Monday, April 30, 2012

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t



Saya sekarang tinggal di seremban semula

Perasaan?

Happy dan tenang sekali

Tapi saya bukan tinggal di rumah sendiri

Rumah saya sendiri saya sewakan pada orang lain

Dan saya sendiri menyewa dekat2 dengan tol senawang

Dari tol senawang ke tol bangi setengah jam jer driving

Dari tol bangi ke putrajaya dalam 14 minit

So perjalanan saya lebih kurang 45 minit

Sebab agak jauh sikit maka saya gerak lebih awal

Jam 7 dah keluar rumah

Rumah saya duduk ni jenis teres dua tingkat

Saya duduk sorang2 jer

Walaupun macam nampaknya sunyi

Tapi dalam hati enjoy jer, so saya proceed duduk situ

Saya setuju sewa atas dasar tolong kawan,

Kawan lama sebenarnya, dia pun takde sapa2 nak diminta tolong jaga rumah dia ni

Kebetulan kami berjumpa dia tawarkan pada saya

Sewa 500, sebab rumah baru renovate dan perabot/alat eleketrik baru2 belaka...

Tapi atas dasar kawan dia minta saya bayar 200 jer sebulan

Saya anggap seminggu 50 sebagai sangat murah, tu sebab saya setuju duduk situ

Sebab rumah saya sendiri saya sewa 500

Agak tak berbaloi dan rendah sgt sewa 500, tp tulah rate seremban

So baki 300 guna utk kos minyak dan tol, tu pun xcukup rasanya...

Kawan saya tu bertugas di luar negara selama setahun berula 23 april lepas

Makanya tahun depan saya akan pindah lagi....huhuuuu

Nampak macam kelam kabut jer

Tapi bagi saya berpindah/berhijrah satu proses yang perlu dalam hidup saya

Barulah berwarna-warni sikit hidup ni

Maybe tahun depan saya pindah masuk rumah sendiri semula kot

Penyewa pun kata rumah mereka akan siap pada febuari tahun depan

Kawan saya ni pula akan balik Malaysia hujung april tahun depan

So ngam-ngam jer....

Keputusan drastik duduk seremban ni juga dibuat atas dasar adanya hani di sini

Juga melunaskan hasrat hani duluuuu yg teringin duduk rumah dua tingkat

Tambah2 rumah ni sudah berkelengkapan asas yang lebih dari mencukupi bagi saya

Perkakas dapur telah ada

Peti ais, mesin basuh, blender, Oven, toaster

Tv, aircond, katil, tilam

Pendekata segalanya yg asas ada

Sofa L shape, meja makan mini

So xyah bersusah payah apapun

Masuk cuci kaki jer...

Syukur pada allah dah tulis jer perjalanan perpindahan saya lancar

Saat saya sedang berfikir untuk mencari satu pembaharuan selepas genap setahun penceraian

Allah datangkan satu suasana baru untuk saya

Memberi saya semangat untuk memulakan perjalanan tahun kedua hidup sebagai ibu tunggal

Hidup lebih bersemangat dan ceria

Tahun pertama adalah tahun yang mencabar

Tahun kena tipu, kena perdaya, masih gagal sesuaikan diri dan emosi yg tak stabil

Tapi tahun ini insyaallah lebih berani, bersemangat dan bercta2 tinggi

Dan saya menetapkan hala tuju hidup juga..

Ada sesuatu yang ingin saya capai....insyaallah

Wassalam

Saturday, April 21, 2012

Design baru...xbestah

Assalamualaikum wbt Apa hidup yg dikatakan best? Apa pula hidup yang tak best? Rasa hidup saya macam tak best lah lately ni... Hmmm... Hari ni genap setahun memegang status janda Sangat tak best Sebab rang lain rasa dah janda bebas Saya pulak rasa sunyi Lonely Tu jer nak lapor

Hidup yang tak bestdan best

Assalamualaikum wbt Apa hidup yg dikatakan best? Apa pula hidup yang tak best? Rasa hidup saya macam tak best lah lately ni... Hmmm... Hari ni genap setahun memegang status janda Sangat tak best Sebab rang lain rasa dah janda bebas Saya pulak rasa sunyi Lonely Tu jer nak lapor

Wednesday, April 18, 2012

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t


Kan saya cakap saya akan pindah dari bangi

Masuk semula ke rumah saya di seremban

Tapi lepas dah janji dengan owner rumah sewa bangi

Tiba2 ada pulak penyewa baru nak sewa rumah seremban

Penyewa yang boleh dipercayai

PTD, kerja Pejabat agama Negeri Sembilan

isteri kerja jururawat klinik pergigian seremban

So, macam di atur-atur, jiran anak bekas mufti

Isterinya pulak kerja pejabat mufti

Yang ini pulak kerja pejabat agama

Nampak macam orang baik-baik jer

Dari sewa 550 saya kurangkan kepada 500 jer lepas dia minta kurang

Dia pun nak duduk dalam setahun macam tu

Sebelum rumah yang dibeli siap

Maka, saya pun setuju jerlah

Walhal cuak jugak dalam hati

Sebab saya sendiri takde rumah

Semalam bakal penyewa dah datang tengok rumah bangi

Datang dua kali dah

Mula2 sorang then datang dengan tunang

Setuju nak menyewa nampaknya

So by hook @ crook saya terpaksa juga keluar

Saya janji dengan tn rumah bangi nak keluar april

Sebab april lepas ada sorang lelaki dari sabah nak menyewa

Beriya-iya benar nak sewa katanya

Lelaki tu orang kuala pilah tapi duduk di sabah

Lelaki ni rajin komen di FB SPRM

Saya sebagai admin add lah dia sebagai friend sebab nak jawab soalan2 dia secara direct

Tapi penipu rupanya, xde hubungi saya pun

so, setelah berkali-kali sms xde respond, saya pun cadang saya jer pindah balik seremban

Niat asal tu sebab sayangkan rumah seremban ni lah

Tapi bila penyewa baru ni call beriya2 nak sewa

Jadi kesian pulak

So saya terima jerlah persetujuan nak menyewa rumah saya ni

Dalam hati fikir, elok saya duduk menyewa bilik jerlah

Hidup sorang diri, balik untuk tido jer

Duduklah mana-mana bilik dalam area putrajaya ni

Tai dalam hati memang dapat rasa aku ni tak sesuai duduk dalam bilik

Tak pernah umur duduk sewa bilik dan share rumah ramai2 ni

Mesti akhirnya jiwa aku memberontak nanti

Survey gak dalam mudah.com dan iBilik nak cari bilik sewa yg agak mahal

Macam sewa bilik rumah banglo @ teres dalam dua tiga orang serumah

Tapi masih berkira2 mencari yang sesuai

sewanya pun dalam harga 200-300 jer

Tiba2 ditakdirkan Allah terjumpa kawan lama

Dia diarahkan berpindah jauh dari rumah dia

Rumahnya baru renovate pulak tu

So dia sayang nak sewakan pada orang

Takut rumahnya punah

So semalam keluar makan dengan dia

Bila dia dengar masalah saya yang tak berumah bermula mei ini

Terus dia offer rumah dia untuk saya sewa

Rumahnya area seremban juga, di seremban jaya

Lebih dekat dengan tol senawang banding rumah saya tu

Dia nak sewakan 500 sebab berperabot

Tapi dia bagi diskaun 300 sebagai upah saya tolong jagakan rumahnya

So sewanya dalam 200 jerlah

Malah ada 2 bil kosong lagi

Yang dia cadangkan saya sewakan pada orang bujang lain

Boleh pulak dapat income

Good deal jugak tu...

So saya masih berfikir2 ni nak terima tawarandia atau tidak

Saya dah tengok pun rumahnya tu

Nampak okay

Saya suka duduk seremban ni

Tambah2 hani pun ada di sini

Memang setiap minggu saya balik seremban pun

Walaupun tak ambil hani bermalam

Tapi memang saya datang rumah seremban saya ni sekadar melepak2

So nampaknya rezeki saya masih di seremban rasanya

Saya niat tolong kawan jagakan rumah dia jerlah

Mana nak cari rumah double story 20x70 dgn sewa 200 sebulan kan?

Siap perabot pulaktu...

Tv ada dua, peti ais dua pintu

Wah seronok pulak rasanya....


KWassalam

Monday, April 16, 2012

Perkembangan hani

Assalamualaikum w.b.t


Hani dah mula menghafadz

Bermula dengan juz 30

Ayat2 dalam muqaddam

Dah sampai surah as syams

Bukan main happy lagi dia dapat mula menghafadz

Setakat ni tiap2 minggu pergi ziarah dia

Tapi tak boleh bawa bermalam

Setakat bawak outing jerlah

Mana lagi, yang dekat hanya jaya jusco seremban 2

Kesitulah kami dah dua minggu

Minggu ni walaupun sekejap saya bawak jugak dia balik rumah seremban

Lepak kejap rumah seremban

Hani ni memang sangat cintakan ilmu dan suka menambah pengetahuan nampaknya

Dari dulu saya perasan

Kalau apa dia belajar di sekolah, dia pasti ada keinginan

Untuk tahu lebih dari apa yg cikgu ajar di sekolah tu

D madrasah ni pun sama

Bila balik rumah jer mesti buka ipad cari kisah sahabat

6 pesanan sahabat

Baca sirah2 nabi dalam buku fadhail amal

Baca taklim

Kagum lah dengan hani

Mana dia dapat benih kerajinan terlampau tu

Saya sendiri dulu memang rajin membaca

Tapi rajin membaca tak sama dengan rajin belajar

Hani ni bukan ajer rajin membaca tapi rajin juga belajar

Tu sebab 3 minggu jer sessi nazirah (semak bacaan) terus mulakan hafadzan

Kagum juga....

Siap da ada target tu

Semalam dia cakap kat saya,

"ammie, agaknya dua tahun cukup tak kakak menghafal?"

Lepas tu katanya 11 tahun jadik hafidzah then nak sambung alimah 5 tahun....tamat umur 16 @17

Dan lepas tu nak ambik SPM katanya

Dan juga siap cakap, "kakak harap hari ni kakak hafidzah, esoknya kakak period"

Adooiiii

Tak sabar2 nak dewasa anak saya ni

Semalam nampak coli di Giant, siap cakap, ammie tetek kakak da ada sikit dah...

Nanti tak lama lagi ammie belikan kakak coli eh....

Sindrom apakah itu?

Sindrom terlalu cepat matang

Siap tanya lagik, ammie agak kakak period umur berapa yer?

Saya rasa hani ni dah jemu jadik kanak2 kot?

Dah teringin nak diiktiraf menjadi dewasa

Di madrasah dia tu, ada sorang sebaya dia

Tapi dia siap komen, "kakak rasa dia tu tak matang la..."

Ada juga budak umur 16 katanya tak macam umur 16

Tak matang katanya

Saya pun tak tanya apa penilaian dia terhadap 'tak matang' tu

Tapi dari agakan saya, dia faham apa maksud matang atau tidak

Sebab kemana2 dia pergi, selalu orang komen dia nampak matang...

Tak berwatak macam kanak2 sangat

Gituler perkembangan hani

Oh her

Ustazah asnimansor bakal buka madrasah di bangi ni mula 1 mei

Iza cadangkan masukkan hani ke situ

Sebab ada sedikit isu di madrasah sedia ada ni

Nantila saya fikir2kan

Ustazah asni adalah uztazah iza masa dia belajar madrasah di melaka dulu

Dia baik dengan ustazah asni

Sekarang ustazah asni sedang buat umrah

Balik nanti baru tau info pasal madrasah tu


Wassalam

Pindah lagi

Assalamualaikum w.b.t


Saya akan berpindah dari rumah sewa di bangi

Bukannya apa, saja cari suasana baru

Saya Rasa duduk di bangi tu macam rasa sunyi sangat

Saya duduk sorang diri, takde teman takde kawan, rasa lonely yg amat sangat

Bila saya fikirkan, takde guna saya duduk menghukum diri

Sedangkan banyak benda saya boleh buat juga

Secara lahiriah orang pandang memang saya normal jer

Takde masalah hidup

Tapi dalam hati allah jer tahu

Betapa rasa nak menjerit hidup keseorangan

Rasa nak lari, tapi xtau kemana nak pergi

Selalu ada rasa gelodak dalam jiwa nak drive laju2

Bawa jer kereta kemana hala yang nak dituju

Tak payah fikir apapun...

Selalu rasa macam tu, rasanya saya dah nak masuk kategori depress kot

Dulu kuat, sekarang rasa jiwa lemah, rasa hiduptakde tujuan

Saya rasa macam ujian hidup saya ada2 sahaja

Dulu ujian hidup berumahtangga

Sekarang ujian hidup kesunyian

Dapat tak bayangkan kesunyian saya?

Hari bekerja saya takde masalah

Lagi boleh lewatkan balik, saya lewatkan

Sebab saya taknak sunyi terlalu lama di rumah

Selalu saya solat maghrib dan lepak di surau pejabat

Kadang sampai isyak, kadang lepas maghrib saya chow

Tapi pun, lepas maghrib saya akan singgah ke kedai

Pun dah macam orang tak betul, saya akan duduk lama2 dalam keter

Kadang tak buat apa pun, browse lah apa2 dalam ipad

Teman saya paling akrab ipad, sasun galaxy tab dan blackberry

Semua anak2 buah kat pejabat tau yg saya skrg tak boleh hidup tanpa gadjet

Punyalah rapat kan?

Dalam ipad lah ada quran, ada segala mak nenek di download

Kadang punya boring, boleh chat dengan simsimi pulak, macam budak2

Bayangkan....bayangkanlah hidup saya yang boring di luar waktu pejabat

Kalau berterusan gaya hidup saya, takut saya masuk hospital sakit jiwa pulak

Sedihnya hidup saya, balik2 tu jer perasaan yang menerjah dalam kotak fikiran

Dalam hati turut rasa macam tu, kenala semua orang happy, kenapa aku jer yg sedih ni?

Sampai terbawa2 pada fizikal

Kadang sabtu saya tak makan langsung, dari jumaat tengahari makan

Sampai sabtu petang baru saya keluar makan semula

Saya rasa macam saya menganiayai diri sendiri

Mental dan fizikal torture

Bukan orang torture, diri sendiri yg torture diri sendiri

Ahhh,..... Apa saya cakap ni?

So lepas saya fikir dan fikir, saya rasa saya perlu buat satu anjakan

Walaupun tak tau anjakan apa, tapi saya rasa saya kena hijrah

Hijrah status, hijrah rumah, hijrah pemikiran

Apa sahaja.....

Maka untuk kali ni, yang saya mampu buat adalah hijrah rumah

Selalu bila boring weekend saya balik rumah serembAn

Memang kadang2 saya balik melaka juga

Tapi tetap boring bila balik melaka

Sebab saya masih akan duduk sorang2kat rumah baru yang saya buat tu

Perasaan boring+sedih+sayu tu follow saya balik kampung juga

Apatah lagi hani takde, rasa tak tau nak buat apa...

Ah, saya cakap pun bulan korang dapat rasakan?

Tapi takper, asalkan saya dapat lepaskan...

Tu sebab saya lama diam....tak buat blog, takde apa nak cerita

Melainkan keboringan hidup saya

Tahun inilah yang paling terasa

Lepas projek rumah siap ni saya kan dah tak sibuk

Juga lepas dapat boss baru ni kan saya kirang beban dah

Tu sebab dari kesibukna, kesedihan pula ambil tempat dalam hati

Kalau balik melaka, pakwe melaka tu pulak buat saya boring

Selalu nak ajak keluar, dating, saya menyampah

Sebab saya tak suka sebab dia suami orang pada dua isteri

Saya tak suka dengar cerita pasal isteri2 dia (walhal dulu saya yg kepochi tanya itu ini)

Sekarang rasa menyampah, annoying sangat, bila dia nak keluarkan cerita jer saya rasa loya

Selalu bergaduh dengan dia via hp

Kadang dia kata diatak faham saya

Dia call saya dengan panggil rimantik, cakap lembut2

Saya balas dengan kata2 kasar

Dia call terus cakap, "buat apa tu yang..., rindulah"

Saya plak jawab, "alah tak payah nak yang...yang...meluat, hipokrit"

Macam2lah saya jawab, kadang saya kata, "tu diana tu panggil yang, panggil saya watper?"

Tu yang dia marah saya balik, " saya cakap lembut awak marah, saya cakap kasar awak kata sayatak sesuai dengan awak, cakap kasar....

Serba salah saya,mana satu saya nak buat, saya ni bukan main rindu kat awak, teringin nak jumpa...

Bla...bla...bla....macam2 dia cakap

Saya boring yang teramat2 nak teruskan hubungan (eh adaker hubungan, rasa cam takde)

Memang takde pape perasaan pun kat dia dah

Sangat clear....tapi dia kejar dan kejar saya

Balik dari KL (meeting) singgah bangi ajak jumpa

Sebab sayatak balik2 melaka

Malas nak layan....asyik cari alasan jer

Tapi chemistry saya dengan dia mmg kuat

Bila masa saya sunyi, rasa sedih, ada masalah, masa tu juga dia lah tak semena2 yang call saya

So masalah hidup masih juga share dengan dia

Masalah sunyi tulah

Tapi syukur, setakat ni call jerlah

Dah 3 bulan xjumpa, sejak rumah saya siap

Walaupun dia tuntut saya hadiah kan dia kasut dengan nilai 300 sebab kes saya bagi mejartentera tu kasut clark 300

Tapi sampai hari ni saya tak beli2kan dia kasut

Asyik perli saya kata, dah bantu tampung kos rumah 6k, nak kasut 300 pun tak dapat2

Askar entah dari mana saya percaya pulak tu, tu jerlah ayat dia bahankan saya

Yang saya nak citer ni, pakwe melaka ni xde apa peranan dalam hidup saya

Dulu yer ada lah juga letak harapan mana tau dapat jadi isteri dia

Yerlah bercinta lama giler

Dari 1999,sekarang 2012

Memang terputus tengah jalan sebab saya kawin, tapi oada dia katanya cinta dan sayang pada sayatak pernah berubah

Etah hapa2!

Kadang dia tanya saya apa kurang dia di mata saya....

Selamba saya cakap, tak cukup tua! Kan taste saya orang tua2

Bahasa kasar, nak marah saya kadang tu ayat2 dia memang manikam kalbu

Tu yang kalau dia call, dia akan cuba cakap selembut2nya, romantik konon

Walhal meluat lagi ada

Kadang saya pandang jer dia call, saya tak pick up

Sebabtau at the end perbualan tu akan jadi gaduh

Saling salah menyalah

Sebab saya suka cabara dia, kalau sayang, kalau rindu saya, mehler kita nikah

Hah, memang dia xberani, paling berani dia cakap

"sabarlah....belum sampai masanya..."

Dulu ada juga makna ayat2 tu, sekarang jadi bahan gelak saya jer"

So kesimpulannya, pakwe melaka adalah NOTHING, takde paper perasaan dah

Kalau boleh nak nyahkan watak dia dalam hidup saya...tp dia adalah degil

Watak dia juga buat hidup saya depress, sebab menyampah!

Menyampah sebab kau dah tau kau suami orang apa jadahnya cari saya janda ni...

Nak2 saya dah kenal diana, isteri kedua dia (yg baik dan sangat kasihan)

Ada lagi seseorang yang mengisi hidup saya

Yang hari2 sms, ym dan call

Pakcik singapore

Jujur saya katakan kalau pakcik sngapore dekat, duda dan available

Saya pilih dia jadi suami saya

Tapi dia suami orang

Malah tembelangnya ada berhubungan dengan saya pun dah terbongkar

Isterinya dah tau (panjang citernya)

Hampir nak bercerai tapi akhirnya alhamdulillah xjadik (syukur ya allah)

Sangat selesa dengan pakcik singapore, hampir setahun kenal

Tak pernah jemu ym, sms dan call wpun sekadar tanya soalan2 pendek

'salam wa, dah solat?'

'salam wa, dah makan?'

'salam wa, sibuk ker ni hari?'

Hari-hari, tanpa jemu

Kadang saya yang jemu dan tanya dia tak jemu ker hari2 tanya soalan sama

Dia kata buat untuk orang yang dia sayang, apampulak nak jemu

Dan dia sanggup top up value hp dia beberapa hari sekali semata2 nak call saya

Walhal saya kadang menyakitkan hati dia

Kalau saya ada masalah, dengan dia juga saya lepaskan

Kalau saya boring dengan hidup, dengan dia juga saya marah2

Kalau saya rasa rindu kat dia, pada dia juga saya bebel

Bebel entah apa2

Saya marah saya kata, kenapa hubungi saya lagi?

Dah tau takde jalan keluar pada hubunganni

Dah tau, yang wa takkan jadi isteri abang

Boleh tak buat tak tau pada hidup wa

Tak payah nak sms, call, ym buang masa jer

Dia senyap jer, dia kata dia pun sedih

Dia kalau boleh nak saya jadi isteri dia

Tapi dia tak mampu, dia tak berani

Hanya doa dan solat hajat jer yang boleh

So, takpayah carik wa lagi,boleh tak

Jangan buat wa sampai rasa seksa boleh tak

Saya ni pakar provoke

Tapi dia tak balas, kadang balas dengan icon sedih, icon nangis

Tu jerlah yang dia mampu

Saya pun memang xletakkan apa2 harapan

Now tak rasa apa2 kat dia, syukur

Saya doa supaya dia nyah dari hidup saya juga

Memang kadang teringat2 kat dia

Sebab dia call saya bukan sekadar call suara

Tapi ber video call

Memang terbayang2 senyum dia tu...

Kn dah cakap saya taste orang tua

Lagi orang tua tu sabar dengan kerenah saya lagi saya jatuh hati

Mujur dia jauh, bila geram jadi menyampah nertukar jadi tak suka

Maka dengan cepat boleh lupakan dia

Dengan bantuan dia juga saya boleh lupakan pakwe melaka

Yang saya suia pak cik singapore ni dia sangat positive

Dan aura positive dia tu selalu dia transfer pada saya

Dan dialah orang yang paling tak jemu ingatkan saya untuk solat, makan

Dalam saya sunyi sebenarnya allah hantar watak2 ni dalam hidup saya

Juga ada watak anak buah baru di oejabat

Yang juga ambil berat hal ehwal saya

Laila, 25 tahun dari sarawak

Selalu bbm saya, sabtu ahad

Just tanya, 'puan buat pa tu?

Sebab dia tau saya keseorangan

Dn tak lupa juga boss saya yang mewarnai hidup saya

Sebab boss tau saya takde komitmen lain

So anytime dia bbm saya, call saya

Tak kira masa

Kadang stress dengan dia

Tengah shopping dengan hani pun kena ganggu

Kadang dia puji saya, katanya...

Saya jer yg kalau dia call tak pernah tak jawab

Jawab dengan cepat lak tu...

Bagus betulllah salwa ni...katanya lagi

Yerlah mana tak bagus, dah memang kerja saya belek hp...

Bila bunyi dan2 tu ker jawab

Eh dahsubuh...

Bebel tak abis2

Saya cuti hari ni

Sebenarnya saya nak cakap sikit jer tadi

Saya nak bagitau

Saya nak pindah balik rumah seremban ni

Sebab keindahan dan keseronokan duduk rumah sendiri tak dalat dibeli dengan wang ringgi

Tapi ada pulak yg nak menyewa rumah saya ni

So kasi peluang penyewa masuk jerlah

So saya xde rumah untuk bulan mei ni

Sebab bangi sayabakan keluar bln ni jugak

Maka saya sedang menacri2 bilik utk diseaa

Xde apa barang dah

Pindah dengan membawa sekeping hati yang sunyi jer

At least ada teman serumah maybe tak rasa sunyi sangat

Kalau mati keras or sakit ada gak yang ambik tau

Ohhhh sedihnya rasa bila membayangkan kesunyian hidup saya

Prudential saya dah slow down

Sebab rasanya prudential menyumbang kepada tekanan darah saya yg naik tu

Sekarang sedang dalam misi mencari bilik sewa

Dalam pada tu recce rumah2 murah atau aprtment dalam kemampuan

Rasa nak beli jer rumah area dekat2 putrajaya then sewakan bilik2

So kira2 sama jerlah....

Gaji baru pun dah naik...harap2 mampu beli rumah satu lagi....:)




Wassalam

Sunday, April 15, 2012

Garang

Assalamualaikum w.b.t



Lama tak cerita pasal kerja kan

Sekarang ni kesibukan kerja takdelah teruk sangat beban dia

Maybe sebab ada boss baru, azmi

So beban tu dia yang pikul

Tapi now saya ada berani sikitlah

Banding dulu

Dah berani jumpa KP suarakan pandangan

Bagi pendapat

Ada empat datuk, sorang ketua pesuruhjaya dan 3 timbalan ketua pesuruhjaya

Timbalan operasi (datuk shukri), timbalan pengurusan dan profesional (dato zakaria) dan timbalan pencegahan (datuk hjh sutinah)

Tiga2 timbalan tu saya dah biasa amat boleh masuk kategori bergurau dah

Cuma dengan KP tu masih jaga protokol

Kalau bercakap dengan dia, masih rasa ada gap

Gap cara dia berfikir dengan cara kita masih tak sama

Tapi hampir menyamai kot...

Walau ada gap tapi tetap dia cari dan minta pendapat kami juga

Saya seronok ada boss bermisi macam Dato' Sri Abu Kassim

Tapi dengan ketua unit saya, memang saya agak cuak

Cara dia berfikir memang tak sama dengan saya

Selalu berselisih pendapat dengan saya

Cuma kadang saya letih nak memabantah

Asyik bantah jer

Sebab dia pernah cakap, anak2 buah mesti ikut cakap boss

Macam dia tegur saya secara halus lah

Kadang dia lerli saya juga

"macamanA nak buat isteri ni, kau ni garang sangat lah salwa"

Kadang dia panggil saya wawa, sajer bila dia tengok saya dah mula xsetuju

Dia mulalah cakap lembut dan elok2

Payah dapat boss style sweet talker ni

Belum sempat nak marah dia panggil nama kita dengan penuh kelembutan

Tu kelebihan dia sampai dapat jadi ketua unit komunikasi korporat tu

Banding saya yang garang ni

Dah berapa lelaki dah tegur style saya yang garang ni

Saya cakap memang jenis straight forward

Tak reti nak buat style sweet talker

Hari tu biss bahagian saya tegur benda sama juga

"eh salwa ni, garang bukan main...cuba lembut sikit, ni malam2 pun mesti garang ni..."

Yer begitulah nasib perempuan kalau kerja keliling lelaki

Takleh kata apa dah!

Memang baik anak dara, isteri orang, janda memang kena perli sesajer jer....

miss sinar pun dah naik kerja

Lepas3 bulan cuti berpantang

Pun di menegur gaya saya yang makin garang

Katanya masa sebelum jai ibu tunggal saya lemah lembut sikit

Sekarang garang terlebih pulak

Saya taklah garang, maybe cara saya keras sikit sekarang

Tak suka main2

Itu di pejabat

Kalau buat kerja luar, naik kereta sama2 pegawai saya

Saya yg banyak gelak, buat lawak

Kadang saya jadi bahan

Sebab semua peg saya muda2 belaka

Boss 40 an

Anak2 buah semua 20 an

Saya jer 30 an

Tapi bercampur mesra dengan budak 20 an

Jadi baham kadang sebab apa diorang cakap saya tak tau

Pastu tanyalah...tu yg diorg gelakkan saya tu

Ceria juga kawan dengan orang2 muda ni

Idea mereka pun segar2 belaka

Tu yg kontradik dengan idea boss tu..

Eh entry buang masa namanya ni

Sajer buat untuk menutup sesuatu cerita lain..


Wassalam

Menempuh cabaran hidup

Assalamualaikum w.b.t



Hampir setahun dah saya menjadi ibu tunggal

Suatu tempoh yang sekejap sahaja berlalu

Pejam celik pejam celik 21 april 2011 dah berlalu hampir setahun

Berpisah lebih lama dari tempuh tu sebenarnya

Sebab raya 2010 lagi dia berpindah ke penang

Tinggalkan saya dan hani

Dalam tempuh tu rasanya dia hanya balik 2@3 kali

So kesimpulannya, saya dah rasa hidup sendiri dari 2010 lagi

Maksudnya oktober 2012 ni akan genaplah dua tahun saya hidup sendiri

Lama juga sebenarnya kan?

Lama dirasakan jika memikirkan kesepian hidup saya lalui

Lebih lama lagi rasanya tempuh ini jika difikirkan malam2 tidur sendirian

Keluar makan sendirian

Jalan-jalan sendirian

Mulut pun membisu xbercakap jika hari bercuti

Saat-saat begitulah yang paling pedih + sedih

Bukanlah sedih tu datang pada setiap malam

Selalunya weekday dah penat kerja dan otak memang dah tak larat

Memang tak dan nakfikir apa, melainkan tutup mata jer

Tapi ada masanya terasa sangat nak kan suami di sisi

Sebab sepanjang 11 tahun tu rasanya kalau dibilang hari2 ada suami

Agaknya setaraf dengan mereka yang berkahwin 3 tahun jer kot....

Masanya kan terbahagi pada 3

Aza, tabligh dan saya

Lepas 2006, setiap tahun keluar 40 hari 3 kali

Menjadikan jumlahnya 4 bulan

So bakinya adalah 8 bulan

8 bulan bahagi pulak dengan aza

Bahagian / giliran saya pulak memang kurang sebab saya bekerja

So campur tolak adalah kot 3 tahun kami bersama2 secara penih, agaknya

Sekejap jer kan....




*************************************


So alhamdulillah

Buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya

Gembira kerana kurang masalah dah

Masalah dari segi rumahtangga lah maksud saya

Tapi masalah jiwa kesunyian tetaplah ada malah bertambah2 rasanya

Terutama masa hujung minggu

Yang paling sedih bila takde peneman

Takde kawan nak makan

Takde kawan nak bercakap

Takde sesapa nak bergaduh

Takde teman nak berbincang dan musyuwwarah dalam membuat keputusan

Terpaksalah makan sorang2

Jalan sorang2

Apapun sorang2

Saya tak dapat bayangkan pembaca blog ni mampu hadapi apa saya lalui

Sangat berat penanggungannya sebenarnya

Sangat sedih, juga rasa macam tak berguna hidup

Ada benda nak buat dan boleh buat

Macam balik kampung, tapi saya tak nak la balik sorang2 tanpa hani

Boleh jer gi window shopping, tapi saya bukan kaki shopping

Menyampah lagi ada....

Saya hanya perlukan teman, teman untuk isi masa terluang

Jangan cadangkan saya pi holiday

Sebab saya takkan pergi tanpa hani

Dia mujahadah kat madrasah mana boleh saya suka2

Dia mujahadah tapi dia suka, insyaallah

Sentiasa dalam rahmat dan peliharaan allah hendaknya

Kalau ada sesiapa perasan saya ada buat satu entry sebelum ini

Sehari selepas tu saya tarik semula entry tu

Memang niatasal nak kawin

Dengan sorang lelaki ni

Tapi ada fakta tentang diri dia yang dia tipu

Saya rasa tertipu, so saya hold dulu keputusan nak kawin tu

Mungkin jadi mungkin juga tidak

Macam saya cakap, saya takkan mahu Sama sekali berkongsi lagi

Biar saya susah hidup menjanda, mengambil suami orang tidak sama sekali

Lelaki ini, saya panggil man saja, seorang duda

Tua, beza 18 tahun juga, sebaya pak hj

Kalau ikutkan fizikal dia macam nampak tua 10 tahun dari pak hj

Memang nampak tua sangat

Maksud saya bukan tua macam beruban ker apa

Tua sebab berjemur dan kerja kuat agaknya

Orang batu pahat, jawa

Mnjadi tua saya fikir sebab setiap weekend dia balik ke pontian dan batu pahat

Mengerjakan kebun kelapa, kelapa sawit, kopi, koko, ah macam2 tanaman lah

Kebun 16 ekar....Warisan mak bapak kot

Memang itu rutinnya saban minggu, turun ke kebun

Tengok2kan 4 pekerja indon buat kerja di kebun

Macam saya cakap, saya selesa dengan orang tua2

Tak taulah kenapa....kadang nak menyampah juga rasanya dengan taste saya ni

Tapi bila berborak rasa macam takde gap

Lancar jer,rasaselesa dan seronok

Dapat tak bayangkan kalau kita berborak dengan seseorang

Kita takde rasa apa yang kita bakal nak cakap tu kita kena fikir dua kali dulu

Kita tau bahawa apa kita cakap tu takkan kecikkan hati dia

Takkan buat dia rasa kevewa, marah atau rasa menyampah kat kita

Macamtulah rasa bila bernorak dengan man ni

Rasa bebas cakap apa saja

Man ni setakat ni saya ada nampak kelemahan dia

Tu sebab saya tangguhkan dulu hajat dia nak memperisterikan saya

Banyak fakta tentang diri dia saya masih kabur

Tak tau samaada auta atau fakta

Disebabkan sejarah dia pertama kali jumpa dia dah beri maklumat auta

Maka saya angat berhati2 dengan maklaumat2 yg datang kemudian

(untuk jiji dan irfa, man adalah org sama dalam entry sebelum ni, so maklumat entry sebelum ni sila abaikan)

Man hanya berhenti merokok dua tahun lalu

So saya risau dia ada penyakit (takut kena stroke lagi)

Juga saya mempersoalkan (dalam hati) kekuatan dia (over)

Dari segi ciri-ciri man banyak juga bagusnya

Solat dijaga, walau tak seperti pak hj yg wajib 5 waktu di masjid/surau

Man di rumah memang ke surau

Pandai masak juga, maklumlah dah 15 tahun menduda

Yg lebih dia dari pak hj, dia mampu menjahit

Baju melayu dan baju kurung

Juga berminat menanam bunga

Malah suka menyimpan koleksi pinggan mangkuk

Man juga sabar dengan saya

Saya ni tinggi egonya

Bukan calang2 orang bolehsabar dengan saya

Kadang2 bila nak marah saya marah direct jer

Satu lagi ciri dia, saya rasa dia lebih sayang saya dari saya sayang dia

Rasanya jika dia dapat saya dia akan hargai saya sebagai isteri

Sebab saya muda, lebih berjawatan dari dia (agaknya dan dia selalu juga merendah2 diri dpn saya)

Man ada seorang anak sedang belajar di UK

Ada seorang abang telah lama bermastautin di Dubai

Dan ada kakak sedang ikut suami sambung belajar PhD di UK

man sebelum ni kawin dengan orang France, masuk islam

Lepas cerai dia murtad balik

Jadi man ni kononnya rasa kecewa dan terus xnak kawin

Rasa bersalah sebab xdapat bimbing isteri sampai keluar dari islam

Dapat sorang anak, skrg umur 19 tu yg ada di UK tu

so man ni sebatang kara di malaysia ni, sebab dia anak bongsu 3 beradik

Ada lah satu anak sedara di KUSZA

Katanya ada ramai anak2 angkat

Pelajar UPM

FYI, man kerja di salah satu agensi di bawah MOA

Pangkatnya gred bawah dari saya, gred 22 jer

Tapi saya agak musykil sekarang ni

Sebab sekarang sedikit sebanyak saya telah mengatahui tentang harta2 Man ni

Tu yg buat saya tak seronok

Macam harta lebih dari emolumen

Jauh lebihnya, macam terlampau

Man ni bukan ada duit cash, tapi harta tak alih dia yg banyak

Kalau saya kata dia ada banyak rumah pun memang macam tak caya

Ada banglo di petaling jaya, banglo di muadzzam shah, pahang

Ada rumah semi D di JB, rumah teres di putrajaya, apartment di putrajaya, banglo kampung di majidee

Cottage di cameron highland, dan ada rumah juga rumah di Jakarta

Ada tanah di pontian, di batu pahat, di pahang, diulu langat

Semua ni saya tau bukan sekaligus

Juga bukan sebab dia sengaja ceritakan pada saya

Tapi terkeluar satu persatu dalam perbualan

Maklumlah saya kan suka bertanya....itu ini, lama2 tu yang terkeluar cerita tu

Saya anggap pemilikan harta tu sebagai auta buat masa ni

Sebab selagi saya tak nampak apa2 dokumen,saya takkan percaya

Dia janji akan beri dokumen pada saya

Giler kalau kerja gred 22 tapi boleh kumpul harta banyak tu????? Auta kot?

Miss sinar saya dah jumpakan, memang miss sinar xpercaya

Saya pun xberapa percaya

Tapi kita tengok dulu...

Saya tak kabur dengan benda2 tu

Bila ditanya macamana boleh kumpul harta macamtu

Senang jer dia jawab

Sebab dia duk sorang, takde fikir perempuan, hanya fikir kumpul harta

Untuk masa depan anak tunggal

Dan pernah bertahun2 cuti tanpa gaji

Buat bisnes, bawa Masuk pekerja dari Indonesia, yang untung banyak katanya

Masa tu lah beli harta, katanya

Tu sebab servis lama tak naik2 pangkat

Sebab asyik cuti tanpa gaji jer....

Tu lah serba sedikit pasal man

Memilih dia sebagai bakal suami rasanya akan meminimakan masalah rumahtangga

Entahlah..itu yg saya bayangkanlah

Telah menduda 15 tahun, kalau dapat isteri memang jaga sangat lah kot

Xperlu dikongsi, takde adik beradik di sini

Takde anak kecik

Ada pendapatan, ada pencen

Ada rumah, kereta yang selesa

Amal ibadah jaga, masak, menjahit pun pandai

Orang kampung yg humble

Tak suka membazir, merendah diri

Cuma masalahnya dia tua (mujur sebaya pak hj, kalau lebih tua lagi memang rejectlah)

Dah istikharah, cuma gerak hati jer tak cukup kuat

Akan solat lagi dan lagi

Ada banyak masa lagi buat keputusan

Saya ni ada duda lain yang nak, suami orang pun ada

Tapi xsanggup pilih duda mati isteri

Yang ada anak untuk dijaga

So sebaiknya duda yg anak2 dah besar

Yg boleh buat teman, makan, jalan2, teman gaduh....

Entahlah....

Nikah ker tidak nanti saya war2kanlah kat sini

Nak kata gatal sangat nak nikah tu tidaklah sangat

tapi sekarang more on nak teman, rasa sunyi kot

hani takde disisi

Tapi kalau hani adapun manakan sama peranan anak dan suami kan?

oh yer, hani pun saya dah bawak jumpa man dah

Asalnya tak setuju, tapi dah kow team, okay jer

Ahhh kusut..... Allah akan aturkan insyaallah.....


Wassalam

Friday, April 6, 2012

Minta restu

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk agak gempak

Sesajer jer

Tapi yer memang betul nak minta restu ni

Walau tak restu pun, akan on juga

Insyaallah

Apanyer sajer si salwa ni nak minta2 restu plakni?

Heheheeee

Takde apa lah yg kronik sampai nak minta restu...

Cuma rasa perlu kongsi dengan pembaca saya di sini

Perjalanan hidup saya ini

Okay jom kita mula

Hishhhhkkk, tasa malas lak nak citer

Bukan apa, kang ada jer yg hentam saya

Okay, janji baca dengan hati terbuka yer

Tak perlu hentam okay

Berilah saya peluang merasa bahagia

Bahagia bukan milik sesetengah orang sahaja

Ia milik semua

Jangan menafikan bahawa kadangkala Allah sengaja uji seseorang dalam hidupnya

Semata2 nak beri kesabaran pada seseorang itu

Sebelum Allah beri bahagia

Saya sendiri tak tau nasib saya bagaimana

Yang pasti sangat2 saya rasa yang membaca ini tau betapa deritanya saya

Setuju?

Betulkan?

Nampak kan saya dah berkorban dan terkorban

Nampak kan saya melalui gaya hidup yang tertekan

Rasa sedihkan bila tengok apa saya lalui dalam rumahtangga

Dapat tak rasakan yang saya ni jauh dari keluarga

Saya bukan jenis anak mak

Saban waktu mak hubungi bertanya khabar

Saya independent

Hidup sendiri

Maka kali ini agaknya allah hendak menguji saya

Dengan ujian bahagia pula

Saya sentiasa berdoa

Moga allah beri jalan keluar

Allah beri bahagia

Datangkan seseorang bagi menemani saya

Saya tak malu akui

Lagi dan lagi

Bahawa saya perlukan suami

Sangat perlukan

Bagi memenuhi naluri wanita saya

kehendak seks saya

Jangan pandang sebelah mata faktor yang ini jika anda tak termasuk kategori ini

Dan saya perlukan teman hidup bercerita

Berkongsi rasa

Namun kali ini saya doa sungguh2

Juga berusaha mencari mengikut kesesuaian saya

Ada beberapa calon depan mata

Macam saya bagitau tu

Ada yang hendakkan saya;

Pakwe melaka, pakcik singapore, zam steamboat, kawan di penang

Tapi xtau hati tak terbuka untuk mereka

Kecuali pakcik singapore yang mmg sungguh2

Dan saya pun sukakan dia

Tapi kerana tiada jalan keluar

Maka dua2 pun sedar

Apatah lagi isterinya pun dah menyedari kehadiran saya

Hampir bercerai mereka

Namun alhamdulillah semua dah kembali okay

Pakcik singapore masih hubungi saya, kekuatan semangat baginya

Namun sedar tiada jalan keluar, dia doakan saya temui jodoh dengan yang baik2 sahaja

Allah makbulkan doa dia agaknya

Alhamdulillah

Allah maha mendengar

Allah maha mengasihani

Allah sangat penyayang

Dia beri peluang untuk saya merasa bahagia agaknya....insyaallah

Saya rasa saya dah temui seseorang

Yang layak dibuat suami

Yang sayang saya

Yang sesuai/sekufu dengan saya

Alhamdulillah

Bukan cari yang kaya, yang handsome, yang biasa2 jer memadai

Tapi allah beri lebih sana kurang sini

Saya ambil masa juga

Ada part dalam diri dia sangat saya suka

Ada pula part yang saya tak boleh terima

Saya doa pada allah lembutkan hati saya terima semuanya

Alhamdulillah sekarang dah menerima dia seadanya

Biarlah saya gelarkan dia, pakcik dude

Dia sangat sederhana dan low profile orangnya

Langsung tak handsome

Malah kelihatan tua 10 tahun dari usia sebenar

Dia nampak lagi tua dari pak hj...satu kenyataan yang sangat susah diterima juga

Kulitnya gelap, tangan berurat

Rendah jer, sekali lagi nak bagitau sangat2 low profile (giler low profile)

Sesuailah dengan saya

Walaupun dia PTD, gred 52, tapi sekali pandang macam pekerja kebun kelapa sawit jer

Walhal kerja di Putrajaya ni juga

Sekarang tinggal seorang diri di Putrajaya

Dah beli rumah di presint 11

Seorang duda anak satu, umur 46 tahun

Anak bongsu dari 3 beradik, ada abang dan kakak

Orang Johor, Batu Pahat, jawa totok(memang rajin kerja yg amat)

Abangnya tinggal di Dubai, dan mereka sekeluarga terus akan menetap di sana

Kakaknya, seorang timbalan Dekan di sebuah u kini di UK menemani suami sambung Phd

Maknya meninggal hampir 2 tahun lalu

Anak dia pun dah besar, lelaki umur 19 tahun

Belajar di UK sekarang ni, juga tajaan Petronas

Ciri dia sangat nerupakan bonus pd saya

Biarlah tak handsome, so tak susah hati fikir ada org nak dia

Tapi saya tau hati dia baik, jenis soft spoken

Sabar sangat, tak macam saya

Dahlah agresive, cakap plak jenis kuat dan laju

Saya rasa dia boleh bersabar dan juga boleh melengkapi diri saya

Dan yang pasti saya tak payah berkongsi dia dengan sesiapa

Tak payah nak menanti2 dia saban hari

Takyah berebut nak balik mana raya

Takyah kuar kos sewa rumah (Sebab duduk kat rumah dia di presint 11 tu)

Takyah nak pening layan anak dia

Takyah fikir cara nak bersosial dengan keluarga dia sangat (Sebab semua kat oversea)

Walaupun katanya ada giliran beraya, tahun ni giliran beraya di Dubai

Tapi dah tanya, dia suka jer xkisah raya di Melaka

Pakcik dude telah bercerai 15 tahun lalu

Sebelum ini isterinya orang France

Berkahwin semasa dia menyambung master di UK atas tajaan petronas

Berkahwin 4 tahun sahaja, lepas balik malaysia isteri tak tahan duduk di Malaysia

Panas katanya, antara menjaga emak dan isteri yg ingin balik ke UK

Dia memilih menjaga emaknya

Maka dia terus kekal jaga emak dan anak tunggalnya

menumpukan hanya pada kerjaya

Dari petronas bertukar masuk ke government

Lewat masuk kerajaan, tahun 2002 masuk sebagai PTD

Tapi ditawar ke M44 dipinjamkan ke UPM sebagai pensyarah

Kemudian dipinjamkan merata-rata

Sampailah sekarang ni....di Putrajaya

Saya sebenarnya tak pilih yang kaya pun

Gred 52 tu memadailah, pastinya dia tak kacau gaji saya

Insyaallah

Banyak juga saya buat background checking

Nak pastikan tak tertipu lagi

Setakat ni dia bekerjasama, walaupun awal2 tak nak bagitau

Kami ada access utk check seseorang hanya melalui no kereta, no ic

So dia pun tak berani nak main2 dengan saya

Pengalaman yang ada sangat mengajar saya

Tapi allah bagi nilai tambah pada dia

Sangat sesuai dengan minat saya

Pandai masak (tapi tak sepandai pak hj)

Pandai menjahit (lebih pandai dr pak hj coz baju melayu pun dia jahit sendiri)

Maka lepas ni kalau pakai baju kurung gi kerja, orang tanya, eh mana tempah baju tu?

Maka bolehlah jawab, suami saya yang jahitkan.....(betul2 giler ni....)

Sangat minat pinggan mangkuk (yer, xde masalah kot kalau nak beli vintage ker corelle ker)

Agak pelik mengapa 15 tahun sanggup menduda

Insyaallah nanti sikit2 saya cerita

Kalau nak tanya apa2 kat saya tanyalah

Mana tau kali ni saya masuk perangkap lagi?

Tapi insyaallah tidak kot...

Namun, tolong ingatkan saya

Apa2 lagi yang saya sudut yang perlu saya lihat dan teliti

Sebelum berumahtangga kali ini

Insyaallah dalam masa sebulan dua ini akan bernikah

Dah setahun saya bercerai rupanya

Sekejap jer masa berlalu

Tapi ada beberapa perkara saya ingin selesaikan

Juga part dia yang agak sibuk

Next week dia ke luar negara untuk 2 minggu, balik tu nanti baru buat urusan document

Saya tak nikah di kampung kali ni

Memandangkan saya cerai pun tak dihebahkan

Hanya mak yang tau

So ikut perancangan saya akan bernikah di putrajaya jer ni

Balik kampung akan buat kenduri doa selamat

Doakanlah saya yer

U/p: bagi memastikan keseriusan dia, saya dah jumpakan hani dengan dia dan juga dah jumpakan juga miss sinar (untuk interview) dia, setakat ni miss sinar luluskan dan hani pula tak setuju mula2nya atas faktor tak handsome....tapi dah jelaskan pada Hani ada beberapa ciri dia yg saya suka, hani pun setuju akhirnya, alhamdulillah sangat2....

Wassalam