Saturday, January 31, 2009

Aktiviti baru

Aktiviti baru


Assalamualaikum w.b.t

CERITA 1 : BERBUDI PADA TANAH


Bulan 7/2009 ni genaplah 3 tahun duduk rumah ni. Tapi alangkah ruginya sebab saya takde berbudi sikitpun pada tanah ni dari mula 2006 tu. Kalau berbudi gamaknya dah dapat hasillah kot? Yang ada tu hanyalah tanaman orang yang duduk sini dulu, serai wangi, serai [angah pulak dah racun baru-baru ni] dan pandan wangi pulak pun sama dah dicabut dek angah.. mujur juga ada tinggal akar-akarnya dan dah alhamdulillah bertunas semula dah...



Maka bila baca blog Pnut [Pnut lagi....hehehee] tengok ada bibiknya menanam maka secara tiba-tiba semangat nak mencontohi aktiviti bibik Pnut tu membara-baralah. Masa tu membara sebab bibik saya ada, kononnya nak suruh dialah yang mencangkul semua tu sebab saya ni kan ker lembik, pinggang dah tak berapa kuat nak kerja-kerja keras ni. Tapi rupanya member tak minat dan tak langsung menawarkan diri nak buat tu semua, maka saya menggagahkan diri menyemai benih2 sayur yang dahpun dibeli.




Banyak juga beli benihnya, macam2 sayur tapi setakat ni saya semai 3 jenis ajer ~ betik, kangkung dan kacang botor. Tiga-tiga dah naik dah, nak taknak kenalah juga saya menyediakan tempat atau batas nak menanamnya. Takkan nak biar jer dalam pasu semaian tu.




Petang tadi saya pun merajinkanlah diri mencangkul tanah sekangkang kera di bahagian belakang tu. Mencangkul pun sambil duduk jer atas kerusi kecik...nak kena jaga pinggang juga! Cadangan saya ukur2 dalam 3 batas cukuplah. Alaaah betul2 kat tepi tempat sidaian baju saya. Ini orang malas punya kerja, kononnya nanti senanglah sebab dekat dengan sinki belakang, 4/5 langkah dah boleh ambil air siram jer. Takdelah alasan malas nak siram sayur nanti. Dan kalau dah membesar [harap2nya membesarlah macam sayur2 Pnut tu], senanglah nak petik buat masak...kenalah berangan dulu,kan?






Tu hah...Fifi nak meletak 'baja' kat kawasan yang dah dicangkul...sepanjang mancangkul ni Fifi ler yang menemankan saya, ntah berapa kali saya nak tercangkul kepala kucing ni, berani sangat duduk kat depan/belakang/kiri/kanan saya, anak dara sorang tu asyik menonton Astro....kejap2 keluar jenguk, sayang betul dia nak tinggalkan TV...mana taknya, baru ni jer saya benarkan dia menonton astro semula sejak bermula musim sekolah ni. Oh yer, saya dah called dua kali astro ni kononnya nak putuskanlah perkhidmatannya, 'tak boleh' pulak jawabnya sebab dah ada kontrak sampai november 2011, kalau nak potong jugak, kena denda RM 500 dan akan didakwa dimahkamah.




Seingat saya, takde sebarang perjanjian black & white yang saya tandatangan, macamana dia nak dakwa saya?...pelik2...kalau nak buat test case boleh jugak,kot? Tapi leceh juga nanti turun naik court, terfikir juga nak ke Tribunal pengguna, minta pandangan...memang silap besarlah saya masukkan astro, tulah marahkan nyamuk kelambu dibakar...<-- ni merujuk masa saya masukkan astro tu kan tengah exam, so taknak Hani kacau saya study dan juga sebagai melempias rasa marah + nak bercerai dengan pak haji! tu yg cepat jer bertindak masukkan astro...






Semalam juga saya menanam anak pisang ni, mak saya panggil pisang ni pisang 44 hari sebab dari berbuah jer genap 44 hari dia akan masak. dua batang anak pisang ni mak saya beri. Saya ni ambil pisang sebab senang nak ambil daunnya, mana tau ada cita-cita nak buat kuoh koci atau nak bungkus nasi lemak ker..kira lepaslah jugak kalau ada daun pisang w.pun pokok pisang ni kecik jer saiznya. saya fikir dari biarkan rumput dan lalang tumbuh melata beribu kali baik biarkan pokok2 ni membesar...








Mak saya juga bagi saya 3 anak nenas madu, pun baru semalam saya tanamkan, kebetulan rumput2 bahagian depan dan tepi ni semua dah mati sebab dah diracun angah seminggu lepas dia mesin rumput, sebenarnya saya takmau diracun sebab buruk rupanya kuning semacam jer, tapi dah anak tiri, Angah offer nak diracun sebab katanya, "makcik, biar angah racun kan sekali, takdelah susah makcik asyik nak fikir nak mesin jer, kalau angah racun 3/4 bulan makcik tak payah mesin", katanya. Sebelah belakang tak tau kenapa tak mati rumputnya, agaknya dia buat campuran racun lain dan dah tak berkesan kot?








Ni anak-anak kangkung yang dah mula naik, seminggu lagi bolehlah dipindah ke batas sementara saya letak gemburkan tanah2 batas dan letak baja dulu kat batas tu. saya pilih kangkung sebab saya suka kangkung goreng berlada, kalau buat goreng belacan pun sedap rasanya kot..kebetulan baru jer minggu lepas kawan office bagi belacan Tanjung Dawai....kuat sungguh baunya...dan hari tu masak laksa saya masukkan sikit memang berubah rasanya berbanding laksa yg tak masukkan belacan...








Dan ini lebihan daun kesum yang saya guna untuk masak laksa, saya tanamkan juga walaupun nampak macam hidup segan mati tak mau jer daunnya, tapi saya memang dah rendamkan sebelum ni dan semua batang2nya dah berakar, insyaallah besar harapan untuk hidup daun kesum ni...bolehlah masak asam pedas lepas ni letak daun kesum, kalau tak jangan harapler nak letak...tak kuasa nak ke kedai semata-mata nak beli daun kesum ni... rumah sebelum ni memang ada tanam...sampai saiznya besar sangat, tumbuh serumpun jer agak2 setinggi budak 6 tahunlah..pastu kenapa ntah tak terfikir nak tanam bila duduk sini.

CERITA 2 : BIBIK KU SUDAH KU USIR



Genap 17 hari Suliyati bt Painom bekerja dengan saya, maka seperti sudah ditentukan agaknya jodoh saya dengannya tidak panjang, maka pada hari sabtu 23 jan 2009 hari tu saya putuskan atas nasihat pak haji untuk menamatkan khidmat dia. Sedih juga hati saya sebab pada saya dia setiap hari menunjukkan peningkatan dalam melaksanakan tugasnya di rumah saya. Maksudnya dari segi kerja saya boleh kategorikan puas hatilah sebab dia juga jenis tak kisah ditegur, takde merajuk dan takde tunjuk tanda protes atau tak puas hati atau degil. Pantang dipanggil cepat betul dia menyahut, "Ya...buk". Maid yang takde perangai macam tu pun dah dikira cukup baik tau!



Mulanya dia ada tanya saya, boleh ker kalau dia nak bercuti pada tahun baru Cina, pada saya okaylah...sebab dia dah bersuami, lagipun kan ikut Akta Buruh majikan kena memberi cuti apa pada pembantu rumah. Dan pada jumaatnya dikhabarkan apda saya yang agennya [dipanggil bapak] akan ambil dia pada sabtunya. Saya pun suka jugalah sebab saya bolehlah berbincang dengan agen tu [saya panggil Ustaz Rahim, merangkap kawan pak haji]. Berbincang tentang isu permit, penukaran nama majikan dan urusan nak ke Imigresen S'ban. Dan juga hal-hal kecil seperti cuti, kebajikan dan adalah isu2 baru saya nak bangkitkan.






Isu pokok yang saya nak tanya adalah tentang hal Suli yang bercerita pada saya yang dia nak mengandung sebab katanya 'umurnya sudah banyak, tambah lagi kalau belum punya anak udah diambil 'kabe', nanti kemudian takkan ada harapan untuk mengandung' dan dia taknak ambil keluarga berencana [KABE] secara suntikan hormon, tapi lepas saya asak dia "macamana kalau mengandung?" barulah dia keluarkan statement dia nak merancang secara manual [pandai dia kata dia nak buang luar jer dengan yakinnya yang dia takkan mengandung]...walhal sebelum tu beberapa kali dia ada kata dengan saya..."buk....disini kerjanya nggak berat macam di kedai itu hari, kalau mengandung pun bisa, kerja pun ringan2 ajer"....





Waaaahhh...harus saya termenung dengar ayat dia tu. Saya mesyuarat dengan suami via hp, terus suami saya macam frust jugak dengan kawan dia tu, barulah terbongkar katanya asalnya Ustaz tu cakap budak ni tak kawin lagi, baru bertunang dengan anak tirinya, kemudian pulak lepas Suli cerita pada saya pasal tunang dia yang dia asyik sebut 'suami saya..suami saya'
, saya terpaksa tanya kenapa tak kawin dah panggil suami, baru katanya "saya udah nikah buk, bapak yang nikahkan sendiri di sini, balik ke sana nanti baru dibuat pestanya"...




Waduh..waduh...kok gini jadinya..tu yang terus sms suami, napa dah nikah pulak..tapi lepas ustaz kata dia ambil kabe legalah jugak w.pun dalam hati cuak jugak kot2 termengandung. Tapi akhirnya ternyata benar, Suli sendiri mengaku dia nak mengandung dengan alasan kerja di rumah saya senang, 'nggak berat' katanya. Malam sebelum dia balik tu saya sola siasat dia sungguh2, saya bagitau dia jangkaan keadaan orang mengandung, apa komplikasi yang akan wujud "morning sickness, simpul biawak, diabetes, sensitif, lenguh pinggang dll"...dan soalan saya pada dia, kalau semua itu berlaku pada Suli sapa yang nak ambik berat pada Suli,... saya tanya dia nak saya ker jaga suli???? Dia kata, dia nak kerja juga sebab kalau dah mengandung lagi membutuhkan wang.




Dia senyap, saya kata saya tak salahkan dia nak mengandung tapi dia kena buat pilihan, samaada nak kerja atau nak mengandung, sebab saya takkan sanggup nak suruh dia buat kerja dalam keadaan pening/mabuk dan nantinya dengan perut memboyot...haiihhh ni betul2 kerja giler ni...samaada saya serba salah atau dia akan rasa bersalah..salah2 gaya kelau keguguran lagi parah..hishhh baik saya ambil tindakans ebelum berlaku apa-apa.




Okay, sehingga perbincangan itu saya masih rasional lagi sebab sayaa perlu menunggu ustaz rahim untuk perbincangan tapi pagi sabtu tu yang saya jangka Ustaz rahim akan datang, rupanya sebaliknya. Yang datang ambil dia adalah suami dia. datang bawa van kedai kek tempat suami dia kerja lagi. Yang saya syak dia bawak tanpa lesen. Dan peliknya pandai pulak dia tuju alamat rumah saya. Pandainya dia cari, ni mesti Suli yang bagi direction. Patutlah banyak kali dia tanya saya cara nak ke rumah saya ni. Siap tanya nama jalan dan nama taman lagi!




Ohhh, saat itu saya lihat Suli tak keruan, macam dah gatal sangat nak jumpa laki. Masa ni saya pun sibuk nak cakap dengan dia nak tanya kenapa ustaz rahim tak datang...dia macam dah tak minat nak layan soalan saya, laki dia dok ada dalam kepala jer agaknya...bila laki dia dah sampai depan rumah lagilah tak tentu arah dia, sebab dari air muka saya boleh baca...siap bedak2 depan almari solek, sikat2 rambut yang basah2 baru bersyampu...dah tak sabar2 nak peluk cium laki gamaknya! eiii geram saya tau! pastu dah jumpa laki dia kat depan... datang balik dapur, cakap kat saya, "buk.....itu suami saya ada di depan..." tapi hati saya dah panas saya kata tak perlulah saya jumpa...bila van dia bergerak hah padan muka saya...barulah saya mengendap celah langsir...taknampak pulak muka laki dia...





Tulah kisahnya, lepas ni ustaz tu kata nak cari yang baru gantikan Suli ni. Suami saya kata nak yang anak dara..entahlah hati saya ni dah taknak ada maid semua ni. Walaupun rumah kemas, licin dan sempurna tapi hati jadi sakit, ada jer masalah.... tulah nak ikutkan cakap laki terpaksalah. Harap2 Allah gerakkanlah hati suami saya fikir tak perlulah nak pakai maid lagi...sebab kalau dapa maid sekali lagi ni, nampaknya memanglah saya kena ubah watak, tak bolehlah nak kasi muka sangat kat maid ni, kena betul2 layan dia macam maid...takde kesian2. Anggap betul2 yang diorang datang untuk kerja, bukan untuk istirehat.






Tapi tulah kelemahan saya ni [p/s: kak sya, saya pun sama agaknya dengan kak sya anggap diorang macam saudara kita, nak layan baik2, konon bagi yg terbaik] saya mesti nak anggap diorang macam saudara atau tetamu yang datang ke rumah kita, kalau boleh semua yang kita ada, kita nak kongsi sama dia, nak bagi dia rasa dia tak menumpang, bagi dia rasa macam di rumah sendiri. Tapi bila kita buat macamtu lain pulak balasan diorang.





Macam Ustaz Rahim tu cakap kat saya, kenapa saya bagi dia cuti sampai 4 hari, sebenarnya bukan saya bagi cuti 4 hari tapi dia sendiri yang cakap, dia nak cuti hari raya cina, saya tanya bila nak balik sini semula, dia jawab hari selasa....abis takkan saya nak halang orang jumpa suami? Lagipun kerja kat rumah saya memang takde apa sangat, zalim sangatlah saya kalau biar dia termenung kat rumah saya masa cuti2 ni walhal member dok ingat kat laki jer?



Tunggulah 2/3 minggu lagi kata Ustaz rahim, dia akan bawa masuk orang baru, tunggu jerlah...saya sendiri pun cuak nak terima maid baru ni, apa pulak isu yang akan timbul nanti. Kadang terfikir saya kah yang terlalu pemilih atau cerewet. Atau mereka yang tak semenggah???





Rasanya mana-mana maid yang datang kerja dengan saya ni memang bertuahlah, kerja tak banyak, anak pun berdikari [dahlah 5 hari sekolah, petang jer ada rumah tu pun pandai tengok tv sendiri] , suami saya jarang ada di rumah, saya pulak tak kerja [kelas pulak semester ni dua hari jer], masak tak payah, bilik siap tv dan radio dan ada bilik air sendiri...walaupun tak mewah tapi serba serbi tak dikawal, bebas bergerak mana dia suka, apa dia nak buat, saya tak pernah halang atau marah. Macam Suli sampai hari2 2/3 majalah saya dia dapat khatamkan, dapat salin satu buku nota kecik resepi, siap dengan beberapa persalinan baju saya dia ambil dari stor....dia main pakai jer tanpa kebenaran...tu sebab dia fikir yang dia boleh mengandung sambil bekerja....saya pun tak salahkan dia 100%...



Thursday, January 29, 2009

Balik kampung

Cerita di kampung



Assalamualaikum w.b.t




Saya balik kampung semasa cuti tahun bari Cina ni. Tidur dua malam dan malam tadi barulah balik sini sebab taknak lalu jalan yang jem jer, baik saya balik malam tadi, takdelah jam sangat, kalau sehari sebelumnya ikut kata anak saudara yang balik dari UiTM S.alam dari ayer Keroh sampai ke Nilain PLUS jammed giler. Selalu saya macam tu, dari hari jumaat petang cadang nak balik tapi ahad pagi baru jadik balik. Suami takde, merancang sendiri2 jer sama hani memanglah jadi gitu. Suka-suka jer bila nak bertolak. Mula-mula ingat kakak saya yang nak datang rumah. Tapi tak jadi.


Kononnya kami nak ke Nilai 3 nak cari [borong sesikit kain] untuk buat jualan secara ansuran di kampung. Memandangkan kakak saya yang sulung tu surirumah jer, maka sejak selepas raya tu saya dah modalkan lebih 500 beli pelbagai jenis jualan seperti kain batik, cadar, kain ela, dan lepas ni cadangnya nak jual tudung pula. [terim kasih juga pada Ina Paka bekalkan kain batik sarung Noor Arfa batik, saya dah hantar ke kampung dah]W.pun tak banyak untung sebab jualan secara ansur dikampung ni semuanya ikut suka hati nak bayar berapa cuma saya rasa dengan adanya bisnes kain ni adalah juga aktiviti kakak saya selain jual dadih, air batu, kerisik, air musoffa [eh betulker ni?] Sebab minat dia memang ke arah berniaga elok sangatlah tu.


Kakak saya ni selain bisnes kecil2an tu ada juga menjaga anak orang, dua orang, maknya jururawat di hospital Muar. Kakak saya tak minta jaga bebudak sebenarnya sebab dia masih ada anak sebaya Hani yang perlukan perhatian sebab nakal sesangat. Tapi dah orang minta tolong sangat, sebab jarang orang nak jaga anak2 jururawat sebab jururawat kan bekerja mengikut syift, makanya sebelah malam kena bawak tido dua budak ni, setahun lebih dengan dua tahun lebih. Penat betul kakak saya, sebab maknya selalunya kalau syift malam, dari jam 6 petang hantar esoknya jam 1 tengahari baru diambil. Sebab dia balik tidur kat rumah dulu.




Adik beradik perempuan saya macam saya juga, semuanya jenis sabar2 dan tak berapa sampai hati nak cakap. Tapi kakak saya dah suarakan nak berhenti jaga, maknya pula merayu2. Jadi gitulah, ikut saya, saya kata takpayahlah jaga dah, sebab penat..masa menjaganya panjang sangat. Dahlah maknya tu isteri kedua yang suaminya jarang pulang sebab suaminya nelayan ['terberkenalan' masa praktikal kat klinik desa kampung tu...pelik saya, dengan nelayan anak 11 dia jatuh hati ~ heheheee kata dulang paku serpih], agaknya maknya pun tekanan juga tu, baru2 ni dia gugurkan anak dlm kandungan xtau camana boleh lekat sy sakit ati jer dengar! So dia terpaksa minta tolong kat kakak saya, selalu pulak tu masa dia datang ambil tu, sempat sejam dua bergolek tido rumah kakak saya dulu [adakah patut?] sebab kat rumah kakak saya takde lelaki selain Arsyad, sebaya Hani tu...memang bestlah dia tido, kakak saya terpaksa jaga juga sebab dia tido memang lelap kakak saya kata...macam2 cerita dunia hari ni.... melalut lak saya ni mengutuk orang....




Mak saya kan duduk sorang kat rumah kampung saya tu selama ni, tapi saya ni takdelah risau sangat sebab kakak saya yang sulung, jaga anak orang tu dekat jer rumahnya, cuma sejak jaga anak orang ni takdelah dia bebas nak ke rumah mak, selalu jugaklah mak komplen lama dia tak datang, anak dia jer selalu dtg hantar lauk kat mak, so mak saya yang terpaksa menjengah rumah dia. Tapi sejak penggal persekolahan yang baru ni, kakak atas saya yang bekerja sebagai guru di Johor tu dapat tranfer ke Melaka.




Dan dia dah putuskan duduk di rumah mak saya. Pada saya sangat2 okay, saya tak kisah langsung. Sekurang2nya mak saya takdelah sunyi, ada teman kalau ada apa2 berlaku, adalah lelaki dewasa kat rumah kami tu sebab abang ipar yang bersara askar tu ada. Lega saya dengarnya. Walaupun mak saya penat sikit sebab kena masak pada hari bersekolah tapi hari2 biasa pun mak saya masak juga. Membasuh baju saya tengok abang ipar saya yang basuh, mak sidai jer lagipun mesin auto takdelah mak penat membilas dah sebab mesin sebelum ni semi auto.




Dan mak saya pun dapatlah simpan duit agaknya, sebab balanja dapur dan bil tentu kakak saya yang lunaskan [saya agaklah]. Saya macam biasa dah lama sangat dah ajak mak duduk sekali tapi macam mak2 lain dia takmo, sebab mak saya ni orang kampung pure...yang ke sawah [dulu2lah] bak kata orang jawa memang dia tak kerasan duduk di bandar ni. Kalau paksa nanti macam hari tu, duduk 3 minggu sampai dia naik pening nak pitam jer sebab tak keluar peluh kot...





~tu mak saya di sebalik pokok rambutan tengah kemas sampah nak dibakar~



~hah..tu baju biru tu, kalau tak jam 10 lebih atau 11 selagi tulah dia duduk kat bawah tak naik2 keliling rumah dia pusing siram pokok, cabut rumput, bakar sampah....hikss tapi sepah jgk kat bawah ni....heheheee :)~






Sebelum ni ada abang saya bujang terlajak duduk dengan emak, tapi dah 3/4 bulan ni sejak dia buka cyber cafe dan kedai repair komputer dah tak balik2 rumah pulak, 24 jam dok kedai jer...so sekarang kakak saya yang tua dua tahun dari saya dan ada anak 4 tu dok dengan maklah...Hani bukan main suka balik kampung kali ni sebab ada 3 sepupu dia untuk main pondok2...sorang darjah 5 dan sorang darjah 3, anak kakak yang sulung sekolah berasrama di Segamat...yang bongsu pulak nak masuk 5 tahun sekolah sama dengan kakak dan dimasukkan Pra sekolah. So pagi2 mak tinggal dengan abang ipar jerlah, petang bila cucu 2 tu balik sekolah dia layankan makan minum cucu perempuan yang duorang tu sebelum ke sekolah agama sebelah petang...tak penat sangtalah sebab perempuan dah besar semua urusan diri diaorang dah pandai...






~bebudak ni kat pondok nilah main pondok2 dari pagi sampai petang, mak bentangkan tikar, kalau tak sanggup diaorang pi main kat tengah2 panas ni, dah main kat pondok ni lagi bestlah...habis daun2 dipungutnya, perhatikan hani yang tetap maintain pakai tudung sampai sepupu kat belakang dia tu didakwahnya suh pakai tudung sama nanti terbakar rambut, Allah marah~




~Ni anak kakak saya yang no 2, Anis Najiha dan no 4, Adib Najmi. Subuh2 dah bersiap nak pergi ke sekolah, w.pun dia citer kat makcu [saya], kak ngah tak suker sangat sekolah ni...yerlah sekolah bandar dan luar bandar jauh berbeza...kejutan budaya budak2 ni, Adib xtempah uniform lagi sebab masuk lambat sekadar nak cukupkan kuorum sebab ada 19 jer budak pra sekolah, kakak saya dipaksa daftar anak juga untuk genapkan 20 org~






~Adib Najmi yang lebih kurang sebaya [sama2 lahir bulan ogos] dengan anak tiri saya, Zubair tapi Adib Najmi sangat pandai cakap, umur dua tahun tak pakai pampers langsung, umur 2 tahun lepas menyusu badan, sekejap jer minum botol terus minum susu dalam cawan sampai sekarang [jeles betul saya sebab hani sgt taksub dengan botol sampai skrg], anti dengan baju berkolar, dari kecik taknak pakai seluar pendek, mulut kalau bercakap macam bertih, sama mcm mulut perempuan [sebab atas dia ada dua kakak kot] dan dia sangat suka menyakat saya dan hani yang dia kata awek dia..kejap2 .. makcu...makcu... makcu.. yerlah dia jarang jumpa saya kecuali masa raya....



So, bagi saya apa yang saya pandang mak saya ni, kalau cucu2 yang ni ada, dia bertambah sihat, sebab dia cergas. Otak dia pun tenang sebab anak dia [kakak saya] ada depan mata. kakak saya yang ni tak bermasalah besar, cuma dia ni terlalu penyabar sampai adakalanya rasa dah tak bertempat dah kesabaran dia tu [kalau anda tengok saya penyabar dengan suami, bayangkan dia lebih penyabar sebab saya rasa dia 100x lebih sabar dari saya]. Dan masalahnya dia pendam sejak dari kahwin [1993 sampailah tahun lepas baru pecah lubang tu pun sebab dia call mak saya suh datang tolong jaga anak2 dia sebab suami dia tertangkap sampai masuk lokap`xyah citerlah buka pekung jer nanti', camana sabar tak sabar dia selama berbelas tahun ni, tu sebab kami paksa dia tukar melaka juga] maka dengan adanya dia dan suami dia depan mata mak saya boleh memantau 'suami' dia....dan mungkin abang ipar saya akan fikir banyak kali kalau nak buat sesuatu...harapnya begitulah...



Malam masa saya ada tu, ada peristiwa agak mengkecohkan jugalah, sebab ada ular tedong masuk dalam bilik air rumah saya. Anak saudara saya, ke bilik air dan ada ular lalu kat kaki dia, terkejut dia, alhamdulillah abang ipar saya ada, terus dia ke bilik air dan kami semua pun berbondong2 sama dan mujur juga ular tu elok jer lepak kat tepi dinding, mungkin sebab cuaca panas agaknya, dia menyusur masuk lalu lubang salur air bilik air tu...belakang rumah saya banyak semak sangat sebab tuan tanah tu tak kemaskan...tu sebab jadi sarang ular agaknya. Dah ramai dah nampak ulat tedong sepanjang 7/8 meter melintas jalanraya dekat ruamh saya ni...agaknya yang amsuk rumah saya ni suku sakat dia lah...



~Ini ular tedongnya, kepala dah dihancurkan, kalau mematuk ni, saya rasa harus ke hospital ni...besar juga dah umur nya ni...mesti ada saudara mara dan adik beradik lagi ni...untuk rekod ini ular ke 4 yang masuk ke rumah mak saya, belakang tu masih bersepah cawan2 di dalam bakul dan periuk belanga kakak yang baru dipindahkan dari Johor~





~Anak sulung kakak saya yang beza umur dua tahun dari saya, Amirul dah umur 14 tahun dah...saya anak baru nak masuk 6 tahun, untung jugak dia kahwin cepat ni...kakak saya ni umur 18 tahun bertunang [pilihan keluarga], 20 tahun dah kahwin tau! lepas kahwin terus masuk maktab pastu 21 tahun masa dalam maktab 'termengandung' kan Amirul ni...sampai terpaksa break dua semester, baru sambung belajar semula....



~Amirul sibuk menelefon rumah kakak sulung saya nak bagitau rumah makwe masuk ular, nak bagitau sepupu dialah tu...dan Amirul lah yang khabarnya banyak berkongsi suka duka mak dia dari dulu lagi , saiz badannya ikut mak kecik jer, malah adik perempuan dia yang umur 11 tahun dah nak sama tinggi dia dah...sangat minat memasak dan kedapur dari kecik lagi, sampailah sekarang tapi dia bukan jenis lembut....di mata saya dia tetap anak kecil lagi sebab masa kecil mak saya yang jaga dia sebab maknya mendapat pertempatan di Johor, ayah dia di trengganu, maka dia duduk di kampng sama mak saya...dia sangat2 comel semasa kecil...dalam ramai2 anak buah saya dialah yg paling cumel sekalik semasa kecil! Tapi dari segi nakal takleh lawan Adib....wahhh adib najmi sangat nakal dan lasak!!!

Monday, January 26, 2009

Mendidik anak 2

Assalamaalaikum w.b.t


Mendidik anak 2



Semua asyik kakak nak ingatkan...macamana kalau ammie kat kelas mesti ammie menguap tak tutup mulutkan?
[Kalau dia nampak saya menguap tak tutup mulut...siap dia bayangkan kalau dia takde sapa nak ingatkan, mesti saya tak tutup dia agak2 begitulah kot]

Ammie ada baca doa tak?
[kalau dia tengok saya makan selamba jer..kadang baca dalam hati, tapi dia cam biasa tugas mengingatkan saya tu macam jadi tugas rutin dia]



Ammie....[jerit] ammie dah baca doa masuk toilet tak?
[masa ammie dalam toilet, boleh dia datang depan pintu toilet semata2 nak ingatkan ammie, ada juga masa dah melangkah tu terpaksa patah balik penangan anak gadis ni sebab dia nak dengar juga saya baca kuat2, dia tak caya kalau saya kata dah baca dlm hati]


Ammie...hah tu mesti lupa nak baca doa keluar toilet tu...
[dah keluar pun kena check dengan dia juga...kadang tu memang terlupa lah sebab dah lega...menonong jer keluar toilet, tu kadang kena smash juga dengan dia yg saya tak tutup kepala, utk dia saya dah siap2 sangkut towel kecik tutup kepala tepi pintu toilet]


[semasa...duduk-duduk lepas makan]...

Ammie..ammie dah baca ker doa lepas makan...kakak terlupalah...


[Masa nak tidur]

Ammie..kakak mengantuklah...jom kita baca sama-sama alfatihah dengan 3 Qul.....[ammie pun mengantuk jugaklah..sabar jer kena baca jugaklah,kan?]


[Masa naik kereta, standby jer dia tunggu dan pandang saya sebelah seat pemandu tu, rupanya nak kenakan saya]

Hah...kakak tunggu jer ammie tau..memang kakak dah agak dah ammie mesti yerlupa nak baca doa naik kenderaan kan?


[Masa makan... pandai puji2 ammie pastu kenakan ammie sambil sengih2]

Ammie sedaplah ammie masak hari ni...mestilah ammie masak mestilah sedap...

Eh..mana boleh cakap macam tu, bukan ammielah bagi sedap,...Allah yang bagi sedap tau...


Tengah duduk-duduk...

Ammie....sapa yang paling bermakna dalam hidup ammie....

"kakak dengan ayahlah"

"eh..ammie kena jawab Allah lah..kan Allah yang jadikan kita"


Ammie, kenapa kakak tak pernah nampak ammie pegang-pegang fifi [kucing] ni, usik-usik bulu dia, kan ammie kata sayang kucing ni sunnah nabi, napa ammie tak buat?
[saya selalu marah dia kalau dia tarik2 kucing, pukul2 kucing tu sebab saya kata sunnha Nabi sayang kucing malah Nabi sanggup gunting jubah dia keliling kucing yg sedang tidur atas jubah dia sebab taknak kucing tu terbangun]


Mendidik anak kena contoh dari kita sebagai ibubapa, kadang-kadang ia boleh juga menjadi sebaliknya kalau kita selalu terleka [mungkin asbab hasutan syautan ataupun kelemahan diri saya sendiri], maka itu yang menjadi anak mengingatkan kita. Sebab Allah bagi anak otak yang sangat berkembang, apa yang diajar maka itulah yang akan diingat, maka rajin-rajinlah menyebut apa sahaja yang baik pada anak, maka kebaikannya perkataan-perkataan itulah yang dipulangkan kepada kita, sebagai pengajaran buat kita pula....



Baru-baru ni hani cakap kat saya,




"ammie kakak terharulah dengan ammie sebab sekarang ammie dah banyak berubah"




Aiiikkkk...apa yang berubahnya ammie ni...saya terfikir pulak gitu....rupanya dia pun memerhatikan saya selama ni....lepas dia cakap macam kat abwah ni barulah saya tersedar dalam diuam2 hani monitor perlakuan saya, sekarang ni, Hani kalau duduk2 rajin tulis surat pendek2 pada saya, keliling tu mestu ada dia tulis I love [lambang love] U....pastu saya ambillah kesempatan balas surat tu dengan tulis macam2 kata2 sayang dan kata2 peransang untuk dia....ni jawapan hani tentang perubahan saya dan ayat berikutnya tu adalah keluhan dia pada saya yang selalu terlupa....




Yerlah..sekarang ammie dah baik, takde marah2 kakak sangat, selalu cakap elok2 jer dengan kakak...dulu tu ammie selalu jer marah kakak...kejap2 nak marah..kejap2 nak marah..sekarang ammie dah baik, cakap lembut2 jer dengan kakak..."


Keluhan hani pada saya....

Ammie ni kalau kakak takde macamana agaknya? banyak benda kakak jer selalu ingatkan ammie?




Banyak benda lagi Hani cakap kat saya yang buat saya fikir, alangkah banyaknya lagi yang saya boleh ajar dia, sebab kalau saya ajar dia, tentu satu hari dia akan ingatkan saya juga, macam solat awal waktu....selalu sangat dia perli saya, napa ammie ni dah azan dah ammie kat komputer lagi? dan kadang2 termalu juga dengan dia masa2 saya uzur dia lepas azan jer dah ambil wudhu'...kadang fikir, mana datang benda2 kebaikan dalam diri dia sebab saya tidaklah begitu...tapi saya fikir semula, Allah maha kaya dan dari Dialah segala kebaikan, dan anak umpama kain putih...bentuklah cotak apa sahaja yang kamu inginkan.....cuma saya takut2 nanti setiap apa yang diingatkan pada saya tu, saya pula tak mampu nak buat...hanya suruh anak, sedangkan maknya pun sama tak buat juga...aduhh banyaknya kelemahan saya ni...banyaknya ruang mendidik anak yang saya tidak teroka lagi...takut tak sempat dan terlupa ajer..


P/s :banyak benda nak tulis tapi bila nak tulis kat sini masa tulah tak ingatnya...

Sunday, January 25, 2009

Mendidik anak 1

Mendidik anak 1



...sambungan....


Assalamualaikum w.b.t






Cabaran mendidik Hani adakalanya terasa seperti banyak ruang yang perlu dibaiki. Kadang-kadang rasa kelakar dan jenuh menjawab persoalan dalam minda dia. Sukar juga sebab selalunya hanya kami berdua. memang terasa ada ruang kosong yang sepatutnya diisi oleh ayah tapi kenalah berpijak di bumi nyata sebab ayah jarang ada. Dan memang diribaan ibu-ibu inilah madarsah pertama anak-anak. Dalam dakapan kitalah didikan awal anak-anak, bagaimana kita nak mencorak kain putih itu.


Saya masih belajar dan terus belajar dan acapkali kesilapan saya sendiri menjadi bahan teguran Hani. Dalam hal solat, walaupun hani selalu memohon pada saya ingin bersolat 5 waktu sehari semalam, namun jujurnya saya gagal mengusakan impiannya itu. Subuh dia selalu pesan dari malamnya minta dikejutkan, bila dikejut kemudian dalam mamai-mamai dia akan kata, boleh tak ammie kalau kakak tak jadi solat 5, kakak nak solat 4 jer...saya pun iyerkan ajer..kesian mengantuk,kan?


Hari sekolah pula, kadang2 walaupun dah agak lewat [melebih jam 7] dia masih minta untuk solatm saya yang kata takperlah kakak budak kecik lagi, nanti lambat pulak...kadang rasa menyesal dan menyampah juga sikap saya ni. Kena kecekalan yang sesungguh2nya nak mendidik anak ni. Waktu solat hari2 bulan mengambang saya pun begitu juga. Selalu dia kan bersolat sendirian tapi acapkali lewatlah..lepas banyak kali cakap, barulah ambil wudhu'.


yang kelakarnya, soalan dia pada saya, ammie ni uzur lagi tak?, kadang dia kirakan hari uzur saya, lepas dia tau anggaran 7 hari maka dia siap2 simpan dalam kepala. Hari tu dia mengeluh lepas saya suh dia solat, katanya bilalah kakak ni nak uzur ni? penatlah kakak asyik solat jer...bolehlah kakak rehat tak payah solatkan ammie...

Pastu saya kata eh..kanak-kanak mana ada uzur, jangan cakap macam tu, tak elok orang dengar......pastu melalut2 pulak, kenapa allah bagi perempuan dewasa jer uzur ammie...sebab Allah nak bagi rehat kot..saya jawab, dia kata pulak kenapa perempuan jer dapat rehat lelaki takde uzur tak dapat rehatlah...makanya kena jawab lagi, mungkin sebab perempuan banyak tugas Allah bagi kena mengandung, lahirkan anak, besarkan anak, memasak....ohhhh, dia jawab...


Terbaru hani sangat seronok dapat ke kelas taekwando setiap hari sabtu. Kira aktiviti barulah tu, selama ni hani ni mana ada lasak2. Setakat duduk dalam rumah jer. kalau bermain pun bermain dengan adik beradik dia itupun kalau ke PD. Selain tu mana dia ada main-main lagi.


Dan cikgu hani ada cerita pada saya, hani ni biat sesuatu selalunya slow and steady jer. Takde kecok nak cepat ker. Semua dibuat dengan teratur dan perlahan. Dan dia bukan kategori yang lasak dalam kelas, bahkan kategori pemalu. Dan dia tak oernah berkawan dengan lelaki, apatah lagi nak bermain dan bercakap2 dengan lelaki. Itu hani yang digambarkan oleh guru dia.


Maka dah dua minggu saya temankan dia di kelas taekwando tu, saya jer satu2nya ibubapa yang tunggu dan memerhatikan. Dan memang jelas Hani jenis pemalu, dan dia tak nampak ada keyakinan. Macam malu2 nak ikut pergerakan yang sir tu ajar. Dia seperti memerlukan pemerhatian individu. Tapi minggu kedua ada perkembangan, lebih cergas dan bersemangat.

Cuma bila minggu kedua ni, saya cuak sikit, mula2 kelas tu dia akan beratur dengan budak talipinggang kaler lain, dia barisan agak depanlah sebab budak kecikkan, dan belakang dia lelaki. Maka saya perhatikan, budak2 perempuan tu semua berbelas seluar dalamnya. Dan Hani pun begitu juga. Itu saya terasa macam tak kena. Bila pecah kelas, hani diletakkan dibawah pengajaran sorang guru india, muda lagi, dan dalam mengajar tu tentu guru tu ada memegang kaki dan tangan hani. tangan hani dipegang untuk betulkan cara tumbukan dan adjust ketinggian tangan dia bila menumbuk. kaki pulak masa dia menendang dan banyak kalilah jugak...


Adakah saya terlalu protective bila saya rasa macam serba tak kena bila saya nampak yang anak dara kecil saya tu dipegang lelaki asing. Bukan islam pulak tu? dan saya juga tak selesa bekas spender anak saya dilihat budak2 lelaki usia 8-13/14 tahun...normalkah perasaan saya tu?


Saya rasa, saya tak berapa suka keadaan begitu. Saya rasa saya sentiasa inginkan anak saya dilindungi, jangan disentuh oleh orang yang tak sepatutnya. dan saya juga mula merasa *bersalah* kalau aurat hani dilihat oleh lelaki ajnabi. Sekarang saya rasa pelik kalau hani buka tudung dalam kereta, saya merasa bila dia buka baju taekwando dia dalam kereta dan hanya memakai singlet, itu tidak begitu elok...entahlah kenapa terlalu awal saya merasa begitu?


Malam tadi ayah ada balik sekejap, ada urusan berkenaan maid yang tak selesai. Saya tak mau lama-lama menyimpan rahsia yang disembunyi iaitu hani masuk taekwando, dan berubah air muka ayah bila syaa kata, habiskan tahun ni jerlah, sebab wa dah bayar yuran RM 118 tu, ayah tanya uniform dah beli ker, bila saya kata dah..terus ayah kata, tulah dah buat keputusan baru nak tanya abang, sama jer dengan yang kat sana [kak aza maksud dia]....


Maka ayah terus buat keputusan, suruh berhenti. tak sesuai untuk perempuan. Terutama yang mengajarnya lelaki, Cina dan india pulak tu, bila saya kata kan elok dia ada seni pertahankan diri, senanglah nanti..ayah kata bukan itu cara nak muliakan wanita. Dalam islam, ibu nabi musa, Maryam a.s pun Allah muliakan walaupun duduk antara 4 dinding. Apapun dalam dunia ni takkan bawa kejayaan melainkan ikut syariat dan sunnah nabi sebab itu sahaja yang bawa kajayaan. Kemudian bla..bla...bla... dan akhir sekali dia tanya saya, sebenarnya saya nak jadikan hani apa..apa ada dalam kepala saya untuk hani di masa depan? Itu dia tanya saya...


Sebab saya tau apa ada dalam kepala ayah. Dia nak hani jadi hafizah...hafal Quran di usia muda...dan saya pula selain dan hani jadi hafizah saya nak dia jadi hafizah yang profesinal...saya nak dia jadi doktor hafizah....makanya ayah kata kalau begitu, nanti survey madrasah yang menyediakan pengajian hafalan Quran dan akademik sekaligus. Tak salah saya ada di sungai buluh....setakat ni itu perbincangan kami yang seketika itu...


Maka sahlah kelas taekwando hani telah berakhir. Dan hani bila saya maklumkan ayah tak benarkan lagi hani ke kelas taekwando, walaupun dia sangat suka dan enjoy belajat taekwando dia tetap akur dan kata okay...sebab dia telah dididik dengan asas bahawa mengikut sunnah akan bawa kejayaan, selain dari itu maka kegagalanlah jawabnya. Uniform taekwando hani akan disedekahkan pada yang lain, mana tau kot ada yang nak ganti tempat hani saya akan tanya cikgu dia, ambil jer tempat hani tukar nama....


Ini cerita lain, maid saya telah saya hantar ke agen semula, sebab nombor satu dia dah kahwin dan asyik ingat laki jer. Kedua, dia ada keinginan nak mengandung, taknak ambil KB [keluarga berencana] secara suntikan hormon, dengan alasan disini [rumah saya] kerjanya tak berat boleh mengandung...gila!!! takkan dengan perut memboyot nanti saya nak paksa dia buat kerja? maka saya called agent dan minta diganti orang lain, ribu riban abis duit takkan nak ambil kalau tau berisiko? Dan juga ada beberapa perlakuan dia yang tak bisa saya terima, antaranya habis dipunggah baju saya dan baju2 hani masa kecil dibungkus dan dikirim dua beg besar ke indon..tanpa kebenaran! Masa dia dah siap pack tu baru saya ternampak....baju2/seluar hari2 yang dia pakai pun semua baju saya....pun diambil tanpa kebenaran, maklumlah saya kan dah gemuk sejak belajar ni, baju2 yang sendat tu saya masuk plastik hitam hantar ke stor...baju2 tu lah dia ambil....dan malam pula, jam 8 malam dah tido tutup bilik...nggak bisa diganggu lagi...harus saya rasa pelik kan?


Saturday, January 24, 2009

Mendidik anak

Mendidik anak


Assalamualaikum w.b.t




Nota : Bagi yang ramai anak dan telah membiasakan diri mendidik anak-anak, anggaplah ini adalah entry yang paling asas bagi orang yang takde pengalaman yang banyak membela dan mendidik anak-anak. Tapi tetap juga nak bercerita hal mendidik anak-anak. Minta maaflah yer puan-puan, ini persepsi saya yang tak berapa cekap lagi mendidik anak-anak.



Mendidik anak rupanya bukan tugas yang mudah. Nak didik emosi, jasmani, rohani dan intelek dalam satu masa, kalau tidak kena caranya memang menjadikan mendidik anak ni menjadi sesuatu yang begitu sukar ataupun menjadi sesuatu yang sangat mengujakan.



Saya sungguhpun anak seorang, usaha mendidik anak tu tetap menjadi satu cabaran bagi saya. Cabaran yang kalau tidal saya sahut sekarang entah2 takkan berpeluang lagi. Sekali saya silap melangkah maka kesalnya dikemudian hari tak mungkin boleh diucap dan diputar kembali masanya. Mungkin bagi yang anaknya ramai mendidik anak menjadi rutin dan tidak memerlukan kepakaran luar biasa dalam mendidik anak mereka. Kalau gagal anak yang ini boleh juga baiki bagi anak yang berikutnya. Bagi saya, kalau takdirnya Hani satu2nya permata hati maka bersiaplah dia dengan segala bentuk didikan yang harapnya adalah terbaik untuk dia.





Namun bagi saya yang anak seorang ini, berbagai cabaran mendatang perlu ditangani sebaik mungkin. Perlu teliti dan perlu berhikmah. Bagi saya yang dibesarkan oleh seorang ibu yang bekerja di kilang dodol dan abah yang bekerja buruh kasar hampir sepanjang tempoh saya membesar, pengalaman dididik ibu bapa dengan didikan terbaik hanyalah merupakan impian sahaja. Takkan tercapai dan sungguhpun begitu syukur juga kerana walaupun tak manjadi sangat saya ni, tapi adalah juga berupa manusia...




Saya.... sehingga tingkatan 4/5 barulah saya merasa mak ada di rumah bila saya balik sekolah. Sebelum itu, seingat saya dari sekolah rendah saya akan bergilir dengan kakak saya yang dua tahun lebih umurnya dari saya, melakukan tugas rutin yang utama. Rutin surirumah yang diambil alih dari mak yang bekerja mengopek kelapa untuk membuat dodol, kilang Tan Kim Hock tu letaknya di kampung saya, majoriti pekerjanya melayu, dan mak saya salah seoranglah tu...lama juga mak saya berkhidmat di situ.





Selang sehari tugas kami ditetapkan, bukan tugas yang besar, tapi kalau tak buat tu besar penangannya. Tugas kami masa tu sebelah pagi dan petang hanyalah jerang air dan kemudian tanak nasi, jangan bayangkan macam memasak hari ini, saya masak guna dapur kayu, pakai kayu api, kena kapak kayu dulu...kena tuggu nasi kering semua...lama jugak proses tu. Semuanya sebab nak jimat belanja, mak takmau gas cepat habis.




Selain tu, tugas kami adalah menggiling cili, masa tu blender dikira sangat mewah dan mahal bagi keluarga saya. Semasa tingkatan satu dan dua saya bersekolah sebelah petang. Makanya setiap pagi sebelum ke sekolah, tugas saya adalah menggiling cili kering dahulu, jumlahnya ukur-ukur sekali masak. Lama gak proses menggilingnya sampai hancurlah... Hanya masukkan bawang sahaja, Lepas tu mak saya balik kerja rehat tengahari tak kisahlah dia nak masak apa guna cili tu, tapi rutin giling cili tu memang rutin harian saya. Bila diingat tu bergenang air mata saya ni. Mak saya akan terkocoh2 balik jam 12 tengahari untuk masakkan saya lauk simple sebelum saya bergegas ke sekolah. Lauk yang paling saya ingat adalah kacang botor goreng berlada. Sebab mak saya selalu beli kacang botor tu dari nyonya [isteri tan kim hock @ kusai~nama glamer kat kg] walaupun kaya tapi dia tetap rajin menama2 pastu jual kat pekerja kilang suami dia....






Tulah hidangan rutin saya sebelum gi sekolah, mak saya pulak, balik jam 12 masak2 untuk saya dan keluarga [kakak balik sekolah dan abah balik kerja], jam 1 bergegas semula ke kilang, jalan kaki jer. Saya pulak jalan kaki ke tepi jalan tunggu bas. Bawak duit masa tu 1.00 jer, tambang pergi balik 40 sen jer, belanja 60 sen. banyak jugak lah tu kiranya banding sekolah rendah dari darjah 1 sampai darjah 6 saya bawa 20 sen jer tau! sebab sekolah saya kan dapat bantuan makan, gi sekolah pun jalan kaki jer...







Rutin menggiling cili ni berterusan sampailah saya sekolah menengah atas. Cuma pada masa tingkatan 5 saya rasa takde dah menggiling cili sebab dah ada blender. Masa tukan punya dah mangli, tangan saya takde pedih2 pun dan sebab pegang cili hari2 maka tangan kita pun dah immune. wah banyak kenangan tau masa zaman persekolahan saya ni. Kenangan sebab hidup susahlah maksud saya...tv pun hanya da masa darjah 5. Sebelum tu hari jumaat jer, kalau rajin saya ikutlah kakak saya gi rumah nenek kat pengkalan Umbai [ikan bakar tu] tengok tv...selalu mak tak bagi saya ikut, anak bongsu ah katakan.






Ok, bila ada anak saya rasa hani akan melalui dunia yang sangat berbeza dengan saya. Rasanya dia akan melalui hidup yang senang, maksudnya takkan ada masalah kewangan dan minta apa pun boleh. namun saya tak mau perjalanan hidup hani menjadi begitu mudah. Tetap juga saya nak bagi dia rasa hidup susah macam saya rasa. Walaupun susah dia lain dan berbeza caranya. Saya tetap mendidik dia nak apa-apa tu kena usaha dulu. Takkan dapat sewenang-wenangnya. Ikut logiknya, bagi anak seorang, dia akan dapat apa sahaja yang dia nak,kan? Tambah-tambah bagi saya yang tak berkira dan memang kategori boros.







Bagi dia, membeli mainan atau apa sahaja kehendak dia, baik baju ataupun mainan, dia takkan berani ambil atau nak beli atau nak merajuk2 bila tak dapat kalau kami ke shopping kompleks. Sebab dia tau pendirian saya, kalau barang tu saya kata tidak kerana membazir, maka tidaklah jawabnya. Tetapi kalau kami berbincang sama, dan dia boleh terima idea saya barulah sesuatu barang tu dibeli. Itu selepas dia tau baik dan buruk kesan pembelian barang itu. Dia juga selalunya takkan dapat apa yang di mahu tu on the spot.


Selepas satu perkiraan jangka panjang dan selepas dia melaksanakan sesuatu dan menunjukkan perbuatan yang baik barulah dia akan mendapat sesuatu. Maka dengan didikan sebegitu maka lahirlah hani yang sederhana, yang tak pandai meminta-minta dan selalu juga akan patuh melainkan once in a blue moon mood dia teruk.





Selaluya apa yang saya mahu, dia akan turutkan, walaupun dalam keadaan dia tidak rela. Tidak banyak membantah dan tidak suka melawan. Ini dalam isu-isu besar. Kalau dia melawan bila disuruh ambil barang atau suh buat apa-apa tu bagi saya normal sebab naluri budak2 kan suka bermain terutama dari umur 0-7 tahun. Bagi hani kalau dia dah sanggup buat sesuatu ikut peraturan dan ketetapan kemudian sesekali dia main-main bagi saya sikap itu boleh diterima.





Hani juga ada naluri inginkan pakaian yang cantik, yang menarik dan mengikut tema kartun semasa seperti barbie, dora, power puff. tapi saya sesekali tak pernah belikan dia pakaian bagitu dengan harga yang sangat2 tinggi dan adakalanya saya rasa sebab brand tu menyebabkan harganya mahal, ada ajer yang kualiti okay, tapi brand biasa jer dengan harga lebih munasabah. Maka, bagi mengelakkan dia memilih dan mahukan yang bukan2, saya hanya belikan pakaian tanpa kehadiran dia. Itu amalan saya dari dulu. Sebab soal pakaian adalah soal asas yang ayah jaga. Walaupun hani kecil dan mungkin anggapan sesetngah orang apa salahnya memakaikan dia dengan fesyen semasa.


Saya juga berhadapan dengan permintaan Hani yang berkata, "Ammie, kakak nak pakai gown"...., sebab petang hari dia sekolah, dia melihat kawan2 bergaya dengan gown paras lutut, lengan sleeveless, dia suka nak cantik macam kawan. Tapi macam saya katakan tadi, mendidik anak ni biarlah susah dari usia kecilnya jangan nanti bila dia anak gadis, baru terhegeh2 kita nak terangkan bila kita melihat pakaian dia yang kita tak suka. Bila saya kata, aurat perempuan kena jaga, nanti kawan2 lalaki tengok, macamana? Dan masa kecil inilah dia takkan bertanya lebih2 .... asalkan dia tau konsep aurat maka dia akan faham.

Bila mencecah umur 7 tahun nanti, maka saya pun takleh main2 dalam mendidik dia sebab 7-12 tahun adalah usia bagi belajar, meninggalkan usian 0-7 untuk bermain. Masa tu saya pun kena serius sikit mengajar. Sebab lepas tu bila usia dia 12-21 kita kena jadik kawan2 dengan dia....masa tu apa pun nak ajar mungkin sudah agak terlewat. Masa tu kalau nak ubah dia ikut acuan kita maka ketika itulah dia memberontak. kalau nak dia membesar mengiktu acuan kita maka sekaranglah kita kena kerja keras.




Tu sebab bila fikir2 saya kena usaha lebih pada ketika ini. Dahlah otak dia berkembang paling pesat pada usia ini. Taknak pulak dalam berkembang tu masuk unsur yang tak elok dan luar dari syariat. kalau boleh biar dalam usia ini yang baik2 ajer yang masuk. Biar info2 yang ada tu semua yang bakal membantu dia memahami matlamat hidup sebenarnya adalah disana dan dunia ini hanya sementara....

Saya takmau dia membesar macamana remaja2 yang saya lihat diluar sana, saya juga tak mau dia membesar macam saya. Tak mau! Saya nak dia ikut acuan yang terbaik. Cuma isunya mampukah saya sedangkan saya bukanlah yang terbaik....jauh sangat lagi... maka saya mengambil masa sepanjang tempoh cuti belajar ni membaca seberapa banyak buku yang boleh...harap tak tersasarlah cita2 saya ni.




Buku baru beli di awal tahun, entah bila boleh habis dibaca?



Hani pada usia ini sekurang2nya kini dia faham, bahawa pakaian bagi perempuan adalah yang menutup aurat. Naik darjah 1 maka dia akan dipakaikan stokin. Untuk mengajar dia asas agama. Dan ayah bila ditanya apa yang diinginkan dari anak perempuannya ternyata yang dia ingin adalah anaknya menjadi anak perempuan yang solehah yang tidak terdedah selain dari apa yang perlu. Makanya Hani ini akan terdidik mengikut acuan saya+ayah degan sedikit ubahsuai mana yang boleh agaknya...

Friday, January 23, 2009

Madu & Suami & anak-anak

Asslamualaikum w.b.t
Letak gambar jer...malas nak menaip..pala pening lorrr....


Kak aza dan anak-anaknya
Suami, kak aza, saya dan anak-anak


P/s : Hari ni, semalam dan kelmarin sakit kepala, makin hari makin sakit pulak. Kata akak yang jual susu alpha lipid tu ini proses pemulihan...kalau duduk jer mengadap pc ni bolehlah tahan lagi, tapi nak fikir panjang2, dan tukar itu ini tambah2 pening nanti...pagi ni dah lah seharian ke mahkamah, tunggu punya tunggu tagguh lak kes tu council OKT tu tak sihat...apasal tak cakap masa mentioned case..kan awal2 dah boleh mohon tangguh..ni matahari dah lebih tinggi segalah baru nak tangguh...sian jer kat dua orang YB DAP yang sama-sama jadik saksi tadi...saya cukup teruk hari ni, kes ni tahun 2005..saya boleh tak ingat satu hapa benda pun...dah refresh memori pun tak boleh ingat jugak....jenuh hafal ststement tadi..sudahnya tangguh....fikir2 balik tak ingat jugak, rupanya dalam kepala saya kes ni clash dengan kejadian tangkapan OKT lain ..sebabnya? Scene kejadian tu ada 3/4 kes kami buat kat situ..saya lah silap asyik2 nak buat kes perangkap masa saya taklimat tu, saya plan buat kat situ..heheheee bukan apa, senang parking, senang control okt dan saksi/pengadu..sudahnya saya confused lak....asyik terbayang OKT lain...saksi utama pulak xdatang sebab mak eh meninggal! Lagilah xhengat...susah2...

Thursday, January 22, 2009

Hmmm...anak lagi?

Hmmmm...anak lagi?




Assalamualaikum w.b.t



Cemburu melihat apa yang orang ada? Ya saya cemburu kalau melihat apa yang saya nak sangat tapi tak depat dan orang yang tak berapa nak pulak yang dapat. Kadang2 jenuh juga fikir apa lagi yang kurangnya menyebabkan saya masih tak dapat2 ni?



Itulah bila tahu sorang kawan blog ni mengandung [hahahaaaa....rasanya semua dah tau, saya tau pun agak2 lewatlah jugak ] perasaan pertama menerpa jelesnya, cemburunya, kenapalah dia yang dapat. Dia kan dah ada anak [3 tu dah ramai jugak,kan?] tapi saya kekal satu jer. Apalah hikmahnya?




Saya ada dua kakak, dua abang, sorang abang tak kahwin lagi, 3 yang dah kahwin tu semuanya ada 4 anak. Tapi saya tetap begini....sorang jer. Yang lain semua bila sampai masa mengandung..takde apa masalah. Walhal kalau saya tengok, dua2 kakak saya tu macam nak taknak jer bila tau nak dapat anak, takdelah happy melampau, biasa2 jer, sebab dua2 anak yang terakhir tu macam anak tak dirancang.




Yang abang sulung saya tu lagilah. Duduk di Kulim, boleh dikatakan selang setahun sorang anak, dia tu kahwin lambat. Lepas anak keempat dia ikat. Anak yang last tu siap saya called kakak ipar saya di Kulim tu [sebaya saya jer pun] dan saya cakap kat dia bagilah anak tu kat saya untuk saya bela. Sebab hidup dia khabarnya tidaklah sesenang mana [ya..selalu minta bantuan dari saya]. Pada saya daripada pergaulan saya dengan dia nampak macam dia takdelah beriya-iya nak dapat anak lagi, tup-tup beranak pulak dan anak2nya lawa2 pulak, kulit putih, hidung mancung [ikut hidung abang saya, maknya gelap jer] tapi dah nama ibu susah macamanapun tetap dia nak bela anak tu. Sedih jer masa tu. Tiga anaknya semua usia bawah hani.




Yang dua kakak lagi tu sorang anaknya sebaya hani dan sorang lagi muda setahun dari hani. Kalaulah diorang mengandung lagi, mau juga saya minta anak diorang. Tapi nampaknya dua-dua macam dah stop jer.




Sebelum abah saya meninggal, dua kali dia suruh saya ambil anak angkat supaya Hani ada kawan, tapi bila cakap dengan suami, dia kata tak payah ambil anak angkat, ambil anak tiri saya jer....dia boleh bawak datang sini untuk saya layan. Hissssshhh takkanlah madu saya bagi saya bela. Lagipun tak masuk dek akal asbab kan sifat madu daya yang detail tu, takkan naknya dia bagi kat saya....lagipun kalau ada anak angkat biarlah terus dia dengan saya, jangan ada yang berbangkit kemudian hari.




Tahun ini saya bakal menginjak umur 35, semacam harapan semakin tipis. Umur ni adalah umur kritikal kerana pada usia ini kesuburan wanita akan merosot. Kalau dulu dokor menghadkan [menasihatkan ibu2]mengandung sebelum umur ini tetapi sekarang dengan bantuan perubatan yang makin moden usia ini dianjak ke 40.




Walaupun saya bersyukur ada juga dikurniakan seorang anak tapi alangkah indahnya kalau dapat sepasang anak. Memadailah dapat seorang lagi lelaki. kalau perempuan pun tak per, sekurang2nya kalau dapat dua lagi perempuan pun saya dah bahagia sangat.




Saya paling jeles dengan madu saya, dalam mencecah umur 41 tahun dan selepas melewati umur 35 dia dah dapat 3 anak. Mujur seorang tu keguguran dalam usia 5 bulan [mati dalam perut leher terbelit tali pusat] dan dua anak berjaya dilahirkan sempurna. Ohhhh...bertuahnya badan. Mudahnya mengandung....walhal masa tau dia mengandung yang akhir ni, memang dia tak bersedia malahan ambil suntikan hormon 3 bulan sekali...tapi dah allah nak beri, dapat jugakan?




Memasuki tahun ni azam saya membara2 nak usaha menambah kesuburan. Walaupun kadang2 marah juga dengan suami saya yang asyik takde, tapi saya percaya dengan ketentuan Allah. Suami saya sejak stroke ni dah 3 tahun dia akan menggenapkan nisab keluar dakwahnya selama 4 bulan setahun, dipecahkan 40 hari sebanyak 3 kali. Bulan2 pulak keluar 3 hari setiap bulan, tu tak masuk keluar masturat saya atau kak aza, samaada 3 hari, 10 hari atau 15 hari. Baki masa tu kemudian bahagi 2 pulak dengan kak aza. Tu jerlah masa saya ada bersama dengan suami. Tu pun giliran saya selalu kurang, tak masuk pulak masa gaduh tak balik rumah tu. Kak aza pun sama gak, tapi awat dia boleh ajer ngandung?




Makanya, berserahlah, dan tahun ni dengan berkobar2nya saya meneruskan makan Biodex, pastu terbaru saya beli susu Alpha Lipid, dan terbaru [semalam] lagi saya beli pulak 3 produk DCL~Bidadari, Q~she dan Nuage. Lantaklah, dia takde cakap pun untuk kesuburan tapi saya anggap tu semua untuk pulihkan kesihatan saya. melabur untuk benda2 begini walaupun terlewat tapi usaha ni adalah sekuran2gnya menyumbang pada sedikit hasil...insyaallah.




Esok pulak, saya akan berurut, naikkan peranakan ker ntah apa ker...tapi ikut kakak tu ada 3/4 kes lepas dia urut orang tu bersalin. Tak taulah bila urut saya akan mengandung ker tidak. Kita usaha jerlah. kalau dah semua tak jalan, baru puas hati saya. rasanya lepas ni mau juga buat appoinment dengan hamid Arshat...tapi tunggu result yang ni pulak. kalau betul anak saya hani Suhaila sorang jer, pun saya bersyukur juga sebab saya dah usaha....sekurang2nya orang tak bolehler cakap saya 'mandul' sebab terbukti dah berjaya keluarkan sorang....hehehheeee..skrang ni macam ajaib pulak bila tengok dia, tak percaya saya boleh beranak...sebab sekarang apasala susah sangat mengandung. Hani dulu nak dapat dia saya setakat baca Yasin setiap lepas solat fardhu jer...





P/s: tahniah untuk oren. Buat Ummibatrisya dan Pnut..tahniah juga, dah ada dua anak yg comel. Kak wani...hmm mesti jeles jugak ni w.pun dah berderet anaknya. Irfa, Luna ...jom kita usaha sama-sama....tapi irfa dah ada sepasang dah...usaha lagi moga2 ada harapan...yg lain2 tu saya tak tau pulak kot ada yg sama perasaan dengan saya....

Tuesday, January 20, 2009

Rutin surirumah

Rutin surirumah


Assalamualaikum w.b.t


Saya tak pernah sangka yang saya akan berpeluang menjalani rutin harian seorang surirumah. Macamana seperti suatu masa dulu saya pernah bayangkan dan idam-idamkan. Sungguh saya merasa teruja dengan kehidupan saya hari ini.


Tak sangka sungguh yang saya berpeluang setiap hari menghantar anak ke sekolah tanpa terkejar-kejar. Dan tak pernah bayangkan yang setiap hari boleh sahaja sesuak hati saya [dengan ibu-ibu yang lain] ke pasar basah dan bercerita "tentang harga semasa ikan, udang, sotong yang kerap berubah dan bercerita dengan rancaknya dengan membuat perbandingan ikan di pasar malam begini harganya, di kedai anu macam tu pulak, dan di sini bagus segar, murah dan besar2 pulak tu..."


Ya....saya benar-benar melalui kehidupan seorang surirumah sekarang. Pagi2 lepas mandi saya bersiap untuk menghantar hani. tambah mudah kerja mandi dan persiapan hani semua Suli yang bantu. Saya iron dan siapkan baju, tudung, file, saputangan dan spender. Botol air dan bekal hani [kalau ada] pun suli yang siapkan. Sekarang buka langsir sangkut langsir, buka pagar, tutup pagar, buka kunci grill tutup grill semua ada yang menguruskan...makin gemuklah saya...


Pagi2 kalau saya siapkan hani mesti riuh satu rumah, mesti panas hati jer sebab sikap hani dan saya kontras, dia jenis buat satu2 teliti, slow and steady, saya pulak semuanya nak buat cepat, kalut2 dan tergesa2...tapi sejak suli ada lega selega2nya...tak sia-sia saya membayar untuk dapatkan dia, sebab emosi saya dan hani dua2 jadik stabil atas kehadiran Suli sebagai pemudahcara...


Setiap hari isnin atau selasa saya akan ke pasar basah, di taman sebelah [halal mart] sebab saya nak beli di kedai bumiputra muslim, menyokong orang kitalah katakan [kedainya memang agak murah]...tambah2 pulak pak haji sangat particular hal2 makan ni, kalau beli ayam, mesti dia nak disahkan ayam tu disembelih orang islam, marah dia kalau tau saya beli ayam di Giant atau Family store, sebab tak tau sapa yang sembelih, kalau di kedai ni kita pasti bahawa memang mereka yang sembelih.


Walaupun mungkin pembekal sayur-sayuran tu Cina, tapi sekurang2nya dapatlah sumbangkan pada pembangunan ekonomi kedai2 orang melayu ni. Memang ramai pembeli di kedainya ni, dan masa2 beginilah saya nampak macam2 jenis surirumah, yang tua, yang muda, yang berderet2 bawa anak, yang beli sikit jer [agaknya suami bagi bajet sikit ker?], yang beli mewah, capai jer apa nak...kebanyakan mereka beli lauk untuk sehari tu punya makan.

Saya pulak memang beli seminggu sekali. takdelah asyik nak ke kedai jer. Banyak kerja lain boleh buat. Sebab beli seminggu sekali jadi jumlah pembelian tu memang banyak sikitlah...tapi selalunya setakat lauk seminggu ni saya tak habis seratus. Hari ni hanya RM 56.00 ajer tu pun termasuk barang2 tambahan macam sirap, telur, sup bunjut dan halia.

Hari ni saya beli siakap 2 ekor, gelama 2 ekor, tenggiri 3 potong, ayam seekor, udang setengah kilo, dan keperluan untuk mee goreng, cukuplah seminggu tu. Menu dalam kepala ni tenggiri nak masak kari, siakap masak steam dan asam pedas, gelama tu buat sambal atau masak tauchu jer, udang biasalah goreng2 potong bawang atau goreng berempah [kesukaan hani ni]. Lagipun daging minggu lepas ada sikit lagi, dan sotong pun ada jugak lagi tu.


Sejak Suli datang ni setiap hari saya masak. Dengan gembiranya dan semangat nak memasak tu membara2 sebab setiap hari habis dan takde pembaziran. Tapi saya tak masak pagi, saya masak sebelah petang. Sebab taknak membazir. Selalunya petang saya masak lepas hani balik sekolah, jam 12.30 dia dah makan kat sekolah, kenyang lagilah bila sampai rumah tu.


Lepas dia solat zohor, saya pun mulalah masak. Lepas kami dah solat asar barulah saya suap dia makan, lepas suap baru saya pulak yang makan. Suli pulak ikut dia nak makan bila, sebab dia subuh2 syafie dah masak nasi, dan dah panaskan lauk petang tu. Kadang makan pagi kadang dia makan sebelah petang, tapi pagi2 dia memang bz sokmo, tak duduk diam langsung, setiap hari saya terbangun sebab dia dah mula buat kerja, sebelum subuh tu!

update: jam 5 petang, tadi tu kena layan kawan datang ziarah...ni sambung semula citer hehehehee...
Alhamdulilah saya tengok Suli ni semakin hari semakin semangat buat kerja. dan satu bonus saya ambil dia ialah dia ni habis sekolah sampai SMA [macam SPM kot] tapi tak cukup biaya mau ke universitas. Dia ambil jurusan sains sosial masa di sekolah. Selain rajin membaca [sama macam saya] dia juga siap ada buku salin resepi [ambil buku2 conteng hani]. Adik bawah dia di Indon kerja di bank...kira okaylah, dan adik dia pun masuk kelas taekwando dah talipinggang hitam dah kot....



Sekarang dia tak tido petang lagi, mungkin minggu awal2 tu dia baru nak cover keletihan dari kerja kedai runcit sebelum ni. Sekarang dah okay dah. mana nak dapat orang gaji yang boleh bincang isu semasa..dari hal palestin membawa kepada hal korupsi di Indonesia? Kira satu bonus jugak tu. Kalau ajar apa2 teknologi atau pesan apa2 serkali jer terus dapat...kadang tak abis terang dah dia mampu buat lagi elok lebih dari jangkaan.



Tapi ada juga part yg saya perlu baiki /tegur lagi. Dia sekarang masih takmau duduk dalam majlis taklim [baca hadis dan ayat2 quran tentang fadhilat amal] tapi buku2 agam saya dia rajin selak baca, dia ambil satu2 baca pastu selang seli baca majalah pulak.



Bagi saya takde hal, sebab minat membaca dia tu memberi kesan kat hani, sebab dia membaca hani pun membaca sama. Kadang2 saya dengar hani gilir dengan dia [hani buli dia] baca kisah2 dalam al quran, satu cerita suli bacakan, pastu satu cerita hani pulak yang baca...ahamdulillah, sebab saya ambil org gaji bukan buat kerja semata2, lebih kepada kawan yg saya boleh minta tolong, dan saya nak buat cam saudara. hari tu saya test dia, saya keluar kebetulan nak beli apa ntah duit tak cukup, saya try pinjam duit dia dulu, takde hal terus dia bagi saya seratus... setakat ni duit2 kat rumah ni selalu bersepah, dia takde pulak ambik, dia simpan ajer dekat2 situ...




Saya risau sangat [kesian pun ada] kalau dia buat kerja tak henti2, mesti saya panggil dia tanya dah makan ker belum, rehat dulu, jangan buat sampai penat sangat, takde sapa nak check kerja suli, buat apa nak rush terkejar2 buat kerja, buat pelan2 saya kata, jangan paksa diri..yerlah mana taknya dari sebelum subuh sampai jam 10 pagi tu saya balik hantar hani dan ke kedai dia tak duduk2 lagi...dari dalam ke luar, pastu masuk stor kemas apa2 ntah, basuh plak telekung ker cadar ker...nanti alas2 pulak dia dia pungut...pastu basuh kain buruk pulak..ada jerlah...saya pulak naik lemas...saya ni bukan pengemas sangat, tak delah nak marah2 kalau ada cawan kotor sebijik dalam sinki ker, meja tak lap ker...bagi saya skang rumah dahlicin dia duk dalam bilik rehat2 tengok tv dengar radio pun takper....takde marah lagi dah sebab semua hal rumah dah settel.




Mula 2hari tu tak kenal tu yang tengok dia semacam jer, ingat nak buat jadual macam suami suruh, tapi dah setteld semuanya takpayahlah. Nanti2 ada benda baru nak suruh baru saya cerita satu2 kat dia.




Sebab dah takde kerja untuk saya kat rumah ni selain masak, tu pun suli bantu tumbuk2 bumbunya, basuh2 perkakasnya, siang2 sayurnya, maka saya menumis jerlah....so semalam balik ambik hani saya ke nursery, sebab nak buat projek tanam sayur. Semalam dalam pada si zaidi tu sibuk betulkan sinki tu, saya mulalah semai benih2 yang saya beli tu, sayur kacang botor, betik, salad, bendi dan kangkung. Benih cili dah habis, sebab cili mahal sekarang, permintaan tinggi.




Lepas 2 minggu ni bolehlah pindah ke batas. Tanah untuk buat batas tu belum beli lagi. Hasan budak Jawa yg kerja kat nursery tu kata 2 minggu lagi akak datanglah beli tanah untuk batas. Hasan ni ingat lagi saya. Ingat tak hasan ni, yang dulu pernah mengurat maid saya, Dewi dan Dewi tipu dia kata dia tak kahwin lagi. Hasan tau Dewi dah kahwin dan dah balik jawa Timur, dan hasan ni pun ingat suami saya ada kena stroke..bagus betul , rajin dan ramah budaknya....




Ok, nanti dah tumbuh benih saya semai tu saya ambiklah gambar, teruja tengok kak wani menanam, Pnut menanam, maka saya pun nak menanam lagipun banyak masa dah ni. kerja dalam rumah Suli dah buatkan biar saya kerja menanam jerlah. Suami balik 40 hari ni nak mula projek bela ikan keli dalam kanvas pulak, alah yg mula2 buat kat kak aza tapi mati tulah nak pindahkan kat sini.




Petang ni tadi ada kawan datang ziarah [kawan tablighlah ni] datang menziarah dan menjual ALPHA LIPID, nak taknak kenalah beli jugak. Tolong kawan, mahal jugak harganya kan, RM 180 setin tu, dia bagi diskaun RM 150, esok mula minum lah jawabnya, katanya banyak testimoni yang mengandung lepas minum susu ni. Cuba jerlah. Patut tadi nak berurut sekali naikkan peranakan tapi masa terhad, jumaat beru beurut kot..kawan saya ni memang tukang urut...




Dah kawan datang masa tengahari kenalah masak kan, mula2 keluarkan siakap [yg kononnya nak masak steam] tu potong2 siap sebab tiba2 tukar nak masak tumis asam, tiba2 masa nak masak rasa eh lagi elok masak ikan teggiri, maka tukarlah, sudahnya siakap dah potong2 takkan nak masak 3 rasa ataupun steam, tak best dan tak cantiklah nanti...jawabnya masak lain jerlah, kempunan nak masak tenggiri masak kari.,...dah lebur dalam asam pedas

Monday, January 19, 2009

Tak puas hati

Kenapa tak puas hati?




Assalamualaikum w.b.t



Awal tahun baru ni, adalah sorang manusia ni [lelaki] namanya Zaidi datang buat sikit2 kerja baiki flush 2 toilet di rumah, baiki paip bocor bawah sinki [dapur] dan tukarkan kepala paip penapis air di dapur. Dan main kerja dia adalah betulkan tangki septik yang tersumbat di belakang.



Minggu ni dia datang lagi, sebab kerja yang dulu tu tak habis, katanya. betul tu, memang saya ada suruh dia betulkan 'jenang' [frame] pintu dapur yang mana jenangnya dah kena makan anai2 rupanya. Bila tekan baru tau kayu tu dah rapuh dimakan anai2. Tapi pintunya ok lagi.




Lepas tu, dia kata dia nak tukar pulak sinki dapur saya yang memang melengkung tapi tak pernah pulak timbulkan masalah. Dari beli rumah sinki tu memang gitu. Masa dia cakap nak tukar tu dia kata dia akan bagi yang jenis panjang dan ada kabinet sekali. Wah sedap bunyinya.



Minggu lepas dia datang. kalau datang tanpa appoinment ni saya kurang gemar. Terkejut tergempar tiba2 muncul kat pintu dapur. dah nampak muka baru tau nak bagi salam. LOL! Melompat saya masuk bilik. tak keluar2. Biar Suli jer layan!




Pastu pandai pulak panggil saya, bagitau kerja2 yang dia nak buat. katanya nak tukar pintu sekali. Oklah kata saya, walaupun dalam hati, apehal nak tukar pintu, yang rosak jenangnya...tapi manalah tau pintunya lagi cantik? Ok kan ajerlah. Sungguh lemah saya disitu!




Dari pagi sampai petang dia hanya dapat tukar pintu, tukar jenang [separuh bahagian tengah ke bawah. frame keliling dia dapat buka 3 suku jer, yang lebih tu dia biar dan yang dah terbuka tu ntah terbiar jer memang nampak pelik. Pastu nak tutup kelemahan tu dia cat frame dengan jenang dengan daun2 pintunya dengan cat hitam!




Apa kes?? Pintu lain semua warna coklat...tetiba pintu dapur warna hitam sehitam2nya. Daun pintu tu jenis kasar pulak, macam tak berketam okay! Tu takper lagi, saya boleh beli cat spray...pilih jer warna yang berkenan nanti. Tapi dia pi gatal tukar tombol pintu sama, dia buang yang lama. Sudahnya yang dia tukar tu punat dari dalam tak boleh tekan pulak, nak kunci setakat kunci grill jerlah.




Mula2 saya ingat hitam tu sementara jer. Rupanya selama-lamanya. Semalam dia datang lagi, nak tukar sinki pulak. Ingat sinki hebat macamana dia bawa, rupanya sebijik dengan yang melengkung tu. Baik tak payah tukar!




Masa ni saya dah macam geran, takut saya terbising sound dia saya masuk bilik jerlah...lepas tu saya dengar dia panggil..puan..puan, boleh tak saya pasang macamni...nak tau dia apsang macamana?




Dia pasang terbalik dari yang sepatutnya. kalau mangkuk sinki tu asalnya sebelah kiri dah jadik mangkuk tu sebelah kanan pulak. Betul2 sebelah dapur masak saya. Kira dapur masauk tu bentuk L dengan sinki tu...Elok sangatlah tu, basuh2 air terpercik masuk kuali.




Pastu saya masak, Suli basuh pinggan berlaga punggung! Bila timbul kes begini saya mula nak sound jer. Apasal pulak cam tu en. zaidi, tak boleh...mana boleh, nanti anak saya main basuh2 kat sinki tu etrmasuk pulak dalam kualai. bahaya tu...[saya cakap berlapik lagi]




Kalau tak boleh takperlah, saya potong semula. tadi saya tersalah potonglah..dia kata gitu pulak. Lubang kat tepi sinki tu dah tersalah tebuk nak cucuk ke besi yang sedia ada kat dinding tu, tu sebab kena pasang terbalik. Besar kerjanya tu, sebab kalau mangkuk sinki tu bertukar, dengan kepala paip dan salur paip bawah sinki tu dia kena tukar...takkan nak tebuk lubang lain kat dinding dan nak potong paip dan salur alat penapis tu....giler! Lagi banyak kerja. Tu sebab saya kata tebuk sinki tu lain, satu kerja jer...




Pastu dia tak bawak pemotong pulak. Tung tang tung tang bunyi dia potong secara manual. Pastu dah siap potong, dia kata nasib baik saya tukar puan, kalau tak lagi banyak kerja saya..tau takper!




Pastu tempat yang dia lubangkan mula2 tu dah menghadap arah pengguna sinki. tajam2 tepi tu siap tersangkut kat tudung saya [labuh] saya salotapekan...tak lama lepas tu dia perasan, dia buka pulak, dalam hati saya wah dia ada benda lain nak cover balik takam2 tu kot...sudahnya dia pasang gak salotape tu, suma dia buat banyak lapis jer...pirahhh...




geram saya ni...tak puas hati, kerja dia tak kemas. Sinki tu pulak tak betul2 aras 180 darjah macam menyenget arah dinding. Suli pun akat gitu. Suli yang pendiam pun pandai kutuk kata tak kemas kerjanya buk. Tulah saya nak cakap lebih2 dia ni pun karkun. Kawan suami. Umur 39 tahun, tak kahwin lagi. Dahlah semua kerja2 dia buat dari pagi sampai petang. Seharian saya berkelubung dalam rumah dua hari tu. Hari ni dia datang, dia ltak something kat tempat sinki yang tajam tu...macam simen kapur jer saya tengok...takut pak haji marah katanya.




Hari tu kerja2 betulkan flush dan tangki tu serta tukar kepala paip tu dia charge Rm 500...mahal betul saya rasa, tukar pintu plywood dan tombol serta sinki dua hari ni dia charge RM 700, dan ada kerja betulkan meter utama juga. Semua RM 1,200. Hishh kalau dekat kat rumah abang ipar saya anytime dia boleh buatkan...tak kisah saya sedekah kat dia...sebab saya rasa kerja dia lagi bagus...kemas jer. Mahal dan kemas kalau seiring okaylah kan...Ni mahal/murah tapi tak kemas tu yang bengang!




Rumah saya yang abang ipar cat satu rumah ni, ada dua tiga orang puji kemas, tanya sapa yang catkan...tulah saudara sendiri, masa abang ipar catkan tu dia tak tida malam dia siapkan sebab masa tu saya pindah kan kecemasan, pak haji ada kat hospital dah nak discharge terpaksa saya urus serta merta masuk rumah ni....




Sebab dah bayar RM 1,200 kat dia, tadi saya suh dia tengokkan lampu bilik suli dah 2/3 hari tak nyala, wah lepas tengok dia kata lampu terbakar, saya kata takperlah...nanti saya tukarlah sendiri. Mula2 ingat starter dia rosak, atau longgar. Pastu tak lama lagi terkejut saya dia datang dengan lampu lah pulak, saya tengah sedap potong daging tiba2 muncul jer kat dapur...bagi salam, mujur tudung tak tanggal bagai...lepas tukar tengok2 lampu tu tak nyala jugak...rupanya bukan lampu terbakar dan bukan starter rosak, lain yg rosak rupanya...apalah si zaidi ni....lain rosak lain dibetulnya...






Saya sms suami sebelum nak bayar tu bagitau tak puas hati..dia balas pendek jer.."bayar jerlah, lain kali kita panggil orang lain'....saya malas nak luahkan kat budak zaidi tu sebab dia ni nampak baik dan terlebih ramah...kang saya tunjuk belang saya [sound direct] terkejut pulak dia, buruk pulak nama suami, nanti apa plak dia fikir isteri pak haji ni...[berdasarkan cerita dia pada saya, nampak cam dia hormat sangat kat suami sebagai senior dalam tabligh ni] tapi dah siap gini dan dia ni belum pandai sangat buat kerja2 baiki ni [dia pandai kerja2 plumbing kot] dan lagi dia buat sorang2...tu yang susah agaknya tu, takat pasang pintu pun sampai sehari suntuk! Tu pun berapa kali bukak berapa kali pasang daaaa....dahlah datang buat kerja masa pak haji kuar 40 hari, kan ker susah tu....




p/s : bebel..bebel...dan bebel...kalau pak haji takde ni bebel kat blog jerlah...kalau dia ada, dialah pendengar setia saya...sampai 2/3 pagi borak, standard sayalah tu....alahai lama lagi 10 febuari nak tunggu habis 40 harinya....

Saturday, January 17, 2009

Gaduh suami isteri

Lihat Positif sahaja


Assalamualaikaikum w.b.t



Saya tulis ni rentetan saya membaca entry Pnut di blognya. Yer ramai dari kita yang telah berkahwin dan ada sahaja masalah dalam rumahtangga. Boleh dikatakan takde yang benar2 berpuas hati dengan rumahtangga terutama ada ajer tak kena dengan suami.



Dan saya rasa ada juga yang gagal mencari penyelesaian dengan pihak suami, samaada comunication breakdown ataupun malas nak gaduh dan demi anak2. Pendam sendiri lebih elok. Maka lama2 lagi kronik. Dan blog salah satu medium mencurah rasa supaya tidaklah rasa tertekan sangat, tambah2 dapat kawan2 yang senasib tapi mungkin lain bentuk masalahnya.



Dan saya, yer saya juga salah seorang yang menggunakan blog bagi meluah perasaan. Geram, benci, menyampah, meluat dan segala rasa terhadap rumahtangga ni saya curahkan di sini bila marah pada suami, bila tak puas hati, bila ajer ada sesuatu nak luah pada bloglah saya meluah.




Lama-lama saya sedar yang saya secara perlahan membina satu bentuk tanggapan negatif dalam benak pembaca yang mengikuti dari awal atau sesiapa sahaja yang kebetulan membaca blog ini. Tentu ada saja yang menyampah baca, tapi masih juga mau teruskan membaca agaknya [?] dan mungkin ada yang membuat pelik kenapa saya yang tidak suka rumahtangga ni, tapi kekalkan pulak, kenapa? Mungkin itu yang bermain diminda pembaca, andaian sayalah. Dah kutuk teruk2 napa tak minta cerai???




Tanggapan terhadap saya yang saya andaikan ada dalam benak anda, mungkin juga berkisar pada betapa tak bertanggungjawabnya saya bercerita keburukan suami. Betapa saya ni tak terfikirkah dosa dan hukum bila bercerita begitu, betapa saya ni bodoh juga kerana dah cerita buruk masih juga dok peluk hari2 [giliran]. Saya Memang menjengkelkan agaknya!





Tapi sebenarnya saya bukanlah hendak menjaja kisah rumahtangga saya sesuka hati kepada sesiapa. Tidak langsung...saya hanya nak berkongsi rasa, dan rasa itu pun hanya dikongsi bersama mereka yang mahu berkongsi rasa dan perasaan. bahkan kewujudan blog ni adalah dalam pengetahuan suami saya. Cuma isi dalam blog ini dia tak pernah baca, w.pun saya dah offer tapi sebab bukan minat dia....dia bukan kaki bebel macam saya. Selalu juga diperli saya berhubung isu blog ini.



Dan setiap kali dia datang ke rumah saya pada giliran memang dia ada mengadap PC, bukan sekali malah banyak kali, lepas isyak, kadang2 lepas subuh dan selalunya tak mengira masa sebab dia kan kejap2 ke surau/masjid, selang masa antara tu dia akan on pc. Dan langkah pertama dia akan buka web yang disenaraikan di favourite tu, dan blog2 saya semua ada di fovourite termasuklah blog2 yang saya suka pergi....dia tau tu.



Dia selalu juga check mana-mana laman web yang saya masuk sepanjang dia takde melalui history. Kadang sesekali tu ada sesat barat web ntah apa2 [dululah] yang saya terbukak melalui email atau yang pop up tiba2, mulalah dia soal siasat saya.... tapi pasal blog dia tak pernah tanya, dan tak pernah marah sebab saya dah bagitau dia saya dah privatekan, hanya orang tertentu sahaja yang baca...dan yang penting takde lelaki yang baca...[dulu ada lelaki silent reader yg baca, agak close juga sampai poskan hadiah kat saya....selalu tukar sms, sebab terlalu empathy agaknya dan selalu beri nasihat berguna dan +ve sahaja untuk terus taat dengan pak hj....]




Email saya pun pak haji tau, tambah2 kami mula kenal adalah melalui email. Email yang saya guna dulu yang dia kirim kat saya tu pun masih juga saya guna hingga hari ini... salwa9644@yahoo.com. Tu email saya yang mula2, saya buka masa saya mula kerja BPR, 9644 tu nombor motor [pinjam abang ipar] yang saya guna hari2 pergi kerja [hampir setahun berulang serdang-Jalan Duta kemudian Serdang-Putrajaya]...email saya yang lain pun anytime dia nak buka sebab dia buka pc mesti check email dulu, memang akaun saya yang keluar dulu, password saya pun dia tau sebab saya tak pernah tukar password dari dulu, sejak kenal dunia internet [Luna tau kot password saya ni??? :)]




Apa yang saya luah di sini sebenarnya apa yang saya tak dapat sampaikan dengan suami, agaknya kalau saya sampaikan pada dia apa dulu2 yang saya tak suka dan saya kutuk2 dia kat blog ni secara terus mesti lagi banyak kali kami gaduh. Agaknyalah. Sebab kami dari dua dunia yang berbeza. Kami tak boleh guna pendekatan macam suami isteri yang muda2 punya style gaduh.




Macam Pnut, katanya kalau gaduh, dia buat2 tak tau jer, kalau suami panas baran dia sabar dan cara nak berbaik, selamba usik pipi suami ker...gurau2 ker. Best tu kalau boleh buat kat suami saya macam tu juga. Tapi saya tak pernah ada peluang kalau bergaduh dia ada depan mata saya dan saya boleh laksanakan strategi memujuk dia. Sebab sebelum apa2 dia akan meninggalkan saya dulu. Dan dia tak cakap atau marah2 cuma dia blah kalau dia tak suka. Sebab dia tau kalau dia stay dia akan tewas dengan pujukan saya...




Saya suka juga nak kongsikan di sini bahawa sejak saya menukar hala tuju dalam berfikir dan mula redha dan memaafkan dan bersyukur kepada apa yang saya miliki seolah-olah Allah buka ruang yang sangat banyak dalam hati saya untuk melihat kebaikan suami saya dan betapa nikmat hidup yang Allah beri kepada saya cukup banyak.




Semakin hari semakin dimudahkan hidup saya. Rasa besar sangat kebaikan dan keindahan hiudp yang Allah limpahkan kalau kita redha dan bersyukur. Nikmat bahagia tu tak boleh dibilang dan dibayar dengan wang ringgit, nilainya tak setara, dan tak sia-sia saya belajar redha dan bersyukur...allah bagi cash jer nikmat2Nya...




Suami saya ni orangnya cool dan relax jer, tak suka banyak2 cakap, kalau nak tau dia marah ker tidak, bila dia diam tak bercakap tu tandanya dia tak suka dan marah. Dia tak pernah bising2 atau marah2...jarang sangat saya berpeluang bergaduh secara berdepan atau dengan kata lain bertikam lidah dengan dia.





Selalu sebelum sempat bergaduh atau bertekak dia dah 'blah' [pergi] macamtu jer, tinggalkan saya dua beranak. Gaduh kami hanya perang dingin samaada dia tak balik ataupun teknik lain dia beri kata dua pada saya. Selalu saya yang provok dia melalui sms semasa proses gaduh tu, dalam 3/4 sms saya dia balas satu jer tu pun pendek jer...tapi memang tajam lah kata2nya tu.




Dengan kak aza lain pulak tekniknya tapi mesejnya sama. Disebabkan faktor anak dan sikap kak aza [dia kalau tension dengan suami terbawa2 tension dengan anak pulak], dia tak boleh tinggalkan kak aza macamana dia buat kat saya [sebab saya ni kan kononnya rasional dan boleh teruskan hidup macam biasa w.pun sebulan dia tak balik2]. Tapi dengan kak aza walaupun dia ada jer sepanjang perang dingin tu tapi dia takkan bercakap, dia senyap jer, wujud tapi macam tak wujud. Lagi makan hati kan...yerlah dua2 degil agaknya...




Kalau dari cerita kak aza, pada tahap ni dia dah taknak cakap apa2 yang dia rasa akan menyebabkan krisis dan pertentangan pendapat dengan suami, dia lebih rela cerita kat saya dan harap saya pulak bagitau abang...dan suami pulak berdasarkan cerita dengan saya, dah malas nak layan kak aza sebab semua kehendak dia nak diikut, tak ikut memberontak, lama2 suami kata, layan kan ajerlah asalkan dia bahagia...maksudnya... macam suami tak suka tapi sebab malas nak gaduh dia diam kan diri dan melantakkan apa yang bininya nak buat... eiii bahaya tu, saya taknaklah pulak sampai ke situ w.pun pernah juga beberapa kali dia melantakkan saya, dia buat tak kisah apa pun kita nak buat...




Tapi.... mujur juga saya cepat sedar. Mungkin juga sebab dah banyak kali gaduh, dah banyak kali terima kata dua, dan dah banyak kali ditinggalkan bontang ajer...maka pada mulanya malas dah nak fikir nak meneruskan hubungan ni, rasa2 nak stop at this stage...tapi tulah, masih juga kekal sebab Allah tahu apa ada dalam hati saya. Sebenarnya saya nak berubah macam yang suami suka, saya nak ikut syariat macam dituntut agama, nak taat dan hormat suami...semua tu jauh di sudut hati saya, memang saya nak cuma saya bukan mesin bila nak tekan suis saya automatik berubah. Saya juga yang jahil ni selalu rasa nak berubah tak boleh dipaksa, kena datang dari hati.




Maksud saya bukan berubah penampilan fizikal, yg tu memang penting tapi berubah iman yakin, taat allah sesungguhnya, hormat dan taat suami macam sahabiyyah dan isteri2 nabi dan sahabat...saya baca sejarah mereka dan saya mahu jadi seperti mereka dengan amalam2 pada suami sebagaimana kehendak suami...cuma saya tak mampu nak berubah serta merta [walaupun hakikatnya dan masuk 8 tahun kawin tapi dimata suami takde apa yg saya berubah ikut sepertimana kemahuannya]




Makanya saya kini berdoa agar saya terus diberi kekuatan dan kelaratan untuk terus mentaati suami, buat apa yang diredhai suami sahaja. Tapi cabarannya cukup hebat, bukan sahaja dalam isu besar untuk belajar mantaatinya tapi cabaran tetap wujud dalam menangani isu walaupun isunya kecil2an sahaja di mata saya.








Macam tahun ni saya dah cadang lama nak hantar hani ke kelas taekwando, sebab saya memang suka seni mempertahankan diri. Dulu 6 bulan masa kursus asas nak jadi pegawai BPR kami menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Ulu Kinta, memang kami belajar Kombat Tanpa Sejata, kira bertempur tanpa senjata macam taekwando jugalah. So untuk anak saya ni saya sukalah kalau dia dapat belajar taekwando...








Jadi tahun lalu saya bagitaulah ayah hasrat saya ni, dan dia dah bagi jawapan dah, tak boleb katanya. Tak penting semua tu. Lepas tu saya senyap jerlah. So awal tahun ni saya pandang dan baca jerlah pamplet yang ditampal di board kat sekolah hani tu, sebab ayah tak izinkan maka saya pun batalkan hasrat tu.






Tapi semalam, sekali lagi isu taekwando ni muncul. Semalam balik colouring contest saya menumpangkan 2 orang anak Pn Rozita, pemilik Murni CDC. Uminya pesan suh hantar sebelum jam 11, sebab kelas taekwando start jam 11. Lepas dapat hadiah balik ke tadikalah sebab kelas tu di tadika bijak murni, sampai tu saya pun teringinlah nak tengok budak2 ni berlatih taekwando. Kebetulan hayyan yang sebaya hani tu, baru nak mula kelas hari semalam, dia sorang jer perempuan. So saya cubalah tanya hani nak joint tak...nampak dia suka. So dia teruskan jerlah, sampai habis kelas, dia pun dah mula syok, dan tanya bila lagi kelas taekwando tu...






Maka, saya tak fikir panjang terus daftar, siap bayar RM 118 pendaftaran termasuk dapat uniform, lagilah hani suka. Baliknya, baru saya sedar yang saya tak dapat izin dari ayah, petang tu mulalah saya jalankan strategi, mula hantar sms, tapi 2/3 sms adalah balas satu, saya takdelah direct cakap minta izin, tapi bagi kias2 dulu...tapi jawapannya hampa...




"tak payahle belajar mengaji lagi bagus"



Pastu saya jawab;



"mengaji mmg belajar tetiap lps maghrib. pagi2 bljr lg kat sek. Klau kat rmh pagi sabtu pun tgk tv kartun bnyk, lgpun dia bnyk berubah dah, rajin solat,xmelawan saya lg, tadi sopan jer dpn org xmcm anak org lain. Sskali bg dia apa dia suka, mgkin masa 6 thn ni je, bdn dah besar nanti xpayahlah. Klau abg xbagi juga nanti abng citerlah pelan2 kat hani."



Malamnya saya sms lagi;



"Salam, senyap jer xjawab. abang malas nak layan eh, yerlah xfaham2 nak masuk gak taekwando, maaflah bang xblh pun xpelah. sje tanya 1x lagi kot2 ubah keptusanker. Ssh jg nak belajr taat ni."



Petang ni [ahad] baru jawab;



"xda apa nak cakap, kita kena fahamkan diri kita apa keutamaan dalam hidup ini. Pertama taat Allah dan rasul seterusnya lalui kehidupan ini dalam syariat"


Itu kira kata putus tu...selalu dah ayat2 sewaktu dengannya keluar, ini hanya pengulangan ajer ni ntah kali ke berapa dah ni...tapi saya ni tak putus asa....kena gak pujuk lagi ni, dapat belajar tahun ni pun cukuplah...w.pun saya tau suami tetap dengan prinsipnya..anak perempuan bukan untuk didedah2kan...pantang dia tu..kalau boleh anak perempuannya nak simpan dalam rumah jer, cukup masa hantar madrasah, pakai purdah, jadi hafizah dan sampai jodoh dan jumpa lelaki soleh tanggungjawab dia untuk dikahwinkan....siap dah cakap kat hani dah ni....secara bergurau.....


Suka saya tengok hani belajar taekwando...dua orang jer budak perempuannya...alahai comel jer kan

Hah...alaalalaaa kecik jer dua-dua kan, hayyan sebelah hani tu yang tak tahan tengok tu...bersemangat bukan main lagi...



Wah..sempat termenung lagi dua budak kecik ni..kekekekeee ....


Balik rumah baru cuba uniform...tak basuh lagi ni...wah..tak sabar tu nak tunggu sabtu minggu depan kelas lagi







Tapi tak taulah...kalau bagitau ayah saya dah bayar pendaftaran dan beli uniform, ntah2 ayah kata lantaklah asalkan bahagia..hissshh kalau boleh taknaklah buat benda dia tak suka, tapi taekwando ni w.pun tak ikut syariat tapi penting jugak untuk kanak-kanak perempuan...senang pertahankan diri...kalau ayah tak bagi juga, maka saya akan cari kelas belajar berenang pula, sebab berenang kan ikut sunnah, takpun kelas belajar memanah...hah rasakan!



Tulah susah nak belajar taat ni, tapi Allah dah kata bagi isteri yang diredhai suami, maka redha Allah akan bersamanya...hishhh saya ni awatlah ketegaq sangat lawan cakap suami ni.....poning seyyy....siap dah warning hani jangan citer hal taekwando pada ayah..uniform pun saya dah sorokkan... heheheee... tapi ..tapi...tapi...tulah susahnya nak belajar taat,kan????....