Sunday, March 9, 2014

Hani enggan pindah ADH, minta masa sampai 13 tahun

Assalamualaikum w.b.t



Saya telah bincang panjang lebar dengan hani

Isu pindah ke ADH

Tapi nampaknya dia enggan

Bersungguh2 enggan nampaknya

Eh pelik pulak saya

Sebab selama ni apa saya cadangkan dia akan jawab standard

Sukati ammielah atau kakak ikut ammie jer atau kalau baik pada annie, kakak ikut keputusan ammie

Kali ni dialog dah berubah

Dah pandai ada pendirian

Jelasnya, dia tak nak tinggalkan kawan2

Nak habiskan hafalan di madrasah banting

Tak nak ambik akademik

Takut tak boleh bawak subjek yang diajar

Katanya dah banyak tahun tak belajar, macam kakak tak pandai katanya

Takut tak dapat sesuaikan diri

Rasanya apa dia cakap tu berdasarkan pengalaman dia

Melalui kawan2 yang berpindah masuk ke madrasah situ

Sebab ramai yang masuk pindah ke situ

Kerana beberapa masalah yang timbul di madrasah lain

Tapi ramai juga yang dari situ pindah keluar

Samaada sebab ada masalah disiplin

Ataupun sakit, ataupun takde kesesuaian, masalah kawan2 biasanya

Selepas sessi perdebatan secara muhibbah saya terpaksa ikut rentak hani

Dia ada juga bertanya kenapa saya nak pindahkan dia

Saya jawab senang jer

Sebab ammie nak dekat dengan kakak

Dulu.....ammie aim kakak hanya di madrasah 3 tahun dan kemudian dah hafadz

Tapi sekarang dari umur 8 tahun sampai 11 tahun kakak masih tak habis lagi

Ammie nak tular plan B

Nak masukkan madrasah yang ada akademik

Jadi jika kakak tak dapat juga habiskan hafalan

Kakak boleh fokus pada akademik pula

Sempat lagi kalau nak ambik UPSR

Saya bagitau dia akan masuk group terakhir ambil upsr

Selepas upsr bolehlah cuba mohon masuk sekolah agama

Sebenarnya niat saya bukanlah nak masukkan ke akademik sangat

Tapi lebih kepada nak dekat dengan dia

Rasa macam dah lama sangat duduk berjauhan

Saya rindu nak ada anak di sisi

Saya rindu nak ada teman bercakap

Saya bosan di rumah

Saya itu dan ini....ahhh sedihnya hidup seorang diri

Itu sebenarnya dan macam nampak seolah hani pulak jadi mangsa

Tapi sebab hani menolak maka saya hormati keputusan hani

Cuma saya agak tak suka hani di situ

Keadaan cuaca panas

Tempat mandi terdedah

Air pun susah bekalannya

Nak makan pun ada masa2nya

Banyak sangat peraturan

Masa di seremban pula longgar sangat

Tapi sebab suasana di seremban yang banyak masa dalam rumah,

Kaki tangan hani bersih, putih dan gebu jer

Tapi sekarang dengan berdebu, cuaca panas hari2 duduk luar rumah

Kulitnya pun gelap, hishhh rasa macam melasak sangat dia kat situ

Apapun akhirnya itu lah keputusan hani maka kekallah dia di situ

Ada juga dia cerita dengan saya dia bimbang jika tukar madrasah lain

Peraturannya longgar

Bila dia tanya saya apa plan saya utk dia

Saya ada cadangkan masuk ke sekolah menengah yang ada hafalan dan akademik

Dia bagi komen2 yang nampak macam boleh diterima akal

Komen dia berdasarkan pengalaman beberapa kali menyertai program luar

Turut dia gunakan sebagai alasan untu menolak cadangan saya

Katanya sekolah2 lain yang ada akademik nampak akhlak berbeza dengan pelajar madrasah dia

Katanya mereka secara terbuk bercakap dengan ustaz2

Malahan yang berpurdah pun selamba membuka purdah semasa makan, katanya lagi

Program hafadzan yang disertai tu katanya, kalau madrasah dia pelajar madrasah banting tak dibenarkan masuk dan menjawab soalan

Ustazah benar2 jaga batas sebab tak nak suara pelajar madrasah banting didengari, bimbang atas faktor suara sebagai aurat

Makan pun dalam keadaan berpurdah

Malah pelajar tak dibekalkan duit untuk belanja ta mahu pelajar menggedik sangat ke sana sini

Sebaliknya kata Hani oelajar madrasah lain bebas ke sana sini semasa program di masjid shah alam...

Entahlah, nampaknya anak saya dah semakin remaja

Dah ada pendirian dan menilai situasi mengikut frame of reference sendiri

Itu satu petanda positif

Walaupun hati saya sedikit terluka tapi saya percaya itu pasti ada hikmahnya...


Sekian





 Wassalam