Saturday, September 30, 2006

Sudah 7 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t


Jam 5.15 pagi, saya tersedar untuk bersahur. Tak sempat nak solat hajat seperi yang diniatkan. Terus ke dapur dan fikir-fikir nak sahur apa terus teringat tentang bubur lambuk, terus memanaskan bubur lambuk yang diberi mak Ros semalam dan saya ambil air putih segelas dan kurma sebiji. Itulah sahur dan ianya cukup mengenyangkan. Sejak kahwin memang saya besahur seorang diri kerana suami hanya akan makan sebiji kurma dan minum segelas air sebelum dia ke masjid solat subuh. Dulu-dulu sedih juga semua sorang2 dan takde mood nak bangun tapi lama-lama dah terbiasa sebab saya tak tahan lapar kalau tak bersahur. Masa berbuka juga tak pernah suami ada menemankan.


Suami akan berbuka di masjid atau surau dan biasanya telah disediakan hidangan berbuka. Cuma kadang-kadang dulu selepas solat maghrib suami akan balik sekejap dan menjamahlah apa-apa yang ada. Jadi bulan puasa dari segi rutin makan saya tidak banyak berubah, bulan tak puasa hari bekerja saya jarang masak dan makan kecuali malam giliran, itupun masak simple saja.


Hari sabtu dan ahad sahaja saya masak. nampaknya hari ni kena masaklah. Dalam bulan puasa ni saya akan singgah di bazar ramadhan dan beli kuih RM1.00/3 biji dan beli samaada nasi ayam/kue teow/mee sup. Bagi hidangan sahur saya makan apa yang ada- kurma, roti atau bubur lambuk yang mak ros beri (dia selalu bekalkan Hani sebab hani suka bubur), tapi saya yang makan.


Sebenarnya, saya bercadang nak balik ke kampung bawa diri sekurang-kurangnya dapatlah berbuka di kampung dan bersahur sedap sikit tapi sebab suami ada sms kata nak datang ambil barang2 dia hari ni saya tak jadi baliklah, duduklah rumah dua beranak hari ni. Nilah kali pertama saya buat entry dari rumah baru ni, guna laptop suami yang saya belikan. Petang ni dia datang nak ambil laptoplah ni, tak acikan... walhal saya belikan. takpelah kalau tak panjang jodoh kami bila dia tengok laptop ni dia ingatlah saya.


Pagi ni saya cari maklumat pasal kedudukan sms suami yang kata "bye selamat tinggal" dan "dari dulu aku nak ceraikan engkau tapi dulu kau kata nak taat, sekrang mana janji engkau....", samaada jatuh talak atau tidak. Menurut kata Dr. Mashitah Ibrahim, talak tak jatuh sebab ia tak bemaksud nak cerai hanya cerita sahaja. entahlah tak taulah sangat benda2 ni... apapun tunggulah dia datang petang ni, semoga jodoh antara kami masih kuat.


Selepas solat subuh, Hani dah bangun nak susu, selepas buat susu saya pun mengemaskan kain baju suami, banyak juga ada dan tak taulah saya nak diisi dalam apa, rasanya saya akan bungkus dalam beberapa bungkusan kain pelekat. Buat macam P.Ramli dalam cerita bujang lapok tu. Belek punya belek 90% dari pakaian suami adalah dibeli oleh saya. Itupun dia masih kata saya berkira duit dengan dia pasal tak bagi duit pinjam. Takkanlah segala-galanya saya nak bagi, kalau termasuk bagi duit tunai belanja dia kira sayalah pulak ambil alih peranan suami,kan? Sebelum ni pun saya cuba tanamkan rasa hormat setinggi-tingginya pada dia walaupun dari segi tanggungjawab semua saya pikul.


Tau tak, rasa hormat tu hanya datang dari sikap tanggungjawab yang ditunjukkan pasangan. Jadi saya pulak kena tanamkan rasa hormat dengan cara sendiri, saya cuba bina perlahan-lahan rasa hormat sebab kalau fikirkan isu tanggungjawab suami, memang boleh hilang respect pada suami sebab boleh tak bayangkan satu hubungan suami isteri dimana segala-galanya ditanggung siisteri. Suami datang bawa badan dan dapat layanan makan/minum/sex dll dan adakalanya bila syaitan pengaruhi dan jadi bengong sekejap saya rasa macam suami anggap rumah saya macam hotel persinggahan.


Macamana saya tak rasa macam tu, bila sampai je rumah saya dia baring rehat-rehatkan badan atas kerusi urut Ogawa sedang saya sibuk memasak, lepas tu malam baring-baring pulak atas katil size super king sambil-sambil tonton TV, nak tidur ada orang urut, buatkan air, tidur malam ada orang layan pulak dan nyenyak tidur dengan aircond lagi... bangun pagi mandi pulak air panas. Nak gi kerja ada orang gosokkan baju, buatkan air, gi kerja isi minyak ada orang sediakan kad kredit lagi...walhal saya semuanya buat sendiri... pagi-pagi lagi hantar anak, hal anak memanglah semua saya uruskan, dari beli keperluan, sakit pening segala, buat susu, mandi, tidurkan pun semua anak taknak dia buatkan.


Tu tak termasuk kalau saya kena kerja sebelah malam, tak pernah sekali pun dia sedia nak jaga anak malam, dia minta hantar ke rumah mak ros sebab kalau saya tekde di rumah bukannya dia nak bermalam sorang-sorang, tidur rumah kak A lagi bagus agaknya. Kalau raya pun sayalah yang beli baju saya sendiri, anak dan baju dia sekali...agaknya kalau dia belikan saya baju saya mungkin menitis air mata keharuan agaknya.... hai saya ni bebel lagi kutuk suami tapi orang nak ceraikan taknak pulak... boringlah hdup sorang2 dengan anak je... hari ni takde masalah tapi akan datang takut macam-macam masalah timbul.


Kalau nak tinggalkan dia sekarang sebenarnya secara mata kasar saya memang takde masalah kewangan, kereta, rumah, kerja tetap semua ada! Tapi ada sesuatu saya perlukan dari dia... status sebagai isteri dan sebab dia ayah kepada anak saya, saya taknak gelaran JANDA/ibu tunggalsebaba bukan ia bukan hina tapi taknak tak taulah kenapa, saya rasa gelaran isteri tu buat saya selamat berada dalam kelompok masyarakat hari ni. Lagipun banyak selamatnya jadi isteri ni, saya ni tak cukup kuat dengan godaan kalau jadi janda, lagipun nanti kerja macam saya ni bila-bila masa boleh terjerumus ntah apa-apa... sebab kerja yang majoriti lelaki ni susah kita nak jangka.



Yelah klau dah siang malam dengan lelaki bukan muhrim macam-macam boleh jadi, salah-salah gaya saya ganggu rumahtangga orang lain pulak nanti. Susah... susah sebab saya ni banyak sejarah kawan dengan suami orang. lagipun bukan senang nak dapat suami yang macam suami saya sekarang solat tak tinggal.... banyak lagilah kebaikan dia cuma dia tak bagi nafkah zahir je, batin ... ok sangat2. Cuma sikap suka buruk sangka dengan isteri dan sensitif dia pasal isu kewangan tu menyebabkan dia selalu ugut nak cerai kalau gaduh. memang dulu saya ada buat salah dengan dia bila saya terlalu rapat sangat dengan pegawai lelaki di pejabat saya tapi kali ni bukan salah besar hanya tak ambil dia Jumaat lepas, agaknya sebab kena stroke dia sensitif dia berlipat kali ganda.


Sambung nanti, ada orang call nak datang tengok bilik untuk disewa...kena kemas-kemas sikit.



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/30/2006 09:13:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

sudah 11 hari...

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, September 30, 2006


Sudah 11 hari saya dan anak tidak bertemu suami. Adakah saya terlalu bodoh untuk membiarkan diri diperlaku begini setiap kali kami bergaduh? Dibiar bontang denan diberi kata dua untuk dicerai!


Mungkin saya bodoh, ya memang bodoh kerana menagih secebis kasih dari insan bernama suami sedang dia sedang bermadu kasih dengan isterinya yang lain.


tiadakah perasaan dia? saya letih.. letih sungguh sungguh sungguh sungguh melayan kerenah seorang insan bernama suami....!!!!! Tapi kenapa saya masih menunggu dia, kenapa...kenapa....kenapa?????


Buat pertama kali sejak Sabtu lalu, saya cuba call hari ini untuk pecahkan kebuntuan tentang masalah kami, dia jawab tapi bila dengar suara saya terus dimatikan h/p, sebentar sampai sms, "tolong jangan call, hanya hani sahaja boleh call". Siapa saya dimata dia? sehingga langsung tak mahu mendengar suara saya?????


Mahalnya kasih sayangnya, murahnya harga diri saya dimata dia... sekiranya ada jodoh kami berbaik semula saya akan kenang saat dia mendera perasaan saya ini... saya akan ingat sampai bila-bila... sempena Ramadhan seharusnya insan membanyakkan sabar tapi dia sebaliknya.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/30/2006 04:31:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

sudah 7 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t



Jam 5.15 pagi, saya tersedar untuk bersahur. Tak sempat nak solat hajat seperi yang diniatkan. Terus ke dapur dan fikir-fikir nak sahur apa terus teringat tentang bubur lambuk, terus memanaskan bubur lambuk yang diberi mak Ros semalam dan saya ambil air putih segelas dan kurma sebiji. Itulah sahur dan ianya cukup mengenyangkan.


Sejak kahwin memang saya besahur seorang diri kerana suami hanya akan makan sebiji kurma dan minum segelas air sebelum dia ke masjid solat subuh. Dulu-dulu sedih juga semua sorang2 dan takde mood nak bangun tapi lama-lama dah terbiasa sebab saya tak tahan lapar kalau tak bersahur.


Masa berbuka juga tak pernah suami ada menemankan. Suami akan berbuka di masjid atau surau dan biasanya telah disediakan hidangan berbuka. Cuma kadang-kadang dulu selepas solat maghrib suami akan balik sekejap dan menjamahlah apa-apa yang ada. Jadi bulan puasa dari segi rutin makan saya tidak banyak berubah, bulan tak puasa hari bekerja saya jarang masak dan makan kecuali malam giliran, itupun masak simple saja.


Hari sabtu dan ahad sahaja saya masak. nampaknya hari ni kena masaklah. Dalam bulan puasa ni saya akan singgah di bazar ramadhan dan beli kuih RM1.00/3 biji dan beli samaada nasi ayam/kue teow/mee sup. Bagi hidangan sahur saya makan apa yang ada- kurma, roti atau bubur lambuk yang mak ros beri (dia selalu bekalkan Hani sebab hani suka bubur), tapi saya yang makan.Sebenarnya, saya bercadang nak balik ke kampung bawa diri sekurang-kurangnya dapatlah berbuka di kampung dan bersahur sedap sikit tapi sebab suami ada sms kata nak datang ambil barang2 dia hari ni saya tak jadi baliklah, duduklah rumah dua beranak hari ni.



Nilah kali pertama saya buat entry dari rumah baru ni, guna laptop suami yang saya belikan. Petang ni dia datang nak ambil laptoplah ni, tak acikan... walhal saya belikan. takpelah kalau tak panjang jodoh kami bila dia tengok laptop ni dia ingatlah saya.Pagi ni saya cari maklumat pasal kedudukan sms suami yang kata "bye selamat tinggal" dan "dari dulu aku nak ceraikan engkau tapi dulu kau kata nak taat, sekrang mana janji engkau....", samaada jatuh talak atau tidak.



Menurut kata Dr. Mashitah Ibrahim, talak tak jatuh sebab ia tak bemaksud nak cerai hanya cerita sahaja. entahlah tak taulah sangat benda2 ni... apapun tunggulah dia datang petang ni, semoga jodoh antara kami masih kuat.Selepas solat subuh, Hani dah bangun nak susu, selepas buat susu saya pun mengemaskan kain baju suami, banyak juga ada dan tak taulah saya nak diisi dalam apa, rasanya saya akan bungkus dalam beberapa bungkusan kain pelekat.



Buat macam P.Ramli dalam cerita bujang lapok tu. Belek punya belek 90% dari pakaian suami adalah dibeli oleh saya. Itupun dia masih kata saya berkira duit dengan dia pasal tak bagi duit pinjam. Takkanlah segala-galanya saya nak bagi, kalau termasuk bagi duit tunai belanja dia kira sayalah pulak ambil alih peranan suami,kan? Sebelum ni pun saya cuba tanamkan rasa hormat setinggi-tingginya pada dia walaupun dari segi tanggungjawab semua saya pikul. Tau tak, rasa hormat tu hanya datang dari sikap tanggungjawab yang ditunjukkan pasangan.



Jadi saya pulak kena tanamkan rasa hormat dengan cara sendiri, saya cuba bina perlahan-lahan rasa hormat sebab kalau fikirkan isu tanggungjawab suami, memang boleh hilang respect pada suami sebab boleh tak bayangkan satu hubungan suami isteri dimana segala-galanya ditanggung siisteri. Suami datang bawa badan dan dapat layanan makan/minum/sex dll dan adakalanya bila syaitan pengaruhi dan jadi bengong sekejap saya rasa macam suami anggap rumah saya macam hotel persinggahan.



Macamana saya tak rasa macam tu, bila sampai je rumah saya dia baring rehat-rehatkan badan atas kerusi urut Ogawa sedang saya sibuk memasak, lepas tu malam baring-baring pulak atas katil size super king sambil-sambil tonton TV, nak tidur ada orang urut, buatkan air, tidur malam ada orang layan pulak dan nyenyak tidur dengan aircond lagi... bangun pagi mandi pulak air panas.



Nak gi kerja ada orang gosokkan baju, buatkan air, gi kerja isi minyak ada orang sediakan kad kredit lagi...walhal saya semuanya buat sendiri... pagi-pagi lagi hantar anak, hal anak memanglah semua saya uruskan, dari beli keperluan, sakit pening segala, buat susu, mandi, tidurkan pun semua anak taknak dia buatkan.


Tu tak termasuk kalau saya kena kerja sebelah malam, tak pernah sekali pun dia sedia nak jaga anak malam, dia minta hantar ke rumah mak ros sebab kalau saya tekde di rumah bukannya dia nak bermalam sorang-sorang, tidur rumah kak A lagi bagus agaknya. Kalau raya pun sayalah yang beli baju saya sendiri, anak dan baju dia sekali...agaknya kalau dia belikan saya baju saya mungkin menitis air mata keharuan agaknya.... hai saya ni bebel lagi kutuk suami tapi orang nak ceraikan taknak pulak... boringlah hdup sorang2 dengan anak je... hari ni takde masalah tapi akan datang takut macam-macam masalah timbul.



Kalau nak tinggalkan dia sekarang sebenarnya secara mata kasar saya memang takde masalah kewangan, kereta, rumah, kerja tetap semua ada! Tapi ada sesuatu saya perlukan dari dia... status sebagai isteri dan sebab dia ayah kepada anak saya, saya taknak gelaran JANDA/ibu tunggalsebaba bukan ia bukan hina tapi taknak tak taulah kenapa, saya rasa gelaran isteri tu buat saya selamat berada dalam kelompok masyarakat hari ni.



Lagipun banyak selamatnya jadi isteri ni, saya ni tak cukup kuat dengan godaan kalau jadi janda, lagipun nanti kerja macam saya ni bila-bila masa boleh terjerumus ntah apa-apa... sebab kerja yang majoriti lelaki ni susah kita nak jangka. Yelah klau dah siang malam dengan lelaki bukan muhrim macam-macam boleh jadi, salah-salah gaya saya ganggu rumahtangga orang lain pulak nanti.


Susah... susah sebab saya ni banyak sejarah kawan dengan suami orang. lagipun bukan senang nak dapat suami yang macam suami saya sekarang solat tak tinggal.... banyak lagilah kebaikan dia cuma dia tak bagi nafkah zahir je, batin ... ok sangat2.


Cuma sikap suka buruk sangka dengan isteri dan sensitif dia pasal isu kewangan tu menyebabkan dia selalu ugut nak cerai kalau gaduh. memang dulu saya ada buat salah dengan dia bila saya terlalu rapat sangat dengan pegawai lelaki di pejabat saya tapi kali ni bukan salah besar hanya tak ambil dia Jumaat lepas, agaknya sebab kena stroke dia sensitif dia berlipat kali ganda.


Sambung nanti, ada orang call nak datang tengok bilik untuk disewa...kena kemas-kemas sikit.Suara hati dan pemikiran siti detik 9/30/2006 09:13:00 AM 0 cetusan hatiCerita tentang; Rencam



Wassalam

Sudah 11 hari...

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, September 30, 2006

Sudah 11 hari saya dan anak tidak bertemu suami. Adakah saya terlalu bodoh untuk membiarkan diri diperlaku begini setiap kali kami bergaduh? Dibiar bontang denan diberi kata dua untuk dicerai!


Mungkin saya bodoh, ya memang bodoh kerana menagih secebis kasih dari insan bernama suami sedang dia sedang bermadu kasih dengan isterinya yang lain.


tiadakah perasaan dia? saya letih.. letih sungguh sungguh sungguh sungguh melayan kerenah seorang insan bernama suami....!!!!! Tapi kenapa saya masih menunggu dia, kenapa...kenapa....kenapa?????


Buat pertama kali sejak Sabtu lalu, saya cuba call hari ini untuk pecahkan kebuntuan tentang masalah kami, dia jawab tapi bila dengar suara saya terus dimatikan h/p, sebentar sampai sms, "tolong jangan call, hanya hani sahaja boleh call". Siapa saya dimata dia? sehingga langsung tak mahu mendengar suara saya?????Mahalnya kasih sayangnya, murahnya harga diri saya dimata dia... sekiranya ada jodoh kami berbaik semula saya akan kenang saat dia mendera perasaan saya ini... saya akan ingat sampai bila-bila... sempena Ramadhan seharusnya insan membanyakkan sabar tapi dia sebaliknya.



Wassalam

Friday, September 29, 2006

Surah faathir

Assalamualaikum w.b.t

Surah Faathir, ayat 15-17

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...



Ayat 15; Hai manusia, kamu fakir (berkehendak) kepada Allah dan Allah Maha Kaya lagi Maha terpuji.

Ayat 16; Jika dikehendakiNya nescaya dimusnahkan kamu dan didatangkanNya makhluk yang baru.

Ayat 17; Demikian itu tidak sukar bagi Allah.

Sepanjang Ramadhan ini, pengarah saya akan membacakan setiap hari 3 ayat yang dibacakan dari tafsir Quran tapi saya hanya dapat kesempatan mendengar bersungguh-sungguh pada hari ini dan hari ini 3 ayat diatas dibaca dan diterjemah serta diberikan tafsirannya sekali. Sungguh-sunggubmenusuk kalbu apatah lagi mendengarnya selepas kami semua membaca suarh yasin iaitu amalan sejak pengarah Tn Y datang ke sini lebih setahun lalu.


Selepas membaca Quran kalau benar-benar menghayatinya pastinya hati kita akan menjadi lebih lembut. Jadi saya menitiskan air mata bila mendengar tentang kekuasaan Allah yang bila-bila masa boleh menarik nikmatnya hanya dengan menggunakan senjataNya di dunia bila-bila kita akan hancur. Bila-bila gas dibumi dan belerang dalam gunung boleh meletup dan bila-bila masa air dilaut boleh naik ke bumi seperti tsunami. Allah melihat bumi ini hanya umpama sebiji pasir dan dalam bumi ini 4/5 adalah air dan 1/5 sahaja daratan. Maka kita sebenarnya hanyalah duduk diatas 1/5 daripada pasir itu, alangkah kerdilnya kita. Antara kupasan dalam buku yang dibacakan tadi katanya kita yang meemrlukan Allah dari lahir telanjang bulat sehinggalah mati dengan kain kafan. Allah sahaja tempat kita meminta, manusia tiada satu kuasa pun ...betapa kerdilnya kita sebagai hamba.



Saya sungguh berterima kasih atas usaha Tn Y membuat begini setiap Ramadhan, semoga Allah memberi hidayah padanya untuk membuat dakwah kepada orang lain pula. Ni patut kena ada orang khususi ni... nampak beliau dah ada fikir alami...


MALAM TADI

Malam tadi saya didatangi 3 tetamu yang hajatnya ingin menyewa 2 bilik di rumah. Malangnya pagi ni selepas habis tazkirah saya terima sms katanya tak jadi pula. Tak taulah apa masalahnya. Hari Rabu semasa singgah ke 7-11 saya ternampak iklan-iklan rumah untuk disewa, jadi saya terfikir kenapa tidak saya cuba menyewakan bilik di rumah sementelah takde orang nak duduk pun. So semalam lepas berbuka, saya terima sms kata nak datang tengok rumah.. oklah. Dua dara tu tanya berapa sewa, saya yang takde pengalaman tanya pula bilik yang disewa sekarang ni berapa harganya.. jawabnya RM 100 seorang, satu bilik share 2 orang. Saya pula sediakan 2 bilik siap dengan satu katil single dan satu lagi double dengan bilik air sendiri, saya hanya letakkan satu bilik RM80.00, mahalke? Saya juga offer untuk dia guna apa saja dalam rumah saya. Ada internet, tv, dapur, telefon, pendek kata apa sajalah boleh buat macam rumah sendiri. Tapi nak buat macamana, tak ada jodoh, tak jadi pula... tapi tak bagitau sebabnya pulak!


RUMAHTANGGA

Subuh semalam, entah apa kenanya Hani merengek2 lepas bangun tidur jam lebih kurang 6.15 pagi, waktu tu saya ada atas sejadah nak solat subuh. Hani kata, "ibu, kakak penatlah" berulang-ulang. Saya kata, "takpelah kakak tidurlah lagi, belum siang lagi, nanti ibu kejutkan". Jawabnya, "Tak nak, kakak nak mandi". Kata saya, "Yelah, nanti ibu solat dulu, kalau ibu lambat solat nanti Allah marah, ibu kena seksa dalam kubur". Dia tak pedulikan kata saya, tak tahulah apa moodnya, terus-terusan nangis sepanjang saya solat sunat dan subuh. Sambil nangis dengan nada sayu mula memanggil-manggil "ayah...ayah...ayah...". Saya yang atas sejadah terus sedih dan menitis air mata....


Petangnya sebelum balik saya pun smslah ayahnya, sebab saya tahu kalau saya call dia takkan jawab, saya tulis,"Demi anak, saya terpaksa sms, Hari2 ajak ambil ayah dan bila nangis panggil ayah, harap emosi dia tak terjejas kerana perpisahan ini. Petang nanti kalau ada call masuk, maksudnya Hani, please pick up. It's not me! Semasa perjalanan balik saya pun call, dan saya dapat mendengar ada suaranya menjawab dan saya dengar antara perbualan Hani, "bila ayah nak balik rumah ibu?, "ayah merajuk, eh?". Perbualan dua beranak itu hanya 44 saat sahaja. Bila saya tanya Hani apa ayah jawab bila tanya bila ayah nak balik, Hani kata, ayah tak nak balik lagi... iyeke jawapan tu yang diberi, bertambah-tambah sedih hati saya. Malamnya saya ingin tahu reaksinya, saya sms sekali lagi, "Barang2 abang dirumah ni- laptop, lesen memandu, kain baju dan lain2 kalau boleh ambillah @ saya hantar. lagi pandang lagi banyak kenangan sedih... lagipun kat sini bukan ada sapa gunapun. Satu lagi hal anak, bila masa sesuai untuk dia jumpa ayahnya- seminggu sekali atau sebulan sekali? Elok rancang cepat, tak pening kepala, tak payah gi Mahkamah Syariahlah...buang masa, tenaga dan duit sahaja".


Hanya jam 11.30 malam ketika saya dah tidur baru mesej saya dibalas pendek yang menegsahkan lagi niatnya untuk menceraikan saya. Katanya : "Mungkin sabtu datang ambil, Hani bila nak ambil nanti beri tahu". Sedihnya.... saya tak taulah dia datang macamana, Kak A hantar atau dia singgah semasa nak ke markas. kalau Kak A datang hantar, nampaknya putuslah harapan saya nak pujuk dia sebab pasti Kak A yang masuk dan dia mungkin tunggu dalam kereta saja, tapi kalau kawan dia datang dan dia masuk ke dalam rumah untuk ambil barang mungkin saya boleh cakap-cakap sikit atau menangis ke, sekurang-kurangnya lembut sikit hati dia bila tengok anak...



Entahlah... saya berserah je pada Allah, saya tak mahu jadi janda... TAK MAHU... kerja saya tak sesuai jadi janda ni... banyak sangat dugaan, tohmahan. Dahlah saya sebatang kara je kat sini takde adik-beradik saudara mara. Hanya sebab saya kahwin dulu je saya minta tukar sini dan tak pernah sangka akan bekerja dan tinggal dan beli rumah kat sini. kalau tak, pasti saya masih duduk di Putrajaya, kat sana ramai kawan-kawan...kawan masa u, kawan office dan pasti saya beli rumah di Melaka, takkan beli di sini sebab lambat laun saya akan balik kampung jugak..Kat sini duduk lama-lama pun buat saya tambah sedih je. Kat sini takde best friend sebab suami dulu bukan suka saya jalan-jalan dengan kawan lain, hidup saya kerja/suami/anak/rumah. Mana ada bersosial. Paling-paling kawan-kawan masa keluar masturat... semuanya jenis duduk rumah je, pakai purdah, cakap-cakap iman je... tak sampai hati pula nak share masalah dengan diorang. Lagipun suami masing-masing karkun, tak sesuai cerita apa-apa... takut lain jadinya. Saya kat sini ada Mak Ros je kalau nak minta tolong atau cerita apa-apa...dia pun faham sebab anak sulungnya isteri kedua jugak!



Kalau saya jadi ibu tunggal, apa saya nak buat dihujung minggu, hari cuti, takkan nak balik kampung tiap-tiap minggu. TAK BOLEH... nanti mak saya tahu pulak saya dah janda. Tak boleh baritahu nanti dia susah hati... saya kena pandai berlakun ni...peninglah... rumah ni banyak benda lagi tak settle, kalau tau jadi macam ni hari tu takdelah saya keluar dari kuarters dan beli rumah. Harapnya janganlah suami saya ceraikan saya...tak mampu lagi nak hidup sendirilah... terutama bila tengok wajah anak, kesiannya...Lepas ni nak tolak bayaran rumah dekat RM 900 sebulan. Rasanya macam nak mohon pindah kerja Melakalah macam ni, duduk dengan mak tapi rumah ni dah beli, macamana nak buat? nak sewa, jahanam rumah, nak jual tak mungkin, baru sangat dibeli...nak mohon tukar tempat jauh nanti Hani tak jumpa dengan ayahnya pulak... lagi kesian. Pokok pangkalnya cerai ni memang bukan jalan keluar yang baik, tapi tak taulah apa yang suami fikir....



YaAllah bantulah hambaMu ini. Bermula malam ni, saya nak solat istikharah dan hajat tiap-tiap malam mohon Allah bagi petunjuk...Allah yang pegang hati suami, biar Allah yang menentukan. Saya nak pujuk pun tak larat dah terlalu banyak kali dia buat macam ni... lagipun macam orang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, orang dah tek hendak kita pula yang tergedi-gedi, malukan?



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/29/2006 09:47:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

Wassalam

Kenapa saya berkahwin suami orang?

Assalamualaikum w.b.t

Friday, September 29, 2006


Sebelum saya sentuh tajuk tu saya nak maklumkan saya dengan sedihnya maklumkan hari ni saya tak buat satu kerja pun walaupun kalau dikira-kira dan dicongak-congak adalah tak lebih tak kurang gaji sehari saya RM 130.00 (termasuk elaun lah tuu), apa saya nak buat bulan ni dengan RM 130 tu sebab saya dapat gaji buta hari ni... tak boleh buat makan ni HARAM nanti jadi darah daging. Sebab saya tak buat kerja ialah ... saya takde satu kerja yang urgent jadi motivasi dah kurang.


Lagipun saya selalu terlibat operasi kerja malam dan jarang-jarang saya dapat balik tepat jam 5.00 petang (jadi balas dendamlah ni kira boleh tolak masa saya kerja lebihlah tu) dan sebab paling utama ialah ... saya tak boleh nak fikir.. serabut, buntu, risau, sedih, malu, runsing, bosan, pening, bengal, segalanya bersarang dalam kepala dan hati nii... dari jam 9.00 pagi selepas tazkirah saya berkurung dalam sarang jam 1.45 petang baru saya keluar dari bilik untuk ke surau dan kemudian masuk bilik lagi... apa saya buat?


1. saya baca blog-blog yang berkenan dihati....bahagianya mereka dengan suami masing-masing (kenapa isteri2 ni asyik tunjuk kebahagian mereka???? disaat saya sedang derita) dan bahagianya mereka tidak berkongsi suami macam saya!!!

2. Saya mengelamun dan menulis surat luahan hati kepada suami (masih suami ke?) menyingkap sejarah dulu2.

3. Saya membuat kira-kira perbelanjaan keseluruhan suami berdasarkan penyata akaun kad kredit saya yang digunanya (dulu), berapa saya dah membelanjakan untuk suami sebelum ini dari penyata-penyata ini.

4. saya merancang masa depan khususnya kewangan kalau benar-benar saya diceraikan (nak buat saving)

5. Saya berdoa saya diberi kekuatan (sambil-sambil baca tafsir Quran)

6. Sebahagian besar masa saya tidur... otak saya dah letih fikir semalam-malaman berterusan sesiang-siangan hinggalah ke petang-petangan.... dah takde ruang dah nak fikir dah!

7. saya baca entry saya dari mula dan ada entry yang tajuknya "Anda menentang poligami" ceritanya masih tergantung.... jadinya nak sambunglah ni...
"Anda menentang poligami"



Ya, poligami memang patut ditentang kalau orang yang mengamalkannya tidak adil... selalunya media-media banyak sangat menonjolkan amalan poligami yang GAGAL yang berjaya tak berapa dipertontonkan. Biasanya bila dah cerai berai barulah masuk paper cerai sebab tak nak bermadu, suami kahwin lain dsbg yang seangkatan. TAPI saya tak menentang langsung poligami, bahkan sokong kalau mereka ikut sunnah Rasullulah s.a.w. sementelah saya dah terlibat dalam dunia poligami maka kena sangatlah saya yang bercerita. Orang tak boleh kata apa kan... sebab pengalaman sendiri.


Saya kahwin dengan suami pada mulanya tak mendapat restu keluarga sebelah saya, tetapai keluarga suami semua bersorak gembira... madu saya tak taulah pulak sebab masa tu dia memang tak tahu suami dia nak kawin malahan dia tak syak langsung. Almaklumlah masa sibuk-sibuk bercinta PJJ tu (email dan call sahaja) dia tengah sarat mengandung anak kedua dan bila nikah tu dia dah melahirkan anak (usia anak 3-4 bulan kot) sebab saya kenal suami dalam bulan 10/2000 dan bulan 11 anak tiri saya tu lahir. Kami berjumpa pertama kali di Masjid UPM iaitu dalam bulan feb @mac tak ingat sangatlah.


Dalam seminggu sebelum jumpa tu suami dan kata nak masuk meminang tapi saya terkejut beruk. Macamana pun malam nak tidur fikir jugak cadangan dia tu. Alang-alang orang (family) tak ambil peduli hal saya lantaklah dah ada orang nak ambil berat ok jelah. Masa tu saya seakan-akan rasa nak ada tempat bergantung, nak citer masalah dan pokoknya nak lari dari pakwe lama yang juga suami orang yang saya dah citer dulu tu.
Jadi, saya pun lepas bincang sikit lebih kurang dan adalah jugak minta gambar dia dan dia ada send gambar tapi sebenarnya takdelah gambar tu macam dia yang sebenarpun bila jumpa.


saya pun call mak saya bagitau ada oang nak meminang tapi suami orang. kalau saya dah terkejut beruk masa suami ckp nak masuk meminang mak saya apatah lagi takde angin takde ribut tiba-tiba nak kahwin suami orang, terperanjat giler mak ayah saya. Lepas tu maam-macamlah dia nasihat saya telefon nasihat, kalau saya balik kampung pula dia berleter macam-macam siap dengan nangis-nangis lagi mak saya ni. tapi tak taulah saya ni memang keras hati sikit, tak taulah pula kalau masa tu tengah angau, tapi rasa-rasanya masa tu saya tak ada rasa cinta langsung kat suami ni. Takde ciri-ciri kegemaran saya ada pada dia (fizikal) hanya sebab dia ni pendengar yang baik dan kata-katanya penuh hikmah (biasalah orang dah kawin banyak pengalaman).


last-last saya bagi kata dua kat mak saya suruh dia jawab dan bagi masa dua bulan fikir , saya kata "mak boleh jaminke kalau kahwin dengan orang bujang akan bahagia selama-lamanya dan kalau kahwin suami orang rumahtangga pecah belah?, mak tengok kat kampung ni ramai yang kahwin bagai nak rak bersanding masing-masing bujang teruna tapi tak kekal juga, semua tu kuasa Allah, kalau dah jodoh saya dengan suami orang nak buat macam mana?, Allah dah tulis, mak nak ke saya jadi nak dara tua sebab nak tunggu orang bujang?"


Lepas saya cakap tu adalah dalam sebulan lebih saya tak balik kampung konon-konon merajuklah... sebenarnya malas nak dengar mak berleter, dalam pada tu suami pula cadangkan kami pergi ke negara Gajah Putih untuk bernikah. Masyaallah terperanjat saya cadangan tu, mana boleh, salah tu... saya ni kan kakitangan kerajaan. lagipun banyak isu dengan walinya, saksinya, dengan passport takde, muhrim macamana, tak maulah nanti kalau mak ayah saya tahu, MAMPUS nak jawab. Suami akap semua tu dia boleh settlekan dia dah biasa buat, barulah terbongkar rahsia nya yang dia bernikah kali kedua dengan Kak A juga di sempadan. Akhirnya setelah melalui perbincangan yang ala kadar saya pun setuju ikut dia ke sana tapi bukan setuju untuk nikah, saya nak tengok keadaan dulu macamana, katakanlah saya berubah hati, maka tak jadilah nikah kami.


Pada malam kami bertolak tu, 1 jun 2001 saya demam sebenarnya sebab terlalu berat keputusan yang nak dibuat ni. Tapi saya tawakkal je, saya doa YaAllah kalau jodoh aku dengan dia, kau permudahkanlah tapi kalau bukan jodoh aku dengan dia kau tunjukkanlah (halanglah)". Rupanya memang jodoh saya terlalu kuat ddengan dia, esok paginya 2 jun 2001 saya selamat dinikahkan dengan dia tanpa disaksikan oleh sesiapapun yang saya kenal, hanya ada dua orang saksi yang terdiri dari kawan suami yang diambil dikampungnya di Yala @ narathiwat tak pasti dan dua pegawai pejabat agama (juru nikah).


Saya dinikahkan di Pejabat Agama Islam Narathiwat dan mas kahwin pada masa itu RM 200.00 tanpa ada hantaran dan juga cincin kahwin... lafaznya bahasa Melayu Kelantan dan saya juga duduk atas kerusi di sebelah suami je masa tu (bayangkan suasana sebuah pejabat, macam tulah) kelakar kan kalau dikenang. takde baju baru, hanya ada sehelai baju tidur baru yang murah-murah yang saya beli sebelum ke sana. saya memang tak buat persiapan langsung untuk bernikah. selepas nikah suami terus masuk ke masjid bersebelahan pejabat untuk sembahyang sunat nikah, sya pula kebetulan bendera merah (dah last day tuu...) Semuanya tiba-tiba. Walaubagaimanapun saya tetap gembira kerana ada suami, gatal...tapi sedih juga sebab baru risau macamana nak bagitau mak ayah, macamana kalau termengandung, macamana kalau ada orang pejabat tahu, macamana kalau ... macam2lah saya fikir waktu tu.


Saya bertolak ke sana pada hari Jumaat malam dan sampai siap-siap sikit terus cari saksi dan nikah, lepas tu cek in kat satu banglo di Golok dengan bayaran tak salah saya RM30.00 semalam kalau tukar duit malaysialah. Ahadnya kami bertolak balik ke sini. Oh ya, tengahari tu suami bawa saya ke kedai emas di Kota Bharu dan dia belikan satu cincin berlian dalam anggaran RM 800.00, lebihkurang tak ingat dah harga dia, cincin tu pun dah hilang masa ambil orang gaji hari tu, bukan bersangka buruk tapi masa dia dah balik Indon baru saya sedar cincin saya takde.


Isninnya saya tak bekerja, MC tapi kami ada program di temerloh minggu tu agak sibuklah juga... dan saya ingat lagi masa program tu, kebetulan saya memang rapat dengan seorang pegawai lelaki di pejabat En Alias jadi ada peg. lain pandang serong dan perli2 saya macam 2 dengan en Alias. tapi saya senyap je, diorang tak tahu sya dah nikah. Masa saya nikah tu hanya ada 3 orang je yang tahu, iatu Kak J (kawan satu u dan satu rumah sewa), Zah (kawan kat u jugak masa tu kerja dengan AIM- Amanah Ikhtiar Malaysia) dan En Alias, kawan sepejabat berumur 47 tahun masa tu. Walupun En Alias macam-macam nasihat saya tapi tak jalan juga.


Seingat saya saya MC hari isnin tu dan saya terus dibawa balik ke sini (negeri saya kerja sekarang) dan suami terus menyewa sebuah rumah dari kawan pejabatnya dan letakkan saya dan katanya minta saya balik ke sini untuk 3 hari kerana hak isteri bermadu untuk dapat 3 malam berturut-turut selepas nikah. Oh bahagianya pada masa tu, Allah je tahu, seronok sebenarnya kahwin sorok-sorok ni, lain dari kahwin biasa rasanya, sebab benda bila kita susah dapat (susah nak jumpa suami, madu tak tahu) baru terasa sedapnya ada umpphh!


Nantilah sambung lagi.... nak balik rumah nak pergi bazar ramadhan tapi dah tak taulah nak beli apa, semua yang saya pandang tak selera. Nak suami je rasanya sekarang ni, nak urut dia, nak layan dia, nak minta maaf dengan dia. Hai cik ooii tak serik-serik lagi yee...orang dah tak nak...daaahlaaaahhhh.

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini... oklah nak ambil anak, pe tapi ini yang lemah yang kerdil yang naif...


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/29/2006 04:25:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

Thursday, September 28, 2006

Kisah lucu di mahkamah

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, September 28, 2006


Hari ini saya ke mahkamah Sesyen kerana ada kes untuk pertuduhan baru. Kalau diikutkan hari ini baru saya berpeluang berhadapan dengan seorang hakim yang baru bertugas di sini selama sebulan lebih. Sebelum ini dia dari Johor Bahru. Diwar-warkan oleh orang-orang Johor bahawa beliau ini seorang yang tegas dan sentiasa mengikut undang-undang sebagaimana tercatit dalam buku dan tidak ada tolak ansur. Jadinya saya masuk mahkamah tadi dengan perasaan gerun dan kecutlah juga (tak patut


Kes adalah terhadap dua anggota polis cawangan cegah jenayah yang mengambil duit "tumbuk rusuk" pada tahun lalu dan saya sendiri terlibat semasa tangkapan berkenaan dilaksanakan. Bagaimanapun dari 4 orang yang ditangkap hanya dua yang cukup bukti untuk dituduh. Dalam lebih kurang 9.30 pg loceng/alarm pun berbunyi sebagai signal bahawa hakim on the way nak masuk ke mahkamah, dan polis mahkamah stand by mengatakan "BANGUN" lalu saya pun bangun dan sejurus itu hakim pun masuk.


Orangnya tinggi, hidungnya mancung kulitnya sowo matang dan mukanya agak panjang-panjang. Beliau masuk dari pintu yang terletak betul-betul di belakang kerusi Hakim di atas pentas dimana hakim duduk. Masuk sahaja beliau, saya lihat matanya memandang ke sekeliling dari arah kiri beliau dan beliau terus menggerakkan matanya ke arah kanan. Kebetulan saya yang berdiri di barisan meja untuk Timbalan Pendakwaraya /penguambela berada dikedudukan kanan sekali sebelah hujung jadinya sudut pandangan beliau yang terakhir adalah tepat pada saya.


Tetapi apabila sahaja mata saya bertentang dengan matanya dia kelihatan semacam "terpegun/pelik/tertanya-tanya" dan serentak itu juga beliau pun melabuhkan punggungnya ke kerusi empuknya yang begitu tinggi penyandarnya siap berukir-ukir kayu lagi dan saya kira kerusinya mempunyai kaki yang beroda. Malangnya mungkin beliau silap landing/melabuhkan punggung kerana serentak itu kerusi itu seperti terjongkit/terbalik? dan penyandarnya yang tinggi yang berukir-ukir kayu indah itu terhantuk ke belakang kepalanya.... OH TIDAK... dan serta merta itu dia sempat memegang mejanya dengan kedua-dua tangannya untuk menampung agar tidak jatuh terduduk terus DAN akhirnya berjaya juga dia menahan diri dari terus jatuh, maknanya dia hanya jatuh separuh sahaja, Oh... saya yang memang betul-betul sedang bertentang mata dengannya dalam hati lucunya nak tergelak tapi tak berani!


Dia pun kelihatan tertawa manja-manja gitu untuk cover line agaknya. Yang paling memalukan adalah kejadian itu disaksikan oleh lawyer2, DPP , OKT dan orang awam yang hadir. Walaupun saya kesian kat hakim tu tadi tapi saya kira itu pegajaran paling bermakna pada dia. Lepas ni mesti kalau nak duduk dia akan cukup berhati-hati. Tak nak pisang berbuah dua kali.


Apapun saya dapat menghadapi kes pertama untuk tuduhan dengan jayanya dan kedua-dua OKT ditetapkan mahkamah dibebaskan dengan jamin RM3,000 setiap seorang. Dalam rayuan kedua-duanya memohon pengurangan kerana katanya nak kahwin, banyak tanggungan dll tapi jawapan hakim adalah "Nilai RM 3,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan itu adalah yang paling munasabah". Kan dah cakap dia memang ikut buku punya orang!. Saya silap patut bagi RM 2,000 sebab saya fikir kalau letak RM 3,000 mesti dia bagi kurang RM 2,000 tapi rupanya sangkaan saya meleset.


Esok nak tengok paper kalau keluar berita adalah nama saya akan tertera sebagai pegawai pendakwa! Kena simpan keratan akhbar tu... sejarah untuk anak cucu.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/28/2006 04:43:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

Wednesday, September 27, 2006

Sayang anakku sayang

Assalamualaikum w.b.t



Wednesday, September 27, 2006


Apabila suami declare nak berpisah tidak ada perkara lain yang terlintas di hati melainkan perasaan kasihan kepada anakku, Hani. Terlalu kecil dia akan kehilangan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari seorang ayah. Walaupun sebelum ini memang kurang dia dapat bersama ayahnya tetapi sekurang-kurangnya apabila ayahnya ke masjid dapat juga dia ikut sama dan pada hujung minggu juga dapatlah kami berjalan-jalan sekeluarga. Tapi kini semuanya tidak akan berulang lagi. Segalanya kerana sikap ayah dan ibunya yang ego dan mementingkan perasaan sendiri. Saya terpaksa akui kelemahan saya sendiri, bukan saya tak kasihankan anak tetapi ayahnya yang tak mahu terima saya lagi... Sebelum ini ikut perjanjian lisan suami pernah berkata apa-apa hal berlaku pada rumahtangga kami dia akan mengambil Hani untuk dididik dan saya secara tak sengaja pernah menyetujui cadangan itu.



Pada masa itu, suami seolah-olah meyakinkan saya bahawa saya tidak mampu untuk mendidik Hani menjadi seorang hafizah, alimah dan dhaie' dan saya seterusnya bersetuju tanpa memikirkan kesannya pada diri saya dan anak. Tapi kini biarlah saya berpatah arang berkerat rotan untuk pertahankan anak yang saya kandung 9 bulan itu, langkah mayat saya dahulu sebelum mengambil anak saya. Biarlah dia membesar di depan saya. Apatah lagi suami tidak ada menyumbang langsung terhadap keperluan fizikal Hani sejak dia dilahirkan.


Sayalah yang membelikannya susu, pampers, pakaian dan segala-galanya. Saya tidak dapat mengemukakan/mencari walau sehelai bajupun yang ayahnya pernah membeli untuknya. Begitu juga kos perubatan dan seingat saya hanya dua kali sahaja ayahnya menemankan saya membawanya ke klinik. Apatah lagi mainan dan keperluan lain. Untuk diri saya pun begitu juga, hanya sehelai jubah dan sehelai tudung/purdah sahaja pernah dibelikannya. Tapi saya tidak kisah itu semua sebenarnya asalkan kami bahagia dan dia menerima kelemahan saya.


Tapi sebaliknya walaupun 4 tahun pertama perkahwinan saya kad gaji dan kad kredit saya adalah dipegang oleh suami dan semua bayaran hutang piutang saya dialah yang membayarkannya tapi dia tidak engahrgai saya sewajarnya. Ketika itu saya hanya akan diberi sejumlah tertentu untuk bayaran Mak Ros, dan belanja diri sendiri. Pada masa itu, terus terang saya katakan untuk membeli pakaian dalam pun saya akan berfikir beribu kali. Puncanya saya sentiasa dimomok-momokkan bahawa perbelanjaan saya boros, gaji saya tak seberapa dsbg.


Saya seolah-olah percaya dan kesiankan suami yang pada masa sering kesempitan wang dan masa itu dia berulang antara rumah Kak A dengan rumah saya menggunakan kereta. saya menyerahkan satu kad kredit padanya untuk kemudahan perbelanjaan isi minyak dan lain-lain sementara saya gunakan satu lagi dan setiap bulan wang gaji sayalah yang digunakan untuk membayar bil kedua-dua kad itu walaupun suami yang gunakan.


Saya juga tidak boleh menyentuh isu duit sekiranya tersentuh suami yang sedia sensitif akan merajuk dan memulangkan semua kad-kad saya. Saya yang merasa bersalah akan memujuknya dan memulangkan kembali kad-kad saya itu. Pada masa itu, walaupun hati saya memberontak tapi kerana sayangkan suami saya turutkan sahaja kehendaknya. Katanya jika perempuan bergaji lebih dan memegang duit banyak maka akan hilang rasa hormat pada suami. Itu katanya menurut pengalaman pada perkahwinan yang pertama. Saya yang masih mentah turutkan sahaja. Pada masa itu saya taklah terasa sangat bahawa sayalah yang menanggung segala-galanya kerana semua perbelanjaan dapur dan lain-lain saya serahkan pada suami membayarnya dan seolah-olah semua perbelanjaan keluar dari poketnya sendiri.


Acapkali bila membeli belah saya akan berfikir banyak kali untuk mengambil barang yang berkenan kerana fikirkan banyak perlu dibayar nanti walhal itu semua duit saya cuma suami yang pegang. Saya diperkudakan diluar kesedaran saya. kadang-kadang rakan sepejabat pelik melihat saya yang kerap menolak kalau diajak membeli belah kerana puncanya hanya sebab saya tidak punya wang ditangan. Ada yang memuji saya sebagai isteri mithali dan ada juga yang menjadi batu api.


Bagaimanapun selepas dua kali kes kereta saya ditarik penarik kereta kerana suami saya terlupa membayarnya saya sudah mula berfikir-fikir bagaimana cara terbaik saya boleh menguasai kembali pengurusan kewangan saya. Suami hanya akan memulangkan semuanya sekiranya kami bergaduh dan seterusnya beliau akan mengugut supaya saya cari kebahagian sendiri (nak cerailah tu!) dan dia kata uruskanlah hidup saya sendiri kerana saya tak perlukan suami lagi... dah banyak duit. Saya diyakinkan bahawa saya tidak mampu uruskan duit saya kerana saya boros dan dia memberi amaran janagn minta tolong padanya di hujung bulan.


Dari dulu dia memang sensitif fasal duit kerana dia pernah satu ketika mempunyai baki gaji bersih sebanyak hanya RM 222.20 dan saya juga pelik melihat bagaimana dia boleh survive hidup dengan 2 isteri. Rupa-rupanya taktik digunakan begitu... pada masa itu saya hanya mempunyai komitment bayar kereta sebanyak RM 312.00 (kancil) dan kami tinggal di kuarters kerajaan mengikut kelayakan saya. Gaji bersih saya melebihi RM 2,000.00. tapi tiap kali dia katakan gaji saya tidak cukup sedangkan kami hanya berdua sahaja (saya dan anak). Pada masa itu saya juga seakan-akan buta kerana sayang sangat pada suami.


Tapi selepas pergaduhan kami tak ingat bila tetapi saya rasa dalam awal tahun ini atau tahun lepas dan dia seperti biasa ugut nak cerai dan dia tinggalkan kad kredit dan ATM saya maka saya selepas itu tidak memulangkan langsung kepadanya sehinggalah hari ini. Pergaduhan itu menyebabkan dia tidak balik ke rumah selama 2 minggu dan akhirnya saya memujuknya balik dan kami berbaik semula. Tetapi pada masa itu semua urusan rumah baik lauk, makan diluar dan sebagainya iaitu berkaitan dengan hal duit semua dia buat tak tahu sahaja. Dia tak pernah tanya ada lauk atau tidak. Saya terpaksa sesuaikan diri dan sayalah ke pasar dan adakala saya memberinya RM 50.00 dan saya mintanya ke pasar semasa dia sembahyang subuh.


Selalunya wang berkenaan berlebihan kerana dia selalu hanya membelikan saya ikan kecil samaada selar, cencaru, kembung atau mabong sahaja. Duit lebihan tak pernah dipulangkan. Begitu juga kalau membeli belah di supermarket. Saya akan memberinya siap-siap duit Rm 200 atau sebagainya dan bakinya juga tidak dipulangkan. Saya tak pernah persoalkan hal itu.


Sejak saya menguruskan sendiri kewangan saya beberapa kali juga dia perli saya kalau membeli barang sebab saya seumpama melepas geram seteelah 4 tahun tidak dapat membelanja ikut sesuka hati kini saya bebas dan dapatlah saya rasa nikmat hasil dari penat lelah saya bekerja bagai nak mati. Saya membeli beberapa set periuk vision, saya membeli banyak baju anak yang mahal-mahal, pelbagai tudung, pakaian dalam dan perkakas rumah. Setiap kali dia nampak saya membeli benda baru nampak seakan-akan dia membantah dalam diam.


Dan sesekali bila saya putus duit (tak minta dia pun) saya akan ke tabung haji dan dia turut kata dengan saya haha baru rasa pegang duit sendiri.. boros sangat. Tapi saya tak kisah habis duit sebab saya nampak barang yang saya beli. Maklumlah kita dah ada rumah takkan nak kosongkan rumah je sedangkan pegawai lain yang duduk di kuarters pangkat dan gaji lagi rendah dari saya boleh beli macam-macam dan saya masih tetap dengan kereta kancil.


Dari dulu zaman anak dara saya ada membeli insurans tetapi bila berkahwin saya diminta hentikan kerana bertentangan prinsip dengan dia, begitu juga dengan anak, saya tak dibenarkan membeli insuran pendidikan untuk anak kerana pelbagai alasan dialah... malas saya nak cerita sini. Saya juga tak dibenarkan beli saham ASB, malahan saya membuat tolakan tabung haji sebanyak RM 400 sebulan juga dibuat semasa saya bergaduh dengannya. Apa-apa sahaja yang saya buat selalunya mendapat tentangan dari dia. Jadi, selalunya apa yang saya nak masa bergaduhlah saya akan tunaikan. Macam hari ini saya dah membuat pinjaman Maybank RM20,000 untuk dilabur dalam ASB dengan bayaran bulanan RM 151.00. Tak kisahlah walaupun makan masa 20 tahun tapi saya ada komitmen menyimpan. Kalau tak dikeluarkan dividen dalam masa 8 tahun dah boleh settle bayaran.


Saya kena mula bersedia dengan perancangan kewangan kerana kini saya akan buktikan bahawa diri saya juga boleh jadi pengurus kewangan yang bagus. Tambahan pula kini saya dah ada rumah sendiri, kereta cukuplah sekadar kembara buat masa 2-3 tahun ni. Kalau naik pangkat awal tahun depan dan ada kenaikan gaji RM 600 barulah saya fikirkan untuk menukar kereta. Itupun kalau tak ada perancangan lain. Dalam masa 10 tahun ini saya mahu saya ada simpanan sekurang-kurangnya RM 15,000. Saya tak mahu bekerja sehingga usia tua. Cukuplah kalau saya berhenti setakat umur 45 tahun. Tapi kalau pada masa itu gaji saya menjangkau RM 7,000 tak taulah saya samaada saya akan berfikir dua kali. Saya juga akan ajak ibubapa saya tinggal bersama kalau mereka bersetuju. Tidak ada suami akan dipandang serong oleh orang luar eloklah saya bawa ibu bapa saya tinggal bersama. Rumah di kampung pun terlalu buruk.


Harapan saya semoga Allah memberi saya kesihatan yang baik dan perancangan saya dimakbulkan Allah. Berilah saya sinar kebahagian setelah sekian lama menderita. Kalau jodoh saya masih ada saya kalau boleh tidak mahu dibebankan dengan ugutan cerai. Sekiranya Allah menentukan saya bertemu jodoh yang lain biarlah orangnya benar-benar memahami saya dan kami boleh bertolak ansur. saya jenis orang yang kalau orang buat baik pada saya saya akan buat seribu baik lagi pada orang itu. Allah lebih memahami saya dan apapun sejak saya diucapkan selamat tinggal oleh suami saya memandang anak yang tidur pasti diluar kesedaran saya air mata saya menitis. Saya juga automatik berubah menjadi penyabar dengan naak dan sentiasa melayannya baik kerana terlalu kasihan melihatkan nasibnya yang dapat ibubapa begini... dahlah selalu ditinggal ibu kerana kerja luar ayah pula terpaksa berkongsi dengan 8 adik beradik yang lain. Ya allah kau berilah anakku kebahagiaan.


Saya sangat-sangat sedar sekiranya kita membangkitkan bahawa suami tidak ada memberi apa-apa kepada kita, maka segala pahala dan amalan kita sia-sia.. tetapi saya tidak tahu ingin meluahkan kepada siapa gelora dan gelodak perasaan ini selepas diberi kata dua oleh suami untuk diceraikan. Apalah dosa saya, adakah terlalu besar sehingga dihukum sebegini rupa. Belum hilang lagi letih saya menjaganya 9 malam berturut-turut di hospital, dan tidak ada satu permintaannya semasa sakit yang tidak saya tunaikan... segala-galanya untuknya malahan lebih dari anak kerana 8 hari anak saya tinggalakan di rumah Mak Ros.


Malahan saya tidak pernah gagal menjemput/menziarah/mengambilnya setiap hujung minggu sejak dia sakit dan saya sendiri bercuti 3 minggu semata-mata menjaganya. Saya sanggup membuat segalanya dengan hanay kesilapan kecil saya diperlakukan begini. Apakah hikmahnya ujian ini, Ya allah... tunjukkanlah hambamu ini jalan yang benar. Amiiiiinnn....segala yang buruk itu dari saya, ampunkanlah dosa Ya Allah kerana kelancangan mulut saya mengungkit semua ini. Kalau benar saya bersalah biarlah saya dihukum didunia ini... moga-moga ada sinar dan hikmah dihadapan menunggu.

Suara hati dan pemikiran siti detik 9/27/2006 05:22:00 PM

Wassalam

Tolonglah mulakan hidup baru....!

Assalamualaikum w.b.t


Sedih... sayu... air mata... sunyi....kecewa.... hampa...pening....marah...geram...menyesal...putus asa....bosan....BANGKITLAH...BANGUNLAH...SEDARLAH....Teruskanlah hidup...majukanlah diri... tingkatkanlah iman... ALLAH ada... Allah akan menolong setiap hambaNya... mintalah apa sahaja! Allah Maha Adil... maha pengasih... maha penyayang.... CUKUPLAH....CUKUP... tutuplah... jangan disingkap lagi... jangan ditangisi lagi, usah dkesalkan, TINGGALKANLAH jauh-jauh kenangan ini....masa depan masih jauh.... Allah menguji Hambanya yang disayangi dan mampu menghadapi ujian.... syukurlah Allah masih sayang... masih waras... masih sihat...boleh bekerja... syukurlah saya tidak gila ataupun mereng sekurang-kurangnya sewel. TIDAK.... saya masih di isni masih tegak berdiri... masih mampu berlari. Saya akan LARI LARI dan LARI dari masalah ini.



Juraian air mata begitu mudah mengalir di pipi, saat ini masih lagi berjuraian tanpa dapat ditahan... entahlah SAYA PELU KUAT... Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan Ya Allah... serasa seperti tidak berdaya lagi hati dan emosi ini... mengapa... mengapa...mengapa aku diuji ujian ini? Adakah hambamu ini yang bersalah dan sebenar-benarnya bersalah?



RABU, 20 SEPTEMBER 2006

Seperti yang ditulis saya ke PD untuk berceramah di Politeknik PD untuk pelajar kejuruteraan elektrik. Sementelah dah sampai ke sana, saya pun singgahlah ke rumah Kak A untuk membawa abang terus ke Markas untuk mesyuarat di Markas. Apabila sampai abang telah siap sedia dan terus menaiki kereta. Dalam kereta wajahnya masam mencuka dan tidak berkata apa-apa. Hanya saya seorang yang bertanya itu dan ini dan saya mencadangkan agar malam ini bermalam sahajalah di rumah saya, esok selepas subuh saya akan hantar semula... "tidak, tak mahu, leceh biar abang balik je malam ni, menyusahkan aje". Saya kata takpelah, saya yang susah, bukan abang! Namun dengan muka yang masih masam dia membantah cadangan saya. Itukan tanda orang tak suka? Kalau suka tentulah dia akan berkata-kata dengan lemah lembut dengan saya. Saya pun mula nampak riak wajahnya yang masam itu dan saya pun berdiam diri sahaja bila sampai dipertengahan jalan. Sampai di rumah juga begitu keadaannya, saya membuatkannya air milo dan saya mandi sebelum menghantarnya ke markaz.



Namun saya masih mengajaknya bermalam dan jawapannya masih sama. Saya perhatikan juga, abang enggan bersalam dan tidak mengelak dari dirinya disentuh kerana katanya telah ada wudhu' asar tadi. Asar masuk lebih kurang 4.15 ptg, ketika itu jam melebihi 6.30, berapa lama dia mahu menahan wushu'nya. Saya yang tidak berjumpa dengannya sejak Ahad tentulah kepingin memegangnya walaupun hanya dengan bersalam. Tapi tindakannya mempertahankan wudhu'nya membuat saya berkecil hati. Biarlah.. kata saya. Selepas menghantarnya saya dah dapat rasakan bahawa saya akan terus-terusan berkecil hati dengannya... perjalanan balik ke rumah saya telahpun menitiskan air mata walaupun benda itu remeh. Satu, penolakan dia untuk bermalam dan kedua tidak membenarkan saya menyentuhnya. Mungkin saya yang ketika itu period menghadapi ketidakseimbangan hormon dan agak emosi.



Malam itu, adakalanya balik dari markas dia akan call saya tapi malam itu tidak. Esoknya juga tidak dan lusanya hari jumaat juga tidak. Dia senyap dan tiada khabar berita. Saya juga sibuk dengan kerja dan jumaat sehari suntuk mesyuarat bulanan. Jam lebih kurang 6.00 petang saya sms dan tanya samaada dia dapat penginapan. Sebetulnya kami ada berbincang untuk balik ke kampung saya di Melaka dan jumaat malamnya dia cadangkan saya untuk bermalam di Chalet kawannya diKuala Sungai Baru dan pagi sabtunya barulah bertolak ke Melaka dan sekaligus kami mahu ke Jasin berurut di Air Merbau. SMS saya dibalas dengan jawapan "ADA". Dalam hati saya pada masa itu masih berkecil hati dan harap dia membuat call semula kepada saya bertanya apa-apa sebab saya dah mengalah untuk sms dia dulu.


Tapi dia senyap sahaja. Saya yang kebetulan sakit pinggang sebab mesyuarat sehari suntuk ditambah bila balik ke rumah baju yang tidak berbasuh melambak-lambak dan rumah bersepah dan saya terasa letih yang teramat letih dan betis saya juga rasa begitu lenguh. Asalnya memanglah ingin mengemas baju untuk dibawa balik tetapi kata hati saya meronta-ronta meminta saya jangan pack barang sebab suami tak call pun.



Saya dah mengalah tapi dia buat tak tau... saya amat penat, patut dia tanyalah khabar saya dah 3 hari buat tak tahu... akhirnya saya tertidur malm itu. Dia tidak menelefon saya dan saya juga tidak menelefonnya. Pagi itu, jam 7.30 pagi saya call dan tanya samaada dia nak balik kg dengan saya, jawapan pertama yang keluar dari mulutnya ialah " takpelah..." terus saya letak telefon.. sebab saya nak bawa dia ke Jasin sebenarnya...tapi dia dah kata tak nak apa saya boleh buat! Saya terus pack barang dan balik ke Melaka.



Hari Ahad saya sms dan ucap selamat berpuasa dan kata saya nak singgah ziarah dia di PD. Tapi sms saya tidak dibalas. Sampai di rumah jam 6.30 petang anak merengek nak ajak ambil ayah, saya call beberapa kali juga tidak dijawab. Selepas itu saya menerima SMS berbunyi "Tak perlu call siapalah abang boleh diperlekehkan sesuka hati"



Saya terkejut, sms ini berbaur masalah... selepas itu kami bertukar beberapa sms dan sms dari saya banyak berupa menerangkan situasi sebenar dan mohon maaf.. tapi antara sms balasan yang saya terima, "Tak perlu susah2 habis duit, itu yang kau cerita dengan kawan sekarang, tak perlu ;agi, hiduplah sesuak hati jika itu buat kau bahagia." satu lagi smsnya "Bosan dengan perangai engkau janji manis tak pernah nak tunai, jumaat lalu suruh cari chalet lepas tu buat tak tahu, ni kebiasaan engkau, janji nak ke Jasin lah. Sudahlah aku bosan dengan perangai engkau"



Barulah saya sedar memang saya dalam masalah, nak menyesal pun tak guna. Setiap kali bergaduh pasti hal lama akan dibangkitkan semula... antaranya kesalahan saya semua akan dibongkar. Banyak lagi sms saya kepadanya yang mana pada masa itu saya pun menjadi marah kerana sms nya semua berbaur sombong dan menuduh saya tidak taat kepadanya dan saya tidak mahu meminjamkannya duit sedangkan saya memberi duit kepada anak saudara dan rakan pejabat. Saya membalas smsnya "Saya sangat2 sedih hari ini nampaknya abang dibelenggu perasaaan benci dan marahpada saya semata-mata. Elok saya diam diri saja tunggu abang tenang dan sihat.



Diam saya bukan bermakna saya terima bulat-bulat tuduhan abang saya pun ada harga diri, kata2 abang pada saya cukup menghiris hati. Lepas abang skit ni saya tak terfikir langsung yang abang akan persoal isu duit dengan saya! tak terfikir langsung! Apa saya dah buat saya ingat cukup untuk tunjuk pada abang yang saya tak berkira langsung dengan abang rupa2nya sebaliknya. Saya betul2 tak percaya abang boleh terfikir macam tu dalam keadaan sekarang."



Masalah lebih besar bermula dengan sms yang saya hantar ni "Abang nak jawapan saya yang kata saya nak berpisah dengan abnag, ke? Abang nak jawapan tu sebagai hadiah hari lahir, abang esok? Saya nak tanya abang, part mana saya perlekeh abang? Pasal saya tak datang hari jumaat tu ke? Abg ada call tanya apa masalah saya dan anak? Saya tak nak citer sebab "apa abang kisah" kalau ada apa-apa berlaku pada saya dan anak, kan? Saya smsm abang, ada abang call back? Saya sakit pinggang abang tau ke? Saya ada problem abang ambil tau ke?"



Jawapan saya terima sungguh memeranjatkan saya " Ya! Ingat ketika aku nak pinjam 350 dengan bongkak dan herdik tapi untuk anak buah engkau tak sabar2 nak bagi begitu juga kawan nak pinjam 500 pun begitu. Sudahle aku sekarang faham apa yang kau ingin dari aku."



Kemudian beberapa lagi sms antara kami dan pada malam itu juga antaranya yang terakhir pada jam 1123 malam "bye selamat tinggal".
Pertanyaan saya apa maksud bye selamat tinggal, samaada bawa maksud tak mahu jumpa saya lagi atau ada makna lain, tidak berjawap! Semalam saya cuba sms lagi dengan kata2 "Saya serah pada Allah untuk gerak hati abang, kalau takde jodoh apa nak buat, doa sahajalah. tapi saya tak pernah cadang nak cerai dengan abang sekalipun bang sampai tahap sakit sampai tak boleh gerak langsung. Tak pernah fikir!Tapi abang sentiasa ugut nak cerai dari dulu lagi."



Jawapannya malam tadi jam 0932 "dulu lagi aku nak cerai engkau tapi engkau janji untuk taat tapi kini apa kau buat pada janji engakau?"



Balasan saya pada jam 0130 pagi tadi selepas saya tersedar dan melihat ada mesej dan saya membalasnya ,"Rupanya tak ambil abang jumaat lepas sebab sakit pinggang tu tak taat ye? Bunyi macam abang tunggu masa dan cari sebab je nak ceraikan saya... salah kecil pun abang cari peluang cari salah saya dan highlightkan perkara-perkara lepas dan seolah2 abang tutup semua kebaikan saya selama ini. Abang tutup mata atas kelemahan abang dan buka semua pekung saya. Saya terpaksa terima hakikat ni walaupun berat Maaflah paksa abang sayang saya...Ampunkan dosa saya selama saya jadi isteri abang dan halalkan makan minum saya dan hani.. apa sya beri abang selama ni pun saya halalkan. Hal anak, tolonglah beri hak penjagaan."



Sehingga sekarang mesej saya tidak berbalas dan saya juga tidak berhasrat memanjangkan lagi pergaduhan kami menerusi sms. Cukuplah sudah terlalu banyak air mata saya yang tumpah. Saya perlu terima hakikat saya tidak ada lagi dihati suami saya. Bersedialah dengan gelaran janda anak satu. Walaupun saya tidak bergantung apa-apa dengannya kecuali kebergantungan perasaan, namun payahnya menerima hakikat kita tak akan dapat lagi kasih sayang seperti dulu. mahalnya kasih sayang... pasti kasih yang layu ini takkan subur kembali.



Dulu... kami pernah membuka fail untuk bercerai di pejabat agama tetapi pada masa itu saya telah memujuknya dan kerana perebutan hak penjagaan anak akhirnya kami berdua mengalah. Untuk memujuknya dia perlulah ada didepan saya, tapi kini bagaimana 24 jam dia di rumah kak A, saya langsung tak berpeluang berjumpanya, kalau ke rumah Kak A dia pasti gembira kalau tau kami bergaduh.. satu kemenangan besar untuknya..



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/27/2006 01:21:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


Wassalam

Wednesday, September 20, 2006

Kerja semasa

Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, September 20, 2006


Hari ini

Semalam jam 2.15-4.15 ptg saya berceramah lagi. Kini setiap minggu saya dapat ke PD, dua setiap sabtu sejak dua minggu lalu saya berceramah di PD dan sambil-sambil ceramah dapat juga menjenguk suami. Selain itu dapat juga duit tambah. Hanya dua jam saya boleh dapat RM 240.00 kerana Kump A dinilai RM 120/per hour. Walaupun nampak mudah nak dapat duit dengan ceramah tapi kalau orang yang tak berani dan tak tahu pasal tajuk terketar juga jika diberi peluang berceramah.



Tapi saya setakat ni, berdasarkan borang penilaian ceramah yang diisi oleh audien setiasa dapat score 7-8-9/10 point. Kira cemerlanglah tu, bukan nak menunjuk tapi itulah hakikat sebenarnya... he he he. Walaubagaimanapun, maklumat semasa sentiasa kena terkini beserta contoh2, baru penonton tidak mengantuk dan bosan. Hari ni kena ceramah kepada pelajar, IPT, saya memang seronok ceramah pada mereka berbanding kepada penjawat awam. Kerana mereka ni masih segar otaknya dan banyak isu yang mereka tak ambil tahu.


Apapun, matlamat duit ceramah yang saya perolehi bulan ini daripada 4 ceramah, saya harap dapat saya gunakan untuk membayar kos untuk membawa suami dapatkan rawatan fisioterapi swasta. Harap niat baik saya dipenuhi dan doa saya suami tersayang cepat semubuh dan pulih seperti biasa.


Hal suami

Pada masa ini suami sedang menunggu untuk melanjutkan rawatan dan urutan daripada seorang tukang urut yang didatangkan khas daripada Bangkok oleh anak tiri saya, Angah. Nampaknya selepas 2 kali urut tangan kiri sudah boleh digerakkan sedikit dan masalah pembuangan air besar sedikit selesai. Hujung minggu ni dia akan datang lagi dengan membawa ubat dari sana. Tapi dah berlaku rampasan kuasa ni tak tahulah dia lepas atau tidak balik ke sini. Berdoa sahajalah. Saya juga bercadang nak bawa sumai balik kampung hujung minggu ni.


Suami cadangkan kami bermalam di Chalet Kuala Sungai Baru milik kawannya tapi tak tahulah saya samaada dia dah buat tempahan atau belum. Sebelum ni kalau hujung minggu saya keluar wang untuk cari tempat bermalam di PD, saja2 malas nak balik rumah sendiri sebab nak ikram suami supaya dia dapat solat di Surau taman dia tu sebab mudah dan jemaah di situ boleh tolong ikram dia.


Almaklumlah dengan bertongkat dan masih tergigil2 jalan bukan semua orang faham, ada yang kata dah sakit duduk rumah sajalah. tapi suami macamana pun tetap nak berjemaah di surau untuk 5 waktu dan solat jumaat di masjid. Jadi kami isteri kenalah ikram hantar dan ambil dia. Minta-minta Allah berilah ganjaran yang besar pada suami dan asbabkan suami Allah datangkan hidayah pada orang lain untuk solat jemaah di masjid. Amin.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/20/2006 11:19:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Wassalam

Saturday, September 16, 2006

Kelebihan orang yang keluar menuntut ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, September 16, 2006


KELEBIHAN ILMU

-Orang yang keluar untuk belajar adalah jihad dan jika mati adalah mati syahid.
-Jika seseorang usaha belajar ia dikira sebagai ibadah, setiap makhluk dibumi, langit dan laut beristighfar untuknya.
-Seorang yang alim ditakuti syaitan lebih daripada 1000 orang abid
-Siap yang merempuh jalan untuk dapatkan ilmu Allah akan mendorong baginya jalan ke syurga
-Sabda Rasulullah ; "Andaikata kamu berangkat untuk mempelajari satu bab dari ilmu agama samaada dapat atau tidak beramal dengannya, maka ia lebih utama dari sembahyang sunat 100 rakaat.



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/16/2006 08:06:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah




Wassalam

Tuesday, September 12, 2006

Anakku

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, September 12, 2006


Anak saya nama Hani, diberi nama oleh ayahnya sempena nama sahabat Ummu Hani... kemudian saya tambah dengan nama Su.... (maksudnya yang mudah, yang tidak suka berbalah, yang senang mengalah) kerana saya mahu bercita-cita jadikan anak saya seorang patuh kepada ajaran Allah dan bukan seorang pemberontak/penentang/suka berbahas/suka nak menang sahaja. Daripada lebih kurang 10 nama yang disenaraikan sumai semasa saya masih si hospital saya memilih nama Su...Tapi, ada sesetengah orang kata perangai anak akan bertentangan dengan nama yang diberi. Benarkah?



Anak saya nampaknya menjadikan saya seolah-olah mengiyakan hipotesis orang-orang tua. Sikapnya yang gemar menjawab percakapan saya dan sering mencari gaduh dengan saya dan lebih terpancar sifatnya yang enggan mengalah apabila bermain dengan adik-beradiknya (anak madu saya) buat saya terfikir (adakalanya) untuk menukar namanya. Tapi apa nama yang paling sesuai? Semalam, sekali lagi dia menguji kesabaran saya! Setelah melalui proses memujuk hampir sejam untuk dibawa balik dia masih berdegil enggan mengikut saya, sehingga tahap kesabaran saya tercabar.


Lantas saya gunakan kekerasan, kali pertama gagal kerana dia yang berusia 3 tahun 4 bulan meronta diatas dukungan saya dan berjaya meloloskan diri turun dan lari masuk ke rumah Mak ros dan terus memeluk abah (suami Mak Ros). Lantas saya terus mencangking (betul ke istilah ni) terus menyumbatnya ke dalam kereta, sayangnya semasa saya menuju ke tempat pemandu dia membuak pintu dan melungsur turun dan mencicit lari masuk ke rumah semula. Ah.. bengang sungguh rasanya. Terus saya menghidupkan enjin kereta dan jalan tanpa menoleh ke belakang dan terus pulang ke rumah yang berjarak 8 km dari rumah Mak ros.


Jam menunjukkan jam 6.30 pm dan saya tidak punya masa kerana semalam saya berpuasa... dengan perut yang lapar dan berhajat untuk ke Pasar malam di depan rumah menyebabkan saya hilang pertimbangan. Saya ingin perang dingin dengan anak saya! Itu azam saya semalam semasa memandu kereta balik. Lalu saya menelefon suami dan kata-katanya hanyalah "sabarle..", dalam keadaan menangis saya katakan padanya saya ingin mengambil orang gaji. Biar anak saya tak jumpa Mak Ros kesayangan dia lagi sampai bila-bila...Rasakan, biar dua-dua rindu-rinduan. Bukan kali pertama anak saya tak mahu balik mengikut saya tapi keadaan ini terpaksa saya hadapi hampir setiap minggu pasti ada hari mood dia tak ok dan enggan balik. Bukan sahaja enggan balik bahkan tak membenarkan saya masuk ke dalam rumah Mak Ros. Boleh sabarke?


Bila malam saya fikir-fikirkan, mungkin saya yang salah! Bukan semua orang beruntung mendapat pengasuh anak yang sangat-sangat baik, tapi saya dapat orang yang jaga anak saya terlalu baik sehingga anak pula tak mahu balik ke rumah. Sesetengah orang berhadapan masalah dengan pengasuh tapi saya bukan bermasalah tapi terlebih bagus pula. Dulu saya mengambil orang gaji untuk tempoh 2 bulan sahaja dan sebulan saya tak hantar Hani, rupa-rupanya kedua-duanya demam rindu dan mak ros pula hingga terdengar-dengar suara Hani memanggil2nya di depan pintu rumah.



Akhirnya saya hantar semula dan sebagai mengambil hati Mak Ros kerana senyap-senyap mengambil orang gaji saya belikan hadiah sebentuk cincin emas. Anak sya pula hari-hari menangis semasa saya hendak keluar rumah sehingga menyebabkan saya sentiasa terfikirkannya semasa di pejabat, ok ke, makan ke, macam-macam lagi. Dan akhirnya saya dapati anak saya kerap ditidurkan di dalam buai dan orang gaji melepak depan TV sambil berbaringan di atas sofa kulit saya. Tapi dengan Mak Ros saya tak pernah risaukan Hani. Setakat 3 tahun ini hanya 2 kali sahaja Hani terjatuh sehingga benjol dahi dalam jagaan Mak Ros sedangkan dengan saya sudah banyak kali terjatuh, tu tak masuk jatuh katil ketika tidur.



Mak Ros juga tak pernah menolak kiranya saya letakkan Hani bermalam adakalanya sehingga seminggu dan tidak pernah dalam sebulan Hani tidak bermalam di rumah Mak Ros, ada sahaa kerja atau kursus saya. Minggu lalu sahaja dua kali dia bermalam, sekali ke JB dan sekali berceramah di PD. Saya memang patut bersyukur.



Perang dingin yang saya ingin buat dengan anak rupa-rupanya bertahan satu malam sahaja. keinginan untuk telefon dia malam tadi saya pendamkan, tetapi pagi ini dalam perjalanan ke Mahkamah saya singgah juga rumah Mak ros kerana teringatkan dia dan sebaliknya pula pagi ini ditarik-tarik kain saya sebab nak ikut saya bila saya kata "ibu nak pergi mahkamah". Agaknya dia ingat mahkamah tu tempat yang menarik. Dan Mak Ros juga kata, malam tadi dia cakap "Mak Ros telefonlah ibu", oh rupa-rupanya dia ingat juga ibu dia! Alhamdulillah.


saya juga membeli buah rambutan di pasar malam kerana selain orange/limau hanya buah rambutan sahaja yang dia suka. Selepas subuh tadi saya bukakan kulit rambutan dan mengisikannya ke dalam satu mangkuk dan sejukkan ke dalam peti ais semata-mata nak berikan dia balik petang ini. Pasti dia gembira... janganlah petang ini dia tak mahu balik lagi... saya pasti bersedih lagi...


Apapun... ada hikmahnya mungkin layanan Mak Ros jauh lebih baik dari layanan saya. Maklumlah malam yang pendek saya tak bermain dengan dia akhir-akhir ini, saya selalu bawa balik kerja ke rumah terutama sekali sejak membuat pendakwaan. Untuk perbicaraan kes seterusnya di JB pada 23/23 Nov dan di sini pada 7&8 Febuari 2007, saya punya masa yang panjang untuk persiapan. Selepas selesai kerja-kerja tertunggak khususnya Kertas siasatan, laporan dll saya akan tumpukan pada Hani dan akan ambil cuti untuk khidmat suami.



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/12/2006 05:05:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

Friday, September 8, 2006

Buku catatan baru

Assalamualaikum w.b.t

Friday, September 08, 2006


Hari ini sebagaimana semua tahu, kita mendapat buku catatan baru kerana catatan bagi setahun yang lalu telah dihantar untuk dinilai. Kalau saya nak muhasabah semula, setahun lalu rasanya lebih banyak dosa dari pahala. Justeru malam tadi saya azam untuk mulakan catatan dalam buku saya dengan amalan-amalan baik. Seboleh-bolehnya setiap inci ruang dan masa saya akan manfaatkan untuk sesuatu yang bermakna untuk kehidupan selepas ini. Malam tadi adalah malam nisfu syaaban dan selepas solat maghrib saya menbaca Yasin 3kali untuk dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ditingkatkan iman. Selepas itu, seya membaca hadith-hadith nabi semoga nur hadith itu akan menyelinap ke seluruh ruang rumah saya.



Pagi ini pula jam 4.30 pagi saya sudahpun bangun dan saya memulakannya dengan solat tahajud dan kemudian solat hajat sebelum saya kemudiannya menunaikan solat subuh. Walaupun semuanya nampak zahirnya benda-benda baik yang saya lakukan tetapi sebenarnya kita tak tahu penilaian Allah, hanya amalan yang ikhlas sahaja diterima Allah. Sedekah emas sebesar gunung Uhud sekalipun jika tidak ikhlas tidak ada nilai disisi Allah. tetapi jika sedekah sebesar biji sawi tetapi ikhlas Allah akan bagi ganjaran sebesar Gunung Uhud.



Ikhlas ini adalah seperti semut hitam dimalam yang gelap di dalam gua yang kelam dan hitam... ia memang sukar untuk dipandang dengan mata kasar.



Suasana dan aura dipejabat mengubah mood saya hari ini, saya putuskan untuk tidak menghadirkan diri membaca yasin dan itu mungkin satu keputusan yang silap. Jam 10.00 pagi mesyuarat pemantauan IP (Investigation paper) teruk saya dibelasah kerana masih ada laporan-laporan yang tidak disiapkan. Sejak suami sakit, pindah rumah dan sekaligus saya membuat pendakwaan banyak kerja seharian saya tertunggak. Saya GAGAL menguruskan masa saya, saya terlalu leka dibuai perasaan sedih, terlalu mengikutkan badan yang letih dan saya suka bertangguh. Tentulah pengarah bersuara kerana mahu mendidik dan membentuk saya. TAPI dalam hati saya mengomel (perlahan) betapa saya benci, menyampah, meluat dan tak mahu berada dalam bilik itu. Saya mahu lari jauh dan jauh.



Alangkah bahagianya jika saya boleh berada di sejadah mengaji dan solat dan zikir dan muhasabah dan fikir dan insaf dan tahu bahawa hidup ini sementara... takde sesuatu yang boleh digambarkan tentang betapa nikmatnya syurga dan betapa sengsaranya neraka. Kalaulah kita tahu pasti kita didunia ini berebut-rebut untuk masuk syurga Allah.



Saya juga ingin begitu Tapi tak mampu. Kadang-kadang saya rasa tak punya masa untuk beribadat dengan tenang pada masa sama satu ibadat yang mengesankan hati kerana saya terlalu sibuk dengan dunia ini.... bermatian-matian membuat kerja tidak tidur siang dan malam, berusaha sungguh-sunggub mencari salah orang sehingga boleh didakwa di mahkamah dunia, mengorek hal-hal peribadi luar dalam kain orang semata-mata mencari bukti bahawa apa yang mereka dapat bukan hak mereka, Tapi saya sendiri tidak menunaikan hak ibubapa, hak suami, hak jiran, hak anak, hak kawan-kawan... saya tak punya masa ikram mereka... saya sibuk dengan dunia saya.



AKHIRNYA, apa saya dapat, saya tak dapat apa-apa saya hanya dapat kata-kata mengutuk, marah, ugutan, kejian dan menuntut saya membuat segala-galanya... apa saya sumbangkan tak pernah dipuji... malahan saya dimalukan (patutke saya malu?) didepan anak-anak buah! Kerja saya tak pernah selesai, habis satu datang dua dan tiga dan empat.... sedang saya ini kerdil begitu kerdil untuk melunaskan sesuatu tuntutan dalam satu tempoh terhad.



Tapi tidak begitu kalau kita kerja untuk Allah, Allah tak pernah marah saya... tak pernah ugut saya walhal yang diberinya terlalu banyak. Saya tak diuji dengan ujian yang maha berat, setakat suami sakit, saya tidaklah terlalu terkesan selagi suami saya boleh beramal dan berfikir, itu masih okay. Anak tak pernah sakit... rezeki tak pernah putus. Tapi saya kerja dengan manusia, tak pernah pengarah saya puas hati dengan kerja saya, malahan leteran dan bebelannya berlanjutan dari hari ke hari sejak lebih setahun lalu berkuasa di negeri ini.


Mungkin kutukan saya dan rakan sepejabat telah berbakul-bakul terhadapnya namun dia tak pernah berubah malahan kerakusannya mengawal, memerintah, mengarah, membebel, mengugut, menggertak dan menggunakan kuasanya membuatkan kami sentiasa panas punggung sekiranya dia ada di sini.



Ampun Ya Allah, hambamu ini lemah dan kerdil hanya manusia biasa. Tak mampu nak memenuhi segala-galanya. Bukan mahu kufur nikmat Mu tetapi adakalanya Ya Allah kau berilah ruang untuk hambaMU ini bernafas supaya dapat Ku atur hidupku ini. Aku mahu masuk syurga Mu Ya Allah. Pandanglah pada HambaMu ini...


AKU MAHU BERHENTI KERJA, YA ALLAH... BERILAH AKU RUANG LAIN MENCARI REZEKI DIBUMI YANG LUAS INI.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/08/2006 12:52:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi



Wassalam

Thursday, September 7, 2006

Kecewa tapi gembira!

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, September 07, 2006


HAL KERJA

Hatiku gementar, dadaku berdebar, kepalaku terasa sedikit pening-pening lalat dan selera makanku terbantut, mandipun serasa hanya memenuhi fitrah keperluan membersihkan diri... jalanku pun terasa seperti tidak berpijak dibumi nyata.... inilah hidupku sejak seminggu lalu!


Bukan... saya bukan bercinta tapi saya seperti Datin S N "bercinta luar biasa", cintaku terhadap kertas siasatan....hah ha ha, itulah yang saya hadap siang dan malam sejak seminggu ini. Semata-mata kerana nak bawa kes di Mahkamah Sesyen JB semalam. Persediaan sebelum membuat pendakwaan itu rasanya saya buat lebih dari persiapan perkahwinan saya yang saya tak buat apa-apa pun. hanya sehari sebelum kahwin baru saya balik ke kampung dan segala-galanya telah tersedia....


Al maklumlah kalau peguam dan Timbalan Pendakwaraya, mereka belajar 4 tahun undang-undang ditambah pula membuat latihan dalam kamar. Sedangkan saya tak pernah belajar undang-undang, SPM pun aliran sains... tak belajar sejarah pun. Baru 5 tahun kerja, tak pernah bagi keterangan di mahkamah setakat ni...w.pun biasa masuk mahkamah, hanya bulan-bulan akan datang ini baru kes-kes saya terlibat secara langsung akan memerlukan saya hadir ke mahkamah memberi keterangan.


Tapi saya pula kini ditugaskan membuat pendakwaan. Memang kalau difikirkan macam kerja gila... bukan calang-calang orang nak berdepan dengan peguam-peguam hebat. Baru-baru ni saya menghadirkan diri ke satu perbicaraan di sini dan peguambela tertuduh adalah Peguam yang mewakili Hanif yang menang dalam kes pembunuhan Norrita, melihat cara beliau berhujah dan seperti nak membelasah pihak pendakwaan sudah cukup menakutkan saya sekiranya saya bertindak sebagai pihak pendakwaan. sekurang-kurangnya, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan mesti "Finger tips", sebut je seksyen berapa mesti dah tahu! Tapi saya masih lagi terkial-kial mencari seksyen-seksyennya... camno nak dakwa orang dan nak berdepan dengan defence Council yang kerjanya nak menimbulkan kes terhadap tertuduh sehingga tahap melampaui keraguan munasabah.


Nak mengadu dengan suami pada masa ni memang tak sesuai, paling tidak dia akan perli saya, tak payah nak dakwa2 orang, nanti sendiri kena dakwa kat mahkamah Allah! Jalan keluar saya cuma solat hajat 2 rakaat, mohon pada Allah dilancarkan lidah saya, dilembutkan hati Hakim dan peguam bela, dipermudahkan saksi menjawab soalan saya dan pendekata segala-galanya lancar. Kadang-kadang tu pun suami marah, katanya, "hai, bukan nak sembahyang hajat tingkatkan iman, tapi pasal kerja baru nak sembahyang hajat". Memang betul dia cakap tu tapi saya ni iman lemah turun naik.... dah lama tak keluar masturat, nak harap nusrah jemaah aje, mana cukup, taklim mingguan pun tak pergi, Taklim rumahpun tak dapat nak istiqamah. Ya Allah ampunlah hamba Mu ini. Cepatlah suami saya sembuh, rasanya kalau sembuh saya nak mohon cuti nak keluar ke negara jauh atau IPB, semoga Allah pilih saya, amin.



HAL KEWANGAN

Saya bertolak ke JB dari KLIA sepatutnya fligh jam 7.25 pagi Selasa lepas tapi memandangkan saya nak tunggu sembahyang subuh di rumah baru bertolak maka saya tersasar lewat 10 minit dan padahnya saya terpaksa naik flight jam 10.45 pagi dan didenda RM75.00. Itu cerita semasa datang, semasa balik semalam, saya yang sepatutnya balik pada jumaat flight jam 12.05 t.hari terpaksa tukar ke Rabu jam 8.15 malam sebab kes tangguh dan sekali lagi saya kena juga bayar sebab mengubah tiket kena juga RM65.00. Nasib baik semuanya boleh bayar dengan Kad kredit. Malam tadi bila sampai di KLIA, tak ada oang datang ambil pulak, so saya putuskan naik kereta pemandu "ulat" sebab nak pakai limo KLIA ramai sangat beratur. Pemandu semalam tu bawa waja, selesa jugalah... cepat pun cepat, ramah pun ramah.


W.pun benda ni salah tapi sebab terdesak saya pun tak kisahlah... sebab saya nak ambil anak di rumah Mak ros lepas tu, jadi nak kejar masa. Itu tak masuk lagi bayaran hotel RM180. Walaupun bilik di hotel Puteri Pacific tu besar, bilik airnya pun nampak mewah dan besar, juga ada line internet dan saya pun bawa laptop, tapi sepanjang masa saya hanya belajar, baca nota dan buat rehearsal macam dalam court. Dunia saya hanya sekitar diatas katil sahaja dikelilingi buku2 akta, nota dan kertas2


DIJB & DIMAHKAMAH

Saya tiba Senai jam 11.30 pg terus ke pejabat dan discuss, jam 2.00 petang saya check in, sehinggalah esoknya, jam 7.30 pagi baru saya keluar sarapan. Malamnya punyalah lapar, saya hanya makan kerepek ubi keluaran FELDA yang disediakan dalam peti ais hotel. Nak keluar jalan di JB, malas dan takde mood sebab seorang diri, dahlah takde transport sendiri, teringatkan pulak suami dan anak kalau ada alangkah bahagianya.


Terasa sangat keseorangan walaupun dalam keselesaan, macam mana agaknya dalam kubur, keseorangan dan penyeksaan dan kesempitan dan kegelapan tambahan pula disoal jawab oleh malaikat... oh saya belum bersedia! Malamnya sebelum tidur saya berazam akan makan segalanya semasa sarapan esok tapi bila tiba masanya, ah saya hanya melilau dari satu tempat ke tempat lain, walaupun hidangan hotel ini amat banyak dan pelbagai, tapi takde satu pun yang boleh menimbulkan selera saya. Saya hanya ambil sesenduk nasi lemak dan 2 potong tembikai susu dan segelas orange juice. Selepas itu naik ke bilik bersiap dan terus tunggu IO untuk ke mahkamah.



Semasa dalam lift ada seorang lelaki awal 40 an bercakap seperti gaya orang politik, macam pembangkang pun ada, NGO pun ada, dalam hati saya siaplah dia ni, dia bercakap dengan beberapa lelaki lain yang saya andaikan semuanya peguam bela tengok dari gaya masing-masing, dan mereka semua bertutur dalam bahasa inggeris. Adakah mereka hakim? Tak mungkin hakim naik lift ini, mereka mana boleh bercampur sangat dengan orang awam. Apabila masuk ke mahkamah, saya yang sampai tepat-tepat jam 9.00 pagi kerana menemankan IO minum pagi terkejut kerana belum sempat saya melabuhkan punggung polis mahkamah dah sebut "BANGUN", oh hakim dah masuk, sedangkan beg pendakwaan saya yang besar gajah tu dengan KS, buku-buku akata tak masuk lagi, masih ada pada IO sedangkan semua dialog Intro yang saya akan cakap pagi ni saya dah siap-siap tulis dalam buku ada dalam beg tu, mana tau tiba-tiba panik dan lidah kelu?



Debaran didada saya makin kencang bilamana belum duduk lagi jurubahasa terus menyebut nama kes saya, kes tangkap **-**- 2006 Pendakwa Raya Lwn ***anak *** (orang Iban) sedangkan saya belum pun sempat bernafas. Terus saya melontarkan dialog saya dengan lancarnya, saya ** binti ** dari *** bagi pihak pendakwaan hadir untuk perbicaraan. Pihak pendakwaan bersiap sedia menjalankan pendakwaan hari ini, tuan. Allah... rupa-rupanya saya lupa memulakan percakapan dengan Kata-kata aluan... Dengan Izin, Yang Arif, saya..... Patutlah semasa saya menyebut nama saya, hakim menjegilkan matanya dan menyebut nama saya sekali lagi untuk pengesahan dan meenadang terus ke saya. Agaknya dia kata, hai budak ni tak hormat kat aku ke? Apapun saya cukup lega pada masa tu sebab langkah pertama dah bermula, debaran dah hilang, malahan semangat untuk mulakan perbicaraan mula tumbuh dan tersebar ke seluruh tubuh saya.



Sehabis saya bercakap pihak peguam belanya bangun, oh lelaki yang umpama ahli politik dalam lift tadi rupa-rupanya peguam bela OKT (Orang Kena Tangkap/tuduh), ah mampukah saya melawan dia ni? namanya Rosli, dari firm mana pun saya tak berapa pasti, mohon penangguhan kerana baru dilantik pada 4 September lalu dan belum sempat membuat prsediaan. Hakim terus bertanya saya, samaada saya ada bantahan atau tidak untuk penangguhan. Laju je saya jawab tidak, entah kenapa saya seolah-olah gembira pula dengan penangguhan itu. Maka diltakkanlah tarikh baru selepas perbincangan iaitu pada 23 dan 24 November kerana peguam tu nak ke Mekah tahun ni. Lega saya ada dua bulan lagi untuk atur strategi dan buat persediaan rapi supaya saya boleh menang kes pertama saya ni. Itulah berakhirnya debaran saya seminggu ni.



Bila saya risik dari pegawai di sini, rupanya majoriti kes rasuah kat Johor dikendalikan oleh Rosli ni, dan hampir semuanya menang, beliau ni bekas Timbalan pendakwaraya negeri Johor. Dengar cara cakapnya, hebat dia ni. Tak taulah, Allah berkuasa, makhluk lemah! Dia hanya makhluk je, saya akan cuba sedaya upaya saya.



HAL RUMAHTANGGA


Sejak Kak A, madu saya tak nak jaga anak saya, saya tidak hantar anak lagi ke rumah dia, dan saya juga tak bermalam lagi di rumah dia, hanya datang untuk ambil dan hantar suami jer, biarlah saya penat asalkan saya tak sakit hati masa duduk sana. Nampaknya pendekatan saya ni seolah-olah direstui, memang saya dah tahu dah dia memang tak berapa seronok saya ada kat rumah dia. Dulunya saya tak berapa perasan, tapi satau yang saya selalu rasa adalah saya asyik rasa serba salah nak buat sesuatu di ruamh dia, terutama masa nak makan saya serba salah bila tengok dia selalu masak nasi cukup-cukup je, saya pun selalu makan ala kadar je, takut tak cukup.


Nak menyapu dan mop rumah pun kadang-kadang bimbang takut tak kena di mata dia. Lebih teruk lagi nak duduk sebelah suami pun tak berapa berani sebab nak jaga hati dia, apatah lagi nak pegang sana, pegang sini, peluk cium toksah cakaplah langsung tak merasa! Suami memang saya dah tahu dia memang jaga betul hati bini dia, kalau cakap di hp, selalunya suara bini dia boleh dengan sama kuat dengan suara dia, bini ada depan cakap pun serius semacam dan takde gelak langsung. Tapi kalau dia di surau dan call saya, kejap-kejal ketawa dan boleh pulak cakap hal-hal lain. Kalau depan bini, hanay kita je cakap dan dia jawap ok...ok...ok... jer.


Sakit hati betul! Bila tanya suami, katanya, mestilah nak jaga hati nanti siap nak layan dia, nak masak untuk dia kalau bini dia dah mengamuk? Betul tu mmang betul tapi saya dah cukup derita dah sepanjang duduk rumah Kak A sebab saya kena hipokrit sentiasa, sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga masa dia kat dapur baru boleh cakap hal-hal lain dengan suami tupun cara bisik-bisik dan kalau nak pegang suami pun masa dia tengah masak atau mandi atau apa-apalah... tu pun pegang luar-luar dan ringan2 nak manja-manja toksah haraplah. Paling saya terasa pada satu malam tu, memandangkan kami tidur melambak diruang tamu, dan saya tidur sebelah suami maka sayalah mengurut suami malam tu, lepas tu sekejap je suami kata tak payah (jaga hati bini lah tu), saya pun terus baring sebelah dia, tengok2 malam tu dia tidur hujung sedikit dari kepala suami dan menghadap muka ke arah kami.



Hai... bukan kata nak peluk suami, nak letak tangan kat badan suami pun tak boleh! Nak jaga hati kan? Seksa tak seksa toksah cakaplah. Hanya Allah mengetahui, seolah-olah nak buat benda haram macam orang bercinta nak buat kerja tak elok takut datang pencegah maksiat cekup. Macam tulah saya dengan suami malam tu. Last-last suami letak bantal antara kami dan tangan saya dan tangan suami dua2 letak bawah bantal, setakat boleh berpegangan tangan jelah... sedihnya Allah aje yang tahu. Pada malam tu juga saya berkomunikasi ringkas dengan suami dengan cara menulis huruf2 atas lengannya sahaja. Nak cakap jarak antara kami dan kak A terlalu hampir.



Seharusnya dan sewajarnya, sekiranya keadaan itu berlaku di rumah saya, saya akan tidur di dalam bilik untuk beri ruang pada Kak A dekat dengan suami. Tapi Kak A seolah-olah tak berperasaan/cemburu kerana untuk tempoh hujung minggu aje saya ada masa dengan suami sedangkan dia 24 jam dari Isnin hingga Jumaat berdamping dengan suami, khidmat dengan suami, bawa ke fisio, bawa mengurut, bawa ke pantai, amsak untuk suami dan segala-galanya! Berilah ruang saya bernafas dengan lega dan tenang bagi tempoh 2 hari itu untuk habiskan masa dengan suami tersayang sepenuh masa. Tapi dia tak pernah dan tak mahu dan terlalu keras hati untuk memahami situasi itu. Adakah saya yang bersalah.



Saya juga tak mahu menyeksa suami dengan membawanya berulang alik tambahan pula, kalau di rumah saya katanya kebas dan berat bahagian yang kena stroke makin teruk. Menurut suami mungkin rumah saya tak di azan semasa masuk pindah baru-baru ni, terasa rumah tu macam "panas". Tapi saya rasa tak juga, sebab saya mengaji, sembahyang dan buat taklim juga, saya dan anak ok je. rasanya itu hanya perasaan dia sahaja. Itulah sebabnya saya malas nak bawa dia balik rumah saya.



Weekend 2 minggu lalu dia mencadangkan kami bermalam di rumah kuarters lama dia (2 bilik) yang diambil dulu untuk saya datang transit di PD untuk hujung minggu, tapi kahirnya bila kami bergaduh dan cadang ke pejabat agama, saya angkut semua barang saya kat rumah tu dan lepas tu rumah tu dibiarkan kosong. Rupanya dia dah serahkan kunci pada seorang kawan untuk dibuat Car wash, tapi projek tu juga terbengkalai kerana tak dapat lesen. Saya setuju cadangan tu maka pada Jumaat malam tu saya bertolaklah dengan membawa banyak barang-barang keperluan maklumlah keperluan orang sakit/tak upaya macam suami, kerusi malas, segala-galanyalah barang2 anak yang masih menyusu, barang sendiri lagi, kain baju, toto, tikar bantal dll. Pendekata penuhlah kembara saya, dahlah malam tu di PD hujan selebat-lebatnya beserta angin, suami yang saya ingatkan berapa kali ambil kunci rupa-rupanya mengambil ringan hal tersebut dan apabila menelfon suami katanya kawan tu berada di Melaka.



Ah.. sudah, dalam hujan lebat tu saya tak tahu ke aman arah tuju! Suami pula berada di surau menunggu Isya' dan katanya meminta saya mengambilnya selepas isya' dan selaps berlegar-legar jam 8.45 malam saya ke surau berdekatan kak A., dari jauh saya dah nampak kereta satria putih KakA sedia menunggu di pintu surau. Mcamana ni? saya call suami dan suami kata biar Kak A ambil dia dan minta saya datang ke rumah ambil dia pula. Alamak bang, ni buat kerja susah pulak hujan-hujan ni, saja nak susahkan diri sendiri semata-mata nak jaga hati bini.



Dalam susah payah nak jalan tu dengan tongkatnya dan payung yang dipegang Kak A, terpaksalah pulak dia masuk kereta kak A, keluar kereta masuk pulak rumah Kak A dan lepas tu keluar balik masuk kereta saya pulak! Kan banyak kerja tu? Malam tu pula, semasa parking di depan rumah Kak A hani tak nak masuk ke rumah Kaka A dan kami berdua tunggu suami di dalam kereta sehinggalah Kak A hantar suami semula ke pintu kereta saya. Saya nak keluar malas pula nak membuka payung yang besar tu. Selesai semuanya saya pun tanyalah suami ke mana tujuan kita, kami bertiga macam orang terbuang dan takde tempat dituju je... last-lasy call kawan suami semula tanya bila dia balik dan kami boleh dapat kunci rumah kuarters tu, katanya masih di Melaka lagi... takkan kami nak menunggu lebih 2 jam dalam keadaan angin dan hujan ni? Penyudahnya suami putuskan balik semula ke rumah saya, jam 10.30 kami pun sampai semula ke rumah saya dan saya pun dalam letih2 tu punggahlah semula barang-barang kami.


Hari sabtu tu, saya ada beritahu suami pada hari Ahad saya ada operasi dan bila suami nak balik, katanya petang tu hantarlah dia balik, saya kata, mungkin malam saya hantar. Siangnya saya suruh suami belajr biasakan diri bawa kereta dan kami pergi membeli sarapan dan pusing-pusing taman dan nampak suami agak kekok dan tak dapat lagi nak balance kan fokus dia masa memandu. Dia kena fokus 100%, kalau tidak saya lihat pemanduannya berat sebelah keri, sekejap-sekejap kereta ke arah kiri. Apapun sebulan dua ni saya rasa suami akan boleh bawa kereta. Malamnya, terasalah pulak letihnya badan ni nak hantar suami balik ke rumah Kak A, sebab selama ni saya belum lagi berehat pada weekend, ada sahaja kerja saya, kalau tak kerja pejabat, kerja di rumah, masih banyak lagi urusan kemas rumah baru ni yang dah ada plan dalam otak saya ni. Sudahnya saya cakap dengan suami lepas subuh esok saya hantar sebab saya akan mesyuarat jam 9.00 pagi ahad.



Esoknya selepas subuh, saya membuat cucur ikan bilis untuk sumai dan selepas mengemaskan anak dan menukar baju suami saya ke kereta untuk hidupkan enjin, oh.. malangnya pagi itu, bateri kereta pula kong. MAsa yang sangat "tepat". Dalam keadaan saya kelam kabut, masa itulah segala masalah datang Allah ingin menguji hambanya, samaada sabar atau tidak. Cubaan beberapa kali tetap juga tak boleh hidup. MAsuk rumah cakap dengan suami dan dia termenung sahaja. saya yang pada masa tu dah rasa panik, tak boleh nak fikir, mana nak hantar suami, mana nak gi hantar anak rumah Mak ros, mana nak gi pejabat lagi... macamana ni? Suami hanay diam sahaja dan tidak ada cadangan. Saya pulak membebel, saya boleh pergi pejabat bila2 masa, ramai orang boleh ambil/hantar/tumpang, tapi suami tinggal di rumah macamana?



Rupanya suami dah fikir jalan keluar untuk dirinya lebih dulu dari masalah saya ni...bini dan anaknya. Dia terus menelefon Kak A dan minta datang ambil dia di rumah saya. Saya pada masa tu membebel kata, "yelah, oarang ada bini, kita (saya dan anak) ni ada siapa, duduk sini merantau, takde sedara mara nak minta tolong, ada suami pun dah sakit tak boleh nak buat apa.....Yelah baliklah rumah bini bang tuuu... biarlah saya dua beranak selasaikan masalah kita...." sambil saya pandang anak saya dan jeling ke suami.



Saya pun call satu pegawai yang duduk sebelah taman saya dan minta datang ke rumah ambil saya. Sementara tu suami terkesan dengan bebelan saya, dia pun cakap dia nak call Hamzah, karkun yang duduk dekat2 sini, minta tolong ambil kereta saya bawa ke bengkel ataupun belikan bateri. Suami minta duit RM 200 dari saya... selepas bagi duit, kawan saya datang kami dua beranak pun pergi dan suami tinggal seorang di rumah menunggu Hamzah dan bininya. selepas hantar anak dan samapai pejabat saya, saya mulakan mesyuarat dan apabila datang seorang pegawai yang agak senior dan semua agenda utama saya dah cakap saya serahkan kat dia handle sementara operasi ni dan minta diorang pergi makan dulu.



Saya pula ambil motor pejabat dan terus balik ke rumah. Pada masa tu, kawan suami dah datang dan dia juga terus pergi bengkel dan bawa foreman ke rumah tukar bateri. Saya pula selepas tu ke pejabat semula selepas dapat panggilan, pengarah pula datang nak tengak macamana saya handle ops ni... berkejarlah pulak ke pejabat. Motor pula motor suzuki lama macam posmen bawa dulu2 tu, setakat 60@70 km/hour. Punyalah seksa. Akhirnya semua urusan selesai petang tu... dan duti dekat RM 200.00 abis macam tu je... saya pun dudk fikir2 macamanalah nasib saya ni, berapa kerat sangat masa sya dapat habiskan dengan suami? MAsa dia ada pun, buka boleh mengadap dia, nak masak, membasuh, mengemas mcm2 sedangkan Kak A duduk rumah ada anak-anak tolong buat, paling tidakpun dia akan hantar anak ke rumah Mak dia dan dia mengadap suami je... kemas rumah takde, basuh baju pun takde, saya ni buat kerja nak tunggu hujung minggu jer.. luar dalam rumah nak kemas.



W.pun duduk berdua, tapi weekday mana ada masa selalu balik kerja dah maghrib, duduk atas tikar sembahyang dari maghrib sampai isya', lepas tu nak baca taklim, ajar nak mengaji lagi...nak masak sikit2 takpun buat air makan biskut atau roti... tengok2 jam dah 10 malam... mata pun dah ngantuk. Anak pun nak dilayan juga, kalau buat kerja je dia pun marah... dia nak kita golek2 dan bercerita2 dengan dia... itulah sebabnya semua kerja2 rumah saya tunggu weekend.



Weekend baru ni pulak, saya minta Kak A hantar suami sementelah dia dari KP ke PD dan lalu di sini, jadi saya minta dia singgahkan abang di rumah saya, tak perlulah saya nak mabil suami di PD, telahan saya mungkin dia akan tunggu saya di rumah sebab dia sampai lebih awal dari saya habis waktu kerja... rupa-rupanya dia hanya singgah tinggalkan suami dan balik selepas solat asar dan suami ditinggalkan seorang di rumah sehinggalah saya samapi ke rumah lebih kurang 6.00 petang. Rupanya bukan sahaja dia tak suka saya ke rumahnya malahan dia juga tak mahu berada di rumah saya...



Esoknya, kebetulan cuti umum merdeka kan... jadi saya dapatlah berehat dua hari dengan suami... Khamis dan Jumaat. Saya bincang dengan suami bahawa saya nak hantar dia balik hari Sabtu sebab saya nak study case untuk bicara semalam tu, nampak riak wajahnya gembira. Jadi pada Jumaat petang selepas urusan hantar dan ambil suami kerjakan solat jumaat saya sekali lagi berkemas ke kuarters. Suami minta saya hantarnya kerumah Kak A dan ambil kunci kuarters di rumah Kak A dan saya pergi dulu ke kuarters kemaskan rumah yang lama tinggal tu dan ambil suami semula selepas isya'. Malam tu, kami tidurlah buat pertama kali di rumah tu... malam tu juga selepas saya ambil dia di surau, dia minta saya hantar ke surau lain untuk mesyuarat dengan karkun sini... dalam 11.30 malam baru dia balik dihantar kawan.



Pagi-pagi esoknya saya bawa suami ke pantai untuk ditanam dalam pasir dan pada jam 12.00 saya hantar ke rumah Kak A dan saya pun balik ke rumah saya selepas maghrib. Saya langsung tak ditahan untuk balik oleh Kak A semasa saya cakap saya nak balik tu walhal suami ada cakap suruh saya balik selepas subuh. Kini saya dah boleh baca perwatakan sebenar Kak A... dia mahu monopoli suami seorang. Sedangkan selama ni kalau Kak A call suami di rumah saya, saya akan berdiam diri dan beri keselesaan suami bercakap dengan dia. tapi sepanjang saya call suami semasad ia berada di rumah Kak A, suara Kak A seolah-olah dia ada sebelah abang dan mendengar apa yang saya dan suami bualkan, mana suami berani nak cakap lebih2..?



Selepas saya balik ke rumah, saya seperti mogok dan tidak ada menelfon suami sampailah Hari Isnin. nak harap dia telefon memang takdelah. Hanya pada selasa pagi di KLIA semasa saya ketinggalan flight baru saya telefon, itupun nada suaranya serius... dan seperti biasa suara Kak A bercakap dengan anak-anaknya jelas kedengaran. Tak pernah saya tenang nak bercakap dengan suami, ada saja gangguan suara dia. Bila sampai di Hotel saya ada SMS suami pu tidak berbalas dan saya call pun tak berjawab sehinggalah malam, baru dia jawab dan jawapannya hp tinggal dalam kereta dari siang lagi. Kalau di rumah saya, sya letak hp suami dekat dengan dia, sebab dia mana boleh nak jalan2 cari hp, kitalah yang kena bantu tapi Kak A agaknya suka hp takde dekat suami sebab senang saya tak dapat call dia. Dan kalau abang tidur atau di bilik air juga dia tak kan tolong jawabkan panggilan saya.



Sehingga semalam, saya yang keseorangan di JB yang agak baru suasananya pada saya tetap keseorangan tanpa ada yang bertanya khabar khususnya orang terdekat sekurang-kurangnya tanyalah saya apa perkembangan kes saya, macamana saya kat sini, saya yang call suami tengaharinya dan cerita dia pun tak banyak tanya, sampai malamnya saya uruskan sendiri semua sehinggalah di KLIA juga suami tak tanya macamana saya balik sedangkan dia tahu selama ni kalau melibatkan naik kapal terbang dia yang akan hantar dan ambil saya di KLIA. Samaada saya selamat sampai atau tidak pun dia tak ambil tahu, hal anak jauh sekalilah nak tanya kabar. Dia fikir saya boleh handle semuanya.



Allah menguji orang-orang yang Dia sayang...itu yang sya ingatkan dalam hati... kadang-kadang saya fikir saya hidup lagi susah dari ibu tunggal dan adakalanya teringin jadi ibu tunggal tapi gelaran janda menjadikan saya fikir banyak kali. Kerja seperti saya punya ruang untuk difitnah dan bila2 masa saya boleh juga mungkin boleh jatuh hati pad suami orang pula dan sejarah akan berulang. Lebih baik saya kekal mungkin ada hikmahnya, siapa tahu? Allah sahaja yang mengetahui ujiannya...Yang perlu adalah sabar lagi dan lagi.



Pada jam 9.00 pagi saya call suami nak lapor dirilah sebab orang langsung tak ambil tahu hal saya, rupa-rupanya dia sibuk ada kat rumah tukang urut...tak boleh nak cakap. Yang saya dengan suaranya sungguh kuat berbual adalah suara Kak A... ada sahaja dia dimana-mana ... saya cukup bosan dan fed up.... tak pernah dapat lari jauh dari dia...Ya Allah tunjukkanlah ku jalan macam mana nak buat lagi? Kalau nak buat dosa bila-bila masa sahaja boleh saya call beberapa lelaki lain (semuanya suami orang) untuk share dan cerita masalah saya dan semuanya sedia mendengar keluhan saya dan mereka juga nengasihani saya sesungguh2nya, cuma saya tak nak dosa lagi.... terutama suami juga akan berdosa.


Tapi pada sapa saya nak berkongsi kasih lagi, nak bincang, nak bermanja, nak ketawa, nak menangis saat-saat saya suka, duka, sedih, bimbang....saya tak punya siapa untuk dikongsi. Kawan baik saya yang biasa saya call pula dah berkahwin Jun lalu... Azizah pun dah berubah sejak dapat "laki" ni... saya juga yang bertambah derita dan derita. Berat badan saya yang dulunya (Mei 2006) dengan berat 62/63 kg kini turun mendadak kepada 52/53 kg! Suami yang sakit pun hanya turut tak sampai 10 kg saya pula yang lebih teruk dari dia.



Saat ini air mata saya tumpah tak terkawal... bukan sebab sedih iman tak meningkat tapi sedih sebab tak dapat dekat, tak dapat cakap, tak dapat manja dengan suami. Beza 18 tahun usia kami jadikan layanan dia pada saya umpama seorang bapa kepada anaknya.... sungguh berbeza dengan orang kahwin dengan usia tak jauh berbeza, saya boleh bandingkan dengan ipar-ipar saya sendiri. Cara suami saya menang berbeza, terutama saya ni bini yang ke 3 dia kahwini.


Saya juga sedih kerana saya sepatutnya gunakan masa ni mendekatkan diri dengan Allah, tingkatkan iman, muhasabah dosa-dosa ni, mungkin ini kifarah dari Allah... tapi saya sibuk dengan suami... suami dan suami... sedangkan entahkan suami ingatkan saya atau tidak? Kalau tanya kat dia dia ingat @ sayang kat saya tak? katanya, "ingat... sayang tapi tak nak ganggu wa tengah sibuk kerja!" Jawab saya.. "Tak, bang... saya akan utamakan abang kalau abang call walau macamana sibuk pun, abang calllah saya...." tapi sampai sekarang macam tu juga... senyap je kalau saya tak call.


Weekend ni, tak tahulah apa perancangannya, sebab saya ada court kes lagi hari selasa ni, nak study, pagi ni pula PA pengarah cakap saya kena beri ceramah di PD jam 2.30 hingga 4.30 ptg sabtu ni, nampaknya kalau penganjur sediakan bilik hotel bolehlah saya bawa suami, kalau tidak tak tahulah apa perancangannya. Harap weekend no kami boleh bin "hubungan lebih bermakna".


Esok nak bincang dengan IO kes ni, petang ni nak plan apa soalan nak tanya saksi2. Dua saksi penting pula dah hilang tak dapat kesan dan beri sapina.. dua-duanya pula pelacur. Hai macam nak kalah je kes ni, belum bicara dah dapat agak, apapun saya akan cuba, hakim pula dengarnya garang... hakim baru, baru tukar dari JB. Doa dan doa... 2 rakaat jangan lupa!



Saya terpanggil untuk tulis hari ni sebab ada juga "orang" yang sudi baca blog saya ni... tq. kata-kata kutuk dalam tulisan ini adalah gambaran kelemahan iman saya, Kak A baik, Kak A baik.... saya yang jahat dan buruk perangai dan buruk sangka dan segala-galanya.... tolonglah doa r.tangga saya ok, saya sayang suami dan anak....



Suara hati dan pemikiran siti detik 9/07/2006 01:14:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Wassalam