Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Kalau Tuhan Kita Kenali

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat suka lagu ini. Bukan sekadar suka tetapi bila dengar rasa sayu dan rasa sangat kerdil. Banyak sangat kerja dan amal tak buat lagi. Sangat indah kalau kita dapat kenal tuhan dan baru ada motivasi nak buat amal. Sila..sila hayati lirik lagu ini...untuk diri saya...ya saya sangat rasa kerdil dan tambah kerdil....banyak dosa, pahala kurang, tak taulah timbangan amal di sana nanti macamana...nak lalu titian sirat macamana...nak dihitung di Al mizan macamana...ahhh...takutnya!


Saya : Ada sangkut sikit2, tapi kalau replay baru sedap dengar! Lancar dan mersik sangat suara penyanyi kumpulan mawaddah ni...



Ni satu lagi versi nyanyi live...saya suka yang ni sebab nampak muka penyanyinya...sejuk mata memandang...alahai..kalau saya mak budak ni saya tak bagi dia nyanyi...sedap sangat suaranya, takut ramai sangat terpikat....




Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com



Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi



Wassalam