Thursday, September 29, 2011

fasa baru dlm hidup saya

Assalamualaikum w.b.t


Dua minggu ini saya melalui fasa baru dalam hidup

Selama ni pening jugak tengok boss pening handle itu ini

Now saya punya turn pulak

Boss saya ke india semingu ada Present paper di sana

Sementelah dah dia mmg kena tukar jd pengarah bhgn admin so xde apa dia tolong saya dsini

Now setiap mesyuarat saya kena hadir

Sebab org komunikasi korpprat perlu tahu semuanya (kononnya lah)

Baik meeting dalaman mahupun luaran

Meeting sikit punya banyak

Terpaksalah hadir meeting peringkat tertinggi

Meeting dwi mingguan pengarah2

Meeting pengarah2 secara bulanan

Meeting JK transformasi (lepas kuar laporan kes teoh beng hock)

Meeting ICT, meeting itu meeting ini

Tambah kronik sebab saya jadik pengurus pasukan bola jaring utk konvensyen okt ni

Dan juga jadik peserta tarik tali

Mana kerja di pejabat yg rutin

Buat talking points@teks ucapan lagi

Minggu ni buat teks utk sultan perak, MB Perak dan KP kami

Utk perasmian pejabat sprm perak 1 oktober ni.

Kami skrg hanya ada 4 org shj

Polis korp comm dia ada beratus org

Dua hr lepas meeting saya kena bantai dgn KP

Sebab semalam tu dia kena dengan KSN

Ni semua pasal 3 penyamun money changer di KLIA lah

Baper banyak habis masa utk buat press release

Keputusan sarbaini xkeluar lagi tiba2 dan krisis baru plak

Saya tension sampai dato tkp dgn pengarah saya perasan

Dua2 cakap ni proses belajar

Tapi bagi saya belum masanya lagi. Entahlah xtaualh

Sekarang KP asyik panggil saya dan dia boleh datang ke bilik carik saya

Tu yg xtahan tu

Dulu saya senyum gelakkan boss sebab tengok dia pening bila KP asyik panggil dia

Now merasalah saya

Skrg apa yg paling utama saya kena belajar berani cakap dan bagitau perkara sebenar

Meeting hari tu saya menjawab juga

Nampaknya dato' sri dah taulah sikit sebanyak saya ni takdelah pak sanggup

Lepas saya menjawab alhamdulillah pengarah bahagiaya bela unit kami lagi

Saya bela unit kami dan hentam pengarah2 bahagian lain

Mana boleh unit kami berdiri sendiri kami perlukan sokongan bahagian lain

Dengan 4 org apa kami dah buat pun cukup baik dah.

Last week dan interview 3 org utk masuk unit kami

15 hb insyaallah mereka masuk sini

Sorang tu Nik mmg org yg dicari2

Saya nak dia handle PR kami

Dengan degree dari US dan master dari spain

Dan pwngalaman kerja dari Oman 4 tahun

Pasti dia boleh handle unit perhubungan awam

Akan dibantu oleh sorang peg yg saya import dr trengganu

Boleh berbahasa inggeris dan cina

Now ceranmah pun kena bagi

Dulu bagi ceramah utk induksi peserta jabatan lain

Tp skrg bagi utk peserta dalaman

Tajuk pun lain : penghayatan aspirasi sprm

Biar semua org berkerja bertindak atas satu aspirasi yg sama

Ok sambung lg nanti

Wassalam

Sunday, September 18, 2011

allah bagi yang terbaik utk kita

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada letak status di fb yg ala2 ada problem

Pnut ada bertanya

Tapi saya tak dapat jawab disitu kerana ramai rakan pej akan baca

Xberapa bestlah kan

Ceritanya begini

Status tersebut merujuk kepada dua keadaan

Pertama

Miss conquer punya hal

Miss conquer memang dah diputuskan untuk ditukarkan

Kerana bad attitude

Xmasuk pejabat dan jika kita call/sms dia xjawab

Kerja-kerja yg diberi xbuat/ditangguhkan

Secara xlangsung macam dia xmenghormati boss dia

Kebetulan allah bagi laluan mudah pada boss saya dan juga saya

Supaya keputusan keluarkkan dia tu xnampak macam kami yg kick dwaa

Sebab tiba2 batch diorg dipromote naik gred 44

So miss conquer seolah2 ditukarkan sebab promoted


Source bagitau masa kat kursus promotion bila dia tau dia tukar mmg berubah sama sekali air muka dia

Sebab selama ni dia anggap dia paling pnting di. Ukk

Pioneer lah katakan

Kami yg lain2 dtg kemudian

Dan dlm kursus induksi dia pernah buat presentation dgn keluarkan ayat xblh blah

Dia kata 'kalau dia takde memang UKK ni takkan boleh bergeraklah'

Berlagak giler. Ramai terkejut dan meluat pun ada

Utk pengetahuan unit kami ni baru last year tubuh

Memang baru sangat2

Kerja banyak duduk pulak boleh dikatakan bawah dagu ketua pesuruhjaya

Dan juga 3 TKP. Mmg bahagian yg dianggap galmaour

Walhal susahpayah duduk kat sini kami jer yg tau

Yerlah yg org2 lain tau segalanya okay bila baca tbtg sprm di media

Yang okay tu okaylah yg xokay tu satu hal juga mmg kerja kami juga nak betulkan imej

Miss conquer tukar ke bahagian pemeriksaan dan perundingan

Dah tukar tu dahlah kan

Pastu buat lak status yang menyakitkan ati kat facebook

Tu yg xtahan tu, selain cakap hal kerja juga sentuh hal personal

Buruk2kan kelemahan unit kami macamlah dia bagus sgt

Hal personal tu hal sayalah. Siap mentioned kat situ nak buat open house katanya

Then nak jemput pegawai2 unit aku yang pasti kauorang 'suka' sangat

Apa maksud 'suka' sangat tu??? Napa perlu letak dlm tanda ''

Lagi dia cakap bkn ajer jemput anak dara tapi jemput juga 'miss j'

Sakit ati tak?

KEDUA

Hal kedua masih hal kerja

Bermula esok saya akan ambil alih sepenuhnya unit komunikasi korporat

Saya jadi ketuanya

Bukan saya suka dengar berita tu

Sebaliknya saya sambut dgn air mata. Sedih sgt

Rasa macam kena tinggal suami pun ada

Boss saya dipinjamkan sementara (2 bulan) sebagai pengarah bahagian pentadbiran dan penguruan sumber manusia

Boss saya cerita sambil senyum sedangkan saya bergenang air mata

Xpuas hati kenapa ramai2 pengarah lain dia yg dipilih

Saya tanya hal tu pada boss no 3, Dato zakaria dan lepas dia jelaskan baru saya faham

Dato nasihat saya 'bila lagi nak terima tangungjawab dah sampailah masanya'

Walaupun KP sendiri ragui kemampuan saya tapi tn salim(boss saya) dah bagitau KP

Katanya selama ni memang dia hari2 duduk bincang dgn saya jer pun

Cuma tn salim kata satu masalah dgn saya ni

Kalau dia bagi kerja semuanya seolah2 saya nak buat sendiri

Tak nak delegate pd org lain

Entahlah kdg2 kalaub bg org lain nanti dia rujuk balik pd saya sama jer

Baik saya buat terus

Nanti sambunglah.

Es

Minggu ni kesibukan dah melanda di rumah kg ni

Kayu api dah beli

Barang2 memasak pun semua dah beli malam tadi

Saya pergi dgn kakak dan abg ipar

Lebih 500 habis

Cuma lauk2 basah dan bahan2 yg tak boleh simpan lama akan beli pagi jumaat

Bnyk urusan nak kenduri kawin ni

Kopaklah saya

Abang saya memang xmampu

Dia hanya sempat kumpul yg wajib jer.

Katanya dengan mak lepas ni dia akan ganti duit saya yg keluar ni

Harapnya begitulah

Ya allah permudahkanlah majlis ni

Kakak ipar saya Nur Salwa Dato' Ahmad Rauhi dah dtg tidur rumah kami

Orangnya sangat ok. Ramah. Baik. Merendah diri. Wajah pun boleh tahanlah

Takde apa yg kurang malah sangat berlebihan

Nampak garisan kebahagian di wajah dia

Harap berkekalan hendaknya

Amiiin.

Wassalam

Friday, September 16, 2011

Banyaknya citer pending-kawin abang

Assalamualaikum wbt



Eh saya takde mood nak tulis blog lagi

Tapi mengenangkan yang perlu ada catatan kenangan dalam blog ni sebab dah 6 tahun wujud

saya paksa juga diri saya menambahkan cerita-cerita terkini tentang hidup saya

kenangan bila dah tua nanti

untuk kali ni saya upload dulu gambar2 majlis kahwin abang saya belah perempuan

sebelah kami 24 september nanti

secara ikhlas saya ingin menjemput pembaca blog saya hadir ke rumah saya

Alamat rumah:

Salwa Muharam
KM 13.5, Jalan Berangan 6, Umbai,
77300, Merlimau, Melaka
no tel rumah : 06 2615957
no tel saya : 019 6996901

Kalau nak datang, sila datang, call jer saya

kami buat kecil-kecilan jer, jemout orang kampung yang terpilih

Ini adalah perkahwinan terkahir dalam adik-beradik saya

Takde dah semua dah kawin-melainkanlah kot2 saya nak kawin kali kedua pulak


okya, saya upload sesikit gambar masa majlis belah perempuan

Satu majlis yang kami tak sangka begitu meriahnya

sebab kakak ipar saya-Salwa bagitau majlis belah mereka sederhana, biasa2 jer

Sekali grand bukan main

rombongan kami pulak biasa2 jer, yang datang mak-mak sedara, sepupu yang dah kecut2

memang tak glamer ahhh...


banyak nak cerita disebalik tabir perkahwinan ini

tapi masa ini belum ada mood lagi

apapun saya yang penat letih dan juga poket kempis juga

what to do, sapa lagi nak ke hadapan jika bukan saya

kami 5 beradik, dah tinggal 4 ditolak bapak yaya

tolak pulak abang saya yg kawin tu memang takde duit

sebab belah perempuan ajak kawin dipercepatkan  (mungkin faktor usia)

maka abang hanya dapat kumpul RM6,000 hantaran

RM1,500 mas kahwin

juga barang2 hantaran (handbeg, kasut dsbg)

maka selainnya itu, siapa lagi? kalau bukan cik siti ni....

harap allah jer yang membalasnya dan memberikan kebaikan atas korban ini

bukanlah harap dia membalas cuma harap kebaikan yang dicurah dihargai

okay nanti sambung citer lagi

sebelum tu, saya masih terkagum dan terheran juga rasa ajaib atas perkahwinan ini

inilah namanya jodoh ditangan Allah



Ini abang saya dan Nor salwa Dato' Ahmad Rauhi




Salwa hanya sediakan pakaian jer mak andam takde so abang ipar saya jadi pak andam


saya sebenarnya happy sangat bil abang saya kawin sebab mak saya tak payah susah hati fikir hal dia lagi





Perkahwinan yang pada saya grand dan di luar jangkaan kami adik beradik, majlis dibuat di dewan bandaran Ipoh. Ni semua anak sedara  yang takde adalah Yaya dan adik beradik dia (4 orang) serta Angah (adik Along) sebab dah masuk Unimas 8 september lepas


Masa upacara batal air sembahyang, sarung cincin, rumah pengantin perempuan adalah sangat simple sungguhpun pengarah pelajaran perak


Mak saya makan atas pentas utama bersama pengantin...sian dia dah macam rusa masuk kampung pun ada....tapi takper pengalaman tu


Memandangkan tetamu tak putus2 dan sangat ramai sampai jam 3 petang maka kami terpaksa balik dan memandangkan tetamu banyak dato' dan Vip so mak ayah salwa tak dapat langsung layan kami. kami ambik gambar dengan pengantin lepas pengantin round satu dewan salam tetamu....

 

Ini pentas utama ...cantik tapi saya tak naik langsung dan tak ambik gambar pun kat situ....

Wassalam