, saya terus gi kat group kami, miss conquer and the gang bahagian kami, miss conquer buat tak tau jer kat saya...ah lantak ko lah...saya borak dengan mr. smart guy...(nama samaran) dan borak dengan reporter semua...
Ah..letihlah layan miss conquer ni, dulu saya baca blog kak sya pasal 'gem' rasa takde apa2 sebab tak pernah ada kawan pej yg sungguh meloyakan....tapi sekarang dah rasa dah....
Eh sorry eh..rasa cam bebudak plak bila citer benda2 camni...
Wassalam
