Friday, December 31, 2010

Jika ini penyudahnya, Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Rabu lepas, saya dimaklumkan pak hj yang dia akan habis keluar 40 hari


Saya mula cuti hari rabu tu.


Saya cadang nak bercuti bawa hani jalan2 ke penang/utara


Dan hantar pak hj sekali ke penang


saya minta dia suruh kawan dia bawa serena


kan kembara saya pada dia malam yg dia balik lepas saya ke madrasah Paya Jaras


Tapi idea saya ditolak, dengan alasan serena ada masalah gear orang lain tak boleh drive


Saya tanya dia kalau macam tu, bermaksud dia tak balik bermalam rumah saya lah


Jawapan dia saya tak ingat


Yang saya ingat hati saya dah hancur


Nafsu saya terkubur, habis-habisan


Lepas tu saya diamkan diri jer, takde apa2 perasaan dah...


hari rabu tu, patut saya nak balik kg tapi takde mood


Saya dok rumah sorang2, badan pun demam sebenarnya


Petang tu dia sms tanya ada rumah tak...


Dia kata nak hantar kembara


Lepas maghrib akan hantar dan isyak dia suruh saya hantar je masjid semula


Saya tanya dia bila balik penang...(dengan harapan habis 40 hari esoknya tu -khamis- saya dapat jumpa dia)


Jawapan dia esok (khamis) lepas bayan dia akan balik penang terus


Hancur hati saya, entah bila boleh jumpa tak terbayang dah saya!


Kemudian.....


Lama jugak lepas tu, dia sms saya semula


Katanya kalau lepas isyak balik sebelum subuh hantar dia boleh tak?


Masa tu...


Hati saya dah hancur, perasaan saya dah remuk,


pendek cerita saya kata hantar jerlah kat rumah...


Letak dalam dashboard


Saya dah hilang rasa....


Dan saya dah tak sudi lagi diperkotak katikkan!


Dan saya terus beri alasan,


Saya kata saya nak balik kampung terus malam tu,


Hantar kembara terus dan saya akan hantar dia terus ke Sri Petaling


Dan dia kata, dia akan datang lepas maghrib,


Lepas maghrib dia datang, suh saya turun bawah gergaji elektrik dia


Saya turun bawak sekali tool box dan gergaji tu


Saya terus hantar dia ke masjid seri petaling


Sepanjang perjalanan tu dia diam saya pun diam


Tetapi air mata saya meleleh


Saya nak cakap sesuatu tapi tak mampu


Hanya hati saya jer berkata2


Saya nak tanya bilakah kita boleh jumpa


Dia sebelah saya hanya diam seribu bahasa


Saat sedu sedan saya sedikit kedengaran


Pun dia masih membisu seribu bahasa


Dengan tasbih di tangan


Yang dia cakap hanyalah bila perlu


Bila dia nak tunjukkan jalan


Yang keluar dari mulut dia, kiri...kanan...terus....


........saya speechless


Air mata jer yg mampu keluar!




Wassalam

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum w.b.t



Saya tak tau nak mula macamana


Tapi dalam 2011 akan berlaku anjakan dalam hidup saya


Keputusan yang paling payah dan mengikat saya selama ni


Insyaallah kali ni dah cukup kuat


Dah taknak menoleh ke belakang


Cuma nak war2kan kat sini tak mampu lagi


Sebab sebelum keputusan tu dibuat


Ada syarat2 yang lain yang saya perlu penuhi dulu


Lepas selesai insyaallah saya khabarkan


Akan saya catatkan detailnya


Mungkin akan ambil masa sedikit


Memang payah kalau kita rasa payah


Dan akan senang jika kita lalui dengan sabar

Sunday, December 26, 2010

Perancangan 2011

Assalamualaikum w.b.t



Sekejap jer 2011 dah nak menjengah


Tak sangka rasa baru jer nak menikmati tahun 2010


Tapi dah ke penghujungnya


Saya rasalah begini juga perasaan kita nanti bila dah tua agaknya


Macam kita rasa eh...dah tua rupanya aku ni


Dok sibuk gi kursus sana sini


Dok sibuk meeting sana sini


Tiba2 nanti dah nak pencen...dah 58 tahun


Tapi tetap rasa tak puas dalam kerjaya kot...


Tapi takper....itu hanya kerja


Kalau bayangkan nak mati, tentu lain ceritanya


Tentu dah tak pikir nak shoping baju tudung hand bag bagai


Tentu takde rasa nak buat aap2 hal keduaniaan lagi


Secara peribadi saya menilai prestasi tahun 2010 saya sangat2 merudum


Saya tak nak ukur benda2 dunia dalam jangka masa pendek ni


Semua tu takde manfaat dan kesan jangka panjang ke arah kebaikan


dan semua tu senang sangat nak ubah dan atur serta perbaiki semula


tapi yang paling paling penting adalah amalan


Sangat merudum


Dan sangat sedih juga kalau berfikir!


Kewangan pun tahun ni paling banyak belanja benda tak paedah


paling banyak beli baju kerja


Mula pandai beli alat2 solek


dan dah mula beli kasut/handbag lebih dari 3 pasang pada satu2 masa


Dah mula ada rasa terancam dan ada rasa nak bersaing dalam hal nak melawa ke office


Tu tak bagus....sebab dari segi emosi tak banyak membantu pun sebenarnya


benda2 baru dan mahal hanya nilai tambah yang menyumbang sangat sedikit pada keyakinan diri


Orang lain mungkin berbeza tapi saya lepas mencuba memakai pakaian sedikit bergaya dan ada harga tetap rasa sama jer...


Apa pun yang saya pakai asalkan ada keyakinan pada saya cukuplah, tu yg penting


Sebab sekarang ni memang asyik setiap kali gaji akan beli sepasang dua baju...termasuk dengan tudung sekali....membazir betul!


Dan ni adalah benda yang saya tak buat sebelum2 ni...


dan tahun 2011 ni akan ada anjakan baru dalam hidup saya


Anak bertambah, kos bertambah


Mujur pak hj takde, so ada senang sikit dari segi masak makan


Makan untuk anak tekak saya dan dua anak jer


Tapi untuk Yaya banyak kena buat juga, baju dia mmg buruk2 belaka


Kena beli baju baru..spender pun ketat2 sampai getas kiri kanan


Dan kos sebulan mujur juga RM 130 utk Yaya


Dan Hani saya rasa saya putuskan hantar ke sg merab yang PAS punya tu


So cost hani RM 250 sebulan, campur hani dan yaya RM 380


Kalau banding tadika hani dulu, lagi tinggi tadika hani RM 386...ada save RM 6...


Cuma kos dari segi masa dan minyak hantar ambik hani...


dari segi perbelanjaan meningkat banyak sebab tahun ni dah ada komitmen banyak banding tahun2 lepas


kereta, insuran saya dan hani...semua tu takde dulu...


Sedangkan income hanya bertambah RM130 ker RM 160 setahun kenaikan gaji (lupa plk)


maknanya saya ekna berjimat semula tahun depan


cadangan nak tambah pelaburan ASB pun tak taulah....


dalam kepala terfikir nak minta pak hj RM100 sebulan kos untuk hani....


Macam tak aci pulak kalau semua saya tanggung...memang dia menzalimi anak dan diri dia sendiri lah sebab macam lari dari tanggungjawab...


Kat padang mahsyar nanti mampuslah nak menjawab


Saya pulak tahun 2010 jugak rasanya tahun banyak dosa


Pergaulan tak berapa jaga


Gurau senda macam takde batasan


Dan ada jugak buat perkara2 mungkar dalam sedar


Malam tadi dapat nasihat dari seseorang yang saya kenal sangat


Dulu dia tak macam tu, teruk jugaklah perangai dia


Tapi sekarang dah ada peningkatan dan ada kesedaran


Saya dulu boleh tahan baik dan tinggi motivasi nak tambah iman dan amal


Sekarang rasa terbalik pulak


Terkagum dengan idea dan pandangan dia tentang kehidupan


Buat otak saya ligat fikir kenapa dia boleh berubah dari tak berapa baik kepada baik


Boleh ingat benda2 yg saya tak sangka dia akan cakap


Saya pulak terbalik


Sungguh rasa Allah tu Adil


Allah tahu apa yang ada dalam hati kita


Saya kena perbaiki hati


Kena bersangka baik dengan Allah


Nak cari bahagia kononnnya


Tapi buat ikut suka hati sendiri


Mujur Allah tak hantar bala serta merta


tahun ini dalam diam sebenarnya saya ada buats esuatu yang dulu2 saya tak buat


kerana geram dengan pak hj saya melawan arus


Saya ikut kata hati


Saya ikut perasaan yang geram dan marah


Kononnya nak ubah haluan hidup


nak cari bahagian sendiri


Tapi silap sangat


Apa saya buat biarlah saya simpan sendiri


Syukur Allah hantar yaya ni


banyakbenda saya boleh belajar dan perbaiki diri dengan adanya yaya ni


memang motivasi lemah


Hanya nak harapkan diri sendiri


takde support system keliling


Takde suami nak nasihat dah...dah jemu agaknya atau malas nak ambil tahu


tiba2 rasa takde mood nak menulis lagi...


Apapun maal hijrah baru lalu masih tak terlewat utk saya laksanakan perubahan pada diri

Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

seketika bersama pak hj....

Assalamualaikum w.b.t



Tajuk tu ada yang meluat agaknya?


Apakan daya, nak juga saya catatkan di sini


kalau taknak baca, kat bawah ada entry baru jugak yer...baca yang tu jerlah okay?


hari isnin pagi tu, tiba2 pak hj ada sms saya, bunyinya begini....


"Di paya jaras ada madrasah abi dah hubongi, dia sedia terima, bagus kalau Hani belajar sini dulu"


saya pun balas


"Bila pulak tukar 'abi' ni? Tengokler dulu, 'abi' gi ler survey.


'Abi' jawab;


"Malam nanti gi yuran 170, pendaftaran 170"


Saya jawab balik,


"Bawakler 'umi' ni nak gak tengok


Abi jawab lagi


"Malam ni boleh datang damansara permai"


Gituler perbualan via sms kami


Malam tu lepas maghrib saya pun bertolak seorang diri ke Damansara


Dengan tak tau jalan.....hanya berbekalkan GPS ajer


Malah nak keluar putrajaya ke lebuhraya LDP pun blur


Pernah lalu sekali dua tapi orang lain drive memang tak ambik port langsung!


So dengan GPS segalanya boleh...yeyyyyyy


Makanya selepas drive dalam keadaan hujan maha lebat dan jalan maha jammed tak juga sampai2 dan tak nampak batang hidung signboard damansara pun


maklumler orang blur...memang cuak jer, awat tak nampak2 perkataan damansara nih?


Dahlah sesat barat, sungguh ada GPS tapi dalam keadaan hujan maha lebat kereta pulak bersusun, dengan manual pulak tu, tak boleh nak set semula GPS


Memang kebarangkalian termasuk ke lorong atau simpang lain sangat tinggi


GPS murah.... mencabar juga kadang tu....nampak macam suh belok simpang ni tapi sebenarnya simpang lain...kadang awal sangat belok kalau dah dekat2 sangat dan banyak simpang siur serta jalan bertingkat2....


so tersesatlah jugak tersalah masuk simpang kat satu jalan bertingkat dan banyak simpang tu siap dengan flyover ntah tak taulah kat mana tu...agak2 lepas jusco puchong kot, gituler



Terpaksa telefon talian hayat..ntah tak tau kenapa hati taknak telefon pak hj


telefon my best friend jer....dengan dia lagi senang bicara, dan senang faham


dan saya on the right track...no hal..just straight jer laluan sedia ada...


lebihs ejamlah jugak perjalanan tu...


Dah sampai tu kena set smula dan akhirnya jumpa jugak pak hj....


tak macam jumpa suami yang lama tak jumpa..macam kosong jer rasa


Kebetulan pulak masa tu hujan kan...


Saya cuba lah jugak bergurau, sajer nak bangkitkan perasaan cinta pad suami


Kalaulah perasaan tu masih ada


Saya raba2 dia...dalam hujan dan dengan tangan sebelah tu...nak tengok respond dia dan respond diri sendiri


Dia kata dah...dah..kan hujan tu....


Saya kata, eh hujanlah best....dia senyum jer



Dalam hati saya, hihshhkkk...sama2 kami dua2 ni macam takde perasaan dah!



Tapi takper....saya teruskan ajer perjalanan ke paya jaras nak tengok madrasah tu...


Gitu gini lepas tengok dan borak2 dengan ustazah maka dapatlah segala info saya nak, nanti saya cerita kat entry lain



sebab entry ni saya nak fokus pada citer kami suami isteri jer



balik tu, macam biasa, macam yang dia balik dari penang hari tu dia nak saya hantar dia terus ke surau di damansara permai tu...


masa tu dah jam 11 lebih...


saya memang ngantuk giler...plus dengan letih driving berterusan ari lepas maghrib...


Kan hujan dan jammed memang berganda letih plus carik lokasi pak hj tunggu tu makan masa jugak



so saya cakap kat dia saya ngantuk dan letih


Saya ajak dia balik rumah putrajaya jer


takmo pulak dah....satu kerja saya nak hantar dia semula



dan saya nak drive sorang balik putrajaya tengah2 malam buta tu! dlm renyai2



Saya cakap balik putrajaya jerlah....dia tanya abis tu macamana dia nak balik damansara, sapa nak hantar


Saya jawab, balik naik kembara jerlah...


pastu gitu gini baru dia setuju....


Baliklah kami ke putrajaya


tapi perut adalah lapar, kami singgah di presint 15 minum dan makan larut malam


Apa saya nak citer ni, mata saya mengantuk yang amat sangat sampai ada beberapa kali saya terlayang seketika macam tertidur....


Saya tak cakap dengan pak hj...saya cakap saya ngantuk sangat jer...


dengan harapan dia akan ambil apa2 tindakan bagi menyegarkan mata saya


Tapi non ado...terfikirlak nyesal beli manual tapi nasi dah jadi bubur xguna nak nyesal..kalo tak boleh suh dia bawak,kan


Sudahnya saya terpkasa hulur tapak tangan dan cakap, urutkan tangan saya, ngantuk sangatlah....


Dengan sebelah tangan dia urut jugaklah tapi bukan urut dia picit2 tapak tangan saya sampai rasa sakit sangat dan tersegar lah jugak



Ingatkan dari tapak tangan menjangkit ker nak urut apa2 bahagian lain macam dulu2


kami adalah pasangan yang sangat ceria meraba2 dalam kereta dari dulu lagi


Cuma lepas dah OKU saya jerlah yang aktif...tapi since saya drive saya rasa no hal kalau dia nak sekadar picit2 lengan saya ker...sebab memang ngantuk giler...bawak kereta pun seakan2 melelong....


tapi harapan meleset jerlah...dan saya pun tak rasa sakit ati sangat cuma rasa perhubungan kami ni dah tahap takleh perbaiki lagi kot....


malam tu sampai rumah, boleh dia cakap dia nak tido sejam jer pastu nak balik ke damansara...sebab takut jalan jam dan tersesat...


saya tanya nak bangun pukul berapa..katanya jam 3.30 dia nak balik



Aduaiiii sampai rumah pun dah jam 1 lebih


Apa jer yang sempat buat....


baru bercita2 nak tanam rasa cinta


nak belajar mengasihi suami semula...memang takde ruang lah


so saya ingat dia akan terlelap juga...lepas dia mandi dalam lebih kurang jam 3 agaknya saya terbuka mata


sebab saya terlelap...saya tengok dia dah siap mandi dan berpakaian duduk menyandar tepi dinding


kan kami tido atas toto jer takde katil bagai


Dia duduk menyandar sambil memandang saya tidur....dalam samar cahaya lampu luar


Saya tak tau apa bermain dalam fikiran dia sambil main tongkat sambil perhati saya


So saya pun bangun sebab saya tau dia dah siap nak balik ke damansara


Sebab kunci kereta kembara dalam sentra


Maka saya kena turun juga ambil kunci kembara sebab sentra saya parking jauh memang dia tak larat lah nak jalan jauh


kembara pulak parking kat luar, sentra kat basement


maka saya hantar kunci kembara kepada dia....jauh juga jalannya


Katanya minggu depan habis keluar 40 hari...sekejapnya saya rasa


lepas dia habis keluar saya tak tanya dia balik penang terus atau


balik rumah saya


saya dah tak kisah, mana2 dia nak balik sukaati dialah


No more pain!


so, hal hani masuk madrasah hanya akan ditentukan kemudian...


Sebab nak bawa hani ke paya jaras tengok madrasah tu dulu...


hani taknak tapi bila saya bagitau kat situ banyak kucing automatik dia nak pulak


Dia kan pencinta kucing tegar! sian dia asbab kucing sanggup masuk madrasah jauh dari ami


w.pun saya dah bagitau boleh jumpa dua minggu sekali


dan boleh call seminggu sekali jer


tapi xtaulah...siang tadi saya suh dia sms ayah dia bincang semula, tak taulah dia bincang ker tidak dengan ayah dia


Harap2 win-win situation lah


saya prefer madrasah sungai merab ni....ulang alik hari2..pak hj lak nak yang full time duk madrasah....


lagipun boringlah hani takde tapi yaya jer ada..anak orang disusukan anak sendiri mati kelaparan....



Wassalam

Perkembangan semasa

Assalamualaikum w.b.t


Ntah lately ni sangat busy.


tak cukup kaki dan tangan


xtaulah nak cakap macamana


boss 1,2 dan 3 kan takde last week


Pastu boss 2 dah masuk minggu ni tup2 kena pulak gi kursus


Last week kan ada kes teog beng hock


tiga2 boss takde, memang menjengkelkan


sebab semua kena buat sendiri


dan boss pandai bagi arahan jer dari vienna


pastu ada kekurangan sana sini boss pandai marah jer thru telefon


bengang giler gue...


Siap tengking bagai


awak buat kerja camana ni salwa?


kan saya cakap bla bla...


tak dato', saya hanya call editor jer....saya pun xtau camana boleh bocor semua reporter tau



Okay sekarang saya nak awak batalkan ajer....


tapi dato', kita kena jaga rapport...sya dah call semua dah...


dah..batalkan ajer...awak kena tengok angle lain....


Bengang toksah cakaplah


Program jam 3, suh batal jam 2...


Ni semua penangan dato atas lagi


malas ahhh ank citer.


Boss kalau ada pendirian teguh dia akan pertahankan tindakan dia


bagi justifikasi


saya dah implementtapi kena cucuk sikit goyah


Ingatlah kalau jadi boss teruskan A..kalau dari awal kita dah kata a


As long asa kita tau yang A tu bagus


Ni saya rasa tak sabar nak cakap dengan boss


Dato' jangan bagi saya keliru


Dato' dah bagi arahan macamni tetiba last minute dato' ubah...


yang nak jawab saya yang deal dengan orang luar pun saya!


Be fair lah dato'


Tapi dato' pulak balik vienna terus gi hong kong bercuti pulak!


hancur harapan nak luah perasaan


naik2 cuti dato' dah tukar jadi pengarah bahagian


boss kami 'mungkin' akan panggil orang luar sebab post ketua unit korporat comm adalah open post


merasalah dapat boss dari luar, dengarnya editor kanan dari salah satu online paper alternatif terkemuka....



Tapi takper, life must go on


Minggu ni boss 3 dah balik dari paris, boss 2 gi kursus pulak.


Ada banyak perkara juga minggu ni


ada beberapa interview diatur.


tadi essi interview dengan radio RTM.


25 disember nanti keluar suara saya insyaallah di radio 1 cakap pasal usaha2 pencegahan rasuah oleh SPRM....kelakar pulak rasanya!


Jumaat ni ada sessi interview TKP 1 dengan TV3


untuk siaran buletin utama 25 disember


tau2 jerlah hari cuti umum kan tak banyak story


so siap2lah mereka standby story


dan minggu lepas serta minggu ni asyik muka saya kena attend meeting


meeting pengarah2 pun saya kena masuk


satu peningkatan juga sebab tau2 jerlah pengarah gred jusa dan 54 kebanyakannya


saya ni gred berapa jer...maklumlah kami pun unit bawah pejabat KP jer


yang penting, saya ada keyakinan bercakap depan orang2 besar ni


Minggu ni meeting lagi, pembangunan pejabat baru dan pertambahan perjawatan


nak buat camana....dah semua boss takde


banyak belajar sepanjang 2/3 minggu ni


belajar buat decision, belajar agihkan tugas pada orang bawahan


dan macam2 belajar lagi


Dan paling tak suka melayan panggilan wartwan


sekarang bukan local punya reporter jer malah reuters yg menyampahnya


diorang ni base kat singapore


kalau tanya kita bukan nak elok2 memang jenis provokasi jer


Kita cakap no i cannot give u any comment at this moment


Balik2 dia cakap....no i have dateline very soon.....i just want to confirm bla bla...whether....bla2...


dah cakap no i'm not the spokeperson, you can refer to our official website....from our press stetement...


tapi jenis suka nak provokasi dan nak korek macam2 berkali2 call tak paham2 bahasa



kalau local punya paper sah2 dari malaysia kini malaysia insider....tak pernah putus asa nak dapat story!


sangat membebani perasaan..eventho saya dan miss sinar serta miss yip berpengalaman jadi reporter tapi dah masuk line korp comm ni terpaksa buat2 tak faham dengan kehendak reporter


dan minggu depan konon nak ambik cuti


tapi tak dapatlah jawabnya sebab saya jadi desk officer utk dua kunjungan hormat


satu dari APSA ntah bih kurang persatuan kawalana keselamatan asian


Dan satu lagi timbalan duta negara nigeria...


sangat2 balajar lah duduk kat unit ni...


masa pun sangat cemburu


Tetapi ada sesuatu berlaku dipajabat yang buat saya rasa jengkel sangat


berhubung dengan miss conquer


Dia datang pejabat sesuka hati tok nenek mak ayah dia jer


Tak faham sungguh...


tadi dia datang jam 3.30? gila apakah?


Masa minggu pertama naik lepas cuti sebulan kawin dia tak datang sebelah petang sekejap jer


masalahnya saya kalau nak cakap ada 3 boss atas saya


taknaklah nampak saya gila kuasa


Ada beberapa kali dia datang lewat saya sm dan call dia tak jawab


Last week dia ada meeting di dbkl jam 3 petang dari pagi langsung xmasuk office, apakah?


kalau saya bagitau boss atas saya, saya rasa bimbang apakah nanti dikatakan saya bias atau nampak macam saya cemburu


ebab miss conquer memang bagus dan teliti buat kerja cuma masalah kehadiran dia teruk


suka2 masuk lewat, adakah dia bermasalah bangun tido


Atau lepas kawin ni terlajak tido malam tak cukup tido?


sangat pelik kalau orang boleh ebrkeliaran dalam waktu kerja tanpa rasa bersalah?


dah 10 tahun kerja saya takde kebaranian nak buat begitu


Terfikir macamana miss conquer boleh berani sangat


Adakah mak dia bekas CC di SPRM pahang maka dia rasa dia okay langgar peraturan sebab dia tau takkan kemana kalau setakat buat kesalahan kecil macam tu



entahlah....kalau saya jadik boss saya rasa mau anak2 buah yang datang lewat,
kena bambu dengan saya!



Wassalam

Sunday, December 19, 2010

Sekolah Tahfiz Fuqaha'

Assalamualaikum w.b.t


Malam tadu bertolak balik jam 10 malam


Asalnya nak balik awal, lepas maghrib


tapi hani pulak merayu2 suh bawak jalan2 dulu


manalah hati eorang emak tak cair


So bawak dia jalan2 dulu, makan, gi kedai


Beli biskut untuk yaya barulah saya balik


jam 10 baru terhegeh2 nak balik


Lalu pulak jalan dalam lebuh AMJ


Jam 11 lebih gitu baru lah berjaya masuk lebuhraya melalui tol simpang Ampat


Masuk lebuhraya mata memang ngantuk gila


Tak sabar2 nak sampai RnR seremban nak tido sekejap


sampai2 tu teru tido, agaknya masa tu dah dekat jam 1 lah


tido punya tido dekat jam 3 baru tersedar


bangun2 memang lapar, terus gi makan, nasi lemak dan beli kacang rebus


dah segar pekena nescafe tarik satu baru larat bawak kereta


sampai Putrajaya dah jam 4 pagi...over..lama betul perjalanan


Sebelum tu jalan nak ke gate 1 putrajaya tu nampak ada bunting sek maahad tahfiz


Berhenti turun kereta ambil nombor


pagi2 ni lema sebentar bangun terus called utazah


yuran RM 910, bulanan RM240


Sylibus pagi 8-10 hafazan


10.30 - 1.00 akademik


2.00 - 4.00 petang sekolah agama JAIS


Ada pengangkutan kalau nak, kalau tak nak ustazah boleh tolong jagakan


kalau terlewatlah


Tengoklah petang ni nak gi tengok kot, katanya berdepand engan MPI bangi


Kalau sesuai bolehlah hantar


So, takdelah masalah kena duduk rumah sorang2


dan bolehlah dianggap setahuh ni persediaan untuk ke madrasah


harap2 sesuai, sebagai first batch saya harap xdelah kekurangan sana sini


yang penting keselamatan terjamin


makan cukup...


dan ilmu agama dan hafazan boleh diikuti oleh anak saya ni...


Disebabkan hal hani ni juga tadi saya dah call ayahnya


Dan nampak gaya macam setuju


Cuma bila saya bagitau sekolah ni orang PAS punya nampak macam dia berat sikit...


ahhh lantaklah...pas ker abim ker jim ker tabligh ker semuanya arah sama....



Wassalam

Saturday, December 18, 2010

Nur Ruqayyah

Assalamualaikum w.b.t


Sekali lagi bersiaran dari kh


Saya balik juga minggu ni walaupun minggu depan nak balik juga


Sebab saya nak tengok 2 anak saudara yg mak dia nak letak kat kg tu


Mohd farouq iqbal dan nur ruqayyah nama 2 beradik tu


Yg farouq tu dah pernah tengok masa umur dia setahun


Cuma yg girl (yaya) tu baru nak tengok


So malam tadi dah jumpa dah keduanya


Saya focus pd yaya jer sebab saya akan jaga yaya ni utk setahun


Mula2 jumpa tu fisrt impression saya pada dia adalah rasa kesian


Sebab?


Nampak sangat macam xcukup makan


Macam kemaruk


Dia peluk balang biskut tak lepas


Walhal yg ada adalah sisa biskut yg dah pecah2


Bila saya balik bawa muffin dan bagi pada hani


dia nampak terus tadah tangan cepat2 kat hani


Lepas tu terus dgn lahapnya makan


Habis muffin terus peluk balang biskut bawa ke sofa pulak


Smbung makan sisa biskut


Aduhaiii kesian sungguh


Memang nampak kurang makan


Walhal kakak saya cakap baru lepas makan nasi


Saya agaklah sebab hidup susah jadi sentiasa tak cukup makan


Kesian kat budak dua beradik ni


Yaya ni comel tau keletah pulak tu


Pastu dengar cakap


Bila saya tengok dia macam kebulur peluk balang sikut sana sini


Saya suruh letak terus dia letak


Pastu nak tido senang jer


Suruh jer pergi kat sesapa terus dia oergi


Bagi satu bantal hisap jari dan bagi kain terus diam


Yerlah orang susah memang tak banyak cerita agaknya


Tak macam hani banyak songel


Dan hani dah terserlah dah sifat cemburu dia


Tak macam dijanjikan sebelum ni


Konon nak jaga adik nak mandikan adik


Adik dah depan mata baru dia rasa terancam


Tapi xper bagi masa lagi


So next week balik lagi ambil hani dan yaya pulak


Okay, nanti saya upload gambar diorang bila balik putrajaya


Wassalam

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum w.b.



Sebagai menghargai


Menghormati


Dan tanda setia kasih pada saya


Dan paling utama sebagai tanda terima kasih


Kerana sedia melapangkan masa


Dan mata


Membaca luahan hati saya yg tak seberapa


Maka


Saya akan tulis dan teruskan blog ini


Walaupun nyatanya cerita biasa saja


Saya berterima kasih atas nasihat2 berguna pembaca blog ini


Sebab dalam kepala saya semasa memandu, semasa termenung


Kata2 tertulis dalam komen blog itulah


Yang berputar2 bermain2 dalam kepala


Yang kadang2 bagi saya kekuatan kata2 dlm komen tu


Jadi pemangkin untuk saya berfikir


Jauh kehadapan


Sungguhpun saya tak balas komen


Walaupun hati nak balas tapi ikut kata fikiran


Saya taknak balas dengan nada beremosi


Sebab rata2 komen tu saya nak blas jer kata


Ko boleh lah cakap camtu pasal ko xde kat tempat aku


Tapi saya ikut fikiran saya pasang kemas2 dlm otak


Setiap komen dan bila driving bila kat office anytime ada masa


Saya ingat semula komen tu menusuk betul dalam kalbu


Yang sedar semua komen tu ada kebenaran


Saya yang malas nak fikir


Dan sesekali cuba nak nafikan, defensive sngat


Hakikatnya semua komen2 tu betul belaka


So lepas sya fikir dan sya analisis


Barulah rasa macam tenang


Taknak fikir hal hidup bernadu ni sangat


Cuma saya nak teruskan hidup seadanya


Kalau ada suami tp xpernah nak sms


Tak pernh nak tanya dah makan @ sihat ker


Waima kau sms kosong pun takper


Maka apalah ertinya saya


Hina sangatkah saya


Takde langsung nilaikah saya


Dan ironinya kenapalah bodohnya saya bertahan sekian lama


Bila saya memandu saya selalu berfikir hal rumahtangga


Masa sibuk kerja tak sempat fikir maslah


Tapi masa keseorangan memang terasa sangat


Kalau fikir saya akan menangis


Semua pengalaman hidup 10 tahun ini berputar2


Dan saya rasa macam bazirlkan masa 10 thn untuk sesuatu yang saya kejar tetapi


Ia lari semakin jauh


Dan saya makin letih dan takde tenaga


Patut dah saya berhenti dan cuba kejar sesuatu yang lebih pasti


Dan saya pilih berhenti seketika mengejar sambil berfikir


Ok tu jer pagi ni taip dgn BB lg xtau broadband takleh connect letih agaknya si along seharian guna broadband


Mujur hari ni dah dpt kerja baru. Subuh2 saya sms ada duit tak. Dia jawab ada 3 ringgit


Haaaaiiiii susah pulak ada anak remaja lelaki ni kuat belanja


Hani bahagia di kg sebab sepupu dia yg saya akan jaga tu dah ada di kg


Satu saya akan bawab sini yg girl 3 tahun dan 1 lg sek kat sek kakak saya mengajar di kg


Setel 1 prob


Lepas ni selain hani saya akan ada cerita sisi lain pulak


Sebab dah dapat anak instant 3 tahun ni


Yey yey. Best jugak jalan2 nanti bawak 2 anak


Gi joging @ jalan taman pun dengan 2 anak


Dan saya boleh gi shopping beli baju budak pompun yg cantik2 semula


Dan pastinya makin penat sebab kena masak dan belanja makin besar pastinya!


WWassalam

Tuesday, December 14, 2010

tutup blog?

Assalamualaikum w.b.t



Saya rasa saya dah takde citer yang relevan lagi


Maksudnya yang relevan dengan dunia bermadu


Sangat jelas dan nyata yang kehidupan saya sudah berbeza


Dah takde kaitan dengan kehidupan bermadu lagi


Secara dasarnya I have no idea what should I write.


Yang ada hanyalah kehidupan kerja dan kerja lagi dan lagi


Dan saya pun rasa sangat tak relevant untuk saya cerita hal kerja


Sebab kerja saya takde kaitan dengan anda semua


So I have a very very good reason to close permanantly this blog


So, what say you?


Wassalam

Anjakan & Vienna-Paris-Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t



Minggu ni saya nak letakkan satu benchmark untuk diri sendiri


Nak jadikan ia sebagai satu anjakan


Mental dan fizikal


Wahhhh, besar lak nampak cita2nya


Yer gitulah nampak gayanya


Okay...dari segi fizikal


Semalam (isnin)....


Saya dah mula ke gym


Bukanlah jadik ahli mana2 gym...


Gym dalam office jer...


Dalam SPRM semua pejabatnya memang ada gym,


Nak dengan tak nak excercise jer


Masa negeri 9 dulu sesekali adalah ke gym ni


Kat hq ni selalu jenguk jer gym masukknya tak pernah lagi


semalam sejam di gym lari2 kat treadmill kayuh basikal


Jenuh lari sampai setengah jam, berpeluhnya tidak


Yerlah dah namanya beraircond..nyaman jerlah


Saya ke gym dengan miss sinar...


Masa masuk tu ada sorang jer mamat dalam tu


Mujur mamat tu saya biasalah jugak...office boy bahagian admin


Yerlah jangan lupa, 10 tahun dulu sempat servis setahun di HQ


Rata2 orang2 lama bahagian admin yg tak tukar2 sejak 10 tahun dulu tu mmg kenal dengan saya


selasa dan rabu serta hari2 seterusnya akan pergi juga....target nak turun dalam 5 kilo pun jadikler...


Dah janji dengan miss sinar sapa dapat turunkan berat yg ditetapkan dan berjaya mengatasi antara kami pemenangnya akan dapat hadiah barangan RM50 dari yg kalah tu....


Mula2 janji seratus miss sinar tak sanggup...hahahaa dia takut saya berjaya lah tu...


Asalnya janji dengan miss yip (ex reporter malaysiakini) tu tapi miss yip ada urusan semalam


Okay tu citer hal fizikal, ni hal mental pulak


Minggu ni adalah minggu mencabar


Mencabar mental saya, sebab boss 1, 2 dan 3 semua takde


Boss 1 meeting di Vieanna 10 hari, boss 2 pulak sebab kecewa nak kena tukar start januari dia boleh pulak ambik cuti minggu ni dan boss 3 pulak bentang paperwork di France...Paris tepatnya...sabtu ni baru balik


So, sayalah pulak kena take over semua...pening!


dan semalam memang saya dah jangka akan ada isu


Sebab dah baca start ahad kat blog2 yg kata menantu nik aziz nak kena tahan SPRM


pastu masuklak dalam utusan, dia main petik jer dari blog...


Saya tau sebab saya berhubung dengan kawan saya reporter utusan, pelik mana sumber dia dapat?


Pagi2 dah macam2 reporter call, malas nak layan...tapi kena layan jugaklah


Sms boss kat paris, sms boss kat vienna...mengadu...


Boss kat Vienna terus call tanya perkembangan, boss kat paris lak terus sms bagitau status...kena guna boss vienna berhubung dgn boss besar kat sini...i tak berani nak direct tanya lagi...heheee..isu sensitif lak tu


Boss 3 di paris jugak sibuk sms suh semak jawapan yg miss sinar buat untuk temubual di radio RTM...tiba2 dalam sms boss 3 suh saya lak yg ditemubual oleh radio...apakah??? senang ati boss kat paris suh suara saya lak yg ke udara yer...tunggu boss baliklah...


tengahari pulak adalah GAPS yg buat demo kat istana negara pasal penyelewengan kat selangor tu datang hantar memorandum...sibuk kat lobby masing2 siap dengan OKU bagai..ambil gambar sana sini


hantar orang kat bawah handle group ni yang datang dengan segerombolan media...setel!


pastu kena panggil dengan Boss besar no 2 pulak....jiran kak azwa....alahai...lepas jumpa dato' Shukri...ada tugas lah pulak...takper, kita terus kasi pada yang pakar...


Pastu boss dari vienna bertubi2 sms, call ... tetiba dia teringat lah pulak jumaat ni keputusan kes Teoh beng Hock


Sudah...masa ni lah pulak nak keputusan..dahlah tiga2 boss takde


Aduhaaiiiii....


Terus boss dari vienna arah gi jumpa SFC, Dato' Razak


Bincang submission dia dah buat tu


Apa yg kami boleh bantu...untuk spin...


Panjang lebarlah pulak discussed...


So, sms boss di vienna..boss call berkali2 bagi arahan itu ini..mesti panas punggung dia kat sana walaupun musim winter...


Banyak kerja nak kena buat..menjelang keputusan TBH


Banyak pertemuan nak kena arrange dengan editor, ketua pengarang, reporter


Nak minta bantuan...nak spin!


Saya nak kena duduk dengan boss 1 @ KP dengan SFC, arahan terus dari dato' di Vienna....nak highlightkan apa nak di spin..


Rasa macam nak cakap jer kat Dato' ....dato'....i'm not ready to handle all this thing...


kenapa dato' pulak gi vienna masa ni, kenapa boss 3 yang super power tu gi Paris masa ni?


Yer boss 3 saya sangat talented...sangat powerfull...boleh control situasi dan boleh bagi good ideas...kalau dia takde mmg rasa macam tak selamat gitu...patah kaki


Tapi mampukah??? mampukan saya nak engkar perintah?


So today i'll do my best


nak jumpa KP, TKP Operasi nak bincang submission dan pertemuan2 tu


nak contact all the editor yg leh pegang janji dan close dengan kami...kalau bocor submission sblm naik court mampus hal lain lak timbul!


Semalam dalam sibuk banyak tugas lain menyelit jugak....masa nilah jugak nak dapat kelulusan nak upgrade sistem penyampaian sms kami


Masa nilah jugak dato' shukri suh saya senaraikan keperluan barang teknikal utk kegunaan masa depan....tiba2 ada bajet khas, dari manakah?


yerlah unit kecil kami ni mana ada budget, satu unit kecil bawah pejabat KP....baru set up awal tahun ni kan....so adalah miskin dan baru nak beli itu ini...


Yg geram masa boss takde baru lah pulak nak kena buat paperwork mohon itu ini...dengan justifikasi pulak tu...


Miss conquer lak buat hal semalam....sepagian tak masuk pejabat, call xjawab


Dah buat perangai lama dah...


Boss semua takde dia pun naik tocang


seharian tak jumpa dia semalam...


jam 3 ada meeting di DBKL, takkan perjalanan sepagian?


takper, dia tak hormatkan saya takper...nanti2 taulah...


hari ni hantar dia dan satu pegawai ke KL Prince Hotel, ada event duta2 negara OIC


petang ni, jam 2.30 kena ganti dato mesyuarat pengarah2...first time la pulak masuk mesyuarat ni....terasa kecil nak duduk sebaris dengan semua pengarah2....


Tapi dah takde sapa...saya yang kerdil ini terpaksalah....jangan ada isu berbangkit nak kena jawab sudah...


Syukur alhamdulillah juga atas kesibukan ini


walaupun kat rumah rasa macam sunyi....takde teman hidup


Takde sapa nak dihubungi...sebab last 3 sms saya pada pak hj alst week tak berbalas


Sms hal hani jer..hal tak dapat madrasah tu...pastu saya sms hal saya nak hantar hani balik kg...minta izin lah kono tak balas juga...


agaknya marah sebab saya ada balas sms dia yg suh hani sekolah kat penang saya kata saya taknak menyusahkan aza...tambah2 hani tak tahan dengar aza bebel dan zubair ngamuk...dia marah saya sms macam tu kot..terus 3 sms berikutnya tak dilayan


Fine...takper saya tak rasa hati pun dia tak balas sms...selama ni pun bukan jadi rutin di tanya apa2 thru sms


saya jer yg rajin sms dulu...dia selalu jawab ok...ok...tu jer


sekarang macam takde hubungan lagilah...nothing to share!


Dalam sms pun saya takde letak intro atau bagi salam atau panggil dia abang ker hapa ker....terus cakap maksud...sebaris ayat jer xde meleret2 macam dulu...


Saya rasa saya totally memang dah sedia mental fizikal untuk takde suami


Cuma macam takde keghairahan nak memfailkan


dah rasa dalam zone selesa ~ "comfortable zone'


dengan kesibukan kerja...dengan macam2 nak fikir dalam kepala


Dengan azam baru tahun hijrah ni


Nak mengaji, tambah amal dan minggu ni juga Yaya akan dihantar emaknya ke kampung dulu


weekend baru ni kan saya hantar hani ke kg semula


So, saya ambil hani nanti akan ambil yaya sekali


Lepas ni saya akan ada dua anak perempuan


Merasalah juga ada anak dua...


Tak anak sendiri pun, sekurang2nya ada lah pengalaman menjaga dua anak


Tak sabar jugak rasanya...


Mesti makin sibuk....


hani pun sama...sukanya nak dapat adik segera


Tak sabar nak jaga adik katanya


Okaylah....dua minggu jer nak enjoy hani takde ni


Nak kurangkan makan, nak lebihkan excersice....


Tapi Along masih ada sini...jobless sekarang ni


tengah sibuk carik kerja....berinternet 24 jam...hantar resume sana sini


Harap2 dapatlah kerja cepat...sat lagi mesti nak pinjam duit lagi tu


Dah beribu dah pinjam dgn saya...tak bayar2 lagi...dah namanya anak sedara terpaksalah beri juga....


Wassalam

Sunday, December 12, 2010

from umbai with love

Assalamualaikum w.b.t


Saya di umbai



Pagi2 dah bersiaran ditemani kokokan ayam



Desiran angin dan suasana sejuk dan sunyi jer



Enak utk tidur bergolek2



Mggu ni sibuk mmg xde online ke blog sangat



Tapi masih ada cerita nak saya khabarkan



Ustazah madrasah penang dah called



Hani tak dapat masuk sebab ada peraturan baru paling min 9 thn



Lega juga saya sebab dlm hati mmg risau fikir nak tggalkan dia sana



Ada masa setahun lagi utk saya didik dan manjakan dia



Hani okay jer tapi ayah dia plak pujuk dia



Ajak duduk dan sekolah di penang



Ikut hati nak jer bagi



Tapi fikir balik kesian kat hani



Yerlah geram juga kan



Ada ayah tp macam takde ayah



7 tahun sayalah tanggung segala2nya



Kalau dia duduk dgn ayah biar ayah dia yg tanggung



Tapi masalahnya saya xnak menyusahkan aza



Hani pun yaknak peraturan aza buat dia tertekan



Sya yg tua ni pun tension apatah lagi hani



Aza kan macam perfectionist pastu nak cakap dia jer org dengar



Yg hani xtahan tu aza kuat bebel. Dan zubair kuat ngamuk



So biar jerlah hani disisi saya setahun lagi



Cuma xtau nak pindah sekolah ker tidak?



Nanti nak survey alamin abim memang dah penuh xde chance



Dia xnak sek presint 9 pulak tu saya pun xnak jauh dr presint 17



Ok tamat citer hani



Ni citer saya plak



Minggu ni 9 disember hari anti rasuah sedunia macam2 program kami buat



Salah satu majlis tandatangan ikrar perangi rasuah o masy peniaga depan PM



Banyak pengalaman handle sidang media bila PM ada ni



Dan catitan sejarah peribadi juga untuk saya kali ini



Sebab dalam sidang media tu saya bertindak sebagai pemula bicara


Macam chairman lah


Lepas PM duduk, KP duduk dan diapit oleh menteri JPM dan 5 pengerusi dewan perniagaan


Dan pohak media semua dah standby maka saya bagi intro dia


Intro dan kemudian persilakan YAB PM mulakan majlis



Kecik jer peranan dia tp permulaan bagi sya



Selama ni pengarah saya dato' k dgn boss 3 jer jd pengerusi dan mereka yg akan control sidang media spya xkeluar soalan yg tak diingini




Tiba2 kali ni boss 3 arahkan saya.



Saya yg jenis mmg xkisah ambil risiko (mujur luna bagi terma ni merujuk pd saya) sahut cabaran tu



Ok jer sebenarnya.



Eh banyak nak citer pengalaman minggu ni



Tp letihlah taip dgn BB jer ni



Malam yg konsert tu ada sapa2 tgk tak kat TV1 satu siaran langsung



Saya rasa okaylah jugak



Malam tu pun saya belajar sesuatu



Memang utk malam tu xpanggil reporter



Tapi ramailah pulak reporter datang sebab



Media ni ikut TPM



Mana2 event tpm diorang memang ada



Sudahnya media gaduh ngan petronas sebab usherer petronas xbagi media masuk bawak kamera



Saya deal dgn peg unit pro petronas



Ex reporter NTV7 mujur jugak saya kenal dgn dia nama dia azeman said


Dan banyak juga benda2 blh share cerita



Dan banyak media kami dah lepaskan masuk dgn kamera mereka



Tapi yg gaduh tu reporter TV3 diorang dtg lewat



Kat filharmonic kalau dah mula xblh masuk keluar sesuka hati





Sebab xnak ganggu pemuzik orkestra tu



Ada mas dia utk masuk dan keluar



So sdg say syok tgk konsert ada panggilan dr petronas dr luar



Kata kecoh ada pertelingkahan



Saya keluar tengok usherer petronas tgh bertekak dgn PRO pejabat TPM



Aduiaiii dua2 tgh tinggi suara



Saya cuba mencelah tapi tak dilayan tersepit



Usherer tu terlampau ikut buku tetap xbenarkan masuk



Yg pro tpm pulak emosi kata dia dah cakap dgn dato' shamsiah yg media boleh masuk



Maslahnya ushere tiu bg masuk tp kamera kena tinggal


Gila ker kamera ratus ribu nak tinggalkan



Sudahnya setel juga sebab boss pro petronas datang


Lega


Tapi sempat sound usherer tu takkan TPM datang u nak ikut peraturan sama


Actually takde apapun bawak kamera


Sebab kamera video takde pakai flash takde bunyi click



Lainlah steel camera



Itupun ramai ambil gambar malam tu



Ahhh letihlah buat tmpat high class macam tu



Tapi belajar somthing yg sgt berharga


Mana2 pun kalau xpanggil media kena standby juga trutama kalau ada VVIP



Oklah sekadar catatan utk dibaca di masa depan



Panjang dah catatan perjalanan kerjaya saya di blog ni



Dulu hal siasatan pastu terselit pendakwaan dan skrg hal korporat comm pulak



Lepas2 ni tak taulah skop kerja saya macamana pulak kan



Adiosssss


Wassalam

Thursday, December 9, 2010

entry hal kerja jerlah

Assalamualaikum w.b.t



Sebab dah da kata putus dalam hati


Maka tak tau dah nak buat entry apa


Minggu ni tak sempat nak menghyati perasaan sendiri


Minggu ni agak blur sikit nak buat kerja


Rasa macam takde kerja pulak


Walhal kerja banyak, sajer buat2 bodoh macam xde kerja


Bila kita dah buat kerja tahap max terkejar2 tertelefon sana-sini


pastu pergi lak course seminggu (dua course) kehulu kehilir


Balik2 office terasa macam buat kerja rutin tu kcang sangat...


Isnin masing2 ada kerja urgent dapat tugasan minggu saya kat PD tu


mereka kena urus advertorial kat 5 paper


banyak kerja tu, nak bagi point, nak check draft pastu nak check layout, nak bekalkan gambar


Saya terlepas tugasan ni.....tak suka jugak sebab semua org sibuk saya agak melopong disitu


Advertorial akan keluar hari ni di 5 paper


Metro, sun, star, malay mail, nanyang...harga advertorial 5 paper ni boleh bikin tersedak dengar!


Hari ni 9 disember adalah hari pencegahan rasuah sedunia, disambut sejak 2003 oleh 129 negara yang tandatangani UNCAC...deklarasai membanteras rasuah


So, hari ni pun dijangka busy sebab akan berlangsung Majlis mendatangani ikrar membanteras rasuah oleh 5 dewan perniagaan di malaysia ni


Depan PM tu yg sibuk tu...punyalah payah nak dapat teks ucapan PM ni, sudahnya tak dapat...


So sidang media esok mesti gempak sikitlah sebab PM ada dan pengerusi2 Dewan Perniagaan tu semua ada...so esok PC on isu2 negara jerlah takdelah KP panas punggung kena tanya dengn wartawan isu2 rasuah..eh tapi kes khir toyo mgkin reporter nak tanya kot...nak tanya lepas ni sapalak high profile case yg nak kena charge sebab diorang syak charge khir toyo sebab nak pilihanraya..peerah...


Takperlah esok SU Akhbar dia bawaklah kot....


teks KP esok pagi2 baru dapat..KP bawak balik rumah cek...


Kali ni saya tak buat, dah ada cerdik sikit, skrg sapa anjur dia kena buat teks KP....korporat comm dah cukup sibuk...kalau suh buat teks bagi input okylah ni suh buat teks bagi memo..puan salwa yg pening nak fikir apa KP nak highlightkan....


malam esok ada malam sentuhan perasaan rohani manusia pulak....kat filharmonic yg saya cakap tu...


dari siang ada full rehearsal....so saya dari jam 12 ke sanalah jawabnya...


tapi sidang media takde kali ni, banyak sangat senangnya



Asalnya Agong akan datang, tapi minggu ni baru maklumkan agong ada hal....so cancel, banyaklah protocol punya kerja berkurangan


Tapi TPM akan ada (PM ada hal) dan 8 menteri kabinet juga ada


Tun mahathir dan tun abdullah juga ada


Ketua2 jabatan juga akan ada....


masing2 akan datang dengan pasangan


Sebab raaamaaaaiii snagat VVIP maka program ni sangatlah complicated


Part saya pulak banyak mudah


mula2 nak buat soft launch tapi KP tak izinkan, pastu nak buat sidang media pd malam berkenaan pun KP tak benarkan


Sebab banyak isu tau konsert ni


Sangat contra dengan usaha SPRM nak pulihkan imej dan persepsi


Korporat comm dah nampak benda ni awal dah


pastu boss2 saya slow talk dengan KP


Sebab buat kat filharmonic jer dah nampak macam something wrong somewhere


belanja sebenar kalau pakai tempat ni dengan jemputan2 yg ada tau berapa???


RM 700,000.00


Gila!


Tapi sebab penganjuran bersama petronas, so kami tak perlulah bayar sebesar nilai tu


Filharmonic ni bukan calang2 dewan tau....eksklusif gila...


petronas kan banyak duit....tu yg dia buat dewan dengan bilik2 kecil dengan bilik2 makan eksklusif berasingan...mewah sangat


Malam esok juga akan ada siaran langsung di RTM...


RTM seronoklah tak perlu prepare apa2 tiba2 dapat slot utk waktu perdana


so jangan lupa tengok okay


Patut xperlu siaran langsung, dah nama tertutup kan....lagi nak war2kan buat apa?


Lagi nak tunjuk SPRM buat kat tempat mewah dan gah apa motif?


Bayar artis berapa banyak tu??? tak salah saya M Nasir RM23,000 tau...rate aishah dan khadijah ibrahim pun semua lebih RM20K...


M nasir, khadijah ibrahim, ramli sarip, rabbani dll....


saya tak rasa kerja2 membanteras rasuah ni boleh dibuat menerusi lagu dan artis...


Entahlah...nak sentuh rohani manusia menerusi artis dan lagu...nanti ada jugak rabbani dan entah macam ESQ gitu...tapi berkesankan nak bago mesej jangan ambil dan jangan terima rasuah pada pemimpin dan ketua2 jabatan ni???


tapi dah kita ni macai jer...takperlah,,harap2 bila generasi baru memimpin SPRM nanti takdelah benda2 mengarut gini timbul....saya harap generasi baru ni akan pastikan pendekatan pencegahan rasuah, perisikan dan sisatan gunakan pendekatan lebih hebat, proaktif dan progressive...jemulah kaedah macam ni...


Kalau saya bosan masyarakat lagi bosan kan


Dan RTM juga catat sejarah


Sebab first time dapat mencemar duli ker filharmonic


mana pernah dapat masuk walaupun banyak kali cuba dah...


Petronas tak benarkan sebab dewan tu eksklusif katanya


dan persembahan kat situ kebanyakkannya tertutup dan berbayar


So kali ni agaknya sebab nama SPRM petronas benarkanlah...tu yg xsyok tu...


saya masuk dewan ni pun rasa macam hishhh...sesuai ker SPRM buat tempat gah macam ni


bukan ker patut raikan hari pencegahan rasuah ni kena pergi ke akar umbi


kena buat something yang dekat masyarakat


Saya ni hampir letih setiap hari melayan soalan2 panas kat FB SPRM...cuba gi tengok...


Tak larat jawab secara rasmi tepaksa bukak akaun2 lain utk cover line tolong jawab bagi pihak sprm...walhal saya lah jugak yag jawab dua2...


masyarakat ni kalau boleh semua bidang nak sprm masuk siasat...


walaupun tak percaya dengan sprm tapi tetap juga mereka datg dan harapkan sprm bantu


masalah pendatang asing pelacur melambak2, masalah jenayah pistol seludup, masalah dadah, masalah pusat judi tak berlesen, masalah kemalangan, masalah projek tak siap, masalah bangunan runtuh, masalah diesel subsdid, masalah lesen memandu palsu, masalah curi pasir...kalau boleh semua tu dia nak sprm selesaikan


Walhal semua2 tu ada pihak berkenaan yang handle, ada PBT yang punya bidang kuasa ada PDRM punya skop...tapi semuanya dibantai SPRM..semuanya dikata SPRM tak buat kerja tu sebab masalah dalam negara berleluasa....


memang diakui sebahagian besar masalah ni ada kaitan dengan rasuah...aad unsur rasuah di tempat2 yg ada ruang dan peluang rasuah..tapi mana agensi penguatkuasaan masing2 tido ker, tak buat kerja ker??? pasir, diesel subsidi, pendatang asing...ramai dah sprm tangkap siap dengan operasi khas lagi...bila SPRM advance sikit mulalah semua masalah nak sprm selesaikan...walhal dalam banyak keadaan sprm membantu agensi berkenaan, tapi at the end masyarakat nampak seolah2 tu tugas sprm...macam one man show pulak...


Tapi tulah nak jawab ikut hati kat FB tu memang boleh tapi jadik isu gaduh plak nanti


saya ni takdelah reti mana nak jawab tapi mujurlah rapport tu agak ramailah jugak


ada jer yg saya tak tau terus sms geng2 terutama hal undang2 ni


tadi dah taip banyak pastu saya gi buat benda lain siap tukar akaun pulak...


pastu masuk sini balik sambung taip...publish post rupanya dah sign in akaun lain lor...


So apa yg ditaip hilng begitu sahaja...nanti2 lah saya citer balik...tergantung lak


kesimpulann entry yg taip tadi, saya ada tanya soalan, saya rasa sekrg ni saya dah gila kerja, agaknya kalau menjanda nanti tentu beginilah gaya hidup saya, apa lagi saya nak buats elain kerja yer?


dah tentu2 Hani takde, keseorangan jer dah tentu kerja jadik peneman setia...mungkin saya boleh tingkatkan amal tapi selain tu apa lagi saya nak buat??? So boring lah hidup saya tanpa keluarga....maksud saya suami dan anak....dah macam gaya anak dara tua pulak...



Wassalam

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah dan Saya Ingin Berhijrah

Assalamualaikum w.b.t



Saya ada borak2 dengan Luna dan Jiji


Semuanya tentang rumahtangga


Dari dua2 perborakan saya boleh buat kesimpulan


Kesimpulan biar saya simpan sorang


Tapi rentetan dan sessi berkenaan


Semacam dapat kekuatan


Kekuatan menggali apa sebenarnya yang saya ada dan saya rasa


So, saya nak mulakan berhijrah


Bermula dengan sesuatu yang mudah


Mulakan dengan apa yang saya rasa,


Apa yang saya tahu dan apa yang saya ada


Dan kekuatan pun datang secara perlahan


Apa saya rasa?


Saya tak rasa apa2 pada suami saya aka pak hj


Tak rasa rindu, jauh sekali sayang dan saya tak pun rasa kehilangan bila dia tiada


Maka,


Untuk menterjemahkan apasa saya rasa saya praktikkan


Ahad lalu, hani interview, dah selesai dah, dapat atau tidak kena tunggu 2 minggu


Petang tu, pak hj melalui hani bagitau suruh saya ambil di Bukit jalil


Mereka dua beranak naik bas


Tepat jam 5 saya dah tercongok di Stesyen bas Bukit Jalil


Bila dia smapai dan masuk kereta


Memang saya takde rasa apa


Untuk menterjemahkan dan menguji diri sendiri


Saya tanya nak saya hantar terus ke masjid?


Sebagaimana dijangka jawapannya ya


Terus saya hantar ke surau Bandar Saujana Putra


Tak jauh mana pun dari Putrajaya


Lepas hantar perasaan saya biasa sahaja


Tak sedih dan tak terharu walaupun dia tak mau balik ke rumah saya Putrajaya


Tapi tak tau hati saya jadik marah (bukan sedih) bila hani buat kesimpulan mudah


Bila saya tanya ummi ayah kat sana macamana


Dia jawab, "diorang bahagia sangat tau...cakap2 pastu gelak2...yerlah bercakap macam seronoklah" being hani dia kalau cakap dgn intonasi dia...dengan memek muka memang sapa dengar rasa geram jugaklah


Saya tak rasa yang saya cemburu, cuma saya rasa, sungguh dia tak sebulu dengan saya lagi


Sebab dalam kereta nak ke saujana putra hampir saya tidak bertanya apa2 solan pun pada dia, khusus tentang diri dia


Yang saya tanya cuma pasal hani dan hani, pasal interview


Nampak juga riak di wajah dia macam sugul..sebab apa tak tau saya


Nampak juga macam ada riak tertanya2 kenapa saya tak ajak dia balik rumah


Cuma saya ada tanya dia dah makan belum, kalau nak makan saya dah masak kat rumah


Tapi dia geleng tak mau, senang hati saya!


Lepas hantar dia ahad petang tu sampailah hari ni memang saya tak berhubung


Malah masa di penang dia balik ambil hani pun saya takde call takde sms


Semua perhubungan hanya melalui hani sahaja


Dan sangat2 bangga dengan diri sendiri sebab saya boleh melepasi tahap ni


Barulah saya tau bahawa saya memang boleh hidup tanpa dia


Tampa ada kebergantungan perasaan langsung


Dan baru terasa bahawa dia pun mungkin dah takde rasa apa pada saya


Tak berminat pun nak tanya apa2 pasal saya


Hari ahad ambil dia tu saya bawak sentra


Sengaja nak tunjuk pada dia


talde sebarang soalan, takde sebarang reaksi


Lihat keter sentra saya macam takde apa2 makna


Tapi mungkin dia perasan keter saya manual, takde harapan dia nak bawa


Dulu saya pernah cakap kat dia kalau saya beli kereta saya akan pastikan beli auto


Kan beberapa kali gaduh dengan dia saya nak beli kereta tapi tak jadik2 nak beli...


Lepas berbaik saya ada cakap, walaupun semasa gaduh nanti saya beli kereta, saa tetap ambil auto, sebab saya takkan sampai hati nak ketepikan dia


Saya kata juga, takkan kalau jalan jauh saya jer nak bawak keter, kalau auto bolehlah pak hj bawak sama


Tapi semasa gaduh kali ni nekad saya ambil juga manual, semua sebab saya memang nekad apa pun terjadi dia takkan merasa selama2nya bawa kereta saya


Saya rasa mesej saya sampai, mesej bahawa saya pakai manual sebab saya berniat memang tak banarkan sama sekali dia pakai kereta saya...selama2nya


Selain tu, dia pun tau barang2 dia malah sehelai baju pun dah takde kat rumah saya ni, nak mandi kan dia kena pakai kain kembang (yg saya jahitkan getah dipinggang)sehelai pun dah takde dalam simpanan, walaupun majoriti pakaian dia saya yang belikan


Sebab semua saya dah masukkan dalam bonet merc masa along datang hari tu


Memabuang (menghantar pada dia) semua pakaian dia juga membawa mesej bahawa dia turut saya buang, itupun kalau mesej saya sampai!


Bukan itu ajer, semua ubat2 dia pun saya masukkan dalam bonet, dengan botol2 madu, habbatus sawda'.....


Tiada apa lagi untuk dia dalam rumah saya, harap2 lepas ni dalam hati saya pun saya dapat singkirkan dia!


Cuma bagilah saya masa, bukan saya cakap pada anda semua


Saya cakap dengan diri sendiri


Saya perlukan masa


Perubahan perlukan masa


Masa untuk menyesuaikan diri


Masa untuk berfikir


Masa untuk merancang masa depan


Dan masa untuk memilih jalan mana nak dilalui selepas ni


Dalam kereta lepas hantar pak hj tu saya tanya (eh saya bagitau keputusan sebenarnya) pada hani sekali lagi


Ami dah buat keputusan nak cerai dengan ayah...so macamana, komen sikit?


"kakak tak kisah, terpulang lah pada ami"


So, takde apa nak dirunsingkan....mungkin itu permulaan dan petanda yang menunjukkan hani dah nampak jalan keluar....



Wassalam

Saturday, December 4, 2010

Biarlah gantung tak bertali, sampai ada orang lain datang bagi tali baru?

Assalamualaikum w.b.t


Ilham tajuk tu datang secara tiba2


Rasanya agak tepatlah jugak dengan situasi saya ni


Gantung tak bertali tu mungkin tak tepat sangatlah


Tapi apa lagi nama yang tepat keadaan macam ni?


Ikutkan secara lahiriahnya memang saya ni ke arah tulah


Saya agaklah trend pak hj dia memang suka gantung isteri-isteri macam ni


Mungkin dalam hati dia, dia nak ceraikan isteri


Tapi dia nak isteri tu yang ambil tindakan dulu


Failkan penceraian, dia taknak nampak dia yang nak ceraikan


Apa motif?


tak tau!


So, kes saya ni saya pulak malas nak failkan


Macam takde desakan


Tapi hakikatnya saya merasa yang saya ni macam digantung tak bertali jugaklah lebih kurangnya


Tak bagi nafkah~ zahir (jauh sekalilah), batin (nampak2 gaya macam tu jugaklah)


Ikutkan dah layak dah mohon cerai, malah boleh ajer mohon fasakh


Tapi pada masa ni takde desakan langsung


Desakan dari dalam hati


Sebab?


Sebab saya dah merasa macam terlampau terbiasa, takde tekanan dan tak stress


Kalau isteri biasa....


Dia tentu sangat tertekan kalau suami tak balik lama


Tapi saya dah terlatih ditinggal suami 40 hari, bukan sekali dalam setahun keluar 40 hari


Tapi dalam setahun dia akan keluar 40 hari x 3 kali = 120 hari @ 4 bulan


So, ditinggal sendiri tanpa suami tak jadi isu baru!


Tu tak masuk keluar 3 hari setiap bulan, keluar pulak 10 @ 15 hari!


Dan yang wajib adalah ditinggal pada hari bukan giliran dah 10 tahun pun lalui


Bagi anda yang baca ni ditinggal suami seminggu adalah malapetaka besar!


bagi saya...ek eleeehh tu pun nak kecoh?


bagi anda menjaga anak sakit, membeli groceries, keluar jalan/makan harus dengan suami


bagi saya, kalau dia ada tu seribu rahmat, kalau takde lagi bagus jimat duit haku tak payah bayar dia makan


bagi anda memasak dan menjamu suami dengan air tangan sendiri satu nikmat


bagi saya, sebab tempoh masa dia lama takde kat rumah saya senang ati, maka bila dia ada nak kena keluar duit tambah, nak kena keluar tenaga lebih nak kena layan dia dan semuanya hanya sehala (saya sahaja) maka bila dia takde saya boleh jimat tenaga, duit itu saya lebih suker!


tak jadi beban sangat isu dia takde


malah kadang2 suka pula


Maka, kesimpulannya dia ada atau dia takde tak jadi isu dah pada saya


tanggungan beban perasaan dan tekanan emosi tempohnya telah berlalu


Kini saya tak taulah kenapa saya boleh melepasi tahap tu


Agaknya emosi saya dah mati dan perasaan saya dah kering!


Cuma jadi isu, hani dah status


hani, penyelesaiannya bila dia dah matang sikmit agaknya


Status tu pula kalau ada pengganti suami mungkin saya sedia lepaskan status isteri ni, sekejap jer lepas tu boleh kawin lain...bunyi macam over tapi saya tak harap hidup menjanda sebab saya tak rasa saya mampu menghadapi cabaran menjanda...macam insan2 lain...dan saya kagum dengan mereka yang menjadi ibu tunggal dan bersabar terus....


saya kuat hati semangat jiwa dalam menempuh dugaan rumahtangga tak bermakna saya juga kuat semasa menjanda (setiap orang ada kekuatan dan kelemahan tersendiri, saya tau saya duduk ditahap mana)


Jadi, biarlah status saya nampak macam digantung tak bertali tapi ada suami sesekali


Biarlah saya tak menerima apa2 nafkah asalkan anak saya ada ayah dan ibu pada masa sama di satu tempat walau tak sekerap mana



Saya istikharah juga namun tak bertemu jawapannya...


Pagi ni hani akan interview untuk masuk madrasah


Kalau berjaya 2@3 minggu lagi dia akan saya hantar ke Penang...


Rasanya buat masa ni tindakan ni jerlah yg saya dapat buat


nampak macam lepas tangan tapi hakikatnya lagi berat tanggungjawab saya


nanti2lah saya cerita apa dan kenapa saya ambil keputusan ni!


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


Update: subuh2 pak hj dah sms bagitau hari ni sessi interview takde pulak, esok baru ada.


makanya, dia stay sehari lagi di Penang, esok pagi akan interview, lepas interview terus dia akan hantar ke Putrajaya.


Dan saya nak declare kat sini, saya dah bendera merah dan saya tak rasa apa2 pun walaupun pak hj balik esok hantar hani, dan mungkin saya boleh 'bergembira sedikit' sebab dia ada bolehlah saya buat 'apa-apa'...tapi Allah bagi saya rasa yang berbeza membuatkan saya suka yang amat sebab saya tak kecewa, geram @ marah.... saya dah jadik normal macam orang lain, no more 'penasaran'....HARAP MAKLUM!

Wassalam

Wednesday, December 1, 2010

Minggu ini yang sibuk

Assalamualaikum w.b.t


Isnin dan selasa minggu ni ada bengkel di MACA jalan Duta


Bengkel Pengurusan Strategik Media untuk pengarah2 SPRM


kami di unit komunikasi Korporat kena jadi peserta cum urusetia


Dua hari yang penuh dan sibuk dan letih ulang alik KL-Putrajaya


Rabu-jumaat ni pulak kena attend meeting audit nilai di Corus Paradise PD


Jumaat tengahari ni abis dan cadang nak ke Penang ambik hani, dah nrancang dah dgn iza dia nak ikut...


Tup2 petang tadi pak hj cakap (sms) dia nak ke penang, hari jumaat tu


bawak kawan jemaah nak balik nikahkan anak buah


Pelik, suh balik putrajaya taknak


Balik penang bawak kawan jemaah nak pulak


double standard ni, eh bukan,ni berdouble2 standarnya


Pastu dia kata dia nak ambik hani sama


Sabtu siang dia akan bawak hani interview ke madrasah


tak pasti boleh masuk ker tak madrasah


kalau lulu interview dan capai tahap bolehlah masuk


kalau tak lulus masuklah sekolah Putrajaya semula


Sabtu malam balik putrajaya, pak hj hantar hani sini


Pastu saya kena balik kampung hantar hani pulak...


Terbatallah cadangan nak jalan2 ke penang dengan iza jumaat ni...


entahlah dengan kerja yang sibuk ni


Rasanya elok juga hani duk madrasah


seminggu sekali @ 2 minggu sekali saya akan ke penang


harap2 3 tahun dah jadik hafizahlah


darjah 6 masuk swasta ambik periksa


pastu masuklah sekolah mana2 aliran agama


dan dalam dada dah ada al quran...


harap2 satu2nya mutiara hati ami akan jadi penghuni syurga dan jadikan quran cara hidup


amie ayah tak rasa didikan macam tu


Cerai tangguh fikir sekejap, kena selesaikan isu hani dulu...


walau dalam hati rasa marah dan benci dan geram


tapi apapun hidup kena terus


cita2 dan hasrat utk lihat hani jadi hafizah secepat mungkin harapnya termakbul


ikut dia katanya dah sedia walau dalam hati saya sedih dan sayu


Dia hilang kasih sayang ami buat sementara


Tapi dia dapat kasih sayang dan perhatian ayah, umi, Uda, Shakirah, Zubair, Sofiyyah dan Kak chik...


hilang satu berganti 7 orang..walau mereka tetap tidak sama seperti saya


Harap masa melawat hani saya dapat luangkan masa berkualiti...


Dan benda ni pun akan bergantung juga pada keadaan


Kalau tak ok nanti saya fikir dan tukar ke madarsah area sini


Bilik ni ada 2 katil queen


sedih dan rasa sunyi sangat


sebab tido sorang2....jenguk luar ada swimming pool dan pantai yg lawa...kalau hani ada bolehlah bawak dia sama...mesti dia suka sangat


saya tak sukalah asyik kena meeting, kursus dan apa2 lagi sedangkan kerja saya kat office sangat banyak tak terkata


kalau kerja luar sah2 kerja bertimbun tunggu


dan paling menjadi ketidakselesaan adalah makan dan makan...dah depan mata terpaksalah makan yer dak


hari tu kat legend hotel dah makan sakan


Pastu dua hari kat MACA pun kursus boleh tahan makan ..sebab yg attend tu semua boss2maka makan pun hebatlah sebab ramai JUSA dan dato'2 belaka...


Ni dua hari makan lagi....


Mak, kakak dan abang ipar serta anak2 buah ada kat rumah saya along konvo hari ni


Tuan rumah subuh2 dah gerak ke PD....mujur juga saya mohon pada urusetia tak nak datang semalam, subuh2 tadi saya gerak dari rumah...yerlah semalam dari KL sampai dah malam tak larat oii nak ke PD....dari check in jam 2 semalam jam 2 tadi baru saya check in...


Meeting Audit nilai ni 10 orang jer, kalau tak datang sangatlah ketara...wakil unit saya...


tulah rasa macam saya jer apa2 kena jadik wakil...macam terikat dah saya ni macam2 komitmen....letihnya....


entry rencam jer tp nak report juga perkembangan diri saya.....bizi sediakan report utk buku laporan tahunan pulak ni...cowwww


Update:

kebetulan dah ada di PD ni tadi saya cek dua2 rumah, rumah homestay di Taman Seri Pinang batu 4 dan rumah Aza Taman Bayu Batu 8 teluk kemang.


Boring kat bilik mengadap Pc tambah pulak perut lapar, jam 11 saya keluar...dalam hati teringin nak makan steamboat yang jual dalam van tepi pantai tu...kat batu 4


So walaupun solo saya berjalan juga bawa hati yang sunyi, lepas menyiasat 2 bijik rumah saya beli burger pastu gi kedai bundle dan beli steamboat...puas hati!


Rumah homestay sah dah disewakan sebab dah ada motor dan langsir satu rumah dan bertukar wajah.


Family yang duduk saya rasa sebab ampaian baju dia banyak dan besar...


Rumah aza pulak tinggal bontang jer...saya mengendap dari celahan pagar rumah (pagar jenis rapat dan tinggi..parking lot kosong dan peti surat ada dua surat....


satu rumah bergelap so maknanya memang dah lama takde orang duduk...


Saya raa tiku lipas dan semuat yang duduk kot?


Kesimpulan : Sia2 saya laburkan dekat 10k renovate rumah, pasang 2 aircond dan siapkan semua peralatan dalam rumah tu...memang sia2


Mulai hari ni aku takkan bagi apa2 sumbangan pada kau hj sidek!


Dan azam saya, anak masuk madrasah lepas ni buar dia yang bayar...saya nak buat tak tau!


Kalau Uda dan syakirah dia boleh bayar, apasala hani dia nak suh saya bayar pulak..pepandailah kau!


Kalau dia tak bayar dialah malu pasal dia yang duduk dekat situ dan dia yang tiap2 minggu ziarah anak....


Kalau susah2 sangat nanti, saya gi ziarah sendiri jer bawak keter dari sini...


takpun ambik teksi turun di butterworth, ambik hani duduk hotel pastu bermalam semalam, esok hantar dia saya balik putrajaya....


Alaaa penang bukan asing pada saya, 4 tahun duduk penang....takat pusing2 pulau tu takde sesat baratnya...dulu naik motor jer round island tu...

Wassalam

Tuesday, November 30, 2010

Suami tapi serupa macam alien!

Assalamualaikum w.b.t



saya tak dapat ambil hani


sebab esok sampai jumaat saya kena hadir mesyuarat di PD


jumaat lepas abis meeting tu baru boleh pergi agaknya


Pak hj keluar 40 hari area sini


Kat putra Height rupanya


Tapi saya takde hati nak suruh dia balik


dia pun tak sms dan call saya melainkan bagitau dia keluar sana pagi tadi


So antara saya dan pak hj macam dah takde apa2 jer nampak gayanya


Maksud saya takde ikatan perasaan dah


saya takde hati nak tanya apa2 perkembangan dia


Dia pun langsung takde ambik pot hal saya


pendekata apa dia buat saya tak minat nak ambik tau


Saya rasa dia pun begitu, langsung tak de call tanya khabar macam dulu2


tapi tadi balik dari KL saya ada call dia sebab saya nak lepas geram


Saya tanya kenapa dah tau nak keluar seminggu pastu sambung terus keluar 40 hari tapi ambik hani


Dia jawab macam jawapan orang pendek akal


Dia kata dah cukuplah satu hari dia dah layan hani masa hari pertama hani sampai tu


Hishkkkk tak reti nak komen lah jawapan dia tu


saya cakap kalau saya tau satu hari jer dia ada rumah baik saya hantar hani kat kampung jer


tak pasal2 hani nak duduk dengan aza sampai ke penang apa jadahnya?


Buang masa saya kerja dua kali nak kena ambik dia pulak


Naik menyampah dan meluat pulak saya


terutama bila fikirkan apa motif dia buat macam tu


Terasa2 dalam hati nak menyumpah2 jer


tengoklah lepas ni saya akan terus buat tak tau walau dia ada dekat2 sini jer pun


Dah dia pun buat tak tau tak sms tak call


Eh pendek kata macam orang asing pulak dah rasanya


langsung dah tak macam suami isteri


Bila sms @ cakap telefon saya nak sebut panggilan dia abang pun rasa janggal dan rasa geli pulak


So, nampak gayanya ni fasa2 permulaan nak berpisah dah


Mujur juga ada fasa ni, sungguhpun dalam mode bertahan ni tapi peranan tempoh masa ni penting pada emosi saya


Sebab ianya akan tentukan keputusan saya


Biar nanti takde sesalan dalam hati


kalau kau sanggup buat aku begini, seribu kali aku sanggup buat kau jugak!


tak rasa rugi lah kalau ada laki baik tapi layan bini teruk!


Cakap ikut sunnah, nabi tu sebaik2 akhlak dengan isteri, tapi apa yang kau ikut?


Macamana nak kata tak mampu buat baik, untuk jemaah sanggup kau korbans egala2nya?


sanggup kau ulang alik, korban harta masa dan nyawa....


tapi tanggungjawab kau ni, kau abaikan seabai2nya


fizikal, mental, rohani jasmani


emosi lebih2 lagi


tak heranlah kalau perempuan sanggup curang kalau diberi pilihan


Agaknya sebab nak sakitkan hati laki!


nak buktikan pada laki kalau kau tak mau aku, ramai lelaki lain sangguplah!


Tapi tu bukanlah kes saya, setakat ni takde der sapa2 nakkan saya ni


kalau dah ada depan mata harus lagi nekad saya nak cerai agaknya....


So, saya masih tak boleh nak fokus fikir benda2 ni sebab masa sangat mencemburui


Kerja pejabat tahap tak reti2 nak stop..geraf menaik jer...perlu sentiasa fokus...so masalah rumahtangga takde ruang lagi untuk benar2 saya fikir dan putuskan


whatever happen....hani tetap jadi sandaran keutamaan saya dalam buat keputusan...



Wassalam

Sunday, November 28, 2010

rethinking

Assalamualaikum w.b.t



Dah namanya blog sya maka sayalah yang ada kuasa menulis di sini

Bagi yang nak baca silakanlah

Bagi yang nak kutuk juga dipersilakan

Kan saya ada bagitau keputusan saya tak muktamad

Saya masih terawang2

Pagi tadi saya ada suruh hani sendkan gambar sofiyyah sebab sofiyyah asyik nak cakap hp hani jer so saya pun teringin nak tengok rupa dia sekarang

Bila tengok gambar belakang background saya nampak langsir saya yang rumah homestay tu

Mulalah saya suruh hano siasat lain2 barang

Hani malas nak taip sms ambil gambar terus

Rupanya semua barang dan perabot dari homestay dipindahkan ke penang

Saya agak perancangan nak pindah tu memang dibuat dgn rapi dan sempurna

Saya jer yg xtau dan tak diberitahu

Malah aza pun bawak satria dia

Pinggan mangkuk saya pun hani kata ada kat sana

Saya syak rumah PD disewakan

Jauh sudut hati saya sedih sangat

Rasa diketepikan sama sekali dan hak saya juga dirampas secara langsung

Bak kata hani, ringkas dalam sms dia 'tulah ami'

Hal harta benda tu tak buat saya sedih sangat

Tapi tadi berbalas sms dengan pak hj

Hal hani nak masuk madrasah

Rupanya dia dah dalam perjalanan ke markas seri petaling nak keluar

Keluar 40 hari

Hani pulak malam tadi merengek sms saya

Nak balik tak tahan duduk sana tension

Umi mengamuk zubair melalak

Hani pulak kata dia lapar

Walhal masa tu dah dekat jam 9 setengah malam

Dia sms berkali2 kata esok juga ami ambik kakak

Lepas tu katanya dah makan tapi tak boleh tambah

Tapi tengahri ni bila tau pak hj ke sini sya pelik kenapa tak bawak hani

Kenapa tak bawak hani sma

Saya pelik betul dia letak dan tinggalkan anak dengan aza bontang

Dari hani datang dia keluar seminggu dan terus sambung keluar 40 hari

Hilang kepercayaan saya nak masukkan madrasah hani kalau ayahnya selalu takde

Saya bgtau dia saya taknak ada apa2 hubungan dgn aza dlm apa cara pun

Kalau abang xde macamana saya nak ziarah hani terutama kalau naik bas

Dia kata dia akan keluar dengan aturkan masa ikut cuti madrasah

Tapi saya tak percaya dia akan letakkan keutamman anak2 lebih dari keluar0dakwah

Mesti dia akan keluar dan saya yg akan pening kepala fikir macaman nal ziarah hani jika saya ke penang naik bas

Sangat dilemma sya ni

Tadi saya sms dia balik rumah tak sebab dah ada kat sini kan?

Dia jawab 'penat'

Apalah ertinya isteri pada dia?

Saya takde nilai apa2

Saya harus rethinking keputusan saya ini

Bercerai mmg bkn trbaik tapi

Pengajaran utk suami macam ni yang terbaik

Adalah kita tinggalkan dia dalam keadaan bermaruah

Patutkah saat ini sya failkan?

Saya tau jawapannya patut tapi

Nanti saya istikharah sebab selama ni saya belum istikharah lgsg

Sedih sngat sedih sangat dan sangat sedih hati saya

Baru hati saya nak redha dan memaafkan

Tapi inilah balasan

Balasan yang saya dapat bila saya memaafkan dan buat taktau

Sampai bila bila lah saya akan tertindas dan ianya akan berulang lagi dan lagi

Saya taip guna BB maafkan slah eja dan ayat pendek2 kekangan BB ni letih na taip kecik sgt



Wassalam

Friday, November 26, 2010

Update perkembangan semasa jer

Assalamualaikum w.b.t





Dua program besar dah berlalu





Lega sangat2





Dua2 berjaya, well done! (ini sms boss, dato' K bagi lepas selesai program dialog bersama blogger)





malam penghargaan media, lebih 100 pengamal media hadir w.pun asalnya kuota unit kami panggil 77 orang jer





bagi Dialog bersama blogger pula lebih 25 orang yang hadir





KP kami sangat happy





Antara yang hadir,





Dato' Rockybru-http://www.rockybru.com/



Nuraina Samad - http://www.nursamad.blogspot.com/



Datin Halimah said - http://www.ninitalk.wordpress.com/



Dato' Ruhanie Ahmad - http://http://kuda-kepang.blogspot.com/



Zakir Mohamed - http://https://bigdogdotcom.wordpress.com


Syed Akbar Ali- Outsyedthebox- http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/11/macc-meets-bloggers.html


Salahuddin - http://anotherbrickinwall.blogspot.com/


Eric Woon - I am malaysian http://http://iamamalaysian.wordpress.com/


Shamsul Yunus - http://marahku.blogspot.com/


http://ctchoolaw.blogspot.com/ de minimis


Komen dan gambar saya ada petik dari blog lain disini




Ada hampir 30 blogger yang hadir dan saya bersyukur sangat yang perbincangan berlangsung dengan baik dan dala suasana terkawal.

Yang penting KP dapat menjawab dengan tenang dan memuaskan hati pihak yang hadir

Dan kemudian mesej berkenaan dapat disampaikan pula kepada khalayak pembaca masing-masing.

Dan 10 blogger kami panggil khas daripada Jabatan hal Ehwal Khas, ni kira penyokong tegar kerajaan (bagi menyeimbangkan perbincangan berkenaan)

Cuma saya keciwa sebab saya tak dapat panggil beberapa blogger yang benar-benar top dan sering menulis berkaitan rasuah.

Sebab boss takut panggil politician nanti jadik platform politik pulak ada unsur2 hentam menghentam

Kalau ada macam wakil dari pas, pkr, mic, umno, dan tambah lak dengan NGO macam Bar council, ex leaders saya rasa perbincangan akan berlangsung dengan hasil yang lebih bravo

tapi takper ini kali pertama, semua benda yang nak berjaya kena ada kali pertama

Lepas ni saya dapat arahan untuk aturkan pertemuan antara blogger dengan semua 42 ahli panel yang ada dalam mekanisme baru SPRM ni

Dan saya nak compile semua hasil perbincangan, entry yang blogger buat dan pastinya kena hantar ke KP dan nak buta kertas cadangan bagi perjumpaan blogger secara berkala...dua bulan sekali kot...

Saya punya broadband telah tersalah letak. tak dapat dikesan. keli terakhir saya gunakan semasa di the legend....rasa cam tertinggal tapi hotel kata takder....siol jer...bergegeas2 check out tapi saya dah recheck tak jumpa pun.....

Aduh takleh nak update blog dah...

HANI

Besar kemungkinan hani akan masuk madrasah terus.

Itu keputusan dia sendiri. Dia dah lihat dan dah tanya hani syakirah so dia putuskan nak masuk madrasah cepat.

Insyaallah saya akan berulang dua minggu sekali buat masa ni ke madrasah berkenaan melawat dia. Sebulan sekali boleh balik rumah katanya.

So, insyaallah 3 tahun kalau otal dia cerdik dan cepat hafal saya doa dia akan jadi hafizah...so 8-11 tahun dia akan dudul madrasah.

kalau saya tak mampu menempuh saat perpisahan ni saya pula akan mohon tukar ke penang.

Tu nanti saya fikir2kan.

Cara nak berulang alik ke penang tu mungkin saya naik kereta atau naik ekspress atau naik flight jer..kalau ada duitlah ni.

Kat sana kalau takde keter takper...

Ikut kata hani, perabot kebanyakan aza bawak pindah. Rumah yang diduduki adalah rumah kembar dua macam rumah sewa biasa tu kot..

Sofa, tv peti ais semua bawak dari PD..

Seminggu 3 kali aza gi madrasah...hani kata dah dua kali dia pergi tengok syakirah

malah, tadi umi bawak syakirah balik, sempat dia update dengan saya via hp katanya umi bawak syakirah balik pastu petang hantar semula

Wassalam

Thursday, November 25, 2010

Mencari Bahagia

Assalamualaikum w.b.t



bahagia subjektif


Menderita pun subjektif


Situasi saya sekarang...dalam rumahtangga


bahagia tidak, menderita pun tidak


Situasi dalam hidup pula


Bahagia dengan beberapa benda baru yang berlaku dalam hidup


Beli benda2 baru~kereta, baju2, BB, barang kemas, dll


Kesimpulan:


Saya bahagia dengan hidup saya sekarang, walaupun dalam rumahtangga saya tak rasa apa2


So, perlu ker saya menjanda kalau kehidupan 'rumahtangga' saya sedia ada sekarang ni bertukar dari takde apa-apa menjadi kepada sesuatu yang berkecenderungan ke arah 'menderita'


Saya rasa saya nak remain dalam mode bertahan ni sampai saya rasa hubungan dan situasi rumahtangga ni bergolak sekali lagi


Amacam? nampak cam dangkal sangat ker keputusan ni?


Okay....


Saya bukan tak sedia menjanda


Tapi saya rasa saya sendiri belum nak bersedia dan menyediakan diri ke arah itu


Saya rasa sebelum saya nak menjanda saya nak kena sediakan sistem sokongan dulu


Supaya saya betul2 bersedia dan takkan menyesal


Lagi satu


Saya ni bukannya kategori gatal


Yang sampai suka menempel kat jantan


Tapi saya pun tak tau


Kadang2 ada lelaki dia jenis suka mendekati kita dengan cara berbeza


Sebab saya cepat mesra, banyak cakap, dan sebagai anak bongsu sedikit manja (sungguhpun usia dah meningkat ni)


Ciri-ciri yang ni sukar saya nak kikis dalam hidup saya


Ciri yang sama nilah yang saya bimbang dan takut akan menjerumuskan pada fitnah orang


Saya cakap bukan semberono


Tapi situasi dalam SPRM ni agak berbeza


Sebab majoriti di sini lelaki, kerja ni bnyk didominasi lelaki


Sebagai pegawai penyiasat telah dididik dan dilatih untuk kepochi


Suka ambik tau hal orang, pantang nampak pelik dan lain adalah mulut yang bercakap nanti


Saya tak cakap kosong


Saya perhatikan perempuan yang tahap boss yang janda pun kena kutuk


bila dia bercakap gaya2 mesra pun orang dah pandang lain...


Dan ciri2 semulajadi saya ni susah nak buang


Dari jenis cepat mesra dan suka bertanya tiba2 nak jadik kera sumbang....pelik juga


Eh tak de sebenanya saya nak bagitau yang saya taknak nanti ciri2 semulajadi ni


Dikaitkan pula dengan status saya yang menjanda tu pasal perangai camtu


Saya takdelah berurusan dengan ramai orang.....dan mesra dengan semua orang


Tapi orang yang kenal saya dan berurusan dengan saya dalam kadar kerap dan jangkamasa panjang pasti tau yang saya akan cepat mesra


Saya taknak bila saya janda, saya mesra orang mengata saya bermesra tu sebab saya gedik yerlah janda....


Walhal saya memang mesra (bukan bertepuk tampar) dengan mereka yang selalu berurusan


Tu sebab saya diletakkan di korporat comm sebab aya pandai cakap, cepat mesra


Eh ni mungkin hanya ilusi dan imaginasi saya jer yang phobia sangat dengan gelaran janda tu


Yerlah saya tak cuba lagi kan...


Tapi saya dah dapat baca dah, kalau sya menjanda mesti akan ada suara2 nakal


Tu yang malas nak layan....


Ataupun mgkin takde apa2 pun saya jer yang melampau2 bayangkan negatif


nanti saya sambung,


Malam ni saya di The legend....bermalam di sini


Hotel ni 5 bintang, bayar jer mahal tapi bilik biaa takde apa2 yang menarik


saya rasa baik pulak di Puteri pacific....


Kami awal2 dah bookinh triple tapi lepas majlis penghargaan wartwan tu


Dalam jam 11 lebih baru kami check in


masuk2 ada 2 single jer'


Bila follow up nak tunggu dia ambik action sampai 4 orang follo up baru kaitil tambahan datang


Yerlah tido sini sebab pagi2 esok dah start kan dialog tu


Mujur juga esok memang tertutup so takde sidang media xde wartawan senang kerja



eh dahlah....nanti bebel lagi


Pnut, maryam...nak datang dialog ni boleh...saya rasa masih ada kuota lagi sebab ada yang dah cancel pulak....dari 9 pagi to 1 petang.....tapi sempatkah?


Buat blogger, kalau ada nak komen yang over sensitif dan nak personal advise kat saya, xnak komen kat blog sms @ call nombor saya ni 019 6996901....saya berlapang dada....

Wednesday, November 24, 2010

Sex kah sebabnya?

Assalamualaikum w.b.t


Asalnya saya fikir begitulah...


Saya rasa yang saya nak berbaik sebab sex


Rupanya hakikatnya tidak


Saya rupanya beru sedar bahawa kali ni rasanya berbeza


Rupanya ia tidak boleh dipaksa kalau dalam hati tiada rasa


Jangan tuduh dan kata saya berbaik sebab sex lagi


Sebab saya dah takde rasa hendak sex lagi pada masa ini...


Sebab dah nak masuk 3 bulan dah pun


Dengan tambahan 2 bulan sebelumnya iaitu tempoh pak hj gaduh dengan Aza yang saya pun tak bernafsu sebab geram tengok kelaku mereka suami-isteri


Jadi saya nak cakap saya dah cukup kuat!


Apapun saya sakit ati baca komen2 ni


Geram pun ada


Bukan dengan yang komen


Tapi dengan diri saya


Terbit rasa menyesal


Sebab kongsi semua apa saya rasa secara transparent


yang baca dan tafsir tak salah


Saya tak kata saya berbaik semula yang keputusan untuk tak bercerai itu muktamad


Boleh jadi juga bercerai


Boleh juga jadi tak


Wait and see


Macam saya cakap, saya takde nafsu dan takde rasa apa pada masa ni


tak taulah kalau dia nak berbaik dengan saya sepenuh hati


Tapi jujurnya saya rasa dia pun sama dengan saya takde rasa sayang dah pun


Cuma mungkin sebab anak


Saya pun sukar nak baca pak hj ni punya tindakan dan keputusan


dan saya pun malas nak berkomunikasi dan berhubung via hp


Macam saya cakap, lepas dia datang sekejap iaitu antara jam 1200 tengah malam - 5 pagi antara kami takde komunikasi yang panjang....


Jumpa sekejap jam 10.30 tu cakap sikit2


Malah sejak isnin dan mungkin sampai ambil hani saya takkan ber sms dengan dia


Sebab takde apa nak dikongsi


Tambah2 hani saya dah bekalkan hp dan kami berhubung secara terus ajer...xperlu melalui ayahnya lagi


Kalau kak azwa cadangkan yang saya boleh ajer proceed cerai, dan berdiam diri


Saya bukan dilahirkan begitu, dan saya tidak boleh hidup pura2 begitu


Walaupun dengan mak saya sekian lama saya boleh menyimpan apa yang berlaku dalam rumahtangga tapi tidak dengan kawan2 yang baik


kawan lelaki yang saya cerita itu pun menasihatkan saya berbaik semula


apa sebabnya, biar saya sendri yang simpan


dan saya nak tanya,


Seronokkah menjanda?


Seronokkah hidup sebagai ibu tunggal


Kalau hidup sebagai ibu tunggal sama sahaja dengan hidup sebagai isteri orang saya rasa baik saya jadi isteri orang


Saya tak taulah kenapa saya boleh saja berlapang dada dalam hal macam ni


Dan saya juga tak rasa sakit hati dah bila fikir apa dia buat pada saya


Sebab?


Sebab apa yang ada dalam kepala saya hari ni dah tak menyemakkan jiwa saya lagi


Dia ada sama takde sama


yang menjadi perhitungan saya, status saya sebagai isteri


Saya rasa terpelihara, saya rasa selamat dan saya rasa status tu meninggikan harga diri saya


Kalau saya menjanda, apakah yangs aya dapat?


kepuasan, kebahagian, keseronokan, kebebasan?


ya...bebas buat keputusan bebas berbelanja....senang kemana2....


saya tak perlukan itu rasanya...


Sebab pada masa ni saya dah okay jer...asalkan dia tak ganggu saya pun saya dah rasa okay...


Bila sampai masa anytime saya jumpa


Sesuai sangatlah rasanya....saya rasa takde apa yang saya nak marah dan cemburukan dia


Full stop!


saya tulis ni dalam keadaan marah geram dan rasa menyesal....


Sila komen lagi...


saya memang begini...


katalah apa sahaja, saya memang degil tapi dalam degil saya sabar saya yakin ada ganjarannya


Eh tulis ni berjam2 lamanya sebab diselitkan sambil uat kerja yang maha sibuk hari ni


So, malam ni tido di the legend ada malam penghargaan media


Esok pagi ada dialog bersama bloggers


Tu kehidupan saya sekarang..sibuk dengan kerja, takde masa nak fikir nak cerai2 ni...


Sex pun takde dalam kepala dah.....dah stabil dah! bukans ebab pak hj balik tapi sebab yang saya sendiri pun tak tau dan tak sedar...


Nak ucap tahniah pada anda sebab anda dapat suami anda yang baik2 belaka tu


yang sanggup jaga anak berderet


yang cakap jer dalam blog nak itu ini kemudian dapat terus


yang cakap jer nak apa serta merta ditunaikan


yang saban tahun keluar negara bercuti


yang sanggup keluar duit makan pakai anak bini


yang berupaya buat apa sahaja


yang bawak jalan2 tiap2 hujung minggu


bersyukurlah


jangan letak diri saya pada tempat anda


saya dari hari pertama kahwin saya tak pernah rasa memiliki dalam erti kata sebenar


kalau anda rasa hidup rumahtangga saya mencabar itu sikit sahaja dimata saya


pada saya mendapat suami sudah seribu rahmat dan kesyukuran


Apatah lagi suami yang marah lewat solat (jangan kaitkan dgn dia tak laksanakan t.jawab)


yang mencari masjid dan surau sebelum azan diazankan


yang hari 2 tahajud dan hajat


yang dalam tempang tunaikan jemaah di mana azan diazankan


yang tak beli baju seluar baru melainkan isteri2 yg belikan


yang sebelah tangan tapi gagah memasak di dapur


yang memberi syarahan agama saat sebelum tidur


dah saya cakap pun xguna macam meludah kelangit kena muka sendri


Adalah benda yang saya tak pandai nak cerita kebaikan suami


tapi pasti banyak kebaikan dia...kang saya puji lebih anda kata tak guna sebab tanggungjawab tak jalankan juga


dahlah...saya nak ruang berehat...nak fikir dan tumpu hal kerja dulu later sya ulas lagi isu ni pastu anda komen banyak2 kutuk saya pun takper ni saya tak stabil sebab kerja bertimbun2....


bagi, bagi lagi komen panjang2 yer....dialu-alukan....tak saya tak marah...saya suka...cuma emo sikit..tapi saya tau semua niat baik kan? anggap saya sahabat...nak yang terbaik untuk saya...


Wassalam