Assalamualaikum w.b.t
Lama juga tak update blog. Seminggu blog terbiar. Meronta hati nak update tapi bila malam tak larat dah nak on laptop. Sebab siangnya dah sepenuhnya mengadap pc menyebabkan malamnya memang takde keghairahan langsung nak mengadap pc....
Bayangkanlah sekarang ni takde ruang nak lari dari mengadap pc....sampai rasa tak larat dah nak mengadap internet 24 jam...sakit mata dan kepala! Kerja luar ada tapi tak juga dapat lari dari kerja2 dalaman yang tak putus2...
Tapi saya suka ajer kerja sekarang ni...rasa sangat yang saya ada chemistry dengan kerja2 bidang ni.....sukalah!
Saja saya luahkan kat sini kegembiraan ni. Kerja bahagian ni sangat dinamik dan rasa cam takde halangan dan sekatan macam bahagian lain. Batas kerjanya sangat boleh pergi jauh. Walaupun kemampuan saya terhad saya sangat suka juga sebab banyak benda baru saya boleh teroka.
Dan dengar2 bahagian kami akan mengimport personaliti tv terkenal sebagai satu injection untuk membina hubungan yang lebih baik dengan media dan juga sebagai satu strategi terbaru mendepani isu2 semasa. Haaaiii merasalah kerja dengan orang cantik-manis-lawa ni....ni kalau jadikler....nanti saya hebohkan kat sini....
Hal rumah
Entry sebelum ni kan saya bebel hal rumah pak hj. Pastu saya diamkan diri jer sebab malas nak sakit hati dan jiwakan? Esoknya tu, saya balik kerja saya tengok dia dah angkat barang bawa ke rumah saya, kuarters putrajaya ni. Tapi yang dia bawa meja makan, kabinet tv dan peti ais, dapur gas satu tungku.
Ikutkan banyak lagi benda yang tinggal dari yg ambik, malas nak cakap....buat saya tambah geram jer....ikut hati saya kettle tu pun saya nak hangkut. Ni bukan ajer kettle tapi iron dengan ironing board pun dia tinggal juga. Bila dah pindah kuarters ni mulalah terbayang2 alas kaki, mop, penyapu, dll...semua tu nak kena beli baru dan kena kos juga.....tapi tulah......dah terlewat....ok, dah lah....'tembak tak kena, cakap tak guna!"
Saya ubat hati ni sendiri2 jer....sekarang ni kira kuarters putrajaya ni dah bolehlah saya meneruskan hidup. Peti ais pun dah ada, kak aza bagi yang dia punya satu pintu tu...yg dua pintu kat homestay dia ambik semula,. Yang dia bagi saya ni, yang dia tak suka sebab jenis yang ada frost tu....tapi oklah dari takde, ok juga dah ada w.pun satu pintu, fizikal okay lagi, bolehlah isi ikan utk stok seminggu....dapatlah minum air sejuk...tu yg penting musim2 panas ni!
Dapur gas setungku pun dah ada. Sebelum ni saya masak pakai microwave pastu pak hj bagi yang mobile punya dapur tu pakai gas tube....sekarang dah ada dapur gas setungku kak aza beli untuk homestay, okaylah baru sangat dapurnya (memang tak digunakan pun), syukur jugak kak aza bagi..mungkin juga terhutang budi sebab saya ada bagi dia dapur gas dua tungku sebelum ni...cuma saya bagi dia brand pensonic yang dia bagi saya ni brand bompani (bagus brand ni..tahan sungguh).
Tv pun dah ada....ambik homestay punya, siap dapat semua channel lagi....kira meriah sikitlah...rumah seremban dulu, dapat Tv3 dan TV8 ajer....sekarang rasa dah banyak sangat channel lak! Biasalah kami ni bukan kaki TV....la ni melepak depan tv malam2 dalam setengah jam sebelum tido!
Rumah saya punya cerita
Isnin lepas saya balik seremban ada court case, singgahlah rumah sebab nak ambik lesung batu tumbuk...seksa benar nak masak2 takde batu tumbuk....sambil tu rehat2 lipat baju yang baru angkat. Tup2 ada couple berhenti motor bagi salam. Rupa2nya nak menyewa rumah.
Katanya dah lama ushar rumah saya tapi tengok tuan rumah tak pernah ada. Bertuah katanya saya ada hari tu....bincang2 punya bincang comfirm minggu depan nak masuk. Saya letak RM400, dia minta kurang terus saya bagi RM350...entahlah tak tau kenapa figure tu yg keluar.
Saya pun tak tau market situ berapa sewanya. Memang agak rugi sebab rumah saya jenis semi D, 40X85 keluasan tanahnya...binaan 30X 75...agak luas jugaklah...yerlah rumah dulu2 tak sama dengan yang ada sekarang ni....tanahnya agak panjang....bilik 4 dengan 3 bilik air....murah sangat ker RM350?
Pastu suami isteri tu cam suka jer bila saya kata saya tak sewakan sebab barang2 saya banyak. Saya ingat payah nak cari orang yang nak sewa sekali dengan barang2.....rupanya ada gak yang suka.
Mungkin sebab lokasi yang dia suka kot. DEkat dgn rumah mak dia. Saya tinggalkan semua barang sebenarnya. Malas nak bawak pindah ni. Bertuah juga yang menyewa tu, bilik semua dah ada katil, super king, queen dan super single. Ruang tamu dah ada sofa, aircond, siap dengan kerusi urut ogawa lagi.
Bilik master pun ada aircond....dapur ada washing machine, dapur gas, rak pinggan, peti ais, eh pendek kata semua adalah....tak taulah ahad ni dia tengok kot2 dia pening lak banyak sangat barang!
Rasanya RM350 tu memang murah dengan fully furnish tapi saya malas nak fikir dah....saya ambil deposit sebulan dan api air RM200, cuma ni nak carik contoh perjanjian penyewaan. Kena ada gak perjanjian sebab apa2 berlaku kat rumah senang kita carik dia nanti....
Hani punya cerita
Sejak saya hantar hani ke rumah pengasuh ni, saya dapat bezakan yang hani agak okay dah saya rasa bertuah juga menjadi mak dia. Macam anak pengasuh tu, nampaknya mak dia macam tertekan juga dengan kerenah anak dia sebaya hani tu.
Kalau hani sudah boleh urus diri sendiri, packing baju sendiri untuk pergi rumah pengasuh dia tu dan juga packing baju utk ke rumah kak aza (cuti sekolah hari tu dan lain2 masa sebelum ni), hani juga dah boleh siapkan diri ke sekolah tanpa bantuan dan pemantauan, dan hani juga buat jadual sendiri tanpa pemantauan saya (hanya ingatkan dia) tapi qistina semua perkara yang saya sebutkan adalah diuruskan mak dia semata2...syukur sungguh di situ hani berdikari...
Begitu juga dengan homework, hani sangat bertanggungjawab hal homework dalam kereta dah war2kan homework dia, dan kalau dah ngantuk sangat, nak tido tu sempat lagi dia bebel "sapa nak buat homework kakak, kakak dah ngantuk ni" dan kalau tak siap saya perhatikan, pagi2 dengan hanya pakai spender lepas mandi, dia akan siapkan juga....dan segala pesanan cikgu semua dia ingat dalam kepala......baru2 ni saya sedar yang dia berbeza dengan qistina lepas mak qistina crita kat saya...saya ingat semua budak2 baya hani dah melalui perkembangan asas sama macam hani....rupanya tidak!
Seperkara lagi, hani dah boleh terima tanggungjawab yang agak besar sekarang. Macam bayar yuran, bayar hutang kat cikgu hari tu (beli kain KAFA, cikgu takde duit kecik), pastu saya minta dia beli kain KAFA satu lagi...semua tu dia cerita dia buat seorang..pergi bilik guru dan deal sendiri..bagi saya tu perkembangan positif sangat sebab saya tau hani agak pemalu apatah lagi situ tempat yang agak baru bagi dia....
Sekarang ni hani dah tukar kelas, sekali lagi dia kena menyesuaikan diri dengan classmate baru. saya tak tau kedudukan kelas yang baru ni dari segi susunan kepandaian nombor berapa....hani kata kelas kedua....tadi saya tengok mark ujian bulanan, mengancam juga....majoriti yang ada tu dapat 95% ke atas....tak kisahlah asalkan hani suka ke sekolah.
Cuma hani komen pelajar2 sini nakal2, ganas2, suka bergaduh dan suka cakap tak elok....memang terkesan jugaklah hani tengok perangai bukan2, cakap terjerit2.....
Lagi satu, hani ni boros betullah. Kalau saya takde duit, saya bagi duit besar, macam hari tu RM10, balik tu tanya habis semua tu walhal dah pesan belanja RM 2 jer...alih2 siap belikan saya bunag sekuntum....sebab nak hadiahkan ammie....pastu suka betul beli buku nota kecik2 ada gambar2 kartun...kad2 lah....duit dia habis ke situlah...geram betul! Macam mak dia cop duit!
Pak hj
pak haji dah mula keluar 40 hari mula ahad lepas. Agak lega disitu, lega dari segi tanggungjawab...takdelah nak layan masak makan beriya....buat masa ni takde masalah....hishhhh teruk betul saya sekarang ni...patut rindu, sedih suami takde, ni happy lak! Apakah petandanya disitu?
Apapun, saya memang takde niat lain nak suka2 suami takde, cuma rasa lega macam tak terikat dengan protokol rumahtangga...nak kena report bagitau, pastu nak kena jawab call...kang tak jawab adalak prasangka bukan2. Biasanya kalau pak hj keluar dia kurang call tambah2 pulak dia jenis malas top up...kalau dia kat PD tu pantang kak aza takde rumah (gi rumah mak dia) mesti dia akan call saya.....dengan keadaan kerja ni saya macam takde masa banyak nak layan panggilan2 peribadi ni....
Akhir2 ni hani banyak komen pasal mak ayahnya ni.....yerlah dia boleh bandingkan hubungan Ummi-ayah dan Ammie-ayah....katanya kalau ammie dengan ayah mesti kejap2 gelak, asyik bergurau 24 jam, kalau ayah dengan ummie diam jer takde gurau2 langsung....ayah dengan ummie serius jer....
Wah...suka saya dengar bila anak komen personaliti dan pendekatan rumahtangga kami berdua..maknanya imej saya dengan pak haji depan hani adalah gambaran yang sangat positif..macam keluarga bahagia....yerlah hani mana pernah dengar kami gaduh depan dia yang hebat2.....dulu masa keciik ada tp dia tak ingat dah kot....kalau kami berdua gelak2 mesti dia complain ammie dengan ayah ni takde kerja lain, cakap sikit gelak jer lebih! Saya rasa pandangan hani adalah jujur sngat!
Wassalam
!~hidup memang penuh ujian, tapi percayalah Allah maha adil, maha pengasih lagi penyayang, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, sabar, minta dan harap hanyalah pada Allah, setiap yang diberi itulah yang terbaik sesuai pada masanya, tidak lewat dan tidak cepat barang sesaat pun ~!
Wednesday, March 31, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Tak jadi pindah barang, geramnya saya!
Assalamualaikum w.b.t
Geram betul dengan pak haji ni. Mula2 kata nak pindahkan barang. Alih2 tak jadik.
Katanya penyewa tu nak pulak barang2 kat rumah tu. Ok lah pada saya kalau dia bayar berbaloi dengan kos yang kami dah keluar. Tapi dengan hanya bawa keluar pinggan, ko yang pak hj setujua dalah RM2,000. Memang jauh sangat dari jumlah kos yg telah dilabur!
Benganglah saya.
Mana taknya, perabot beli dulu takdelah mahal RM5,000 jer...tu pun kalau ambik separuh patutnya RM2,500.
Aircond...dua brand mitsubishi heavy duty camana?
Langsir dan kos jahit yag saya tak tido malam siapkan berapa nak charge? Sheer langsir tu jer dekat RM300 yang mana rumah sendiri pun saya tak beli harga sampai RM22 semeter....dengan jahit bukak jahit bukak (sebab tersalah anggarkan ketinggian dia)
Takkan semua tu percuma? Tu tak masuk tenaga saya panjat sana sini pasang paku pasang langsir.
Dah tu cadar semua dia nak bagi....terus terang saya cakap cadar tu satu harga RM600++ dan satu lagi RM400++, ada diskaun dalam 20 ker 30%.....saya beli sebab saya fikir nak kena beli mahal sebab nak pakai lama dan nak orang tengok benda tu berkualiti....
Tu pun dia nak serah bulat2 kat penyewa tu???? weyyyy.....pastu duduk fikir malam tadi sambung bangun pagi terfikir lagi, baru datang satu2 benda /kos yg saya keluar, plus cermin besar, towel rack, cermin/rak bilik air, alas kaki, alas meja, mop, penyapu, sejadah, towel, bantal, penyangkuk langsir (kos jugak tu!), lama2 saya rasa semua benda2 kecik tu mau cecah ratus2 dekat ribu jugak, takkan semua tu bontang serah???
Pastu boleh pak hj cakap takper nanti dia pindah takkan dia nak bawak semua? Eh...habis tu kalau dia duduk 5 tahun...langsir saya dah lunyai, cadar(full set dengan comforter dan alas tilam branded) dah rupa kain buruk takkan saya nak lagi?
Mula2 saya cakap gak..pastu macam pak hj malas nak layan...dia dah kata RM2,000 tu okaylah...orang tu nak beli dah save duit takyah angkut ke Putrajaya sewa lori bagai....dalam hati saya...eh senangnya fikir?
Mula2 dia kata taknak barang2 tu pastu penyewa tu kata anak2 dia nak pulak barang2 tu. Katanya orang kaya dari melaka, naik Honda Accord baru...nak lepak2 kat PD jer...tapi dalam hati saya iyer ker?
Sudahnya mula semalam saya malas nak cakap dengan pak hj, Dia call saya malas nak jawab. Petang saya suh Hani call minta duit sebab bawa hani ke klinik....lantaklah....petang dia sms balik kata dah bank in duit! Puas hati saya!
Tengahari tadi dia call saya tak jawab gak...lantaklah biarkan....alih2 rupanya dia sms nak bagitau yang saya terlupa ambik anak! hah hambek kau!!!
Masa tu dah jam 4 petang...rupanya hani call ayah dia guna hp orang..tak taulah ayah sapa dia prihatin tengok hani tunggu sorang2....pastu hani call ayah sebab dia ingat saya hanya pakai no office katanya dia tak hafal lagi......
Tulah penangannya marahkan laki sudahnya anak plak terbengkalai..tak taulah ad akaitan ker tidak.....rasanya pembalasan jugaklah tu.
Rasa bersalah jugak ni...tapi takper saya simpan jer dalam hati ni....nak tengok, tadi dia ada sms saya tanya esok dia nak balik sini camana..sebab kunci rumah ni ada satu jer kat saya...malas saya nak duplicate kan....
Susah2 sok saya buat tak tau jer biar rumah berkunci. Geram ahhhhh...
Dia mesti tak rasa jerih payahnya carik duit dan abiskan utk kos yg keluar tu sebab perabot RM5K aza punya duit, baiki rumah dan barang2 lain duit saya....macam rasa burn gitu jer semua2 tu....
Saya dapat bayangkan dia terdesak tu sebab pada dia RM2k tu dapat pun cukupler....asalakan dia dapat duit....yerlah weekend ni nak keluar 40 hari sedangkan saya memang takde buka mulut kata nak infak ke jalan allah yang saya da cakap saya kata, tanggungan dah bertambah, Hani nak masuk KAfa swasta, register lagi...pastu elaun rumah tak dapat cola pun sama.....so semuanya sama cam dulu....kos hidup bertambah...bil semua kena bayar utk dua rumah....susah2 sok saya hangkut barang2 rumah seremban pastu saya sewakan rumah seremban.
Kalau tak pun, iklankan jer kat 7E, sewa kat anak2 dara, ikut bilik, sewakan 3 bilik....takkan anak2 dara taknak perabot lengkap, segala benda ada..dengan perkakas dapur, washing machine, katil/tilam dan aircond dua, dengan kerusi urut lagi....semi D pulak tu...takat RM150 sebilik mesti boleh punya!
Ahhh apa2 pun boleh jadik, saya ni kadang gamble jer...dia kuar 40 hari ni banyak amsa saya nak rancang dan buat sesuatu.....fed up lah!
Hal hani agak bengang sikit....sebab dah tak berbaik dengan kak aza saya ada masalah mana nak letak hani ni....lepas ni boss suruh gi sarawak..awal2 saya nak tolak sebab hal hani tapi risau lak nanti katanya tak menurut perintah! Huwaaaaa.....kalau pak hj ada sub jer kat dia....dah dua petang bawak hani ke office...sian dia sebab office saya sejuk bangat..org tua pun tak tahan , dia apatah lagi....
Saya memang camni tengah geram...hani pun komen kata ammie ni dah2 lah tu...pening kakak dengar ammie bebel hal ayah ni....macam komplot dgn ayah dia jer..asyik2 backing ayah....tu satu hal jugak tu budak sorang ni!

Tuesday, March 23, 2010
Cuti kecemasan dan gambar makan2
Assalamualaikum w.b.t
Jangan pening....entry berselang dengan gambar2 makan2....
dua hujung tu dara lagi yer....teka mana satu miss conquer?
Cadang nak cuti hari khamis sebab nak hangkut barang dari rumah Pd bawa ke sini ke Putrajaya. Rupanya lain lak jadi nya. Tulah kita rancang Allah tentukan.
Teruk kan muka yg tukang belanja ni....yg baju pink ni....hai Dr.....menyesal ker.....ikhlas tak ni?
Semalam petang ambil Hani sekolah terus bawa ke pejabat. Sebab ada kerja tak selesai lagi. Masa kat pejabat tu kecoh betul Hani kata sejuk2, saya bagi pakai blazer saya suh cover badan dia, pun sejuk jugak, pucat bibir dia.
Saya ingatkan sejuk biasa, rupanya nak demam. Dalam kereta nak balik tu, dia kata sejuk lagi, saya tak buka aircond pun sebab nampak bibir dia masih pucat. Rasa dahi dia rupanya panas...sah demam dalam hati saya!
Balik tu terus tenggek bubur. Dia pulak cabut tudung terus baring atas toto. Siap tenggek bubur jengah tengok dia dah tido! Saya selimut kan dia dengan toto senyap jer...stokin pun tak tanggal...dengan baju sekolah dia tido. saya biarkan....sian pulak...
Stok ubat semua dalam freezer kat seremban. Nak keluar memang rasa tak boleh sebab hani dah tido kesian nak kejut.
Malamnya memang tido tak lelap sangatlah dia...merengek halus dan ada jer mulut dia macam mendesah....saya basahkan towel kecik balut badan dia, letak celah ketiak....bagi sejuk badan sebab rasa panas sangat.
Dalam hati memang susah. saya sms pak hj bagitahu ehwal anak, nak suruh dia datanglah....tapi tak berbalas. Call pun tak jawab!
Ni sorang lagi bahagian kami. Dia ni keturunan dan sekampung dengan Idris Jala, ntah apakernama kaumnya ni...jauh dalam hutan asalnya....area Ba'kalalan, kuat kristian dia ni...macam gaya model.....baik sangat budaknya, taat dan patuh....handsome jugak kan?
Dua boss atas saya.....bizi jer boss borak....yg kiri ni convert, dulu hindu....dah lama masuk islam dah....
Dalam jam 10 saya call baru berjawab tu pun syakirah yg jawab. Cakap hal anak pastu dia bagi cadangan suh gi kecemasan, saya kata takperlah, lupa lak nak tanya dia baca sms ker tidak pasal saya suh dia datang sini....hmmmm jawabnya memang tak datanglah tuuu....
Saya susah hati sebab rasa macam tak wajar tak datang kerja hari ni. kami ada majlis yang kami uruskan sebagai organizer...Majlis Luncheon Talk dan pelancaran Frenz Of MACC. Memang kamiler penggerak semua ni. Sebelah petangnya mensyuarat Persatuan Bekas Pegawai SPRM/BPR.
walaupun saya tak ada, tapi legalah diorang dah selesai dah.....lepas ni ada satu lagi event...sekejap jer dapat tarik nafas.....pastu KP gi Brazil, rehat lah....cuma masa dia takdelah kami nak kena buat roadshow promote fungsi dan peranan bahagian kami ni...dengar2 nak ke sabah sarawak....jumpa reporter sana dan nak kena gak jumpa sekretariat pencegahan rasuah seluruh u...banyaknya kerja.....tapi seronok...tak tenion macam menyiasat....
Apapun, jom saya jemput anda semua join facebook SPRM, buat masa ni saya salah seorang admin fecebook tu...tanya apa sahaja....dan promote gak kat kawan2...dari situ nanti kami akan register sebagai Frenz of MACC dan segala maklumat awal yang kami boleh dedah akan dimaklumkan dahulu pada frenz of macc supaya tak adalah persepsi negatif tentang SPRM...
gambar2 tu saja promote pegawai bahagian komunikasi korporat SPRM, 6 org jer...yg lain2 tu jemputan dari pej KP...5 jer ada, Glenn budak sarawak takde dan dato' pengarah bahagian kami....tak datang lak makan2 hari tu...dunia saya bekerja skrg ni kecik jer rasanya sekarang compare dulu....
Saturday, March 20, 2010
Rindu anak orang
Assalamualaikum wbt
Salahker saya menyimpan rasa rindu....
Mungkin sebab semasa budak ini masih baby banyak depan mata saya.....
Selalu sangat saya rasa macam nak sangat tengok dia....
Boleh katakan budak ni selalu jadik tajuk perbualan saya dengan pak hj
Tapi kalau tanya pak hj perkembangan budak ni cerita dia takdelah menarik sangat....
Dia tak pandai nak cerita....
Tapi kalau dengan hani baru best..panjang dia cerita kalau saya tanya pasal Sofiyyah...

Dah pandai nak ikut ayah....kalau ayah keluar jer pandai membontot ayah.....tiap kali nak keluar ayah kata kena tutup grill, kadang ayah bawak jugak, gi ikut ambil zubair di tadika, dalam kereta sebelah ayah berdiri jer, pegang cermin kereta...seronok, ayah kata diam jer sepanjang jalan..khusyuk agaknya...hishhh terbayang saya..alahai bilalah boleh jumpa, kalau jumpa mesti dia taknak kat saya lagi...dulu dia suka juga kat saya....hmmmmm, salah saya jugak...

Kalau hani di PD, dia suka main dengan hani, kadang kak aza suh hani kepong dia masa dia menyusu atas sofa, hani kena baring sebelah dia, takut dia jatuh, kata hani....masa hani baring tu sofiyyah suka main muka hani, mesti nak korek2 hidung hani...hani kata..."kakak biar jerlah dah dia nak korek..." terbayang2 saya, rindunya...
Pastu hani cerita, sofiyyah suka menjerit, dia paling tak suka zubair sebab zubair suka mengacau, kalau hani ada sana, suka betul panjat2 hani dan naik atas belakang hani, pastu suka tarik2 tangan hani bawak sana sini tak taulah nak tunjukkan apa....dah pandai main dah dengan kakak2 dn abangnya....
Wassalam
Salahker saya menyimpan rasa rindu....
Mungkin sebab semasa budak ini masih baby banyak depan mata saya.....
Selalu sangat saya rasa macam nak sangat tengok dia....
Boleh katakan budak ni selalu jadik tajuk perbualan saya dengan pak hj
Tapi kalau tanya pak hj perkembangan budak ni cerita dia takdelah menarik sangat....
Dia tak pandai nak cerita....
Tapi kalau dengan hani baru best..panjang dia cerita kalau saya tanya pasal Sofiyyah...
Dia cerita, Sofiyyah ni, sapa pun tak boleh pegang ayah...dah pandai panggil ayah dah...kalau ad sesapa pegang ayah atau duduk kat ayah, mesti dia menjerit kuat suruh orang tu duk jauh2...pandai betul....kata hani lagi, ummie nak urut ayah pun tak boleh, kiranya sorang pun nak pegang ayah tak boleh...dia sorang jer boleh....betul anak ayah ni!

Dah pandai nak ikut ayah....kalau ayah keluar jer pandai membontot ayah.....tiap kali nak keluar ayah kata kena tutup grill, kadang ayah bawak jugak, gi ikut ambil zubair di tadika, dalam kereta sebelah ayah berdiri jer, pegang cermin kereta...seronok, ayah kata diam jer sepanjang jalan..khusyuk agaknya...hishhh terbayang saya..alahai bilalah boleh jumpa, kalau jumpa mesti dia taknak kat saya lagi...dulu dia suka juga kat saya....hmmmmm, salah saya jugak...

Kalau hani di PD, dia suka main dengan hani, kadang kak aza suh hani kepong dia masa dia menyusu atas sofa, hani kena baring sebelah dia, takut dia jatuh, kata hani....masa hani baring tu sofiyyah suka main muka hani, mesti nak korek2 hidung hani...hani kata..."kakak biar jerlah dah dia nak korek..." terbayang2 saya, rindunya...
Pastu hani cerita, sofiyyah suka menjerit, dia paling tak suka zubair sebab zubair suka mengacau, kalau hani ada sana, suka betul panjat2 hani dan naik atas belakang hani, pastu suka tarik2 tangan hani bawak sana sini tak taulah nak tunjukkan apa....dah pandai main dah dengan kakak2 dn abangnya....Tu yang salah satu sebab hani suka duk sana....dia suka sofiyyah.....meriah hidup dia kat sana sampai tak ingat kat saya....
Petang ni balik seremban, nak basuh comforter, mesin rumput, basuh kereta dan ambil comforter dan bantal tambahan, tak boleh jadi berebut nak baring atas comforter biar saya bawak banyak2..geram betul...dan nak bawak gak beras, bawang (ntah2 dah kecut), nak ambil baju2 kerja tambahan dan nak bawak buku2 dan nota berkaitan rasuah....nak kena banyak ilmu pasal rasuah......kata dok bahagian komunikasi korporat pejabat KP mesti level pengetahuan kena sama paras dengan orang2 atas....cehhhhhhh!
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)