Tuesday, June 28, 2011

Video yaya and hani skating

Assalamualaikum wbt

Ya allah seksanya nak upload video ni.....dah mengalahkan apa nak menunggunya....dahlah berejam2...harus ni jerlah satu2nya video saya upload dari rumah.


kalau nak upload video lain kena bawak lappy ke pejabat lah jawabnya ......

Ni aksi yaya and hani masa kelas kali ke 2 ker ke 3 entah dah lupa pulak dah....

Saksikan ajerlah aksi dua orang ni

Oh yer...suara saya sangat kuat, so gelak pun kuat jugak yer....

harap telinga anda tak terjejas dengar suara saya tu...







Wassalam

Sunday, June 26, 2011

Gambar rumah sewa baru di Sungai Merab, sewa RM450 jer...


Assalamualaikum w.b.t

Ni gambar rumah yang sempat yg ada

Ada lagi tapi slow sangatlah signal kat area sini

Kang lambat2 upload susah pulak

Takde pilih2...main upload jer

Sekali gambar bulik jer yg ada...nanti2 gambar kat luar dan ruangan lain lak


pada saya berbaloi Rm450 sebulan


Nilailah sendiri, barang2 yg ada satu pun xde barang saya


Ni gambar hari2 awalo pindah tu....sy xbawa apa pun


sekadar kain baju sikit beli langsir dan cadar baru, tu jer, lain2 semua tuan rumah punya


yaya dah ada katil sendiri...suka dia dan saya pun suka juga

 satu jer terselit gambar ruang tamu....ada sofa walau buruk ada juga tmpat rehat kan...


Dapur, mesin basuh n bilik air 2

 meja makan and ruang tamu ke 2
 bilik master yang besar sangat ada 3 katil dr ruang tamu ke 2


dari dalam bilik pulak ke ruang tamu 2

 katil hani
katil hani (kiri) dan saya (kanan)



eh..katil yaya lagi


sama atas tadi cuma nak tunjuk luasnya kawasan dia

Wassalam

Thursday, June 23, 2011

tekanan perasaan belum berakhir

Assalamualaikum w.b.t


Serius saya cakap saya masih tertekan dengan yaya


Ajaran saya anggaran hanya 20% jer yg dipatuhi


Dah tu perangai lama dia xberubah


Masih kuat merajuk


Tarik muka masam hentak kaki bila jalan


Dan menangis sakan jika xdapat kehendak dia


Masih hisap jari ikut suka dia


Eczema masih digaru setiap pagi eczema yg kering berdarah kembali


Sapu ubat hanya seketika kering lepas kuping tanggal berdarah kembali


Tapi ada pembaharuan bukan takde langsung


Dah mula ada minat pada buku


Dah ada kesedaran sangkut towel, kemas bag dan keluarkan baju kotor bila balik dr sekolah


Dalam keter dah kurang melompat gegar dan usik sana sini


Makan pun dah duduk sopan takde gedik macam dulu


Cuma makan sekarang dah pandai memilih


Apa dia suka dia nak makan baaaanyak


Yg tak suka kiyta paksa dia tarik muka termenung depan makanan dan gaul2 main2 makanan tu


Yaya juga tunjukkan kecenderungan suka. Menggedik depan orang lelaki


Pantang nampak orang lelaki mesti dia nak ke situ dan menggedik


Kalau tak kawal dari kecik parah budak ni.
Wassalam

Tuesday, June 21, 2011

perkembangan bermula Jun

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak suka idea naik pangkat tapi tak bertukar


Sebab pada saya naik pangkat harus bermula dengan semangat baru


Cara dan bidang kerja baru


Serta anak2 buah yang baru


Supaya ada chain of command yg lebih baik


Andainya naik pangkat tapi segala2nya kekal


Ia adalah sangat tidak memberangsangkan


Dan kesan pada perkara ini adalah


Anda tak terasa langsung yang anda sebenarnya dinaikkan pangkat


Kerja anda sedia ada pun anda perlu terus lakukan


Dan kerja tambahan pangkat baru pun anda kena buat juga


Now itulah saya rasa


Kerja2 gred 44 masih saya buat


Dan kerja gred 48 pun saya dah mula terima tugas utk buat


Dalam keadaan yg sama dengan jumlah anak buah yg sma


Kerja yg bertambah2


Saya dah jangka yang tanggungjawab saya akan bertambah besar


Sekarang saya dah terima kesannay


Saya bercuti pun badan dan otak kena jalan buat kerja juga


Rutin pantau berita tetap terus


Pastu buat talking point, teks jawapan dan isu2 penting tetap kena buat juga


Sampai tahap saya kat kampung semalam pun boss cari saya


Satu point utk rancangan halaqah sentuhan qalbu


Dan tadi untuk temubual dengan tV3


Malam tadi kat kg lepas sepetang2 siapkan teks jawapan utk TKP punya interview dhn TV3 boss bbm panggil dtg meeting jugak hour ni


Malam td juga balik sini wpun hari ni saya bercuti juga


Pagi2 meeting media plan utk masa terdekat ni


Utk 4 julai inkues sarbani pen pengarah kastam yg akan bermula


Dan 24 jun laporan inkuiri teoh beng hock yg akan keluar


Tak mudah nak buat semua ni


Nak spin semula berita yg tak menyebelahi sprm


Dah 2 tahun ni asyik spin spin and spin


Persepsi masih negatif terhadap sprm


Kami ni pecah kepala fikir guna setiap ruang dan peluang yg ada


Kalau anda tengok berita2 pertuduhan berita bicara tertuduh kes rasuah atau ada rencana pasal rasuah di media2 massa baik tv mahupun akhbar


Saya dan team sayalah dibelakang tu semua


Kalau anda baca berita negatif banyak tentang sprm sati masa dulu dan sekarang bnyk rencana berita yg laporannya positif @ neutral


Kamilah juga tukang spin berita2 berkenaan


Ikutkan team saya dan boleh bagi consultancy pada mana2 jab yg nak baikpulih imej


Kami lah satu2nya agensi yg betul2 ada team yg handle isu menangani persepsi ni


Banding dengan jab lain


Oh yer AGC pun ada masalah persepsi ni kan kak azwa


Tapi sprm wajib uruskan dgn baik isu persepsi sebab ia akan pengaruhi CPI


Akan libatkan pelaburan


Akan bagi kesan pada ekonomi


Dulu saya tak perlu nak ke depan


Belakang2 tabir pun saya rela


Asalkan jangan ada yg cari sudahlah


Now boss saya ketua unit komunikasi dah mula lepas tangan


Dah mula suruh saya brief KP isu2 semasa


Brief dia sebelum ditemual waryawan dlm mana2 sidang media


Mmg rasa macam xcukup ilmu di dada


Kena sound dengan kP, salwa awak UKK awak kena nasihatkan saya unruk jawap apa pd wartawan

Memang rasa kerdil sgt utk bagi cadangan jawapan pd KP


Tapi kata kuncinya berani dan yakin


Memang KP ada jawapannya tapi sebagai peg korp comm saya kena bagi pandangan smaada jwapan itu ada impact pada organisasi


Atau jawapan tu boleh dimanipulate oleh media


Adakah beri manfaat @ mudarat


Tulah yg pening nak jawab


Malah setiap kali ada temubual angle mana yang nak ditonjol tu saya dan boss jugaklah yg kena fikirkan


Kerja berat bertambah banyak pulak tu wpun gaji naik sikit jer pun


Namun pasrah jerlah


Esok nak ke celcom bincang utk kami langgan satu servis penyampaian sms pd kadar dan cara yg lebih optimum


Pastu esok nak sediakan juga intipati cerita @ storyline untuk penulis cerpen di sinar

Cerpen berunsur rasuah


Nama jer cerpen tapi spirit sebalik cerpen tu harus berinttipatikan utk mengubah persepsi masy


Utk katakan rasuah itu jenayah.


Corruption is about harm not about who


Ikan boilis vs ikan jerunh


Menarik kerja saya ni kalau minat


Pada masa sama nak prepare ada 4 lagi sessi interview dgn 4 top manangement


Masing2 cover on their part


Untuk siaran buletin utama


Semuanya sebagai persediaan selepas keluar laporan TBH


And utk 4 julai saya dah mula prepare team utk handle crisis kiranya berlaku


Sure akan timbul macam2 benda dalaman sepanjang inkues dijangka 2 mggu tu


Sungguhpun saya 100% yakin sarbani bunuh diri


Namun sure kelemahan sprm akan do attack


Normal lah tu.


Ok cau cin cau

Wassalam

Monday, June 20, 2011

inilah namanya jodoh di tangan allah

Assalamualaikum w.b.t



Jujur saya nak bagitau ni


Kami sekeluarga memang tak sangka abang saya ni akan kawin


Sebab sejak sekian lama kami rasa hidup dia langsung tak macam orang


Orang yang normal


Tak normal sebagai lelaki yg bujang


Cuma 2 tahun terkebelakang ni banyak perubahan


Tupun perubahannya saya tak begitu nampak


Sebab saya jarang sangat dah jumpa dia


Saya tau perubahan ni dari mak si along


Tau tak saya last tengok abang saya raya tahun lepas


Tu pun sekejap jer dia balik, di pagi raya


Dan raya kali ni barulah nampak dia berbaju melayu


Selama ni raya ker hari biasa ker sama jer pada dia


Raya tahun lepas tupun kejap jer dia blk pastu dia duduk kat kedai dia


Semalamlah pertama kali saya gi kedai dia


Tupun sebab hantar dia dari ipoh teru ke kedai


Cafe internet, service dan baiki komputer, camtulah lebih krg namanya


Lebih jelas saya nak citer hal dia ni yg menyebabkan kami ingat dia ni akak bujang sampai mati, meh saya citer


Dah berpuluh tahun (agaknya mmg lebih 15 tahun kot)


Dia boikot sambutan hari raya


Mana dia pernah sambut raya


Siap anti kalau kami buat persiapan lebih2


Dah tu pagi raya pun tido xbangun2


Pastu sedara datang xpernah tunjuk muka


Pergi rumah saudara memang tak pernah umurlah


Saya rasa sedara mara saya memang dah tak kenal dia


Lebih 20 tahun agaknya diorg xtengok dia


Pelik tak? Pelik kan rasa xwujud satu manusia camtu kan?


Tu yg saya kata tak normal tadi tu


Malah saudara mara cakap kalau bertembung pun dengan sedara dia lari


Bak kata mak abah (masa hidup dulu) dia malu kalah macam anak dara


Lagi teruk abah saya kutuk2 dia tak macam oranglah


Apalah macam2lah sebab dia lebih rela kurung diri dlm bilik dr jumpa orang @ saudara



Kerja dia pulak tak terkira macam2 jenis


Dari jual bunga tiruan bonsai yg dia buat sendiri, jual barang bundle, buka bengkel besi, buka share cyber cafe dgn budak kg, betulkan komputer, kerja kontrak, jadi welder, buat bengkel besi kat beranda rumah


Macam2 jenis kerja tak pernah lekat


Ada jer tak kena



Ada yg kena tipulah, ada yg dia sendiri main2lah


Tapi satu saya perhati dia kalau dia buat sesuatu tu


Dia akan beri tumpuan 200% kot


Sampai kita tengok seolah2 dah tak normal korban dia pada kerja


Sanggup xtido 24 jam sanggup curah tenaga habis2an


Jadi workaholic sangat2 (saya pun ada ciri sama)


Mak saya dah banyak kali gaduh dengan dia


Baper kali halau dia dari rumah, sejak abah saya hidup lagi


Bayangkanlah hanua dia jer sorang yg kekal dok ruamh samapi umur nak mencecah 40 tahun


Kami semua dah ada rumah masing2 (kecuali bapak yaya yg xtau apa citer)


Apa peristiwa dlm rumah, kisah adik beradik semua dia tau


Sakit pening mak abah dia juga yg berdepan


Tapi yg geram tu dalam banyak keadaan dia lebih pada xambik tau



Dia hidup dengan dunia dia jer


Kat bilik dia iaiatu rumah bahagian atas dah macam rumah sampah


Saya tak tau macamana dia boleh hidup celah2 CPU, monitor, keyboard dan macam2 buku


Segala mak nenek komputer rosak semua dia betulkan (xtau dr mana dtg pc2 tu)


Segala ilmu komputer dia belajar dari buku jer


Saya tengok dalam bilik dia melambak2 buku komputer dia pinjam dari library


Pelik tak? Org kg (budak2 muda)ramai panggil dia profesoor kat kg saya ni


Kadang2 blk kg saya mencemar duli naik bahagian atas menyelinap tgk apa ada


Memang geramlah kesepahan melampau dgn habuk3 dgn bekas2 cawan xbasuh


Sampai satu tahap mak saya tak bercakap lama dengan dia


Sebab nama jer dia dok serumah mak dgn dia tp dia macam semata2 menumpang makan tido free


Dia xbagi mak duit, buat xtau apa yg berlaku dlm rumah


atap bilik air bocor ker, lampu terbakar ker satu pun doia xambik port


Mak saya mmg geram dan bengkek


Saya kdg cakap kat mal saya suh solat hajat doakan dia


Daripada marah sumpah seranah dia


Mak saya cakap dah letih cakap xtaulah dak ajid ni nak jadik apa


So kami pasrah jer


Biarkan arus kehidupan dia bwgitu


Sambil2 kami bincang kalau dia dah tua nampak gayanya kami mi (mak sii along) yg kena jaga dia sebab dia duk kg


Kami pesan2 pd anak2 kak mi nanti kalau pak uda dah tua koranglah jaga


Sebab dia rajin bagi anak2 kak mie duit.


Saya teringat juga satu tahap mak saya sampai sorokkan apa makanan yg dibeli


Sebab mak beli dia bedal


Kuih2 raya dan air botol juga saban tahun dia yg makan sebab saya beli pastu raya ke 3 balik dah makanan tinggal


Dia dgn saya memang panas


Asal jumpa dulu2 selalu gaduh bertikam lidah


Saya jer dlm adik beradik yg out spoken


Yg berani cakap kuat2 perli dia


Kadang2 dia diam kadang2 dia balas


Pendek citer dia memang tak suka saya


Termasuk hani pun dia menyampah


Sejak raya 3 tahun lepaskami gaduh besar


Dia hampir2 nak sepak muka saya dan naik kaki pada saya pd malam raya


Sebabnya isu makan, dia bebel saya bebeldia anggap saya bebel perli dia (eh lupa lak apa isunya)


Tapi lepas tu mmg gaduh besarlah


Org lain xpernah gaduh sedahsyat saya gaduh


Kak mi kalau gaduh dengan dia takat cakap larat lawan dia balik rumah dia


Kakak cikgu tu lglah langsung xmelawan


Macamana dia sabar dengan laki dia camtulah dia dengan abang saya tu


Tapi dengan sya jangan buat hal depan2 saya lawan


Dulu dia pernah baling saya dengan tudung saji


Pastu dia kata saya macam2 sebab saya jadi isteri kedua


Mak saya bela saya


Mak saya cakap sungguhpun isteri ke 2 xpernah saya menyusahkan orang


Tu sebab kot dia jeles dgn saya


Sampai hani pun dia tak tegur malah sebab gaduh dgn saya dgn hani2 pun dia menyampah sama


Sian hani jadi mangsa


Kalau saya nak cerita bagi gambarkan abang saya ni macamana


Tak cukup menulis disini jer


Sebab ia xdapat gambarkan situasi sebenarnya


Cuma kesimpulannya


Mental fizikal abang saya ni memang macam xlayak kawin dah


Rambut panjang giler (imej dia sepanjang masa berpuluh2 tahun)


Kurus (mmg tak jaga makan lgsg) malah kerja dia minum air manis jer


Gigi pun banyak dah takde


Sampai saya terfikir memang takkan ada perempuan pandang dan nakkan dia


Butalah kalau pompuan tu nakkan dia


Penampilan mmg tak jaga lgsglah


Baju2 tshirt bundle jer jeans pulak yg lusuh dan koyak2


Pendekata mmg malu nak ngaku abang sendiri


Malah kami adik beradik 3 pompuan (ni jerlah yg tggal pun) kalau citer hal dia


Selalu kami bandingkan dgn bapa si yaya ni


Sebab kami kata lagi elok bapa si yaya ni


Tentu arah jauh xnampak depan mata


Hidup xmenyusahkan orang


Tak susah hati kami fikirkan


Banding dia ada depan mata, kami yg risau fikirkan masa depan dia


Kalau tua sapa nak jaga, kalau sakit sapa nak tanggung


Dengan tak jaga kesihatan penampilan jauh sekali


Pendekata yg buruk2 jerlah kami terbayang pasal dia ni


Tapi hari ini


Sekarang


Tahun 2011 ni


Tak sangka


Sangat2 berbeza


Abang saya tu sudah berubah


Anak yg dulu2 mak saya berleter, halau dan perang dingin setiap hari


Yg selalu buat mak saya menangis


Kini dah nak kawin


10 september ni nikahnya belah perempuan


Semalam sebelum sampai rumah salwa (bakal kakak ipar)


Kami singgah di masjid Taman Meru Height Ipoh


Bertembung dengan sorang kakak ni


Borak2 rupanya dia nak ke rumah saya sama


Sempat dikhabarkan katanya dia pun nak pergi rumah tu juga


Kawan baik dia katanya


Sempat dikhabarkan pada saya


Rumah yg nak kami pergi ni rumah pengarah pelajaran perak


Dato' dan datin ni kawan baik dia


Hmmmm saya pandang kakak saya (mak along) dan mak saya


Camana ni mak kita datang simple jer


Nampak gaya kang mak kena panggil dato datin ler


Risau pulak kami fikirkan


Tapi mak saya cakap bapak salwa ni simple orangnya


Jenis tak kisah


Walaupun berpangkat tapi ringkas dan tak banyak cerita orangnya


Dipendekkan cerita segalanya berjalan lancar


Abang saya dah cakap dia bincang dgn salwa hantaran RM6 ribu jer


Saya cakap kat mak saya murahnya


Saya 10 tahun dulu pun dah RM10K


Pastu abang saya kata kalau ayah salwa naikkan RM8 k kira setuju jerlah


Sebab adik si salwa tu dah kawin dulu hantaran 8 k


Tapi masa bincang semalam terus dia kata ikut jerlah yg diorg bincang


Cuma mas kawin tu dia minta dalam bentuk rantai leher


Untuk batal air sembahyang


Dalam hati saya aduh bertuahnya alahai abang saya


Salwa ni pulak masa sessi sarung cincin alahai xpernah jumpa org bertunang sesimple tu


Hanya baju kurung biasa dengan tudung labuh hijau


Sangat2 biasa orangnya


Redup jer wajah dia pemalu pulak tu


Kuning langsat kulitnya


Dan penampilan dia tu adalah luar biasa untuk anak seorang pengarah pelajaran negeri perak


Cincin yang dia pilih untuk disarungkan pulak hanyalah cincin belah rotan yg murah 400 lebih jer



Tu pun abang saya kata asalnya dia beli yg lagi nipis seratus lebih jer bila mak saya kata teruk sgt so salwa pergi tukar yg tebal sikit



Saya tak menyangka sebagai seorang guru berijazah ajar subjek matematik


Dia akan sesimple itu



Biasanya seorg guru wah hebat bajunya kan


Mesti service dah lama duit dah banyak kumpul


Salwa ni juga dah beli rumah pun


Tapi penampilan dia mmg sangat2 sederhana


Satu aspek saya rasa abang saya sgt beruntung


Dapat isteri yg tak pemilih hidup sederhana


Bakal ayah dan ibu mertua yg tak berlagak sangat humble


Tak memilih tak mata duitan dan tak berkira langsung


What a lucky day yesterday


Rumah banglo tu pun sederhana jer hiasan dia


Banding rumah keliling yg renovate besar2


Dan anak2 dia semua belajar dan kerja dengan hasil usaha masing2


Dia tak tolong sikitpun


Saya syak dia ni berintegriti orangnya



Apalah agaknya amalan abang saya yang allah suka


Sehingga dijodohkan dia dengan Nur Salwa


Anak yg zahirnya nampak baik berilmu


Tambah2 salwa ni dibesarkan banyak oleh mak saudara dia sebab selepas dia lahir mak ayah dia sambung bbelajar ke luar negara


Mak sedara dia ni jenis alim2 sikit malah rupa dia pun banyak ikut rupa mak sedara dia


Dan salwa ni pandai buat cake dan ambil tempahan membuat cake.


Saya rasa percintaan mereka boleh dijadikan novel @ skrip drama (up:Pnut) :)


Wassalam

Sunday, June 19, 2011

membawa rombongan meminang

Assalamualaikum w.b.t


Saya kan ada abang

Abang no 3 kalau ikut susunan adik beradik


Bapak si yaya anak sulung


Ada 2 lelaki jer dlm adik beradik kami


Bapak si yaya dah hanyut tak balik2


Sampai kami adik beradik anggap dia tak wujud dah


Dan abang sorang lagi ni, yazid nama dia


Ada semacam sindrom jeles pd bapak si yaya ni sejak2 zaman dia abis sekolah


Macam dlm perasaan dia tu ada rasa mengapa nasir (bapa si yaya) ni boleh senang ati


Sebab dari umur 20 dia blah camtu dari rumah xbalik2


So sbg satu2nya anak lelaki dia plak terikat dgn keluarga


Macam2 hal lah berlaku pada dia ni


Kang saya cerita jadi novel pulak


Tapi abang saya yg ni pun beberapa kali pernah lari dari rumah


Tu semua akibat cara didikan abah saya yang garang agaknya


Anak2 lelaki semua xboleh terima kot


Kami anak perempuan marah macamana pun xpernah lari


Takat menyorok dalam bilik jer


Abang saya ni budak pandai


Tahun 1982 kat kampung saya ni takde anak sapa2pun yg sek asarama


Zaman tu dia pecah tradisi lah


Masa tu kalau ada asarama pun takat sek mes agama sultan muhammad


Sek tu sekolah ustaz zahazan yg popular tu


Tp masa tu rasanya yg baya2 abang saya semua masuk sek mendkat kg kami


Sek sayalah tu. SMSM (sek budak2 xberapa pandai)


Tapi abang saya ni pecah rekod


Dapat tawaran masuk MRSM


Abang saya masa tu diuruskan oleh mak saya sorang jer



Sebab abah saya kerja di arab saudi


Pelikkan abah kerja jauh sangat


Agaknya konsep dia sama macam org bangladesh kerja kat msia kot


Ok saya nak citer abang saya ni umur 42 tahun dah


Tualah kan?


Kalau tengok kat pej saya umur 42 tahun pangkat dah tinggi dah


Tapi yazid ni xtaulah kenapa


Jiwa memberontak selalu dengan pelbagai peristiwa dalam keluarga


Menyebabkan dia sambung belajar xabis


Pastu kerja tak menentu


abang saya baru mulakan kerjaya


Setelah mencuba pelbagai kerjaya akhirnya barulah tetap kerjayanya


Sekarang dia buka cyber cafe sambil betul2kan komputer


Itulah nak citer ni


Dalam umur 42 tahun barulah nak kawin


Hari ni kami nak menghantar rombongan meminang


Ringkas jer kami bergerak 2 kereta


Kereta saya dengan kereta along


Along yg duduk dengan saya tulah


Dah beli kereta lama dah


Tapi saya tak tengok lagi


Dia pun xberanilah nak tunjuk kat saya


Yg geramnya hari ni makwe dia ikut sama


Eiiii pelik betul anak gadis hari ni


Boleh ikut lelaki yg dia xde ikatan apa2


Iskkk geram dengar mak saya cerita


Semalam aishah tu datang sini


Along bawak


E
Ni kang dia ikut sama dan along akan terus hantar dia blk kedah



Ingat perak dgn kedah dekat ker?


Eh merepek lak


Ni nak citer kakak ipar bakal ni


Umurnya 32 tahun dan nama dia salwa


Seorang guru berijazah katanya


Baru malam tadi dapat alamatnya di Meru Height


Tak tau sgt latarbelakang keluarga dia


Tapi xper malam kang saya updatelah apa ceritanya


So doakanlah selamat pergi dan balik


Saya akan bawak mak sya, pak alang dan pak ngah


Pak alang dan pak ngah tu dua2 abang mak saya


So saya bawak 3 beradiklah dalam kereta saya hari ni


Hani dan yaya tinggal kat kampunh jer.


Kami bawak 7 dulang jer.


Kakak saya yg cikgu tu buat semua dulang2 hantaran tu


Terer pulak dia


Simple tapi oklah utk pengantin ala2 dah berumur ni


Eh tak baik cakap gitukan


Adoiiiii tengok org tunang teringin nak kawin, aduh kesitu pulak


Apapun rahsia saya yg dah menjanda masih tersimpan rapi


Takde sapa ahli keluarga saya yg tau kecuali Hani jer


Biar pecah diperut jangan pecah dimulut



Wassalam

Thursday, June 16, 2011

hijrah lagi

Assalamualaikum w.b.t


Selama duduk di kuarters takde satu geng saya pun di kuarters dan block yg sama


Semuanya entah sapa2 yg saya tak kenalpun


Sekadar berbasi basa dan sekadar bertukar senyuman jer tatkala bertembung di lift


Tapi berborak panjang memang tidaklah


So bagi saya duduk di apartment adalah seperti menumpang di rumah persinggahan


Kaku dan beku mendominasi keadaan


Dah lama berhajat nak pindah


Nak beli rumah memang tak mamu


Tapi cari sana call sini kebanyakannya tak menjadi


Payah betul untuk buat keputusan nak pilih rumah sewa


Faktor utama yang menyebabkan saya xjadi sewa semata2 sebab lokasi


Dan satu faktor utama lain adalah kos sewa sebulan


Bangi ni kadar sewanya memang tinggi sangat2 (untung kalau ada rumah sewa sendiri)


beza betul dengan rumah saya seremban yg kadar sewanya alahai rendahnya


Maka sebab jauh dan sewa tinggi saya bersabar jerlah dok di kaurters


Tapi cari tetap cari dan lokasi saya cari tu saya fokuskan di sungai merab sahaja


Lagi takde kawasan situ saya tak cadang nak pindahni on off, selalu ambik hani di sg meran saya merayau2 cari rumah


Kawasan saya tuju area dalam2 dan kampung2 sikit...saja sukakan suasana macam tu


Memang ada area taman apa ntah yang saya dan hani suka sangat kawasan tu


Malah kalau mahal ikit pun saya tak kisah


Tapi tulah banyak kali pusing situ tak jumpa jugak rumah kosong


google nama tamannya pun tak ada iklan rumah sewa


So, saya teruskan juga mencari rumah sewa  dari last year sampailah this year, on off


Tapi lepas dapat 48 saya mula balik cari rumah sewa


Sebab saya taknak bazirkan elaun rumah RM 700 dengan COLA RM 300 tu sedangkan saya duduk apartment kelayakan rendah (downgrade)


Nak berpindah ikut kelayakan rumah untuk gred ni pun saya taknak


Sebab saya tak suka duduk rumah besar2, rumah semi D 2 tingkat memang bukan dalam senarai rumah idaman untuk saya tinggal


Apatah lagi dalam kawasan kuarters di Putrajaya...entahlah saya ni jiwa kekampungan tebal sikit


Dengan 2 anak yg aktif suka buat sepah


Dan saya seorang yg penat mengemas


Idea duduk rumah semi D mmg satu idea yg xbagus (pada saya)


Dan kalau pindah saya takut jarak rumah tu ke sungai merab tempat sekolah budak berdua tu jauh pulak


Saya suka ciri2 rumah yg sederhana besar


Tak perlu rumah besar tapi cukuplah ada ruang untuk kami melakukan aktiviti


Kalau boleh saya nakkan suasana kampung


Tapi saya sedar susah nak carik rumah macam ciri2 saya nak tu terutama kawasan hot macam sungai merab ni


kalau rumah teres tu memang ada tapi siapkan ajer sewanya


Plus deposit 2+1 dengan api air RM200


Paling rendah teres dua tingkat@ setingkat pun area bangi dan RM800, plus deposit semua tu harus RM2000 lebih


Memang saya dah standby duit tapi bila tengok rumah area yang jauh ke bandar baru bangi saya jangkakan faktor masa pulak tak berbaloi,


Dan beberapa owner yang saya call nampak macam tak mesra alam...


Apartment pun ada beberapa yang saya call, tapi masih masalah lokasi, dan masalah parking jugak


Sebab saya ada dua kereta tu yang saya nak kalau boleh sewa rumah teres


Mungkin dah rezeki agaknya


ciri-ciri rumah saya nak tu tiba2 datang


Dalam keadaan yang tak sangka


Miss sinar yang google kan


Saya dapat sewa rumah yang sangat-sangatlah dekat yang teramat dengan sekolah hani


Dan dekat juga dengan sekolah yaya


Dan yang mengkagumkan rumah ini adalah dalam suasana kampung sangat2


siap ada monyet, hutan dan pagi2 bunyi burung


rumah atas bukit sikit dan suasana sunyi sepi


ada ruang tempat letak kereta khas untuk saya yang berpagar


dan kembara juga ada runag tepi kaki lima yang terlindung utk saya letak kereta


Dan ada juga runag untuk budak main2 naik basikal


keluar ke laman main kejar2


dan paling saya suka anatara banyak benda yang saya suka rumah ni adalah....


bilik master yang sangat besar sehingga ada 3 katil dalamnya


ya tuan rumah ini siap ada perabot dalamnya


jika selama ini saya tidur hanya beralaskan tilam angin dan kemudian beli tilam mahal sikit


sekarang boleh eksyen dalam bilik master jer ada 2 katil queen dan 1 katil bujang


dan yaya ada katil sendiri daaaaa....suker betul dia


sangat2 berbaloi rumah ini


ada ruang tamu siap sofa walaupun buruk


dulu balik kerja memang takde tempat lepak sementara untuk luruskan pinggang


sekarang bukan ajer ada katil tapi ada dua set sofa sekadar melepas lelah


malah ada dapur, periuk kuali peti ais, mesin basuh dan pinggan mangkuk untuk masak segala


tulah kan apa yang kita beri pada orang insyaallah akan allah gantikan lebih baik


macam rumah sewa saya dahulu saya tinggalkan barang2 untuk penyewa guna


now tuan rumah saya pulak tinggalkan barang dia untuk saya guna


so saya rasa hidup saya sudah lengkap dan saya rasa bahagia dengan suasana kehidupan saya sekarang


boleh mulakan hidup baru dengan tenang dalam suasana baru


hani berulang kali menyetakana betapa seronoknya dia di rumah baru ini


nanti saya letakkan gambar rumah ini


mana ntah usb saya kalau tak boleh saya transfer gambar dari BB masuk sini


walaupun ini adalah rumah town house tapi bagi kami ia lebih memadai sangat2


dan kos sewa hanya RM450...yeee haaaaa, tu lah faktor yang paling menyeronokkan


tambah2 tuan rumah tersangatlah baik dan tidak berkira apa pun....


saya masuk rumah ni 1 jun tapi sebab suka sangat dan tak sabar 5 hari awal saya dah masuk dah


tapi sampai hari ni barang2 besar kat kuarters tak angkut lagi


sebab kat rumah ni semua dah ada......mesin basuh, dapur, pinggan mangkuk bla bla



Wassalam