Thursday, April 14, 2011

Diari yayah (tajuk buku citer kanak2)

Assalamualaikum w.b.t


Serius saya cakap


saya dan hani masih GAGAL menerima kehadiran yaya dengan sepenuh hati


Dan un tuk tak memburukkan keadaan emosi dan mental yaya saya dah beberapa kali


Membuat cubaa call dan sms mak dia


Seperti dijangka no repond at all


Jawab sms tak, reply call pun tak


Mak apakah itu?


Dan saya nak buat pengakuan


Bahawa saya tak pelik kalau ada ibu bapa sanggup dera anak sendiri


Sebab memang ada kes ibu bapa boleh sampai ke tahap tak boleh kawal perasaan sendiri


Saya cakap kat Hani, adakalanya saya ni sampai tahap rasa nak dera jer Yaya ni


Apa sebabnya tak yahlah citer, banyak pengulangan jer nanti


Miss sinar selalu jumpa si yaya ni


Kadang saya bawak gi pejabat


kadang kami keluar makan sama


Dan baru-baru ni miss sinar ada buat permintaan nak baca blog saya


Sebab saya rajin juga share dengan dia pandangan2 pembaca blog berkaitan masalah saya


Sebab pada saya nasihat dan pandangan blogger yg baca ni masuk dalam hati dan memainkan peranan utama dalam hidup saya


Tu sebab miss sinar terpanggil nak baca jugak blog ni....


Pada saya, takde masalah, saya invite jer dia


So bila miss sinar baca tajuk2 berkaitan yaya


dia komplen kat sya katanya apa saya tulis tu tak dapat menggambarkan yaya yg sebenar


Tu sebab pembaca blog saya suh says sabar kononnya perangai budka kecik memang begitu


Kat luar yaya jauh lebih 'teruk' keadaan dia berbandung gambaran yg saya tulis tu


Tak reti duduk diam langsung


Kalau makan kat kedai makan dia akan merayau ke meja orang lain


Main langsir kedai (restoran) menyorok belakang langsir tu


Walhal sebelah dia jer ada orang nak makan


Tak ker habuk2 langsur ke makanan orang tu


Pergi chopi (shopping)chopi tu istilah dia


10 kali hilang


xreti ikut saya dna hani


jalan lambat leka sangat2


dengan mulut melopong kadang air liur melelh tak sedar


baper kali hilang sampai xleh kira daaa


beribu kali cakap pun tetap sama


pastu kita jalan ke lain dia jalan ke lain


pergi ikut bontot orang lain


Sebab apa?


sebab dia leka tak fokus kat mana saya dan hani punya pergerakan


saya bila fikir nak ke shopping kompleks


jadi tension, ada yang saya batalkan jer niat awal nak ke shopping complex ni


Sebab memikirkan perihal yaya ni


habit dia yang suka leka dan hilang


Hani dulu hilang juga


Tapi hilang dia bukan sebab leka


Hilang dia sebab dia memang suka main nyorok2


Pastu dia cool mencari kita, dan kita tau yang dia akan cari kita, so sama2 cari


Tapi yaya ni kalau hilang dia selamba


Tetap dengan kelekaan dia


dan boleh duduk relax kat orang tak kenal


cool jer


Siap orang layan dia bagi gula2


Kalau orang tanya dia mak ayah nama apa


sah2 nama saya tak mungkin akan keluar punya


mesti dia jawab, mak nama Nor, ayah nama nasir


No ker alamat ker lagi xtau


kalau tanya rumah kat mana sure dia jawab Kuala Ketil, xpun Kulim


yang paling dia tau sekolah, yg tu dia tau sebut Abing (ABIM)


Serius tau tension saya ni kalau dilayan harus boleh jadi darah tinggi agaknya


Satu jer yg bagus yaya ni tak kencing malam dan bangun malam untuk kencing


Tapi yg tu Hani pun memang tak kencing malam (zubir jer yg selalu kencing malam ni)


Huishhh tension tau kalau keluar dengan yaya ni


semua benda dia nak usik, kalau stall yang ada jual gula2 ker ada permainan2 ker


sah2 dia akan ambik dan pegang


Seingat saya yg saya kebetulan ternampak ada dua kali dia rosakkan barang yang ada dipamerkan


Tapi nak kata apa, saya nampak dari jauh jer


Kenapa saya nampak dari jauh jer?


Sebab saya dengan perangai suka leka dan khayal dia tu


memang saya jalan2 akan toleh,


For sure yaya singgah kat mana2 sahaja tempat yg melekakan dia


berapa kali saya dah naik/turun tangga escalator sekali tengok dia xde kat belakang


patut dia jalan pegang tangan hani


tapi elalu hani pun tak perasan bila dia lepas tangan


hal ni bukan hani jer kena


Iza pun kena jugak, jalan2 dengan iza dengan dia sekali


Baper kali iza komplen kata eh makcik kita pegang tangan dia tadi, caman dia leh lepaskan, kita tak perasanpun


Puaslah saya dengan iza berlakon kata dalam handbag iza ada pistol utk tembak budak2 nakal tapi yaya tetaplah yaya juga


sudahnya saya beli rotan, satu letak kat rumah satu dalam keter


sebagai amaran jer


Pastu dimana2 sangat suka melompat


Melompat setempat macam atas spring


pantang ada kesempatan


Agaknya terlampau suka atau teruja


Tapi serius memang pelik


mana ada budak lain melompat sakan camtu


dalam keter pun dia lompat tau


Tetiba jer bergegar dalam keter


Baik kembara atau sentra ikut suka dia nak lompat


Pastu skrg dengan eczema dia teruk sangat


saya rasa surrender lah


Takleh sebab eczema ni perlu perhatian serius


Saya tak mampu


Eczema tak selesai lagi demam pulak


maa demam ni okaylah sopan sikit


aduh letih, nanti sambung ahhhh


Wassalam

3 comments:

Pnut said...

Wa-bawak bincanglah dengan emak yaya tu, pulangkan je balik pada emaknya, kalau confirm wa tak boleh melayan dan tak sanggup lagi nak jaga dia. itu yang terbaik, hantar je, kalau emak dia nak letak kat rumah kebajikan pun biarlah.

Atau yang paling afdal, kalau wa rasa was-was ke apa, buat je solat istikarah... mohon petunjuk yang terbaik, sebab ini melibatkan masa depan dia juga. Biarlah Allah beri petunjuk samaada Wa harus terus pikul amanah ini atau pulangkan sahaja. Hanya Allah sahaja yang merancang yang terbaik.

Kalau dah solat istikarah, Wa dapat petunjuk pulangkan dia adalah terbaik, pulangkan, kalau petunjuk kata Wa patut jaga dia, maka yakinlah, ada rencana lebih baik dariNya untuk Wa, kalau bukan sekarang, tetapi di masa hadapan.

ada cerita benar, ada kawan saya adik beradik 4 org, dan masa dia umur 5 tahun, emaknya terpaksa jaga sepupu dia (anak pada arwah adik emaknya) kerana emaknya meninggal, dan ayahnya kawen lain, dan mak tiri tak mau bela anak tiri dia. Masa tu dia kata selalu sepupu dia ni kena marah, dan kena pukul sebab dia nakal sangat. (lelaki) pastu sekolah pun tak berapa 'cerdik' biasa je..

Tapi kini emaknya dah tua, dan uzur, jalan pun bertongkat. ayah dan meninggal, dia dan adik beradik duduk jauh-jauh, yang dok jaga emak dia ni ialah sepupu dia yang emak dia bela tu, budak ni keja kilang saja, tapi pagi-pagi dah bangun pegi beli sarapan pagi kat emak dia, nanti tengahari balik hantar lauk, siapkan makan minum emak dia, mandikan emak dia. begitulah rutinnya.. dan sampai sekarang budak lelaki tu dah berumur 30++ tp belum kawen sebab takut kalau kawen nanti isteri dia tak boleh terima keuzuran emak mertua,...

Mungkin wa dah tidak punya kesabaran lagi dah dengan Yaya, jadi wa pulangkan je la.. biarlah emak dia fikir macam mana

Irfa said...

cerita kak pnut tu lenih kurang jgk cerita yang berlaku dalam family kami tapi sy penat la nak tulis panjang2.cuma saya nak cakap..kebaikkan takkan nampak dalam masa terdekat.

sy pun tak paham apa punya hati perut mak yaya ni..

Amir Syafiqah said...

Salwa,

Mungkin Salwa tak pernah jumpa dan berdepan dgn budak2 berperangai begini sebelum ni.Salwa bertuah dapat Hani yg tak banyak karenah dan berdisiplin. Masa saya baca ttg Yaya ni, saya dapat bayangkan mcm mana perangai dia dan mmg geram bila baca. Tapi the other side of me (pandangan seorg ibu), saya dah biasa lihat budak yg berperangai mcm Yaya ni... Saya pun dtg dr kg. (Kedah nun), anak2 sepupu, anak saya sendiri pun mcm tu (tp rasanya Yaya lebih lg kot, dr cerita Salwa). Apa yg saya nak sampai kan dekat sini, kalau Salwa tak boleh nak handle Yaya, sama ada pulangkan pd emaknya atau beri pada sapa yg sanggup nak jaga dia... Bila dah tak de 'hati', akan jd beban pada kita dan tahap stress akan meningkat. Dr kita nak buat ibadah (tolong orng) jadi lain pulak...Just mt 2 cents