Caca merba punya entry
Saya bukanlah ibu sempurna
Tapi saya mengidam untuk jadi ibu sempurna
Memang banyak ketidaksempurnaan
Saya sentiasa mencuba
Berdoa untuk kebahagian kesejahteraaan dan ketenangan
Saya dan hani
Walaupun kini saya telah bersuami baru
Tetapi bila berfikir tentang hani,
Saya kerap terlupa memasukkan abbi dalam kotak fikiran saya
Hanya membayangkan saya dan hani sahaja
Mungkin kerana berjaraknya hubungan hani dan abbi
Saya tak dapat nak syncronise kan pertalian keduanya
Kadang saya pelik dengan orang
Saya yang menanggungnya
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Bukanlah saya ni pikul berat sangat
Tapi apa saya lalui saya lebih mengetahuinya
Apa saya buat untuk hani sememangnya telah diputuskan bersama dengan ayah dia
Takde unsur paksaan pun, hani memang suka
Memilih menjadi hafidzah dan duduk di madrasah bukanlah pilihan yang dibuat dalam masa singkat
Ia dibentuk sejak lahir lagi
Dalam keadaan hani tau kelebihan menghafal quran
Siapa yang taknak kan...
Kalau saya masih kecil saya pun memilih untuk masuk madrasah
Bagi yang tak pernah berpengalaman melihat suasana madrasah memang akan kepelikan
Bagi saya dan hani kami dah terdedah sangat awal
Dari hani baby memang setiap bulan kami akan ke madrasah
Menziarah abang, dan kakaknya
Tu sebab memang dia berazam nak masuk madrasah juga
Sama keadaannya kalau kita sering bawa anak berkelah, swimming
Tentu dia akan suka berkelah, suka berenang
Begitu juga kalau suka bawa anak menonton wayang
Anak kita pula kemudian akan ajak kita menonton wayang
Benda biasalah tu...
Kenapa kalau anak suka ajak ke shopping complex, menonton wayang orang tak anggap itu macam unsur paksaan
Sama jer konsepnya
Hani suka madrasah sebab dari kecill da terdedah dengan kehidupan madrasah
Dari kecil dah dibacakan kelebihan menghafal quran
Bagi yang tak biasa tentang sesuatu semua akan dianggap luar biasa
Bagi yang melalui sesuatu secara biasa, anggap meletak anak di madrasah urus segalanya satu penderaan
Sedangkan imam syafie umur 10 tahun dah hafal 30 juz quran
Tak mustahil
Saya nak pindahlan hani sekolah
Nak masuk akademi darul huffaz
Dah dua kali pergi tengok
Siap tengok asrama perempuan
Interview ustazah
Insyaallah nampak fizikal saya berpuas hati
Walaupun kosnya agak tinggi
Tapi ada orang nak sponsor alhamdulillah
Moga2 allah memberi ganjaran setimpal untuk Hashim Bin Minhat
Moga diberi kesihatan kerana sanggup bersedekah untuk anak tirinya
Bukan apa
Kerana hani sepatutnya masih tanggungan Hj sidek Abd Majid
Nanti hani dah tukar madrasah saya cerita lagi
Saya pulak tak sabar2 nak dia duduk dekat saya
Kebetulan ADH tu dekat sangat dengan rumah saya
Syukur alhamdulillah...
Cantik sungguh perancangan Allah
Wassalam
3 comments:
Assalamualaikum.
Wa, bila wa tulis sebegini & post wa terkini di fb, ina termenung... Kenapa? Kerana betapa sukarnya kita nak mengubah peel seseorg. Begitu juga kalau org komen & nak ubah diri kita...serupa je... Maknanya ina pun berperangai sedemikian.... Personally, ina bukan suruh stopkan hani cari ilmu di madrasah.... Bukan itu... Tapi just don't expect too much... Ina pun x tersedar yg ina ter 'expect too much' pd anak ina, sampailah kawan nasihat ina... So ina ambik nasihat tu sbg positif.... Mslh basuh baju, mslh tudung hilang @ mslh bg kwn pinjam sebenarnya adalah mslh simple je kalau kita anggap mende tu simple. Dulu masa anak ina darjah 1, selalu diorg bw blk alatan tulis org lain, ina siap marah & nak pergi sekolah.... Pastu kawan yg ramai anak nasihat ina.... Kenapa kita perlu nak marah2? Sedangkan dia baru kanak2... Mmg lah anak kita, dia akan lupakan...sekejap je diorg blh lupakan cuma cara kita treat dia tu, tetap x betul...
Pastu mmg hani yg nak msk madrasah tapi hafaz quran tu 1 pkr yg agak sukar berbanding perkara lain..... Kita sendiri hafaz, berbln2 x jamin lg dpt hafaz 1 ms... So bg dia ruang zmn kanak2 dia ni... Maksudnya kalau dia buat salah apa2, kita ubah cara kita nasihat dia... Sori lah kalau ayat2 ni menyinggung hati wa... Tp ina dah anggap wa mcm member baik dah...
Ina
Kalau ina salah fhm dgn entry wa ni, ina mtk maaf....
Ina, insyaallah saya terbuka mendengar pendapat kawan2. Saya akui mmg saya keras sikit....tak bermakna sepanjang masa saya berkeras dengan hani, saya banyak bertolak ansur sebenarnya. Bab2 barang hilang saya tak larat na marah dah...sebaliknya hilang 4 saya ganti kan satu jer yg baru, selebihnya biar dia urus dan terima akibat dari kecuaian dia. Ina bayangkan tudung labuh 5 saya bekalkan tapi hanya tinggal sehelai. Jubah 3 tinggal 1. Semua pakaian dia saya tandakan dan jahitkan. Makanan hilang pun saya tak kisah, bahkan saya beli lebih makanan untuk hani dan pesan pada dia kalau ada yg susah tak cukup makan bagi jer makanan kakak, asalkan diorg tak mencuri lagi. Tapi bab basuh baju saya kena bertegas, sebab kalau tak basuh baju dia takde pakaian. Kalau takde pakaian takkan nak bogel? Lagi satu kalau baju berendam, ustazah akan denda, dan juga hati dia pasti tak tenteram sebab takut baju masih berendam. Membasuh baju sama jer rutinnya dengan makan, semua orang makan dan semua orang basuh baju. Adakah saya meminta lebih dari dia? Apa bezanya dia dengan pelajar lain sampai saya perlu beri dia peluang untuk abaikan urusan basuh baju? Takde....semua sama...semua orang basuh baju....tapi isunya hani leka, suka main....basuh baju bukan lama....saya dah ajar cara simple dan express utk basuh baju bukan basuh macam kita basuh...bahkan baldi diberi dua beli sabun paling mahal attack supaya kerja di amudah rendam sahaja,, hilangkan bau....tapi isunya dia pandang tugas tu remeh.
Saya kena bertegas dengan hani sebab saya dan hani tak sama macam ina, ina ada suami ntuk sama2 ambil tanggungjawab didik anak, saya selamanya saya seorang sahaja ambil tanggungjawab. Kalau saya tak bertegas dengan dia, manjakan dia pasti hani takkan jadi macam hani hari ni...saya beri peluang dia main, tapi masa basuh baju sabtu dan ahad, basuhlah...sejam pun tak sampai...selainnya 23 jam boleh main....
Post a Comment