Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Jika ini penyudahnya, Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Rabu lepas, saya dimaklumkan pak hj yang dia akan habis keluar 40 hari


Saya mula cuti hari rabu tu.


Saya cadang nak bercuti bawa hani jalan2 ke penang/utara


Dan hantar pak hj sekali ke penang


saya minta dia suruh kawan dia bawa serena


kan kembara saya pada dia malam yg dia balik lepas saya ke madrasah Paya Jaras


Tapi idea saya ditolak, dengan alasan serena ada masalah gear orang lain tak boleh drive


Saya tanya dia kalau macam tu, bermaksud dia tak balik bermalam rumah saya lah


Jawapan dia saya tak ingat


Yang saya ingat hati saya dah hancur


Nafsu saya terkubur, habis-habisan


Lepas tu saya diamkan diri jer, takde apa2 perasaan dah...


hari rabu tu, patut saya nak balik kg tapi takde mood


Saya dok rumah sorang2, badan pun demam sebenarnya


Petang tu dia sms tanya ada rumah tak...


Dia kata nak hantar kembara


Lepas maghrib akan hantar dan isyak dia suruh saya hantar je masjid semula


Saya tanya dia bila balik penang...(dengan harapan habis 40 hari esoknya tu -khamis- saya dapat jumpa dia)


Jawapan dia esok (khamis) lepas bayan dia akan balik penang terus


Hancur hati saya, entah bila boleh jumpa tak terbayang dah saya!


Kemudian.....


Lama jugak lepas tu, dia sms saya semula


Katanya kalau lepas isyak balik sebelum subuh hantar dia boleh tak?


Masa tu...


Hati saya dah hancur, perasaan saya dah remuk,


pendek cerita saya kata hantar jerlah kat rumah...


Letak dalam dashboard


Saya dah hilang rasa....


Dan saya dah tak sudi lagi diperkotak katikkan!


Dan saya terus beri alasan,


Saya kata saya nak balik kampung terus malam tu,


Hantar kembara terus dan saya akan hantar dia terus ke Sri Petaling


Dan dia kata, dia akan datang lepas maghrib,


Lepas maghrib dia datang, suh saya turun bawah gergaji elektrik dia


Saya turun bawak sekali tool box dan gergaji tu


Saya terus hantar dia ke masjid seri petaling


Sepanjang perjalanan tu dia diam saya pun diam


Tetapi air mata saya meleleh


Saya nak cakap sesuatu tapi tak mampu


Hanya hati saya jer berkata2


Saya nak tanya bilakah kita boleh jumpa


Dia sebelah saya hanya diam seribu bahasa


Saat sedu sedan saya sedikit kedengaran


Pun dia masih membisu seribu bahasa


Dengan tasbih di tangan


Yang dia cakap hanyalah bila perlu


Bila dia nak tunjukkan jalan


Yang keluar dari mulut dia, kiri...kanan...terus....


........saya speechless


Air mata jer yg mampu keluar!




Wassalam

Wednesday, December 22, 2010

seketika bersama pak hj....

Assalamualaikum w.b.t



Tajuk tu ada yang meluat agaknya?


Apakan daya, nak juga saya catatkan di sini


kalau taknak baca, kat bawah ada entry baru jugak yer...baca yang tu jerlah okay?


hari isnin pagi tu, tiba2 pak hj ada sms saya, bunyinya begini....


"Di paya jaras ada madrasah abi dah hubongi, dia sedia terima, bagus kalau Hani belajar sini dulu"


saya pun balas


"Bila pulak tukar 'abi' ni? Tengokler dulu, 'abi' gi ler survey.


'Abi' jawab;


"Malam nanti gi yuran 170, pendaftaran 170"


Saya jawab balik,


"Bawakler 'umi' ni nak gak tengok


Abi jawab lagi


"Malam ni boleh datang damansara permai"


Gituler perbualan via sms kami


Malam tu lepas maghrib saya pun bertolak seorang diri ke Damansara


Dengan tak tau jalan.....hanya berbekalkan GPS ajer


Malah nak keluar putrajaya ke lebuhraya LDP pun blur


Pernah lalu sekali dua tapi orang lain drive memang tak ambik port langsung!


So dengan GPS segalanya boleh...yeyyyyyy


Makanya selepas drive dalam keadaan hujan maha lebat dan jalan maha jammed tak juga sampai2 dan tak nampak batang hidung signboard damansara pun


maklumler orang blur...memang cuak jer, awat tak nampak2 perkataan damansara nih?


Dahlah sesat barat, sungguh ada GPS tapi dalam keadaan hujan maha lebat kereta pulak bersusun, dengan manual pulak tu, tak boleh nak set semula GPS


Memang kebarangkalian termasuk ke lorong atau simpang lain sangat tinggi


GPS murah.... mencabar juga kadang tu....nampak macam suh belok simpang ni tapi sebenarnya simpang lain...kadang awal sangat belok kalau dah dekat2 sangat dan banyak simpang siur serta jalan bertingkat2....


so tersesatlah jugak tersalah masuk simpang kat satu jalan bertingkat dan banyak simpang tu siap dengan flyover ntah tak taulah kat mana tu...agak2 lepas jusco puchong kot, gituler



Terpaksa telefon talian hayat..ntah tak tau kenapa hati taknak telefon pak hj


telefon my best friend jer....dengan dia lagi senang bicara, dan senang faham


dan saya on the right track...no hal..just straight jer laluan sedia ada...


lebihs ejamlah jugak perjalanan tu...


Dah sampai tu kena set smula dan akhirnya jumpa jugak pak hj....


tak macam jumpa suami yang lama tak jumpa..macam kosong jer rasa


Kebetulan pulak masa tu hujan kan...


Saya cuba lah jugak bergurau, sajer nak bangkitkan perasaan cinta pad suami


Kalaulah perasaan tu masih ada


Saya raba2 dia...dalam hujan dan dengan tangan sebelah tu...nak tengok respond dia dan respond diri sendiri


Dia kata dah...dah..kan hujan tu....


Saya kata, eh hujanlah best....dia senyum jer



Dalam hati saya, hihshhkkk...sama2 kami dua2 ni macam takde perasaan dah!



Tapi takper....saya teruskan ajer perjalanan ke paya jaras nak tengok madrasah tu...


Gitu gini lepas tengok dan borak2 dengan ustazah maka dapatlah segala info saya nak, nanti saya cerita kat entry lain



sebab entry ni saya nak fokus pada citer kami suami isteri jer



balik tu, macam biasa, macam yang dia balik dari penang hari tu dia nak saya hantar dia terus ke surau di damansara permai tu...


masa tu dah jam 11 lebih...


saya memang ngantuk giler...plus dengan letih driving berterusan ari lepas maghrib...


Kan hujan dan jammed memang berganda letih plus carik lokasi pak hj tunggu tu makan masa jugak



so saya cakap kat dia saya ngantuk dan letih


Saya ajak dia balik rumah putrajaya jer


takmo pulak dah....satu kerja saya nak hantar dia semula



dan saya nak drive sorang balik putrajaya tengah2 malam buta tu! dlm renyai2



Saya cakap balik putrajaya jerlah....dia tanya abis tu macamana dia nak balik damansara, sapa nak hantar


Saya jawab, balik naik kembara jerlah...


pastu gitu gini baru dia setuju....


Baliklah kami ke putrajaya


tapi perut adalah lapar, kami singgah di presint 15 minum dan makan larut malam


Apa saya nak citer ni, mata saya mengantuk yang amat sangat sampai ada beberapa kali saya terlayang seketika macam tertidur....


Saya tak cakap dengan pak hj...saya cakap saya ngantuk sangat jer...


dengan harapan dia akan ambil apa2 tindakan bagi menyegarkan mata saya


Tapi non ado...terfikirlak nyesal beli manual tapi nasi dah jadi bubur xguna nak nyesal..kalo tak boleh suh dia bawak,kan


Sudahnya saya terpkasa hulur tapak tangan dan cakap, urutkan tangan saya, ngantuk sangatlah....


Dengan sebelah tangan dia urut jugaklah tapi bukan urut dia picit2 tapak tangan saya sampai rasa sakit sangat dan tersegar lah jugak



Ingatkan dari tapak tangan menjangkit ker nak urut apa2 bahagian lain macam dulu2


kami adalah pasangan yang sangat ceria meraba2 dalam kereta dari dulu lagi


Cuma lepas dah OKU saya jerlah yang aktif...tapi since saya drive saya rasa no hal kalau dia nak sekadar picit2 lengan saya ker...sebab memang ngantuk giler...bawak kereta pun seakan2 melelong....


tapi harapan meleset jerlah...dan saya pun tak rasa sakit ati sangat cuma rasa perhubungan kami ni dah tahap takleh perbaiki lagi kot....


malam tu sampai rumah, boleh dia cakap dia nak tido sejam jer pastu nak balik ke damansara...sebab takut jalan jam dan tersesat...


saya tanya nak bangun pukul berapa..katanya jam 3.30 dia nak balik



Aduaiiii sampai rumah pun dah jam 1 lebih


Apa jer yang sempat buat....


baru bercita2 nak tanam rasa cinta


nak belajar mengasihi suami semula...memang takde ruang lah


so saya ingat dia akan terlelap juga...lepas dia mandi dalam lebih kurang jam 3 agaknya saya terbuka mata


sebab saya terlelap...saya tengok dia dah siap mandi dan berpakaian duduk menyandar tepi dinding


kan kami tido atas toto jer takde katil bagai


Dia duduk menyandar sambil memandang saya tidur....dalam samar cahaya lampu luar


Saya tak tau apa bermain dalam fikiran dia sambil main tongkat sambil perhati saya


So saya pun bangun sebab saya tau dia dah siap nak balik ke damansara


Sebab kunci kereta kembara dalam sentra


Maka saya kena turun juga ambil kunci kembara sebab sentra saya parking jauh memang dia tak larat lah nak jalan jauh


kembara pulak parking kat luar, sentra kat basement


maka saya hantar kunci kembara kepada dia....jauh juga jalannya


Katanya minggu depan habis keluar 40 hari...sekejapnya saya rasa


lepas dia habis keluar saya tak tanya dia balik penang terus atau


balik rumah saya


saya dah tak kisah, mana2 dia nak balik sukaati dialah


No more pain!


so, hal hani masuk madrasah hanya akan ditentukan kemudian...


Sebab nak bawa hani ke paya jaras tengok madrasah tu dulu...


hani taknak tapi bila saya bagitau kat situ banyak kucing automatik dia nak pulak


Dia kan pencinta kucing tegar! sian dia asbab kucing sanggup masuk madrasah jauh dari ami


w.pun saya dah bagitau boleh jumpa dua minggu sekali


dan boleh call seminggu sekali jer


tapi xtaulah...siang tadi saya suh dia sms ayah dia bincang semula, tak taulah dia bincang ker tidak dengan ayah dia


Harap2 win-win situation lah


saya prefer madrasah sungai merab ni....ulang alik hari2..pak hj lak nak yang full time duk madrasah....


lagipun boringlah hani takde tapi yaya jer ada..anak orang disusukan anak sendiri mati kelaparan....



Wassalam

Wednesday, August 18, 2010

Ya Allah berikanlah aku kesabaran yang maha tinggi....

Assalamualaikum w.b.t


Menjadi satu2nya isteri memang tidak mudah!


Dan saya akui yang saya tak mampu mencapai tahap standard tu


Tolonglah...tolonglah beri saya kesabaran Ya Allah...


Menjadi satu2nya isteri (mungkin sementara- saya harap) adalahs esuatu yang saya tak cita2kan...


Kalau ikut nafsu cemburu/marah/geram mungkinlah satu ketika dulu pernahlah terfikir benda ni (fasa awal perkahwinan adalah sikit2 kot bila marah/cemburu tu....


Tapi dah lama dah saya tak pernak idam nak conquer sorang2 suami ni


Sebab saya tau kemapuan saya tahap mana


Saya tau kesabaran saya tahap mana


Saya tau kerajinan saya tara mana


Hakikatnya saya memang tak mampu dan tak mau!


Apatah lagi menjadi isteri bagi seorang OKU


Sangat mencabar dan tidak semudah berkata2


Dan saya memahami sedikit apa yang dirasa kak Aza


Saya tak dapat nak ceritakan satu persatu apakah yang menyebabkan saya merungut begini


Saya tak mampu nak luahkan buat masa ni


Ramadhan beb....tak pasal2 pahal puasa merudum pulak


Cuma saya doa sangat-sangat-sangat yang kesabaran saya ditambahkan


Moga2 ni menjadi asbab saya mendapat pahala berganda-ganda


Sangat harap yang saya ada teman boleh melepaskan perasaan


Saya tak boleh lepaskan pada pak haji.....


Kalau saya lepaskan memang haru-biru....


Sebab saya dah boleh agak kalau saya terus terang


Bukan pengertian yang saya dapat tapi mungkin pelarian


Dan kalau pelarian, mesti dia akan lari ke rumahnya di PD....


Duduk sorang2....tapi kalau tak mampu sangat agaknya dia balik ke rumah kak aza semula ker?


Tapi pastinya berdosa saya kalau saya sakitkan hatinya?


Walau apapun niat saya....saya kena positif bahawa semua ni ujian utk saya agaknya


Ujian..ujian...ujian....hanya pada yang mampu....


Aduhhhh...mampukah ni?


Ramadhan ni adalah ramadhan paling letih....tetiap hari kena prepare berbuka dan bersahur...bersahur ni utk hani sebab kesian tahun ni dah sekolah, pakai banyak tenaga so sahur kena betul2 kasi dia makan....


Berbuka lak dah tentulah.....dia dah pandai merungut kalau masak simple....lepas berbuka dan bekejar ke masjid besi terawikh...


Sebab pak hj nak ke situ...20 rakaat kan...dah tu kena awal perginya sebab nak carik parking yg dekat...


Nak bagi laluan pak hj 'jalan perlahan'...mana tau lak kang terkentut nak kena ambik wudhu' lagi...


Balik rumah dah dekat jam 11..prepare lagi hapa2 benda utk supper lak....


So, agak surrender di situ....


Cepatlah kak aza berbaik....nak rehat dua beranak.....


Kalo saya berdua ngan Hani dah lama ke bazar ramadhan jer....balik kerja penat....bekejar ambik hani...bekejar balik rumah....bekejar masak...


Ni sekali gi bazar ramadhan dengan pak hj tu pun 'mencabar perasaan' okay!


Perasaan saya dengan perasaan pak hj sekali...dua2 panas hati....kalau diperbesarkan harus jadik asbab gaduh!

Wassalam

Sunday, April 18, 2010

Malam tadi jumpa suami!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya balik seremban, saja balik sebab pen drive tertinggal dan nak ambik cpu hantar format kat kedai.


Sesiang2nya saya tido jer sebab kepala pening sangat. dari jumaat lagi sebab yang tak ketahuan. Masa ambik hani balik dari rumah pengasuh, mas atunggu hani depan pintu saya dah termuntah mujur sempat lari kat tangga....kalau tak melambak!


Dalam perjalanan balik tu, saya muntah banyak kali, tak berhenti keter pun. Muntah atas towel hani jer...sorry ler citer macam ni. tapi memang harulah kepala pening pastu muntah bertubi2...bayangkan ajerlah.


Sampai terus naik rumah, hp tinggal dalam keter pun tak perasan. Sabtu petang pening masih ada saya gagah balik seremban juga.


Sampai keter tengok2 ada 6 missed call, dari pak haji dan juga dari boss. Saya tak call semula pun. Lantaklah badan sendiri pun tak larat nak layan.


Balik rumah lepas maghrib saya terus on aorcond tido! hani ngadu2 lapar tengok2 terus tertido. Tapi kat rumah pagi petang dah makan...malam tu makan biskut jer...


Tengok2 jam 11.30 pak hj balik. Bawak nasi panas2 dengan lauk banyak sangat. Saya terus makan. Suap hani siap bawak nasi dalam bilik lagi.


pak hj kejutkan hani katanya nak borak2 suh hani menagdu ami ada buat apa2 kat dia tak...



Then, hani tido balik, pak hj ajak tuuut kat bilik satu lagi...kepala pening dah agak okay sebab dah tido dan duk sejuk lam aircond....terus layan laki yag tak jumpa 20 hari.....hahahaaaaa...



Subuh2 pak hj chow ke masjid. malam sebelum tido pak haji kasi serounbd syarahan, pasal dia tengok saya tak keruan akhir2ni, so doa suh jaga amal...ha'ah betullah tu bang, amal ke lautttt akhir ni...

Wassalam

Saturday, March 13, 2010

Saya ditinggal suami

Assalamualaikum w.b.t


Saat ini saya keseorangan. Baru lepas makan tengahari. Perut memang lapar menggila sejak pagi. Di dapur hanya ada lebihan sambal sardin semalam dan burger yang terusik sedikit lebihan malam tadi.


Tajuk nampak begitu dramatic sekali. memang benar saya telah ditinggalkan suami. malam tadi! Tapi ditinggalkan sementara untuk seminggu jer. Puncanya sebab saya terlebih dulu meninggalkannya. Dua malam berturut2 pulak tu.


Bayangkan balik rumah dari pejabat saya sekadar mandi dan bersalin pakaian dan kemudian saya keluar semula. Semua sebab kerja.....walaupun tak suka..tapi saya yang menurut perintah!


Hari khamis saya balik agak lewat. Sangat stress. Jam 7 malam baru saya nak balik. Pak haji dah setengah jam tunggu di bawah jemput saya. Sebelum balik untuk kali yang ke berapa entah saya bertanya tentang teks ucapan Ketua Pengarah pada org yg berkenaan.


Bertanya pada seorang pengarah bahagian. Dia pun stress juga. pandang sekilas muka saya yang terjengul di pintu kemudian dia pandang ke lappy semula. "tak siap lagi...tak siap lagi" katanya tegas.


Saya balik ke bilik saya semula. Saya buntu. Heyy...event malam ni jam 8 mula, ni dah jam 6 teks ucapan KP masih tak siap? Sebanrnya bahagian kami awal2 dah nsiapkan teks ucapan KP dan teks Ucapan Tun.....sebab masalah teknikal tek ucapan KP kena cantas oleh org tertentu kononnya bla....bla...bla....susah gak masing2 nak dapat nama ni....


Lepas termenung saya patah balik bilik pengarah bahagian tu saya kata, "tuan...saya balik dulu, malam ni sebelum ke sana saya datang sini dulu jumpa tuan.....saya nak copy 30 copy untuk reporter."


"ok.....dah siap ni...nanti saya bagi Mr X polish dulu...takut ada ayat tergantung"....katanya dan dia bergegas ke bilik Mr X...tapi Mr X takde di bilik...malah biliknya berkunci..bergegas lagi ke satu lagi ruangan juga takde sesapa...hampir jam 7...semua pun dah balik...yang mana jenis balik lewat pun dah balik sebab malam ni ada majlis pelancaran aspirasi suruhanjaya kami! Damn!


Ntaknak saya cakap.."takper tuan..biar saya jer bacakan..saya check!" Terus dia terpegun sebab saya sanggup tolong walaupun saya dah bawa handbag pun nak balik bersiap2.... saya ambik teks ucapan pada dia....dia terus ke toilet ambil wudhu' katanya...usai dia solat saya masih lagi baca teks berkenaan dan kami sama2 check ayat2 tergantung dan amend di sana sini.


Lepas siap...pengarah tu kata nak hantar ke pegawai khas Kp pulak untuk check...hahahahaaaa.. lagi sekali red tape! tapi takper...saya malas fikir.....saya pun cau cin cau! Sebab hani dah berapa kali called...cepatlah ammie..... cepatlah ammie....

Pendekkan cerita...malam tu jam 7.45 saya dah terpacak semula kat pejabat. kami berdua...yg lagi sorang tu baru balik kursus, balik mandi terus datang office..bantu saya..saya pun masuk ruangan lobby bilik KP....dimaklumkan body guard KP, teks tak siap lagi pegawai khas masih amend.....dan akhirnya saya terjah jer masuk jumpa dengan pegawai khas KP yang duk kat meja mesyuarat tengah pulun baca dan betulkan lagi mana2 bahagian yang perlu dibetulkan di lappy dia....dia kata pada saya..."salwa..tak boleh edar lagi kat press ni..tak siap lagi..ni Kp tak tengok lagi.....u guna pagi tadi punya teks..." dalam keter jap lagi ni baru saya akan brief KP....


hah? dalam hati, eh mana boleh,..pagi tadi event lain, pagi tadi memang ada program..tapi kita jemput menteri, malam ni jemputan lain, selain bekas ketua hakim negara, semua ahli jawatankuasa panel ada....KPN ada AG ada.....NGO ada...hishhhh.....tapi nak taknak saya buat gak 30 copy....supaya selamat kalau ada apa2...


Di majlis punya cerita pulak..wartawan dah minta ..bising masing2 nak teks ucapan....bukan malam tu jer bising dari siang lagi dah dua tiga orang call saya minta embargo (bagi awal tapi tak siarkan lagi) yerlah dah malam dah..nak buat story..last jam 12...paper cina nak translate ke bahasa cina lagi...semua muka masam bila saya kata nanti kita akan edarkan speech tu.....saya fahamlah sebab saya dulu wartawan..mesti editor dah bising....yerlah kena buat story malam tu gak (paper) kalau Tv masih boleh masuk berita pagi....


Yang bekas ketua hakim negara pulak, awal2 pesan bila dia naik stage baru edar speech dia....hmmm kenalah patuh kan? tun memang best sesangat teks ucapan dia....yerlah bekas ketua hakim manalah sama fikir dengan kita yang marhaen ni...sebenarnya saya yang dapat arahan buat teks ucapan dia...hahahaaaa ...walhal saya dah dimaklumkan urusetia Lembaga Penasihat dan Pencegahan rasuah..Tun tak pernah dia nak orang buatkan ucapan dia...dia akan buat sendiri...tapi dah arahan boss buat jerlah kan....emailkan kat dia..tapi sudahnya entah rasa2 10% pun teks saya dia tak ambil....sekadar mencuba jerlah...next time dah tau ler....



Malam tu, sudahnya wartwan semua bengang sebab teks KP tak dapat.....teks Tun pun dah ada tapi takleh edar..... nak tak nak saya sms pegawai khas KP...kami jumpa belakang dewan slow talk akhirnya saya dapat teks KP yang Kp edit dengan tulisan tangan....teks tu saya bagi reporter....sempat arahkan peg unit saya buat copy kebetulan pej cawangan SPRM ada kat sebelah dewan tu....susah juga jaga komunikasi korporat ni nak jaga dua2.... wartawan dan orang atas....



Malam tadi pulak, dapat arahan boss gak untuk ke RTM....Kp di interview dalam rancangan ISU....team kami kenalah pergi tengok in case ada sesuatu berlaku...KP tersalah cakap ker...or whatever..kami backup ler apa yg patut....dan kami juga bersedia dengan input2 dan statistik yang mana mungkin ditanya spontan oleh pemanggil.... awal2 kami dah bagi pegawai khas input tu semua supaya dia brief KP dalam keter....


tapi spoiled betul 3 pemanggil tanya ntah apa2....merasa jugalah tengok cara pengendalian rancangan secara langsung....betul2 depan mata....rancangan malam tadi takde penonton..kami2 jer orang2 SPRM tu pun hanya unit kami dan Bahagian pendidikan masayarakat. Tapi malam tadi punya rancangan rasanya saya tengok KP letih tak semangat bercakap....penat dari pagi macam2 program.....mengeluh peg khas KP "kesian kat dato''...dalam hati saya yerlah tulah harga yg perlu dibayar sebagai KP (tentu gajinya juga besar kot..tapi katanya jauh rendah banding imbuhan dia dapat masa dia di Amanah Raya Berhad) ..saya dengan pegawai khas KP berlumba2 menguap....dia menguap dulu...menguap kan berjangkit....


pagi ni pulak baru nak rehat2 kat rumah, pagi2 pegawai khas KP tu dah call saya....dia suh saya ke The Mines....dia nak gak slide power point untuk event isnin ni...katanya tak nak macam teks ucapan tu last minit baru bagi...... so saya bawa hard copy presentation power point untuk KP isnin petang ni. Ada sekumpulan dari sebuah parti politik (pembangkang pastinya) nak datang buat kunjungan hormat....lain2 semua saya dah uruskan...cuma hal presentation tu jerlah....minggu lepas dah beberapa kali bincang input2 nak dimasukkan, pun masih ada penambahan dan pembuangan....so tadi last kopek bawak slide untuk pegawai khas tunjuk kat KP...



Menyampah juga dengan tugas ni...hari2 mengejar2 jer....kejar tugas...dikejar wartawan....paling aktif akhbar cina lah....ada jer permintaan diorang. memang dalam akhbar cina berita memang banyak....tipa2 hari ada berita rasuah...Saya pulak jenis aktif edarkan call card...so melalui email pun ada jer pertanyaan....letih juga....


So sebab dua malam saya membizi tak hengat..maka pak haj cakap kat saya....biar abang bawak kakak balik PD jerlah..dok rumah pun bukan ada orang.... lagipun seminggu cuti sekolah kan....saya suka juga dok sorang2 ni....dapat rehatkan badan dan dapat gak jimatkan duit...kalau Hani ada....jenuh gak melayan dia...macam2 dicukainya..kalau saya sorang makan simple jer....dengan hani demand pandai minta nak makan kat kedai....


Saya pujuk gak janganlah balik PD dulu..baliklah sabtu tu...pagi sabtu boleh ronda2 Putrajaya....jalan2 mana2 taman ker...yerlah sejak duk sini satu tempat pun tak pergi lagi kami 3 beranak ni walhal banyak ajer tempat2 indah kat Putrajaya ni....


So hari ni saya duk rumah sorang2..sangat2 boring tadi jalan kat The Mines kejap jer...banyak yang menarik...kasut terutamanya tapi tau2 jerlah hujung bulan lambat lagi, diebabkan itu nak window shopping pun malas.... ni nak basuh baju seminggu punya stok ni.....hani punya baju sekolah 4 pasang...kasut 4 pasang...jenuh nya.....baju2 kerja baju pak hj baju pakai rumah ...rasa nak hantar dobi jer....tapi malas pulak...baik basuh jer pelan2....esok nak ke pejabat....baru teringat ni goodies dan benda2 kecik macam tag kat kerusi saya tak buat lagi....


Minggu yang baru ni saya sangat penat...sangat2 bekerja dengan sepenuh tenaga dan usaha saya menggunakan tulang empat kerat! Yerlah bahagian kami hanya ada 7 orang.....3 boss rank atas saya sudah tentunya...pastu ada 3 bawah saya......masalahnya minggu baru ni tiga2 bawah saya tu dihantar ke kursus...terkontang kanting saya buat kerja dengan arahan big boss, dan dua boss lagi tu....pastu tak masuk pulak pegawai khas Kp tu pun pandai gak bagi saya tugas..... saya takat boleh minta tolong PA boss jer..tu pun aduhh.....



Ditambah pulak minggu baru ni saya period setelah hampir sebulan setengah tak datang2 period (telah beberapa kali buat test tp negatif) so dengan period yang sangat hebat ditambah serangan sakit kepala....tapi saya gagahkan juga....dan tambah kronik hari rabu-khamis-jumaat mata pulak tembel...berdenyut2 dan sakit pulak..jenis ada mata warna putih kat tepi mata bahagian atas..memang pedih nak buka mata besar2.....macam mana tak merungut????



Lepas tu hari rabu tu dalam keadaan penat gila.....awallah saya dah hani tido....dalam jam 11 macam tu pak hj sampai dari emsyuarat markaz di seremban....naik2 tu dia kata dia lapar...saya pulak buat nasi himpit (rice cooker) dengan sambal jer (masak guna microwave jer)...kan saya takde dapur lagi....pastu dia suruh saya turun beli burger.....


bayangkan dalam mata mengantuk gila + badan penat dan letih + mata mula berdenyut rupanya nak tembel....dia suh saya turun....ni tengah tido ni terkejut bangun dia balik...(sengaja saya tak kunci pintu supaya dia boleh masuk tak ganggu saya nak tido.....sabara salwa...sabar..saya kata dalam hati...


Saya bangun gak..muka masam jer..langsung tak senyum....ambik duit kat tangan suami RM6...dia kata beli burger daging....sarung jubah..terus turun..pastu pak hj pesan suh alih keter dia sebab dia park kat depan entrance tempat parking motor....yerlah dah malam....parking semua penuh...takkan dia nak jalan jauh2 malam2..memang dia tak larat sebab dia ada bawa beg ubat dia....


Pastu saya tengok keter pak hj memang parking kat tempat motor tapi ada satu keter lain parking situ gak...ahhh..lantaklah! Okay jer saya tengok takde ganggu laluan pun..nak park kat tempat OKU tetiap hari ada jer yang tak OKU par situ walhal sebesar2 alam lambang OKU atas bawah kat situ!


Pastu saya gi beli burger...terlelap2 syaa tunggu burger siap....dah jam 11.30 gitu....dalam hati masa tu geram sesanagt dekat pak hj..rasa tak payah balik rumah pun takper..sebab satu masalah bila dia balik. dahlah kelengkapan rumah semua tak cukup lagi, nak layan dia....tido pun atas toto jer....memang ada 3, satu tilam kekabu, dua toto....tapi satu tu dia nak buat selimut sebab saya tak bawak selimut...


Kadang2 bengang tau! dahlah kipas bukak 1 jer....saya selalu dajalkan dia...dia dah tido saya bukak 2...tu pun masih panas tau! Dia pulak bukan main selubung lagi....pak hj tido nak ruangan luas sebab tangan yang OKu tu nak landing kang kita terhempap susah pulak...yang hani pulak sah2 memang akan conquer kawasan liputan yang lebar sebab dia tido sesuka hati jer....so nak taknak saya mengalahlah selalu tertido atas parquer ( ntah eja camana) jer....sakit badan tau....tu yg sesekali berbisik dalam hati..kalau tak balik pun takper...dahlah tu..dua2 beranak tu masing2 nak sorang satu bantal peluk.....bantal kepala saya bawak 2, bantal peluk 2..selalu saya mengalah pakai bantal kecik2 yang saya bawak 3..tapi mana puas tido pakai bantal kecik ni?


Nak bawak barang banyak2 pun malas....sebab yang mengangkutnya saya sorang jer..ni pun letih dah semua benda saya buat sorang....pasang langsir memanjat sorang2....hangkut segala microwave besar gedabak sorang2..dengan tekan lift....pegang microwave....pastu bawak baju segala.....sebab saya malas nak balik seremban weekend...jika perlu jer saya balik....barang2 dapur serba sedikit.....tu yang letih tu...dari rumah sana hangkut rumah sini semua saya sorang jer....saya taknaklah sebab terlalu nak lengkap rumah angkut semua pastu saya menanggung sakit pinggang macam dulu!


Ni memikirkan nak angkut dapur gas..kat rumah PD dah ada satu tong gas..rumahs eremban satu...takkan sini nak beli satu lagi? Rumah PD nak sewakan..mana tau penyewa taknak barang2 semua kena angkut sini gak nanti....tu yg serba salah nak bawak semua sini....tak taulah banyak perancangan tak menjadi...memabzir jugak rasanya.... rumah seremban dan PD tak mendatangkan hasil.....


Pastu kan nak jadi cerita malam yang parking kat tempat motor tu rupanya keter pak hj kena clamp.....sakit hati jer..menyesal tak alih pun tak guna dah...so hari khamis dan jumaat terpaksalah pak hj hantar saya sebab dia takde keter nak pakai ulang alik.....saya plak khamis tu call BPH takde sapa jawab....dah patang ada yg jawab bagi satu nombor bahagian penguatkuasa takde sapa angkat plak.


esoknya jumaat pagi cuba lagi...barulah dapat...dah dapat saya plak ada dua meeting pagi tu...tu pun tak habis sampai jam 12.30 saya minta diri nak ambil hani sekolah....petang tu pak hj hantar saya ke BPH....dalam pening kepala yg amat sangat saya terpaksa gak uruskan ke BPH bayar kompoun dan buat surat untuk dapatkan lot parking OKU untuk pak hj..terbang RM50 saat2 hujung2 macam ni...fuuuhhhh!


Balik pejabat...telan panadol (seuatu yg jarang saya amalkan) baru boleh buat kerja....Ok...letih dah....banyak lagi suara hati saya ni tak terluah ni....buat masa ni rasa letih menjalani kehidupan di sini..akan letih sampai saya dapat menyesuaikan diri....minggu ni duduk sorang2 jer...dapat rehat takyah terkejar2 ambil hani dan urus dia kat sekolah waktu rehat tengahari...jauh tu dari presint 1 nak ke presint 9 (takdelah jauh sangat jem masalahnya).....walaupun sorang mujur duduk rumah bertingkat2 macam ni dan kita tau ada ramai orang lain dalam bangunan ni.....rasa selamat jer...



Wassalam

Friday, November 6, 2009

Wajah insan kesayangan saya

Asslamualaikum w.b.t


Bayangkan sejak kami nikah 2 Jun 2001 kami tak pernah ambil gambar raya bertiga! Sedihnya kan?


Setiap kali raya ada jerlah halangannya. Selalunya kalau raya dengan saya pun suami nak rush balik PD lepas solat raya tu sampai tak menyempat2 nak ambil gambar...lepas tu jupa seminggu lepas raya...terus tak ingat dah!


So, raya kali memang dia takde tambah2 dah gaduh kan? So lepas dah berbaik tu, saya pun ajaklah nak mabik gambar raya [walaupun bukan raya dah] kat studio....taknak pulak...katanya ambik dengan kamera DSLR dia tu jerlah...tapi suh bawak sini kamera tak bawak2 pulak...alasannya gambar tak transfer lagi...minggu lepas dah bagi bawak lappy bawka balik sana, dah tranfer dah kot....save dalam pendrive agaknya?


Pak haji taknak bawak kamera tu sebab ada gambar raya dia sekeluarga kot? nanti kalau saya tengok mesti saya marah2 [marah2 geram ler] dan sudah pasti saya akan cakap macam2 ler malas dia nak layan saya ni kot...


Balik kali ni pun dia bawak dah kamera tu...tapi saya tak usik pun..merajuk ler kononnya...tapi semalam dia perli2 saya pulak katanya, dah bawak kamera takde pulak nak ambik gambar?


Tulah pagi ni lepak2 sebelum nak hantar hani sekolah saya ambillah gambar dua insan kesayangan saya ni...dua2 tengah melepak kat hall, yang bapak belek pda yang anaknya main game kat hp....


hani memang akan ambil kesempatan kalau ayah ada menempel jer kerjanya nak dok sebelah ayah!



Ada rupa tak? Ayah dan anak, ramai kata ada rupa....




Tangoklah tu....sempat landing atas bahu ayahnya....manja tak bertempat...





Dah nak hantar dah...hani pakaikan kopiah ayah...







Pose sebelum gi sekolah


Bersama fail....kenangan ni tak lama lahi [lepas konvo] saya nak berhentikan sekolah dah...




Itulah dia wajah kesayangan saya....walaupun suami dah usia 53 tahun tapi tetap ada juga suami yang sayang saya sangat sayangkan anaknya yang sorang ni....pandai bergurau, pandai masak, pandai 'mengarah' dan pandailah serba serbi [merajuk lagilah pandai]....




sekarang ni saya tak tertulis dah saat2 bahagia sebab malas juga nak menunjuk bila bahagia ni...bila derita pandai lak saya ni bebel kat blog....dan yang paling utama....sentiasa membimbing saya ke arah jalan yang diredhai Allah...amiin...



Okay...esok ada beberapa couple utk jemaah masturat yang akan keluar 3 hari akan berkumpul di rumah saya dulu untuk dengar bayan hidayah [bayang penerangan cara buat kerja dakwah utk masturat]...ni tengah nak buat persiapan kemas2 sikit dan fikir nak masak apa esok....

Sunday, May 3, 2009

Rutin kami dua beranak

Assalamualaikum w.b.t


Wah hari ni terlebih rajin. Dah lama gak camera saya jadik hiasan jer.... sebab malas nak mengambil gambar, yang diambil pun tersimpan tak transfer ke pc...lagipun terasa yang buat masa ni ambil gambar tu bukan keutamaan...kengkonon sibuk menelaah pun yer jugak...kang kalau mengadap blog memacam kerja sampingan pulak 'ter'buat....disiplin diri lemah gak nih!


So petang ni rutin biasa mengemas baju-baju Hani untuk seminggu. Walapun saya ni anak seorang, tak macam Azwa, macam IV anak 3, macam Ummibatrisyia, Irfa dan KV yang anak 2, tapi persiapan kena jugak dibuat awal sebab kalau buat pagi2 masa nak ke sekolah tu, cepat jer angin saya naik kat anak dara tu.


Sebab pagi-pagi nak urus dia jer makan masa, mula2 nak kena kejut [ikut waktu tido kalau lewat memang susah kejutnya, mood dia pun kureng sikit], buatkan susu, pastu pujuk2 sebab nak suh mandi pulak takut lewat solat subuh...bunyi macam kejap tapi dari lepas menyusu tu nak sampai ke sejadah punyalah menaun [lama]...anak dara saya ni kuat meleka...bentang sejadah jer punyalah lemah lembut, dah pakai telekung tu boleh pulak main2 atas katil berckap2 dengan Fifi....kalau tak kena jerit dgn ammienya pagi2 tak sah...


Tu sebab perkakas sekolah dia saya kena siap awal sebab pagi2 tu nak kena perhati dia lebih....mana nak siapkan bekal dia, nak pastikan homework & buku qiraati semua dan masuk file, nak pastikan buku pesanan dah baca, kalau ada apa2 pesanan saya kena pastikan dah tulis balasannya utk cikgu baca pulak....


So, yang mana boleh siapkan awal saya siapkan dari hari ahad lagi, kadang sebelah malamnya...minggu ni saya siapkan awal sebab esok seharian kena membaca buku secara ekstreme sebab selasa dah exam...Law & corruption...serious subject tu...banyak nak kena hafal...balik hantar hani sekolah saya harus terus mengadap pc...dan mengadap nota2...dan mengadap blog2 yang berkenaan...khususnya kritikan terhadap undang2 rasuah sedia ada dan perlaksanannya....tengok pro and cons...cuma nak kena baca lagi.... setakat ni hari2 memang dah baca gak isu2 rasuah dan blog2 kutuk undang2 dan kutuk SPRM ni...nak berhujah masa jawab kena lah tengok dua2 pandangan ni....


Okay..hani ni seminggu pakaian bsahan ke sek dia saya kena siapkan 10 helai, 5 helai untuk dipakai tengahari dan 5 helai untuk dipakai petang selepas mandi di sek, sepetot [panties] pulak seminggu 15 helai sebab sehari 3 helai, tudung pun sama tapi tak kisah memang banyak tudung dia, pastu beg, baju hujan kena standy gak, dengan towel 5 helai untuk 5 hari...


Sebab terlebih rajin minggu ni saya snap picture set baju minggu ni...kekadang bertukar juga bajunya, minggu depan set lain lak...anak saya ni macam model dah kalau ke sekolah, sebab w.pun saya jenis memang selebet, hantar/ambik anak tulah jubah hitam, dengan tudung sarung jer sampai kena tegir dengan cikgulah, katanya uniform saya hantar anak dah macam orang berkabung!...dalam jubah tu kadang tshirt ngan kain batik jer....tapi tang anak memang saya siapkan penuh bergaya. Suka sangat kalau dengar balik ambik dia Hani bagitau cikgu puji baju dia cantik...rasa berbaloi saya mengemaskan pakaian dia hari2...


Kekadang sedih tengok kawan2 hani ke sekolah, ada yang bergulung bajunya tak pernah gosok kot, dengan anak2 rambut terkeluar semua, tudung kuning macam tak bertukar, petang pulak baju dah kentol2...kadang hitam kaki seluarnya tu...hishh mengumpat lak..yerlah saya cuba gak bersangka baik mungkin maknya bz kerja dan takde masa, si anak pilih baju sendiri, ataupun maknya tak belikan baju...harapkan baju2 raya jer kot?


Baju hani bukan saya belikan yang mahal2 pun, yang murah2 jer, sampai cikgu hari tu terkejut saya bagitau baju hani saya beli RM 10 - RM15 jer, tapi lawalah coraknya cikgu ingatkan saya beli mahal2....saya fikir asalkan bertukar baju jer sudahlah sebab setakat basahan harian ke sekolah, bukan yang branded...lagipun budak kan cepat membesar... kena tukar selalu




Yang ni pakaian tengahari, kena tukar lepas makan tengahari, ohhh, ada model di situ menggayakan punggungnya! aww seksilah pose gituk! ok...baju semua lengan panjang seluar panjang sebab model takmo yg lengan pendek...tapi semua jenis t shirt simple yang menyerap peluh saya belikan...kawan2 dia macam2 fesyenlah...skirt ada gown pun ada...tapi hani standard fesyen camni jer....sangat sopan anak saya ni....


Ni pulak pakaian sebelah petang lepas bangun tido dalam jam 3.30, sekali lagi model tak melepaskan peluang bergambaran disitu! Baju ni mula pakai jam 3.30 sampailah balik jam 6...sebelah petang saya suka pakaikan dia blouse, kalau t shirt pun fesyen2 sikit saya match dengan jean dan slack....bila tengok di pakai gaya ni terasa yang anak dara saya ni dah besar panjang...

Tudung pun bermacam jenis, pilih jer ikut kaler baju...berpuluh dah tudung dia ni, yang ni yang sesuai jer, banyak yang dah kecik dan yang labuh pun ado, kalau ke sekolah saya suka yang fesyen yang kemas, samaada ada tali kat leher atau bercerut, takdelah terbang atau beralih2 tudung tu terkeluar anak2 rambut semua, tapi yang jenis ada awning/keras tu saya tak suka pulak budak2 pakai nampak muka diorang jadik kecik, setakat ada span okler...budak2 bukan tau nak masukkan atau betulkan rambut2 terkeluar..saya memang pantang tengok bebudak selebet ni, kalau budak yg comel sebab selebet hilang comelnya! Kadang rasa masa ambil hani petang tu nak jer tolong betulkan tudung budak2 yg senget...melampau saya ni kadang2...hehehee


Ni uniform sekolah 2 helai [merah+kuning], baju sukan 2 helai untuk isnin dan rabu, juga tudung2 sekolah, saya belikan lain tudungnya, yg beli sekolah punya tudung memang tak kemas kalau budak pakai, tak user friendly katanya...asyik nak terkedepan jer....saya beli yang siap ikat tali kat belakang..baruler tak menganggu anak saya nak belajar...teliti jugak saya ni hal anak ni...konon nak perfect...yerlah masa saya sekolah dulu tak mersa ke tadika ni...lagipun anak seorang harus belek telek solek lelebihkan?




Yang ni bebarang lain yg berkaitan, masa beli ni semua model ni nak tema minnie mouse, tak timbul lagi isu boikot sekarang hani takmo dah barang disney sebab boikot...tapi yg ni semua lama punya....sama tema miniie mouse~ baju hujan [yg hani pakai tu], dua beg minnie mouse satu kecik satu besar, yg kecik untuk gi lawatan atau kalau balik tengahari...baju sejuk dua [yg mickey mouse tu kawan saya kait sendiri hadiahkan dia], yg kaler pink tu kalau gi lawatan naik bas, kadang pakai juga hari2 yg pakai baju sukan tu sebab sesekali model ni akan rasa malu memakai baju sukan lengan pendek.... dan sebelah beg itu wajib 5 helai towel untuk 5 hari....







Kena siap2 gantung kat bilik dia, lepas mandi pagi2 harus terus gi ke sini dan dia pilih baju sendiri, ambil sendiri dan pakai sendiri...sepetot ada dalam bakul gantung di situ pilih ajer....yang ammie tau mesti dia dah siap pakai telekung lepas pakai baju...sesambil tu ammie siap masukkan pakaian 2 pasang, tudung, spentot, telekung, towel dalam beg, dan palstik baju kotor....menyapu sampah sambil bukak TV dengar MHI seterusnya buletin pagi jam 7.30 .... pastu terus gerak ke sekolah hantar dia selalunya singgah kat gerai tepi jalan belikan dia karipap dan kuih apam mekar....buat bekal....sesambil ammie pun beli untuk ammie...kadang dengan sarapan tu jer alas perut ammie sampailah ambik dia jam 6 petang, kalau malas masak balik terus makan kat luar kalau rajin sebelum maghrib atau lepas maghrib masak simple utk kami asalkan tido tak lapar udahler...




Kalau ayah ada, balik hantar hani ammie ke pasar basah beli lauk untuk seminggu, balik tu terus masak dan kemudian mengadap PC....bila ayah takde ammie boleh jimat duit dapur, tapi terbelanja lebih sebab makan luar lak dan kadang beli lauk pasar malam yang pastinya berganda harganya!




Kalau ayah ada jugak, selalunya kami meraikan hani dengan dua-dua kami hantar dia ke sekolah, sebelum sampai kami akan layan dia sarapan kat kedai, balik tu kami suami isteri apa lagi golek2 jerlah~cerita2, gelak2, gurau2, sampailah jemu ...kadang2 dua mengadap pc...suami hadap lappy saya hadap pc.....tulah apalagi nak di keluh kesahkan..banyak nikmat hidup Allah dah beri....asalkan kami dua beranak sihat itu sudah banyak hikmahnya.....



Entry ni saya cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada walaupun hakikatnya kami hanya berdua hampir sebahagian besar masa kami...apatah lagi bila saya cuti belajar ni, memang tak berwarna-warni langsung kehidupan kami. Memang boringlah kalau difikirkan, tambah2 pulak saya ni bukan kaki jalan2....suka duk rumah jer.... shopping memang suker, mana ada pompuan tak suka shopping, kan? Cuma saya tak suka terpedaya dengan nafsu beli benda bukan2 tu sebab saya takkan ke shopping compleks kalau takde keperluan! Alhamdulillah hani pun bukan demand yang bukan2...minggu ni masuk rumah dari jumaat petang dan keluar rumah isnin pagi esok...selalu gitu dah jadi rutin bagi dia, tiada lagi rengekan dan tangisan ajak berjalan2..... bukan tak keluar rumah langsung, tapi setakat keluar kat belakang dan tepi rumah main2 dengan fifi dan sentosa....

Tuesday, December 30, 2008

1430 hijrah


Salam maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru balik dari Serting, Felda Raja Alias. Baru sangat2 ni, baring tak sampai 2 minit hp dah bunyi DPP dari HQ call pasal kes. Pastu ni saya terus bangun balik dan terus on PC.

Baru tengah layan perasaan sedih dan meleleh air mata jadik terbantut sebab hp punya gangguanlah ni.

Saya menangis sebab dahlah keluar jalan Allah 3 hari ni sekali jer jumpa suami, pastu sampai rumah suami kata nak balik PD pulak, esok baru balik sini, katanya esok baru ambik anak hantar rumah saya.

Sedihnya, ingatkan dia nak bermalam sini. Rupanya malam ni kat sana pastu baru balik sini. Dahlah malam ni sorang2 hani takde. Mula2 tadi saya tak faham...ingat dia nak balik rumah saya...tapi hampa jer sebab dan beli anak ikan sembilang 500 ekor takkan nak simpan jer dalam plastik tu....

Hantar saya tadi terus tak mati enjin sebab nak balik ke Pd terus. Tak masuk rumah pun. Patutlah masa tarik pagar tadi nak bagi keter masuk dia macam pelik, rupanya tak nak singgah langsung rumah saya.

Perjalanan balik tadi singgah Simpang Pertang beli ikan keli 500 ekor, nak bela kat belakang rumah kak aza, siap beli makanan 2 guni lagi. Kanvas saiz 4 X 10 kaki dah tempah dah...

Kalau nak marah dan nak umpat suami banyak sangat rasanya. Sedihlah nak cerita, buat tambah dosa saya jer.

Kadang2 rasa elok berpisah tapi bila fikir Allah yang merancang dan mengetahui apa hikmah sebaliknya saya fikir lebih baik saya sabar.

Tadi saya tolong jawabkan [pegang hp letak kat telingan suami] sebab dia drive pastu amsa nak letak balik tu terpandang mesej angah tanya bila ayah nak balik, pastu bawah tu ada pulak mesej kak aza yang juga tanya bila ayah nak balik...sebab dia nak bawa anak ke klinik...

Peninglah saya..anak besar tanya bila nak balik, bini tanya bila nak balik...walhal suami masih dengan saya tu...hishh tak habis2 saya ni merungut...tak bersyukur ker lagi saya ni?

Takutnya saya ni kufur dengan nikmat Allah....asbab suami nanti amalan saya tak diterima pulak...harapnya sabar lah lagi dan lagi sampailah saya mati...


Suami tadi nampak saya tak cakap banyak dia taulah saya sedih...atau dia fikir saya marah agaknya, tapi sebab saya pakai purdah dan dia tak nampak riak wajah saya, tak ketara sangatlah wajah saya yang sedih sebenarnya tu...

Mula2 ikut hasutan syaitan saya masuk hantar handbeg lepas tu saya tunggu ker kat dalam, dia tak mati enjin baru saya tersedar yang dia taknak masuk rumah, saya pun tak tanggal purdah keluar semula ambil beg saya ...pastu hantar beg, dia masih tunggu juga!

Saya taulah dia tunggu saya nak salam dia lah tu. Saya pun tekan nafsu marah saya, saya keluar juga, terus salam dan dia tarik tangan saya sebab nak cium pipi...pun saya tak tanggalkan purdah...pastu senyum2 tanya saya pakai minyak wangi apa...

Itulah nasib isteri kedua...sedih jer sepanjang masa...kaadng2 terasa juga kena bercerai juga saya ni..selagi berjodoh ni macam takde jalan keluar jer...tetap saya terketepi dalam apa hal sekalipun...tapi allah juga yang mengetahui. sedang pergerakan sebutir pasir dipantai pun tetap dalam pengetahuan dan arahan Allah apa lagi hati2 manusia ni...mungkin ini ujian untuk saya...

Masa keluar ni, ada 4 couple jer, semuanya 9 couple tapi 5 ke gemas, kami 4 ke serting...kali keluar saya takde sangat nangis2 kerana allah, berbanding nusrah jemaah dari Myanmar hari tu..entahlah banyak ketawa jer sebab yang keluar2 ni ramai yang baru2 joint usaha dakwah ni...ada sorang tu ketua wanita UMNO lagi..kelakar sungguh kakak tu, yang asalnya kaum melanau dari sarawak..anak buah ketua menteri sarawak rupanya [baru suami cerita dalam kereta]...tapi dia ni usahanita ada bela lintahlah, bela ikan kelilah..macam2 bisnesnya...suami bekas komando plak tu...

Tapi saya banyak belajar hidup yang 3 kakak lagi tu, belajar macamana mujahadah mereka, semua tak kerja saya jer yang kerja, macamana mereka hidup sederhana, usaha menjahit baju suami dan anak2 sendiri untuk dapat pahala...belajar dari mereka yang istiqamah tahajud nangis malam2 masa mengadap Allah...macam para sahabat dahulu yang siangnya macam singa lapar memerangi orang kafir dan menyebarkan dakwah tapi malam hari didepan Allah menangis macam bayi kecil di depan allah seperti fakir miskin kelaparan yang meminta sedekah...

Tu jerlah..sedih hati saya masih bermaharajalela ni, tapi tadi suami ada cakap, kalau sempat lepas asar dia akan hantar hani ke sini...saja nak pujuk saya lah tu agaknya...kadang2 rasa tak wajar juga buat macamtu..tapi saya tak reti nak hipokrit...kalau sedih dan marah memang dan-dan tu terpancar...kesian juga kat dia ulang alik PD seremban...keter saya plak road tax mati...petang ni baru nak gi bank...

Ada kakak tu bagi cara nak tambah kasih sayang suami pada kita, amalkan baca surah At tahrim [sebelum surah Al mulk] setiap lepas solat subuh....subuh tadi saya dah baca dah...kita tengok nanti macamana kesannya...

Wednesday, December 24, 2008

Beralih arah

Assalamualaikum w.b.t
BERALIH ARAH



Entah kenapa minat memblog sedikit terjejas. Serasa nak on PC pun tidaklah seghairah dulu. Rasa lebih banyak benda penting lain yang perlu diutamakan.



Pelik juga, tapi mungkin asbab kasih sayang dengan suami bertanbah erat maka bila dia ada sekarang saya memang tak sentuh PC, duduk dengan dia jer macam dulu2...perghhh tak sangka rasa yang dulu Allah beri kembali.



Kalau dulu dia suruh urut barulah sibuk nak urut tu pun asyik cilok2 dan mengulau, urut2 sambil baring sebelah dialah, kalau gitu memang bukan urutlah,kan...macam gosok2 jerlaha...adaker sambil urut sambil baring, tu macam ada motif lain jer...selalu nya urut sambil baring ni memangler sekejap jer serius pastu lain plak kerjanya...



Tapi sekarang, ikhlas jer offer diri mengurut, duduk urut betul2....sampai agak2 dia dah puas hati baru berpindah urut ke tempat lain...dengan motif yang lain pulak....hahahaaa janganlah pandang serong lak yer...benda halal dan wajib nih!



Semalam, tak jadi khidmat masak, tak tau kenapa suami tak benarkan saya masak, taknak susah payah kan saya agaknya, maka seorang karkun lain telah sudi memasakkan nasi beriani gam dan kosnya ditanggung oleh saya. Takper, sama juga ganjarannya, moga2 Allah beri pahala yang sama.




Dari hari gaji 17 hb hari tu saya tak keluarkan duit gaji pun lagi, entah macam takde benda nak beli, malas nak keluar pun yer jugak, tapi hari tu balik malam dari PD tu singgah 7-11 tengok eh dah ada ATM pulak dalam 7-11 ni, check gaji ada bonus penuh rupanya, patut 1/3 bonus saya kena tolak bayaran tunggakan gaji yang kerani saya salah kira, patut pergerakan gaji bulan 10 tapi dia dah bagi mula bulan 1, maksudnya seribu lebihlah kena tolak untuk 9 bulan pergerakan gaji.


Tapi tak tolak pun gaji ni, tahun depan dah tak boleh nak bayar semula, maksudnya saya berhutang dengan kerajaan sekarang ni...



So malam tadi lepas maghrib ajak suami kononnya nak beli Microwave Oven, senang nak bakar kek, tapi bila survey di Giant, suami berkenan yang samsung RM769, saya yang biasa pun okay, tapi suami saya memang suka yang the best....dan katanya akan tanya kawannya yang ekrja samsung mana tau dapat diskaun staff price...



Microwave tak beli pun, yang saya beli benda bukan2, banyak barang2 rumahtangga jerlah, bila balik tengok makanan satu pun tak beli rupanya, banyak beli perkakas sekolah hani dan Uda, anak kak aza yang suami memang ada bawa dari hari isnin hari tu.



Dalam pada benda2 kecik macam storage box felton, kasut hani dan uda, floor mate bilik air, tool box, mainan uda dan hani, dan adalah benda2 kecik leperluan rumahtangga ni tengok2 jumlahnya RM 459, sikit lagi nak RM 500.



Dalam kereta siap kena perli, sebab cadangnya nak beli whistle kettle tu sebab hitter bentuk jug tu orang kata bilnya tinggi, kalau sehari dua kali saya jerang tak taulah berapa bilnya kat situ. Termos dahlah kecik, kalau ayah ada pagi petang buat airm hani pulak sehari 2/3 nak susu, memang kena jerang banyak kali jugaklah. So nampaknya kena shopping sekali lagi carik kettle dan termos besar sikit. Cerek manual ada dulu, pastu lama tak pakai rupanya dah bocor...termos besar pulak sebelum ni bawak balik kampung, bila tengok mak pun guna so bagi jerlah kat dia....



Bulan ni juga, ada kerja penyelenggaraan rumah lagi, bahagian dapur, jenang dan pintu dapur yang dimakan anai-anai nak ditukar, jugak tukar sinki yang dah senget dan berlekuk bahagian tengah sebab sinki tu sinki asal, dah 10 tahun berkhidmat. Pastu saya nak tambah bidai kat bahagian belakang tempat sidai baju sebab payah nak jaga aurat kat belakang ni, kadang takat nak buang sampah jer, atau nak hantar selai dua baju kotor terlupa nak pakai tudung, takut2 walaupun orang takde kat luar, mana tau jiran2 ni nampak dari balik cermin dalam rumah mereka, tu yang nak tutup guna bidai tu...kalau nak buat binaan kekal banyak kosnya, lagipun alang-alang jer buat sebab kalau nak renovate biar besar-besaran sekali, tunggulah kelayakan pinjaman kerajaan lepas 5 tahun pembelian rumah ni, ni pun dah nak masuk 3 tahun...



Pagi ni kan, pak haji dah balik lepas 2 malam bermalam di sini, masa nak balik tu cam biasalah memang saya akan bersalam, dan cium pipi kiri kanan, selalu ciuman ni macam biasa jer. Yerlah sebab amalan biasa dah nak masuk 8 tahun, takdelah beriya-iya nak cium semuakan..tapi pagi ni, bila saya salam terus jer suami yang cium pipi saya dulu kiri kanan kuat sekali....sungguh membuat saya rasa dihargai...



Sempat juga malam tadi cerita-ceriti dengan dia kenapa yang dia sms saya pasal cerai tu dengan kata-kata "lagi cepat lagi bagus'. Katanya dah saya yang nak sangat terpaksalah dia balas macam tu...masa cakap ni siap gelak besar2 lagi tu...so saya kata memang saya nak sangat dan dah putuskan memang nak failkan 25 nov tu, tapi dah abang datang serah diri siap buat adegan subuh hari patung cendana tu, terpaksalah saya fikir dua kali....



Dia plak kata, dah tengok muka saya monyok jer malam tu, [sebenarnya bukan monyok tapi serius], tu yang dia kesian. Saya plak kata, "napalah susah sangat kita ni dah banyak kali cubaan nak bercerai setiap kali itulah ada jer perubahan, kuat betul jodoh kita ni kan bang....agaknya kita ni cerai mati jer kot...." gelak2 lagi kami....macam2 benda baru nak borak semula, sebelum ni malas nak borak sebab semua benda boleh jadik pertengakaran tapi sekarang alhamdulillah nampaknya dua2 hati kami terbuka berbincang....



Entahlah, nikmat Allah datang dalam pelbagai bentuk, nikmat kasih sayang ni pun satu ujian juga, moga2 allah terus merahmati rumahtangga saya...