Sunday, June 28, 2009

3 stooges

Assalamualaikum w.b.t


Kami suami isteri2 ni dah jadi macam 3 stooges. Tak boleh berpisah dah...gituler perkembangan terbaru ni. Setipa weekend kak aza akan datang ke rumah saya. Tension tu memanglh tension. Tapi sabar tu lagi hebat kesannya dari tension, tu yang boleh terima dia ada di rumah saya.


Cumanya kerenah anak2 tu yang hilang sabar sikit. Bising dan asyik mengekor makciknya ni..kejap2 mengadu tu kejap mengadu ni. Pening betullll...lagi pening asyik bertengkar dan berebut jer memasing tu...


Minggu ni saya ke rumah persinggahan kat Batu 4 tu. Tidur kat sana. Sajer nak merasa juga tidur rumah suami. Lagipun nampak dia happy saya sudi ke rumah dia. Yerlah selama ni dia jer yang mengganggap dirinya menumpang rumah isteri2...baru nilah dia 'rasa bangga' dapat tido rumah sendiri kot?


Happy dia tu terserlah bilamana dia sendiri sanggup menyental bilik air walaupun dengan sebelah tangan, walhal rumah kami dia tak pernah membantu pun. rajin pulak tu turun naik tingkat atas dan bawah kalau kat rumah kak aza, duduk dibawah jer..takde rajinnya dia nak turun naik.


Lepas tido semalam rumah Batu 4, malam tadi tido rumah kak aza pulak. Pagi ni lepas makan beehun goreng kami berempat, saya suhailah Zubair dan ayah balik seremban.


Esok saya ada presentation. Paper benchmarking yang gi singapore tu hari. Dan seperti biasa saya memang selalu dalam mode tak bersedia sebab tak buat preparation. Tak serik2 betul saya ni. Dengarnya presentation esok akan berjalan dalam suasana formal. Ada jemputan pensyarah2 yg terlibat dngan kursus kami dan ada juga orang2 dari akedemi kami yang mengurus tajaan dan memantau kursus ini dijemput.


Oh ya, bulan ni Allah beri rezeki lagi, agaknya allah pandang sebab sabar layan kerenah madu dengan anak2 tiri kot ataupun kerana saya 'menjaga' zubair....allah selalu beri rezeki dari jurusan tak disangka2...rupanya setahun dah saya dipool kan di HQ dan bila 'bekerja' di Putrajaya, elaun cola saya pun naik. Saya bukan ambik pot sangat pun, siap call HQ tanya kenapa gaji ada lebihan seribu lebih..... takut diorang tersalah kira, jenuh kena bayar balik nanti...Tertunggak setahunlah jadinya elaun tu dan bulan2 akan datang pun insyallah adalah lebihan elaun Cola tu w.pun saya duk seremban jer pun...nama dan post saya jer yang diletak di HQ, badan masih disini...w.pun sebulan bertambah seratus lebih pun rezeki juga namanya tu....sesungguhnya dengan adanya zubair kat rumah saya ni bertambah2 rezeki saya...


Tambah2 bulan Januari lalu bermula gaji sebagai pegawai suruhanjaya, tapi hanya bulan ogos baru kami dapat gaji baru. Tapi saya tetap saya, takde spend apa2 untuk diri sendiri pun...masih sama, tak kisahlah, melabur untuk orang lain, lagi berkat rezeki kita nanti...asalkan tak susah sangat dahlah, nak selesa macam orang bisnes takdelah boleh diharap kalau kerja gomen ni...asal ada rumah ada kereta kira mewah lah tu...nak angan2 tinggi2 beli kereta mewah rumah besar tu idaklah....


Okaylah...saya masih di cc. Malas nak layan streamyx yang asyik tak boleh log in tu...start semester ni terus beli broadband jerlah. Gi cc ni pun sebab nak baca email dan nak print presentation punya powerpoint tu. Siap sewa 3 PC lagi, satu
untuk zubair dan satu lagi untuk suhailah. Si suhailah menyungut2 tu sebab kena layan zubair yang baru nak mahir guna mouse. dah mahir sikit2 tapi tak reti nak pilih dan main games pulak, muncung mulut suhailah tapi dia bantu jugak adiknya tu...


Dan Zubair pulak, langsung taknak dah gi rumah umi dia, kena paksa baru nak ikut....tadi pagi bila saya kata siap2 nak balik dia pulak yang gelak2 bagitau umi "Zubair dah nak balik rumah ami ni"...yang uminya buat muka sedih konon2 nangislah sebab dia nak tinggalkan uminya tu tapi dia bantai gelakkan uminya lagi...tapi rasanya uminya senang hatilah kot sebab zubair happy duk dengan saya, walhal tiap2 malam kena marah dengan saya, kadang saya lepuk juga punggungnya tu kalau tak dengar kata...tapi budak kot suci hati dia, langsung tak dendam dengan saya....malam2 pulak kalau malas mengaji dan belajar baca siaplah kena dera suh duduk baca jugak, sambil meleleh2 air mata bersungut tapi dia takut dengan saya dia baca jugak....


Lepas tu siaplah saya bagi syarahan, sungguhpun belum masuk 5 tahun tapi nampaknya dia faham apa saya cakap. Saya cakaplah macam mana saya buat pada suhailah dulu dengan cara lebih tegas...nampak cara didikan tu berkesan...tapi bila nak tido memang saya kasi peluk dan gurau lebih kat Zubair supaya dia tau saya marah dia sebab saya sayang dia....dari mata dia saya tau dia faham...alhamdulillah ada perkembangan mengaji Qiraati dan pembacaan Cahayaku...harap2 da dapat atasi rekod Suhailah yag mampu membaca dengan lancar dalam tempoh dua bulan bersekolah. Tapi Zubair ada masalah pelat tu yg agak payah juga tu....rasanya sebab uminya suka cakap pelat masa anaknya baby lagi....dua anaknya dulu pun cakap pelat juga....tulah memang berbeza cara saya dengan cara kak aza didik anak...


Okaylah, nanti cerita lagilah yer...







Wassalam

Sunday, June 21, 2009

The other side of the coins

Assalamualaikum w.b.t


Saya mula rasa tertekanlah. Yerlah esok tarikh ajal hantar report, streamyx buat hal lagi, Modem blink2 jer..tak tau kenapa. Last sebelum gi discussion kat KL semalam internet okay jer. Balik malam tadi buka internet dah blink2 pulak.

Bila suh suami betulkan di pun fedup tak boleh katanya. Last resort katanya suh langgan broadband jer. Tmemang sunguhlah...dapat gaji ni juga saya carik broadband! Nak boikot streamyxlah...asyik buat hal jer, dah tu nak contact 100 punyalah payah...


Saya ni kan dah biasa rumah bersunyi2an. Terutamanya semasa saya nak mula belajar. Tapi sejak jumaat petang kak aza sam[ai, kebisingan dan kekalutan dalm rumah ni dah tak terkawal lagi. Serentak itu juga, suami mula sibuk seba bulan julai ni akan ada ijtima' gerakan dakwah [tabligh] di Nilai]...so seharian semalam dia di Sri Petaling, saya pulak di Jalan Duta sampai ke malam.


Kak aza dengan anak2 jer tinggal di rumah. Sayua plak bila sampai letih takleh cakaplah, bukak2 pintu anak2 titi yang sambut dengan macam2 pertanyaan...aduhhh tensionnya, pastu mengopes beg saya carik kot2 saya da belikan diorang apa2....hishhh tau jerlah budak2kan?


Kat situ pun saya dah mula bengang...kalau keadan tenang saya okay jer, tapi tengah penat fikir report banyak lagi nak baiki, dengan perut lapar, penat pecut drive dari KL, pastu bising, mengerumun saya, mencabar kesabaran sungguhlah.....malam dalam jam 11 suami balik konon2 nak mengaduler, tengok2 dia pun tengah tension jugak..masam jer muka, penat lah tu...


Hani pulak syahdu bila sayu baliki, meleleh air mata sedih kena tinggal, memang dari pagi dia dah nangis masa say nak pergi tu, rupanya bila say balik sedihnya masih berbaki. Rupanya ada cerita, Zubair tolak dia sampai jatuh....kepalanya terhantuk dekat pintu bilik air....sian plak...tapi dah kak aza zubair semua ada situ takkan nak marah depan2 plak...


Biasalah saya anggap ni semua ujian untuk saya. Tadi called kampung dengarnya mak saya nak datang. Hishhh camana lak ni, kang ditengoknya saya bela anak tiri tentu dia tak sedap ati, so nak taknak lepas ni kena balik kampung jugaklah...


Tentang ganjaran untuk diri sendiri tu say cancellah. semalam perjalanan balik dari KL sesambil mengelamun tu saya terfikir plak saya akan gunakan duit tu RM10K untuk saya hantar mak saya ke Mekah jika Allah izinkan dan RM5K untuk suami, sebab nak repair merc yang saya gunakan tu....lain2 tu serah jerlah, simpan dan belanja untuk keperluan yang perlu.

Tentang ganjaran untuk diri sendiri untuk pengetahuan Jiji, set periuk tak masuk senarailah...sebab saya dah beli set periuk Vision dua set sebelum ni dan dah juga beli dinner set correlle, cukuplah tu, takut banyak benda plak kena hisab nanti, set corrlelle pun tak pakai lagi ni....cuma mungkin saya nak beli satu kuali yang besar sikit brand Tefal dan dua pitcher besar tupperware....mudah kalau nak mengoreng2 dan buat air jika ada jemaah masturat datang ke rumah....


Ni saya kat cc kat taman saya ni, nak call 100 ahad pulak, so lari kejap ke cc. Sebab ada email terbaru pasal report ni dari kawan kat shah alam....Pagi tadi suami bawa anak2 semua ke Ulu bendul mandi-manda, saya, sofiyyah dan kak aza tak ikut, harap2 semua okaylah tu.

ok, chow...kawan yang say sayangi, doakanlah saya diberi kesabaran lagi menangani isu2 madu dan anak2 tiri ni, panjang lagi nak menunggu saya habis belajar dan diposting hujung tahun ni....susah2 saya suh jer suami bawa kak aza pindah sini cari rumah sewa, susah betul nak study kalau ada kanak2 yang sangat2 aktif dalam rumah ni....tambah2 port saya study kat dapur, diorang plak aktif masak2 dan makan2 kejap2 datang dapur....haru betullah....
Wassalam

Saturday, June 20, 2009

Dan apa ganjaran untuk diriku?

Assalamualaikum w.b.t


2 Minggu lalu ada kawan sekursus menelefon bincang berhubung report paper bencmarking, sesambil tu dia memaklumkan saya dengan mengucapkan tahniah kerana katanya saya dapat 4 flat untuk semester ni, urusetia kursus kami di akademi kami yang maklumkan....


Hahahaaa...saya gelak jer, saya kata kat dia takkanlah? Peperiksaan semester lepas agak mengharukan juga...siap mengantuk lagi masa jawab exam tu....menguap sakanlah! lagipun keputusan tak keluar lagi secara online so malas nak percayalah!


Sebab apa? Sebab ada antara paper tu yang saya tak tido langsung malamnya...study last minute. Tambah2 pulak sambil study for exam ada plak assignment yang kena hantar sama tarikh ajalnya dengan hari exam paper tu. Biasalah style saya...lagi tak dihantar assignment lagi tulah masih dok sibuk baiki, ada jer tak kena bila baca semula.... sudahnya malam sebelum jawab exam esoknya tumpuan saya lebih pada baiki assignment daripada prepare untuk exam...bahaya betul makcik Salwa nih!


Ahad lepas masa saya ada discussion dengan kawan sekumpulan di masjid Negeri Shah Alam isu keputusan exam timbul lagi...kawan tu call UKM tanya keputusan, so saya pun kononnya isnin tu nak call jugalah sebab nak tau keputusan saya. Tapi lupa pulak, semster ni saya takdelah excited macam sem lepas....cuma pagi ni jer baru saya teringat nak buka e-web untuk pelajar sebab nak tenmgok result sem lepas.


Takde kejutan pun bila saya tengok yang semster ni keputusan saya semua 'A', cuma rasa bersyukur jer.... ntah tak taulah kenapa, campur dengan sem lepas 3.83, so purata CGPA saya sekarang 3.9....rasanya dapat anugerah dekan lagi kot semester ni...sekali lagi rasanya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani saya...sampai dibuka pintu hati pensyarah saya memberi markah yang elok untuk tugasan dan peperiksaan akhir tu...alhamdulillah, bila bagitau suami dia pun setakat senyum jer, takde cakap sepatah pun...saya pun tak kesah....


Cumanya semalam masa tandatangan perjanjian dengan JPA tu saya baru tahu secara rasmi jumlah elaun HLP yang bakal diberi kepada kami. Terkejut juga saya figure nya tu. Rasa macam terlampau banyak. Tapi kawan2 lain kata berbaloilah dengan usaha dan pengorbanan kami. Ingin saya maklumkan, bagi kakitangan kerajaan yang ingin memohon menyambung belajar peringkat master, mohonlah awal setahun kepada JPA dan HLP yang akan diperolehi untuk pengajian 3 semester macam saya ni adalah hampir mencecah RM 28K, dengan bergaji penuh {tolak elaun tertentu} dan cuti belajar 18 bulan. tapi ada kontrak selepas tu kena kerja dengan kerajaan untuk tempoh 3 tahun....


Buntang mata saya kejap bila terbayang apa nak buat dengan 28K tu.... tapi jauh disudut hati, rasa bersyukur yang amat sangat Allah bagi nikmat bercuti belajar setahun setengah ni, duit boleh cari tapi masa berkualiti dengan keluarga ni rasanya mungkin ini sahaja peluangnya sepanjang tempoh perkhidmatan saya....


Cuma terkilan satu perkara, baki 6 bulan yang tinggal ni, mampukan saya mendapat anugerah yang satu lagi....iaitu rezeki menambah ahli keluarga...sungguh mencabar usaha nak dapat rezeki yang satu ni....bila tahu Irfa pregnant rasa sungguh terharu dan jeles sangat. Tapi itulah rezeki namanya. Banyak kali dah saya cakap kat suami, cuma saya tak cakap kat kak aza jer, "yang saya kalau boleh nak suruh kak aza mengandung sekali lagi, dan bagi anak tu pada saya..." dan kalaulah semudah tu sesuatu boleh dirancang alangkah bagusnya. tulah bila saat2 begini rasa nak suruh kak aza stop makan pil perancang jer...walhal punyalah kak aza mujahadah setiap kali mengandung...malah bersalin kali ni teruk benar sakitnya, serik dia....


Tapi bagi saya yang teringin sangat ni hendak sahaja katakan pada dia, yang dia perlu bersyukur diberi nikmat mengandung dan bersalin...sedangkan saya tak pernah rasa sakit melahirkan anak secara sendiri dengan mengandung pun dulu tak sempat rasa nikmat mengandung kerana sibuk menyiasat jer kerjanya...dan tambah2 masa tu asyik krisis dengan suami, maklumlah baru setahun berpoligami...saya asyik nak mengamuk jer...kak aza pun terlampau sensitif masa tu so suami yg tertekan!


Eh, lupa lak nak bagitau, dengan duit yg ada minggu depan ni, rasanya macam nak beli sesuatu untuk diri sendiri sebagai ganjaran, tapi tak tau apalah barang yang sesuai agaknya? Cuma yang pasti saya kena beli lappy baru dan camera digital baru buat ganti yang hilang kena rompak hari tu....


Wassalam

Friday, June 19, 2009

Setiap anak itu istimewa

Assalamualaikum w.b.t


Hani dan Zubair adalah dua anak yang punya karakter berbeza. malah dari pemerhatian saya dan kak aza juga, Zubair juga sangat berbeza dengan dua abang dan kakak dia. Perbezaaan ini secara semulajadi atau sebab cara didikan, pun saya tidak pasti! Tapi sudah semestinya karakter ini sedikit sebanatak dipeangruhi oleh persekitaran termasuklah cara didikan dan suasana pembesarannya.


Selama ini kalau biasa ikuti cerita saya, saya dan Hani selalu juga bertekak dan berselisih pendapat. Ada ajer yang dia buat tak kena di mata saya. Sampai suami pun pernah kata saya perlukan rawatan jiwa [jumpa psykatric?] sebab ada aje isu kami 'bergaduh'. Ada juga dia kata yang saya ni sangat kurang sifat keibuan.


Ada betul juga apa suami kata, sebab hampir seluruh masa siang hani dihabiskan dengan orang lain dan bukan saya. Weeeknd pun macam tu juga, selalu juga saa ada jer hal, dan kalau minggu takde hal tu mesti ada suami pula....so bila cuti belajar ni barulah saya merasa mengahbiskan sebanyak2 masa dengan hani.


Jadi serentak itu saya juga kini mampu mempelajari dan meningkatkan pemerhatian terhadap Hani. Dan saya mula mengenali karakter hani yang sebenar. Malah setiap hari saya akan menghabiskan masa mendengar cerita dia di sekolah sampai kadang tu dia naik bosan dengan pertanyaan2 saya. "ammie ni semua nak tau tau?" tu yang dia bebel kan saya.


Dan apa yang saya simpulkan dari pemerhatian saya, yang saya sangat-sangat-sangat bangga dengan sikap yang ada pada dia. Baru2 ni saya melihat semula buku rekod prestasi dia di Tadika semasa 5 tahun, penilaian guru terhadap 'sosial' dia hanyalah pada pencapaian 3 dari 5 skore. Kira macam tak pandai bersosial.


Awal tahun ni saya bagi motivasi pada dia yang saya sangat bangga dengan dia kalau dia lebih berani, menjadi murid yang cepat angkat tangan kalau guru bertanya, jangan malu2 dan macam2 motivasi lagi. Akhirnya apa yang asya dapat laporan dari guru, Hani cerdik dalam matematik dan antara yang awal mengangkat tangan. Hanpir setipa minggu ada ajer jajan atau makanan yang diberi guru sebagai ganjaran sebab menjadi orang pertama dapat menjawab soalan betul.


Dari laporan Hani pula, katanya hari2 di sekolah ada jer masalah kawan2 yang dia kena selesaikan. Pelik juga saya dengar takkan tadika pun dah ada masalah? Rupa2nya kalau ada kawan2 perempuan yang bergaduh diorang akan carik Hani cerita masalah dan Hani akan berfungsi untuk emndamaikan mereka, kat5a Hani pada saya "bukan susah pun ammie, kakak pergi jer jumpa diorang kakak ambik tangan dua2nya kakak suruh salam, lepas tu diorang kawan baliklah....nak salam pun nak tunggu kakak yang tolong"....


Terharunya saya rasa, sampai bergenang air mata...terbayang saya semasa di hospital selepas bersalin bila suami memberi satu short listed 10 nama anak2 perempuan berserta makna untuk saya pilih. Masa tu saya pilih nama Suhailah [hani adalah nama standard anak perempuan suami] kerana maknanya yang sangat menyentuh saya iaitu "...yang memudahkan, tidak suka berbalah, yang suka mengalah" kerana apa yang saya bayangkan masa itu, saya inginkan seorang anak yang berbeza dari saya, sebab saya terasa yang saya bertentangan dengan makna nama Hani....terasa-rasa yang namanya iaitu Hani Suhailah mampu memudahkan saya mendidiknya...akhirnya sekarang saya terasa yang Hani Suhaila anak saya ni terkesan dengan nama yang diberi...


Selama ni pun saya selalu mendapat pujian berkaitan dengan Hani, sopanlah, baiklah, cerdiklah, kalau istilah comel...cantik...tu malas nak ambil kisah dah sebab dari kecil lagi mesti pujian tu yang pertama keluar dari mulut orang yang melihat dia....mungkin sebab saya yang tak cantik tapi dokong anak cantik yang takde rupa saya kot? tapi tu takde hal langsung pada maat saya. yang penting adalah akhlak yang baik....


Tapi sejak akhir-akhir ni bila saya kerap ke rumah kak aza, juga kerap meneliti sikap anak2 orang lain dan cerita hani tentang kawan2nya saya mula rasa sangat bertuah ada Hani. Terasa benar yang anak saya ni dah cukup baik dah. Cuma selama ni saya tak sedar dan saya mengharapkan yang lebih baik dari dia. walhal apa yang dia ada tu saya tak hargai sangat. Bila Zubair ada ni saya terperasan yang Hani bertambah matang dan menjadi seorang kakak yang sangat berhemah...


Tambah2 bila cikgu bagi laporan kat saya yang Hani punya sifat tanggungjawab yang tinggi pada Zubair di sekolah, bila dia sampai dari premis 6 tahun pada tengahri[premis 6 tahun berpisah dua lot banglo dengan premis 5 tahun] selepas makan tengahari mereka [6 & 5 tahun] akan berkumpul dipremis 5 tahun, Hani akan cek Zuabir ok atau tidak, siap buangkan taik mata Zubair lagi...suruh Zubair PU {past Urine} dan cek pakaian Zubair betul atau tidak...kan mereka perlu bersalin dua kali pakaian dan mandi sekali. dan Zubatr sebagai murid yang baru kurang biasa lagi, jadi Hani sebagai kakak memberi bantuan sepenuhnya....masa main pun kejap2 Hani bagitau saya dia akan jeling Zubair...perhati ok atau tidak..


yang paling saya terharu adalah hani sedia beralah walaupun air matanya bergenang dan sendunya terdengar sedikit. Bila beli DVD, apa yang DVD hani pilih, kemudiannya yang itu juga Zubair hendak. Kalau tak diberi dia akan lari satu sudut dan menangis dengan kuat. Bila saya bisik pada hani yang dia kena beralah sementara saya melaksanakan proses mendidik Zubair maka dengan esak tangis halus dia akan beralah....dan selalunya saya akan kata simple ajer..."kan kakak faham sikap zubair macamana?" mujur dia sangat memahami, sampai rumah pun dalam dia marah2 dia akan beralah juga benatrkan Zubair menonton DVD Zubair dahulu...sian anak ammie ni...


Selama ni pagi2 Hani akan mandi sendiri, dan dia tak suka mandi berdua dengan Zubair sebab setiap kali itulah dia kena mengalah, semuanya Zubair yang nak buat dulu, ambil sabuh, siram air ke badan dahulu...semuanya hani kena buat kemudian. Akhir2 ni dia rasa menyampah nak mandi dengan Zubair...dia minta kebenaran nak mandi bilik air lain, saya yang faham 'derita' dia mengizinkan, tapi masalahnya bila Hani tak mandi sama Zubair pulak taknak mandi....dan setiap kali itulah Hani akan menawarkan dirinya mandi sekali lagi tanpa saya suruh untuk teman Zubair cuma mandinya kali kedua itu lebih pada meneman sahaja dan menjaga hati Zubair... pagi2 saya kena jaga hati Zubair ni taknak moodnya rosak sebab lepas mandi kena bagi makan steroid...nanti susah pulak nak pujuk dia makan...


Dan nak mendidik Zubair mengikut sistem saya pun dalam tempoh 3 minggu sekolah ni [termasuk 2 minggu masa cuti sekolah pun Zubair dah mula tumpang sek hani dan umminya ada di rumah saya]saya masih gagal juga. Dan setiap kali itulah hani yang berkorban. Turun kereta Zubair akan lenggang kangkong...hani yang susah payah bawakan beg pakaian dan fail Zubair pastu Hani juga kena tolong letakkan di tempat yang sepatutnya.


Malam tadi, demi untuk temankan Zubair buat homework Hani kena juga keluarkan buku masa dia Tadika 5 tahun untuk bagi motivasi pada Zubair. Terbayang betapa senangnya dulu nak suruh hani siapkan homework, tengking sekali jer terus nangis2 tapi tangan tetap jalan siapkan homework. tapi dengan Zubair, saya kena tolong dia dengan pegang tangan dia untuk mulakan menulis huruf jawi "ba" sebab rupanya itu kaedah ummie dia ajar tulis, saya pulak macamana susah pun Hani saya suruh buat sendiri, takde istilah tolong2 ni...dahlah Zubair duduk celang kelengkang saya dengan meja depan dia dan saya sambil buat homework, lepas tulis satu terus manja2 baringkan badan atas badan saya sambil cakap kat saya, "ammie, zubair penatlah, letihlah..." hmmmmm kalau hani tu macam2 saya dah cakap dah...tapi ni anak orang...saya sabar jer...Hani dah pandang2 jeling2 saya dah...hani yang faham situasi saya yang etrpaksa menahan sabar nak mendidik Zubair ni selalu kalau nak cakap dengan saya dia mengeja jer perkataan tu takut Zubair faham nanti dia merajuk pulak....


Suruh mengaji dan membaca buku "cahayaku" pun susahnya, jangan harap dia nak ulang dua kali baca satu muka surat, kalau hani dulu selagi tak lancar selagi tulah saya paksa. Tu sebab masa tadika 5 tahun dalam masa dekat dua bulan Hani dah menguasai bacaan tulisan Rumi dan Jawi. Tapi minggu2 terawal ni saya terpaksa juga gunakan kaedah masa ajar Hani tu, terpaksa juga tinggikan suara, meleleh2 air mata Zubair saya paksa dia baca juga, tapi lepas tu dia merajuklah bebel2 kat saya dari jauh bawa diri, ammie garang, ummie tak marah Zubair pun...ummie sayang Zubair, Zubair bukan anak ammie...


Pastu pepandailah saya pujuk dia semula, gurau2 dengan dia, Zubair ni macho lebih, bukan suka kita cium2 dia, peluk2 dia...dia rimas, malam pun tido jauh2 jer peluk bantal peluk....tapi sekarang dah okay sikit si nak tido tu saya selalu jugak gomol Zubair tapi sesikit jerlah, lelebih pulak kang Hani pulak sedih sambil cakap, "ammie tak buat pun camtu dengan kakak"...mulalah bawa diri hujung katil pandang tingkap....serba salah saya ni....sudahnya Zubair tido bawak ketiak sebalah kanan dan Hani sebelah kiri, saya terpaksa menelentang, langsung tak boleh nak mengiring atau mengahla sebelah satu lagi mesti bising dua2nya....dah tu
sejak dua anak ni malam2 nak kena ceritalah pulak...baru dua2 nak tido...


Apapun kadang saya cuba untuk berlaku adil dengan kedua2nya tapi secara logik akal pun kita tetap suka pada kanak2 yang baik, matang, dengar cakap dan sopan...dan kebetulan kanak2 yang ada ciri2 tu adalah hani Suhailah, maka memang saya kadang2 tak dapat menyembunyikan saya melebihkan perhatian pada Zubair sebab dia yang selalu buat hal, dan hani pulak memang pandai bawa diri, malahan dialah yang selalu membantu memahamkan Zubair tentang sesuatu isu yang Zubair tak puas hati dan merajuk....saya sebenarnya rasa bersalah pada Hani {entry sebelum ni kan ada saya minta maaf dengan dia dan dia kata semua dia maafkan}...


Sejak Zubair duduk sama ni, saya berbincang dengan suami macamana nak handle situasi ni, berkaitan perhatian pada hani yang terkurang, tapi suami kata yang hani boleh dan mampu handle suasana ni, malah suami memainkan peranan dengan setiap kali ada di sini dia akan banyak peluk cium Hani dan bercerita dengan hani hal2 sekolah. Dan Hani memang anak yang manja rupanya, dalam 3 anak perempuan {Hani Syakirah, Hani Suhailah dan hani Sofiyyah] sangat terserlah yang ayah sangat2 baik dan memberi perhatian pada Hani Suhaila...mungkin tarikan karakter dia yang baik dan sopan buat ayah sangat sensitif dengan anaknya yang satu ni...


Malahan kalau ada pergaduhan antara mereka berempat, Ilyas, Syakirah, Zubair dan Suhailah, memang boleh dipastikan yang puncanya bukan Hani Suhailah...dan hani Suhailah selalu menjadi mangsa...tu sebab ayah akan terus panggil Hani untuk pujuk dan marah anak2 kak Aza yang lain tu....


Ada satu hari tu, saya berdua dan anak2 hantar Hani dan Zubair ke sekolah, semua anak2 masuk dalam van dulu, kami berdua kemudian, dan kak aza memang sensitif dengan anak2 ni, dia yg drive masa dia menoleh dia nampak air mata Suhailah bergenang lepas menangis, dan-dan dia tanya Kak Yong {panggilan kak aza utk suhaila} nangis kenapa? Rupanya2 Suhailah cerita yang Ilyas dan Syakirah tuduh dia gunakan fail Zubair, sedangkan diorang kata fail yang Suhailah guna tu sebenanrnya Ammie belikan untuk Zubair...jenuh Suhailah terangkan yang Ammie belikan fail tu dia di The Store bukan untuk Zubair, kebetulan memang saya baru beli fail tu, sebelum Zubair datang, jadi fail lama Suhailah saya beri pada Zubair...sebab Suhailah guna fail baru...so Ilyas dan Syakirah ingat Hani sengaja ambil fail baru tu dan beri fail lama pada Zubair....so satu lawan dua Suhailah kalahlah dia hanya mampu menangis sebab tak mampu pertahankan kata2 dia sebab masa tu saya tak masuk van lagi...


Masa ni memang dia sedih sangat dan baru lepas nangis...dan saya pun tak tercakap apa, hanya saya cakap fail baru tu memang untuk Suhailah dan saya akan belikan fail baru untuk zubair kemudian...lepas tu saya rasa sedih sangat...sedih bagi pihak Hani...lepas tu kak aza terus cakap, kak yong jangan dengar diorang cakap eh...petang nanti ummmi belikan kak yong kek [kebetulan hari jadi hani 5 Jun] ... tapi saya tak belikan kek sebab nak save duit....kalau bawak bebudak ni memang kopaklah...malah budaya sambut harijadi jadi tiup lilin ni memang ayah tak benarkan sebab semua tu budaya yahudi dan Nasrani...bukan sunnah... petangnya kak aza bagi saya duit suruh saya ke secret resepi sebab dia kata dia kesian sungguh tengok Yong kena buli...biarlah dia gembirakan hati Kak Yong....

Malam tu saya keluarkanlah kek tu, si Zubair pulak mengamuk2 nak potong kek tu nak makan...saya dah mula jegil2kan mata sebab nak tunggu ayah balik surau baru makan sama2...dan Suhailah pun boleh sabar. hani kurang suka kek, kalau dia makan pun dia hanya akan makan Choclote indulgence, tapi sebab kak aza bagi duit dia ada pesan belilah blueberry cheese, so saya belilah cheese cek tu, dan saya memang tau bebudak takkan suka, saya ada beli 3 slice indulgence cake...tapi Zubair tetap juga menjerit2 nak potong...


Lama2 saya geram sangat pada Zubair...sampai rasanya dah bercampur emosi, saya terus potong depan2 Zubair tu...apalagi suka sangat dia, walaupun dia tau tu kek suhailah...tapi bila masuk dalam piring tengok2 dia takmo makan...memang geram sesangatlah rasanya, pastu hani siap solat maghrib dia datang dapur tengok cake dia kena potong apalagi dia sedihlah...nangis dan-dan tu juga sebab dia nak tunggu ayah potong sama2...dia marah saya....saya pun rasa bersalah juga...tapi sikap Zubair yang tak boleh dikawal tu menyebabkan saya kena juga ikut rentak dia...dan kemudian saya pujuk Suhailah perlahan2....dan dia faham..saya bangga dan terharu dengan sikap dia....sanggup beralah....sebagai ganti memujuknya bunga dan daun pada kek tu dia kata dia nak so yang itu jerlah saya beri pada dia....


Wah dah tersangat panjang nih...


Wassalam

kami bertiga punya cerita

Assalamualaikum w.b.t

Kalau saya kata sungguh manis bermadu nanti ada yang meluat pulak, dan kata saya hipokrit. malah suami saya pun selalu pesan pada kami jangan tunjukkan lebih2 kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami. Nanti datangkan fitnah atau tanggapan yang sebaliknya.


Selalunya bukan saya yang nak tunjuk lebih tapi apa sahaja yang kami buat itulah hakikat yang berlaku sebenarnya. 3 hari lepas suami balik dari 'out station' di penang, rumah saya menerima tetamu iaitu jemaah masturat (wanita) yang keluar 2 bulan iaiatu sebulan di Malaysia dan sebulan di Singapore seramai 7 couple, 5 dari Sri Lanka dan 2 dari KL.


3 hari mereka duduk di rumah saya, masing-masing pun menunjukkan terkejut dan curious nak tahu macamana kami boleh sangat berbaik dan takde masalah. Tapi itu semua Allah punya kerja sebab Allah yang pegang hati2 kami. Berbalik citer jemaah Sri Lanka ni, banyak benda baru yang saya belajar dari mereka, wanita2 ni sangat2 menjaga zikir mereka, pagi petang dengan Al Quran dan bila meeka tahu saya ni sebenarnya bekerja mereka memberi semangat untuk saya teruskan amal....


Dan lagi banyak juga teguran mereka terhadap saya seperti sticker2 yang hani tampal di dinding dan banyak tempat dengan gambar princess diminta saya tanggalkan sebab malaikat rahmat tak masuk rumah....maka kebaikan pun susah untuk masuk sebab banyak kemungkaran yg ada dalam rumah. Baju2 hani yang banyak kartun Pooh, tigger pun kalau boleh jangan dipakai...bagi saya no hal...betullah tu...sebab banyak benda pengaruh Yahudi dan Nasara yang ada dalam rumah orang2 islam sekarang....nauzubillah...rumah kita jadi macam restoran {lebih aktvt makan2}, macam panggung wayang {banyak menonton TV, DVD} dan aktiviti lagha...patut rumah kena jadi macam madrasah tempat utk didik anak2....

Cemburu

Tiada satu saat pun saya merasa cemburu pada madu saya kecuali dalam satu perkara. iaitu apabila saya dapati madu saya mandi wajib. detail ceritanya tak perlulah hebahkan. Tapi cemburu itu saya tidak pernah tunjukkan depan dia. Hanya suamilah yang tahu cemburu saya dan hanya dialah yang boleh mengubat semula cemburu saya. Seharian itulah maka gurauan saya dan suami berbaur sekitar persoalan itu...lama2 cemburu itu pun hilang....dan yang peliknya madu saya langsung tak pernah menunjukkan rasa cemburunya pada saya....


Sepanjang dua minggu lebih berkampung di rumah saya, giliran agak caca merba. Walaupun suami dah maklumkan pada kami masing2 secara berasingan yang selang semalam tapi selalunya keadaan akan diluar kawalan kami bertiga. Suami macam biasa tetap tidur di bilik dia dengan putaran kipas malsimum kelajuannnya pada 2 sahaja. Dalam musim panas ni sapalah yg mampu bertahankan? So malam giliran tu, pandai2lah ikram [tunaikan hak] suami...sebab kan amalan suami malam perlu diurut...


Ehhh..tak payahlah citer panjang2 bab ni,senang2 nanti saya citer lagi kalau ada yang minat nak tau...banyak citer lain ni....sebab nanti ada plak yang kata saya ni suka "kongsi kote"...walhal mereka tak tau hikmah sebalik poligami selain dari kongsi tu....singkat betul pemikiran mereka ni...disamping menentang hukum Allah dan sunnah....


Rumah tumpangan

Semalam lepas hantar hani dan Zubair ke sekolah, saya dan suami terus ke KL, ada urusan pasal tandatangan perjanjian dengan JPA berhubung Bayaran Hadiah Latihan Persekutuan....isyaallah hanpir setahun barulah HLP ni hampir2 selesai...minggu depan barulah dapat elaunnya kot? Lepas settel tu terus kami ke Port Dickson, ke rumah suami yang dulu disewakan tu. Sebab petangnya perabot nak masuk.


Suami asalnya sewakan rumah tu, tapi dua kali penyewa keluar dari rumah sebab 'ada orang tertentu datang' approached dengan bersungguh2 kata nak beli rumah tu, walhal suami takde tandatngan S&P semua tu....disebabkan penyeewarasa terancam diorang pun keluar jer....kali ni dah 3 bulan takde penyewa.


Tu sebab kami bertiga mesyuarat, mula2 kak aza tak setuju jadikan rumah tumpangan tapi lepas bincang punya bincang barulah kata sepakat dicapai. Yerlah pandangan kak aza kena dengar juga sebab dia lama kerja bahagian receptionist Ilham Resort PD sebelum kahwin dengan suami. Dan kak aza yang dahulukan dana dia bagi membeli perabot...banyak duit juga madu saya tu....lepas ni untuk touch up dalam rumah macam beli langsir, jahit langsir, comforter saya pulak akan sumbang dana....kita untung nanti untuk anak2lah....


So semalam ruang tamu dah ada sofa, dapur pun dah masuk meja makan 6 kerusi dan 3 bilik pun dah penuh, dua bilik katil double dan satu bilik dengan dua katil single. Letih juga nak mengatur sorang, sebab tau2 jerlah suami kan OKU, sayalah yang kehulu kehilir tunjukkan budak kedai perabot tu mana nak letak barang....bagi penjimatan, sebahagain barang dibeli dari kedai second hand yang jual barang hotel, katil dan tilam beli baru...sofa dan meja TV jer 2nd hand.

Mungkin bulan depan baru boleh disewakan sepenuhnya mengikut hari, sebab saya cadangkan pada suami baiki toilet dan dapur dulu, yerlah tau2 jerlah rumah yang disewakan manalah sama mereka menjaga dengan rumah sendiri....dan saya juga rasa perlu dicat semula bagi berseri sikit....suami pun dah setuju...lagipun bulik2 semua tu akan dipasang aircond dulu....semalam lepas selesai semua tu, tengok2 jam 5.47....bergegas saya dari PD ke Seremban sebab terlambat ambil budak dua beradik tu....

So saya nak buat pengumuman pada sesiapa yang baca ni, anda bolehlah menyewa rumah berkenaan untuk bermalam, rumah teres satu tingkat setengah, end lot dengan sebuah bilik tingkat bawah dan dua bilik tingkat atas. Ada dua bilik air, ada kawasan parking yang luas sebelah rumah dan anda juga boleh buat barbeque...

Kemudahan bilik kira sama macam hotel juga, ada dressing table, ada side table dan lepas ni mungkin akan masukkan TV kat hall dan peti sejuk kat dapur...kadar sewa masih dalam perbincangan, menurut suami dia nak letak sebuah rumah RM 250 sahaja semalam....bayangkan dengan 3 bilik dengan dapur dan ruang tamu hanya RM 250 ajer....kira boleh masuk 3 keluarga serentak....saya kira agak murah juga, cuma takde swimming pool jerlah....kalau nak sewa sebilik pun ok jugak kot...nanti saya bincang dengan suami.....kira kalau datang PD hotel dah penuh bolehlah hubungi saya yer....tapi mula bulan depanlah....


Oh yer lokasi lupa pulak nak beritahu....rumah ni terletak di Taman Seri Pinang, di batu 4, kalau anda lalu dari bandar menghala ke Teluk kemang (batu 8), mesti lalu Batu 4 ni, yang ada stesyen Petronas tu, rumah ni terletak belakang syesyen petronas tu jer, dekat dengan tapak pasar malam masa malam minggu dan juga dekat dengan bandar...dan banyak kedai makan kat situ...bagi percutian keluarga atau kawan2 dengan bajet yang terhad saya rasa rumah penginapan ni sesuai dengan anda...wah dahsyat promosi nih....


Wassalam

Thursday, June 18, 2009

kembali berblog

Assalamualaikum w.b.t

Lama juga berehat. Sebenaranya bukan berehat fdari berinternet. Ceritanya adalah, rumah saya dimasuki perompak. Lappy saya hilang. Pastu bila modem ni saya cuba connect ke PC takmau pulak selama ni saya berinternet melalui lappy.

Pastu bermulalah siri2 kegeraman dengan TM...jenuh call 100..bertekak2 malas nak citer, cuma petang tadi jer technician datang. Sebulan bayanr percuma tapi tak dapat online.


Rumah saya dimasuki perompak 3 hari sebelum suami balik dari penang keluar dakwah 40 hari. Hari yg sama tu juga kami dua beranak, saya dan Hani pindah...berkampung rumah kak aza...saya berani nak tido kat rumah...tapi Hani yg phobia...duduk kat atas peha jer taknak kemana2....menangis2 ajak pergi ruamh umi kat port dickson.


Lepas 3 malam tido di PD hari suami balik, kami semua berkampung pulak kat rumah saya..sampailah subuh tadi baru kak aza balik PD semula....kira merasalah isteri pertama dan kedua suami saya ni duduk sebumbung lebih dua minggu...sampai ada kawan suami yg tanya, "eh diorang tak bertumbuk ker duk serumah tu?"


Jawapannya: kami aman damai sejahtera jer...dibawah lindungan Allah jua...kepitusan tu diambil sebab suami yg stroke merasa agak "berat dan kebas" yang hebat dan malas nak berulang alik anatara ruamh saya dan rumah kak aza. tambah2 anak2 pun 'terkawal' kalau hari2 ayah ada depan mata...


dan saya pun suka....sebab meriah rumah saya....tambah2 pagi2 dah boleh mengadap dan menggentel sofiyyah..yang teramat comel dimata saya...syok sungguh bermain2 dengan baby 8 bulan....tambah2 dia pun tak kisah dah kalau saya dukung dia...dan kak aza pun rajin jugak suruh2 saya suapkan sofiyyah makan...sukerlah saya yang memang mengidam nak dapat baby ni...


nanti2 saya update lagi, sekarang ni agak bizi sebab Allah dah hantar satu lagi anak pada saya. Sekarang ni saya dah ada anak sepasang. Kak aza dah pindahkan Zubair satu tadika dengan Hani, so hani hari2 kat rumah ni takdelah mengekor saya jer, sebab semua aktiviti dia buat berdua dengan zubair....dan saya terharu yang kak aza percaya pada saya untuk jaga dan didik zubair...moga2 ada hikmahnya...sesekali ada juga kebimbangan sebab zubair kan ada sakit..."nephotic syndrom'..so hari2 5 biji steroid pagi dan 5 biji sebelah malam..sian dia hari2 terpejam2 mata dia nak telan ubat yg pahit tu...setiap kali lepas makan ubat saya akan standbykan coklat....setiap pagi juga saya kena buat test kandungan protin pada air kencing dia...harap2 kebocoran buah pinggang dia akan pulih...dia terlalu kecil utk menghadapi semua ni... dan baru2 ni kak aza ada cakap, "kalau Allah nak ambil Zubair awal dia pun redha...walaupun dia risau lepaskan zubair pada saya, tapi semua terserah allah....tak kira pada dia atau saya, allah yang bagi sihat dan bagi sakit....





Wassalam