Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Masalah tiba2, apa kehalnya kau terjun????

Assalamualaikum w.b.t



Sekadar luahan


Tak abis handle crisis


Dan buat damaged control


Kes Teoh Beng Hock


datang satu lagi


manusia pi pilih nak terjun dari bangunan MACC


pada masa ni xtaulah kena tunggu siasatan polis keluar


Tapi dari sumber sah


Dia yg terjun


saya seharian masa hari berkenaan dok di Pejabat SPRM KL


Team kami yang prepare kenyataan media, jemput media dan handle sidang media


Petang jam 5 meeting bergerak ke akademi jalan duta


Meeting dengan KP, Dato Syafee, pengarah siasatan


Pengarah Dasar, ketua unit komunikasi korporat


meeting sampai malam


Dua orang team kami di HUKM, tunggu laporan bedah siasat


KP dengan kami standby tunggu pengarah SPRM KL dari HUKM bagi green light


KP nak jumpa isteri simati


tapi isteri simati xnak jumpa


DIkhabarkan beratus orang dah standby kat HUKM, orang kastam


Masing2 marah dengan SPRM, kata kami bunuh Sarbani


Saya diarahkan prepare satu lagi kenyataan akhbar.


KP ucap takziah kepada keluarga simati


selesai prepare PR, dato' syafee check, tukar2 ayat jadik ayat lawyer


KP lak check tukar lagi


ketua unit komunikasi korporat lak check, tukar lagi


Jam 8 blast ke media


Jam 9 KP janji dengan KP kastam (dari kenyir) akan ke HUKM melawat keluarga si mati yg standby


tapi at last KP dinasihat xpergi sebab bahaya keselamatan xterjamin, huru hara


2 team kami kat sana report thru BBM, akhirnya mereka standby kat coffea house hotel jer, KP xdibenarkan pergi


Perjalanan malam yang panjang


Mendebarkan, boss semua muka ketat


bincang panjang lebar kronology kejadian


yang saya tak boleh reveal kat sini


KP suar tinggi, pengarah siasatan muka kelat


TKP Operasi (Dato Shukri) naik angin dan menjerit bila tau ada yg terjun lagi


Siangnya masa kat SPRM KL, IO case dah down giler....stress tekanan hebat


Malah tak boleh diinterview..terkejut beruk!


Sampai malam tu dato Syafee cadangkan pegawai2 SPRM perlu diberi khidmat kaunseling


Kena ambik kaunselor khas dari JPA sebagai perjawatan tetap selepas ni


Sebab tekanan kerja dah diluar kawalan


Malam tu kami masing2 dengan satu lappy monitor blog twitter, apa sahaja yg online


nak tengok dna analisis sejauh mana laporan media


Kebanyakan semua menyalahkan SPRM......sangat down masing2


letih urus dan buat crisis management kes TBH tak selesai lagi


Esoknya dah jangka huru hara


Esok buat lagi kenyataan media,


Dua pegawai ditahan kerja....


Asalnya on paper jer buat....tapi KP sangat pandang serius


2 pegawai tak bersalah jadi mangsa....


hari khamis jumaat, melayan pannggilan media tak henti2 call


Sebelum tu kami sibuk keluarkan kenyetaan media dan atur sidang media kes operasi kastam 3B


tak habis blast 3B dah satu hal pulak


Facebook kami, saya sebagai admin teruk kena serang dengan staff kastam


sudahnya terpaksa buat akaun dummy saya dengan miss sinar jawab balik


Mujur sekarang dah ada juga pihak2 lain tolong jawab dan sokong SPRM


Jumaat masih haru biru, prepare kenyataan media dari dato shukri yg kami xkan bertolak ansur,


Akan tegas untuk teruskan siasatan ops 3B, dato tak puas hati nak tambah lagi lastly tak blast pun kenyataan media tu


Pada masa sama prepare juga kenyataan media untuk TKP satu lagi bahagian pengurusan dan profesional, dato' Zakaria


Pasala aspek keselamatan dan rekod statement aras bawah


jenuh cari sana sini pekeliling dan arahan tetap ketua pesuruhjaya


Terus buat sidang media jumaat petang tu jua.....


Sabtu seharian pening kepala, letih seminggu


Ahad pagi2 boss dah bbm suh compile story utk 3 hari


Pasal kematian kastam ni


Punya banyak paper yang masuk tebal giler story untuk 3hari


Syukur kami memang bayar sati company utk monitor story MACC


Media Monitors, yang dibayar lebih Rm5k sebulan


Maka senang juga dan jimat masa, just print dari email


kami memang setiap hari pagi dah petang akan terima email


Kami bukan sahaja dibekalkan blackberry sorang satu


Tapi jam 8 sharp semua berita hari berkenaan akan diterima thru email


Semua berita pasal SPRM juga beberapa key word yang dah ditentukan


So pagi2 memang kerja kami baca berita yang ada sebut SPRM, corruption, rasuah, dll


Dan tanggungjawab kami analisis berita dan kalau ada percanggahan fakta on the spot prepare note to editor atau buat kenyataan akhbar jawab isu berkenaan


Tu sebab SPRM sangat cepat bertindakbalas kalau ada certain isu yang timbul


Cuma sesetangah isu dalam siasatan memang tak boleh jelaskan lah terikat dengan undang2


Sampai JPM dan KSN puji sangat SPRM punya korporat comm, dipanggil boss saya preent depan semua jabatan under JPM


kami ada macam2 saluran dan medium bagi sampaikan maklumat dan mesej....


yang jabatan lain takde kdanga2 ada tp xdimanfaatkan sangat


tulah dia tugas saya sekarang, sebagai pegawai perhubungan awam, boss saya sebenarnya pegawai perhubungan awam saya no 2


Tapi apa2 panggilan yg masuk dalam SPRM saya yang entertain...sebab boss saya sangat sibuk


Orang kuat KP dan sentiasa hadir semua mesyuarat besar2


Saya pun dah terdedah dengan mesyuarat2 besar ni


Terasa kerdil sangat bila meeting dengan org2 besar


Macam last week kena meeting dengan Michael Harshman pengasas CPI


Pastu turut hadir, dato2 belaka dari PEMANDU, NKRA dan dato2 dalam SPRM sendiri....


Saya lah yg paling kerdil


terasa lagi kerdil sebab semua perbincangan level tinggi and dalam english


satu english memang tak power pastu dapat lak bincang isu2 international


Macamana nak pastikan CPI malaysia diperbaiki dalam amsa 2 bulan sebelum CPI diumumkan ni


Pemandu dengan ideanya, NKRA pulak dengan idea lain...


Yang SPRM berbuku jer tengok


Pasal pemandu dengan NKRA ni semua political post


yang cakap teori pandai tapi praktikal xkemana


Jenis pandai taichi


Jenis kalau boleh semua nak serah kat SPRM buat


Huishhh panjang citer meeting tu...mmg high level punay discussion lah


Boss saya gi klinik, ni kali ke berapa dah saya kena ganti dia meetig kat bilik KP


kesimpulan saya memang tak sedia lagi handle benda2 ni semua


Berapa kali boss provok suh saya jadi ketua korp comm


Sata kata saya boleh jadi pengikut setia tapi bukan boss yang bagus


takper salwa saya ada untuk bimbing awak...jangan risau


Boss saya nak ditukarkan ke cawangan antarabangsa


takde maknanya dia nak bimbing


kalau dah cawangan antarabangsa sure ke luar negeri jerlah gamaknya


Sebab banyak paper MACC dijemput bentang di negara luar


MACC sangat diiktiraf di luar negara dalam negara jer dikutuk bagai....



Aghhhhh...melalut dah....


Apapun sekadar lepaskan perasaan tension


Sekali pikir nak masuk unit pendidikan masyarakat jer...cam senang jer bunyinya


tapi xtaulah dilepaskan ker tidak?


Hari kerja tak cukup kaki tangan


2 orang dah duduk 8-5 di mahkamah jalan duta


Tweet utk kes RCI Teoh beng Hock, dalam dua versi englih dan malay


SIla follow twitter @SPRMMalaysia


pastu portal pun kami handle semua berita dari satu malaysia


and then kes keputusan, pertuduhan dari satu malaysia


Yang mana ni rutin everyday, setiap keputusan dan pertuduhan kami juga yang sediakan pres release


kalau anda baca berita rasuah dalam paper tu, saya rasa setiap hari ada beritakami


Hah tu semua kami ler yang buat berita tu....


yang mana dekat2, shah alam, jalan duta, seremban...saya hantar satu team buat coverage


Pastu dari court mereka akan terus hantar story kat saya dan saya edit story dan blast pada media, at the same time team tu akan upload ke Youtube


kami buat style pakej, nak dapat berita airtime percuma di media bukan senang


Tu sebab kami susah payah ediakan berita dan visual jugak untuk sayarikat2 TV ni



Selain hantar story, kami hantar gambar statik, hantar video


kalau mereka tak sempat cover boleh guna visual kami yg diupload ke youtube


kerja mau cekap dan pantas...tu sebab berita SPRM selalu (hampir setiap hari) akan masuk berita baik di paper mahupun di berita TV, tu semua kerja team saya lah tu....


Tu yang hari kerja memamg sibuk giler...dah macam bilik berita


Tu tak masuk mewar2kan kes2 yg untuk pertuduhan, keputusan dan kes bicara....


Tu semua kena alert kan media.....jemput media, kerja kami juga


Kadang media banyak sangat kes dia tak cover kes kita, so kami akan hantar jemputan peringatan dan bagitau pasal kes kami akan dengar atau kes akan tuduh @ keputusan


Dah lepas kes, kami hantar kenyataan media pulak, mana tau mereka tak hantar reporter buat coverage


banyak kerja kami ni....tulah yg sibuknya


Alhamdulillah dalam kesibukan tu saya terlupa masalah


tapi kadang duduk2 tu termenangis juga


Dan malam tadi tak boleh blah, siap mimpi bagai...


Mimpi kan pak hj....tak taulah apa tandanya....


Wassalam

Tuesday, October 26, 2010

Jantan mana yang malang itu?

Assalamualaikum w.b.t


*terlebih dahulu nak bagitau entry ni ada unsur 18sx, harap yg anak dara, (ehem ehem.... *maryam*) angggaplah sessi pembelajaran... takde niat nak dedahkan apa2 cuma saya berkongsi ni sebab saya anggap yang baca blog saya ni kaunselor peribadi saya secara tak langsung...moga dapat menasihati saya mana2 yang tak betul....ada teguran kot saya terlebih@terlampau cerita maklumkanlah mgkin diluar kesedaran saya sebab takde tempat lain utk saya bercerita, benda2 saya cerita ni exclusive di blog ini sahaja, takde manusia lain yg tau se detail ini....hanya pembaca blog ini sahaja....harap bila baca habis disini sahaja jgn disebar2kan pada yang di luar sana....


Ni sambungan siri balas-membalas sms tu.....panjang lagi siri serang menyerang antara satu sama lain...sayalah yang diserang!


So, sms pertama dia tu secepat halilintar saya balas, takde fikir dua kali dah....apa gerak hati dan pemikiran saya yang pertama melintas tu, tulah yg saya balas terus;


"Demi Allah, fitnah apa ni? Dah umur macamni, rupa buruk plk, jantan mana nak? Nmpk sgt dlm kepala tu mmg bersangka buruk, bnda bukan2 fkr pasal bini, mgkin sbb dlm kepala sndiri yg ada cita2 nak cari betina lain jgn ingat org pun sama. Sya xde nafsu jgn salahkan saya, nafsu bkn benda boleh buat2, perlu dbina, diri sndiri xde usaha , nak org jer layan dulu, lama2 bosan jgk. Buat projek pun lpskan diri sendiri je, sama xde perubahan, nak org jer usaha, adilke?"


Sangka saya bila saya balas sms macam tu dia akan senyap sebab memang sensitif isu2 yang saya kemukakan tu...tapi sangkaan saya meleset, cepat betul dibalas sms tu....dan jawapan dia sekali lagi buat saya terkedu sekaligus tertanya2 ......


Intipati sms dia semacam tak relevan dengan isu pergaduahn kami tentang perpindahan dia ke Penang....wtf yang dia balik2 babitkan isu jantan dalam pergaduhan ni, memang betul2 lari tajuk?%&^(*&_)(+++&&^$%@#@ gila!


Ni sms dia;


"Siapa jantan yang kau jumpa masa aku keluar? Aku memang takde nafsu dgn kau sebab perangai kau! Pantang aku bila dipermainkan? Pandai berjanji tapi semuanya hampas."


Ya Allah, saya memang blur se blur2nya....langsung tak tau jantan manakah yang malang yang dimaksudkan...*yang nak mengurat bini orang yang tak lawa perangai buruk pulak ni*


Kan ker sebelum tu bulan puasa, bila masa pulak jumpa jantan, siang kerja malam ke masjid terawikh, ada ker masa jumpa jantan dengan hani 24 jam berkepit dengan saya....kalau jumpa pun jantan mana? Confuse! sangat2


Masa ni saya tak tau lagi apa maksud dia tentang jantan ni....kemudian dalam sms berikut2nya barulah saya tau jantan yan dimaksudkan itu.....


Mercedes 190E dan Along anak tiri


Baru2 ni saya on fb dan ada nampak anak tiri sulung, Along ada online.


Saya tegur dan tanya bila nak ambik merc...


Dia jawab, memang ayah ada suruh dia ambik tapi dia busy, mungkin next week baru free katanya...


saya tanya, ayah turun ker Along ke Penang, dia jawab Along ke Penang...wah rajin nya along...mesti pak hj tak larat dan tak berduit tu nak turun ke sini...


So saya diamkan jer isu ambik merc sebab saya dah deal dengan Along...sebab khamis ahad ni ada bengkel lagi kat Melaka....so janji weekend next week baru dia ambik keter tu


Tapi tadi masa lunch hour pak hj ada sms bagitau


"Thoha akan ambil merc nanti dia beritahu bila dia datang insyaallah"


Lama lepas tu baru saya balas. Mula 2memang malas nak balas...


Tapi dek kerana nak confirmation hal cerai saya sms jugakk...


Tapi kali ni taip2 padam - taip - padam - taip lagi....sebabnya saya malas nak panjangkan cerita tapi dalam hati ada desakan untuk tidak menunggu lama...saya nak tau dan-dan tu jugak duduk perkara sebanar hal cerai ni...


Yang utamanya saya nak tau apa reaksi dia sebenarnya berkaitan cerai ni...


Saya pun sms;


"Dah contact Thoha thru FB, insyaallah next week dia free. Buat masa ni xfilekan penceraian dulu, nak istikharah. Mohon petunjuk Allah. skrg period. R u serious nak divorce? Dah istikharah? Bnyk kali cakap nak cerai tp at the end xserius, xjadi. harap kali ni jgn tuntut apa2 brkaitan anak. Dun worry, cuti sek dia akan ksana. Buat masa ni selagi xcerai izinkan prgerakan sya kemana2"


Tu last draft yg saya taip, kira dah paling berhemah dah tu....sya taknak belit dan rumitkan keadaan. Sya taknak dia tuntut bukan2 nanti tentang hak penjagaan Hani. Cukuplah dia dah ada anak2 dengan Aza.


Saya ingat dia akan balas macamana dia balas minggu lepas waktu sya sms nak failkan penceraian tu...


Kalau begitu gayanya, maksud saya sms saya tak dibalas, dia tak berani nak cakap pendirian dia...dia mula rasa bersalah lah tu...


Persetankan apa dia rasa


Saya akan mandi wajib dalam tiga empat hari ni


Pastu pulun nak baca Yasin dan solat hajat serta istikharah


Dalam sebulan hati tenang insyaallah saya akan dapatlah gerak hati (kotlah dapat)


Masa tu saya akan buat keputusan...


Masa akan tentukan


Buat masa ni mode bertahan dulu....


Apapun berlaku dalam masa terdekat ni, rasanya saya takkan patah balik dah!


Good luck Salwa!


Wassalam

Saturday, October 23, 2010

Sekadar gambar pelengkap cerita

Assalamualaikum w.b.t


Sejak pakai BB ni saya tak teruja nak ambil gambar pun...


Sebab sebelum ni saya pakai sony yang camera dia 8.1 megapixel


Tup tup tukar pakai BB 3.2 megapixel jer...terus ras aahh malas nak ambil gambar


Tapi ada jugak saya ambil, tapi malas sangat nak upload ke blog....kena ambil masa yang banyak


Subuh ni tersalah tengok jam, ingatkan dah nak jam 7 pagi, sekali bangunlah gi bilik air dan on Pc


Mak saya pun dah bangun jugak, so memang saya ingat dah siang sangat dah...


On Pc sambil2 on kan washing machine jugak....basuh baju sekolah dan baju kerja


Sekali terpandang jam baru jam 5 daaaa....


Dari nak baca paper dan berita terkini terus tukar update blog..masa banyak pagi ni


So kita upload gambar....


Pepandailah kaitkan gambar dengan ceriat2 sebelum ni yer...


Gambar Iza di Petrosains dengan Hani, ambil sekadar jer sebab saya dok menenggek, kan tengah pening kepala masa ni...






Ni kat Putrajaya Sentral, on the way nak ke KLCC masa ni




Happy dalam Petrosains...gambar2 dalam Petrosains ni Iza yang ambikkan...




Ni sekadar nak tunjuk wajah hani, ni hari yang subuh dia terkena keracunan makanan tu, saya masuk office lambat dan bawak anak dara ke pejabat..seharian dia duk melangut kat bilik saya...





Siap cuba topi uniform saya...




Dan siap bukak tudung bagai, yerlah dah seharian melepak dalam office saya...tengok dia bersolek tu...saya tak perasan ralit buat kerja, rupanya dia sakan bersolek...





Kan hampir setiap weekend saya balik kampung sekarang, ni gambar salah satu weekend yang saya balik kampung tu...Hani dengan Kak Uda, Kak Ngah dan Adib.....nak tunjuk gambar langsir belakang tu..tula langsir yang saya bagi saya punya langsir raya tahun lepas....






Akhir2 ni banyak program luar, ni program seminar ADB-OECD, di Palace Of Golden Horses, 4 bunga (bunga ker?) yang mewarnai Unit Komunikasi Korporat, miss Conquer, Miss Sinar, saya dan Miss yip (peg kontrak, ex Malaysia Kini & Malaysia Insider journalist)...kesemua unit kami kami 4 lelaki dan 4 perempuan....





Ni gambar terbaru, masa nak ambik nissan, Saleh sedang nak tunjuk dan ajar macam2...saya walaupun tengah sedih dan blur dengan sms cerai tu....terlupa masalah sebab dapat keter baru tuuuu...


Masa dia terangkan hal enjin ni, yang saya faham sikit2...saya kena check no chasis enjin, kat mana nak tuang air dan kat mana nak check minyak hitam...




Gambar enjin....ni nak kena study lepas ni.....susah payah beli, nanti tak pandai jaga jahanam plak....




Miss Sinar terover suka bagi pihak saya...tengoklah dia yang teruja lebih interview si Saleh pasal keter ni...









Miss Sinar suh bergambar dengan keter baru....masa ni baru lepas nangis....tapi demi kereta ku dan kenangan saya abadikan juga gambar saat2 awal bersama kereta ku...





Miss Sinar juga tak lepaskan peluang bergambar...masa ni dia mc...sebab hari sebelumnya dia ke Hospital Serdang ambil sample sel di breast dia....doc suspect cancer



Selitkan citer mami jarun (yg tak berapa nak jarum sangat), ni rantai tangan emas yang dipilih oleh Iza, adamacam style remaja sikitlah saya rasa....kecik comel lote jer rantai tangan ni...sesuai dengan saiz pergelangan tangan saya....cincin lupa plak nak snap...







Wassalam

Saturday, October 16, 2010

Perkembangan lepas sebulan menjadi ibu tunggal!

Assalamualaikum w.b.t



Diam tak diam saya hidup berdua ni dah lebih sebulan...


Cepatnya masa berlalu, tak rasa langsung yang hidup sunyi kosong dan rindu (macam yang Kak Engku rasa lepas pisah dengan Adzmin), wah over bandingkan diri dengan artis2 lak...


kalau takde rasa apa kekurangan maksudnya begitulah jugak dengan masa depan insyaallah saya akan dapat menjalaninya dengan baik...harap2 begitulah hendakNYa


Dan syukur juga Allah menghantar seseorang menemankan saya dengan hani


semuanya tidak dirancang


Selepas raya seminggu sahaja Along terus duduk dengan saya


Automatik saya kini ada pembantu


Tu sebab saya tak rasa langsung kekurangan


Kan dah banyak kali saya ambik/hantar kembara ke bengkel due to problem gear, hose dan kipas yang tak settel


So, Alonglah yang membantu.....samaada bantu hantar dan juga masa nak ambik balik kembara tu


Tak perlu dah bantuan miss sinar


Last week selasa rabu saya ke kursus di Hotel Maya, Along jugak hantar hani ke sekolah...saya jam 6.30 dah keluar rumah nak kejar ERL awal pagi dan nak cepat sampai KL central, pagi tu hani siap sendiri dan along hantar sekolah naik motor


Walaupun pagi tu Hani sms dan pastu call bagitau Along tak bangun lagi sedangkan dia dah mandi...tapi kiranya adalah juga seseorang, Along tempat saya nak mintak tolong apa2...


balik ikutkan dia jugak ambik tapi saya sempat sampai sebelum jam 6 dari Putra LRT maka saya ambil hani


Minggu depan saya ada bengkel di Bukit Tinggi pulak.....bengkel 3 hari...isnin sampai rabu...


Esok nak balik kampung ambil makwe (mak saya) untuk tolong jaga hani....boleh juga kalau bagi Along jaga tapi tak sedap ati pulak


Zaman ni kan macam2....hani ni pun dah 7 tahun, Along dah 22 tahun...takkan nak tinggalkan berdua jer dalam satu rumah utk 3 hari....tak percaya saya...


so along akan hantar Hani pagi2, petang balik kerja dia juga akan ambik....hari rabu iaitu hari yang takde KAFA tu saya akan minta bantuan Miss Sinar jer...hantar balik sebab makwe ada kat rumah....


NISSAN SENTRA & KEMBARA


Isnin ni dapat keter. Asalnya nak beli nombor lawa. hari tu SA kata dapat hujung bulan


Tapi isnin ni saya ke kursus bila pulak nak gi masuk tender hantar borang nombor pendaftaran tu


So kesimpulan cakap kat SA tu proceed jerlah...dengan apa2 nombor


Ikutkan nak nombor 2 angka takat bawah seribu bolehlah lagi....


Dalam hati cita2 nak nombor macam merc tu PCM 55, sekali tengok kat portal JPJ tu nombor memang mahal gila lah....


Paling kurang saya dengar dari kawan saya yang pernah beli nombor, angka 55 ni kalau nak masuk tender paling kurang dalam RM20,000....mampus...mahal gila tambah sikit dapat kancil tuuuu


Owner lama (Dr dari Penang) bagitau pak hj dia beli nombor ni dengan harga RM4,000, tu masa tahun 1997 ketika keter ni baru keluar


Sekarang dah 2010, mesti naik lagi kan....so pasrah jerlah lagipun kebetulan minggu depan sya dah takde, terima jerlah apa2 nombor....cadangan nak ambik no melaka pun terbatallah...


Kembara saya dah putuskan yang saya akan bela dan pakai.


Semuanya sebab saya rasa yang daripada saya buang RM10.6K untuk topup jika nak trade in baik saya guna 10.6 k untuk benda lain...


Memang saya dah stand by duit tu....mujur juga hari yang saya cadang nak bayar terus kat SA tu dia kata akak simpan dulu, ada lah jugak masa saya berfikir...


So, fikir punya fikir, dan tanya pendapat di forum kembara.net, terus saya buat keputusan simpan jer kembara ni...


Along pun tetap dengan pendirian taknak kembara ni, tetap jugak teruskan booking keter Myvi..walhal hari tu dia dah booking di Shah Alam, dah proceed loan tapi kena tolak....


Tak putus asa dia, terus booking dari jurujual di internet pulak....setakat ni dah 3 hari booking tapi tak dapat call dari bank lagi....


Saya asyik provok dia...macam2 dah saya cakap...pro and cons beli keter baru ni...saya cerita pengalaman saya


Dia pulak, dari belajar UiTM ayah dia dah belikan motor...(bertuah badan)


Balik2 dia cakap pengalaman makcu 10 tahun dulu...tak sama dengan hari ni


Saya bagitau dia saya bermula dari naik motor pinjam YAMAHA 110 cc(motor ayah dia) selama 6 bulan...ulang alik sorang diri dari Taman Seri Serdang sampailah ke Jalan Duta atas bukit nun (sekarang dah jadi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia)


Lepas 6 bulan, ayah kau ambil balik motor tu, makcu beli motor second hand Honda C70 dengan harga RM700 jer....tapi repair lebih dari RM400 kot, kali ni berulang dekat sikit dari Taman Seri Serdang ke Putrajaya...syukur sangat2


Along cakap, naik motor bahaya makcu, makcu tak tengok accident kena gilis lorilah apalah...


Eh....makcu setahun bawak motor sama jugak, berhati2 jerlah...hujan panas makcu boleh tempuh....setahun makcu boleh sabar walaupun perempuan...takkan ko lelaki tak boleh sabar


Makcu masa tu gaji dah dua ribu lebih (masuk elaunlah) pun tak yakin nak beli keter, sebab tau mak abah susah...tiap2 bulan bagi RM600.....tolong abah bayar keter dia


Ni kau tak kesian kat mak ayah kau bukan orang senang....gaji pertama pun belum nanmpak bayang, dah booking kereta...


Ada satu tahap tu kan dah rasa macam geram sangat, so saya cakap kat dia..takpun ginilah, ko tak yah bayar apa2, kau pakai jer kembara makcu ni...


Ni semua saya buat sebab nak selamatkan duit gaji dia jangan RM550 burn macamtu sebab nak bayar Myvi tu sedangkan ada pilihan lain....


Saya cakap, duit gaji tu bagi mak ayah lebih sikit...


Hmmmm, dah offer free pun dia tak nak! Tetap juga tersengih2 tak jawab apa2....


Agak2 bila dia boring, siap cakap...alahai makcu ni tak abis2 lah......terus gelak2 masuk bilik tutup pintu!


Takper, saya nak tengok, slip gaji pun tak dapat lagi, mana taknya kerja start 28 Oktober hari tu.....makan dia pun saya tanggung, ada hati tu nak terus pakai keter baru....nilah cerminan anak muda hari ni...sedey....takleh langsung nak hadapi cabaran...


Saya yang perempuan ni pun, dengan kerja tetap masa tu, masih pakai motor, lepas setahun baru pakai kancil tu pun second hand installment RM312 sebulan...lepas 5 tahun barulah up sikit tukar kembara...installment RM433...


Ni dia dahlah kerja co swasta...tak sampai sebulan, gaji pertama pun tak dapat lagi...cita2 tersu besar ambik kereta baru...


Bila saya offer ajak dia gi used car, kita trade in kembara ambik keter lain sebab nanti bolehlah dia ambik kembara tinggi sikit....tu pun dia macam tak bagi respond yang positif...hmmm takleh kata apa dah


Dalam kepala dia takde bayangan lain dah...bayangan Myvi SE jugak yang muncul...malas dah saya nak offer dia...


So, dua hari lepas saya pun bayarlah kereta tu untuk lebih kurang setahun punya bayaran, RM5,600....so anggaran bodoh2 saya bayaran kembara saya kena lunaskan dalam dua tahun lagi bersamaan RM12k


Saya bayar awal2 sebab dapat bayangkan lepas ni beban nak bayar dua kereta, Nissan RM917 dan kembara RM433...so dalam setahun ni saya belajarlah adjust mana yang mampu dulu....


Kalau saya bayar secara ekspres saya rasa akan kurang lagi dari 12k tu...hari ni saya nak check outstanding balance kereta tu, banyak mana baki dia...


kembara tu saya bercadang nak hantar kat bengkel yang betul sebab menurut forumer kembara.net mereka kebanyakannya hantar kembara tu kat bengkel di subang jaya....memang budak melayu tu repair kembara semata2....dan saya pun dah berhubung dengan dia tu forum tu cuma nak tunggu masa jer nak hantar...


Dan kembara tu saya cadang nak sewakan. Hasrat ni disokong oleh Along. Sebab katanya masa kat UiTM memang ramai student yang sula sea kereta hujung minggu.....


Bila bagitau Iza, dia pun setuju sangat dan katanya dia boleh tolong promote pada student KUIS....


Dan paling koman saya boleh letak iklan kat UKM ataupun masukkan dalam mudah.com atau iklan dalam OXL.....tengoklah macamana....


Semalam saya sms pak hj bagitau merc dah siap tapi ambil next week, saya nak pakai gi Bukit Tinggi Isnin-Rabu....pastu dia balas...."Sentra tak keluar lagi?"


Aduuuuhhhh.....dia tau pulak....ni mesti bank yang called nak kepastian masa saya proceed loan tu walhal masa bank call saya untuk tanya rujukan tu saya bagi nama Along dan ayah Along....tapi memang dia ada tanya nama dan no hp suami, saya beri tapi saya tanya dia, awak akan call ker..dia kata tak...saya pun pesan cakap tolong jangan call suami saya yer...saya taknak dia tau saya beli keter baru, saya tak bincang hal beli kereta dengan dia....


Tapi mana lak pak hj tau ni...gabra sekejap....terus call Iza, dan Iza pulak kata...habislah...kalau ayah dah tau makcik beli keter baru, mesti dia nak berbaik semula....


Tulah..saya kata kat Iza, macamana pun makcik tak nak berbaik semula....dia kata alahai..benda baik makcik sabar jerlah berbaik semula....hiskkkk ko ni, doakanlah biar makcik macam ni dah okay dah takde masalah....


So sms tanya pasal 'sentra tak keluar lagi?' tu saya biar kan jer tak nak jawab...ikut hani dia suh tipu jer, dia suh jawab, "tak jadik ambik sebab nak tolak kembara kena topup tinggi."..<--hani boleh cakap ayat gini, nampak sangat yang dia betul2 jadi rakan kongsi masalah saya...siap blh keluar ayat macam ni lagi....


Wassalam

Sunday, October 10, 2010

Dua hari dengan dua anak

Assalamualaikum w.b.t


Dua hari ni membizi sungguh...


Bukan bizi apa, bizi melayan dua anak


Satu anak sendiri, hani, satu lagi Iza


Iza datang semalam...rasanya dah 2 tahun tak jumpa dia ni


So, semalam ambik dia kat komuter Serdang terus ke The Mines


Program awal nak tengok Magika, tup2 sold out...sampai malam tiket takde


Hani setuju tengok Sammy's adventures...cier pasal penyu..best citer tu


Pastu balik solat Zohor....dan asar sekali


Dan keluar balik ke Alamanda pula


Nak tengok Magika jugak...


Saya kesian kat Hani...dah lama dok cakap nak tengok Magika ni


Dia yang buka mulut nak ajak tengok wayang sebab ayah dah takde katanya


So saya walaupun dalam hati kalau aku sendiri memang aku tak pergi ni


Tapi sebab Iza ada, saya ikutkan jugak


Dan Iza rupanya sejak belajar di KUIS ni dah biasa tengok wayang woooo....


Hmmm...dah berkawan2 kan....tentu ada pengaruhnya...kalau ayahnya tau tentu2 ayahnya tak suka


Tapi dah ayahnya takde..lantaklah....


bagi saya memang tak berapa elok tengok wayang tapi sebabnya saya malas nak cakap kat sini....tapi saya pun dah langgar pendirian....


Semalam jer dua kali tengok wayang


yang tak tahan sebelah malamnya tengok jam 11 punya...jam 7 dan 9 ada kosong tapi jauh2 tiketnya...


Habis dekat2 jam 1 pagi tuuu


Tapi berbaloi, Hani suka sangat


Keluar tu asyik cakap best best best....


Jari dan tangan ku kini bersinar


Sebelah malamnya nak tunggu jam 11 seksalah lama rasanya..nak jalan dah letih....


Pastu singgah lak kat Tomei....dari cadangan nak tengok2


Terjebak saya beli emas lah pulak


Saya beli yang kecik comel jer rantai tangan dan cincin


Saya memang tak gemar benda besar2 ni


Rasa kalau pakai jenis besar2 ni macam orang 40 an....tambahan pulak tangan saya kecil ....


So, lega jugaklah....


Selama ni takmo pakai emas rasa menganggu sangat


Tapi bila tengok kat HQ ni..alahaiiiii


Majoriti ada emas di tangan/jari....


Terasa sangat kalau kita tak pakai macam pelik...(kita jer rasa kot, orang pandang biasa jer agaknya)


Yang satu rank dan yang baya2 saya pun saya tengok ramai yang dah pakai emas saiz besar...yerlah umur pun dah 30 ke atas....badan pun masing2 boleh tahan membesar juga...


So, sebagai salah satu keperluan bersosial dan status diri di sini, emas seurat dua ni memberi sedikit keyakinan...hehehee (teori sapalah ni?)


Ronda Kuala Lumpur


Hari ni, sekejap lagi ni, saya Iza dan Hani nak naik Komuter.....nak survey jalan...


Selasa dan rabu ni saya ada course kat Hotel Maya


Dah google, dekat2 KLCC....


Kalau nak naik kereta pagi2 tu sure jem jalan area situ...


So saya cadang nak naik Komuter dan LRT jer....tapi nak naik bukan reti sangat


Takat naik KTM tu taulah...pernah juga naik LRT ni ...


Tukar kat KL central kan?


Tapi dah lama gila dah tu..naik dengan Pak hj dan Hani satu masa dulu...


Kali ni cadang, nak survey tengok berapa lama masa diambil.....senang nak adjust....


Oklah.....setakat ni sangat enjoy dengan hidup saya....


Tapi Iza pulak asyik2 cakap instinc dia kata yang kami akan berbaik semula


Saya pulak rasa yang pak haji akan main tarik tali dalam hal nak lepaskan saya ni...


Dan dia tunggu saya bertindak...


Macam kes dia dengan Aza lah


Kan lagi lama dia tinggalkan Aza....lebih dua bulan


Tapi macam saya cakap....NO NO NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saya cuma tunggu 4 bulan jer....ikut taklik masa nikah kalau tinggalkan isteri maka jatuh talak satu kan?


So sabar jerlah...walaupun Iza cakap yang saya bergerak tanpa izin sekarang ni pun dah berdosa.....


ahhh lantaklah, dosa kau tinggalkan anak bini tu hapa? makan minum anak bini ada kau ambik tau?


So, dua2 sama dosa....saya buat pun ada sebabnya.....Allah maha mengetahuikan...


Merc Kembara

Merc saya dah betulkan...kena RM850 tapi puas hati, cantik dia pasang..bumper baru katakan tapi saya tak cat sebab kaler bumper tu sendiri pun dah kaler grey....


Pastu saya tinggalkan kembara suh dia tengok belek semula kenapa pick up slow sangat terutama bila mula nak jalan pada 1-40 kelajuan dia....


Hal jual kereta kembara ni tunggulah esok buat keputusan


Merc pulak semalam masa kat The MInes pak hj sms nak suh hantar


Tapi saya kata keter kat bengkel lagi...Iza yang suh tipu


Walhal keter dah lawa tip top sebab semalam kes malas carik parking terus basuh kat parking Mines tu kena RM28.00...kilat bukan main lagi merc tu....suker...


SO pakai lagi merc sampai rasa puas dengan kos RM850 bumper tu dan tipu tu anggaplah tipu sunat..hahahaaa


Esok nak gi KLCC jugak ni, ada meeting kat Dewan philmharmonic (eja camana ntah) tapi dah disediakan bas...


Program konsert SPRM 10.12.2010 nanti


SPRM tu stand for Malam Sentuhan Perasaan Rohani Manusia sepena hari rasuah sedunia...


Konsert tu nanti penyanyinya Siti Nurhaliza, M Nasir, Adibah Noor, Anuar zain, Khadijah Hashim...ramai lagi ntah sapa ntah...maals pulak nak ambik pot sgt


Ni saya jadik ketua AJK Publisiti (wahhhh )....publisiti katanya...tapi takde hapa pun consultant yg buat...


Tapi nampak gayanya ke konsert lah pulak saya nanti....jemputan VVIP Tun M suami isteri dan
Najib suami isteri.


Kadang2 duk pikir apa kaitan konsert dengan rasuah ni.??? dah kata pencegahan....nyanyi pun kaedah pencegahan katanya....walhal yang rasuah besar2 tu minat ker dengar lagu2 ni...


Haihhh....malas lah nak komen!


Wassalam

Friday, October 8, 2010

Saya rasa sungguh tertipu...please advise me!

Assalamualaikum w.b.t


Kan saya citer hal beli nissan kan?


Tetiba saya rasa macam tertipu...


Bukan tertipu secara langsung tapi secara teknikal...


Mungkin saya salah faham atau cara jurujual (Saleh) tu terangkan tak jelas


Tapi at the end saya rasa macam apa dia cakap tu tak sama dengan apa saya faham...


Kan saya ada tulis kat sini yang dia nak ambik kembara tanpa saya perlu top up apa-apa kan?


Ingat tak? Saya memang faham macam tu, tu sebab saya sanggup nak beli nissan tu...


yang saya faham begini...


Saya beli nissan sentra, 10% saya akan bayar sebagai down payment nissan tu....harganya RM85,ooo++ dan 10% adalah RM 8,500 dan saya dah bayar booking RM500...


Then rebate RM8,000 yang nissan bagi tu akan digunakan untuk cover hutang kembara...plus dengan market price kembara yang dia sanggup beli dengan harga RM8,000 maka all in RM16,000 dan SA tu cakap yang used car Tan Chong akan tampung beza tu (sebab saya ambik Tan Chong punya keter~biasalah tu)


Tapi kemudian lain plak versi cerita dia...


Mula2 dia suruh saya bayar RM500, tu biasalah untuk booking nissan tu...


Pastu dia suh saya kontra jer...10% down payment nissan tu, guna duit rebate RM8,000 (so saya lepas tangan tak perlu bayar apa2 utk nissan tu) dan 10% yang saya nak bayar tu bagi kat dia...


Then terbaru semalam, dia kata manager tan chong Bangi nak tengok kembara dan nak tentukan berapa nilai kembara tu....


Semalam dah bawak dah kat showroom nissan....manager Tan Chong pun dah tengok dah...tapi saya tak dengar perbincangan SA dengan manager tu....


Lepas tu baru Saleh ni cakap kat saya manager tu nak ambik RM7K, masa bincang ni dia bawak saya masuk meeting room siap tutup pintu bagai takmo manager tu dengar perbincangan kami


Tiba2 ada cerita lagi satu, dia panggil satu lagi jurujual situ, kawan dia....


Dan dia tanya saya nak jual kereta tu kat used car kawan dia tak?


Saya pun pelik mula2...dan dia terangkan elok akak jual kat used car melayu daripada jual kat Used Car Cina (maksud dia used car under Tan Chong)


Budak used car kawan dia nama Man tu pun terangkan, dia pun akan ambik RM7K kembara tu, dan setelah dikira2 dengan hutang kembara saya RM17,600, dia akan ambik RM7K, saya kena topup RM10,600....dan jumlahnya RM17,600 dia akan setelkan ke Ambank...


Saya tanya dia market price kembara saya (1.3 Auto EZ, 1999) google RM9,000 tapi kenapa ambik rendah sangat....


Dia kata kembara keter sejuk, tak laku...walhal sebelumnya dia kata dah ada buyer keter tu sebab tu dia nak beli...


Dan saya ada juga google harga jualan kembara tahun sama, tengok2 harga dia RM22k-RM20K....


Maksudnya dia keluar kos RM7K (saya plak topup RM10.6K) tapi dia akan jual keter tu dengan harga RM 20k minimum....


Kalau calculation macam ni, berapa untung dia? Adakah ikut kiraan bodoh saya ni untung dia dalam lingkungan RM 12-13K???


kalau begitu, patutlah dia sungguh2 nak ambik kereta tu...macam tak sabar2 sangat...


kenapa saya kata tak sabar sangat?


Petang semalam juga dia nak ambik kereta tu...


saya kata tak bolehlah keter baru tak dapat lagi...merc saya plak kat bengkel...


Pastu saya call bengkel katanya dah siap dah kereta tu....


Masalahnya Along lak ke Shah Alam....takde sapa nak hantar ke Bangi...


Then diorang sanggup nak hantarkan ke Bangi pulak....pastu saya naik merc dia akan ambik terus kembara


Saya pulak tak fikir panjang terus setuju8...tapi saya balik dulu untuk maghrib...


Sampai rumah fikir semula...


Macamana kalau bumper merc tu saya tak puas hati? Duit dah keluar RM850...


Nak letak semula saya lak patah kaki nanti....sebab kembara diorang dah ambik


Kata man tu dia nak latak kat showroom dulu kembara tu...


Pastu nak cepat sebab nak repair mana2 yg kurang lagi...


Saya pun fikir logik jugaklah....tapi yg takis edap tu nissan dijanjikan hanya "within this month'


Saya peliklah..takkan lamaaa sangat....


Yang jadik kegusaran takut pak hj minta merc tu dalam seminggu dua ni..apa alasan saya?


Sudahnya saya minta tangguh...dan dia kata esok pagi dia akan ambil kereta tu kat pejabat


Saya ni tau2 jerlah kan office hour memang takde masa nak berangan...ada jer kerja menunggu


Dia call saya bertubi dan sms suh saya tunggu dia di Bangi (kat bengkel merc tu) dia akan ambil RM10.6K yang saya memang dah standby dari semalam...


Kembara dia akan ambil terus dan bawa ke Bahau untuk setelkan baki hutang RM17.6 k tu.... sebab saya ambik kereta tu guna loan AM bank Bahau....so kena setel sana utk ambil geran kat sana....


Saya ni walaupun dah siapkan awal2 RM10.6 K tapi dalam hati rasa was was sangat... takkan nak bagi jer RM10.6K serta kereta tu.....ni semua main cakap mulut jer dulu


Nama saya sebagai owner pulak takkan tukar nama selagi keter tu kat showroom used car....lepas ada buyer maybe 2 month baru nama akan tukar pada owner baru tu....


Kenapa akhirnya kesimpulan yang saya buat seolah2nya penerangan awal dia dengan apa yang berlaku berbeza???


kenapa saya perlu top up RM10.6K hutang kembara sedangkan pihak used car hanya bayar RM7K?


Dari awal cakaplah yang nissan 0 downpayment (sebab 10% dah dicover oleh rebate) dan beza harga pasaran dengan hutang kembara saya kena topup sendiri...kan senang saya faham dan saya boleh buat keputusan awal?


Tapi dari janji dia kata semua hutang kembara used car akan tampung....saya hanya perlu bayar 10% nissan jer...kan macam lain versi dia tu?


Sekarang saya sangat serba salah....rasa tertipu dan rasa diperbodohkan


Saya akan kena bayar RM10.6K untuk cover hutang kembara


Sedangkan saya boleh ajer tak perlu ambil nissan dan bayar jer habis kembara tu....RM17.6K


Dan satu aspek lain pulak....kembara saya kekalkan dan RM10.6K saya gunakan sebagai down payment keter lain....dah tentu bulan2 nanti dah kurang bayarnya


Tapi ni dahlah bayar topup RM10.6k pastu bulan RM917...


Atau adakah saya ni terlampau kronik berfikir dan asyik nak untung jer....


Tolonglah tak reti betul nak calculate untung rugi kes saya ni


Saya dah call dua kawan lelaki yang agak mahir dalam hal ni sorang sokong saya trade in kembara sorang lagi lak suruh saya survey kembara punya market price kat used car...kalau ada offer lagi tinggi dia suh saya tolak kat kedai tu...


Ada tak sapa2 yang boleh bantu saya fikir logik dan yakinkan saya tindakan saya tepat dan betul serta beri keuntungan jangka panjang...


Dalam hal ni terasa2 perlunya seorang lelaki dalam hidup untuk bagi guide dan nasihat serta bantu meyakinkan saya dalam buat keputusan


Juga sebagai teman bila nak deal hal2 begini...takdelah orang berani nak tipu2....


Oh yer..saya tak maksudkan lelaki itu adalah pak hj...no..no...pak hj takde dalam kamus hidup saya dah!!!


So, petang tadi saya sms Saleh nak minta masa nak fikir pasal trade in kembara ni....beli nissan tu pun sebenarnya serba salah.....tapi saya dah sign perjanjian pinjaman tu...rasa macam nak batalkan jer...(teruk betul ni.....tak tau nak fikir apa dah..walaupun saya tau nak dapatkan sesuatu tentu ada kos melepasnya kan?)


Ada yang pandai kira2 untung rugi dan kos yang terlibat....please lah..buntu dan takde sapa dah boleh saya tanya pendapat.....kotler ada yang pandai2 dalam ba2 ni...bantulah sikit bagi idea dan yang penting bagi saya keyakinan untuk buat keputusan supaya saya rasa keputusan tu adalah yg terbaik kalau tak pun menghampiri yang terbaik bagi situasi saya ni....

Wednesday, October 6, 2010

Seputar kereta lagi

Assalamualaikum w.b.t


tq kawan2.


Tapi saya ni masih berfikir samaada nak betul atau tidak


Kesian pun ada


Sebab saya tau dia takkan mampu nak betulkan


Dan paling penting


Saya tak nak dia kutuk2 saya


Carik saya dan marah saya


Sebab tau memunah tapi dah punah tinggal begitu


Tak pasal2 senang2 ati sekarang ni nak cerai tetiba ada dendam kesumat dalam ati pulak


Bagi saya....


Lepas ni aku-kau takde apa2 pun urusan/isu yang perlu dibangkitkan


Anak~totally aku jaga


Tu sebab saya taknak ada hal dengan dia, taknak create isu


Sebab nanti ntah apa bukan2 pulak dia bangkitkan


Bagi saya kalau proses ni smooth lagi senang


Rugi sikit hati senang takde sapa kacau<-- tu yg terbaik


Tapi tengoklah macamana


Tengah survey mekanik


Susah gila nak carik spare part 190E ni...ada kot


Saya yang tak biasa


Dah minta Along (anak tiri) carik kat KL


Dan dah minta tolong SA nissan tu tengok kot2 ada kawan dia jual murah2..senang kow tim


Oh yer....


Loan nissan dah lulus, maybank..interest 3.0....


SA tu buat jugak kat CIMB


yang pelik CIMB tak lulus sebab katanya kes kancil dulu pernah naik mahkamah


Yang tu saya tak tau pulak sampai nak court cuma saya ingat


Yang kancil tu pernah kena tarik


Mas asaya pregnant hani


Pak hj lupa nak bayar


INGAT! Masa tu kan kad gaji saya semua dia pegang....


Masa tulah dia lupa nak bayar sampai masuk 3 bulna...GILA!


Tengah mengandung prut dah besar masa tu


Tetiba dua tiga lelaki India besar2 tahan saya depan Tabung haji Seremban


Nak tarik keter....


Dua kali tau nak kena tarik, tapi sekali memanag kena tarik betul2 cuma skali lagi tu dapat deal dengan bank, bayar terus!


Lepas tu sepanjang saya pakai sampai sekarang ni tak pernah kena tarik pun walaupun kadang2 ada sulas bayar jugak sebulan dua....


Tapi kalau kena tarik masa ni, oklah jugak sebab keter sendiri, bayar sendiri<--sendiri carik pasal kan...


Yang dulu, duit kita bagi (siap kad bagai) konon ko ambik tanggungjawab bayarkan tup2 kena tarik..bengang kan!


So, kesannya sekarang baru timbul, loan CIMB tak lepas sebab isu dalaman tulah (sejarah naik court katanya) heheee walhal takdelah naik court ker hapa..setel masa tu jugak...


Tapi terfikir mungkin jugak lepas trade in 2005 ambik kembara ni, owner baru/used car tak tukar nama ker? Boleh jadik ker?


Kancil saya tu saya selalu nampak orang Pakistan yang pakai....entah tak taulah apa citer sebenarnya...asalkan loan saya lulus udah!




Wassalam

Thursday, September 30, 2010

Test drive Nissan

Assalamualaikum w.b.t


Kereta

Semalam tengahari kawasan Putrajaya hujan maha lebat kan?


Tapi masa hujan tengah lebat dengan angin kencang tulah saya test drive nissan


Gelabah jugaklah masa test drive tu, tak rasa kenikmatan memandu


Satu sebab dah lama gila tak bawak keter manual...sampai dah ala-ala lupa lah...


Satu lagi sebab hani tido, dari dalam kereta masa sambil dia daris ekolah, sampai showroom nissan kat presin 15 siap tido menangkur atas meja tu


kejut sambung tido lagi dalam keter nissan tu


Dahlah hujan lebat gila....dia lak ala-ala mengamuk kejap2 kena bangun...dipaksa pulak kejut tu...


Kena cepat2 test drive sebab nak kejarkan tarikh semalam untuk proceed loan ke CIMB untuk dapatkan interest 2.9+, lepas 30 sept naik cam biasa 3.++...jauh gak beza untuk 9 tahun tu...


Semalam dah proceed loan, sebab bayar 10% (tak bayar pun lagi) hanya bayar booking fee RM500, loan di proceed dalam RM77k. Monthly payment masih jugak tinggi (pada sayalah) dalam RM900


Tapi kalau kira2 hutang RM17,600 baki kembara dengan tempoh 3 tahun nak habiskan (bayar ikut jadual) dan kos maintenance serta kot2 rosak sana sini dalam tempoh 3 tahun tu...saya rasa berbaloi jugak saya keluar kos bayar down payment jer...


5 tahun pertama boleh pejam mata, keluar kos untuk servis jerlah....minyak pun katanya save jugak....lagipun dah biasa kembara memang kuat makan minyak pun, merc 2000cc toksah cakaplah memang kejap2 isi minyak jer kerjanya...


So, nissan sentra ni (plus manual lagi) pasti akan membuatkan saya rasa penjimatan pengisian minyak....cuma utk keter ni saya akan kekal guna RON97...sebelum2 ni saya selang seli RON97 dan RON95....


Pemilihan warna agak keliru, tak tau nak pilih...main redah jer ambil xxxx grey, kawan office kata keter nissan sentra ni (yang dah 12 tahun diperkenalkan nissan) adalah keter untuk orang tua jer....


Saya pun akui, alahhh mmang dah tua pun....dan hasil google memang banyak komen kata design body dia takde perubahan dari dulu (1998 diperkenalkan kalau tak salah) kalau rasa nak speeding nak cuba2 lumba dengan keter2 sporty baik tak payah....


Tapi penemuan google juga buat hati saya terubat sikit....katanya enjin nissan pilihan utama dijepun kalau banding Honda dan Toyota....cuma di Malaysia masyarakatnya skeptikal sikit....semua suka Honda (apakah?)


Enjin nissan juga kurang masalah, takde problem besar, rungutan customer pun kurang, SA suh saya check kat used car, katanya memang kurang sangat nissan/sentra dijual di used car sebab customer akan pakai berterusan sebab puas hati....dia suh lak saya compare dengan honda dan toyota yang banyak di used car....ntah saya tak perasan pulak sebab jarang2 ke used car...


Dari segi dalaman, sentra sangat old school takde design canggih2..USB pun takde....ABS, Airbag adalah....tapi itu bagi saya bonus jer....kalau nak ambil leather seat harus tambah RM3K...so lupakan ajer...


Harap2 minggu depan setel semuanya....


Cik Ayang


Malam tadi Cik Ayang called saya.


Lama giler!


Sessi luahan perasaan rupanya...


Eh tau ker sapa Cik Ayang?


Cik Ayang kan kakak Aza, pensyarah politeknik PD yang saya citer tak kawin2 lagi tu....


kan diorang dan Tok (mak Aza) rapat dengan anak2 Aza


So, sekarang Aza dan pak haji kan blah camtu jer...


Cik Ayang kata hari Khamis, raya ke 7 tu diorang pagi2 (lepas subuh) dah bertolak ke Penang....


Tinggalkan rumah (berkunci) dan takde nak bagitau apalagi nak bincang dengan Cik Ayang dan Tok


Dahlah tok menangis2 teringakan Sofiyyah dan anak2 lain tu....


Hahahahaaaa.....


Saya cakap kat Cik Ayang, saya malas nak ambik tau


Sayatakde perasaan dah


Apa nak berlaku, apa dorang buat saya taknak ambik pot langsung


Saya dah takde nak marah, jeles atau apa pun....at last Cik Ayang pun faham


Minta maaf banyak kali kat saya menganggu katanya


Pastu Cik Ayang kata dia ada dengar rumors kata pak hj ada siteri lain (dah Nikah) di Penang, minah kilang ker hapa ntah


Tu sebab nak pinda ke sana...lantaklah dia Cik Ayang, saya kata


Nur Aza ni tak serik2...sampai ati dia buat mak macamni, rungut cik ayang lagi


Nak taknak esok akak kena gak ke sana bawak mak akak ni....takkan nak biar camni jer...


Cik ayang kata, kalau telefon, Nuraza tak jawab..dia bagi hp kat Khairin (anak dara dia 17 tahun)


eh..panjang lagi citernya...nanti sambung lah ek...panas2 ceritanya!




Wassalam

Wednesday, September 29, 2010

Bali juga kereta baru! Akhirnya....

Assalamualaikum w.b.t


Semalam ada majlis aidilfitri SPRM di PICC.


Pergi berdua, balik tu, saya balik sorang, suruh kawan lagi sorang tumpang kawan lain...


saya cilok2 balik lepas semua reporter dah balik, saya pun terus jer balik


Sempat malan 4 cucuk sate jer...


Sejak kerja bahagian komunikasi korporat ni, apa2 event tak sempat nak menghayati


Asyik kena entertain wartawan, reporter jer...sudahnya kita makan pun sekadarnya jer...


Balik citer hal keter


Saya balik awal tu sebab nak survey keter


Sebab dah fikir banyak kali dah...mula2 nak ambil samaada viva, saga atau myvi


Yang saya kira agak murah bayaran bulanan within 800-900 per month kalau plus kembara


Tapi semalam teringat kan ada showroom nissan kat presint diplomatik


Terasa nak terjah dan test sekali lagi....sesajer jer mana tau ada nasib yang baik, Allah isinkan saya tukar kereta


Tapi dalam hati saya tak kesah jugak dah kalau tak dapat keter import...sebab hati dah redho kalau pakai keter tempatan yang kecik2 pun ...sebab dah tu jer yg dalam kemampuan saya


daripada sakit jiwa pakai kembara tu....buat habis duit jer kan....


Cuma isunya saya terfikir kembara ni takkan nak jadik besi buruk dan bulan2 bayar .....


Mula2 Along positif nak pakai kembara dan bayar sikit, dan saya guna nama dia beli keter baru guna skim graduan...


Tapi rupanya member dah direkomen boss dia ambil keter baru, along dah order Myvi....siot jer


Anak muda hari ni mana nak dengar cakap orang tua (makcunya nilah)


So, saya pun jumpalah SA nissan semalam......


Dan tak sangka, rupanya dia nak ambik kembara saya tanpa perlu saya top up apa2...yeee haaaa


Hutang kembara saya berbaki RM17,600 pada masa ni....dua bulan ni saya dah praktik bayar RM1,000 sebulan (macam saya cakap lah tu) tapi setiap kali dua keping RM50 tu kena reject plak kat cash deposit machine tu...so dah dua bulan ni saya hanya bayar RM900 sebulan....


So, semalam bincang2...saya akan bayar 10% down payment dan harga kereta tu RMRM85,750 (OTR) dan monthly payment dalam RM888....kira dalam kemampuan lah..saya ambik manual kali ni sebab phobia dengan masalah gear box keter auto...


Bila fikir balik, ada pro dan cons nya...


Bulanan akan tinggi sekali ganda compare to kembara....


Tapi lepas ini insyaallah saya takkan pening dengan masalah kereta at least untuk 5 tahun pertama


Dan kembara saya takkan ada dalam kamus hidup lagi...


dan bila saya bagitau mak saya hal ni, dia pun suka..tu yg penting


Dan dia keluarkan ayat macam ni...."baguslah tu...takdelah orang kata eh kata dak siti tu gaji besar...tapi keter kecik asyik rosak tapi tak tukar2" <-- saya tanya larrr sapa lak yg cakap camtu? Mana ada gaji besar....


Mak saya kata, bukan orang yg cakap, aku yang cakap....yerlah orang sebelah2 mesti tengok keter kau asyik rosak jer..mesti pikir camtu kan<-- larr mak saya yang nak saya pakai keter baru rupanya :-)



Along dan mak saya setakat ni tak pernah tanya lagi hal hj sidek mana...yerlah sebab tak nampak2 hj sidek lagikan...tapi kalau diorang tanya saya dah standby jawapan...."dia dah pindah penang"....



Malam pertama mak saya kat sini, saya bawak ke alamanda, malam tadi ke pasar malam, malam esok nak bawak solat ke masjid Putra....yerlah dah dia nak balik weekend ni, kalau duduk seminggu lagi weekend bolehler saya bawak jalan2 taman kat sini....


Hari ni nak gi test drive nissan sentra tu....ikutkan semalam saya nak ambil grand livina...yerlah sebab pada masa ni saya cadang nak kerap balik kampung..bolehler ikram kakak2 dan anak2 buah...tapi SA tu tanya akak ramai ker satu family....saya jawab dua jer....senyum jer dia...


Dan satu lagi, kalau GL dia bagi rebate RM3,000 tapi sentra dia bagi RM8,000 plus ambil terus kembara tanpa top up...


Masalah saya cuma sentra ni pada saya gedabak sangat utk perempuan...ikut hati nak honda city....kalau kembara takde hutang ni mesti dah lama saya sambar (dalam situasi sekarang) sebab monthly sama jer bih kurang nissan...dan bodynya lagi sporty...


Enjin pun lagi power...dan nissan ni okaylah jugak (sambil sedih terbayang compressor ni) bagi orang terdesak macam saya....dah ada jalan keluar ni eloklah dimanfaatkan...


Satu lagi sebab ambik manual, sebab...manalah tau kalau jodoh saya masih panjang...saya taknak bagi pak hj bawak2 keter saya ni....kalau auto mesti dia boleh bawak kan....


Yerlah dalam hati saya jujur saya katakan saya takde hati dah dengan pak hj....tapi pak hj ni kalau tengok history dia, dalam setiap pergaduhan kami, dia cepat marah dan dia juga cepat cool (reda) seolah2 takde apa berlaku sebelumnya....


Tengoklah kes dia gaduh dengan Aza yang baru2 ni...terus boleh cool dan siap pulak boleh terus pindah sekali, walhal masa bergaduh tu dah tonggang terbalik dah masing2 mengata antara satu sama lain....


Dengan saya gaduh pun sama....lepas satu ketika, dia akan okay terus dan tak sebut2 langsung hal gaduh sebelum tu sampailah gaduh seterusnya baru diungkit hal gaduh sebelum2 nya tu...


Tu sebab saya rasa dia ambil strategi berdiam diri ni....tak balas2 sms saya pasal talak dan cerai sebelum ni sebab pada dia dah takde apa agaknya....maksud saya takde perasaan marah, geram ker...


Dan harus diingat, merc dia masih ada pada saya....yerlah takkan nak berulang dari penang semata2 nak ambik merc tu kan...


Kalau dia datang mesti samaada datang sorang naik ekspress atau sekali dengan Aza dan anak2..pastu balik penang masing2 drive merc dan serena...tapi mampuker diorang nak tanggung kos minyak dan tol utk dua kereta ke penang..tambah2 pulak bawak anak2 kecik jalan jauh....???


Tu sebab kot dia tak ambik2 lagi merc ni...saya apa lagi, dah phobia dengan kembara, saya naik merc tu jerlah....lagipun kalau terbiar tak elok jugak...memang nampak cam saya pergunakan harta dia...tapi harus diingat sumbangan saya pada kereta tu banyak jugak tu....


Lagi satu kan....ntah2 nanti bila2 dia datang ambik merc tu (tentu dari penang kan) dia nak pulak jumpa hani, salah2 gaya nak bermalam pulak kat rumah saya ni... ni cuma firasat saya jer ni...


Kalau berlaku macam tu...harus saya keluar rumah carik hotel......meluat dah nak mengadap situasi sama setiap kali lepas gaduh.....


Saya boleh bayangkan betapa susah payah kat sana.....yerlah tempat baru, suasana baru, keter sebijik....anak2 ramai...


Pak hj sure boring sebab anak2 bising, dia tak dapat tido....aktiviti lain takde....pastu mengadap aza yang sungguh kuat bebel, marah anak2 24 jam....pastu sure habis duit banyaks ebab tau2lah nak set up tenpat tinggal baru...rumah confirm kecik sebab sewa sana kan mahal....nak sewa teres pun belum tentu mampu...


Dah tu mesti Aza susah hati tinggalkan rumah dia taman bayu takde sapa duduk....pakmhj lak rumah sri pinang pun bontang tinggal camtu....


Padan muka!!!


Wassalam

Friday, September 3, 2010

Dilemma Kereta

Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi saya tak dapat tido.


Terbawa2 sedih dengan masalah kembara


Dan tak reti nak buat keputusan (serba salah takut2 tu bukan yg terbaik)


Jam 3 saya dah bangun, duduk atas sofa, menangis....


Punca nya sebab mengenangkan ada suami tapi macam janda jer...


sebelum tu, siangnya tu saya ada call kawan yang saya baik dulu tu kan saya ada cerita...masa kat N9


Kawan lelaki (pangkat atas dari saya)....rasa dah tak tau nak citer kat sapa....


Lama saya tak berhubung, tapi sebab hubungan baik sejak dulu saya rasa dia jer yang saya boleh luah masalah...dia memang dah tau serba sikit masalah saya


Itulah kan......dimana2 ada peluang kalau nak buat benda ikut peraturan sendiri...kalau nak buat kemungkaran...


Dia sedia jer nak temankan saya siang atau malam nak gi survey keter baru


Malah dia cadang suh saya ambik skuter honda dulu, dan siap offer nak bayarkan motor tu guna easy payment credit card dia....dan dia dah contact pun kawan2 dia kdai motor mana yang sesuai nak gi survey...


Tapi saya fikir2 balik....asalnya saya setuju, esoknya tu (jumaat) lepas perhimpunan bulanan saya akan naik keter dia gi survey motor dan kereta


Sebab miss sinar hari ni (jumaat) nak servis keter sebab nak balik ipoh malamnya


Tapi malam tadi saya fikir2 balik...tak patut saya bina hubungan baik semula dengan suami orang (walaupun kawan jer)


Malam tadi lepas terawih kawan tu call saya tapi saya malas nak jawab


Pagi ni saya sms kata tak jadi pergi....bagi dia no hal, jika saya nak bantuan, dia anytime sedia bantu, cuma kita serba salah lah kan....sebab dalam hati kita tau bahawa keluar dengan lelaki ajnabi ni berdosa...walaupun takde apa perasaan....sekadar kawan jer...


Dan saya juga ada luah pada dia hajat saya nak menjanda


Tapi dia kata..janganlah....pasti orang akan pandang negatif pada saya nanti....


Saya ikut nasihat dia, saya rasa saya perlu usaha apa yg perlu walaupun dalam hati dan dalam otak ni menolak2 nak berbaik dengan pak hj


Sambil nangis2 tu (pertama kali nangis hal gaduh sebab pak haji ni) saya taip sms yang lebih kurang ayatnya, "Nabi puhn boleh maafkan orang kafir/yahudi, takkanlah abang takde sikit pun sifat Nabi, tak boleh nak maafkan saya?"


Pastu padam balik, taip lain, padam balik.....takut2 berpanjangan gaduh ni..lagipun Ramadhan kan...saya rasional fikir balik, saya taip sms, "abang tolonglah balik, saya takde keter, patah kaki ni, "miss Sinar" balik Ipoh malam ni"


Tak berjawab sms tu...saya send lagi sms, "Kakak taknak gi sekolah, hari ni ada khatam Quran, cikgu kata bdk Darjah 1 tak perlu datang, abang datang ambik anak pagi ni"


Pastu berbalas tapi lambatlah, "pagi ni ayah datang", oklah kan at least berjawab....


Kalau gitu jawabnya, maksudnya dah okaylah tu....


Saya send sms lagi, citer hal kembara lak...tapi satu pun tak berjawab...


Pastu pagi ni saya gi kerja miss sinar datang ambik, hani tinggal sorang kat rumah, on kan facebook (senang nak chat) dan on TV, tapi dia sibuk membaca masa saya nak bertolak ke pejabat tu....


Jam 9 saya sms pak hj tanya dah sampai ker, dia jawab "ya". Petangnya saya call hp pak hj Hani jawab, masih ada di rumah, maksudnya tak pergi PD lah tu....


Dipendekkan citer, saya balik PA Dato' hantar, dan tumpang dia sekaki dia gi pasar malam dan bazar ramadhan..beli ketam, udang sotong ikan....konon nak balik masak, sambut pak hj balik sini...


Sekali sampai rumah dari jauh dah nampak pak hj dan Hani dah nak bergerak balik PD...


jenuh drama pujuk memujuk depan pintu tadi...sudahnya keputusan dicapai, pak hj arahkan balik PD lepas terawih malam ni....


Tapi saya nak pujuk dia balik terawih ni suh stay semalaman esok baru balik PD...


Program nak hantar hani balik kg macam tak jadik jer....


Balik2 tadi, hani pakat2 dengan saya cerita katanya ummi dah baik dengan ayah...tadi ummi telefon ayah cakap bukan main lembut lagi....


Saya pun berubahlah air muka..bukannya apa, macam terkejut jer...walaupun dah agtak dah....


Hani siap perli kata, ammie tu hari tu nak sangat ummie berbaik dengan ayah, bila dah berbaik ammie cemburulah tu....


Eii geram jer dengar!


Waktu rehat tadi, saya, PA Dato' dan miss sinar dah gi Perodua, dah order ALZA dan minggu depan sebelum raya mungkin dapat kot...


Tapi dalam hati berbelah bagi....


Bulanan RM800++, 9 tahun saya ambil Auto Premium...kalau ambik manual kurang sikit bayarannya...tapi kenalah ambik auto kalau tak pak hj takleh nak bawak pulak....


Entahlah tak tau betul ker tidak keputusan ni


Tapi malam ni saya nak bincang dengan pak hj, kalau dia ada pdandangan yang lagi bagus, saya akan pertimbangkan dan batalkan permohonan loan ALZA tu...


Dalam hati masih nak keter import.....betul takde jiwa Malaysia ni....camano nak buat, sebab saya dah letak standard dalam hati yg saya nak keter import....


Tapi kalau rezeki dah keter tempatan....redha jerlah....


Dan pagi ni juga tokey bengkel dah call mengesahkan gear box kembara sah tak boleh pakai'


Keter pun tak boleh jalan, dari hantar boleh jalan jadi tak boleh jalan


memang habislah tutup buku, gear box baru dia kata dia boleh bagi harga RM2.8k


Terus saya cakap kat dia tunggu jerlah lepas raya, saya takde duit ..direct jer saya cakap


So, gituler berakhirnya cerita kembara....buat sementara waktu....tu sebab saya gi jugak perodua tu....dealer proton kinrara dan banyak kali sms gak katanya sempat lagi nak ambik keter sebelum raya, tapi saya ni tak reti.....berbolak balik hati ni


Ikut otak rasional saya memang nak guna jer kembara tu....3 tahun kejap jer....saya boleh ebrsabar..tapi tulah....

Wassalam

Thursday, September 2, 2010

Saya sangat sedih

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari paling sedih.....sedih sebab keter..patut sedih sebab amalan Ramadhan yg tak cukup


Sedih saya sampai saya menangis beberapa kali.


Tadi saya call bengkel semula, katanya dah 2x test lepas basuh gear box tu tapi tak boleh jugak


Pastu dia keluarkan komponen semua, basuh sekali lagi dan petang ni dia nak test sekali lagi, boleh guna ker tidak gear box tu


Saya sedih sangat sebab nak tukar gear box nak pakai 3 ribu....ni dahlah nak raya


Satu lagi, esok kononnya habis office hour nak hantar hani balik kampung


Sekarang semuanya punah belaka!


Saya sangat2 patah kaki dan buntu tak tau nak buat apa...


Pagi2 miss sinar datang ambik saya dengan hani dan kemudian hantar hani sekolah pastu kami ke pejabat


Petang pun sama....mujur miss sinar tak berkira


Dan hari ni miss sinar hantar saya ke bazar ramadhan dan hantar balik rumah


Saya nak berbuka kat masjid takde transport nak pergi sebab miss sinar nak gi The Mines malam ni...


So, malam ni terawikh kat surau bawah ni jerlah kot...


Saya dah call salesman keter proton, konon nak ambik saga jer lepas bincang2 dengan Luna thru FB tadi tapi tak taulah nak minta bantuan sapa lak ni...


Kalau saya ada kenderaan saya dah pergi dah ke Kinrara tu, tapi sekarang tak tau nak ajak sapa pulak..sedihnya takde suami!


Terasalah pada waktu2 ni kalau pak hj ada tentu tak sesusah dan semujahadah ni...sekurang2nya mesti dia akan bagi pakai keter dia dan dia boleh juga bantu bagi buah fikiran


Saya rasa lonely betul


Saya rasa tak confident nak buat keputusan


Hanya tadi saya kira2 balik kemampuan saya


Selama ni saya main congak2 agak2 jer sebab malas nak tengok slip gaji dan nak kira komitmen saya sebulan


Tapi tadi dah kerana terpaksa saya kira semula semua komitmen saya dan gaji bersih saya sebulan hakikatnya memang saya mampu pakai kereta satu lagi...kiranya dalam kemampuan lah bayar kereta seribu tu....


Tapi dalam hati tetap ada rasa tak yakin, takut nanti kalau hujung bulan susah sampai tak mampu nak ada duit dalam poket sebab bayar kereta besar pada sapa saya nak minta duit...


Pada sapa saya nak kongsi masalah?


Tu lah ketakutan dan kebimbangan saya


Pak hj kena ada dalam hidup saya sebagai sokongan dan memberi keyakinan dalam saya membuat keputusan....


Dan dia juga sebagai pemberi kekuatan dan sebagai peneman kalau saya nak tengok/survey keter...


Dengan orang lain bukan tak boleh tapi saya yang tak yakin...


Entahlah adakah ujian ini datang sebagai asbab untuk saya berbaik2 dengan pak hj semula....????


Saya sedih + sayu + terasing.....





Wassalam

Kembara Menguji Lagi Kesabaran Ini!

Assalamualaikum w.b.t


Dalam hati dah sejuk, dah reda dan dah redha


Tak nak dah ikut nafsu nak ambik keter baru, ikut nasihat Luna


Tapi bila fikir kata2 kakzar, kepuasan tu yang takleh nak bayar tu, sesekali keinginan nak tukar keter membuak2 tapi masih dalam kawalan


Yerlah saya punya keperluan tak mendesak, lainlah macam Oren ada sebab untuk tukar keter kan? Ni anak seketul, takat duduk dua seat kat depan, apahal gedik2 sgt nak tukar keter?


Tapi dah dua tiga hari ni agaknya kembara ni pun geram ngan saya , dia wat ahl lagik....


sangat sabar saya..lepas start enjin saya menyabarkan diri menunggu bilakan ia akan bergerak ke hadapan


kalau kat parking basement apartment ni okay....jalan keluar masuk banyak...


Kalau kembara saya dah reversed kat laluan keter, tapi stuck takleh jalan at least keter lain ada alternatif guna jalan lain kan?


Tapi imagine kalau kembara stuck kat jalan2 sesak tempat parking macam presint 8, presint 9...mau kena hempuk sumpah seranah dengan orang....


Setakat ni saya bijak mengatur dimana sesuai saya parking keter, takper jalan jauh sikit (walhal dulu berkira sungguh, nak dekat ajer) asalkan proses sebelum kembara tu bergerak tak menganggu lalulintas kereta dan laluan kenderaan lain...


Tapi pagi2 kalau 20 minit menunggu tu memang sakit hati...hani kadang cam nak nangis jer 2/3 hari ni, takut lambat sampai sekolah....


Sekarang katanya cikgu ugut sapa lambat cikgu nak ambik gambar muka sorang2, nak tengok muka sapa yang selalu datang lewat...


Budak darjah 1 kalau dengar mestilah takut kan?


Saya sipa punch card merah, semua asbab kembara ni.....saya bujet awalkan 10 minit utk oanaskan enjin tapi makin lama makin mengambil masa yg lebih lama...semalam dekat 20 minit....


Dah zikir berpuluh kali, dah baca doa naik kenderaan tak putus2, Hani pun dah doa sakan dah suh Allah gerakkan kereta tu, tapi macam hapa jer, langsung takde respond....


Kira lepas boleh jalan (after 20 minutes tu ler) macam ajaib jer rasa..syukur sangat2....


Semalam lepas dapat jalankan keter tu, otak berfikir2 menerawang apa nak buat hari ni, nak taknak kena keluar ratus2 lagi hantar repair..takkan hari2 nak lalui benda sama....balik nanti satu hal lagi...


Dahlah parking kat basement parcel D berlapis2....tengahari keluar nak ambik hani...memang banyak buang masa panaskan enjin...dengan takut block keter orang....dah tu, Hani berpuluh2 kali call okay sebelah petang/t.hari suh cepat..sedangkan kita dah berpuluh minit dok tekan pedal minyak...tensi okay! Mengaum2 enjin kembara tu, sapa2 lalu mesti pandang dengan penuh kepelikan!


Sudahnya semalam pagi ajak Miss Sinar ke bengkel lagi, kali ni patah balik ke bengkel orang pakistan yang dulu tu.....kali ni tanya betul2 dia boleh buat ker tidak?


Citer apa yang dah betul RM 700 dulu tu....siap bawak resit bengkel melayu dulu tu....dan tokey, En Nasir kata boleh cuba buat, dalam 80% kebarangkalian akan okay.....dia akan rendam valve dulu, buang segala habuk biasanya keter auto memang gitu.....try error dululah


Cost dalam RM200++, terpaksalah.....then suh tengok brake yang ada masalah jugak...(bengkel dulu suggest nak tukar the whole set RM300++ tp sy suh tangguhkan dulu, mujur tak buat kalau tak memang arsa nak gilalah sebab repair RM1,000 tp bila bawak sama jer...mangkuk!



katanya sebelah petang boleh siap, dah cadang ngan hani nak berbuka di Masjid Putra jer petang semalam. tapi boss no 3 belanja nasi arab saba (kali kedua belanja ni), so cadang lepas ambik keter rush balik rumah buka kat rumah jer lah...kalo sempat ke masjidlah....


Tapi bila petangnya Miss Sinar hantar sekali lagi ke Bangi (dengan jem gila, 6.45 petang baru sampai) tengok2 keter tak siap lagi...vendor tak hantar spare part tu yng lewat dapat siapkan. Dia suh berbuka dulu, so saya dengan hani menumpang Mai berbuka dengan tunang dia, Mr Reporter di Ani Sup Utara Taman Equinne....


Hani kesian sungguh dengan Baju sekolah, saya dengan miss sinar ambik dia tengahari dai bengkel terus bawak ke spejabat. Denga baju sekolah sama berbuka, pastu solat kat stesyen minyak situ jer....patah balik bengkel masih tak siap kembara tu.


Bincang dengan miss sinar, kami cadang ambik esok jer....kalau nak tunggu mungkin sejam boleh siap tapi takut risiko tak siap dan penat tunggu baik saya balik jer....


Perjalanan yang panjang sungguh semalam. Saya bujet kali ni betul dalam Rm500 kot....walaupun duit mengalir lagi dan lagi untuk kembara ni tapi terpaksalah wey....nak raya ni takkan nak biar kembara tu macam tu...nak beraya rumah sedara nanti sedap borak punya lama, pastu nak balik buat malu jer keter kena tunggu setengah jam panas enjin baru boleh jalan.....tak ker naya?


Hari tu balik kg bawak mak bila dia tengok keter saya takleh jalan, dia macam cakap suh beli keter baru jer....tapi tulah saya rasa percaturan nak beli keter baru ni buat masa ni bukan keputusan yang bijaklah....kalau faktor kepuasan dan nafsu semata2 saya anggap saya masih boleh bersabar lagi....


Buat masa ni, sebulan dua nilah takper saya melabur lebih sikit membetulkan kembara ni, pastu harap sangat Allah tak uji saya lagi denmgan kerosakan bukan2 pada kembara ni....


banding ambil keter baru, saya akan melabur lebih jugak tiap2 bulan dengan installment tinggi, cuma kepuasan tu takleh dicabarlah, memang puas kan?


Plan bayar seribu sebulan keter kembara diteruskan, dah mula pun bulan ni, tapi bulan ni nak raya saya bayar RM900 jer, cukai seratus....sebab banyak nak pakai duit (espc utk persiapan kat kg) kan kakak saya banyak perabis duit buat rumah baru...yang hampir nak siap dah...


Semalam juga ambik baju raya saya yang kononnya tak nak ambik sebab bujet dah lari ke kembara ni, tapi fikir punya fikir, elok ambiklah, bukan selalu ada baju baru, setahun sekali, 5 baju saya kurung pahang (2 lining)+ sepasang kurung hani + sehelai blouse hani = RM 530, mahal ker tidak yer?


Dah lama tak berkecimpung dalam arena tempahan baju sebab mmg tak beli baju baru dan lately ni suka beli siap, rasa cam mahal lah pulak (lagi mahal dari harga kain)....dan masalahnya dah cuba dah baju tu tak sesedap jahitan cina kat pasar seremban yang mana sepanjang di seremban saya menempah kat dia....tangan cam ngam2 jer...kain pun sama, pastu labuh badan betul2 paras lutut...sedangkan saya memang suka labuh2 ni~ tangan baju labuh sikit, bila tangan bergerak2 tu takdelah nampak lengan....


Dah cakap dah suruh buat labuh sikit tapi tak taulah.....saya ni malas nak tuntut hak sebagai pengguna..a.s long as boleh pakai, walaupun nampak ngam-ngam (kalau gemuk sikit memang akan sempitah), cuma ada hati nak buat beads tak taulah sempat ker tidak.....kalau taks empat lepas raya pun okay juga.....duduk2 kat kg tu jahitlah....


Okaylah, pagi ni miss sinar akan datang ambik, ingatkan nak merasa naik bus lagi tapi dah miss sinar sungguh mengajak nak membantu so kita terima jerlah....


Wassalam

Thursday, August 26, 2010

Ting~! Tetiba ada cadangan baru

Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih atas komen, saya hargai sangat. Oren, akak setuju jugak dengan cadangan oren tu, memang akak takde keperluan sangat nak kereta besar dan baru. Anak sorang jer...


Tapi kalau ada kereta baru dan besar sikit, akak rasa tentu akak akan berbangga nak bawak mak dan adik beradik, anak buah jalan2...tapi setakat kembara ni tak terbuka mulut nak ajak jalan2 walaupun dalam hati ada pasang niat...


tambah2 dah kerja 10 tahun, bukan sekejap tu, campur kerja swasta, dah 12 tahun lebih kerja, dari 1998....


Tapi bila fikirkan dan mengambil usaha menggoogle semalam, saya ambik keputusan sementara untuk bersabar supaya pada akhirnya saya akan mendapat sesuatu yang benar2 saya hajatkan....


Macam saya pernah war2kan dahulu minat saya hanya nak pakai kompresor (merc), tapi bukan brand new, 2nd hand pun jadiklah..... dalam hati memang nak keter ni jer....tak tau kenapa, mungkin sebab dah merasa bawak merc tu sebab nak jugak pakai merc....


Kalau ada rezeki, akan dapatlah tu...kalau takde rezeki, ambik keter lain yang seakan2 pun okay....honda or toyota....saya akan happy jer....cuma kalau dapat apa yg diidamkan tu satu bonus utk penat lelah saya bekerja lah...


***************


Tetiba saya rasa ada cadangan baru, saya nak bayar kembara sebulan seribu, so 19 bulan dah habis. Amacam?


Dari segi kemampuan memang mampu, tapi benda2 lain tak payahlah nak berbelanja sakan...masih banyak balance gaji kalau bayar seribu sebulan pun, yerlah kalau perbelanjaan saya dua beranak jer mmg lebih dari cukup (kalau keluarga besar mungkin berbeza agaknya).....saya jer yang takut2 nak bagi komitmen utk bayar lebih....


Motor mungkin saya ambil yang second hand jer...mana lah tau kembara rosak, saya naik jerlah motor, takdelah pening kepala setiap kali nak betulkan kembara, takde transport....apatah lagi pak hj dah takde ni...



Okaylah...masa dah cukup ni!





Wassalam

Wednesday, August 25, 2010

Kereta or motor?

Assalamualaikum w.b.t


Eh tentang pertanyaan lesen motor tu, saya dah lamaaaa ada lesen motorlah malah 4 tahun bawak motor, zaman kerja wartawan dan kerja BPR i naik motor jer :( ...malah setahun pertama kerja di BPR dulu ulang alik Serdang-Jalan Duta, KL naik motor jer..so bawak motor takde hal lah...cuma kali ni kalau beli motor yang bezanya kena abwak Hani lah pulak ...

Hal keter ni rasa memang crucial jugaklah, semalam saya gi Shah Alam, ada bicara. try pecut kembara, takat 80 jer, lepas tu mengaum enjinnya...memang jenuhlah bawak....tiap kali tekan minyak rasa macam kita salah masuk gear..macam bawak keter manual, patut gear 3, kita guna gear 2...camtulah rasa....

Tapi, dua hari lepas saya google masalah kembara ni, terbawa pulak ke web kembara.net, dan terjumpa satu bengkel mamat yang memang fokus pada repair kembara jer....ada pulak forum yang mana ada satu budak ni masalah yg sama dengan masalah kembara saya....


Terfikirlak patutker saya hantar ke bengkel mamat tu jer...sebab dia nampak gayanya dah pakar repair kembara...


Cuma terfikir, kalau saya simpan kembara ni, berapakah kos yang bakal saya keluarkan untuk baiki sekiranya ada masalah dan berapa pulak kejatuhan harga kembara ni, bayangkan awal tahun ni RM12,000 tapi skrg market price dia RM8,000 jer....tambah2 pulak berdasarkan sejarah kembara ni memang ada jer masalah....


Atau adakah perlu saya bersabar sehingga 2013 (kalau ikutkan pejam celik dah sampai 2013 ni) dan redha jerlah berapa kos yg keluar utk kembara ni....lepas habis bayar nanti barulah saya fikir keter apa nak ambik nanti...


Satu aspek pulak, kalau saya ambik keter sekarang, menjelang 2013, saya dah bayar 3 tahun keter baru ni, tinggal 6 tahun jer lagi (kalau ambik 9 tahunlah)....banding ambik 3 tahun akan datang...


Ah...ikut pemikiran yang rasional memang nak pakai jer kembara ni, ambik motor tapi ikut nafsu rasa nak jugak-jugak pakai keter baru....


Tang keter nasional tu, memang boleh ambik, tapi kembara memang tak boleh trade in, mana ada rebate2 keter tempatan ni (melainkan savvy kot), so keter proton dan perodua terpaksa reject walaupun saya minat keter alza....sebab sesuai utk kami dua beranak...


Saya dah tanya anak buah, Along yang dah grade UiTM ni nak suruh dia sambung bayar dan guna keter tu....tapi dia pulak kata tak stable lagi....dahlah baru lepas accident....katanya tengoklah nanti....so pada masa ni saya tunggu jerlah along....


Sebenarnya, keputusan nak beli keter ni dipengaruhi oleh suasana juga....setahun sekali mulalah datang 'keghairahan' nak beli keter tu...hmmmm mana taknya, asal raya jer tengok sepupu sepapat datang naik keter besar mau tak jeles....


Tapi bila fikir2 perancangan keseluruhan hidup, memang betullah pandangan kata keter ni liabiliti bukan aset. Saya memang ada bercadang nak buat rumah pada tanah yang saya cerita nak tambak tu....kalau saya takde tanggungan baru (bayar keter mahal cnthnya) bolehlah saya buat saving utk buat rumah tu. Rumah tu untuk masa depan, mungkin satu hari nanti saya akan balik ke melaka juga, jadi rumah dah standby dah....sebelum tu bolehlah suruh mak saya duduk2 dulu...


Kalau rumah melaka dah mula projek membinanya nanti (dah nampak depan mata) bolehlah saya fikir2kan jual jer rumah seremban tu (mesti dah up harganya masa tu kan), lagipun no point nak ada dua rumah bagi orang macam saya ni (anak sorang jer) mati tinggal jugak kan....


Oh ya...apalah kahabra pak hj duk sorang2 kat PD tu....kalau mati keras pun takde sapa tau...tapi manalah tau kot2 dia dah balik rumah kak aza ker...tapi ikut firasat saya takkan nak dia mengalahnya...weekend ni saya nak balik kg. Nak berbuka kat kg, memang teringin sangat nak balik.....


Saya nak singgah PD lah, lagipun ada sebab nak singgah tu sebab gelang tangan emas hani ada teringgal dalam dashboard keter merc tu....nak raya ni kan haruslah mula ambik balik barang2 kemas tu kan...dah lama simpan asyik lupa jer nak ambik....masa tu bolehlah tengok keadaan pak hj.....pada masa ni belum ada rasa nak berbaik lagi....entahlah dah meningkat usia ni rasa macam takde suami pun takper....ntahlah....dah hilang rasa sayang dah....


Wajarkan failkan sahaja penceraian??? Dan bagaimana pula kalau kak aza pun nak minta cerai...masa tu memang padanglah muka......

Wassalam

Monday, August 23, 2010

Pertama Kali

Assalamualaikum w.b.t


hari ni pertama kali buka blog kat pc office. Diorang leh kesan tak nanti? takut lah pulak?


Nissan dah call...tu sebab saya nak minta pandangan sebeanrnya ni...tolonglah bagi nasihat hal keter dan masa depan saya ni...

Kembara ada utang RM19,000 lagi dan market price RM8,00 jer

walhal awal tahun ni market dia RM12,000 dalam amsa 8 bulan dah merudum dah, setahun lagi takde nilai dah kot?


Nissan nak ambik kembara RM8,000 + rebate RM8,000 = RM 16,000

So saya kena topup lagi Rm3,000.

Nissan centra harga RM88,000, down payment RM900 jer tapi monthly tak tahan dengar tu RM1,070


kalau lebih seribu serius saya memang takkan sanggup nak bayar kalaupun mampu. Sedangkan rumah pun RM900, takkan keter monthly lagi mahal? Gila membazir kan? dahlah nak naik dua beranak jer...kalaulah blh bawak beca kan senang?


So, saya sedang berkira2 adakah saya perlu bayar down payment tinggi sikit. Adalah duit sikit kalau nak bayar dalam RM5,000. tapi saya kena korbankanlah utk benda lain.


Duit tu sebenarnya saya nak tambak tanah kat kg yang mak beri tu. tambak awal2 nanti2 bila2 boleh dirikan rumah.


kalu cerai saya minta trsansfer melaka dah ada rumah...nanti2 lah ni bukan setahun dua ni...


Masalah juga adalah kalau saya tak tukar keter saya kena bersedia spend duit utk repair lepas satu...satu pulak masalahnya....dua bulan ni dah spend RM1,400...yg dulu2 punya masalah malas nak letak link...


Ikut pemikiran waras saya cadang plan B ambik motor sebijik in case keter rosak/wat hal adalah kenderaan ke mana2...


tapi memang agak mujahadah sebab tentu2 ada yg pandang nanti saya hanya bawak motor gi kerja (tapi apa pedulik kita punya poket bukan org tau)


Ikutkan saya ni tak kaki jalan (mungkin duit pun kurang) dan takde geng, kalau ada keter baru pun saya bukan manfaatkan semaksimummnya....tapi mungkin akan kerap balik kg lah..cuti2 tu takdelah kot...


oh ya, Grand Livina dia bagi rebate RM 2 ribu...lagi tak mampu..


Adakah apa2 keter yang boleh dicadangkan untuk saya beli dengan melihat senario kes saya...





Wassalam

Sunday, August 22, 2010

Sejarah berulang~belajarlah dari pengalaman...

Assalamualaikum w.b.t


Akhirnya yang dipendam meletup

Kami dah bertekak

Dan sejarah berulang

Jam 1 pagi pak hj blah balik ke PD

Sedangkan petangnya baru dia datang dari PD

Esoknya saya kebuntuan,

Miss sinar takde kereta, saya pun takde, dua2 di bengkel

Maka pagi jumaat tu jadi sejarah

Hani dah setuju nak tinggal rumah sampai jam 12 (nak ponteng kononnya)

Tapi baru nak sampai lift dan seronok2 suara dia... bye-bye ammie...bye bye ammie...

Hujung2 dengar suara dia nangis~ ammie..kakak takut..kakak takut....

Saya patah balik, tanya dia, dia nak ikut gi office tapi saya paksa dia ke sekolah

Walhal jam dan 7.15 pg..sah2 akan lewat sampai

Maka kami pun turun dengan misi nak naik bas...

sempat naik bas jam 7.30...bas ke Putrajaya central, first time tu naik bas Nadi Putra

rupanya puas bas tu pusing dari presint 2,3..ntah mana2....hujung2 baru sampai Pjaya central

Masa ni dah nak dekat jam 8 dah...

turun2 terus nampak teksi...

so ambik teksi jerlah,,yerlah kalau naik bas ke presint 9, pastu nak kena tunggu bas ke presint 1 (parcel D) pulak...

So naik teksi...agak jakun di situ sebab naik teksi kena ambik kupon

Dari situ ke sek 9(2) kena RM8.00 dan dari 9(2) ke Parcel D kena RM 13.00

Mahal gila kan? RM21.00 all in

banding dengan naik bas dari presint 17 ke p.jaya central hanya 30 sen jer...

Sedihnya lah hai....dok fikir nak call PA pengarah tapi kesian pulak nak pusing2 ambik saya, hantar hani ...leceh..baik berdikari jer...miss sinar pun saya tak call...kesian sebab saya agak mesti tunang dia datang ambik dia..

Masa ni malas nak pikir kan pak hj yang 'lari' awal pagi tu...dah resmi dia gitu! Bukan dia fikir anak pagi tu macamana nak ke sekolah...saya nak ke pejabat...dia ikut emosi dia jer...

Senang citer dan tak rosak jiwa saya fikir dianya buang tebiat jer kot...

*****
Tapi ni dah confirm dah memang gaduh besar pada dia kot sebab dia dah sms saya something bad..malas nak kupas kat sini dah
*****

Petang tu dikatakan keter akan siap...housemate miss sinar hantar kami.

Dah 6.30 barulah siap..gitu gini dah nak dekat jam 7 baru sampai rumah

Masak cincai jer semalam...sambal tumis ikan bilis garing, sayur sawi goreng dan telur mata serta telus asin...

Keter betulkan RM730, minta kurang dapat RM700

Memang kopak lah sebab bajet RM600

Tu pun tak tukar brek

Betul lah cakap Mak Andeh

Akibat saya punya minta hitam blink2 hari tu dan sebabkan gear box rosak

Kesannya....brek pun tak makan dan katanya trans oil kena tukar

Pastu tekan minyak takat 60-80 memang mengaum habis enjin tu...rasa berat semacam

Saya memang tak puas hati bengkel tu repair keter saya

tengok2 minyak itam masih leakage...makin parah lak tu

Sudahnya pagi2 tadi saya ke bengkel semula....nak suh repair semula

Bincang punya bincang dia baru nak kata, tak boleh betul, kalau nak betul2 baik kena tukar

gear box..which is the cost je cecah RM3K...gilooo

Mana nak cekau duit, bare in mind last month RM700 dah habis kat kembara!!!

Mampus lah poket kalo camni...

Dia repair buukak balik dari pagi sampai 3.30 baru siap....saya macam apa termenung tunggu panas2 tu...

Lama2 tokey ajak masuk office borak2

Lahh...isteri dia DPP rupanya (kak azwa kenal kot, dia pun pernah bercakap dengan kak azwa kat ILKAP), dia lak cikgu...memang banyak topik boleh bincang

Dari masalah sosial remaja, kes2 siasatan, pendakwaan, isu2 semasa semua boleh masuk...

Selesai tu, saya ke Mydin beli beras, memang habis langsung

Sudahnya ke Bank Islam lak ada benda kena settelkan

Dan kemudian bergegas ke pejabat sebab nak fax sumthing urgent...

Balik tu hani meneruskan merengek yang dibawa dari bengkel sebab dia mengamuk kena kejut masa dalam office bengkel tu...sabar..sabar..sabar banyak ammie dia hari ni sebab kenangkan hani berpuasa...

Dari bengkel-bank islam-pejabat- rengekan berterusan....sudahnya saya bawak dia gi masjid putra jer...tenang2 kan diri dan rehat2 carik tempat sejuk fikikal dan mental

Sudahnya dah solat malas pulak nak balik...terus sampai berbuka-tarawikh...senang xyah masak!

****************

Saya cadang (hampir nekad nih) nak kena ambik juga keter baru....

but the problem is kembara tak abis hutang lagi

market price rendah sesangat, hutang sampai 2013....kena tengok baki hutang ni

hari tu punya survey, hanya kereta nissan sentra yang saya boleh trade in dan dia bagi rebate RM8K....dan saya ta perlu top up hutang kembara

dan adalah sikit down payment...

Tapi ada masalah juga di situ sebab manufactured date dia tahun 2008, kira stok lama..dimana kalau saya ambik, walaupun keter baru tapi umur dia dah dikira 3 tahun...kalao nak jual balik agak rugi disitu... tu sebab nissan bagi rebate tinggi sebab nak lakukan...

Walaupun saya tak minat, macam terpaksa jugaklah....

Kalau nak ambil keter tempatan macam persona ker waja ker, or viva or proton sudah barang tentu dia takkan nak trade in kembara tu dan saya memang mampu ambik keter2 tu bulanannya tapi kembara harus difikirkan takkan nak bayar 2 kereta...papa kedanalah saya nanti...

kalau nak ambik keter baru isunya saya kena let go kembara dulu....<--ini yg paling utama

Nak ambik honda city or toyota vios still dibelenggu masalah sama....boleh ajer ambil baru tapi kembara takkan nak simpan buat pekasan dan masa yg sama monthly payment kena on jugak....

pada masa ni nissan tu jerlah yg available....sungguhpun saya tak berminat sangat dengan nissan dengan body yg panjang tu...tapi demi kelangsungan dan demi taknak pening-sakit jiwa+hati-dan mengeringkan poket.......jika simpan kembara lebih lama maka saya terpaksa meredhakan diri dengan keputusan yang ini

Dan saya kena buat keputusan segera sementara saya berpisah dengan pak hj ni, kalau dia ada sure saya akan kekal juga dengan kembara yang makan jiwa ni....

Dan kalau berpisah dengan pak hj sekalipun (tahap ni dah pasrah jer ...nothing to worry,kan coz life must go on) at least saya do something yang can make me happy....walaupun tak maksimum...happy sesikit jadikler....


ok cau...

update: saya dah call nissan senawang, insyaallah esok dapatlah tau perkembangan citer nak beli keter ni, dia akan check balance kembara...harap2 takde masalah...kali ni deal thru phone jer, dah settel baru turun senawang....keputusan beli keter ni semua saya buat sendiri, sebab pak hj buat masa ni takde dalam life kami dua beranak....no more minta izin, minta pandangan or nak share pro cons keputusan ni...semuanya saya akan tanggung sendiri! Harap Allah bersama.

Wassalam