Thursday, July 19, 2012

Mohon pandangan

Assalamualaikum w.b.t


Saya mohon pandangan puan-puan

Andainya ingin saya menulis terus

Maka tida ada isu lain yang mampu saya tuliskan

Melainkan ingin berkongsi saat-saat kemanisan hidup saya kini

Dan pastinya nanti akan ada yang meluat pula

Justeru, dimana kewajaran untuk saya terus menulis?

Kerana tulisan2 saya nanti akan ada yang meluat dan meloya pula...

Bagaimanakah?



Wassalam

Monday, July 16, 2012

Setiap ujian pasti ada hikmahya

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak berani nak beri contoh lain bila menyentuh pasal tajuk entry saya kali ini

tapi untuk saya rasanya bolehlah dibuat case study

dari 2006 saya dah buat blog

dan saya tak pernah reda/lega dari ujian hidup berumahtangga

juga ujian2 lain

pasti yang membaca juga dapat merasakan denyut nadi setiap masalah hidup saya

dan saya walaupun sesekali hilang sabar tetapi puratanya setiap ujian itu saya tempuh jua

tempuh dengan pelbagai nada, ada masa sedih, ada masa buat tak tau, dan ada masa2nya jiwa saya memberontak

dan pelbagai respond saya terima bila saya luah disini....

ada masa saya juga dikritik, dipandang sepi, diberi kata2 semangat...

dan ada juga saya block terus dari menjadi readers blog ini

yer, ada yang senyap2 saya buang dia dari list...heheheeee

dan yang membaca ni adalah yang old timer pembaca blog saya ini

semua rasaya sudah masak dengan saya

sudah tahu kalau tak banyak, sedikit tentang diri dan pendirian saya

dan saya anggap nasihat dan kritikan itu kerana sayangkan saya sebagai seorang kawan, walau xkenal

apapun saya amat2 menghargai mereka yang mengikuti setiap detik hidup saya bermadu

saya teruskan blog ini kerana saya telah memasuki dunia bermadu semula

sebaik sahaja kami bernikah, beberapa hari selepas itu, suami telah merujuk semula

saya lebih2 yang memberi galakan

tetapi saya enggan buat masa ini menceritakan hal berkaitan madu baru saya

biarlah saya kongsikan cerita saya sahaja

itupun sudah cukup banyak yang indah2

sampai rasa tak berdaya nak menempuhnya...campur tak percaya

sebaik saya bernikah, terus suami bawa saya ke apartment kecil dia di Kajang

rumah yang telah dibeli lebih sepuluh tahun dulu

rumah yang dianggap sebagai transit untuk keluarga suami dan isterinya

rumah yang serba lengkap seadanya

apa yang saya impikan suatu masa dulu untuk sebuah rumah saya nanti semuanya telah ada disini

nanti saya letak gambar jika ada kesempatan

apa yang saya mahu?

pernahlah dalam kepala saya datang keinginan2 tentang sebuah rumah

bukanlah ada garis yang jelas keinginan saya tu

sekadar membayangkan rumah yang sederhana

ada kitchen kabinet, ada kabinet dasar dan kabinet gantung

dapur yang kecil sesuai dengan saya yang kurang ke dapur

buat plaster syiling yang corak simple

dengan peralatan dapur sederhana, tapi nak peti sejuk dua pintu

nak periuk kuali tefal (walaupun sekarang pakai correlle dan vision)

nak ada dapur basah, dapur kering

yer, semua itu bayangan saya sahaja yang saya akan laksanakan bila cukup keperluan

rupanya perancangan saya itu selari amat dengan perancangan Allah

Dan Allah dah sediakan untuk saya semuanya

semua itu sudah menunggu saya lebih 10 tahun

allah dah gerakkan hati suami saya untuk sediakan untuk bakal isterinya di sini, di rumah ini

semuanya ada dalam rumah ini

Walaupun dia sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin lagi

tetapi semuanya telah sediakan seolah2 macam tau2 yang dia akan letakkan isteri di rumah ini

bayangkan lebih 10 tahun rumah ini kosong, tak berpenghuni tetapi semuanya serba lengkap

memang beliau jenis yang perfect hendak semuanya lengkap

walaupun hanya datang sekali sekala melawat rumah ini

siap dengan full auto washing machine

bedroom set, dengan almari 4 pintu (sesuai dengan baju2 kerja yang banyak + uniform)

ruang tamu yang lengkap dengan set kayu jati,

dengan meja makan kayu jati 8 kerusi

siap dengan meja kerja dan kerusi pejabat

dengan sebuah laptop berserta modem internet

hanya duduk dan layarilah internet

beserta dengan telefon rumah dan diberi juga saya dihadiahkan samsung galaxy

beserta talian post paid maxis (family plan) beserta 3G

sampai rasa dalam hati...bermimpikah aku?

bila saya masuk sahaja, mana2 barang tidak cukup

serta merta dibawa beli

bukan saya yang pinta, tapi usahlah pandai2 nak sebut, kalau saya sebut, itulah yang akan dibeli, serta merta!

saya terbayang kehidupan mereka yang dibela sugar daddy

beginilah lagaknya agaknya

mujur saya ini masih waras

masih berpijak dibumi nyata

masih sedar dari mana saya datang

masih anggap ini juga sebagai ujian

word popular dia, "okay, jom ikut abang beli..."

tu tak masuk bagi cash untuk belanja harian

bagi cash untuk beri pada mak saya

ya allah tak ker itu sangat contra dengan dunia saya sebelum ini????

tidakkah puan-puan???

bayangkan betapa serba salahnya kedudukan saya sekarang

sungguh saya masih waras, saya tangani semuanya secara baik

berkali2 saya jelaskan...jangan buat saya seperti OKU

setiap kali kemana2 saya diberi duit, saya beritahu dia

beri saya masa lalui proses perubahan ini

beri saya tempoh peralihan

kadang2 bergaduh2 nak fahamkan dia situasi saya sebelum ini

nak bgtau semua ini sebelum ini atas tanggngjawab saya

macamana abang bertanggungjawab pada keluarga, macam tuah peranan wa sebelum ini

tolonglah abang jangan rampas semua peranan wa serta merta

wa mainkan semua peranan macam abang dalam seluruh hidup berumahtangga sebelum ni

wa belum bersedia nak serah semuanya

walaupun dia faham tetapi tetap dia bertegas nak buat semuanya

bukan dari segi tu jer, malah dia juga basuh baju, ampaikan baju

kemas rumah, vakum rumah.....dah tu apa saya nak buat?

buat air sendiri, beli barang2 dapur dia yang susun dalam peti sejuk sendiri

sebelum sempat saya berbuat apa2

laju sungguh dia buat kerja

bila saya tertanya2.....eh mana barang beli tadi

terus minta maaf, abang minta maaf wa....abang dah simpankan dah..

ya allah hai.....betapa indahnya hidup ini....

sampai terdetik.....dan doa...janganlah kau tarik bahagia ini

dan dia juga berkali2 minta maaf andai saya membuat kerja dapur yang saya rela

katanya, abang ambil wa sebagai isteri bukan untuk jadik bibik...

dah kesitu pula......pening saya....pening nak adjustkan diri...

dan saya masih juga seperti biasa, salwa yang dulu

ini belum masuk cerita bab hani

macamana dia layan hani

setiap kali jumpa....dan sehingga ini memang dia untukkan masa menziarah hani

kadang bergenang air mata dia melihat hani

melihat bahawa betapa hani itu anak yang baik

anak yang teraniaya, setiap kali jumpa dicium ubun2 Hani

melihat bahawa banyak ruang untuk dia mendapat pahala dengan ikram hani

dan sejujurnya wajah hani cukup ceria dengan wujudnya abi baru ini

sangat2 bahagia dia

dan hani pun seperti saya, tidak pandai mengambil kesempatan

walaupun abi berkali2 offer ambil dan pintalah apa sahaja yang terlintas

bagitahu sahaja

tapi hani memang pun bukan kaki meminta itu ini

sekadar ala kadar

tapi abi bijak, dipinta beli pelbagai makanan, untuk sedekah kepada kawan2 hani

makanya dah berapa minggu ini asyik membawa pelbagai makanan ke madrasah hani

itu yang buat hani lagi bahagia

itu cerita hubungan kami bertiga

dan ada juga cerita tak berapa best.....sebagai manusia biasa pasti ada kelemahan

memandangkan perkenalan yang singkat

kami tak sempat melihat keburukan masing2 pun

janganlah anggap semuanya sempurna sangat

memang masa kenal singkat itu semuanya nampak perfect, manis

dah kawin barulah tau buruk masing2....tapi xperlu dedah pun disini

makanya minggu pertama saya dah dipinta ambil pelbagai supplement

dah dibelikan saya monavie

bukan saya sahaja, monavie untuk mak mertua dan mak saya juga

order 12 botol secara online untuk RM900

ahhh terlalu banyak perkara dalam hidup saya yang suami saya involve sekarang

terlalu personal hendak saya ceritakan....

terlalu 'melampau' untuk saya hebahkan

kadang2 tak percaya, Dia hantar satu orang sebagai pakej untuk selesaikan semua masalah saya

baik masalah kewangan, masalah keluarga di kampung,

masalah tempat tinggal, masalah hani yang seumpama tidak berayah,

masalah penjagaan diri,

masalah perlunya motivasi diri

suami juga seorang yang pakar dalam crisis management (petronas team)

sebagai seorang manager dalam oil and gas company yang berpengalaman lebih 30 tahun

bermula dari bawah pula....ianya sangat mengkagumkan melihat perjalanan kerjaya dia

tanyalah apa sahaja (kecuali beberapa perkara kelemahan dia telah saya ketahui pada minggu kedua ini,

dari menu memasak (zaman belajar di UTM part time tukang masak restoran)

kepada ilmu kaunseling, motivasi, pengurusan,

crisis management dan macam2 lagi

wajah yang tidaklah kacak, raut wajah yang serius pula

dengan ketinggian sederhana, saya berada sedikit bawah dari paras bahu dia

dengan ketrampilan sangat sederhana

jalan2 hanya memakai pagoda dengan jeans atau khaki

dengan sandal getah sempoi harga yang saya fikir tak lebih RM15.00

itulah dia suami saya

macam pak haji juga orangnya, simple

kalau boleh pakai baju tak ber iron dia akan pakai

ke pejabat juga sempoi

pakai slack dengan kemeja lengan pendek, baju tak tuck in

itu imej dia sejak dahulu kala, katanya

hanya meeting sahaja baru tuck in

saya tidaklah kisah semua itu, kerana suami dulu begitu juga

dengan seluar cotton paras atas buku lali dengan jubah putih

tidaklah menjadi hal sekelumit pun bagi saya imej dia

asalkan pakaiannya bersih, kemas saya tak kisah

dan dia itu sangat sangat sangat menjaga pemakanan

malam tak perlu susah payah masak nasi lauk bagai

hanya makan roti high fibre dan rendah carbo

petang keluar makan di mamak, makan capati sekeping bersama kopi o atau teh o tanpa gula langsung

sangat menjaga perut supaya tidak boroi

juga sangat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, kereta, diri

kebersihan dan kekemasan compliment each other, katanya

memanglah saya yang tak berapa sistematik ini akan terpaksa ikut rentak dia

nak melawan pun takda berani wooo

namun ada kelemahan beliau yang diakui secara berdepan dengan saya

saya terima kelemahannya

akan sama2 perbaiki

namun yang paling ketara adalah dia seorang yang sangat2 jujur

takde apa fakta yang diceritakannya yang ada unsur tipu

siap support dengan document, apa yg dia kata selari dengan bukti yang dia tunjuk saya

tiada niat jahat atau ada hidden agenda, ada yang saya siasat sendiri ada yan saya direct tanya dia

sampai tahap saya minta dia aplikasikan lagu madu tiga P Ramlee

yang orang kawin dua/tiga ni "mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang"

tapi tulah dia tak pandai cover langsung

kadang apa dia cakap dek kerana terlalu jujur dia tidak sedar ia sedikit mengguris saya

gurisan kecil jer, dan harus cepat2 bagitau sebab dia takkan ulang lagi

kejujuran dia makin lama makin ketara, malah mak mertua sendiri bagitau

yang suami ni jenis jujur, sedikit lurus bendul...tak pernah tipu atau cakap bohong...

itu yang dia sedih sangat, lihat anak diperguna (ini cerita keluarga)....dan dia happy sangat bila suami kahwin lagi...

saya dah interrogate dia kenapa yang boleh jadi terlampau jujur

dan saya telah menemui jawapannya

maybe ada masa saya ceritakan nanti

dan saya juga telah berjumpa dengan mak mertua saya juga sedara mara suami saya

kebetulan sabtu pak sedara suami buat kenduri kahwin di senawang

ramailah jumpa sedara mara dia

hampir kesemua terkejut dan ternganga tak sangka dia kawin dua

ramai juga yang marah kenapa tak jemput mereka

dari riak wajah sedara mara suami dan pelukan mereka, saya taulah bahawa kedudukan suami di mata mereka adalah pada level tinggi

petang yg sama pula datuk saudara suami meninggal dunia, di masjid tanah

kali ini berjumpa saudara sebelah di kampung pula

jumpa datuk nenek, mak sedara, pak sedara juga sepupu sepipit bagai

keluarga dekat juga keluarga jauh

dari malaysia, dari singapura

keluarga yang berpuluh tahun tak jumpa, malah madu saya sendiri pun tak pernah kenal mereka

memang allah mudahkan sangat

terus saya dperkenalkan

ada yang bergenang air mata bila peluk suami

ada yang kagum dan tanya kenapa lewat sangat cari isteri baru (ada lah isunya)

pendekata saya dirai dan disambut dengan sangat positive

sabtu selepas ke rumah jenazah pergi ke rumah mertua pula

dirai dan dijamu akan itik masak lemak cili api (kegemaran suami kata mertua)

malah mertua berapi kali sapu air mata kerana terharu sangat berjumpa saya

gembira sangat air muka dia menyambut saya

macam2 nasihat diberi, suruh berpakat elok2

salam dan cium hani lagilah terus menangis peluk hani

kerana tau mujahadah hani belajar di madrasah sekecil itu

sayang pada hani umpama cucunya sendiri

mak mertua business woman

ada joint SME indistri kuih tradisional

dodol, putu kacang, cakar ayam, ada mesin besar2 bagai dengan bengkel (kilang) depan rumah

mak mertua muda setahun dari mak saya

boleh memandu, ada kereta kancil suami belikan

juga bilal mandikan jenazah di kampung (kampung padang besar, masjid tanah)

juga JKKK, pendekata seorang yang sangat aktif

melahirkan suami pada usia 15 tahun

dia kini 67, suami pula 52

memang macam kakak dan adik jer

macam tak percaya

maghrib tu kami balik ke kampung umbai, kampung saya pula

tapi esok pagi ahadnya mak mertua call anaknya suruh singgah makan, nak masakkan ikan parang baru naik....aduhai mak mertuaku...

Tujuan balik kampung saya sebab inilah kali pertama nak kenalkan suami dengan family saya

betul2 surprise

sejujurnya takde sapa tau saya nikah kali ini

bahkan saya bercerai pun hanya mak saya jer yang tau

saya pasti berita kali ini pasti mengejutkan

tapi pasti mereka juga gembira
saya tak yakin sebenarnya nak bagitau family

tapi suami bertegas

dia bukan orangnya yang berfikir semudah saya

pada dia semuanya mesti mengikut peraturan

(nanti2lah saya cerita apa disebalik pernikahan ni)

alhamdulillah allah permudahkan segala2nya

tiba2 hampir sampai ke rumah idea allah beri

saya terfikir untuk belanja semua makan ikan bakar

dan dimudahkan allah semuanya dapat hadir selepas isyak itu

semua happy

semua buangkan prasangka terhadap saya

kakak dan abang ipar yang kecil hati dengan saya turut serta juga

alhamdilillah sangat2, mmg allah bantu

esoknya, bermacam2 bermain dalam fikiran saya apa pula kata jiran2

dari sentra tetiba saya balik bawa estima

makanya allah tunjuk jalan sekali lagi

pagi2 jiran jemput saya kenduri masuk rumah barunya

mak saya bagitau saya sudah bernikah baru, maka suami saya dijemput sama

esoknya pagi2 mak saya rutin biasanya pasti ajak saya ziarah adik beradik dia

maka esoknya selepas sarapan saya bawa suami jumpa 3 bapa saudara saya

rupanya pak ngah saya sudah agak ada sesuatu tersembunyi

juga merasa kagum bagaimana saya boleh hidup dalam keadaan suami di kelantan

makanya bila dimakumkan saya telah bercerai hampir 2 tahun

dan ini suami baru, dia senyum dan nampak dia kagum juga atas ketabahan saya

juga dua bapa saudara lagi merasa gembira untuk saya

syukur ya allah

balik ziarah bapa saudara terus ke kenduri jiran sebelah rumah

bila saya muncul jalan bersama suami, persoala tentang suami timbul

ada yang tanya saya ada yang tanya emak

saya jelaskanlah, dan mereka tersenyum, gembira saya rasa

sebab jiran2 turut tertanya2 mengapa hj sidek lama tidak muncul

mengapa saya balik sendirian sahaja

ini mak saya cerita

makanya bila suami saya muncul maka ia merungkai segala persoalan tentang saya

dan suami pula pandai membawa diri, pandai berborak

terus joint dalam jemaah yang berdoa dalam majlis kenduri itu

maka allah mudahkan tak perlu saya cerita panjang

segala2nya allah atur begitu cantik dan lancar sekali

terus suami booking caterer sama untuk kenduri kami pada 9 september nanti

kenduri masuk rumah baru, kenduri tahlil dan kenduri kesyukuran kami berdua

saya ingin jemput semua datang ke kampung saya nanti....

jika sudi apa salahnya, saya jemput dengan sepenuh hati ni...

ini umpama klimaks kepada cerita2 sedih saya.....

minggu ketiga ramadhan sampai 8 syawal suami akan ke umrah

sebagai tanda syukur dapat membina rumahtangga kedua

ingin membawa saya tapi masa terlalu suntuk

itu sebab kenduri hanya dapat dibuat selepas raya

inilah happy ending cerita dunia bermadu saya

jangan merasa musykil, jangan merasa loya atau nak muntah

ini realiti, ini fakta dan inilah ganjaran Allah agaknya

moga2 bahagia ini kekal

dan andainya saya diuji lagi saya telah punya pengalaman

dan saya yakin apapun allah bentangkan depan saya pasti ada hikmahnya

hanya solat dan sabar jalan keluar....

adios....

Wassalam

Semuanya dipermudah Allah...sungguh2 ni

Assalamualaikum w.b.t


Kenal tak sampai sebulan

hari ke 28 menikah

pagi nikah period

sampailah ke hari ni, hari ke 9 (normal saya 11 hari)

saya masih period

yer...sungguh sedih sekali

tetapi tetap bersabar

tetapi suami saya sangat sabar, ituah kelebihannya

saya yang jiwa kacau, dipujuknya saya....

tapi itu bukan hot topik saya kali ini

yang saya nak cakap, selepas seminggu baru saya rasa saya benar2 telah menjadi isteri

jika tidak saya rasa seperti terawang2, macam mimpi, xpercaya sebenarnya

sebab tiba2 saya dah ada suami yang tidur di sebelah saya

dahlah tu...suami yang normal, tak OKU seperti suami sebelum ni

suami yang sentiasa memeluk saya dengan penuh kasih sayang (ini base dari apa yg saya rasalah yer..hehehe)

meloya yer? hahahaaa...biasaler, ni proses transisi

lepas ni bakal banyak lagi cerita meloya dari saya

meloya utk anda, tapi bahagia untuk saya

wakakakaaaaaa...meluat baca ek?

lantakler

dah memang trade mark blog saya telus dan transparent

Ya allah puan-puan....sungguh ni kali ni sangat2 saya yakin janji allah

yakin setiap cubaan, ujian allah tu ada hikmahnya

yakin bahawa doa kita sentiasa allah pandang

yakin bahawa allah akan bagi kita apa kita nak bila sampai masanya

yakin amat sangat bahawa andai sudah jodoh kita ia tidak akan lewat atau cepat barang sesaatpun

yakin bahawa kita lemah tiada daya dan usaha dalam membuat keputusan dalam hal jodoh

hal jodoh ini semata2 adalah urusan allah, janganlah sibuk nak campur tangan

yakinlah juga andai nak dapat jodoh yang baik, doalah

dan yakinlah kalau anda baik, berusaha menjadi baik, allah akan hantar orang yg baik2 sekeliling anda

yakinlah bahawa doa sahaja, lain2 itu urusan allah

dan bila telah dapat bersyukurlahm berterma kasihlah

janganlah kufur nikmat

yakinlah bahawa ujian yang dberi itu pasti ada sebab ada hikmahnya, semasa diuji laluilah ujian itu dengan hati yang ikhlas,

yakinlah dalam hati dan anggaplah orang yg menguji anda itu perantara sahaja, ujiannya adalah semata2 dr allah

bersihkan hati, maafkan mereka, dan terus ke hadapan, lupakan sahaja apa salah mereka pd anda

kerana mereka itu perantara sahaja

serahkan bulat2 kepada Allah swt

yer itulah yang saya lalui selama ini

banyak masalah melingkari hidup saya

sampai rasanya tak boleh nak uruskan seorang diri dah

bermohon kepada allah menghantar seseorang membantu saya

sungguh dah tak tahan...tp sya tak cerita di blog masalah2 lain saya

yang saya cerita banyak masalah jantan/lelaki yg hadir dlm hidup ini

walhal banyak masalah hidup sejak menjanda

hanya pada allah saya mengadu

dan allah itu maha mendengar

allah itu maha mengetahui

maha mengasihani saya, diuji saya sejak umur awal 20 an lagi

tak pernah allah lupa menguji saya....saya diuji tanpa henti (saya rasa)

saya tak pernah mengecap waktu senang yang betul2 senang hati

ada2 sahaja ujian melanda

rupanya allah pandang saya

rupanya allah kasihan dan sayang saya

allah dah janjikan sesuatu untuk saya

cuma allah minta saya bersabar

malah janji allah tu, apa yang allah beri itu jauh lebih baik dari apa yang saya telah korbankan

sungguh ni

setiap perkara yang saya lalui selepas seminggu menjadi isteri ini satu2 trsingkap dlm benak saya

segala2nya yang berlaku bagaikan melunaskan impian saya selama ini

segalanya bagai datang bergolek sama seprti apa saya impikan

rasa macam puteri impian......

sebenarnya memang rasa macam dalam filem/drama/novel

rasanya pnut bolehlah buat skrip drama....hahahaa

entry ini saya bagi ukadimah jer

detail apa yang saya maksudkan dengan tulisan di atas nanti saya crita yer...

yang pasti, saya sangat sangat sangat bahagia

dan noktah!


Wassalam

Friday, July 13, 2012

Dia telah menjadi suami saya

Assalamualaikum w.b.t


Hashim minhat itu telah menjadi suami kepada Salwa Muharam

Yer, benar

Hanya 28 hari sahaja saya ambil masa Untuk menilai dia

Walaupun masa berlalu pantas

Dan mungkin saya belum mengenali dia

Tapi saya benar2 serah pada Allah untuk putuskan apa yang terbaik buat saya

Alhamdulillah selepas 4 hari saya yakin inilah yang terbaik

Inilah suami yang saya idamkan

Segala2nya umpama mimpi

Semuanya berjalan pantas

Tiba2 saya telah menjadi milik suamai saya

Takde rasa kesal walaupun sedikit dengan keputusan ini

Dia sangat bertanggungjawab

Dia sangat baik

Pada dia segala perbuatan yang baik ada

Sampaikan setiap kali dia berbuat baik kepada saya,

Saya menitiskan air mata dan kerap kali juga bergenang air mata

Terasa seolah2 dia satu anugerah terindah dalam hidup saya

Indah sangat rasa bahagia ini sampai tak terungkap perasaan ini dengan kata2



Wassalam