Wednesday, January 5, 2011

Jika ini penyudahnya ~ Part 4

Assalamualaikum w.b.t


A very loooooong story....


Malam yang saya hantar pak hj ke Masjid Seri petaling tu, keter betul2 dah nyala lampu tanda minyak dah nak habis


Dari Putrajaya tinggal setakuk, saya bagitau pak hj nak singgah preint 16 isi minyak, dia kata cukup tu sampai Seri petaling


Sebab hantar dia dan ulang alik cari tempat nak turunkan dia, saya rasa minyak memang betul2 dan tinggal sikit...


Pastu saya ulang alik lepas hantar dia mencari stesyen minyak petronas sebab sehingga hari ni memang saya isi Ron 97 Petronas jer....tak pernah isi minyak lain


taka jumpa sudahnya saya isi kat Shell jer sebab hari tu boss ada cakap minyak Shell V power racing bagus untuk enjin...harus saya cuba V power racing lah pulak


So, sampailah hari ni saya ini jer V power racing ni...dah tak isi petronas lagi, lagipun katanya Shell~lebih kilometer.....dan rasa enjin lebih ringanlah....


Balik citer pak hj, lepas isi minyak nak masuk lebuhraya pak hj called lagi...bagitau dia salah bagi kunci keter, dia terbagi saya kunci serena, kunci kembara ada pada dia


Terpaksalah saya patah balik....kena gi kedai pertama yang tinggalkan tool box tadi..sampai2 jer, tokey kedai dah tutup saya nampak dia dah jalan menghala ke masjid nak solat isyak


Terpaksa gunakan pekerja kedai sebelah panggilkan...agak malu disitu sebab mana ada perempuan situ, tambah2 lak saya tak pakai purdah pun....biasanya kalau tau nak ke Seri petaling saya pakai purdah siap2 tak nak nampak pelik.....tp malam tu tak pakai pun...


Memang dia bawak kunci kembara saya (pak hj tinggalkan kunci pada dia) dan saya serahkan kunci serena pada dia.


Mujur saya tak jauh lagi...


Sebenarnya saya tension sangat hari tu. Memang dari awal saya dah cadang nak tunggu dia balik rumah saya malam tu.


saya nak bincang daria hati ke hati dengan dia pasal hubungan kami. tang mana saya boleh baiki dan tang mana dia boleh perbaiki. takkan nak selama macam keadaan sedia ada.


takde hubungan telefon, takde sms, takde apa2 pun ...tak macam suami isteri langsung.


saya taknak keadaan berterusan macam tu....dia meninggalkan sama sekali rasa tanggungjawab terhadap nafjah zahir batin saya boleh terima lagi tapi dia buat tak tau tentang kewujudan saya dan hani dengan tak sms langsung tak tanya khabar langsung tu yg saya tak boleh terima


memang dia ada sms hani dan called hani sekali sekala tanya khabar tapi sekadar itu tidak memadai langsung. Hani memang dah bagitau dia takde rasa apa2 pada ayah dia sekarang, tak ingat dan tak rindu langsung..."kakak memang dah takde rasa apa2 pada ayah dah ammie..." jujur dia bagitau bila saya ingatkan dia suh call/sms ayah...hp dia kredit tak bergerak2 sebab dia taknak call/sms ayah dia...


saya nak pak hj tau tindakan dia berdiam diri tu bagi kesan pada anak, juga pada perasaan dan nafsu saya.....benda tu saya nak bagitau


Tapi alangkah keciwanya saya bila mula2 dia kata dia tak balik bermalam, sekadar hantar kembara dan suruh saya hantar dia semula!


memang tak terungkap kecewa saya sampai saya nekad nak bagitau pada dia yang saya nak bercerai! dan memang saya bagitau pun cuma dia buat tak dengar jer....


malam tu juga lepas saya hantar kunci saya bawa diri, tak jadi nak balik kampung terus, saya jumpa ajak kawan jumpa di KL, kami makan dan saya pergi tengok wayang cerita tron...dan saya menangis depan kawan tu....saya tak cerita semua, saya hanya cakap apa perlu dan lepaskan perasaan. mujur dia pendengar yang setia, masa bercerita nilah saya teringat kan yang ulangtahun kawin saya akan jatuh pada esoknya (30 Disember)....


lepas puas menangis dia ajak saya tengok wayang!


memang kerja gila sangat dan menang kerja jahat sangat! balik jumpa suami dan hantar suami ke masjid saya gi tengok wayang!


Ahhh.....orang kalau dah gila dan perasaan tak keruan memang boleh bikin apa sahaja. Macam tulah saya, tak tau nak buat apa dah....ada suami tinggalkan saya tak hargai saya hina saya dengan cara macam tu...masa ni memang takde perasaan yang rasional dah...


Sampai pening kepala saya malam tu sebab menangis mengenang nasib diri! malam tu juga masa makan kat kedai kami tengok perlwanan bola malaysia-Indonesia...


Masa tunggu nak masuk wayang, pak hj sms;


"Nabi sediakan sahabat untuk senang kena bina iman tapi Yahudi buat benda yang bertentangan yakin pada benda dan sbgainya, dalam sembahyang bawa kebesaran ALLAH, ALLAH rab kita, hamba dengan ini minta pada ALLAh! kebaikan berpunca dari hati lahir pada perbuatan, Allah mengetahui melihat dan mendengar. Jika ini dihati semua akan jadi baik! Takutilah Allah."


Saya terkedu baca....tersedih dan termenangis terus....kawan saya terus terdiam tengok saya menangis...dia biarkan jer...saya balas;


"Dah 40 hari baru baru sekali abang hantar kata2 peringatan. patut dari awal keluar dah bagi kata2 macamni"


terus serta merta dia balas,


"Orang yang arif sentiasa mencari kebaikan?"


bila baca ayat ni saya malas nak balas lagi, kawan saya cakap jomlah balik tak payah tengok wayanglah....sebab saya dah tersenyap dan termangu baca sms tu....


tapi saya cakap, dah ada kat sini terus kan jerlah....last for this year and no more for next year!!!


Lepas tengok wayang, drop kawan tu kat Serdang saya terus drive balik melaka. Sebab saya taknak balik rumah Putrajaya nanti sedih datang semula...


Perjalanan balik tu sedih masih bersisa walaupun masa tengok Tron tu rasa macam best sangat citer tu, rugi pula tak bawak hani dia memang suka citer aksi macam tu....tersentuh saya tengok kasih sayang anak dan ayah....terus teringat pada kasih sayang antara hani dan ayah dia yang sepatutnya ayah ada tapi tak dapat kasih sayang!


saat menaip ni pun air mata saya bergenang....sedih sangat ni....


Perjalanan balik tu macam otak dan perasaan saya letih sangat. Saya singgah RnR Seremban....untuk rehat seketika....dan redakan perasaan....


tapi saya tak sangka punyalah lama saya tertidor dalam kereta...saya tersedar dah jam 6 pagi.....lama gila tertido..lelap selelap2nya


lepas tu setel apa patut kat RnR saya terus pecut balik melaka....mata pun dah segar, azam pun diperbaharui...sebab dah nak masuk tahun baru saya nak ada azam baru...


taknak dah buat benda gila dan bukan2, taknak layan perasaan yang sedih....nak azam jadi hamba Allah yang patuh (walaupun tanpa suami), ibu yang baik pada dua anak, pekerja yang berdedikasi...tu jer



kalau ikuti perkembangan saya dari dulu, anda tentu boleh jangka yang saya sangat gamble dan mampu buat sesuatu diluar jangka dan ambil risiko. malam tu macam tulah. macam tak rasional, hantar suami, jumpa kawan secara adhoc, makan, tengok wayang, terus drive balik melaka tengah2 malam...pastu tido dalam kereta kat RnR berjam-jam....ada yang berani buat begitu?



jam 8 pagi saya dah terpacak depan rumah, hani pun tak bangun lagi. Terus sarapan mak saya buat nasi lemak....sedapnya! Pastu siap2 terus bawak hani dan farouk ke bandar melaka, nak belikan persiapan sekolah dua2nya. hani memang dah beli baju sekolah (putih/biru) awal2 hari tu tapi lepas cadang nak masuk sekolah tahfiz Fuqaha ni terpaksa beli lain sebab sekolah tu pakai kaler purple kasut hitam...


So, baju kurung putih dan kain biru hani ada 6 pasang, kasut aputih ada 5, tudung putih ada 8....tak tau nak bagi sapa.....sebab tahun ni dah tukar kaler, baju purple masa ABIM hari tu tertinggal kat rumah seremban dok dalam stor...


Setel belikan baju farouk dan kasut farouk serta stationaries dan hani beli kasut jer yg dapat dan farouk siap beli baju sekolah agama petang serta sampin. Saya terpaksa siapkan untuk farouk sebab kakak saya yang cikgu tu kan anaknya 4 orang sekolah... dua masuk asrama, dua sekolah rendah..memang dia tak mampulah...dia nak jaga dan monitor farouk kat sekolah dia mengajar tu pun dah seribu kesyukuran...



Lepas setel beli barang2 kasi can budak duorang main taman depan Mydin Melaka Sentral. saya dok dalam keter. Saya sms pak hj bagitau;


"Hari ni ulangtahun nikah kali ke 2" (maksud saya nikah yang kedua kali, nikah di melaka)



Pastu pak hj jawab;


"Apa yang ada pada kenangan lampau? Kalau selepasnya apa yang dijanjikan tiada usaha untuk menjayakan!"



Saya faham maksud dia, faham sangat.....tersangat faham...


dah cukup...saya taknak berbalah dan taknak berbincang apapun lagi dengan lelaki ni...terus saya jawab;


"takperlah, dah takde chemistry cukuplah apa yang dah dilalui sehingga hari ni"


tak balas2 pulak, dia dah dapat mesej saya nak berpisah agaknya....


Sejam lepas tu saya hantar lagi nak bagi dia clear apa maksud saya dalam mesej pertama tu, saya hantar;


"Sekarang saya faham apa yg abg cakap dulu sayang xblh paksa. Skrg saya lalui, saya cuba tapi hati saya dah xde rasa kasih, nafsu pun dah terkubur. nak borak pun xde isu, nak call@ sms pun xde apa urusan lagi. Memaksa bertahan pada hubungan ni pun xde guna. utk berubah kena datang dr dalam diri, suami pencetus jer. Terima kasih jadi suami saya selama ni, dah sampai masa saya undur diri"


Lama saya tunggu balasan, tak de, terkejut ker atau mancari ayat yang sesuai nak balas balik sms saya.....mungkin juga dalam perjalanan dari Kl balik ke Penang...nak menaip takde peluang sebab pak hj yang driving kan....so saya mode menunggu jerlah...



dalam hati lega sangat sebab dah bagitau niat dan hajat saya nak berpisah...takdelah tersimpan terbuku dalam hati ni makan dalam jer!

Wassalam

5 comments:

dayangbest said...

sedih plak baca entry nih :(

kakLuna said...

akak, saya pun ada perangai akak yg buat kerja gila tu. dr kecil2 lagi dh penah buat. cuma jarang cerita jer..

hehe best kan cerita TRON tu..a'ah agak touching masa part dia pertama kali jumpa 'ayah' dia rupa2nya bukan ayah dia tp program komputer yg jahat.

ttg pak hj, walaupun akak laluinya sy rasa nk muntah sbb meluat dgn nasihat pak haji tu. semuanya kita yg buruk, smuanya kita yg x ikut sunnah Nabi..semuanya kita yg x mencari kebaikan?semuanya kita yg tak berusaha?

dia tak de salah????

Hanisumayyah said...

Dayang....dah nasib dayang, sedih lama2 pun tak guna...hidup mesti terus!

Luna,

TRON memang best...pasal nasihat pak hj tu pandai luna simpulkan ek....sama macam apa akak rasa tapi xterfikir plak nak tulis...tq luna bersuara bg pihak akak...

oren said...

"Apa yang ada pada kenangan lampau?

dia pun mcm nak siniskan akak dgn menaip begini..jadi, apa lah lagi yg diharapkan...

jujurnya, saya rasa akak masih mengharap utk kembali pd pak haji, walopun byk ayat yg kata hati dah takde rasa dll..sebab akak usaha amik, hntr dia, masih sanggup susah payah utk dia..

kalo masih mengharap utk bersatu, mmg kena usaha..tapi kalo pihak sana asik menidakkan itu ini, bg saya baik jgn buang masa, tenaga kederat yg ada..lebih2 lagi ianya sgt2 menyakitkan hati..

baik hidup sendiri, besarkan anak dan teruskan hidup..rasanya, tanpa pak haji pun, akak tau bezakan mana baik, mana buruk..

Anonymous said...

Saya selalu jumpa kes yg org alim, tp ...... sbnrnya Allah uji org tu, tp diri x sedar...asyik nampak salah org je... sbb dia rasa dia lebih tau, lebih bijak!!
Wa, bila agaknya wa nak fikir tentang diri sendiri?

ina