Tuesday, December 8, 2009

Lapor diri

Assalamualaikum w.b.t


Saya balik malam tadi (7 disember, 11 malam). kami bertolak dari Taman Arked, Bakar Arang Sungai petani jam lebih kurang 3 petang.


Sepanjang jalan hujan lebat dan hampir sepanjang masa saya tido sahaja. Suami yang memandu dan saya memang pelik dia langsung tak letih dan mengantuk.


Lepas 15 hari keluar, saya dimaklumkan yang saya terpaksda lapor diri pada hari ini 8 disemebr ke ibu pejabat, Putrajaya. Mula2 saya cuba minta kebenaran bos tangguh lapor diri, tapi katanya minta datang sekejap.


Jadi tadi saya dah lapor diri dan dah masuk pun ke bilik saya. Banding di negeri sembilan saya di sini bukanlah sesiapa...kecik ajer, kalau kat N9 saya top 3, kat bahagian ni jadi top 6 jer....tapi alhamdulillah ada bilik dan ada juga ruang parking sendiri.


Bidang tugas memang totally berbeza dari siasatan. Sini saya di unit komunikasi korporat. Tugas saya berhubung dengan wartawan, jawab soalan/isu dari press kalau ada, buat press statement, baiki imej jabatan di mata orang awam melalui paparan berita di media. Banyak kerjanya kalau menurut perancangan bos saya tu.


Pening kepala masa diberi taklimat ringkas tadi (kepala memang dah sedia pening dan sebab period). nama jer ringkas tapi lebih sejam jugaklah...kalau tak kerana bos nak terbang ke kucing flght jam 11 mau lagi lama taklimat tu!


hari ini berbeza dari hari2 yg saya lalui dalam 2 minggu ini. Biasanya hari saya dimulai dengan tahajud, kalau period pun bangun awal juga sebab wirid dan zikir...tapi hari ni bangun awal bersiap ke Putrajaya.


Lepas mesyuarat, saya pergi minum dengan pegawai lain, alhamdulillah ada pegawai sama satu batch kat sini, Kak Bani, walaupun beza rank saya selesa dengan dia...bila saya perhati kat sini, tak ramai wanita juga, ada 6 jer pegawai perempuan (campur dengan unit lain tapi jabatan sama)yg unit saya 2 jer perempuan saya dengan kak bani. Ok juga, ramai2 perempuan jadi lain pulak nanti...


Bilik sgt beza dgn tempat lama, ditempat lama bilik luas, ada sofa, rak buku jer ada 2 tapi kat sini biliknya kecik jer....ada meja, satu kabinet besi dan satu komputer lama....sabar jerlah dan saya bersyukur juga ada juga tempat saya berlindung...hahahahaa...



hari ni sata settelkan urusan buat pass, sementara nak siap, saya mohon pass sementara, patu mohon cuti bermula 10 disember sehingga hujung tahun. pastu ke bahagian admin dapatkan maklumat berhubung kelayakan cuti kami selepas berkursus 18 bulan, dapatkan juga kedudukan gaji dan maklumkan yang kami dah lapor diri....supaya diorang tau dan bolehler masukkan cepat elaun2 yang kami tak dapat masa cuti belajar tu...


dan selebih nya saya membaca fail2 semasa perkembangan berita berkaitan SPRM...dan saya memang sangat ketinggalan, betul2 saya tinggalkan berita2 tentang SPRM.Tadi saya baru tahun ketua pesuruhjaya kami nak bersara dah hujung tahun ni...wah nampaknya duduk bahagian ni saya kena kejar semua semua maklumat2 yg saya ketinggalan...


Dan saya sangat seram sejuk bila boss bagitau expectation dia pada saya...mak aiii sangat tinggi!!!! Seolah2 saya ni pakar sesangat dalam urusan nak buat kerja Komunikasi korporat ni....macam terkujat pun ada....katanya unit kami ni jadi harapan nak baik pulih imej jabatan yang tercalar...dan harapan bakal ketua pengarah baru terletak pada bahagian kami ni...eh banyak lagilah ceritanya..yang saya rasa cam eh aku ker yang layak duk sini..sebab selama ni saya dah sebati duk rumah bergaul dengan senduk, kuali dan periuk..macam dah terlupa yg saya bekerja!


Kebetulan hari tu, masa jumpa boss ni dia ada cerita hal dia buat master tak habis, dan katanya pointer dia bagus 3.6...sayang tak sambung...pastu dia tanya pointer saya...terpaksalah bagitau pointewr saya 3.88 [walhal segan nak cakap pada dia sebab saya rasa cam tak layak jer dengan cara belajar main2 tapi pointer cam bagus pulak] tu pasal bila dengar pointer bagus kot dia jangka kerja saya pun bagus jugak....



Saya rasa tertekan pulak bila dengar misi dan visi dia jauh melangit...bos saya ni memang terkenal dengan bervisi orangnya dan orang kuat bos no 2....dan tambahan pulak boss besar no 2 ni nak naik jadik no 1 lepas no 1 bersara...memang banyaklah perancangan yg dia cerita tadi....lagilah rasa mecam terpelik saya tercampak kat unit ni....takat pandai cakap dan pandai tulis tak memadai...


Hal keluar ni nanti saya cerita kemudian. tapi memang bestlah....best sebab setiap masa kita ingat kebesaran Allah, tiap masa kita zikir mengingati Allah dan setiap masa telingan kiuta dibasahi dengan percakapan dan perbualan yg membesarkan Allah...



Dengar cerita kelebihan sesuatu amalan, dengar tentang cerita nikmat syurga yang sungguh indah tak terbayang dek mata, dan dengar azab neraka yang azabnya sangat pedih dan diliar jangkauan pemikiran kita...semuanya mendatangkan keinsafan pada saya....


Hari2 bangun tahajud, dapat istiqamah buat solat sunat isyrak, dhuha, witir, solat2 nawafil, istiqamah baca quran, jaga zikir, muzakarah macam2 perkara tentang kebesarab Allah...pendekata semua tentang iman dan amal...


Dalam 15 hari tu ada 7 buah rumah kami dah pergi, ada yg 3 hari dan ada yg 2 hari...

1. Rumah pertama, rumah Hj naquib...seorang Hakim, Sg Petani
2. Rumah kedua, Rumah Anuar, pensyarah UiTM
3. Rumah Mohd Nor, pertempatan mangsa Tsunami yang kerajaan bina semula [kami raya kat sini], Kota Kuala Muda
4. Rumah Hj, Rasyid, bekas wakil rakyat calon bebas, Kg Kupang, Baling
5. Rumah Peg Waran Zaim, pesara tentera laut di Charok Kerian sik, Baling
6. Rumah Sarjan Khairul Azizi, kuarters Askar kem sungai petani
7. Rumah Mihat, tukang kunci di Taman Arked, Bakar Arang, Sungai Petani...


Macam2 latar belakang tapi semuanya satu fikir, hanya fikir dakwah iman yakin terhadap Allah...banyak saya belajar....ada yg dalam kesusahan tapi mampu taat perintah Allah [macam rumah manmgsa Tsunami dan rumah tukang kunci] dan ada yang dalam kemewahan mereka juga dapat taat perintah Allah [rumh pensyarah Uitm banglo 5 bilik dan rumah hakim -dalam rumah hiasan style Arab] dan ada yg tua [Hj rasyid bekas wakil rakyat tahun 1976, usianya 97 tahun tapi masih kuat dan habiskan usianya dengan keluar jalan Allah 4 bukan keluar negara setiap tahun] dan ada yg susah payah nak ikut sunah [macam Sarjan Khairul Azizi , tak dapat simpan janggut sebab askar, dan Peg Waran Zaim yang bersara sebulan terus keluar 4 bulan ke India, pakistan, bangladesh...tinggal rumah baglo baru siap dan infakkan hartam diri dan masa ke jalan Allah]


Jadi, apa lagi alasan kita??? Apa kita nak jawab kalau ditanya nanti usia kita dihabiskan ke mana? Wang kita dihabiskan ke mana? Ilmu kita dihabiskan ke mana? Mampukah kita melepasi padang mahsyar dan menjawah semuanya dengan lancar? Sedangkan Alah dah beli harta, masa dan nyawa kita dengan janji syurga Allah!


Apakah kandungan buku catitan amalam kita nantinya? Dikatakan saiz buku catitan amalam itu sahaja sejauh dari timur dan barat...dan dipadangh mahsyar nanti buku2 ini akan berterbangan dan barangsiapa yang dapat menyambut buku dengan tangan kanan maka berterusanlah kebaikan yg kita akan dapat....


bagi yg buruk amalannya, mereka akan malu untuk mengambil buku tersebut sehingga dikatakan ada yang sanggup menebuk perut sendiri kerana tak sanggup nak menghulur tangan ke belakang utk ambil buku tersebut!


Untuk itulah, esok saya akan bergerak semua ke Jitra, 20 hari yang berikut ni saya akan habiskan baki 14 hari cuti rehat saya untuk diinfakkan ke jalan Allah....moga2 bila dipadang mahsyar nanti adalah sedikit bekal untuk saya jawab kemana masa dan wang saya dihabiskan....


jemaah kami ada 7 pasang dan ada satu pasang dari sungai siput yang menumpang beberapa hari sebelum pasangan itu yg keluar 15 hari bergabung dengan jemaah Sungai petani yang akan keluar dakwah ke kuala Lumpur.


7 Pasangan kami adalah 3 dari negeri sembilan, dan 3 dari Johor serta satu dari KL.... bagi isteri hanya dua yang bekerja iaitu saya dan kak bie [guru bahasa inggeris], yang lelaki pula ada 3 guru, peniaga dan pesara...


yang paling tua wanita dalam jemaah kami berusia 61 tahun dan paling muda 20 tahun. Maryam Husna yang umur 20 tahun tu pula rupa2nya mak dia pun blogger jugak. Dan mak dia keluar 40 hari ke Palembang, Indonesia...cantik perancangan Allah.


Saya baik sangat dengan Maryam husna ni dia baru jer 2 bulan kahwin, baru tadi dia sms saya yang dia confirm mengandung. Saya baik dengan dia sebab kami berdua ditugaskan khidmat masak berdua....


Maryam ni sangat naif tau...dia masuk kadrasaj sejak usia 9 tahun, jadik hafizah kemudian sambung alimah [belajar ilmu hadis dan hukum2] dan memang dia tak terdedah dengan apa2 unsir tak elok] abis belajar bulan ramadhan bulan syawal dia nikah.

Maryam ni pakai purdah dan berbual dengan dia kadang2 kelakar...sebab kalau saya tercakap satu dua perkataan inggeris dia akan tanya apa tu kak? saya tak fahamlah...dan kalau bercakap dengan dia double meaning pun dia lambat faham....saya rasa otak dia sangat bersih...


pagi2 kan kalau nak buat sarapan sama2 tu atau sebelah malam masa nak tido tu janganlah cakap dengan dia, mesti mulut dia kumat kamit samaada dia mengaji [nak kena jaga hafalan dia] atau dia berzikir....eii tak sabar nak hantar suhailah ke madrasah....sejuk hati tengok remaja semuda dia hidup dengan al quran....saya tak rasa rugi langsung kalau hani tak jadi lawyer ker doktor ker apa ker..asalakan dia jadi hafizah dan terpelihara....takde apa pun kurangnya maryam tu walaupun dia duk di dalam rumah jer..dia tak pernah rasa dia ada kekurangan walaupun tak melalui kehidupan remaja macam kebanyakan remaja hari ni....


kalau tengok kaki tangan diorang pun kita dah tau dah tingginya nilai perempuan dalam islam...dipelihara dan duduk dalam rumah sahaja buat tatapan muhrim mereka..kebanyakan yang ada ni semua berpurdah memang wajah mereka ada nur dan kaki serta tangan semua cantik2, putih dan takde berkedut2...yerlah tak keluar rumah sangat, keluar pun semua bertutup, kaki tangan bersarung..putih bersih jer...khas untuk tatapan suami jer kot....jeles sesangat rasanya...dahlah jaga amal, terpelihara pulak tu...dan mereka ni sangat fasih bercakap...tapi bukan cakap keduniaan cakap pasal iman dan kebesaran Allah....


kalau cakap tu rasa terkesan jer dalam hati kita....macam bila diorang cakap tu ada roh..rasanya Allah bagi mereka lidah hikmah sebab istiqamah tahajud agaknya???

Banyak cerita lagi..nanti tahun depan citerlah...






Wassalam