Showing posts with label introspeksi. Show all posts
Showing posts with label introspeksi. Show all posts

Thursday, December 28, 2006

Kealpaan saya

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, December 28, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


sebenarnya baru saya tahu bahawa ramai rupanya yang membaca entry2 saya sebelum ni. Sebenarnya saya ni hanya syok sendiri jer tulis2 entry ni, lepas geram dengan andaian tak ada orang ambik kesah dan saya malas nak fikir samaada ada orang nak baca atau tak baca... lantaklah... tu sebab adakalanya saya tulis tu 'daring' jer sebab main taip je apa yang terlintas dalam kepala.


Yelah.. dulu saya wartawan kan, walaupun nampak macam ayat tu tersusun dan cantik macam dah diedit2 je sebenarnya tulah tulisan saya yang ditaip terus (dengan kesalahan ejaan) dan terus dipublish. Kalau ramai perasan saya sengaja tak tinggalkan ruangan untuk comment sebab sya malas nak layan komen2 ni takut saya lagi jadik tension dan tak pasal2 menambah masalah dalam hidup saya dan juga nantinya kalau ada komen buat saya jadik serba salah nak tylis secara telus (transperent) dari lubuk hati saya yang dalam... dari nak release tension tulis blog tapi jadi harulah pulak kalau ada komen2 yang mengkritik. Pendek cerita saya tak letak untuk komen. Senang!



Rata2 entry saya, saya publish terus dan malas nak baca balik dan edit sebab tak punya banyak masa. Tapi saya selalulah juga cek kat profile tengok berapa yang visit blog saya. nampak macam bertambah tapi saya takdelah ambik pot sangat. Tapi malam ni saya terlintaslah pulak nak belek2 apa yang ada kat dashboard (selain tukar template) rupa2nya dek kerana kealpaan dan 'kedunguan' saya pasal blog memblog ni saya tak perasan ada tulis kat situ "moderate comment"...laaah banyak rupanya comment kat dalam tu.


Tima kasih..tima kasih...tima kasih ...tu je dapat saya ucapkan sebab semua komen tu baik2 belaka dan buat saya terharu. Dan ada juga nasihat/teguran yang berguna buat saya jadi makin insaf atas keterbukaan saya. Saya tegaskan disini bahawa entry2 saya itu hanyalah semata2 kata hati berbaur nafsu ammarah saya tapi saya zahirkan secara jujur tanpa ditapis oleh saya sendiri dan juga mungkin pada masa sama dipengaruhi oleh unsur2 yang dimarakkan oleh syaitan laknatullah! Percayalah tulisan2 itu semua cerita yang benar belaka (ada yang tanya ini kisah benar @ tidak?)tetapi INGAT!!! ia adalah dari sebelah pihak sahaja, iaitu saya... jadi mungkin ada yang berbaur emosi yang sangat sangat sangat tidak stabil dan banyak juga entry2 tak stabil tu saya tulis masa "bendera merah"... maklumlah perempuan itulah sifat negatifnya yang menghalang ia jadi pemimpin dan kerana mulut juga ramai wanita tinggal dalam api neraka. Nauzubillah hi minzalik!



Satu lagi, sebab saya baru perasan adanya komen2 ni disaat hati saya "sudah berbunga" dan ammarah pada suami pun reda, maka saya mohon maaf pada pembaca2 sekelian kerana sikap saya yang buruk ini mungkin menyebabkan anda juga berfikiran buruk terhadap suami saya. Bukan , bukan tujuan saya membela dia tapi ingatlah (untuk saya) kita isteri bukan selayaknya menghukum suami, biarlah Allah yang menilainya, suami hanyalah perantara Allah untuk menguji insannya...sama juga mungkin saya ini perantara yang diberi allah untuk menguji suami. begitulah kaedahnya...andai berjaya melalui ujian ini maka syurgalah ganjarannya. Agaknya saya banyak merapu akhir2 ni (lepas suami sakit) pasal dah kurang kena tarbiyah agaknya... dan amal pun tak jaga.



Alhamdulillah selepas berjumpa suami selepas sebulan tidak berjumpa, kini saya dapat menyesuaikan diri dengan jadual baru. kalau sebulan dulu, setiap rabu dan sabtu suami datang ke rumah saya tapi kini hanya sabtu dan ahad agaknya...hari isnin lepas saya mengambilnya juga walaupun tak tau macamana kaedah nak hantarnya semula keesokannya disebabkan keesokan harinya saya terpaksa bekerja, jadi suami terpaksa diambil oleh madu saya semula dari PD pada 10 pagi tu untuk bawa balik ke PD. Memang saya sedih tapi itulah kos melepas yang saya terpaksa bayar kerana saya bekerja sedangkan dia tidak. Bukan saya tidak sedih kerana tidak dapat khidmat suami tapi Allah lebih mengetahui perasaan saya.



memanglah nampaknya saya ambil suami bila saya berkehendak sahaja tapi apalah daya saya pada masa ini. Saya kini sudah tidak meletak harapan yang kehidupan kami boleh balik seperti dulu, yang boleh saya buat dalah saya menyesuaikan diri dengan suasana baru ini secepat mungkin. Apapun sekarang ini hari bekerja saya tidak ada kerunsingan memikirkan suami seperti dulu, kini kalau saya tak call sehari pun saya boleh bersabar...asalkan saya tau bahawa walaupun saya isteri kedua tetap ada dihati dia cuma dia tidak menzahirkannya.



Sepanjang sebulan tidak berjumpa aadlah beberapa kemalangan kecil berlaku pada dia dan saya, saya tengok jari ibunya kukunya hitam katanya tersepit pintu kereta dan ada kecederaan pada kakinya, saya pula beberapa kali kemalangan kecil dengan kenderaan lain jadi saya katakan padanya itu semua kifarah Allah agaknya perbuatan kita, senyum dia tanda setuju. saya katakan juga saya tidak gembira sepanjang dia tidak ada, buktinya saya banyak habiskan masa manjahit langsir dan mengubah susunatur perabut rumah, dia senyum sekali lagi (tak taulah apa bermain dikepalanya) agaknya kali pertama jumpa selepas tsunami besar ni dia ambil pendirin berdiam diri jer... tapi adalah satu part tu saya tau sesungguhnya dia masih sayang saya....saya yang berburuk sangka... masyaallah betapa buruknya saya ni...moga allah ampunkan saya.



Apapun , sekali lagi saya memohon izin pada tuan-tuan dan puan-puan untuk menyatakan di sini bahawa sesungguhnya banyak kenangan manis dan bermakna dalam hidup berrumahtangga saya sebagai isteri kedua cuma selepas tarikh 25 Jun 2006, segala-galanya berubah selepas suami saya diserang stroke. Tarikh ini tidak lama selepas saya membuat blog ini... agaknya kalau dari dulu saya telah catatkan semuanya disini banyaklah benda baik pasal poligami ni dapat saya sebarkan... bukan galakkan tapi menyatakan yang betul supaya tanggapan negatif masyarakat (khususnya bloggers) pada poligami tidaklah terlalu negatif.


nantilah sat lagi saya taip tajuk 10 dalil tuuuu.... sementara Hani tengah mood baik ni, sebab malam susah sikit nak mengadap PC pasal dia asyik bebel "Ammie mehlah peluk kakak" takpun "Ammie,mehlah kita gelak2" tulah aktiviti kami dua beranak malam-malam peluk2, geletek2, cium2 pas tu gelak2 sebab sesiang-siangan dia dah duduk rumah mak ros. Saat2 inilah saya kesian tengok Hani kadang tu, anak2 kat sana dapatlah main2 dengan ayah, dia dapatlah semalam je seminggu, tu pun bukan dia nak duduk kat ayah, hanya ikut ayah gi surau jer...



Sekali lagi silalah terus baca kalau sudi dan ambillah yang baik2 saja buat pedoman dan yang buruk tu sesungguhnya kelemahan diri saya semata-mata. Sekiaranya nak tinggalkan komen pun boleh juga atau boleh juga email saya di email tu... hanisumayyah@hotmail.com. Minta izin tangguh dulu...



Suara hati dan pemikiran siti detik 12/28/2006 09:30:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi



Wassalam

Friday, December 22, 2006

Introspeksi

Assalamualaikum w.b.t


Friday, December 22, 200
Bismillahhirrahmanirrahim

Introspeksi atau muhasabah atau menilai semula semua itu membawa makna yang hampir sama.Islam menganjurkan kita bermuhasabah setiap malam sebelum tidur dan meminta maaf dengan orang terdekat (suami cnthnya) dan pada masa sama kita sedia memaafkan dosa2 org lain pada hari berkenaan. Saya selalu juga terlupa buat begini malah buat muhasabah sebulan sekali pun payah. Cumanya bila tiba maal hijrah saya selalu ingat apa kebaikan yang saya dah buat tahun tu dan apa keburukan yang saya perlu tinggalkan dan perlu berhijrah untuk tahun hijrah berikutnya terutama tentang amal.

Tapi sebaliknya kalau kita lihat dari aspek kerja kita (baca;saya) memang buat introspeksi ni setiap hujung tahun, cnthnya bila kita isi borang prestasi, kita akan tengok semula adakah mencapai SKT tahunan dan apa pula SKT tahun berikutnya. Disamping tu saya juga akan mengemaskini buku rekod perkhidmatan adakah kerani perkhidmatan dah kemaskini dengan memasukkan semua kursus2 yang kita hadiri dan juga masukkan butir2 kenaikan gaji, keputusan peperiksaan dan juga baki cuti. Malahan muhasabah mingguan berkaitan kerja juga tidak ketinggalan, setiap Jumaat unit saya iaitu siasatan akan membuat mesyuarat Pemantauan KS, setiap 2 minggu pula membuat mesyuarat JMM (J/kuasa menilai maklumat-semua aduan/surat layang/panggilan telefon)akan dinilai kualitinya samaada ada kes untuk dibuild up @ maklumat merapu.

Bagi SIO pula perlu disediakan laporan unit masing2 setiap suku tahun untuk dipersembahkan oleh OC pada mesyuarat pengarah2 setiap 3 bulan. Malahan setiap Jumaat terakhir setiap bulan pula diadakan mesyuarat bulanan-pagi urusan pentadbiran, tengahari raikan h.jadi kakitangan dan petang pula menilai prestasi bhgn operasi iaitu siasatan dan perisikan. Semuanya lengkap dan teratur. Itu kalau bercakap tentang peraturan dan prosedur manusia.

Tapi untuk akhirat apa persiapan saya(dan anda juga)?

*Adakah saya menilai amalan saya setiap hari, minggu, bulan suku tahun & tahun?
*Adakah saya mesyuaratkan dengan orang terdekat setiap bulan-suami, kawan2 pejabat,keluarga apa prestasi saya, baikkah saya ni, terukkah saya ni?
*Adakah setiap masa saya bertanya dengan suami (kan syurga isteri dibawah tapak kakinya?) tentang prestasi saya sebagai isteri, kena baiki lagike, masak tak sedap ke, khidmat tak cukupke atau kena makan jamu rapat/kuat ke???
*Paling penting pernah tak saya tanya dengan diri soalan2 ni:
1. Dapat jaga solat awal waktu?
2. Adakah saya istiqamah membaca Quran dan menambah ilmu?
3. Dapat jaga zikir 300 pagi & 300 petang?
4. Dapatkan saya amalkan hidup sederhana?
5. Mampukah saya didik anak ikut sunnah?
6. Apa sumbangan saya untuk menyemarakkan dakwah? sedang ramai kawan2 seagama kita yang dikabarkan telah menjadi murtad dan kafir ...nauzubillah!

Itu ...yang itulah yang saya patut fikir lagi dan lagi...bukan sahaja masalah diri ini yang entah bila selesainya, biar Allah lah yang tentukan penghujung rumahtangga saya ni. Terasa macam sudah jauh dengan isu pokok yang sepatutnya saya perlu lebih bimbang iaitu tentang soal iman, tentang soal hati & perasaan ini hanyalah soal furu' (cabang) sahaja bukan soal pokok. Sedang saya berhempas pulas memikir masalah rumahtangga ini, suami saya saya lihat tenang sahaja masih terus membuat dakwah (minggu lepas dari kawannya seorang pensayarah politeknik)memaklumkan saya dia tetap keluar membuat dakwah walaupun dalam keadaan bertongkat. Agaknya dia pun doa hidayat untuk buka pintu hati saya yang sangat degil ni...(kalau benar begitu terima kasih bang....)

Tika ini sedikit demi sedikit saya mula introspeksi dengan berfikir banyak juga permintaan (arahan?) suami yang saya pandang sepi dan kalau membuatnya pun untuk memuaskan hati suami tetapi itulah kalau sesuatu itu tidak datang dari hati tentu tidak jadi istiqamah sebab kita tidak benar2 ikhlas. Itulah yang dia agaknya hilang sabar dengan saya ni...Tidaklah berat permintaan dia sebenarnya cuma saya ni yang kurang ambil peduli dan banyak ikut kata hati.

Mungkin perbezaan usia 18 tahun agaknya menjadikan jurang pemikiran kami berbeza apatah lagi dia sudah menjangkau 50 pada tahun ini sedang saya pula baru meniti 32 tahun (dah tua juga rupanya saya!)dan sedang memantapkan kerjaya (kononnyalah ni...nak naik pangkat cepat). Agaknya Ct N'liza bagaimana, lagi besar jurangnya! Waktu kenal dahulu saya sudah putuskan dalam hati kalau inilah jodoh yang Allah beri saya bersyukur sebab saya mahu cari suami untuk akhirat bukan semata2 bahagia di dunia sahaja. Dia pilihan saya sebab dari belajar di U saya sememangnya berdoa sesungguh2nya kepada Allah untuk mendapat jodoh (walhal pada masa tu memang tak berkawan/bercakap dengan lelaki langsung-kecuali perlu) dan supaya pertemukanlah saya dengan seorang lelaki yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat, pastinya saya mahu seorang yang serius dalam kerja agama (masa tu di U kan ada pelbagai jemaah spt Abim, Pas, JIM dll) jadi ini sebagai satu rangsangan kepada saya sehingga saya juga mahu lelaki yang ada mengalir darah gerakan dalam dirinya, saya mahu bersuamikan seorang pejuang agama, ikut jemaah ada idealisme. Pada masa itu tidaklah pula terfikir bersuamikan seorang tabligh, sebab di U ni ada juga gerakan Tabligh ni tetapi hanya lelaki je terlibat itupun secara senyap2 kita yang perempuan kenal pun melalui janggut yg dibiar tidak ditrim (PAS & ABIM & JIM boleh dikenalpasti krn bezanya janggut ditrim).

Bahkan pada masa itu lebih fokus lagi saya berdoa supaya Allah berikanlah saya seorang suami yang ikut gerakan, ada janggut, sangat baik hubungannya dengan ibunya dan boleh memaksa saya mengikut syariat-solat, aurat (satu bonus kalau saya dapat suami yang boleh buat saya mahu pakai purdah), boleh bimbing saya dan saya yakin dengan dia (saya ni jenis pandai cakap... (ye ke?) calang2 orang kalah berdebat dengan saya, itulah sebab saya tak sesuai berbincang dengan rakan sebaya (perbincangan hambar-diorang kurang ilmu kot!)tetapi satu yang saya lupa untuk nyatakan pada ALLAH dalam doa saya iaitu saya mahu yang BUJANG! Semua itu akhirnya saya dapat kecuali BUJANG, saya dapat suami yang setiap kali call saya tanya, dah solat ke?, setiap kali jalan, tak masuk waktu kami dah ada dimasjid, ke ceruk mana pun pergi solat tetap diutama, juga belikan saya jubah & purdah (cuma tak paksa pakai pada masa ni, tapi madu saya memang pakai purdah sejak suami belikan kami serentak purdah tu) malahan suami saya juga sangat baik dengan ibunya malahan dialah satu2nya anak (dari 4 beradik seibu sebapa, sebapa sahaja ada 28 adik beradik dari 4 ibu) yang ikut ibunya bila ayah/ibu berpisah dan masing2 berkahwin lain, suami saya juga memasak/mengemas dan jaga adik2 dari bapa tirinya dari kecil sebab ibu mertua saya kerja dirumah orang.

Ya, Allah bermurah hati beri apa yang saya minta, semua saya dapat apa yang saya minta malahan suami semasa sihatnya lebih banyak ke dapur dari saya malahan langsir di rumah pun dialah yang jahit... sehingga saya membuat rumah terbuka hari rayapun semua hidangan dialah yang masak baik main dish maupun desert! Memang semasa sihatnya dia berbeza dari sekarang, banyak perkara dulu dibuat sekarang dah tak boleh!

Agaknya sekiranya saya berdoa minta suami yang hensom, kaya, bujang, romantik pasti juga Allah akan beri, insyaallah. Tapi saya tak minta,kan? Saya dapat apa yang saya minta! Kenapa sekarang saya nak tolak tepi pilihan jodoh yang Allah beri pada saya tu? Kenapa, kenapa, kenapa? Agaknya sebab nafsu muda? Iyeke? Suami saya tidak pernah minta banyak dari saya setiap kali kami bergaduh atau bertengkar, benda yang dia minta sama sahaja setiap kali itulah dialog yang diulang-ulang...sampai saya pun dah boleh hafal dan tau apa yang dimahunya tapi saya tetap beri alasan lagi dan lagi...

Buat pengetahuan semua, suami saya dari dulu minta saya untuk buat nbeebrapa perkara pada dia, tapi bukan untuk dia semata2, dia kata dia tak mahu tanggung dosa dek kerana saya nanti dia terima dosanya... memang logikkan??? Katanya lagi, melangkah sahaja seorang isteri keluar dari rumah apa sahaja dosanya akan turut ditanggung suami. Dia mahu saya ikut syariat- tutup aurat yang penuh, macam isteri2 sahabat, dia selalu tegur saya tak pakai stokin, memang betul kadang2 nak cepat, stok stokin habis semua kotor, kadang2 semasa berjalan licin kalau silap2 pakai sandal bertumit tinggi, pas tu kalau kasut tinggi yg potongan moden tu tak sesuailah pulak pakai stokin (bukan sarung kaki, tau!), tapi ni sebenarnya alasan semata2 dek kerana hasutan syaitan, dia juga minta saya pakai tudung yang labuh tu, kalau boleh lerang 60", bukan tudung bawal potongan terkini tu... dia kata jarang nampak batang leher! Saya jawab, "kan wa selempangkan tudung ni, takdelah nampak leher". "nampak!" dia kata, dulu bila dia ada kalaulah pagi nak gi kerja tu kebetulan giliran saya, saya pakailah tudung lerang 60" tu tapi kalau dia takde keluarlah semula stok tudung bawal tu... dia tak selalu tegur tapi kalau gaduh itu2 juga dia ungkit.

Salah siapa???saya, kan...Dia minta saya kurangkan komunikasi dengan lelaki, katanya "jaga maruah isteri... tempatnya di rumah, abang izin kerja tu pandai2lah jaga, jangan nak tergedi2 depan pegawai lelaki". Waklaupun dia tak nampak keadaan saya di pejabat tapi kadang-kadang pasal mulut tempayan saya ni rajin pulak citer kat dia, sekarang ni demi rumahtangga saya selalu tutup mulut rapat2 kalau gi menyiasat kat luar berdua dgn pegawai lelaki takde lah nak gatal citer2 lagi kat dia.

Tambahan pulak perlu diingat, bidang kerja saya ni selalu kerja 24 jam, duduk dipejabat pun majoriti lelaki kadang tu sehari semalam, macam-macam boleh jadi, kan? Dulu 3-4 tahun lalu ye, saya bukan senior orang bawah je(ketua unit biasa, ada pegawai lelaki (SSIO) atas saya yang saya rapat (diorang ni kadang tu rajin sembang/gurau (18sx) walaupun saya tak layan tapi sekarang ni takdelah sebab "AKULAH BOSS!" Sekarang ni bawah saya ramai lelaki tapi siapa berani dekat/gurau2 dengan "super senior investigation officer"(SSIO), rata2 bawah saya ni 20 an, yang paling muda 22 tahun, 4-5 orang 25-29 tahun, bujang lagi semuanya, sorang je lelaki dah kawin, 34 tahun tapi dia ni pun hormat saya... tak berani gurau (18sx) ler..! Saya pun dah bertambah garang banding dulu...bukan apa tanggungjawab makin besar, kerja makin berat, ilmu pun adalah bertambah sikit2, kenalah org bawah hormatkan, kan? (ada jugak yang kuran asam!)

Dulu tu, sekali lagi mulut tempayan saya ni ada juga tercerita kat suami yang saya ni rapat dengan pegawai lelaki kat pejabat ni nama Tuan K, ke mana2 kami selalu berdua (menyiasat tau, bukan berfoya2) almaklumlah kalau menyiasat sorang boleh jadi tohmahan. Takut2 ada kes jadi takde kes plk! Lagipun masa tu saya mengandung dan lepas tu pulak ada anak kecio malas nak drive jauh kalau gi buat siasatan, Tn K ni rajin bawak keta dia, so macam ngamlah pulak. Bukan kata saya rapat sangat mesra2 ngan dia tapi saya selalulah jugak citer perkembangan kat pejabat dpn suami dan nama Tuan K tak miss saya sebut! Dia (suami) sudah suspect saya rapat dengan ini Tuan K, cover punya cover pun tak dapek den nak sorok, Tuan K ni plk rajin SMS saya, dia ni slalu tido off, kalau ada ops lagi tak balik pasal dia berulang dari Melaka. satu hari tu dia cek sms dlm hp saya gunung berapi sudah meletup, ada plk sms Tn K yg isinya bukan pasal kerja tp personal... dia marah dan nak ceraikan saya, dia memang serius part2 ni, bukan main2, tak hormat suami, perlekeh suami dan tak jaga maruah suami, kata dia, mula tu dia tak balik 13 hari pas tu ajak gi pejabat agama pulak. takutnya saya...dia pulak nak tuntut hak penjagaan Hani tapi last2 dia lembut hati dan alhamdulillah Tuan K kena pindah sebab dapat naik pangkat dah...tutup satu cerita. Hal lelaki sekarang tak jadi isu lagik...

Sekarang pulak dia asyik highlightkan isu saya tak hormat dia, tapi kan hormat ni subjektif kan??? Kadang saya rasa dah hormat sangat2 kat dia, buatkan air, cakap lembut, urut dia, call tanya kabar, macam2 dah... pun dia kata masih tak hormat dia. Alasannya dia kemukakan contoh2 saya tak hormat dia, kadang2 mulut tempayan saya sekali lagi tercerita saya gi sana, sini selalunya shopping komplekslah tapi tak mintak izin, pas tu kadang2 bila giliran sini dan dia dah sampai rumah saya tak balik2 lagi dr pejabat, dia ada di rumah kadang tu saya pulak yg kena panggil gi office, tiggallah dia kat umah. Lepas tu dia kata saya dulukan kerja dari dia. Ada tu, saya bagi kawan yg terdesak pinjam duit dia kata dengan dia saya berkira pun jatuh kategori tak hormat jugak. Bila raya tahun lepas saya belikan suami mak ros baju, dia saya tak belikan pun tak hormat. Subjektif sungguh, nampak sangat frame or reference dia tentang hormat jauh berbeza dengan saya!

Tapi banyak jugak benda dia nak saya belikan, dari awal kawin dulu dia minat sungguh test kerusi urut kalau kami lalu kat Ogawa ke, ntah apa2 lagi brand barangan kesihatan ni, jadi saya tau yang dia minat benda tu tapi tak mampu, so awal tahun ni saya belikan kerusi urut tu, RM3,700 lagi, dah tu belikan pulak alat urut yang letak kaki tu RM1,000 lebih, tambah lagi alat bebola urut pakai tangan brand ogawa jugak RM299. La ni siap saya beli dengan alat2 ukur BP semua, hamparan jalan untuk reflexsologylah maklumlah dah jadi ahli kelab VIP Ogawa, dapatlah diskaun! Malahan 2 tahun lepas, dia cadangkan kami beli katil king sebab biar kami sama Hani tidur selesa sikit, bukan aje King saya beli tapi katil saiz master king lagi siap dengan cadar RM2,700. Tapi saya tetap sayang bedroom set yang suami belikan lepas kami nikah di Yala tu, walaupun hanya solid rubber wood dengan harga satu set RM2,700, tapi tilamnya saya suka sangat sebab jenis Chiropractic yang support tulang belakang sesuai sangat dengan orang yg selalu sakit pinggang mcm saya! (Ni nak bgtau dia kata dia beli bedroom set brand Novelle kat 1st wife rega dia jer lebih RM 5K, saya dapat solid rubber wood jadilah) Tu lah saya nak kata apa lagi yang saya tak buat, dari segi kebendaan habih dah saya buat... oh ye dia jugak suka sofa full leather..hah saya beli gak masa tahun 2003 tu RM3,500 satu set 123. Hah bulan Mei hari tu gak saya belikan dia Laptop baru sedang saya beli desktop jer (tu pun paksa diri beli pasal nak masuk internet kat umah dan taknak salahguna harta pejabat) Tapi tulah kata dia, dia cadangkan saya beli barang2 tu semua pasal nak saya puas hati&bahagia tapi tak bahagia2 jugak bila tengok barang2 tu lagi menyemak ada, hah ada orang nak beli barang2 ni second hand, tak? Angkat tangan... contact email saya!!! hahaha...

Satu hal lagi, saya jugak yang degil, dia minta saya baca Quran tiap2 hari, solat awal waktu, zikir pagi petang, pun saya masih culas jugak. Alasan saya sibuk, kalau lepas maghrib hari2 ngaji nampaknya tak dan (sempat) nak masaklah... tu jawab saya, saya ni tak taulah makin lama makin liat nak buat amal, memang macam main2 dengan suruhan Allah ni, ini memang saya tau... saya akan ubah ini tahun jugak!!! Saya juga tau suami saya sebenarnya mahu saya jadi seorang isteri yang baik bukan cantik, menggoda, bukan isteri yang banyak duit, juga dia tak pernah kisah saya gemok/kurus, sepah/kemas, seksi/selebet, yang dia tahu dia mahu isteri yang dibanggakan dengan amalnya dan dia selalu kata buatlah apa yang Allah suka, dia akan suka. Agama tak perlukan kita, kita yang perlukan agama yang suci ini kalau sayangkan agama ikutlah syariatnya....

Sekianlah catatan saya pada pemikiran pertama saya selepas saya introspeksi masa silam, tanpa diedit ini... kalau salah itu kelemahan saya, mana yang baik dari Allah jua.

P/s : saya juga doa masa mengandung mahu dapat anak perempuan yang putih (saya hitam manis), berambut kerinting, berlesung pipit macam ayahnya... semuanya Allah makbulkan sehingga orang kata itu bukan anak saya paasl takde rupa langsung... betapa pemurahnya Allah kepada saya, bukankah saya wajar mensyukuri nikmatNya dan wajar juga tambah anak lagi...ada kawan kata beranaklah lagi (macam senang je beranak ye?) sebab saya dapat anak cantik...dan baik dan cerdik ( hahaha....saya perasan lagiii!)
Suara hati dan pemikiran siti detik 12/22/2006 12:41:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi
Wassalam

Friday, September 8, 2006

Buku catatan baru

Assalamualaikum w.b.t

Friday, September 08, 2006


Hari ini sebagaimana semua tahu, kita mendapat buku catatan baru kerana catatan bagi setahun yang lalu telah dihantar untuk dinilai. Kalau saya nak muhasabah semula, setahun lalu rasanya lebih banyak dosa dari pahala. Justeru malam tadi saya azam untuk mulakan catatan dalam buku saya dengan amalan-amalan baik. Seboleh-bolehnya setiap inci ruang dan masa saya akan manfaatkan untuk sesuatu yang bermakna untuk kehidupan selepas ini. Malam tadi adalah malam nisfu syaaban dan selepas solat maghrib saya menbaca Yasin 3kali untuk dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ditingkatkan iman. Selepas itu, seya membaca hadith-hadith nabi semoga nur hadith itu akan menyelinap ke seluruh ruang rumah saya.



Pagi ini pula jam 4.30 pagi saya sudahpun bangun dan saya memulakannya dengan solat tahajud dan kemudian solat hajat sebelum saya kemudiannya menunaikan solat subuh. Walaupun semuanya nampak zahirnya benda-benda baik yang saya lakukan tetapi sebenarnya kita tak tahu penilaian Allah, hanya amalan yang ikhlas sahaja diterima Allah. Sedekah emas sebesar gunung Uhud sekalipun jika tidak ikhlas tidak ada nilai disisi Allah. tetapi jika sedekah sebesar biji sawi tetapi ikhlas Allah akan bagi ganjaran sebesar Gunung Uhud.



Ikhlas ini adalah seperti semut hitam dimalam yang gelap di dalam gua yang kelam dan hitam... ia memang sukar untuk dipandang dengan mata kasar.



Suasana dan aura dipejabat mengubah mood saya hari ini, saya putuskan untuk tidak menghadirkan diri membaca yasin dan itu mungkin satu keputusan yang silap. Jam 10.00 pagi mesyuarat pemantauan IP (Investigation paper) teruk saya dibelasah kerana masih ada laporan-laporan yang tidak disiapkan. Sejak suami sakit, pindah rumah dan sekaligus saya membuat pendakwaan banyak kerja seharian saya tertunggak. Saya GAGAL menguruskan masa saya, saya terlalu leka dibuai perasaan sedih, terlalu mengikutkan badan yang letih dan saya suka bertangguh. Tentulah pengarah bersuara kerana mahu mendidik dan membentuk saya. TAPI dalam hati saya mengomel (perlahan) betapa saya benci, menyampah, meluat dan tak mahu berada dalam bilik itu. Saya mahu lari jauh dan jauh.



Alangkah bahagianya jika saya boleh berada di sejadah mengaji dan solat dan zikir dan muhasabah dan fikir dan insaf dan tahu bahawa hidup ini sementara... takde sesuatu yang boleh digambarkan tentang betapa nikmatnya syurga dan betapa sengsaranya neraka. Kalaulah kita tahu pasti kita didunia ini berebut-rebut untuk masuk syurga Allah.



Saya juga ingin begitu Tapi tak mampu. Kadang-kadang saya rasa tak punya masa untuk beribadat dengan tenang pada masa sama satu ibadat yang mengesankan hati kerana saya terlalu sibuk dengan dunia ini.... bermatian-matian membuat kerja tidak tidur siang dan malam, berusaha sungguh-sunggub mencari salah orang sehingga boleh didakwa di mahkamah dunia, mengorek hal-hal peribadi luar dalam kain orang semata-mata mencari bukti bahawa apa yang mereka dapat bukan hak mereka, Tapi saya sendiri tidak menunaikan hak ibubapa, hak suami, hak jiran, hak anak, hak kawan-kawan... saya tak punya masa ikram mereka... saya sibuk dengan dunia saya.



AKHIRNYA, apa saya dapat, saya tak dapat apa-apa saya hanya dapat kata-kata mengutuk, marah, ugutan, kejian dan menuntut saya membuat segala-galanya... apa saya sumbangkan tak pernah dipuji... malahan saya dimalukan (patutke saya malu?) didepan anak-anak buah! Kerja saya tak pernah selesai, habis satu datang dua dan tiga dan empat.... sedang saya ini kerdil begitu kerdil untuk melunaskan sesuatu tuntutan dalam satu tempoh terhad.



Tapi tidak begitu kalau kita kerja untuk Allah, Allah tak pernah marah saya... tak pernah ugut saya walhal yang diberinya terlalu banyak. Saya tak diuji dengan ujian yang maha berat, setakat suami sakit, saya tidaklah terlalu terkesan selagi suami saya boleh beramal dan berfikir, itu masih okay. Anak tak pernah sakit... rezeki tak pernah putus. Tapi saya kerja dengan manusia, tak pernah pengarah saya puas hati dengan kerja saya, malahan leteran dan bebelannya berlanjutan dari hari ke hari sejak lebih setahun lalu berkuasa di negeri ini.


Mungkin kutukan saya dan rakan sepejabat telah berbakul-bakul terhadapnya namun dia tak pernah berubah malahan kerakusannya mengawal, memerintah, mengarah, membebel, mengugut, menggertak dan menggunakan kuasanya membuatkan kami sentiasa panas punggung sekiranya dia ada di sini.



Ampun Ya Allah, hambamu ini lemah dan kerdil hanya manusia biasa. Tak mampu nak memenuhi segala-galanya. Bukan mahu kufur nikmat Mu tetapi adakalanya Ya Allah kau berilah ruang untuk hambaMU ini bernafas supaya dapat Ku atur hidupku ini. Aku mahu masuk syurga Mu Ya Allah. Pandanglah pada HambaMu ini...


AKU MAHU BERHENTI KERJA, YA ALLAH... BERILAH AKU RUANG LAIN MENCARI REZEKI DIBUMI YANG LUAS INI.


Suara hati dan pemikiran siti detik 9/08/2006 12:52:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi



Wassalam