Showing posts with label ntah apa2. Show all posts
Showing posts with label ntah apa2. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

ntah apa2

Assalamualaikum w.b.t


Jenuh menyeru semangat menulis blog, tak juga datang2.


Saya terfikir2 kenapalah saya malas sangat nak tulis bahkan masuk blog pun tak teringin


Dan saya dapat buat kesimpulan


Rupanya saya tulis blog ni terdorong atas beberapa faktor,


iaitu ketika saya tertekan, ada masalah, kemurungan, ingin sangat meluahkan sesuatu yg menekan jiwa, jiwa kacau kononnya


Tapi saat gembira saya takkan memilih blog sebagai medium berkongsi perasaan gembira tu


ini bukan hanya berlaku selepas penceraian, malahan cara ni saya dah mula gunakan sejak buat blog


cubalah cari berita2 gembira yang saya tuliskan


saya percaya tak sebanyak berita sedih, jiwa lara, murung, tertekan.....


Cerita sedih dan negatif yang mendominasi blog ini


Dan saya akui saya tak pandai mengolah ayat2 menyatakan kegembiraan saya sebagaimana pandainya saya mengolah ayat2 sedih dan derita


Maka sejak dulu sampailah hari ni saya tak banyak kongsi berita gembira sangat


maka bila waktu2 berita gembira dan saat2 gembira ia akan berlalu begitu sahaja


tak dicatitkan pun disini


Dan sekarang saya takde masalah


Saya tak terbeban langsung dengan tekanan perasaan


Dan saya tak reti nak cerita apa2 yang saya lalui sekarang di blog


eh bukan tak reti, tapi tak tau nak mulakan


So, kita citer benda lain jerlah...


Saya teringin nak berjalan2 jauh melancong


bukan dengan maksud membeli belah tapi lebih kepada menikmati pemandangan


tapi saya takde kawan


Sebab masing2 ada pasangan, ada keluarga


Dan saya kalau nak pergi berdua dengan hani pun saya tak yakin


Ada sapa2 nak pergi mana2 nak jalan2 takde kawan?


Maka bolehlah kita plan sama2 utk jalan2


Tak kishalah luar  negara ker dalam negara ker


Terasa yang hidup saya asyik kerja2 jer


Dan saya pun sangat menikm ati kerja....happy dengan bekerja


Saya takde masalah kena paksa kerja, dan saya takde masalah urus pegawai bawah2


Saya boleh berbaik dengan mereka, gelak ketawa


walaupun sejam sebelum tu saya marahkan diorang

Kadang2 kagum jugak, mungkin selepas 10-tahun saya dah ada keberanian


yerlah unit kami bukannya ramai, boss gred 52, saya 48, bawah saya ada 2 gred 41 dan 3 orang gred 29 (2 dr 3 tu ada degree)


Pegawai perempuan 4 org lelaki 3 orang dan unit kami ada seorang pegawai Cina kontrak iaitu bekas peg gred 54 yg dah bersara dilantik secara kontrak....


yang kelakarnya Tuan Chuah Chang Man ni sebelum bersara dulu dia adalah pengarah negeri, banyak gak negeri yang dia dah jadi pengarah


Lebih 10 tahun lepas dia adalah pengarah BPR Melaka, tahun 2000


Masa tu saya adalah wartawan NTV7 Melaka....dan saya telah paksa dia untuk ditemubual atas isu pencemaran pantai Pengkalan balak....tak salah kami nak tanya samaada enternak babi situ boleh teruskan ternakan sebab mereka merasuah...bla bla....


Saya ingat lagi dia mati2 menolak taknak ditemubual, bahkan macam2 alasan dia beri, tapi saya paksa2 jugak....


Sudahnya dapat gak interview dia....and sampai sekarang dia masih ingat saya lagi...


Walaupun saya tak pernah kerja bawah dia after 10 years dia jumpa saya dia masih ingat nama saya dan masih ingat juga peristiwa lebih 10 tahun dulu


And now, dia di unit kami, tugas dia hanya menyediakan ucapan, paper work, talking point Ketua Pesuruhjaya....


Berat tugas tu, sebab Dato' Sri Abu Kassim jadual dia sangat2 padat sana sini di panggil memberi talk, dalam dan luar negeri....


Sebelum ni saya sediakan kalau is melibatakan presentation dalam negara dan dalam BM tapi kalau english boss saya sediakan, tapi sejak Tuan chuah datang dialah pecah kepala fikir


buat reseach sana sini, sampai pergi library  UiTM, google toksah cakaplah.....


Saya kan suka orang2 tua ni, suka kongsi idea maksud saya....


Ada sikit2 waktu senggang saya suka berborak dengan dia.....sangat bagus berborak dengan org bnyk pengalaman ni, umur dia dah 60 tahun tau...


kadang2 saya ajak dia minum sama.....kerap juga dia datang bilik saya bincang angle mana nak fokus


saya ni takde lah pandai mana tapi bila bincang dengan dia memang terbuka minda....


saya suka bekerjalah...dulu masa pak hj ada saya suka kerja tapi macam ada batasan kadang2


macam takleh fokus utk kerja tapi skrg macam rasa fikiran lapang dan  keseronokan bekerja berganda2


saya tak faham kenapa ada manusia yg datang kerja tak seronok pastu kutuk sana sini....


Saya ni rasa bangga kalau boss bagi kerja, rasa macam eiii bagusnya dia percaya kat saya


tahun ni permulaan yang baik, bukan sahaja dapat APC, dapat naik 48 tapi unit saya juga dapat anugerah khas ketua pesuruhjaya untuk projek media baru kami......dapatlah seribu ringgit dan duit tu masih ada saya tak belanja lagi


Nak ajak diorang ramai2 minum esok....


Start jun ni saya akan mula melaksanakan secara rasminya tugas sebagai gred 48 maka dalam kepala ni dah rancang macam2 strtaegi nak buat


Sebab saya kekal dan tak dipindahkan maka agak sukar sikit sebab saya akan pegang post sama dengan anak2 buah sama cuma pangkat naik maka saya kena rancang strategi lah


Nak kena tunjukkan perbezaan cara pentadbiran jugakkan?


ehhhh apa merepek ni...


tulah dah cakap saya memang tak pandai nak cerita benda2 gembira


kalau sedih2 pandai jer atur ayat


Esok saya akan citer hal yaya.....


Sebelum tu nak tanya kat area bangi or putrajaya ni tailor mana yang jahitannya bagus dan kemas serta harganya berpatutan......untuk raya nak tempah baju....kainnya tak beli lagi ni...


Tahun ni kalau boleh nak raya sungguh2 (ah puasa tak lagi) sebab selama ni asal raya jer pendam hati berendam air mata....kali ni nak lupakan semua tu..so nak prepare awallah kononnya....








Wassalam

Monday, July 5, 2010

Takde tajuk yang tepat bagi menggambarkan perasaan saya di kala ini!

Assalamualaikum w.b.t



Jumaat lepas saya balik kampung.


Tiba2 jer...tengahari tu jalan2 ke Jusco Equin Park dengan hani dan Miss Sinar...


malas nak hantar hani ke rumah pegasuh, terus bawak ke office...


Malam baru kami balik, dalam jam 8 lebih....konon nak keluar makan dengan miss sinar


Tapi xjadik, miss sinar dapat panggilan tunang dia, so kami dua beranak konon nak makan dekat2 jer...


Tapi bila start keter terasa macam nak balik kg jer, cakap kat hani, dia apa lagi seronok sangatlah...


Gamble sangat..saya dengan baju kerja, hani dengan baju sekolah...mujur ada pakaian hani spare sepasang dalam keter yang patut pakai utk ke rumah pengasuh petang tu...


malam tu punyalah letih..mengantuk...sampai 3 kali saya berhenti tido, R&R seremban, ayer keroh dan entah mana satu lagi tempat ntah....


Sudahnya perjalanan yang bermula jam 8.15 tu sampai rumah jam dekat2 jam 1 pagi...hebat betul dugaan menahan mengantuk!


Sampai rumah mak tengah menganyam ketupat....terus tolong menganyam dan pastu makan nasi lauk udang masak lemak....pastu tengok bola belanda lawan sepanyol...


tido jam 3 pagi...borak2 pulak lepas tu...update citer sapa meninggal, sapa kahwin dan apa2 gossip panas kat kampung.


banyak citer kat kg dan macam2 aktiviti kat kg....letih nak citer....pendek citer, ahad malam dekat2 jam 9 baru bertolak balik putrajaya...sampai jam 12 tengah malam, dah singgah gak tido kat R&R seremban


Malam tu punyalah keter slow kat PLUs...ker memang selalu gitu...berapa ribu kali tertido sambil bawak keter...terlelap sekejap gitu....allah jer selamatkan saya dari terlanggar belakang keter orang....bayangkan berapa jam atas jalan tu?


Esok ada court case....balik seremban lagi...


Kak aza makin ego... pak hj makin ego....


Dua2 taknak mengalah, saya tersepit tengah2...


Kak aza sms saya suh forward kat pak hj...


Pak hj lak call tanya perkembangan kak aza....


pak hj bank in duit kat saya suh bank in kat acc kak aza...


tak ker pening gitu?


Apa nak jadik ni?



Ah...


kacaulah hani ni ajak tido plak baru kita nak hadap dia buat hal pulak.... dahlah 3 hari tak bukak2 blog...



Wassalam

Tuesday, April 27, 2010

Kempen Telah Selesai

Kiri, Dato' Zakaria (Timbalan Ketua Pesuruhjaya 2-Pengurussan & Profesional), Dato' Hjh Sutinah (TKP3-Pencegahan) dan kanan sekali dato' Shamsiah (pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat)
Sajer letak gambar ni, yg tengah tu anak dara tak kawin2 lagi tau...yg kanan tu ibu tunggal (ntah katanya dah pernah kawin 2@3 kali)....saja bagitau yg kalau kerja sini, kerja no 1, keluarga no 2....ni dua pimpinan wanita teratas, yg sorang lagi pimpinan wanita baru jer bersara....yg tu isteri ke 2.....macam2 kan?
Kelihatan pengarah2 agensi penguatkuasaan, polis, KDNKK, Perhutanan, JPJ, APMM, RELA, Kastam, Imigresen dll
Bersatu-padu simbolik bagi jalinkan kerjasama


Assalamualaikum w.b.t


Program besar pertama anjuran kami dah pun selesai. Dengan jayanya. Kesan dan impak dari kempen akan dipantau dari semasa ke semasa.


Sekarang bukan masa beri kesedaran tentang rasuah tu salah tapi masa utk semua berubah, kesedaran tentang rasuah salah dah ada dalam hati sanubari semua tapi tindakan utk berubah yg paling penting.



Esok, ada kerja lagi.....CUEPACS dan KP akan bertemu jalin kerjasama...


Letih nak buat entry,..nanti citer lagi...


Wassalam