Thursday, January 23, 2014

maduku patah tangan di saat suami hampir ke mekah....

Assalamualaikum w.b.t



Ujian dan cabaran silih berganti sebelum mengerjakan umrah


Maduku patah tangan

Semalam rumah mertua kenduri
Sempena nak mengerjakan umrah
suami datang dari selayang dengan isterinya
Saya pula datang dari umbai dengan mak dan Hani
Berkumpul di rumah mertua di ayer paabas, Alor Gajah

muni, madu saya memang tak berapa sihat 
Ahad lepas mertua datang ke rumah saya bermalam
Esoknya selepas hadir kenduri rumah anak angkatnya
Kami ke rumah muni, menziarah dia yang dikatakan semput
Bila sampai memang sahlah tak sihat
Terbaring dan langsung tak bangun-bangun
Nafasnya juga agak laju 

Jadi bila hadir ke kenduri mertua dia memang duduk sahaja
Tak mampu buat kerja, tak sihatkan
Sayalah yang agak sibuk ke hulu ke hilir buat kerja
muni agak banyak masa spend dengan suami
Suami ke belakang perik buah2an muni turut serta
Suami keluar beli lauk juga dia turut serta
Makan pun berdua sebelah suami
Sampai saya pula kena perli kenapa tak apit suami di sebelah lagi
Walhal saya tak kisah pun duduk jauh dari suami
Buat hal sendiri jer dengan hani

Sampailah selesai kenduri doa selamat muni bantu edarkan duit sedekah
Selepas tu acara makan dibuat secara buffet di luar 
Ketika itu muni turut keluar sama
Sekadar berpeleseran di luar
Saya keluar agak lewat
Saya perhati suami berborak dengan tetamu sekampung
Saya dengan hani duduk dibanir pokok rambutan
Saya nampak muni berdiri berborak dengan sedara mara

Sebenarnya dari pandangan saya dia tidaklah begitu tidak sihat
Maybe perasaan nya yang tidak sihat
Lagi2 baru tau suami nak kerjakan umrah bersama saya
Kalau komen mertua tentang sakit dia lagi saya takleh tahan dengar
Biarlah saya simpan sendiri jer, komen yg terlalu sacarstic
Suami pun biasa jer...
takde susah hati pun bila saya cerita 
yang muni tak bangun langsung masa kami ziarah

Selepas itu, saya lihat muni bergerak berborak dengan orang lain
Dengan Pak sedara dari senawang
Masa tu, dia berborak sambil menunjuk pada pokok2 yang ditanam di tepi bengkel mertua
Saya perhati dia memetik buah2 kat situ
Tempat tu memang sempit dan tanahnya tak rata pulak tu banyak pasu2
Dengan tanaman herba di situ

Tiba2 Saya dengar bunyi kuat benda jatuh
Ya allah 
Muni yang jatuh
Tersembam, dengan muka dan kepala masuk ke dalam longkang/parit kaki lima
Lepas jatuh tak bergerak2
Saya sepantas kilat panggil suami yang baru masuk ke dalam untuk duduk makan
Serasa saya dia tak sempat jamah langsung nasi
Baru ratah pisang yang di masak lemak gulai dengan ikan keli salai

Keadaan jadi amat panik
Sebab dia macam pengsan
Saya syak dia tergelicik
Dia pakai sandal tinggi
Runcing tapaknya
Di situ memang agak sempit
Sudut Kaki lima ada kepala paip dan lantai yg basah
Bila suami datang dia terus angkat muni
Dan selepas check didapati pergelangan tangannya patah


Masyaallah
Dugaan lagi
Terus di bawa ke emergency hospital alor gajah
Tak diterima ditolak ke hospital melaka
Hari ni di bawa ke hospital sungai buloh pula
Perkembangan terkini saya tak tau
Malas nak charge hp
Harap suami ok

Semoga muni sihat sejahtera hendaknya di kala suami mengerjakan umrah
Moga semuanya selamat....







 Wassalam