Wednesday, March 31, 2010

Gembira dan gembira....ceriakan hidup anda!

Assalamualaikum w.b.t


Lama juga tak update blog. Seminggu blog terbiar. Meronta hati nak update tapi bila malam tak larat dah nak on laptop. Sebab siangnya dah sepenuhnya mengadap pc menyebabkan malamnya memang takde keghairahan langsung nak mengadap pc....


Bayangkanlah sekarang ni takde ruang nak lari dari mengadap pc....sampai rasa tak larat dah nak mengadap internet 24 jam...sakit mata dan kepala! Kerja luar ada tapi tak juga dapat lari dari kerja2 dalaman yang tak putus2...


Tapi saya suka ajer kerja sekarang ni...rasa sangat yang saya ada chemistry dengan kerja2 bidang ni.....sukalah!


Saja saya luahkan kat sini kegembiraan ni. Kerja bahagian ni sangat dinamik dan rasa cam takde halangan dan sekatan macam bahagian lain. Batas kerjanya sangat boleh pergi jauh. Walaupun kemampuan saya terhad saya sangat suka juga sebab banyak benda baru saya boleh teroka.


Dan dengar2 bahagian kami akan mengimport personaliti tv terkenal sebagai satu injection untuk membina hubungan yang lebih baik dengan media dan juga sebagai satu strategi terbaru mendepani isu2 semasa. Haaaiii merasalah kerja dengan orang cantik-manis-lawa ni....ni kalau jadikler....nanti saya hebohkan kat sini....


Hal rumah


Entry sebelum ni kan saya bebel hal rumah pak hj. Pastu saya diamkan diri jer sebab malas nak sakit hati dan jiwakan? Esoknya tu, saya balik kerja saya tengok dia dah angkat barang bawa ke rumah saya, kuarters putrajaya ni. Tapi yang dia bawa meja makan, kabinet tv dan peti ais, dapur gas satu tungku.


Ikutkan banyak lagi benda yang tinggal dari yg ambik, malas nak cakap....buat saya tambah geram jer....ikut hati saya kettle tu pun saya nak hangkut. Ni bukan ajer kettle tapi iron dengan ironing board pun dia tinggal juga. Bila dah pindah kuarters ni mulalah terbayang2 alas kaki, mop, penyapu, dll...semua tu nak kena beli baru dan kena kos juga.....tapi tulah......dah terlewat....ok, dah lah....'tembak tak kena, cakap tak guna!"


Saya ubat hati ni sendiri2 jer....sekarang ni kira kuarters putrajaya ni dah bolehlah saya meneruskan hidup. Peti ais pun dah ada, kak aza bagi yang dia punya satu pintu tu...yg dua pintu kat homestay dia ambik semula,. Yang dia bagi saya ni, yang dia tak suka sebab jenis yang ada frost tu....tapi oklah dari takde, ok juga dah ada w.pun satu pintu, fizikal okay lagi, bolehlah isi ikan utk stok seminggu....dapatlah minum air sejuk...tu yg penting musim2 panas ni!


Dapur gas setungku pun dah ada. Sebelum ni saya masak pakai microwave pastu pak hj bagi yang mobile punya dapur tu pakai gas tube....sekarang dah ada dapur gas setungku kak aza beli untuk homestay, okaylah baru sangat dapurnya (memang tak digunakan pun), syukur jugak kak aza bagi..mungkin juga terhutang budi sebab saya ada bagi dia dapur gas dua tungku sebelum ni...cuma saya bagi dia brand pensonic yang dia bagi saya ni brand bompani (bagus brand ni..tahan sungguh).


Tv pun dah ada....ambik homestay punya, siap dapat semua channel lagi....kira meriah sikitlah...rumah seremban dulu, dapat Tv3 dan TV8 ajer....sekarang rasa dah banyak sangat channel lak! Biasalah kami ni bukan kaki TV....la ni melepak depan tv malam2 dalam setengah jam sebelum tido!


Rumah saya punya cerita

Isnin lepas saya balik seremban ada court case, singgahlah rumah sebab nak ambik lesung batu tumbuk...seksa benar nak masak2 takde batu tumbuk....sambil tu rehat2 lipat baju yang baru angkat. Tup2 ada couple berhenti motor bagi salam. Rupa2nya nak menyewa rumah.


Katanya dah lama ushar rumah saya tapi tengok tuan rumah tak pernah ada. Bertuah katanya saya ada hari tu....bincang2 punya bincang comfirm minggu depan nak masuk. Saya letak RM400, dia minta kurang terus saya bagi RM350...entahlah tak tau kenapa figure tu yg keluar.



Saya pun tak tau market situ berapa sewanya. Memang agak rugi sebab rumah saya jenis semi D, 40X85 keluasan tanahnya...binaan 30X 75...agak luas jugaklah...yerlah rumah dulu2 tak sama dengan yang ada sekarang ni....tanahnya agak panjang....bilik 4 dengan 3 bilik air....murah sangat ker RM350?


Pastu suami isteri tu cam suka jer bila saya kata saya tak sewakan sebab barang2 saya banyak. Saya ingat payah nak cari orang yang nak sewa sekali dengan barang2.....rupanya ada gak yang suka.


Mungkin sebab lokasi yang dia suka kot. DEkat dgn rumah mak dia. Saya tinggalkan semua barang sebenarnya. Malas nak bawak pindah ni. Bertuah juga yang menyewa tu, bilik semua dah ada katil, super king, queen dan super single. Ruang tamu dah ada sofa, aircond, siap dengan kerusi urut ogawa lagi.


Bilik master pun ada aircond....dapur ada washing machine, dapur gas, rak pinggan, peti ais, eh pendek kata semua adalah....tak taulah ahad ni dia tengok kot2 dia pening lak banyak sangat barang!



Rasanya RM350 tu memang murah dengan fully furnish tapi saya malas nak fikir dah....saya ambil deposit sebulan dan api air RM200, cuma ni nak carik contoh perjanjian penyewaan. Kena ada gak perjanjian sebab apa2 berlaku kat rumah senang kita carik dia nanti....



Hani punya cerita


Sejak saya hantar hani ke rumah pengasuh ni, saya dapat bezakan yang hani agak okay dah saya rasa bertuah juga menjadi mak dia. Macam anak pengasuh tu, nampaknya mak dia macam tertekan juga dengan kerenah anak dia sebaya hani tu.


Kalau hani sudah boleh urus diri sendiri, packing baju sendiri untuk pergi rumah pengasuh dia tu dan juga packing baju utk ke rumah kak aza (cuti sekolah hari tu dan lain2 masa sebelum ni), hani juga dah boleh siapkan diri ke sekolah tanpa bantuan dan pemantauan, dan hani juga buat jadual sendiri tanpa pemantauan saya (hanya ingatkan dia) tapi qistina semua perkara yang saya sebutkan adalah diuruskan mak dia semata2...syukur sungguh di situ hani berdikari...



Begitu juga dengan homework, hani sangat bertanggungjawab hal homework dalam kereta dah war2kan homework dia, dan kalau dah ngantuk sangat, nak tido tu sempat lagi dia bebel "sapa nak buat homework kakak, kakak dah ngantuk ni" dan kalau tak siap saya perhatikan, pagi2 dengan hanya pakai spender lepas mandi, dia akan siapkan juga....dan segala pesanan cikgu semua dia ingat dalam kepala......baru2 ni saya sedar yang dia berbeza dengan qistina lepas mak qistina crita kat saya...saya ingat semua budak2 baya hani dah melalui perkembangan asas sama macam hani....rupanya tidak!


Seperkara lagi, hani dah boleh terima tanggungjawab yang agak besar sekarang. Macam bayar yuran, bayar hutang kat cikgu hari tu (beli kain KAFA, cikgu takde duit kecik), pastu saya minta dia beli kain KAFA satu lagi...semua tu dia cerita dia buat seorang..pergi bilik guru dan deal sendiri..bagi saya tu perkembangan positif sangat sebab saya tau hani agak pemalu apatah lagi situ tempat yang agak baru bagi dia....


Sekarang ni hani dah tukar kelas, sekali lagi dia kena menyesuaikan diri dengan classmate baru. saya tak tau kedudukan kelas yang baru ni dari segi susunan kepandaian nombor berapa....hani kata kelas kedua....tadi saya tengok mark ujian bulanan, mengancam juga....majoriti yang ada tu dapat 95% ke atas....tak kisahlah asalkan hani suka ke sekolah.


Cuma hani komen pelajar2 sini nakal2, ganas2, suka bergaduh dan suka cakap tak elok....memang terkesan jugaklah hani tengok perangai bukan2, cakap terjerit2.....


Lagi satu, hani ni boros betullah. Kalau saya takde duit, saya bagi duit besar, macam hari tu RM10, balik tu tanya habis semua tu walhal dah pesan belanja RM 2 jer...alih2 siap belikan saya bunag sekuntum....sebab nak hadiahkan ammie....pastu suka betul beli buku nota kecik2 ada gambar2 kartun...kad2 lah....duit dia habis ke situlah...geram betul! Macam mak dia cop duit!



Pak hj

pak haji dah mula keluar 40 hari mula ahad lepas. Agak lega disitu, lega dari segi tanggungjawab...takdelah nak layan masak makan beriya....buat masa ni takde masalah....hishhhh teruk betul saya sekarang ni...patut rindu, sedih suami takde, ni happy lak! Apakah petandanya disitu?


Apapun, saya memang takde niat lain nak suka2 suami takde, cuma rasa lega macam tak terikat dengan protokol rumahtangga...nak kena report bagitau, pastu nak kena jawab call...kang tak jawab adalak prasangka bukan2. Biasanya kalau pak hj keluar dia kurang call tambah2 pulak dia jenis malas top up...kalau dia kat PD tu pantang kak aza takde rumah (gi rumah mak dia) mesti dia akan call saya.....dengan keadaan kerja ni saya macam takde masa banyak nak layan panggilan2 peribadi ni....


Akhir2 ni hani banyak komen pasal mak ayahnya ni.....yerlah dia boleh bandingkan hubungan Ummi-ayah dan Ammie-ayah....katanya kalau ammie dengan ayah mesti kejap2 gelak, asyik bergurau 24 jam, kalau ayah dengan ummie diam jer takde gurau2 langsung....ayah dengan ummie serius jer....


Wah...suka saya dengar bila anak komen personaliti dan pendekatan rumahtangga kami berdua..maknanya imej saya dengan pak haji depan hani adalah gambaran yang sangat positif..macam keluarga bahagia....yerlah hani mana pernah dengar kami gaduh depan dia yang hebat2.....dulu masa keciik ada tp dia tak ingat dah kot....kalau kami berdua gelak2 mesti dia complain ammie dengan ayah ni takde kerja lain, cakap sikit gelak jer lebih! Saya rasa pandangan hani adalah jujur sngat!










Wassalam

Wednesday, March 24, 2010

Tak jadi pindah barang, geramnya saya!

Assalamualaikum w.b.t


Geram betul dengan pak haji ni. Mula2 kata nak pindahkan barang. Alih2 tak jadik.


Katanya penyewa tu nak pulak barang2 kat rumah tu. Ok lah pada saya kalau dia bayar berbaloi dengan kos yang kami dah keluar. Tapi dengan hanya bawa keluar pinggan, ko yang pak hj setujua dalah RM2,000. Memang jauh sangat dari jumlah kos yg telah dilabur!


Benganglah saya.

Mana taknya, perabot beli dulu takdelah mahal RM5,000 jer...tu pun kalau ambik separuh patutnya RM2,500.


Aircond...dua brand mitsubishi heavy duty camana?


Langsir dan kos jahit yag saya tak tido malam siapkan berapa nak charge? Sheer langsir tu jer dekat RM300 yang mana rumah sendiri pun saya tak beli harga sampai RM22 semeter....dengan jahit bukak jahit bukak (sebab tersalah anggarkan ketinggian dia)


Takkan semua tu percuma? Tu tak masuk tenaga saya panjat sana sini pasang paku pasang langsir.


Dah tu cadar semua dia nak bagi....terus terang saya cakap cadar tu satu harga RM600++ dan satu lagi RM400++, ada diskaun dalam 20 ker 30%.....saya beli sebab saya fikir nak kena beli mahal sebab nak pakai lama dan nak orang tengok benda tu berkualiti....


Tu pun dia nak serah bulat2 kat penyewa tu???? weyyyy.....pastu duduk fikir malam tadi sambung bangun pagi terfikir lagi, baru datang satu2 benda /kos yg saya keluar, plus cermin besar, towel rack, cermin/rak bilik air, alas kaki, alas meja, mop, penyapu, sejadah, towel, bantal, penyangkuk langsir (kos jugak tu!), lama2 saya rasa semua benda2 kecik tu mau cecah ratus2 dekat ribu jugak, takkan semua tu bontang serah???


Pastu boleh pak hj cakap takper nanti dia pindah takkan dia nak bawak semua? Eh...habis tu kalau dia duduk 5 tahun...langsir saya dah lunyai, cadar(full set dengan comforter dan alas tilam branded) dah rupa kain buruk takkan saya nak lagi?


Mula2 saya cakap gak..pastu macam pak hj malas nak layan...dia dah kata RM2,000 tu okaylah...orang tu nak beli dah save duit takyah angkut ke Putrajaya sewa lori bagai....dalam hati saya...eh senangnya fikir?


Mula2 dia kata taknak barang2 tu pastu penyewa tu kata anak2 dia nak pulak barang2 tu. Katanya orang kaya dari melaka, naik Honda Accord baru...nak lepak2 kat PD jer...tapi dalam hati saya iyer ker?


Sudahnya mula semalam saya malas nak cakap dengan pak hj, Dia call saya malas nak jawab. Petang saya suh Hani call minta duit sebab bawa hani ke klinik....lantaklah....petang dia sms balik kata dah bank in duit! Puas hati saya!


Tengahari tadi dia call saya tak jawab gak...lantaklah biarkan....alih2 rupanya dia sms nak bagitau yang saya terlupa ambik anak! hah hambek kau!!!


Masa tu dah jam 4 petang...rupanya hani call ayah dia guna hp orang..tak taulah ayah sapa dia prihatin tengok hani tunggu sorang2....pastu hani call ayah sebab dia ingat saya hanya pakai no office katanya dia tak hafal lagi......



Tulah penangannya marahkan laki sudahnya anak plak terbengkalai..tak taulah ad akaitan ker tidak.....rasanya pembalasan jugaklah tu.


Rasa bersalah jugak ni...tapi takper saya simpan jer dalam hati ni....nak tengok, tadi dia ada sms saya tanya esok dia nak balik sini camana..sebab kunci rumah ni ada satu jer kat saya...malas saya nak duplicate kan....


Susah2 sok saya buat tak tau jer biar rumah berkunci. Geram ahhhhh...


Dia mesti tak rasa jerih payahnya carik duit dan abiskan utk kos yg keluar tu sebab perabot RM5K aza punya duit, baiki rumah dan barang2 lain duit saya....macam rasa burn gitu jer semua2 tu....


Saya dapat bayangkan dia terdesak tu sebab pada dia RM2k tu dapat pun cukupler....asalakan dia dapat duit....yerlah weekend ni nak keluar 40 hari sedangkan saya memang takde buka mulut kata nak infak ke jalan allah yang saya da cakap saya kata, tanggungan dah bertambah, Hani nak masuk KAfa swasta, register lagi...pastu elaun rumah tak dapat cola pun sama.....so semuanya sama cam dulu....kos hidup bertambah...bil semua kena bayar utk dua rumah....susah2 sok saya hangkut barang2 rumah seremban pastu saya sewakan rumah seremban.


Kalau tak pun, iklankan jer kat 7E, sewa kat anak2 dara, ikut bilik, sewakan 3 bilik....takkan anak2 dara taknak perabot lengkap, segala benda ada..dengan perkakas dapur, washing machine, katil/tilam dan aircond dua, dengan kerusi urut lagi....semi D pulak tu...takat RM150 sebilik mesti boleh punya!


Ahhh apa2 pun boleh jadik, saya ni kadang gamble jer...dia kuar 40 hari ni banyak amsa saya nak rancang dan buat sesuatu.....fed up lah!


Hal hani agak bengang sikit....sebab dah tak berbaik dengan kak aza saya ada masalah mana nak letak hani ni....lepas ni boss suruh gi sarawak..awal2 saya nak tolak sebab hal hani tapi risau lak nanti katanya tak menurut perintah! Huwaaaaa.....kalau pak hj ada sub jer kat dia....dah dua petang bawak hani ke office...sian dia sebab office saya sejuk bangat..org tua pun tak tahan , dia apatah lagi....


Saya memang camni tengah geram...hani pun komen kata ammie ni dah2 lah tu...pening kakak dengar ammie bebel hal ayah ni....macam komplot dgn ayah dia jer..asyik2 backing ayah....tu satu hal jugak tu budak sorang ni!









Wassalam

Tuesday, March 23, 2010

Cuti kecemasan dan gambar makan2

Assalamualaikum w.b.t

Intro : Gambar hani tido sebab demam....ni gambar betul2 tengah malam lepas jam 12..tiba2 dia bangun cakap lapar....terus saya suapkan bubur, dan saya suruh buka baju (sekolah) dan dia terus tido semula....tak larat sungguh anak dara ni...saya balut dengan towel basah....hahahaaa tido dengan panties jer anak saya malam tadi!


Jangan pening....entry berselang dengan gambar2 makan2....


Tak yah caption, ni masa makan2 consultant kami yang belanja....belanja orang2 pej Kp ajorr...
dua hujung tu dara lagi yer....teka mana satu miss conquer?




Cadang nak cuti hari khamis sebab nak hangkut barang dari rumah Pd bawa ke sini ke Putrajaya. Rupanya lain lak jadi nya. Tulah kita rancang Allah tentukan.





Teruk kan muka yg tukang belanja ni....yg baju pink ni....hai Dr.....menyesal ker.....ikhlas tak ni?





Semalam petang ambil Hani sekolah terus bawa ke pejabat. Sebab ada kerja tak selesai lagi. Masa kat pejabat tu kecoh betul Hani kata sejuk2, saya bagi pakai blazer saya suh cover badan dia, pun sejuk jugak, pucat bibir dia.






Saya ingatkan sejuk biasa, rupanya nak demam. Dalam kereta nak balik tu, dia kata sejuk lagi, saya tak buka aircond pun sebab nampak bibir dia masih pucat. Rasa dahi dia rupanya panas...sah demam dalam hati saya!






Ini dia miss sinar.... orang belanja kita2 jer makan, sya siap bawak anak lagi.....hahahaaa.... camana kan saya kata tak nak pergi nak urus anak, diorang suh bawak anak sama....







Balik tu terus tenggek bubur. Dia pulak cabut tudung terus baring atas toto. Siap tenggek bubur jengah tengok dia dah tido! Saya selimut kan dia dengan toto senyap jer...stokin pun tak tanggal...dengan baju sekolah dia tido. saya biarkan....sian pulak...







Stok ubat semua dalam freezer kat seremban. Nak keluar memang rasa tak boleh sebab hani dah tido kesian nak kejut.






Malamnya memang tido tak lelap sangatlah dia...merengek halus dan ada jer mulut dia macam mendesah....saya basahkan towel kecik balut badan dia, letak celah ketiak....bagi sejuk badan sebab rasa panas sangat.






Dalam hati memang susah. saya sms pak hj bagitahu ehwal anak, nak suruh dia datanglah....tapi tak berbalas. Call pun tak jawab!





Ni sorang lagi bahagian kami. Dia ni keturunan dan sekampung dengan Idris Jala, ntah apakernama kaumnya ni...jauh dalam hutan asalnya....area Ba'kalalan, kuat kristian dia ni...macam gaya model.....baik sangat budaknya, taat dan patuh....handsome jugak kan?






Dua boss atas saya.....bizi jer boss borak....yg kiri ni convert, dulu hindu....dah lama masuk islam dah....







Dalam jam 10 saya call baru berjawab tu pun syakirah yg jawab. Cakap hal anak pastu dia bagi cadangan suh gi kecemasan, saya kata takperlah, lupa lak nak tanya dia baca sms ker tidak pasal saya suh dia datang sini....hmmmm jawabnya memang tak datanglah tuuu....




Saya susah hati sebab rasa macam tak wajar tak datang kerja hari ni. kami ada majlis yang kami uruskan sebagai organizer...Majlis Luncheon Talk dan pelancaran Frenz Of MACC. Memang kamiler penggerak semua ni. Sebelah petangnya mensyuarat Persatuan Bekas Pegawai SPRM/BPR.
walaupun saya tak ada, tapi legalah diorang dah selesai dah.....lepas ni ada satu lagi event...sekejap jer dapat tarik nafas.....pastu KP gi Brazil, rehat lah....cuma masa dia takdelah kami nak kena buat roadshow promote fungsi dan peranan bahagian kami ni...dengar2 nak ke sabah sarawak....jumpa reporter sana dan nak kena gak jumpa sekretariat pencegahan rasuah seluruh u...banyaknya kerja.....tapi seronok...tak tenion macam menyiasat....



Apapun, jom saya jemput anda semua join facebook SPRM, buat masa ni saya salah seorang admin fecebook tu...tanya apa sahaja....dan promote gak kat kawan2...dari situ nanti kami akan register sebagai Frenz of MACC dan segala maklumat awal yang kami boleh dedah akan dimaklumkan dahulu pada frenz of macc supaya tak adalah persepsi negatif tentang SPRM...



gambar2 tu saja promote pegawai bahagian komunikasi korporat SPRM, 6 org jer...yg lain2 tu jemputan dari pej KP...5 jer ada, Glenn budak sarawak takde dan dato' pengarah bahagian kami....tak datang lak makan2 hari tu...dunia saya bekerja skrg ni kecik jer rasanya sekarang compare dulu....

Saturday, March 20, 2010

Rindu anak orang

Assalamualaikum wbt

Salahker saya menyimpan rasa rindu....


Mungkin sebab semasa budak ini masih baby banyak depan mata saya.....


Selalu sangat saya rasa macam nak sangat tengok dia....


Boleh katakan budak ni selalu jadik tajuk perbualan saya dengan pak hj


Tapi kalau tanya pak hj perkembangan budak ni cerita dia takdelah menarik sangat....


Dia tak pandai nak cerita....


Tapi kalau dengan hani baru best..panjang dia cerita kalau saya tanya pasal Sofiyyah...






Dia cerita, Sofiyyah ni, sapa pun tak boleh pegang ayah...dah pandai panggil ayah dah...kalau ad sesapa pegang ayah atau duduk kat ayah, mesti dia menjerit kuat suruh orang tu duk jauh2...pandai betul....kata hani lagi, ummie nak urut ayah pun tak boleh, kiranya sorang pun nak pegang ayah tak boleh...dia sorang jer boleh....betul anak ayah ni!




Dah pandai nak ikut ayah....kalau ayah keluar jer pandai membontot ayah.....tiap kali nak keluar ayah kata kena tutup grill, kadang ayah bawak jugak, gi ikut ambil zubair di tadika, dalam kereta sebelah ayah berdiri jer, pegang cermin kereta...seronok, ayah kata diam jer sepanjang jalan..khusyuk agaknya...hishhh terbayang saya..alahai bilalah boleh jumpa, kalau jumpa mesti dia taknak kat saya lagi...dulu dia suka juga kat saya....hmmmmm, salah saya jugak...



Kalau hani di PD, dia suka main dengan hani, kadang kak aza suh hani kepong dia masa dia menyusu atas sofa, hani kena baring sebelah dia, takut dia jatuh, kata hani....masa hani baring tu sofiyyah suka main muka hani, mesti nak korek2 hidung hani...hani kata..."kakak biar jerlah dah dia nak korek..." terbayang2 saya, rindunya...

Pastu hani cerita, sofiyyah suka menjerit, dia paling tak suka zubair sebab zubair suka mengacau, kalau hani ada sana, suka betul panjat2 hani dan naik atas belakang hani, pastu suka tarik2 tangan hani bawak sana sini tak taulah nak tunjukkan apa....dah pandai main dah dengan kakak2 dn abangnya....
Tu yang salah satu sebab hani suka duk sana....dia suka sofiyyah.....meriah hidup dia kat sana sampai tak ingat kat saya....
Petang ni balik seremban, nak basuh comforter, mesin rumput, basuh kereta dan ambil comforter dan bantal tambahan, tak boleh jadi berebut nak baring atas comforter biar saya bawak banyak2..geram betul...dan nak bawak gak beras, bawang (ntah2 dah kecut), nak ambil baju2 kerja tambahan dan nak bawak buku2 dan nota berkaitan rasuah....nak kena banyak ilmu pasal rasuah......kata dok bahagian komunikasi korporat pejabat KP mesti level pengetahuan kena sama paras dengan orang2 atas....cehhhhhhh!







Wassalam

Thursday, March 18, 2010

Rindu pulak rasanya.

Assalamualaikum w.b.t


Malam ni genap 7 hari hani duduk di rumah mak tiri dia. Senyap jer takde khabar berita. Sekali jer hari tu saya call dia, lama gak cakap2 dengan dia...biasalah dia melapor perkembangan semasa dan bertanya itu ini pada ammie.


malam ni tiba2 teringat sangat kat dia. Puncanya sebab tadi gi masjid Sultan Mizan (masjid besi) sebab ada majlis bacaan yasin dan solat hajat sempena setahun penubuhan SPRM, ramailah staff yang bawak anak, so teringatlah kat hani...


Siap solat isyak saya tak makan pun di jamuan yg disediakan sebab saya pergi dengan kawan, dia tak makan saya pun malas nak makan, masih agak kenyang juga sebab petangnya kami ke UiTM Shah Alam ada program, balik tu singgah drive thru McD, so dah makan McD petangnya tu....lagipun...yerlah saya kita tumpang keter dia...pandai2lah bawak diri...


Dalam pada tu, saya pun call hani rupanya dia tengah makan juga di masjid Telok Kemang, PD...ikut ayah bersama-sama 3 adik beradiknya yg lain, Uda, Syakirah, Zubair dan hani sendiri. Seronok bukan main...


Sebab makan, tak dapatlah cakap, cakap dengan pak hj jer...dah nak sampai rumah baru hani call dari no. rumah kak aza. Lama kami borak....barulah lepas rindu....


Satu lagi punca saya teringat kat dia....hari tu ada satu hari saya bawa dia ke office tapi saya letak dia kat surau, bagi kertas, pen dan handphone....bila ada semua tu dia leka lah, takde kacau saya...


Tadi lepas solat asar kat surau tiba2 saya nampak kat dalam almari ada kertas A4 ada lukis2...dari cara lukisan tu memang sah lukisan Hani...ada gambar ikan, banyak ikan macam2 saiz...ada ikan paus, siap ada gambar udang lagi yg kelakar...siap ada dialog....ada sekor ikan tu kecik jer dia lukis kat tepi, macam baru sampailah, siap cakap...."eh...kenapa ramai sangat orang ni?" dialog tu dia letak anak panah kat mulut ikan kecik tu konon macam ikan tulah yang berkata2.....kelakar betul bila saya baca....


yang tak tahan tu..."ramai orang" patut "ramai ikan".....pastu saya ambik lukisan tu saya tampal kat board dalam bilik saya...bila ingat dia saya tengok lukisan tu....tersenyum2 saya tengok lukisan dia....sayu pun ada gak, rasa macam lamaaa tak jumpa!


Esok petang insyaallah saya akan ke tanjung bidara, urusan kerja, saya cadang nak singgah ke PD sekali ambik dia....tapi tadi ayah kata esok diorang nak ke melaka nak hantar uda ke melaka central balik madrasah balik Pulau....hani memang seronok nak berjalan ramai2 tu....tengoklah kalau tak clash, saya singgah rumah kak aza, angkut dia bawak balik putrajaya...bapak dia nak balik ikutlah kalau taknak lantaklah....bagus jugak tak balik selalu..letih nak melayan masak makan, basuh baju semua tu....pastu kos bertambah...nak siapkan makan beli lauk semua....kalau tak balik selamat gak duit saya.....dahlah hujung2 bulan ni....


Entahlah kadang rasa rumahtangga ni hambar, kadang rasa bermakna....kalau rasa hambar tu selalunya masa-masa iman lemah nilah....yerlah dah lama tak top up.....tambah2 dah bergaul macam2 ni, kerja pulak bizi, solat pun agak2 lewat...syaitan pun bermaharajalelalah....hai salwa...cepat2...dah tau tapi masih leka....

Wednesday, March 17, 2010

Citer hal kerja

Assalamualaikum w.b.t



Eh bebel hal kerja aci tak?


Blog private ni orang lain boleh access tak?


Okay takperlah tu...


Hal kerja ni, takdelah apa sangat sebenarnya...


Kerja orang lain lagi susah kot? lagi besar tanggungjawabnya....lagi mencabar lagi menuntut kesabaran dan skill yang maha hebat...


Mana-mana kerja pun sama, takde yang senang dan mudah...goyang kaki dapat duit cukup bulan...ada ker kerja camtu?


Bagi saya, kerja saya sekarang ni memang dah mudah sangat, itu kalau banding dengan siasatan dulu...


kalau siasatan, semua benda kita kena perah...perah otak (kena mahir undang2, kerja semua ikut undang2, arahan tetap, pekeliling)...kalau salah ia melibatkan orang tertuduh dan saksi....memang kena teliti lah...


Kena gak perah tenaga, siasat dan tangkap orang, kalau boleh selesai 24 hrs kena selesaikan kalau tak dah leceh kena jumpa majistret apply 117 (reman)...pastu kena kumpul bukti (keterangan dan dokumen)...masuk OKT lokap...pastu nak release satu masalah, nak jaminan....memang mencabar sungguh pastu nak study document, nak kesan saksi, nak kumpul ingredient ikut seksyen kesalahan mana kita nak charge....memang bukan calang2 kerjalah menyiasat ni....kalau OKt tak ngaku dah lain citer plak...nak2 saksi jenuh interrogate tak mau break...MO okt sampai kesudah kita tak tau....tu yg rasa nak nangis tu! letih!


Wah kalau nak citer hal siasatan mau kena buat buku atau novel lah...kes rasuah memang complicated...lain dari serious offence lain...nampak bukti dan selalunya ada saksi (eye witness).


8 tahun bergelumang dalam siasatan buat saya rsa bersyukur sangat2 dapat keluar dari bahagian tu. Suka yang teramat suka!


dan inilah bahagian yang saya rasa sesuai dengan jiwa saya. Sesuai sangat. Tapi sesuai pun takdelah saya boleh buat kerja dengan cemerlang! hahahaaaa.


Sebabnya pulak, bidang ni kita tak terlatih secara formal. Siasatan semua pegawai kena kursus 6 bulan (batch saya) tapi korporat com ni memang kami semua takde training langsung camana nak urus hal ni.


Nak2 pulak pengurusan tertinggi taruh harapan yang sangat tinggi terhadap unit ni untuk bina semua imej lepas kes TBH, walaupun saya rasa, kita kena tunggu keputusan inkues...
baru kita boleh nampak halatuju mana persepsi masyarakat terhadap SPRM...


Tapi kami dengan kekuatan 4 orang yang mana keempat2 kami ada degree....3 dari kami ada degree mass comm, dan sorang lagi degree public admin...3 ada master (boss kami ada master mass comm dari US dan sorang lagi ada master pengurusan dan saya plak ada master pengajian rasuah) merasa sangat2 pressure juga dengan harapan pengurusan ini.


Disebabkan awal tahun ini baru kami di setup, maka banyak benda baru kami kena uruskan. Dapat boss bermisi tinggi, kita pun kena kejarlah rentak dia.


Saya ni kan penggemar mengadap internet ni...suka2...tapi saya tak sangka plak ia akan menjadi kerja saya sepenuh masa.


Semalam dapat arahan incharge facebook (ambik alih dari admin sedia ada, pegawai kami juga, tapi kita nak jadikan ia saluran formal) maka silalah add yer kawan2 yang ada baca ni....bagi support kat saya..hahahaaa kalau tak bagi support kat SPRM pun addlah sebagai pembaca kepada blog saya....


hari ni....woww...dapat lagi tugas baru....kena incharge portal jabatan pulak....walhal pagi2 buta team kami dah discuss, nak tolak portal kat bahagian pendidikan masyarakat, kami dah tak mampu dah sebab kami akan incahrge satu blog jugak....ini coming soon...fuuuuhh rupa2nya boss kena tembak dalam mesy ptg tadi takleh pertahankan diri lagi...portal pun akan jadi baby kami....


maka silalah Puan salwa....salurkan minat bertenet yang membazir masa camni kepada tanggungjkawab rasmi yer!


Sekarang ni mata saya sampai tak larat nak baca macam2 blog politik, kritikan semasa, pembangkang...pastu dengan suratkhabar bercetak lagi, media online....dengan menjawab email base on isu akhbar kepada PRO JPM...


Dengan tugas buat teks ucapan KP dan sesiapa yg berkenaan lagi. Memang saya dulu selalu bayangkan yang saya nak jadi setiausaha akhbar..ni kes masa jadi wartawan dulu kan selalu deal dengan setiausaha akhbar mana2 ADUN/Menteri/dll...rasa cam syok jer dapat curahkan idea pada boss....


Tapi sekarang bila kena buat semua tu, rasa cam aduuuhhh...memang rasa tak capai standard lah nak baca pemikiran boss No 1 ni...nak kena study dulu pemikiran dia...setakat ikut dia dalam tempoh dua bulan sebenarnya saya masih tak mampu baca apa ada dalam pemikiran dia...boleh baca lah tapi tak sepenuhnya.


Tu yang saya rasa saya kena banyak2 baca hal rasuah ni... ada master pun rasa cam takde master.....yerlah kat U kita belajar teori orang putih...Durkheim lah...teori tulah nilah...tapi kali ni nak kena tengok realitynya....


Dan saya rasa kesian sangat kat boss no 1...sebab dia perlukan sokongan kami....support dia...tapi saya pulak secara personal rasa saya tak dapat nak sumbang lagi sebagaimana yang dia inginkan....rasa macam fail lah! Orang lain saya tak taulah....


saya masih tengah asah skill buat teks lagi ni...nak kena study banyak2 kecenderungan boss no 1 ni....saya nak kena banyak bincang dengan pengarah bahagian dasar kami (yg memang rapat dengan boss no 1) harap2 dalam masa sebulan dua ni, saya dah boleh sealiran dengan pemikiran dia....


Masa mula2 buat teks tu saya sangka dia tak baca sebab dia jenis impromtu rupamnya sekarang dah lain...agaknya dia letih dan baca lagi senang....so nak tak nak saya kena betul2 buat teks yang kalau boleh bila dia tengok dia senyum dan dia rasa apa saya tulis tu adalah sama dengan apa dia fikir...


Bila dah duduk dengan 3 boss tertinggi ni dapatlah sikit aura tu....dah tau dah apa maknanya persaingan dalam merebut hati boss...dah tau dah sapa ada chemistry dengan boss dan sapa yang tidak....dan dah nampak dah sapa yang suka menonjolkan apa kerja dia buat dan sapa yg low profile dan buat kerja betul2 kerana ikhlas....dan nampak jugak politik pejabat ni....


hari tu saya terkena, kan atas saya ada 3 boss....saya terkena dengan boss no 3, event ni isnin pagi..memang dari last week dia ada cakap dengan saya, malah saya dah email kan tentatif program pada pengarah yg berkenaan. takde reply pun. Sya minta boss no 3 counter check...dan minta tentaif program sebab saya nak panggil media/wartawan utk interview....


Tapi senyap jer saya sms boss no 3 tak jawab. Pastu ahad lepas saya sms sekali lagi tanya event dengan National Anti Corruption Commision Thailand on ker tidak? tak jawab, saya andaikan event ad hoc tu tak jadi.


Isnin pagi tiba2 baru boss no 3 tanya, jam berapa nak ke jalan duta...saya kata saya tak call/email media lagi....pastu dia kata takper dia dah suruh miss conquer... saya tanya miss conquer tak tau...sudahnya kelam kabut kami contact media...walhal event jam 10.00 pagi masa tu dah dekat jam 9 pagi....mujur sempat gak panggil media....


Saya rasa teraniaya...macam saya tak buat kerja saya, walhal boss takde bagi hitam putih....beberapa kali sms tak reply..email saya dia abaikan...at least cakaplah progres perbincangan dengan pengarah tuuut....kalau jadi cakaplah...sebab isnin tu saya dah atur cantik event 2.30 petang perjumpaan ketua dan AJK dewan PAS Pusat dengan top boss kami....semua buat sorang pasal minggu sebelumnya semua anak buah kursus....mana nak terkejar ke KL dengan event kat HQ ni...


Dapatlak boss lainj (pegawai khas KP) punyalah susah payah saya pi Mines tunjuk slide nak tunjuk depan PAS, tapi hampeh rupanya dia tak tunjuk kat boss No 1...ia2 saya hantar sampai ke Mines....pagi tu baru boss saya sendiri gi tunjuk...dan2 tu tengahari tu pulak baru peg khas tu panggil saya betulkan lagi, tambah statistik....pastu black out plak....bengang tak bengang?


Tapi alhamdullillah semua berjalan lancar...ustaz2 dari PAS happy dengan penerangan dan KP pun suka dapat jelaskan apa yang ebrmain2 dlm minda diorang.....apapun saya kagum dengan diorang, memang bersedia dengan soalan2 hot...2.30 sampai jam 5 ptg...maklumlah ada lawyer, ada doktor....terfikir kenapa pimpinan UMNO tak pernah minta nak datang berjumpa kami....


Paper pun camtu...alternatif media siap minta nak datang jumpa nak dapatkan penjelasan....tapi mainstream media tak pernah minta, kami yang jemput semua mainstream media utk bagi penjelasan....saya rasa seronok sekali dapat deal dengan editor2 blog2 yg selama ni saya baca jer tapi bulan lepas dapat berkomunikasi dengan pengarang Malaysiakini, harakah daily, Detik daily, malaysian digest, suara keadilan, merdeka review dll.....


Frankly speaking, saya memang suka line kerja ni lah....memang sesuai sangat.....Pada masa sama juga, semua pemilik dan ketua pengarang media mainstream pun saya dapat berjumpa juga...memang tak boleh blah lah...ramai yg dato' jugak....wartawan2 yg selama ni saya baca dan 'geram' dengan tulisan2 diorang pun saya dapat kenal dah sekarang..siap boleh sound diorang kalau tulis tu tulislah begini..begitu....hahahaaa....macam best jer...


tapi apapun saya masih low profile....saya tak kehadapan langsung..mana2 yang memerlukan saya menonjolkan diri saya takkan menawarkan diri...macam kalau ada interview eksklusive one to one dengan KP atau timbalan dia memang takkan pernah saya nak joint masuk assist reporter....memang bukan sayalah tu...saya suka kerja2 belakang tabir jer...borak2 dengan wartawan...deal dengan Dato'2 boss ni sorryler....lagipun jangan risau miss conquer kan ada..sebab dia suka bab2 tu..kalau takpun miss sinar boleh ajer saya arahlan masuk...


Biar kita low profile....walau dok sebelah pejabat dengan top 3, saya idaklah kerap menunjukkan diri, baik dok bilik diam2....dah dikenali nanti mesti bizi....lainler miss conquer, dia memang menonjol, tadi petang jumpa boss no 2 Dato' S semata2 ada problem pasal statistik....yerlah IGP minta statistik PDRM mau tak miss conquer kena kehadapan tunjuk kemampuan...


Sudahnya miss conquer keliru, tak faham...hahahahaaa (gelak besar)...miss conquer awakkan kalau tak pernah buat siasatan awak nak baca statistik pun awak tak reti tau! Nak minta statistik apa pun awak tak faham...tulah nak tunjuk pandai sangat?


Sudahnya datang gak bilik den ni hah....minta bantuan..ecehh sebagai org berpengalaman siasatan dan adalah jugak skill komunikasi dari segi memujuk ni...kira penyelamat...turun bawah tanah minta statistik..hah barulah dapat....kita nak minta kalau kita sendiri tak faham camno? faham apa tu? Alah faham seksyen kesalahn, faham lah apa2 pun....


Ok...panjang dah...lepas geram kat miss conquer sebonar eh ni...bolehker tadi dia masuk bilik miss sinar kebetulan saya ada dengan pegawai komputer (kami install program open office) dia bebel kat kami "eh apasal semua orang boleh senang lenang ni....semua beban kat saya?'...eh sedarlah awak tu nak conquer semua kerja rasakan....tulah taknak delegate power...tak caya orang lain buat..semua dia jer.... dia ingat dia perfect....walhal ada communication problem....eh teruk mengata orang saya ni ek....ah sudah2lah tu...pi BUAT KERJA (bak kata Tun Hamid ~bekas Hakim negara)









Wassalam

Tuesday, March 16, 2010

Musim gaduh agaknya?

Assalamualaikum w.b.t


Hey....tengahari tadi gaduh lagilah.


Pasal mudah jer...hal rumah seremban ada orang tanya nak sewa...saya bagilah nombor kat pak hj suh dia deal.


Saya baru buka mulut jer..suh bincang belum suh sampai tahap orang tu datang serta merta tengok rumah.


Saya nak ada sama masa orang tu datang....sebab saya cadang April baru sewakan...nak tengok rumah tunggulah saya kosongkan dulu...


Mana larat nak kemas wey....sorang nak buat semua tu.....



pak hj pergi deal petang ni gak ajak orang tu tengok rumah...siap tengok dalam lagi...


Walhal rumah memang tak kemas abis lagi...yerlah baru bawak pindah barang sikit2 kat sini....


Baju2 basuh lepas angkat memang peruk jer atas katil....


Manalah tau ada spender ker coli ker terpampang atas katil tu....


dah tu billik air pun saya tak check lagi...tau2 jerlah rumah balik sekejap setakat basuh baju jer....kot ada yg tergantung dalam bilik air tu....tau2 jerlah subuh2 sapie lepas mandi saya gerak balik sini 2 minggu lepas...tak ingat dah apa ada kat rumah sana.....


yang tukang buat sepah pak hj dan hani...yang buat kerja semua saya sorang....


takkan dan.dan nak bawak orang luar masuk rumah...aurat semua tu ...macam takleh fikir lak pak haji ni....



Saya kata tunggulah weekend ni atau weekend depan saya ada boleh saya join sekali...


Alih2 dia bengang marah saya...sampai cakap takyah sewalah apalah...


Eh....apahal? salah saya ker?


Saya suh bincang jer bukan suh jemput tengok rumah lagi pun....


eh dahlah sakit jiwa layan orang tua ni....


Sakit kepala jugak dok fikir macamana nak angkut barang banyak2 rumah tu bawak kuarters tingkat atas ni....kerja gila!


perabot semua saya tak kisah...yang saya kisah buku2 melambak2 tu..plus kain baju dan pinggan mangkuk....


kena carik kotak jawabnya ni....kena bungkus elok2 suh diorang angkat....

Tiba2 rasa macam rumah kuarters ni sempit lak


haruskah mencari rumah sewa luar?
Wassalam

Macam ni memang tak tahan rasanya...

Assalamualaikum w.b.t



Kalau kat rumah sendiri saya tinggal sorang memang boleh tahan lagi. tapi dok kuarters di Putrajaya ni sensorang memang tak tahan lah! Boring sesangat jadinya. Dahlah period, nak solat nak mengaji pun tak boleh....


TV takde, peti ais takde, perabot satu pun takde...nak lepak ...kenalah lepak atas toto jer...baju kotor lak ada sikit lagi nak basuh tu...tak boleh basuh sekaligus, basuh sebaldi kecik je, yerlah basuh tangan jer....basuh sikit sebab tempat sidainya kecik ajo, pastu saya lak hanger memang terhad. Bawak baju pun tak sampai 10 pasang...tu baju kerja, baju persalinan rumah baju tido 3 pasang, t shirt 2 dan kain batik 2 helai...memang simple ajer....


Penyumbang baju kotor paling banyak hani lah....memadangkan minggu lepas saya basuh baju untuk 2 malam jer, sebab 3 malam lagi tu pak hj ada rumah...takkan memalam nak duduk bilik air lak kan?


Sebelum ni saya basuh genyeh2 jer...baju saya dan pak hj takde masalah, baju hani yg kotornya, selalu kaki seluarlah....dengan depan baju...jenuh genyeh dengan tangan, siap pakai sabun mandi baru hilang....


Pastu, baju sekolah hani ada 3 pasang + baju sukan, kasut sekolah semua dah settel dah....dengan stokin2nya saya dah basuh. Kasutnya kotornya ya rabbi....dahlah kasut dia saya tak kapur..memang jenuhlah basuh....minggu lepas kan ada hari2 yg hujan tu, hani ni memang tak pandai lagi nak jaga kebersihan pakaian dan kasut...main lanyak jer....kalau kain meleret dia biarkan ajer...jenuh dah pesan...



Sudahnya saya fikir tak boleh dah genyeh dengan tangan, sabtu lepas saya terpaksa beli berus baju...sebab lengan baju sekolahnya hitam...saya rasa meja belajar dalam kelas tu kotor kot ada yg gatal tangan conteng2 dengan pensel tu sebab tangan baju hani tu hitam....sebab saya tanya dia main kat mana...dia kata takde, meja yg kotor...masa sek ABIM bajunya bersih jer...yerlah sebab kerusi meja semua baru beli.....oh yer cakap pasal kerusi meja ni, kan mak ayah yg bayar kos kerusi meja tu RM200, saya tak ambikpun lagi....hishhh tak leh jadik ni, weekend ni kalau balik kena gak ambik...rugi2 dahlah yuran seribu lebih tak refund...walhal buku 180++ jer...


eh..lari tajuk pulak dah ni...takper back to the topic...


Apa tadi, boring? Oh yer...memang boring sangat2 ni...macam semalam kan ahad...dari pagi saya tak bercakap apa2...sampailah ke malam pastu malam tu saya cuba bersuara tiba2 macam serak2 basah lak suara saya...pelik jer bunyinya....hahahaaa...sedih woo tinggal sensorang ni, kalau bujang dok sorang takperlah...ni dah sekian lama dok berdua tetiba now sorang...takde kawan gaduh ler...



Yang jadik kroniknya, pak haji hari tu dia pinjam sim card saya...actually dia suh tinggalkan satu hp saya kat rumah senang dia nak call kalau ada apa2 hal....dalam hati punyalah saya rasa geram tapi dah laki sendiri ikutkan ajerlah...


Tapi saya tanya gak dia, apasallah tak top up hp dia? Katanya duit banyak lagi, masa yg dah habis, tamat tempoh...so? Membazir katanya kalau top up...ishhhh saya kata top up lah banyak sikit bagi masa tu panjang....katanya top up banyak2 nak call sapa pun....takat saya dengan aza jer...


Dalam hati geram jer sebab saya kena tinggalkan hp yg nombor personal yg saya guna sejak 2001, memang nombor2 penting dan tak penting semua dalam tu....yg hp satu lagi pejabat bagi ni, nombor yg saya guna untuk urusan rasmi jer...nombor2 wartawan dan org pejabat jer semuanya...takde satu pun nombor kawan/keluarga.... saya gunakan betul2 utk urusan rasmi...melainkan dah terdesak..bateti kong ker....


Khamis & jumaat memang dia lah yg pakai nombor saya tu...dua2 hari tu kerja dia forward sms yg saya terima dari no personal tu pada nombor rasmi saya tu....jadi macam satu kerja tambahan pulak.... dulu sebelum dapat nombor rasmi ni memang nombor personal tulah saya bagi wartawan, dan 3 boss saya termasuk big boss dato K pun kalau sms saya guna nombor personal tu jugak, sebab asalnya nombor personal tu nombor rasmi saya dapat kat N9 masa baru masuk kerja situ pastu saya tukar jadik nombor personal...wah panjang lebar penerangan.

Dah cukup2lah tu!


Pastu jumaat petang tu, kan pak hj bawak hani balik PD (sebab saya ke Angkasapuri bergegas2 tuuuu) sampai lupa nak minta sim kad saya, dan saya andaikan pak hj akan tinggalkan hp berserta sim kad tu (pak hj pinjam sim kad saya masukkan dalam hp hani), rupanya malam tu bila balik saya call pak hj nombor dia tak jawab...saya call nombor saya baruler berjawab....hishhhh dia bawak balik rupanya sim kad saya...sudahnya sabtu ahad call masuk semuu saya tak tau...sms semua dia forwardkan...pastu geram sangat...sangat geram...hishhhh tapi tak bolehler nak marah2...kang jadik gaduh lagi...



Tapi ahad pagi tu memang geram sesangat, sampai gaduhlah saya dalam hp...masa tu pak hj call saya tengah2 call tu mak saya dr kampung lak call hp saya, pak hj jawabkan...pastu ntah kebengongan apa yang ada dalam pemikiran dia...., dia dekatkan gagang fix line tu, yg sya sedang dlm talian dengan hp tu..kan ker bila hp dekat dengan fix line macam ada interfere memang tak jelaslah bunyi seshhh...gituler....saya dengar sayup2 jer suara kakak saya dalam tu...


Saya ni bila panas hati takleh kawal...saya terus matikan hp lepas saya pangill2 abang..abang...takde respon saya dengar suara kakak saya sayup2 jer...saya rasa kakak saya pun tak dengar suara saya kot?


Pastu pandai lak dia call saya balik....hahahaaa saya pun mulalah tinggi suara...terus saya macam marah2 dengan dia....ungkit pasal hal dia bawak balik sim card saya tu..menyusahkan saya...malam masa kat RTM tu pulak banyak missed call dari boss, dato K tu....dialah report kat saya....dan saya lak nak call kawan2 lama sejemaaah 'ABIM' yg baik (selalunya nilah aktiviti saya buat bila boring) dah tak boleh dah...semua nombor ada dalam sim card tu..taknaklah saya call guna talian rasmi ni, selain takde nombor nombor rasmi ni bill dia semua perisikan yg jaga, taknaklah personal life kita org boleh access....


Kononnya hari sabtu balik dari Mines nak ziarah kawan kat Seri serdang pun dah tak boleh, no dia takde, takkan nak terjah jer...mana tau laki dia tak suka kita datang ker...tu yg sakit jer hati saya...tapi simpan jer...pagi ahad tu terluah pulak...sudahnya masa cakap tu saya tinggi suara, pastu sebelum saya naik angin lagi saya cakap "DAHLAH!!!, malas nak cakap lagi" terus saya matikan hp!



Lepas tu, tengahari tu macam tiba2 terfikirlak...kalau ikut MO pak hj dalam pergaduhan2 sebelum ni benda tu boleh berpanjangan...dia kan pantang kalau isteri tak hormat dia ni....mau dia tak bgalik2 sini kalau betul perbuatan saya mengguri hati dia...sudahnya saya sms minta maaf....tapi sampai ke hari ni tak berjawab..langsung dia tak call saya....



Semalam saya sms pasal nak tanya dia keter mana nak mohon lot parking OKU kat parking lot blok ni...kembara ker merc...pendek jer dia jawab..merc...dalam hati saya sah lah orang tua ni dah marah! Malam tadi lepas maghrib saya sms, suh anak call saya, tak berjawab sampai sekarang ni....confirm dia marah + merajuk. Tension gue!!!!



dari jumaat sampai ni dah pagi selasa, sekali pun saya tak dapat cakap dengan hani...saya rasalah kalau mak2 lain memang dah sasau dah ni...rindu dendam agaknya...dahlah saya sensorang jer ni...sekian lama berdua...yerlah kan saya cuti belajar lama....nilah baru berpisah lama lepas keluar 40 hari yg bulan 12 hari tu...tapi tu berselang hari cakap hp...pak hj pun ada sama saya takdelah sunyi...keluar memang seronok...sibuk buat amal...



Tulah...tak sunyi dari gaduh hidup rumahtangga saya ni....kalau tak gaduh bukan salwa lah tu...yerlah geram tau! Macam awal bulan ni, betulkan aircond merc kena RM580, saya taknak betulkan...saya nak tukar pakai kembara..pak hj pulak nak betulkan...sudahnya dia janji saya bayar RM300, dia bayar RM280...pastu bila saya tuntut RM280...dah lain cerita pulak? sudahnya saya sorang tanggung kos betul tu...tak puas hatilah!


Bulan lepas RM1,000 bagi dia sebab betul Kembara (kan kembara tinggal kat kg 4 bulan tak bersentuh...semua kena betulkan) dengan saya bayar road tax insurans...memang tak aci lah....dia pakai saya gak tanggung...pasal merc bulan 12 masa keluar hari tu baru saya teringat ni....saya gak tanggung kos betulkan aircond....dalam 200 lebih...pastu seingat saya kad gaji saya kat dia masa keluar tu...pun susut seribu lebih bila balik saya ambik kad tu semula...hisshhh banyaknya saya kena cukai...mana saya ni tak pokai, bila cakap kat dia katanya tak berkat....yerlah jugak tu kot tapi banyak duit habis ke lain tu yg saya tak puas hati?



Pasal road tax, dua2 kereta saya gak yg bayar! Hishhh tambah2 membara lak hati ni...


Eh...orang lain korban banyak untuk suami tak? saya memang tak taulah camana kalau orang lain? Ker semua suami yg keluar?


Baru2 ni saya cakap kat pak hj saya nak masukkan hani KAFA swasta yg 5 hari kos sebulan RM 380 plus makan dan van, sekolah utk 5 hari...pak hj macam tak setuju....saya punya rasional senang jer...saya malas nak berkejar hari2 waktu rehat urus hani semua tu...tak tau apa motif dia tak setuju...mungkin isu duit..sebab sampai sekarang idea dia suh saya bagi dia RM500 sebulan saya tak buat2 lagi...idea ni timbul sebab saya pernah pinjam dia RM11K, kira bagi dia tu sebagai bayaran hutanglah...


Saya pulak, anggap kos saya baiki rumah dia dan set up rumah dia sebagai homestay tu sebagai kira langsai hutang saya...walaupun dia taknak anggap tu sebagai kontra hutang tu....entahlah...


Laki bini ni kira hutang ker???


Saya senang jer cakap dengan dia last year saya kata, kalau kira RM200 sebulan, RM100 untuk saya dan RM 100 untuk hani sebagai nafkah (tu paling rasionallah utk dia, banyak2 kang tak mampu lak!)sejak saya kawin dan sejak hani lahir pun jumlahnya dah berapa, anggap jer RM2,400 sebulan...2,400 (setahun) X 8 (tahun~ambik purata kawin+umur hani)...tu jer dah berapa?


Tu takyah kira, belanja dapur, sakit pening, pakaian, susu, bil2 api air.....hah....semua den gak tanggung....kira gaji saya habis sara hidup saya dan hani + pak hj jugak masa dia ada sini....makan pakai dia yg kat rumah pun saya tanggung...kecuali makan luar majoriti dia yg bayar (tu pun kalau makan simple, kalau makan besar yg puluh2 tu saya gak yg tanggung!)


Weyyy salwa..punah pahala!....punah pahala bila mengungkit ni....tapi geram tak tahan sangat dah...tak kisah kalau dia buat baik jer...bila sesekali buat hal. saya geram sesangat!


Lately ni sejak kerja memang kebajikan dia terabai sikit, saya malas nak urut dia, malas nak masak (peralatan tak cukup, bosan pegang tu takde ni takde), terpaksa dia usaha sendiri ~ dia dtg rabu malam dan Khamis dia puasa, lega saya, jumaat tu sampai tengahari dia baru makan sebab saya beli lauk kat cafe jer).....memang dia rasa macam 'teruk' sikitlah bila pindah putrajaya ni....tapi nak buat camana kan saya kerja, nak pindahkan barang pun rasa tak berbaloi, kot dapat teres kang susah pulak berangkut banyak kali...



Hal kerja tu memang saya terpaksa minta maaf dengan dia, sebab kali ni kerja saya takleh main2 lagi, eh jgn salah faham lak... tak bermakna dulu saya main2...cuma kali ni sebab saya kerja kat pejabat ketua pesuruhjaya, makanya kena kerja serius...sebab kami ni kira frontliner....pembentukan imej jabatan dan imej KP atas bahu kami...lagipun baru set up kan...banyak benda kena belajar lagi...tu sebab pak hj kena tolerate...tambah2 lepas setahun setengah saya dah layan dia sepenuh masa....


tapi nampak gayanya dia dah mula memerli2 saya dan jeling2 cara pakaian saya....cuma dia tak luah kan ajer......tu lain kali saya cerita...sebab dah panjang sangat dah ni...kalau pendek entry tu bukan saya lah tu...hahahahaa


Wassalam

Sunday, March 14, 2010

Luahan hari minggu

Assalamualaikum w.b.t


Sangat sedih tinggal seorang diri. sangat takde mood nak ke mana-mana seorang. Nak balik rumah seremban pun alang-alang. takde motif apa nak balik sana.


Nak ke pejabat buat kerja pun takde keghairahan. Duk keseorangan kat floor paling atas adalah sesuatu yang pelik bagi saya. kalau pejabat dulu takper, sempoi jer sebab dua tingkat dan takdelah tertutup dan sulit sangat.


Oh baru perasanlah, rumah di level 7, pejabat pun level 7....patutlah masuk lift takde pandang nombor lain dah...semedang tekan no 7 jer...


Pagi ni bangun, saya terus teringat nak buat cekodok ikan bilis dan bawang. Kebetulan semalam masak asam pedas. Masak asam pedas pun pakai perencah adabi dalam paket, sonang baitu, beli ikan selar dua ekor kat kedai bawah....campur tomato...selesai...sedap gaklah...


Sebab dok sorang2 saya makan sempoi jer....makan cekodok pun dah cukup dah....minum lak dengan Milo satu mug...petang nanti baru masak balik kot....mujur juga pak hj ada bawak mobile dapur yang pakai gas dalam tiub tu....dapatlah jugak goreng cekodok....setakat ni masak2 saya guna microwave sayang nanti gas cepat habis....fuuuh..malas nak ke Mydin beli gas tu....


Setakat ni microwave buat hiasan setakat bakar ikan sekali sekala....dah pindah ni barulah dimanfaatkan ke tahap maksimum....


Tadi saya gaduh dalam hp dengan pak hj...geram betullah...adalah halnya malas nak cerita kat sini...hani plak ah berjalan ke rumah tok (mak kak aza)....semalam uda, 11 tahun baalik dari madrasah di penang..tu yg berjalan2 rumah tok tu..kata pak hj ada makan2 tok buat samnbut cucu dia yg lama tak jumpa tu...


hani sejak tau uda nak balik seminggu..merengek2 nak ikut ayah balik PD nak jump Uda..."kakak cinta uda" tu perkataan yang diulang2nya...memang dia memang ngam dengan uda...sebab uda tu pandai layan adik2 main....


Pada saya elok juga hani ikut ayah balik, saya tak kisah sangat cuma rasa sedih dan bosan duk umah sorang2....




Wassalam

Saturday, March 13, 2010

Saya ditinggal suami

Assalamualaikum w.b.t


Saat ini saya keseorangan. Baru lepas makan tengahari. Perut memang lapar menggila sejak pagi. Di dapur hanya ada lebihan sambal sardin semalam dan burger yang terusik sedikit lebihan malam tadi.


Tajuk nampak begitu dramatic sekali. memang benar saya telah ditinggalkan suami. malam tadi! Tapi ditinggalkan sementara untuk seminggu jer. Puncanya sebab saya terlebih dulu meninggalkannya. Dua malam berturut2 pulak tu.


Bayangkan balik rumah dari pejabat saya sekadar mandi dan bersalin pakaian dan kemudian saya keluar semula. Semua sebab kerja.....walaupun tak suka..tapi saya yang menurut perintah!


Hari khamis saya balik agak lewat. Sangat stress. Jam 7 malam baru saya nak balik. Pak haji dah setengah jam tunggu di bawah jemput saya. Sebelum balik untuk kali yang ke berapa entah saya bertanya tentang teks ucapan Ketua Pengarah pada org yg berkenaan.


Bertanya pada seorang pengarah bahagian. Dia pun stress juga. pandang sekilas muka saya yang terjengul di pintu kemudian dia pandang ke lappy semula. "tak siap lagi...tak siap lagi" katanya tegas.


Saya balik ke bilik saya semula. Saya buntu. Heyy...event malam ni jam 8 mula, ni dah jam 6 teks ucapan KP masih tak siap? Sebanrnya bahagian kami awal2 dah nsiapkan teks ucapan KP dan teks Ucapan Tun.....sebab masalah teknikal tek ucapan KP kena cantas oleh org tertentu kononnya bla....bla...bla....susah gak masing2 nak dapat nama ni....


Lepas termenung saya patah balik bilik pengarah bahagian tu saya kata, "tuan...saya balik dulu, malam ni sebelum ke sana saya datang sini dulu jumpa tuan.....saya nak copy 30 copy untuk reporter."


"ok.....dah siap ni...nanti saya bagi Mr X polish dulu...takut ada ayat tergantung"....katanya dan dia bergegas ke bilik Mr X...tapi Mr X takde di bilik...malah biliknya berkunci..bergegas lagi ke satu lagi ruangan juga takde sesapa...hampir jam 7...semua pun dah balik...yang mana jenis balik lewat pun dah balik sebab malam ni ada majlis pelancaran aspirasi suruhanjaya kami! Damn!


Ntaknak saya cakap.."takper tuan..biar saya jer bacakan..saya check!" Terus dia terpegun sebab saya sanggup tolong walaupun saya dah bawa handbag pun nak balik bersiap2.... saya ambik teks ucapan pada dia....dia terus ke toilet ambil wudhu' katanya...usai dia solat saya masih lagi baca teks berkenaan dan kami sama2 check ayat2 tergantung dan amend di sana sini.


Lepas siap...pengarah tu kata nak hantar ke pegawai khas Kp pulak untuk check...hahahahaaaa.. lagi sekali red tape! tapi takper...saya malas fikir.....saya pun cau cin cau! Sebab hani dah berapa kali called...cepatlah ammie..... cepatlah ammie....

Pendekkan cerita...malam tu jam 7.45 saya dah terpacak semula kat pejabat. kami berdua...yg lagi sorang tu baru balik kursus, balik mandi terus datang office..bantu saya..saya pun masuk ruangan lobby bilik KP....dimaklumkan body guard KP, teks tak siap lagi pegawai khas masih amend.....dan akhirnya saya terjah jer masuk jumpa dengan pegawai khas KP yang duk kat meja mesyuarat tengah pulun baca dan betulkan lagi mana2 bahagian yang perlu dibetulkan di lappy dia....dia kata pada saya..."salwa..tak boleh edar lagi kat press ni..tak siap lagi..ni Kp tak tengok lagi.....u guna pagi tadi punya teks..." dalam keter jap lagi ni baru saya akan brief KP....


hah? dalam hati, eh mana boleh,..pagi tadi event lain, pagi tadi memang ada program..tapi kita jemput menteri, malam ni jemputan lain, selain bekas ketua hakim negara, semua ahli jawatankuasa panel ada....KPN ada AG ada.....NGO ada...hishhhh.....tapi nak taknak saya buat gak 30 copy....supaya selamat kalau ada apa2...


Di majlis punya cerita pulak..wartawan dah minta ..bising masing2 nak teks ucapan....bukan malam tu jer bising dari siang lagi dah dua tiga orang call saya minta embargo (bagi awal tapi tak siarkan lagi) yerlah dah malam dah..nak buat story..last jam 12...paper cina nak translate ke bahasa cina lagi...semua muka masam bila saya kata nanti kita akan edarkan speech tu.....saya fahamlah sebab saya dulu wartawan..mesti editor dah bising....yerlah kena buat story malam tu gak (paper) kalau Tv masih boleh masuk berita pagi....


Yang bekas ketua hakim negara pulak, awal2 pesan bila dia naik stage baru edar speech dia....hmmm kenalah patuh kan? tun memang best sesangat teks ucapan dia....yerlah bekas ketua hakim manalah sama fikir dengan kita yang marhaen ni...sebenarnya saya yang dapat arahan buat teks ucapan dia...hahahaaaa ...walhal saya dah dimaklumkan urusetia Lembaga Penasihat dan Pencegahan rasuah..Tun tak pernah dia nak orang buatkan ucapan dia...dia akan buat sendiri...tapi dah arahan boss buat jerlah kan....emailkan kat dia..tapi sudahnya entah rasa2 10% pun teks saya dia tak ambil....sekadar mencuba jerlah...next time dah tau ler....



Malam tu, sudahnya wartwan semua bengang sebab teks KP tak dapat.....teks Tun pun dah ada tapi takleh edar..... nak tak nak saya sms pegawai khas KP...kami jumpa belakang dewan slow talk akhirnya saya dapat teks KP yang Kp edit dengan tulisan tangan....teks tu saya bagi reporter....sempat arahkan peg unit saya buat copy kebetulan pej cawangan SPRM ada kat sebelah dewan tu....susah juga jaga komunikasi korporat ni nak jaga dua2.... wartawan dan orang atas....



Malam tadi pulak, dapat arahan boss gak untuk ke RTM....Kp di interview dalam rancangan ISU....team kami kenalah pergi tengok in case ada sesuatu berlaku...KP tersalah cakap ker...or whatever..kami backup ler apa yg patut....dan kami juga bersedia dengan input2 dan statistik yang mana mungkin ditanya spontan oleh pemanggil.... awal2 kami dah bagi pegawai khas input tu semua supaya dia brief KP dalam keter....


tapi spoiled betul 3 pemanggil tanya ntah apa2....merasa jugalah tengok cara pengendalian rancangan secara langsung....betul2 depan mata....rancangan malam tadi takde penonton..kami2 jer orang2 SPRM tu pun hanya unit kami dan Bahagian pendidikan masayarakat. Tapi malam tadi punya rancangan rasanya saya tengok KP letih tak semangat bercakap....penat dari pagi macam2 program.....mengeluh peg khas KP "kesian kat dato''...dalam hati saya yerlah tulah harga yg perlu dibayar sebagai KP (tentu gajinya juga besar kot..tapi katanya jauh rendah banding imbuhan dia dapat masa dia di Amanah Raya Berhad) ..saya dengan pegawai khas KP berlumba2 menguap....dia menguap dulu...menguap kan berjangkit....


pagi ni pulak baru nak rehat2 kat rumah, pagi2 pegawai khas KP tu dah call saya....dia suh saya ke The Mines....dia nak gak slide power point untuk event isnin ni...katanya tak nak macam teks ucapan tu last minit baru bagi...... so saya bawa hard copy presentation power point untuk KP isnin petang ni. Ada sekumpulan dari sebuah parti politik (pembangkang pastinya) nak datang buat kunjungan hormat....lain2 semua saya dah uruskan...cuma hal presentation tu jerlah....minggu lepas dah beberapa kali bincang input2 nak dimasukkan, pun masih ada penambahan dan pembuangan....so tadi last kopek bawak slide untuk pegawai khas tunjuk kat KP...



Menyampah juga dengan tugas ni...hari2 mengejar2 jer....kejar tugas...dikejar wartawan....paling aktif akhbar cina lah....ada jer permintaan diorang. memang dalam akhbar cina berita memang banyak....tipa2 hari ada berita rasuah...Saya pulak jenis aktif edarkan call card...so melalui email pun ada jer pertanyaan....letih juga....


So sebab dua malam saya membizi tak hengat..maka pak haj cakap kat saya....biar abang bawak kakak balik PD jerlah..dok rumah pun bukan ada orang.... lagipun seminggu cuti sekolah kan....saya suka juga dok sorang2 ni....dapat rehatkan badan dan dapat gak jimatkan duit...kalau Hani ada....jenuh gak melayan dia...macam2 dicukainya..kalau saya sorang makan simple jer....dengan hani demand pandai minta nak makan kat kedai....


Saya pujuk gak janganlah balik PD dulu..baliklah sabtu tu...pagi sabtu boleh ronda2 Putrajaya....jalan2 mana2 taman ker...yerlah sejak duk sini satu tempat pun tak pergi lagi kami 3 beranak ni walhal banyak ajer tempat2 indah kat Putrajaya ni....


So hari ni saya duk rumah sorang2..sangat2 boring tadi jalan kat The Mines kejap jer...banyak yang menarik...kasut terutamanya tapi tau2 jerlah hujung bulan lambat lagi, diebabkan itu nak window shopping pun malas.... ni nak basuh baju seminggu punya stok ni.....hani punya baju sekolah 4 pasang...kasut 4 pasang...jenuh nya.....baju2 kerja baju pak hj baju pakai rumah ...rasa nak hantar dobi jer....tapi malas pulak...baik basuh jer pelan2....esok nak ke pejabat....baru teringat ni goodies dan benda2 kecik macam tag kat kerusi saya tak buat lagi....


Minggu yang baru ni saya sangat penat...sangat2 bekerja dengan sepenuh tenaga dan usaha saya menggunakan tulang empat kerat! Yerlah bahagian kami hanya ada 7 orang.....3 boss rank atas saya sudah tentunya...pastu ada 3 bawah saya......masalahnya minggu baru ni tiga2 bawah saya tu dihantar ke kursus...terkontang kanting saya buat kerja dengan arahan big boss, dan dua boss lagi tu....pastu tak masuk pulak pegawai khas Kp tu pun pandai gak bagi saya tugas..... saya takat boleh minta tolong PA boss jer..tu pun aduhh.....



Ditambah pulak minggu baru ni saya period setelah hampir sebulan setengah tak datang2 period (telah beberapa kali buat test tp negatif) so dengan period yang sangat hebat ditambah serangan sakit kepala....tapi saya gagahkan juga....dan tambah kronik hari rabu-khamis-jumaat mata pulak tembel...berdenyut2 dan sakit pulak..jenis ada mata warna putih kat tepi mata bahagian atas..memang pedih nak buka mata besar2.....macam mana tak merungut????



Lepas tu hari rabu tu dalam keadaan penat gila.....awallah saya dah hani tido....dalam jam 11 macam tu pak hj sampai dari emsyuarat markaz di seremban....naik2 tu dia kata dia lapar...saya pulak buat nasi himpit (rice cooker) dengan sambal jer (masak guna microwave jer)...kan saya takde dapur lagi....pastu dia suruh saya turun beli burger.....


bayangkan dalam mata mengantuk gila + badan penat dan letih + mata mula berdenyut rupanya nak tembel....dia suh saya turun....ni tengah tido ni terkejut bangun dia balik...(sengaja saya tak kunci pintu supaya dia boleh masuk tak ganggu saya nak tido.....sabara salwa...sabar..saya kata dalam hati...


Saya bangun gak..muka masam jer..langsung tak senyum....ambik duit kat tangan suami RM6...dia kata beli burger daging....sarung jubah..terus turun..pastu pak hj pesan suh alih keter dia sebab dia park kat depan entrance tempat parking motor....yerlah dah malam....parking semua penuh...takkan dia nak jalan jauh2 malam2..memang dia tak larat sebab dia ada bawa beg ubat dia....


Pastu saya tengok keter pak hj memang parking kat tempat motor tapi ada satu keter lain parking situ gak...ahhh..lantaklah! Okay jer saya tengok takde ganggu laluan pun..nak park kat tempat OKU tetiap hari ada jer yang tak OKU par situ walhal sebesar2 alam lambang OKU atas bawah kat situ!


Pastu saya gi beli burger...terlelap2 syaa tunggu burger siap....dah jam 11.30 gitu....dalam hati masa tu geram sesanagt dekat pak hj..rasa tak payah balik rumah pun takper..sebab satu masalah bila dia balik. dahlah kelengkapan rumah semua tak cukup lagi, nak layan dia....tido pun atas toto jer....memang ada 3, satu tilam kekabu, dua toto....tapi satu tu dia nak buat selimut sebab saya tak bawak selimut...


Kadang2 bengang tau! dahlah kipas bukak 1 jer....saya selalu dajalkan dia...dia dah tido saya bukak 2...tu pun masih panas tau! Dia pulak bukan main selubung lagi....pak hj tido nak ruangan luas sebab tangan yang OKu tu nak landing kang kita terhempap susah pulak...yang hani pulak sah2 memang akan conquer kawasan liputan yang lebar sebab dia tido sesuka hati jer....so nak taknak saya mengalahlah selalu tertido atas parquer ( ntah eja camana) jer....sakit badan tau....tu yg sesekali berbisik dalam hati..kalau tak balik pun takper...dahlah tu..dua2 beranak tu masing2 nak sorang satu bantal peluk.....bantal kepala saya bawak 2, bantal peluk 2..selalu saya mengalah pakai bantal kecik2 yang saya bawak 3..tapi mana puas tido pakai bantal kecik ni?


Nak bawak barang banyak2 pun malas....sebab yang mengangkutnya saya sorang jer..ni pun letih dah semua benda saya buat sorang....pasang langsir memanjat sorang2....hangkut segala microwave besar gedabak sorang2..dengan tekan lift....pegang microwave....pastu bawak baju segala.....sebab saya malas nak balik seremban weekend...jika perlu jer saya balik....barang2 dapur serba sedikit.....tu yang letih tu...dari rumah sana hangkut rumah sini semua saya sorang jer....saya taknaklah sebab terlalu nak lengkap rumah angkut semua pastu saya menanggung sakit pinggang macam dulu!


Ni memikirkan nak angkut dapur gas..kat rumah PD dah ada satu tong gas..rumahs eremban satu...takkan sini nak beli satu lagi? Rumah PD nak sewakan..mana tau penyewa taknak barang2 semua kena angkut sini gak nanti....tu yg serba salah nak bawak semua sini....tak taulah banyak perancangan tak menjadi...memabzir jugak rasanya.... rumah seremban dan PD tak mendatangkan hasil.....


Pastu kan nak jadi cerita malam yang parking kat tempat motor tu rupanya keter pak hj kena clamp.....sakit hati jer..menyesal tak alih pun tak guna dah...so hari khamis dan jumaat terpaksalah pak hj hantar saya sebab dia takde keter nak pakai ulang alik.....saya plak khamis tu call BPH takde sapa jawab....dah patang ada yg jawab bagi satu nombor bahagian penguatkuasa takde sapa angkat plak.


esoknya jumaat pagi cuba lagi...barulah dapat...dah dapat saya plak ada dua meeting pagi tu...tu pun tak habis sampai jam 12.30 saya minta diri nak ambil hani sekolah....petang tu pak hj hantar saya ke BPH....dalam pening kepala yg amat sangat saya terpaksa gak uruskan ke BPH bayar kompoun dan buat surat untuk dapatkan lot parking OKU untuk pak hj..terbang RM50 saat2 hujung2 macam ni...fuuuhhhh!


Balik pejabat...telan panadol (seuatu yg jarang saya amalkan) baru boleh buat kerja....Ok...letih dah....banyak lagi suara hati saya ni tak terluah ni....buat masa ni rasa letih menjalani kehidupan di sini..akan letih sampai saya dapat menyesuaikan diri....minggu ni duduk sorang2 jer...dapat rehat takyah terkejar2 ambil hani dan urus dia kat sekolah waktu rehat tengahari...jauh tu dari presint 1 nak ke presint 9 (takdelah jauh sangat jem masalahnya).....walaupun sorang mujur duduk rumah bertingkat2 macam ni dan kita tau ada ramai orang lain dalam bangunan ni.....rasa selamat jer...



Wassalam

Tuesday, March 9, 2010

Tak tau

Assalamualaikum w.b.t


Saya dah tak tau dah nak tulis apa dalam blog sebenanrnya. Idea hilang entah ke mana? Minat dan keusngguhan pun dah takde.


Tambah2 badan agak letih sejak kerja ni. Tak taulah macamana orang anak berderet melalui kehidupan sehari2 penuh bertenaga ya?


Saya rasa sejak hani sekolah di putrajaya ni, masa saya banyak habis untuk dia dan kerja saya jer. Pagi2 jam 5 saya dah bangun...sidai baju di ampaian, sapukan planta pada roti untuk bekal kami makan dalam kereta. Susun2 beg dan kasut depan pintu.


Siapkan baju hani supaya keluar bilik air terus tak buang masa pakai baju terus...tapi tu pun bukan main lama proses nak memakai baju tu.


Lepas dah pakai baju kena menggesa dia solat subuh pulak....ni pun ambik masa lama gak...banyak leka lah kanak2 usia 7 tahun ni....sempat belek itu ini....dalam jam 6.50 kami mesti dah nak keluar rumah....sementara turun lift gerak ke kereta, panaskan enjin dan jam 7....


terus gerak ke sekolah hani...perjalanan makan masa 15 -20 minit jugak...sebab dari presint 17 nak ke presint 9 tu banyak trafic light.....agak jem jugak jalannya....


Sampai sekolah, saya akan parking kereta hantar dia ke kelas, kesian pulak begnya macam berat jer w.pun buat jadual...saja ambil berat anak sorang dan setahun ni jer sekolahnya....bagilah tumpuan penuh.


Sementara jalan tu, macam2 pesananlah saya bagi...duit jaga elok2....jangan jalan tempat kotor2 jaga kebersihan pakaian, kasut, tudung....cikgu ajar dengar..jangan tido (telah beberapa kali tido dalam kelas khususnya kelas KAFA), jangan beli air di kantin..minum air masak..kalau nak air jugak beli air mineral....masa cikgu ajar..tunjukkan minat cikgu tanya kena angakat tangan untuk jawab....tulah saya ni memang suka bebel..tapi takdelah semua dalam satu hari saya pesan...ulang2lah benda2 tu....



Balik pulak saya akan tanya, hari ni dapat kawan baru tak....cikgu mengajar macamana...apa berlaku hari tu? saya memang prihatin tentang perkembangan dia kat sekolah.....saya buat style macam tadika...saya bagi buku pesanan kat cikgu kelas dia.....suh cikgu tu jawab.....


kalau ikut beza memang berbeza pendekatan hani masa di ABIM dulu....cara belajar, sikap murid2....suasana dalam kelas...tapi apakan daya....dah termasuk ke sekolah ni kenalah terima semua pakejnya ekali....


Tengahari saya akan datang, 3 hari datang untuk buat persiapan kelas KAFA....sya akan belikan nasi di kantin....suapkan hani....bengang betul dengan sistem kantins ekolah ni...takde sistem..berebut2 kalau budak kecik tu memang lambat dapatlah..tu sebab saya gagah jugak datang belikan nasi dan suapkan hani.....



dua hari yang takde KAFA saya akan datang ambik dia hantar rumah pengasuh pulak....dalam panas terik mentari dan jalan yang jem tu memang agak sukar lah saya nak ampai semula pajabat dalam jam 2..selalu akan lebih sikit....


Cari parking pun punyalah hazab. Dahlah panas....jalan jauh lak sebab tempat parking pelawat jer yg kosong pun....kalau lamka lagi cara macamni memang kuruslah saya....


Balik pun sama.....bergegas lagi ambik hani...(wah bergegas ajer yer..)..yerlah kejar masa...balik saya masak jugak....hani sejak sekolah balik sangatlah lapar. kalau kami makan luar..nescaya malam sekali lagi dia akan merengek lapar....baik saya masak dia boleh makan lewat sikit. balik sekolah tu saya buatkan milo dan makan cecah biskkut dulu....sementara saya masam simple2...


Sejak duduk sendiri kuarters ni...balik sekolah sekejap pun hani nak ke taman kat bawah ni....mula2 tu tak berani lepaskan dia turun sorang tapi saya rasa bila lagi nak percaya kat dia...saya pun benarkan dia turun sorang. Senang jer..tekan lift dah sampai, kan....malah saya pun boleh jenguk dia dari tingkap bilik....jelas dan boleh panggil dia dari atas kalau nampak apa2 tak kena.....


Dia pun agak pandai bersosial dah...dah mula menegur2 anak penghuni sini....oklah jugak..jam 7 jer saya akan panggil dia balik. mandi dan makan....terus solat....selesai solat..ngaji satu ain pastu terus buat jadual. Sekolah kebangsaaan ni takde homework pulak....so hani buat kerja sendiri jerlah..banyak buku2 latihan dia saya beli tu jerlah yang dia buat.....kadang tak solat isyak dah tido dah..kdanga sempat solat baru tido....kalau dia nak tido syaratnya mesti nak saya da sebelah...tu sebab dengan saya2 pun tido....lappy terbiar sunyi tak bersentuh...


dari khamis hingga ahad pak haji ada sini...lagilah saya tak berkesempatan langsung nak pegang lappy...pasal pak hj dan hani banyak mengadap lappy ni.....saya pulak banyak tido jer...entah napa akhir2 ni macam tak cukup tido jer...rasa mengantuk jer....












Wassalam

Friday, March 5, 2010

Pindah lagi

Assalamualaikum w.b.t



Malam tadi secara rasminya keluarga kecil kami berpindah lagi. Betul2 tak rancang pindah secepat ni.

Semalam saya mohon cuti satu hari, nak ke Jabatan pengurusan hartanah hantar semua resit2 yang mana saya dah selesaikan bayaran2 deposit untuk masuk kuarters. Cadang untuk ambil kunci jer, minggu depan baru pindahnya.


Malam tu dari rumah kak azwa, pak hj datang dari PD datang ambik saya sebab salah satu dokumennya iaitu S&P rumah yg dibeli dengan government loan kena disertakan. Walaupun ada yang kata S&P tu tak perlu saya ambik jugak, malas nak hadapi risiko kalau2 perlu nanti satu kerja juga nak hantar S&P tu.


Sebelum subuh kami dah gerak ke Putrajaya sebab hani sekolah pagi tu. Selesai hantar hani, sarapan pastu terus cari setem hasil dan buat copy s&p....terus ke JPM, dalam setengah jam dah dapat kunci kuarters.


Lepas urusan ke sekolah hani suapkan makan nasi tengahari dan siapkan dia untuk kelas KAFA petang, kami dua orang ke kuarters. Bila sampai tengok letrik okay, air takde. Saya piun called syabas....katanya tak janji boleh pasang hari tu juga sebab saya baru bayar semalam petangnya..kena tunggu queue....okaylah....nak buat camanakan?


Petang tu, kami gi ambik hani bawak dia tengok rumah tu....pastu tengok2 air dah ada dah....meter pun dah berpasang. Pak haji kata elok pindah jer...pastu kami terus ke rumah kak azwa ambil barang2 yang seciput tu.....tunggu juga kak azwa balik...lambat pula....kami chowww jer....


Sedih juga nak meninggalkan rumah kak azwa yang selesa tu cuma tak bolehlah berlama2 menumpang rumah orang..dahlah dua beranak..malam2 siap jerit2 buat bising..kadang2 suara saya jerit marahkan hani kadang suara kami bergurau.....pagi2 lagi kami dah buat bising....yerlah nak siapkan hani ke sekolah tau2 jerlah modd dia selalu swing jer...


Semalam memang gamble jer.....dengan satu benda pun takde, perkakas dapur pun tak bawa dari seremban...sudu sebatang pun takde. Yang paling teruk, terpaksa beli air mineral....dahlah pak haji dan Hani dua2 memang macam hantu air kalau minum air masak.....dua2 tu cukup kuat minum air masak.....


Malam kami makan di taman warisan....kali pertama lah saya ke situ....kalau pak hj takde saya pun takdelah rajin berdua nak ke sana.....


Masalahnya sekarang saya nak hantar hani ke sekolah agak jauhlah pulak...nyesal juga hari tu tak sekolahkan dia di Presint 16....pak hj suh tukar ke presnt 16..... pak hj kata kat tepi surau presint 17 ni ada tempat transit dan ada kelas KAFA....


Buat masa ni, dua hari yang takde KAFA saya hantar hani ke rumah pengasuh di presint 11...tapi nampak gayanya macam tak berapa nak happy pulak hani ke sana...mungkin sebab ada 4 baby (lingkungan umur 2 tahun) yang dia turut jaga dan juga perangai Qistina yang sebaya dengan hani..anak pengasuh tu. Kata hani budak2 tu suka kacau dia..tarik2 rambut dia khususnya anak tuan rumah tu sendiri dan yang sebaya hani tu pulak macam ada masalah emosi.....selalu merajuk dan taknak kawan hani...


dan mak dia langsung tak boleh layan hani...nanti dia jeles....bila mak dia layan hani macam buat tocang atau borak2 dia akan menangis dan tiap2 hari hani tak boleh jangka emosi qistina tu....kejap2 marah kejap2 marajuk..hani memang peninglah ..... sampai tahap dia kata dia malas nak layan qistina tu....


Tu sebab dah dua kali dia merengek2 nangis taknak gi rumah pengasuh tu...saya lak terpaksa bawak ke pejabat. Serba salah juga. tapi takde pilihan. Bahagian saya tu memang okay jer kalau nak bawa anak....dia boleh duduk bilik saya...main games dekat lappy...tak kacau sapa2 pun tapi masalahnya hani ni jenis selalu ke toilet untuk buang air besar atau kecil. Tu yang tak tahan tu....nak ke toilet tu jauh.....dan taknaklah ramai org tengok yang saya bawak anak ke pej.
sepanjang2 jalan tu....nanti bertembung dengan boss besar lain plak citernya....



Sekarang ni takde mood betul nak berblog....takde apa cerita menarik pun.....dan kalau ada cerita pun hal2 bermadu ni rasa macam malas nak cerita....takde mood....


Ada juga cerita 2hal kak aza tersimpan rapi dalam memori.....dan buat masa ni tak rasa langsung nak berbaik dengan dia.....memang pak hj suka saya tak berbaik2 sangat dengan dia....sebab dia tau satu hari nanti kalau berbaik mesti jadi gaduh.....sudahnya sekarang dah lain plak hubungan kami....


oklah...nak ke pejabat semula ni. Saya balik rumah ni sebanak jaga hani, dia ponteng hari ni...saja saya bagi ponteng sebab hari$ ni tak belajar ada sambutan maulidur rasul. Dia pun minggu ni baru habis ujian bulanan...bila tanya macamana jawab....insyaallah dapat 100% katanya...semua boleh jawab....kelakar jer budak ni..... Saya bagi dia duk umah teman ayah...adalah ayahnya kawan nak makan kedai nanti....boleh tolong2 ayah....oh yer...hari2 dalam kelas KAFA Hani kerap tido tau..lama pulak tu katanya ustaz tak marah.....apa2lah asalkan dia ke kelas KAFA....yerlah budak2 kan main lompat sana sini penat agaknya..ramai yg tido katanya....


Wassalam