Wednesday, November 30, 2011

bodoh punya jantan

Assalamualaikum w.b.t


Saya masih sibuk dgn urusan kerja

Entahlah sapa yg tak sibukkan?

Tapi rasanya sibuk saya ni lain macam sket.

1 dis ni indeks persepsi rasuah akan diumumkan

Dan indeks nya jatuh 0.01 dr score 4.4 jd 4.3

Tu yg kecoh boss no 1

Kecoh boss no 1 di transfer pd boss2 lain

Yg akhirnya memberi tekanan tu pd saya

Last friday saya ke tekam jerantut

Balik hari ahad

3 hari merangka strategi

Merangka KPI dan dasar utk jabatan next year

Pening, kelabu, blur, confuse

Xtau dah nak kata apa sebab ken aperah otak

Brainstrorming apa hala tuju apa output apa incomee

Apa impact!

Juga apa quick win and apa big win yg nak dicapai

Rasanya dah letih dah sprm buat macam2

Nak statistik tgkapa?

2006 tgkap 500

2010 tambah jd 944

This year dah cecah 900 jg

Nak suruh tgkap high profile case

Kata dulu suh charge khir toyo

Dah charge pun!

Nak iklan? Segala macam iklan, drama TV, advertorial kita beli juta2

Berita Sprm satu hari dalam paper dan online jer more than seratus

Tapi berita negatif tetap ada

Kalau ikut ranking CPI ngara yg kuat pembangkang mmg susah nak score

Kalau kjaan pemerintah dominan hah yg ngra tu score bagus

Spore and hong kong jer contohnya!

Okay citer lain plk

Saya xsangka sy jumpa lelaki paling 'teruk'

Sorry sy gunakan ptaan tu

Kelemahan saya sebenarnya

Tapi saya anggap sebagai pengajaran utk saya

Pada masa sama saya maafkan dia atas apa yg berlaku

Sebab selagi saya tak maafkan saya takkan dapat move on

Panjang jg ceritanya

Cuma saya nak bgtau nasihat kawan2 blog ni sgt benar rupanya

Nanti esok lusa saya citer bila emosi sy dah stabil dlm isu ni

Kalau citer kang keluar ayat -ve. Xelok

So no more istilah bakal suami dah!

No more lelaki dah!

Serik betul dgn apa yg berlaku ni!


Wassalam

Friday, November 25, 2011

berani, yakin diri dan politik

Assalamualaikum w.b.t


Very busy lately

Sangat2

Entah apa di busy?

Saya perasan sejak 3 bln ambil alih unit korp comm ni

Saya jadi macam orang bodoh pun ada

Sebab lagi banyak benda kita kena tau

Lagi rasa macam tak tau

Now rasa tersepit sangat2

Tersepit dgn suasana sekeliling

Yang selama ni saya 'malas' nak fikirkan

Tapi sekarang 'diasak' dan 'dpaksa' utk saya fikir

Saya tak cukup berani

Saya tak cukup keyakinan diri

Saya tak berani buat keputusan dalam isu tertentu

Macamana nak cakap eh?

Dalam bab ni tetiba rasa tak terluah

Tetiba rasa nak bergenang air mata

Dah mengadu pada boss saya

Dah cakap saya tak mampu

Dah kata ni bukan level saya

Dah luah kata bagi pada somebody yg really capable

Untuk handle, untuk lead

Sebab saya tau kemampuan diri saya

Sebab saya rasa saya sedar saya insaf

Ini bukan tahap saya lagi utk fikir

Tak tau kenapa saya jadi macamni

Tiba-tiba rasa bodoh sangat

Tiba-tiba rasa tak semangat

Tiba-tiba saya rasa takde sebab utk saya susah payah

Saya rasa saya letih dan saya nak keluar dari suasana ni

Nak give up

Tau tak perasaan dimana u terpaksa buat sesuatu

Yg u sedar u tak mampu

Yg u rasa kalau u usaha pun mmg u taKkan capai level yg diharap

Yg u harap orang lain sedar yg u tu xmampu

Tapi benda2 tu tak berlaku

Org keliling mungkin sedar tapi mrk bkn suruh u mengalah

Tapi mereka push u lagi untuk continue

Mereka motivate u untuk terus ke hadapan

Tak pernah mereka ragu dengan u

Fikiran u diasak untuk terus ubah, yakinkan diri

Percaya u boleh buat

Bagi kata-kata semangat

Sampai bukan u rasa tambah semangat

Semakin berkobar-kobar

Semakin komited

Tapi rasa lain pulak yang timbul

Rasa teraniaya

Rasa macam eh kenapa aku jer rasa terseksa

Kenapa aku yg penat fikir

Macam nak pecah kepala

Sedangkan yg lain eh macam takde pape jer

And they can put the burden to me

Blame me

Sedangkan kami hanya ber 4 sahaja

Tapi buat kerja setiap sorang mewakili kerja seolah2 utk 5 org

Saya cakap pasal kerja

Saya tension pasal kerja

Saya stress pasal kerja

Saya bergenang air mata pasal kerja

Saya rasa saya nak tukar environment kerja

Saya taknak tua begitu sahaja akibat fikir kerja

Kenapa perlu kerja? Saya taknak kerja!!!

Saya letih hari2 dikejar oleh kerja

Dicari oleh semua2 sampai takde masa utk masukkan bnda lain selain kerja

Menulis ni pun buat saya stress

Saya pun tak pernah terlintas yg saya akan kena kerja mcmni

Dan saya cemburu dengan kerja org lain

Dan mungkin kerja tu simple agaknya

Saya yang terlebih2 tertekan

Tapi tak juga sebab ex boss saya gembira skrg katanya

Sebab tak lead korp comm lagi

Okay jawatan ni

Tapi kerenah manusia yg buat saya annoying setiap masa

Bukan salah jawatan ini @ post ini @ unit ini

Disebabkan itu, pada tahap ini terpaksa all out

Sebab dapat boss yg amat2lah punya vision mcm org lari pecut 100 meter

I'm not blame him

Tp keghairahan dia, ketinggian vision dia

Pecutan dia dlm mencapai visi organisasi

Gagal dikejar oleh majoriti orang lain

Gagal diterima baik dan diterjemah oleh mrk yg ada keliling dia

Sapa keliling dia?

3 TKP dia

Pengarah2 negeri

Pengarah2 bahagian

Apa kesannya?

Kami jadi orang tengah

Dan mangsa juga agaknya

Sebab mesej dari atas takkan sama

Mesej dari KP takkan sampai macam apa dia bayangkan

Apa yg sebenarnya dia mau

Dan kerana pecutan KP yg laju giler

Idea yg semakin menggila

Mereka makin tertinggal

Dan kami menjadi tempat meluah, merujuk

Dan kami itu saya lah

Dan saya rasa malas

UNtuk nak fikir nak mudahkan nak jelaskan

Tiba-tiba rasa malas,

Rasa tak mampu, letih

Kamu itu dato'-dato'

Kamu itu JuSA

Kamu itu gaji besar

Kamulah fikir lebih dari saya

Eh eh apa aku merepek ni

HMmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Semalam pakej

Kena marah kena motivate kena push

Pagi2 subuh dah masuk BBM dato' pengarah bhgn pend masy nak jumpa

Seawal 8.30 pg

Dah tau da sure dia nak sembur saya

Sebab ada something wrong somewhere majlis dinner mlm sblmnya

Dan benar dia kata di atas pentas KP marah saya

Sebab? saya tak perlu cerita

selesai mengadap dia pagi2 lain pulak citer timbul

TKP Operasi pulak sms frust dengan hasil kerja saya (katanya)

Yg sebanarnya kerja tu terhasil atas arahan dia

Then bertubi2 plk masalah timbul

KP pulak xpuas ati katanya dengan ex boss

I'm not happy dengan new leader corp comm unit

Juga sms and call by dato' pengarah bhgn perundgn n pndkwaan

Because KP nak everyday ada cerita menang kes masuk paper

Nak kena bncg mekanisme terbaik

Smlam jer ada 4 kes berpihak pd kami di mah rayuan

Tp nak blast mcmana semua kes lama

Kami xde input yg cukup. Communication breakdown diprgkt state

Pagi2 juga jumpa dlm blog ada tohmahan

trhadap pengarah one of state dr pantai timur

Call pengarah state tu minta input segera utk standby jawapan

Gi bncg dgn peg khas KP what suppose to do

At the same time handle student uniten buat research

And preparing KP's slide for 2 invitation

Untuk majlis di amanah raya n MPSj on 5 disember

And furthermore jam 4 ada sidang akhbar di parlimen

Oleh JKMR radzi sheikh ahmad

And peg saya stress sbb esok (hr ni ada event di akademi)

Prog kerjasama dgn UNDP tapi isu ni paper xnak carry

Prog fasa 1 reporter dtg tp story lain keluar (sbb diorg dtg nak update siasatan @kes)

So KP arah panggil paper tp mcm xde nilai berita

Kami meeting dalam bbm jer sbb msg2 di lokasi berbeza

Saya di Akademi

2 peg di parlimen sidang akhbar

Miss sinar di pej buat story kes utnk blast to media

Jam 3 ex boss ajak hadap KP di akademi

Nak kena jelaskan pd dia isu yg dato TKP timbulkan

Juga isu dinner malamnya

Rupanya juga sekali meeting dgn consultant

Terjebak saya

And after that kena pergi wisma bernama

Temubual KP di prog hello malaysia

Hmmmm dgn saya xbawak press kit

Sebab thari tu baru peg khas KP bgtau temubual tu

Patut semua jawapan KP saya yg sediakan

Tapi kali ni macam kena tikam dr belakang

Bila KP minta index dia cari UKK

Sdgkan prog tu kami xtau

Kat sana sampai lepas maghrib baru balik

Singgah makan bagai jam 10 baru sampai rumah

KP ada prog lain lagi lepas tu

KP saya ni dalam sebulan percaya tak xde satu hari penuh duduk dipej

Tersangatlah penuh jadual dia

If u nak selit satu prog utk dia

Punyalah payah

Mcm last week kami atur round table discussion dgn editors

Berapa kali tukar

Satu hari kdg 5 prog dia pagi-malam

Kalau dipej lps satu meeting satu meeting

Setiap bulan dijemput di luar negara

Meeting, bagi talk, mcm2lah

Saya pula diminta kejar dia sebab everything dia perlu tau

Dia marah saya ptg smlm sbb gunapakai arahan tkp tanpa rujuk dia

Dia tanya saya siapa ketua pesuruhjaya?

Juga sikit nasihat secara emosi tntg tugas saya

Malaysia insider bawak isu kami semalam

Dia tanya apa nasihat saya, nak jwb @ not pd paper

Saya dah buat background research smlm bila keluar dlm insider

But...but...but..hhhmmmmmmmm

And telefon saya skrg berderingan begitu kerap

Sebab msg2 nak tonjolkan bhgn msg2

Nak tunjuk buat kerja

Hehheheeee and kami yg jaga portal so kamilah kena push

Eh merepek merepek meraban subuh hari

Pagi ni kena pergi tekam jerantut

Ada bengkel

Ikut plan nak blk kg ambik hani bawak sana

Tapi pagi ni nak kena hadap isu2 baru timbul ni

Entah dapat jejak ker tdk ke tekam tu

Sorry nak luah sini nak bgtau xlarat

And nak semangat. Diamankah kamu semangatku

Semangat yg berkobar2 untuk bekerja?

Semangat tak mengalah

Rasa2 semangat saya semua dah hilang terbang nelayang

Dengan ini saya nak seru semangat saya mari dtg semula

Ni sbgai penutup cerita nak seru semangat saya, sms dari Dato' pengarah bhgn saya

'Salwa, mulai saat ni u kena hyper active and pro active dlm semua isu.

Kena berani call, cakap dan bagi pandangan kpd Dato' Abu.

I personally think dia mula curiga dengan u. U are a good officer

We think u can do it. Kalau ada apa2 masalah u refer to me.

Ini nasihat ikhlas saya'.

Baik tak boss saya? Ni dato' yg sedang di groom untuk jadi next KP.

Adalah coversation thru sms dgn dia smlm. Saya nak mengalah jer dia kata jgn. Bukan xnak call kp

U nak tembak org u kena ada senjata

Peluru kena cukup

Dan saya sedar saya tak cukup peluru

Peg bawah saya semua pengalaman kerja bawah 5 tahun

Makanya tu sebab saya letih takde semangat

Sebab dalam otak saya dah block

Asyik fikir xboleh xmampu xlayak and sebab sy perempuan

Asyik fikir ramai lg jauh lebih bagus dr saya

Itu silap saya! Silap besar!!!

Move on salwa!!!

Allah letak saya dlm lingkungan jusa2 and big bosses ni

Sebab saya mampu ( Kot?) ~ ahh -ve lagi?

Eh last week beli 5 pasang kasut!

Betul2 giler!

Eh 7 sebenarnya

3 pasang clark (ware house 2 pasang)

1 pasang di alamanda (xpuas ati WH punya sale)

2 pasang scholl (WH)

2 pasang polo (last 2 week di ktan beli polo sepasang)

Juga belikan iza 2 pasang, scholl n polo sebab dia temankan

Bila stress otak jadi biol kejap!

Lepas ni kita kumpul kasut utk setiap warna yer

Kena gelak dgn anak2 buah kat pej

Saya mana pernah pakai kasut2 tggi tutup ni

Dan kasut bergaya2 tali2 warna warni

Tapi nak kelainan kononnya saya ubah citarasa

Dan sepasang clark utk bakal suami (insyaallah)

Juga seunit sampin telah saya belikan. Di ktan utk majlis nikah

Huwaaa huwaaa huwaaaa

Walhal xsempat nak jumpa lagi pun!

Wassalam

Friday, November 18, 2011

Buntu hal yaya

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya saya nak citer hal hani

Masalah dan konflik dia hadapi di madrasah

Tapi ada cerita lain lebih utama

Kalau rajin taip kang saya citer hal hani kat bawah ni

Ni hal yaya ni

Setelah banyak kali tangguh final date mak dia nak dtg 19 nov ni

Tu tarikh dia bncg dgn kakak saya kat kg tu

Tapi semalam dia sms bgtau tarikh 19 pun xdpt dtg

Mnta tangguh :ujung bulan pulak

Dah dekat setahun dah dia hntr yaya

Dah berapa kali tangguh dah

Masa farouq pun kes sama jugak

Tangguh dan tangguh sampai kakak sy sndiri yg prgi hntar

Ni kes yaya pun benda sama akan berulang lagi

Bila saya bgtau org kg tak caya dgn janji kau

Merayu2 dia minta tolong

Kononnya nilah kali terakhir

Ada benda2 dia nak setelkan dulu

Saya tanya setahun dah bagi masa takkan xsetel2 lagi?

Apa ajer yg kau nak setelkan?

Kau jgn ingat kau jer ada masalah

Saya bgtau kak sal ada masalah

Saya ada masalah

Tapi masalah kami sebolehnya kami selesai sndiri

Tak alihkan masalah pada orang lain

Sms saya semua dia blas dgn merayu2 dan citer masalah dia

Sudahnya sy bgtau saya sndiri pun masalah

Masa kau hntar yaya rumahtgga saya sdg bergolak hebat

Smapi saya bercerai

Tp sebab kau mnta tolong saya jaga jg yaya

Pastu dia minta maaf

Saya ckp saya tawar hati dgn dia

Dulu saya bersemangat dah nak jaga yaya

Nak register anak angkat

Tp dia kemudian mcm yoyo kejap nak ambik kjp xnak

Skrg saya dah xde hati dah!

Boleh pulak kemudian dia balas tanya saya betulker nak jaga yaya?

Kau sakit ati tak?

Kejap kau nak kejap kau tak nak


Saya faham naluri ibu kau mmg nak jaga dia

Cuma mungkin kau tak mampu

Tapi kalau kau tak mampu pun

Tak bolehker kau beri sikit kebaikan pd org yg nak jaga anak kau ni

Sepanjang setahun baper kali kau call?

Sekali ajer kau balik tgok dia yg sbnarnya kau nak ambil dia

Kau nak bagi kat sapa2 ntah

Dan kau janji nak bagi mak duit akhirnya lgsg xde

Dan kau sndiri xmenghulur barang 10 ringgit pun pd anak kau

Sungguh sikitpun kau xtunjuk rasa sedih tggalkan anak kau

Dan tanpa rasa bersalah tanpa rasa kau perlu berkorban

Kau tinggalkan dia disini

Tak tau lah nak cakap apa kat kau ni

Tak faham apa ada dalam hati dan otak kau

Agaknya sibuk sgt bercinta

Dgn 24 jam dgn mesej di hp senyum sorang2

Bila sms bunyi (yg bunyi sampai larut malam) kau tersengih2

Dan sampai terkeluar ayat satu ketika

'Alah ingatkan dia, orang lain plak sms'

Jangan kau salahkan org beranggapan kau mmg gatal

Kau sengaja biar anak sana sini walhal kau gembira sorg diri

Sebab senang agaknya kau berpakwe ke sana sini

Buntu nak fikir hal mak si yaya ni

Agaknya dia fikir sebab laki dia lepaskan tanggungjawab

Elok dia serah tanggungjawab tu pd keluarga laki dia

Tapi dia lupa yang laki dia tu

Dah tak dianggap sebagai ahli keluarhga sini lagi

Dah dianggap tak wujud

Sejak 1986 kau blah camtu jer now dah 2011

Dah 25 tahun berlalu

Lupakanlah sejarah tu

Bukan masanya nak ungkit

Sekarang saya nak tanya anda semua

Patutker saya menjaga yaya semula?

Kalaupun saya menjaga dia tujuan saya bukan sbb nak bantu mak dia

Tapi kerana nak saya fikir tggungjawab

Saya lebih fikir ini amanah allah

Saya bantu yaya allah hantar orang lain bantu saya

Macam tu!

Kalau fikir positive mmg banyak sebab utk saya pelihara yaya ni

Dan kalau nak fikir angle negatif juga banyak

Saya terfikir juga bila saya tua nanti

Malah saya fikir juga kekosongan hidup saya skrg

Maybe sukar nak sayang betul2 yaya

Tapi saya percaya tempoh masa akan memnentu

Saya akan istikharah dan doa

Tapi pada masa sama saya nakkan ada org bantu saya

Bantu saya buat keputusan

Yakinkan saya bahawa itulah keputusan terbaik

Saya masih perlukan pandangan konkrit dr anda semua

Mmg ikut hati saya tak mau dah

Tapi bila fikir dari semua sudut bnyk positifnya

Okay cukuplah setakat ni.

Mohon pandangan anda semua. Sila.


Wassalam

Monday, November 14, 2011

perkembangan baru

Assalamualaikum w.b.t


Projek rumah mak dah start dah

Barang2 utk buat rumah pun dah dihantar

Tapak rumah pun dah ditolak

Heheee. Berbunga hati saya

Semuanya sebab saya membayangkan yg mak saya pasti gembira

Itu yg paling utama

Hal abang dan kakak saya nak tolak jauh2

Semua perkara ni dilaporkan oleh pakwe (bekas) melaka tu

Payment pun dia dah bayar 15K pada tukang

Malam jumaatlepas dia called saya maklumkan semua ni

Katanya suruh saya telefon mak saya

Untuk pastikan kerja2 dah dimulaka

'Tanyalah mak awak, jangan percaya bulat2 apa saya cakap'.

Saya tanya dia, 'En R dah tengok ker?'

Dia kata 'semalam dalam sibuk2 saya dah pergi kejap'

Saya tengok barang2 semua dah ada, tapak dah bersih dah

Tapi awak sendiri kena tengok'

Memang rasa macam saya kena ada sana

Tapi dah jumaat malam tu saya dah book tiket untuk ke kota baru

So balik KB cadang nak balik kampung

Lepas tu maybe tinggalkan hani kat kg cuti ni

Saya cadang nak stay kampung seminggu nak monitor projek rumah

Tapi jadual minggu ni agak pack lah pulak

Awal disember saya sekali lagi akan ke Hong Kong

Kali ni akan ke China juga

Maybe lepas balik cina n hong kong kot baru saya hntar hani

Berbalik pada isu kos tu

Semalam saya tanya en R kos keseluruhan

Final 52K tapi dia cakap saya bayar 46K jer

Saya hampir terlupa sebenarnya yg dia nak tolong sikit tu

Tapi semalam dia ingatkan saya yg dia akan tolong 6K

Saya tak harap sangat pun sebab takut ada udang disebaliknya plk

Sampai saya cakap kat dia,

'Tolong saya ni ada apa-apa ker, saya taknak termakan budi dengan en. R ni, takut tergadai body'

Sambil gurau saya cakap gitu

Dia jawab,

'Kan dari awal saya cakap saya nak tolong,

Nak tolong kena buat cara nak tolong', katanya

Syukurlah, saya anggap ini perkara positif.

"Lain-lain malas nak fikir

Sungguhpun saya tau dia ada niat sebenarnya tu

Memang dalam hati dia ada keinginan lagi nakkan saya

Tapi dia sungguh takut nak ambil risiko tambah isteri

Bila dia minta saya melayani dia lebih dari seorang kawan

Macam pakwe makwe (yg takde iman)

Saya jawab, 'boleh' tapi pantas lepas tu saya kata,
'Kena nikah dulu'

Bila ayat saya tu saya acapkali ulang-ulang memang dia geram kat saya

Tapi akhirnya dia cari juga saya untuk citer masalah hidup dia

Masalah kes saman malu dialah

Masalah first wife dia yg asyik lari dari rumahlah

Pastu masalah 2nd wife yg langsung xnak dgr pasal 1st wife

Pendekata semua citer dihempuk dalam kepala saya

Sampai saya cakap, ada 2 bini pun tak gunalah en R ni

Patut carilah bini baru yg boleh tampung apa2 krg kak e

Ni cari sama jer

Dua2 tak boleh jadi pendengar dan penyelesai masalah

'Manalah aku tau diorg macamni'

Saya jawab gurau2 dgn dia, 'tulah org kawin dua en r nak kawin dua, tapi skrg dah ada dua cari janda pulak'

Dia acapkali cakap, 'saya boleh citer kat awak bnda2 ni semua, tapi dengan kak enon dan diana
Tak bolehlah, jadi gaduh kalau saya citer'

Entahlah, saya bukan rajin contact en r ni pun, sesekali jer

Dah suami orang, sungguhpun bekas pakwe tapi xde apa perasaan dah

Selalu dia macam ingat saya ni masih anak dara yg kerja sbg reporter dia 11 tahun dulu

Hari tu dia ajak saya ikut dia buat assignment kat segamat cover menteri

Hmmm, saya cakap zaman saya dah berlalu

Saya bukan anak dara lagi, dah janda ada anak

Taknak buat bukan-bukan dah, malu pada allah n anak

Katanya, teman dia jer

Kadang bila dia teruja sangat nak ajak jumpa lah apalah

Macam saya ni dia buat zaman 11 tahun dulu bekerja bawah dia

Saya gelak2 saya tanya kat dia, 'en r tau tak en r cakap dgn sapa ni?'

Dia kata, 'hah? Tak tau, sapa'

Saya gelak-gelak jawab, 'ni Penolong Pesuruhjaya Salwa Muharam tau,
Jgn main2 yer'

Hahahaaaaa, gelak dia sambil cakap,

'Amboi bukan main'

Saya kata, bukan apa takut en R terlupa, kadang buat saya ni macam budak2 ajak ke sana ke sini

Saya orang yg sama 11 tahun dulu tapi sikap saya tak sama dah macam dulu

Entahlah mungkin sebab tu agaknya dia hormat saya

Balik2 dia cari saya

Agaknya lagi tak dapat lagi tu dia usaha

Hajat nak kawin dgn saya 11 tahun dulu masih ada kot

Tapi dah keadaannya beristeri dua baru saya hadir semula

Menyebabkana segala2nya takde kemungkinan dah

Saya takkan sedia selamanya bermadu lagi.

Mohon allah izinkan.

Wassalam

Sunday, November 13, 2011

silap percaturan

Assalamualaikum w.b.t


Kalau kita tak melakukan kesilapan tak mungkin kita belajar

Untuk dapat kejayaan, ia lebih manis jika bermula dgn kegagalan

Saya akui dalam hal menghantar hani ada sedikit kegagalan disitu

Sungguhpun begitu banyak juga kelebihan

Madrasah tu menyeronokkan

Kawan (semua lebih usia dr dia) baik2 belaka melayan dia

Makan cukup katanya

Ustazah baik-baik belaka

Jadual hidup pun dia boleh sesuaikan diri

Takde masalah bangun awal

Malam walaupun dia paling kecik xpernah dia timbulkan masalah

Pembelajaran pun okay

Ada jugak hari untuk berkebun menanam pokok

Dah pandai makan budu dah hani ni

Cuma disebelik keseronokan tu ada sesuatu yang dia tak seronok sgt2

Sesuatu yg buat dia stressed

Sambil cerita tu bergenang air mata dia

Suaranya juga bergetar

Memang isu tu memberi tekanan pada jiwa dan perasaan dia

Sedangkan dia tak boleh nak bercerita dengan sesiapa

Sebulan lebih dia simpan sendiri

Bila jumpa saya ni kejap2 sambil jalan dia peluk cium lengan saya

Sambil katanya,'Kakak sayanaaaaaang sangat ami, kakak rinnnnduuuu sgt kat ammie'

Sedih saya sambil sy cakap ammie pun rindu sgt kat kakak

Memang rasa tak sanggup lepaskan dia lagi

Macam satu penganiayaan untuk emosi dia

Tiba2 saya macam tersedar bahawa saya yg menganiaya dia

Tapi sebagai anak yg baik pasti dia xmembantah

Namun dlm hati dan emosi dia derita

First impression saya bila jumpa hani smlm xbegitu +ve

Muka dia cengkung

Air muka tak ceria

Itu sahaja cukup beri gambaran gelodak jiwa dia

Wassalam

Thursday, November 10, 2011

sampai bila harus berkorban?

Assalamualaikum w.b.t


Balik kg weekend baru ni masa eidul adha ada isu

Rupanya abang saya marahkan saya

Sebelum saya buat plan rumah mak saya terfikir

Bajet saya utk rumah tu memang rendah asalnya

Dalam 30K jer dan rumah yg dpt tu mmg kecik sangat

Pada masa sama saya terfikir tentang abg sy yg baru kawin ni

Pada saya, sikitpun saya tak terfikir yg rumah tu akan jd rumah sy

Sebab entah bila saya boleh bertugas di melaka

Macam terasa di akhir khidmat dah nak pencen kot nanti

So dalam kepala hanya bayangkan rumah tu utk mak

Dan sapa2 yg ingin duduk dengan mak nantinya terpulanglah

Itu dlm kepala saya

So memandangkan kakak yg nama salma dan salmi dua2 dah ada rumah

Sapa lagi kan?

Tentulah abang saya yg baru kawin ni saja xde rumah

Malah perancangan salwa, isteri dia memang nak pindah melaka

Saya pernah cakap pun kat salwa yg saya tak kisah dia duduk dgn mak

So pendek citer saya sms dia

Dengan hasrat ajak dia join sekali

Saya hanya minta 5K untuk tambah 1 bilik

Saya nak supaya bila abg saya suami isteri ada sumbangan

Takdelah abang sy anggap tu macam rumah dan hak saya semata2

Tapi rupanya penerimaan dia sebaliknya

Lain cerita pulak yang timbul

Dia marahkan saya rupanya

Dia cakap kat mak saya

'Kalau dak siti nak buat lantak dialah, ajid taknak campur'

'Kenapa dak siti tanya salwa pulak'

Dia nak buat dia buatlah, nak ambik tanah ni semua pun ambiklah'

Ajid tak kisah, salwa pun bukan orang susah, dia orang senang'

'Ajid pun tak kisah nanti ajid ikutlah dia duduk ipoh

Lagipun mak mati pun tinggal juga rumah ni

Kesitu pulak dia

Niat baik saya dipandang serong rupanya

Dia anggap saya nak bolot tanah mak saya tu

Saya tak sangka sungguhlah

Sedih sangat rasanya

Sebelum ni dia pertikaikan mak saya bagi saya tanah sawah

Sekarang dia pertikai saya buatkan mak saya rumah

Sebelum ni kakak saya kecik ati sebab saya tak bagi suami dia pinjam seribu

Walhal saya bagi terus 500, itupun tak bersyukur

Saya pun xtau lagi apa saya nak korbankan

Saya rasa sangat sedih dan kesal

Saya tak pernah sangka yang perkara2 yg biasa mencetuskan pergaduhan adik beradik

Macam dalam drama dan novel

Merebut harta dan bergaduh kerana duit

Akhirnya kena pada batang hidung saya

Saya rasa saya buat ni langsung takde manfaat terus pada saya

Saya takkan tinggal di melaka

Saya tak pun balik tiap2 minggu

Malah saya ssendiri tak berhasrat bina rumah tu

Tapi atas desakan kakak saya salmi saya turutkan juga

Saya buat loan korbankan gaji saya utk mak bahagia

Dan beban hutang tu bukan sekejap saya pikul

Kalau saya masih seorang isteri saya percaya pak hj xkan izinkan saya berkorban

Tapi sebab saya dah janda saya turutkan

Mereka tak tau tu semua dan saya pun xingin cerita

Saya anggap apa saya buat utk mak ni dapat penghargaan

Akhirnya rumah belum bina pun lagi

Dua adik beradik dah memusuhi saya

Kakak saya merajuk selain sebab isu 500 yg sy bagi seolah2 katanya perlekeh kemampuan suami dia

Dia marah saya tak libatkan suami dia dlm bina rumah tu

Dan abang saya pula kata saya cuba bolot tanah tu

Sebab saya dah dapat tanah sawah

Apa lagi saya nak kata?

Bila niat baik dicerca?

Mak saya memang marah sangat

Tapi sebab salwa ada hari tu mak saya tak berani cakap apa

Takut nanti salwa fikir apa pulak

Dan mak saya pesan saya apa2 hal lepas ni xperlu hubungi salwa lagi

Entahlah

Saya rasa kecewa sangat2

Belum hilang penat dan letih urusan kawin dia

Dengan modal wang ringgit saya keluarkan

Tenaga kehulu kehilir saya duit keluar macam air

Duit yg dtg semata2 dari sumber saya sahaja

Nampaknya itupun dia tak kenang

Saya percaya, kalau begini caranya mmg pengakhirannya saya sendiri tak yakin

Dan sikap dia yg ketara adalah dia mengongkong salwa

Dia tak benarkan saya berhubung dgn salwa

Mungkin dia takut saya cerita2 apa -ve dia pd isteri dia

Takper saya takkan berhubung lagi dan saya pun xhingin bincang dah

Saya buat jerlah apa2 asalkan bahagiakan mak saya

Lain2 apa adik beradik fikir lantaklah

Selama hidup ni pun belum lagilah saya minta tolong

Dan susahkah hidup diorg dgn masalah saya

Sampai masa nanti allah tunjukkanlah sapa yang benar

Wassalam

Wednesday, November 9, 2011

Kalau jodoh tak kemana

Assalamualaikum w.b.t

Saya nak rujuk statement saya entry sblm ni yg tanya hani pasal "kalau ammie kawin lagi macamana"

Agaknya ada yang tertanya2 adakah saya nak kawin...gatal bebenor eh janda ni?

Sejujurnya saya memang teringin nak kawin

Saya suka kejujuran

Saya suka berterus terang

Pada pembaca blog saya jerlah

Di luar tidak lagi

Pembaca blog tentu tau kenapa saya teringin nak kawin

Kan tak lain tak bukan sebab "tuttttt"

Memang tak rasa apa sangat pun bila menjanda ni kalau tak dapat tuttt tu

Tapi bila hrmon tak stabil dan teringat memang sengsara

Orang lain saya tak tau dan saya tak berminat ambik tau

Tapi saya tau memang ra ai sangat wanita yg tak menikmati tuttt

dan rasa hidup mereka tetap sama jika ada atau takde tuttt tu

Allah kurniakan keistimewaan (kalau boleh saya katakan istimewa) menikmati tuttt tu

So jangan pertikaikan ya!

Dan saya faham kenapa anda yang tak rasa apa2 tu memandang serong pada saya

Sebab Miss sinar pun masuk kategori tak menikmati

malahan penilaian dia terhadao tutt jatuh kategori "negatif"

Sampai dia pelik kenapa apa yang saya ajar dia (sebelum dia nikah) tak sama dengan apa dia lalui di malam pertama

So memang saya akui wujud pelbagai kategori bagi wanita dalam menikmati tuutttt

sebab takde lelaki baca blog ni bagi saya open ajer saya cerita eh

(oh Yer bagi yang ada suami tu tolong xpayah nak citer kat laki masing2 plak eh topik saya bangkitkan ni)

Saya berdoa untuk dipertemukan jodoh sejak ramadhan lalu

Jodoh yang baik yang boleh bimbing yang sempurna di mata saya (mata org lain lantaklah)

Supaya saya dapat mengekang nafsu ke arah yang halal

Dan saya takdelah ambil apa2 inisiatif dalam mencari jodoh

Saya mengharap pada Allah sempurnakanlah semuanya supaya datang secara kebetulan

Walaupun jauh dalam sudut hati saya rasa bahagia dengan kehidupan sekarang

SAya rasa otak saya segar takde nak fikir masalah

Saya rasa bebas buat keputusan

Saya rasa bebas mengatur kewangan

Dulu masa ada suami saya selalu macam memberontak

Boros, membeli apa sahaja yang saya nak (walhal sebenarnya bukan nak sangat)

Tapi beli lebih pada sebab nak tunjuk kat dia dan nak bagi puaskan hati

Akhirnya duit habis macam tu aje

Tiap2 minggu mesti nak ke shopping complex

Tapi sekarang saya tak rasa pun saya perlu beli apa-apa

Saya lebih rela duduk di rumah dalam keadaan boring daripada boring gi shopping tp xtau nak beli apa

So now i'm happy

duit jimat, takde pembaziran, takde beli barang xperlu

tapi saya akui saya sangat sunyi

saya takde teman bicara

saya takde geng nak keluar makan

saya nak masak saya takut saya makan banyak

dan saya gemuk

Maka saat itu saya rasa saya perlu suami

Sebagai teman tuttttt (tanpa mengabaikan faktor utama lain)

namun saya sangat risau

andai suami itu pergunakan saya (mana nak cari bakal suami yg gaji n pangkat lebih dari saya)

Dan mana saya nak cari suami yang bujang @ duda dalam usia macam ni?

Kalau bujang takut pula ada something wrong somewhere

Dan saya tak berminat nak didik dia dengan ilmu rumahtangga

Dengan dia takde pengalaman dan ada pulak isu nanti nak sesuaikan hidup

dia yg biasa sendiri tiba2 nak kena hidup berkongsi dengan isteri, bukan senang nak transform tu

So orang bujang autmatik reject

Dan saya pula kalau ada duda (ada di pej yg sama rank dengan saya)

Mati isteri bara payu dara, masalahnya sama tinggi dengan saya, org kelantan ada 3 anak lelaki sdg membesar disekolah rendah

Ciri2 tu jer buatkan saya rasa dia memang tak sesuai dengan jiwa saya

Saya tak berminat sangat anak lelaki ramai2

Da saya tak suka dapat suami terkenang2 akan isterinya yg meninggal (sakit lama pulak tu)

Biarlah bekas isterinya hidup dari isterinya mati (dalam keadaan masih sayang menyayang)

Pernah saya jumpa (saksi kes saya siasat) kata lebih baik kawin duda cerai hidup dari cerai mati

Sebab suami dia ada ketika sanggup malam2 bangun cium baju isternya yang dah meninggal (rindu sgt kot)

So hanya lelaki yang anak sedikit (kalau boleh anak duduk dengan isteri)

Yang gajinya lebih dari saya, pangkat pun kalau boleh biarlah melebihi saya

Dan paling utama, amalan wajib tak tinggal, solat n puasa terutamanya

Dan juga tidak merokok sama sekali (wajib)

Dari segi duit saya tak berapa berkira

dengan pengalaman sebelum ni saya takde masalah berkongsi

Asalkan ianya ada konsep give and take

saya rasa pengalaman rumahtangga lalu dah banyak tambahkan ilmu rumahtangga  saya skrg

banyak benda saya dah boleh praktikkan dengan cara lebih baik

Makanya kalau ada ciri2 tu (roughly) saya akan pertimbangkan

Dan alhamdulilillah allah telah hantar seseorg yang hampir2 memenuhi ciri saya nak tu

cuma masa yang akan menentukan

akan saya hebahkan disini bila sampai masanya

doa kawan2 readers blog saya diharapkan sangat2

Dan saya tak kisahpun kalau dia bukan jodoh saya

Sebab saya pegang pada surah annur, lelaki2 baik utk wanita2 baik

maka kalau saya baik insyaallah bakal suami yang baik tu adalah untuk saya juga akhirnya

Pada masa ini  mode perhubungan adalah mencari keserasian

menegenali sifat masing2

Pada tahap ini telah menemui beberapa ciri2 diri dia yang tak begitu serasi dengan saya

malah sifat saya juga tak serasi dengan dia, katanya

what to do?

asalkan yang tak serasi tu bukan perkara pokok

tetapi perkara furu', maka kami boleh usaha sama2 perbaiki

Selebihnya biarlah allah tentukan

Kami bukan bercinta macam remaja

JUga bukan bercinta untuk mengisi masa

Sejujurnya kali pertama berhubung saya dah maklumkan kalau ada niat lain saya taknak teruskan

Kerana niat saya kenal hanya untuk bernikah, untuk pastikan semuanya menjadi halal

Dan satu langkah pertama saya dah ambil

Hasil kekuatan semangat Nak nikah (over eh, hahahaaaa)

Saya dah bagitau mak saya yang saya dah bercerai

Sambil2 cabut rumput kat rumah mak saya bercerita

Mak saya menerima berita itu dengan tenang

Langsung tak terkejut

Malah selamba kodok jer

Walhal saya punyalah takut giler

Kalau bakal suami (waaupun bunyinya gatal tapi kan kata2 tu doakan?) tak bagi kekuatan

Dan membuat lakonan menjadi mak saya (dengan soalan2 killer)

Maybe saya takkan sampai stage bagitau mak saya yg saya dah cerai

Lepas ni ambik masa dulu untuk bagitau nak nikah pulak

Tapi sebelum tu, kena urus nak ambik surat cerai dulu

Tapi, jujurnya saya tak sedia nak nikah selagi tempoh cerai tak cukup setahun

Makanya tarikh tentatif paling awal nikah adalah pada 21 April 2012

Doakanlah........jika ada jodoh maka nikahlah kalau tak tu maksudnya allah putuskan hidup menjanda untuk saya adalah yang terbaik.....amiin...segalanya kuserah kepada Allah


Wassalam

Monday, November 7, 2011

bertambah sayang

Assalamualaikum w.b.t


Rupanya sayang itu sangat luas tafsirannya

Kalau dulu saya akui saya sayangkan anak saya

Tapi hari ini

Lebih2 lagi sayang pada dia

Bertambah2 mekar sayang itu

Bercampur baur dengan rasa bangga yg tak terhingga

Hani anak yang kuat

Sama kuat dengan ibu dia

Sangat bangga kerana kami dua2 punya kekuatan semangat

Di pagi eidul adha saya hubungi dia

Tipulah kalau saya kata ok jer

Saya rindu dan ingat sangat kat dia

8 tahun bersama kemana sahaja

Menempuh masalah dan liku-liku hidup

Yang dikongsi bersama dia

Tapi sekarang semua saya telan seorang

Memang saya rasa sebahagian diri saya xlengkap

Tapi dengan kekuatan jiwa saya dan hani

Perpisahan ini menguji dan sekaligus menjadikan kami kuat

Kuat mental dan fizikal

Dan semalam saya rasa sungguh terharu

Sebab dari kata-kata hani terserlah kematangannya

Tak ada suara mengada-ada

Yang ada dari bait kata-kata dia terserlah perubahan

Nada suaranya penuh dengan kematangan

Bersemangat dan terserlah kezuhudan

Semangat cerita tentang kawan-kawan

Beritahu saya dia hari-hari bertahajud bangun jam 5 pagi

bila saya bertanya tentang makan di sana

Jawabnya 'lebih dari cukup ammie'

Kebetulan hani masuk madrasah pelajar2 terus exam

So hani terus seat exam tanpa tahu apa-apa

Dan dia dpat nombor 3 tercoto, 13 dari 15

Sempat dia maklumkan saya ustazah2 dia suka kat dia

Sering mencubit pipi dia

Dan ustazah bagitau 'kalau ustazahlah baru masuk madrasah tak tau apa-apa, memang ustazah tak boleh jawab'

Saya pun terselit rasa bangga

Masuk madrasah hari pertama jer terus exam

madrasah dengan sylibus yang jauh berbeza

Dan saya seperti biasa terus menjanjikan sesuatu

Saya kata 'nanti exam akan datang kakak dpt no 1 ammie beri hadiah yer'

Hani terus jawab, 'tekperlah ammie, tak payah bagi apap2pun takper'

Kakak tak kisah ammie'

Saya terkedu juga, terasa macam alahai baiknya anak ammie ni

Dan bila saya tanya kakak ada nak beli apa-apa tak?

Terus dia jawab cukup, semua dah ada

Sedih dan terharu saya

Terasa macam matangnya dia

Kemudian saya sharekan sesuatu (perasaan) dgn dia

Saya kata saya rindu dan sunyi tanpa dia

Dia jawab tenang, kakak pun sama

Rindu dan sayang sangat kat ammie

Sedih saya dengar

Sambil tu saya nasihatlah kawan elok2 dgn syakirah,
Uda dan zubir

Manja-manjalah dengan ayah sementara kakak ada kat sana

Saya tanya dia, apa pandangan kakak kalau ammie kawin lagi

Sekadar melontar soalan meneroka fikiran dia

Tidak mustahil semua tu akan berlaku

Mana tau di masa depan ada jodoh

Terus dia tanya dalam nada teruja, 'ammie ada sapa-sapa ker?'

Saya jawab, 'adalah jugak'

Pantas dia bagi pandangan,

"Kakak tak kisah ammie, terpulanglah pada ammie,'
Kakak ikut jer'

Tak terharu tu?

Sebagai ibu saya sangat kagum dengan dia

Sangat bersyukur juga

Alhamdulillah ya allah


Wassalam.