Saturday, February 28, 2009

Serba salah

Serba salah


Asslamualaikum w.b.t


Saya ingat angah mengongoi nangis depan saya jer rupanya dengan kak aza pun dia nangis juga. Berlakon atau tidak tak dapat dipastikan. Dia sedih sebab semua ahli keluarga dia tak percaya dia tak ambil dadah lagi. Iyer ker angah ni?


Sekarang ni routine angah adalah membontot ayah. Ayah balik rumah kak aza dia ikut, bila balik sini semula dia pun ikut jugak. Ayahnya nak hantar dia ke rumah maknya, langsung dia tak nak. Sekali dah dihantar hari tu tapi dia datang semula ke rumah kak aza naik bas pagi2 lagi.


Malam tadi saya tanya angah masa kami keluar nak carik ink printer saya, kenapa taknak duduk rumah mak. Katanya susah nak jaga amal. Saya kata, bukan mak ayah tentukan tahap iman dan amal kita. Katanya suasana susah. Nak ke masjid jemaah pun tak dapat.


Mak dia betul2 kontrol dia. Keter ada 3 bijik satu pun mak dia tak benarkan dia bawa. Duit lagilah mak dia tak beri. TU agaknya yang dia taknak balik rumah mak dia.


Semalam dia kata tak nak balik seremban, rumah mak dia. Ayah kata ikut balik rumah saya jerlah. Ayah tak benarkan dia nak tinggal kat rumah kak aza. Lagipun kak aza pun tak selesa, kan kak aza menetek anak, lagi[pun syakiran dah 9 tahun tak sesuailah nak benarkan angah tinggal sana.


Dah lah malam2 angah tak nak tido dalam bilik kat tingkat atas, terpaksalah kak aza anak beranak berangkut tido atas sebab angah tido bawah pulak. Sejak ayah sakit ni semua tido kat bawah, kira bilik solat tu dah jadik bilik letak pakaian. Atas tu setakat wujud tapi tak digunakan langsung dah...


Kat rumah saya pun saya bagi angah dua bilik pilih jer mana satu nak tido. tapi angah tak tido juga di kedua2 bilik tu, setakat salin baju jer. Dia terbongkang tido kat ruang tamu depan tv.


Serba salah saya nak keluar sebab mana tau kang masa dia tido kedai kopi terbuka ker apa....dok dalam bilik jerlah lepas jam 10 tu. Semalam dia datang jer terus ke dapur tanya saya dah maska tak. Saya memang tak masak lagi semalam sebab cadangnya nak order domino pizza jer sebab keter saya accident, bumper belakang dah tergantung2 tak boleh nak jalan...tak sesuai...


Rupanya jarak rumah jauh sangat dia taknak hantar kawasan kami tu. Melepas jer. So semalam asa angah sampai saya hanya sempat masak nasi jer. Saya cakap kat angah hani suh makcik masak telur masak kicap. Terus dia mula masak kejap jer selesai masak. Cekap betul ke dapur.


Selesai dia masak dia dengan ayah ke surau, saya makan nasi panas dengan masak kicap tu. Merasalah air tangan anak tiri masak yang sedap. Dua kali dia datang rumah saya dua2 kali dia masak. Siap basuh pinggang mangkuk yang dia guna. Sam jer macam ayahnya kalau ke dapur. Cekap, cepat dan kemas!


Lepas isyak kami semua keluar. Start keter jer angah terus start mengaji ajar hani surah2 lazim. yang tu yang timbul rasa kasihan kat angah tu. Rasanya banyak pemulihan dia banding mula2 datang hari tu. Saya rajin gak gurau2 tanya dia macamana misi carik ayah pin dengan sharlinie...katanya tangguh dulu...pastu saya tergelak kecil..dia marah saya katanya tulah makcik kalau angah cakap makcik gelak....


Sukar juga saya buat kesimpulan terhadap angah ni. Berdasarkan permehatian saya sebagai seorang biasa yang tak pandai menilai dan membezakan penagih dan pesakit jiwa ni saya rasa angah ni semacam lebih kepada sakit jiwa atau ada gangguna berbanding simtom sebagai penagih.


Saya tengok angah sangat mesra, dengan hani tu mesra yang sungguh mesra. sampai ayah kata, ayah pun pelik sebab tak pernah tengok angah macam ni walaupun masa angah kecil2 dulu. ayah kata dengan iza dulu dia asyiklah gaduh...dan masa zaman kanak2 lagi angah dah mula berkawan dengan orang2 yang jauh lebih dewasa dari dia. Macam seolah2 ayah kata angah ni macam dah terlepas daripada melalui saat-saat zaman kanak-kanak dia.


Tu sebab angah boleh melayan hani dan adik2 dia kat sana [anak kak aza] dan angah tak kekok langssung. Suka saya tengok...semalam hani nak makan durian, angah offer diri gi beli durian dan dia turun keter pimpin hani pergi pilih durianm, saya dan suami tunggu dalam keter jer. balik rumah jer dia dua beradik mengadap durian...angah kopekkan dan hani terus makan...sukalah saya tengok, ada juga kawan hani....



Kalau angah boleh pulih saya harap angah akan terus ada sifat mesra ni. Sebab sebelum ni mana ada angah nak cakap2 sangat dengan saya. Rasanya angah ni boleh diselamatkan lagi. Ada juga ayah cadang nak suruh angah buat kuih banyak2 macam karipap ker apa2 kuih ker pastu letak kat kedai. Sebab angah minat masak dan ada kebolehan memasak.


Ikutkan dia nak lagi jadik imam dan ajar mengaji kat surau tu tapi takkan orang takkan nak terima dia lagi lepas buat kecoh hari tu. Kesian dia. Saya kalau boleh nak bagitau dia dan bagi semangat kat dia, tapi saya pun tak tau cara mana saya boleh bantu. Mungkin kewangan tapi saya takut juga kotler nanti bagi duit kelain pulak dia laburkan.


Selasa ni ada appoinment kat wad psikatrik lagi, Kalau tak okay mungkin dia warded semula. Tapi rasanya dah okay kot. Agak2 berapa lam lagi agaknya dia nak membontot ayah jer. Teruk juga ayah nak mengelonkannya [mengurus] dan kami ni mak2 tirinya juga hilang privacy....takkan depan angah saya nak bergurau2 dan bermanja2 dengan suami walhal sebelum ni takde hal buat tu semua. Sekarang siang2 buta atau malam2 serba salah pulak nak duduk dalam bilik. Bercakap pun pelan2 jer.


Pagi tadi dia balik solat subuh dia lalu tepi saya yang tengah mengadap pc sebab semalam kak aza pesan dengan suami suruh saya carikkan resepi apam mekar [yang kecil2 tu], angah tegur saya, "lahh angah ingatkan ada orang kerdil subuh2 mengadap komputer tadi."...tak taulah kenapa dari hari tu dan juga dari sakit pada tahun lalu lagi dia asyik cakap kat rumah saya ni ada orang kerdil jaga....saya tanya angah nampak tak orang kerdil tu, bagitaulah makcik nak jumpa, katanya tak nampak tapi boleh rasa.....seram juga saya..heheheee


Lepas saya suami pulak mengadap pc...biasalah suami kalau mengadap pc memang lama....agak2 jam 7.30 pg angah dah siap ajak ayah dia balik PD semula. Ayahnya kata jam 8 pagi nanti bertolaklah. Agak2 10 minit nak ke jam 8 dia panggil ayah dia semula. Ayah masih juga depan pc...selang seminit dia penggil. Sampai ayah merungut depan saya, "hisshhh takde privacy langsung daaahhh...." terpaksa juga dia bangun akhirnya bila angah dah start kembara....sian ayah....


Memang ayah kena balik rumah kak aza awal pagi ni sebab sampai sana terus ayah ambil beg pakaian dia dan angah sebab dua2 akan keluar 3 hari ke Lukut, PD...tak taulah ayah nak cuba bawa angah keluar 3 hari tengok keadaan dia dulu, nak suruh kerja takmo, bawak keluar dakwah dulu...lepas ni ayah kata nak bawa dia ke bangi jumpa Haron Din...kalau betullah katanya jin atau saka yang ganggu...ntah kadang2 cerita dia pasal saka tu pun ada ciri kebenarannya juga...saka yang dapat dari sebelah ayahnya, kata dia...bila saya kata bila pulak ayah ada saka, dia jawab pulak, ni dulu2...keturunan ayah, ayah tak kena, kena kat angah jer....ntahlah ni komen lah....

Thursday, February 26, 2009

Antara mak sendiri dengan mak tiri

Mak tiri dan mak sendiri




Assalamualaikum w.b.t


Semalam [selasa] saya menjadi mak tiri yang kejam. Saya soal siasat angah sampai menangis-nangis dia mengongoi-ngongoi depan saya....dalam suram cahaya lampu dapur ajer. Masa tu ayah dan hani ke kedai...sebab angah dah tak keruan malam tu, macam nak terkena kancing gigi lepas makan ubat dibekalkan doktor. Tapi dalam pada serba tak kena tu masih juga bebel2 dengan saya...saya ambil kesempatan mengasak dia pelbagai persoalan...

Sebenarnya saya mula bertanya macam2 pada dia sejak siang lagi. Masa dalam perjalanan nak ke Rembau. Ayah yang sedang memandu diam jer tak menyampuk langsung. Dia hanya senyum2 ajer melihat soalan-soalan saya dan gaya jawapan angah yang lebih ke arah main-main. Dan saya dengan gaya yang serius....tapi melayan orang baru keluar wad gila macam kita pun jadi gila sama...


sampai satu tahap saya ugut dia, saya kata, ko nak ker makcik gari engkau panggil kawan makcik bahagian narkotik bukit aman soal siasat kau baru kau nak ngaku??? Dia jawab cabaran saya, makcik pangillah....angah tak kisah. Angah mana ada ambil dadah lagi. Dah lama angah tak ambil dah...


Banyak benda saya nak ceritakan kalau ikut setiap rentetan perjalanan saya semalam tapi rasanya sampai tahap ni saya cerita pun buat letih saya jer. Sebab terlalu banyak benda berlaku, dan tak terlarat saya nak meluahkannya disini. Pendekata petang tu melayan si angah ni buat saya terus jadik pening kepala.


Mana taknya dari pagi sampailah ke tengah malam...Sebelah siang tu dua kali dia bawa kereta saya, sampai ke bandar dia pergi. Balik jer tu saya cek barang2 dia beli. Bila tanya mana dapat duit katanya, ambil dari kawan dia...sebab kawan dia bayar hutang.


Saya pun silap jugak saya pergi bagi angah hp Hani yang tak guna tu. Kononnya ingat senang nak hubungi dia kalau tak balik, rupanya dia cerdik, dia pergi top up jalan kaki dan dia hubungi kawan2 dia....


Pagi ni [khamis] pagi-pagi kak aza dah sms saya bagitau angah dah sampai depan rumah kak aza. Asalnya ayah nak hantar dia rumah mak dia tapi masa kami hantar dia tu, dia cakap dia taknak balik rumah mak dia. Terus ayah ajak saya ke Rembau ke kedai makan kawan ayah, cadangnya nak suh angah kerja sementara di situ. Kebetulan kawan tu pun karkun, bolehlaha wasi dia sekali. Tapi angah tak nak....geram saya!


Rupanya angah naik bas. malam tadi ayah dah hantar dia ke rumah mak dia di sini. Pagi2 dia balik semula ke PD dengan alasan katanya ubatnya tertinggal. Lepas tu angah ambil kereta rupanya dia ke balai polis teluk kemang sebab nak tuntut keris dia. kak aza tau sebab tak lama lepas angah keluar tu polis datang dua orang jumpa ayah...panjang ceritanya lagi pulak...


Petang tadi pulak, ayah mengamuk pada angah sebab dia pergi mandi di pantai yang khabarnya tak berbaju. Ayah cakap nak hantar dia balik rumah mak dia waktu tu juga, tapi dia tak nak masuk dalam kereta....dahlah ayah macam tu, camana nak tangkap dia.


Ayah memang nampak dah fedup dengan angah, tapi budak nak masuk 26 tahun, macamana nak paksa. Angah kononnya nak jadik imam lagi di surau tu, dia dah bincang dengan AJK surau tapi tak taulah diorang setuju atau tidak tapi kak aza kata tak sesuai dah angah jadik imam sebab orang kat situ semua takut kat angah...takut 2angah mengamuk lagi...



Sedih dan saya rasa otak saya tepu memikirkan apa nak buat kat angah ni. Nak berubat macamana sebab katanya dia dah setahun lebih tak ambik dadah syabu tu. Dan kalau nak biar ayah menghantar dia berubat pun, sapa nak ambil tanggung jawab temankan ayah....saya ada kelas, kak aza ada anak kecil dan anak2 sekolah. Kos pun tinggi jugak sedangkan jangkaan pulih takde jaminan...


Takut usaha tu membazir ajer...macam usaha2 ayah sebelum2 ni. Sebab reputasi angah dah banyak kali mengecewakan ayah sebelum ni. Dan saya nampak yang suami saya ni sebagai seorang ayah tak cukup bertegas dengan anaknya. Dia melayan angah ni lebih kepada simpati dan kasihan....ataypun dia terlalu cair dengan lakonan angah.


Bagi saya dalam situasi ni kak nani sepatutnya ambil tanggungjawab. Perasaan seorang ibu lebih 'sampai hati' banding bapa...berdasarkan kes sebelum ni, angah berjaya dikawal maknya, sebab maknya [memang kedekut] tak bagi dia duit langsung, tak bagi dia bawa kereta maknya langsung. Dan angah memang patah kaki dan tak boleh kemana2 pun. Tapi kesannya angah jadik macam budak bodohlah....walhal dalam diri dia ada potensi. Tu yang ayah sayang tu...


Sehinggalah ayah ambil tanggungjawab jaga dia semula, sebab setiap minggu angah akan datang jumpa ayah di markas minta duit RM 10...ayah mesyuaratkan untuk jadikan dia imam dan ajar mengaji tapi balasannya dia balik perangai lama semula...



Saya ingat kali ni pasti ayah takkan menerima apa yang angah buat tu, dan ayah pasti tegas dengan angah....tapi sebaliknya pula berlaku..angah pulak membontot ayah, taknak balik rumah mak dia. Dah dihantar dia datang balik naik bas pulak....mana ayah tak pening...


Tadi ayah called, terkini esok ayah akan datang sini dan ayah akan bawa dan hantar dia sekali lagi ke rumah maknya. Kak aza memang dah pening tu, berpa kali hari ni doa sms saya update berita angah... semalam dekat sejam bercakap dengan saya dalam telefon.


Dia ada banyak benda nak cakap dengan abang tapi tak terluah, tu yang dia luah dekat saya tu. Sebab muka abang sangat susah hati...saya pun sama...susah hati sebab lihat suami susah hati.


Masa angah ada di sini, sebelum subuh dia dah bangun gorengkan bihun. Masa nak hantar dia rumah mak dia tak jadik tu, dan dia ikut kami semula dan mak dia siap bekalkan dia pisang tanduk dan pisang nipah, dia bagi pada saya dan tanya tepung dia nak gorengkan tapi tepung dah habis pulak....tu ada lagi pisang tanduk dan nipah tu...


Dalam kereta ke rembau tu, dia baca surah Yaasin dan sempat jugak dia betulkan bacaan Hani untuk sepuluh surah terawal tu....sedap dengar suara dia mengaji. mula2 tu dia baca, lepas tu dia suruh hani baca, habis hani baca dia cakap...ami pulak baca...hissshhh takde saya nak baca...buat malu jer...


Masa saya berdebat dengan dia tentang hal dadah yang dia nafikan dan katanya dia jadik tak ingat sebab pasal saka....saya gelak kat dia...terus dia macam bengang dan dia keluarkan ayah Quran panjang jugak pasal sihir yang dah wujud sejak zaman Firaun lagi...begitu juga bila kami marah dia merokok dan mengatakan rokok haram sebab macam bunuh diri...dia bidas balik fatwa tu katanya kalau macam tu, apa nak dikira dengan gula yang menyebabkan diabetic...haramkan juga gulalah,....tu yang malam nak layan tu...pastu dia menjangkit pulak pasala riba'..yang jelas Allah akta haram tapi ramai yang manipulate isu riba' kononnya boleh jadik halal...panjang hujah dia...


dalam hati saya......ada juga benda2 dia boleh fikir dengan waras...dan berhujah dengan kritis...tapi ada masa dia lolak pulak. Bila saya cakap kat dia...yang dia masih tak betul sebab ada masa2 dia tunjuk simptom tak waras, dia kata, dia main2 bukan betul2..dia sajer nak kenakan saya sebab saya banyak sangat tanya...


Bila dia cakap pada saya, "makcik tengok angah ni dah okay tak..." saya kata tak. Dia tanya saya kenapa pulak, saya katalah, "angah sebenarnya bukan macam ni orangnya, selagi makcik tengok angah bukan macam angah yang dulu...selagi tulah makcik anggap angah ada simtom tak waras lagi..., angah serius, pendiam tak banyak cakap...tapi ni kuat membebel'

Pastu dia cakap kat saya...makcik tau tak angah ni sebenarnya macam nilah, angah memang banyak cakap, angah suka bergurau...makcik dengan ayah yang tak kenal kenal angah sebelum ni...tak caya tanyalah kawan2 angah...semua kawan angah suka angah, sebab angah sula bergurau, pandai buat lawak....


Pelik pulak saya....kadang nampak betul kadang nampak pelik. Hari yang dia kebandar tu dia beli dua tali satu merah satu hitam. Malam tu dia pintal2 tali tu macam nak buat rantai. Saya tanya dia..nak buat apa tali tu, dia kata nak buat rantai, sebab kalau pakai rantai tu kurang gangguan jin...saya tanya dia, macamana rantai tu boleh bagi bantuan, kan elok zikir jer...apa kuasa tali yang harga RM 1.20 tu boleh tolong...baik kau ambik terus tali telefon makcik yang panjang ni ikat kat leher...sama jer...pastu dia gelak besar...oklah..oklah katanya, abis tu angah nak buat apa...zikirlah ambik tasbih saya kata, pastu dia masuk bilik ambik tasbih terus gantung kat leher....hissshhh pelik saya....


Malam tu lepas makan ubat, dia jadik semacam, tiba2 jer terus dia masuk bilik kami [master] terkejut jugak saya...mengadu kat ayahnya yang dia panas macam nak kena kancing gigi [kacip]...pastu nak air 100 plus...ingat saya yang nak pergi beli tapi masa tu dah dekat jam 12 malam, ayah kata ayah dengan hani jer pergi saya tunggu angah. Masa ni lah saya cakap kat dia macam2 sebab dia yang mula kan...dia kata dia tak ambil dadahlah..semua tak caya dia..pastu saya cakaplah apa yang perlu terus dia nangis mengongoi2....


Satu lagi yang pelik tentang angah kali ni ialah dia tak malu depan saya pakai kain pelekat ajer, tanpa baju yang sebelum ni tak pernah dibuatnya....saya yang malu. Tapi dah dia dalam keadaan tak berapa waras saya terima ajerlah. Siap baring2 depan saya walauapun ada dua bilik saya dah sediakan pilih jer mana satu nak tido. Tapi dia tetap nak tido kat depan ruang tamu jugak....


Benarnya di ada buat hal kat PD siang ni...tapi malas nak citer...kira ayah dah mengamuk pada dia....ntahlah..letihlah.... kami dua2 tak nak bela/jaga dia...dan kami macam2 dah kutuk dia via sms dan hp...tapi dia tetap juga nak duduk dengan kami mak2 tirinya, taknak balik rumah mak dia...tak taulah napa...
Semalam gi rumah mak dia, saya tengok ada 3 kereta, mak dia memang ada kereta, iza pun along dah belikan viva dan angah sendiri ada kereta jenis iswara tapi tersadai rosak mak dia tak nak betulkan...memang tahan hati mak dia...[sebaliknya ayah pulak keter mini rosak dibetulkan semata2 untuk kegunaan angah ditambah siap beri motor sebijik]. Iza pulak kata angah ambil kursus syariah di KUIS, 1st year CGPA 3.9...nak jadik lawyer syariah lah tu. Angah gurau cakap iza nak lawan ayah...agaknyan pengalaman penceraian mak ayah buatkan iza azam nak jadik lawyer syariah kot....along tengah gigih ambil ACCA nak jadik kauntan bertauliah...tapi sayangnya angah tak macam dua beradik tu...tu pasal dia tak nak balik rumah mak dia kot...cemburu dengan abang dan adiknya kot...

Tuesday, February 24, 2009

Hakikat rumahtangga

Hakikat rumahtangga



Assalamualaikum w.b.t


Pada saat ini perkahwinan secara poligami ini saya rasakan benar-benar ada hikmahnya Allah benarkan. Dihalalkan demi kebaikan umatnya, sebab dulu diawal perkahwinan saya persoalan mengapa poligami dihalalkan sering menerjah kotak fikiran.


Seolah-olah saya merasa islam ini tidak adil, kerana dalam poligami ini terasa seolah lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sungguh ketika itu saya rasa saya terjebak dengan sesuatu yang dihalalkan tetapi sungguh2 menyeksakan...dan saya tak faham dan tak nampak dimana kebaikannya sepanjang saya berpoligami [ketika itu]...


Tapi akhir-akhir ini dan ianya semakin jelas dan menyerlah yang poligami sesungguhnya jalan keluar yang sangat bagus untuk menambah baik nilai dalam rumahtangga anda. Semacam recharge bagi bateri yang lemah, umpama top up bagi kredit yang telah habis dan seolah-olah bercuti selepas penat lelah bekerja.


Begitulah yang saya rasakan sekarang. Tanpa cemburu, tanpa syak wasangka dan tanpa prejudis. Sungguh apa yang saya rasai sekarang tak pernah saya bayangkan di saat-saat awal perkahwinan dahulu. Sykur alhamdulillah segala gejala perasaan negatif tu tiada lagi dalam kamus hidup saya, dan saya rasa lebih tenang, walau mungkin sesekali ada perasaan itu menerjah tetapi mudah saja saya boleh buangkannya jauh-jauh sekarang!


Setiap kali saya ke rumah kak aza perasaan negatif itu semakin luntur. Syukur rasanya Allah datangkan perasaan sebegitu kepada saya. Mungkin bercakap itu mudah, tetapi saya akui untuk saya sampai ke tahap ini banyak ranjau dan duri dilalui.


Bagi beberapa pembaca blog saya yang berpoligami dan ada yang bertanya tentang poligami kepada saya, saya masih juga tetap nasihatkan fikir banyak kali sebelum ambil keputusan berpoligami ini. Bagi kes saya, saya anggap Allah sayangkan sangat saya ni dan rasa bertuah kerana diberi perjalanan hidup berpoligami seumpama ini.


Dalam tabligh sendiri dan dikalangan kawan2 isteri karkun ramai yang berpoligami [lebih 3 pasangan] tapi ada juga saya mendapat laporan dari kawan2 juga, ada sahaja masalah di sana-sini...macam saya dulu-dululah. Sampai menjadi perbualan asbab kan isteri2nya juga yang bercerita. Kemudian tersebar..maklumlah wanita kan penuh dengan nafsu.


Alhamdulillah suami, kak aza dan saya rasanya masing-masing berkorban di sudut masing-masing dan kini darjah pengorbanannya kian berkurang. Takde dah rasa sakit hati, cemburu tak bertempat dan perasaan ingin bersaing.




Sabtu baru ni saya ke rumah kak aza lagi. Saya joint jemaah dari johor tu, bermalam di rumah kak aza. Hari saya sampai tu saya terus ke rumah kak huda, kak aza pun ada kat sana, tapi masa saya masuk tu kak aza tak perasan pun...bila program bayan dan habis baru dia perasan saya ada kat belakang dia.




Sebelum maghrib saya balik rumah kak aza, jalan kaki jer sebab kak aza dah balik dulu sebab kak aza khidmat masak untuk makan malam punya. Jadi saya balik awal tu sebab nak tolong kak aza masaklah.




Sampai kat dapur tu tengok suami dengan kak aza berdua di dapur. Kalau dulu mesti jeles takpun sakit hati, tapi sekarang tak heran langsung. Saya ke depan terus dan membelek sofiyyah yang makin comel. Lepas tu baru ke dapur, bantu goreng ikan dan labu air masak air dengan suhun. Makan labu ni kan sunnah...





Dah masak, terus mandi, sebab kak aza suh saya hantar lauk tu ke rumah kak Huda, tau jerlah kan budak 5 bulan yang kejap2 menetek...so saya bawa kereta kak aza dan bawa Uda, 9 tahun untuk hantar hidangan malam.





Balik tu, apa lagi, suami kan tak balik lagi, kami melepak ler kat depan bergolek2 cerita-ceriti macam2 hal anak2 dan hal suami...saya pulak boleh tertinggal semua baju saya, baju suhailah jer bawak, terpaksalah meminjam baju kak aza....ohhh ni kalau dulu saya jual mahal, sanggup ke shopping compleks beli baju baru semata-mata taknak pakai baju kak aza...





Esoknya, suami kata kita khidmat lagilah, menunya suami suh saya masak asam pedas ikan tenggiri. Kak aza dengan saya dua-dua pulak malas nak ke pasar. Nak suh suami gi sorang tak upayalah dia nak membawa barang. Sudahnya sayalah terpaksa mengalah sebab hal sofiyyahlah....hani pulak tak nak ikut jugak nak duduk dengan ummi. So saya dengan sumai berdua jerlah pergi pasar teluk kemang tu.





Saya tak pernah masak banyak lagi setakat ni, masak untuk anggaran 20 orang punya makan. Macam tak puas hati jer masa masak tu, sebab tak cukup pekat. Menu tambahan goreng lala berlada. masakan saya tu pulak kena komplen dengan suami macam cair sangat dan tak macam saya masak biasa kat rumah pekat...ntahlah masak sambil borak dengan kak aza....lari lak resepinya...





Menu malam pulak suami yang masak. Kambing gulai kawah nama resepinya. Yang ni suami masak secara bekerjasama dengan kak aza. Fuuuhhhh sedap tahap melampau....kalau dah air tangan memang sedap masak sebelah tangan pun sedap jugak.




Dari dulu lagi suami saya kalau masak, mesti yang makan tu terpaksa bagi pujianlah. Masak simple pun tetap sedap. Dia kalau keluar selalu terpaksa masak, sebab ada jer yang rindu nak rasa air tangan dia. Sampai keluar 40 hari yang baru ni, dia masak nasi lemak jer tapi habis licin dan ada orang kampung yang datang makan sama bertanya tuan haji ni ada buka kedai makan ker....





Tulah dia penangan masakan suami saya. Lama dah dia tak memasak ni. Rindu nak makan masakan dia macam dulu2...dulukan kira kalau hari giliran saya tu dialah yang lebih kerap masak dari saya. Selain sedap cepat pulak tu. Dan dia juga bukan kaki lepas masak sepah2, dia sambil masak sambil tangan mengemas pingang mangkuk yang digunakan tu.




Wahh masa tu bukan main sayang lagi kat dia....tak kisahlah apa cabaran pun asbabkan dia rajin ke pasar, pastu siang dan asingkan ikan dengan masak sekali...bak kata kak Izawani...mana nak carik suami macam tu...hahahaaa...baca entry dia terus teringat yang suami saya ni....selain ke pasar lepas solat subuh, dia akan siang semuanya lepas balik solat subuh tu [sebelum dia ke office] dan lagi dia akan siap asingkan potongan2 ikan/udang/sotong tu dalam newspaper siap2 senang utk saya masak masa dia takde...





Tapi sekarang ni sesekali jer merasa dia masak. dah lama gak dia cakap nak masakkan saya nasi beriyani tapi takat nak makan sorang saya kata tunggulah, nanti berkumpul semua kita masaklah....dulu2 kalau saya cakap jer, nak makan apa...dia usahakan masak, petang2 hari cuti tu sanggup dia buatkan saya bubur kacang durianlah, puding castardlah...sebelum dia sakit hari tu siap dia janji dengan saya nak jahitkan langsir yang pattern scallop berlipat tersusun tu..susahlak saya nak terangkan, masa tu dia yang tengok dalam majalah saya dan dia kata nak tak nanti abang buatkan langsir macam ni...hah bila teringat kat perkara2 ni terasa pulak kalaulah dia sihat agaknya...lagilah kami bini2 dia ni 'buli' dia suh buat macam2...






Langsir yang sedia ada kat rumah saya sekarang ni...yang saya pakai sejak awal tahun 2003 [ dah nak masuk 7 tahun pakai tak tukar2] dan masih lagi digunapakai sehingga hari ni dialah juga yang jahitkan. Jahit dari rumah lama dulu....sebab rumah tu ada dua sliding door maka bila sampai kat rumah ni, sliding door ada satu jer, maka saya basuh yang satu set saya gantilah guna yang satu set lagi tu....nampak macam tak tukar sebab corak yang sama walhal saya tukar2 sebab ada dua set.




Nak ganti baru, fikir juga yang buat apa membazir...yang ada ni elok sangat lagi, masa tu beli kain langisr tu kat Nagoya KL RM 35 semeter rasa dah cukup mahal dah...pilihan suami juga. Beli masa saya tengah sarat mengandung hani, tak larat nak jalan2 shopping..so suami ler yang pilih kain dan corak tu....dan kemudian balik rumah terus dia jahit, saya tolong pegang2 kain masa gunting ajer, siap dia suh saya pinjam mesin jahit mak saya kat kampung....






Membebel panjang pulak. Yerlah nikmat kasih sayang Allah bagi ni luas sebenarnya. Takde apa nak direbutkan. walaupun suami kita ada sayang pada isteri lain, ada ruang yang masih luas sebenarnya untuk dia menyayangi kita. Sayang ni tak dapat nak diukur. Bila suami mati kita akan ditinggalkan juga, maka apalah nak direbutkan. Bila dia mati jer, kamsudnya dia dah meninggalkan kita dan kita pun takkan sanggup dah nak bermalam dengan dia. malah satu malam nak tidur dengan mayat suami kita pun belum tentu kita nak....walaupun itulah ajsad yang kita peluk hari2....






Beberapa malam lepas saya ada borak2 dengan suami soal cinta...saya tanya dia, abang percaya pada cinta ker? macam biasa kalau borak sayalah yang banyak cakap dia cakap sikit2 angguk gelak2 yang lebih....pastu saya kata, saya kan cinta juga pada abang tapi takdelah rasa macam madah2 pujangga yang kata, demi cinta sanggup ku sehidup semati, lautan api sanggup ku renangi, belah dada lihat cintaku...







saya kata kalau abang mati...matilah....alhamdulillah, allah sayangkan abang, saya dan aza takdelah happy kalau abang mati, nak sedih lelebih pun rasanya tidaklah juga...saya rasa abang pun sama kan....lagi kuat dia gelak....sukalah agaknya saya mati...tulah kami komen mereka2 yang taksub sangat dengan cinta ni....takde apa guna sebenarnya kalau kita sayang berlebihan suami kita. kalau nak sayang sayanglah dia kerana Allah, lepaskan dia berjuang berjihad demi agama macamana sahabat dulu....masa ni baru akan terasa nikmat cinta...Allah akan beri rasa kasih yang lebih dari sanggup korban demi lautan api...nikmat sayangnya takleh cerita....masa tempuh ni malaikat rahmat akan sentiasa menjaga isteri dan anak2 yang ditinggalkan....







Eh saya nak cerita hal lain, lain pulak jadinya....nanti saya buat entry lain hal angah sahaja. Dia ada di rumah saya ni. Syahdu dan kesian kat dia, sampai tadi terus dia nak solat isyrak, tapi ayah katam dah habis masa nak solat isyrak ni, dah masuk dhuha dah..terus dia ambil wudhu solat dhuha...tak taulah berlakon ker betul2 ker...tapi kuat bacaanya tadi.






Pastu kami ke pasar beli ikan. Dia yang sibuk2 pilih ikan, eii lemas pulak saya ada yang meneman membeli ikan. Dan tengahari ni angah yang masak. Siap jer terus panggil ayah dan makciknya suh makan. sambil makan sambil borak dia kata dia ada sijil masak dari hotel..ntah saya pun tak tau betl ker tidak....siap makan tanya saya boleh bukak kedai tak..sedap tak angah masak....yerlah mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Dia masak udang goreng berkari, udang goreng berlada, ulam salad dan sambal belacan [pandai pulak dia cari belacan dalam peti ais...]







Lepas makan dia belek kereta kembara saya, bukak bonet. ganti air...start enjin, yang tak tahan tu pastu dia berleter kat saya..makcik ni tak jaga keterlah..beli mahal2 tapi tak sayang kereta lah...pasni makcik tukar itu ini....eiii membebel pulak...siap datang bawak air warna coklat mana dia mabik agaknya dia akat dari dalam tempat air keter saya...saya kata dah dua bulan ayah pakai kembara tu...tapi dia bebel katanya tapi makcik yang pakai lagi lama...eiii angah ni...kuat bebel lah sama cam ayahnya tapi dia lebih kuat bebel nampak gayanya.....

Friday, February 20, 2009

Lawatan Ke panggung wayang

Panggung Wayang dan lain2 cerita



Assalamualaikum w.b.t



Tadika Hani sememangnya ada program lawatan setiap bulan. Selain rutin ke Perpustakaan Awam, selalu agenda lawatan ni akan bertukar-tukar. baru-baru ni ada lawatan ke program Street Smart di terminal 1, Seremban. balik tu sibuklah dia bercerita hal keseronokan bejumpa badut/patung Siti, Mutu dan Ah chong [tak ingat sgt saya namanya ni.] tahun lepas melawat kilang Yakult, jabatan Haiwan, zoo dan macamlah...tapi takdelah tempat yg pelik2...semuanya tempat pengetahuan dan pembelajaran...




Hari Rabu lepas saya ambil dia awal, anak-anak semua masih sedang solat, asar saya dah sampai sebab kelas saya yang petang dibatalkan. Terus berlari-lari anak hani datang kepada saya bagitau, ammie nanti ada lawatan ke panggung wayang tengok cerita Upin dan Ipin.




Terkesima kejap, sambil terfikir takkan lawatan ke panggung wayang pulak? Terus saya pandang cikgu yang kebetulan cikgu pun pandang saya, saya tanyalah betulker ada lawatan ke penggung wayang. Terus cikgu senyum kata betul...26 hb nanti kata cikgu Safihan.




Tambah cikgu Idda pulak, semua premis terlibat, pagi dan petang 26 hb tu kira wayang di JJ Seremban 2 telah dibooked oleh Murni CDC. Masa ni terus terlintas kat kepala saya, program macamni sesuaiker untuk kanak-kanak.





Saya tau rata-rata bloger dah membawa anak-anak masing2 menonton cerita ni. Yerlah cerita tema kekeluargaan dan upin Ipin juga idola dan minat sebahagian besar kanak-kanak pada masa ni. Saya pula memang takde rancangan nak ke panggung wayang. Cukuplah sekali dulu saya bawa hani tengok KungFu Panda. Itu pun ayah dah bising, tak minta kebenaran pulak tu.



Saya bisik kat cikgu, "rasanya mesti ayah hani tak benarkan pergi ni." lepas tu cikgu tanya, habis tu camana kak? Saya jawab, 'takperlah nanti akak tak cakap dengan ayahnya, kesian pulak dia...'




Masuk kereta jer saya baca buku pesanan, betul 26hb nanti kena bayar RM 10, dan anak2 kena bawa baju sejuk sebab mereka akan ke panggung wayang untuk menanton jam 10 pagi.





Malamnya saya berfikir juga samaada nak bagitau ayah tau tidak. Hani awal2 dah bagitau jangan cerita kat ayah pasal wayang tu. Malamnya jam 10.30 gitu ayah sampai. Sebelum tu saya ada cerita kat hani bila dia tanya kenapa ayah tak benarkan pergi tengok upin ipin...saya jawab dengan cara yang terbaik walaupun tak taulah nak jawab apa untuk tahap pemikiran budak 5 +.





Saya cuma kata, menonton wayang ni bukan sunnah, dalam keadaan biasa saya kata padanya...suasana dalam wayang ni kan ada percampuran lelaki perempuan, dalam suasana untuk berhibur...tak berapa elok....kan sebagai sebagai orang islam kita kena buat sesuatu ikut sunnah sebab ikut sunnah akan bawa kejayaan.





Entahlah saya tak taulah nak cakap yang tepat bagaimana dalam isu ni. Saya takdelah terlalu rigid atau ekstreme dalam hal begini. Bagi saya, dengan kawalan guru2 dan bersama2 kawan2 lain, dengan dia dapat bergembira seketika dalam suasana yang lain dari biasa, saya rasa itu akan buat dia bahagia kerana kan dia tak merasa bergembira sangat dibawah didikan saya.





Tapi saya boleh baca fikiran dan justifikasi ayah dalam hal ni. Ayah akan kata agama bukan main2, yang jelas perintah Allah kita kena ikut tetapi yang bukan sunnah, syubhat dan kita tau takkan bawa kejayaan tidak akan ada manfaat untuk kita.




Apa rasionalnya lawatan ke panggung wayang? itu pertanyaan ayah bila saya minta kebenaran malam tu. Kalau nak mendidik itu bukan tempatnya...apa nilai yang nak dibawa dalam lawatan tu, nak tunjukkan apa pada anak2. Tak kena caranya, kata ayah. Saya masih juiga bersoal jawab mengatakan guru2 ada dan sepanjang siang tu hanya Murni CDC yang booking sepenuhnya panggung.




Ayah kata, itulah orang hari ni tak faham apa maksud mendidik anak. Mendidik anak kena ikut sunnah, bukan kerja main2 mendidik anak2,....sampai diberikan contoh, macam bekas nak isi makananlah, kita ambil bekas tandas [ayah cakap tong taik], basuh bersih2 kemudian kita buat isi makanan....sebab ia masih sifatnya boleh menampung makanan, maka kita isi makanan....yang sebenarnya nampak jer bersih tapi asasnya ia tetap tong taik...




Macam2lah...saya faham apa yang ayah suka dan tak suka. Bagi saya itulah, kadang2 bendanya remeh tapi memang mujahadahlah untuk fikir begini. Bukan untuk orang lain saya sendiri pun susah juga nak fikir begini tapi bila saya duduk2 fikir secara positif, sangat betul apa yang ayah buat tu.



Sukar juga untuk berbahas, dan saya tau ramai yang tak bersetuju dengan hujah ayah agaknya. Tapi demi kebaikan dan demi 'taat suami' yang banyak hikmahnya....saya sedia membantu menjelaskan pada hani [alhamdulillah tak susah berhujah dengan anak ini dalam hal suruhan agama]. Sebagai seorang anak yang kami harapkan untuk menjadi hafizah dan menjadi anak solehah yang mengikut acuan sunnah dan alquran dengan mengikut sifat2 yang ada pada sahabat dan sahabiah yang dah dijamin syurga maka apalah sangat yang nak di isukan tak boleh menonton wayang, sedangkan anak2 sahabat dulu kecik2 dan dibawa ke medan perang....



Agama telah menjelaskan segalanya, walaupun menonton wayang tu tidaklah haram, tetapi agama ini adalah 'taat perintah Allah dan meninggalkan larangannya'. Jadik saya minta maaf pada yang membaca, saya terpikir juga di rumah pun hani menonon Tv juga, apa sangatlah bezanya dengan di panggung. Tapi ayah jawab balik, katanya sebenarnya...ikut dia menonton ni pun dia tak benarkan [banyak kali dah kan dia halangs aya masuk astro~saya degil] dan menurutnya ikut dia menonton Tv ni pun dah jadik seburuk2 perkara yang kalau boleh elakkanlah....terkedu kejap!





Hani bagi saya seorang anak yang mendengar cakap terutama kalau ayah yang beritahu sendiri. Terus dia kata okay, tak pergi pun takper. Bila dia tau benda tu tak ikut sunnah terus dia terima. Macam ayat tu dah jadik 'senjata' pulak.





Sebenarnya, panjang bicara malam tadi, ayah bagitau lagi...dengan anak2 kena cakap hari2 kita kena taat Allah, ikut sunnah, taat ibu bapa...benda yang dia dengar hari2 tu akan tersemat dalam diri, maka tidak akan susah untuk ajar anak2 kalau benda tu dari kecik dia dah ditanamkan.....allah bagi mudah...terserlah kepatuhan dia walhal petangnya tergedi2 bagitau punyalah suka nak joint tengok wayang, malamnya bila ayah zihin sikit terus patuh jer...kata okaylah..kakak tak pergi...





Semalam juga masa golek2 rehat2 dengan ayah, kak aza ada sms ayah, saya tolong bacakan...adalah ayat2nya antara lain yang saya ingat.....


"yang...ummie gi umah tok tengahari ni nak buat nasi ayam yer....boleh kan?"


Saya kata,


"hah jawablah, abang izinkan ker tidak..meh saya taipkan"...



pastu dia senyum katanya,




"tu bukan minta izin tu...tu dia dah buat keputusan baru nak maklumkan abang...sama jer dua2 bini, dah buat keputusan baru nak tanya, kan dengan ker berbeza tu...."





Baru2 ni kak aza juga ada called saya bagitau yang ayah tak berkenan dengan tadika yang kak aza hantar zubair tu...kak aza kata, ayah kata macam2 kat sekolah tu...sehingga hal kecik iaitu kanak2 perempuan dia berskirt dan lelaki bertie pun ayah jadikan isu. Ayah pulak jawab balik pada saya bila saya sampaikan suara hati kak aza tak puas hati tu, ayah kata...sebahagian besar guru2 adalah india, pakaian tak menunjukkan sunnah [kanak2 pakai skirt] semacam pakaian ikut yahudi katanya....awak tu [merujuk pada kak aza] berpurdah hantar anak sekolah yang tak islamic..tak kontra ker tu? ayah tanya saya....orang tengok pun pelik satu aspek awak menitikberatkan ajaran silam [berpurdah] tapi satu aspek awak bertindak lain hantar anak tadika yang multi racial...[ayah suka hantar ke PASTI]...tu semua tak nak mesyuarat dengan abang dulu...suka2 buat keputusan sendiri...





Ayah kata lagi, dia terkesan dengan madu dia ler tu [saya ler...hehehee] sebab 4 anaknya sebelum ni semua dihantar ke PASTI bila Zubair jer dia tukar sekolah.Semuanya sebab dia teruja melihat suhailah yang dihantar ke MURNI 5 tahun dah pandai baca, solat, mengaji, sopan dan matang [wah...ni kak aza yang kata kat ayah dan saya]





Sekarang ni saya perhatikan punyalah detail pak haji ni, cepat betul dia mengesan apa2 tak kena dalam tingkahlaku kami, sejak dua menjak ni sangat sensitif dan bertambah detail orangnya.





Hani dah dua hari tak sekolah ni, dia demam panas dan selesema. Semalam dah ke klinik sebab stok ubat dah habis. Pagi ni bawa dia sekali ke mahkamah, patutnya keputusan kes harta sepencarian ayah tapi nampaknya takde keputusan lagi, hakim dipindahkan ke KL pulak. Ambil tarikh baru, 9 april baru keputusannya. Geram jer...dua kali datang tak dapat2 keputusan, sekali datang fee RM 300, dua kali RM 600, penghujahan dia charge RM 1,000...banyak habis duit utk kes ni...





Tadi saya berjumpa kak nani kat nmahkamah tinggi syariah. hasrat hati saya nak juga bincang2 hal angah dengan dia, tapi nampak air mukanya takdelah nak mesra2 masam jer saya setakat bersalam jerlah...pastu hani pun saya suruh salam juga...pastu masing2 dengan haluan masing2....dua2 bekas suami siteri tu takde berpandangan....buat hal masing2..lawyer masing2 jer bincang...





Malam tadi along called ayah lamaaaa...bincang hal angah lepas ni macamana.....bunyi macam along fedup dengan angah...dan malas nak layan...sebab katanya kalau nak berubah hanya angah yang boleh putuskan sebab keinginan nak berubah hjarus datang dari dalam diri dia....





Bagi saya lepas tu nak tido bincang lagi, saya bagtau ayah, memang angah yang bertanggungjawab ke atas diri dia kalau betul2 nak berubah tapi dorongana dan sokongan moral kenalah juga disediakan, dan abang sebagai ayah masih ada tanggungjawab..kalau lepas tangan nanti abang akan menyesal sebab angah ada potensi...saya tau along sebagai abang dah penat melayan angah sebab kali ke 3 rupanya angah jadi begini....





Ayah memang ingin membantu angah, tapi dayanya terhad. Mungkin lepas ni ayah akan bawa angah keluar 40 hari...ayah akan sama2 berada dekat angah...monitor dia..nama jer budak angah ni dah 26 tahun tapi bila jadik gini saya kata dengan ayah abang layanlah dia macam dia budak kecik yang perlukan layanan dan belaian...





Rupanya kesan syabu ni takleh dikesan melalui urine test sebab dia diambil secara menghidu syabu yang dibakar. Kesannya terus pada otak....rasanya sah angah ambil syabu...sebab keadaan dia masih juga begitu takde perubahan yang besar. Masih merapu pasal ayah pin...sampai malam tadi timbul idea kelakar ayah suh saya siapkan satu tulisan berita kononnya mengatakan ayah pin dah ditangkap so takdelah angah kata di dipertanggungjawabkan carik ayah pin leps keluar wad ni...pastu tengok reaksi angah camana...





Kisah hidup kami [keluarga besar pak haji ni] macam berputar2 seolah takde penyudahnya....sebelah pihak okay, yang belah sini pulak berkokok...rasanya letih juga memikirkan macam2 ujian dan dugaan. Terbaru rasanya saya ni dah jadi makin terperangkap dalam rumahtangga kak aza dan pak haji, sebab kak aza asyiklah sms saya apa dia tak puas hati, bila saya bagitau pak haji [muzakarah] pak haji bagitua gini gitu pulak.... saya tak tau nak sebelah sapa, rasa macam nak sebelah pak haji [atas sebab hujah pak hj lagi betul dan benar] tapi sebagai wanita dan isteri saya tau apa naluri dan keinginan kak aza cuma daya dan keupayaan saya untuk cross hujah kak aza tu saya takde skill lagi....seni memujuk dan menyampaikan mesej ni kena ada juga...





Esok mungkin 3 hari saya akan ke port dickson rumah kak huda [belakang rumah kak aza] tapi saya tido rumah kak aza jugak kot...sebab ada jemaah masturat dari Johor keluar 3 hari di sana. Mesti lagi banyak cerita kak aza nantinya....dan tak sabar juga nak tengok sofiyyah yang dah meniarap khabarnya....juga nak tengok zubair yang kata ayah makin tembam [kuat makan sejak ambil steroid ni]....hari ni hani menangis mengongoi2 nak ikut ayah balik PD....sian dia, orang demam lainlah kelakunya..nak manja dengan ayah..ayah nak bawa saya tak benarkan takut kak aza fikir lain macam pulak...dahlah tambah beban dia nanti nak kena bagi ubatlah....so pujuk jerlah hani tu....

Wednesday, February 18, 2009

Rindulah pulak

Assalamualaikum w.b.t


Benci tapi rindu.

Macam tulah agaknya perasaan saya pada kerja saya. Takdelah suka sangat kerja ni tapi bila dah lama tak kerja ni terasa pulak rindunya.


Rindu dengan suasana terkejar-kejar ke sana-ke sini. Rind dengan perasaan berdebar mengadap bos dan mengadap OKT [yang berjawatan ler khususnya]


Rindu dengan suasana dalam court dan keseronokan amsa in chief, seronok masa cross dan ragu-ragu masa re cross...memang sesuatu pengalaman yang berharga.


Rindu dengan suasana semasa sessi taklimat bagi setiap kes yang saya berikan, dengan pertelagahan, perselisihan pendapat, gurauan dan gelak tawa pegawai2 unit saya.


Rindu dengan kepuasan bila dimaklumkan oleh anak2 buah bila OKT berjaya ditangkap dengan barang2 kes yang ada, dan dokumen yang dikehendaki dapat dikesan,


Rindu dengan suasana morning prayer depan OC yang berbaur dengan rasa bangga bila OC memuji dan mengucap tahniah kerana berjaya handle case dengan jayanya.


Ohhhh...rindunya suasana tu, suasana makan di pantry tengah2 malam buta lepas dengan pegawai2 lelaki yang muda2 yang bercerita tentang adegan yang berlaku semasa tangkapan ~ tentang susas payah dan adakalanya tentang kelucuan dalam berdepan sesuatu kes.


Banyak lagi dan rindunya untuk makan2 dalam jamuan, sekarang jamuan pejabat semua tak libatkan saya dah...huhuuuu...sedih jugalah, last jamuan perpisahan 30 januari kat hotel hari tu boleh saya terlupa pulak. Aiseyman...


Jamuan perpisahan saya tak juga kunjung tiba juga, penat dah melabur. Kiranya saya antara terlama di N9 ni. Manakan tidak dari tahun 2001 setiap kali ada yang nak berpindah saya kena bayar RM 25 kos jamuan dan hadiah, punyalah ramai dah berpindah tak terkira2 dah, sejak 2007 [naik pangkat] kena bayar RM 30 pulak...saya rasa dah melebihi 50 orang sejak 2001 keluar masuk, dan setiap kali itulah saya kena bayar..tapi turn saya entah bilalah agaknya....dah 4 pengarah dah saya kerja.... Bayaran ni ikut rank terendah RM 3 [PAR dan Jaga] so tahun ni walaupun dah tak ke pejabat, sekali ke pejabat ada jer bayaran yang diorang minta, dermalah, jamuan harijadilah, pindahlah...sekali pergi jer sure RM 50 ke atas kena sumbangkan, wajib lak tu- :(...[macam tak ikhlas jer hehehehe]



Berdiri depan, Zul [ketua unit siasatan B, dah pindah ke bintulu], saya Salwa Ketua Unit siasatan, Tuan Razi Ketua Unit Perisikan, Tuan Jas Ketua Unit Pendakwaan, Tuan Sevan Timbl Pengarah [telah pindah ke HQ], Dato' Seri KP Ahmad Said, Tuan Khusairi Pegawai Khas KP, Tuan Roszaini Pengarah saya, org HQ, Tuan Sabri Pengarah Keselamatan HQ, Tuan Fauzi Ketua Cawangan PD [telah berpindah ke Kedah]....barisan belakang kiri sekali Tuan Ting ketua unit siasatan B lain2 semua orang HQ...kelakar gambar ni tak ikut susunan tinggi rendah sebab masa gambar ni diambil kira main ambil jer lepas gambar formal yang diambil photografer...masing2 ada tongkat tau...heheeee tongkat semua kepit bawah ketiak...

Sekarang dua orang kuat siasatan takde, timbalan dah takde KC Pd pun dah takde....sian OC saya....ni gambar kenangan pakai uniform, gambar ni bertarikh 15 november 2007 sempena perasmian pejabat kami, dan lepas perasmian nilah pegawai khas dato' seri KP, Tuan Khusairi tu hubungi saya tawarkan untuk sambung master...gituler rupanya uniform kami. Tentu tau mana satu saya kan, yang paling rendah tuler....cam biasa, kerja dikelilingi lelaki... sekarang ada 5 uniform dan uniform kaler ni jer ada 3, mess kit, no 1 dress...dengan accessoriesnya...sesungguhnya saya sangat tak suka beruniform...rasanya baju ni dah ketat kot....lepas 2007 ni tak pernah2 pakai dah....orang kat pejabat setiap isnin semua kena pakai uniform....saya takdelah dah tak kerja, nampak gayanya body kena jagalah takleh dah naik kena maintain jerlah...mengarut betullah berunifor bagai semua ni...tak sesuai....




p/s: Takdde benda nak diblogkan..angah macam tu gak, masih carik ayah pin...mungkin kena usaha berubat kat mana2 ustaz jugak kot...hani demam, saya plak ada kelas hari ni....mujur ayah ada hari ni, nampak gayanya kenalah dia melayan anak dara demam tu hari ni..jap lagi nak ke klinik plak

Tuesday, February 17, 2009

Permintaan Angah

Assalamualaikum w.b.t







Semalam petang lepas ambil hani dari sekolah saya terus ke kedai makan tapau nasi goreng seafood. Bukan untuk saya tapi untuk Angah. Paginya bila ayah tanya angah ada nak makan apa-apa, itu yang dimintanya.






Tapi sebaba ayah nak balik PD, maka sayalah yang ambil tanggungjwab belikan. Mula-mula nak pergi tengahari, tapi susah juga cari kedai yang terima order, biasanya tengahari kedai jual nasi campur jer yang buka.








Lagipun rasa malu pulak nak jumpa angah sorang2, kalau ada hani rasa lain macam juga. Sampai wad pun dah jam 6.45 ptg gitu. Nasi goreng pun panas berasap2 lagi. Tapi masa sampai tu saya dimaklumkan penjaga di situ yang diorang baru lepas makan. Takperlah....asalkan saya bawakan apa yang diminta tu pun rasanya dah okay dah.







Kemudian angah dipanggil namanya dan tak lama pastu angah keluar. Eh boleh keluar pulak, nampaknya dia dah okay pada penglihatan mata saya. Terus dia duduk kusyen sebelah saya. Masa ni saya rasa ada tak kena sebab bila dia duduk dekat dengan saya tu maksudnya bukan diri dia yang sebenarlah tu.







Angah ni pemalu dengan saya sebenarnya. Mana pernah bersalam pun dengan saya. Rupanya duduk dekat2 tu sebab dia nak bisik yang dia nak rokok, saya ada bawak tak, dia tanya pelan2. Sampai 3 kali dia kena cakap sebab pelan sangt suara dia saya tak dapat tangkap bijik butirnya.




Bila yang jaga tu tanya kat angah saya ni siapa, terus angah cakap, ni kakak angkat saya...ceh selamba jer dia jawab....sah angah ni tak stabil lagi, sebab dia bukan kaki bergurau punya orang.



Saya kata, eh mana boleh, doktor tak benarkan, nanti ubat tak jalan. Angah kata ramai kat dalam tu boleh merokok. Saya jawab, nanti kalau terbakar ker apa ker kan susah. angah kata lagi, takkan angah nak bakar pulak...pandailah angah nanti. Makcik masukkan bawah nasi ni, diorang bukan tau, dia kata gitu....bisik2 lagi sekali.





"Mak cik tak beranilah, nanti ayah marah makcik. Eh, takdelah. makcik jangan cakap dengan ayah. Pastu penjaga tu datang, saya tukar topik pulak, saya kata, macamana diorang kat dalam ni, susah jaga tak, diorang ni ganas ker? Macam2 lah saya tanya pastu baru masuk topik diorang ni pernah ker memberontak, bakar2 apa2 ker. Takder katanya. Pastu saya tanya, ada yang merokok ker kat dalam ni.





Hah..part ni dia kata, ala biasalah diorang kat luar merokok, bila kat dalam ni, takdelah kita benarkan tapi sesekali kita bagi, kesian juga katanya. Pastu terus saya cakap dia ni nak rokok, macamana? Dia kata, boleh juga beri tapi beri melalui dia...terpelik juga saya, agaknya dia nak cukai rokok tu ker? Tapi tak kisahlah tu, kalau dia ambik banyak rokok tu pun takper, biar dia habiskan, bagi angah sebatang dua jer pun lagi okay...





Pastu, saya borak2 dengan angah tanya dia okay dah ker. Rasa macamana. Dia kata dia dah okay, bila2 masa boleh keluar, cuma dia jer taknak keluar. Saya kata, takperlah angah duk lama sikit sini, dia boleh jawab apa tau tak? Dia kata, dia keluar nanti, dia taknak balik rumah ayah, rumah mak pun dia tak nak....dah ada orang yang akan ambik angah




Dia kata dia ada tanggungjawab. Saya tanya tangungjawab apa. Tanggungjawab nak kena carik ayah pin, katanya. heheheeee...saya tergelak depan dia. Pastu dia jawab, hah tulah kalau angah cakap makcik gelak, hanya angah jer yang tau benda ni.





Pastu saya serius balik, saya cakap kat dia sebagaimana seorang ibu menasihati anaknya, Saya kata perlahan2 tapi tegas, angah.... yang penting dalam diri kita kena ada rasa nak berubah, baiki diri, fikirkan masa depan. Yang penting keinginan dalam diri kita ni untuk berubah sambil saya tepuk2 pelan2 dada saya...





"Angah ni dah takde masa depan dah....," katanya. Masa ni lepas dia cakap tu dia terus berdiri....saya plak bangun jugak, pastu saya tanya angah ada apa2 nak beli lagi ker....takperlah makcik, makcik belikan angah marlboro dengan dunhill..eh.....larr kesitu pulak dia....

Monday, February 16, 2009

Angah

ANGAH


Assalamualaikum w.b.t



Tengahari semalam kak aza sms, antaranya dia minta saya tawarkan diri temankan abang gi ziarah angah. Akak tak dapat katanya, kalau kau pergi bagitauler akak apa ceritanya. Tiba2 macam terkejut pulak, sebab lepas dapat berita angah tak daat dikesan tu saya pun takde sms ayah lagi. Macam terlupa sekejap isu angah ni sbab semalam sibuk mengadap pc carik2 bahan buat assignment. 5 assignment menunggu nak kena siapkan ni.





Lepas dapat sms tu dalam lepas zohor macamtu, suami pun sampai. Baruler tau cerita yang angah ada balik ke bilik dia di suaru tu, dan polis kawan ayah tu terus pujuk dia dan terus bawak dia ke hospital. Ayah sampai tu kira baru lepas ziarah angah di hospital lah tu.





Bila ditanya keadaan angah banyak jugalah yg ayah explain tapi tak pus hati saya dengar jawapannya, tapi conclusion kewarasan angah kalau 100%, ayah kata 80% tak waras. Macam kes sebelum ni, yang angah accident di KL, hilang motor dan segala yang ada pada dia tu, dia dimasukkan ke wad psikitarik, jadik kali ni pun sama.





So semalam petang lepas asar buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke wad psikatrik tu atau nama glamernya wad gila. Excited saya sebab pertama kali kan, tapi memikirkan hal angah kecut perut saya nak tengok dia macamana. Cuma masa sebelah pagi tu, masa ayah datang dari luar ayah dah dengar suara dia mengaji, bukan main kuat ayah kata. Yerlah budak hafiz, Quran dalam dada, dan mengaji antara benda yg dia buat hari2, jadi walau tak waras pun megaji tetap prioriti dia, sebab quran memang dia dah hafal, tak perlu nak ada quran depan mata baru boleh mengaji. Sedihkan dengarnya.





Angah nak biskut Munchy's dan 100 plus. So saya belikanlah semalam, serta rokok jugak. Tapi rupanya keadaan angah dah berlainan dari paginya. Terkejut sangat saya tengok mula2 tu. Sebab mas akes sakit dulu saya tengok hanya mata dia terbeliak2 dan tangan/jari dia macam kaku dan keras.





Tapi kali ini, memang sangat-sangat-sangat menyedihkan, sampai tahap saya tak sanggup nak tengok, dan ayah pulak saya tengok terus berubah air muka dia, memangis dan mengeluarkan air mata. Air mata seorang ayah tanda kasih sayang dia terhadap anak yang telah dididik 27 tahun dengan didikan agama. Sampai boleh menghafal Quran, menjadi imam hafiz solat terawikh dan solat 5 waktu!






Angah semalam tak dibenarkan keluar dari kawasan kurungan dia. Maka sebalik besi jaring di wad zarud tu. dari pintu ajerlah kami dapat tengok dia. Tu pun kejap jer tak sampai 5 minit. Bukan tak boleh jumpa lama-lama tapi angah yang pergi macam tu jer tinggalkan ayah dan saya dan hani. Saya tak tau dia waras atau tidak, tapi mungkin dia malu dengan keadaan dia atau mungkin dia tak betul, tu sebab dia blah macam tu jer. Tapi kami tunggu juga, mana tau dia datang semula, tapi lepas 10 minit hanya yg lain bersida kat pintu tu, kami pun kecewa balik ajer...lagipun dah nak maghrib.




Angah, bajunya basah, bahagian depan basah sebab ada air liur dia meleleh tak henti2, dan bahagian lain basah sebab berpeluh2. Nampak dia panas sangat. Yang paling menyedihkan ialah lidah dia terjelir panjang, lebam dan nampak tebal sangat. Masa tu saya tak pandang dia sebagai huduh atau buruk. tapi kelihatannya sayang menyeksakan bagi angah yang menangunggnya.





Tapi dalam hati saya kasihan yang amat sangat. Lidah tu sepertinya tak boleh nak dimasukkan. Masa mula2 jumpa tu, lepas dia salam dan cium tangan ayah melalui besi jaring pintu tu, ayah terus usap2 kepala/ubun2 dia, sebab ayah terlalu kasihan dan ayah hanya cakap "angah sabar eh..sabar"..hishhh terharunya saya, bergenang air mata saya nih.





Lepas tu angah pegang lidah dia macam cuba nak masukkan, tapi sekejap jer terjelir semula, panjang pulak tu...dengan air liur meleleh, bila ayah cuba suruh masukkan, dia geleng2 kepala. Sebab lidah tu maka dia tak boleh nak cakap dengan ayah. Air 100 plus pun dia hanya boleh minum dengan mendongak kepala dia dan curahkan air tu ke mulut. Kesian kan?





Dalam pada tu ada dua tiga orang 'kawan2' dalam wad tu sibuk datang nak berbual dengan kami, bagitau hal lidah angah ni. Nampak macam serius dan masing2 cuba nak ikram angah, perkenalkan diri dan cakap kat ayah, "tuan hj, tadi lidah dia tak macam ni". Tolong pegang air, tolong pegangkan biskut tu. Ada dua lagi sibuk panggil2 hani, sebab tengok hani lawa kot [ker sy yg perasan], tu yang dua tiga orang panggil2 'adik..adik..adik", yg kelakar siap ada yg tanya ayah, tu cucu ker [dlm gila2 pun sibuk jer hal org]. Ada sorang siap bagi Hani telur rebus yang masih suam lagi. Walaupun "gila" tapi nampak cara macam siuman cuma mereka kelihatan begitu bersungguh2 nak membantu angah dan turut sama nak joint perjumpaan kami tu.





Dipintu bertentangan pulak, wad baiduri [perempuan], ada sepasangan mata wanita memerhati tanpa jemu melalui sekotak cermin telus pandangan sepanjang perjumpaan tu. Dari air muka dan raut wajah jelas sangat yang renungan dia itu hanya sesuai bagi yang 'tidak waras'. Selepas tu, dia didatangi kawan dia yang terus bersama-sama menari dan menyanyi berdua. Kelakar, sama macam dalam drama2 orang gila yg kita tengok. Saya pulak jadik pemerhati melalui cermin sebesar saiz kotak kasut tu. Saya mula alihkan pandangan ke wad wanita ni sebab tak sanggup dah nak tengok ayah berhadapan dengan anaknya. Sedih dan pilu suasana tu.






Kemudian saya terus pergi jumpa dresser [sblm tu, tanya pengawal, dengan sapa saya boleh buat pertanyaan], saya nak tanya tak bolehker jumpa angah kat luar, kat lobby tu? Dresser tu kata, tak boleh sebab paginya, masa Along dan maknya datang [ohh....alhamdulillah diorang dah datang tengok] lepas habis jumpa dia taknak masuk. Jadik kali ni dia tak dibenarkan keluar sebab nanti kalau dia lari takde sapa nak bertanggungjawab. Saya tanya kenapa lidah dia macam tu, dresser pun tak tau, tapi katanya angah sengaja buat, pada saya tak mungkinlah...boleh juga bangi ubat "ATIN", dia kata angah dah berapa kali minta dah sebelum kami datang tu, dan katanya ubat tu akan buat angah tenang dan jadik "high', jadik dia tak bagi ubat tu...yerlah semuanya kena preskripsi doc jugak,kot.





Jadik memang sedihlah cara perjumpaan tu. Ayah tak dapat nak peluk2 angah dan hanya dapat usap ubun2 kepala dia jer. Kan saya pernah cakap, ayah ni lebih ketara cara dia tunjukkan sayang dia pada anak2 dari kami mak2 ni. Cara dia menyentuh anak2 pun kita akan tersentuh melihatnya, walaupun angah dah 27 tahun, melihat dia mengusap ubun2 angah tu..sedih bukan kepalang saya melihatnya. Hani pulak sebagai seorang yg sibuk nak tau itu ini, bertanya tak henti2, kenapa angah 2x...pastu tanya sapa semua2 yg kat dalam tu. Kenapa diorang tu ammie...sebab semuanya nampak pelik, kan?





Sekali pandang macam derita jer angah tu, yerlah dengan lidah terjelir [gaya anjing lapar kat tepi jalan] tapi takdelah macam anjing kan, nampak dia tenang jer, saya rasa otak dia boleh fikir jugak tu, cuma mungkin kesan dadah takde lagi, jadi badan dia tunjukkan symptom macam tu, macam ketaguhan agaknya, kalau dapat dadah syabu tu agaknya okaylah tu. Kira ni pun macam salah satu cara pemulihan dia, elok juga dia dikurung kat wad G-I-L-A tu. Sedih nak sebut wad gila sebenarnya, tak sampai hati nak cakap angah gila.





Cuma semalam lupa nak bawak air susu lembu/kambing segar, macam ASP lelaki coursemate saya pesan sebagai usaha hilangkan kesan dadah tu, lepas ni baru nak bawakkan sebab kami nak gi ziarah lagi sekejap ni, jam 10 pagi ni. Ayah nak jumpa doktor sekali, nak tau apa perkembangan angah.





Dalam kerata balik masjid tu, ayah kata, ayah sendiri sedih dan biasanya dengan mana anak2 pun dia akan pesan, solat dan doa, tapi kali ni Allah dah tarik nikmat sebagai manusia/hamba dari angah untuk beribadat. Tak boleh nak pesan suh mengaji/solat sebab dia dah tak wajib nak solat atas kapasiti "orang gila/tak waras'. Begitu teruk sekali, kata ayah, sifat sebagai insan pun Allah dah tarik dari dia.






Memang dalam keadaan Angah tu, saya sebagai mak tiri pun rasanya, tak sanggup nak lihat penderitaan dia, rasannya kalau ada wang yang cukup saya pun sanggup korban untuk pulihkan dia. Kalau menurut justifikasi kak aza, keadaan angah tu teruk dan berbeza dari orang lain, sebab dalam dada dia ada Quran, orang hafiz ni kalau masuk benda tak elok, dia akan jadi teruk, macam berlawan. Tu sebab keadaan angah sangat2 teruk. Sampai angah katanya ikat tangan kat sebelah kat pokok tepi pantai jerit2 marah orang...banyak lagilah katanya, cuma malas dia nak cakap kat ayah.






Saya pun tak tau dah nak kata apa lagi, tak tersampai hati nak tulis kat sini. Cuma apa yang saya kenal angah ni, dululah, kalau kita tengok dia memang sejuk hati kita, bila dengar dia mengaji rasa syahdu sangat, merata malaysia dia [dan along] dah pernah pergi atas jemputan masjid/surau kepada madrasah dia sepanjang ramadhan untuk jadik imam, sebab kan mereka nak imam hafiz, dan sebelum ni berapa bulan dah dia jadik imam dan ajar ngaji kat surau taman ayah tu. Kata kak aza dah elok sangat dah, dah ada ciri2 anak soleh dalam diri dia, even apa saja akak suruh, gi kedai beli barang dapur ker, gi pasar beli lauk ker, tolong jaga adik [buai sofiyyah] semua dia buat, malah basuh baju semua sendiri, gosok sendiri, rambut trimmed seminggu sekali. Bersih air muka dia....duduk mengajar sambil2 ulang hafalan dia...sampai ada 2/3 orang tanya ayah macam cara diorang tu berkenan nak buat menantu....tapi pagi semalam ayah datang ayah suruh di baca Yaasin, separuh jer dia boleh, sebab lepas tu ayah kata lidah dia dah macam keras....



Edit: hari ni, 12.30 pm

Saya baru balik ziarah angah jam 11 tadi. Alhamdulillah dah agak waras sikit, tapi takdelah 100% pulih. Masih ada yg tak kena bila berborak dengan dia. Balik2 dia minta rokok dgn ayah. Doc plk tak benarkan. yang lidah terjelir semalam bukan sebab ketagih doc kata tapi kesan ubat yg doktor bagi tu, hari ni dia mengadu sakit rahang, yerlah sebab lidah terjelir semalam tu...sekarang doc tgh test ubat2 yg berlainan, hari ni kasi ubat lain. tapi doc tanya kami perwatakan angah macamana...sebab dok kata dia cakap merepek, doc tak caya bila dia kata dia imam.



Doc tu India so dia bayangkan imam tu mesti yg tua2 beruban, angah ni muda lagi takkan jadi imam pulak. Bila kami kata betul, katanya ohh jadi betullah apa dia cakap tu....macam2lah doc citer, bila doc tanya adik beradik berapa, dia tanya doc balik doc nak tau adik beradik betul ker adik beradik tak betul..heheeee, kalau betul 3 katanya, kalau tak betul ada 8...doc pun pelik, dan sahlah doc pikir dia ni memang tak betul.....tapi bila kami cerita, baru doc tau kedudukan sebenarnya.





Masa kami sembang2 tu, angah ada bersidai kat jaring tingkap sebelah kami duduk tu, siap doc tanya dia sambil tunjuk ayah dan saya, doc tanya dia, ni siapa ni? Angah gelak2 jawab, yang tu ayah, tu mak..katanya. Wah...dia tak kata pulak yang saya ni mak tiri...dan urine dia pun dah ditest, ada yg positif dadah dan ada yg tak, yg positif tu pun dadah dari kandungan ubat yg doc bagi tu..maksudnya dadah syabu -ve, dah hilang kesannya kot atau dia memang tak ambil..ntah tak taulah...doc tadi macam nak kata ketidakwarasan angah sebab memang ada masalah mental bukan sebab dadah tapi ayah pulak macam yakinkan kata tu sebab dadah. Takperlah tengok dua tiga hari lagi lepas ni kotler ubat doc ada kesan penyembuhan ker...




Masa nak balik tadi, ayah tanya nak duk berapa lama lagi sini, ayah kata, duklah sebulan lagi..angah gelak kata setahun pun takper yah....saya terpandang dia gelak, sampai nampak lesung pipit dia...manis air mukanya...sambil saya terfikir..sayangnya kalau angah ni tak dipulihkan, banyak potensi ada dalam diri dia...dan kata2 akhir ayah tanya solat tak..terus dijawab "solat"....alhamdulillah dah ingat agaknya tu...

Saturday, February 14, 2009

Ujian dan dugaan

Detik penuh dugaan


Assalamualaikum w.b.t


Lepas balik 40 hari kan saya dah cerita yang suami balik rumah kak aza, dan petangnya tu bila ayah ke surau, didapati angah tak mengimamkan solat di surau. Bila ayah check di bilik sebelah surau, iaitu bilik untuk imam dia ada lepak di bilik. Selamba jer. Tapi masa ni ayah dah nampak kelainan pada angah, dah kena sakit macam dulu, yang kejap2 terbeliak2 mata dia...cakap pun merapu jer.



Rupanya menurut sumber dipercayai angah dah 3 hari tak mengajar budak mengaji. 3 hari tu tempoh yang lama. Berapa waktu solat yang dia tak imamkan tak tahulah pulak. mana ayah tak mengamuk. Bila ayah berdepan dengan angah, sebaliknya pula berlaku, angah pulak yang marah2 dan tengking ayah. Patutkah?



Angah marah2 ayah, macam2 perkara dibangkitkan, ayah kata bukan ayah yang tengking2 angah sebab ayah malas nak layan, tapi angah yang jerkah ayah. Jerit2 dan bagi kata dua pada ayah, dia juga menuduh ayah cuba merampas hak dan harta mak dia, siap bagi tempoh 3 hari untuk ayah selsaikan hal harta sepencarian. Memang dah melalut dah angah ni. benda dia tak tahu tapi macamana dia boleh cakap macam tu. Kalau ikut dulu2 angah ada luahkan perasaan dia tertekan sebab tu jadik macam tu. Tertekan dengan penceraian mak ayah....dan benda ni kemudiannya menjadi satu tekanan pulak pada suami ... saya dan kak aza pun dua2 bersetuju sebab nampak ayah tension dengan luahan angah tu, Sebab dua2 kami nampak yang ayah selalu macam terpikir2 hal tuduhan angan yang ayah tak ambil berat hal dia lepas ayah bercerai dengan mak dia.



Kalau ikut normal situation angah bukan begitu. angah seorang yang pendiam dan serius. Yang ikuti blog saya dari dulu tentu ingat perihal angah dan sakit angah ni sebelum2 ni. Tapi yang baru tentu tak tahu, saya ceritalah sikit perihal angah ni. Saya cerita panjang ni supaya dapat gambaran senario mereka 3 beradik ni...




Angah, 27 tahun anak kedua dari 3 beradik, dari isteri yang pertama, dia juga adalah seorang hafiz, hafal 30 juz quran. Mula menuntut dimadrasah di Tahiland bersama Along dari usia 11 tahun sampailah umur mereka 18/19 tahun kot. Lepas tu dua2 sambung lagi peringkat alim, along dan Angah tak sempat habis sekolah rendah pun. Mula2 Along masuk dulu, beza angah dan Along adalah dua tahun, tapi dua beradik ni jauh sangat bezanya. Beza fizikal dan beza perangai macam langit dan bumi. langsung tak macam adik beradik! tapi dua2 hafiz, cuma along hafiz yang bertauliah [sijil] dan angah sambung di Kubang Bujuk, T'ganu tak sesuai tukar ke Yala tapi tak habis belajar juga, diam2 dia lari dari madrasah!




Masa mula2 kahwin dengan pak haji dulu, saya mula2 diperkenalkan dengan anaknya yang bongsu tu. Iza, masa tu belajar di madrasah juga. Kemudian pindah banyak madarasah dan saya sentiasa setia temankan suami ziarah dia di madarasah2 yang dia belajar, di temerlohlah, di Trengganulah dan akhir sekali di Cheras sampailah dia tamat dan jadi hafizah. Semua madrasah dia belajar saya kira ada 8 madrasah. Asyik pindah jer kerjanya. Macam ada masalah budak ni! Iza anak manja....menjadi perebutan antara ayah dan maknya.




Pada masa sama saya juga ziarah Along setiap bulan di Kubang Bujuk, T'ganu sebab selepas jadi hafiz dia sambung peringkat 'Alim [khatamkan kitab2 arab peringkat tinggi~ gituler lebih kurang]. Kira2nya lepas kahwin dengan suami, saya ni memang sentiasa bagi support pada suami untuk rapatkan hubungan dia dengan ketiga2 anaknya. Masa tu memang banyak berhabis koslah... bayangkan, siap saya ikut suami hantar angah ke Yala, thailand. Dan saya juga ingat saya banyak jugaklah support suami macam bayar minyak kereta, sebab masa tu kan saya dua tahun kawin takde anak lagi.



Dan masa tu gaji bersih jer, takde tolak apa2 hanya kancil RM 313 sebulan. Gaji bersih banyaklah kiranya. Dan masa tu, kak aza memang tak available nak ikut jalan2 ni sebab dia ada anak kecik dua orang, umur setahun dan dua tahun, di samping anak sendiri dengan suami terdahulu dua orang masa tu sekolah rendah lagi. So sayalah yang kehulu kehilir ikut pak haji. senangkan jalan berdua. Kalau dengan kak aza berenam.leceh sungguhkan...



Kalau nak kata lepas cerai pak haji lepas tangan dengan anak2nya, saya rasa tidaklah betul keseluruhannya. kalau lepas kahwin dengan kak aza tu saya 'terpaksa' kata memang pak haji agak berat sebelah, jaga anak2 tiri sedangkan anak2 sendiri terbiar pada emak. satu sebab dia teramat kecewa dengan sikap bekas isteri yang masa tu mencucuk anak2 bencikan ayahnya, ayah ditanamkan dalam minda anak2 sebagai seorang yg tidak bertanggungjawab. walhal maknyanyg tak benarkan jumpa ayah. terutama lepas kahwin dgn kak aza jer ayah dapat anak baru dua tahun pertama dah ada dua anak. Dan ada anak segera dua orang pulak tu. 4 anak semuanya!



Jadik bila lepas kahwin dengan saya, suami macam dapat kekuatan untuk tarik balik hati anak2 dia. Dan saya sentiasa menyokong. Tambah2 saya baik dengan kak nani. Siap kalau kak nani kursus dia hantar iza ke rumah saya. Masa ni pulak memangler saya dengan kak aza tak berbaik. Tapi takdelah bergaduh pun. Masa ni jugak kak aza memang buat macam2 hal tanda protes dengan perkahwinan suaminya dengan saya. Sejujurnya saya katakan yang dia pernah lari 3 kali dari rumah. Perang dingin jangan cakaplah...walhal masa tahun pertama saya kahwin tu, saya takde giliran tau, 2 bulan pertama, weekend jer tu pun kalau kak aza balik rumah mak dia sebab masa tu kawin rahsiakan. Saya pun takdelah kisah sangat....lagipun pak haji di K.Pilah saya di Putrajaya...


Dan saya sebagai seorang yang rasional dalam ketiga2 kali rentetan dia lari dari rumah ni, sayalah yang menjadi pemangkin memaksa suami pujuk dan jemput dia balik. Sebab saya tak pernah berniat nak merampas, malah ada juga rasa macam nak undur diri....tapi suami taknak pulak....memang banyak makan hatilah amsa ni sebab suami asyik dok nak layan kerenah kak aza yang bukan2, hal2 kecik pun dia nak kena jaga hati kak aza takut kak aza mengamuk....saya pulak sabar jer....Macam tak percayakan??? tiap kali dia lari menangis2 saya suruh pak haji pergi pujuk, walhal kat mulut pak haji seolah2nya gayanya macam nak lepaskan kak aza jer....ada sekali tu dia lari sampai ke pahang...dengan menggadaikan rantai leher yang pak haji belikan....



Sebelumnya tu kan, lepas 2 bulan nikah tu, kami nikah 2 jun 2001, saya terus kursus asas pegawai kadet baru untuk BPR di Pusat latihan Polis Ulu kinta, ipoh, Perak bermula 15 ogos 2001 sampailah 2 Febuari 2002 barulah saya di posting ke BPR Negeri Sembilan. Sebelum tu saya bekerja di Putrajaya. Masa 6 bulan ni lah saya bagi masa pada suami untuk layan sebaik2nya isteri dia, dan bila habis kursus saya nak isteri dia dah tau hal pernikahan kami dan dah boleh terima saya. Itu harapan dan permintaan saya.



Tapi perancangan Allah lebih sempurna, dalam bulan 10 tu rahsia pernikahan terbongkar sebelum sempat pak haji nak bagitau, masa ni ada juga bagitau hint dia nak nikah tapi kak aza cakap...'sapalah perempuan malang yang nak abang tu' dan ini ada saya cerita dulu. Lepas terbongkar dengan kak aza kerana ada isteri orang tabligh yang bagitau dia melalui penggilan telefon, dan selepas dia membuat sendiri siri2 penyiasatan tentang siapa "wanita malang yang jadi isteri suaminya' [yer inilah ayatnya semasa suami bagi hint nak kahwin lagi dengan saya...]...., mak ayah saya pula memberi keizinan berkahwin dengan pak haji....lepas empat bulan saya minta izin tapi tak dibenarkan...




Jadinya tahun pertama, kedua dan ketiga perkahwinan saya penuh dengan aktiviti saya mengikram dan membantu pak haji menunaikan tanggungjawab dan haknya sebagai bapa kepada anak2 dengan isteri pertamanya lepas hampir dua tahun macam dia kecewa dengan sikap bekas isterinya tu. Banyak pengalalaman saya sebenarnya dalam tempoh ini. Masa ni saya sudah agak berbaik dengan kak aza, tapi setiap kali berdepan dengan dia saya akan merasa debaran sebab saya sebenarnya mendapat sangat banyak input negatif tentang dia dari berbagai sumber. Kebanyakannya menyalahkan dia sebagai punca/perampas sampai semua bercerai....



Pertama sumber dari bekas isteri pertama yang tiba2 sangat berusaha berbaik dengan saya. Kedua melalui sumber ipar duai iaitu adik beradik belah suami [dia ada 28 adik beradik] dan ketiga melalui kawan2 isteri orang tabligh, yang kenal isteri pertama suami dan tahu cerita perkahwinan suami dan kak aza dana juga dari jiran suami di rumah isteri pertamanya tu [yang jadik kawan baik saya sampai sekarang]. Macam2 cerita lah sampai saya rasa yer..betullah Allah hantar saya berkahwin dengan pak haji ni sebagai penyelesaian macam2 masalah..seolah2 sayalah perantara...
Selain saya sebagai agen untuk 'membersihkan nama kak aza sebagai perampas, "



kalau sanggup bermadu kenapa tak sanggup dimadukan",
itulah teori suami gunapakai untuk kak aza kalau betul dia kata dia takde niat merampas hanya niat menumpang kasih jer....kenapa dia suka bila suami bercerai...lepas setahun lebih dia bermadu dengan bekas isteri pertama, maka adakah dia merasa kemenangan dipihak dia...malahan dengan penuh gaya dia balik ke rumah mak mertua masa tu sebagai satu2nya isteri suami dengan sun glases dan berkebaya....ini ipar2 saya ceritalah ni sebab diorang suka sangat bila tau abang lang diorang kawin dgn saya!




Perantara antara kak aza dengan kak nani, perantara untuk merapatkan hubungan antara pak haji dengan anak2 dari isteri pertama dia, perantara antara mak /adik beradik pak haji dengan suami saya [yg seolah2 terputus lepas kawin dengan kak aza], juga sebagai satu bentuk kesedaran pada kak aza yang selama ni mengawal suami [macam2 bentuk kawalan yg sy tak perlu ceritakan disini], dan kini masih juga seolah2 perantara antara kak aza dengan pak haji....so saya anggap sampai bila-bila pun saya tetap perlu berkorban agaknya...




Berbalik cerita angah, malam tadi saya called kak aza untuk versi yang lebih jelas, sebab suami saya tu bukan jenis yang banyak cakap, yang perlu dan penting ajer dia cerita. Maka rupa2nya kronik keadaan angah, petangnya dia datang rumah kak aza dalam keadaan serabai, siap baring atas sofa dan minta pinjam hp kak aza, called ayah, hp dan kunci bilik dia di surau semua dah hilang. Sama macam dulu, dulu bukan hp ajer yang hilang, dengan motor2 dia sekali hilang...




Banyak bendalah jugak kak aza cerita...angah siap tawaf depan belakang rumah dia dengan motor [ini motor ayah yang beri dia macam orang tak betul, selain beri dia sebuat kereta mini lama sebagai motivasi untuk dia jadi imam dan ajar mengaji]. Isyak pulak dia jerit2 kat depan rumah kak aza marahkan Uda anak kak aza yang umur 9 tahun tu. Ikut kak aza orang2 kat taman tu dah mula cakap2 angah "G-I-L-A", cuma kak Aza tak bagitau abang jer hal ni.




Lepas isyak ayah balik rumah saya, muka sangat sugul dan tak berseri langsung. Terus angkat beg nak balik PD katanya. Angah dah mengamuk. Rupanya angah dah mengamuk kat surau pulak. Dalam masa terdekat tu juga, AJK surau call ayah, kawan polis ayah pun call jugak, dah panggil polis dan ambulan nak bawak angah. Sebab angah dah macam tak betul. Ada ker masa angah dah macam merapu tu ada yang suruh dia jadik imam solat isyak tu. Dah lah dia baca merapu...




Pastu ada pulak kak aza cerita pagi ni masa saya called dia, katanya semua orang yang ada kat surau angah marah tak bersebab. malam tadi jugak, rupanya bila polis datang tu angah sempat bawak motor lari dan polis tak dapat kesan dia. sudah...ayah called along kat KL, along kata kalau angah dalam keadaan 'isim' macam tu kena layan dia berbual, sebab dia ada halusinasi dan imaginasi...tak boleh main terjah jer.




Subuh2 tadi polis cari dia tapi masih tak jumpa. Sekarang tak tau dah angah dimana. Rak dapat dikesan, kat rumah maknya di seremban ni pun dia takde balik. Cuma takut dia meracau mana tau dia baring2 atas jalan ker. Dengarnya sebelum ni ada orang nampak dia meracau marah2 orang kat pantai. Dulu di KL masa mula2 dia kena kes macamni dia accident dan ada orang hantar ke hospital dan dia terus masuk wad psikatrik. Tapi kali ni ntahlah...kalau jumpa rasanya kena tangkap dan gari jer, lockupkan.




Ayah pulak lepas subuh tadi terus balik PD, risau sangat muka dia. Saya pelik betullah kenapa along tak turun dari KL, bantu ayah. Pelik sungguhlah, dia called tanya perkembangan jer. Tak kesian ker kat ayah. Kerja2 jugak, tapi takkan tak tau ayah ni bukan berupaya, dengan jalan bertongkat menyeret kaki...nak handle angah sorang2.




Kak aza tadi bagitau saya ayah ada tanya dia, 'bolehker abang gi mesyuarat kat Seri Petaling', kak aza jawab 'takkan ummi nak halang pulak, kalau angah dah ada perkembangan, takper jugak, ni angah pun tak tau ke mana", biarlah abang kau gi mesyuarat jer wa, katanya kat saya. Pastu dia cakap kat saya, akak tak boleh cakap dengan abang kau hal angah ni, kau jerlah cakap, bagi cadangan macam apa kau cakap kat akak ni, benda ni tak boleh main2, abang kau ni akak tengok macam tak serius....kes macam angah ni dah serius dah ni....





Saya bagitau kak aza, cadangan saya untuk kes macam angah ni, sebab coursemate saya ada dua dari polis bahagian narkotik pulak tu, symptom yang ada pada angah ni saya tau dan dapat agak. Dua ASP polis tu pun dah terangkan kat saya malam tadi. Dan2 tu saya called diorang tanya pandangan. Rasanya sah, takde sebab lain dah angah ni, sebab laknat najis tu...bukan yang jenis kecik2...ni saya syak jenis SYABU atau ICE, sebab dua benda ni memang attack otak.




Sikit pun boleh bagi kesan dan memberi imaginasi bukan2 pada yang mengambilnya. Soalan saya pada suami, "abang nak selamatkan dia ker nak punahkan dia". Mula2 suami jawab secara sinis macam orang dah geram sangat dah...katanya "orang macam ni nak baik BUNUH jer"...ni jawapan orang yang dah tertekan ni...tapi bila bincang balik, nampak dia taknak kes ni jadik kes polis, maksudnya dia taknak angah masuk lokap atau penjara [menurut ASP Cina tu ada kemungkinan syabu kena masuk penjara, heroin atau ganja masuk serenti].





Bila saya search internet ada juga pusat2 untuk memulihkan penagih ni, tapi dalam kes angah setakat ni kami syaki jer, kalau nak pastikan kena ambik ujian darah, ada juga klinik di sini sediakan perkhidmatan cuci darah untuk buang kesan dadah tu dengan kos RM 500 [ASP lelaki coursemate tu bagitau juga tempatnya di KL] Tapi setakat ni angah pun masih hilang so keputusan masih tetap tergantunglah. Kalau pusat swasta untuk pemulihan secara tradisional ni memang banyak, sediakan duit ajerlah...





Memang dugaan betul ayah dengan anak2nya sekali ni, bagi angah ni, dalam tiga2 anak angah ni lah yang paling ayah banyak bantu. Dia juga yang paling kerap carik ayah kalau ada masalah. Bila dia mula ada masalah ni dulu, ayah dah ambil tanggungjawab jaga dia, ubatkan dia, pastu dia balik pada emak dia, lama juga senyap jer takde khabar berita, hanya melalui along jer ayah dapat khabar angah, tiba2 masa saya gaduh dengan ayah hari tu, ayah ambil angah balik pada ayah sebab kesian kat dia tertekan dok kat rumah mak dia, dan ayah usahakan dia jadi imam dan buka kelas mengaji di surau taman kak aza duduk tu. Bukan jadi imam percuma, dengan bayaran, malahan ada tempat tinggal, ayah bagi motor dan ayah bagi kereta sebiji. Malah kata kak aza, ayah memang banyak habis masa layan dia jer, konon nak dia berubah dah hargai apa ayah buat untuk dia.





Tapi kalau diri angah sendiri tak berubah2, macam tulah kesannya. Puncanya ayah kata masa ayah takde [keluar 40 hari] tu, ayah ada pesan kawan dia bagikan duit bayaran dia ajar mengaji dan jadi imam tu [bayaran sumbangan ikhlas ahli2 kariah tu], jangan bagi banyak bagi sikit2 tapi kawan tu sekali bagi hari tu dia serah sekaligus RM 400, sepatutnya RM 50 jer sekali bagi....enjoyler dia...kalau ayah nak kecewa sekarang atau nak salahkan kawan dia pun tak guna dah....




Ntahlah tak tau nak salahkan sapa kes angah ni, mak dia dan Along pun setakat ni takde bertindak dan datang tengok atau ambil angah ni, lepas tangan jer semua....kami mak2 tiri ni pulak susah hati bagai nak rak...berdebar saya nak tunggu apa kesudahannya kes angah ni. Ikut ayah pulak, dia pun nampak pening nak handle angah ni, saya takut tekanan darah dia naik jer...lain pulak msalah timbul nanti..tu yg kalau boleh saya ni usaha nak bantu mana yang boleh...



Nak salahkan ayah, ntahler, nak salahkan emaknya pun saya tak reti...rasanya angah dah cukup dewasa untuk fikir, ayah diusianya dah ada 3 anak dah! kalau nak kata sebab penceraian, Iza dan Along tak pulak, lepas jadi hafiz/hafizah, dua2 sambung belajar ambil akademik dan dua2 dapat masuk universiti walhal dua2 pun sampai darjah 5 jer sekolah....tapi angah tak tau kenapa jadik lain... setakat carikan madrasah untuk mengajar dah banyak dah ayah carikan, malah angah sendiri pun banyak madrasah dia mengajar tapi katanya tak sesuai dengan jiwanya...





Sedihlah saya ingatkan...angah ni kalau mengaji alahaaaii sedapnya suara dia, syahdu jer bacaan dia, walaupun macam tu tapi dengarnya dari ayah hafalan dia tetap dijaga, ayah selalu monitor, sambil dia jadi imam dan ajar mengaji tu dia mengulang hafalan dia semula. Dua tiga kali saya lalu kat surau tu masa gi rumah kak aza saya nampak angah dengan jubah dan kain pelikat siap dengan ketayap sejuk hati saya walauapun dia anak tiri jer...tapi bila berlaku macam ni sedihnya saya. Ayah dah jalankan tanggungjawab ayah untuk bagi didikan agama yang sepatutnya dan angah pun dah boleh fikir buruk dan baik, tapi masalah lain pulak yang timbul....



Saya ada mesej ayah tadi, tanya hal angah ni, ayah ada di markas Seri Petaling, ada mesyuarat seluruh malaysia, sebab kan nak ada ijtimak [perhimpunan org2 tabligh] bulan julai ni di Nilai .... ayah cuma jawab, angah tak dapat di kesan ayah minta saya doa banyak2....dan saya fikir itulah sebaiknya, allah yang beri ujian pada manusia, dan allah juga yang dapat selesaikan, yang penting kita usaha dan doa....yakin kena betul ni...sesungguhnya inilah ujian dan dugaan dari Allah atas hamba2Nya...sesungguh solat dan sabar adalah sebaik2nya...


Friday, February 13, 2009

Jumaat yang berkat

Jumaat yang berkat


Semalam pak haji dah balik. Lepas kelas jam 5 di UKM, terus saya bergegas balik. Di UKM sekarang macam ada jualan2 kat Pusanika tu, tudung, jubah, baju, brooch macam2lah. Ingat nak ronda2 sebab hari ni last day tapi fikir nanti pak haji tertunggu2 pulak, sempat singgah beli brooch RM10= 6 bijik jer. Jadiklah hari sebelumnya dah beli selendang 3 helai.


Dalam perjalanan nak ambil hani pak haji dah called, dah sampai rumah katanya, dahlah lebuhraya jammed sebab masa ni orang balik kerja, nak pecut pun tak boleh. Paginya saya dah sms bagitau anak dara kecik tu mengidam nak makan durian sejak 3/4 hari. Payah juga nak cari durian, hari tu ternampak tepi jalan orang jual durian tapi sebab kereta depan belakang rapat tak boleh nak berhenti kat tepi, tak sempat dah sebab gerai tu di pacak betul2 kat selekoh. Gilooo agaknya tokey tu, tak sesuai langsung.


So dah berapa hari dah balik ambik dia dari sekolah petangnya tu, kami pusing2 kot2 jumpa orang jual durian tapi takde rezeki agaknya. Maknya pulak malas nak carik jauh2, sebab sayang minyak keter, nak cukupkan jugak RM 50 untuk guna seminggu. Lagipun saya macam tak percaya yang hani akan suka durian. Tiba2 jer suka, macam orang mengidam pulak, sebelum ni satu ulas nak suruh dia makan pun punyalah pujuk, sebab dia mana suka nak cuba makanan baru...


Paginya saya sms ayah, cerita yang anak dara mengidam nak makan durian tapi carik2 tak jumpa, so saya kata kalau on the way dari PD atau di Pd ada belikanlah anak dara tu. Dalam perjalanan balik, baru saya terima sms jawabnya "ok", standardlah jawapannya tu,kan?


Sampai rumah tengok pak haji dah stand by kat kerusi yang saya memang siapkan untuk dia pakai/buka kasut. Dengan dua biji durian, anak dara dah tersengih dah nampak ayah dengan durian. Siap masa keter nak masuk porch tu dia cakap, "ammie, kakak malulah nak cakap dengan ayah, dah lama tak jumpa..." tapi bila kupas durian wah bukan main hebat cerita dengan ayah. Dan sungguh tak sangka dia betul2 nak makan durian tu. Semalam 3 ulas dia makan. Kira 3 ulas tu dah bagus sangat dah tu.


Bagi budak macam Hani yang sangat mencabar nak suruh dia mencuba makanan baru, satu makanan yang dia pandai makan memang akan menyebabkan saya suka. Bayangkan bukan banyak jenis makanan yang dia nak makan, kalau biskut Chipsmore jer dia nak, air kotak pulak, dua jenis Milo dengan Epal [marigold] dan sekarang Milo dia taknak pulak dah sebab NESTLE kan boikot. Kalau gi kedai untuk sarapan hanya Soto nasi atau Roti canai kosong dengan air kosong. Makan malam pulak meehun sup, dan baru tahun ni hasil pujukan ayah bertambah satu menu iaitu nasi kosong dengan tom yam, air pulak jus epal, dulu boleh juga order milo ais tapi sekarang dah boikot dia tak mau minum dah.


Kuih pun begitu juga, hanya 3 jenis kuih jer, karipap, kuih rengas dan apam [yang kecil2 warna warni tu, apam lain jangan harap dia nak makan]. Makanan yang betul2 dia akan makan adalah nasi dengan ikan, yang tu dia tak pernah tolak, paling suka ikan, makan [ratah] ikan sahaja pun takper. Sayur pulak, lobak jer yang terima, sayur2 hijau agak susah, kalau dirumah ummie dan sekolah katanya dia akan makan.... kat rumah berpujuk pun dia takmo...pelik!


Wah..melelut ke hani pulak yer. Sebenarnya pak haji dah panggil2 ni, baru nak mengadap PC jer ni, ingat nak YM tapi pak haji pulak dah membebel kata "suami dahlah jarang ada rumah, marilah urut2...asyik mengadap Pc jer". Walhal dia dah mengadap pc dulu, lepas kami balik hantar hani sekolah, pastu breakfast dan beli lauk, ni barulah saya nak mengadap dah ada tugas pulak dah..terpaksalah chow...payah gak kan dah ada suami ni...dengarnya hari ahad baru balik pd semula. Satu malam jer rumah kak aza....pelik gak ni...macam ada isu jer?


Saya dok tanya, aza tak ngamuk ker nanti, 3 malam kat sini...jawabnya...kalau dia nak mengamuk, mengamuklah....apa nak buat..hishhh...tapi sabtu tu akan ke Markas Seri Petaling ada mesyuarat, so hari sabtu tu saya pun gatal nak mengikut jugak, sajer jalan2 nanti drop dia kat Seri Petaling saya merayaulah, mana2 saya nak, rumah kawan ker, shopping mall ker....petang baru ambik balik...heheeeee...


Eh ada benda nak cerita ni, hal angah tapi takde masa lah, tuntutan suami tu perlu jugak di lunaskan, kang tak diurut katanya nak dia balik sebab nak 'anu' jer...susah gak nanti tu. Rupanya ayah bergaduh besar dengan angah malam semalam [malam balik rumah kak aza tu]. Angah disyaki dah kena balik pengaruh dadah....ayah tengah pening tu...nak bincang dengan Along macamana nak buat...saya pun setakat bantu berbincang dan bagi pandangan jer...tau ker macamana nak buat yer pada anak muda yang dah kena pengaruh dadah ni....ayah jawab secara simbolik, katanya "bunuh jer' ubatnya....ntahlah..rasanya saya kena call kak aza untuk tau duduk perkara sebenar supaya saya pun boleh sama bantu pikul dan pikir camana nak selesaikan masalah angah ni....



p/s : Saya dah makan bidadari tu masuk 3 hari dah...ntah sama jer...takde apa perubahan yang mendadak...saya sendiri pun tak taulah apa kegunaan sebenar dia...saya beli tu sebab dipaksa classmate saya tu, dia main bagi jer pada saya, tak payan bayar dulu katanya, ambik makan jer dulu...dahlah bagi sekali 3 selain bidadari dia bagi juga Q~shee dan Nuage...jenuh pepagi dan malam nak makan benda tu semua..Oh yer yang merajuk tu semalam dah okay dah cakap macam biasa dengan saya dan classmate lain, tapi cerita pasal group tu tak timbul langsung pun....takperlah dia dah okay lah tu..mungkin masalah hormon agaknya...

Thursday, February 12, 2009

Merajuk dan sensitif, wajarkah?

Merajuk & sensitif


Assalamualaikum w.b.t


Saya nak bebel hal orang hari ni. Hal orang merajuk dan sensitif tak bertempat. Mungkin pada dia wajar dan sesuai nak merajuk dalam situasi tu, ntahlah.....


Tapi bagi saya, membazir sungguhlah nak merajuk2 ni dalam usia matang begini. Kalau merajuk dengan suami atau anak2 tu saya fahamlah. Ni nak mearjuk dengan kawan2. Haihhh....meluat ada, menyampah pun ada...mula2 tu siap saya tak perasan pun yang dia merajuk da sensitfi.


Saya tetap nak cerita juga, sebab tak tau nak cerita kat mana...hehheeee...suka2 jer cerita ni. Kami kan ada 9 orang dalam kursus kami ni. Dahlah sikit, kalau ikut prof yang mengajar kami nilah kursus paling min yang diorang pernah ajar, satu pembaziran guna tenaga pensyarah pun iyer jugak, kata mereka. Sebab couse lain yang MoU dengan jabatan lain macam Sarjana Pertahanan [ATM] dan Diploma Kepolisian dan Kaunseling [PDRM] semuana mencecah 40 -50 orang.


Jadi sebab sikit agak sukar jugalah pensayarah nak tentukan pembahagian kerja atau kumpulah, dahlah sebab ganjil,kan. 5 orang dari jabatan saya, dua dari PDRM dan seorang wanita dari syarikat GLC terkemuka, dan seorang lgi pesara yang sangat minat dengan isu rasuah dan dia sanggup bayar sendiri kos untuk ambil sarjana ni. Jadi kami bersembilan ni 6 lelaki dan 3 perempuan.


Selalunya bila pembahagian kumpulan pilih ikut suka ataupun secara undian. Semester lepas, kumpulan saya rojak jer, ikut mana saya suka. Saya tak suka kalau kami 3 perempuan dari 3 jabatan ni dalam satu kumpulan. Sebabnya saya nakkan pandangan lelaki dalam tugasan kami tu nanti.


So dalam satu tugas tu, ketua kami terus bahagikan kunpulan kepada 3 kumpulan, masing2 bersuaralah nak kumpulan mana, semua dah tua dan dah matang takdelah nak sibuk2 jerit nak kumpulan tu ker ni ker...berlapang dada jerlah kumpulan mana..... masa bahagi tu ikut majaoriti jerlah sebab pensyarah bagi masa pendek jer untuk buat keputusan kumpulan ni. Dah bahagikan habis cerita, ingatkan selesailah semua.


Tiba2 ada pulak yang tak puas hati. Macam biasalah kan, sebab takkan lelaki lak tak puas hati,kan? Mestilah perempuan. Saya?...confirm tak kecik ati sebab saya ni boleh masuk dengan sapa pun...yang ASP perempuan Cina tu pun sama, agaknya kami dah muka tebal sebab kerja dengan agensi penguatkuasaan, dah selalu kena marah dengan boss, dengan OKT, saksi...so memang jenis redah jer....


Yang ASP Cina tu mula2 marah saya sebab saya tak satu group dengan dia, tapi terus terang saya cakap memang saya tak boleh dengan dia. Sebab dia sangat susah terima pendapat saya, kalau satu baris atau satu perkataan menyebabkan perbahasan sampai 10 minit, gilakah...malahan kalau buat tajuk rasuah yang saya dah bergelumang 10 tahun tapi dia tetap nak tunjuk dia tau, maka baik saya diam dari berbahas dengan dia, sudahnya bukan dengan saya jer, dengan yang lain2 pun tak mo dengan dia. Yang oleh tahan dengan dia ketua kelas kami lah, so diorang satu group dengan yang sorang lagi ASP lelaki tu.


Dia bagus kalau belajar sama2, saya suka, cuma masa buat tugasan tu dia nak idea dia jer diterima....sakit atilah kan...dah tu setiap page nak buat sama2, bincang sama2....bayangkanlah...kalau 30 page ....baik saya buat sorang2 tugasan...buat dengan dia asyik alter sana-sini jer kerjanya sebab dia tak pernah puas hati...sampai lama2 dia dan saya hilang mood lah...sudahnya terima juga idea saya..tapi isunya banyak masa dah dibazirkan bincang2 tak habis2...


Yang sorang lagi tu rupanya tak puas hati pembahagian kumpulan, tapi masa kami bincang bahagi kumpulan takdelah pulak bersuara bila Prof tanya baru cakap paksa rela....dan dia jugak menangis [meleleh air mata kot] masa dalam kelas tu...dia duduk depan sekali, kami tak nampaklah, prof yg nampak, habis kelas prof panggil dia masuk bilik....baru kami semua terkujat...apsal pulak ni...


Kebetulan bila saya dengan ASP cina tu jalan2 kat lobby sementara tunggu kelas malam, terjumpa prof dia pun cerita kat kami isunya...lorrr...panjang gak bercerita cuma prof kata kawan kami tu kecik ati pembahagian kumpulan tak libatkan dia...eh..kami semua open dan transparent masa bahagi kumpulan, kenapa dia tak bersuara, depan prof baru nak luah pulak???



Kalau sekolah rendah or menengah isu ni timbul saya tak kisah, tapi hello yang merajuk tu nak masuk 43 tahun dah....ikut saya memang saya tak minat pujuk orang2 marajuk ni. Terutama kalau hal2 formal ni, Kalau melibatkan personal anak2 buah kat pejabat saya macam masalah anak sakit ker rumahtangga berantakan ker boleh juga saya cuba tangani tapi kalau hal rasmi, hal kerja takdenya personal feeling saya nak masuk campur.



Tapi Asp Cina tu memang baiklah hal2 gini, bila saya gi solat maghrib dia tunggu luar surau untuk ajak saya jumpa *yang merajuk* tu bincang apa masalah sebenar, saya cakap kat dalam surau tu dengan *yang merajuk* tu, yang ASP tu tunggu kat luar surau nak bincang, *yang merajuk* tu masa tu baru macam nagis2 called suami yang saya malas nak dengar biji butirnya...sebab yang merajuk tu dah masuk surau dulu baru saya masuk kemudian....tapi *yang merajuk* tu cakap takmolah saya takde mood nak bincang hari ni, u cakap kat *ASP...* tu lain kali lah.



So bila keluar surau saya cakaplah kat ASP tu, " eh dia taknak bincanglah membazir jer u tunggu, jom kita baliklah..." ASP tu jawab, "eh i penat2 tunggu leuar surau ni berperang dengan nyamuk dia kata dia takde mood...camni i pun malas layanlah"



Semalam kelas, *yang merajuk* tu tak datang, ada hal kerja katanya. Petang ni tak taulah dia datang ker tidak. Masalah kami tetap terbiar macam tu.....saya pulak malas nak joint usaha memjuk *yang merajuk* tu sebab memang saya tak reti hal2 gini...kalau ASP tu nak gi jerlah pujuk sendiri....


Saya agak frust sikit ni sebab baru2 ni, 3 Feb hari tu ada kenaikan pangkat ke gred 48, ada 12 nama, majoriti semua tu junior dan yang sama naik gred 44 dengan saya 2007 hari tu, disebabkan saya lambat ke PTK maka nama saya yillek...rasanya kami 6 orang yang terlambat gi PTK tu takdelah naik dalam tempoh terdekat ni....kecewa sangat tu tidaklah sebab takde rezeki kan cuma kecewa kerana kecuaian dan kesibukan saya masa buan mac 2008 tu menyebabkan saya tak ambil PTK, lebih kecewa rupanya pen pegawai tadbir yang urus PTK tu cakap kat saya dia dah telefon pejabat nak cakap dengan saya suh saya ambil PTK bulan Mac tu tapi saya takde di bilik dan dia tinggalkan pesan, tapi takde sampai kat saya pun...



Yerlah dah bukan rezeki saya nak naik 48, biarlah berapa ramai yang junior naik pun takde rezeki nak buat camana,kan. Berlapang dada jerlah dengan anjakan gaji sebab dapat aras 4 yang jumlah kenaikannya saya rasa adalah dalam 2-3 ratus jer kot banding kalau naik 48 kenaikannya RM 1,700.... bila tengok angka tu fuhhhhh bertambah frust beb!!!



Dan saya tu frust jugak sikit2 sebab takut2 kalau saya tak naik kebarangkalian saya akan kekal kat sini tu besar, kalau naik confirm kena pindah sebab takde post tu kat sini. Heheeee serik sangat dah saya jaga Unit siasatan, kalau boleh takmo dah..biar saya unit lain...minggu lepas bekas timbalan pengarah saya yang India tu yg juga baru naik 48 jan lepas called saya, dia calonkan nama saya untuk ke unit dia di HQ [unit hubungan antarabangsa dan kejian dasar ker apa namanya ntah] bila bis belajar nanti...so saya apa lagi setuju sangatlah...tapi banyak masa lagi, sampai hujung tahun macam2 berlaku kot..ntah2 dihantar ke sabah sarawak..lagi best!





p/s : versi merajuk tu panjang lagi versi dia sbnarnya, malah kami berlapan siap bincang dalam kelas lagi isu ni....tapi majoriti semua malas nak panjangkan hal ni, cuma *yang merajuk* tu masih diam seribu bahasa. Saya malas nak citer penuh cuma rasa kelakar sebab dalam usia2 gini pun ada yg merajuk juga....
. Dan malam ini pak haji balik, dan prof yang kelas malam ni pun macam tau2 jer, sebab dia dah batalkan kelas sebelah malam tu...