Sunday, July 31, 2011

Memandang ke hadapan sambil menoleh seketika ke belakang

Assalamualaikum w.b.t


Belum setahun pun rasanya ramadhan yang lalu

ramadhan dan syawal yang menjadi ttik tolak kepada perpisahan ini

Ramadh yg  lepas dimana pak hj bagitau nak pindah ke penang

Then raya kedua rupanya dia terus pindah ke sana

sekejap jer kan?

Dan selepas itulah rentetan pergaduhan on and off

sehinggalah berkeputusan dengan penceraian

Segalanya begitu pantas

saya suka mengenang kisah lalu

Lagi-lagi saat-saat seperti sekarang

Kenangan lalu itu indah adakalanya

Tu sebab saya suka kenangan lalu yang indah

Yang buruk dan busuk tu saya dah lupakan pun :-)

Tadi siang saya berdua bersama hani membelek album lama

Indah sangat saat-saat menyelususri kelahiran dan pembesaran dia

Jika orang lain mungkin akan buang atau koyakkan gambar2 kenangan bersama bekas suami

bagi saya tidak perlu semua itu

Kerana disebalik gambar-gambar itu semua terselit kenangan indah dan punya cerita tersendiri

Tak susah mana dan langsung tak sukar bagi saya

Untuk lupakan segala perbuatan ayah hani yang teruk2 pada saya

Yang dok dalam kepala ni semua yang baik2 jer

Jadi pada masa ini takde masalah untuk saya berhubung sms dengan ayah hani

Tetapi hanya sekitar hal hani sahaja

Perbincangan tentang hani yang akan masuk madrasah hujung tahun ni

Itu perancangan kami

Jika diizin Allah

Pada masa sama saya juga sudah mula memikirkan tentang perkahwinan abang saya

Abang yang umur 42 tahun baru mahu berkahwin

Masalahnya dia hanya punya RM2K utk belanja kawin (hantaran dan cukup)

Dapat apalah dengan RM2k itu?

Memandangkan dia juga perlu meyediakan wang hantaran

Dan mak saya serta abang ipar dah mendesak2 nak kahwinkan cepat

Maka tak sempat nak kumpul duit lebih banyak lagi

Ada ura2 nak tangguh ke bulan 10 tapi mak saya tak setuju

Maka teruskan juga tarikh 17 September dan belah perempuan 10 September

Berjarak seminggu

Dipandang pada mata kasar tidak lain dan tidak bukan

Sayalah yang terpaksa berkorban

Nak diharapkan siapa lagi

Abang ipar (ayah along) mungkin boleh membantu

Tapi seminggu sebelum tarikh abang saya kahwin anak nya no 2 (angah) nak masuk universiti pulak

Dahlah di Sarawak nunnnn

Tentu pakai duit banyak.....

Kakak atas saya (salmah) juga tak berapa nak boleh harap....

Dengan 4 anak bersekolah, dan coming soon nak beranak pulak, mana nak cekau duit

Nak taknak mak saya bercerita pada saya jerlah

Nampak gaya abang ipar nak mengelolakan kenduri ni ikut acuan dia

Kata saya pada mak, agaknya dia nak berlatih uruskan kawin sebelum dia uruskan betul2 kawin anak dia nanti (along)

Dan dia call saya minggu lepas tanya "siti, berapa kau nak bagi bang ajid nak kawin ni?"

Pada saya soalan tu macam tak relevan

Sebab saya sendiri tak tau berapa bujet yang diperlukan

berapa besar kenduri tu nanti

Setakat hari ni mak cakap nak buat kecik2 ajer, sebab bajet takde

Tapi dari gaya abang ipar tu mak saya kata dia macam nak buat besar, macam orang lain juga

Dan dah lantik diri dia jadi master mind

Rabu lepas saya ada balik kg sekejap

saya bincang dengan mak

saya kata mana yang boleh kita uruskan

Saya akan cuba tampung bayar sewa/upah tukang masak

Cuma kena tanya kos rempah ratus dan upah2 dia

Juga sewa canopy

Duit RM2,000 dari abang saya tu saya suruh mak ambik dan simpan dulu

Bukan apa, saya taknak lepas kenduri nanti macam2 cerita timbul

Biar kami setel adik beradik dulu

walau saya jauh saya akan cuba bantu mana perlu

Duit khemah, upah masak, goodies bag saya akan bantu

Untuk barang2 hantaran saya nak minta kakak salmah tu bantu

Mungkin untuk belanja masa malam inai besar tu kakak salmi dan suami dia tampung

perkakas bilik pun satu hal

Nampak gayanya banyak juga duit saya nak keluar ni

dan juga kos perjalanan masa kenduri belah perempuan harapnya pengantinlah tampung

Saya harus juga berjimat cermat

Sebab lepas raya juga projek buat rumah mak akan bermula

Tak sabar nak buat rumah tu

Satu sebabnya adalah nak bagi mak gembira

Kesian sangat mak duduk rumah kakak tu

Malas nak cakap, tapi tau2 jerlah perempuan mengandung dengan anak empat, sambung belajar buat degree, suami lak camtu....

Makanya banyaklah tugas rumahtangga terlepas ke tangan mak

Harap bila dah duduk rumah sendiri mak akan rehat serehat2nya

tumpu pada amal ibadah jer....

Kadang terfikir, orang lain bab2 camni tak perlu fikir dah

Tapi saya sampai ke sudah, perkara2 kecik macamni pun semua saya kena fikir

Saya kena korban, kadang fikir apalah nasib saya ni

Masalah saya sendiri orang (family) tak tau

Masalah diorang pulak saya kena tolong selesaikan

saya dah mula dedah sikit2 masalah saya di FB

harap kakak saya dapat hint bahawa saya dah bercerai

Biarlah dia buat andaian dahulu

kemudian dia tahu nanti takdelah terkejut sangat

pelan-pelan lah nanti saya cerita...

Kadang memang terasa hidup sangtat tidak adil

tapi atas dasar iman dan terima qadha dan qadhar Allah

saya anggap Allah sayang pada saya

Sentiasa beri ujian dan ujian itu tandanya Dia sayangkan saya

Cuma jauh sudut hati saya berdoa

Moga disebalik setipa ujian dan dugaan ini terselit inar harapan dan kebahagian

Moga2 ada sesuatu yang menanti di hadapan

Apapun, saya bersyukur kerana disudut lain banyak nikmat Allah kurniakan

Walaupun insan lain mendapat nikmat jauh lebih besar namun saya percaya

Bahawa setiap ujian dan nikmat yang diberi itu adalah berdasarkan kemampuan kita

Ujian tu lah yang paling sesuai untuk kita

Harap2 Allah terus menguji saya dan tidak melupakan saya dalam melimpahkan rahmatnya

Sangat teruja nak melalui ramadhan

walaupun sayu sangat sebab ramadhan ni kali pertama tanpa suami

Dan pastinya raya kali ini juga tanpa suami

Wassalam

Friday, July 29, 2011

Sudah habis eddah

Assalamualaikum w.b.t


Tak de benda baru yang berlaku dalam hidup untuk diwar-warkan

Macam biasa hidup saya tetap meriah

Meriah dengan kerja terutamanya

Juga meriah denga jerit pekik hani and yaya serta suara saya pagi2 kejut diorang

Segala masalah sungguh ada iaitu kesunyian masih juga melanda

Itu akan datang sekali sekala

Zaman bersuami dulu pun dah sunyi apatah lagi zaman ni

Tak dinafikan nafsu bergelora tu tetap ada, sampai rasa nak menangis (kadang-kadang)

Namun masih kuat, taklah sampai penasaran atau jadi mona gersang

Hidup tetap terus

Syukur dapat boss jenis kuat kerja dan jenis bagi kerja tak putus2

So kuranglah masa untuk berangan2 dan berkhayal

Masalah kesunyian berlalu macam tu ajer

Namun selepas habis eddah ni terasa macam dah sampai tahap nak gerak ke stage seterusnya

Terasa dah sampai waktu untuk berterus terang dengan keluarga takde apa nak dibimbangkan cuma kadang2 saya yang terlebih risau memikirkan apa yang mak saya akan fikir

Hakikatnya kalau saya cerita tentang keadaan sebenar pasti semuanya akan selesai bagi sahaja alasan yang rasional, betul tak?

Buat masa saya tak terfikir nak cari suami....

Sebab rasanya suami ni membebankan

Sejujurnya mungkin dah terlalu lama jadi isteri ke 2 dan selesa dengan keadaan itu

Jika diberi peluang memilih jodoh saya masih pilih untuk kekal sebagai no 2

Kalau takde jodoh pun masih boleh ajer teruskan hidup dengan hani

xtau apa masalah lappy ni cursor lompat2 jer so malas nak taip wpun banyak benda nak tulis ni

Tuesday, July 19, 2011

Nak mula menulis novel

Assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ni, lebih kurang awal bulan ni lah

Saya ada mesyuarat dengan penulis novel

Yang juga tukang masak (chef) yang agak terkemuka

Norzailina Nordin

Pertemuan ni adalah untuk projek baru kami

Projek menjalinkan kerjasama membuat cerpen

Untuk disiarkan di akhbar sinar

Sibar yang approach kami

So saya dengan my boss, ketua unit discuss dengan pengelola ruangan berkenaan

Serta cerpenis tersebut

Kak Zai (panggilan saya) sempat ceritakan yang dia telah menulis lebih 30 novel sehingga hari ini

Maka saya pun teru nyatakan yang saya pun ada minat menulis novel

Dia ada bagi saya kata0kata semangat

Dan sempat juga saya khabarkan dia yang saya dah 6 tahun menulis

Menggunakan medium blog

Dia minta url saya, cepat2 saya nyatakan ianya untuk private sahaja

Dan pada ketika perjalanan pergi dan balik Hong Kong saya juga melihat boss saya,

Boss bahagian lain sebenarnya, bahagian pendidikan masyarakat tapi kira boss jugaklah kan

Dato' Samsiah Abu Bakar sibuk menaip sesuatu di ipad nya dalam kapal terbang

Saya tanya, "Dato' taip apa tu? sebab dia dok sebelah saya jer tentu saya tertanya2

"saya tulis novel" kata dia

Eh yer ker dato'.....bila dia tengok saya cam pelik, dia suruh saya baca tulisan dia

Nak kritik pun tak sampai ati

kang kecik ati pulak.....

Yerlah bahasa zaman dulu2, penuh berbunga....macam puitis

Tapi aya cakap hmmm...okay Dato', pandai Dato' tulis....ayat dia macam puisi...

Senyum jer Dato' Samsiah.....Dato' ni dah menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)



Nilah dato' Samsiah, ada 2 jer perempuan sebagai boss di HQ ni, Dato Sutinah, timbalan KP (pencegahan) dan Dato' Samsiah pengarah Bhgn Pendidikan Masyarakat


Ada cerita menarik dalam flight ni...yerlah dekat 4 jam tentu borak2 kan?

Dato' Sam citer hal anak dia, anak tunggal.....

Dia ni pun ibu tunggal (boss saya cakap dah 4 kali kawin)

Tapi saya tak berani tanya.......kang dikatakan saya kepochi pulak

Bukan saya biasa dengan dia ni, tapi dia memang kenal saya lah...

Siap tau saya dah cerai tu....agaknya boss saya bagitau kot sebab boss saya close jugak dengan dia ni

So dia nasihatkan saya macam2 tau.....aduh sakit telingan dengar

Dia nasihata supaya saya jangan kawin, kerja SPRM ni sibuk, takde masa untuk keluarga

You maintain jer dengan kehidupan you sekarang ni, jaga diri, u berhabis cantikkan diri, spend duit untuk grooming diri you....

macam2 lah pendekatanya....

Dan saya memang akui dato ni bergaya lagi orangnya

Walhal dah 50 an tu

Dia ni pun sifatnya manja2 and gedik2



Saya ambik gambar dato yang sibuk menaip novelnya....putus idea dia sambung borak dengan saya, tunjuk gambar2 dalam hp dia dan camera dia...dato ni baru sebulan lepas balik melancong dari europe dua minggu.

So dia citerlah dia gi paris, german, london..bla bla siap tunjuk gambar ekali and tunjuk jugak kedai2 designer handbag and boutique.....dato' pakai beg LV ...siap suh saya pegang sebab nak bezakan dengan beg yg jual kat Hong Kong yg katanya macam fake jer....terus terang jer saya jawab kat Dato', saya mana tau dato' pada saya sama jer.....




Ni group kami kat airport Hong Kong....kami pergi denga reporter dan cameraman RTM



Semasa sesi perbincangan dengan Pengarah bahagian pencegahan ICAC Hong Kong



Dua reporter muda dari RTM, Yunus and Nizam sorang dari meja news dan sorang lagi dari meja magazine



Ni gambar yaya selasa lepas, saya bawak gi bank sebab hari tu saya cuti kecemasan, yaya demam



Gambar hani ahad lepas semasa di Parit tariman, senggarang Batu Pahat....ni jer gambar dia yg saya ambik....


Ni team RTM masa temubual dijalankan dengan boss ICAC Hong Kong
Ni gambar Yaya di batu pahat...budak ni makin comel kan?

dan ini kawan baik saya di pejabat, saya dah kenal lebih 10 tahun......saya pernah interview dia masa dia jadi pengarah BPR Melaka...pastu dia bertukar2 jd pengarah macam2 negeri...and lepas bersara kami lantik dia sebagai pegawai kontrak....tugas Tuan Chuah Chang Man adalah buat research untuk sediakan teks ucapan and presentation KP di mana2....umur tn chuah 60 tahun...dia ni xtau cakap cina, tulis cina mahupun baca cina...murtad dah dia ni......english jer....sangat suka borak dengan dia and dapat juga improve english sebab dia akan betulkan sebutan and penggunaan perkataan saya.....xmalu pun kalau cakap msalah dengan dia ni.....


Untuk pengetahuan KP saya ni sangat2 penuh jemputan berceramah, menghadiri seminar, membentang kertas kerja dan present paper berkaitan integriti, salahguna kuasa, undang2 and macam2 lagi baik domestic mahupun international .....di dalam dan luar negara, jadual yg padat membuatkan kena ada group think tank dia......so UKK adalah think tank dia....tapi 5 minit pertama jer dia ada phobia lepas tu beres...teks kemana apa kemana......


Wassalam

Monday, July 18, 2011

sorry

Assalamualaikum w.b.t


Sorry kerana terlampau emotional

harap lepas nis emua perkara dapat saya setel secara profesional dan tak babitkan blog lagi

Bukan apa, erengan dia di facebook dia terhadap saya mmg mengejutkan saya

Selain saya tulis di wall fb, saya lepaskan juga di blog

Dah lepaskan lega rasanya....

Maaf sekali lagi



Wassalam

Saturday, July 16, 2011

Mrs Conquer vs Me

Assalamualaikum w.b.t


Saya pun tak pasti bila bermula

Tapi agak lama jugalah benda ni jadi macam duri dalam daging

Sungguhpun tidaklah membebankan perasaan secara keseluruhan tapi cukup menganggu saya

Tak tahu kenapa mr conquer ni memang takde chemitry dengan kami

Unit kami sebenarnya

Tapi dengan orang2 bawah takde apalah diorg boleh buat

Selain buat bodoh dan buat tak tau

Tapi dengan saya tak boeh elak, saya kena berhadapan dengan dia

Malah saya kena selesaikan sebenarnya

Setakat ni cakap depan dia saya berlapik lagi

Malah saya bolehlah dikategorikan hipokrit depan dia

Bukan apa untuk jaga perhubungan dan keharmonian kerja

Dah lama dia tak berapa suka dengan saya sebanarnya

Maybe saya kerja tak sesempurna dan sedetail dia

susah juga kalau kita kerja dengan org perfectionist ni

Benda sikit saya tanya dan arahkan dia buat akan jadi sangat complicated

sehingga kadang2 rasa menyesal suh dia buat, baik buat sendiri

Bukan apa, kadang2 sampai jadi gaduh dengan bahagian lain malah at the end saya kena campurtangan juga

Macam bila saya suruh dia dapatkan statistik dr unit statistik

Benda yang saya boleh dapatkan dengan senang sebelum ni bila tibak kat dia sampai pengarah unit tu kena campur tangan

Tak tahu cara dia minta atau cara dia komunikasi yg menyebabkan problem

Tapi memang adakalanya menjadikan suasana jadi tak harmoni

Sebelum ni sampai dia gaduh dengan unit PRO sime darby

Dia minta sokongan saya dengan bercakap guna loud speaker hp dia dan dtg blik saya

Tapi memang obvious salah dia...kesian kat PRO sime darby tu

bukan salah apa cara dia komunikasi tu....mendesak, sehingga menjadikan dia macam xprofesional

Tapi semua tu kami boleh pejam mata jer

Benda tu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa

Dan akhirnya walaupun benda tu jadi komplicated tapi akhirnya berjalan dengan jayanya

Boleh bagi kredit pada dia

Sebab atas sebab usaha dia yg mencomplicatedkan suasana sampai pihak satu lagi (stakeholder) kami tu sangat jadi berhati2 dan bersedia

Tapi damaged dah berlaku, persepsi mereka terhadap PRO kami sure dah negatif

Dan on the D day event tu selalunya feed back negatif lah yang mr conquer laporkan kat saya

saya diam jer tapi dalam hati tau kenapa jadi begitu

sangat normal mr conquer akan laporkan PRO diorag eksyen, tak profesional, sombong bla bla bla

Banyak yg negatif lah

Anak2 buah lain pulak memang macam dah malas nak layan dia

Selalu diorang akan kena tegur or kesalahan diorang akan dihightlight thru BBM group messeger

Memang tak boleh blah lah, just bbm thru private mesej dahlah

Nak berkokok kat group kenapa?

Kesimpulan kami bila bincang yerlah : tujuan dia nak tunjukkan boss yang dia aler pada sesuatu iu dlm kerja dan dialah yg nampak jika berlaku sesuatu kesalahan

Tapi budak2 ni tension lah

Kerja penat, yang banyak budak2 ni buat dia tak puji tetiba ada salah satu @ 2 cecepat dia bbm suh betulkan

Dah banyak kali dah berlaku dari RCI kes teoh beng hock, sekarang inkues sarbaini

Budak2 ni benganglah

bukan tu jer, bila ada pertuduhan di melaka, seremban, KL, shah alam budak2 saya akan turun

Buat coverage, dengan kamera video, seorang reporter

Diaorg buat editing, buat story, upload youtube kemudian blast pada semua editor..macam2 diorg buat

tetiba ada salah sikit wah cepat2 mrs conquer bbm

Macam di inkues sarbaini ni, salah grammar kat twitter pun dia bbm

walhal yg tweet tu budak lulusan TESL dan turut ada kat sana orang peg kontrak yg lulusan Lim kok wing

Anak pensyarah law UiTM, mak bapak pensyarah yg jenis speaking hari2 sampai cakap melayu pun slang english

sudahnya mrs conquer kena gelak...grammar yg dia betulkan tu sebenarnya dah betul dah

Wah tetiba....panjang berjela pulak dah

Tetiba kan, miss conquer meneruskan tabiat lama dia

Tabiat tak datang kerja tetiba

Tak maklum tak call tak sms

Bukan salah datang lambat kalau bagitau atau call

Tapi masalahya dia kita call pun xjawab

Bila datang esoknya ada jer alasan

BB rosak katanya xtau kenapa lah

HP tertinggal kat bawah saya kat atas (alasan sebab takut bangun lambat so letak hp kat tingkat bawah supaya bila bunyi terpaksa bangun jugak utk off kan)

bed redden (terbaring sehari sampai tak  boleh bangun)

Bawak anak buah gi klinik (mak ayah dia mana?)

Ambik adik kat KLIA

pendek kata  ada jerlah alasan

Tahun lepas kami maafkan, tahun ni pun kami buat2 pejam mata and maafkan

Selagi boleh cover saya cover

Tak pernah saya cucuk boss saya untuk tukar dia

Pujuk lagi ada

Sebab macam saya kata mrs conquer adalah perfectionist

Kalau nak sidang akhbar, last checking dia akan buat

Pastu ada penambah baikan yg dia akan buat....bagussss

Kalau buat press release pun begitu, ada ayat2 power dia keluar

kalau urussan pentadbiran ada jer benda yg dia perasan tertinggal

tambah2 unit kami ni macam setinggan menumpang tepi pejabat ketua pesuruhjaya

Keceriaan adalah bawah tanggungjawab dia juga, sebab dia ada nilai2 seni yg tinggi

So saya cakap kat boss saya kata takperlah tuan boleh ubah lagi mrs conquer ni

Maybe sebab dia ada masalah atau dia baru snagat (kerja xsampai 3 tahun )

lama2 nanti dia berubah lah kot'

saya setakat email (macam surat peringatan@ surat tunjuk sebab) pernahlah

Cakap berdepan juga ernah tapi bukan marah cuma lepas dia buat hal saya akans erius dan bagi arahn kerja secara serius jer

Tu sebab dia pernah cakap kat saya, "puan boleh marah orang dan pastu buat biasa jer dengan org tu kan?"

Tulah saya, dulu saya simpan dalam hati tapi sekarang kalau marah saya anggap saya takde kepentingan

saya marah sebab saya dibayar untuk menyelia diaorg pastikan kerja siap

Kalau tak saya yg kena marah pulak

So sejak inkues ni memang hati2 saya tinggal berdua jer dengan dia kat pej selain boss saya

Tapi boss memang sibuk kalau masuk pejabat pun masa dia banyak habis dok dalam bilik saya

Brain storming pasal media plan atau cerita2 pasal organisasi

saya dengan boss memang sangat close

bak kata miss sinar diorang close dengan saya sebab saya ada aura "j" (janda)- ada2jer miss sinar ni

Tapi saya tau bukan tu sebabnya, perlu diakui bahawa tarikan saya dengan org2 tua ni memang kuat

terutama orng lebih 50 an, mereka suka bercakap dengan saya......mungkin saya fikir macam org2 tua

ada chemistry

budak2 unit saya lain takde kelebihan cam saya ni

Saya boleh bergurau dengan boss2 yangu umur 50 an ke atas

diaorang pun dengan saya selamba jer terutama sejak saya gred 48 ni....

tau2jerlah bila badan penguatkuasa ni ranking kena jaga...yg gred 52/54 memang dah berkurang campur dengan org bawak2 selain utk urusan kerja

utk borak/bincang hal biasa mereka akan cerita dengan yag sama @ lebih kurang rankingnya

so saya dah boleh masuk group boss2.....dah boleh citer kutuk2 pengurusan tertinggi (demi kabaikan)

sebab kononnya dah nak masuk level  senior

eh merepek lagi

di pendekkan citer jumaat lepas mrs conquer kutuk saya kat wall facebook dia

kutuk gila babi punya kutuk

Sampai saya nangis

memang bodoh lah jugak

tanya miss sinar, tanya PA pengarah

confirm status tu untuk saya

Selasa dia kutuk lagi

masa saya cuti jaga yaya demam

Isnin dia tak datang

So selasa dato' sms dia suh datang jumpa dato' tapi dia tak datang (dato bagutau saya dan tanya napa Mrs conquer xdtg jumpa)

So lepas dia terima sms dato' tu dia syak saya mengadu kat dato' agaknya

Tu yg dia posting status kutuk kata saya nilah serba tau cakap taknak kalah macam saya sorang ada pengalaman luas tau semua kerja, dah kena ujian tuhan dalam hidup tapi tak sedar2 diri n(juga kutuk kehodohan muka saya and ada lagi yg tak boleh diterima akal)


mana saya tak geram

kau kerja baru 2 tahun, pastu dia nak sama kan saya dengan dia....

for sure saya lebih tahu dari dia

saya buat siasatan 8 tahun, buat PO (mendakwa), bagi ceramah, pernah jadi wartwawan

Kau ada apa?

dahlah kau tu 41....takkan org 48 bagi arahan kau takleh terima???

Tapi memang dia tau pasal UKK (unit komunikasi korporat) ni lebih dari saya

sebab dia perintis tapi tak bermaskna dah setahun lebih ni saya tak tau apa2

Sebab dalam presentation UKK dia siap cakap, "kalau saya takde maka takdelah unit UKK ni"

sampai nak muntah budak2 batch dia dengar presentation dia tu.....

Sudahnya hari rabu boss dah buat keputusan transfer dia ke bahagian lain,m bahgin pemeriksaan dan perundingan

memang bagu utk org yg uka complicated kan keadaan cam dia

dia kena tukar ke presint 3...so takde kami tengok muka dia hari2 lagi

saya bagitau boss sure dia akan kata saya yang batu api, cucuk boss

tapi boss cakap dia akan panggil mrs conquer dan terangkan kenapa dia ditukar

untuk jaga nama baik saya...ok saya setuju

so legalah..no more Mrs Conquer

Takde pening kepala layan dia

Kerja tak siap

bila tanya ada..ada...

pastu bila kita perlu dia tak datang

last 2 week dia wat hal gak

pagi sabtu tu dia patut datang dia boleh kata dia baru bangun tido

Mujur saya ada.....bergega ke pejabat

sebelum ni kami ada panggil pensyarah UiTM utk datang sessi interviw dengan rwepoter kat pej kami

Boleh dia tak hantar surat jemputan kat org tu

Sdahnya sabtu tu miss sinar masuk offoce buat urat lain (dahlah prof tu cerewet tahap gaban)

Hari ni saya akan ke batu pahat...

Patut semua pergi tapi dia balik kuantan

saya patut start kelas renang kena postpone dulu

miss sinar dah mengandung so tak boleh nak pergi

sorang balik sarawak....

So nak taknak saya terpaksa pergi juga

bawak hani n yaya dan saya bawak PA dato'....buat teman

So okaylah nak siap2 nak chow

Ni adalah satu proses sebagai ketua./pemimpin

memang sukar handle budak2 bawah ni

kalau mereka ni jenis yg tak sedia ditegur

saya awal2 cakap kalau aya salah tegur saya kalau ada cdangan bawak ke mesyuarat kita baiki

namun saya tak pernah marah mereka, saya tegur secara baik

saya hargai usaha mereka 

jika ada tak puas hati saya jadi org tengah maklumkan boss kehendak mereka

tapi dengan mrs conquer susah sebab dia anggap diri dia lagi bagus dari saya

Oh yer, mula bulan ni kami kena pakai uniform

pakai hari isnin dan selasa

dan dengr2 pakai juga rabu dan khami (akan datang)

masalahnya badan aya dah naik

baju dah fit, sempit

so semalam tempah baju baru....

RM300....terbang lagi...walhal review order ada 3 helai

nampak nya kena olter badan kasi kurus balik lah


Wassalam

Tuesday, July 12, 2011

yaya n kerja

Assalamualaikum w.b.t


Yaya kan kalau demam sebijik macam abah saya

Mesti dalam tido cakap merepek

Cakap bukan2 and kejap2 panggil ammie, ammie

Nampak sangat dalam kepala dia ingat ammie jer

Walhal saya punyalah zalim

Sungguhpun dia demam saya takdelah bagi layanan istimewa

Macam biasa jer

Suruh dia jalan sendiri walhal memang saya nmpk dia letih

Takde hati nak dokong

Tapi kalau hani demam

Badan dia yg berat tu pun saya gagahkan dukung

Tapi semalam mmg mcm nak hilang sabar juga

Tapi xhilanglah takat telan jer

Lepas ambik yaya kat sekolah (cikgu call)

Terus bawak klinik dan breakfast

Dan bawak masuk pejabat

Mula2 elok main sebab baru makan ubat

Pastu dah letih mulalah baring atas sofa bilik saya

Pastu terus tido, bangun pun sekadar panggil ammie...ammie

saya pun sesekali pergi kat dia jugak meraba kotler panas naik mendadak

Sekali pergi terbau macam hancing

sah....sure dia kencing ni

Saya lak terlupa nak pakaikan pampers

Lagipun dr sekolah terus ke klinik kan

Tanya dia, tak ngaku geleng kepala

Dah demam dia pun tak perasan dia terkencing kot

Saya lak terus rana seluar dia sebab ,acam tak caya dia terkencing, memang bassah

Pastu sahkan lagi saya dekatkan hidung..hmmmm memang hancing yg amat

Yerlah budak 4 tahun, mana tak hancing

Sudahnya saya dia, kan ajer

Nak jerit @ marah kat pejabat...sabar jerlah

Pastu on off saya keluar bilik uruskan kerja

2 kali orang carik bgtau yaya nangis

Mula2 pegawai khas KP saya masuk unit kami tengok sapa pun takde

Yang ada yaya tengah nangis carik ammie

"salwa, amboi kau tinggalkan anak awak yer, saya pulak kena jadi ayah dia kejap"...hahaaaa

Pastu petang saya turun level 4

Pastu boss saya turun kebetulan nak jumpa boss level 4 bagtau anak saya dah nangis

Memang haru betullah semalam

Semalam jugak saya dengan boss jer tinggal berdua

Miss conquer buat hal lagi

Suka suki tak datang

bagitau boss thru bbm malam sebelumnya tapi boss cakap takde pun

Sudahnya semalam saya cakap jer dengan boss

Tuan, saya tak tahanlah tuan tukarkan jerlah

Selama ni saya lagi boleh pertahankan dia saya pertahankan

Saya taknaklah keluarkan mereka yang berpotensi

lagipun dia paling senior dalam unit ni

Kami emua datang kemudian lepas dato' Abu ambik alih kuasa

Dia dah mula sejak zaman dato' ahmad said jadik KP

Memang banyak dia yang setup dan banyak dia yang rintis jalan

Kami follow jer

Tapi kalau perangai dah macam ni

Suka suki tak datang

And selalua hilang

tak datang satu hal call tak jawab sms tak balas apa kes????

minggu lepas saya ada marah dia

Bukan marah direct tapi saya cakap serius jer dengan dia

Sebab saya tau belakang saya

Masa saya gi hongkong dia ada mengata saya

Katanya saya tinggalkan banyak kerja pada dia

taik lah.....

Kerja dia sendiri banyak tak selesai, apa nak cakap

Kerja yang saya tinggalkan tu pun dia tak buat jugak

Sudahnya saya ambik balik semua tu

dan lepas tu saya malas nak layan dia saya cakap selamba dan serius dengan dia

Tapi balasan yang saya dapat sebaliiknya

Dia kutuk saya dalam wall fb dia

Bukan kutuk hal kerja

Dia kutuk fizikal saya

Kehodohan saya, sebab dia masuk kategori lawa lah jugak

Saya simpan jer, malas nak panjang cerita, tapi memang ah dia kutuk secara berjemaah dengan husband dia

tapi minggu ni saya cerita kat miss sinar

Suh miss sinar tengok wall dia

Miss sinar sahkan memang status tu tentang saya

Sangat terkilan sebab cara kutukan tak profesional sebab dia kutuk cara penampilan dan wajah saya

Bodoh kan?

Kalau saya salahpun perlu ker babitkan kehodohan wajah saya?

sangat menjengkelkan

Kalau nak kutuk dia berkodi2 bolehlah

Tapi dapat apa?

So, pendek citer hari ni kena cuti yaya demam lagi....

boss saya sms pun tak reply

marah agaknya

ntah erba salah lah

yaya ni banyak buat hal lah

Asyik kena emergency cuti sebab dia

Rasa nak pulangkan jer

Mak dia ada call baru2 ni kata nak ambik bulan 12

Saya nak serahkan jerlah....

Habi citer

tapi sayang gak tau....

Tau tak untuk raya ni dah 7 lai baju dia saya belikan sehingga ini

Setakat ni baju2 tu semua yang saya suka

Tshir n seluar 3 pasang, gown 2 pasang dan kurung 2 pasang

So kalau mak dia ambik, memang banyaklah pakaian si yaya ni mak dia dapat...

Tapi untuk anak buah kan halal kan jerlah

apapun entry dah mula merepek ni...hahahaaa

dah lama xbuat entry pakai laptop



biasa pakai hp jer saya update xde gambar kan....ni pakai laptop gambar budak 2 org ni

Sekarang ni asyik kemana2 bawak kasut roda dan mana sempat mesti main kasut roda

Kiranya dua2 orang dah pakar dah takde jatuh2 sesekali jerlah jatuh

hani n yaya masing2 kasut yg berbeza

hani utk org baru belajar punya

Tapi yaya utk yang jenis slolem yg aksi belok2 celah kon tu

So yaya punya memang susah sikit untuk main

Tapi being yaya yg berani xde masalah

Kita tengok rasa takut tapi dia yg handle kaut tu okay jer pulak 

Mana-mana pergi kalau bawak yaya main kasut roda tak sah orang tak pandang

pasal dia dahlah kecik pastu laju pulak tu dia meluncur

Dan dia pulak memang kat mana oada org kat situ lah yang dia nak tunjuk skill

Semua terkagum tengok cara meluncur dia yg laju tu siap belok2 bagai pastu kaki kejap ke dalam pastu keluarkan...memang ekyen nya style kalau dia berkasut roda....

Dia tak tau ammie dia ni geram jer tengok....sebab dalam eksyen2 tu kadang2 jatuh berdebab....

Hari ntu ingat dah patah hidung sebab jatuh kena muka kat lantai dan dia menangis mendayu2

Tanya nak stop tak..dia jawab taknakpulak

tapi xberhenti nangis sampai kehujung (depan masjid putra) dia nangis pegang hidung (dahlah hidung tu besar dan mancung)

sampai org lain lak tegur kata kuat dia jatuh tu kak, agaknya hidung dia dah patah kot

Sera, dengar terus bawak balik nak pergi emergency

yaya memang style dia lagi org tegur (simpati) lagi dia nangis

masuk keter dapat makanan teru gelak senyap dan cakap2 macam biasa

dari kesian sakit ati lak rasanya gelagat dia tu menakutkan saya jer...








Wassalam

Sunday, July 10, 2011

Perancangan hidup

Assalamualaikum w.b.t


Kena terima hakikat bahawa saya perlu merancang sendiri

Mencatur sendirian dan buat keputusan juga sendirian

Takde sapa nak tolong fikirkan lagi

Dan tiada siapa bersedia untuk sama2 berbincang

Mungkin 10 tahun satu tempoh yang panjang

Yang buatkan saya selesa

Kerana ada orang lain yang bantu saya fikir

Dan sama2 buat keputusan untuk saya

Sehingga sampai hari ini pun dek kerana terlalu biasa

Saya masih juga rasa saya perlu bantuan org lain

Khususnya dalam berfikir dan buat keputusan utk saya

Namun sekarang hendak atau tidak

Mahu tidak mahu

Segala2nya dipundak ini

Saya paling tak suka buat keputusan

Sebab saya taknak rasa bersalah pada diri sendiri

Hanya kerana akibat keputusan yang telah dibuat itu

Kalau ada org lain bersama2 buat sesuatu keputusan

Maka masalah yang timbul kemudian bolehlah sama2 tanggung

TAPI sekarang saya tak boleh lari lagi

Kena duduk fikir, buat kira2 mencongak dan mencatur

Segala pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan tanggungan

Kalau saya tak fikir tu semua dari sekarang memang huru hara jadinya nanti

Dan saya pada masa ini sedang serius berfikir

Berfikir untuk mengurangkan liabiliti saya

Mula fikir dengan serius hal tabungan masa depan

Juga pelaburan masa kini

Apa yang menjadi beban rasanya nak saya lepaskan

Dan nak hidup ala kadar secukup dan seadanya sahaja

Asalkan bulan2 cukup makan tido lena dan hati senang


RUMAH MAK DI KAMPUNG

Nak taknak saya kena fikirkan hal ni secara serius

Saya telah diprovok oleh kakak no 2

Dengan meyakinkan saya bahawa ini tanggungjawab saya

Kan rumah mak saya dah dirobohkan seluruhnya

Untuk beri laluan kakak saya membina rumahnya

Bukan ditapak sama tetapi di tapak depan rumah asal mak

Idea asal mak saya untuk tinggalkan sebahagian kecil dapur

Kemudian ditambah baik untuk mak saya duduk

Tapi kami adik beradik menentang idea tu

Seeloknya mak saya duduk teruslah dengan kakak saya tu

Sebab masa tu kan abang ipar yg hisap dadah tu dah dihalau

Mak saya diam dia ikut jer

Now dah setahun rumah mak diroboh dan dah setahun juga dia duduk rumah baru kakak saya

Tapi nampaknya keadaan tak berapa baik

Dari laporan kakak no 2

Katanya hidup mak seakan2 menderita

Fizikal dan mental dibuli

Mungkin saya jarang balik dan saya tak terasa sangat

Tapi bila dengar kakak no 2 (mak along) cerita

Memang panas hati saya

Dipendekkan cerita mak wajib dibawa keluar dari rumah kakak

Tapi nak duduk dimana?

Abang ipar (ayah along) cadangkan ajak mak saya duduk dengan dia

Tapi selagi sihat nak ker mak saya tu?

Memang tak nak lah kan?

Mesti dia nak duduk rumah atas tanah dia sendiri

Saya cadangkan bina rumah atas tanah yang mak saya beri tu pun dia xnak

Dia hanya nak suruh kami buat pondok atas tanah asal tapak rumah dia tu

Dalam adik beradik saya sapa lagi yang ada?

Ayah si yaya (no 1) tak yah masuk bukulah kan? hanyut jauh dah

Mak si along (no 2) dah tentu2 xmampu dengan hanya kerja kilang dodol

Abang nO 3 dan sibuk nak kawin pulak dan 9 sept ni

Kakak no 4 yang dok dengan mak saya tulah

So saya no 5 sibongsu nilah yang boleh difikirkan utk dapat bantu selesaikan semua ni

Kakak saya suruh saya buat rumah untuk mak di tapak lama tu

Atas alasan kalau saya balik kampung senang ada rumah sendiri

Dan paling penting dapat keluarkan mak saya dari rumah kakak

Isunya kakak saya tak sanggup tengok mak saya dibuli

Sampai tahap dia nak ajak mak saya duduk dengan dia

Tambah2 sejak awal tahun ni mat dom (penagih) tu dah duduk sama dengan kakak saya

Asalnya mak saya yang suruh kakak saya bawak dia balik

Sebab mat dom masuk hospital

Kakak saya terpaksa ulang alik air mawang (Neg 9) lepas keluar hospital

Mak ingat nak senangkan dia so suruh jer laki dia balik situ

Tapi tu xjadi masalah sangat dah

Mak pun dah senang ati kalau dpt pergi hj tahun ni

Takdelah kakak saya anak beranak duduk sendiri kan?

Tapi rupanya mengundang sesuatu yg lain pulak lepas mat dom duduk sama

Kakak saya dah mengandung

Bulan 3 kalau ikut kiraan saya tulah

Maksudnya mat dom duduk balik situ jer terus lekat

Bukan kami nak halang dia mengandung

Tapi memikirkan beban yang mak terpaksa tanggung

Alangkan pada masa ni dengan anak 4 mak saya dah teruk

Sidai baju (basuh mesin) lipat baju asingkan baju simpan baju

Jenuh orang tua tu

Pastu masak pagi petang

Bukan jer masak mak saya jugak yang fikir apa nak bagi makan kat cucu balik sekolah tu

Apa nak dimakan sebelah malamnya jika lauk siangnya habis

Kita tengok dia pun penatlah

Dan mak saya makin kurus dari sehari ke sehari

Namun saya akui yang mak saya sihat

Takde satu penyakit pun pada masa ini dalam usia 67 tahun

Mungkin kerana gaya hidupnya yang aktif

Bekerja tak henti2

So kakak no 2 bila dapat tau kakak No 4 mengandung

Menjerit dia

Tu pun saya yg bagitau sebab hani yg mula2 tau benda ni

Terbocor masa kami balik utk abang no3 bertunang

Sekarang ni masih rahsia (pada anggapan kakak saya)

Walhal hani dah citer rahsia tu (bila balik sini)

So kakak no 2 xnak mak saya tambah susah kena jaga orang dalam pantang

Dia nak mak saya duduk rumah sendiri

Biar kakak saya urus diri dia dalam pantang

Bila mula sekolah nanti pandai2lah cari baby sitter

Laki dan anak2 dia ada untuk jaga dia

Nak taknak saya kena juga buat keputusan

Yang saya terfikir adalah untuk buat personal loan dlm 50k

Untuk buat rumah tu

Sebab dah tak nampak cara lain dah

Kerja kerajaan ni mana nak mewah

Nak simpan ribu riban

Nak2 macam saya ni

Konon baru nak berlapang dada sikit nak mula menyimpan

Mula dengan keluar kuarters dan sewa rumah kecik2

Savekan belanja dapur and minyak ulang alik

Sebab dah spend banyak utk yuran bulanan budak 2 org tu

So dipendekkan cerita mmg dpat pangkal hujung lesap

Lagipun dalam 2 bulan lepas cerai ni saya spend banyak juga

Utk ceriakan diri dan bagi ganjaran pd diri sendiri

Ingat akan datang ni bila dah mula dapat gaji 48 lega lah sikit ada pertambahan gaji

Dan pertambahan tu bolehler simpan

Tapi kita merancang jer allah menentukan

Macam tau2 jer naik pangkat

Terus timbul cerita ni

Walaupun saya tak pernah bgtau mak @ kakak hal naik pangkat ni

Sebab kalau bgtau mesti diorg ingat gaji saya besar sgt

Nanti diorg pelik pulak apasal gaji besar tp gaya hidup saya xmacam tu

Kang dia ingat bukan2 pulak

Walhal diorg bukan tau liabiliti kita ni

Mana nak bayar rumah, kereta, takaful, asb, cukai pendapatan, personal loan

Macam2. Yerlah diorg bukan tau saya ni dah cerai

Saya jugaklah yg tyanggung segala2nya

Yg diorg tau hidup saya xde masalah kewangan stabil

Saya pun selesa dgn keadaan tu

Supaya mak saya tak susah hati lgsg fikirkan saya

Biar saya susah hati dan simpan sendiri pun xper

Yang tau segala masalah saya hanya pembaca blog ni jerlah

Lagipun kan abang saya nak kawin dah

Dia ada cakap yg dia taknak balik rumah kakak no 4 tu

Yerlah rumah orang kan

Lainler rumah mak sendiri

So memang kakak no 2 ada cadangkan saya share dgn abg tu buat rumah utk mak

Tapi mana mungkin nak share dgn abg saya tu

Dia bukak kedai komputer baru nak masuk 2 tahun

Masih dalam proses bayar hutang salwa (tunang dia)

Kan salwa dulukan modal

And now nak kumpul duit hantaran (separuh lagi) dan juga duit belanja kenduri

Memang sah dia takkan mampu

Lainler kalau dia sendiri nak bagi nanti

But for now better sy uruskan mana yang mampu dulu

So saya akan buat rumah dlm harga RM50k jer

3 bilik, rasanya kat kampung masih dapat dlm anggaran kos tu

Satu bilik mak, satu saya n hani dan 1 lg bilik utk abg saya tu

Untuk itu, saya rasa tu pelaburan saya utk pencen nanti

Dah ada rumah maka saya senang hati

Dan saya berfikir untuk let go rumah seremban

Untuk apa lagi saya simpan?

Kalau sebagai aset masa depan saya rasa ia tidak berbaloi

Dengan kadar sewa rendah dr bayaran bulanannya

Dan memikirkan yang saya tak mungkin duduk seremban sama sekali

Maka takde keperluan untuk saya kekalkan rumah tu

Dan jika ada rezeki takde masalah untuk saya beli rumah lain

Mungkin di melaka atau mana2 area lain yg difikirkan sesuai

Sebab kelayakan masa ni utk loan RM400k tp saya beli rumah sban guna RM160k jer

Masih ada baki

Mungkin juga nanti belikan rumah untuk hani guna bila dia kawin nanti

Untuk saya cukuplah rumah kampung yg akan saya buat tu

Dekat dengan adik beradik (memang xrami pun adik beradik)

Tulah perancangannya

Insyaallah projek rumah akan buat lepas raya nanti

Sebab nak selesaikan urusan abang nak kwin tu dulu

Lepas rumah siap baru fikirkan untuk jual rumah seremban

Dan perkakas rumah seremban bolehlah angkut letak rumah tu nanti

Jimat juga xperlu beli barang2 dah.

Hmmm terjaga tengah malam ni buat entry ni.

Ni dok fikir sorang2 kewajaran keputusan ni

Ok ker cara saya fikir n buat keputusan ni

Sebab ikut mana pun saya tetap pilih utk berkorban

Asalkan mak saya dapat habiskan penghujung usia dia

Dengan selesa dan dapat tumpukan untuk amal ibadah

Insyaallah


Wassalam

Friday, July 8, 2011

Luahan hati jujur dari saya (sekadar luahan)

Assalamualaikum w.b.t


21 julai ni genap 3 bulan menjadi ibu tunggal

Sekejap jer kalau tengok pada tarikh atas kertas

Tapi melaluinya sangat payah - menderita jiwa zahir dan batin

Memang saya kata pada kawan2 saya yang saya lebih bebas, ceria dan gembira

Dan itu juga terzahir pada perbuatan dan kata2 saya

Namun ada ketikanya saya rasa sangat sunyi

Rasa lonely dan rasa macam looser

Memang nampak macam saya mendapat pelbagai manfaat dan rezeki

Macam tiba2 dapat lepas bercerai ni

Namun semua tu tak juga mampu menutup kesunyian

Kadang2 bila sunyi tu datang dalam hati menangis

Dan air mata bergenang

Dan kotak fikiran membayangkan pak hj

Dulu kalau sunyi sedih ada masalah bila2 masa saya boleh call dia

Boleh bercerita merengek dengan dia

Now semua tu takde

Takde sapa boleh ganti tempat dia

Juurnya ada dua lelaki lain dlm hidup saya

Yang boleh saya bercerita

Saya ada berhubung dngn pakwe lama

Sekadar bertukar2 cerita

Tapi saya sendiri tak selesa

Terasa saya dan dia takde keserasian lagi

Canggung pulak rasanya

Dan lelaki seorang lagi teman pejabat yg saya pernah beberapa kali sebut dlm entry

Dia juga tak memenuhi ciri-ciri saya mahukan

Hanya sekadar bercerita

Ada lagi sorang teman pejabat di johor

Juga boleh saya meluah cerita dan masalah kerja

Namun mana sama peranan sebagai suami

Mereka semua ini sesekali saya berhubung bila perlu

Tidaklah sampai tahap terlalu rapat hanya kawan rapat

Namun sungguh saya terpaksa akui

Bahawa pak hj memanuhi dan ada hampir sebahagian besar ciri-ciri lelaki yg saya suka

Mungkin sebab baru lagi

Kenangan bersama masih kukuh dalam diri

Mungkin juga dah saya tak berpeluang merajuk

Dah lama tak dapat bergduh

Jadi hidup terasa ada ruang kosong

Yang nyata sekali fikir

Terasa macam xboleh hidup tanpa suami




Wassalam

Saturday, July 2, 2011

beberapa berita terkini

Assalamualaikum w.b.t


HONG KONG

Saya akan ke Hong Kong esok

Urusan kerja bersama wartawan bernama dan RTM

Dari SPRM 3 orang jer

Saya, pengarah Bahagian pendidikan masyarakat (Dato Shamsiah) dan Pn Jamilah

Mulanya saya mmg menolak utk pergi

Sebab hani and yaya sapa nak jaga?

Memikirkan juga kewangan takdelah stabil sangat

Yerlah ke luar negara tentu nak ambil kesempatan shoing kan?

Lagipun ada beberapa perkara bermain di minda

Terasa bukan saya yg terbaik untuk ke sana

Memandangkan di unit Korporat Comm ni ada 6 orang

4 dari kami memang power berbahasa inggeris

Cuma saya dan miss sinar jer kureng sikit

So saya cadang pd boss hantar peg lain

Dan boss setuju wpun pada asalnya dua kali dia tanya saya wpun dlm meeting dah bgtau xnak

Tanya secara personal, 'Salwa, betulker you taknak pergi Hong Kong ni?'

Taknak tuan, sapa nak jaga anak2 saya, bagi orang lain jer'

Akhirnya nama 2 peg lain diberi dan mereka juga yg pergi mesyuarat berkaitan hal ini

Saya okay jer tak terguris pun, saya ni mmg gitu kalau rasa bukan rezeki saya apa nak kecoh

Hari rabu cuti israk mikraj tu lepas jam 5 boss buat meeting lg

Dpt boss kuat kerja biasalah lepas office hour pun boleh meeting

Dlm meeting hujung2 dia tanya saya lg sungguh2 hal hong Kong

Saya tetap reluctant atas alasan anak

So gitu gini dia cadang suh hantar balik kg

Hari yg sama juga saya hantar hani n yaya ke rumah Pnut

Sebab sekolah diorg cuti

Boleh guru besar hani tak perasan cuti

Pagi nak hantar baru bgtau cuti

Walhal petangnya dah minta izin nak tumpang yaya situ

Saya sms Pnut kononnya nak tumpang budak2 ni kalau ke hong kong

Walaupun dlm hati berat nak tanya

Tapi boss kat depan dah pandang tggu jawapan

Tapi bila boss cadangkan hantar blk kg terus setel problem

Ntah camana boleh terlupa hal kampung

Bila saya setuju terus boss cancel nama peg 2 org tu ganti nama saya

Pastu saya bgtau assport saya baru jer mati

Boss cakap alah tu sekejap jer siap tu

Saya cakap alah tuan saya ongkos tak berapa ada ni

Takper nanti dpt duit, saya senyum jer

Sudahnya takder alasan nak kata taknak ppergi


YAYA

Yaya yang diwarwarkan cikgu agak cerdik

Rupanya sebaliknya

Nombor 9 dari 11 orang

Puncanya saya rasa sebab dia tak fokus

Tak dengar arahan dan tumpuan dia tidak pada pengajaran cikgu

Bila ditanya bagaimana perlakuan budak 4 tahun yg lain banding yaya

Ini jawapan cikgu

Semua pelajar lain bulan 1 dan ke 2 memang perlakuan mereka macam jakun,

Tak reti duduk diam, berlari sana sini, tak dengar arahan

Tapi masuk bulan berikutnya apatah lagi ni dah setengah tahun

Semua dah berubah

Boleh duduk diam and fokus serta dengar arahan

But yaya nothing change

Sama, masih tak fokus dan buat kerja ikut mood bukan ikut arahan cikgu

Dan dia ada geng yg sama perangai cam dia

Aiman, dan yaya panggil budak ni aiman tak kisah

Hari2 balik dalam keter cerita dan sebut pasal aiman

Now saya tau macamana dia kat rumah camtulah kat sekolah

Tak perlu letak sebarang harapan pada dia utk tahun pertama ni

Harapkan perangai berubah sikit un jadilah

Kalau letak macam2 tentu saya yg kecewa

Penyakit eczema alhamdulillah berkurang banyak sgt dah

Berkat dan izin allah ubat yg kak salma beach kirim dari america agaknya

Tq so much kak sal allah jer yg membalasnya


HANI

Hani masih anak yang terbaik di mata saya

Nampak sangat saya bandingkan yaya dgn hani kan?

Apa nak buat, entahlah susah benar nak ubah persepsi saya trhdp yaya

Walaupun beberapa sikap negatif dia mula ada

Tp saya tau sikap tu timbul sebab wujudnya yaya

Kalau keadaan biasa sebelum ni dia tak prnah bersikap begitu

Apapun banding kanak2 lain seusia dgnnya dr laporan guru dia masih cemerlang

Peperiksaan bulan mei ini sekali lagi hani di tempat pertama

Walaupun hanya 7 pelajar di kelasnya namun markah dia masih majoriti 90 an

Itu pun dia mmg tak belajar langsung

Harap dia kekal dengan prestasinya

Tapi tahun ni jer pun dia akan berada di sekolah ini

Tahun depan hani akan ke sekolah lain

Saya dah fikir masak2 dia akan masuk madrasah juga

Kerana itu permintaan dia

Hani dah merasa tadika swasta yang terdiri dari anak2 org yg beradalah jugak

Juga dah merasa sekolah abim

Dah merasa sekolah keb di putrajaya

Dan kini bersekolah di sek ren islam pintar

Jadi dia dah boleh bezakan banyak suasana

Dia agak matang untuk buat keputusan

Tidak bermakna saya nafikan hak dia utk dpt pendidikan akademik

Dia akan mengikuti juga pendidikan formal nanti

Bezanya akan lewat sedikit dari pelajar lain

Saya taknak dia buang masa berada di sek rendak sampai usia 12 tahun

Kemudian sambung sek men ren lagi 3 tahun pulak

Kemudian baru ambik upsr pulak

Tapi at the end ilmu yg dia dpt pi mai pi mai tang tu jugak

So kita ambil langkah bijak

Kita isi masa2 yg dibazirkan tu dengan ilmu akhirat dulu

Umur 15 tahun insyaallah abis terus masukkan swasta 2 tahun

Then ambik spm.

Insyaallah base on along and iza

Takde masalah

Kalau ada rezeki kita hantar masuk u

Dah genggam segulung ijazah serta hafal quran

Dan kalau dapat menjadi 'alimah (kuasai beberapa cabang ilmu agama)

Maka saat itu saya tak bimbang nak lepaskan dia ke mana-mana

Insyaallah


BSN PRUDENTIAL


Yer saya sudah menjadi agent takaful yang sah

Telah menduduki peperiksaan hampir dua bulan lepas

Dan mendapat kelulusan dengan cemerlang

Asalnya saya memang agent insurans (dulu)

Tapi terbantut lepas jadi wartawan

Mula berminat sejak 2006 dulu

Juga melalui seorang pembaca blog saya

En Johari Salleh, juga kawan kak salma Beach

Lama en joe aproach saya beli takaful

Lepas 5 tahun rasanya baru saya beli iaitu tahun lepas

Lepas cerai terus saya bagitau en joe saya nak ambil exam

Masa tu en joe tak tau pun saya dah cerai

Sebab dah lama dia galakkan terus dia bg saya buku utk baca

Tapi kesibukan menyebabkan lepas exam saya tak ambik port pun

Cuma minggu ni baru saya hadir kelas bimbingan en joe

Terus rasa semangat sangat

Rasanya jual takaful ni prospek nya besar

Kira ibadah juga sebab hanya 7% rakyat malaysia ada perlindungan takaful

Mahukah anda punya perlindungan terhadap pendapatan anda

Hanya dengan memperuntukkan 10% drd keseluruhan income anda?

Mahukah wang bekerja untuk anda dan bukan anda bekerja utk wang bila tua nanti?

Takaful adalah sesuatu yg tidak rugi langsung

Wangnya pasti diperolehi semula krna akhirnya kita pasti mati!

Moralnya setiap kita perlu bersedia

Bukan dah terhantuk baru terngadah

Kalau ada yg terfikir utk dapatkan perlindungan takaful

Saya bersedia memberikan maklumat dan bimbingan pelan yg bersesuaian dengan keperluan anda


SINDiKET PENIPUAN

Saya hamir terjebak dengan satu sindiket penipuan

Mujur kak salma beach (sekali lagi)

Menjadi penyelamat

Alhamdulillah

Allah masih sayangkan saya

Nanti next entry saya citer

Kalau tak tak taulah apa akan jadi


Okay doakan saya selamat sampai ke hong kong


Jam 4 pagi akan bergerak utlk flight awal pagi nanti

Rabu malam akan balik sini semula

Harap musafir kali pertama atas urusan rasmi ini berjalan lancar

Ini negara luar ke 3 saya pergi

Yg lain dekat2 jer thailand (3 kali), singapore dan ini ke hong kong


Okay bye semua.



Wassalam