Assalamualaikum w.b.t
Lepas hantar hani pagi tadi ke sekolah, terus ke klinik Kesihatan putrajaya.
Konon sampaia wal dapatlah nombor giliran awal. Rupanya hampeh. Ni 2092. Giliran ke 92.
Nak daftar jer dah makan sejam setengah. Dah dapat daftar terus tunggu giliran untuk masuk bilik rawatan.
Punyalah lama tunggu, sampai saya terpaksa tanya semula kat kaunter daftar, bila giliran saya nak sampai.
Pasal leher dah terlampau sakit. Tak tahan sangat dah. Dah habis borak dah dengan adik sebelah saya tu...
Orang memang ramai gila, tempat duduk memang tak cukup. Baby semua dah nangis2, budak2 dah berlari2 dah...yang mak2 dan bapak2 pulak dah tertido2....ada mak2 yang tak tahan sangat dah...beli makanan goreng2 kat situ berapa kali ulang alik dah...
Lepas tanya kaunter daftar, budak tu cakap akak masuk jer mana-mana bilik doktor tanya nombor giliran akak....eh boleh plak camtu?
Saya pun masuklah bilik no 4 macam tertera kat no giliran saya, tup2 doc tanya saya dah scan ker? terkejut saya, scan apa pulak ni? langsung tak tahu menahu???
Memang saya ada baca perkataan "sila scan dikaunter". kebetulan pulak perkataan tu dicop sebelah ruangan pergigian, so saya ingat cop sila scan di kaunter tu utk rawatan pergigian lah....
Kebetulan pula alat scan tu terletak jauh dan agak terselit disebelah kaunter apa ntah...saya datang2 jer memang terus ambik tempat takde dah nak pusing kiri kanan, kan ker sakit tengkuk...duduk setempat jerlah....
Sudahnya nombor saya tak dipanggil asbab saya tak scan...tapi tak tahulah kalau scan adakah no saya akan cepat dipanggil? sebab saya tengok memang lambat sangat bergeraknya nombor2 tu...orang yg sebelum saya semua pun masih menunggu, macam nasib bertuah betul kalau nombor kita dipanggil.....orang bukan makin susut tapi makin ramai....
So, bila doc tanya pasal scan tu, terpaksalah saya cakap tak scan sebab saya memang tak diberitahu...patut masa kat kaunter tu dia tahu kan setiap pesakit yg kali pertama, dah kata semua online, daftar online, semua pun online, dah tu buat apa, komputer depan mata, kalau tak boleh bezakan pesakit baru dan pesakit dah pernah datang....
Frust sungguhlah...masa tu pun dah jam 12 lebih, pak hj dah kelaparan kat luar, kejap lagi dah nak zohor, nak taknak terpaksalah saya chow jer....tinggalkan jer semua2 walaupun sempat gak saya gi scan nombor giliran saya tu....patut alat scan tu letak depan2 mata tempat orang baru sampai...ni letak kat hujung tersorok sebelah kaunter, bagi pesakit baru macam saya kalau tak diberitahu memang tak tahulah kan..s.ebab klinik kesihatan kats eremban takde pulak sistem scan2 ni...
Leher masih sakit ni....lepas maghrib ni nak ke klinik semula, sebab mc tak dapat pun lagi...tapi saya balik umah terus tak ke pejabat..tak laratlah dengan suhu kat luar dekat 43 darjah...sapa tahan duduk luar rumah? Balik klinik terus solat kat surau flat hijau, pastu beli makanan ambik hani kat kelas KAFA (pontengkan dia hari ni) terus balik rumah....
Pak haji dengan tak semena2 semalam petang balik rumah saya, katanya kesian ntah apa jadi, kan saya sakit....hah balik pulak dia....tapi balik klinik tadi, tak naik atas drop jer saya kat bawah terus balik ke PD....semata2 datang teman saya ke klinik jer pagi ni, tu pun hajat tak kesampaian....
hari jadi saya hari ni berlalu macam tu jer, hadiah takde, sekadar ucapan dari pak haji moga panjang umur....
Update jam 11.33 malam
Lepas maghrib saya sekali lagi ke klinik Kesihatan Putrajaya. Sebab pak hj suruh. Bukan tak boleh ke swasta, saja nak nerai ke KKP ni.
Masa sampai tu dah jam 8 malam. Ambil nombor giliran dapat nombor 1234, pagi tadi dapat nombor 332 maksudnya hari ni dah seramai 1,234 pesakit termasuk saya.
Gitu gini, jam 10 malam baru dapat ambil ubat dan keluar dari klinik. Hani dah lapar gila dah, saya pulak bertegas ajak makan kat rumah sebab saya dan amska nasi dan dah keluarkan ikan dari peti ais.
Pendekata 6 jam hari ni saya habiskan masa di klinik. Gila kental saya pada hari jadi ni habiskan 6 jam di klinik! Hempeh betul.
Tadi doc ambil tekanan darah okay jer, bawah 79 atas 129, okay sangat dah cuma bacaan gula ada tinggi sikit 6.6, border 6.9....agak bahaya di situ.
Saya tau puncanya, mungkin satu sebab lately ni saya ketap gak minum 3 in 1 di pejabat, dah itu jer minuman yang disediakan di pantry (boss suruh PA beli) so saya bedal jerlah.....macam2 3 in 1 ada....saya tau bahaya minum 3 in 1 ni banyak kandungan gula dan pengawet lah apalah...
Dan satu lagi kan hari tu saya attend kursus APCO tu, dan masa tu disediakan banyak gula2, mata lak ngantuk, main bedal jer lah...gula2 ni memang bahaya untuk kesihatan...tinggi kandungan gulanya...dikatakan sebiji gula2 tu menyamai kandungan gula dalam 3 pinggan nasi...
So moralnya, di usia macam ni mulalah berhati2 dengan kesihatan dan kena jaga pemakanan....
Dan seperkara lagi, doktor menyarankan saya membuat pemeriksaan mata, sebab dah malam kan saya malas nak check mata kat situ, dah nak balik dah pun...saya memang dah agak dah...akhir2 ni pandang pc mata berair....sampai boss no 3 dah paksa2 saya gi check mata, tambah2 lak setiap petang kepala pening.....
hal rabun ni memang saya menyampah betul....kena banyak pandang benda hijau ni....tapi tak taulah dah kat pejabat takleh nak lari dari mengadap pc...dah memang zaman sekarang ni kerja bergantung sepenuhnya pada PC....camna nak lari, dan macamana mata tak tertekan dipaksa melihat pc hari2...
Wassalam
!~hidup memang penuh ujian, tapi percayalah Allah maha adil, maha pengasih lagi penyayang, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, sabar, minta dan harap hanyalah pada Allah, setiap yang diberi itulah yang terbaik sesuai pada masanya, tidak lewat dan tidak cepat barang sesaat pun ~!
Monday, May 10, 2010
Sunday, May 9, 2010
Kalau nak mati dah mati dah!
Assalamualaikum w.b.t
Semalam kan sakit leher salah bantal, sampai hari ni masih sakit lagi, macam robot jer dah ni...tapi on gak pc, hani yg nak main games, saya menumpang buat entry
Banyak berehat jer....setakat bangun rebus ketupat segera kebetulan jumaat malamhya dah siapkan rendang ayam....mood tengan rajin malam2 saya buat rendang
So sabtu tu macam dah tau2 akan sakit leher, top up dengan masak ketupat jerlah makan sampai petang....
Malamnya hani saya suh makan biskut jer...abih tu saya dah tak boleh nak bangun....nak bangun pun susah payah, siap suh hani tarik kerusi....senang saya nak pegang pada kerusi....
Yang saya nak marah ni ialah pak hj dari jumaat saya last call dia pastu saya call saya sms tak jawab tak balas...sakitnya hati
SAya call dia last jumaat petang, dah sampai PD dah...
Sabtu pagi saya call dia nak tanya malam tu gi seremban tak mesyuarat markaz, tak jawab, sms bagitau kalau abang gi mesyuarat saya nak balik seremban
Kebetulan ada lagi buku2 hani tak angkat dan ada baju basah hari tu tak sempat nak bawak masuk, tinggal kat ampaian belakang....
Kalau balik bolehlah clear kan buku tu, tapi pak hj tak jawab dan tak balas sms...
Geram sangat, yerlah dah sakit tengkuk/leher (agak kronik salah bantal kali ni)tapi nak cerita kongsi pun takde sapa, nak harap dia tolong toksahlah berangan....sekadar nak bercerita jer...
Pagi ni baru ada missed call dia, saya pun tak perasan bila, call semula, bising suara anak2nya....saya tanya kenapa semalam tak jawab, tak balas sms katanya handphone tinggal dalam kereta....
saya jawab, "hmmm, kalau dah sampai PD tu, memang kena kurung sampai nak ambik handphone dalam kereta pun tak boleh kan?" geram sangat rasanya...bayangkan kalau saya mati ataupun apa2 berlaku pada kami berdua, berapa jam dah tu kami terbengkalai...dari jumaat petang sampai ahad tu pun dah jam 11 pagi baru tau nak carik anak bini....
Harus ker bersabar lagi.....esok hari jadi saya, sah2 dia takkan ingat...hari ibu hari ni lagilah toksah berangan dia nak ucap ker hapa ker...
Ikut hati memang matilah..ikut rasa binasa....kalau ikut hati rasa nak blah jer...ikut rasa macam nak cerai (otak tengah bengong) tambah leher sakit lak ni...sabar jer ni...
malas nak gaduh! Seketika kat sini khamis malam, dah dua malam kat PD....esok saya dah kerja baru tergedi-gedi balik sini, patut masa saya cuti baliklah sini...ahhh malas nak layan, kalau minggu ni hari saya kerja dia nak balik, saya nak cakap tak payahlah, sapa nak layan dia, nak masak, kalau malas nak kena keluar kos makan luar plak, dah tak payah....baung masa dan duit saya..
Kalau tak kerana hani memang rasa tak berlaki pun senang, pa'kal hani ni menyebut2 rindu ayah....kang tak de ayah rosaklak emosi dia...dahlah dapat mak pun bukan mak yang bagus sangat....

Saturday, May 8, 2010
Bosan aku asyik kena tinggal! Kalau iman lemah harus carik jantan lain!
Assalamualaikum w.b.t
Rupa2nya balik singgah nak melepaskan sedap dia jer....
Tu sangkaan sayalah...mungkin tohmahan jugak!
Yerlah setakat balik beberapa jam malamnya subuh2 pergi balik ke Sri Petaling, pastu petang terus balik PD...sakit ati aku!
Mujur gak balik malam tu, jam 11 lebih malam, saya sempat borak dengan pak haji pasal kerja...kalau tak takdelah langsung pertukarah cerita dengan dia...
Masa keluar kali ni memang saya tak call pak hj sangat. 3 atau 4 hari sekali baru call, tu pun kekadang dia yg call saya. Cerita banyak tapi malas nak citer kat dia...
Dulu saya ada cerita kan yang saya ada macam affair dengan seorang peg saya masa kat N9. Dan dia pun sejak 2005 kot kan dah tukar ke HQ. Sejak saya ada di HQ ni 3 bulan memang kami tak pernah bertembung secara khusus, ternampak dalam program perhimpunan bulanan adalah....tapi sebaba da urusan rasmi kena juga bercakap2 kat telefon, dia minta tolong saya, saya pun ada tolong dia, hal kerjalah....personal takdelah kan...cuma takat dia citer perkembangan dia, saya dengar jerlah...yg melibatkan berjumpa dia saya elakkan, ada apa2 saya suh anak buah jer turun bilik dia, ambil dokumen...
Pastu dia ada ajak saya keluar makan, bukanlah makan kat cafe pejabat ni, yerlah takut nanti ada yg nampak kan...nak makan kat Bangi cadangnya....saya pun macam rasa okay jer kot, kuar makan dengan dia tengahari...hishhh ikutkan memang seronok ajer kuar2 macam tu, cerita2, banyak benda nak cerota dan kongsi...yerlah kami ni memang boleh ajer citer apa ajer...
Tapi, dek kerana masih ada rasa iman dan rasa sayang dengan rumahtangga walaupun rasa macam terabai fizikal mental, saya bataskan, dan saya yang mulanya setuju nak keluar makan, batalkan ajer....dan peg saya tu kisah saya batalkan.... terus terang jer dengan dia bagitau tak bolehlah, rasa berdosa dan takut nak buat benda2 camni lagi...
Kalau anda semua baca perangai saya yg dah jadik bini orang ni tapi gedik nak keluar dengan laki orang mesti sakit ati jer kan...tulah saya rasa affair kat office ni memang boleh berlaku pada sapa2 sahaja....dan sapa2 yg nak pun boleh ajer, tapi tak juga semua ada peluang maksud saya, tak semua orang lelaki berterus terang macam kawan saya ni...
Eh dulu saya ada bagitau tak, masa saya mengandung Hani, dia sangat2 kesian kat saya, dan dia yg banyak bantu saya pergi menyiasat....yerlah menyiasat jauh2 ke Gemas, ke Jelebu, ke Serting, perut plak dah memboyot takkan nak drive sensorang, masing2 masa tu semua pun ada Kertas Siasatan masing2...sebab masa tu kuota sorang IO kena siasat 10 KS setahun..memang matiler...
Sampai dia cakap, kenapalah bukan saya yg jumpa u dulu sebelum pk hj, sebab tak mudah nak carik perempuan yg sanggup jadik isteri kedua dan sangup pula korban macam saya (masa tulah- berapa lama dah tu...tahun 2002/2003 sy mengandung tu) yerlah masa tu gila punya berkorban...siap bagi pak hj kad ATM gaji, bagi satu kad kredit..pastu sanggup pakai kancil jer, dengan pak hj bagi bulan2 duit belanja kat saya RM500 sebulan...memang gila mujahadah masa tu...
Eh merepek dah ni....
Jadi, kesimpulan saya, mujurlah kami ni masing2 matang....sekadar perhubungan masa tu dihabiskan dengan bertukar2 cerita dan perasaan....kalau salah sikit mau jadi lain tu....dah syukur sekarang masing2 dah juga tua dan bertambah usia.....
Huihhh...tak abis citer lagi ni....hani nak bukak blog dia plak sebab katanya nak tulis happy birthday dan happy mother's day.....tak sangka plak sampai nak ucap kat blog...tu tengah design kada utk bagi ammie...sebab 9 hb hari ibu, 10 hb tu hari jadi saya....ke 36, tua sangat dah rasanya....

Sehari bersama APCO
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni saya hadir kursus sehari di Jabatan Perdana Menteri. Kursus Komunikasi Strategik namanya. Hari rabu baru kami terima email dari JPM minta kehadiran. Kursus 2 minggu, dan kita kena pilih sehari bagi setiap minggu. So, setiap peserta hadir dua kali, minggu ni dan minggu depan.
Khamis tu 3 pegawai pergi, jumaat pulak dua lagi yg pergi, saya dan Miss Sinar. Sekali bila masa perkenal diri tu, majoriti pegawai PTD lah...dan yang ada ni semua PRO-PRO kementerian, jabatan dan nampak dah senior gitu....yg muda2 pun PTD kontrak....tapi jenis yang out spoken dan jenis tengah membara nak buat kerja-dan bagi pendapat dengan semangatnya!
Ada MINDEF, APMM, Tourism, EPU, SSM, SUHAKAM, dll.....kursusnya memang relevan dengan tugas kami tapi pada saya takde benda baru apapun semua yang dia cakap saya dah tau, dan ada banyak yang kami dah implement pun...macam cara2 guna media baru....macamana nak gunakan media as out tools to deliver message....
Yang paling surprise penyampai2 cermah ni seramai 5 orang rupa2nya adalah dari APCO, consultant yang dilantik PM kita tulah. yang kontroversi sungguh tu....1Malaysia=1 Israel
Dan hari ni juga adalah hari yg buat saya jadi jakun....mana taknya, hari ni masuk area pejabat PM. KIta ni kuli jer mana pernah masuk kawasan2 larangan tu...tetiba dek kerana ada kursus dengan APCO ni merasalah masuk kawasan pejabat PM, dan makan pulak kat tempat makan menteri2 kabinet....perasan kejap! Siap bergambar bagai...
Orang2 APCO ni, fuuuuhh budi bahasa amatlah sopan santun dan tak habis2 thank u, very good job...congratulation....kejap2 puji, yang geram tu ingatkan kerajaan dah bayar juta2an lantik dia sebagai consultant dia latih dan bagi kita tips2 yang gempak tapi masa course ni kita jer asyik2 kena buat presentation.
Pagi petang bagi diorang bagi talk setengah jam pastu kena buat group discusssion setengah jam pastu presentation setengah jam....cara2 dia cam nak ambik input yang kami present tu...tapi overall okay, dapatlah pertajamkan skill dan cara2 serta tips macamana nak gunakan media baru ni....
yang saya paling tak tahan tu, hal bahasa inggeris lah...dahlah saya ni memang sedih kalau nak citer pasal penguasaan bahasa inggeris especially part bertutur tu....kalau baca dan dengar orang cakap memang takde masalah nak faham....tapi part nak beercakap tu memang fail lah!!!
memang rasa rendah diri lah, terasa inferior complex sangat...tapi saya takdelah ikut2 kan sangat, saya tak jadikan faktor bahasa tu sebagai halangan saya terlibat aktif dalam perbincangan. Tetaplah jugak saya bersuara memandangkan bila bincang mungkin disebabkan saya yg asyik2 bagi pendapat so perbincangan tu menggunakan bahasa melayu.
Tapi majoriti yang hadir ni memang senior officer bahagian Perhubungan Awam.... yg muda2 pun ramai jugaklah. Dalam anggaran tak sampai 20 orang pesertanya. Banyak juga dari komunikasi korporat...kalau dengar slang cakap tu memang boleh agaklah lulusan overseas....
Semua yang hadir tu memang kena buat presentation, dah memang asyik2 presentation, nak nyorok mana pun tak tau...
Saya sebelah pagi dah present dah....hentam jerlah...dengan broken englishnya... lantaklah..terfikir gak nak minta izin guna BM dan nak suh sesappa translate to english sebab saya rasa cam mesej saya tak sampai sepenuhnya disebabkan halangan bahasa....wah...sedar diri tu! Tai takde kekuatan...terpaksa lah jugak agungkan bahasa penjajah ni....
Sambung nantilah....

Subscribe to:
Posts (Atom)