Caca merba punya entry
Saya bukanlah ibu sempurna
Tapi saya mengidam untuk jadi ibu sempurna
Memang banyak ketidaksempurnaan
Saya sentiasa mencuba
Berdoa untuk kebahagian kesejahteraaan dan ketenangan
Saya dan hani
Walaupun kini saya telah bersuami baru
Tetapi bila berfikir tentang hani,
Saya kerap terlupa memasukkan abbi dalam kotak fikiran saya
Hanya membayangkan saya dan hani sahaja
Mungkin kerana berjaraknya hubungan hani dan abbi
Saya tak dapat nak syncronise kan pertalian keduanya
Kadang saya pelik dengan orang
Saya yang menanggungnya
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Bukanlah saya ni pikul berat sangat
Tapi apa saya lalui saya lebih mengetahuinya
Apa saya buat untuk hani sememangnya telah diputuskan bersama dengan ayah dia
Takde unsur paksaan pun, hani memang suka
Memilih menjadi hafidzah dan duduk di madrasah bukanlah pilihan yang dibuat dalam masa singkat
Ia dibentuk sejak lahir lagi
Dalam keadaan hani tau kelebihan menghafal quran
Siapa yang taknak kan...
Kalau saya masih kecil saya pun memilih untuk masuk madrasah
Bagi yang tak pernah berpengalaman melihat suasana madrasah memang akan kepelikan
Bagi saya dan hani kami dah terdedah sangat awal
Dari hani baby memang setiap bulan kami akan ke madrasah
Menziarah abang, dan kakaknya
Tu sebab memang dia berazam nak masuk madrasah juga
Sama keadaannya kalau kita sering bawa anak berkelah, swimming
Tentu dia akan suka berkelah, suka berenang
Begitu juga kalau suka bawa anak menonton wayang
Anak kita pula kemudian akan ajak kita menonton wayang
Benda biasalah tu...
Kenapa kalau anak suka ajak ke shopping complex, menonton wayang orang tak anggap itu macam unsur paksaan
Sama jer konsepnya
Hani suka madrasah sebab dari kecill da terdedah dengan kehidupan madrasah
Dari kecil dah dibacakan kelebihan menghafal quran
Bagi yang tak biasa tentang sesuatu semua akan dianggap luar biasa
Bagi yang melalui sesuatu secara biasa, anggap meletak anak di madrasah urus segalanya satu penderaan
Sedangkan imam syafie umur 10 tahun dah hafal 30 juz quran
Tak mustahil
Saya nak pindahlan hani sekolah
Nak masuk akademi darul huffaz
Dah dua kali pergi tengok
Siap tengok asrama perempuan
Interview ustazah
Insyaallah nampak fizikal saya berpuas hati
Walaupun kosnya agak tinggi
Tapi ada orang nak sponsor alhamdulillah
Moga2 allah memberi ganjaran setimpal untuk Hashim Bin Minhat
Moga diberi kesihatan kerana sanggup bersedekah untuk anak tirinya
Bukan apa
Kerana hani sepatutnya masih tanggungan Hj sidek Abd Majid
Nanti hani dah tukar madrasah saya cerita lagi
Saya pulak tak sabar2 nak dia duduk dekat saya
Kebetulan ADH tu dekat sangat dengan rumah saya
Syukur alhamdulillah...
Cantik sungguh perancangan Allah
Wassalam
No comments:
Post a Comment