Sunday, December 9, 2012

Tidak berhak bahagia agaknya?

Assalamualaikum w.b.t




Alkisahnya sebenarnya anak sedara sayalah yang mejadi punca kepada kemarahan amat sangat mak saya kepada saya. Selain berpunca dari pembawakan sikap saya yang berterus terang, transparent dan tidak suka berpura2.



Anak sedara saya kahwin pada 17 november di sebelah pengantin perempuan di Baling dan di melaka pada 24 november lalu bersamaan 10 muharam.



Asalnya saya ada berbincang2 dengan suami perihal kenduri kahwin ini. Dlam bincang2 suami ada lah menyebut dari instinct dia dapat rasakan anak sedara saya menghadapi masalah kewangan.



Kemudian say whatsapp anak sedara sulung saya yang nak kahwin tu tanyakan ada apa2 masalah ker dalam buat persiapan kahwin.



Dia kata takde masalah...alih2 dalam  dua hari kemudian macam tu, dia mesej saya lagi katanya tak cukup duit, nak pinjam dari saya RM2,500.



Saya tak jawab kata takde, sebab ikutkan ada, tapi duit simpanan tabng haji lah. Saya pun tanya pandangan suami, dia tanya saya ada duit tak...saya kata takdelah.... Saya ingat kotlah dia murah hati nak kasi pinjam, tapi memang taklah...



Sebab dia ada jugak tak berapa berkenan dengan along anak sedara saya tu. sebab along tu langsung tak menegur dia. Along pernah hantar resume kat suami saya nak minta kerja bahagian HR tapi suami ada lah berbalas2 email, yg mana akhirnya suami ada cakap disebabkan kita dah bekeluarga, maka dia kata dia boleh memberi tunjuk ajar kalau along serius nak menambah ilmu dalam bidang HR.



Tapi along xreply email dan bila balik pun along takde datang. Lagi dikesalkan sebab ada satu masa tu nenek along belah ayah dia meninggal. So along ada balik kampung bawa tunang dia.



Saya memang tak berapa berkenan dengan aishah ni sebab masa tak bertunang lagi dah datang banyak kali tidur apa semu kat rumah kakak saya. Macam muka tak malu, entah tak tahulah anak dara zaman sekarang.



Masalahnya along tu sekolah agama dari form 1 to form 5. Nak kata tak cukup didikan agama macam tak munasabah.



Balik cerita yang dia bawak aishah balik masa nenek dia meniggal u. Kebetulan esoknya saya pulak buat kenduri meraikan pernikahan saya bersekali suami balik umrah dan juga masuk rumah baru ni.



So malam tu dalam jam 11 malam along datang rumah saya bawak tunang dia. Sambil hantarbarang apa ntah. Dia memang dah tau saya kepantangan dia bawak alik aishah tu tapi siap di bawak aishah datang rumah saya tengah2 malam.



So kena smash lah dengan saya. Saya buat2 tanya masa dia datang berdua nak salam saya tu. saya tanya, 'eh sapa ni'...sajer saya tanya. Saya akui saya memang tak sporting. Kalau salah terus terang saya cakap salah. Saya takde tunjuk muka manis, saya tak nak dia dapat mesej yang saya menyokong tindakan dia.



Rupanya natijah dari tindakan saya sound dia tu buat dia kecik ati.....esok pepagi dia bawak aishah balik KL, langsung tak datang rumah kenduri makwe dia merangka kenduri saya lah tu...patutnya dia bawak angah adik dia ke klia utk balik sarawak pun dia tinggalkan jer, saya yang hantar akhirnya.



Malah, tindakan saya perli dia masa nak salam tu pun buat mak saya kecik ati dengan saya, dan dia marah saya pulak. masa marah saya tu dia bergenang air mata. tapi saya diam jer saya tak jawab apa2. cuma dalam hati saya kata dunia dah terbalik agaknya. Orang buat salah langgar hukum agama tak dipandang salah, saya yang niat ikhlas nak betulkan keadaan dan tegur dengan niat nak bagi dia fikir sebaliknya saya pulak disalahkan semua orang.


Saya sedar bahawa cara saya maybe salah, tapi saya bukan marah dia, saya perli dia, supaya dia tau saya tak suka dia ayak anak dara orang sesuka hati...bukan datang sekejap ni datang siap bermalam bagai dan siap bawak jalan dah tengah malam. Macam takde harga diri. Saya memang tipikal, tapi bagi saya kalau allah tak suka, benda tulah saya tak suka.



Ni bukan kali pertama dia bawak aishah, masa Abang saya kahwin pun dia bawak aishah balik kampung, siap saya terpedaya belikan pakaian yg mana kami pakai sedondon masa tu. masa beli kain ela banyak2 dia siap belikan AIshah pakaian sedondon tu....masa bayar saya pun tak tahu...meluat saya! Tapi mak dia dah larang aishah dari pakai baju sedondon tu sebab masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....menyibuk jer....



Sebenarnya masa rombongan kami meminang Salwa kakak ipar saya di Ipoh tu pun aishah tu ikut walhal masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....mana saya ni tak pandang serong si aishah ni. Pastu kami rombongan balik dia terus ke Baling hantar Si aishah tu berdua jer. Memang sengal....



Balik pada cerita anak buah saya nak pinjam duit, saya kata dengan dia makcu xdapat bagi RM2,600 sebab riad tax makcu mati bulan ni. Pastu dia diam jer. Yg saya pelik kenala at the first place dia cakap semua berjalan lancar takde masalah. Lepas sehari dua baru caka ada masaah kewangan. Yg lagi memburukkan keadaan dia bertukar tempat kerja, nak cari duit lebih. Entah nak baper banyak duit tak taulah. Dah jadi macam mata duitan pulak saya tengok.



Entah memang tak berkenan sungguh lah saya dengan anak buah saya yang sulung tu. walhal dari zaman sekolah memang dia akan mengadu kat saya kalau nak beli ala2. Nak beli kasut bola, nak beli laptop semua mengadu kat saya. tanpa banyak cerita saya pasti akan bagi dia duit. Sekali tu sampai bergaduh2 dengan pak hj sebab pak hj marah saya bagi duit RM200 semata2 untuk beli kasut bola baru....atas alasan pak hj, main bola xmeningkatkan iman, bahkan boleh membawa kepada lalai solat dsbg bahkan membuka aurat dan saya turut menggalakkan anak sedara buat dosa.



Umur dia tahun ni baru 24 tahun, grade umur 22 tahun sebab dia matrik express setahun jer, degree pulak 3 tahun. Dia ni budak pandai, pandai matematik. start kerja jer dah beli keter, lepas tu beli rumah. Pastu terus kahwin, langsung takde niat nak bantu mak bapak dulu, buat semua ikut kehendak sendiri jer.



Yang saya geram semua perbuatan dia takde sapa marah. Semua sokong jer. Malah saya pulak yang kena marah dengan mak saya. Walhal dalam ramai adik beradik, bahkan mak ayah along tu sendiri takde sapa yang berani tegur dia. Saya taulah sebagai cucu sulung, mak saya jaga dia dar baby samoai nak masuk sekolah, mesti sayang dia lebih agaknya.



Lepas along senyap xde follow up nak pinjam duit mak saya tu, saya pun tutup cerita ingatkan dia dah cukup duit. Masa balik kenduri rumah dia di melaka, tetiba Allah gerakkan hati saya untuk ambik buku tabung haji mak saya. Semuanya sebab saya nak lastikan duit tabung haji mak saya selamat.


Mula2 mak saya macam tak nak bagi...saya pulak nak balik ahad tu so saya cakap dengan mak saya minta buku tu sebab saya nak tambahkan seribu simpanan. yerlah gaji bulan ni kan dapat bonus. kalau saya tambah kan seribu maka dapatlah topup duit untuk umrah, takdelah jejaskan duit yg saving gi haji tu. Tu niat saya lah.

Tapi masa mak saya serah buku TH tu dia lain macam, terus menangis dan antara lain kata2 dia, "kau syak dak along ambik duit aku kan?"

Rupanya memang along keluarkan duit abung haji mak saya RM2,600. mak saya bela katanya bukan along tak cukup duit tapi just nak standby kat tangan...standby sampai RM2,600?

pastu dia nangis....dan meneruskan percakapan dengan mengatakan macam2 terhadap saya sambil menangis, ni bukan menangis sikit2...menangis sungguh2....yang jenis menangis tak terkawal tu...

antara lain yang saya ingat.....

-saya lupa diri
-dah gaji tinggi sombong macam nak putus saudara
-tak nak mengalah, nama jer belajar tinggi2
-air dicincang takkan putus, mana saya nak pergi kalau takde sedara
-kalau kau nak bergaduh adik beradik pun biarlah aku mati dulu
-jangan ingat dah banyak duit boleh tongkat langit...

Dan macam2 lagilah yang saya tak dapat nak recall dah sebab masa tu luar jer nampak saya senyap, dalam hati dah menjerit2 dah...masa tu suami saya kat lar kemas kereta ker apa agaknya...

Lepas dari tu, mak saya pergi rumah kakak saya, saya pulak ke kedai sebab pagi tu nak jerang air tengok mak saya takde cerek air, dah bocor. so keluar pergi belikan cerek air baru.

Yang saya sedih, apa saya buat selama ni, apa saya lalui selama ni, susah ayah hidup saya dari zaman anak dara, dah kawin, dapat anak, takde sapa pernah ambik tau. takde sapa kongsi kesusahan hidup saya. Bila saya nampak macam senang sikit, macam2 tuduhan pulak saya tempuh.

Agaknya selain faktor mereka melihat suami saya agaknya berpendapatan (agaknyalah) mungkin mak saya terasa macam kehilangan saya .

Kerana terlalu lama dah saya balik kampung samaada keseorangan (hani bukan selalu cuit, dan dulu dia di kelantan) dan selalunya balik dengan hani, dan keadaan ni dah berterusan dari 2006 sejak pak hj stroke, maka mak saya dah selesa kalau saya balik, saya akan bawa dia kesana sini takde halangan.

Bawa beli barang dapur, bawa makan, sarapan, beli lauk, pergi rumah sedara....tapi sejak saya kawin ni saya balik selalu saya keluar dengan suami dan hani.

Bukannya apa, hani sendiri pun saya jarang jumpa. Hani dan suami pun boleh dibilang berapa kali jumpa. Bahkan saya dengan suami pun masa memang terhad. kan dua minggu dia kerja di JB. Masa yang ada sangat2 berharga.

Masa balik kampung tu jerlah kami bertiga dapat berkumpul bersama, Mana nak cari masa lain lagi. Tu sebab sebolehnya saya akan menghabiskan masa bertiga ke mana2.

Adakah faktor ini buat masa saya terdorong untuk turut terasa hati dengan saya?

Nak kata saya musuh adik beradik saya tak juga. Saya pergi ke baling, saya balik rumah kakak saya kenduri, kakak salmah yang sebelah rumah tu, saya beli sarapan atau makanan memang saya beli untuk anak2 dia sama.

Cuma saya bukanlah seramah adik beradik saya yang lain, saya takde pergi duduk  bersembang dengan diorang. kalau balik kampung saya selesa duduk dalam rumah dengan Hani. hani pun meang jenis tak keluar rumah. Kami berdua duduk tengok tv atau berinternet.

Bukan selalu saya balik, saya memang enjoy duduk dalam rumah kampung yang saya bina tu, yerlah kita dah keluar duit banyak, tambah lagi barang2 dalam rumah tu semua barang2 yg saya beli dari awal kawin memang ikatan saya dan barang2 tu kuat. saya selesa baring atas sofa kulit saya beli dari 2002 tu. saya selesa baring atas katil yang saya beli dari hani baby....

saya sukakan suasana tu....saya tak suka duduk luar rumah..masa yang ada saya enjoy dua beranak golek2 dalam rumah atas sofa atas katil....


Tapi mak saya nak saya pergi borak2 agaknya....dengan mak saya sendiri pun saya takde borak sangat...lagi dengan kakak2 saya tu....dan sekian lama saya memang macamtu.....apa masalah hidup saya memang saya takkan share dengan adik beradik.


kena ingat saya tak habis sekolah lagi, kedua2 kakak saya dah kawin. sejurus lepas salmah kawin dia masuk maktab dan saya pulak keluar result STPM saya dapat USM. kebanyakan masa saya selepas habis sekolah berada luar dari keluarga.....



Saya dah ada kawan saya sendiri yang boleh saya share masalah saya. saya ada azizah di labuan yang sentiasa setia denar masalah saya, Saya ada kak jue di serdang yang mana kalau saya susah hati saya pergi rumah dia di taman sri serdang.

mereka yang tau sejarah hidup saya dari saat saya kenal pak hj dan dari saat saya putuskan nak kawin dengan pak hj, dan merka juga terawal yg tau saya bernikah dengan hashim. mereka yg tau hati budi saya lebih dari keluarga saya sendiri. kalau tau pun, saya tak fikir mereka berminat nak tanya....mungkin disebabkan faktor diri saya sendiri yg tak pernah buka ruang ahli keluarga untuk ambil tau perihal diri saya....





 Wassalam