Sunday, December 9, 2012

Tidak berhak bahagia agaknya?

Assalamualaikum w.b.t




Alkisahnya sebenarnya anak sedara sayalah yang mejadi punca kepada kemarahan amat sangat mak saya kepada saya. Selain berpunca dari pembawakan sikap saya yang berterus terang, transparent dan tidak suka berpura2.



Anak sedara saya kahwin pada 17 november di sebelah pengantin perempuan di Baling dan di melaka pada 24 november lalu bersamaan 10 muharam.



Asalnya saya ada berbincang2 dengan suami perihal kenduri kahwin ini. Dlam bincang2 suami ada lah menyebut dari instinct dia dapat rasakan anak sedara saya menghadapi masalah kewangan.



Kemudian say whatsapp anak sedara sulung saya yang nak kahwin tu tanyakan ada apa2 masalah ker dalam buat persiapan kahwin.



Dia kata takde masalah...alih2 dalam  dua hari kemudian macam tu, dia mesej saya lagi katanya tak cukup duit, nak pinjam dari saya RM2,500.



Saya tak jawab kata takde, sebab ikutkan ada, tapi duit simpanan tabng haji lah. Saya pun tanya pandangan suami, dia tanya saya ada duit tak...saya kata takdelah.... Saya ingat kotlah dia murah hati nak kasi pinjam, tapi memang taklah...



Sebab dia ada jugak tak berapa berkenan dengan along anak sedara saya tu. sebab along tu langsung tak menegur dia. Along pernah hantar resume kat suami saya nak minta kerja bahagian HR tapi suami ada lah berbalas2 email, yg mana akhirnya suami ada cakap disebabkan kita dah bekeluarga, maka dia kata dia boleh memberi tunjuk ajar kalau along serius nak menambah ilmu dalam bidang HR.



Tapi along xreply email dan bila balik pun along takde datang. Lagi dikesalkan sebab ada satu masa tu nenek along belah ayah dia meninggal. So along ada balik kampung bawa tunang dia.



Saya memang tak berapa berkenan dengan aishah ni sebab masa tak bertunang lagi dah datang banyak kali tidur apa semu kat rumah kakak saya. Macam muka tak malu, entah tak tahulah anak dara zaman sekarang.



Masalahnya along tu sekolah agama dari form 1 to form 5. Nak kata tak cukup didikan agama macam tak munasabah.



Balik cerita yang dia bawak aishah balik masa nenek dia meniggal u. Kebetulan esoknya saya pulak buat kenduri meraikan pernikahan saya bersekali suami balik umrah dan juga masuk rumah baru ni.



So malam tu dalam jam 11 malam along datang rumah saya bawak tunang dia. Sambil hantarbarang apa ntah. Dia memang dah tau saya kepantangan dia bawak alik aishah tu tapi siap di bawak aishah datang rumah saya tengah2 malam.



So kena smash lah dengan saya. Saya buat2 tanya masa dia datang berdua nak salam saya tu. saya tanya, 'eh sapa ni'...sajer saya tanya. Saya akui saya memang tak sporting. Kalau salah terus terang saya cakap salah. Saya takde tunjuk muka manis, saya tak nak dia dapat mesej yang saya menyokong tindakan dia.



Rupanya natijah dari tindakan saya sound dia tu buat dia kecik ati.....esok pepagi dia bawak aishah balik KL, langsung tak datang rumah kenduri makwe dia merangka kenduri saya lah tu...patutnya dia bawak angah adik dia ke klia utk balik sarawak pun dia tinggalkan jer, saya yang hantar akhirnya.



Malah, tindakan saya perli dia masa nak salam tu pun buat mak saya kecik ati dengan saya, dan dia marah saya pulak. masa marah saya tu dia bergenang air mata. tapi saya diam jer saya tak jawab apa2. cuma dalam hati saya kata dunia dah terbalik agaknya. Orang buat salah langgar hukum agama tak dipandang salah, saya yang niat ikhlas nak betulkan keadaan dan tegur dengan niat nak bagi dia fikir sebaliknya saya pulak disalahkan semua orang.


Saya sedar bahawa cara saya maybe salah, tapi saya bukan marah dia, saya perli dia, supaya dia tau saya tak suka dia ayak anak dara orang sesuka hati...bukan datang sekejap ni datang siap bermalam bagai dan siap bawak jalan dah tengah malam. Macam takde harga diri. Saya memang tipikal, tapi bagi saya kalau allah tak suka, benda tulah saya tak suka.



Ni bukan kali pertama dia bawak aishah, masa Abang saya kahwin pun dia bawak aishah balik kampung, siap saya terpedaya belikan pakaian yg mana kami pakai sedondon masa tu. masa beli kain ela banyak2 dia siap belikan AIshah pakaian sedondon tu....masa bayar saya pun tak tahu...meluat saya! Tapi mak dia dah larang aishah dari pakai baju sedondon tu sebab masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....menyibuk jer....



Sebenarnya masa rombongan kami meminang Salwa kakak ipar saya di Ipoh tu pun aishah tu ikut walhal masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....mana saya ni tak pandang serong si aishah ni. Pastu kami rombongan balik dia terus ke Baling hantar Si aishah tu berdua jer. Memang sengal....



Balik pada cerita anak buah saya nak pinjam duit, saya kata dengan dia makcu xdapat bagi RM2,600 sebab riad tax makcu mati bulan ni. Pastu dia diam jer. Yg saya pelik kenala at the first place dia cakap semua berjalan lancar takde masalah. Lepas sehari dua baru caka ada masaah kewangan. Yg lagi memburukkan keadaan dia bertukar tempat kerja, nak cari duit lebih. Entah nak baper banyak duit tak taulah. Dah jadi macam mata duitan pulak saya tengok.



Entah memang tak berkenan sungguh lah saya dengan anak buah saya yang sulung tu. walhal dari zaman sekolah memang dia akan mengadu kat saya kalau nak beli ala2. Nak beli kasut bola, nak beli laptop semua mengadu kat saya. tanpa banyak cerita saya pasti akan bagi dia duit. Sekali tu sampai bergaduh2 dengan pak hj sebab pak hj marah saya bagi duit RM200 semata2 untuk beli kasut bola baru....atas alasan pak hj, main bola xmeningkatkan iman, bahkan boleh membawa kepada lalai solat dsbg bahkan membuka aurat dan saya turut menggalakkan anak sedara buat dosa.



Umur dia tahun ni baru 24 tahun, grade umur 22 tahun sebab dia matrik express setahun jer, degree pulak 3 tahun. Dia ni budak pandai, pandai matematik. start kerja jer dah beli keter, lepas tu beli rumah. Pastu terus kahwin, langsung takde niat nak bantu mak bapak dulu, buat semua ikut kehendak sendiri jer.



Yang saya geram semua perbuatan dia takde sapa marah. Semua sokong jer. Malah saya pulak yang kena marah dengan mak saya. Walhal dalam ramai adik beradik, bahkan mak ayah along tu sendiri takde sapa yang berani tegur dia. Saya taulah sebagai cucu sulung, mak saya jaga dia dar baby samoai nak masuk sekolah, mesti sayang dia lebih agaknya.



Lepas along senyap xde follow up nak pinjam duit mak saya tu, saya pun tutup cerita ingatkan dia dah cukup duit. Masa balik kenduri rumah dia di melaka, tetiba Allah gerakkan hati saya untuk ambik buku tabung haji mak saya. Semuanya sebab saya nak lastikan duit tabung haji mak saya selamat.


Mula2 mak saya macam tak nak bagi...saya pulak nak balik ahad tu so saya cakap dengan mak saya minta buku tu sebab saya nak tambahkan seribu simpanan. yerlah gaji bulan ni kan dapat bonus. kalau saya tambah kan seribu maka dapatlah topup duit untuk umrah, takdelah jejaskan duit yg saving gi haji tu. Tu niat saya lah.

Tapi masa mak saya serah buku TH tu dia lain macam, terus menangis dan antara lain kata2 dia, "kau syak dak along ambik duit aku kan?"

Rupanya memang along keluarkan duit abung haji mak saya RM2,600. mak saya bela katanya bukan along tak cukup duit tapi just nak standby kat tangan...standby sampai RM2,600?

pastu dia nangis....dan meneruskan percakapan dengan mengatakan macam2 terhadap saya sambil menangis, ni bukan menangis sikit2...menangis sungguh2....yang jenis menangis tak terkawal tu...

antara lain yang saya ingat.....

-saya lupa diri
-dah gaji tinggi sombong macam nak putus saudara
-tak nak mengalah, nama jer belajar tinggi2
-air dicincang takkan putus, mana saya nak pergi kalau takde sedara
-kalau kau nak bergaduh adik beradik pun biarlah aku mati dulu
-jangan ingat dah banyak duit boleh tongkat langit...

Dan macam2 lagilah yang saya tak dapat nak recall dah sebab masa tu luar jer nampak saya senyap, dalam hati dah menjerit2 dah...masa tu suami saya kat lar kemas kereta ker apa agaknya...

Lepas dari tu, mak saya pergi rumah kakak saya, saya pulak ke kedai sebab pagi tu nak jerang air tengok mak saya takde cerek air, dah bocor. so keluar pergi belikan cerek air baru.

Yang saya sedih, apa saya buat selama ni, apa saya lalui selama ni, susah ayah hidup saya dari zaman anak dara, dah kawin, dapat anak, takde sapa pernah ambik tau. takde sapa kongsi kesusahan hidup saya. Bila saya nampak macam senang sikit, macam2 tuduhan pulak saya tempuh.

Agaknya selain faktor mereka melihat suami saya agaknya berpendapatan (agaknyalah) mungkin mak saya terasa macam kehilangan saya .

Kerana terlalu lama dah saya balik kampung samaada keseorangan (hani bukan selalu cuit, dan dulu dia di kelantan) dan selalunya balik dengan hani, dan keadaan ni dah berterusan dari 2006 sejak pak hj stroke, maka mak saya dah selesa kalau saya balik, saya akan bawa dia kesana sini takde halangan.

Bawa beli barang dapur, bawa makan, sarapan, beli lauk, pergi rumah sedara....tapi sejak saya kawin ni saya balik selalu saya keluar dengan suami dan hani.

Bukannya apa, hani sendiri pun saya jarang jumpa. Hani dan suami pun boleh dibilang berapa kali jumpa. Bahkan saya dengan suami pun masa memang terhad. kan dua minggu dia kerja di JB. Masa yang ada sangat2 berharga.

Masa balik kampung tu jerlah kami bertiga dapat berkumpul bersama, Mana nak cari masa lain lagi. Tu sebab sebolehnya saya akan menghabiskan masa bertiga ke mana2.

Adakah faktor ini buat masa saya terdorong untuk turut terasa hati dengan saya?

Nak kata saya musuh adik beradik saya tak juga. Saya pergi ke baling, saya balik rumah kakak saya kenduri, kakak salmah yang sebelah rumah tu, saya beli sarapan atau makanan memang saya beli untuk anak2 dia sama.

Cuma saya bukanlah seramah adik beradik saya yang lain, saya takde pergi duduk  bersembang dengan diorang. kalau balik kampung saya selesa duduk dalam rumah dengan Hani. hani pun meang jenis tak keluar rumah. Kami berdua duduk tengok tv atau berinternet.

Bukan selalu saya balik, saya memang enjoy duduk dalam rumah kampung yang saya bina tu, yerlah kita dah keluar duit banyak, tambah lagi barang2 dalam rumah tu semua barang2 yg saya beli dari awal kawin memang ikatan saya dan barang2 tu kuat. saya selesa baring atas sofa kulit saya beli dari 2002 tu. saya selesa baring atas katil yang saya beli dari hani baby....

saya sukakan suasana tu....saya tak suka duduk luar rumah..masa yang ada saya enjoy dua beranak golek2 dalam rumah atas sofa atas katil....


Tapi mak saya nak saya pergi borak2 agaknya....dengan mak saya sendiri pun saya takde borak sangat...lagi dengan kakak2 saya tu....dan sekian lama saya memang macamtu.....apa masalah hidup saya memang saya takkan share dengan adik beradik.


kena ingat saya tak habis sekolah lagi, kedua2 kakak saya dah kawin. sejurus lepas salmah kawin dia masuk maktab dan saya pulak keluar result STPM saya dapat USM. kebanyakan masa saya selepas habis sekolah berada luar dari keluarga.....



Saya dah ada kawan saya sendiri yang boleh saya share masalah saya. saya ada azizah di labuan yang sentiasa setia denar masalah saya, Saya ada kak jue di serdang yang mana kalau saya susah hati saya pergi rumah dia di taman sri serdang.

mereka yang tau sejarah hidup saya dari saat saya kenal pak hj dan dari saat saya putuskan nak kawin dengan pak hj, dan merka juga terawal yg tau saya bernikah dengan hashim. mereka yg tau hati budi saya lebih dari keluarga saya sendiri. kalau tau pun, saya tak fikir mereka berminat nak tanya....mungkin disebabkan faktor diri saya sendiri yg tak pernah buka ruang ahli keluarga untuk ambil tau perihal diri saya....





 Wassalam

Friday, November 30, 2012

Saya sedih

Assalamualaikum w.b.t


Lama saya tak menulis kan?

bayangkan sahajalah jika saya tak menulis tu maksudnya saya sedang bahagia

masa bahagia saya memang tidak mempunyai idea untuk menulis

hanya menikmati saat-saat bahagia itu

memanglah ada masalah sana sini

dalam menyesuaikan diri dengan manusia yang berbeza sama sekali

apatah lagi gap antara kami memang agak luas

ada lah juga persamaan tai lebih banyak beza dari yang sama

dalam hal ini saya banyak bertolak ansur

itu kan lebih baik

Nanti saya cerita detail kekangan saya kali ini

mencabar juga

banyak pertentangan pemikiran dan tindakan juga

tapi pokok pangkalnya saya bahagia

cara suami menguruskan perbezaan itu dapat saya terima dengan baik

kali ini saya ingin bercerita berkaitan hal lebih serius...hal kekeluargaan

satu hal yang amat menganggu saya sebenarnya

dah masuk minggu kedua saya pendam

tak berhasrat nak bercerita di blog

tapi saya tewas juga

saya rasa saya tak boleh simpan lagi dalam kepala dan

jiwa saya rasa sengsara

begini...

Sebelum saya bercerita lanjut saya bagi background story

kalau lama ikuti blog saya tentu sikit sebanyak perasan yang saya tak berapa close dengan family

bukan sekarang sahaja saya tak close, semua ni sejak zaman sekolah lagi

saya dah biasa bersendiri

terutama saya anak bongsu

abang sulung saya, nasir (ayah yaya) lari/dihalau dari rumah pada 1986

kakak kedua saya, Salmi kawin pada 1987

abang saya ketiga, Yazid, masuk asrama, MRSM pada 1982-1986

kakak saya keempat, Salmah kahwin pada 1993 (semasa saya menduduki STPM) dan kemudian terus masuk ke maktab

Semua mereka ini melepaskan diri masing2.....saya jer yg tinggal

maka, sejak saya sekolah menengah memang saya seakan tertinggal di rumah....

kakak saya, salmah bersekolah di sekolah agama, saya pula sekolah biasa

bila tak sama sekolah memang kami tak rapat mana

dia ada kelompok kawan dia, saya pula kelompok kawan saya

masa 1991 (saya ting 5) dia dah bertunang

selepas bertunang tu memang kami lagi tak rapat

saya menganggap diri saya menjadi mangsa atas kegagalan abang/kakak saya memenuhi impian abah saya

kerana kegagalan mereka menjejakkan kaki ke menarag gading

maka, bila tiba turn saya bersekolah, abah saya tak memberi perhatian

dia taknak meletakkan haraoan tetapi kahirnya dikecewa kan

saya masih ingat yang saya bersekolah dengan kasut koyak

sebab abah tak ambik port dengan persekolahn saya

saya pernah dipanggil di hadapan perhimpunan kerana saya termasuk kelompok yang masih tak bayar yuran exam SPM

semua tu masih dalam kepala saya

saat2 sedih saya di zaman sekolah bermain2 dalam ingatan sampai sekarang

saya masih ingat dialog abah saya, "kau siti, asyik terperuk dalam bilik belajau jer, kalau tak masuk u aku tak taulah, mana2 cina buta keling tempang masuk meminang memang aku kahwinkan"

kata2 itu semacam ugutan untuk saya

punca saya kena marah tu sebab saya selalu duduk dalma bilik

tak bantu mak saya buat kerja dapur

saya selalu tidur lewat membaca buku

tu sebab saya kena marah selalu

sebenarnya zama sekolah tu memang ada pembahagian tugas dapur

ada pembahagian antara saya dan kakak saya....

tugas utama giling cili, masak nasi, jerang air, hidang makan malam

saya bergilir dengan kakak, sehari saya sehari dia

memang seksa kadang tu

mak saya zaman tu kerja kilang buat dodol

mak saya kerja dia kopek kelapa

memang kesian sangat

selalunya bila turn saya buat giliran kerja tu kadang tak sempurna, lewat tu sebab saya selalu kena marah sebab asyik belajar (duduk di bilik tak keluar2)

zaman masuk u pun semau saya buat sendiri, tak pernah dbantu oleh mak ayah

takde satu pun urusan diorang campur

masa saya temuduga masuk ITM pun mereka hantar ke ITM jer,

sayalah yang bekejar ke sana sini cari tempat sendiri, berpeluh2

semua tu saya masih ingat

saya berbangga dengan diri saya kerana saya mampu menempuh semua tu

termasuklah bila register di USM

Semua saya lakukan sendiri

mak abah saya hantar jer

tak selesai urusan saya dia dah balik

saya masih ingat....saya tercampak di Penang sendirian

masih ingat sata angkat satu persatu beg dan baldi saya sendirian

moralnya: saya sudah berdikari sejak zaman sekolah lagi

saya telah dibiarkan sendirian uruskan segalanya sendiri

saya tak mengharapkan sesiapa bantu saya kerana saya tahu had mana mereka mampu bantu

masa masuk universiti, abah saya bagi RM2,000

selepas masuk u, duit pertama pinjaman JPA saya dapat terus saya bagi abah saya RM2,000

Pelajar lain beli macam2, ada yang beli motor (2nd hand) ad ayang beli  buku, pakaian dll

tapi saya sedar saya perlu ganti duit abah saya yang masa tu memang susah

habis belajar, saya duduk rumah 3 hari jer

saya terus kerja kilang

setiap bulan saya bagi mak/abah saya RM600

sebahagian duit tu untuk abah bayar bulanan kereta abah (masa tu abah mmg dah ada kereta)

sampai lah abah saya langsaikan kereta nissan tu

saya berhenti kilang Sam Chang Precision selepas genap setahun

dengan basic RM400, dan OT adalah dalam 400, maka sebulan dalam RM800

saya hanya ada balance 200 jer

tapi lepas setahun bila saya berhenti saya dapat simpan dalam RM2,000 (sebab adakala OT dapat banyak)

saya kerja dua shift, 7 pagi-7 malam dan sebaliknya

saya OT tambah 4 jam, so sehari sekalu saya kerja 16 jam

memang penat, takde sosial life langsung

tapi sebab nak tolong abah dan simpan duit saya bertahan

banyak kali supervisor cakap kat saya, akak xleh ambil OT banyak sangat, langgar akta buruh ni

tapi saya tetap berkeras nak ambil OT jugak

masa tu takde istilah penat langsung, saya bekerja dengan sepenuh jiwa,

setiap pagi walaupun kena keluar rumah 4.15 pagi saya bahagia dan bersemangat tunggu van kilang

saya bahagia sebab saya tau kenapa saya bekerja

sebab bantu abah dan diri saya

alau saya adakalanya sedih bila ada pekerja ain tau saya ada degree tapi kerja kilang

memang rasa down juga...kadang down sangat2....

lepas setahun saya tak dapat bertahan melawan perasaan down tu

terutama lepas second interview saya untuk ambil diploma pendidikan di UIA gagal

saya berhenti kilang Sam Chang dan terus apply kilang Cubic

kilang buat subwoofer, dapat jawatan quali controller, basic tinggi sikit

sebab dah ada pengalaman setahun kerja....masa apply tipu xbagitau ada degree

masa zaman saya grade 1998 memang tengah merosot ekonomi peluang kerja agak sukar

lagi2 macam saya yang memang dah bersumpah tak nak kerja di KL

semua kesusahan saya ini saya tempuh sendiri

takde satu pertolongan un dari ahli keluarga

semua saya bergerak sendiri, cari kerja sendiri, usaha sendiri

dan takde sapa yang membantu saya cari kerja lain

malah memberi tekanan pada saya adalah

asyik tanya sampai bila saya nak kerja kilang....

saya pasrah jer

banyak lagi kesusahan saya tempuh seorang

perjalanan hidup saya memang berliku

sangat berliku

takde sapa2 bantu, takde sapa2 ambil berat......sampai saya jumpa Mr R

Boss saya masa saya kerja reporter

yang nak ajak kahwin tu

sampailah sebelum saya kahwin dengan Hashim ni dia masih tetap berhasrat nak kawin dengan saya

cuma dia perlu masa

dia jer yang jujur dan tau susah payah saya

tu sebab zaman saya kerja dengan dia dia beri saya motorsikal

masa tahun lepas dia bantu buat rumah saya dia top up RM6,000

sponsor cat satu rumah

sebab dia tau saya buat tu semua bukan untuk saya

dia tau saya dari dulu memang akan berkorban apa sahaja

dia tau masa zaman saya kerja saya sanggp gadai barang emas saya sebab nak bagi mak saya duit

tu sebab dia kesian saya...dia tau sejauh mana jujurnya saya...

fyi banyak barang kemas saya zaman sekolah saya gadai zaman kerja reporter sebab masa tu gaji saya kecik

kerja kilang lagi gaji besar

kerja kilang takde keluar kos tambang, makan, pakaian...so memang jimat

so utk tampung tak cukup, saya terpaksa gadaikan barang emas

mak abah saya tak tau....

zaman tu saya tak suka mak abah saya gaduh.....sebab duit

banyak lagi perkara saya buat.....

tahun lepas paling mencabar....

saya keluar banyak duit

pertama, tampung kos abang sata kahwin

ingat tak? kakak ipar anak dato' yang nama Salwa tu

abang saya hanya ada cukup duit hantara jer

kenduri bagai semua dia takde

masa tu saya memang dah standby duit RM50k untuk buat rumah mak saya

saya tarik hampir RM10k untuk urusan kenduri

alhamdulillah selesai semuanya

masa tu saya memang teringat nak pakai duit tabung haji mak saya

tapi saya tak sampai hati nak keluarkan

mana tau tiba2 nama mak saya naik untuk gi mekah

sapa yang susah nanti

kemudian masa saya buat rumah mak saya

kos asal dalam RM45k jer saya jangka

tapi naik jadi RM60k

tu tak masuk barang2 lampu kipas bagai

saya korban, duit gaji saya ambil cash untuk makan saya jer

mujur masa tu hani dok kelantan, ada juga banyak kelegaan

semua cash saya curahkan untuk rumah

semua bonus saya habis untuk rumah juga (cat bhagian dalam)

semua kerja mengecat saya buat sorang2

saya mengecat 24 jam

sebab mak saya tak sabar nak masuk rumah sangat

sampai siap saya demam lah

untuk bilik saya sendiri sampai hari ni tak habis mengecat lagi...

takde sapa tolong saya mengecat

adalah sana sini sikit anak buah tolong main2

semua saya korban untuk jimatkan duit

masa tu saya terfikir nak keluarkan duit tabung haji mak saya untuk pasang tiles

tapi fikir punya fikir tak jadi

saya takut saya tak semat topup balik duit tu

sebenarnya sebelum tu saya berdepan masalah kembara saya asyik rosak

ingat tak?

banyak duit saya keluar

banyaaaaak sangat

semuanya main ribu2 setiap kali hantar repair

memang pokai abis masa tu

sampailah saya terpaksa fikirkan alternatif

tu yang saya ambik nissan lepas sesak, dapat rebate RM8,000

tapi kembara tak boleh jual sebab market value jatuh dan rendah dari baki hutang

sampai sekarang saya bayar hutang dua kereta

hutang kereta sahaja RM1,500 sebulan

nissan seribu, kembara 500

semua tu saya tak cerita dengan mak saya

semua saya hadapi sendiri

tahun depan insyaallah habis kembara

sila fokus cerita saya pasal duit tabung haji mak saya

pada mak saya saya bagi duit tu bukan percuma

dia gunakan sistem barter

katanya tanah sawah dia bagi pada saya

tapi sampai sekarang berbuih dah mulut dia suh saya tukar nama saya masih tak sedap ati nak tukar nama

sebab saya takde niat sangat pun nak tanah tu

sebab abang saya ada bersuara kenapa saya buat rumah saya sekarang atas tanah tu, patut bahagian tu untuk salmi, salmah dan dia (yazid)

masalahnya mak saya yang nak buat situ saya usaha penuhi kehendak mak saya

baru2 ni ada peristiwa mak saya marah dengan saya, weekend lepas sebenarnya

saya tak tau nak kategorikan kecik ati ataupun memang marah sangat

saya rasa marah sangat

hishhh saya dah menitis air mata ni....tskkkkk...sobsss

aduhhhh....

macam tak boleh nak teruskan cerita

sampai tahap saya nak balik mak saya duduk dalam bilik air tak nak keluar

so saya tak dapat bersalam dengan dia

hani pun tak dapat salam

hani panggil2 bagitau nak balik pun dia tak keluar

sedihnya saya

sepanjang jalan balik ke kajang saya menangis

tak berhenti2

bengkak2 mata saya

apa yang saya rasa pada ketika ini

takde satu ahli keluarga saya pun yang sebenarnya ambil tau pasal saya

suami saya kata saya terlalu manjakan keluarga

sejak berbelas tahun dulu saa tak pernah miss bagi mak saya duit

saya penyumbang utama perbelanjaan mak abah saya

sejak beberapa tahun dulu dari zaman abah hidup memang saya  dah tolakkan  duit tabung haji untuk mak

tapi tak pernah cukup2

sebab selain mak saya keluarkan untuk dia belanja

kadang kakak saya pinjam

anak buah nak masuk sekolah pinjam

setiap kali balik ada jer pengeluaran duit tabung haji mak saya

sampai satu tahap saya cadangkan pada mak saya bar saya pegang buku mak saya tu

sampailah pada pertengahan tahun ni dah mencecah hampir RM14k

kira dah cukuplah, bolehlah buat mak saya berbelanja

nanti saya tambah2 lah lagi kalau katalah nama dia naik tahun depan

so saya bagilah balik buku tu kat mak saya

lepas tu mak saya sebut kata dia nak pergi umrah

takut tak sempat nak pergi haji

oklah saya bincang dengan suami kita pergi berempat

saya taknak terhutang budi dengan suami

saya main kutu kat pejabat

main dua nama, dapat Jun dan Julai 2012

satu nama saya dapat RM4,900, so dua nama dapatlah RM9,800

memang cukup2 untuk kos saya dan Hani

saya plan macam tulah

mak saya pula saya kata kat dia, mak ambiklah dulu duit tabung haji tu untuk buat umrah

nanti ada rezeki saya tambahkan duit simpanan tu

Ya allah sedihnya bila saya tulis ni.....jap sapu air mata ni...

so saya bagi buku tabung haji kat dia

saya kata kalau sempat mak buatlah passport

tapi dalam hati saya hani  cuti hujung tahun 10 hari ni saya nak bawak mak saya dan hani buat kat presint diplomatik tu

so habis cerita buku tabung haji tu

sebenarnya untuk mak saya setiap kali balik selalunya saya bagi dia RM400

kalau bulan tu dua kali balik saya bagi dua kali tapi kali kedua tu saya bagi macam RM200 ker

mak saya selalu makan kat rumah kakak saya

elektrik dia selalu tak perlu bayar sebab bawah RM20

hanya astro RM40

dan saya jangkakan anak lain pasti bagi dia duit, kakak saya Salmah dan Salmi dua2 kerja

Yazid buka cyber cafe tentu bagi juga

tapi saya tau sebenarnya diorang tak bagi sangat pun

semua perkakasan dalam rumah saya (rumah mak saya lah kan) adaah disediakan oleh saya

dari mula buat sampai sekarang ini takde satu anak lain pun campur tangan

saya percaya diorang setkan dalam kepala tu rumah saya

walhal apa sahaja keperluan dalam rumah tu kan untuk mak saya guna?

saya tak kisah lah sangat lagi boleh lagi tu saya bantu

dan saya pulak tak pernah tunjukkan saya tak mampu

banyak step saya buat sikit demi sikit nak bagi mak saya selesa duduk rumah tu

mula2 saya hangkut tv aza bagi dulu

sekali ada rosak, kena on sentiasa kalau of bila on ambik masa

so mak saya tak suka dia tak bukak langsung

saya belikan TV second hand tv LCD lagi

saya masukkan astro sebab dia suka rancangan agama

pastu takde petia ais

saya angkut peti ais aza bagi

saya angkat berdua dengan hani jer

punya gagah saya, bawak dengan kembara

balik tengah malam, bawak slow jer

takut kembara mampus enjin tengah malam

sampai kampung saya letak atas alas kaki saya tarik petis ais tu dengan alas kaki sampai dapur

kemudian saya kesian tangok mak saya tdo atas toto

fikir punya fikir saya bawak pindah semua perabot rumah saya sendiri ke kg

saya bagi mak saya bedroom set kawin saya

macam bilik pengantin bilik mak saya saya hias

masa tu saya kemas 4 rumah

saya basuh 4 rumah

rumah saya di ampangan, sebab penyewa nak amsuk, barang bawak rumah kampung

rumah bangi sebab saya nak keluar, barang rumah bangi bawak rumah senawang

rumah senawang kemas barang masuk dari rumah bangi

rumah kampung

bayangkan saya seorang diri kemas dan basuh 4 rumah

bawak pindak barang berapa trip tu

saya ikut dengan lori, siap bantu kemas lagi

siap semua ni saya demam beberapa hari

sebab terlebih penggunaan tenaga agaknya

saya pun masih kagum dengan kekuatan saya tak tau datang dari mana

semua saya urus dan buat seorang diri

mak saya sikit pun tak bantu tak tanya dan tak respond apa pun

masa saya bawak pindah barang masuk rumah kampung mak saya berjalan rumah cucu di KL

*******

sebenarnya panjang citer saya, klimaks nya sangat mengecewakan saya....

saya tak sanggup citer lagi....saya sedih sangat.....

saya tak sangka lepas apa saya korbankan mak saya tetap bersangka buruk dengan saya

sampai tahap saya rasa macam mak saya dah buang saya

memang saya akui kalau orang lain ada perasaan rindu pada mak

pada saya, saya takde rindu pada mak saya....dari dulu lagi

berbeza dengan abah saya (memang saya rindu dan rasa kehilangan dia)

bukan saya tak sayang dia....tapi saya tak tau apa kategori perasaan saya

cuma saya balik kampung dan buat semua ni atas rasa tanggungjawab

dan menjadi rutin saya dari dulu

tambah2 adik beradik lain takde yang mampu buat agaknya

ataupun mereka terlalu selesa dengan apa saya korbankan selama ni...

tambah2 saya tak pernah berkongsi masalah saya, semua saya telan sendiri, saya selesaikan sendiri

mereka pun tak pernah bertanya dan tak pernah teringin datang ziarah saya...

takde satu kehidupan saya yang mereka ambik tau

sampai saya kawin, cerai dan kaein lagi pun takde sorang pun sedar dan tau...

agaknya kalau saya mati pun takde sapa yang ambik tau...

sedihnya ya Allah

syukur allah hantar suami saya ..at least ada org tau kalau saya mati keras....

nani saya sambung faktor mak saya marah sangat dengan saya....
Wassalam

Saturday, November 3, 2012

Ke JB lagi

Assalamualaikum w.b.t


Saya ke JB

Naik ekspress petang semalam

Pagi ni dah bermalas-malasan di bilik

Tapi being me saya memang tak reti tido lepas solat subuh

Ni menonton tv sambil membrowse news baru
  
Saya rasa suami saya tak baca blog saya, tak sempat kot

Yerlah kalau kerja di jb ni jam 6  pagi dia dah gerak ke pasir gudang

Jam 6 petang baru abis waktu kerja

Balik tu dia cari makan

Then dah maghrib and isyak, terus tido...penat

Malam kadang saya berviber sorang....mula2 reply pastu senyap jer....

Sentap.....tapi sebab fikir dia penat maka diam2 sudahler

Kerja 12 jam sehari non stop untuk 14 hari.....penat lah kan...

Cari rezeki gitulah....

Eh hari tu saya kemaskan doc dia masuk file holder

Then bila nampak slip gaji, kami bincang pasal tolakan tax

Kesian orang gaji banyak ni... Baik gaji or bonus

Tolak tax sebulan jer antara 5-7k

Setahun puluh2 ribu kena cukai

Tapi kemudahan dia dapat sama jer dengan saya yang tolak cukai 200-300 sebulan

Takde apa keistimewaan pun walaupun bayar cukai banyak...suami saya complaintt

Saya pun baru terfikir.....heheee

Tapi kalau orang kaya2 bisnes tu mmg bayar cukai banyak tp masuk pun banyak

Sebab dapat projek dari government

Tapi yg kerja kuli bukan owner (mcm suami) di sektor swasta ni malang sketlah....gaji tetap

Maka menyumbang











 Wassalam

Friday, November 2, 2012

Sepatutnya tiada alasan

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk yang sangat terus terang

Saya sebenarnya berfikir-fikir untuk memulakan tulisan di blog baru

Dah lama ada blog baru, jiji yang buatkan

kenapa saya nak menulis di blog baru?

Sebab dah tak berapa nak transparent menulis di sini

Terasa mal nak menulis

bukan malu dengan puan-puan

sebaliknya malu dengan cik abang aka cik suami

beberapa kali en suami ada membuat permintaan   untuk baca blog saya

akhirnya saya beri juga

Lepas dah beri username dan password saya tu tak tahulah cik suami buka atau tidak blog ni

apapun, dia buka atau tidak bukan menjadi isu pada saya

yang menjadi isu saya merasa saya sudah tak mampu meluah lagi di sini sepertimana sebelumnya

Untuk abang,

kalau abang baca, sila maklum pada wa

kalau abang diam tak maklum kan wa, nanti wa tau kemudian piat telinga abang eh...

balik pada tajuk,

sebenarnya apapun yang saya nak buat sekarang, saya wajib buat

sebab saya dah takde alasan lagi untuk tak buat

tulisan ni tercetus lepas baca blog ummi

terkesan pulak bila dengar dia dah hantar poposal untuk buat Phd

sedangkan saya peluangnya sangat terbuka

hendak dan tidak sahaja

buat masa ni bolehlah saya mencari alasan

yang saya buat2 sendiri

alasannya apa? nak tau?

alasan yang agak bodoh jer

saya nak belajar benda lain

saya nak ikuti kelas menjahit

saya nak ikuti kelas memasak

saya nak ikuti kelas berbahasa

saya nak spend my own sweet time

ahh....ada2 jer alasan

sebenarnya bila memikiran nak buat Phd saya kebuntuan

projek kajian apa saya nak buat

ada beberapa perkara bermain dalam kepala tapi pada akhirnya kebuntuan bila memikirkan kesusahan nak siapkan kajian berkenaan

Sebab kajian berkaitan rasuah ni ta banyak lagi dalam negara

banyak negara luar yang buat

berbanding kajian dalam pendidikan, pengurusan dll

rasuah adalah sedikit unik....

setiap negara punya definisi rasuah yang berbeza mengikut peruntukan undang2 masing2

saya trdidik sebagai orang media dan kerja sebagai penguatkuasa media

terfikir untuk buat kajian berkaitan dua perkara ini rasuah+media

tesis haruis bermula dengan permasalahan kajian

ah....banyak pulak persoalannya

balik kepada tajuk sekali lagi.....

saya juga tidak punya alasan lagi untuk tidak memasak

memandangkan suami baru ini sangat memberi semangat untuk saya memasak

maka saya kena mulakan memasak

TAKDE ALASAN DAH

rasanya kalau saya tak bertindak sekarang, memang dia akan bosan dengan saya

mana taknya, apa benda sahaja peralatan dapur yang dia rasa relevan dia belikan saya

saya taknak nanti bila mood saya memasak dah mari, dia pulak dah letih menunggu saya bertindak

maka dia taknak belikan satu benda pun berkaitan peralatan memasak

saya dah beli semua bahan2 untuk buat roti

tunggu nak masak jer

tapi berat pula rasa hati nak buat dalam keadaan duduk sorang2 di rumah

kalau ada salah sorang, samaada hani atau abi nya semangat sikit ni

eh? ...alasan lagi?

Untuk aktviti menjahit, mood memang tengah bergelodak sekarang

masalahnya mak saya pulak nak semula mesin jahit dia

terbantut

walhal kain ela punya dah banyak saya kumpul

beli murah2 jer balance kain di nagoya

beli yg jenis tak cukup 2 meter tu

tapi takat buat skirt dan blouse mmg boleh sangat

so misi saya nak beli mesin jahit sendiri

kalau boleh yang ada jaht tepi sekali

tapi sayang cik suami belum beri restu

dah survey dah secara online

banyak jer jual yang brand singer, janome dan apple yang jenis bayar ansuran

kalau cash pun boleh bayar 3 kali gitu

tapi tulah cik suami ada lah alasannya sebab belum beri kebenaran tu

dia takut saya hangat2 tahi ayam agaknya

buku jahitan jer dah 13 buah saya beli sejak dulu2 lagi

sekarang baru ada peluang nak praktis

eh merepek jer entry ni...caca merba







Wassalam

Wednesday, October 24, 2012

Untuk tatapan saya, Hani

Assalamualaikum w.b.t


Ni adalah gambar Hani, semua gambar adalah selepas pernikahan saya, sebab gambar2 ni saya baru jer transfer dari hp galaxy hadiah suami sebelum kahwin hari tu....jadi maknanya gambar ini dari Ogos-Oktober

Dah besar dah anak saya ni, dh tak larat nak dukung dia lagi...berat...fikiran pun dah matang....bercakap dengan hani sekarang banyak cerita2 sahabat Nabi dan kisah kawan2 madrasah jer

Hubungan dia dengan suami pun sangat bagus dan sentiasa bertambah baik, setiap kali jumpa dia akan salam abi dan abi akan cium ubun2 dia dan hani pun alhamdulillah dapat merasa juga kasih sayang seorang ayah

Dia tak pernah menyebut pasal ayahnya, malah akan kata "kakak tak rasa apa2 pun ayah takde, tak rindu langsung..." rasa macam ayah tak wujud pun..."

Jenuh juga saya pujuk dan kata macamana pun darahnya yang mengalir tetap darah ayahnya juga...mungkin dia terlalu kecil nak memahami perlunya dia mencari ayahnya...tapi takperlah pelan-pelan

Sekarang ni kakak hani, Iza belajar di UKM so saya selalu jumpa dan kadang2 Iza datang tido kat rumah saya di kajang ni....kadang saya ke UKM lepak bilik dia atau ajak dia makan

Oh yer, saya patut konvo sessi baru ni, tapi saya tak pergi...huhuuu so takdelah gambar saya berjubah bagai...saya sebenarnya lambat habis tesis memandangkan group kami tu first batch so ada masalah teknikal jadi kami tak dapat siapkan tesis sehingga masa kami dah masuk kerja masih pulun buat tesis

Yang lain ada kelonggaran sikit untuk siapkan berbeza dengan saya sebab saya terus ditempatkan di pejabat Ketua Pesuruhjaya, di unit yang baru ditubuhkan unit komunikasi korporat. dapat pulak bila tubuh tu isu banyak sungguh nak ditangani dengan kematian teoh beng hock, ahmad sarbini kastam dan seribu satu macam lagi...

lama saya senyap tak pegang tesis, akhirnya dapat siap juga tapi konvo saya kena masuk batch kedua yang mana konvo mereka minggu baru lepas ni....saya pulak memang dari awal tak cadang nak pergi so takdelag pergi, tapi bila suami provok kata rugilah apalah...adalah jugak rasa terkilan takde kenangan berjubah...

Tapi suami ada suruh saya ambil PhD, tunggulah kalau ada HLP (hadiah latihan persekutuan). Saya serik buat tesis sambil bekerja, memang tesis ni takkan bole buat selagi mana saya masih bekerja di unit komunikasi korporat ni....sibuk bangat....


okaylah...merapu jer....sajer letak gambar hani untuk kenangan masa depan nanti...dari bulan mei hingga oktober, hani dah hafal 7 juz dan 5 mukasurat....maksudnya hampir 6 bulan baru dapat 7 juz...

ikutkan kiraan tu mau 2 tahun baru khatam tu...tapi rasanya hani akan pantas lagi sebab sekarang katanya dia dah mampu hafal sehari dua mukasurat. sebelum ni ustazah bagi satu mukasurat jer, dia komplen dengan saya katanya ustzah suh hafal satu page sedangkan ada satu kakak tu ustazah beri haal dua age

maybe masa tu ustazah tak tau kemampuan hani, now baru ustazah yakin agaknya....kata hani ada dua pelajar jer yg ustazah bagi hafal dua page...semalam siap hani cakap....bila dia ingat2kan masa baru masuk tu dia hafal setengah page dia rasa kelakar sebab macam terlampau sikit...

aduh saya yang dengar ni rasa tercabar....nak hafal juz amma yg panjang pun merangkak hani selamba jer hafal surah panjang dua page sehari.....tu lah untungnya kecil2 dah mula menghafal...otaknya bersih, senang jer menghafal

 ni di sebuah hotel....masa kami bertiga berjalan-jalan

 gambar masa hantar suami ke Mekah, bulan puasa, rasanya hari ke 24 puasa

 Ni last week masa ziarah hani, saja setiap minggu ziarah saya akan ambil gambar dia untuk tatapan sampai minggu berikutnya terutama bila rindu membara


ni  minggu sebelum minggu lepas...ambil semalam bawa tidur dan beli barang keperluan makanan

 kadang-kadang jalan saya pakaikan pakaian macam kanak2 biasa, tapi serius hani tak selesa pakai macamni, malu katanya....

Ni rumah saya di kampung, sekarang solat inisiatif sendiri, tadi saya tertido, bila bangun jam 3 saya nak solat ajak dia solat zohor rupanya dia dah solat dah pun...

eh saya tak pernah citer lagi secara khusus pasal rumah saya di kampung  kan? bulan lepas baru saya pasang grill untuk semua pintu da tingkap, memang bajet tak ada tu sebab saya tangguhkan dulu, tapi dah en suami dan sponsor kurang nyiru stadium saya tadahkan....



kadang bagi kerjasama bila saya nak snap picture, gambar ni saya send pada abi dia di mekah sebab abi nya kata rindu nak tatap wajah hani yang redup dan tenang...


Ni saat tak baper nak bergambar, takat bagi peace jer...



Last 2 weeks bergambar di RnR Ayer keroh kot otw balik dari Melaka nak hantar ke madrasah

Ni kat madrasah Hani.....


Suka saya nak nyatakan saya tak bermasalah langsung dengan anak macam hani...ni lah yang dikatakan sejuk perut ibu mengandung agaknya...kalau anak macam ni, dapat 5 lagi pun berbaloi lah...lagi2 kalau dapat anak lelaki....

tanya nak beli apa, tak pernah minta nak beli apa2...sesekali jer ada permintaan....saya ni ada BB, samsung galaxy note, samsung tab, ipad, laptop yang ada internet yg takde sapa mengadap pun, just suami guna untuk ber fb dan bayar bil online dan hani juga ada hp nokia, baru belikan sony ericson...tapi satu pun dia tak pegang....internet bukan lagi tarkan pada dia...syukur sangat2....

syukur ya allah...memiliki anak yang baik....suruh apa pun cepat jer buat...tak melawan...moga Allah berikan dia jodoh yang baik, seorang hafidz dan anak saya yang sorang ni mampu mendoakan saya di sana nanti...

saya sikit pun tak terkilan bila ada orang cerita dengan gah anaknya pandai, anaknya lawa, cantik, bergaya, berani, pandai bersosial....malah saya bincangkan hal ini secara serius dengan hani, dan tanya dari semasa ke semasa hala tuju hidup dia dan saya benarkan dia berfikir seluas2nya untuk dia buat pilihan selepas hafidzah ni kemana hala tuju dia....

Setakat ni, dia pilih untuk ambil alimah, malah sudah aim untuk ke Jordon sambung belajar di sana...jauh fikirnya...



Wassalam

Monday, October 22, 2012

dunia baru-agak stress

Assalamualaikum w.b.t

Lama saya menyepi. Standardlah salwa muharam ni, kalau happy dia diam jer, simpan sorang2.

Dah ada problem atau ada sesuatu nak luah barulah dia bersuara.

Okay, perkembangan hidup saya sekarang ni, ok sangat2, teratur dan lebih berdisiplin.

Tapi serius, saya sikit tertekan. Tapi ni saya citer man-man eh...

Okay hal kerja sekarang saya dah turn 180 darjah lah lebih kurang

Tak macam dulu, jauh sangat dah bezanya

Saya takde langsung main-main, very serius when talk about work

Fyi, lepas kawin bulan ogos hari tu, serentak dengan tu saya membuat perubahan

Kebetulan saya telah disahkan juga gred 48, maksudnya tanggungjawab lebih besar

Dan kebetulan kawin dengan manager yg sangat berpengalaman manage orang

Dengan saya2 dia manage
Bolehlah saya katakan yang suami saya sedang berusaha ubah saya 360 darjah

Itu yang stress

Saya tak dapat menjadi diri saya sendiri lagi pada sebahagian besar hidup saya

Semuanya kena follow his mould

Mujurlah juga suami sejak dua bulan ni bekerja secara on off

2 minggu kerja di johor bahru dan dua minggu cuti (off) balik sini

Selang seli rumah saya dan di selayang. (madu)

Maka takdelah stress sangat

Satu yang buat saya stress, semasa dia ada, saya kena follow jadual dia

Ikut kemana dia nak pergi dan makan kat mana dia nak

Selalunya dia buka ruang untuk saya buat pilihan

Tapi sebelum idea saya ditolak (ada beberapa sebab lain pulak) baik saya follow idea dia jer

Saya tak mahu kemukakan idea saya sebab saya tau citarasa makan dia macamana

Suami saya sangat jaga pemakanan, berlemak, colestrol takbersih semua tak nak

Fastfood jauh sekali

Restoran sama jer yang dia pergi

tapi kadangkala apa saya nak tu dia lunaskan jugaklah

sebab prinsip dia bab makan, macamana susah pun tetap dia akan tunaikan

tapi yang paling dia concern adalah cara saya memguruskan hidup

pada pandangan dia lah hidup saya sangat tak terurus

terutama bab kerja

dia anggap saya buarkan diri saya seolah-olah lebih rendah dari level gred saya sekarang

perkara i dia dapat kesan base on masalah2 kerja timbul sehari2an

timbul perkara ni secara tak langsung

macam waktu kat rumah boss call atau masa di pejabat dia viber/ym saya makumkan saya sedang buat itu ini

so dari situ dia dapat simpulkan corak kerja saya

dari situ dia analisa dan dia buat kesimpulan

dan dia suarakan padangan, kritikan dan saranan dia pada saya

bukan sahaja pandangan, siap dia belikan buku

dan juga beri saya buku2 pengurusan, how to be a good leader

tu boleh tahan lagi...

ni pasal time management pulak

sebagai manager, dia akan merancang sesuatu dengan sangat detail

dan dia akan follow plan yang dibuat

katalah nak gerak ke sesuatu tempat tu lepas subuh

jangan harap lepas subuh tu boleh buat satu pun perkara lain

Lepas subuh tu adalah sebaik sahaja selesai salam dan doa maka akan terus gerak/keluar rumah

dan dia akan pandang jam sambil berdiri di muka pintu bilik memerhati jam sambil kerling kepada saya

"Time management...time management"....diulang2 sambil bercekak pinggang

stress wooo....takdelah chance nak iron baju ker nak gi dapur ker...or buat kerja lain ker

kalau kata jam 9, memang jam 9 sharp keluar rumah

dan dia menghitung berapa kali saya kelewatan....akan update dalam kereta

"ok, dah 3 kali wa failed dalam time management"

aduh stressed......amat2

sekarang lagi maju ke hadapan....

saya diarahkan ke pejabat sejurus selepas subuh...

atas alasan

1. jalan tak jam
2. sampai pejabat boleh baca email dan plan apa nak buat seharian tu
3. Boleh update semua isu semasa yang masuk paper/online dari malam tu sebab kerja saya base on knowledge
4. kalau xnak buat semua di atas, boleh workout buat exercise di gym...sebab badan saya tak fit katanya

pagi tadi, saya kata, takperlah abang pergi dulu

saya turun lewat....rupanya dia tak pergi...

dia tunggu saya sambil panaskan enjin estima, saya sampai terus interrogate saya

1. "mana cermin mata wa?"
2. kenapa lambat
3. sekarang naik atas ambik spec

Baru ni saya sakit kepala (memang selalu sakit kepala) teruk, dia bawa saya ke klinik buat blood screen test, everything ok, so bawak pulak ke klinik pakar annur, nak suh buat pap smear dan nak scan....pun semua okay....

saya kelewatan period yang amat terlewat, last period pada 3 sept sampai hari ni 23 nov masih tak period. dah dua kali buat test, negatif dan dah scan sebab saya mengalami bleeding lepas bersama dan juga sakit bila bersama....tapi everything (serviks) okay...hanya ada cyst 2.3 mm ker cm...yg mana pakar kata tu ok takde masalah....

so kesimpulan doktor suh saya pakai spec...memang saya pakai spec tapi awal tahun ni hilang...lagi boleh nampak saya bia kan jer...

so dia pun apa lagi terus bawak kedai spec paksa buat spec, dia pilih dan dia bayar RM480....dah uat dia paksa pakai setiap kali...tanpa gagal....kadang saya rimas dan lemas...maka siaplah dia bebel...soooo rimas

tu tak masuk bab2 lain....supplement toksah cakaplah....last month dia belikan pulak ubat kurus....macam herba kat klinik sebelum makan, telan sebiji zecnotil tu..dia dah tanya doctor so doc kata takde side effect so dia belikan saya....

then beli minyak rambut....suh pakai sebab katanya rambut saya asyik gugur jer....beli krim mustajab suh sapu kat perut suh kempiskan perut

Ya allah ,,,,, kalau setakat beli pastu pandai2ah kita pakai tu rasa okaylah jugak...tapi dia jenis monitor samaada pakai atau tak, makan atau tak.....mesti dia tak lupa tanya

dah tu dia ni jenis macam ada firasat....apa yang kita tak buat tulah yang dia tanya mcam tau2 jer kita ada sembunyi/rahsiakan sesuatu dari dia

hari2 dia akan ambik tekanan BP saya, bila dia perhati BP saya sentiasa 90 lebih...maka sekarang saya dpaksa makan buah tunjuk langit...yang maha pahit...

juga minum monavie....tak cukup tu belikan teh orang kampung......ni pun sebab nak kempiskan perut gak...

amacam? stress tak jadik saya....?????

serius cakap, kalau dalam keter tu seanjang2 jalan tu kalau orang dengar memang tak macam suami isteri dah

dah macam client dengan consultant, doc dengan pesakit, cikgu dengan anak murid

beri motivasi, bagi konsultasi, kaunseling...motivator, malah jadi provocator

saya memang jadik bahan dia jerlah...kena condemn, kena marah, kena cabar...macam2

sampai saya tanya dia, kenapa abang nak wa jadik macam tu macam ni....

kenapa semua urusan wa abang nak campur...

tau dia jawab apa?

dia kata, takde gunanya dia jadik suami saya

kalau dia failed bentuk saya

dia failed dalam mengubah saya

tanggungjawab dia untuk didik saya

sebab peringkat saya katanya mudah dilentur

tapi dia akui yang saya memang jenis degil, ketegak

apa dia cakap lagi boleh saya lawan

ada jer alasan saya...

tuah sekali fikir rasa bersyukur

dia datang berbentuk pakej

semua hal dia mahir

terutama soal kerja.....

cuma saya berdoa dia jangan bosan dengan saya

maka saya kena ikut rentak dia

dia suka bini suka memasak

dalam diam dia belikan macam2 buku

buku resepi, buku motivasi

Moga saya berjaya...ameeen

ah letih menaip dan berfikir....



 Wassalam

Thursday, September 27, 2012

Xde mood

Assalamualaikum w.b.t


Saya hilang keghairahan nak bercerita disini

Nanti selesai semua saya hadap semula blog ni.

Maybe rehat seminggu dua

Nanti fikus semula disini...

Wassalam

Wednesday, September 19, 2012

entahlah

Assalamualaikum w.b.t


Saya tertekan

Dan saya rasa saya tak bersemangat nak datang kerja

Yg mana perasaan tu xde sebelum ni

Puncanya 3 bulan lepas

ada sedikit misscommunication

dan akibatnya ada yang terguris

dan saya pulak jenis orang yang kalau dah terguris saya tak boleh pulihkan

entahlah...

nak kena solat dan doa banyak2...

entahlah...(sekali lagi)


 Wassalam

Tuesday, September 18, 2012

3 hari di Grand Blue Wave




Mulakan dengan perkongsian gambar penginapan suami di JB. Bukan saya ambik, suami ambik ni, tapi gambar lama, gambar ni memang suami send kat viber hp saya sebab setiap kali dia ke JB memang hotel ni jerlah dia duduk. Grand Blue Wave Hotel. Kali ni dijangka duduk untuk tempoh dua tahun.....company dah bayar utk dua tahun katanya...


bilik air pun nak tunjuk gambar ek...ah lantak...tersusun, bila saya datang macam2 khazanah barang saya dengan alat solek pencuci muka dll di sini...
 dapur elektrik, pandang jerlah sebab saya suruh suami sewa pinggan mangkuk dan peralatan dengan kadar RM20 dia tak nak sewa...murah apa....sepanjang duduk bayar RM20...siap kuali lagi...

 so masak pakai microwave jerlah...ntah apa2...masak maggie jer pun...

 depan...sofa dengah dua kerusi...elok untuk saya menjalankan aktiviti menjahit manik dar pagi ke tengahari sambil tengok TV...petang masuk bilik pulak buat dr atas katil...hati manyak sinang woo...yerlah nak masak xde pekakas...duduk jerlah

 Katil xbaper nak besar....i love my own bed yg sekarang saya letak kat rumah kampung....yg size super king tu...ada dlm entry kat bawah gambar hani tu....

 Meja makan dekat kaunter dapur...

 ke bilik...

Bath tub...masa dia send gambar ni konon saya kata wah leh ler duk sama2 dalam tub ni...wakakakaaa...tapi bukan sempat pun bila sampai sini...jam 5 am suami dah bangun bersiap nak ke site...azan dia dah siap atas sejadah...usai solat terus blah...balik lak dah nak maghrib...pastu siap maghrib terus keluar, balik solat isyak then dia tido...yerlah kerja 12 jam mana badan tak penat...pakai otak plak tu...so saya tak nak kacau...buat jer hal sendiri....apa lagi...dia tido saya jahit manik lagi...


Tv satu lagi untuk hall,


Sebenarnya saya hanya sampai kajang pada jam 1 pagi tadi dari JB

Lelap sungguh saya tido masa dalam bas

Sebab seat tu single seat so selesa sikit xyah nak risau menganggu orang sebelah

Sedar2 berapa kali masih adaatas lebuhraya

Tapi adalah kot sekali dua tersedar

Pastu saya sedar bas berhenti...lampu nyala

Tengok luar tingkap macam familiar

Eh dah sampai Putrajaya Sentral rupanya

Ya allah kalau Lewat seminit dua saya sedar harus dia bawa saya kePuduraya agaknya

Mamai2 saya bangun turun

Terus pergi kat parking berbumbung

RM28 kos parking dari Jumaat petang

Masih okay banding saya ambil teksi ke Kajang, paling murah RM30

Tu kalau saya tawar pemandu teksi tu terima, kalau tak RM40

Setelah mengira faktor keselamatan kereta dan diri maka saya pun parked keter situ jer

Baru kejap ni suami baru bangun tido dan dia mesej katanya sunyi pulak bangun tido saya takde sebelah

Yerlah dah 3 hari saya di sana (walaupun bendera merah) tapi at least ada peneman dia

Dua hari saya berkurung jer dalam bilik hotel tunggu suami balik sambil menjahit manik pada lengan baju

Hai kedua saya merayau ke JB CityCentre

Takdelah boring sangat duduk hotel tu

Sebab biliknya agak luas jugak...bilik supreme kot....

lebih kurang apartment saya ni jugak suasananya

Ada dapur dan ada ruang depan, ada dua tv

Mengadap selat tebrau

Tapi sayang hani takde...pagi petang saya perhati kanak2 dan orang dewasa swimming

Suami keluar kerja jam 6 pagi, balik dah dekat 7 malam

Lepas maghrib kami keluar makan

Siang saya masak maggie jer sarapan saya makan makanan yg saya bungkus masa keluar malam sebelumnya

Saya ni kan bukan  kisah sangat pasal makan

Asalkan ada makanan dah memadai dah

Ipad pun ada....internet access kat bilik pun ada free

So selain membaca, menjahit, tengok tv, saya dapatlah basuh baju kerja suami

Malam2 spend masa jalan2

Dan akhirnya saya temui kelemahan encik suami yang agak ketara

Dia tersangatlah tak reti jalan

Dah lah tak reti pastu takut nak cuba jalan baru

Walhal company bagi kereta malam2 jalanlah kan?

Tapi dia tak...keter tu betul2 guna pergi dan balik kerja jer....

Dia kan...Walaupun dia dah jalan tapi tetap terlupa juga jalan yg dah lalu semalamnya

Kesiannya.....mula2 lah

Pastu geram pulak...hahahaha

Saya ni pulak jenis adventurous

Tak kisahlah tak tau...kita cuba jerlah redah

At least pastu kita belajar..lesson learn

Oh dia pulak nak everything in order...

Nak jalan takdenya jenis main redah mesti dah buat plan

Mesti teratur.....rancang supaya takde risiko

Oh...tension makcik....

Masa dia driving tu kalau tak tau jalan siap muka stress....tension woooo (saya)

Sampai saya cakap kat dia...relaxlah abang...

Wa banyak kali datang JB sensorang jer...

Naik bas pernah, naik flight pun pernah, drive sendiri pun pernah

Cuba jerlah...bukan besar mana JB ni...

Heheheheee.....sah lah cik abang ni jenis yg well planned punya orang

Tak suka main terjah....taknak ambil risiko kalau dah tau bakal ada risiko (buang masa)

Nak ke mana mesti dah rancang betul2

Saya pulak sibuk nak makan macam2,

Nak kacang pool, nak roti yg masak secara tradusional tu di jalan dhoby

Nak makan mee rebus, su gear box...

Yg susahnya saya lah....guna GPS, guna google maps kat ipad

Pastu kejap2 (hampir setiap minit) kena bagitau dia arah jalan

Kena fokus betul2sebab dia takkan baca sognboard, takkan toleh kiri kanan

Betul2 bergantung pada arahan saya...waduh2

Memang saya dalam tension tu balik tu memang gelakkan dia jer....

Dan dia memang akui yang dia lemah bab2 jalan ni

Kemana pun dia pergi....(dulu selalu ke luar negara) dia akan biasalan diri jalan yang perlu dan yg dia tau jer

Saya pulak....ke indon, china, hong kong...saya tak kisah

Saya redah jer sorangpu ... baik jalan kaki mahupun naik MTR....

Jadi...kam berbeza...dan itulah yang melengkapi kami...

Sekian....



 Wassalam

Monday, September 17, 2012

Saturday, September 15, 2012

Hidup berumahtangga

Assalamualaikum w.b.t

Kesimpulan yang saya mampu katakan

Adalah analoginya seumpama

Mereka yang capek diberikan tongkat

Yang lapar diberi makanan

Yang bisu diberi suara

Yang haus diberi minum

Yang bujang diberi pasangan

Begitulah rasanya lehidupan saya sekarang

Serba lengkap macam terasa takde kekurangan dah

Apa sahaja yang kurang sebelum ini semuanya telah ditampung

Disempurnakan seorang lelaki bernama suami

Sangat bahagia dan sangat lengkap hidup saya terasa

Datangnya umpama membawa seribu cahaya

Menerangi hidup saya

Walaupun saya sedar hakikatnya dua2 kami berbeza

Amat berbeza sekali gaya saya dan suami

Ada ajer yang saya buat tidak kena dimatanya

Begitu juga dia, ada sahaja perbuatan dia pada saya ta kena

Bukanta kena pada dia hakikatnya

Tapi saya letakkan diri saya yang belum mencapai tahap sempurna

macam saya beritau dia tersangat rajin

Tersangat kuat semangat dan motivasinya dalam membuat sesuatau sentiasa pada tahap maksimum

Dia jauh sangat beza dengan saya

Dia takkan bertangguh barang sesaat pun

Otaknya ligat sahaja berjalan

Andai ada sesuatu yang dia kata akan buat

Tidak akan bertangguh sedikitpun

Janji dikota

Andai dia dia berjanji pada saya, saat dijanjikan itu tepat dia tunaikan..

Kagum saya

Beberapa kali dia bertanya saya apa kelemahan dia

Dan saya terpaksa mengambil masa lama memikirkannya

Sukar mencari kelemahannya pasa masa ini

Mungkin masa akan buat saya mengenalinya lebih lagi di masa depan

Yerlah benda baru dapat....hati sedang melonjak girang agaknya

Syukurlah....itu sahaja saya dapat luahkan...

Moga alla memberi jalan hidup yang baik buat suami dan saya serta hani

Hingga sampai syurga

Amiiin...

Eh tetiba macam syahdu jer pulak

P/s: entry lama sambung dua tiga baris.....terus post, dan saya di hotel grand blue wave..keboringan tanpa en suami....menunggu dia balik...kalau ada hani bestnya jalan2 berdua..bila sorang segalanya takde mood...


 Wassalam